Anda di halaman 1dari 12

PERANCANGAN

STRATEGIK
DISIPLIN 2015

Mazli bin Md Zain@Zakaria

PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2015

UNIT DISIPLIN
PENDAHULUAN
Displin adalah satu elemen yang penting didalam menentukan ketertibaan sesuatu sistem. Displin
adalah satu aspek yang mesti wujud dalam masyarakat. Oleh itu displin hendaklah diberi
perhatian berat oleh semua pihak samada disekolah atau diluar sekolah. Sehubungan dengan itu,
guru-guru, para pelajar dan ibubapa harus memainkan peranan dalam membina disiplin yang
mantap di sekolah agar proses pengajaran dan pembelaran akan lebih licin dan lancar.
Adalah menjadi harapan bagi unit disiplin Sekolah Tanjung Aru II untuk melahirkan generasi
yang cemerlang bukan setakat akademiknya tetapi juga membina akhlak dan sahsiah diri yang
sempurna mengikut acuan budaya timur yang luhur dengan budi bahasa yang tinggi.
VISI
Ke arah masalah disiplin sifar
MISI
Melahirkan pelajar yang bebas dari masalah disiplin
OBJEKTIF

Mencegah pelajar-pelajar yang bersalah dari mengulangi kesalahan mereka

Mencegah pelajar-pelajar yang merbahaya atau bersalah dari mempengaruhi pelajarpelajar lain

Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang
setimpal
2

PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2015

Untuk memperbaiki tingkah laku pelajar-pelajar yang bersalah

DEFINISI DISIPLIN
Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan Tahun 1979
mentakrifkan disiplin sebagai:
"Kesanggupan seseorang individu menghormati dan mematuhi undang-undang sama ada disiplin
itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri. Disiplin juga bermakna kesanggupan
seorang itu bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan, menghgormati hak
individu lain. Kesanggupan mengamalkan tingkah laku yang baik dan tidak mengganggu
kepentingan orang lain. Kesanggupan hormat-menghormati di antara satu sama lain dan
mempunyai semangat tolong-menolong. Kesanggupan membaiki keadaan yang sedia ada
menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat kepada masyarakat"

MATLAMAT DISIPLIN
Disiplin akan melahirkan individu yang dapat memimpin diri sendiri dalam hidupnya pada masa
hadapan. disiplin diri bagi setiap individu adalah mustahak dalam usaha mewujudkan satu
masyarakat Malaysia yang bertatasusila, bersatu padu , demokratik, adil, liberal dan progresif.
disiplin juga akan melahirkan individu yang kreatif, mempunyai jati diri yang tinggi dan sentiasa
memelihara harga diri dalam masyarakat yang bergerak ke arah kemajuan.

PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2015

MATLAMAT DISIPLIN
1. Melahirkan insan yang berakhlak mulia demi kesempurnaan masyarakat
2. Mewujudkan sifat hormat-menghormati di antara satu sama lain dan mempunyai
semangat setiakawan serta kekitaan
3. Melahirkan pelajar yang bertanggungjawab, tahu menjaga harga diri dan menjadi
warganegara yang baik
4. Memberi layanan dan hak yang sama rata kepada pelajar
5. Membantu pengetua dan guru-guru menjaga keharmonian, ketenteraman dan kelicinan
pentadbiran sekolah
6. Menegaskan bahawa mereka yang bersalah akan menerima hukuman yang setimpal
dengan kesalahanya

OBJEKTIF HUKUMAN
1. Mencegah pelajar yang bersalah mengulangi kesalahan mereka
2. Mencegah pelajar yang merbahaya atau bersalah daripada mempengaruhi pelajar lain
3. Memberi ingatan kepada pelajar lain supaya tidak melakukan kesalahan
4. Setiap kesalahan yang terbukti dan sabit kesalahannya akan mendapat hukuman yang
setimpal
5. Memperbaiki tingkahlaku pelajar yang bermasalah

PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2015

CARTA ORGANISASI
PENASIHAT
Datin Hjh Omai Salamah Bt. Hj. Kamah
Guru Besar
PENGERUSI
Puan Rinie bt Yunus
Pen. Kanan HEM
GURU KANAN DISIPLIN DAN PENGAWAS
En. Mazli bin Md Zain@Zakaria
PEN.GURU KANAN DISIPLIN DAN PENGAWAS
Pn. Anne J.P Guntavid
AJK
Cik Sarimah bt Onong
Pn Chin Fui Fun
Pn Nor Arnita Mohd (Pengawas PSS)
En Norshidi Majid (Pengawas ICT)
Semua Guru Kelas
Semua Guru SKTA2

PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2015


PENGUATKUASAAN PERATURAN SEKOLAH
1. Semua murid perlu memiliki Buku Panduan Tatacara Disiplin Sekolah.
2. Semua murid dikehendaki memakai lencana sekolah dan tanda nama.
3. Membuat perlantikan pengawas sekolah yang terdiri daripada murid tahun 3 hingga Tahun
6.
4. Bilangan pengawas sekolah adalah 10% daripada bilangan keseluruhan murid daripada
tahun semasa.
5. Semua pengawas yang dilantik perlu mlalui proses berikut :
a) Pencalonan oleh guru kelas
b) Temuduga oleh jawatankuasa disiplin dan pengawas sekolah
c) Kursus perlaksanaan tugas dan tanggungjawab
d) Tempoh percubaan sepanjang bulan Januari.
e) Majlis watikah perlantikan
6. Mengadakan sesi kaunseling khas kepada murid-murid yang sering melanggar peraturan
sekolah.

PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2015


PERANCANGAN BADAN DISIPLIN SKTA II TAHUN 2015
BIL

AKTIVITI

OBJEKTIF/ PERLAKSANAAN

TARIKH
SASARAN

a) Sasaran : Para Pengawas


b) Penekanan kepada peraturan sekolah dan
1.

Taklimat Disiplin
Bersama Guru Disiplin

tindakan yang mungkin diambil


oleh pihak sekolah

Minggu 1

Objektif : Memastikan semua pengawas


mengetahui tentang peraturan sekolah
a) Sasaran : Para Pengawas
2.

Taklimat Disiplin

b) Taklimat Disiplin Khusus

Bersama Pentadbir

c) Memastikan pengawas mengetahui tugasan

Minggu 2

masing-masing
a) Sasaran : Semua murid
3.

Pemantauan Disiplin

b) Memastikan murid tidak melanggar disiplin

Sepanjang masa

c) Penekanan kepada pembentukan sahsiah


a) Sasaran : Semua murid
4.

Perhimpunan Pagi

b) Memastikan murid tidak lewat hadir ke

Setiap pagi Isnin

sekolah dan pelajar sentiasa dalam keadaan

hingga Jumaat

kemas dan berdisiplin


a) Sasaran : Semua murid
5.

Grooming murid

b) Penekanan kepada aspek pemakaian dan


penampilan

Dari masa ke
semasa

a) Sasaran : Semua Pengawas Sekolah


KEM KEPIMPINAN PENGAWAS BERSAMA
6

Kursus Pengawas

PENGAWAS PUSAT SUMBER , ICT DAN


KETUA KELAS

Feb

) Penekanan kepada aspek kepimpinan dan


keterampilan.
7.

Ceramah

Melibatkan Pegawai dari Polis / Jabatan Penjara

Feb
7

PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2015


KK
i) Cadangan tajuk ceramah : Jenayah Juvana /
Hukuman Rotan
ii) Objektif : Menyedarkan pelajar tentang
kesalahan-kesalahan yang boleh disabitkan
dengan hukuman oleh pihak berkuasa
Program
8.

Kecemerlangan

Semua Murid SKTA2

Feb

Semua Guru

Mac

Ahklak
9.

Mesyuarat Disiplin 1

a) Sasaran : Semua pelajar


- Diadakan secara mengejut
10.

"Spot-Check"

- bertujuan memastikan pelajar tidak membawa


bahan-bahan yang terlarang dan pelajar sentiasa

Dari semasa ke
semasa

berada dalam keadaan kemas


Program Keselamatan
11.

Sekolah

Bersama Unit Bimbingan & Kaunseling

Mei

Bersama Unit Bimbingan & Kaunseling

Jun

Program
12.

Kecemerlangan
Akhlak
Pameran

Diadakan oleh pihak polis dan pihak penjara


i) Bertujuan menyedarkan pelajar tentang
salah laku dan jenayah yang boleh dikenakan

13.

tindakan undang-undang.

Mesyuarat Disiplin 2
Program Anti Dadah &

Ogos

Semua Guru
Bersama Unit Bimbingan & Kaunseling

Sept
8

PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2015


14

Merokok

Bertujuan untuk mennggantikan Pengawas Th.6,


bagi membantu pihak
15.

Perlantikan Pengawas

sekolah dan guru melaksanakan pemantauan


disiplin

Baru

a) melibatkan beberapa peringkat:


i) Pencalonan oleh guru kelas

Okt - Nov

ii) Tapisan dan temuduga


iii) Lantikan
Sasaran : Semua pelajar
11.

Kempen Berbudi
Bahasa

a) Bertujuan menyemai sikap berbudi bahasa dan


nilai murni di kalangan pelajar

Sepanjang Tahun

b) menjadikan amalan salam sebagai sebahagian


daripada rutin kehidupan

OBJEKTIF PERANCANGAN
1. Melahirkan dan membentuk pelajar yang berdisiplin dan bertanggungjawab serta peka
dengan peraturan dan undang-undang sekolah.
2. Melahirkan seorang ahli masyarakat yang bertatasusila, bersatu padu, demokratik, adil,
liberal dan progresif.
3. Melahirkan pelajar yang mengenal dan menilai diri sendiri dan orang lain secara rasional dan
bijaksana.
9

PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2015


4. Melahirkan pelajar yang menyayangi dan menghormati diri sendiri, orang lain, dan
menghargai alam sekitar.
5. Melahirkan pelajar yang bersemangat tinggi, berilmu, berketerampilan serta menjadikan
sekolah sebagai landasan menuju kea rah kecemerlangan hidup.
6. Merealisasikan slogan Sekolahku Rumah.
7. Membebaskan murid dari semua gejala dan penguh tidak baik.
8. Buku Peraturan

: Buku Peraturan Sekolah dibekalkan kepada murid. Buku ini akan

dikemaskinikan dari masa ke semasa, dan menjadi rujukan kepada setiap murid.
9. Taklimat Awal : Penerangan tentang peraturan dan disiplin juga akan disampaikan oleh Guru
Disiplin pada minggu pertama.
10. Surat Akuan & Ikrar Pelajar : Surat ikrar murid perlu ditandatangani oleh setiap pelajar
baru (bertukar dari sekolah lain) di hadapan guru disiplin serta penjaga pelajar sebagai
jaminan tingkah laku mereka.
11. Borang Perjanjian : Perlu ditandatangani oleh pelajar yang masih mengulangi pelanggaran
disiplin. Penjaga kepada pelajar berkenaan akan dijemput ke sekolah kemudian menyaksikan
perjanjian dibuat oleh anak dengan pihak disiplin. Borang ini sebagai bahan bukti untuk
penguatkuasaan dan tindakan seterusnya. Tindakan ini diharap dapat mengelakkan sebarang
tindakan dipertikaikan nanti, dan sebagai jaminan pelajar tidak akan mengulangi kesalahan
mereka.
12. Sudut Disiplin:

Setiap kelas juga diwajibkan menyediakan sudut disiplin. Sudut ini

dilengkapkan dengan peraturan-peraturan dan undang-undang yang dikeluarkan oleh badan


disiplin serta pekeliling-pekeliling dari Kementerian Pendidikan dan Jabatan Pendidikan
berkaitan dengan peraturan dan notis tertentu.
13. Kad Kebenaran Keluar Kelas: Kad Keluar Tandas. Kad ini bertujuan untuk menggalakkan
dan mengawal pelajar dari terlalu bebas keluar dan berkeliaran di luar semasa P & P.
10

PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2015


14. Buku Kawalan Kelas: Setiap Kelas dibekalkan dengan buku kawalan kelas yang akan
ditandatangani oleh setiap guru yang memasuki kelas pada setiap waktu pembelajaran. Setiap
guru akan mencatat nama mata pelajaran, masa, dan jumlah pelajar yang hadir pada masa
mereka mengajar. Tujuan buku ini adalah untuk memastikan bahawa tidak ada pelajar yang
ponteng kelas.
15. Spot-Check: di tempat perhimpunan, dan di dalam kelas secara menyeluruh.
16. Buku Laporan Disiplin: Buku Khas yang mengandungi semua maklumat bagi pelajar yang
kerap melanggar disiplin seperti Nama, Tahun, Kelas, Kesalahan, Tarikh, Tindakan dan
Hukuman.

17. Fail-fail maklumat pelajar


a) Fail 001 - Fail Amaran 1
b) Fail 002 - Fail Amaran 2
c) Fail 003 - Fail Amaran 3 dan akhir
d) Fail 004 - Surat Gantung sekolah
e) Fail 005 - Surat Buang / Tukar Sekolah
f) Fail 006 - Laporan PPD / JPN
g) Fail 007 - Maklumat SSDM
h) Fail 008 - Laporan Kes
i) Fail 009 - Perjanjian ibu bapa / ikrar pelajar
j) Fail 010 - Kes-kes polis
11

PERANCANGAN STRATEGIK DISIPLIN 2015


k) Fail 011 - Minit Mesyuarat Disiplin
l) Fail 012 - Surat Rujuk Kaunselor

12