Anda di halaman 1dari 56

Pendahuluan

Sukatan pelajaran ialah dokumen yang penting bagi seseorang guru profesional. Untuk
mengajar secara berkesan, guru profesional harus memiliki, memahami, menguasai dan
menghayati kandungan sukatan pelajaran, selain memperlengkap diri dengan persiapan lain
seperti pengetahuan dan kemahiran tentang ilmu atau subject matter, yang ingin diajarkan
(Bahasa Melayu, Matematik, Sejarah misalnya), serta ilmu dan kemahiran pengurusan
pendidikan dan pedagogi. Kurikulum serta sukatan pelajaran juga berada dalam keadaan
dinamik, digubal dan disemak sebelum dilaksanakan. Sehubungan dengan itu, dalam tempoh
profesion, seseorang guru mungkin berhadapan dengan perubahan dan semakan kurikulum
dan sukatan, dan dengan itu, perlu ada kesediaan guru profesional untuk bersifat peka,
menganalisis perubahan kandungan sukatan, seterusnya membuat pengubahsuaian
berdasarkan perubahan tersebut. Dinamika dan keupayaan membuat modifikasi ini adalah
sebahagian inti pati profesionalisme guru. Berasaskan pemahaman dan analisis ten tang
organisasi dan kandungan kurikulum dan sukatan ini, guru merangka dan menyediakan
rancangan tahunan dan harian pengajaran mereka dari segi kemahiran dan hasil
pembelajaran, strategi pengajaran dan pengurusan sumber dan bahan pengajaran.
Definisi Sukatan Pelajaran
Sukatan pelajaran ialah dokumen yang menyatakan kandungan yang perlu diajar bagi suatu
mata pelajaran tertentu pada tahap tertentu. Sukatan pelajaran dibina berdasarkan
kurikulum, dan mengandungi topik, obejktif, kemahiran dan penerangan tentang cara
penilaian (www.edsnet.na/ Resources/TBCM/TBCM l/Glossary M 1.htm).
Amalan kurikulum berbeza-beza dari sebuah negara dengan negara yang lain. Dalam amalan
kurikulum di Malaysia, kurikulum dan sukatan pelajaran bersifat berpusat, diselaraskan oleh
Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, yang merangkum
pendidikan prasekolah, rendah dan menengah. Terdapat dua dokumen penting yang saling
melengkapi yang dibangunkan, iaitu sukatan pelajaran dan huraian sukatan pelajaran.
Sukatan pelajaran
Sukatan pelajaran, sebagai dokumen induk, mewakili keperluan kurikulum bagi satu
peringkat persekolahan. Oleh itu, ada dua sukatan pelajaran Bahasa Melayu yang dibina di
PPK iaitu sukatan pelajaran sekolah rendah dan sukatan pelajaran sekolah menengah.

Sukatan pelajaran sekolah rendah merangkurni Tahap Satu dan Tahap Dua, disediakan bagi
mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah kebangsaan, sekolah jenis kebangsaan Cina dan
Tamil, dan Kelas Peralihan. Sukatan pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah merangkumi
pelajaran Bahasa Melayu menengah rendah (tingkatan satu hingga tingkatan tiga), dan
menengah atas (tingkatan empat dan tingkatan lima).
Huraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaran ialah dokumen kurikulum sokongan yang memperincikan
kandungan sukatan pelajaran. Huraian sukatan pelajaran disediakan bagi setiap tahun
pembelajaran, dan dibezakan antara HSP SK dan SJK.
Organisasi Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Kandungan Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah dimuatkan dalam dokumen sukatan
pelajaran dan huraian sukatan pelajaran. Organisasi kandungan kurikulum, sukatan pelajaran
dan huraian sukatan pelajaran merujuk kerangka utama dokumen berkenaan, setiap satu,
dengan kerangka yang tertentu. Organisasi Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah
adalah seperti yang berikut:
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah diorganisasikan seperti berikut:
1. Matlamat dan Objektif Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah
2. Organisasi Kandungan Kurikulum (konsep utama dalam kurikulum):
a. Penggunaan Bahasa
b. Kemahiran Bahasa
c. Hasil Pembelajaran
d. Sistem Bahasa
e. Pengisian Kurikulum
3. Hasil Pembelajaran (senarai hasil pembelajaran bagi ketigatiga bidang penggunaan
bahasa)
4. Sistem Bahasa (penerangan lanjut)
5. Pengisian Kurikulum (penerangan lanjut)
Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Terdapat lima buah buku Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah yang
disediakan, iaitu sebuah khusus bagi setiap tingkatan satu hingga tingkatan lima. Kelimalimanya berbeza dari dua segi, iaitu:
1. Objektif pendidikan Bahasa Melayu bagi setiap tingkatan
2. Huraian hasil pembelajaran
3. Catatan dan cadangan aktiviti dan sumber (sejajar dengan pemyataan huraian hasil
pembelajaran)
Organisasi Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah adalah seperti
yang berikut:
1. Matlamat, Objektif Pendidikan Bahasa Melayu Sekolah Menengah, dan Objektif
Pendidikan 2. Bahasa Melayu Sekolah Menengah mengikut tingkatan
2. Organisasi Kandungan Kurikulum (konsep utama dalam kurikulum)
a. Penggunaan Bahasa
b. Kemahiran Bahasa
c. Hasil Pembelajaran
d. Sistem Bahasa
e. Komponen Kesusasteraan Melayu
f. Pengisian Kurikulum
3. Penerangan tentang Huraian Sukatan Pelajaran Hasil Pembelajaran
a. Hasil Pembelajaran (Utama dan Khusus)
b. Huraian Hasil Pembelajaran
c. Cadangan Aktiviti/Nota
4. Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
5. Sistem Bahasa (penerangan lanjut)
6. Pengisian Kurikulum (penerangan lanjut)
7. Hasil Pembelajaran (kandungan). Bahagian ini dipersembahkan dalam tiga lajur, iaitu hasil
pembelajaran utama dan khusus dalam lajur 1, huraian hasil pembelajaran dalam lajur 2, dan
catatan dan nota dalam lajur 3.
Matlamat dan Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah

Matlamat kurikulum sdalah tujuan umum atau hasrat yang ingin dicapai melalui pendidikan,
misalnya pendidikan Bahasa Melayu. Terdapat perbezaan kecil antara matlamat pendidikan
bahasa Melayu bagi sekolah rendah dengan sekolah menengah. Matlamat kurikulum Bahasa
Melayu sekolah menengah adalah untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa
dan berkomunikasi bagi memenuhi keperluan diri dalam urusan harian, pendidikan dan
pekerjaan.
Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Objektif Kurikulum Bahasa Melayu Sekolah Menengah digariskan daripada matlamat yang
dinyatakan di atas. Objektif pendidikan Bahasa Melayu sekolah rendah berbeza daripada
objektif pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah. Objektif yang dicapai pada akhir
pendidikan bahasa Melayu sekolah menengah adalah:
1. Melibatkan diri dalam interaksi so sial melalui perbualan, perbincangan, dan penulisan
untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk mendapatkan barangan dan
perkhidmatan;
2. Mendapat dan memproses maklumat secara kritis daripada pelbagai sumber yang
didengar, dibaca, dan ditonton untuk memperoleh ilmu dan maklumat;
3. Menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah dan membuat
keputusan, serta menyebarkan maklumat dalam bentuk lisan dan tulisan;
4. Mendengar, membaca, menonton, dan memberikan respons kepada pelbagai bahan bacaan
jenis maklumat dan bahan sastera;
5. Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan penulisan jenis maklumat dan
imaginatif secara kreatif dan berkesan; dan
6. Menghayati dan mengamalkan nilai mumi, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan
cinta akan negara.
Selain daripada itu, terdapat juga objektif yang lebih khusus bagi setiap tahun
pembelajaran, iaitu tingkatan satu hingga tingkatan lima dinyatakan dalam dokumen huraian
sukatan pelajaran mengikut tahun. Perbezaan ini wujud dari segi skop, peluasan dan
kedalaman kemahiran. Objektif mengikut tingkatan ini berdasarkan objektif pendidikan
sekolah menengah tertera di atas. Di bawah ini diperturunkan objektif pendidikan Bahasa
Melayu Tingkatan Tiga:

1. Berbicara tentang hal peribadi, keluarga, jiran, isu semasa, perkembangan serantau dan
antarabangsa dengan menggunakan bahasa yang santun.
2. Berurus untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan dengan melaksanakan aktiviti
yang lazim dalam transaksi.
3. Memberikan penjelasan, alasan dan contoh untuk mempengaruhi pihak lain dalam suasana
perbincangan dan perundingan yang harmoni.
4. Membaca bahan sastera dan ilmu dengan menggunakan teknik bacaan yang berkesan
untuk tujuan mendapatkan keseronokan dan menganalisis kekuatan dan kelemahan sesuatu
karya.
5. Merujuk pelbagai sumber, memperluas dan menganalisis maklumat bagi tujuan
penyelidikan. 6. Menyampaikan maklumat dengan menggunakan cara, bentuk dan gaya
penyampaian yang efektif.
7. Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif yang menggunakan bahasa yang
gramatis dan teknik penulisan yang menarik.
8. Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan perasaan
cinta akan negara yang terdapat dalam bahan yang dipelajari dan yang diperoleh melalui
pengalaman pembelajaran di bilik darjah.
Penggunaan Bahasa
Untuk Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah, pengetahuan dan kemahiran
yang ingin disuntik kepada pelajar ialah keterampilan menggunakan bahasa Melayu bagi
memenuhi keperluan harian, pengembangan ilmu pengetahuan bagi pembelajaran seumur
hayat, serta tuntutan kerjaya. Berasaskan matlamat tersebut, kandungan kurikulum Bahasa
Melayu dijuruskan kepada tiga bidang penggunaan bahasa iaitu:
1. Bidang interpersonal: memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa dalam konteks
mengekalkan hubungan dan interaksi sosiallain seperti memberikan pendapat, rundingan,
membuat pertimbangan, memujuk dan transaksi.
2. Bidang maklumat: memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa dalam konteks
memperoleh, memproses dan menyampaikan pelbagai maklumat dalam pelbagai disiplin.
3. Bidang estetik: memfokuskan keupayaan penggunaan bahasa bagi apresiasi keindahan
bahasa pelbagai karya penulisan dan penghasilan genre penulisan.
Kurikulum pendidikan Bahasa Melayu sekolah menengah yang berasaskan penggunaan bahasa

merupakan urutan yang logik daripada penekanan pada kemahiran bahasa pada peringkat
sekolah rendah kepada aspek fungsian bahasa Melayu dalam pelbagai konteks kebahasaan
sebenar pada peringkat menengah. Kemahiran bahasa dan kecekapan berbahasa (dijelmakan
dalam pernyataan hasil pembelajaran) yang perlu dikuasai oleh murid menengah mencakup
keperluan fungsi ketiga-tiga bidang penggunaan bahasa tersebut. Harus diingat bahawa
bidang penggunaan bahasa tidak mewakili kemahiran bahasa tertentu. Anggapan bahawa
bidang interpersonal mewakili kemahiran mendengar dan bertutur, manakala bidang
maklumat mewakili kemahiran membaca, dan bidang estetik mewakili kemahiran menulis
adalah tidak tepat sama sekali. Setiap hasil pembelajaran dalam bidang penggunaan bahasa
boleh menjurus kepada kemahiran dan aktiviti mendengar, bertutur, membaca dan atau
menulis. HPK 2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti boleh merujuk
dua kemahiran bahasa, iaitu kemahiran bertutur dan menulis.
Hasil Pembelajaran
Hasil pembelajaran adalah set kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapai oleh
murid melalui proses pembelajaran bahasa (Melayu). Ini sejajar dengan pandangan Skinner
(1992) bahawa pembelajaran ialah proses perubahan tingkah laku melalui pengalaman
pembelajaran pengetahuan, kemahiran dan sikap dapat dibentuk. Hasil pembelajaran dibina
mengikut bidang penggunaan bahasa (interpersonal, maklumat atau estetik). Pernyataan
hasil pembelajaran berteraskan kemahiran bahasa dan disepadukan satu atau lebih perkara
berikut, iaitu sistem bahasa, komponen sastera dan elemen pengisisan kurikulum. Te1iti
hasil pembelajaran berikut:
1.4 Menyampaikan maksud yang tersurat dan tersirat berdasarkan bahan yang dikemukakan
dengan menggunakan ungkapan yang sesuai
a. Mentafsir maksud tersurat/tersirat ialah unsur kemahiran berfikir, menganalisis dan
kecerdasan verbal-linguistik, iaitu satu daripada elemen pengisian kurikulum
b. Merujuk sistem bahasa iaitu kosa kata
c. Maksud rangkai kata/petikan yang ditafsir mungkin daripada bahan komponen sastera.
Hasil pembelajaran terbahagi dua: hasil pembelajaran utama dan hasil pembelajaran khusus.
5.1 Hasil Pembelajaran Utama (HPU)

Hasil pembelajaran utama bagi setiap bidang penggunaan bahasa adalah seperti yang
berikut:
Bidang Interpersonal
1.0 Berinteraksi untuk menjalin dan mempererat hubungan mesra
2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan
3.0 Berunding secara santun untuk mendapat persetujuan dan kata sepakat
4.0 Membuat pertimbangan untuk mencapai keputusan
5.0 Memujuk untuk mempengaruhi pihak lain melakukan sesuatu
6.0 Berurus dengan pihak tertentu untuk mendapatkan barangan dan perkhidmatan
Bidang Maklumat
7.0 Mendapat maklumat daripada pelbagai sumber yang didengar, dibaca dan ditonton
8.0 Memproses maklumat untuk keperluan tertentu
9.0 Menyampaikan maklumat untuk tujuan tertentu
Bidang Estetik
10.0 Memaharni dan memberikan respons peribadi tentang karya sastera
11.0 Menguasai gaya bahasa dan laras bahasa dalam penulisan kreatif dan bukan kreatif
12.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
5.1 Hasil Pembelajaran Khusus (HPK)
Hasil pembelajaran utama yang tersenarai di atas masih bersifat umum. Oleh itu, setiap
hasil pembelajaran utama mengandungi set hasil pembelajaran khusus yang perlu dicapai
untuk memastikan hasil pembelajaran utama telah dikuasai o1eh pelajar. Contohnya,
terdapat lima HPK 2.1,2.2,2.3,2.4 dan 2.5 perlu dikuasai murid untuk mencapai HPU 2.0
2.0 Memberikan pendapat yang bernas sebagai sumbangan dalam perbincangan
2.1 Mencetuskan idea bemas dan teliti semasa memberikan pendapat dalam perbincangan.
2.2 Menghuraikan idea bemas secara kritis dan rapi.

2.3 Memperkuat hujah dengan menggunakan contoh dan bukti.


2.4 Mengemukakan cadangan yang membina untuk membantu dalam membuat penyelesaian.
2.5 Berbincang dan membuat penje1asan secara spontan tentang sesuatu perkara terhadap
isu yang dikemukakan.
Berdasarkan taksonomi Bloom, iaitu konsep daripada yang mudah daripada mudah kepada
yang sukar, HPK 2.1 ialah HP yang relatifnya mudah berbanding 2.2, dan HPK 2.5 ialah HP
yang paling sukar bagi HPU 2.0.
Hasil pembelajaran utama (HPU), hasil pembelajaran khusus (HPK), hinggalah kepada
pernyataan yang lebih spesifik iaitu huraian hasil pembelajaran (HHP) mempunyai implikasi
pedagoginya. Dalam konteks pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran hasil pembelajaran:
petunjuk kepada kemahiran dan kecekapan berbahasa yang perlu dicapai
membantu guru memilih kandungan, kaedah, sumber dan tatacara pengajaran serta penilaian
yang relevan dan berkesan
Pernyataan Huraian Hasil Pembelajaran (HHP)
Suatu perkara dalam kandungan huraian sukatan pelajaran yang perlu dianalisis dan
difahami oleh guru ialah huraian hasil pembelajaran. Bagi tujuan yang lebih spesifIk untuk
memenuhi keperluan pedagogi di bilik daIjah, setiap hasil pembelajaran khusus diperincikan
mengikut tahap kesukaran isi pelajaran dan tahap pembelajaran dan pre stasi pelajar.
Perincian ini terkandung huraian hasil pembelajaran yang juga disebut pemyataan aras
pembelajaran; sarna ada aras as as [Aras I], aras sederhana [Aras 2], atau aras cemerlang
[Aras 3]. Pemyataan aras pembelajaran dibina berdasarkan pemyataan HPK. Oleh sebab
tidak semua pemyataan aras ada bagi semua HPK bagi ketiga-tiga aras, maka guru hams
berupaya mengesan HPK bagi pernyataan aras tersebut. Di bawah ini diperturunkan huraian
hasil pembelajaran dari aras 1,2 dan 3 bagi HPU 1.0 Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Tingkatan Tiga, dan sila teliti pertalian antara HPK dan HHP.
Aras 1
1. Berbual, menambah dan menyambung bicara ten tang masyarakat dengan menggunakan
ungkapan yang sesuai dan ayat yang gramatis. (HPK 1.1)

2. Mendengar pemyataan dengan aktif dan menghubungkaitkannya dengan kejadian atau


peristiwa yang dibaca, didengar, dan didalami sebagai respons. (HPK 1.2)
3. Mengisahkan dan menceritakan semula sesuatu perkara dengan teratur dan menarik
perhatian. (HPK 1.3)
4. Menyatakan pandangan dengan menghuraikan maksud tersurat dan tersirat daripada
pelbagai sumber (HPK 1.3)
5. Mengemukakan soalan dalam bentuk ayat tanya tanpa kata tanya dan menggunakan soalan
pengikat untuk mengundang respons (HPK 1.4) VI.
6. Menolak pandangan seseorang dengan memberikan penjelasan yang sopan (HPK 1.5)
7. Memberikan penjelasan tentang maksud dan kedudukan sebenar secara sopan.
Aras 2
1. Mengutarakan soalan bertumpu dan bercapah serta memberikan jawapan yang tepat
dalam perbincangan (HPK 1.4)
2. Menghujah secara sop an tentang pemyataan atau isu yang bersifat sensitif dan berupa
tuduhan (HPK 1.5)
3. Menyatakan penghargaan, pengakuan, kecenderungan dan mendapatkan pertimbangan.
(HPK 1.6)
Aras 3
1. Menafikan pemyataan dan menolak tuduhan dengan mengemukakan hujah yang meyakinkan
tanpa menyentuh hal sensitif. (HPK 1.5)
2. Menyatakan kesediaan, keprihatinan, kekhuatiran tentang sesuatu, serta menegur
perlakuan yang tidak menyenangkan dengan menyisipkan peribahasa. (HPK 1.6)
Pemyataan dalam huraian hasil pembelajaran ialah pemyataan yang dipilih dan diukur oleh
guru dalam menyediakan rancangan pengajaran harian. Selain menggunakan kreativiti dan
pengalaman untuk merangka dan memikirkan aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi hasil

pembelajaran yang dipilih, guru digalakkan menggunakan cadangan aktiviti dalam lajur 3
HSP yang mengambil kira aspek pedagogi, strategi pengajaran dan pembelajaran serta
pengurusan sumber dan bahan bantu belajar.
Komponen Sastera dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah
Pembelajaran unsur sastera bagi murid-murid sekolah mula diberikan penekanan dalam
sukatan pelajaran Bahasa Melayu 1988 sebagai unsur sastera. Mulai tahun 2000
pembelajaran unsur sastera dimantapkan melalui pelaksanaan komponen sastera yang
dijelaskan dalam edisi penyesuaian Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu seta
penggunaan teks sastera wajib yang ditetapkan Kementerian Pendidikan Malaysia. Dalam
kurikulum Bahasa Melayu semakan pelaksanaan 2003, komponen sastera diteruskan. Dengan
semangat yang sarna dinyatakan dalam objektif pelaksanaan komponen sastera, iaitu:
1. Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera,
2. Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran
mendengar dan bertutur, membaca dan menulis.
Komponen sastera harus difahami dalam perspektif yang tepat, iaitu:
1. komponen sastera diperkenalkan bukan untuk mengajarkan sastera per se, dalam kelas
Bahasa Melayu.
2. komponen sastera merupakan medium atau wahana untuk mencapai matlamat pendidikan
bahasa Melayu iaitu keterampilan berbahasa Melayu, dengan itu mengukuhkan kemahiran
bahasa (mendengar, bertutur, membaca dan menulis) serta penguasaan sistem bahasa
(tatabahasa, kosa kata dan sebagainya) murid.
Aspek sastera seperti tema persoalan gaya bahasa, plot, pengajaran, dan sebagainya
diperkenalkan tetapi tidak begitu terperinci seperti kandungan pedidikan Kesusasteraan
Melayu elektif.
Dengan ini, komponen sastera dalam konteks sukatan semakan terjelma dalam dua bentuk:

Sebagai HPU dari HPK, khususnya HPU 10.0 memahami dan memberikan respons peribadi
tentang karya sastera
Teks atau karya sebagai bahan bantu dalam pengajaran dan pembelajaran, bukan sahaja
untuk mencapai HPU 10.0, tetapijuga boleh digunakan untuk mencapai hasil pembelajaran
dengan HPU yang lain termasuk bidang interpersonal dan maklumat
Teks komponen sastera boleh digunakan sebagai bahan untuk mengajarkan tatabahasa dan
mengembangkan kosa kata murid.
Pengajaran menggunakan teks sastera dapat merealisasikan manamana kemahiran bemilai
tambah yang sesuai sarna ada kemahiran berfIkir, teknologi maklumat dan komunikasi,
belajar cara belajar, kajian mas a depan, kontekstual, konstruktivisme atau kecerdasan
pelbagai.
Berdasarkan pemahaman ini, kekeliruan dapat dielakkan dan guru dapat merancang strategi
pengajaran yang berkesan untuk mencapai hasil pembelajaran serta menepati objektif
sebenar komponen sastera.
Pengisisan Kurikulum
Selain kemahiran dan kecekapan yang khusus diperoleh daripada pengajaran dan
pembelajaran Bahasa Melayu, kurikulum semakan menggariskan pengetahuan, kemahiran
serta sikap dan nilai yang hams dimiliki oleh murid yang dididik. Hasrat ini dinyatakan dalam
pengisian kurikulum. Terdapat beberapa pernyataan hasil pembelajaran secara tersurat
memperlihatkan penekanan elemen pengisisan kurikulum yang khusus. Walau bagaimanapun,
sekiranya mana-mana elemen tersebut tidak dinyatakan dalam pernyataan HP, penyerapan
pengetahuan, kemahiran serta sikap dan nilai perlu dirancang dan dilaksanakan dalam
pengajaran dan pembelajaran. Terdapat lima elemen dalam pengisian kurikulum iaitu:
Ilmu - pengintegrasian isi atau kemahiran khusus mata pelajaran dan disiplin lain dalam
pendidikan Bahasa Melayu
Nilai - penyerapan 17 nilai murni yang as as atau subnilai merentas kurikulum
Kewarganegaraan - tuntutan meningkatkan patriotisme mood kepada negara.
Peraturan sosiobudaya - pendidikan berteraskan falsafah dan keperibadian masyarakat
Malaysia

Kemahiran bernilai tambah - kemahiran generik yang dibina melalui kemahiran dan
pendekatan dan gaya pembelajaran berikut: a. Kemahiran berfikir b. Kemahiran teknologi c.
Maklumat dan komunikasi Kemahiran belajar cara belajar d. Kajian masa depan e.
Kecerdasan pelbagai f. Pembelajaran konstruktivisme g. Pembelajaran kontekstualisme
Bagi menyerapkan elemen di atas dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran secara
berkesan, pertimbangan pedagogi perlu dibuat bagi menyesuaikan hasil pembelajaran
dengan mana-mana elemen tersebut.
Strategi pengajaran dan pembelajaran
Analisis dan pemahaman kandungan sukatan pelajaran perlu disusuli praktis yang berkesan.
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu menggariskan strategi pengajaran dan
pembelajaran berikut yang perlu diamalkan dan dilaksanakan:
1. Pengajaran dan pembelajaran berpusatkan murid dengan menggalakkan interaksi dan
penguasaan kemahiran meIaIui pengalaman sendiri serta memberi peluang untuk maju
mengikut kadar keupayaan mereka sendiri.
2. Pendekatan masteri untuk memastikan murid menguasai isi pelajar dan kemahiran,
meIaIui pengubahsuaian teknik mengikut tahap kebolehan murid dan penilaian formatif
yang jitu dan berterusan serta tindakan susulan yang sesuai.
3. Kepelbagaian pendekatan, kaedah serta teknik pengajaran dan pembelajaran yang sesuai
dengan hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan kebolehan murid serta keberkesanan
pengolahannya.
4. Kepelbagaian sumber dan bahan seperti akhbar, majaIah, kamus, bahan daripada
internet, perisian kursus, bahan sastera dan bukan sastera, bahan pelbagai disipIin, bacaan
luas serta penggunaan pusat sumber dan komputer.
5. Penggunaan tatabahasa yang tepat melalui pengajaran terancang, penggunaan aspek
tatabahasa dalam pelbagai konteks dan kegiatan bahasa yang bermakna. Tatabahasa Dewan
dijadikan pegangan utama.

6. Pengajaran dan pembelajaran bertema meliputi bidang iImu, hal persendirian dan
kemasyarakatan serta isu semasa dirancang supaya hasil pembelajaran, kemahiran bahasa,
pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata disepadukan dan dikukuhkan.
7. Bacaan luas dijalankan dengan menggunakan bahan ilmiah dan bahan sastera untuk
meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca.
8. Penggabungjalinan antara dua atau Iebih kemahiran bahasa, serta hasil pembelajaran
dengan sistem bahasa. Bagi tujuan ini, guru harus mengenal pasti sekurang-kurangnya dua
hasil pembelajaran bagi setiap waktu pengajaran dengan satu daripadanya sebagai fokus
utarna, dan selebihnya fokus sampingan. Penggabungjalinan tatabahasa dan kosa kata perlu
dilaksanakan dalam setiap waktu pengajaran.
9. Penyerapan pelbagai bidang ilmu, nilai murni, kewarganegaraan, peraturan sosiobudaya
dan kemahiran bernilai tambah dalam pengajaran dan pembelajaran BM. Kemahiran bedikir
perlu diserapkan dalam setiap waktu pengajaran BM.
10. Pemulihan dibuat untuk membantu murid menguasai hasil pembelajaran yang belum
dicapai mengikut kadar kemampuan mood.
11. Penilaian formatif dan sumatif yang berterusan dijalankan untuk menentukan pencapaian
hasil pembelajaran dan objektif pengajaran dan pembelajaran, serta mengenal pasti
tindakan susulan yang perlu diambil misalnya aktiviti pemulihan atau pengayaan.
12. Pengayaan perlu diberikan bagi murid yang menguasai hasil pembelajaran lebih awal
daripada jangka masa yang ditetapkan melalui aktiviti atau tugasan yang lebih mencabar.
Kesimpulan
Semakan kurikulum menuntut guru menganalisis semula kandungan kurikulum, sukatan dan
huraian sukatan pelajaran supaya guru dapat melaksanakan tugas mengajar dengan
sebaiknya mengikut matlamat, objektif dan ketetapan yang dibuat. Setelah memaharni
kandungan sukatan pelajaran, tugas yang lebih berat ialah penyediaan rancangan pengajaran
tahunan dan harian, seterusnya pelaksanaan sebenar proses pengajaran dan pembelajaran di
bilik darjah. Di sinilah pengetahuan kurikulum, ilmu tentang bahasa (Melayu), strategi
pengajaran berkesan dan kecintaan kepada tugas mengajar dipersatukan bagi memastikan

muridlah yang pada akhirnya mendapat yang terbaik daripada pengajaran yang ditawarkan
oleh guru serta pengalaman pendidikan yang dilalui oleh murid.
1.2 Pendahuluan
Kurikulum Kebangsaan ialah suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum yang
merangkumi semua pengetahuan, kemahiran, norma, nilai unsur kebudayaan dan kepercayaan
untuk membantu perkembangan seseorang dengan sepenuhnya dari segi
jasmani, rohani, mental dan emosi serta untuk menanam dan mempertingkat nilai moral yang
diingini dan untuk menyampaikan pengetahuan.
Peraturan 3(1) P.U.(A) 531, Akta Pendidikan 1996
[Peraturan-peraturan Kurikulum Kebangsaan 1997]
Di ruangan kata pengantar Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (2000: v) Dato Seri Dr. Abdul Shukor Abdullah, Ketua Pengarah Pendidikan
Malaysia menyatakan bahawa kurikulum persekolahan kebangsaan mendukung hasrat mulia
negara bagi menyediakan pendidikan bertaraf dunia kepada generasi masa kini dan akan
datang. Penyemakan kurikulum bertujuan untuk memenuhi hasrat Akta Pendidikan 1996 dan
semangat Falsafah Pendidikan Kebangsaan , dan menyediakan murid untuk menghadapi
cabaran pendidikan pada abad ke-21.
Kurikulum yang disemak semula memberikan penekanan pada nilai murni dan semangat
patriotik untuk menyedarkan murid akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai
warganegara maju dan masyarakat berilmu. Murid dididik untuk berfikir, berilmu
pengetahuan luas, bertataetika tinggi, bijaksana, serta dapat menggunakan teknologi
maklumat dan komunikasi secara berkesan. Diharapkan kurikulum ini dapat melahirkan murid
yang berkeyakinan dan tabah mengatasi segala rintangan dan cabaran dalam kehidupan.
Bahasa Melayu ialah bahasa rasmi, bahasa pengantar utama, bahasa perpaduan, dan mata
pelajaran teras yang wajib dipelajari pada peringkat sekolah. Mata pelajaran bahasa Melayu
bertujuan untuk melengkapkan murid dengan ketrampilan berbahasa dan berkomunikasi
selaras dengan peranannya sebagai bahasa ilmu. Kandungan Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah merangkumi penggunaan bahasa yang
menekankan kemahiran bahasa serta berteraskan bahasa Melayu baku.
Pada 22 Jun 1999, Menteri Pendidikan mengumumkan bahawa semua pelajar sekolah
menengah aliran sains, sastera, teknik, vokasional dan agama diwajibkan mempelajari
kesusasteraan Melayu (lampiran 1) dan kesusasteraan Inggeris (lampiran 2). Bagi
memastikan semua pelajar sekolah menengah rendah dan atas mempelajari kesusasteraan,
maka penggunaan karya sastera diwajibkan sebagai komponen dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu dan bahasa Inggeris.
Sebelum komsas dilaksanakan, pelajar sudah didedahkan dengan unsur dan bahan sastera

dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa. Namun, keberkesanannya dalam aspek


penghayatan nilai tidak membanggakan. Hal ini demikian kerana pengajaran dan
pembelajaran menjurus kepada aspek input bahasa semata-mata. Aspek nilai estetik,
keindahan bahasa, dan sosiobudaya yang tergarap dalam karya yang digunakan itu tidak
diberikan tumpuan. Sebaliknya, melalui komsas, aspek-aspek tersebut diberikan penekanan
di samping untuk meningkatkan keupayaan pelajar berbahasa.
Tumpuan kepada pembelajaran bahasa sahaja tidak memadai kerana pelajar mungkin dapat
menguasai bahasa dengan baik dari aspek tatabahasa, tetapi dalam aspek keindahan bahasa,
diksi, daya intelek, daya kreatif dan seumpamanya dapat dikuasai melalui ilmu sastera. Atas
dasar itu, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah tidak memisahkan pengajaran dan
pembelajaran bahasa dan sastera.
1.3 Definisi Konsep
2.0 PERANCANGAN BAHASA: KOMPONEN SASTERA
2.1 Latar Belakang dan Sejarah Perancangan
Mesyuarat Jemaah Menteri Bil.4/99 bertarikh 24 Februari 1999 mencadangkan supaya
komponen kesusasteraan Melayu dimasukkan dalam mata pelajaran bahasa Melayu
Tingkatan 1 hingga 5. Gesaan ini telah diterima oleh Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) ,
Kementerian Pelajaran Malaysia dengan mencadangkan supaya kesusasteraan Melayu
diperkenalkan sebagai satu komponen wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu sekolah
menengah. Cadangan ini telah diluluskan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kurikulum Pusat
Bil.2/99 pada 11 Jun 1999. Komponen Sastera (komsas) dimasukkan dalam pengajaran
bahasa bagi mencapai matlamat pembinaan insan yang positif terhadap ilmu dalam
kehidupan.
Pelaksanaan komponen sastera dalam mata pelajaran bahasa Melayu di sekolah menengah
telah dilaksanakan secara berperingkat-peringkat mulai Mac 2000 bagi tingkatan 1 dan 4,
tahun 2001 untuk tingkatan 2 dan 5 serta tingkatan 3 pada tahun 2002. Ini merupakan
lanjutan daripada pendekatan menggunakan unsur-unsur sastera dan bahan-bahan sastera
yang diperkenalkan sejak tahun 1984.
2.2 Pihak Berkuasa Perancang
Pihak yang bertanggungjawab merancang penggunaan komponen sastera ialah Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sementara itu, unit yang
dipertanggunjawabkan dalam penerbitan dan pengedaran buku-buku teks tersebut ialah

Bahagian Buku Teks, dan disokong penerbitan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan penerbitpenerbit yang berdaftar dengan kementerian.
2.3 Bahan / Genre Komponen Sastera
Berdasarkan kepada ketetapan yang dinyatakan dalam surat pekeliling, iaitu;
2.3.1 Satu novel daripada 4 judul yang ditetapkan. Ini bermakna seorang pelajar hanya
wajib membaca dan mempelajari satu novel sahaja bagi setiap tingkatan
2.3.2 Satu teks antologi yang mengandungi 6 cerpen, 3 drama, 6 puisi moden(sajak), 6 puisi
tradisional, dan 4 prosa tradisional.
Senarai penuh teks-teks komponen sastera pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu
dalam Jadual 1 dan Jadual 2 di sebelah;

BIBLIOGRAFI
Abdullah Hassan. 1987. Isu-Isu Pembelajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka
Jurnal Kongres Bahasa http://www.kongresbahasa.org/?page_id=28 05 APRIL 2008
Kamus Dewan(Edisi Ketiga). 1996. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
N.S. Rajendran .2005. Kesusasteraan Sebagai Wahan Mengajar Kemahiran Berfikir Aras
Tinggi http://apps.emoe.gov.my/ipba/rdipba/cd1/Article85 (5 April 2008)
Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK). 2000. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu KBSM. Kuala
Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK). 2000. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
KBSM Tingkatan 1. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK). 2000. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
KBSM Tingkatan 2. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK). 2000. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu

KBSM Tingkatan 3. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia


Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK). 2000. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
KBSM Tingkatan 4. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia
Pusat Perkembangan Kurikulum(PPK). 2000. Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu
KBSM Tingkatan 5. Kuala Lumpur. Kementerian Pelajaran Malaysia
Samat Buang. 1996. Pendekatan, Kaedah dan Teknik dalam Pendidikan Bahasa Melayu
Menggunakan Bahan Sastera. Jurnal Dewan Bahasa 40: Bil.3 Mac halaman 205 221
Thahir Nurudin .2007. Kefahaman Guru Tentang Konsep Komponen Kesusasteraan Melayu
Dalam Mata pelajaran Bahasa Melayu http:/
/www. Sastera dalam KBSR Dalam objektif sukatan pelajaran: i. membaca pelbagai bahan
sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang sesuai dan
berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; ii. membaca
pelbagai bahan sastera dan bahan berunsur pengetahuan menggunakan teknik membaca yang
sesuai dan berkesan untuk memperoleh ilmu dan memproses maklumat secara kritis; iii.
mengenali dan menghasilkan pelbagai jenis penulisan kreatif dan berunsur pengetahuan
menggunakan kemahiran menulis serta proses penulisan yang sesuai dan betul; iv.
menghargai dan menghayati keindahan bahasa melalui karya sastera dan karya berunsur
ilmu; dan v. menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotisme ,
dan perasaan cinta akan negara. Hasil Pembelajaran Kemahiran Lisan 2. Bercerita dan
melaporkan sesuatu perkara yang didengar, ditonton, dibaca , atau dialami 2.1 Bercerita
menggunakan kata, frasa, ayat serta sebutan dan intonasi yang baik dan jelas. 2.2
Melaporkan sesuatu perkara dengan bahasa yang sesuai dan tepat 2.3 Membuat ramalan
berdasarkan sesuatu cerita atau maklumat yang diberi dalam bahan ilmu Hasil Pembelajaran
Kemahiran Membaca Membaca, menaakul , dan menghayati kandungan teks yang dibaca 7.1
Membaca dan menerangkan maksud kandungan teks yang tersurat dan tersirat. 7.2
Membaca dan mengenal pasti perkataan, pelbagai jenis ayat, dan gaya bahasa daripada
bahan sastera dan bukan sastera yang dapat membawa kesan tertentu kepada pembaca. 7.3
Membaca dan menghayati pelbagai bahan sastera dan bukan sastera yang berkualiti untuk
meningkatkan dan memperkukuh minat membaca. 7.4 Menyusun maklumat daripada nota
atau catatan hasil daripada bahan yang didengar atau dibaca secara kohesif Hasil
Pembelajaran Kemahiran Menulis 10.0 Menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif
10.1 Menghasilkan pelbagai genre (prosa dan puisi) termasuk e-mel yang mudah, menarik dan
bermakna. 10.2 Mengedit dan memurnikan hasil penulisan. 10.3 Membuat ringkasan daripada

bahan yang didengar dan dibaca. 11.0 Membuat ulasan tentang bahan yang didengar,
ditonton, atau dibaca 11.1 Menyatakan pandangan tentang perkara yang menarik dalam
sesebuah karya. 11.2 Mengulas karya bukan sastera dari segi penggunaan perkataan, idea,
ayat, wacana, nilai dan pengajaran. 11.3 Mengulas karya sastera yang mudah secara umum
dari segi tema dan persoalan, watak dan perwatakan, nilai dan pengajaran, dan gaya bahasa.
11.4 Memberikan komen dan pandangan tentang pendapat yang disampaikan oleh pihak lain.
Sastera dalam KSSR 1.KURIKULUM baru sekolah rendah yang dikenali sebagai Kurikulum
Standard Sekolah Rendah (KSSR) akan diperkenalkan pada 2011 dengan subjek yang lebih
sedikit tetapi menggunakan pendekatan yang lebih interaktif. 2. Kurikulum tersebut bakal
menggabungkan beberapa subjek menjadi satu selain turut akan memperkenalkan satu
subjek baru yang bertema semangat kenegaraan dan patriotik. 3. KSSR akan mula
diperkenalkan dan diterapkan kepada murid tahun satu kerana kesesuaian murid tersebut
yang baru menduduki alam persekolahan atau peringkat awal pendidikan mereka. 4.
Penerapan dari peringkat awal akan membantu memudahkan perjalanan serta pembelajaran
murid-murid tersebut yang akan melangkah ke tahun-tahun seterusnya sejajar dengan
perubahan umur Unsur dan Bahan sastera. Perkataan sastera berasal daripada bahasa
sanskrit iaitu "castra". Susastera yang bermaksud katayang membawa maksud khusus
iaitu :Su indah, baik,, lebih berfaedahSastera huruf atau buku(ke) susastera (an) kumpulan
buku-buku yang indah bahasanya dan baik isinya J.S Badudu Sastera harus ditinjau dari dua
segi iaitu bahasa dan isi Hashim Awang Ciptaan senia yang disampaikan melalui bahasa.
GENRE SASTERA Genre Sastera ialah kategori atau jenis karya sastera atau seni yang
dicirikan dengan sesuatugaya, bentuk atau kandungan tertentu. KAMUS DEWAN Hasil seni
(karya tulisan) dalam bentuk prosa atau puisi yang mempunyai ciri-ciri keistimewaanyang
tertentu Hashim Awang mengelaskan unsur-unsur dalam kesusasteraan kepada empat , iaitu
: a.Intelek. Menimbulkan satu-satu fikiran tertentu yang tinggi dan menarik dalam
sesebuahKarya sastera b.Emosi. Membezakan di antara karya sastera dengan karya bukan
sastera. c.Imaginasi. Melihatkan ketajaman daya penglihatan dan pengamatan pengarang
terhadap satu-satu benda dan peristiwa. d.Teknik.- Merangkumi cara pengarang menyusun
peristiwa di dalam cerita , memilih kata-kata, mengatur rangkap-rangkap dalalm sajaknya,
meletakkan adengan-adengan dalam lakonannya dan lain-lain
Copy and WIN : hhttp://bit.ly/copynwingoogle.com.my/se

ahttp://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/7-Didikhibur.pdfrch/q=komsas (5 April

diakses pada 26 Januari 2015


Kewajaran Pengajaran Komsas dalam Mata pelajaran Bahasa Melayu

Pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu baru diperkenalkan pada
tahun 2000, oleh itu kajian terperinci terhadap hasil pelaksanaannya masih belum banyak
dilakukan oleh mana-mana penyelidik bahasa atau mana-mana ahli pendidik setakat ini.
Walau bagaimanapun, sudah banyak kajian serta penulisan yang berkaitan dengan
penggunaan bahan sastera dalam pengajaran Bahasa Melayu di sekolah yang telah dibuat
oleh para pengkaji bahasa atau ahli-ahli akademik serta para pelajar di institusi pengajian
tinggi. Othman (2001) dalam artikelnya Strategi Pengajaran Bahan Sastera Dalam Bahasa
Melayu antara lain menulis, bagi mencapai keberkesanan maksimum dalam pengajaran dan
pemelajaran komponen sastera dalam mata pelajaran Bahasa Melayu, haruslah wujud
perancangan atau strategi yang mantap dari pihak guru, pelajar, dan teks yang dipilih. Guru
yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam bidang kesusasteraan akan membawa
pengajaran di dalam kelas ke tahap yang lebih tinggi yang mendorong pelajar-pelajar melalui
proses pemikiran aras tinggi (Cohen 1991).

Menurut Baharum (1995) kepentingan bahan sastera dalam pengajaran dan


pembelajaran Bahasa Melayu sememangnya tidak dapat dinafikan lagi. Ini kerana dalam
peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian Menengah rendah (PMR), Sijil
Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia(STPM) bahan sastera ialah
pilihan utama apabila menyediakan soalan-soalan peperiksaan. Dengan menggunakan petikanpetikan daripada bahan sastera sama ada berbentuk prosa atau puisi dan diajukan soalansoalan terutamanya soalan pemahaman. Pelajar-pelajar diminta memberikan maksud rangkai
kata, memberikan maksud perkataan, membuat ayat-ayat daripada perkataan yang dipilih,
memberikan pendapat, menjawab soalan berdasarkan petikan dengan cetusan idea yang
bernas dan bahasa yang baik. Kajian Subadrah Nair (2000) menunjukkan pengajaran skema
sastera secara terancang dengan menggunakan model skema sastera dapat meningkatkan

pencapaian kefahaman bacaan subjek secara signifikan bagi setiap petikan. Implikasi
penyelidikan ini menunjukkan model skema sastera yang dihasilkannya sangat berkesan dan
dapat digunakan oleh guru-guru untuk meningkatkan kefahaman bacaan Komsas di kalangan
pelajar.

2
Komponen

kesusasteraan

menawarkan

pelbagai

peluang

kepada

guru

untuk

mewujudkan wacana menyelesaikan masalah, membuat keputusan, membuat inferens,


mencadangkan idea baru dan menilai sesuatu tindakan. Kajian di Barat misalnya, telah
membuktikan bahawa sastera dapat membantu pelajar dalam pembelajaran bahasa. Fauziah
(1999) telah memetik kenyataan penulis-penulis teks sastera dan bahasa seperti Brumfit
dan Carter (1986), Carter dan Long(1991), Sage (1989), Lazar (1993), dan Collie dan Slater
(1990) yang menyatakan bahawa sastera dapat digunakan untuk meningkatkan dan
menggalakkan

pemelajaran

Bahasa

Inggeris.

Mereka

bersependapat

bahawa

nilai

kesusasteraan terletak pada aspek instrinsik sastera kerana sesuatu teks sastera kaya
dengan ciri dan sifat bahasa, sama ada dari segi semantik mahupun pragmatik. Dengan
kajian-kajian serta pendapat-pendapat yang dikemukakan tersebut diharapkan lebih banyak
lagi kajian lain mengenai pelaksanaan Komsas dalam mata pelajaran Bahasa Melayu yang
baru dilaksanakan dalam kurikulum persekolahan negara kita dapat dibuat demi
meningkatkan pencapaian pelajar dalam mata pelajaran Bahasa Melayu serta dapat
mencapai objektif pelaksanaan komponen wajib tersebut. Kajian-kajian berkaitan boleh
dijadikan asas serta panduan kepada guru-guru bahasa khususnya Bahasa Melayu bagi
tujuan melihat keberkesanannya apabila hasil perlaksanaan Komsas diuji buat pertama
kalinya melalui peperiksaan SPM pada akhir tahun 2001.

Melalui pembacaan teks-teks atau bahan kesusasteraan Melayu dalam mata


pelajaran Bahasa Melayu, murid dapat meneladani dan menambahkan ilmu pengetahuan,

menyuburkan emosi, membina moral dan pengajaran, unsur kemasyarakatan dan nilai
kemanusiaan, dan estetik. Hal ini kerana dalam proses pengajaran dan pembelajaran
komponen kesusasteraan Melayu dalam subjek Bahasa Melayu terdapat pelbagai gubahan
yang menyingkapkan nilai budaya. Bahan-bahan kesusasteraan Melayu yang bertemakan
moral dapat membantu murid menghayati nilai-nilai murni. Perkara ini disebabkan murid
dapat belajar melalui peniruan watak-watak baik yang ditonjolkan dalam sesebuah karya
kesusasteraan Melayu. Keadaan ini secara tidak langsung dapat mengurangkan masalah
disiplin pada kalangan murid kerana murid tertarik dengan cerita tersebut, mereka akan
mendengarnya atau membacanya dengan teliti dan tidak mungkin akan menimbulkan masalah
disiplin.

3
Oleh itu, wajarlah karya-karya kesusasteraan Melayu yang terpilih perlu memancarkan nilainilai murni yang dapat membentuk konsep-konsep kebaikan, keikhlasan dan kebenaran dalam
pemikiran dan perasaan murid-murid yang mempelajari kesusasteraan Melayu. Hal
sedemikian bersesuaianlah dengan dasar pendidikan kebangsaan, yang antara tujuan
pentingnya adalah untuk menyatupadukan masyarakat Malaysia yang berbilang kaum.
Kadang-kadang, proses pengajaran dan pembelajaran unsur kesusasteraan Melayu dalam
subjek Bahasa Melayu sebelum pelaksanaan pada tahun 2000 tidak mencapai objektifnya
kepada murid. Hasil atau bahan kesusasteraan Melayu yang dibaca oleh murid ada kalanya
bukannya hasil kesusasteraan Melayu yang sesuai dengan kebolehan, tahap atau keupayaan
murid, tetapi lebih berupa cerita semata-mata. Malah kajian yang dijalankan sebelum ini
juga mendapati bahawa buku-buku bacaan kesusasteraan Melayu yang disenaraikan oleh
KPM itu sesetengah daripadanya kurang sesuai untuk bacaan murid kerana berunsur negatif
(Nik Hassan Basri Nik Ab.Kadir, 1997: 189). Oleh yang demikian, kurikulum baru yang
berorientasikan komponen kesusasteraan Melayu lebih berupaya untuk mewujudkan individu

yang berminat dengan karya-karya yang bermutu. Selain itu, penggunaan kesusasteraan
Melayu melalui pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu yang berkesan dapat membantu
dan mempercepat proses itu, selari dengan dasarnya, iaitu untuk membina dan mengukuhkan
lagi pengetahuan asas kepada cita rasa warisan bangsa Melayu supaya lahir kesedaran; rasa
hormat kepada nilai-nilai Melayu, di samping menanamkan bibit-bibit penghayatan yang
dapat melahirkan rasa keinginan untuk menyumbang kepada khazanah kesusasteraan
kebangsaan yang dimiliki bersama itu.
Seterusnya, penggunaan kesusasteraan Melayu dalam pengajaran dan pembelajaran
Bahasa Melayu yang berkesan juga berupaya untuk melahirkan sebilangan besar anggota
masyarakat yang dapat menghargai kesusasteraan bangsa. Sekali gus menambahluaskan
bilangan pembaca buku kesusasteraan Melayu. Dalam masa yang sama akan lahir penilaipenilai, pengkritik-pengkritik, penghasil-penghasil, dan penerbit-penerbit karya kreatif dan
kritis yang lebih bertanggungjawab kerana fenomena yang seumpama itu dapat
mengangkatkan taraf kesusasteraan Melayu kita kepada tahap profesional yang tinggi. Di
samping itu, pengetahuan tentang konsep dan teori-teori kesusasteraan yang berhubungan
dengan beberapa pendekatan seperti pendekatan sosiologi sastera yang digunakan oleh
pengarang dalam menganalisis karya-karya kesusasteraan Melayu yang estetik dapat
meluaskan pengetahuan guru.

4
2.1

Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu

Komponen Kesusasteraan Melayu telah dijadikan komponen wajib dalam pengajaran Bahasa
Melayu di peringkat sekolah menengah dengan tujuan mendorong para pelajar untuk
membaca

bahan-bahan

sastera,

menikmati

dan

mengapresiasi

hasil

karya

sastera,mengetahui latar belakang para penulis serta sumbangannya dan mengetahui


sejarah perkembangan sastera tanah air. Pelaksanaan kesusasteraan Melayu sebagai

komponen wajib dalam mata pelajaran Bahasa Melayu akan memberi pendedahan kepada
para pelajar tentang aspek-aspek asas dalam memahami genre sastera, antaranya ialah:

Mengenal genre cerpen, drama, novel dan prosa tradisional.

Mengenal puisi moden dan puisi tradisional.

Memahami istilah-istilah kesusasteraan bagi karya prosa dan puisi.

Memahami binaan dan teknik plot.

Menilai dan mengulas mesej, pengajaran, nilai-nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan


kebudayaan.

Menaakul tema atau pemikiran, mesej dan pengajaran, serta nilai kemanusiaan dan
kemasyarakatan.

Menilai dan mengulas gaya bahasa, unsur bunyi dan nada.

Kertas Bahasa Melayu yang berteraskan teks Komponen Kesusasteraan Melayu ini
juga bertujuan untuk mengukuhkan kemahiran berbahasa pelajar yang merangkumi
kemahiran mendengar dan bertutur, membaca dan menulis. Oleh itu format baru kertas
Bahasa Melayu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) mulai tahun 2001 ini
adalah berteraskan teks Komsas yang dipelajari oleh pelajar-pelajar sekolah menengah di
Tingkatan 4 dan 5. Pelaksanaan pengajaran Komsas telah bermula sejak Mac tahun 2000,
iaitu semasa pelajar-pelajar Tingkatan 5 sekarang berada di Tingkatan 4 (Lembaga
Peperiksaan Malaysia 2000).

Konsep Pelaksanaan Komponen Sastera dari segi pelaksanaannya

Pada 1999, Pusat Perkembangan Kurikulum dalam Kementerian Pendidikan Malaysia telah
mengeluarkan Edisi Penyesuaian kepada Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah
Menengah Tingkatan IV dan V bagi memasukkan kesusasteraan Melayu sebagai komponen
wajib dalam mata pelajaran bahasa Melayu (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1999). Edisi

Penyesuaian ini menerangkan dengan terperinci kaedah melaksanakan kandungan


kesusasteraan Melayu sebagai komponen wajib mata pelajaran Bahasa Melayu sekolah
menengah atas dari segi kemahiran sastera ynag perlu dicapai oleh pelajar. Misalnya:

(1)

Kemahiran mendengar dan mengenal nada dalam puisi (sajak, pantun, syair, gurindam

dan seloka) (Jenis-jenis nada yang dimaksudkan ialah nada melankolik, romantik, patriotik
dan sinis);
(2)

Kemahiran mendengar dan memahami sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan, latar

serta watak dan perwatakan dalam karya;


(3)

Kemahiran melafazkan puisi (pantun, sajak, gurindam dan seloka) dengan nada dan

gaya pengucapan yang menunjukkan pemahaman dan penghayatan;


(4)

Kemahiran menghuraikan dan menyatakan sinopsis, tema atau pemikiran, persoalan,

plot, latar serta watak dan perwatakan;


(5)

Kemahiran menyampaikan ulasan karya secara spontan dari aspek kesusasteraan;

(6)

Kemahiran menghuraikan unsur dan nilai kemanusiaan, kemasyarakatan dan

kebudayaan;
(7)

Kemahiran mengenalpasti genre cerpen, novel, drama dan prosa (tradisional dan

moden);
(8)

Kemahiran menghurai karya dari aspek sastera dengan menggunakan pelbagai gaya

bahasa;
(9)

Kemahiran menulis karya kreatif dalam bentuk surat dan catatan harian, dialog dan

skrip drama, sinopsis bagi karya prosa dan ulasan karya dari aspek sastera;
(10)

Kemahiran menghasilkan pelbagai karya puisi seperti sajak, pantun, seloka, syair dan

gurindam.

Pelaksanaan komponen kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu (juga
disebut sebagai komsas) telah berjalan sehingga 2000. Pada 2001, Kementerian Pendidikan
Malaysia telah mengeluarkan catatan kedua Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu yang disemak
semula untuk memberi penekanan pada nilai-nilai murni dan semangat patriotik.

Ini adalah untuk menyedarkan pelajar akan peranan dan tanggungjawab mereka sebagai

warganegara maju dan masyarakat berilmu


(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001: .v)

Pelajar abad ke-21 dikehendaki mampu berfikir, berilmu pengetahuan luas, bertatetika
tinggi, bijaksana, serta dapat menggunkan teknologi maklumat dan berkomunikasi secara
kerkesan. Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu sekolah menengah 2001 ini merangkumi 3
bidang penggunaan bahasa, iaitu bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang estetik.
Komponen kesusasteraan Melayu (komsas) diharap dapat memupuk minat membaca dan
melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2001).
Di antara 5 objektif kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah 2001, tiga daripadanya
adalah menjurus kepada elemen-elemen kesusasteraan seperti berikut:

(a)

Mendengar, membaca, menonton dan memberikan respons kepada pelbagai bahan

sastera dan bukan sastera;


(b)

Melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan dan tulisan secara kreatif dan

berkesan;
(c)

Menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan

perasaan cinta akan negara (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001:.3).

Hasil pembelajaran bidang estetik dalam kurikulum Bahasa Melayu ini difokuskan kepada
keupayaan pelajar menguasai aspek kebahasaan, keindahan dan kehalusan bahasa. Bidang
estetik juga mementingkan penikmatan hasil karya yang indah, pelahiran perasaan, membuat
apresiasi, dan penghayatan. Hasil pembelajaran khusus yang perlu dicapai oleh pelajar dalam

bidang estetik ialah memahami, menguasai dan menghasilkan penulisan kreatif dan bukan
kreatif (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2001: 11).

7
Demikian itu, didapati penekanan yang besar diberikan kepada komponen
kesusasteraan Melayu dalam mata pelajaran Bahasa Melayu. Strategi pengajaran dan
pembelajaran yang disarankan diberi penekanan dalam pelaksanaan kurikulum Bahasa
Melayu semakan 2001 ini ialah dalam aspek kemahiran berfikir, penggunaan teknologi
maklumat dan komunikasi, belajar cara belajar, kecerdasan pelbagaian dan kajian masa
depan (muka surat 18).

Pada 2003, Kementerian Pendidikan Malausia mengeluarkan pula Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu KBSM bagi memperincikan sukatan pelajaran 2001 yang telah disemak dan
diberi nilai tambah. Huraian itu menyebut tujuan semakan ini ialah;

..untuk menyediakan pelajar-pelajar menghadapi arus globalisasi serta ekonomi


berasaskan ilmu pada abad ke 21 .
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003; .ix)

Organisasi kurikulum Bahasa Melayu sekolah menengah 2001 masih lagi sama, iaitu
mencakupi 3 bidang penggunaan bahasa: bidang interpersonal, bidang maklumat dan bidang
estetik (Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Penumpuan kepada bidang-bidang ini akan
membolehkan pelajar menggunakan bahasa Melayu secara lebih berkesan dalam kehidupan
seharian dan pekerjaan. Komponen kesusasteraan Melayu diperkukuhkan dengan menambah
bahan-bahan bacaan yang lebih banyak dan pelbagai dan bersifat universal. Objektif
komponen kesusasteraan Melayu dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu seperti yang telah
disebut pada awal bab ini adalah untuk memupuk minat membaca dan mendapatkan
keseronokan daripada membaca bahan-bahan sastera, di samping memberi kemahiran
kepada pelajar menghasilkan penulisan kreatif dan bukan kreatif. Perkara yang
dititikberatkan dalam sukatan pelajaran Bahasa Melayu 2003 ini ialah dari segi hasil
pembelajaran yang perlu dicapai oleh pelajar. Dalam Huraian Sukatan Pelajaran ini

dinyatakan secara jelas 3 aras pencapaian hasil pembelajaran; iaitu Aras 1, Aras 2 dan Aras
3. Pemeringkatan ini didasarkan kepada konsep pembelajaran masteri yang membolehkan
pelajar terus maju tanpa mengabaikan pelajar-pelajar yang berpencapaian rendah. Aras 1
adalah yang paling asas yang harus dicapai oleh pelajar; Aras 2 ialah peringkat pencapaian
sederhana, manakala Aras 3 ialah yang paling tinggi iaitu pencapaian cemerlang (Pusat
Perkembangan Kurikulum, 2003).

8
Dengan berasaskan pembelajaran masteri ini, strategi pengajaran dan pembelajaran
menjadi lebih felksibel. Pendekatan yang dicadangkan adalah pendekatan berpusatkan
pelajar, yang menggunakan pelbagai teknik, bahan dan sumber pengajaran. Pendekatan
bertema adalah amat digalakkan bagi menyepadukan ketiga-tiga aspek kemahiran
berbahasa, iaitu kemahiran bahasa, pembelajaran tatabahasa dan pengembangan kosa kata
(Pusat Perkembangan Kurikulum, 2003). Ilmu daripada disiplin lain juga perlu diserapkan.
Guru-guru juga dikehendaki memberi peluang kepada pelajar untuk membaca luas bagi
meningkatkan daya berfikir dan minat ingin terus membaca. Penggabungjalinan merupakan
aspek penting dalam pengajaran dan pembelajaran, termasuk juga konsep serapan. Proses
ini adalah untuk meningkatkan kemahiran bernilai tambah dalam diri pelajar semasa
pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Unsur-unsur penyerapan yang disarankan
(muka surat 80) ialah:
(a)

Semangat kewarganegaraan dan nilai murni masyarakat yang berlandaskan

kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan;


(b)

Kemahiran berfikir kritis dan kreatif; dan

(c)

Kemahiran ICT, kemahiran belajar cara belajar dan kajian masa depan.

Secara ringkas, dapat disimpulkan bahawa sepanjang satu setengah dekad dari 1990 hingga
2005, kurikulum Bahasa Melayu telah dilakukan semakan semula beberapa kali untuk
penambahbaikan secara berterusan. Dari segi penekanan aspek sastera dalam sukatan
pelajaran bahasa Melayu dapat dilihat ia telah berkembang dan diberi kepentingan yang

tinggi, iaitu daripada hanya unsur sastera dengan bahan-bahan sastera yang terhad
digunakan dalam pengajaran kepada satu komponen yang besar meliputi sepertiga daripada
keseluruhan kurikulum Bahasa Melayu dan sebagai satu komponen wajib dalam peperiksaan
di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia.

3.0

Pembentukan Jati Diri Pelajar melalui pengajaran KOMSAS

Karya sastera boleh memupuk nilai murni seperti semangat nasionalisme dan cintakan
negara yang menjadi teras bagi penyatuan semua etnik di seluruh Malaysia. institusi
pendidikan adalah mekanisme yang ampuh bagi mewujudkan semangat kekitaan dan
hubungan muhibah semua etnik. Melalui pembelajaran sastera perpaduan, mereka juga
perlu diasuh dengan kehalusan jiwa dan ketulusan budi semasa berurusan dengan orang lain.

9
Dalam era globalisasi ini, pembentukan keperibadian insan selaras dengan pembangunan
kemanusiaan, amat memerlukan kesempurnaan jiwa dan rohani yang antara lain boleh dicapai
melalui sastera (Misran Rokimin 1999: 224). Dengan menerapkan pendidikan sastera secara
meluas, pelajar dan pembaca akan terdedah kepada budaya dan cara hidup masyarakat etnik
lain. Ini sangat membantu usaha saling memahami dan merapatkan kefahaman antara budaya
dan perpaduan mereka (Janak Pandey & rakan-rakan 1996: 86). Hasil kajian ini
diperkukuhkan pendapat Gajendra K. Verma& Christopher Bagley (1979, 1984) bahawa
pengajaran tentang hubungan etnik di institusi pendidikan kepada golongan remaja akan
memupuk sifat toleran sesama sendiri berbanding mereka yang tidak terdedah tentang ilmu
tersebut.

Zahirah Aziz dalam kertas kerjanya, Pengajaran Komponen Sastera dalam Mata Pelajaran

Bahasa Melayu di Sekolah Menengah: Konsep dan Batas Pengajaran, Zahirah Aziz dan
Kamaruzaman Abdullah (2001:l-2) menyatakan bahawa terdapat enam objektif pemelajaran
KOMSAS dalam mata pelajaran BM di sekolah menengah, iaitu:

(a)

Meningkatkan dan mengukuhkan minat membaca pelbagai genre sastera seperti

novel, cerpen, drama, prosa tradisional, puisi moden dan puisi tradisional.
(b)

Mengenal dan menggunakan istilah sastera, iaitu tema dan persoalan, watak dan

penvatakan, gaya bahasa, latar, plot, sudut pandangan, nilai munli dan pengajaran.
(c)

Mengenal, menghayati dan menghargai karya sastera bagi mengukuhkan kemahiran

bertutur, membaca dan menulis.


(d)

Mengenal pengarang berdasarkan karya yang telah diperakui seperti pengarang

Sasterawan Negara.
(e)

Mendapat nilai murni dan pengajaran daripada karya sastera yang dibaca.

(f)

Menghasilkan karya sastera yang kreatif seperti dapat melahirkan novel, cerpen,

sajak, dan drama yang bermutu tinggi yang boleh dibanggakan.


(Zahirah Aziz dan Kamarulzaman Abdullah, 2001 :2)

10
Objektif yang dinyatakan seperti di atas adalah selaras dengan falsafah sebab musabab
pelajar wajar mempelajari sastera. Menurut Zahirah dan Kamaruzaman Abdullah ( 2001, 1-2
) lagi: Kesusasteraan ialah karya ciptaan yang mengungkapkan pengalaman dan perasaan
manusia. Oleh itu, pelajar boleh menghargai dan menghayati nilai estetika yang terdapat
dalam sesebuah karya. (Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah, 2001 :2).

Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah (2001 :3) selanjutnya menerangkan bahawa melalui
pemelajaran KOMSAS, pelajar diharapkan dapat:
(a)

menyelami masalah kehidupan dan pengalaman orang lain melalui cerita dalam karya

sastera.
(b)

menyelesaikan masalah kemanusiaan dan kemasyarakatan melalui peristiwa dalam

karya sastera. Penyelesaian masalah secara posjtif dapat membantu pelajar berhadapan
dengan
masalah yang dihadapi dalam kehidupan mereka yang sebenar.
(c)

memikirkan nilai-nilai baik dan murni yang tersirat dalam cerita yang dibaca.

(d)

memberi kepuasan dan keseronokan dalam menghayati watak-watak dan plot dalam

karya sastera.
(e)

menambah perbendaharaan kata dan membantu pelajar menghasilkan karangan atau

karya dengan menggunakan gaya bahasa yang baik.


(Zahirah Aziz dan Kamaruzaman Abdullah, 2001)

11
4.0

Kesimpulan

Pengajaran komponen sastera secara formal dalam bilik darjah dapat memperkemaskan lagi
usaha melahirkan golongan masyarakat berilmu, berketrampilan dan berakhlak mulia.
Pembelajaran dapat mempertingkatkan ilmu pengetahuan yang luas. Setiap ilmu berkaitan
sastera boleh melahirkan pelajar yang lebih berjaya dan memperkembangkan ilmu
pengetahuan.

Penguasaan ilmu sastera yang digabungkan dengan ilmu-ilmu lain membolehkan


pelajar menikmati keseronokan dengan menerapkan unsur-unsur sastera secara tidak
langsung melahirkan pelajar yang suka membaca. Ini kerana di Malaysia, sukar mencari
orang yang suka membaca. Mempelajari komponen sastera memberi peluang warga Malaysia
menyedari aktiviti membaca perlu disertai dengan minat.

Perkembangan sahsiah pelajar dibentuk apabila mereka melangkah masuk ke sekolah


menengah iaitu dengan mempelajari nilai-nilai murni ataupun yang lebih penting iaitu nilainilai kemanusiaan. Ini dapat diketahui melalui karya-karya atau genre sastera yang
dipelajari. Pelajar adalah aset utama yang memerlukan kekuatan bahasa. Kesusasteraan
Melayu khazanah yang bernilai tinggi kerana masih ada nilai-nilai kesantunan tersembunyi di
celah-celah kehidupan masyarakat. Ini adalah salah satu cara mengangkat darjat bahasa
Melayu di peringkat global.

(3060 patah perkataan)

12
BIBLIOGRAFI

(1989). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan
Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2000). Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu (Edisi Penyesuaian). Kuala Lumpur: Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2000). Draf Pemetaan Kerja Pengajaran dan

Pembelajaran Komsas. Kuala Lumpur:

Pusat
Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
(2000). SPM Format Baru Kertas Bahasa Melayu dan Kriteria Penskoran Ujian Lisan. Kuala
Lumpur: Lembaga Peperiksaan Malaysia.
(2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah: Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.
Fauziah Ahmad. (1999). Pemelajaran Bahasa Melalui Sastera: Bahasa Inggeris Sebagai
Bahasa Kedua. Jurnal Dewan Bahasa 43(11).

Misran Rokimin. (1998). Era Globalisasi: Pendidikan Sastera Masih Adakah Kepentingannya
Lagi?. Prosiding Seminar Isu-Isu Pendidikan Negara, hlm. 220 - 237.
Othman Puteh, (2001). Strategi Pengajaran Bahan Sastera dalam Bahasa Melayu. Dewan
Siswa, Mac: 20-21.
Subadrah Nair. (2000). Kesan Skema Terhadap Kefahaman Bacaan Bahan Sastera.
Prosiding
Seminar Kebangsaan Penyelidikan & Pembangunan Dalam Pendidikan 2000,
hlm.113125
Memanfaatkan Sastera Dalam Abad Ke-21

Memanfaatkan Sastera Dalam Pengajaran dan Pembelajaran


Bahasa Melayu Dalam Abad Ke-21
Pengenalan
Kemunculan abad baru sudah pasti membawa bersamanya cabaran terhadap perkembangan
dunia pendidikan dan bahasa Melayu. Yang penting adalah bagaimana pendidikan bahasa
Melayu harus berhadapan dengan keperluan abad baru ini. Pada hari ini kita ingin melihat
pula kemampuan sastera untuk mengisi ruang dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa
Melayu dalam arus abad ke-21. Jika sastera mampu untuk mengisi ruang tersebut,
bagaimana pula coraknya dapat mewarnai dan menangani proses pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
1. Definisi bahasa dan Sastera
Menurut Kamus Dewan bahasa didefinisikan sebagai sistem lambang bunyi suara yang
dipakai sebagai alat perhubungan dalam lingkungan satu kelompok manusia (antara individu
dengan individu yang lain). Bahasa juga merupakan percakapan yang baik dan penuh sopan
santun. Bahasa juga meliputi adab, tatatertib, sopan santun, dan tingkah laku yang baik.
Bahasa dirumuskan sebagai satu sistem simbol bunyi ucapan yang arbitrari, dan menjadi
medium manusia berkomunikasi. Bahasa diwujudkan oleh dua komponen utama, iaitu: bunyi
ucapan, dan satuan pengalaman yang mencakup cita, rasa, dan makna. Melalui bahasa, kita

dapat: berkomunikasi, meluahkan perasaan, menyampaikan ilmu dan mengakumulasikannya,


mengungkapkan keindahan dalam pelbagai wahana, dan mewariskan ilmu, budaya, peradaban,
dan agama
Hashim Awang (1985) memperincikan sastera sebagai hasil ciptaan seni yang disampaikan
melalui bahasa. Hasil sastera disebarkan melalui bahasa manakala bahasa mampu
memancarkan keindahan yang terkandung dalam karya sastera. Wahana bahasa menjadikan
karya sastera dapat difahami segala isi dan tujuan yang mahu dilakarkan oleh pengarang.
Karya sastera membicarakan apa yang berlaku dan terlibat pada sesuatu masyarakat sambil
mengemukakan sikap, nilai dan pandangan tertentu. Bagi Ali Ahmad (1994) karya sastera
terkandung di dalamnya nilai-nilai estetika atau keindahan manakala bahasa sastera lahir
bersama-sama pembinaan rasa, cita-cita, imaginasi kehidupan, dan fikiran. Selain itu karya
sastera tidak dapat lari dari membawa bersamanya unsur nilai yang ada perkaitan dengan
keagamaan, kebudayaan, dan kemasyarakatan.

2. Hubungan antara bahasa dan sastera


Titik pertemuan antara bahasa dan sastera adalah sifat sastera itu sendiri yang
memerlukan bahasa sebagai wahana komunikasi. Melalui bahasa isi dan tujuan karya itu
dapat difahami pembaca. Bahasa memungkinkan pembaca menghayati pengalaman dan emosi
yang terkandung dalam karya sastera. Bahasa sastera dilahirkan melalui imaginasi, fikiran,
dan emosi. Bahasa bukan sastera bermaksud untuk memberikan keterangan manakala
bahasa sastera di dalamnya merangkumkan adunan emosi, imaginasi dan pemikiran. Bahasa
sastera membawa unsur ketaksaan dalam maknanya berbanding bahasa bukan sastera yang
lebih objektif sifat maknanya.
Bahasa sastera mempunyai sistem bahasa yang tersendiri. Bahasa sastera tidak terikat
pada sistem bahasa yang amat ketat seperti mana yang perlu ada pada bahasa sains atau
bahasa ilmu. Bahasa sastera juga bukanlah suatu yang sewenang-wenangnya diungkapkan.
Keterikatan dan sekatan makna pada bahasa sastera tidak akan menghidupkan sastera
kerana ia gagal berfungsi meperagamkan emosi dan bayangan. Susun kata dalam sastera
juga tidak boleh sewenang-wenangnya kerana ia akan gagal melahirkan kesan keindahan yang
diharapkan dalam sastera.
Keupayaan bahasa sastera untuk lahir sebagai bahasa yang penuh estetika terletak pada
kebijaksanaan pengarang mengolah bahasa yang melahirkan kesan mendalam terhadap
pembaca. Pengarang berkemampuan untuk menjadikan bahasa beranekaragam kesan
penggunaannya serta melahirkan kesan rasa dalaman terhadap pembaca. Pengarang
menggunakan kata untuk melahirkan makna konotatif atau mempelbagaikan makna kata atau
frasa yang digunakan. Hidupnya karya sastera bergantung kepada hidupnya bahasa yang
digunakan oleh seseorang pengarang.

Selain estetika bahasa, sastera juga mengandungi unsur keindahan yang terkandung dalam
susunan cerita seperti perwatakan, plot, sudut pandangan, latar, dan bentuk. Sastera
mempunyai bentuk berdasarkan genrenya sama ada pantun, syair, sajak, drama, cerpen,
atau novel. Meskipun bahasa menjadi wahana karya sastera namun ia terbina atas organisasi
atau strkutur yang tersendiri. Dalam puisi ada imej dan bunyi sebagai unsur yang
menyumbang kepada pembentukan makna puisi itu sendiri. Dalam cerpen pula ia dibina oleh
urutan plot, latar, watak dan perwatakan serta nilai yang dibawa oleh karya berkenaan.
3. Pengajaran bahasa menggunakan bahan sastera
3.1. Hubungan pembaca dengan teks
Penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa bertujuan untuk memupuk minat
membaca dan melahirkan kenikmatan membaca serta penghayatan terhadap bahan sastera.
Bahan sastera dapat memberi kefahaman terhadap pelajar dari aspek penikmatan hasil
karya yang indah, pelahiran emosi, serta pelajar dapat membuat apresiasi dan penghayatan
terhadap karya sastera.
Aspek estetika yang diutamakan dalam penggunaan bahan sastera adalah kebolehan pelajar
untuk memahami dan memberi respons peribadi terhadap karya sastera. Ia dapat dilakukan
melalui penceritaan semula sesebuah karya sastera, mengenalpasti perkara yang menarik
dalam karya sastera, menyatakan bentuk dan nada puisi, menyatakan jenis, ciri, tema dan
persoalan, pemikiran serta nilai dan pengajaran. Di samping itu pelajar berkebolehan untuk
menghuraikan maksud, gaya bahasa, dan unsur bunyi dalam puisi, dan mengulas karya
sastera dari aspek watak dan perwatakan, latar, plot, gaya bahasa, dan sudut pandangan.
Penggunaan bahan sastera dapat membantu merangsang pelajar supaya memberikan
pelbagai tindak balas dalam kegiatan pengajaran-pemelajaran di dalam bilik darjah
(Marohaini Yusoff : 2001). Pelajar boleh menggunakan bahasa secara aktif sewaktu
pengajaran kemahiran bahasa seperti membaca, mendengar, bertutur, dan menulis. Kegiatan
membaca, membuat perbincangan, dan menulis tentang kesusasteraan dapat membantu
pelajar memahami teks yang dibaca dengan lebih baik. Pembacaan bahan sastera dapat
memberikan pelajar latihan dari segi kemahiran pemahaman dan memperkukuhkan
perbendaharaan kata dan kebolehan mereka untuk berfikir secara kritis.

3.2. Kemahiran abad ke-21


Sandra Burchsted merumuskan kemahiran abad ke-21 sebagai berikut :

Literasi Informasi - Kompetensi mencari, menilai dan menggunakan informasi yang


bersesuaian
Literasi Budaya - Menerima dan menghayati kepelbagaian budaya dan manusia;
Kesedaran Global - Memahami dan menerima hubungan antara negara, perbadanan
multinasional, serta manusia di serata dunia;
Adaptabiliti / Kebolehan Menghadapi Kompleksiti;
Kreativiti dan Kesanggupan Menghadapi Risiko Kesediaan untuk meningkatkan
pengetahuan ke arah pendidikan sepanjang hayat
Kreativiti Menggunakan imaginasi untuk membina perkara baru
Pemikiran Tinggi - Proses penyelesaian masalah secara kreatif menggunakan informasi,
pendapat, dan penilaian.
Kerja Berpasukan - Kebolehan bekerjasama dalam satu pasukan ke arah pencapaian
matlamat
Kolaborasi dan Kemahiran Interpersonal Boleh berkomunikasi dan bekerjasama dengan
orang lain dengan berkesan ke arah pencapaian matlamat
Rasional Boleh berfikir secara logik untuk mencapai hasil dan membuat keputusan
Kemahiran Visual Kebolehan membuat interpretasi, dan mengemukakan pendapat melalui
imej, grafik, lakaran, ikon, fotografi, dan video
Kebolehan Merancang dan Mengurus Untuk Mencaoai Hasil
Keberkesanan Mengunakan Kemudahan dan Mencapai Produk Berkualiti (Prospectiva)
Jika dilihat dari aspek kemahiran tersebut bermakna bahasa Melayu mempunyai potensi
besar untuk muncul sebagai bahasa ilmu pada abad ke-21. Nik Safiah Karim (2004)
menyatakan bahawa bahasa Melayu harus muncul sebagai bahasa ilmu dan bahasa
perhubungan umum pada abad ini. Sebagai bahasa ilmu ia memerlukan penyediaan bahan
bacaan dan bahan rujukan yang mencukupi. Di samping itu perlu lahir lebih ramai intelektual
yang dapat menjadi contoh penggunaan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu pada tempat dan
waktu yang sesuai. Bahasa Melayu perlu muncul sebagai bahasa perhubungan dalam kalangan
rakyat jelata melibatkan pelbagai konteks. Selain menumpukan kepada interaksi bahasa
dalam situasi yang melibatkan pelbagai laras bahasa seperti laras politik, laras sastera dan
sebagainya, penekanan perlu diberikan terhadap estetika bahasa.
Pengisian terhadap estetika bahasa akan menentukan keupayaan bahasa Melayu bertahan
sebagai bahasa komunikasi dan bahasa ilmu abad ke-21. Masyarakat perlu didedahkan
dengan penggunaan bahasa Melayu yang indah dan menarik. Bahasa perlu sebati dengan
masyarakat agar bahasa Melayu dapat diterima sebagai bahasa yang indah dan menarik.
Kris Gutirrez (2000) menerangkan bahawa keperluan pengajaran bahasa pada abad ke-21
adalah menggunakan bahan yang realistik dan mempunyai perkaitan dengan komuniti. Di
samping itu kemahiran yang diajar hendaklah dapat memenuhi keperluan kerjaya pelajar.
Aspek-aspek yang perlu diberi penekanan termasuklah sosio budaya, linguistik, jati diri
bangsa, serta nilai. Oleh itu peranan bahan sastera dalam pengajaran bahasa amat relevan
dalam menentukan keupayaan bahasa Melayu memenuhi keperluan alaf baru ini.

4. Kepentingan sastera
Ilmu sastera pada abad ke-21 merupakan satu bentuk ilmu yang penting dan relevan pada
zaman ini. Kemajuan sesebuah negara tidak hanya berasaskan ukuran pembangunan
jasmaniah, sains, dan teknologi tetapi perlu mengambil kira aspek-aspek kemanusiaan dan
kerohanian. Kesusasteraan mempunyai perkaitan dengan cabang ilmu lain seperti agama,
falsafah, budaya, politik, perubatan, undang-undang, dan sebagainya. Teks sastera penuh
dimensi dan ia memberi banyak ruang untuk diteroka oleh pelajar. Selain itu ilmu
kesusasteraan merupakan disiplin ilmu yang berkait rapat dengan aspek emosi dan nilai
hidup manusia. Sastera bukan sekadar memberi maklumat tentang keintelektualan tetapi
melengkapkannya dengan dunia emosi dan nilai kepada manusia. Kehadiran aspek nilai
menjadi penting dalam pemupukan dan pembentukan kualiti insan.
Karya sastera tidak dapat lari daripada dua fungsi utama. Pertama karya sastera bertujuan
untuk menghiburkan dan keduanya untuk memberi pengajaran, pesanan atau peringatan.
Keperluan untuk menghiburkan melahirkan karya sastera yang membawa keseronokan yang
indah. Hiburan terhasil dari keindahan kata-kata yang diungkapkan, irama atau rentak yang
yang tesusun, kemampuan karya sastera untuk membelai emosi pembaca atau pendengar,
unsur kelucuan dan sebagainya. Kepentingan fungsi hiburan menjadikan karya sastera
seperti cerita penglipurlara diterima oleh masyarakat sebagai karya yang diminati dan
digilai masyakarakat pada suatu ketika.
Pantun misalnya merupakan karya sastera yang cukup popular kerana keupayaannya
membawa keindahan yang menghiburkan. Saya teringat sebuah pantun lama berbunyi
seperti berikut :

Berburu ke padang datar


Dapat rusa berbelang kaki
Berguru kepalang ajar
Bagai bunga kembang tak jadi
Kualiti menghiburkan dalam pantun tersebut cukup banyak. Rentak dan rima yang bersukat
membentuk irama dalam pantun. Malah pantun pula mempunyai struktur bacaan yang
tersendiri yang menghasilkan keindahan dalam pembacaan. Selain itu, pantun disampaikan
pula dalam pelbagai variasi yang semakin menambahkan fungsi menghiburkan seperti
dijadikan lirik dikir barat di Kelantan, lirik lagu popular, dan pelbagai bentuk lagi.
Kemampuan pantun untuk bertahan sebagai karya sastera yang popular menunjukkan bahawa
unsur hiburan ini amat banyak dalam pantun.
Fungsi kedua karya sastera adalah untuk memberi pengajaran, nasihat atau pesanan kepada

masyarakat. Fungsi ini juga menjadikan karya sastera sebagai suatu bahan yang dapat
membawa kesedaran kepada masyarakat, mengubah pemikiran, serta memberi ruang untuk
masyarakat menyerap nilai-nilai moral yang dibawa dalam karya sastera. Cerita Sang Kancil
dengan Buaya misalnya cukup terkenal bukan semata-mata kerana ceritanya menghiburkan
tetapi keupayaannya untuk memasyarakatkan nilai, unsur moral dan pengajaran yang
berguna kepada masyarakat. Tanpa kita sedari kita dibesarkan dalam asuhan moral yang
dibawa dari cerita tersebut. Tanpa sedar kita dserapkan dengan kepentingan nilai tolongmenolong dan kita pula diperingatkan betapa buruknya sikap tidak mengenang budi.
Sama seperti pantun tadi, pemilihan kata yakni berburu dan digandingkan dengan berguru
memberi mesej yang penting pada kita. Dalam ungkapan yang ringkas, pantun membawa
tafsiran makna yang mendalam. Kerja berburu sama sukarnya dengan berguru. Ia
memerlukan kemahiran dan ketekunan. Peringatan yang cuba dibawa dalam pantun iaitu
pentingnya ilmu tetapi jangan salah berguru.
Permasalahan yang perlu direnung kembali adalah bagaimana dwi fungsi sastera ini dapat
dipertahankan dalam cabaran abad ke-21?.
Untuk menjadikan karya sastera dapat diterima dengan berkesan sudah pastinya dwi fungsi
sastera itu dapat berterusan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Meski pun karya
sastera itu sendiri sudah lengkap dengan unsur hiburan dan pengajarannya, bagaimana ia
dapat disampaikan kepada pelajar? Ia pastinya menjadi satu cabaran kepada guru-guru
bahasa Melayu. Jika karya sastera tidak sampai kepada pelajar dalam bentuk yang
menghiburkan. Nilai sastera sebenar tidak sampai kepada pelajar. Keindahan sastera tidak
dapat diselami oleh pelajar. Akhirnya pelajar terasa sastera hanya membebankan mereka
dengan teks yang banyak bukan menghiburkan mereka. Kepalang ajar kadangkala lebih
banyak membunuh minat dan kecenderungan pelajar.

5. Matlamat
5.1. Bahasa
Penggunaan bahan sastera bermatlamat ke arah membina perkembangan bahasa. Interaksi
pelajar dengan bahan sastera memberi ruang kepada pelajar mengasah kemahiran membaca
dan memahami. Pengajaran tentang sesebuah teks sastera melibatkan pengajaran
kemahiran membentuk makna bukan sahaja tentang teks yang dibaca tetapi juga makna
yang dibawa oleh teks tersebut dan hubungannya dengan pengetahuan dan pengalaman
seseorang pelajar. Hal ini juga bermaksud bahawa makna atau maksud yang dibawa oleh
sesebuah teks sastera yang dibaca, bukan sahaja didapati dalam teks, tetapi juga diperoleh
melalui interaksi dengan teks. Konteks hubungan pembaca dengan teks dapat diperkayakan

dengan penguasaan laras bahasa dalam karya kreatif. Pelajar dapat mengenalpasti gaya
bahasa dalam karya sastera, menganalisis gaya bahasa dan unsur bunyi dalam karya sastera.
Pelajar juga dapat menguasai aspek penggunaan gaya bahasa dan unsur bunyi dalam
penulisan kreatif.
Kemahiran berbahasa diperluaskan dengan interaksi pelajar dengan keindahan bahasa yang
terpancar dalam karya sastera. Keindahan bahasa yang menjadi intisari sesebuah karya
sastera berupaya mendekatkan pelajar dengan keragaman dan kekayaan bahasa sastera
yang indah dan menarik. Matlamat pengunaan bahan sastera adalah untuk membentuk
kepekaan pelajar terhadap variasi bahasa yang wujud dalam teks sastera. Melalui
penghayatan karya sastera pelajar dapat mempelajari kekayaan bahasa masyarakatnya dan
dapat meneladaninya untuk memperoleh kekuatan bahasa. Selain itu, kemahiran berbahasa
dilengkapkan melalui kemampuan pelajar menghasilkan penulisan kreatif. Penghasilan prosa
atau puisi secara terancang, kemas, serta mematuhi pengunaan bahasa yang tepat, indah,
dan menarik.
5.2. Nilai
Karya sastera tidak terlepas dari pancaran nilai yang terakam di dalamnya. Nilai-nilai yang
dipaparkan bersifat nilai kesejagatan yang membawa kelangsungan kepada umat manusia.
Manusia dilukiskan untuk membayangkan nilai-nilai murni supaya manusia terus hidup dengan
lebih sempurna. Mendekati karya sastera bermakna pelajar dapat merenung, berfikir, dan
membuat refleksi tentang situasi dirinya dalam kehidupan ini. Kesejahteraan dan
kemakmuran manusia yang dipancarkan dalam karya sastera dapat menyemai naluri
keinsanan dalam jiwa pelajar.
5.3. Pembangunan sahsiah
Fungsi mendidik yang dibawa dalam karya sastera bertujuan untuk pembinaan sahsiah
seseorang. Sastera dapat membina manusia yang berfikir, berpegang pada etika, manusia
yang halus pertimbangannya, bersikap adil dan saksama, serta dapat membayangkan
perasaan orang lain. Karya sastera memberi ruang kepada pelajar untuk merasa prihatin
terhadap keperitan dan kedukaaan yang dialami orang lain. Mereka menjadi peka kepada
sesama manusia dan persekitarannya. Karya sastera mengajak manusia untuk membina
sebuah masyarakat atau manusia yang baik.
5.4. Jati diri
Sastera yang tumbuh dalam jiwa dan bahasa sesuatu bangsa akan menjadi alat, bukti, dan
unsur jati diri bangsa berkenaan. Sastera akan menjadi sebahagian dari wajah dan jiwa
bangsa. Karya-karya sastera tradisional seperti pantun, syair, seloka, dan gurindam serta
karya-karya prosa tradisional seperti sastera rakyat, metos, legenda, dan epik menjadi

khazanah yang amat dibanggakan. Mengenali teks sastera bermakna memberi ruang kepada
pelajar memahami jati diri mereka. Sastera menjadi warisan kerana di dalamnya terkumpul
alatan komunikasi, fikiran, konsep, persepsi, emosi, muzik, dan seni bangsa itu (Muhammad
Haji Salleh : 2004). Bahan sastera berupaya untuk memberikan pendedahan berkaitan unsur
budaya, pemikiran, sikap, dan nilai yang diamalkan dalam masyarakat.
6. Peranan dan kesan penggunaan bahan sastera
dalam pembelajaran bahasa
Awang Sariyan (2003) penggunaan bahan sastera dalam pengajaran bahasa bertujuan untuk
melatih pelajar membaca karya sastera dengan strategi yang tepat, bukan semata-mata
untuk memenuhi tujuan praktis seperti memperolehi maklumat tetapi untuk menganalisis
teks sastera bagi memperoleh kemungkinan makna tertentu secara simbolis atau filosifis.
Pembacaan ini merupakan kemahiran membaca aras tinggi untuk membentuk pelajar yang
analitis, kritis dan kreatif dalam respons terhadap teks yang dibaca.
Menurut Mohd. Taib Osman (1977) kepentingan bahan sastera sebagai sebagai alat
pendidikan dapat dilihat dari tiga sudut :
1. Aspek pemakaian bahasa sebagai medium kesusasreraan. Hasil-hasil karya sastera
kreatif seperti cerpen, novel, drama, dan puisi merupakan pendidikan bahasa yang lebih luas
daripada pelajaran penggunaan, pamakaian atau kemahiran bahasa kerana bahan-bahan itu
mencakup bidang-bidang bahasa yang kreatif, imaginatif dan statis.
2. Sifar kejadian hasil sastera sebagai pernyataan seni. Aspek estetika dan keindahan di
dalam jasmani dan alam rohani manusia.
3. Kesusasreraan itu tidak lahir dalam vakum tetapi sastera adalah hasil sesuatu
kebudayaan dan masyarakat. Satu khazanah ciri-ciri pilihan daripada pemikiran intelektual,
pengolahan seni serta pengalaman hidup sesuatu masyarakat.

6.1. Membina dan memperkasa bahasa


Awang Sariyan (1993) menjelaskan bahawa penggunaan bahan sastera membolehkan pelajar
menghayati keunikan gaya bahasa individu seseorang pengarang. Karya sastera memiliki
kelainan gaya bahasa antara seorang pengarang dengan pengarang yang lain. Variasi gaya
kepengarangan menjadi bahan bahasa yang penting dihayati pelajar dalam usaha memahami
kekayaan bahasa masyarakatnya.
Nafii Mat (2006) menjelaskan bahawa penggunan bahan sastera dalam pengajaran bahasa
Melayu berupaya menjadikan pengajaran bahasa Melayu menghiburkan, menyeronokkan, dan
pelajar dapat menguasai bahasa secara maksimum. Penggunaan bahan sastera dapat
mendedahkan kepada pelajar berkaitan dengan sifat-sifat bahasa yang berkesan di samping

pelajar dapat menikmati keindahan karya sastera.


Matlamat akhir pengajaran bahasa Melayu adalah untuk membina kebolehan pelajar untuk
menggunakan laras bahasa yang sesuai dengan keadaan. Pelajar berupaya untuk
berinteraksi, berunding, memberi pendapat, membuat pertimbangan, memujuk,
mempengaruhi orang lain melakukan sesuatu, atau berurusan untuk mendapatkan barangan
dan perkhidmatan. Pemenuhan terhadap matlamat ini sewajarnya dapat disempurnakan
melalui pengguna bahan sastera. Pelbagai kemahiran berbahasa dapat dikuasai oleh pelajar
melalui penggunaan bahan sastera sama ada secara lisan atau bertulis. Malah bahan sastera
itu sendiri lebih merujuk kepada apa yang sebenarnya berlaku dalam masyarakat ditambah
dengan unsur hiburan dan pengajaran yang sedia sebati dalam bahan berkenaan.
6.2. Membentuk dan membina tanggapan dan pemikiran tentang cerita
Kemampuan bahan sastera adalah untuk berkomunikasi dalam ruang pengalaman yang lebih
jauh dari apa yang dialami pelajar. Karya sastera itu sendiri lahir dari proses yang cukup
menarik. Di dalam sesebuah karya sastera tersimpan di dalamnya imaginasi pengarang,
emosi, pemikiran, realiti, bahasa, dan nilai. Sifat estetika karya sastera sama ada dari
aspek bahasa, struktur karya, nada, emosi, dan isi karya mempunyai pelbagai dimensi yang
dapat diteroka oleh pelajar. Jika mereka berhadapan dengan sebuah teks drama, bermakna
pelajar bukan sekadar membaca untuk memahami ceritanya, sebaliknya pembacaan ini
membawa pelajar ke dalam dunia karya itu sendiri.
6.3. Mencipta dan membina kebolehan bercerita
Kepentingan bahan sastera dalam pengajaran bahasa adalah untuk membolehkan pelajar
berkomunikasi dalam pelbagai situasi. Keupayaan ini dapat dilakukan melalui proses
bercerita, deklamasi, lakon, forum, bahas, syarahan, dan sebagainya. Kebolehan
berkomunikasi dalam pelbagai variasi ini memberi peluang kepada pelajar menguji kemahiran
berbahasa mereka sama ada dari aspek mendengar, membaca, dan menulis. Bahan sastera
dapat dijadikan landasan untuk membina peningkatan kemahiran berkenaan. Sekiranya
bahan sastera itu disusuri dengan penuh bijaksana sudah tentunya kekayaan bahan sastera
itu akan dapat dialami dan dihayati oleh pelajar. Aspek-aspek emosi, nilai dan budaya yang
sebati di dalamnya berupaya memaparkan pengalaman baru kepada pelajar.
Penerokaan bahan sastera melibatkan proses penikmatan dan penghayatan. Karya-karya
sastera dinikmati oleh pelajar melalui proses pembacaan, deklamasi, dan sebagainya. Melalui
penikmatan ini pelajar akan dapat menghayati karya sastera dengan lebih mendalam.
Sebuah sajak perlu dideklamasikan dengan penuh penghayatan, intonasi yang sesuai dan
nada yang bertepatan. Pelajar dapat membina pengalaman baru berhadapan dengan sajak
dan dinikmati pula dalam bentuk yang lebih kreatif. Sajak berkenaan bukan sekadar
dideklamasikan malah boleh dinyanyikan, mestamu, puisidra, dan sebagainya. Di samping

dapat menikmati keindahan karya sastera sudah tentu aktiviti yang dilakukan melahirkan
keseronokan. Keseronokan akan membuka ruang kepada minda pelajar untuk meneroka
perkara yang lebih mencabar dalam karya sastera seperti memahami dan menilai karya
tersebut.
Aspek penikmatan yang bersesuaian membawa kepada proses penghayatan karya sastera.
Pelajar dapat menggali makna karya berkenaan apabila mereka sudah sebati dengan karya.
Proses penikmatan telah menyediakan ruang pengalaman yang lebih bermakna untuk pelajar
meneroka makna yang terkandung dalam karya sastera. Proses penghayatan akan membawa
kepada pemahaman pelajar terhadap isi karya, watak, latar dan sebagainya. Karya sastera
yang digauli akan mudah difahami. Penerokaan dalam aspek penghayatan akan membuka
penemuan ke arah kemampuan pelajar membuat penilaian terhadap karya sastera. Mereka
boleh mengemukakan pandangan tentang kesan karya yang dibaca, pengalaman yang
diterima, serta menjelaskan di manakah tarikan yang terkandung dalam karya berkenaan.
6.4. Mencabar dan membina kreativiti
Noriah Taslim (1996) menjelaskan bahawa penghayatan karya sastera boleh mendidik
pelajar berfikiran kritis dan kreatif. Penghayatan memerlukan penaakulan dan penilaian.
Pelajar perlu membina semula dunia makna, dunia ilmu, dan dunia nilai yang disuratkan dan
disiratkan dalam sesebuah karya sastera. Ia melatih pelajar untuk berhujah, mentafsir apa
yang tersurat dan tersirat, membuat pertimbangan dan membuat keputusan. Sumbangan
bahan sastera adalah untuk melahirkan manusia yang kritis dan kreatif.
Di samping itu pelajar pula berhadapan dengan karya sastera yang sememangnya mempunyai
struktur dan corak tertentu. Aspek penikmatan genre sastera seperti sajak, cerpen, drama
atau novel mempunyai perbezaannya. Drama misalnya memerlukan pelajar untuk melafaz
dialog sesuai dengan intonasi dan keperluan makna teks. Pantun dibacakan dalam struktur
bacaan yang berja dan bersukat. Tuntutan sedemikian sudah pastinya memerlukan kreativiti
yang tinggi. Berhadapan dengan teks sastera bermakna pelajar akan memasuki dunia
kreativiti yang mencabar emosi, jasmani, intelek dan rohani pelajar. Bahan sastera memberi
peluang kepada pelajar menjana emosi, melahirkan respons terhadap bahan sastera serta
meningkatkan kreativiti dalam melakukan apresiasi terhadap karya sastera. Ini bermakna
karya sastera bukan sekadar untuk dibaca dan menghafal cerita tetapi dinikmati dan
dihayati dengan lebih kreatif.
6.5. Berkongsi pengalaman kehidupan
Bahan sastera berupaya menyediakan dunia pengalaman yang luas kepada pelajar. Manusia
yang dipaparkan dalam karya sastera adalah manusia yang berada dalam lingkungan
kehidupan pelajar dan di luar lingkungan hidup mereka. Watak-watak yang temui dalam
karya akan membuka pengalaman baru terhadap pelajar. Latar yang ditemui juga berbeza-

beza. Zaman yang diungkapkan juga berlainan. Bahasa yang digunakan mempunyai variasi
yang pelbagai. Segalanya berupaya membentuk kepekaan pelajar tentang pelbagai aspek
budaya dan kehidupan masyarakat. Pelajar melihat diri orang lain dan berupaya untuk
membandingkan dengan kehidupan dirinya. Pelajar merasai denyut emosi orang lain dan
disatukan dengan emosi dirinya. Pengalaman ini akan dapat membantu ke arah pembentukan
rasa persefahaman, tolak ansur, dan kesediaan untuk menyesuaikan diri dengan
persekitaran. Pelajar dapat mengenal budaya dan pola kehidupan bermasyarakat.
Melahirkan anggota masyarakat yang menghormati tatacara hidup masyarakatnya,
mengurangkan potensi meluasnya kadar jenayah dan pelanggaran hak orang lain.
6.6. Meneroka masa dan ruang pengalaman dalam kehidupan
Bahan sastera memberi peluang kepada pelajar meneroka apa yang jauh dari ruang
pengalaman sebenar mereka. Pelajar dapat menemui pengalaman baru berdampingan dengan
teks yang mereka nikmati dan pengalaman ini membuka ruang kehidupan yang melampaui
batas pengalaman sedia ada mereka. Penerokaan ke alam sastera adalah penerokaan yang
indah dan mengkagumkan. Pelajar akan dapat memahami dan menyedari kehidupan yang
bergerak di luar lingkaran mereka sekaligus memahami bahasa dan budaya masyarakatnya.
Menurut Spencer (2001) sastera memberi ruang kepada pelajar melakukan kontemplasi
terhadap diri mereka sendiri. Melalui sastera pelajar akan lebih memahami kehidupan dan
apa yang berlaku di sekeliling mereka. Kepentingan sastera adalah untuk membawa pelajar
berhadapan dengan realiti diri, di mana mereka berada dan bagaimana mereka memahami
diri orang lain. Sastera memungkinkan pelajar menemui manusia-manusia yang berbeza sama
ada dari segi pengalaman, latar kehidupan, dan sikap. Manusia-manusia berkenaan mungkin
mereka gemari atau benci. Geertz (1973) menambah bahawa apabila kita berhadapan
dengan karya sastera yang berbeza dengan budaya kita, kita bukan sekadar membaca teks
tetapi mengkaji budaya di mana karya itu dilahirkan. Karya sastera perlu diberi interpretasi
dengan penuh sensitiviti untuk mencari maknanya dan mengenali budaya yang dipaparkan.
Sesuatu yang kelihatan asing pada awalnya barangkali dapat dimengertikan dan mempunyai
perkaitan dengan pengalaman kita sendiri.
6.7. Mencermin kejayaan individu dan masyarakat
Sastera dianggap sebagai dokumen sosial yang memaparkan rupa dan wajah masyarakatnya.
Apabila pelajar berhadapan dengan karya sastera mereka sebenarnya melihat ke dalam
masyarakatnya. Kepentingan sastera adalah untuk mengajak manusia mengenal budayanya
dan mengamalkan nilai-nilai yang dikongsi bersama. Di dalam karya sastera ada kisah-kisah
tentang kejayaan dan kegagalan, kemurungan dan kegembiraan, dan sebagainya. Kisah-kisah
sedemikian dapat diambil sebagai teladan dan pengajaran bagi pelajar. Nilai-nilai yang
tersebar dalam karya sastera dapat diterapkan untuk membina kekuatan diri dan
keperibadian pelajar. Oleh itu karya-karya yang dihidangkan kepada pelajar adalah karya-

karya sastera yang dapat mencerminkan nilai, budaya, pemikiran, dan sikap masyarakat.
Sejarah Melayu misalnya adalah cermin kecemerlangan masyarakat pada zaman tradisinya.
6.8. Membina jati diri
Keupayaan bahan sastera adalah untuk memberi peluang kepada pelajar menikmati suatu
hasil yang lahir dari cetusan pemikiran, sikap dan nilai sesuatu bangsa. Karya-karya sastera
bukan sahaja menjadi dokumen budaya tetapi menjadi sumber khazanah ilmu yang berguna
untuk pembinaan jati diri bangsa. Aspek budaya, masyarakat, dan manusia yang ditatap
menerusi karya sastera akan menggerakkan pelajar untuk mengenal jati dirinya. Sama ada
karya tradisional atau karya moden ia membawa pengaruh tertentu berkaitan suatu zaman.
Jika karya sastera terlepas dari bacaan pelajar bermakna mereka akan ketinggalan satu
khazanah penting yang merakamkan jati diri, budaya dan pemikiran bangsa.
7.0. Pendekatan menggunakan bahan sastera dalam pengajaran bahasa
Menurut Mana Sikana (2001) tidak semua pelajar mempunyai ketekunan membaca teks
sastera. Jika teks sastera gagal dikuasai secara literasi maka menjadi tangunggjawab guru
untuk menguasai teks secara literasi. Kegagalan pelajar membaca teks sastera membawa
kepada kesukaran dalam pengajaran sastera. Jika pelajar dipaksa membaca teks sastera, ia
akan menjadikan sesi pembelajaran suatu yang menderakan dan akan mengorbankan
falsafah sastera itu sendiri. Teks tidak seharusnya didekati dengan bacaan sahaja. Teks
sastera boleh ditransformasi kepada bentuk-bentuk lain. Puisi boleh dirakamkan dan
diperdengarkan kepada pelajar. Teks drama boleh diterjemahkan kepada lakonan pentas.
Malah teks sastera boleh ditransformasikan kepada bentuk multimedia yang boleh
merangsang pelajar. Mana Sikana merumuskan kegagalan pengajaran sastera adalah
disebabkan oleh :
1. Pengajaran sastera terlalu tertumpu di bilik sekolah, membaca dan menganalisisnya;
alangkah baiknya dibina makmal sastera.
2. Sastera dianggap hanya apa yang ada di dalam teks, tingkat ketergantungan kekepada
teks terlalu tinggi; alangkah baiknya mengaitkannya dengan nilai sasterawi dengan nilai di
luar teks; nilai kehidupan yang berkaitan dengan alam hidup pelajar.
3. Kurang terdapat hubungan antara teori dengan pengajaran yang boleh membangunkan
rasa apresiasi; malah ada pengajaran tanpa penguasaan teori, apalagi teori yang terbaru;
alangkah baiknya saling menguasai teori dan saling memperbaharui dengan teori baru supaya
pengajaran sastera menjadi dinamik.
4. Sumber sastera sebagai bahan pengajaran dan pemelajaran sering dilihat hanya
diakrifkan oleh guru, pelajar hanya sebagai penerima. Sepatunya guru hanya bertindak
sebagai seorang pengarah drama, pelajarlah yang mempunyai kebebasan mengaksikan segala
tafsiran dramatiknya.
Pusat Perkembangan Kurikulum (1994) menyarankan tiga kaedah untuk mengajar iaitu

Kaedah Analisis-Struktur, Kaedah Mengalami-Menghayati, dan Kaedah Berfokus untuk


digunakan dalam pengajaran bahasa Melayu.
1. Kaedah Analisis-Struktur (Struktural)
Kaedah pengajaran dan pembelajaran menganalisis karya sastera dari sudut pembinaan atau
struktur karya. Aspek yang dikaji ialah tema, plot, watak dan perwatakan, gaya bahasa,
latar, sudut dan teknik. Kaedah mi menekankan aspek intrinsik. Kaedah ini digunakan untuk
mengkaji dan memahami aspek struktur sesebuah karya secara induktif. Kaedah ini
memerlukan pembacaan rapi
Oleh guru dan pelajar. Guru perlu mengajar aspek struktur secara umum terlebih dahulu,
kemudian menjelaskan setiap aspek secara terperinci. Kaedah ini menekankan pemahaman
pelajar terhadap setiap aspek tentang sesebuah karya.
2. Kaedah Mengalami-Menghayati
Kaedah ini memerlukan penghayatan pelajar sendiri melalui pengalaman, penaakulan, dan
penganalisisan. Melalui kaedah ini pelajar dapat menjiwai sesebuah karya sastera dan
mungkin dapat mengaitkannya dengan pengalaman sendiri. Aspek yang membentuk karya
sastera iaitu tema, plot, watak, bahasa, dan sudut pandangan dapat dikaji secara terperinci
setelah pelajar memahami isi cerita atau maksud puisi. Kajian dijalankan oleh pelajar sendiri
secara individu atau berkumpulan setelah mendapat bimbingan awal daripada guru untuk
mewujudkan pengajaran dan pemelajaran yang berkesan. Guru hendaklah mempelbagaikan
teknik dan aktiviti yang menarik, di samping memberi penekanan kepada penggunaan alat
bantu mengajar yang sesuai untuk menimbulkan suasana yang dapat membantu pelajar
menghayati sesebuah karya sastera yang dikaji. Latihan yang diberikan oleh guru harus
lebih menumpukan kepada penghayatan pelajar sendiri, misanya pendapat mereka tentang
sesebuah episod, watak atau peristiwa, dan penilaian terhadap plot Kaedah ini
mementingkan aktiviti yang dapat melatih pelajar berfikir secara kritis dan analitis. Guru
harus mempelbagaikan teknik serta alat bantu mengajar dan belajar yang sesuai dan
berkesan.
3. Kaedah Berfokus
Kaedah ini menekankan sesuatu aspek dalam sesebuah karya sastera di samping aspek lain
secara sampingan. Kaedah ini bertitik tolak daripada aspek yang menonjol dalam sesebuah
karya. Fokus utama (FU) dalam sesebuah karya akan menjadi lebih istimewa dan bermakna
jika dibantu oleh fokus sampingan (FS), kerana kedua-duanya saling berhubung kait. Untuk
menimbulkan pengajaran dan pemelajaran sastera yang berkesan dan menyeronokkan,
perkara yang penting dan menarik dalam karya sastera perlulah dijadikan fokus utama (FU),
dan perkara lain dijadikan fokus sampingan (FS). Fokus utama (FU) dan fokus sampingan
(FS) boleh bertukar ganti, bergantung pada aspek yang hendak ditekankan.

Gaya Pemelajaran Gardner : Kecerdasan Pelbagai


Dalam mengaplikasikan bahan sastera di bilik darjah guru perlu mengenal pasti tahap
kebolehan serta gaya pembelajaran pelajar-pelajarnya. Gaya pembelajaran merupakan satu
set ciri peribadi yang mempengaruhi seseorang dalam menerima, mengumpul, dan
memproses maklumat. Gaya pembelajaran pula berkait rapat dengan tahap kecerdasan
seseorang pelajar. Gardner (1993) yang mengkaji teori kognitif, telah memperkenalkan satu
model kecerdasan pelbagai (multiple intelegence). Model ini menjelaskan bahawa
kecerdasan dapat dipelajari, dikembang, dan ditingkatkan. Model Gardner ini berlandaskan
prinsip:
Setiap individu mempunyai kesemua sembilan kecerdasan tetapi pada tahap perkembangan
yang berbeza-beza.
Kebanyakan individu mampu mengembangkan kecerdasan yang dimiliki ke tahap yang cekap
jika diberikan penggalakan, pengayaan, dan pengajaran yang sesuai.
Kecerdasan sering bertindak serentak dalan menghasilkan sesuatu kerja, dan jarang
beroperasi secara tersendiri.
Sesuatu kecerdasan dapat dimanifestasikan dalam pelbagai bentuk dan cara.
Berdasarkan Model Kercerdasan Pelbagai Gardner, aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan
penggunaan bahan sastera melibatkan :
1. Kecerdasan Linguistik
Kecerdasan linguistik dapat diperkayakan dengan aktiviti seperti peraduan menulis
cereka/karya kreatif, pertandingan bercerita, deklamasi sajak, pendapat dan penerangan,
teater pembaca, improvisasi, drama, penulisan jurnal, penerbitan buletin, akhbar kelas dan
ulasan, penulisan cerita berdasarkan lukisan komik, dan projek seperti pameran.
2. Kecerdasan Visual/ spatial
Aktiviti melibatkan lakonan atau drama, diorama adegan tertentu dalam cereka, penontonan
rakaman video atau sebahagian filem untuk tujuan perbincangan atau penjelasan, tetamu
dalam aksi (menjemput tetamu, seperti penulis atau pelakon dalam sesuatu pementasan),
permainan drama, penciptaan gerak bermakna dan gerak kreatif, bagi menjelaskan atau
menghuraikan maksud sesuatu aspek dalam teks, dan pantomim.
3. Kecerdasan Muzikal
Memasang lagu latar ketika mendeklamasikan sajak atau bercerita, melafazkan puisi dengan
nada, emosi dan rima yang sesuai, mestamu (memelodikan sajak tanpa alat muzik),

melagukan puisi (nyanyian lagu puisi), menulis lirik berdasarkan idea dalam teks, merancang
kesan bunyi berdasarkan urutan peristiwa atau bercerita berpandukan kesan bunyi dalam
rakaman, dan membuat projek seperti pertandingan melagukan puisi tradisional dan puisi
moden.
4. Kecerdasan Kinestetik
Main peranan, simulasi penyelesaian masalah, andaian, ramalan, improvisasi (aksi kaku) plot
berdasarkan teks, teater bercerita, pantomim, permainan drama, kerusi panas
(berdasarkan watak dan perwatakan dalam karya), gerak kreatif dan gerak bermakna.
5. Logik Matematik
Penyelesaian masalah seperti melakar bentuk bagi menjelaskan rumusan, melakarkan peta
minda, grafik atau carta aliran, mengisi borang pengurusan grafik.
6. Kecerdasan Interpersonal
Aktiviti perbincangan rakan sebaya, aktiviti kumpulan pakar. teater pembaca, dramatisasi,
simulasi dan improvisasi membina satu idea baru atau karya kreatif berdasarkan idea dalam
teks, kerusi panas berdasarkan watak dalam cereka, balang emas (wawancara dan ulasan),
forum (perkara pokok dalam karya), perbahasan (isu yang ditimbulkan dan teks).
7. Kecerdasan Intrapersonal
Menulis surat kiriman kepada sahabat, berkenaan salah satu aspek dalam karya, menghantar
e-mel memberikan pendapat anda tentang watak dalam cerpen, menulis jurnal atau diari
(refleksi tentang perasaan anda ketika membaca novel), membuat kerusi panas berdasarkan
watak dalam cereka, mengadakan perbahasan (isu yang ditimbulkan dan teks), dan membuat
bayangan minda seperti membuat suatu ramalan masa depan.
8. Kecerdasan Naturalistik
Menikmati karya bersama rakan di taman atau di bawah pohon sekitar sekolah, membuat
improvisasi meluahkan perasaan kepada alam dan persekitaran, untuk penghasilan karya
atau penikmatan karya, membuat buku skrap berdasarkan bahan alam, dan membuat analogi
dengan kehidupan sendiri untuk mencari konsep serta idea penghasilan karya.
9. Kecerdasan Emosi
Perbincangan tentang nilai dan pengajaran dalam karya, perbahasan isu-isu dalam karya
yang perlu diselesaikan, main peranan sepeti watak-watak yang boleh menjadi model atau

menimbulkan aspek positif pelaku, improvisasi seperti mengisahkan klimaks dalam drama
dan memberi penjelasan mengapakah penelesaiannya harus begitu, tetamu dalam aksi
seperti menjemput pengarang untuk membicarakan moral dan pemikiran dalam karya, dan
monodrama atau monolog seperti menghayati watak dalam karya serta merasai perasaan
dan aspek kerohanian watak dalam karya.

Teknik Pengajaran
Bahan sastera seharusnya diajar menggunakan teknik pengajaran yang dapat mengekalkan
keperluan corak dan struktur sastera. Unsur-unsur hiburan dan keseronokan harus
dikekalkan di samping teknik yang digunakan tetap berperanan memperkayakan pengetahuan
dan kemahiran yang perlu dikuasai oleh pelajar.
Di antara teknik pengajaran yang boleh digunakan di dalam bilik darjah ialah :
1. Respons pembaca
Respons membaca melibatkan sebarang tingkah laku yang dapat dilihat daripada aktiviti
membaca. Respons pembaca terhadap bahan sastera dapat dinyatakan dalam pelbagai
bentuk : penulisan jurnal, buku laporan, ulasan lisan, persembahan dramatik, lukisan, dan
sebagainya. Tujuan respons pembaca ialah pelajar dapat memberi reaksi terhadap teks yang
dibaca.
2. Mestamu

Mestamu bermaksud melagukan puisi tanpa muzik. Biasanya dilakukan secara berpasangan,
seorang mendeklamasi puisi manakala pasangannya akan melagukan puisi. Manakala jika
dilakukan secara perseorangan, orang yang sama akan mendeklamasikan sajak dan
melagukan puisi.
3. Puisidra
Puisi yang didaramakan atau dilakonkan. Seorang pelajar akan mendeklamasikan puisi
manakala sekumpulan pelajar akan melakonkannya. Pergerakan pelakon adalah selaras
dengan ungkapan puisi berkenaan.
4. Teater Bercerita
Satu bentuk drama naratif bercorak cerita. Seorang pelajar akan membacakan cerita
manakala pelajar yang lain akan melakonkannya. Ia boleh melibatkan ramai pelakon. Lakonan
pula dibuat secara spontan. Pencerita akan menyampaikan cerita dan pelakon beraksi
mengikut watak dalam cerita berkenaan.
5. Improvisasi
Lakonan secara spontan yang mengisahkan kejadian, peristiwa, atau situasi sebenar dalam
kehidupan seharian. Aktiviti dijalankan dalam kumpulan kecil iaitu antara dua hingga lima
orang.
6. Kerusi Panas
Pelajar diberi satu peranan berdasarkan skrip atau improvisasi. Pelajar akan cuba
berimaginasi tentang gaya atau aksi watak tersebut dalam semua aspek seperti cara
bercakap, cara berjalan, pemikiran dan seumpamanya. Pelajar hendaklah mengkaji latar
belakang watak dari aspek umur, gambaran fizikal, dan bagaimana watak itu bertindak.
Aspek penting yang diberi perhatian adalah aspek watak. Pelajar-pelajar lain boleh
bertanya soalan berkaitan dengan teks kepada pelakon tersebut yang duduk di atas kerusi
di hadapan kelas.
7. Adaptasi Genre
Pelajar memilih mana-mana teks sama ada cerpen, novel atau drama. Teks tersebut diolah
semula ke dalam bentuk teks lain yang berbeza genrenya. Misalnya sebuah teks cerpen
dipindahkan menjadi sebuah drama atau sebuah syair.
8. Teknik Penfasiran Grafik

Memindahkan teks sastera seperti sajak ke dalam bentuk bahan grafik sama ada lukisan,
fotografi, lakaran, carta, graf, dan sebagainya.
9. Monodrama
Satu teknik lakonan yang dilakonkan oleh seorang pelakon. Pelakon perlu menghayati satu
watak yang dipilih dari teks yang dibaca. Pelakon akan berlakon secara perseorangan
meluahkan rasa hati, dan emosi watak agar ia dapat menjelaskan peranan dan tindakan
watak. Pelajar akan menilai perwatakan pelakon dan perwatakan watak lain berdasarkan
lakonan tersebut.
Berdasarkan perbincangan di atas dapatlah dirumuskan pengajaran dan pembelajaran bahan
sastera sebagai berikut :
1. Penggunaan teknik pengajaran yang sesuai dengan bahan sastera. Kepelbagaian teknik
pengajaran akan memberi peluang kepada pelajar meneroka bahan sastera melalui
pengalaman yang berbeza-beza. Pelajar lebih gemar kepada proses pengajaran dan
pembelajaran berlaku secara tidak formal dan banyak melibatkan pelajar secara aktif.
2. Guru perlu menguasai kemahiran sastera. Guru perlu menjadi model kepada pelajar. Guru
dapat menguasai pelbagai aspek sastera seperti mendeklamasi, berlakon, bersyair,
berseloka, berpantun, beraksi dan sebagainya. Guru menjadi penyubur kepada bahan
sastera dalam bilik darjah. Sentuhan emas guru menjadikan bahan sastera berkembang dan
semerbak dalam bilik darjah
3. Sesuatu pengajaran perlu perancangan yang teliti. Perancangan ini melibatkan masa,
penggunaan bahan, fokus pembelajaran, dan sebagainya. Perancangan yang dilakukan
membolehkan guru merangka aktiviti yang bersesuaian dengan keperluan pembelajaran
pelajar. Keutamaan perancangan guru adalah bagaimana untuk melibatkan pelajar secara
berkumpulan atau individu dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
4. Penggunaan bahan bantu belajar yang menarik. Bahan bantu mengajar terdiri daripada
peta minda, lakaran grafik, video, fotografi, keratan akhbar, majalah, cd, vcd, dvd dan
sebagainya. Bahan-bahan ini hendaklah dirancang dengan teliti pengunaannya agar ia dapat
memanfaatkan pengajaran guru. Bahan-bahan yang dicipta secara kreatif oleh pelajar
sesuai digunakan dan akan menyeronokkan mereka.
5. Aktiviti dalam bilik darjah berfokuskan pelajar. Guru memberi peluang kepada pelajar
untuk terlibat aktif dalam aktiviti yang dirancang. Guru bertindak sebagai fasilitator
manakala pelajar akan menggunakan segala kemahiran berbahasa dalam aktiviti yang
dilakukan.

8.0. Faktor penentu kejayaan nasional


Keperluan akhir dalam mencorakkan kejayaan adalah keupayaan guru untuk menguasai
pendekatan dan teknik pengajaran yang bersesuaian dengan keperluan pelajar. Pelajar hari
ini tidak menerima apa sahaja yang guru berikan malah mereka lebih berminat untuk
mempelajari sesuatu yang menarik, menyeronokkan, dan melibatkan mereka secara aktif.
Guru perlu bersedia untuk menajamkan kemahiran dan pengetahuan yang seiringan dengan
keperluan dan tuntutan pendidikan masa kini. Guru-guru perlu menyertai seminar, bengkel,
kolokium, dan sebagainya yang boleh mempertajamkan ilmu mereka tentang bahasa dan
sastera. Guru perlu bersikap positif terhadap kemunculan bahan sastera dalam pengajaran
serta menerimanya dengan cukup profesional tentang pembaharuan dan inovasi yang
perkenalkan.
Alaf baru memerlukan pemikiran, sikap, dan pandangan baru seorang guru. Bergeraklah ke
dalam dunia sastera dengan penuh minat, kesedaran, dan rasa tanggungjawab. Tajamkanlah
kefahaman dan kebolehan guru terhadap sastera. Jika guru berbakat menulis dan
berkaryalah kerana ia memberi kematangan ilmu terhadap guru-guru. Kajian dan
penyelidikan sesama rakan seperjuangan boleh memanfaatkan banyak pihak sama ada guru,
pelajar dan sekolah. Amalan pengajaran kolaboratif, kerja berpasukan, kajian tindakan, dan
sebagainya boleh membina pengukuhan ilmu dan penemuan terhadap idea baru yang
membantu guru-guru.
Sudah sampai masanya guru mendeklamasi sajak di khalayak, mementaskan teater, dan
menyanyikan lagu puisi. Hadirlah ke majlis-majlis sastera seperti seminar, baca puisi dan
sebagainya kerana ia membawa manfaat besar terhadap guru. Guru perlu menonton teater,
bersemuka dengan pelakonnya atau membawa bersama-sama pelajar menonton, kerana ia
memberi dimensi baru guru dan pelajar terhadap dunia sastera. Undanglah sasterawan dan
penulis ke sekolah atau bilik darjah kerana kehadiran mereka membina ufuk baru terhadap
pelajar.
Kehadiran bahan sastera dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu akan membuka
lembaran baru kepada guru dan pelajar. Iklim pengajaran dan pembelajaran akan menjadi
lebih bermakna, menyeronokkan, dan menggembirakan. Ada hilai tawa dan kecindan. Ada
muzik dan suara bergandingan.
Bahasa dan sastera menjadi irama dan lagu yang semakin indah dan sukar dipisahkan lagi.
Penutup
Sulamlah kain sastera berbenang bahasa
pakailah ke taman ilmu ke kolam pujangga

serikanlah taman dengan muzik sastera dan suara bahasa


dendangkanlah puisi sabda bahasa lidah sastera
di kolam sastera ada cermin budaya ada citra bahasa
sulamlah kain sastera berbenang bahasa
hiasan anak muda di bangku ilmu
gemerlap sutera bahasa serinya cahaya sastera
membiak nusa membina negara

BIBLIOGRAFI
Ali Ahmad (1994). Pengantar Pengajian Kesusasteraan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Awang Sariyan (2003). Isu-Isu Asas Penggunaan Bahan Sastera Dalam Pengajaran Bahasa.
Dewan Bahasa. Jil 3 Bil 4 : 7 11
Abdul Hamid Mahmood dan Ab Rahman Ab Rashid (2002). Teknik Pengajaran Sastera
Dalam Bahasa Melayu. Dewan Bahasa. Jilid 2 Bil 6 : 12 17.
Gardener, H (1993). Frames of Mind:The Theory of Multiple Intelligences. (2nd edition)
London: Fontana
Gutirrez, Kris (2000) . Teaching and Learning in the 21st Century. English Journal. 7 :
290 298
Geertz, Clifford. (1973). The interpretation of cultures, Basic Books, New York.
Hashim Awang. (1985). Teman Pelajar Kesusasteraan. Petaling Jaya : Fajar Bakti Sdn Bhd.

Mana Sikana (2001). Pengajaran Drama Sebagai Peneguhan Bahasa Melayu. Dewan Bahasa.
Jil 1 Bil 9 : 7 -13.
Muhammad Haji Salleh (2004). Sastera Di Ambang Globalisasi Dlm. Ilmu Kesusasteraan
Abad Ke 21. Jelani Harun (ed). Pulau Pinang : Penerbit Universiti Sains Malaysia
Mohd Taib Osman (1977). Pengajaran Bahasa dan Kesusasteraan Melayu. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Marohaini Yusoff. (2001). Landasan Pengajaran Komponen Sastera Dalam Bahasa Melayu.
Dewan Bahasa. Jil 1 Bil 6 : 20 26.
Modul Pengajaran dan Pembelajaran KOMSAS Tingkatan 4 dan 5. (2004). Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Meek Spencer, Margaret. (2001). Childrens literature and national identity, Trentham
Books, Stoke on Trent.
Nafii Mat (2006). Keperluan Teks Sastera Dalam Pengajaran Bahasa Melayu. Dewan
Bahasa. Jilid 6 Bil 9. : 44 47.
Nik Safiah Karim. (2004). Bahasa Melayu Bahasa Tamadun Moden. Dewan Bahasa. Jil 4 Bil
1. : 10 15.
Noriah Taslim. (1996). Menggarapi Dunia Faedah dan Keilmuan Sastera Melalui
Penstrukturan Kurikulum dan Pemantapan Kaedah Pengajaran. Dlm. Pengajaran Sastera.
Othman Puteh (Peny.). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Pusat Perkembangan Kurikulum. (1994). Buku Panduan Guru Kesusasteraan Melayu Tingkatan
IV dan V . Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
Sandra Burchsted. Prospectiva. http://www.prospectiva.net

LAMPIRAN 1
Keindahan Yang Hilang
(Shamsuddin Jaafar)
I
Sayup-sayup undan tua berlagu hiba

terbang beriring di rembang petang


renik-renik mengirai bulu carik
melayang satu-satu berbaur debu
lesu berapungan di air lalu.
Daun-daun menghijau alangkah segar
kemilau danau di sinar mentari
kali tenang betapa lembut mengalir ke muara
kedamaian melingkar rimba
lalu tumpah kasih nan jernih
erat bertaut cinta kasih.
Malam hiba dadanya ungu luka
pungguk tersedu pilu di atas batu
bulan tiada lagi mendandan wajah
bintang malam pudar sinarnya.
II
Orang bicara bulan bintang di makmal
pada buku, data dan komputer
lalu bulan dan cakerawala bisa diteroka
bisa kembara di planet dan angkasa.
Undan patah sayap gugur bulunya bertaburan
suara siapa parau mendera di malam lara
kali tenang tiba-tiba airnya bengis melanda
kepada siapa anak-anak kota desa berhutang nyawa?
III
Bulan kini bukan lagi menara kasih jernih
Bintang-bintang bukan lagi saksi sumpah kekasih.
(Kerusi: 15)

LAMPIRAN 2
Seloka Pak Kaduk
Aduhai malang Pak Kaduk
Ayamnya menang kampung tergadai
Ada nasi dicurahkan

Awak pulang kebuluran


Mudik menongkah surut
Hilir menongkah pasang;
Ada isteri dibunuh
Nyaris mati oleh tak makan
Masa belayar kematian angin
Sauh dilabuh bayu berpuput
Ada rumah bertandang duduk.
(Anak Laut : 9)

LAMPIRAN 3
GURINDAM MEMELIHARA ANGOTA DAN HATI
DARIPADA KEJAHATAN
Apabila terpelihara mata,
Sedikit cita-cita.
Apabila terpelihara kuping,
Khabar yang jahat tidaklah damping.
Apabila terpelihara lidah,
Nescaya dapat daripadanya faedah.
Bersungguh-sungguh engkau memelihara tangan,
Daripada segala berat dan ringan.
Hati itu kerajaan di dalam tubuh,
Jikalau zalim segala anggota pun roboh.
Apabila dengki sudah bertanah,
Datanglah daripadanya beberapa anak panah.
Mengumpat dan mengeji hendaklah fikir,
Di situlah banyak orang yang tergelincir.
Pekerjaan marah jangan dibela,
Nanti hilang akal di kepala.
Jika sedikitpun berbuat bohong,

Boleh diumpamakan mulutnya itu pekung.


(Kerusi : 8)

LAMPIRAN 4
Pantun Empat Kerat (Budi)
Tanam lenggun tumbuh kelapa,
Terbit Bunga Pucuk Mati;
Budi tuan saya tak lupa,
Sudah terpaku di dalam hati
Jentayu burung jentayu,
Hinggap di balik pohon mayang;
Bunga kembang akan layu,
Budi baik bilakan hilang.
Tenang-tenang air di laut,
Sampan kolek mudik ke tanung;
Hati terkenang mulut menyebut,
Budi baik rasa nak junjung.
Bunga melati bunga di darat,
Bunga seroja di tepi kali;
Hina besi kerana karat,
Hina manusia tidak berbudi.
(Hati Terkenang Mulut Menyebut :9)