Anda di halaman 1dari 6

Untuk menjadi seorang guru sejarah yang cemerlang dan berkesan, ciri-ciri

berpengetahuan luas dalam bidang sejarah adalah amat penting untuk dikuasai.
Ciri-ciri berpengetahuan luas ini kadang kala bukan sahaja memerlukan seseorang
guru Sejarah itu berupaya untuk menguasai ilmu pengetahuan sejarah secara
menyeluruh dan bersepadu yang bukan sahaja merangkumi ilmu sejarah Negara
kita, malah juga merangkumi ilmu sejarah dunia dan serantau. Tambahan pula,
seseorang guru sejarah yang berpengetahuan luas juga bukan sahaja dapat
menguasai ilmu sejarah dalam sesuatu tajuk dan peristiwa sejarah yang berlaku
dalam sesuatu tempoh tertentu, tetapi guru tersebut juga mampu menguasai
kemahiran menganalisis dan merekonstruksikan ilmu pengetahuan sejarah dari
pelbagai perspektif. Seseorang guru sejarah merupakan seorang guru yang mampu
untuk mengetahui dan memahami tingkah laku atau sikap murid-muridnya. Oleh itu,
jelaslah di sini bahawa seseorang guru sejarah juga harus dapat menguasai ilmu
pengetahuan berkaitan dengan bidang psikologi supaya dapat melaksanakan proses
pengajaran dan pembelajaran dengan berkesan.
Umumnya apabila disebut sahaja subjek sejarah maka terbayanglah dalam
fikiran kita bahawa subjek ini membosankan. Kenapa ini terjadi? Adakah bentuk
subjek itu sendiri? Hal ini terjadi kerana guru yang mengajar tidak menggunakan
strategi atau kaedah yang sesuai dan pelbagai semasa melaksanakan pengajaran
dan pembelajaran. Guru yang menggunakan pelbagai kaedah dan strategi
membolehkan

pembelajaran

lancar, berkesan

dan

menarik.

Strategi

yang

bersesuaian dengan tajuk yang diajar akan memudahkan murid memahami dengan
baik dan cepat. Penyampaian kurikulum dalam bentuk teori dan amali mengukuhkan
lagi pengetahuan murid. Guru yang efektif hendaklah melakasanakan pengajaran
dan pembelajaran dalam pelbagai strategi yang paling sesuai bagi membantu murid
memahami kurikulum dan mencapai objektif pengajaran. Selain itu, guru yang efektif
juga haruslah melakukan kajian dari semasa ke semasa tentang kaedah pengajaran
yang sesuai mengikut peredaran dan perubahan masa. Oleh itu, guru hendaklah
berkemahiran membuat kajian tindakan atau pemerhatian signifikan. Menurut kajian
kebanyakan murid yang ada pada masa sekarang lebih tertarik dengan kaedah
pengajaran terkini dan interaktif menggunakan peralatan elektronik seperti LCD,
computer, TV, Powerpoint, Video dan sebagainya.

Seorang guru yang afektif seorang guru haruslah inovatif dalam


pembelajaran dan pengajaran (pdp). Guru yang inovatif ialah guru yang boleh
mengubah sesuatu yang sedia ada menjadi lebih menarik dan sesuai untuk murid.
Perubahan yang dilakukan oleh guru dalam dpd boleh dilakukan dalam kaedah
pengajaran dan juga bahan atau alat yang digunakan dalam pdp. Contohnya,
semasa mengajar matapelajaran sejarah yang bertajuk Tokoh Kesultanan Melayu
Melaka, guru boleh menggunakan kaedah bercerita tentang tokoh-tokoh ini
disamping menggunakandoodle. Dengan cara ini, murid akan berasa tertarik untuk
mendengar dan memahami cerita tentang tokoh tersebut dengan penuh perhatian.
Guru berinovasi juga tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan
pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah, sebaliknya sentiasa berfikir di luar
kotak pemikiran biasa untuk mencari kaedah serta pendekatan yang lebih
berkesan. Guru berinovasi mempunyai kebolehan untuk melengkapkan murid
dengan kemahiran alaf baru seperti keupayaan berfikir secara bijaksana,
menyelesaikan masalah dan daya kreativiti yang tinggi. Banyak cabaran yang
ditempuhi oleh generasi muda terutamanya dalam era globalisasi ini. Sudah
sepatuntnya guru harus mampu untuk menyediakan murid-murid agar mereka dapat
mengharungi arus globalisasi ini. Jelaslah bahawa guru yang inovatif ialah guru yang
mampu memberikan perubahan dalam sesuatu pdp dan juga memberi kesan yang
sangat mendalam dalam diri pelajar sama ada dari segi penghayatan dan tumpuan
murid.
Selain itu, guru yang afektif juga mempunyai unsur kecindan semasa
melaksanakan pdp. Unsur kecindan atau jenaka dalam pdp merupakan salah satu
teknik yang boleh dijadikan selingan ataupun sandaran pdp. Kebiasaannya, jenaka
digunakan berkait dengan tajuk yang dibincangkan. Keadaan ini adalah untuk
membantu murid mengingati apa yang telah dipelajari disamping memberikan
keseronokan dan kegembiraan kepada pelajar semasa belajar. Dengan adanya
unsur ini, seorang guru dapat menghidupkan suasana pembelajaran yang lebih ceria
dan bersemangat seterusnya dapat mengatasi masalah pembelajaran yang sering
berlaku di sekolah iaitu murid hilang tumpuan, tidak berminat untuk belajar, rasa
mengantuk, dan berasa bosan semasa di dalam kelas. Unsur jenaka juga boleh
membantu murid untuk meningkatkan kefahaman, memperbaiki sikap murid
terhadap mata pelajaran, mengurangkan tekanan dan kebimbangan, meningkatkan

motivasi murid dan memberikan kepuasan kepada murid. Namun begitu, sebagai
cikgu, kita haruslah mengelak dari membuat jenaka yang memberi kesan negatif
seperti jenaka yang boleh mengguris hati dan memalukan murid contohnya
merendah-rendahkan kemampuan yang mereka tidak dapat lakukan. Hal ini sekali
gus menyebabkan mereka hilang motivasi dan keyakinan diri dalam proses
pembelajaran.
Ciri guru yang efektif khasnya guru mata pelajaran Sejarah ialah guru yang
mewujudkan interaksi dua hala. Guru-guru hendaklah sentiasa memberikan soalan
yang dapat menjana pemikiran kreatif dan inovatif para pelajar serta memberikan
mereka peluang untuk mengutarakan pendapat walaupun pendapat mereka kurang
bernas mahupun tidak menepati kehendak soalan. Di sinilah guru-guru berkenaan
perlu memainkan peranan mereka dengan memperbetulkan pendapat-pendapat
murid sehingga menepati kehendak soalan yang telah disediakan. Ini melatih muridmurid untuk sentiasa mengeluarkan idea ataupun pendapat yang bernas mengenai
sesuatu tajuk yang sedang dibincangkan di dalam kelas. Selain itu, melalui interaksi
dua hala berpusatkan murid, guru akan sentiasa mendahulukan keperluan murid
dan mengajar dengan berpandukan aras kepintaran murid. Maksudnya di sini ialah
guru tidak menetapkan soalan-soalan yang terlalu sukar sehingga tidak dapat
dijawab oleh murid-murid. Sebaliknya, para guru menyediakan soalan dengan aras
kesukaran yang bersesuaian namun begitu tidak pula terlalu mudah kerana
sekiranya terlalu mudah, pemikiran murid menjadi terlalu manja dan tidak dikerah
untuk berfikir secara analitikal dan logikal. Justeru itu, para murid tidak akan
mendapat inisiatif untuk menelaah buku bagi menambah pengetahuan sedia ada
mereka untuk menjawab soalan-soalan yang disediakan oleh guru. Di samping itu,
guru-guru haruslah meninggikan sedikit aras kesukaran pada setiap kali interaksi
dijalankan agar para murid dapat meningkatkan pengetahuan mereka dan melatih
kemahiran komunikasi mereka untuk menyampaikan idea dan jawapan masingmasing. Selain itu, interaksi dua hala berpusatkan murid juga memberikan peluang
kepada para murid untuk lebih memahami sesuatu tajuk kerana mereka dapat
bertanya semula kepada guru-guru tentang perkara yang mereka kurang faham.
Pada masa yang sama, guru efektif juga merupakan individu yang sentiasa
memberi motivasi kepada pelajar dan bertindak sebagai agen perubahan yang
berupaya membentuk murid-murid cemerlang. Hal ini demikian kerana, dengan

memberikan motivasi kepada murid-murid, mereka akan lebih bersemangat untuk


belajar sehingga menimbulkan minat dan berazam untuk terus mengikuti proses
pembelajaran. Murid-murid diibaratkan sebagai kain putih yang bersih dan suci,
maka ibu bapa dan guru yang akan mencorakkan minda serta peribadi murid-murid
tersebut. Justeru, jika guru sentiasa memberikan motivasi kepada murid dengan
menerapkan pengisian tentang nilai-nilai murni dan perilaku atau akhlak terpuji,
murid-murid tersebut akan terdorong untuk menjadi murid yang sentiasa bersikap
dan berfikiran positif untuk mencapai kejayaan. Tambahan pula, guru yang efektif
ialah guru yang berperanan sebagai agen perubahan kepada semua murid iaitu guru
bertanggungjawab membentuk akhlak mulia dan jati diri selain turut membina
kekuatan minda dan kreativiti pelajar. Tindakan ini penting bagi melahirkan individu
yang kental serta tahan berhadapan cabaran semasa dengan harapan individu ini
dapat menyumbang ke arah kemajuan negara. Oleh hal yang demikian, bagi
mencapai taraf guru yang efektif sebagai agen perubahan, guru perlu membuat
perubahan dalam penggunaan kaedah pengajaran dan pembelajaran yang
berpusatkan guru kepada berpusatkan murid, membuat perubahan dalam
penggunaan sumber dan bahan bantu mengajar dan menerapkan P&P dengan
menggunakan pendekatan-pendekatan dan bahan-bahan terkini agar dapat
memberi kesan yang positif kepada prestasi murid.
Guru Sejarah yang mahir TMK dapat menjalankan P&P dalam usaha
memberi ilmu sejarah yang dimanifestasikan dalam bentuk TMK sebagai satu
bentuk motivasi kepada pembelajaran murid-murid. Pengajaran ilmu Sejarah
menggunakan TMK boleh membantu memotivasikan murid untuk belajar Sejarah ,
menyukai pembelajaran, ingin mempelajari lebih dari yang diperlukan telah menjadi
keutamaan dalam bidang pendidikan Ini adalah sejajar dengan agenda pendidikan
Negara untuk mengekalkan tumpuan murid untuk kekal di sekolah. Beberapa
kaedah berasaskan TMK telah dapat memberi kesan kepada beberapa strategi
motivasi, di antaranya Mendapatkan tumpuan pembelajaran murid.Langkah
pertama yang penting dalam pengajaran dan pembelajaran adalah mendapatkan
tumpuan pembelajaran dengan penyediaan persekitaran pengajaran yang optimal.
Guru boleh melaksanakan kaedah tarikan dengan menggunakan televisyen,
komputer dan perisian multimedia sebagai alat bantu mengajar bagi mengekalkan
tumpuan pembelajaran murid serta mencapai objektif instruksional pembelajaran

Sejarah.Kebosanan yang dialami oleh murid boleh diatasikan dengan adanya


warna-warna, corak mahupun animasi TMK yang diselitkan dalam P&P Sejarah
menjadikan P&P menjadi menarik dan menyeronokkan murid-murid.
Penggunaan TMK oleh guru sejarah boleh membantu dari segi mendekatkan
dan mengaitkan murid kepada sejarah .Bagi menjadikan pembelajaran lebih
bermakna kepada murid, guru boleh menggalakkan murid mereka bentuk produk
berasaskan teknologi. Strategi ini telah berjaya dibuktikan dalam satu kajian yang
melibatkan penggunaan perisian pemprosesan perkataan, penggunaan hipermedia
dalam menghubungkait maklumat dan sebagainya, dalam membantu persembahan
dan laporan hasil kerja murid.Selain itu, TMK boleh digunakan bagi menggantikan
kaedah pembelajaran secara tradisional ke arah persekitaran P&P yang lebih efektif
dan berkesan dalam membuat imaginasi peristiwa sejarah contohnya. Ia merupakan
satu usaha melibatkan pelajar dengan sesuatu situasi dalam peristiwa Sejarah yang
dikaji. Kemahiran imaginasi ialah secara visual dan empati. Empati misalnya
merujuk kepada seseorang yang menilai sejarah menurut kacamata sumber atau
subjek sejarah yang terlibat, contohnya untuk menilai tindakan kenapa Tunku Abdul
Rahman mengeluarkan Singapura dari Malaysia, maka kita perlu meletakkan diri kita
pada tempat Tunku pada ketika keputusan penting tersebut hendak diambil. Cara ini
boleh menjelaskan kepada kita mengapa tindakan itu diambil. Untuk perkara sejarah
yang tidak dapat dipegang , TMK boleh direka cipta untuk membuat satu imaginasi
berbentuk virtual untuk dialami oleh murid-murid sendiri contohnya merekakan
animasi, video atau gambaran jelas detik peperangan perjuang tokoh tempatan
menentang penjajah, pertarungan antara Hang Jebat dan Hang Tuah serta kronologi
perjalanan Parameswara dalam mencari sebuah tempat untuk dijadikan kota.
Pengajaran guru ini akan dilihat sebagai lebih menarik dimana murid-murid
didedahkan dengan pengajaran simulasi yang boleh murid melihat dan merasai
seperti yang sebenar.
Guru Sejarah yang mahir dengan ilmu TMK

juga adalah penting kerana

hanya melalui medium TMK, perkongsian intelektual mudah dan pantas boleh
berlaku, satu definisi baru mengenai intelektual meletakkan terma perkongsian
pemikiran atau pengagihan pemikiran.Kerjasama secara intelek dengan komputer
memungkinkan teknologi yang baru dapat diagihkan antara manusia, situasi dan
alatan teknologi itu sendiri. Sebagai contohnya, topik berkenaan zaman air batu dan

zaman pra sejarah boleh diterokai lebih mendalam dengan adanya unsur sains logik
dibawa masuk untuk memudahkan murid-murid untuk memahami sesuatu perkara
lebih daripada apa yang ada dalam buku teks. Aplikasi Youtube umpamanya boleh
memungkinkan guru untuk menunjukkan video-video berkenaan peredaran zaman
yang berlaku dengan satu klik sahaja di computer untuk dikongsikan dan diperlihat
kepada murid-murid. Kajian-kajian dan dapatan daripada National Geographic
mengenai sejarah berkaitan dengan topic-topik buku sejarah sekolah rendah boleh
dicari dengan mudah sekali dan diterangkan kepada murid-murid.
Akhir sekali, sebagai seorang guru yang efektif atau cemerlang, seseorang
guru itu perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuannya tidak kira dalam apa jua
bidang dan terutamanya dalam bidang yang diceburi. Dalam hal ini, seseorang guru
itu perlu meningkatkan ilmu pengetahuannya dari semasa ke semasa bagi memberi
didikan kepada murid-murid. Jika guru tidak berusaha untuk meningkatkan ilmunya,
guru tersebut tidak akan maju dan hanya mengajar tentang apa yang sepatutnya
diajar. Kadang kala juga, guru seperti ini tidak dapat menjawab yang terkeluar dari
mulut murid-murid yang tiada kaitan langsung dengan subjek. Jadi, apabila guru
tidak dapat menjawab, murid mula akan tidak percaya kepada guru mereka dan
saya percaya murid akan menganggap apa yang diajar oleh guru itu salah. Oleh itu,
semua guru perlu sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan yang sedia ada tidak
kira ilmu pengetahuan tentang pendidikan atau isu semasa. Hal ini kerana, semua
ilmu ini sangat penting tambahan lagi, murid-murid sekarang lebih agresif
berbanding murid-murid dahulu.