Anda di halaman 1dari 11

MUZIK DUNIA ( MUZIK ABAD KE-20 )

MZU3102

1.0 MUZIK ABAD KE-20


Sejak dari awal abad pertengahan hingga akhir abad ke-19, muzik klasik didominasi oleh sistem
Tonal. Hingga saat itu, perkembangan muzik adalah suatu gerakan yang merupakan reaksi dari
zaman-zaman sebelumnya. Kebangkitan Renaisans adalah reaksi dari Abad Pertengahan,
Barok adalah reaksi dari Renaisans, Klasik dari Barok dan Romantik dari Klasik. Berbeza pula
dengan Modernisme abad ke-20 adalah reaksi terhadap keseluruhan abad sebelumnya. Muzik
klasik dalam pengertian zaman atau era, telah berakhir sejak akhir abad ke-18, sedangkan
pengaruhnya masih kuat pada abad ke-19. Namun muzik klasik dalam pengertian umum masih
terus dikembangkan dengan berbagai-bagai kemungkinan baharu. Muzik era abad ke 20
dimulai pada tahun 1900 hingga tahun 2000 sedangkan muzik kontemporari dimulai pada tahun
1975 hingga sekarang.
Muzik abad 20 diawali oleh Claude Debussy yang membawa gaya impresionis. Para
komposer benua Amerika memulai karier mereka di bidang muzik dan berjaya seperti Charles
Ives, John Alden Carpenter dan George Gershwin. Masih ada juga Arnold Schoenberg yang
lulusan akademi Vienna yang mengembangkan teknik 12 nada. Alat muzik yang digunakan
pada era ini terus digunakan hingga sekarang. Bentuk muzik pada abad 20 ini lebih bervariasi.
Para komposernya sangat bebas berekspresi dan berimaginasi dan tidak tetumpu kepada satu
aliran muzik sahaja. Terdapat banyak jenis muzik pada abad ini seperti neoklasik,
ekspresionisme, serialisme, muzik elektronik dan musik minimalis. Contohnya aliran
ekspresionisme dari Schoenberg, neoclassical dari Igor Stravinsky, aliran futurisma dari Luigi
Russolo, Alexander Mossolov, Prokoliev dan Antheil. Selain daripada muzik-muzik di atas,
masih ada aliran muzik seperti microtonal dari Julian Carillo, Alois Haba, Harry Partch dan Ben
Johnston.

2.0 CIRI-CIRI MUZIK ABAD KE-20


1

MUZIK DUNIA ( MUZIK ABAD KE-20 )

MZU3102

(i) Warna Ton


- Bunyi-bunyi yang bising dan alat perkusi sering digunakan.
- Teknik permainan alat yang luar biasa dipraktiskan seperti glissando.
- Instrumen digunakan untuk menghasilkan irama dan warna ton yang unik.

(ii) Melodi
- Skel tidak dipengaruhi oleh kord-kord tradisi Major dan Minor. (berdasarkan variasi skel secara
meluas, atau ia mungkin menggunakan kesemua 12 ton kromatik secara bebas)
- Melodinya pendek.
- Pic di dalam melodi zaman ini mempunyai jeda yang besar dan melompat-lompat (wide
leaping of notes)
- Penggunaan skel kromatik dan berjeda disonan.
- Penggunaan glissando dari satu pic ke satu pic.

(iii) Irama
- Penukaran meter yang kerap.
- Penggunaan sinkopasi dan tekanan pada bit yang lemah.
- Penggunaan poliritma (meter berlainan digunakan pada masa yang sama)
- Penggunaan ostinato di mana motif atau frasa yang diulangi pada pic yang sama sepanjang
satu bahagian. boleh Ostinato boleh diadakan pada melodi ataupun iringannya.
(iv) Harmoni
- Penggunaan kord disonan, polikord, kod keempat dan kord kluster.
2

MUZIK DUNIA ( MUZIK ABAD KE-20 )

MZU3102

- Tiada penggunaan nada yang khusus.(atonal)

3.0 STAIL PENCIPTAAN MUZIK ABAD KE-20


3.1 IMPRESIONISME
Muzik Impresionisme dipengaruhi oleh penyajak Perancis seperti Rimbaud dan pelukis MOnet
dan Renoir. Pemuzik menghasilkan stail di mana dapat mencakupi pandangan terhadap
sesuatu objek. Pencipta yang terkenal dengan stail ini ialah Claude Debussy (1862-1918).
Muzik ini mengekalkan irama yang fleksibel, warna ton yang unik, harmoni yang bebas seperti
angin yang menderu atau air yang mengalir.

3.2 NEOKLASISISME
Muzik Neoklasisisme pula dalam percubaan untuk mengembalikan muzik yang seimbang dan
simeteri dari Zaman Klasikal. Pemuzik seperti Igor Stravinsky (1882-1971) menghasilkan muzik
yang dikenali sebagai neoklasisisme yang mengekalkan elemen harmoni, irama dan warna ton
moden.Muziknya pula lembut dan mempunyai ekspresi yang nyata.

3.3 NASIONALISME
Pada abad ke-20, stail muzik mula menjadi bahasa antarabangsa dan pada masa ini semangat
nasionalisme bersemarak dalam kalangan pemuzik seperti Bela Bartok (1881-1945) dari
Hungary bersama Kodaly menjelajahi ke seluruh negara Hungary untuk mengumpulkan lagu
dan muzik rakyat yang mana mereka menggunakannya di dalam ciptaan muzik mereka.

3.4 EKSPERIMENTALISME
Kebanyakan muzik di abad ke-20 dieksperimenkan di mana pemuzik menghasilkan muzik
secara kreatif dan inovatif. Stail muzik pula dikenali sebagai muzik aleatorik atau muzik
3

MUZIK DUNIA ( MUZIK ABAD KE-20 )

MZU3102

"chance", serialis ( berdasarkan sistem 12 ton) dan minimalis (ostinato melodi, konsonan dan
harmoni yang statik dan perkembangan pergerakan idea muzik yang beransur lambat)

3.5 NEOROMANTISISME
Dalam muzik yang penuh dengan bunyi disonan dan abstrak, ada juga pencipta ynag kembali
kepada penciptaan yang lebih subjektif dan berpusat kepada sesuatu ton yang menunjukkan
stail neoromantisme. Muzik neoromantisisme menggunakan bunyi yang kontemporari.

4.0 KOMPOSER ABAD KE-20


1. Claude Debussy
2. Arnold Schoenberg
3. Bela Bartok
4. Igor Stravinsky
5. Alban Berg
6. Krzysztof Penderecki

5.0 MUZIK EKSPRESIONISME


Pengertian Ekspressionisme adalah kecenderungan seseorang seniman untuk memutarbelitkan
kenyataan dengan kesan-kesan emosional. Ekspresionisme boleh didapati di dalam karya
lukisan, sastera, filem, seni bina, dan muzik. Istilah emosi ini biasanya lebih menuju kepada
4

MUZIK DUNIA ( MUZIK ABAD KE-20 )

MZU3102

jenis emosi kemarahan dan depresi daripada emosi bahagia. Ekspresionisme juga ditakrifkan
sebagai kebebasan penyelewengan bentuk dan warna untuk melahirkan emosi ataupun
sensasi

dari

dalam

yang

biasanya

dihubungkan

dengan

kekerasan

atau

tragedi.

Ekspresionisme mencari `Sturm und Drang 'dan pancarannya keluar merupakan media yang
baik untuk menggambarkan emosi kepada orang lain. Tokoh pelukis Ekspresionisme di
Indonesia adalah Hashim (Soegeng)

5.1 CIRI-CIRI
Pendedahan warna, garis, seni ketara dan dalam pelbagai kata. dirinya gambaran
Mendedahkan tanpa perlu angan-angan bagi adanya misalnya seseorang kegiatan images
bermakna jasmaniah mencipta keluar. Seorang Tokoh lain dalam dan dari diri selepas aliran
sendiriini adalah suatu Leo Tolstoy. Yang Ia berpendapat: telah "Memunculkan mengalaminya
pelbagai kata-kata, mengalami 1976:76). gerak, perasaan itu seseorang memunculkan suara
atau kemudian yang dengan perantaraan dalam lain Gie, garis, warna, bentuk diungkapkan
orang-orang memindahkan perasaan yang perasaan sama, ini itu adalah sehingga aktiviti seni
(The Liang)

5.2 TOKOH EKSPRESIONISME


a) Jerman: Heinrich Campendonk , Emil Nolde , Rolf Nesch , Franz Marc , Ernst Barlach ,
Wilhelm Lehmbruck , Erich Heckel , Karl Schmidt-Rottluff , Ernst Ludwig Kirchner , Max
Beckmann , August Macke , Elfriede Lohse-Wchtler , Ludwig Meidner , Paula ModersohnBecker , Gabriele munter , dan Max Pechstein .
b) Austria: Egon Schiele dan Oskar Kokoschka.
c) Russia: Wassily Kandinsky dan Alexei Jawlensky.
d) Netherlands: Charles Eyck , Willem Hofhuizen , Jaap Min , Jan Sluyters , Jan Wiegers dan
Hendrik Werkman.
e) Belgium: Constant Permeke , Gust De Smet , Frits Van den Berghe , James Ensor , Floris
Jespers , dan Albert Droesbeke .
5

MUZIK DUNIA ( MUZIK ABAD KE-20 )

MZU3102

f) Perancis: Gen Paul dan Chaim Soutine.


g) Norway: Edvard Munch.
h) Switzerland: Carl Eugen Keel.
i) Indonesia: Affandi

6.0 MUZIK IMPRESIONISME


Impresionisme adalah suatu gerakan seni dari abad 19 yang dimulai dari Paris pada tahun
1860an. Nama ini pada awalnya dikutip dari lukisan Claude Monet, "Impression Sunrise".
Kritikus Louis Leroy menggunakan perkataan ini sebagai sindiran dalam artikelnya di Le
Charivari. Karakter utama lukisan impresionisme adalah melalui garisan-garisan berus lukisan,
6

MUZIK DUNIA ( MUZIK ABAD KE-20 )

MZU3102

warna-warna cerah, komposisi terbuka, penekanan pada kualiti pencahayaan, subjek-subjek


lukisan yang tidak terlalu menonjol dan sudut pandang yang tidak biasa.
Seniman impresionisme pada awalnya diinspirasikan oleh teori-teori Eugene Delacroix
yang mulai merasakan ketidakpuasan terhadap perkembangan seni akademik pada masa itu
yang terlalu berkonsentrasi kepada mahzab seni lukisan klasik. Ia berpendapat bahawa lukisan
tidak selamanya dibentuk dengan pengolahan garis secara berlebihan sebaliknya pengolahan
warna-warna dengan penuh teliti akan menghasilkan bentuk lukisan yang lebih menarik.
Namun, Delacroix sendiri boleh dianggap gagal melepaskan diri dari pengaruh perkembangan
seni lukis akedemik kerena walaubagaimanapun lukisannya sendiri masih berkonsentrasikan
pada bentuk-bentuk secara ideal.
Namun begitu, terdapat beberapa pelukis secara radikal melanggar peraturan-peraturan
akademik dalam pembuatan lukisan. Lukisan ini tidak lagi berkonsentrasi pada bentuk secara
terperinci dengan mementingkan kontour, volume dan garis. Suasana didapatkan dengan
menangkap kesan cahaya yang dikesan sekilas pandang oleh mata. Akibatnya bentuk objek
menjadi lebih sederhana, tidak seperti lukisan naturalisme atau realisme. Pada awalnya, tidak
hanya lukisan still life dan potret saja yang dibuat di dalam ruangan tetapi juga pemandangan.
Hal inilah yang kemudiannya mendorong seniman impressionism untuk menemukan bahawa
ada kesan yang berbeza akan terhasil jika lukisan dibuat secara terbuka dengan suasana visual
secara langsung bagi mengamati objek yang dibuat. Mereka menggunakan garisan warnawarna pendek, pecah dan sekaligus murni untuk memberikan nyawa kepada lukisan.
Penekanan lukisan kemudian bergesel kepada kesan keseluruhan daripada detail-detail objek
tertentu.
Pada akhir abad 19, masyarakat mulai mempercayai bahwa impresionisme adalah cara
pandang yang jernih dan jujur terhadap kehidupan, meskipun secara artisitik bukanlah
pendekatan yang benar dalam pembuatan karya.Puncak gerakan seni impresionisme di
Perancis terjadi hampir bersamaan dengan di negara lain, antara lain di Itali dengan pelukis
Macchiaioli, dan Amerika Syarikat dengan pelukis Winslow Homer. Impresionisme menjadi
pelopor berkembangnya aliran-aliran seni modern lain seperti Post-Impresionisme, Fauvisme,
and Kubisme.

6.1 TOKOH MUZIK IMPRESIONISME


7

MUZIK DUNIA ( MUZIK ABAD KE-20 )


-

MZU3102

Debussy (Trois Noctumes: Nuages )

Debussy telah diklasifikasikan sebagai komposer Impressionist yang telah membawa gaya
muzik dan teknik yang telah member impak yang sebenar dalam muzik di seluruh dunia.
Debussy dan Ravel diiktiraf sebagai dua komposer Impressionist. Di samping itu, Falla, Paul
Dukas, Itali dan United Kingdom Respighi Vaughan Williams pula merupakan wakil tgenre
muzik.

6.2 CIRI-CIRI KREATIF MUZIK IMPRESIONISME


Muzik Impresionisme bukanlah sejenis muzik yang menggambarkan alunan muzik tetapi lebih
menggambarkan keadaan atau suasana sesuatu majlis yang mana ianya dipanggil muzik
program. Di antara lagu yang dihasilkan adalah seperti "Laut Debussy Ini, "Musim Bunga."
Lukisan Impressionist pula cenderung untuk menggambarkan objek, cahaya dan warna,
serta kontur yang kurang jelas. Lukisan-lukisan ini merupakan sejenis hasil kerja yang memberi
satu kesan yang hebat atau menggambarkan perasaan yang tersirat. Di samping itu, terdapat
juga komposer Impressionist yang suka mencipta kord-kord lagu yang baharu dan frasa melodi
yang pendek dan lembut untuk mencipta suasana. Selepas kematian Debussy pada tahun
1918, sebilangan besar komposer mencipta muzik menggunakan teknik-teknik impresionisme
di mana mereka menghasilkan penggubahan muzik sendiri yang dipanggil "post-impresionis" Di
antara komposer-komposer impresionisme termasuk Darius Milhaud (Darius Milhaud), Lili
Boulanger (Lili Boulanger), Puccini dan sebagainya.
Para sasterawan percaya bahawa muzik impresionisme dalam tahun 1870-an telah
memasuki aliran kesusasteraan, tetapi nakat serta kemahiran komposer-komposer, penulis
impresionisme dan penyair adalah berbeza. Muzik impresionisme hanya dapat dikenal pasti
pada lewat abad ke-19 dan awal abad ke-20 kerana sesetengah penulis Eropah Barat tidak
menghasilkan lukisan Impressionist dan ciptaan muzik yang sama. Ini kerana muzik ini lebih
menjurus ke arah emosi dan perasaan penulis tersebut.

6.3 POST IMPRESIONISME

MUZIK DUNIA ( MUZIK ABAD KE-20 )

MZU3102

Post impressionism telah bergerak dari perancis sejak 1885 hingga 1905. Post impressionism
telah dicipta oleh seorang pengkritik seni Inggeris iaitu Roger Fry.Paul Cezanne,Georges. Paul
Gauguin adalah antara pelukis yang berasal dari perancis kecuali Van Gogh dan kebanyakan
mereka bermula sebgaai impressionist. Kesemua tokoh ini menegaskan tentang kesan figutif
pada warna dan cahaya.

6.3.1 Teknik Post Impresionisme


Aliran ini adalah lanjutan daripada aliran impressionisme yang memilih perkara di persekitaran
mereka sebagai satu perkara. Walaubagaimanapun,ia mengadunkan eleman saintifik dan
kajian analitikal terhadap warna dan cahaya dan ianya lebih kepada warna-warna
simbolik,terang dan tidak begitu neutral. Warna-warna ini diaplikasikan secara pertindihan,hasil
daripada kombinasi beberapa warna. Tteknik ini dgunakan untk menghasilkan warna ilusi
kepada para penonton yang menonton.

6.3.2 Gaya Seni


Segala hasil karya pencipta-pencipta ini telah menerima kritikan yang hebat kerana
menggunakan teknik dimana mereka merakamkan imej dengan mementingkan rakaman
cahaya dan campuran warna yang menggambarkan kesan cahaya yang jatuh pada sesuatu
imej yang dilukis..Kemudian, semasa aliran post impressionisme, Gauguin bersama-sama
pelukis muda yang bernama Emile Bernard telah mencari kebenaran yang lebih mudah dan
keindahan yang lebih tulen dalam seni. Ini jauh lebih berbeza daripada dunia seni yang canggih
di Paris,yang mana mereka mencari inspirasi dari kaum-kaum luar bandar dengan nilai-nilai
tradisional
Mereka menjelajah dan mengkaji dengan bersungguh-sungguh dengan penuh perasaan
tentang warna tulen dan garis.Gauguin menggunakan warna eksotik dan rasa keharmonian
untuk mencipta puitis tahitians.Dari brushstrokes, dia telah menggunakan baris-baris yang
berlengkok-lengkok serta warna yang bertenaga ke dalam catannya (berbanding pada masa
impressionisme).Gauguin mewarna dengan penuh perasaan dan menggunakan warna yang
bertenaga dan banyk menghasilkan catatannya dalam benuk lanskap semula jadi.

MUZIK DUNIA ( MUZIK ABAD KE-20 )

MZU3102

7.0 PENGARUH GAMELAN JAWA


Muzik abad ke-20 sememangnya dipengaruhi oleh Gamelan Jawa.Penggiat-penggiat muzik
klasik mengatakan bahawa muzik era ini amat unik yang mana ianya menampilkan dua alat
muzik yang berbeza alirannya iaitu instrument Gamelan Jawa dan instrument barat. Pengaruh
gamelan Jawa di dalam lagu klasik barat itu bermula ketika era Debussy dan Satie yang mana
kedua-duanya merupakan komposer Perancis. Sejak kedua-dua komposer ini mendengar
muzik gamelan pada 1889 di Paris Exposition, maka sejak itulah instrumen gamelan Jawa
mempengaruhi beberapa komposer musik klasik barat.
Pengarang buku A Guide to the Gamelan juga memberikan pengantar tentang
pengaruh Gamelan Jawa di muzik piano barat abad ke-20.

8.0 RUJUKAN
1. http://news.liputan6.com/read/340874/gamelan-jawa-dapat-pengaruhi-musik-klasik
2. http://independen.net/2011/06/24/gamelan-jawa-dapat-mempengaruhi-musik-klasik/
3. http://www.syamsudin.net/2013/08/claude-debussy-google-doodles-22-august.html
4. Teachout, Terry. Masterpieces of the Century: A Finale - 20th century classical music,
Commentary Magazine, Jilid: 107

10

MUZIK DUNIA ( MUZIK ABAD KE-20 )

MZU3102

11