Anda di halaman 1dari 2

Bahagian B

[ 100 markah ]
( Masa dicadangkan : 1 jam 30 minit )
Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350
patah perkataan.
1. Sekolah anda akan mengajurkan minggu kebersihan dan keceriaan. Berikan pendapat anda
tentang program-program yang perlu dijalankan sepanjang minggu tersebut.
2. Slogan membaca jambatan ilmu menunjukkan bahawa budaya membaca akan melahirkan
masyarakat yang berilmu dan mendatangkan faedah yang besar kepada negara. Huraikan
peranan yang dimainkan oleh ibu bapa untuk memupuk budaya membaca dalam kalangan
keluarga.
3. Malaysia berpotensi mejadi destinasi pelancongan utama di rantau ini. Bincangkan sumbangan
sektor pelancongan kepada negara Malaysia.
4. Kejadian bencana alam sering melanda negara-negara di rantau ini. Sebagai tindakan berjaga-jaga,
Malaysia telah mengambil langkah-langkah untuk bekerjasama dengan negara serantau bagi
menghadapi pelbagai faedah kepada negara dan rakyat. Tulis sebuah rencana anda
selengkapnya.
5. Ramai pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sering menghadapi masalah untuk
melanjutkan pelajaran kerana tidak mendapat pendedahan yang secukupnya tentang perkara
tersebut. Bincangkan peluang-peluang melanjutkan pelajaran dalam kalangan pelajar lepasan
SPM tersebut.
6. Keluarga bahagia merupakan salah satu teras menjamin kesejahteraan dan kemakmuran negara.
Ulaskan pernyataan tersebut.
7. Dunia sekarang ini diancam pelbagai penyakit . Pada pandangan anda, apakah langkah-langkah
yang perlu diambil oleh para pemimpin negara di dunia untuk menangani kes ini?
8. Kenaikan harga barangan keperluan harian telah menyebabkan ahli keluarga melakukan pelbagai
usaha untuk menjimatkan perbelanjaan. Huraikan usaha-usaha tersebut.
9. Makanan segera dan makanan ringan seperti burger, mi segera dan kentang goreng telah menjadi
pilihan masyarakat sekarang. Ulaskan pernyataan tersebut.
10. Kemasukan warganegara asing ke sesebuah negara telah meninggalkan pelbagai kesan. Jelaskan
kesan-kesan kemasukan warganegara asing ke negara tersebut.
11. Amalan berjimat cermat amat dituntut dalam kehidupan seharian. Sebagai pelajar, bincangkan
cara-cara anda mengamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian.
12. Kebelakangan ini, masyaraka serinng digemparkan oleh berita yang melibatkan kehilangan,
penculikan dan pembunuhan kanak-kanak. Sehubungan denga itu, keluarga perlu memainkan
peranan dalam memastikan keselamatan anak-anak terjamin. Huraikan peranan ahli keluarga
dalam keselamatan anak-anak.
13. Krisis kekurangan makan yang berlaku di rantau ini dapat ditangani secara berkesan memalui
kerjasama antara negara serantau. Bincangkan kerjasama yang dapat dilakukan oleh Malaysia
dengan negara-negara jiran untuk menangani krisis tersebut.
14. Dunia remaja sering terdedah dengan pelbagai gejala sosial. Bincangkan langkah-langkah yang
dapat dilakukan oleh anda untuk menggelakkan diri daripada terlibat dalam gejala sosial.
15. Ibu bapa berperanan membentuk akhlak dan merupakan menentu kejayaan akademik anak-anak.
Berikan pendapat anda tentang pernyataan diatas.
16. Kenaikan paras air laut, kejadian banjir besar dan kemarau yang berpanjangan merupakan
bencana alam yang berlaku hampir di seluruh dunia akibat perubahan iklim. Jelaskan tindakan
masyarakat dunia dalam menghadapi bencana alam tersebut.
17. Guru ibarat lilin yang sanggup membakar diri demi menerangi kegelapan orang lain. Begitulah
ungkapan yang sering dilaung-laungkan oleh masyarakat kita pada hari ini. Huraikan peranan
anda untuk membalas jasa guru.
18. Sebagai seorang pegawai di Jabatan Penerangan Daerah, anda telah diundang untuk
menyampaikan ceramah kepada warga sekolah di daerah anda.Tajuk ceramah itu ialah Semangat
Kejiranan Pemangkin Rakyat Sejahtera. Tulis ceramah anda itu selengkapnya.

19. Kebanyakan negara di dunia telah menjalankan pelbagai program pertukaran pelajar. Huraikan
faedah-faedah menyertai program tersebut.
20. Rumah terbuka sudah menjadi satu kebiasaan bagi rakyat Malaysia apabila menyambut sesuatu
perayaan. Pada musim perayaan yang lalu, anda berkesempatan mengunjungi rumah terbuka jiran
anda yang berlainan bangsa. Ceritakan pengalaman dan faedah yang anda peroleh ketika
menghadiri rumah terbuka tersebut.
21. Kebanyakan anak remaja hari ini tidak suka membantu ibu bapa di rumah. Huraikan peranan
yang perlu dimainkan oleh ibu bapa untuk memperkasakan budaya tolong-menolong dalam
kalangan ahli keluarga.
22. Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan Sambutan Hari Polis di
tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah Membanteras Jenayah Tanggungjawab Bersama. Tulis
esei anda selengkapnya.
23. Ketidakstabilan politik di sesebuah negara menimbulkan kesan negatif kepada masyarakat dunia.
Bincangkan.
24. Rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai kaum kaya dengan budaya warisan. Walau
bagaimanapun generasi muda masa kini kurang menghargai budaya warisan bangsa mereka
sendiri. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan keadaan ini berlaku.
25. Setiap murid perlu menghormati dan menghargai jasa guru di sekolah. Huraikan pendapat anda
dalam usaha menghargai jasa guru di sekolah.
26. Andaikan anda seorang pemberita. Anda ditugaskan mewawancara seorang pegawai Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia tentang usaha menangani gejala rasuah dalam kalangan
masyarakat. Tuliskan wawancara tersebut selengkapnya.
27. Malaysia sentiasa mengadakan hubungan antarabangsa dengan ngara-negara luar dalam pelbagai
bidang. Usaha ini sememangnya mendatangkan impak yang baik ke arah pembangunan negara.
Huraikan faedah yang diperoleh negara-negara di dunia melalui kerjasama ekonomi
serantau.
28. Perbaduan yang mantap antara kaum merupakan kunci utama kejayaan Negara kita dalm pelbagai
bidang. Menyedari hakikat itu, maka pelbagai usaha perlu dilakukan bagi merealisasikan perpaduan
kaum di Negara kita. Sarankan uasaha-usaha yang perlu dilakukan untuk memupuk
perpaduan kaum dalam kalangan rakyat Malaysia.
29. Generasi remaja hari ini didapati kurang berminat untuk menyertai aktiviti-aktiviti serta program
keagamaan dan kemasyarakatan. Fenomena ini dikaitkan dengan kewujudan teknologi komunikasi.
Tuliskan satu rencana yang lengkap bertajuk Mendekatkan Remaja dengan Program
Keagamaan dan Kemasyarakatan melalui Teknologi Komunikasi.
30. Akhir-akhir ini isu kebanjiran buruh asing yang datang bekerja tanpa permit semakin serius
dibincangkan kerana telah mengundang banyak masalah terutama yang melibatkan kegiatan
jenayah. Pelbagai langkah dilakukan oleh kerajaan untuk menyekat kebanjiran kumpulan ini, namun
banyak kekangan yang dihadapi. Huraikan kekangan-kekangan yang dihadapi oleh pihak
kerajaan untuk mengatasi masalah tersebut serta langkah-langkah untuk mengatasinya.
31. Warga tua merupakan golongan yang perlu dihormati oleh generasi muda masa ini. Huraikan
peranan ibu bapa untuk memupuk sikap menghormati warga tua dalam kalangan anak-anak.
32. Barangan buatan tempatan seperti makanan, pakaian dan perkakas rumah menjadi pilihan rakyat
Malaysia. Tulis sebuah rencana tentang keistimewaan barangan buatan tempatan kepada
pengguna.

Anda mungkin juga menyukai