Anda di halaman 1dari 9

Bab 1 Isnin

Seorang perempuan tua (nenek) tiba-tiba muncul tepat jam 6:20 Subuh Isnin
di hadapan pintu pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma, anak Tuan Haji
Syakir ingin membuka pintu pagar rumah tetapi dihalang oleh ibunya, Puan
Delia atas alasan tidak mengenali perempuan tua tersebut. Sukma yang
tidak
mengendahkan
nasihat
ibunya
terus
membuka
pintu
pagar. Malangnya, perempuan tua tersebut sudah tiada. Keadaan ini
menimbulkan tanda tanya kepada Sukma sehingga dia tidak dapat
menumpukan perhatian pada kuliah kegemarannya iaitu Tamadun Islam
Melalui Seni Bina yang diajar Profesor Darul.
Bab 2 Selasa
Pada jam 6:20 pagi Selasa, seorang lelaki muda muncul di hadapan pintu
pagar rumah Tuan Haji Syakir. Sukma dihalang oleh ibunya daripada
membuka pintu pagar kerana tidak pernah berjumpa dengan lelaki tersebut
atau berhutang apa-apa dengannya. Tanpa menghiraukan amaran ibunya,
Sukma membuka pintu pagar tetapi lelaki tersebut sudah tiada. Sukma
bertanyakan tentang lelaki tersebut kepada ayahnya dan Haji
Rashid. Mereka berpendapat mungkin lelaki tersebut tinggal berdekatan
dengan kawasan tempat perumahan mereka dan berhasrat untuk
menyatakan masalahnya. Di kawasan rehat kuliah, Sukma dan Teja
berkenalan dengan seorang anak muda bernama Rafiq iaitu seorang pelajar
baharu yang tinggal dan belajar di Washington sebelum itu. Dalam pada itu,
Sukma tertanya-tanya siapakah diri Rafiq sebenarnya dan sebab dia tiba-tiba
memperkenalkan diri seolah-olah ingin bersahabat atau Sukma dilanda
perasaan.
Bab 3 Rabu
Sukma menunggu kehadiran tetamu 6:20 di balkoni kamar namun dia
disindir oleh ibunya. Ibunya menyatakan bahawa Sukma kelihatan resah dan
mencadangkan agar Sukma berjumpa dengan kaunselor. Di pintu pagar,
muncul 2 ekor kucing jenis Burman iaitu seekor berwarna hitam dan seekor
berwarna putih. Namun kucing itu menghilang ketika Sukma membuka pintu
pagar. Ayah Sukma mengajak Sukma ke Majlis Sumbangan Amal Persatuan
Kraf Wanita Daerah yang kemungkinan dihadiri juga oleh Iskandar, kawan
Sukma. Sukma akur dengan permintaan ayahnya. Di dewan kuliah itu Rafiq
Mustaqeem, pelajar cemerlang semasa sama-sama menuntut dengan
Profesor Darul di Amerika Syarikat menerangkan topik Kemasyarakatan
Islam. Sukma pula masih tertanya-tanya tentang tetamu misteri 6:20.
Bab 4 Rabu Malam

Sukma yang mengikut ayahnya ke majlis melibatkan orang kampung dan


ahli persatuan telah bertemu dengan Ehsan berusia 3 tahun yang
menghidap penyakit jantung dan penyakit kulit. Di majlis tersebut juga,
Sukma bertemu dengan Rafiq dan Iskandar . Sukma tidak suka bercakap
dengan Iskandar kerana Iskandar suka menyalahkan pentadbiran,
merendahkan orang lain, suka melihat sesuatu dari sudut yang songsang
dan suka meniru gaya barat. Ketika di majlis itu juga, Sukma ternampak
perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar rumahnya pada 6:20
subuh Isnin tetapi tidak berkesempatan berjumpa dengannya.
Bab 5 Khamis
Jam 6:20 pagi Khamis, seorang kanak-kanak lelaki berusia 5 tahun berdiri di
pintu pagar Tuan Haji Syaqir. Sebaik ternampak kanak-kanak lelaki tersebut,
Sukma bergegas ke arahnya untuk bertanya soalan. Kanak-kanak tersebut
ketakutan dan melarikan diri. Ibu memarahi Sukma kerana membuka pintu
pagar disebabkan dia bimbang akan keselamatan Sukma. Di bilik kuliah,
Alvin bertanyakan sebab Jerry berada di Kelab WX2. Sukma dan Teja
tertanya-tanya tentang kelab tersebut kerana mereka tidak pernah
mendengar tentangnya. Alvin menerangkan bahawa kelab tersebut ialah
kelab hiburan yang mengandungi muzik metal ekstrem dan ahli kelabnya
sentiasa berkumpul di dalam bilik yang dipanggil ruang sepi bagi mendalami
ilmu mencari realiti. Sukma dan rakan-rakannya berkumpul kerana mencari
bahan kajian isu peperangan dan penindasan melanda dunia. Jerry
memberitahu Sukma tentang Kelab WX2 dan menyatakan Iskandar juga
terlibat dalam kelab tersebut.
Bab 6 Khamis Malam
Sukma memberitahu ayahnya tentang kemunculan tetamu misteri pada jam
6:20 di depan pintu pagar rumah mereka. Sukma meminta ayahnya mencari
tetamu tersebut untuk mengetahui sebab mereka hadir ke rumah
mereka. Ibu mengatakan bahawa Sukma stres dan mencadangkan kepada
ayahnya supaya membawa Sukma pergi melancong. Teja mengajak Sukma
ke Kafe Flora iatu kafe milik ibu saudaranya, Su Ani yang berkonsepkan
tradisional. Di sana, mereka berkenalan dengan ahli kumpulan Waris Cinta
iaitu sekumpulan 30 orang anak muda dari Sarawak yang mengadakan
persembahan tarian tradisi. Sukma bertukar-tukar pandangan dengan Reny
tentang seni tradisi. Sukma menyatakan bahawa dia ialah guru zapin yang
mengajar tarian zapin kepada kanak-kanak berusia 5 hingga 12 tahun di
kawasan perumahannya.
Bab 7- Jumaat

Jam 6:20 pagi, Sukma menunggu di bangku rehat berdekatan pintu pagar
rumahnya untuk menemui kanak-kanak yang pernah muncul sebelum
itu. Kanak-kanak tersebut lapar dan Sukma mengajaknya masuk ke rumah
untuk memberinya makanan. Nama kanak-kanak itu ialah Aim. Ibu
memarahi Sukma kerana membawa kanak-kanak tersebut masuk ke
rumah. Aim yang terdengar suara ibu melarikan diri keluar. Apabila Sukma
ingin mencari Aim, dia terserempak dengan Pak Rashid. Sukma mengajak
Pak Rashid mencari Aim di kawasan sekitar perumahannya. Apabila tidak
menemui Aim, mereka pulang ke rumah. Ros menyapa Sukma dan bertanya
sebab dia bergegas keluar dengan Pak Rashid. Sementara itu, ibu mencari
jawapan tentang kerisauan yang melanda Sukma. Ibu beranggapan Sukma
banyak berubah dan merahsiakan sesuatu daripadanya. Sukma menduduki
peperiksaan untuk kuliah Profesor Darul. Selepas peperiksaan, Sukma dan
rakan-rakannya berbincang tentang istilahterrorism. Rafiq pula menegur
Jerry yang kelihatan seperti tidak cukup tidur. Rafiq memberitahu bahawa
dia dan Alvin ternampak Jerry dan mengetahui aktiviti yang dilakukannya
semalam.
Bab 8 Jumaat Petang
Sukma, Teja, Alvin dan Rafiq menunggu kedatangan Jerry yang ingin
berjumpa dengan mereka di belakang rumah kedai tidak jauh dari Kelab WX2
pada jam 6.00 petang namun Jerry tidak muncul sehingga 6.20 petang. Di
seberang jalan, Sukma ternampak anak muda yang pernah muncul di pintu
pagar rumahnya. Sukma pergi ke arah lelaki tersebut untuk mendapatkan
penjelasan tentang kehadiran dia di hadapan pintu pagar rumahnya namun
lelaki tersebut terpinga-pinga sahaja. Rafiq pula menarik Sukma untuk
bergerak ke arah Jerry yang dilihatnya di pintu Kelab WX2
bagi berjumpa dengannya. Jerry menyatakan dia tidak dapat bercakap
dengan mereka tetapi berjanji untuk berjumpa dengan mereka pada malam
itu. Sukma keliru tentang kewujudan Kelab WX2 yang boleh mendapat lesen
perniagaan sedangkan kelab tersebut mengajar satu fahaman yang
meragukan. Iskandar pula muncul di Kelab WX2 dan mempersoalkan
kehadiran Sukma dan Rafiq di situ. Sukma menyatakan bahawa dia
mengetahui tentang WX2 dan ruang sepi. Iskandar memujuk Sukma supaya
balik ke rumah tetapi Sukma berkeras ingin masuk ke Kelab WX2. Akhirnya
hanya Iskandar yang memasuki kelab dan Sukma hanya memerhatikannya.
Bab 9 Jumaat Malam
Sukma resah memikirkan tetamu misteri 6:20, Jerry yang menghadapi krisis
diri, Kelab WX2 dengan ruang sepi yang menjadi tarikan kepada anak muda

dan Iskandar yang berkelakuan pelik. Rafiq mengajak Sukma untuk


berjumpa di Kafe Flora untuk berbincang tentang Jerry dan beberapa perkara
lain. Ketika ingin keluar rumah, Ros menegur Sukma lantas menawarkan diri
untuk menghantar Sukma ke Kafe Flora. Di dalam kereta, Ros menyatakan
bahawa dia ingin menjenguk Kelab WX2 dan mengingatkan Sukma supaya
berhati-hati. Sukma berjumpa dengan Rafiq dan Rafiq memberitahu bahawa
dia mengenali lelaki yang pernah muncul di pintu pagar rumah Sukma pada
Selasa lalu. Lelaki tersebut ialah Abang Aim iaitu pekerja di ladang ayahya
tetapi telah menghilang enam bulan lalu. Walau bagaimanapun, Abang Aim
telah berjumpa dengan ayahnya untuk meminta maaf dan menceritakan
masalahnya pada minggu lalu. Sukma meminta Rafiq untuk membawanya
bertemu dengan Abang Aim bagi merungkaikan misteri tetamu
6:20. Rafiq juga memberitahu bahawa Jerry telah datang berjumpa
dengannya dan Alvin. Jerry menyatakan bahawa Kelab WX2 tidak berbahaya
dan ruang sepi adalah tempat remaja berkumpul, berbincang dan
berbual. Walau bagaimanapun Sukma mengesyaki Rafiq tidak menceritakan
hal sebenar kepadanya. Rafiq menjelaskan bahawa dia tidak dapat
menceritakan hal sebenar kerana tidak dibenarkan oleh Jerry. Akhirnya,
Sukma dan Rafiq mengambil keputusan untuk ke rumah Jerry tetapi mereka
berjumpa dengan Jerry yang berpakaian serba hitam di dalam bas yang
dinaiki oleh mereka. Selepas berhenti, Sukma bertanya tentang penampilan
Jerry yang berubah itu. Jerry menjelaskan bahawa hidupnya kosong dan
segala aturan hidupnya ditentukan oleh ibu dan bapanya. Jerry juga
menyatakan bahawa dia bergembira apabila berada di Kelab WX2 kerana dia
bebas bersuara dan membuat pilihan.
Bab 10 Sabtu
Sukma bertemu dengan perempuan tua (nenek) yang muncul di pintu pagar
rumahnya pada pagi Isnin lalu. Sukma bertanya tentang asal
usulnya. Nenek tersebut memberitahu bahawa rumah Sukma panas dan
meminta Sukma menyejukkannya. Sukma juga diminta untuk meredakan
suasana yang tidak aman di dalam rumah. Sukma manjadi hairan dengan
pesanan nenek itu. Sukma berjumpa dengan Teja. Rafiq dan Alvin di Kafe
Flora. Kedatangan mereka disambut oleh Reny. Reny memberitahu bahawa
dia mengenali Iskandar dan juga mengetahui tentang ruang sepi di Kelab
WX2. Sukma ke Kelab WX2 dan memasukinya. Setelah melihat di sekeliling
kelab, Sukma mendapati bahawa kelab tersebut tidak langsung
menampakkan ciri-ciri kelab muzik rock metal yang ekstrem tetapi lebih
kepada kelab ekslusif.

Bab 11 Sabtu Lagi


Sukma berjumpa dengan Iskandar di Kelab WX2. Sukma berasa agak
terkejut dengan sikap Iskandar yang begitu ramah dengannya berbanding
dengan sebelum ini. Iskandar seronok menceritakan tentang aktiviti yang
dijalankan di kelabnya itu, bukan sahaja mendendangkan lagu-lagu bahkan
terdapat juga persembahan wayang kulit yang diundang khas dari
Kelantan. Sukma berasa hairan kerana tidak mengetahui kehadiran WX2 di
situ. Sambil menurunkan kerusi dari atas meja, Iskandar dan Sukma
bercerita tentang rakan mereka yang bernama Reny dan misi kelab
mereka. Sukma berlegar-legar di ruang kelab itu dan merasakan ada
sesuatu yang tidak kena dengan kelab tersebut terutama sikap Iskandar
yang mula menampakkan keganjilan apabila Sukma bertanyakan tentang
Jerry. Reny tiba-tiba muncul dan memohon maaf kepada Sukma. Sukma
terus mendesak rasa ingin tahunya tentang fungsi kelabnya itu kepada Reny
dan Iskandar. Iskandar menyakinkan Sukma bahawa kelab tersebut
hanyalah ruang untuk perdebatan dan perkongsian idea.
Bab 12 Sabtu Siang
Sukma berjumpa Aim (kanak-kanak) di Kedai Runcit Ah Leong. Sukma
mendapatkan penjelasan daripada Aim sebab-sebab kedatangannya pada
waktu Subuh di rumah Sukma. Aim merupakan anak yatim piatu dan cucu
kepada Nenek. Aim melewati rumah Sukma pada Subuh hari itu kerana ingin
mengikuti neneknya ke pasar untuk berniaga buah-buahan. Sukma
mengajak Aim ke rumahnya. Teja dan Rafiq telah menunggu di rumah
Sukma. Teja menanyakan tentang Kelab WX2 kepada Sukma. Sukma
menjelaskan bahawa keadaan kelab tersebut berbeza dengan yang
diceritakan oleh Alvin dan Jerry. Teja juga pernah dua kali memasuki kelab
tersebut. Dia ingin mendapatkan kepastian daripada Sukma tentang ruang
sepi kelab itu. Ruang sepi itu merupakan tempat yang penting bagi
kumpulan yang dianggotai Iskandar dan rakan-rakannya. Kewujudan ruang
sepi itu begitu menjadi tanda tanya kepada Sukma. Sedang mereka
berbincang, ibu Sukma balik ke rumah bersama-sama pemandu kereta
mereka iaitu Pak Rashid. Sukma meminta Teja membawa Aim ke
biliknya. Rafiq meminta izin pulang. Sukma berusaha membawa Teja dan
Aim keluar dari biliknya tanpa pengetahuan ibunya setelah mendapat
pandangan daripada
bapanya. Namun begitu, apabila mendapati
Aim tertidur di dalam biliknya, Sukma hanya meminta Teja pulang
dahulu. Sukma cuba mendapatkan penjelasan daripada Pak Rashid tentang
ibunya yang sering keluar pagi-pagi hari. Namun, Pak Rashid tidak

memberitahu apa-apa dan hanya meminta Sukma mencari jawapannya


sendiri tetapi dia sedia membantu.
Bab 13 Sabtu Petang
Selepas solat Asar, Sukma turun ke tingkat bawah untuk meninjau situasi
sebelum membawa Aim keluar dari biliknya. Ketika itu juga ibunya
memanggil Sukma dan menunjukkan buku yang dibelinya untuk
Sukma. Buku
itu
menceritakan
tentang
cara-cara
menangani
tekanan. Sukma tidak menyenangi cara ibunya yang menyangka dia
mengalami tekanan jiwa. Tuan Haji Syaqir cuba menenangkan keadaan
dengan menanyakan masalah Sukma dan meminta Sukma memohon maaf
kepada ibunya nanti. Sukma berjanji akan meminta maaf dengan
ibunya atas sikapnya tadi. Sukma lebih tertarik untuk berbincang dengan
ayahya tentang masalah remaja yang berlaku kini. Akan tetapi Tuan Haji
Syaqir meminta Sukma mendapatkan keterangan lanjut daripada Kak
Ros. Sukma tahu ayahnya telah melaksanakan pelbagai program kepada
remaja di tempatnya namun begitu ada yang tidak diketahui oleh Tuan Haji
Syaqir tentang wujudnya ideologi yang mempengaruhi pemikiran remaja
tersebut.
Bab 14 Sabtu Malam
Aim membawa Sukma, Teja dan Rafiq ke rumahnya untuk bertemu dengan
Abang Aim. Menurut Rafiq, Abang Aim tinggal di sebuah pondok di belakang
rumah Tuk Siak. Ayah Rafiq telah menawarkan pekerjaan kepadanya tetapi
dia menolaknya. Ketika Abang Aim berjumpa dengan ayah Rafiq, dia telah
diberikan
wang
sebanyak
RM
500.00
walaupun
Abang
Aim
menolak. Masyarakat di situ tidak suka kepada Abang Aim kerana dikatakan
menghidap AIDS. Abang Aim menasihati Sukma supaya berhati-hati dan
memintanya membongkar rahsia yang menyelubungi rumahnya. Tiba-tiba,
Iskandar datang untuk menjelaskan tentang ruang sepi kepada
Sukma. Sukma pula mendapatkan kepastian daripada Iskandar tentang
kehilangan Jerry. Iskandar sendiri tidak mengetahui ke mana Jerry
menghilang sebaliknya dia menerangkan kebebasan membuat pilihan dalam
hidup. Sukma beranggapan bahawa kebebasan memilih haruslah yang
positif dan bukannya yang menghancurkan hidup sendiri. Sukma
meninggalkan rumah Abang Aim dan menghantar Aim (kanak-kanak) ke
rumah neneknya. Sukma meminta maaf daripada nenek kerana terlambat
menghantar Aim pulang. Nenek seorang bidan dan pengasuh kepada Sukma
pada masa lalu. Nenek menceritakan keadaan kelahiran Sukma dan Puan
Delia yang sakit dan dia sendiri menjaga Sukma selama 2 bulan. Nenek juga

memberitahu tentang cucunya yang hampir seusia Sukma meninggal dunia


kerana demam panas. Sukma juga mendapati gambarnya yang ketika
berusia 4 bulan ada tergantung di rumah nenek itu. Semua yang diceritakan
oleh nenek dan jam 6:20 menjadi tanda tanya kepada Sukma.
Bab 15 Sabtu Malam yang Sama
Sukma terjumpa dengan Jerry yang kelihatan tidak terurus. Jerry tidak mahu
Sukma mencampuri urusan peribadinya kerana itu adalah pilihannya sendiri.
Sukma dan Rafiq memujuk Jerry supaya pulang ke pangkal jalan. Mereka
membawa Jerry ke dalam kereta. Jerry menangis atas kesilapan yang
dilakukannya. Sukma memujuk dan meminta Jerry menceritakan semua
yang telah berlaku. Jerry hanya meminta Rafiq dan Sukma menghantarnya
pulang kerana dia telah lama meninggalkan rumahnya. Selepas menghantar
Jerry pulang, Sukma dan Rafiq pergi ke rumah Abang Aim untuk
mendapatkan penjelasan tentang Kelab WX2. Sukma telah bersedia
mendengar segala penjelasan daripada Abang Aim. Menurut Abang Aim, dia
tidak menyuruh nenek dan cucunya pergi ke rumah Sukma pada pukul 6:20
pagi yang lalu. Ayah Sukma juga tidak tahu apa-apa yang telah berlaku.
Anggota kelab itu sangat ramai dan mereka sanggup berbuat apa-apa sahaja
untuk memastikan agenda dan perancangan mereka terhasil. Mereka
sangat cekap sehingga boleh menghilangkan segala bukti yang ada.
Pengikut kumpulan ini juga terdiri daripada 80% remaja berusia antara 15
hingga 21 tahun. Mereka terdiri daripada pelajar yang cemerlang. Mereka
tidak mengganggu Sukma kerana menghormati ibunya Puan Delia. Sukma
pulang ke rumah dan diberitahu oleh ayahnya bahawa Kak Ros ingin
berjumpa dengannya. Sukma cuba mendapatkan sokongan serta pendapat
ayahnya tentang Kelab WX2. Dia berusaha meyakinkan ayahnya supaya
mengambil tindakan terhadap kelab itu dan ibunya Puan Delia. Iskandar
tiba-tiba datang ke rumah Sukma dan meminta Sukma tidak melakukan apaapa kerana mereka ramai serta berada di serata tempat. Menurut Iskandar,
mereka membunuh secara psikologi. Namun begitu, Sukma telah bertekad
untuk melaporkan kepada Kak Ros yang merupakan anggota polis. Dia juga
meminta Kak Ros mendapatkan segala maklumat tentang kegiatan
kumpulan itu daripada Jerry dan Iskandar.
Bab 16 Ahad
Iskandar datang untuk berjumpa dengan Sukma tetapi telah didahului oleh
Puan Delia, ibu Sukma. Prasangka kepada ibunya semakin kuat kerana sikap
ibunya yang kelihatan seperti merahsiakan sesuatu. Nenek dan Aim (kanakkanak) datang ke rumah Sukma untuk menunjukkan kubur anaknya iaitu

ayah Aim yang mati kerana menanyakan kebenaran. Sukma cuba


mendapatkan penjelasan daripada nenek tentang ibunya yang terlibat dalam
kumpulan tersebut. Titisan air mata nenek seperti membenarkan apa-apa
yang telah diterangkan oleh Abang Aim. Sukma pulang ke rumah dan
mendapati ibunya telah keluar dengan menggunakan kereta ayahnya.
Sukma mengajak Kak Ros ke Kelab WX2 dan meminta ayahnya melaporkan
kepada pihak berkuasa. Sukma menjelaskan segala yang telah berlaku dan
siapa ibunya yang sebenar kepada ayahnya.
Bab 17 Ahad Pagi
Pada pagi Ahad, Teja dan Rafiq telah menunggu Sukma di hadapan Kelab
WX2. Kak Ros dan Sukma serta rakan-rakannya telah memasuki premis
Kelab WX2 tetapi tidak menemui sebarang maklumat yang mencurigakan.
Jerry telah datang untuk berjumpa Sukma dan memberitahu bahawa dia
bersama-sama keluarganya akan pergi dari daerah itu, tetapi Sukma
meminta Jerry memberi kerjasama dengan membuat keterangan sebagai
saksi nanti. Jerry menceritakan bahawa sasaran kumpulan itu amat besar.
Mereka mewujudkan fahaman baharu yang bermatlamatkan kekuasaan.
Setiap ahli kumpulan telah ditentukan pilihan, kebebasan dan kehidupan
yang bakal diperoleh oleh mereka. Mereka juga disuntik dengan cecair yang
berwarna merah yang dikenali sebagai Pati 1 bagi memastikan aktiviti
mempengaruhi pemikiran mereka lebih mudah dijalankan. Menurut Jerry lagi,
terdapat juga suntikan yang lain digunakan untuk mereka bertindak lebih
ganas kerana hilang kewarasan dan ditekan oleh depresi yang keterlaluan.
Suntikan ini diberi kepada mereka yang ingkar dan cuba membongkar rahsia
pergerakan mereka. Semua ini telah dialami oleh Abang Aim. Menurut Jerry
lagi, Kelab WX2 itu adalah ruang sepi dan bukan sekadar kelab hiburan
semata-mata.
Bab 18 Ahad Petang
Rafiq datang bertemu Sukma untuk memberitahu bahawa Iskandar telah
memberi maklumat tentang tempat kumpulan Kelab WX2 berkumpul iaitu di
bangunan biru di hujung daerah itu. Mereka akan memulakan aktiviti mereka
pada malam itu di bandar raya. Bilangan mereka sangat ramai. Mereka akan
membuat rusuhan. Rafiq telah melaporkan kepada Kak Ros tentang
perancangan tersebut. Iskandar tiba-tiba datang dan memberitahu kepada
Sukma bahawa dia telah sedar akan kesilapan yang telah dilakukannya dan
dia berjanji membantu Sukma menyelesaikan masalah tersebut. Sukma
menasihati Iskandar agar menghindari aktivis seperti itu. Mereka
meneruskan perancangan berdasarkan maklumat yang diberi oleh Iskandar.

Pihak berkuasa juga telah sampai ke tempat yang diberitahu. Beberapa jam
kemudian, pihak polis telah berjaya membuat tangkapan terhadap ahli-ahli
kumpulan tersebut.
Bab 19 Hari Ini
Sukma berasa bersalah kerana mengesyaki ibunya terlibat dalam kumpulan
itu. Sebenarnya, Puan Delia ialah perisik kerajaan yang menganggotai
kumpulan WX2 untuk mengetahui dengan lebih mendalam teori dan
pemikiran yang cuba diserapkan oleh anasir yang menyerang secara senyap.
Puan Delia telah tercedera dan koma di hospital akibat terkena tembakan
ahli kumpulan itu semasa operasi.