Anda di halaman 1dari 12

OLAHRAGA

PERATURAN PERTANDINGAN
1.0

UNDANG-UNDANG
1.1

Peraturan dan undang-undang ini disediakan khas untuk


Pertandingan Olahraga MSSIK-YTP, Pulau Pinang yang merujuk
kepada Malaysia KOAM 2008/2009 peraturan-peraturan Am
Majlis Sukan Sekolah Malaysia.

1.2

Semua keputusan yang dibuat oleh Jawatankuasa Teknikal dan


Pertandingan adalah muktamad.

1.3

2.0

Seorang pemain terdiri dari pelajar sekolah warga Negara


Malaysia adalah layak mengambil bahagian dalam pertandingan
ini.

ACARA-ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


2.1

Sekolah Rendah
Bil.
1.

2.

Acara

Lelaki

Perempuan

Jumlah

Acara Padang
1.1 Lontar
peluru (6x)

2
2
4

2
2
4

1.2 Lompat
jauh (6x)
Balapan
2.1 100M
2.2 200M
2.3 4X100M

4
4
8
JUMLAH = 19

2.2

Menengah Rendah
Bil.
1.

2.

2.3

Acara

Lelaki

Perempuan

Jumlah

2
2
4

Acara Padang
1.1 Lontar
peluru
(6x)
1.2 Lompat
jauh
(6x)
Balapan
2.1 100M
2.2 200M
2.3 4X100M

2
2
4
JUMLAH = 12

Menengah Atas
Bil.

Acara

1.

Balapan
1.1
100M
1.2
200M
1.3
4X100M
1.4

Lelaki

Perempuan

Jumlah

400M

JUMLAH = 8

3.0

UNDIAN & SUSUNAN ACARA


3.1

Acara Padang
3.1.1 Lontar peluru
3.1.1.1

Untuk makluman bagi acara ini, peserta akan


membuat lontaran mengikut nombor giliran yang
akan diperolehi dalam cabutan undian.

3.1.1.2

Cabutan

undian

akan

dilakukan

semasa

sesi

perjumpaan dengan pengurus-pengurus pasukan.


3.1.1.3

Bagi acara lontar peluru, pasukan yang memperolehi


cabutan undian nombor 1, secara rasmi akan menjadi
peserta pertama yang akan membuat lontaran pada
hari pertandingan. Begitu juga bagi nombor yang
seterusnya.

3.1.1.4

Peserta dibenarkan melakukan 6 kali lontaran sahaja,


dan juri akan mengambil ukuran pada lontaran yang
paling jauh dan sah antara ketiga-tiga lontaran
tersebut.

3.1.1.5

Peserta yang berjaya membuat lontaran yang paling


jauh dan sah akan dikira sebagai pemenang.

3.1.1.6

Sekiranya terdapat ukuran jarak lontaran yang sama


antara dua peserta, maka lontaran tambahan akan
dilakukan.

3.1.1.7

Berikut merupakan contoh lakaran bagi susunan


acara :-

LONTAR PELURU-SERI ( Lelaki )


Bil.

Nama
Peserta

Nomb Pasuka
or
n

Lontaran

Catata
n

1 2 3 4 5 6

3.1.2 Lompat jauh


3.1.2.1

Juga bergantung kepada nombor giliran pada cabutan


undi.

3.1.2.2

Setiap peserta akan diberi 6 kali percubaan sahaja.

3.1.2.3

Setiap lompatan akan diambil ukuran dan juri akan


memilih jarak yang paling jauh dan sah diperolehi.

3.1.2.4

Peserta yang berjaya membuat lompatan yang paling


jauh dan sah akan dikira sebagai pemenang.

3.2

Balapan
3.2.1 Bagi acara 100 & 200M, susunan peserta-peserta pada trek
adalah bergantung pada nombor cabutan undian.
3.2.2 Peserta-peserta akan terus memasuki peringkat separuh
akhir dengan beberapa saringan yang akan diadakan.
3.2.3 Jumlah saringan bergantung kepada jumlah penyertaan
peserta dari sekolah-sekolah yang mengambil bahagian.
3.2.4 Peserta yang memperolehi nombor 1 pada cabutan undian,
secara rasmi akan ditempatkan di lorong 1 pada trek. Begitu
juga dengan nombor yang berikutnya.

3.2.5 Berikut merupakan contoh lakaran susunan peserta


mengikut cabutan undian:Saringan 1
Lorong 1

Undian no.1

Lorong 2

Undian no.2

Lorong 3

Undian no.3

Lorong 4

Undian no.4

Lorong 5

Undian no.5

Lorong 6

Undian no.6

Lorong 7

Undian no.7

Lorong 8

Undian no.8

3.2.6 Bagi acara 4x100 m pula, setiap pasukan juga akan disusun
mengikut nombor cabutan undian.
3.2.7 Pasukan yang mendapat nombor 1 pada cabutan undian,
akan berada di lorong pertama. Begitu juga pada nombor
yang berikutnya.
3.2.8 Pemenang bagi acara ini akan ditentukan melalui catatan
masa terpantas yang diperolehi.

4.0

HADIAH
4.1

Hadiah akan disediakan bagi peserta-peserta yang memenangi


tempat Pertama, Kedua dan Ketiga bagi acara padang.

5.0

PENYERTAAN
5.1

Tiap-tiap sekolah dibenarkan mendaftar dua peserta sahaja bagi


sesuatu acara individu dan satu pasukan sahaja untuk acara
berpasukan/seperti yang diarahkan.

5.2

Seorang peserta tidak dibenarkan bertanding dalam lebih dari tiga


acara individu dan dua acara berpasukan.

6.0

PENDAFTARAN PESERTA
6.1

Peserta dalam kategori menengah rendah mestilah berumur 15


tahun pada tahun pertandingan iaitu dilahirkan pada tahun 1998
dan ke atas. Sementara bagi kategori menengah atas mestilah
berumur 18 tahun ke bawah dan sekolah rendah, pemain mestilah
dilahirkan pada tahun 2011 dan ke atas.

6.2

Semua pasukan hendaklah mengemukakan satu (1) salinan Kad


Pengenalan atau salinan surat beranak yang disahkan bagi setiap
peserta bersama dengan borang pendaftaran peserta. Kesemua
dokumen ini hendaklah DISERAHKAN SEMASA SESI PENDAFTARAN
peserta dilakukan.

6.3

Taraf permastautin peserta adalah tertakluk kepada Peraturan Am


Perkara 21.9.

7.0

NOMBOR PESERTA
7.1

Semua kategori akan menggunakan nombor yang berwarna hitam


atas kain putih. Nombor peserta yang ditulis diatas kertas tidak

diterima. Ukuran kain putih yang perlu digunakan ialah 25cm x


15cm.
7.2

Huruf dan Nombor Peserta akan diberitahu semasa mesyuarat


pengurus pasukan.

8.0

MELAPOR DIRI DAN KETETAPAN MASA


8.1

Semua peserta hendaklah melaporkan diri sekurang-kurangnya 30


minit bagi acara balapan dan 45 minit bagi acara padang sebelum
waktu acara berkenaan dijadualkan berlangsung. Selepas itu,
mereka akan diiringi hingga ke tempat pertandingan oleh Penyelia
Peserta.

8.2

Peserta-peserta tidak dibenarkan melaporkan diri terus ke


Pegawai Teknik dalam arena pertandingan.

8.3

Hebahan tentang panggilan peserta-peserta untuk melaporkan


diri bagi acara mereka tidak akan dibuat. Makluman meminta
peserta untuk melaporkan diri hanya akan disiarkan di papan
kenyataan di tempat Penyelia Peserta. Hebahan hanya akan
dibuat sekiranya terdapat sebarang pertukaran/pindaan dalam
susunan acara atau program kejohanan.

8.4

Peserta-peserta hendaklah berpakaian lengkap dan nombornombor mereka mesti disematkan dengan pin pada setiap penjuru
di baju masing-masing di hadapan dan belakang.

8.5

Peserta-peserta yang lewat melaporkan diri 15 minit sebelum


acara dimulakan, tidak akan dibenarkan untuk mengambil
bahagian dan dianggap telah menarik diri.

9.0

PROSEDUR MASUK & KELUAR ARENA ACARA


9.1

Peserta-peserta hendaklah berbaris apabila dibawa masuk dan


keluar dari arena pertandingan oleh Penyelia Peserta.

9.2

Bagi acara balapan, selepas sesuatu perlumbaan tamat, pesertapeserta hendaklah berada di lorong masing-masing dengan
menghadap ke arah hakim-hakim acara untuk menunjukkan
nombor mereka dan balik ke khemah peserta setelah dibenarkan
tanpa masuk ke arena semula.

10.0 MEMANASKAN BADAN


10.1 Peserta-peserta hanya dibenarkan untuk memanaskan badan atau
membuat persiapan sebelum acara bermula di kawasan yang akan
ditetapkan sahaja.

11.0 BLOK PERMULAAN


11.1 Blok dekam tidak akan disediakan bagi semua acara balapan.

12.0 PERALATAN
12.1 Paku kasut : Kejohanan ini akan diadakan di atas trek jenis
sintetik. Panjang maksima paku kasut (spikes) tidak boleh melebihi
6mm.
12.2 Alat-alat untuk acara padang dan balapan, termasuk Blok
permulaan akan disediakan oleh pihak pengelola.
12.3 Ukuran dan Berat Alatan:-

Bil.

1.

Acara

Melontar

Lelaki

Peluru

Perempuan

SERI

SEMI

SERI

SEMI

2.72

4.54

2.72

4.00

(kg)

13.0 CARA PENANDAAN


13.1 Peserta-peserta tidak dibenarkan untuk menggunakan kapur atau
lain-lain bahan sepertinya untuk menanda di tempat-tempat
pertandingan. Mereka hendaklah menggunakan pita yang
disediakan oleh pihak pengelola.

14.0 SARINGAN (sekiranya berkenaan)


14.1 Jika terdapat saringan, juri akan mengambil kira 8 peserta yang
berjaya memperolehi catatan masa terbaik untuk ke peringkat
akhir.
14.2 Semua pengundian lorong untuk peringkat akhir, semasa
kejohanan dijalankan akan dilakukan oleh Jawatankuasa Kecil
Perangkaan

dan

Keputusan

Rasmi

dengan

pengawasan/penyeliaan ahli-ahli Juri Rayuan.

15.0 HAK-HAK JAWATANKUASA PENGELOLA


15.1 Tiap-tiap acara akan dijalankan mengikut tarikh dan waktu seperti
yang

ditetapkan,

tetapi

jawatankuasa

pengelola

dengan

persetujuan pengerusi teknik dan pembangunan olahraga MSSIKYTP, berhak meminda susunan acara jika difikirkan perlu. Jika
berlaku pemindaan, pengurus-pengurus pasukan akan diberitahu.

15.2 Jawatankuasa pengelola berhak memutuskan sebarang perkara


yang tidak tercatat dalam undang-undang olahraga KOAM terkini,
atau peraturan-peraturan pertandingan kejohanan olah raga
MSSIK-YTP. Jawatankuasa pengelola berhak tidak membenarkan
penglibatan pelajar warga asing dalam kejohanan ini.

16.0 BANTAHAN
Segala bantahan hendaklah dibuat mengikut Peraturan 147 KOAM,
kecuali perkara-perkara berikut:
16.1 Segala masalah berkaitan dengan kelayakan (status) seseorang
peserta yang tidak dapat diselesaikan dengan memuaskan
sebelum pertandingan bermula, maka peserta tersebut boleh
mengambil bahagian di bawah bantahan (under protest) dan
perkara tersebut akan dikemukakan kepada MSSM (Negeri
Sembilan) kelak.
16.2 Bantahan berhubung dengan acara-acara yang sedang dijalankan
hendaklah dilakukan dengan serta-merta dan tidak lewat dari :16.2.1 Lima belas (15) minit setelah keputusan rasmi diumumkan
bagi acara pusingan awal.
16.2.2 Tiga puluh (30) minit setelah keputusan rasmi diumumkan
bagi acara-acara peringkat akhir.
16.3 Sebarang bantahan bertulis kepada pihak Juri Rayuan mesti
disertai dengan wang pertaruhan sebanyak RM200.00 (Ringgit
Malaysia:Dua Ratus sahaja).

17.0 HAL-HAL LAIN


17.1 Tempat-tempat khas akan disediakan untuk peserta-peserta dan
pegawai-pegawai. Individu yang tidak berkenaan dilarang masuk
ke tempat-tempat khas tersebut.
17.2 Selain daripada Pegawai-Pegawai Teknik yang bertugas dan
peserta-peserta yang mengambil bahagian, TIDAK SESIAPA PUN
YANG DIBENARKAN MASUK KE ARENA PERTANDINGAN KECUALI
DENGAN KEBENARAN PENGURUS KEJOHANAN.
17.3 Jawatankuasa tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan,
kematian, kecacatan anggota, kehilangan anggota badan/harta
benda atau sebarang kecederaan lain berlaku:
17.3.1 Semasa perjalanan pergi dan balik dari tempat penginapan
dan stadium.
17.3.2 Semasa kejohanan dijalankan.
17.3.3 Dalam dan luar kawasan stadium.
17.3.4 Di tempat-tempat penginapan.
17.4 Walaubagaimanapun, pihak pengelola akan berusaha untuk
mengambil langkah berjaga-jaga bagi memastikan keselamatan
dan kesejahteraan peserta dan pegawai terjamin setakat mana
yang munasabah.

Anda mungkin juga menyukai