Anda di halaman 1dari 9

Otak kiri dan otak kanan

Pada tahun 1981 psikologis Amerika, Roger Sperry telah m,endapat anugerah Nobel
(perubatan) kerana penemuannya mengenai pengkhususan fungsi pada hemisfera cerebral
otak manusia. Penyelidikannya membuktikan bbahawa otak kiri dan otak kanan
mempunyai pengkhususan yang berbeza dalam menjalankan tugas intelektual. Setiap
hemisfera otak mempunyai sensasi, persepsi, pemikiran dan idea sendiri yang tidak
bertindak balas dengan apa yang ada pada hemisfera satu lagi, seolah-olah kedua-duanya
beroperasi secara berasingan. Proses pemikiran pada otak kiri mempunyai ciri susunan,
turutan dan logi; manakala pe mikiran pada otak kanan pula mengawal keupayaan
‘spatial’, aspirasi artistic dan kreativiti.

Berikut merupakan pengkhususan fungsi otak kiri dan otak kanan:

Bil Otak kiri Otak kanan


1 Segmental Holistik
2 Berturutan Serentak
3 Ekspresi logik Ekspresi gestalt
4 Persepsi fokal Orientasi sedar
5 Analatikal Kreatif
6 Pemikiran mengenai masa Pemikiran mengenai masa kini
7 Bahasa Metaforikal
8 Linguistik/simbol Rupa bentuk
9 Kecerdasan verbal Inteligen praktikal
10 Intelek Penggunaan deria
11 Pengetahuan yang boleh dikira Pengetahuan melalui pengalaman
12 Pengiraan Matematik Mengenal pasti pola
13 Pemikiran sedar Pemikiran bawah sedar
14 Analisis logikal Reaksi emosional
15 Kaedah dan peraturan Intutif/kreatif

Otak kiri berkeupayaan melakukan aktiviti rasional dan logic serta menterjemahkan
persepsi menjadi persembahan yang logikal dan fonetik mengenai reality dan seterusnya
mengkomunikasikannya berasaskan analisis logikal. Aktiviti otak kiri lebih ketara dalam
aktiviti membaca , menulis dan mengira. Semua aktiviti ini adalah pemikiran secara linear,
menegak dan habitual. Otak kiri lebih cemerlang dalam tugas Otak kiri lebih cemerlang
dalam tugas berkaitan bahasa, pertuturan dan logik.

Hemisfera kanan (otak kanan) pula bersifat intutif yang melakukan imaginasi dan persepsi
tehadap sesuatu secara holistic, apresiatif terhadap seni dan muzik, pemujaan, upacara
keagamaan, mistik dan perasaan. Otak kanan berupaya membina konstruk daripada
berbagai maklumat sehingga dapat membentuk idea dan konsep baru. Keupayaan ini
dipanggil holistik, lateral, intutif, metaforikal dan selanjutnya memahami saling hubungan
yang kompleks, pola dan struktur. Otak kanan juga cemerlang dalam tugas mengenal pasti
pola, muzik dan emosi.

Ada kebenaran mengenai pendapat yang mengatakan bahawa kebanyakan sistem


pendidikan mempunyai kecenderungan untuk mengembangkan keupayaan analatikal pada
otak kiri lebih daripada potensi kreatif yang ada pada otak kanan.

• Secara umumnya otak kanan berfungsi mengendalikan sesuatu secara umum


seperti emosi.
• Otak kiri lebih berfungsi untuk menganalisis seperti menyelesaikan masalah
Matematik.

Pada amalannya keseluruhan yang terdapat pada minda kita adalah hasil aktiviti
pemerosesan otak kiri dan kanan.

• Aktiviti yang melibatkan bahasa dilaksanakan oleh otak kiri bagi mereka yang
menggunakan tangan kanan (right-handed). Oleh itu mereka yang lumpuh otak
kirinya akan mengalami masalah untuk bercakap. Walau bagaimanapun otak kanan
yang membantu membentuk persepsi dan otak kiri yang ditugaskan melapor
melalui bahasa, kadang kala otak kiri tersalah terjemah apa yang otak kanan fahami
kerana maklumat yang diterima akan diterjemah mengikut bagaimana otak kiri
memahami situasi berkenaan. Gabungan kekuatan otak kiri dan otak kanan akan
menghasilkan pemikiran dan tindakan terbaik untuk menghadapi apa jua situasi.
Contoh soal selidik untuk membezakan penggunaan otak kiri atau otak kanan

Soalan Ya Tidak
(a) Adakah anda kerap mempunyai gerak hati?

(b) Adakah anda banyak menggerakkan tangan semasa bercakap?

(c) Bolehkah anda memberitahu berapa lama masa yang telah


berlalu tanpa menggunakan jam?

(d) Bila anda mendapat gerak hati, adakah anda bertindak


mengikut gerak hati berkenaan?

(e) Adakah anda memilih untuk belajar sesuatu yang baru dengan
mengikut langkah yang anda fahami atau mengikut apa yang
ditunjukcarakan?

(f) Adakah algebra lebih mudah dari geometri?

(g) Adakah anda cekap mendapatkan intipati mengenai apa yang


orang lain maksudkan apabila mereka bercakap dengan
bahasa yang anda fahami?

(h) Bila anda memerhatikan gambar pada sebuah buku, adakah


anda baca tajuk sebelum mengkaji imej pada gambar?

(i) Adakah anda lebih mudah mengenali wajah daripada nama


seseorang?

(j) Adakah anda lebih suka menyempurnakan sesuatu tugas


terlebih dahulu sebelum memulakan tugas yang lain?
Skor:

Untuk soalan a, b, d, g dan i, tandakan ‘kanan’ bagi jawapan ‘ya’ dan ‘kiri’ bagi jawapan
‘tidak’. Bagi soalan c, e, f, h dan j, tandakan ‘kiri ‘pada jawapan ‘ya’ dan tandakan ‘kanan’
pada jawapan ‘tidak’. Sekarang kira jumlah tanda ‘kiri’ dan ‘kanan’ yang anda perolehi.
Jika lebih banyak ‘kanan’ daripada ‘kiri’ bermakna anda lebih cenderung menggunakan
otak kanan, dan sebaliknya. Kebanyakan daripada kita mempunyai kecenderungan
campuran antara otak kiri dan kanan.
Ujian Personaliti dan Kesihatan

Selepas membuat ujian berdekad lamanya, Hans Eysenck, seorang psikologis British telah
mengelompokkan tiga dimensi personality melalui soal selidik, iaitu introvert/ekstovert,
emosional/stabil dan tahan lasak/lembut hati. Dengan memahami personality masing-
masing kita boleh mengenal pasti kecenderungan gaya dan tingkah laku yang
mendatangkan impak negatif terhadap kesihatan kita dan berusaha mengubah suai bagi
mengelakkan gangguan kesihatan.

Soal selidik Personaliti

Soal selidik Introvert/Ekstrovert

Bil Soalan Ya Tidak


1 Adakah anda gelisah bila melakukan aktiviti/kerja yang
kurang tindakan?

2 Adakah anda kerap mencari motif disebalik tindakan orang


lain?

3 Adakah anda suka bercakap dengan orang untuk mengelakkan


anda hilang peluang bercakap dengan orang asing?

4 Adakah anda di antara orang akhir member tepukan dalam


Sesutu konsert atau majlis?

5 Semasa mendapatkan maklumat urusniaga, adakah anda lebih


suka menggunakan tulisan daripada berbincang melalui
telefon?

6 Adakah anda seronok dengan projek yang banyak


memerlukan bacaan?

7 Adakah anda berharap anda terlepas tugas dan mempunyai


lebih banyak masa rehat?

8 Adakah anda mendapati anda berada di depan rakan anda


yang berhati-hati semasa melintas jalan?

9 Adakah anda memerlukan banyak kawalan diri untuk


mengelakkan masalah?

10 Adakah anda kerap berhati-hati untuk membuat perisytiharan


sepenuhnya kepada pihak kastam/polis atau sebagainya untuk
tujuan memberi kerjasama.
Soal selidik Emosional/Stabil

Bil Soalan Ya Tidak


1 Adakah anda kerap mengalami kurang tidur bila merasa
bimbang?

2 Adakah anda terganggu oleh sesuatu yang kurang penting


dalam fikiran anda?

3 Pada umumnya adakah anda berpuas hati dengan kehidupan


anda?

4 Adakah anda menganggap masa depan anda cerah?

5 Adakah anda cukup yakin dengan keputusan anda?

6 Adakah anda kerap merasa takut dengan sesuatu atau


seseorang yang anda tahu tidak akan mencederakan anda?

7 Adakah anda kerap merasa malu dengan apa yang telah anda
lakukan?

8 Adakah anda senyum dan ketawa seperti orang lain?

9 Adakah anda merasa sangat kecewa jika orang lain mengkritik


anda?

10 Adakah anda berpendapat berjumpa doktor kerana penyakit


remeh seperti selesema, suatu yang membuang masa?
Soal selidik Keras hati/lembut hati

Bil Soalan Ya Tidak


1 Adakah anda menetapkan aspirasi pada peringkat rendah
untuk mengelakkan daripada kecewa?

2 Jika seseorang melakukan sesuatu yang buruk kepada anda,


adakah anda akan melakukan Sesutu kembali kepadanya?

3 Adakah anda merasa marah bila seseorang ahli politik tertentu


mengatakan sesuatu dalam akhbar?

4 Adakah anda kerap menyoal moral dan tingkah laku sendiri?

5 Adakah anda meminati lakonan ganas dan seksaan dalam


filem?

6 Adakah anda melakukan sesuatu kerja yang agak merbahaya


untuk mendapatkan keseronokan?

7 Adakah anda hilang minat kerana jenaka yang agak kasar dan
tidak beradab?

8 Adakah anda merasa marah sek,iranya seseorang itu tidak


mengakui kesalahannya?

9 Adakah anda bersungguh-sungguh ingin membantu sesorang


yang mengalami masalah emosi?

10 Adakah anda merasa sukar untuk mengelak daripada


memegang binatang kecil dan berbulu?
Skor:

Soal selidik Introvert/Ekstrovert dan hubungan dengan kesihatan

Satu mata bila anda menjawab ‘ya’ bagi soalan 1, 3, 4, 8 dan 9; manakala satu mata juga
bagi jawapan ‘tidak’ bagi soalan 2, 5, 6, 7 dan 10. Skor 8-10 bermakna personality anda
adalah ‘outgoing’, bersosial, aktif dan impulsif atau ekstrovert. Jika skor 3-7 anda adalah
introvert. Jika skor 1-2, anda adalah menyepi, mengawal diri, priharin dan
bertanggungjawab atau introvert klasik. Personaliti ekstrovert biasanya mempunyai ciri
berikut:

• Suka aktiviti,
• Bersosial
• Berani mengambil risiko
• Mengikut gerak hati
• Penuh perasaan
• Kurang refleksi dan;
• Kurang bertanggungjawab

Mereka yang ekstrovert perlukan gaya hidup yang lebih seimbang dan sederhana. Mereka
perlukan cukup tidur dan makanan sihat. Mereka berkemungkinan minum alcohol dan
menghadiri jamuan berlebihan.

Personaliti introvert sebaliknya mempunyai cirri yang bertentangan dengan ekstrovert.

• Mereka lebih berhati-hati dan reflektif


• Boleh dipercayai
• Tabah dan;
• Berusaha sendirian

Mereka pada umumnya merasa malu dan kurang bersosial. Mereka perlukan khidmat
kaunseling untuk mengurangkan rasa malu yang berlebihan. Mereka yang tinggal
bersendirian perlu mengambil berat mengenai keperluan fizikal dan emosional
terutamanya dengan mengekalkan hubungan dengan keluarga dan rakan.
Soal selidik Emosional/Stabil dan kaitannya dengan kesihatan

Satu mata bila anda menjawab ‘ya’ bagi soalan 1, 2, 6, 7 dan 9; manakala satu mata bagi
jawapan ‘tidak’ bagi soalan 3, 4, 5, 8 dan 10. Skor antara 8-10 bermakna anda sangat
emosional, merasa bimbang dan menakutkan. Skor 3-7 menunjukkan anda sederhana
emosional, lebih seimbang tetapi masih resah. Skor 1-2 bermakna anda sekali sekala stabil,
berkeyakinan, merasa selamat dan tidak mudah terganggu.

Emosi yang stabil disenangi orang lain. Mereka yang emosional biasanya lebih mudah
tertarik kepada sesuatu, kreatif, artistik dan lebih bersimpati kepada orang lain berbanding
mereka yang stabil. Mereka yang tidak stabil emosinya mempunyai harga diri yang rendah,
tertekan, bimbang, kurang autonomi, hypochondria dan terasa bersalah.

Mereka yang terlalu emosional kerap kali mengalami tekanan atau fobia. Terapi kognitif
tingkah laku boleh membantu kesihatan fizikal dan mental mereka. Meningkatkan harga
diri melalui teknik pemikiran positif dan belajar mengatasi kebimbangan boleh menjadikan
hidup mereka lebih sihat dan gembira. Mereka yang emosinya stabil tidak bertindak
berlebihan terhadap sesuatu dan lebih dipercayai orang lain. Mereka perlu sedar bahawa
tidak semua orang tenang dan seimbang emosinya.

Soal selidik Keras hati/Lembut hati

Satu mata bil;a anda menjawab ‘ya’ bagi soalan 2, 3, 5, 6 dan 8; manakala satu mata bagi
jawapan ‘tidak’ bagi soalan 1, 4, 7, 9 dan 10. Skor 8-10 bermakna anda mempunyai cirri
keras hati seperti tegas, agresif, bercita-cita tinggi dan meminati sensasi. Skor 3-7
menunjukkan keras hati anda adalah sederhana. Skor 1-2 bermakna anda mempunyai cirri
sangat lembut hati seperti pemurah, prihatin dan memahami orang lain.

Sifat kersa hati yang berlebihan menunjukkan anda perlu khidmat kaunseling untuk
mengawal marah dan mengurangkan tingkah laku yang berisiko. Pada puratanya lelaki
biasanya lebih keras hati berbanding perempuan. Mereka yang lembut hati biasanya
disenangi oleh rakan mereka yang kadang-kadang mengambil kesempatan kerana sifat ini.
Mereka yang lembut hati biasanya lebih cenderung mengalami depresi bila sesuatu tidak
kena atau jangkaanya meleset. Mereka ini perlu meningkatkan keprihatinan terhadap diri
mereka lebih daripada orang lain.