Anda di halaman 1dari 17

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

TAJUK 5

Pengajaran makro dalam pengajaran pembelajaran


Pendidikan Islam

Tilawah AlQuran

Aqidah

Ibadah

Sirah

Hadis

Akhlak

Jawi

SINOPSIS
Topik ini membincangkan tentang perancangan dan pelaksanaan kemahiran
makro bagi mata pelajaran Pendidikan Islam. Para guru digalakkan menjalani
latihan pengajaran makro untuk memupuk keyakinan diri ketika menggunakan
strategi pengajaran baharu. Bagi bakal guru latihan ini amat membantu mereka
mengendalikan sesi pengajaran dengan lancar dan berkesan. Mereka akan merasa
lebih yakin menghadapi suasana bilik darjah yang sebenar ketika menjalani
praktikum di sekolah,
Diharapkan selepas penguasaan tajuk ini, para pelajar akan dapat merancang
pengajaran dengan lebih baik dan tersusun dengan mengambil kira pelbagai aspek
kemahiran. Kemahiran makro, akan membantu pelajar-pelajar sekelian membuat
penilaian terhadap kebolehan diri dalam mengendalikan proses pengajaran dan
pembelajaran. Potensi diri boleh ditingkatkan dengan latihan-latihan peneguhan
kemahiran yang dikendalikan dengan tersusun.
58

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

HASIL PEMBELAJARAN
1. Menganalisis konsep kemahiran makro.
2. Mengenal pasti prinsip dan matlamat pengajaran makro.

3. Mengaplikasi kemahiran makro bagi mata pelajaran Pendidikan Islam.

3.1.3 KERANGKA TAJUK

PENGAJARAN MAKRO
Konsep

Perancangan

Matlamat

Perancangan Pendahuluan

Perancangan Penyampaian

Perancangan Penilaian

59

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

PENGAJARAN MAKRO
PENGENALAN
Pengajaran Makro merupakan satu sesi pengajaran praktik yang lengkap
bermula dari pendahuluan, set induksi, perkembangan, penilaian dan penutup.
Biasanya, pengajaran Makro dipraktikkan di dalam bilik darjah sepenuhnya. Sebelum
melaksanakan

sesuatu

sesi

pengajaran

Makro,

anda

perlu

merancang

dan

menyediakan langkah-langkah pengajaran dengan baik. Pembelajaran yang berkesan


dapat dicapai oleh murid jika guru menyediakan strategi pengajaran yang sesuai
dengan mengambil kira kemahiran-kemahiran dan aktiviti-aktiviti yang bermakna.

PRINSIP PENGAJARAN MAKRO

60

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

f
jt
O
R
c
b
r
P
n
a
id
s
k
fl
e
g
lS
B
u
M
h
m
J

PENGAJARAN
MAKRO

Antara prinsip pengajaran makro ialah:

Objektif pengajaran dan pembelajaran


Dalam pengajaran makro, guru mesti membina objektif yang merangkumi aras
pengetahuan dan kebolehan pelajar.

Bilangan pelajar
Bilangan pelajar yang terlibat bergantung kepada jumlah pelajar di dalam kelas
sebenar. Pelajar yang terlibat adalah pelajar yang sebenar dan bukan dari
simulasi rakan-rakan. Justeru itu, pengajaran guru adalah mencabar dengan
karenah para pelajar.

Strategi pengajaran
61

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Anda perlu mempelbagaikan teknik dan strategi supaya sesi pengajaran dan
pembelajaran lebih berkesan dan menarik. Strategi perlu sesuai dengan tajuk
dan kebolehan pelajar.

Jangkamasa Pengajaran
Jangkamasa yang ditentukan dalam pengajaran makro adalah berdasarkan
kepada jadual waktu kelas yang memakan masa antara 30 minit hingga 60 minit
mengikut waktu sebenar pengajaran. Oleh

itu, anda perlu bijak merancang

pengajaran dan pembelajaran dengan peruntukan masa yang ditetapkan.

Bahan pengajaran
Semasa pengajaran makro, anda perlu menyampaikan keseluruhan isi
pengajaran yang telah dirancang dalam Rancangan Pengajaran Harian (RPH).
Oleh itu, anda perlu menguasai sepenuhnya bahan atau isi pelajaran yang
hendak disampaikan serta perlu memberi tumpuan secara menyeluruh ketika
menyampaikan pengajaran.

Refleksi dan perbincangan


Refleksi perlu dibuat selepas selesai melaksanakan pengajaran sebagai
penilaian kendiri terhadap pengajaran anda. Kekurangan dan kelemahan di
dalam pengajaran perlu diperbaiki dalam pelajaran akan datang. Anda perlu
membuat refleksi secara reflektif dan refleksif. Perkara yang perlu dinilai ialah
pencapaian objektif, keberkesanan kaedah atau teknik yang digunakan, bahan
bantu yang menyokong penyampaian isi pelajaran, disiplin kelas, pengurusan
waktu dan penglibatan murid disamping keazaman guru untuk memperbaiki
proses pengajarannya.

MATLAMAT PENGAJARAN MAKRO


62

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Meningkatkan keyakinan diri


Hasil daripada pengajaran makro dapat menambah keyakinan guru-guru baru
untuk mengajar di dalam kelas yang sebenar. Anda akan lebih berkeyakinan
untuk menyampaikan isi pelajaran, mengurus kelas serta berhadapan dengan
situasi pengajaran dan pembelajaran sebenar dalam bilik darjah.

Menguasai kemahiran mengajar


Pengajaran makro juga membantu anda menguasai

pelbagai aspek

kemahiran mengajar. Semua kemahiran mikro dapat dipraktikkan semasa


pengajaran makro. Justru, guru akan benar-benar menguasai kemahiran
tersebut serta berpengalaman untuk mengaplikasikannya dalam pengajaran.
Kemahiran tersebut akan lebih terserlah apabila guru berkenaan mengajar di
sekolah.

Mempertingkatkan potensi guru


Setiap guru mempunyai potensi tersendiri. Potensi boleh ditingkatkan melalui
latihan. Memiliki suara yang jelas dan lantang, berkebolehan menyanyi,
berlakon dan bercerita serta mempunyai unsur humor merupakan potensi diri
yang penting sebagai medium dalam menyampaikan sesi pengajaran &
pembelajaran dengan baik.

Mengatasi kelemahan guru


Kelemahan pengajaran seorang guru mudah dikenal pasti dan diperbaiki
melalui pengajaran makro. Hasil perbincangan dan pandangan rakan
sekuliah dan pensyarah pembimbing, anda boleh mengenal pasti kelemahan
dan memperbaikinya dalam sesi pengajaran dan pembelajaran seterusnya.

Mewujudkan kolaboratif dan semangat kekitaan


63

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Setiap sesi pengajaran makro, guru pelatih akan berkerjasama untuk


menjayakannya. Semua individu akan memainkan peranan masing-masing
sama ada sebagai guru atau pelajar . Mereka perlu berkolaboratif secara
matang untuk menambah baik kebolehan masing-masing. Secara tidak
langsung perasaan malu dan takut akan hilang di samping dapat
meningkatkan rasa kekitaan yang tinggi.

APLIKASI PENGAJARAN MAKRO


Pengajaran makro ialah penyampaian pelajaran lengkap yang mengandungi kemahrankemahiran pelbagai dalam satu sesi pengajaran pembelajaran dalam kelas sebenar.
Pengajaran makro dipraktikkan oleh guru pelatih dengan diperhatikan oleh rakan pelatih
yang lain. Pengajaran makro berdasarkan masa pengajaran sebenar seperti yang
ditetapkan, samaada menggunakan masa 30 minit atau 40 minit. Ianya bertujuan
membiasakan guru pelatih melaksanakan pelbagai kemahiran dalam satu sesi
pengajaran, disamping dapat memperbaiki kelemahan sebelum menghadapi situasi
pengajaran sebenar di bilik darjah di sekolah.

OBJEKTIF PENGAJARAN MAKRO

Memahami ciri-ciri perancangan dan pengajaran makro

Membina rancangan pengajaran makro mengikut format latihan

Mengaplikasikan sesi pengajaran makro dalam bilik darjah

SITUASI PENGAJARAN MAKRO


64

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Kelas sebenar

Murid sebenar terdiri daripada 30 hingga 40 orang.

Guru pelatih mengajar sepenuh masa 30 hingga 60 minit

Tumpuan kepada pelbagai kemahiran mengajar dan pengurusan bilik darjah

Situasi sebenar pengajaran

Perancangan menyeluruh untuk satu sesi pengajaran

RANCANGAN PENGAJARAN MAKRO


Sebelum melaksanakan pengajaran makro, guru pelatih perlu merancang dan
menyediakan persediaan mengajar yang lengkap dan baik. Perancangan yang lengkap
dan tersusun merupakan aspek penting untuk mencapai pengajaran berkesan. Guru
juga dapat melibatkan murid secara optimum dalam pembelajaran di samping
mengurangkan masalah disiplin.

Persediaan Pengajaran Makro


i.

Perancangan Pendahuluan

Mengaitkan dengan topik yang akan diajar

Mengenalpasti pengetahuan sedia ada murid

Menstruktur objektif atau hasil pembelajaran

65

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

ii.

iii.

Perancangan Penyampaian

Menentukan strategi pembelajaran dan pengajaran

Merangka masa pengajaran bagi setiap fasa atau aktiviti

Menentukan prinsip perkembangan isi yang tepat

Memilih dan menyediakan bahan bantu mengajar atau sumber

Perancangan Penilaian

Menentukan alat pengukur pencapaian pengajaran

Menganalisis maklumalas

Mengubah suai pendekatan, kaedah atau teknik

Perancangan pendahuluan merupakan pemilihan set induksi bagi menarik


perhatian dan minat murid kepada pengajaran yang hendak disampaikan. Set Induksi
yang baik dapat menggalakkan pembelajaran murid dengan mengaitkan pelajaran yang
lepas atau pengetahuan sedia ada murid. Unsur-unsur kehairanan juga dapat
meningkatkan perasaan ingin tahu murid, kustru memotivasikan mereka untuk terus
belajar. Jangka masa yang baik bagi set induksi adalah antara tiga hingga lima minit.
Perancangan
pengajaran

penyampaian

dilaksanakan

dengan

bertujuan

untu

tersusun

melalui

memastikan
langkah

perkembangan

pengajaran

yang

berperingkat-peringkat mengikut kesesuain model pengajaran yang digunakan. Dalam


pengajaran KSSR misalnya, model kreatif terarah kendiri digalakkan agar dapat
membentuk murid yang berfikir secara keritis dan kreatif. Guru juga perlu membuat
anggaran masa yang tepat agar aktiviti pembelajaran dan pengajaran dapat dijalankan

66

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

dengan lancar. Langkah-langkah pengajaran yang dirancang melalui aktiviti yang


tersusun mestilah berlaitan dengan objektif atau hasil pembelajaran.
Guru juga perlu memilih dan menyusun isi pelajaran yang hendak disampaikan. Is
perlulah sesuai dengan dengan kebolehan serta minat murid. Isi pelajaran perlu
dipertingatkan

dan

dikembangkan

secara

koheren

supaya

murid

membina

pembelajaran kendiri dengan lebih mudah. Ketika merancang pemeringkatan isi, guru
boleh memilih prinsip-prinsip perkembangan isi yang sesuai seperti :

daripada mudah kepada kompleks

daripada yang sudah diketahui kepada belum diketahui

daripada perkara dekat kepada yang jauh

daripada khusus kepada umum

daripada maujud kepada mujarad


Pemilihan dan penentuan strategi yang sesuai ketika merancang membantu guru

menyampaikan sesuatu isi pelajaran dengan berkesan. Kebjaksanaan guru memilih


strategi akan menjamin kelicinan dan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran.
Pendekatan dan kaedah yang melibatkan murid secara aktif boleh memotovasikan
serta menjadikan mereka berasa seronok untuk belajar.
Guru juga harus merancang aktiviti pentaksiran untuk mengukur pencapaian
objektif atau hasil pembelajaran. Aktiviti penilaian boleh dirancang dengan teliti melalui
pemerhatian aktiviti, analisis kerja murid atau melalui ujian lisan, bacaan mahu pun
penulisan. Maklumat-maklumat yang diperolehi dari pentafsiran penilaian ini akan
menjadi asas untuk membuat pengubahsuaian terhadap pengajaran dan pembelajaran
seterusnya.

67

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Penutup merupakan bahagian terakhir sesuatu pengajaran dan pembelajaran.


Dalam bahagian penutup guru membantu murid membuat rumusan dan kesimpulan isiisi penting melalui aktiviti soal jawab, lakaran peta pemikiran (i-think), peta minda atau
pengurusan grafik yang sesuai. Guru juga digalakkan memberi aktiviti pengukuhan
seperti menyanyi, bernasyid, bersalawat dan permainan ringkas yang menyeronokkan.
Guru juga perlu memberi rasa kepuasan belajar dan menggerakkan murid-murid
supaya bersedia untuk pelajaran akan datang.
Guru perlu membuat penilaian kendiri selepas tamat pengajaran. Refleksi
bertujuan untuk muhasabah berkaitan kekurangan dan kekuatan diri. Kekurangan atau
kelemahan perlu diperbaiki melalui perbincangan dan pembacaan secara ilmiah.
Pandangan para ilmuan perlu diambil kira sebagai panduan untuk menambaik amalan
pengajaran. Perkara-perkara yang perlu direnung dan dibuat refleksi ialah pencapaian
objektif atau hasil pembelajaran, kaedah dan teknik pengajaran, penglibatan murid
dalam pengajaran dan disiplin bilik darjah.
Bidang atau komponen Pendidikan Islam Seolah Rendah

Tilawah AlQuran

Aqidah

Ibadah

Sirah

Hadis

Akhlak

Jawi

68

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Rumusan
Guru

yang

kreatif

dan

inovatif

sentiasa

mempertingkatkan

kemahiran

profesionalismenya. Kemahiran dalam pengajaran makro amat perlu dikuasai untuk


kelangsungan pengajaran yang berkesan. Guru juga perlu mempelbagaikan kaedah
dan teknik pengajaran dan pembelajarannya. Justru para guru perlulah sentiasa
berusaha supaya pengajaran yang bermakna dapat diwujudkan melalui aktiviti yang
kreatif dan inovasif. Guru juga perlulah melibatkan murid secara aktif dalam aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, Usaha guru yang berteraskan kepada kajian dan
pembacaan

ilmiah

untuk

membuat

penambah

baikan

melalui

refleksi

menghasilkan pembelajaran yang bermakna kepada murid. Insya Allah.

Perancangan Pengajaran

Pelaksanaan
Pendahuluan --> Set Induksi --> perkembangan
--> Pengukuhan --> Penilaian --> Penutup

Refleksi

Amali Pengajaran Makro

Sedialan satu rancangan pengajaran harian yang lengkap untuk tempoh satu
masa pengajaran (30 minit). Laksanakan pengajaran tersebut dalam sesi

69

akan

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

perjumpaan tutorial / interaksi bersama pensyarah. Perancangan anda juga


perlu mengandungi bahan bantu seperti yang dibincangkan dalam modul ini.

LATIHAN MINDA

Apakah perbezaan di antara latihan kemahiran pengajaran mikro dengan


pengajaran makro.
Jelaskan dalam bentuk jadual banding beza yang lengkap.
.
CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN
1. Maklumat Am
Tarikh/Hari
Masa
Kelas & Bilangan

(Masihi) / (Hijrah) / (Hari)


1200-1300 (pagi/ t. hari/ petang)
( __ orang / Lelaki : ___ Perempuan : ___)

Murid
Bidang/ Komponen
Standard

Aqidah

Kandungan
Standard
Pembelajaran
Pengetahuan Sedia
Ada
Penggabungjalinan
Perentasan
Kurikulum
Kemahiran Berfikir

Mengklasifikasi maklumat (_______).


Menyusun maklumat. (________)
Membandingbeza antara ____________.
Menganalisi maklumat. (___________)

Penerapan nilai

Mengaplikasi ilmu dengan situasi. (___________)


Tekun menghayati bahan pengajaran
Bekerjasama dengan rakan sepasukan
Bertanggungjawab terhadap ilmu

70

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Menghormati orang lain


Berani mengemukakan pandangan
Bahan Bantu

Prihatin terhadap penginayaan


Projektor LCD

Mengajar

Laptop
Video
Kertas pendua

Hasil Pembelajaran

Senarai semak
Di akhir sesi pengajaran dan pembelajaran pelajar-pelajar
dapat:
1

Menyatakan __________dengan _____ setelah ________

Menerangkan _________dengan _______ melalui ________

Mengklasifikasikan _____ dengan ________

menggunakan _______.
1. Langkah Pengajaran
Langkah
Pendahuluan
(2 minit)

Isi Pelajaran
Doa permulaan belajar

Aktiviti PdP
1. Murid membaca doa

Pemerhatian

permulaan pengajian.
Fasa Persediaan
Soalan kerangka
1. bersoaljawab

(Set Induksi)

EQ: Apakah komponen

2. saranan jawapan

kejadian manusia.

3. merumus dan

(__ minit)

UQ: Apakah keperluan

hubungkait dengan topik

sosial manusia?

yang akan dibincangkan


hari ini melalui

Analisis
(__ minit)

1. Maksud pahala
ialah ganjaran baik

bimbingan guru.
Tayangkan video

Merekodkan maklumat

kerana melakukan

yang terdapat dalam

perbuatan

video berdasarkan

kebajikan.

ingatan mereka.

2. Maksud doa ialah

berbincang dengan rakan

balasan buruk

bersebelahan untuk

kerana melakukan

membanding jawapan

perbuatan jahat.

masing-masing.

71

Catatan

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Penjanaan
Idea
(___ minit)

dan sumbangan idea


Fasa Imaginasi
1. Contoh perbuatan
1 tayangan video
pahala:
a. Menafkah

-sumbangsaran
2

keluarga
b. Mengasihi ibu
Sintesis Idea
(___minit)

memberikan pandangan

bapa

berbincang dengan
pasangan

memberikan saranan

melengkapkan peta

c. Menghafaz al-

pemikiran/ peta minda

Quran

yang mengaitan dengan

d. Menderma

diri murid.

organ
e. Berniaga
2. Contoh perbuatan
dosa:
a. Melakukan
muqaddimah
zina
b. Ponteng kerja
c. Menyeludup
d. Mengkhianati
amanah

Penambahbai
kan
(___ minit)

e. Membuang bayi
Fasa Perkembangan
Kategori perbuatan:
1. Guru menerangkan
1. S1 PAHALA (Solat)

tatacara permainan

2. S2 DOSA (Buka

aktiviti ini.

aurat)
Penilaian
(___minit)

2. berbincang dalam

3. S3 DOSA (Meniru
ujian)

kumpulan
3. Pelajar membentang

4. S4 PAHALA
(Memberi sedekah)

hasil dapatan
4. Pelajar bersoaljawab

5. S5 DOSA

dengan pembentang.

72

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

(Bergaduh)

Penilaian

6. S6 DOSA (Ambil
Rasuah)

Guru memilih pelajar secara


rawak berdasarkan

7. S7 PAHALA

kumpulan kecerdasan

(menuntut ilmu)
8. S8 DOSA (Minum
arak)

supaya menyatakan hukum


perbuatan sama ada dosa
atau pahala.

9. S9 PAHALA
(Berzikir)
10.S10 DOSA
(Mengumpat)
Pelaksanaan
(___minit)

Rumusan P&P:

Fasa Tindakan
Kognitif

1. Maksud pahala dan


dosa.

Amalan

2. Contoh perbuatan

Berterusan/

dosa dan pahala.

Penutup
(___ minit)

merumus isi pengajaran


dengan bimbingan guru.
Sosial
Guru menasihatkan pelajar
supaya rajin melakukan
perbuatan baik untuk
menambah pahala dan
meninggalkan perbuatan
jahat supaya terhindar
daripada dosa.

Catatan Refleksi:
1

Refleksi RPH

Refleksi Pelaksanaan

73

PIM 3109

Pengurusan Sumber Dan Pengajaran Mikro, Makro Pendidikan Islam

Refleksi Hasil Pembelajaran

Refleksi Persekitaran

74

Anda mungkin juga menyukai