Anda di halaman 1dari 6

PENDAHULUAN

Tarian Zapin merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian ini diilhamkan
oleh peranakan Arab dan dikatakan berasal dari Yaman. Tarian zapin telah menular luas di
kalangan penggemar seni tari di Nusantara iaitu di Semenjung Tanah Melayu, Borneo dan
gugusan pulau yang sebanding yang mana bergiat aktif dari dulu hingga kini seperti di Malaysia,
Brunei, Singapura dan Indonesia. Zapin telah mengalami pengubahsuaian dari segi bentuk dan
ragamnya yang ternyata lebih tradisional sifatnya. Dengan itu tarian Zapin biasanya mempunyai
pecahan tersendiri menurut tempat ia ditarikan, antaranya adalah:
Tarian Zapin Arab
Tarian Zapin Johor
Tarian Zapin Lenga
Tarian Zapin Pekan
Tarian Zapin Tenglu
Tarian Zapin mementingkan pergerakan berkumpulan dan bukannya usaha individu. Antara
peralatan muzik yang mengiringi tarian Zapin adalah gambus, rebana, gendang, rebab dan
marakas. Biola tidak tergolong sebagai sejenis alat muzik tarian Zapin namun terdapat anggapan
salah dalam kalangan rakyat. Ini disebabkan muzik yang dihasilkan rebab mempunyai persamaan
dengan gesekan biola.
Tarian Zapin Johor
Tarian Zapin Johor merupakan sejenis tarian rakyat Melayu tradisional. Tarian Zapin ini
dipercayai berasal dari Tanah Arab yang gerakannya adalah cepat dan tidak banyak gerakan
bunga tarinya. Tarian ini popular pada tahun lima puluhan (50an) dan enam puluhan (60an).
Tarian Zapin Johor dikenali dalam dua bentuk iaitu Zapin Melayu dan Zapin Arab. Kedua-dua
tarian ini memperlihatkan perbezaaan dari segi unsur peradaptasiannya. Secara realitinya, keduadua genre zapin itu berasal daripada satu keseniaan masyarakat Arab yang dibawa dari
Hadramaut.
Di Johor, Malaysia, tarian Zapin yang sudah diterima sebagai seni yang berunsur Islam dan
berfungsi sebagai hiburan sama ada pada upacara-upacara sekular mahupun pada sambutan harihari kebesaran. Namun dari segi kelembutan dan kehalusan tradisi tarian itu sendiri, Zapin
Melayu Johor walaupun lahir daripada adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara
selektif namun tidak dapat disangkal lagi tarian zapin ini memperlihatkan lebih kehalusan dan
keayuan geraknya dari Tarian Zapin Arab.
Satu hal yang menarik mengenai tarian Zapin Johor ialah keupayaan mewujudkan rasa
persaudaraan penari dan pemuzik serta sifat esprik decorps yang dapat dimunculkan sesama
mereka sekali gus mematahkan rasa malu penari-penari apabila menari di khalayak ramai. Secara
simbolik gerak tari zapin ini menampakkan kepentingan usaha bersama dan bukannya usaha
individu di samping meminggirkan persaingan antara pemain dalam kumpulan mahupun antara
kumpulan. Jika ditinjau daripada perspektif inilah,maka keunikan dan keistimewaan tarian Zapin
Johor amat terserlah.

MATLAMAT
Kelab Pendidikan Muzik dan Kebudayaan akan mencungkil bakat dan melatih muridmurid mengenal apa itu Tarian Zapin di Malaysia . Setiap manusia dilahirkan mempunyai bakat
semulajadi dan suka pada tarian dan iramanya . Oleh itu, Kelab Muzik merancang aktiviti yang
membolehkan murid-murid dapat mengenal dan menghayati Tarian Zapin itu sendiri terutama
dari negeri Johor.. Tambahan pula kem ini diadakan untuk memilih peserta untuk memudahkan
pihak kelab mengadakan persembahan pada majlis majlis tertentu sekolah.
OBJEKTIF
Meningkatkan kecintaan pada tarian Tradisional.
Meningkatkan daya kreativiti dan keyakinan diri.
Meningkatkan disiplin diri dan membentuk semangat kerjasama
Menghayati nilai-nilai murni dan budaya melayu
Jawatankuasa Pengelola Peringkat Sekolah
Pengerusi

En Zukifli Bin Mohd Tahir


Guru Besar SK Seri Sekamat

Timbalan Pengerusi

En Rosli Bin Julis


Penolong Kanan Kokurikulum

Naib Pengerusi

Pn Hjh Nor Aini Bt Abd Ghani


Penolong Kanan kurikulum

Setiausaha

Mohd Yusry Bin Muhamad


Kelab Muzik Dan Kebudayaan

Penolong Setiausaha

Siti Norzehan Bt Bordin


Kelab Muzik Dan Kebudayaan

Jawatankuasa Pelaksana
Pengerusi

Mohd Yusry Bin Muhamad

Timbalan Pengerusi

Siti Norzehan Bt Bordin

Setiausaha

Mahani Bt Sulaiman

Publisiti dan Siaraya

Pn Rahimah Bt Ibrahim

Backdrop

Pn Shahima Bt Bakar

Pendaftaran

Faizal Bin Abdullah

Dokumentasi

Izwar Fahmi Bin Hawari

Buku Aturcara

En Nordin b Abd Rahman

Teknikal

Cik Ida Aznim bt Akasah

Jawatankuasa

Persiapan tempat dan alatan :

En Mohd Yusry Bin Muhamad

Sijil & hadiah( cenderamata) :

Tuan Haji Mahdy b Abd Aziz

PA Sistem

En Mohd Yusry Bin Muhamad

TEMPAT DAN TARIKH


Tempat

: Di Dewan SK Seri Sekamat


( Pavilion )

Tarikh

: 26 Oktober 2013 ( Sabtu )

Masa

: 8.30 pagi

SASARAN PENYERTAAN
30 orang peserta daripada tahun 1 hingga tahun 6
ATURCARA PERJALANAN PROGRAM
9 Okt
11 Okt
14 Okt
26 Okt

- Mesyuarat AJK Induk ( lantikan AJK )


- Aktiviti Promosi
- Pemilihan peserta
- Bengkel tarian Zapin

SYARAT PERYERTAAN
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.

Peserta sihat daripada mental dan fizikal


Berkebolehan dalam tarian
Mendapat kebenaran Ibu bapa
Mesti berada di tempat yang ditetapkan mengikut waktu yang ditetapkan.
Mengisi borang untuk menyertai bengkel
Membuat bayaran sebelum bermulanya bengkel tarian
30 Penyertaan pertama sahaja yang terawal diterima

ATUR CARA MAJLIS


8.30

- PENDAFTARAN PESERTA

8.45

- TAKLIMAT

9.00

- PERASMIAN MAJLIS

9.15

- BENGKEL TARIAN ZAPIN

11.00

- REHAT

11.30 - BENGEKL TARIAN ZAPIN


1.00

- PENUTUPAN MAJLIS

TERBUKA KEPADA SEMUA MURID TAHUN 1 HINGGA


TAHUN 6
UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA BERHUBUNG
DENGAN CIKGU MOHD YUSRY DAN CIKGU NOREHAH

TARIKH TUTUP PENYERTAAN

21 Okt 2013

KEWANGAN
Anggaran pendapatan
1. Yuran peserta 30 orang X RM35.00

RM 1050.00

JUMLAH

RM1050.00

Anggaran Perbelanjaan
1.Bayaran Tenaga pengajar
2.Makan Minum pagi dan tengah hari
3.Alatan

RM 600.00
RM 240.00
RM 210.00

JUMLAH

RM 1050.00

PENUTUP
Adalah diharapkan program yang dirancang dapat berjalan dengan baik dan lancar serta
memberi faedah kepada peserta . Sumbangan yang diberikan oleh semua pihak amatlah dihargai.
Disediakan oleh

(Mahani Bt Sulaiman)
Setiausaha
Kelab Muzik dan kebudayaan
SK Seri Sekamat
Disokong oleh

(En Rosli Bin Julis)


Penolong Kanan Kokurikulum
SK Seri Sekamat

Disemak

(En Mohd Yusry Bin muhamad)


Pengerusi
Kelab Muzik dan Kebudayaan
SK Seri Sekamat

Diluluskan oleh

( En Zukifli Bin Mohd Tahir)


Guru Besar
SK Seri Sekamat

Anda mungkin juga menyukai