Anda di halaman 1dari 29

Alat Muzik Kaum Cina

PIPA

Pengenalan
Pipa adalah alat bertali mempunyai 4 tali logam. Badan dibuat dari kayu; dadanya bulat dan
belakangnya cembong tetapi permukaan dadanya mendatar. Beberapa kekuda titian tali dari
kayu dipasang pada papan jari seperti fret. Tali-tali diikat kepada hujung bahagian bawah
badan dan pada 4 pemulas melaras disisi papan jari. Bahagian kepalanya berukir.
Fungsi
Pipa digunakan dalam orkestra untuk mengiringi opera Cina; juga sebagai alat solo atau
mengiringi nyanyian.
Cara Bermain
Cara bermain dengan memegang berdiri atas pahu pemain. Tali-tali dipetik dengan hujunghujung jari dan kuku. Jari-jari tangan sebelah lagi diletak pada tali-tali antara fretnya untuk
mengeluarkan berbagai pic bila tali-tali dipetik.
Muzik Tradisional Malaysia.pptx

TAJUK 1

SEJARAH MUZIK DUNIA

Perkembangan Muzik terbahagi kepada enam zaman iaitu:


1.1 Zaman Abad Pertengahan
Zaman Abad Pertengahan sejarah kebudayaan adalah Zaman antara berakhirnya kerajaan Romawi
(476 M) hingga Zaman Reformasi agama Kristian oleh Marthen Luther (1572M). Perkembangan
Muzik pada Zaman ini disebabkan oleh perubahan keadaan dunia yang mendadak, dan
membolehkan penemuan-penemuan baru dalam segala bidang, termasuk dalam kebudayaan.
Perubahan membabitkan juga muzik dimana ia bukan lagi digunakan dalam persembahan spiritual
bahkan telah digunakan sebagai hiburan.

Pada tahun 1050M, Guido d' Arezzo, telah membaiki tulisan-tulisan serta dasar-dasar teori
muzik. Penggunaan lapisan suara juga telah berkembang pesat di Eropah Barat yang mana
"Greogrian Chant" telah diperkenalkan oleh Paus Gregorius.
Antara pelopor-pelopor Muzik pada Zaman Pertengahan adalah :
1. Gullanme Dufay dari Prancis.
2. Adam de la halle dari Jerman.

1.2 Zaman Renaisance (1500 1600)


Zaman Renaisance adalah zaman selepas abad Pertengahan. Renaisance ertinya Kelahiran
Semula Kebudayaan tinggi yang telah hilang pada Zaman Romawi. Muzik dipelajari dengan
ciri-ciri khusus, contoh nyanyian percintaan, nyanyian keperwiraan. Sebaliknya muzik Gereja
mengalami kemunduran. Pada zaman ini alat muzik Piano dan Organ mula dikenali, yang
membawa pada kemunculan muzik Instrumental. Pada zaman ini juga ,Opera telah mula
berkembang terutamanya di kota Florence. Opera adalah sandiwara yang melibatkan
penyanyi berserta dengan muzik iringan.
Antara Komposer-komposer pada Zaman Renaisance ialah:
1. Giovanni Gabrieli (1557 1612) dari Itali.
2. Galilei (1533 1591) dari Itali.
3. Claudio Monteverdi (1567 1643) dari Venese.
4. Jean Baptiste Lully (1632 1687) dari Perancis.

1.3 Zaman Barok dan Rokoko


Kemajuan muzik pada zaman pertengahan telah membawa kepada kemunculan aliran-aliran
muzik baru, diantaranya ialah Barok dan Rokoko. Kedua aliran ini hampir sama sifatnya,
iaitu banyak menggunakan Ornamen (hiasan Muzik). Perbezaanya, muzik Barok
menggunakan ornamen semasa inprovisasi oleh pemuzik manakala muzik Rokoko ornamen
nya telah dicatatkan.
1.3.1.Komposer-komposer Zaman Barok dan Rokoko :
A. Johan Sebastian Bach
- Lahir pada 21 Mac 1685 di Eisenach Jerman
- Meninggal pada 28 Julai 1750 di Lipzig Jerman.
- Hasil karyanya yang terkenal antaranya:
1. St. Mathew Passion.
2. Misa in b minor.
3. 13 buah Concertino (piano dengan orkestra)
4. 6 buah Concerto Brandenburg
Gubahan-gubahannya banyak mempengaruhi muzik moden sekarang. Sebastian Bach juga
memperkenalkan Choral songs (muzik untuk Khutbah Gereja) serta lagu-lagu instrumental.
Pada akhir hayatnya Sebastian Bach menjadi buta dan meninggal di Leipzig
B. George Fredrick Haendel
Lahir di Halle Saxony pada 23 Feb. 1685 , serta meninggal di London pada 14 April 1759.
Semasa kecilnya lagi telah memperlihatkan bakat dalam bermain alat muzik. Pada tahun
1703, beliau ke Hamburg sebagai anggota Orkestra Opera. Tahun 1712 ia kembali semula ke
London. Hasil ciptaannya yang terkenal adalah ;
1. Messiah, yang merupakan Oratorio (genre muzik) yang terkenal.
2. Water Music (Muzik Air).
3. Fire Work Music (Muzik Bunga Api).
Water Music dan Fire Work Music merupakan gubahan Orkestranya yang paling terkenal.
Dia meninggal di London dan dimakamkan di Westminster Abbey.

1.4. Zaman Klasik 91750 1820)


Sejarah muzik klasik bermula pada tahun 1750, setelah berakhirnya muzik Barok dan
Rokoko.
1.4.1 Ciri-ciri Zaman musik Klasik:
a. Penggunaan dinamik dari Kuat kepada Lembut, Crassendo dan Decrasscendo.
b. Perubahan tempo dengan accelerando (semakin Cepat) dan Ritartdando (semakin
lambat).
c. Pemakaian Ornamen terhad.
d. Penggunaan Chord .
1.4.2. Komposer-komposer pada Zaman Klasik :
1. Frans Joseph Haydn (1732 1809),

Muzik Malaysia Pinjam Budaya Barat


Muzik R&B, di kampung mungkin tidak ada peminat genre muzik ini, kerana ia lebih
dikaitkan dengan urban atau persekitaran bandar dimana penduduknya ramai yang suka
mendengar muzik dari luar negara atau kebaratan. Penduduk bandar lebih bersifat terbuka
kepada pengaruh & penerimaan element luar negara.
R&B sendiri lahir dibandar-bandar besar Amerika pada tahun 1950an & 60an. Ia
menjadi asas kepada muzik pop yang kemudian tersebar keseluruh dunia melalui penjualan
rekod, kaset & CD penyanyi pop Amerika. Muzik-muzik Amerika yang terjual di negara kita
menjadi ikut-ikutan remaja & orang tempatan. Kalau ada peminat genre muzik R&B maka
orang tempatan mungkin boleh menerima penyanyi R&B tempatan yang menyanyi dalam
bahasa tempatan seperti Melayu atau Cina mahupun bahasa-bahasa lain. Sedikit element
baru dari luar mungkin dapat mencuit hati pendengar tempatan.
Mereka ini menjadikan muzik R&B Amerika sebagai panduan & inspirasi kepada
rakaman muzik mereka. Bukan di negara kita sahaja malah di Indonesia, Singapura,
Filipina, Thailand, Hong kong, Jepun atau boleh dikatakan di seluruh dunia menerima &
mendengar genre muzik R&B. Terdapat banyak penyanyi R&B di negara-negara tersebut
yang menyanyi dalam bahasa tempatan di negara mereka.
Sama juga seperti genre muzik lain seperti Rock, Hip Hop & lain-lain yang berasal dari
barat. Muzik-muzik ini datang atau tersebar ke negara kita juga melalui penjualan bahan
media seperti majalah, rekod, kaset & CD pada awalnya & internet pada hari ini. Sudah
tentu genre muzik dari barat tidak akan terdapat dinegara kita kalau tidak ada peminat.

Shortwave radio tahun 1940an


Sejak dari terciptanya phonograph & radio dari tahun 1900 hingga 1940an, muzik
barat dibawa masuk melalui tayangan filem di panggung wayang & rekod piring hitam.
Penduduk bandar yang terdiri dari bangsa China, India, Serani, Melayu & lain-lain kaum
yang berpendidikan barat ada yang memiliki pemain piring hitam & mendengar rakaman
muzik dari barat seperti jazz, classical & muzik latin untuk hiburan. Radio transistor SW
(shortwave) juga menjadi media penyampai yang membolehkan orang ramai mendengar
kandungan berita & muzik siaran radio bukan sahaja dari Radio Malaya pada masa itu tetapi
juga boleh mendapat siaran dari jauh sehingga ke Amerika. Muzik-muzik barat yang
berkumandang di corong pemain vinyl & radio perlahan-lahan meresap masuk menjadi
ilham & inspirasi kepada pemuzik tempatan dalam rakaman lagu-lagu tempatan.
Tahun 50an demam Rock n Roll melanda dunia dan rantau Asia tenggara juga tidak
ketinggalan menerima Rock n Roll. Tidak kira anak-anak muda Melayu, Cina, India atau

suku kaum ramai yang meminati muzik genre baru ini. Kita boleh mendengar pengaruh
Rock n Roll dalam lagu P.Ramlee Bunyi Gitar.
Tahun 60an muzik The Beatles dan The Shadows pula menggantikan irama Rock n
Roll. Anak-anak muda dibandar mula menubuhkan kumpulan-kumpulan muzik gitar rancak
yang meniru rentak lagu & imej pemuzik dari barat itu. Anak-anak muda berbangsa Cina
paling banyak mengikuti perkembangan muzik The Beatles sebelum anak-anak Melayu.
Pada akhir tahun-tahun 1960an pemuzik di barat sudah beralih kepada muzik lebih keras
berbanding remaja Malaysia yang masih meminati muzik ala Beatles. Gabungan irama
Melayu disamping muzik rancak barat itu maka timbul pula irama Pop yeh-yeh di Malaysia &
Singapura.
Seperti yang kita tahu muzik Pop adalah muzik yang paling banyak peminat di seluruh
dunia tetapi terdapat banyak juga peminat muzik hard rock di Malaysia pada tahun 1970an.
Rentak Disco & Funk ialah muzik kepada penduduk bandar. Banyak artis tempatan yang
mengikuti perkembangan muzik barat khususnya Amerika. Bagaimana pun untuk merakam
keseluruhan lagu-lagu mereka dalam versi 100% barat mungkin tidak dapat diterima oleh
citarasa orang tempatan, maka elemen atau unsur muzik-muzik tempatan di masukkan.
Muzik Pop melayu dimasukkan elemen barat seperti rock, pop, r&b atau classical. Irama
melayu dimainkan mengguna alat muzik moden seperti drum, gitar, organ bersama
orchestra & digabung dengan sedikit elemen seperti rumba, salsa, jazz, samba, pop moden
atau rock.
Tahun 1980an pop melayu juga mula bertukar arah mengikut peredaran masa dan
trend muzik dari barat. Ada rakaman muzik mengguna peralatan muzik baru seperti
synthesizer. Muzik Rock baru yang melanda Amerika dan Eropah juga mendapat ramai
peminat baru di Malaysia. Tumbuh kumpulan pemuzik rock tempatan yang menjadikan Rock
barat sebagai panduan dan inpirasi muzik mereka. Anda boleh baca mengenainya di
http://rockbaratdanmelayu.blogspot.com/
Oleh kerana cita rasa orang Malaysia lebih kepada lagu berentak perlahan maka lagulagu slow rock dari pemuzik rock ini adalah penyelamat kepada industri rakaman muzik rock
pada akhir 80an dan awal 90an sebelum peminat muda baru beralih kepada muzik
alternative barat. Akhir 90an oleh kerana bosan mendengar lagu-lagu slow rock melayu
yang berirama melayu, maka generasi baru telah ditawan oleh muzik pop & rock dari
Indonesia yang lebih kreatif dimana unsur-unsur barat sangat ketara dalam muzik mereka.
Bahasa Indonesia yang mirip bahasa Melayu memudahkan ia diterima oleh citarasa orang
Malaysia.
Umum nya kita semua tahu tanpa muzik dari barat kita mungkin tidak akan dapat
menikmati muzik moden dalam bahasa tempatan. Tidak mungkin ada penyanyi R&B seperti
Anuar Zain, Ruffedge atau R&B penyanyi Indonesia kalau tidak ada rakaman muzik pemuzik
R&B Amerika. Begitu juga mungkin genre punk, ska, rock atau apa apa sahaja lah.
Dinegara-negara Afrika sendiri, muzik R&B dan juga hip hop moden Amerika juga
mendapat tempat di hati penduduk bandar-bandar besar di benua Afrika sedangkan Afrika
adalah tempat asal kepada orang Afrika-Amerika. Di benua Amerika selatan muzik Amerika
utara adalah panduan & trend kepada muzik pop & Rock di sana. Di Hong kong muzik pop
dan rock barat sudah lama meresap kedalam industri rakaman mereka.
Begitu juga di Jepun. Muzik Amerika seperti Pop dan Rock Amerika lah yang
mengubah perkembangan muzik moden di Eropah. Muzik pop dan rock masuk dan diterima
penduduk di negara-negara bekas blok komunis selepas keruntuhan empayar Soviet Union.
Di bandar Manila, Filipina orang tempatan & kususnya orang berketurunan Eurasia (kacukan
Sepanyol, Eropah atau Amerika) muzik pop dan rock Amerika adalah pujaan mereka.

Di negara-negara Arab, Afghanistan, Pakistan & India walaupun mereka berpegang


kuat kepada amalan & kebudayaan tradisional, tetapi anak-anak muda mereka sudah boleh
menerima muzik pop dan rock dari barat.
Bukannya nak menyuruh anda memuja atau mengagungkan Amerika tetapi realiti
nya adalah muzik Amerika dan Eropah tidak kira rock, pop, jazz, R&B atau latin pop dan
dominasi industri rakaman mereka lah yang mengubah muzik moden seluruh dunia.
Muzik yang betul-betul asli dan tulen di negara kita ialah muzik tradisi turun temurun
yang diwarisi dari moyang kita seperti muzik melayu asli, ghazal, joget, sumazau, dan
bermacam lagi muzik juga tarian yang dihasilkan oleh hasil kreativiti seni etnik-etnik di
Malaysia dan juga seluruh Asia Tenggara. Bagaimana pun ada satu ketika pada masa dulu
muzik asli kita pernah dipengaruhi oleh budaya dari India, Arab, China & juga Eropah
sepanjang zaman pelayaran pelayar dan pedagang yang datang ke Asia tenggara mencari
rempah juga hasil bumi.
Walau sebanyak mana muzik moden dari luar negara membanjiri dunia muzik
tempatan, budaya muzik & tarian tradisional warisan berzaman nenek moyang kita jangan
lah kita lupakan. Budaya warisan tradisi menunjukkan identiti jati diri kita. Budaya warisan
tradisi kita menunjukkan siapa kita dan dari mana asal usul kita.

New Orleans - Tempat lahirnya muzik Jazz.

Tempat lahir genre Jazz di New Orlean. Abad 18 dan 19, Bandar itu diduduki oleh berbagai
immigrant bangsa dari seluruh Eropah, keturunan Afrika & orang asli. Di situlah "melting pot"
atau periuk tempat segala budaya bercampur. Muzik Afrika dimainkan mengguna alat
muzik Eropah abad 19 seperti drum, trumpet, piano, gitar, flute, accordion, saxophone violin
& banjo.

Blues & Jazz terawal

Ladang kapas di USA abad ke 19


Field Holler ertinya "teriakan atau jeritan ladang"dari hamba abdi yang berkerja
diladang membajak tanah & menuai tanaman kapas milik orang keturunan Eropah dinegerinegeri selatan USA pada abad 18 dan 19. Muzik ini bersifat spiritual, kesedihan, mengenai
perhambaan & sebagai mesej rahsia kepada hamba yg berhasrat melarikan diri ke negerinegeri utara yang tidak mengamalkan perhambaan. Melody muzik itu adalah dari keturunan

nenek moyang mereka yg ditangkap diAfrika & dijual sebagai hamba di USA abad 15001800. Ia berdasar scale pentatonik gaya etnik afrika & daripada inilah menjadi muzik Blues
(ertinya "sedih" bukan"biru") dan jazz juga R & B. Di USA masih ada orang menyanyi muzik
tradisi Field Holler seperti dalam lagu Blues & Jazz.

Fusion Music

Phil Collins pernah bermain drum untuk kumpulan pemuzik Brand X yang bermain
muzik Jazz-Fusion, berlainan sekali dari genre Pop-Rock band asalnya Genesis pada
akhir tahun 1970-an

Band Jazz-Fusion Stanley Clarke 1980-an

Band The Weather Rreport yang popular dengan lagu berentak Jazz-Fusion pada
1970-an & 1980-an

Fusion merupakan satu genre atau istilah muzik kepada satu jenis muzik yang
digabung dari dua atau pelbagai jenis muzik menjadi satu contoh nya Rock N Roll iaitu
fusion dari muzik blues, gospel & country, juga seperti Nu Metal (metal baru dari turunan
heavy metal). Nu Metal adalah fusion dari muzik heavy metal,grunge,hip hop,funk, punk&
banyak lagi. Jazz Rock fusion dari Jazz + rock, Acid Jazz fusion dari hip hop + electronic
music. Tech house fusion dari tech + house, Two tone & Third wave ska fusion dari Ska +
punk.

Muzik Pop

Penyanyi Afro-America 1897

Penyanyi Jenny Lind abad ke 19

Sheet music

Muzik "POP" atau popular bermula apabila bahan sheet music atau nota tulisan lagu
boleh didapati oleh orang ramai pada akhir kurun 18 & awal kurun ke 19 di Eropah &
Amerika membolehkan muzik diedarkan kepada orang ramai terutama pemuzik amatur yang
boleh bermain & menyanyi di rumah. Satu lagu faktor ialah meningkatnya kemudahan
kepada orang ramai pada abad itu kepada persembahan muzik popular di taman hiburan,
dewan tarian, theatre & bilik persembahan. Pemuzik kepada muzik popular yang awal
berkerja sama dengan yg lain melalui industry sheet music untuk mempromosi muzik yang
di tulis di atas kertas (sheet music).

Gramophone
Pada awal 1900an dengan terciptanya gramophone, muzik popular menjadi lebih di
kenali. Pada 1920an terdapat 80 syarikat piring hitam di Britain & 200 pula di Amerika.
Manakala penyiaran muzik di radio bermula 1920an juga menolong menyebarkan muzikmuzik popular kepada orang ramai termasuk bermulanya wayang gambar bersuara pada

1920an. pada 1950an & 1960an television mula memainkan peranan penting menyebarkan
muzik popular kepada orang ramai.
Dengan terciptanya teknologi perakam pelbagai track pada tahun itu memberikan
jurutera bunyi berperanan penting dalam muzik popular. Pada 1970an industri rakaman
dunia di dominasi oleh syarikat WEA, RCA, CBS (Amerika) & EMI, PolyGram (Eropah).
Trend baru yg menyatukan industri muzik kedalam filem, television & majalah. Hari ini kita
menikmati muzik yang telah dirakamkan ke CD, kaset, piring hitam & Mp3 yang dimainkan
dalam radio & television hasil ciptaan & inovasi orang Amerika & Eropah.

Muzik di tahun 1930-an


Bawah di antara contoh dari pada berjuta-juta penyanyi dari era 40an hingga 2010

Penyanyi 40an Billy Eckstine

penyanyi 40an Deanna Dubin

Penyanyi 50an Elvis Presley

Penyanyi 50an - 60an Frank Sinatra

Penyanyi 60an Tom Jones

Penyanyi 70an Osmond Brothers

Penyanyi 80an Micheal Jackson

Penyanyi 80an Madonna

Penyanyi 90an Backstreet Boys

Penyanyi 90an Spice Girls

Penyanyi akhir 90an Justin Timberlake

Penyanyi akhir 90an Britney Spears

2010 Katy Perry

2010 Justin Bieber

Muzik Genre Punk

The Ramones
Punk rock bukan muzik genre Ska, tetapi adalah gerakan muzik rock yang
berkembang sekitar tahun 1974-1975 di negara Amerika, Australia dan United Kingdom.
Dipelopori oleh Ramones, Sex Pistols, The Damned, dan The Clash. Gerakan muzik Punk
mmembangkit semula muzik rock 1960-an seperti The Beatles, Beach Boys & Herman's
Hermit. Kelompok punk sering meniru struktur muzik sederhana seperti muzik garage rock
dari tahun 1960-an. Biasanya mereka terdiri dari satu drum kit, satu atau dua electric guitar,
satu electric bass, dan vocals. Drum biasanya hanya memiliki satu snare drum, satu tom,
satu floor tom, satu bass drum, hi-hats, satu atau dua crash cymbal dan satu ride cymbal &
menggunakan hanya 3 atau 4 chord yang ringkas. Gerakan punk rock 70an ecara tidak
langsung membangkitkan semula muzik 1960an pada 1980an di barat.

The Kinks
Garage rock kumpulan rock yang berlatih di garage pada pertengahan 1960an di
kenali sebagai pemula genre punk rock mula tumbuh di sekitar USA contoh The Kingsmenlagu cover Louie Louie 1963. Garage rock kemudian dipengaruhi rock british seperti The
Kinks -- You Really Got Me & All Day & All Night dikatakan asal usul kepada "lagu 3 chord

punk rock". Juga lagu I Can't Explain dari The Who. Kalau anda ingat lagu 'Wild Thing", dari
The Troggs itu adalah salah satu dari lagu permulaanya punk rock (proto punk). Punk Rock
juga yang memperkenalkan kembali fashion seluar ketat awal 1960an. pada pertengahan
1970an.

CBGB Club New York City


CGBG club muzik Country, Blue Grass And Blues di New York menjadi forum kepada
muzik punk rock bermula pada 1974. Club itu tujuan asal adalah untuk menonjolkan muzik
pelbagai jenis tetapi kemudiannya menjadi forum band punk rock & new wave amerika
seperti Ramones,MisfitsTelevision, the Patti Smith Group, Mink DeVille, The Dead Boys,
The Dictators, The Fleshtones, The Voidoids, The Cramps, Blondie, The Shirts, and Talking
Heads. Dalam beberapa tahun kemudian di kenali sebagai Hardcore punk dengan band
seperti Agnostic Front, Bad Brains, Murphy's Law, Cro-Mags, Warzone, Gorilla Biscuits, Sick
of It All, dan Youth of Today bermain di sana.

The Exploited
Muzik punk kemudian menular ke United Kingdom dengan band seperti Sex Pistol.
Akhir 1970an gelombang kedua punk British seperti Cockney Rejects, Angelic Upstart, The
Exploited & The 4-Skins muncul. Stail mereka mulanya dikenali sebagai punk rock tulin atau
street punk. Kerana tabiat mereka yang suka berteriak Oi! Oi! Oi! Sebelum lagu di nyanyikan
maka mereka telah di label muzik punk genre Oi!. Cockney Reject bukan band skinhead,
tapi band Oi! Punk.
Cockney adalah salah satu daripadanya yang dipertuturkan oleh penduduk timur
London. Terdapat lebih dari 49 dialek English di United Kingdom.

Offspring
Banyak lagi genre punk seperti anarcho-punk & pop punk muncul tahun 1980an.
Band seperti Black Flag & Minuteman telah mula meninggalkan ciri ciri muzik punk & mula di
kategori Alternative Rock pada 1990an. Ahli muzik grunge Nirvana pernah berkata Punk
Rock banyak mempengaruhi style muzik mereka. Populariti band yg di pengaruhi punk -Nirvana, Pearl Jam & Red Hot Chili Peppers memarakkan lagi kemunculan Alternative Rock
pada awal & pertengahan 1990an. 1993 Green Day & Bad Religion muncul dengan imej &
stail punk rock revival (di hidupkan semula dari post punk 1980an) 1998 Offspring
Americana mencecah penjualan tempat kedua di carta. Lagu Pretty fly (For A White Guy) di
muat turun 22 juta kali di internet. Blink 182 tempat 4 di Billboard Hot 100. . Keuntungan dari
penjualan album Green Day, Dookie & lain band telah membuka jalan kepada punk band
yang lain bertapak di Amerika Utara.

Canon Karya Pachelbel

Canon lagu ciptaan Pachelbel yang di tulis dalam D major pada 23 0ct 1624. Satu
contoh lagu dalam major scale -do re mi- .Lagu P. Ramlee -Do Re MI- juga contoh major
scale....Lagu pop melayu banyak menggunakan scale major & minor.Lagu pop indonesia
juga banyak menggunakan scale minor & major. Bagi mereka yang tak faham muzik, akan
beranggapan lagu atau muzik tidak mempunyai scale tertentu. Mereka beranggapan muzik
tu hanya bunyi-bunyian kosong yang tidak membawa erti , yang penting boleh dengar lirik.

Penyanyi Berketurunan Orang Asli Taiwan

Power Station dari Taiwan

A-Mei

Di Taiwan penyanyi Rock & R&B yang baik datang dari kalangan etnik orang asli
Taiwan. Contohnya A Mei & Band Rock Power Station. Oleh kerana lagu & muzik orang asli
semuanya berasaskan scale pentatonic maka dengan senang nya mereka dapat
menyanyikan lagu Rock & R&B dari barat atau yang dalam bahasa mandarin.

Lagu Purple Haze - Jimi Hendrix di mulai dengan riff pentatonic scale, bunyi nya
sangat asing bersifat etnik kesukuan afrika. Di Eropah pada zaman medieval atau
pertengahan (tahun 400 AD - 1400 AD), pentatonic scale di anggap muzik iblis. Orang
Eropah sering menggambarkan syaitan & iblis menggunakan scale pentatonic. Ini adalah
kerana jarang nya terdapat scale pentatonic dalam tradisi muzik Eropah (hanya major /
minor / harmonic / melodic / phyrigia). Anggapan oleh orang Eropah masa itu ialah muzik
yang di iramakan guna scale pentatonic ini mengingatkan mereka kepada kebudayaan
orang tidak bertamadun etnik Afrika kulit hitam & suku etnik asli Eropah (celt) di zaman
lampau.

Apa kah benda Pentatonic ini? Mana lah makcik, pakcik, anak-anak kecil & orang
yang tak tahu muzik tu faham. "Pentato - onic onic -tato-penta- minuman tonik?", eh mana lah nak faham ini...

Jimi Hendrix
Pentatonic ialah scale susunan note mengikut octave dalam gaya susunan
pentatonic. Scale ini lain sikit susunannya kerana tidak terdapat semitone. kalau C scale
note seperti ini -C-D-E-F-G-A-B-C, pentatonic C major pula seperti ini -C-D-E-_-G-A-_-C
tidak ada note seperti B & F. Pentatonic boleh kita dengar dimana - mana muzik tradisional
kerana ia sudah ada semula jadi di dalam diri manusia sejak zaman purba kala lagi. Dalam
muzik tradisional tempatan juga terdapat penggunaan scale ini. Bagaimanapun penggunaan
pentatonic berbeza mengikut style di tempat lain. Lagu Rock, Jazz, Blues & R & B banyak
guna scale ini yang dimainkan mengikut style rock, jazz atau pun blues. Lagu Rock Moden
juga banyak guna Pentatonic tetapi mereka tidak menggayakannya seperti style Blues. Hari
ini di mana-mana sahaja bahagian Eropah - muzik Amerika R&B, Blues, Jazz & Rock
menjadi muzik popular & sudah beratus tahun tidak dianggap muzik iblis.
Pentatonic scale (skala) ialah skala muzik yg paling banyak sekali dijumpai dan
dimainkan di seluruh dunia seperti dalam muzik rakyat Celt (muzik rakyat=folk), muzik rakyat
Hungary, muzik Afrika Barat, muzik rohani Afrika-Amerika, Gospel, folk Amerika, Jazz, Blues
Amerika, Rock, nyanyian Sami Joik, lagu kanak-kanak, muzik purba Greece, dan Greek
traditional music dan lagu-lagu dari Epirus, Northwest Greece, muzik Southern Albania,
tuning alat muzik krar Etiopia, dan gamelan Indonesia, Kulintang Filipina, Native American
music, melodi dari Korea, Malaysia (susunan gong), Japan, China, India and Vietnam
(termasuk folk music dari negara tersebut), Andean music, tradisi Afro-Caribbean, orang
tanah tinggi Poland di Tatra Mountains, dan Classical composer seperti komposer Perancis
Claude Debussy. Pentatonic scale juga diguna dalam muzik Bagpipe Great Highland.
Skala Pentatonic ini khususnya mode anhemitonic (tanpa semitones), hasil daripada
kurangnya note yang berdekatan di antara mana-mana pitch, tidak ada note minor kedua,
tidak ada note major sevenths atau tidak ada note tritones. Bererti mana-mana pic-pic (note)
di mainkan dalam susunan atau kombinasi tanpa berlanggar. Skala Pentatonic juga adalah
scale (skala) yang tertua didunia sebelum mana mana scale wujud, di bawa melalui
penghijrahan manusia purba dari afrika ke asia & seluruh dunia. Dan apabila hamba abdi
Afrika dibawa ke benua Amerika, muzik mereka berkembang menjadi Jazz, R&B, Blues &
Rock.
Contoh scale pentatonic dalam muzik tradisional - 'Wau Bulan' lagu rakyat Kelantan,
lagu rakyat & petikan sape / sundatang Sarawak & Sabah dan juga susunan gong
besi/gangsa.

Dato Shake

Shake atau Sheikh Abdullah Ahmad penyanyi kelahiran Malaysia tahun 1950, pergi ke
England pada pertengahan 1970an & belajar vocal classical dari John Dolby. Pada 1976 dia
di perkenalkan kepada Syarikat rakaman Perancis & merakam lagu single ou Know I love
You (Tu Sais Je' Taime).Album muzik Pop Shake mencapai jualan Emas & Platinum di
Perancis. Dia menjadi artis Asia pertama menyanyi dalam bahasa Perancis di France yang
mempunyai beribu - ribu artis. Dia menjadi terkenal di negara yang berbahasa Perancis. 15
minggu tempat teratas carta di Canada, popular di negara Afrika Utara, di bandar Ivory
Coast & Senegal juga di kepulauan Pacific. Shake di beri gelaran "Datuk" pada 1979 oleh
Raja Johor Sultan Ibrahim.

Highway Star

Ritchie Blackmore
In the late 1960's you can hear how similar Rock band music is. They always listen to
other band for inspiration like Vanilla Fudge, Led Zeppelin, Uriah Heep & Deep Purple. One
song to be example is
"La Woman" by The Doors & that old 60's Batman theme song & also "Highway Star" by the
Deep Purple which was written on the way to Portsmouth in 1971. Ian Gillan Voice is a
Bluesy hard rock, that first organ solo is in melodic minor, melodic minor & chromatic riff. the
first part of Ritchie solo guitar is in blues pentatonic bend, the second part is in melodic
minor arpeggio plus some harmonic minor, the third part is minor note pick plus some jazz
improvisation, the last part is in blues pentatonic. The solo chord progression inspired by
Mozart.

Ska

Ska & Reggae berasal dari muzik Jazz, Rythmn & blues Amerika dalam style
Jamaican Mento & calypso pulau Jamaica. Gitar & piano seperti berbunyi ska, macam 'ska,
'ska, 'sebab itulah dipanggil ska - kata Derrick Morgan, seorang pemuzik popular 1960an &
1970an yg pernah berkerja bersama Desmond Dekker, Bob Marley & Jimmy Cliff dalam
jenis muzik R&B dan Ska juga Rocksteady & Skinhead Reggae di Jamaica. Ernest Ranglin
(pemuzik reggae) berkata nama itu berasal dari bunyi "skat! "skat! "skat! dari bunyi
strumming gitar.
Selepas Perang dunia ke 2, ramai orang Jamaica membeli radio dan mendengar R&B
& muzik selatan USA seperti New Orlean. Pengkalan tentera US berdekatan menyiarkan
siaran radio muzik Amerika & sebabkan kebanjiran piring hitam dari US. 1960an artist
Jamaica mula merakam muzik Amerika dalam versi mereka sendiri.(Ska & reggae &
rocksteady). lagu You Got To Go, Oh Carolina & Shake A Leg dari Prince Buster & Byron
Lee mungkin adalah rakaman lagu Ska pertama.

Genre ska 2 Tone bermula di Coventry England, fusion antara rythmn ska & punk rock pada
1970-an.
Third Wave ska bermula pada 1980-an apabila band mula muncul di USA & negara lain di
seluruh dunia.
1990-an beberapa syarikat record Third Wave Ska terkenal mengeluarkan rakaman muzik

Third Wave Ska yang kemudiannya menjadi tempat kepada band bukan ska sperti
band punk rock Fall Out Boys & Paramore. Pada akhir 1990-an minat kepada band Third
Wave Ska mencapai momentum. Ada syarikat rakaman yang gulung tikar tetapi Label
syarikat Moon Ska Europe masih beroperasi sepanjang tahun 2000-2010 yg kemudian di
kenali sebagai Moon Ska World.
Lagu-lagu Pop- R&B, country, soul dan banyak lagi yang bukan berasaskan gitar
adalah yang paling di minati serta mendapat tempat di carta Top Ten Amerika & Eropah
daripada lagu lagu berentak Rock pada akhir 60-an, 70-an & 80-an. (cari google lagu - 60's,
70's 80's pop song)
http://www.at40.com/
http://en.wikipedia.org/wiki/American_Top_40
http://www.billboard.com/charts/hot-100
http://www2.ljworld.com/news/2000/nov/19/mtv_rolling_stone/
http://www.rockonthenet.com/archive/2000/rsmtv100.htm

D'yer Mak'er - Led Zeppelin

Lagu- D'yer Mak'er dari Album Houses Of Holy band Led Zeppelin tahun 1973 (38
tahun dahulu). Led Zeppelin merakam lagu itu menyerupai rentak reggae. Nama lagu di
ambil dari jenaka lama. D'yer Mak'er (sebutannya Jamaica). My wife's gone to the West
Indies.Jamaica?, yang mempunyai persamaan seperti -"D'you make her?) "No, she went
of her own accord". Terjemahan-"isteri saya telah pergi ke kepulauan Caribbean", "
Jamaica?" (D'yer Mak'er?) anda suruh dia ke sana? "tidak dia pergi sendiri". Sheryl Crow
juga pernah merakam balik lagu ini pada 1995. Lady Gaga juga menyanyi lagu itu dalam
persembahan "live". (tidak ada rakaman). Amy Search pernah merakam lagu itu dalam
album A Malaysian Tribute To Led Zeppelin tahun 1996.

Sweet Charity - Singaporean Hardrock Band

Sweet Charity tahun 1969

Sweet Charity akhir 1970-an


Sweet Charity is the best Hard Rock band in Singapore during the 1970's. These
rockers are very faithful for their God. They're sometime called The Singaporean "Deep
Purple" because of their appearance & music which is similar to the British band. Their
music are very influenced by Led Zeppelin & Deep Purple (where else Sweet Charity would
be if it ain't for the Led & Purple Rock N Roll) plus they mix it with malay flavour like the
samrah, ghazal, inang & zapin.
Check out their song! They Are Great!

Blues Gang

Blues Gang a Malaysian blues band who play American blues rock style music with
some local element in Malay language. They also sing it in local dialect of Negeri Sembilan "Apo Nak Di kato" & "Jambatan Tamparuli" in Dusun Language.Their first album Any Time
Any Day released in 1979.
Check out their songs & video. Just type in their band name in that youtube search bar.

Iron Maiden - Number Of The Beast

Iron Maiden 2010

Iron Maiden 1982


The Number Of The Beast - Iron Maiden bukan lagu pemujaan syaitan tetapi mengisah kan
tentang ramalan di satu kitab akan kewujudan "Antichrist" (maknaya bukan Christ tetapi
seorang yg mempunyai ciri-ciri sangat berlainan dari Christ) satu hari nanti yang akan
membawa dunia kepada kemusnahan Armageddon atau hari kiamat. Pada masa
pemerintahan Anti-Christ (pengikut syaitan) nanti semua manusia akan di tanda nombor
badan mereka. 666 adalah nombor kepada kewujudan Anti-Christ ini.

Deep Purple - Smoke On The Water

Deep Purple 1970

"Smoke On The Water" - Deep Purple diilhamkan dari pengalaman mereka ketika
membuat rakaman album "Machine Head" di Montreux Switzerland. Montreux Casino yang
berdekatan dengan tempat mereka tinggal telah terbakar & oleh kerana cuaca yang sejuk di
atas pergunungan, asap dari kebakaran itu telah menutupi permukaan air tasik Lake
Geneva di sebelah hotel mereka tinggal.

Funk

Pemuzik Jazz di New Orleans 1908


Funk dalam bahasa jazz amerika boleh juga bererti tanah bumi-kembali kepada tapak
atau perkara asas. Seawal 1900 sudah ada lagu yang bertajuk 'Funky Butt'. Akhir 1950an
dan awal 1960an perkataan 'funk' & 'funky' semakin kerap digunakan didalam kaitan muzik
soul. Seorang pemain drum kelahiran New Orleans- Earl Palmer yg pertama menggunakan
perkataan funky untuk menerangkan kepada kawan-kawannya dimana mereka sepatutnya
memainkan muzik mereka kepada lebih teratur dan boleh di tarikan penonton.

Eric Burdon Funk band tahun 1960-an

Funk ialah muzik yg bermula pada pertengahan tahun 1960an apabila pemuzik
keturunan afrika di amerika menggabungkan muzik soul, soul jazz dan rythmn & blues
kepada satu bentuk muzik dimana pendengar boleh menari kedalam rentak muzik itu. Funk
bererti "bau badan busuk". Orang-orang yang bermain jazz pada awalnya menggunakan
perkataan funky untuk memuji integriti seni seseorang kerana bersusah payah untuk
mencapai impian. (seperti pepatah "hasil titik peluh seseorang").

Grand Funk Railroad 1970-an

Recorded Music History


Senarai Para Pemuzik-Pemuzik dari pelbagai jenis (genre)