Anda di halaman 1dari 7

TUGASAN

________________________________________________________________________
HBML 4103
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU
SEMESTER JANUARI 2015
________________________________________________________________________
ARAHAN KEPADA PELAJAR
1. Tugasan ini mengandungi SATU (1) soalan sahaja yang disediakan dalam bahasa modul bercetak kursus
ini.
2. Jawab dalam bahasa Melayu.
3. Anda dikehendaki menyerahkan tugasan dalam format MsWord melainkan dinyatakan sebaliknya. Anda
tidak dibenarkan untuk menukar teks/frasa tugasan tersebut kepada format grafik seperti .jpeg / .gif / print
screen / dan lain-lain format berkaitan.
4. Muat turunkan templat tugasan versi bahasa yang berkenaan daripada MyVLE untuk penyediaan dan
penyerahan tugasan anda. Tugasan anda hendaklah ditaip dengan menggunakan saiz fon 12 Times New
Roman dan langkau baris 1.5.
5. Tugasan anda hendaklah mengandungi 2500 hingga 3000 patah perkataan tidak termasuk rujukan.
Bilangan perkataan hendaklah ditunjukkan di hujung tugasan anda. Jangan menyalin soalan dan arahan
tugasan dalam jawapan anda. Pemeriksa tidak akan membaca jawapan tugasan yang melebihi had patah
perkataan yang dibenarkan. Jumlah perkataan hendaklah dinyatakan di penghujung tugasan anda.
6. Anda dikehendaki menghantar tugasan SECARA ONLINE melalui MyVLE. Sila rujuk kepada portal
untuk arahan mengenai prosedur penghantaran tugasan secara online. Anda dinasihatkan menyimpan
salinan tugasan yang dihantar dan bukti penghantaran untuk rujukan sendiri.
7. Anda hanya boleh menghantar tugasan SEKALI sahaja dalam SATU fail. Fail tugasan yang dihantar
mestilah dalam format MS-WORD (filename.doc). Sila pastikan fail adalah VERSI TERKINI yang
BETUL. Fail yang tersalah hantar hendaklah dihantar semula secara on-line sebelum tamat tempoh
penghantaran.
8. Tugasan anda hendaklah diserahkan antara 9hb 22hb Mac 2015. Serahan selepas 22hb Mac 2015
TIDAK akan diterima.
9. Tugasan hendaklah disiapkan secara individu. Anda dilarang meniru tugasan orang lain. Anda juga
dilarang sama sekali memplagiat kerja orang lain sebagai kerja sendiri.
10. Sila ambil maklum tentang PENALTI yang akan dikenakan ke atas penghantaran lewat tugasan seperti
yang tertera di pekeliling pejabat Pendaftar 6/2012 (Rujuk Registrars Announcement di myVLE).
11. Anda perlu memastikan RESIT yang dikeluarkan bagi penghantaran tugasan disimpan sebagai bukti
penghantaran. Kegagalan mengemukakan resit dalam sebarang isu yang timbul berkaitan penghantaran
tugasan akan mengakibatkan tugasan dianggap TIDAK dihantar.

PENILAIAN

Tugasan ini menyumbang sehingga 40% daripada jumlah markah kursus berkenaan dan akan
dinilai berdasarkan kepada Rubrik atau Skema Jawapan yang dilampirkan.
Anda akan diberikan maklum balas tentang tugasan ini sebelum Peperiksaan Akhir Semester
bermula.
PLAGIARISME: POTONGAN MARKAH
Amaran: Tugasan yang diserahkan, secara automatik, akan disemak untuk menentukan kadar
pertindihan. Jika plagiarisme dikesan, markah akan dipotong seperti berikut:

Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 10 - 30%: potongan 20% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan antara 31 - 50%: potongan 40% daripada jumlah
markah yang diperoleh.
Tugasan dengan pertindihan kandungan lebih daripada 50%: Markah sifar akan
diberikan.

SOALAN TUGASAN
...bahasa kamu, saya percaya, diucapkan oleh lebih 70 juta manusia. Ia merupakan satu
daripada rumpun-rumpun bahasa terbesar di dunia. Jangan lupakan hakikat itu. ( O.T.
Dusseck)
Sumber: Pelajaran dan Perguruan Melayu di Malaysia, hlm.123.
Buktikan kata-kata di atas melalui perbincangan yang berdasarkan kepada era perkembangan,
kemajuan dan kedudukan bahasa Melayu sehingga kini.
Perbincangan bagi tugasan ini perlulah merangkumi DUA bahagian:

Bahagian 1- memerlukan anda menelusuri perkembangan bahasa mengikut era tertentu,


membuat perkaitan, menjelaskan perkembangan dan kemajuan, serta
kedudukan bahasa Melayu dan badan yang terlibat bagi menggambarkan
penggunaan bahasa yang diucapkan oleh 70 juta manusia.
Bahagian 2 - memerlukan anda membuat perbincangan dan mendokumentasikan kesignifikan
perkembangan bahasa Melayu Klasik yang merupakan asas bahasa Melayu
Moden bagi membuktikan serta menyokong bahawa bahasa Melayu adalah
bahasa yang terbesar di dunia. Pendokumentasian ini haruslah dapat menyokong
penghujahan di bahagian 1.

[Jumlah: 40 markah]

PANDUAN PELAJAR
3

1. Pelajar dinasihatkan supaya memahami sejarah perkembangan bahasa Melayu Sebelum


Perang, Selepas Perang dan sehingga kini. Perhatikan kemajuan, pertimbangkan
kedudukan bahasa Melayu dan kaitkan penggunaannya dalam fasa-fasa tersebut.
2.

Kematangan hujah dengan fakta yang relevan amat diambil kira dalam pemberian
markah.

3. Berbincang dengan tutor anda bagi mendapatkan khidmat nasihat bagi memahami
kehendak soalan, meningkatkan pengetahuan dan membuat penghujahan yang relevan.
4. Merujuk kepada modul dan sumber-sumber bercetak lain untuk memahami konsep
sebelum pelajar dapat memberi contoh yang tepat dan sesuai.
5. Buat pencarian di Internet untuk mendapatkan pelbagai maklumat berkaitan tugasan.
Lampirkan artikel bersama tugasan jika perlu.
6. Menggunakan gambar foto/lakaran untuk membantu anda menjelaskan hujah jawapan
tugasan.

PANDUAN TUTOR
1. Membantu pelajar menyediakan tugasan dengan menjelaskan fakta secara jelas dan
relevan.
2.

Mencadangkan format yang sesuai bagi setiap sub tajuk.


3. Kematangan hujah dengan fakta yang relevan amat diambil kira dalam pemberian
markah.
4. Cadangkan laman web untuk rujukan yang berkaitan dengan soalan tugasan.
5. Tutor perlu bimbing pelajar tentang teknik menulis rujukan sama ada buku atau laman
web dengan betul menggunakan gaya APA.

Rubrik Tugasan

Kriteria

Wajaran

Pengenalan
1

Bahagian 1:
4
Perbincangan
merangkumi:
Era perkembangan
Perkaitan antara dua
era
Perkembangan,
kemajuan dan
kedudukan bahasa
Melayu
Badan-badan yang
terlibat

Tidak
Lengkap
0
Tiada
pengenalan
diberikan.

Tiada
perbincangan
yang
berkaitan.

Lemah

Sederhana

Baik

Cemerlang
4
Pengenalan tentang
sejarah era
perkembangan
bahasa Melayu dan
kaitan dengan taraf
penggunaannya
dinyatakan dengan
sangat baik dan
terperinci.
Skop dan unsur
kajian sangat jelas
dan sangat
berkaitan. Sumber
rujukan yang sesuai
diberikan.
Perbincangan
tertumpu pada dua
era. Huraian dan
fakta
perbincangan
sangat jelas,
terperinci dan
sangat berkaitan
serta menyeluruh.
Contoh atau bahan
bukti yang
diberikan adalah
sangat relevan.

1
Pengenalan tentang
sejarah era
perkembangan
bahasa Melayu dan
kaitan dengan taraf
penggunaannya
dinyatakan secara
umum sahaja.
Skop dan unsur
kajian kurang jelas
dan tiada sumber
rujukan.

2
Pengenalan tentang
sejarah era
perkembangan bahasa
Melayu dan kaitan
dengan taraf
penggunaannya
dinyatakan secara
sederhana baik.
Skop dan unsur kajian
jelas dan berkaitan.
Sumber rujukan yang
sesuai diberikan.

3
Pengenalan tentang
sejarah era
perkembangan bahasa
Melayu dan kaitan
dengan taraf
penggunaannya
dinyatakan dengan
baik.
Skop dan unsur kajian
jelas dan berkaitan.
Sumber rujukan yang
sesuai diberikan.

Perbincangan
tertumpu pada satu
era sahaja. Huraian
dan fakta
perbincangan kurang
jelas dan kurang
berkaitan. Tiada
contoh atau bahan
bukti disertakan.

Perbincangan tertumpu
pada dua era. Huraian
dan fakta
perbincangan jelas dan
berkaitan tetapi tidak
menyeluruh. Contoh atau
bahan bukti yang
diberikan adalah terhad.

Perbincangan
tertumpu pada dua
era. Huraian dan fakta
perbincangan jelas
dan berkaitan serta
menyeluruh. Contoh
atau bahan bukti yang
diberikan adalah
relevan.

Markah
Penuh

16

Kriteria

Wajaran

Bahagian 2:
2
Perbincangan dan
pendokumentasian
kesignifikan
perkembangan
bahasa Melayu
klasik
Bukti yang
menyokong bahawa
bahasa Melayu
sebagai medium
bahasa terbesar di
dunia
Rumusan dan
kesimpulan

Organisasi
1

Tidak
Lengkap
0
Tiada
perbincangan
yang
berkaitan.

Tiada
rumusan
diberikan.

Lemah

Sederhana

Baik

Cemerlang

1
Perbincangan dan
pendokumentasian
disertakan dengan
fakta secara umum
sahaja dan kurang
berkaitan. Tiada
bukti yang
menyokong
diberikan.

2
Perbincangan dan
pendokumentasian
disertakan dengan fakta
yang kurang jelas dan
sedikit berkaitan.
Bukti yang menyokong
disertakan tetapi kurang
tepat.

3
Perbincangan dan
pendokumentasian
disertakan dengan
fakta yang jelas,
berkaitan dan releven.
Bukti yang
menyokong disertakan
dengan tepat.

4
Perbincangan dan
pendokumentasian
disertakan dengan
fakta yang jelas,
terperinci dan
releven.
Bukti yang
menyokong
disertakan dengan
tepat.

Rumusan dan
kesimpulan yang
ringkas dan tidak
menjelaskan perkara
berkaitan dengan
keseluruhan
kandungan penulisan
tugasan.

Rumusan dan
kesimpulan yang agak
baik dan menjelaskan
hanya sebahagian
perkara yang berkaitan
dengan keseluruhan
kandungan penulisan
tugasan.

Rumusan dan
kesimpulan yang baik
dan menjelaskan
keseluruhan
kandungan penulisan
tetapi tiada
penambahan isu
semasa sebagai nilai
tambah penulisan.

Penulisan tidak
mengikut kriteria
yang dikehendaki
dan format yang
ditetapkan.
Penulisan bibliografi

Penulisan tidak
mengikut kriteria
walaupun mengandungi
bahagian pengenalan,
huraian dan pelaporan
tentang tajuk serta

Penulisan masih
mengikut kriteria iaitu
mengandungi
bahagian pengenalan,
huraian dan pelaporan
tentang tajuk tetapi

Rumusan dan
kesimpulan yang
amat baik dan
sempurna.
Menjelaskan
keseluruhan
kandungan
penulisan dengan
teliti (koheren dan
kohesi) dan
memberikan
penambahan isu
semasa sebagai
nilai tambah
penulisan.
Penulisan mengikut
kriteria yang
dikehendaki iaitu
mengandungi
bahagian
pengenalan, huraian

Markah
Penuh

Kriteria

Wajaran

Tidak
Lengkap
0

Lemah
1
tidak mengikut gaya
APA.

Sederhana
2
rumusan tetapi tidak
tersusun. Penulisan
bibliografi tidak
mengikut gaya APA.

Baik
3
rumusan kurang
tersusun. Penulisan
bibliografi tidak
mengikut gaya APA.

Cemerlang
4
dan pelaporan
tentang tajuk serta
rumusan disusun
mengikut format.
Penulisan
bibliografi
mengikut gaya
APA.
JUMLAH MARKAH

Markah
Penuh

40