Anda di halaman 1dari 6

SKEMA JAWAPAN PENDIDIKAN MORAL TINGKATAN 2 (2011)

Bahagian A
Soalan 1
a) i. Nilai Harga Diri
ii. Nilai Hemah Tinggi
iii. Nilai Toleransi
b) Nilai harga diri:
Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah
diri dalam kehidupan.
c) i. Hilang keyakinan diri
ii. Tekanan perasaan dengan kekurangan yang dimiliki
d) Pada usia 15 tahun, Nazmi sepatutnya memanfaatkan usia tersebut dengan
belajar bersungguh-sungguh untuk mejadi orang yang berguna kelak.
Soalan 2
a) i. Nilai kasih sayang
ii. Nilai bertanggungjawab
b) Nilai kasih sayang:
Perasaan cinta dan sayang yang amat mendalam dan sentiasa berkekalan
dalam hati terhadap sesuatu atau seseorang.
c) Merosakkan gangang telefon awam dan menconteng di tempat yang tidak
sepatutnya.
Kesan daripada perbuatan tidak bermoral itu, orang ramai akan menghadapi
kesulitan untuk menggunakan kemudahan tersebut kelak.
d) i. Harta benda awam akan musnah
ii. Akan mencacatkan persekitaran
e) i. Menegur dan memberi nasihat dengan cara yang berhemah
ii.Melaporkan kepada pihak yang berkuasa
Soalan 3
a) Nilai keadilan
b) Perlakuan, pertuturan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah
sama ada dalam bentuk layanan ataupun semasa membuat keputusan dalam
sebarang hal.
c) Nilai kasih sayang

d) i. Memberi pandangan atau pendapat tanpa menyingung perasaan kakaknya.


ii. Menghormati dan menerima semua pandangan kakaknya dengan hati
terbuka.
e) i. Keputusan yang tidak adil bagi ahli kelurga yang lain.
ii. tiada toleransi dan komunikasi yang baik dapat diwujudkan dalam
sesebuah keluarga.
f) i. Perbincangan bagi menyelesaikan sebarang masalah yang dihadapai dalam
keluarga.
ii. Aktiviti gotong royong bagi membersihkan tempat kediaman.

Soalan 4
a) i. Nilai kesederhanaan
ii. Nilai hidup bersama secara aman
b) Hidup berbaik-baik antara satu dengan yang lain dan mengutamakan
kedamaian dan keharmonian hidup tanpa memgira agama, bangsa dan
budaya.
c) i. Dapat mengeratkan hubungan dengan masyarakat sekeliling.
ii. Dapat mengekalkan perpaduan.
iii. Mewujudkan masyarakat yang saling mengambil berat antara satu dengan
yang lain.
d) i.Peramah dan tidak sombong
ii. Sentiasa bertegur sapa
iii. Menziarahi dan menghormati jiran
Soalan 5
a) Nilai cintai alam sekitar:
Menjaga sungai agar sentiasa bersih dan cantik untuk dipandang
b) Mengekalkan keseimbangan alam sekitar sebagai tanggungjawab bersama
untuk kesejahteraan hidup.
c) i. Menjadi daya tarikan pelancong, agar mereka dapat menikmati keindahan
sungai kita.
ii. Dapat mengekalkan ekosistem dan menjaga habitat kehidupan di dalam
sungai agar sentiasa terpelihara.Dengan ini kualiti air sungai sentasa terjaga.
d) i. Mengambil tindakan segera jika berlaku pencemaran air sungai

ii. Tidak membangunkan kawasan yang berhampiran dengan sungai.

Bahagian B
Soalan 1
Nilai 1: Nilai keharmonian antara Manusia dan Alam Sekitar
Huraian:
i.

Kepentingan menjaga kebersihan sumber air dapat mewujudkan hubungan


yang harmoni antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti
kehidupan dan alam sekeliling sentiasa terpelihara.

ii.

Cara kita boleh menjaga kebersihan sumber air dengan mengambil tindakan
segera jika berlaku pencemaran sumber air.

iii.

Akibat jika kita tidak menjaga kebersihan sumber air akan menyebabkan
berlakunya pencemaran air,yang mana boleh menyebabkan berlakunya
pelbagai wabak penyakit yang merbahayakan kehidupan manusia serta
hidupan lain.

iii.

Contoh aktiviti yang dapat dilakukan oleh kerajaan untuk mendidik


masyarakat supaya sedar kepentingan menjaga kebersihan sumber air,
dengan mengadakan kempen cintai alam semulajadi.

Nilai 2: Nilai Kemampanan Alam Sekitar


Huraian:
i.

Kepentingan menjaga kebersihan sumber air dapat mengekalkan


keseimbangan alam sekitar sebagai tanaggungjawab bersama untuk
kesjahteraan hidup.

ii.

Cara kita boleh menjaga kebersihan sumber air dengan tidak membuang
sampah sarap ke dalam sumber air.

iii.

Akibat jika kita tidak menjaga kebersihan sumber air akan menyebabkan
sumber air bersih berkurangan

iv.

Contoh aktiviti yang dapat dilakukan oleh kerajaan untuk mendidik


masyarakat supaya sedar kepentingan menjaga kebersihan sumber air,
dengan mengenakan dan mengambil tindakan undang-undang terhadap
mereka yang mencemarkan kebersihan sumber air.

Soalan 2
Nilai 1: Nilai menghormati hak golongan kurang upaya
Penerangan:
Memberi layanan yang bersopan kepada golongan kurang upaya supaya
tidak tersisih dan
mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan. Kita perlu membantu golongan ini
kerana mereka
tidak berupaya untuk melakukan sesuatu pekerjaan seperti yang dilakukan oleh
golongan yang
normal.Contohnya, memimpin orang buta untuk melintas jalan raya. Sekiranya
golongan ini tidak
diberikan perhatian maka mereka akan menghadapi masalah untuk meneruskan
kehidupan seharian.
Nilai 2: Nilai Adil dan saksama terhadap golongan kurang upaya
Penerangan:
Golongan kurang upaya mesti diberikan peluang yang sama seperti golongan
yang normal
supaya mereka ini dapat mengembangkan potensi diri dan bakat yang ada dalam
diri mereka. Ini dapat
membantu golongan ini memajukan diri seiring dengan kemajuan Negara.
Contohnya, pihak kerajaan
dapat membantu dari segi penyediaan kemudahan semasa di dalam pengangkutan
awam. Usaha
kerajaan ini, dapat memberi manfaat kepada golongan kurang upaya supaya
golongan ini dapat
bergerak dengan mudah dan selesa dari satu destinasi ke satu destinasi yang
lain.Sekiranya golongan ini
tidak diberikan keistimewan berbanding golongan yang normal, maka mereka ini
akan tercicir daripada
arus kemodenan Negara.

Soalan 3
Nilai murni yang boleh dikenal pasti daripada situasi di atas adalah Nilai Kasih
Sayang terhadap
keluarga.Ini membawa maksud perasaan cinta, kasih dan sayang yang amat
mendalam terhadap
keluarga.Berdasarkan nilai ini, kita dapat membentuk sebuah keluarga yang
harmoni dan bahagia.
Perasan kasih sayang yang wujud daripada setiap ahli keluarga dapat membantu
mereka melahirkan
perasaan ini dengan mengadakan Hari Keluarga. Melalui sambutan hari keluarga ini,
dapat mengeratkan
lagi hubungan kekeluargaan dan dapat membentuk sebuah keluarga yang
harmonis.
Nilai murni yang kedua yang dapat dikenal pasti daripada situasi di atas
ialah, Nilai hormat dan
taat kepada anggota keluarga. Ini membawa maksud, memuliakan setiap anggota
keluarga dengan
berinteraksi dan memberikan layanan secara bersopan untuk mewujudkan keluarga
yang harmonis.
Melalui sambutan Hari Keluarga, kita dapat membentuk sahsiah dan peribadi yang
mulia sekiranya
setiap anggota menerapkan nilai hormat dan taat kepada setiap anggota
keluarga.Mementingkan

persaudaraan dan sentiasa bersama-sama memikul tanggungjawab bagi


memastikan keluarga yang
dimiliki sentiasa harmoni.Bagi melahirkan rasa syukur dan bahagia maka
sambuatan hari keluarga wajar
disambut agar komunikasi yang baik dapat diwujudkan dalam sesebuah keluarga.