Anda di halaman 1dari 38

59

Tamadun Islam
KONSEP MANUSIA MENGIKUT AL-QURAN
Pengenalan
Perkataan manusia dalam Bahasa Melayu adalah menyamai istilah yang disebutkan dalam al-Quran, iaitu al-Ins, al-
Insan, al-Nas dan
al-Basyar. Nama-nama ini adalah merujuk kepada manusia yang telah diamanahkan oleh Allah untuk menjadi
khalifah di atas muka
bumi ini. Dengan kata lain, manusia adalah pemerintah, pemilik dan pengguna bagi semua kejadian sama ada di
darat, di laut atau di
udara. Sejak abad ke-4 M, orang-orang Barat begitu terpengaruh dengan teori evolusi yang menyebutkan bahawa
manusia berasal
daripada beruk. Teori ini mula diperkenalkan oleh beberapa orang ahli falsafah Greek termasuklah Aristotle,
Anazimander dan
Epidocles. Namun demikian, teori ini dipertikaikan oleh saujana sains Islam dan juga Barat. Mereka menganggap ia
bukanlah suatu
kajian yang bersifat fakta sebaliknya merupakan satu ideologi sahaja.
Manusia Menurut al-Quran
Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh, dan jasad. Ia adalah sebaik-baik kejadian
berbanding dengan
malaikat dan binatang. Malaikat hanyalah dikurniakan akal tetapi tidak dikurniakan nafsu sedangkan binatang hanya
dikurniakan
nafsu tanpa akal. Sungguhpun begitu kedudukan manusia akan menjadi lebih rendah daripada binatang jika mereka
gagal
menggunakan akal dengan baik sebaliknya menjadi hamba kepada nafsu. Menurut al-Quran, semua manusia adalah
berasal dari
keturunan Nabi Adam dan Adam pula dijadikan daripada tanah. Oleh itu, kaedah mantik atau logik manusia juga
berasal daripada
tanah. Kebanyakan ulama tafsir berpendapat proses pembentukan bayi dalam kandungan juga bermula dari saripati
tanah atau disebut
sebagai nutfah di dalam al-Quran. Pendapat ini ternyata benar kerana semua sumber makanan dan minuman adalah
berpunca daripada
tanah. Berdasarkan kenyataan ini, jelaslah menunjukkan bahawa konsep manusia menurut Islam adalah berbeza
dengan pandangan
yang pernah dikemukakan oleh para pengkaji antropologi.
Fungsi Manusia Menurut al-Quran
Beribadat kepada Allah
Menurut al-Quran, manusia berfungsi dan berperanan tersendiri. Fungsi utama manusia dicipta ialah untuk beribadat
kepada Allah.
Sehubungan dengan itu, Islam telah menggariskan beberapa jenis ibadat yang perlu dilaksanakan oleh manusia sama
ada dalam
bentuk fardu ain atau fardu kifayah. Ibadat fardu ain ialah ibadat yang perlu dilakukan oleh setiap individu yang
menepati syaratsyarat
yang telah ditentukan, contohnya sembahyang, puasa, zakat, haji dan lain-lain. Ibadat fardu kifayah pula ialah ibadat
yang jika
dilakukan oleh individu atau kumpulan tertentu, maka individu dan kumpulan yang lain tidak wajib lagi
melakukannya, contohnya
melakukan sembahyang jenazah, berniaga, mengajar dan sebagainya.
Memelihara Alam
Selain itu, manusia juga berperanan untuk memelihara alam ini dengan sebaik-baiknya. Allah telah mencipta alam
ini untuk
kepentingan manusia seluruhnya. Oleh itu, manusia boleh menggunakan ciptaan ini untuk meneruskan kehidupan
mereka di dunia.
Sungguhpun begitu, manusia perlu menunaikan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh Allah dengan
menggunakan ciptaan
tersebut hanya untuk perkara-perkara yang boleh membawa kepada kebaikan sahaja. Mereka tidat boleh melakukan
kerosakan di
muka bumi ini sehingga membawa keburukan kepada manusia atau makhluk lain termasuklah binatang.
Mengenali di Antara Satu Sama Lain
Manusia juga perlu berbaik-baik di antara satu sama lain tanpa mengira bangsa, agama dan keturunan. Allah
mencipta manusia
dengan pelbagai puak supaya mereka dapat mengenali di antara satu sama lain. Mereka tidak boleh berbangga diri,
sombong dan
takbur. Sebaliknya mereka hendaklah sentiasa berbaik-baik dan bersatu-padu di dalam menghadapi sebarang
masalah. Perbezaan
agama juga tidak boleh dijadikan alasan untuk manusia bermusuhan. Islam hanya membenarkan penganutnya
memusuhi orang bukan
Islam sekiranya mereka dengan jelas menunjukkan penentangan atau cuba membahayakan orang-orang Islam.
Dalam keadaan biasa
hubungan baik perlu dikekalkan di antara mereka.
Memakmurkan Muka Bumi
Selain dari memelihara alam ini manusia juga berfungsi untuk memakmurkan muka bumi ini supaya mereka dapat
menjalani
kehidupan dengan lebih baik. Akal dan pancaidera yang dianugerahkan kepada manusia hendaklah digunakan untuk
meneliti dan
berfikir bagi memanfaatkan semua ciptaan yang sedia ada. Banyak rahsia kejadian Allah yang boleh disingkap oleh
manusia dengan
menggunakan akal yang ada. Di sebalik kejadian tumbuh-tumbuhan misalnya terdapat pelbagai jenis penawar, di
dasar lautan juga
terdapat pelbagai khazanah, begitu juga di dalam perut bumi. Hanya manusia yang menggunakan akal dengan
sepenuhnya akan dapat
menikmati semua ini. Selain untuk dirinya ia juga dapat memberi faedah kepada orang lain.
Mentauhidkan Allah
Manusia yang perlu mentauhidkan Allah, dalam konteks ini manusia ditegah sekeras-kerasnya melakukan sebarang
bentuk perbuatan
yang boleh membawa kepada syirik atau menyekutukan Allah. Syirik adalah dosa besar yang tidak akan
diampunkan oleh Allah
melainkan dengan taubat yang bersungguh-sungguh. Bagi mengelakkan berlakunya syirik, manusia perlu mengenali
Allah. Manusia
boleh mengenali Allah melalui sifat-sifat-Nya. Terdapat 20 sifat yang wajib diketahui oleh manusia.
Mentadbir / Menjadi Khalifah di Muka Bumi
Fungsi manusia yang seterusnya ialah mentadbir atau menjadi khalifah di muka bumi ini. Fungsi ini sesuai dengan
kedudukan
manusia sebagai makhluk yang terbaik. Manusia hendaklah sentiasa bersikap adil sama ada terhadap dirinya sendiri
atau orang lain.
Manusia hendaklah memastikan tidak berlaku kemungkaran di muka bumi sebaliknya hendaklah memastikan
berlakunya kebaikan.
Hal ini sesuai dengan tugas yang diamanahkan oleh Allah iaitu Amar Makruf dan Nahi Mungkar (menyeru kepada
kebaikan dan
mencegah kemungkaran).
60
Kesimpulan
Berdasarkan huraian di atas, jelas menunjukkan bahawa manusia mempunyai tanggungjawab yang sangat besar.
Sekiranya manusia
berjaya melaksanakan tanggungjawab tersebut sepenuhnya maka mereka akan dapat menikmati hidup ini dengan
penuh kebahagiaan.
Jika sebaliknya yang berlaku maka kemusnahan dan huru-hara pasti tidak dapat dielakkan.
MASYARAKAT JAHILIAH
Pengertian Jahiliah
Jahiliah berasal dari perkataan "jahil" yang bermaksud bodoh. Menurut Philip K. Hitti dalam bukunya "History of
the Arab's", jahiliah
bermaksud bodoh atau jahil dari segi agama kerana pada ketika itu, tidak ada nadi dan tidak ada kitab suci yang
boleh dijadikan
sebagai petunjuk. Mereka tidak boleh dianggap jahil atau bodoh dari segi ilmu pengetahuan kerana mereka telah
mempunyai tamadun
yang tinggi.
Al-Quran tidak memberi batas tertentu bagi zaman jahiliah. Kamus Bahasa Arab menyebutkan zaman jahiliah
sebagai zaman sebelum
Islam, iaitu sebelum turunya al-Quran. Ciri-ciri jahiliah berdasarkan al-Quran adalah seperti berikut:
a. Tidak mempunyai nabi atau kitab suci sebagai petunjuk.
b. Tidak mempunyai tamadun / peradaban.
c. Masyarakat tidak berakhlak, angkuh dan bongkah.
d. Masyarakat jahil dan mereka tidak tahu membaca atau menulis.
Jika salah satu dari tersebut terdapat pada sesebuah masyarakat, maka masyarakat itu boleh dianggap sebagai
masyarakat jahiliah.
Menurut Doktor Mahyuddin, zaman jahiliah ialah kira-kira 300 tahun sebelum kerasulan Nabi Muhammad s.a.w.,
iaitu selepas
kejatuhan Kerajaan Sabak.
Agama dan Kepercayaan
Agama Berhala
Agama berhala merupakan agama yang mempunyai pengikut terbesar di Semenanjung Tanah Arab. Berhala tersebut
diperbuat
daripada batu, kayu dan kadang-kala dari buah tamal (kurma). Tiap-tiap kabilah mempunyai patung berhala masing-
masing. Antara
berhala yang terkenal termasuklah al-Latta, al-Uzza, al-Manat dan al-Hubal. Sebahagian penduduk Tanah Arab
tidak menganggap
berhala Tuhan tetapi hanya sebagai perantaraan. Kepercayaan mereka bercampur-aduk antara percaya kepada Allah
dan percaya
berhala. Mereka ini dikenali sebagai golongan musyirikin, iaitu orang yang menyekutu Allah.
Agama Majusi
Agama ini tidak diamalkan seluas oleh orang-orang Arab Jahiliah. Ia dibawa masuk selepas Parsi berjaya
mengalahkan Habsyah di
Yaman pada akhir abad ke-6 Masihi. Penganut agama ini menjadikan api sebagai objek ketuhanan mereka. Di antara
penganut agama
ini yang terkenal ialah Zararah dan anaknya Hajib. Mereka berasal dari Bani Tamin yang sememangnya mempunyai
hubungan
dengan Parsi. Agama ini terbahagi kepada 3 mazhab iaitu Kayumarthiyah, Zarwaniyah dan Zaradushtiyah.
Agama Yahudi
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Musa a.s. berpandukan kepada kitab taurat.
Agama ini tersebar
luas terutamanya di kawasan-kawasan Osis di Barat Laut Semenanjung Tanah Arab, iaitu Tai'ma Khaiba, Padak dan
Yathrib. Orangorang
Yahudi berasal dari Palestine. Mereka berhijrah ke Semenanjung Tanah Arab sejak abad pertama Masihi. Mereka
telah menjadi
kaya-raya dan berjaya menarik perhatian orang-orang Arab untuk menganut agama Yahudi. Orang-orang Yahudi
menganggap diri
mereka sebagai bangsa pilihan dan mereka menganggap al-Uzarr sebagai anak tuhan. Di antara tokoh terkenal yang
menganut agama
ini ialah Yusof Zu Nuwas.
Agama Nasrani
Agama Nasrani adalah agama yang berdasarkan kepada ajaran yang dibawa oleh Nabi Isa a.s. pada tahun 1 Masihi.
Ia dibawa ke
Semenanjung Tanah Arab oleh golongan pendakwah, pedagang-pedagang atau paksaan oleh tentera Rom atau
Habsyah atas tanah
jajahan mereka. Agama ini dapat sambutan dari penduduk Mekah dan Yathrib. Di antara tokoh terkenal yang
menganut agama ini
termasuklah Warraqah Bin Naufal dan Uthman Bin Huwairith. Agama ini mempunyai 2 mazhab iaitu Mazhab
Nestorian yang
berkembang di kawasan Hirah dan Mazhab Jacobite yang dianuti oleh penduduk Ghassan dan kabilah-kabilah lain
di sempadan Syria
/ Syam. Pusat agama Kristian yang utama di Semenanjung Tanah Arab ialah Najran. Bandar Najran terus menjadi
bandar Nasrani
hingga ke zaman Khalifah Umar. Malah terdapat pusat latihan paderi Nasrani di Wadi al-Qura, iaitu kawasan
pedalaman Timur Hijaz.
Agama Hanif
Agama ini adalah berdasarkan kepada ajaran Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail. Penganut agama ini mempercayai
konsep keesaan Allah
ataupun monoteisme. Di antara mereka yang menganut agama ini termasuklah Zaid b'Amr, Umaiyah Bin Abi Salt,
juga kedua-dua ibu
bapa nabi sendiri. Walau bagaimanapun, agama ini telah diselewengkan oleh golongan-golongan tertentu seperti
juga agama Yahudi
dan Nasrani, misalnya mereka menyembelih binatang korban dan darahnya dipercikkan di sekeliling kaabah.
Kepercayaan Animisme
Kepercayaan ini wujud bersama dengan kewujudan manusia. Ia berpunca dari sifat kagum manusia terhadap sesuatu
objek yang
ditemuinya. Mereka percaya wujudnya satu kuasa yang boleh menolong atau memberi mudarat kepada mereka.
Oleh itu, mereka
menyembah apa sahaja yang dianggap ganjil termasuklah bulan, matahari, pokok, batu, gua dan sebagainya.
61
Kepercayaan Adat (Sunah)
Kepercayaan adat dianggap sebagai unsur-unsur karut dan tahyul. Antara kepercayaan yang diamalkan ialah menilik
nasib. Apabila
memulakan sesuatu kerja baru, mereka akan melihat keadaan sekeliling bagi mengjangka nasib. Biasanya, mereka
akan melihat arah
burung terbang. Jika burung terbang ke kiri bermaksud tidak selamat dan sebaliknya.
Politik
Sistem politik Arab Jahiliah tidak seragam. Ia dipengaruhi oleh faktor perbezaan daerah, keturunan yang
memerintah atau kuasa asing
yang menjajah. Di bahagian Utara Semenanjung Tanah Arab, sistem politiknya lebih berbentuk negara naungan,
misalnya Kerajaan
Anbat, Tadmur, Hirah dan Ghassan. Kerajaan Ghassan adalah naungan Rom manakala Hirah adalah naungan Parsi.
Kerajaan Anbat
dan Tadmur pula pernah dijajah oleh Rom. Oleh itu, sistem politik mereka telah terpengaruh oleh sistem politik
sama ada Rom atau
Parsi.
Kerajaan di bahagian Selatan seperti Himyar, Ma'in dan Qatban mengamalkan sistem pemerintahan beraja.
Pemerintahanya
menggunakan pelbagai gelaran seperti Malek, Zu, Makrab dan sebagainya.
Kerajaan di bahagian tengah pula terdiri daripada kerajaan kota, misalnya Kerajaan Kota Mekah, Yathrib dan Taif
yang terletak di
Hijaz. Sistem pemerintahannya dipegang oleh keluarga / keturunan tertentu, misalnya kota Mekah pada mulanya
dikuasai oleh puak
Jurham, diikuti ileh puak Khuzaah dan akhirnya ke tangan Quraisy. Taif pula diperintah oleh Bani Thaqif.
Pemerintahan begini
dikatakan berbentuk aristokrasi. Mereka tidak mempunyai institusi diraja, tidak ada pasukan tentera dan tidak
mengamalkan dasar
perluasan wilayah.
Di pihak lain, orang-orang Arab juga mengamalkan sistem politik berkabilah. Sistem ini adalah berbentuk primitif di
mana peraturan
yang diwujudkan hanyalah untuk kabilah mereka sendiri. Ketua kabilah, iaitu Sheikh adalah orang yang
bertanggungjawab terhadap
kabilah. Segala peraturan perlu dipatuhi, jika tidak mereka boleh disingkirkan dari kabilah tersebut dan mereka perlu
memasuki
kabilah yang lain.
Ekonomi
Sistem ekonomi orang-orang Hadari lebih maju berbanding dengan orang Badwi. Mereka kebanyakannya ialah
pedagang yang
bergerak dalam kafilah. Sesebuah kafilah biasanya mengandungi 500-1,000 ekor unta. Sistem perdagangan yang
biasa diadakan ialah
sistem perdagangan dua musim, iaitu musim panas dan musim sejuk. Pada musim panas, mereka bergerak ke Utara,
iaitu Syam dan
pada musim sejuk, mereka bergerak ke Selatan iaitu Yaman. Di samping itu, mereka akan berkumpul di tengah
Semenanjung Tanah
Arab khususnya pada musim Haji kerana terdapat 3 buah pasar iaitu Ukaz, Zulmajaz dan Zulmajinman.
Orang-orang Arab Jahiliah juga melibatkan diri dalam kegiatan perdagangan antarabangsa. Mereka dikatakan
mempunyai hubungan
dengan orang-orang India, China dan Nusantara.
Kegiatan perdagangan orang Arab melibatkan riba. Mereka juga sering melakukan penipuan terutamanya dari segi
sukatan dan
timbangan.
Sistem barter masih diamalkan secara meluas terutamanya oleh golongan Badwi.
Selain dari kegiatan perdagangan, mereka juga melibatkan diri dalam kegiatan pertanian dan kawasan pertanian
yang paling subur
ialah bahagian Selatan Semenanjung Tanah Arab, iaitu Yaman. Yaman sememangnya mempunyai tanah yang subur
di samping
mendapat hujan tahunan yang agak seragam. Tambahan pula, penduduk Yaman mempunyai kepakaran dari segi
teknologi sehingga
membolehkan mereka mewujudkan sistem saliran untuk kawasan pertanian.
Orang-orang Arab Jahiliah juga menternak binatang seperti unta, kuda, biri-biri, keldai dan lain-lain lagi. Dari
binatang ini, mereka
memperolehi susu, daging dan kulit yang boleh dijadikan pakaian atau khemah. Sekiranya terdesak, mereka makan
apa sahaja. Ada
kalanya, mereka merampas atau menyerang suku-suku kaum yang mereka musuhi. Hal ini menyebabkan
peperangan yang tidak
berkesudahan.
Sosial
Orang-orang Arab Jahiliah boleh dibahagikan kepada dua golongan, iaitu orang-orang Arab Badwi dan Hadari. Arab
Badwi ialah
orang-orang Arab yang tinggal di kawasan pedalaman. Mereka tidak banyak bercampur dengan masyarakat luar.
Oleh itu, ciri-ciri asli
budaya Arab masih kekal pada mereka. Mereka sering berpindah untuk mencari padang rumput / kawasan yang
mempunyai air. Ia
juga bertujuan untuk menjaga keselamatan diri. Orang-orang Hadari pula menetap di bandar-bandar tertentu dan
cara hidup mereka
lebih maju serta mempunyai fikiran yang matang. Hal ini disebabkan mereka banyak terdedah kepada dunia luar
khususnya melalui
perdagangan.
Mereka mengamalkan cara hidup berkabilah. Kabilah adalah satu kelompok besar yang wujud berdasarkan
keturunan, kepercayaan,
adat tradisi, agama dan nilai-nilai kemasyarakatan yang sama. Setiap kabilah akan diketuai oleh seorang Sheikh. Dia
berperanan
menyelesaikan masalah yang berlaku di dalam kabilahnya, membuat perjanjian dengan kabilah lain, melayan
tetamu, memberi
perlindungan kepada anggota kabilah dan lain-lain.
62
Mereka mengamalkan semangat abasiyah. Oleh sebab mereka hidup secara berkabilah, mereka mempunyai
semangat asabiyah
yang sangat kuat. Semangat ini menyebabkan berlakunya peperangan yang berpanjangan di antara satu kabilah
dengan kabilah yang
lain. Mereka akan segera bertindak sekiranya terdapat anggota kabilah yang dizalimi.
Mereka juga mengamalkan sistem perhambaan. Oleh itu, di dalam sistem sosial mereka, terdapat golongan hamba
dan merdeka.
Golongan hamba langsung tidak diberi hak untuk hidup bebas atau memiliki harta. Seseorang itu boleh menjadi
hamba melalui
beberapa cara sama ada sebagai tawanan perang, melalui jual beli atau kerana keturunan.
Kedudukan wanita di dalam masyarakat Arab Jahiliah sangat rendah / hina. Mereka malu sekiranya mendapat anak
perempuan. Hal
ini jelas disebutkan dalam al-Quran, al-Nahl dan Surah. Kedudukan wanita yang dipandang rendah menyebabkan
timbulnya amalan
membunuh anak perempuan sebaik sahaja dilahirkan. Sesetengahnya ditanam hidup-hidup.
Orang-orang Arab Jahiliah mengamalkan empat cara perkahwinan, iaitu perkahwinan biasa, kahwin mencari anak
pintar, mewarisi
isteri bapa atau wanita menentukan siapa bapa kepada anaknya.
Mereka menyamalkan nilai-nilai baik dan buruk dalam kehidupan seharian. Antara nilai-nilai baik yang mereka
miliki ialah
menghormati tetamu, pemurah, setia pada janji, berani, sabar, serta memberi penghargaan terutamanya kepada
golongan penyair.
Nilai-nilai buruk yang agak ketara ialah suka berperang, pendendam, minum arak, berjudi, berzina, merompak,
mengamalkan
semangat asabiyah dan lain-lain.
Ilmu Pengetahuan
Penyebaran ilmu pengetahuan berlaku di kawasan pinggir iaitu Selatan dan Barat Semenanjung Tanah Arab kerana
adanya hubungan
perdagangan dengan dunia luar. Walau bagaimanapun, keadaan ini tidak dipraktis dengan sepenuhnya. Ilmu
pengetahuan tidak
diwarisi kepada generasi baru juga. Hal ini menyebabkan orang Arab tidak berupaya membina semula Empangan
Maarib yang telah
runtuh. Dikatakan hampir semua orang Arab buta huruf. Buktinya menurut al-Baladhuri, hanya 17 orang kaum
Quraysi yang tahu
membaca dan menulis sahaja.
Dalam kesusasteraan, orang Arab pandai bersyair, bersajak dan berkhutbah. Tokoh seperti ini ialah Imru al-Qais,
Zuhair dan Tarafah.
Mereka dikatakan telah menghasilkan karya-karya bermutu yang disebut "al-Mu'allaqat-al-Sab" yang pernah
digantung di Kaabah.
Syair-syair akan dikemukakan di pasar Ukadz setiap tahun semasa temasya tahunan. Karya-karya ini
kebanyakannya berbentuk sajak
cinta, ratapan, pujaan, sindir-cerca yang bertujuan berseronok. Kebanyakan hasil ini dihasilkan secara kreatif atau
pengalaman atau
khayalan. Semua karya ini dikatakan mengandungi kata-kata yang tidak sopan.
QURAISY
Asal-usul Quraisy
Perkataan Quraisy berasal dari kata dasar "taqarrasya" yang bermaksud penyatuan. Hal ini disebabkan kejayaan
Qusai bin Kilab
menyatukan kaum Quraisy di Mekah. Qusai bin Kilab adalah datuk keempat Nabi Muhammad. Beliau adalah dari
keturunan Kinanah
yang berasal dari keturunan Nabi Allah Ismail. Qusai bin Kilab telah berpindah bersama ibunya dan dibesarkan di
Syam. Setelah
dewasa, beliau kembali ke Mekah dan berkahwin dengan seorang gadis dari Bani Khuzaah yang memegang
pemerintahan kota
Mekah. Pada tahun 440 M, Qusai bin Kilab berjaya mengalahkan Bani Khuzaah dan mengambilalih pemerintahan
Mekah. Daripada
kalangan Quraisy, muncul ramai tokoh terkemuka seperti Abu Bakar, Umar, Uthman, Ali, Muawiyah dan lain-lain.
Di dalam kabilah
Quraisy, terdapat beberapa bani yang terkenal seperti Bani Hasyim, Bani Umayyah, Bani Adi, Bani Taym dan
sebagainya.
Struktur Sosial Quraisy
Struktur sosial Quraisy boleh dibahagi dua, iaitu Quraisy al-Bittah dan Quraisy al-Zuwahir. Istilah ini diperolehi
semasa orang-orang
Quraisy memasuki Mekah pada tahun 440 M. Mereka memasukinya melalui Lembah al-Bittah. Terdapat satu
golongan Quraisy yang
tidak masuk kota Mekah dan mereka inilah dipanggil al-Zuwahir (pinggiran). Mereka masih mengamalkan cara
hisup Badwi tetapi
mereka berperanan menjaga keselamatan kota Mekah.
Orang-orang Quraisy telah menyusun pentadbiran kota Mekah dengan sistematik bagi menjaga kepentingan
penduduk dan
pengunjungnya. Para pengunjung dikehendaki membayar cukai perlindungan yang disebut "Muhajarah" atau
"Harim". Beberapa
jabatan juga telah diwujudkan seperti Hijabah, Rifadah, Siqayah, Sirafah dan lain-lain. Dengan ini, suasana aman
dan kerjasama dapat
diwujudkan di Mekah.
Mereka juga telah menubuhkan sebuah badan tertinggi yang dikenali sebagai Mala' (Majlis Ketua-ketua Suku) yang
akhirnya telah
dikuasai oleh ketua-ketua suku yang berpengaruh sahaja. Oleh itu, golongan yang kurang berpengaruh telah
menubuhkan satu lagi
badan yang dikenali sebagai Half-al-Fudhul. Ia berfungsi untuk mengimbangi pertubuhan Mala' di samping untuk
menjaga
kepentingan suku-suku yang lemah.
Satu fakta yang nyata bahawa masyarakat Arab Quraisy mengenal dan mengamalkan sistem kelas suku dan kabilah.
Kelas tertinggi
dipegang oleh golongan aristokrat dari keturunan Quraisy.
Golongan Quraisy merupakan kelas pemerintah bukan disebabkan oleh keturunan tetapi oleh kekayaan. Sebagai satu
sistem sosial
feudalisme, terdapat kelas hamba yang besar bilangannya dan mereka tidak mempunyai apa-apa hak, walaupun ke
atas diri mereka
sendiri hingga mereka boleh dijual beli.
63
Kedudukan wanita pada umumnya nilai mereka sangat rendah.
Di dalam pembentukan keluarga, terdapat empat cara perkahwinan yang diamalkan. Di dalam kehidupan keluarga,
yang menjadi
ketua ialah lelaki.
Orang-orang Quraisy mengamalkan nilai-nilai negatif. Mereka juga mengamalkan nilai-nilai positif seperti
memuliakan tetamu, setia
pada janji dan sebagainya.
Ekonomi Masyarakat Quraisy
Kebanyakan mereka adalah kaum peniaga dan pedagang sama ada secara berkafilah, tahunan atau bermusim.
Quraisy adalah bangsa yang berada dan mereka menguasai ekonomi kota Mekah.
Sistem ekonomi mereka melibatkan amalan riba dan mereka mengamalkan sistem tukar barang.
AUS DAN KHAZRAJ
Asal-usul Kaum Arab
Asal-usul kaum Arab tidak jelas. Terdapat sumber yang mengatakan mereka berasal dari Arab Utara dan telah
berasimilasi dengan
agama Yahudi. Bagi puak Arab yang baru, mereka terbahagi kepada dua kelompok besar iaitu Aus dan Khazraj
yang dikenali sebagai
Bani Qailah. Mereka berasal dari kawasan Selatan Semenanjung Arab. Ketibaan mereka dikatakan bermula sejak
runtuhnya
Empangan Maarib di Yaman. Sesampai di Madinah, mereka menjalankan aktiviti pertanian di pinggir kota. Apabila
mereka menjadi
kuat, mereka telah menguasai Madinah dengan bantuan tentera Kristian Syam yang memihak Kerajaan Rom Timur.
Kenaikan mereka
menyebabkan kaum Yahudi tidak senang. Mereka merancang memecahbelahkan puak Arab baru ini. Akhirnya,
peperangan berlaku
dan suku Aus mencapai kemenangan kerana adanya sokongan Yahudi.
Suku Aus
Jumlah suku Aus adalah lebih kecil dari Khazraj. Pengaruh mereka juga kurang. Sebelum Islam, mereka terdiri
daripada penganut
berhala. Mereka mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang lebih tinggi dibanding dengan Quraisy.
Suku Khazraj
Jumlah suku Khazraj adalah besar dan pengaruhnya juga besar kalau dibandingkan dengan suku Aus. Seperti suku
Aus juga, sebelum
kedatangan Islam, mereka terdiri daripada penganut berhala dan mempunyai ilmu ketuhanan dan kenabian yang
lebih tinggi jika
dibandingkan dengan kaum Quraisy.
YAHUDI
Asal-usul Yahudi di Madinah
Terdapat sarjana yang mengatakan, kaum Yahudi di Madinah berasal dari Palestin. Kedatangan mereka dianggarkan
selepas
tersebarnya agama Nasrani di Selatan Palestin. Jumlah suku Yahudi yang tinggal di Madinah dianggarkan sebanyak
20 suku. Yang
paling terkenal ialah Bani Qainuqa', Bani Nadir dan Bani Quraizah.
Bani Qainuqa'
Bani Qainuqa' ialah puak Yahudi yang paling ramai dan berpengaruh di Madinah. Setalah tiba di Madinah, mereka
mendirikan rumah
kediaman mereka di kawasan Barat Daya berhampiran Musalla, tidak jauh dari Wadi Buthan. Mereka melakukan
aktiviti
perdagangan, pertukangan tetapi tidak melakukan kegiatan pertanian. Mereka mempunyai angkatan tentera yang
kuat.
Bani Nadir
Bani Nadir ialah kumpulan kedua kaum Yahudi. Mereka berpindah ke Madinah kerana tekanan tentera Rom yang
menganut agama
Kristian di Palestin. Mereka menetap di Bukit al-Nadir. Mereka dikatakan daripada keturunan Yahudi tulen.
Sewaktu di Madinah,
mereka menjadi petukang, petani dan peniaga. Kawasan pertanian mereka terletak di wadi yang mengarah ke
Selatan kota Madinah.
Bani Quraizah
Ia juga digelar sebagai Darih. Mereka terdiri daripada Bani Ka'b dan Bani Amru. Mereka tinggal di Wadi Mahzur
(luar kota
Madinah). Mereka bergiat dalam kegiatan pertanian. Mereka memiliki senjata dan makanan yang mencukupi.
NABI MUHAMMAD S.A.W.
Latar Belakang
Nabi Muhammad s.a.w. dilahirkan pada 12 Rabiuawal Tahun Gajah bersamaan dengan 571 Masihi di Mekah.
Ibunya bernama
Aminah binti Wahab. Ibunya telah meninggal dunia apabila Nabi Muhammad 6 tahun. Bapanya bernama Abdullah
Abdul Muttalib
dan beliau meninggal dunia apabila nabi dalam kandungan. Nabi dipelihara oleh datuknya Abdul Muttalib yang
kemudiannya
meninggal dunia ketika nabi berumur 8 tahun. Semasa berumur 12 tahun, nabi mengikut bapa saudaranya Abu Talib
ke Syam untuk
berniaga. Seorang paderi bernama Bahirah / Buhairah menasihatkan Abu Talib membawa Muhammad balik kerana
bimbang dibunuh
oleh orang Yahudi. Ketika berusia 25 tahun, beliau telah berkahwin dengan Khadijah binti Khuwailid yang berumur
40 tahun.
Baginda mempunyai 6 orang anak, iaitu 2 lelaki dan 4 perempuan. Yang lelaki telah meninggal nudia semasa
mereka kecil. Sewaktu
35 tahun, beliau diberi gelaran al-Amin kerana berjaya menyelesaikan perbalahan di kalangan pembesar Arab
berhubung dengan
perletakan batu Hajar al-Aswad.
64
Perlantikan Sebagai Nabi dan Rasul
Nabi ialah seorang manusia lelaki yang terpilih yang disampaikan wahyu Allah untuk dirinya. Rasul juga sama
dengan nabi tetapi
Rasul mesti menyampaikan wahyu yang diterimanya kepada orang lain.
Telah menjadi kebiasaan, Muhammad mengasingkan diri di Gua Hira untuk beribadat di samping memikirkan
kejadian alam.
Akhirnya pada 17 Ramadan bersamaan 6 Ogos 611 Masihi sewaktu baginda berusia 40 tahun, datanglah malaikat
Jibril membawa
wahyu pertama, iaitu ayat 1-5, surah al-Alaq. Wahyu ini bermaksud: bacalah dengan nama Tuhan kamu yang
menjadikan kau dan
segumpal darah dan bacalah dengan nama Tuhanmu yang mulia yang mengajar manusia yang tidak mengetahui apa-
apa. Selepas
menerima wahyu pertama, nabi terus ke rumah menceritakan apa yang berlaku kepadanya dan Khadijah telah
membawa baginda
berjumpa dengan sepupunya, Waraqah bin Naufal, seorang pendeta yang menghafal kitab suci. Waraqah mengakui
yang datang itu
ialah Jibril dan ini bermakna baginda dilantik sebagai nabi.
Selepas menerima wahyu pertama, baginda terus ke gua dan pada suatu hari, ketika baginda keluar dari rumah,
baginda terdengar satu
suara dan apabila baginda mendongak, terlihatlah Jibril. Kerana takut, baginda masuk semula ke rumah dan
meminta Khadijah
menyelimutkannya. Ketika inilah turunlah wahyu kedua, iaitu surah al-Mudduthir, ayat 1-7 yang bermaksud: Wahai
orang yang
berselimut, bangun dan berilah peringatan, hendaklah engkau menggesakan tuhanmu, bersihkanlah pakaianmu,
jauhilah perbuatan
dosa, janganlah engkau memberi kerana hendakkan balasan yang banyak dan hendaklah engkau bersabar kerana
tuhanmu. Dengan
wahyu kedua ini, bermakna Allah telah melantik baginda sebagai Rasul kerana ayat tersebut dengan jelas
memerintahkan Muhammad
untuk mengingatkan manusia.
SERUAN ISLAM DI MEKAH
Pengenalan
Segala ajaran yang disampaikan oleh Nabi Muhammad adalah dari wahyu Allah yang diturunkan kepada baginda
melalui malaikat
Jibril. Ia diturunkan secara beransur-ansur dalam jangka masa 23 tahun bermula dari wahyu yang pertama di Gua
Hira sehinggalah
baginda wafat. Segala wahyu ini telah ditulis dan dihafal oleh umat Islam. Penurunan ayat terbahagi kepada dua,
iaitu:
a. Zaman Makkiyah
Zaman semasa baginda di Mekah sehinggalah berhijrah ke Madinah. Ia memakan masa selama 13 tahun.
b. Zaman Madinah
Zaman selepas baginda berhijrah ke Madinah. Ia berlangsung selama 10 tahun.
Peringkat Seruan
Peringkat Sirriah (tersembunyi)
Seruan peringkat ini bermula setelah Nabi Muhammad menerima wahyu kedua iaitu dari Surah al-Muddatthir ayat
1-7. Penurunan
ayat ini dianggap telah merasmikan perlantikan Nabi daripada seorang "Nabi" kepada seorang "Rasul". Baginda
menjalankan
dakwahnya secara sulit dan bersembunyi kepada keluarga dan sahabatnya yang terdekat. Mereka ialah Khadijah al-
Kubra, Ali Bin
Abu Talib, Zaid Bin Harithah dan Abu Bakar as-Siddiq. Melalui Abu Bakar, Islam disebar kepada Abdul Rahman
Bin Auf, Uthman
bin Affan, Talhah Bin Ubaidullah, Zubair al-Awwam, Abu Ubaidah al-Jarrah, Amman Bin Yasser dan sebagainya.
Mereka digelar
sebagai as-Sabiqun al-Awwalun (orang yang terawal memeluk Islam). Seruan ini dijalankan selama 3 tahun dan
seramai 55 orang
penduduk Mekah memeluk Islam. Arqam Abil al-Arqam telah menyerahkan rumahnya sebagai markas gerakan
umat Islam.
Peringkat Jahriah (terbuka)
Seruan kepada Ali Bin Abu Talib dan keluarganya. Seruan ini bermula setalah baginda menerim awahyu dari Surah
Asy-Syu'ara'.
Baginda mengadakan majlis ceramah di rumah Ali Bin Abu Talib di Bukit Safa dan semua kerabat dijemput
termasuk Abu Lahab,
bapa saudaranya. Baginda menerangkan dasar-dasar Islam yang telah ditugaskan oleh Allah untuk baginda
sampaikan. Ramai yang
menyatakan kesanggupan untuk mengikut baginda, tidak kurang yang mencemuhnya. Abu Lahab ialah tokoh
pertama yang menghina
dan mencerca baginda.
Seruan kepada orang ramai dimulakan setelah baginda menerima wahyu dari Surah al-Hijr. Baginda mula menyeru
kepada segenap
lapisan masyarakat Mekah di mana-mana sahaja. Seruan secara terbuka ini berlangsung selama 10 tahun di Mekah
dan 10 tahun di
Madinah.
Bentuk Ajaran Islam
Akidah
Nabi memperkenalkan tauhid, iaitu mengesakan Allah dengan segala sifat kesempurnaan iaitu sifat-sifat 20.
Sehubungan itu, segala
bentuk syirik adalah dilarang termasuklah penyembahan berhala. Nabi menerangkan tentang adanya hari
kebangkitan serta perkaraperkara
yang berhubung denganya seperti syurga, neraka, titian, neraca dan lain-lain. Baginda turut menerangkan perkara
yang
berhubung dengan rukun Iman seperti percaya kepada Rasul, kitab-kitab serta percaya kepada Qadak dan Qadar.
Seterusnya, Nabi
menerangkan tentang tugas dan tanggungjawab manusia sama ada terhadap tuhan, diri, keluarga dan masyarakat.
Setiap individu akan
dipertanggungjawab terhadap apa yang dilakukan sama ada baik atau buruk.
Akhlak
Selama 13 tahun, Nabi di Mekah telah berusaha membentuk peribadi muslim di samping berusaha mengikis sifat-
sifat yang tercela
seperti iri hati, takbur, dendam dan sebagainya. Sifat-sifat tersebut perlu diganti dengan sifat tinggi seperti jujur,
ikhlas, amanah dan
sebagainya. Nabi juga berusaha mengangkat darjat wanita ke tempat yang sewajarnya sama ada di dunia atau di
akhirat. Nabi cuba
65
banyak menekankan kepada cerita Nabi dan Rasul yang terdahulu khususnya tentang perjuangan nabi-nabi, balasan
yang diterima
oleh orang yang ingkar. Hampir 1/3 daripada kandungan al-Quran adalah mengenai sejarah nabi-nabi dan umat
terdahulu.
Ibadat
Di Mekah, hanya satu sahaja iaitu ibadat khusus yang difardukan kepada umat Islam. Ibadat ini mula diwajib selepas
berlakunya
peristiwa Israk dan Mikraj. Ibadat ini ialah sembahyang 5 waktu sehari semalam.
Rumusan
Cara-cara penyebaran Islam yang dilakukan secara berperingkat jelas menggambarkan kebijaksanaan Nabi dalam
soal berdakwah.
Baginda mengukuhkan dahulu pengikut-pengikut Islam sebelum mencabar seluruh masyarakat Mekah. Ajaran-
ajaran yang baginda
bawakan jelas bertujuan untuk menyelamatkan manusia seluruhnya daripada kesesatan kehidupan dunia dan akhirat.
PENENTANGAN KAUM QURAISY DI MEKAH
Pengenalan
Semasa Nabi Muhammad menyampaikan seruannya secara sulit, tidak terdapat sebarang bentuk penentangan yang
ketara dari kaum
Quraisy. Semasa seruan mula dijalankan kepada keluarga Abdul Mutalib, penentangan hanya timbul daripada
kalangan kaum kerabat
baginda sendiri. Kaum Quraisy yang lain pula menganggapnya sebagai masalah dalaman keluarga Bani Hasyim
yang boleh
diselesaikan sesama mereka sendiri. Namun setelah seruan secara terbuka dijalankan dan ia mendapat sambutan di
luar dugaan dan
setelah Nabi Muhammad mula menyentuh soal-soal penyembahan dan ajaran nenek moyang mereka, maka kaum
Quraisy mula
bimbang lantas mengadakan pelbagai usaha untuk mebendung perkembangan Islam.
Sebab Penentangan
Politik
Dalam politik orang Arab khususnya politik kota Mekah, perebutan kuasa sudah menjadi teras politik mereka. Hal
ini dapat
dibuktikan dan pentadbiran kota Mekah yang pada mulanya dikuasai oleh Puak Amaliqah, kemudian oleh puak
Jurhum, diikuti oleh
puak Khuzaah dan akhirnya puak Quraisy. Muhammad adalah dari kaum Quraisy yang berketurunan Bani Hasyim.
Bani-bani lain
dari kaum Quraisy terutamanya Bami Umayyah mahu kuasa pentadbiran Mekah berada di tangan mereka.
Menerima ajaran Islam
seolah-olah mereka tunduk di bawah Bani Hasyim. Keunggulan peribadi Muhammad yang terkenal sebagai seorang
yang amanah dan
mempunyai budi pekerti yang tinggi membimbangkan bani-bani lain. Sekiranya Muhammad berjaya menjadi
pemimpin, mereka
bimbang kuasa kepimpinan tersebut akan dipegangnya dan ini menyebabkan bani lain tidak lagi berpeluang
meletakkan diri mereka
sebagai pemimpin. Tanggapan ini timbul akibat dari kekeliruan orang Musyirikin tentang konsep kenabian dan
kepimpinan.
Ekonomi
Pengharaman berhala akan menyebabkan kedudukan musyirikin Mekah terjejas. Agama Islam menentang
penyembahan berhala
kerana ia dianggap syirik. Pengharaman ini akan menyebabkan pengukir patung, peniaga berhala dan juga penjaga
Kaabah kehilangan
sumber pendapatan.
Penentangan orang musyirikin juga disebabkan agama Islam yang dibawa oleh Nabi menentang penjualan hamba
abdi. Orang
musyirikin yang menpunyai kedudukan tinggi biasanya memiliki hamba yang ramai, malah bilangan hamba
dikatakan melambangkan
status seseorang. Mereka menggunakan tenaga hamba dengan percuma bagi membantu dalam kegiatan ekonomi.
Pengharaman
hamba sudah pasti akan menjejaskan kedudukan ekonomi mereka.
Orang musyirikin juga bimbang kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan, pusat ibadat dan pusat kebudayaan
akan terjejas
dengan kedatangan Islam. Mereka percaya Mekah maju disebabkan adanya patung-patung berhala yang diletakkan
di sekeliling
Kaabah. Sekiranya patung-patung itu dibuang, mereka bimbang orang ramai tidak lagi mengunjungi Mekah.
Sosial
Menurut Islam, manusia akan dibangkitkan semula untuk diberi pembalasan terhadap perbuatan baik dan buruk
yang dilakukan di
dunia. Orang musyirikin yang sememangnya sentiasa melakukan perbuatan buruk seperti berzina, membunuh anak
dan sebagainya
takut akan pembalasan yang akan diterima nanti. Hal ini disebabkan mereka tidak faham tentang konsep taubat
dalam ajaran Islam.
Ajaran Islam mengganggap semua manusia adalah sama tanpa mengira bangsa atau pangkat. Yang berbeza hanya
dari segi
ketaqwaannya. Menerima Islam bererti mereka akan meletakkan taraf mereka sama dengan golongan hamba.
Golongan musyirikin
juga menentang konsep persaudaraan Islam. Mereka turut menentang segala amalan sosial yang dianjurkan oleh
Islam seharian kerana
ia bertentangan dengan kehidupan biasa mereka.
Agama Islam sangat bertentangan dengan ajaran nenek moyang mereka. Orang musyirikin sangat kuat berpegang
kepada tradisi
nenek moyang atau sunnah. Mereka bimbang jika mereka menerima Islam, mereka akan melanggar adat tradisi
mereka dan akan
dimakan sumpah.
Golongan musyirikin menentang Islam kerana perbezaan dasar agama dan ketuhanan. Islam ialah agama monteisme.
Sebaliknya,
kaum Quraisy menyembah tuhan-tuahn berhala daripada pelbagai jenis dan bentuk. Malah mereka menganggap lagi
bahawa
penyembahan berala ialah mendekatkan lagi diri kepada Allah.
66
Cara Penentangan
Perang Saraf
Orang musyirikin melemparkan pelbagai tuduhan terhadap Nabi dengan harapan masyarakat Arab tidak terpengaruh
dengan dakwah
yang disampaikan. Mereka mengatakan Nabi gila, penipu, ahli sihir dan tamak. Sungguhpun begitu, semua tuduhan
itu tidak memberi
apa-apa kesan kepada Nabi, malah telah menimbulkan rasa ingin tahu di kalangan masyarakat Arab. Mereka datang
berjumpa dengan
Nabi bagi memastikan dakwaan itu benar atau tidak dan ini menguntungkan Nabi.
Menyeksa Nabi dan Orang Islam
Pada peringkat awal, seksaan hanya ditujukan kepada pengikut Nabi, terutamanya golongan lemah seperti golongan
miskin dan
hamba. Antara yang paling teruk menerima seksaan ialah Bilal Bin Rabbah. Beliau telah dijemur di tengah panas
tanpa diberi makan
atau minum. Seksaan ini sedikit pun tidak mengubah pendirian beliau. Oleh sebab seksaan ini tidak memberi kesan,
mereka pun mulai
menyeksa Nabi dengan meletak najis di rumah Nabi, di sujut Nabi dan meletakkan duri di tempat yang dilalui Nabi.
Menawarkan Kekayaan
Orang musyirikin telah mengemukakan pelbagai tawaran bagi memujuk Nabi supaya meninggalkan tugas-tugas
dakwah. Antaranya
termasuklah harta kekayaan, pangkat dan wanita-wanita cantik. Nabi bukan sahaja menolak tawaran tersebut tetapi
telah menjawab
dengan tegas sambil mengatakan,"Sekiranya orang musyirikin berjaya meletakkan matahari di sebelah kiri dan
bulan di sebelah
kanan, tetapi Nabi tetap tidak akan berganjak."
Meminta Kerjasama Abu Talib
Apabila semua tindakan yang diambil tidak berkesan, orang musyirikin menemui Abu Talib dan meminta beliau
menasihati Nabi.
Permintaan tersebut tidak dipedulikan. Mereka juga pernah meminta untuk menukarkan Muhammad dengan seorang
pemuda lain
yang setanding dengannya.
Memulaukan Bani Hasyim
Orang musyirikin akhirnya mengadakan pakatan untuk memulau Bani Hasyim dan semua umat Islam. Pemulauan
ini dilakukan dalam
tempoh 10 tahun. Dalam tempoh tersebut, mereka enggan mengadakan sebarang perhubungan termasuklah jual beli,
bercakap, ziarahmenziarahi
dan sebagainya. Orang-orang Islam telah mengalami penderitaan yang teruk dan ketika inilah 2 orang pendokong
kuat
Nabi iaitu Khadijah dan Abu Talib telah meninggal dunia. Pemulauan ini hanya dilakukan dalam tempoh 3 tahun
kerana tidak semua
orang musyirikin bersetuju dengan tindakan tersebut.
Merancang Pembunuhan Nabi
Apabila orang musyirikin gagal menyekat usaha Nabi, mereka akhirnya bersepakat untuk membunuh Nabi.
Beberapa orang pemuda
telah dipilih untuk melaksanakan tugas tersebut. Rancangan ini telah diberitahu oleh Allah kepada Nabi melalui
wahyu. Oleh itu, pada
malam rumah dikepung, Nabi ditemani oleh Abu Bakar telah keluar tanpa disedari oleh orang musyirikin. Sebelum
bertolak ke
Mekah, Nabi dan Abu Bakar telah bersembunyi di Gua Ihur selama 3 hari.
Memerangi Orang Islam
Setelah Nabi dan orang Islam berhijrah ke Madinah, orang musyirikin telah berasa tidak puas hati. Oleh itu, mereka
telah
melancarkan serangan ke atas orang Islam. Terdapat 3 peperangan penting yang berlaku iaitu Perang Badar, Perang
Uhud dan Perang
Khadak (Ahzab).
Cara Nabi Menghadapinya
Bersabar
Pada peringkat awal, Nabi meminta orang Islam supaya bersabar menghadapi tindakan dari orang musyirikin.
Mereka diminta jangan
bertindak balas bagi mengelakkan pertelingkahan yang lebih besar. Lagipun belum ada wahyu yang membenarkan
orang-orang Islam
bertindak balas.
Membebaskan Hamba
Nabi menggalakkan orang Islam yang berharta untuk membebaskan hamba yang telah diseksa dengan teruk oleh
tuan-tuan mereka.
Antara sahabat yang menyahut seruan ini termasuklah Abu Bakar yang telah menebus dan seterusnya membebaskan
Bilal Bin Rabah
dari tuannya Umayyah Bin Khalaf.
Berlindung di Bawah Orang yang Berpengaruh
Bagi mengelakkan peyeksaan orang musyirikin Mekah, Nabi dan orang-orang Islam telah mendapatkan
perlindungan dari orang yang
berpengaruh dalam masyarakat Quraisy. Nabi sendiri misalnya telah diberikan perlindungan oleh bapa saudaranya
Abu Talib.
Berhijrah ke Habsyah
Apabila orang musyirikin menunjukkan penentangan yang semakin hebat, maka Nabi mengarahkan orang-orang
Islam supaya
berhijrah ke Habsyah. Al-Najasyi yang memerintah Habsyah ialah seorang pemerintah yang baik dan sanggup
melindungi orng Islam.
Penghijrahan ke Habsyah dilakukan sebanyak 2 kali. Kali pertama berlaku pada tahun ke-6 selepas kerasulan Nabi.
Ia diketuai oleh
Uthman Bin Affan. Seramai 10 lelaki dan 5 perempuan terlibat. Pada tahun berikutnya, seramai 83 lelaki dan 18
perempuan yang
diketuai oleh Jaafar Abu Talib telah berhijrah ke Habsyah.
67
Berundur ke Taif
Sebelum berlakunya Bai'at Aqabah, Nabi dan anak angkatnya Zald Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk
berdakwah kepada Bani
Thaqif tetapi penduduk Taif mempunyai hubungan yang rapat dengan orang Quraisy di Mekah. Oleh itu, mereka
menolak mentahmentah
dakwah yang disampaikan. Malah mereka mengupah kanak-kanak untuk mencederakan Nabi.
Bai'at Aqabah
Setalah Nabi gagal menyampaikan dakwah di Taif dan kepada penduduk Mekah, Nabi berusaha menemui orang-
orang luar yang
datang ke Mekah pada musim Haji. Hasilnya, pada tahun 11 selepas kerasulan Nabi, Bai'at Aqabah I telah berjaya
diadakan. Hal ini
diikuti pada tahun berikutnya dengan Bai'at Aqabah II. Melalui Bai'at Aqabah II, Nabi dan orang Islam dijemput ke
Yathrib
(Madinah).
Hijrah ke Yathrib
Pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, Nabi bersama orang Islam telah berhijrah ke Yathrib bagi mengelakkan
tindakan yang lebih
keras dilakukan oleh orang musyirikin Mekah. Hijrah ini dilakukan secara bersembunyi. Dengan hijrah ini, peluang
bagi orang
musyirikin untuk menghalang usaha penyebaran Islam gagal.
Perang
Setelah 2 tahun Nabi berhijrah, turun wahyu yang membenarkan orang Islam berperang bagi mempertahankan diri
dan agama. Oleh
itu, di dalam Perang Badar yang berlaku pada tahun 2 Hijrah, orang Islam telah mencapai kemenangan yang besar.
Kemenangan ini
kemudiannya telah menyebabkan orang musyirikin melancarkan serang kedua pada 3 Hijrah yang berakhir dengan
kekalahan tentera
Islam. Pada 5 Hijrah, orang musyirikin sekali lagi membentuk pasukan tentera bersekutu yang bukan sahaja
melibatkan orang
musyirikin Mekah, tetapi juga golongan Yahudi, Munafik, kabilah-kabilah Arab kecil seperti Bani Asad, Bani
Salim, Bani Yasyjab
dan sebagainya.
Rumusan
Nabi Muhammad menghadapi perjuangan yang sukat untuk mengembangkan Islam di sesetengah masyarakat
Quraisy yang
mengagung-agungkan patung-patung berhala mereka. Namun dalam tempoh hampir 13 tahun itu juga kaum Quraisy
berasa amat
sukar untuk membendung perkembangan Islam walaupun mereka telah melakukan pelbagai tindakan. Perjuangan
Nabi Muhammad
tidak pernah mengenal erti kejayaan.
BAI'AT AQABAH
Latar Belakang
Bai'at ialah persetiaan, ikrar atau sumpah setia. Bai'at aqabah telah diadakan di antara Nabi dengan penduduk
Yathrib di sebuah
tempat yang dikenali sebagai Aqabah. Aqabah adalah nama sebuah bukit yang terletak antara Mekah dan Madinah.
Bai'at ini diadakan
sebanyak dua kali. Bai'at yang pertama dikenali sebagai Bai'at Wanita / Bai'at al-Nisak kerana ia merupakan
perjanjian keamanan.
Seramai 12 orang penduduk Madinah yang terdiri daripada 10 Khazraj dan 2 Aus terlibat dalam bai'at ini. Mereka
berjanji tidak akan
menyekutukan Allah, tidak mencuri, tidak membunuh anak, tidak berbohong, tidak fitnah-menitnah dan lain-lain.
Pada tahun
berikutnya iaitu pada tahun ke-13 selepas kerasulan Nabi, seramai 73 orang penduduk Madinah datang menemui
Nabi bagi
mengukuhkan kesetiaan mereka dalam Bai'at Aqabah I. Mereka memeluk Islam sejak dari Yathrib lagi. Bai'at kedua
ini disebut
sebagai Bai'at al-Haub. Di samping mengulangi ikrar yang pertama, mereka berjanji akan melindungi dan
mempertahankan Nabi serta
umat Islam seperti mereka melindungi keluarga mereka sendiri. Mereka juga mengajak Nabi untuk berhijrah ke
Yathrib.
Hubungan Aqabah dan Hijrah
Bai'at Aqabah mempunyi hubungan yang rapat dengan Hijrah. Kedua-dua Bai'at tersebut menandakan bahawa akan
berlaku Hijrah
Nabi dan umat Islam ke Madinah. Hal ini adalah berdasarkan kepada fakta berikut:-
1. Kedatangan puak Aus dan Khazraj ke Mekah adalah untuk mendapatkan sokongan dari Nabi dan orang Islam
bagi menentang
orang Yahudi di Madinah. Orang-orang Yahudi walaupun golongan pendatang, tetapi mereka telah berjaya
menguasai
ekonomi di Madinah sehingga penduduk asal di Madinah yang terdiri daripada orang Arab tertekan.
2. Penduduk Madinah sedar tentang perlunya mereka mempunyai seseorang pemimpin seperti Nabi Muhammad.
Nabi bukan
sahaja dapat menyelesaikan masalah mereka dengan orang Yahudi, malah menyelesaikan masalah perebutan kuasa
yang
berlaku antara orang Aus dan Khazraj.
3. Orang Madinah yakin dengan kebolehan Nabi dan keadilan agama Islam, dengan ini mereka berharap pentadbiran
kota
Madinah yang mempunyai penduduk berbilang bangsa dan kaum dapat ditadbir dengan sebaik-baiknya.
4. Usaha berterusan yang dilakukan oleh penduduk Madinah selama 3 tahun berturut-turut merupakan satu usaha
yang gigih bagi
merangka strategi Hijrah. Ia bermula dari kedatangan Suwaid Bin Samit diikuti oleh Iyas Bin Muazth dan seterusnya
kedatangan 6 orang penduduk Madinah. Hasilnya, Bai'at Aqabah I telah diadakan pada tahun ke-12 selepas
kerasulan Nabi
diikuti pada tahun berikutnya dengan Bai'at Aqabah II.
5. Selepas Bai'at Aqabah II diadakan, Nabi telah melantik 12 orang Naqib (ketua) yang terdiri daripada 9 Khazraj
dan 3 Aus bagi
mengetuai gerakan dakwah di Madinah. Ia juga menjadi bukti bahawa Hijrah akan berlaku.
6. Persetujuan yang telah dicapai antara Nabi dengan penduduk Madinah yang terdiri daripada Aus dan Khazraj
menandakan
bahawa peristiwa penting ini akan berlaku. Kedua-dua pihak telah bersetuju untuk sama-sama mempertahankan
Islam dan
ancaman musuh malah penduduk Madinah sanggup menjamin keselamatan orang Islam jika mereka berhijrah ke
Madinah.
68
7. Hijrah telah berlaku sebaik sahaja Bai'at Aqabah II diadakan. Hal ini jelas menunjukkan bahawa Bai'at inilah
yang
menyebabkan Nabi berhijrah ke Madinah. Setibanya Nabi di Madinah, mereka disambut dengan gembiranya oleh
penduduk
Madinah.
Rumusan
Bai'at Aqabah berlaku di antara seorang pemimpin yang sedang mencari umat untuk diserukan ajaran Islam dengan
sekumpulan
masyarakat yang mencari seorang pemimpin yang dapat menyatupadukan mereka. Ia memainkan peranan besar
dalam sejarah
perkembangan Islam. Ia membawakan sinar baru terhadap perkembangan Islam. Ada sejarahwan yang menganggap
peristiwa Ikrar
Aqabah sebagai "penyelamat nyawa terancam". Ia merupakan anak kunci peristiwa Hijrah yang bersejarah yang
dapat mengubah
perjalanan sejarah perkembangan Islam.
PERISTIWA PENTING DI ANTARA 2 HIJRAH
Pengenalan
Dalam sejarah perkembangan awal Islam terdapat 2 peristiwa penting iaitu Hijrah ke Habsyah dan Hijrah ke
Madinah. Namun dalam
2 peristiwa ini, Nabi Muhammad hanya melibatkan diri dalam hijrah ke Madinah. Kerana itu jugalah peristiwa
Hijrah tersebut
digelarkan Hijratul-Rasul dan disambut oleh umat Islam pada setiap tahun sehingga kini. Dalam perjanjian Hijrah ke
Habsyah, hanya
sebahagian daripada pengikut Nabi yang terlibat. Hijrah ke Habsyah lebih bersifat sementara dan bertujuan mencari
perlindungan.
Kebanyakan daripada mereka kembali ke Arab apabila mendengar berita pengislaman Saidina Umat al-Khattab.
Ada yang kembali
semula selepas mendengar berita Hijrah ke Madinah.
Peristiwa Penting
Bantuan Perlindungan di Habsyah
Pada tahun ke-5 kerasulan, sebahagian daripada umat Islam telah berhijrah ke Habsyah untuk mencari perlindungan
di sana. Nabi
Muhammad sendiri menyarankan agar berhijrah ke Habsyah kerana ia dianggap sebagai Bumi Kebenaran dan
penganiayaan tidak
berlaku di sana. Terdapat 2 rombongan umat Islam berhijrah ke sana. Rombongan ini telah mendapat perlindungan
di Habsyah
walaupun Maharaja Najashy menganut agama Nasrani. Kejadian ini telah memberikan perangsang dan menguatkan
azam Nabi
Muhammad untuk terus berjuang menyebarkan Islam.
Pemulauan Islam (Moqato'ah)
Orang musyirikin telah melakukan pemulauan ke atas Nabi, orang Islam dan Bani Hasyim sebagai salah satu cara
untuk menyekat
perkembangan Islam. Pada mulanya, pemulauan ini hendak dilakukan selama 10 ahun tetapi setelah 3 tahun
berlangsung, ia telah
ditamatkan. Pemulauan ini telah menyebabkan umat Islam menghadapi penderitaan yang teruk. Pada tahun akhir
pemulauan, 2 orang
penyokong kuat Nabi iaitu Siti Khadijah dan Abu Talib meninggal dunia. Walaupun orang Islam menghadapi
penderitaan tetapi
peristiwa ini tetap memberi kesan positif terhadap perkembangan Islam. Penderitaan yang dialami telah melahirkan
rasa simpati
masyarakat umum terhadap Nabi sehingga ada antara mereka yang mendesak orang musyirikin untuk menamatkan
pemulauan itu.
Peristiwa ini tidak melemahkan semangat perjuangan orang Islam, malah orang-orang kaya di antara mereka telah
mengorbankan
kekayaan mereka bagi membantu saudara lain. Hal ini menyebabkan hubungan antara mereka bertambah rapat.
Kegagalan orang
musyirikin meneruskan rancangan ini telah menjatuhkan imej mereka pada pandangan kabilah-kabilah lain.
Pengislaman Umar
Umar Bin al-Khattab adalah antara sahabat Nabi yang agak lewat menerima Islam. Ketika orang Islam berhijrah ke
Habsyah mereka
menerima berita bahawa beliau telah memeluk Islam. Sebelum menerima Islam, Umar ialah seorang penentang kuat
Nabi tetapi
selepas menerima Islam, beliau menjadi sahabat Nabi yang kuat. Pengislaman beliau sangat besar ertinya terhadap
perkembangan
Islam. Nabi sendiri pernah berdoa supaya Allah membuka hati Umar untuk menerima Islam. Sebelum Islam, Umar
mempunyai
penyokong yang ramai. Dengan islamnya Umar, kedudukan Islam menjadi kuat dan orang Islam berani melakukan
ibadat secara
terbuka. Pengislaman Umar juga merupakan satu tamparan yang hebat kepada musyirikin Mekah kerana sebelum ini
Umar
bersungguh-sungguh menunjukkan penentangannya terhadap Islam.
Pengislaman Hamzah
Hamzah ialah seorang pemuda gagah Quraisy. Beliau ialah bapa saudara Nabi. Beliau tidak menyahut seruan Islam
tetapi tidak
terlibat dalam gerakan menentang Islam. Pengislamannya mungkin berlaku secara spontan. Hal ini kerana pada
suatu hari semasa
beliau balik dari berburu, beliau terlihat orang yang sedang menghina Nabi. Sebagai tokoh Bani Hasyim, beliau
memarahi orang itu
dan menyatakan pengislamannya. Beliau merupakan panglima Quraisy yang ulung dan disegani. Pengislamannya
memantapkan lagi
perjuangan Islam.
Peristiwa Israk dan Mikraj
Peristiwa ini berlaku pada 27 Rejab. Israk ialah perjalanan pada waktu malam dari Masjidil Haram di Mekah ke
Masjidil Aqsa di
Palestine. Mikraj pula ialah perjalanan dari Masjidil Aqsa ke langit dan seterusnya hingga ke Sidratul Muntaha.
Dalam peristiwa ini,
Nabi telah diperlihatkan dengan pelbagai tanda kekuasaan Allah. Peristiwa ini menjadi ujian kepada orang Islam.
Bagi yang beriman,
iman mereka semakin mantap tetapi bagi yang kurang beriman, maka menjauhkan diri kerana menganggap Nabi
mereka cerita.
Peristiwa inilah ibadat sembahyang mula diwajibkan. Peristiwa ini memberi keterangan kepada Nabi walaupun
orang musyirikin
semakin kuat menentang.
69
Dakwah di Taif
Selepas tamatnya pemulauan, Nabi dengan ditemani oleh Zaid Bin Harithah telah pergi ke Taif untuk berdakwah
kepada Bani Thaqif.
Pemergian Nabi disebabkan beliau kecewa dengan sikap penduduk Mekah di samping Abu Talib dan Khadijah. Di
Taif, sekali lagi
Nabi dikecewakan. Mereka bukan sahaja menolak mentah-mentah dakwah yang disampaikan, malah telah
mengupah kanak-kanak
melontar Nabi dengan batu sehingga Nabi cedera. Ternyata dakwah di Taif gagal kerana Bani Thaqif mempunyai
hubungan rapat
dengan puak Quraisy. Sungguhpun Nabi kecewa, tetapi semangat untuk terus berdakwah tetap kukuh. Dari segi
jangka panjang,
dakwah ke Taif tidak gagal kerana sekurang-kurangnya Nabi telah berjaya mengislamkan seorang penganut
Kristian, iaitu Addas.
Peristiwa ini telah membuka jalan kepada pengislaman penduduk Taif pada 9 Hijrah. Kegagalan dakwah di Taif
juga dianggap
sebagai Muqaddinah (permulaan) kepada peristiwa Israk dan Mikraj. Peristiwa ini menggembirakan Nabi dan
menambahkan
keyakinan untuk terus berdakwah.
Bai'at Aqabah
Apabila Nabi sedar penduduk Mekah tidak mahu menerima Islam, Nabi mengalihkan perhatian kepada orang luar
Mekah. Pada tahun
ke-11 selepas kerasulan Nabi, 6 orang penduduk Yathrib telah datang menemui Nabi dan menyatakan keislaman
mereka. Pada tahun
berikutnya, 12 orang lagi datang dan mengadakan ikrar yang dikenali sebagai Bai'at Aqabah I. Apabila mereka
pulang ke Madinah,
Nabi menghantar Mus'ab Bin Umair untuk menjadi guru dan imam mereka. Pada musim Haji tahun berikutnya,
seramai 73 orang lagi
mengadakan ikrar Aqabah II. Dengan adanya ikrar ini, bilangan penganut Islam telah bertambah bilangannya.
Secara tidak langsung,
tenaga pendakwah bertambah. Penduduk Yathrib berjanji akan menyebarkan Islam di sana. Ikrar ini dianggap
sebagai Muqaddinah
kepada peristiwa Hijrah yang berlaku pada 622 Masihi.
Rumusan
Jangkamasa di antara Hijrah ke Habsyah dengan Hijrah ke Madinah mengandungi banyak peristiwa penting yang
memantapkan lagi
perjuangan Nabi Muhammad. Setiap peristiwa yang berlaku sama ada yang mendatangkan kesedihan atau
kegembiraan kepada
baginda ternyata mempunyai signifikasinya yang tersendiri. Sebagai seorang pejuang yang memandang jauh ke
hadapan, baginda
menggunakan setiap pengajaran daripada kegagalan atau kegembiraan daripada setiap kejayaan untuk mengatur
langkah yang lebih
padu dan teratur.
HIJRAH
Pengenalan
Hijrah dari segi bahasa bererti perpindahan dari satu tempat ke satu tempat yang lain. Dari segi sejarah, hijrah
bermaksud perpindahan
Nabi dan umat Islam dari kota Mekah ke kota Madinah pada tahun 622 Masihi. Peristiwa ini telah menjadi satu titik
peralihan dalam
hidup Nabi dan juga perkembangan agama Islam. Penghijrahan ini dilakukan secara diam-diam bagi mengelakkan
diketahui oleh
musyirikin Mekah. Mereka berpindah dalam kumpulan yang kecil. Nabi sendiri hanya ditemani oleh Abu Bakar
sebelum bertolak ke
Madinah. Mereka bersembunyi di Gua Thur untuk beberapa hari.
Faktor Berlakunya Hijrah
Bai'at Aqabah
Termeterainya Bai'at Aqabah mempercepatkan lagi proses Hijrah. Melalui Bai'at ini, Nabi telah dapat menjangka
sambutan penduduk
Madinah adalah lebih baik. Dalam Bai'at Aqabah pertama, hanya 12 orang yang terlibat manakala dalam Bai'at
Aqabah kedua,
bilangannya telah meningkat kepada 73 orang. Orang Madinah bukan sahaja mahu menerima Islam tetapi sanggup
memberi
perlindungan kepada Nabi dan orang Islam.
Tekanan Musyirikin Mekah
Tekanan / Ancaman dari musyirikin Mekah telah mendorong Nabi dan orang Islam berhijrah ke Mekah. Nabi dan
orang-orang Islam
telah dihina, diseksa dan dipulau. Malah, Nabi sendiri telah diancam untuk dibunuh. Orang-orang musyirikin mula
menunjukkan
penentangan mereka apabila Nabi menyebarkan Islam secara terbuka. Mereka bimbang kedudukan mereka dari segi
politik, ekonomi
dan sosial akan terjejas.
Kegagalan Dakwah di Taif
Kegagalan dakwah di Taif menyebabkan Nabi cuba mengalihkan perhatian ke tempat lain, iaitu Madinah.
Kedatangan penduduk
Madinah ke Mekah dan kesungguhan mereka untuk menerima dan menyebarkan Islam memberi satu gambaran
yang baik kepada
Nabi. Penduduk Taif ternyata tidak mahu menerima Islam memandangkan mereka mempunyai hubungan yang rapat
dengan orang
Quraisy di Mekah.
Kematian Abu Talib dan Khadijah
Kematian Abu Talib dan Khadijah telah menyebabkan Nabi kehilangan tempat untuk berlindung. Ia sedikit
sebanyak meninggalkan
kesan ke atas Nabi. Khadijah adalah seorang isteri yang sangat setia dan sanggup mengorbankan segala-galanya
untuk Nabi dan orang
Islam. Abu Talib pula walaupun tidak menerima Islam, tetapi beliau tetap melindungi Nabi dari ancaman.
Mencari Tempat Baru untuk Berdakwah
Nabi berhasrat untuk mendapatkan sebuah tempat baru untuk berdakwah memandangkan sambutan dari penduduk
Mekah kurang
menggalakkan. Nabi agak kecewa dengan sikap penduduk Mekah. Di Mekah selama 13 tahun, bilangan yang
menerima Islam agak
kecil berbanding dengan tempoh 10 tahun Nabi berdakwah di Madinah.
70
Persediaan Penduduk Madinah Menerima Nabi
Persediaan penduduk Madinah menerima Nabi telah mendorong Nabi berhijrah ke sana. Penduduk Madinah sangat
berharap Nabi
dapat membantu mereka menyelesaikan perbalahan antara orang Arab dan Yahudi, juga antara orang Arab dan
Arab, khususnya
antara Aus dan Khazraj. Perbalahan ini berpunca dari perebutan kuasa di Madinah.
Kedudukan Madinah yang Strategik
Kedudukan Madinah di tengah-tengah jalan perdagangan antara Syam dan Yaman sangat sesuai untuk dijadikan
sebagai pusat
penyebaran Islam. Ia juga berpotensi menyaingi kedudukan Mekah sebagai pusat perdagangan. Dengan ini,
Madinah bukan sahaja
dapat dijadikan sebagai sebuah negara yang kukuh dari segi politik tetapi juga ekonomi.
Penduduk Madinah Hampir dengan Agama Samawi
Penduduk Madinah kebanyakannya sudah mengetahui serba sedikit tentang agama Samawi, terutamanya melalui
cerita-cerita yang
dibawa oleh orang Yahudi. Pengetahuan ini memudahkan mereka memahami dan menerima ajaran yang dibawa
oleh Nabi. Lagipun,
penduduk Madinah mempunyai sifat-sifat semulajadi yang lebih lembut berbanding penduduk Mekah.
Wahyu
Hijrah berlaku apabila Nabi menerima wahyu dari Allah yang mengizinkan orang Islam berhijrah. Wahyu tersebut
ialah ayat 30,
Surah al-Anfal. Ayat tersebut mengingatkan Nabi tentang pakatan yang dilakukan oleh orang musyirikin Mekah
terhadap Nabi.
Wahyu ini menggesa Nabi supaya segera berhijrah ke Madinah.
Kepentingan Hijrah
Perubahan Pusat Gerakan Islam
Pusat gerakan Islam berpindah ke Madinah dimana kegiatan Islam dapat dijalankan dengan lebih aman dan bebas
dari ancaman kaum
Quraisy. Penyebaran Islam mula dapat dijalankan secara bebas dan terbuka tanpa ancaman kaum Quraisy. Ajaran-
ajaran Islam
diamalkan dengan bebas tanpa kekhuatiran dimana-mana sahaja bahagian kota Mekah.
Penyebaran Islam Semakin Meluas
Ajaran Islam dapat disebarkan dengan lebih meluas dan pesat. Penyebarannya begitu meluas sehingga melepasi
sempadan politik
Mekah dan Madinah. Nabi Muhammad telah menghantar utusan kepada pemerintah Rom, Farsi, Habsyah, Ghassan,
Mesir, Bani
Bakar dan sebagainya yang menyeru mereka kepada agama Allah. Di antara yang menerima utusan tersebut ialah
Heraclius
(Maharaja Byzantine), Muqaucis (pemimpin golongan Qibbi di Mesir), Najashy (Maharaja Habsyah) dan Kisra
Farsi.
Perubahan Kedudukan Nabi
Baginda tidak lagi diancam secara fizikal atau dihina oleh kaum Quraisy. Malah baginda menjadi pemimpin utama
Madinah yang
dihormati dan disegani. Semasa di Madinah, baginda turut menjadi hakim, ketua negara, panglima perang, guru
agama, pemimpin
umat dan sebagainya. Peranan itu tidak dapat dimainkan semasa baginda di Mekah.
Pertambahan Umat Islam
Umat Islam semakin bertambah dan terdiri dari 2 golongan iaitu golongan Ansar dan Muhajirin. Golongan Ansar
ialah orang Madinah
yang menganut agama Islam. Majoritinya ialah kaum Aus dan Khazraj. Golongan Muhajirin ialah umat Islam
Mekah yang mengikut
Nabi Muhammad berhijrah ke Madinah. Muhajirin bermakna "penghijrah". Pertumbuhan masyarakat Islam ini
mewujudkan sebuah
ummah Islamiyah. Umat Islam menjadi semakin kukuh dan mampu mempertahankan diri mereka.
Penubuhan Negara Islam
Kota Madinah menjadi negera Islam yang pertama di dunia apabila Nabi berjaya membentuk Piagam Madinah. Ia
menukarkan imej
kota Madinah yang hampir dikuasai oleh kaum Yahudi kepada sebuah kota Islam. Piagam ini dianggap sebagai
perlembagaan bertulis
yang pertama di dunia kerana ia mempunyai negara yang ditentukan kawasannya, mempunyai ummah yang tertentu
dan menyentuh
hak-hak seluruh masyarakat.
Perubahan Kehidupan Masyarakat Madinah
Sebelum Nabi Muhammad berhijrah, penduduk Madinah hidup dalam suasana Jahiliah tanpa sistem undang-undang
yang teratur.
Keadilan terletak pada kekuatan. Manusia yang lemah sering ditindas. Dengan kedatangan Nabi, sistem
perundangan yang teratur
diperkenalkan. Peraturan ini meliputi hampir keseluruhan aspek kehidupan masyarakat seperti bidang ekonomi,
kekeluargaan,
pemerintahan dan sebagainya. Semua penduduk Madinah hidup bebas dari penindasan.
Menamatkan Permusuhan Tradisi Golongan Ansar
Konflik diantara suku Aus dan Khazraj ditamatkan dengan mempersaudarakan mereka dengan ikatan semangat
Ukhuwwah
Islamiyah. Sebelum itu, mereka saling bermusuhan. Peperangan sering tercetus sesama mereka. Peperangan yang
terakhir ialah
Perang Bu'ath pada 618 M di antara suku Aus dan Khazraj yang mengorbankan banyak nyawa dan harta benda.
Permulaan Kalendar Hijrah
Tarikh penghijrahan Nabi Muhammad dijadikan sebagai titik terawal bagi pengiraan sistem kalendar Islam iaitu
Tahun Hijrah. Hal ini
dilakukan oleh Khalifah Umar al-Khattab pada 634 M. Takwim ini mengikut peredaran bulan. Dalam setahun
mengandungi 12 bulan
atau 354 hari. Setiap bulan mempunyai 29-30 hari.
71
Perubahan Dasar Politik
Umat Islam mula menjalankan dasar politik bercorak offensive iaitu menentang apa sahaja penentangan Quraisy
secara kekerasannya.
Perubahan dasar ini dilakukan setelah turunnya Suruh al-Hajj. Sebelum itu, mereka hanya bertahan dan bersabar.
Rumusan
Hijratul-Rasul adalah suatu peristiwa yang mempunyai signifikasi yang sangat besar dalam sejarah perjuangan
Islam. Ia jelas telah
membawa banyak perubahan dalam corak perkembangan Islam. Ia merupakan titik peralihan yang amat penting
bagi Nabi
Muhammad sendiri dan perkambangan Islam di seluruh dunia. Penghijrahannya ini membawa kepada kemenangan
umat Islam dalam
hampir setiap bidang seperti ekonomi, sosial dan politik.
UMMAH
Pengenalan
Sebelum terbentuknya ummah di Madinah, masyarakat Madinah hidup di dalam keadaan berpecah-belah. Hal ini
disebabkan Madinah
terdiri daripada masyarakat berbilang kaum dan agama. Secara keseluruhannya, penduduk Madinah terdiri daripada
2 bangsa utama
iaitu Arab dan Yahudi. Orang-orang Arab pula terdiri daripada 2 puak iaitu Aus dan Khazraj. Kedua-dua puak ini
sering bermusnahan
antara satu sama lain terutamanya kerana perebutan kuasa. Orang Yahudi pula terdiri daripada beberapa puak, yang
paling terkenal
ialah Bani Nadhir, Quraizah dan Qainuqak. Hubungan di antara puak Yahudi dan Arab sentiasa di dalam keadaan
tegang sehinggalah
Nabi berhjrah ke Madinah.
Definisi Ummah
Ummah menurut Sahifah Madinah adalah di dalam pengertian yang luas. Istilah tersebut adalah merujuk kepada
semua penduduk
Madinah pada masa kedatangan Nabi ke Madinah. Ia termasuklah orang-orang Islam yang berhijrah bersama Nabi
atau lebih dikenali
sebagai orang-orang Muhajirin, penduduk Madinah yang telah membantu Nabi atau yang lebih dikenali sebagai
golongan Ansar serta
orang-orang Yahudi yang telah menjadi sebahagian daripada sebahagian daripada penduduk Madinah. Walaupun
mereka terdiri
daripada pelbagai bangsa dan agama tetapi masih lagi dianggap sebagai satu ummah. Oleh itu, Sahifah Madinah
telah menyebutkan
nama mereka satu persatu dan mereka masing-masing mempunyai hak dan tanggungjawab terhadap negara Islam
Madinah.
Sejarah Pembentukan Ummah
Pembentukan ummah di Madinah bermula sebaik sahaja Nabi sampai ke Madinah iaitu pada tahun 1 Hijrah
bersamaan 622 M.
Suasana di Madinah tidak aman menyebabkan Nabi mengambil beberapa langkah untuk membentuk ummha. Nabi
sedar negara Islam
Madinah mungkin dapat ditegakkan jika penduduk Madinah tidak bersatu terlebih dahulu. Sehubungan dengan itu,
Nabi telah
bertindak mempersaudarakan golongan Aus dan Khazraj dan mereka diberi nama baru iaitu golongan Ansar,
golongan ini
kemudiannya telah dipersaudarakan pula dengan golongan Muhajirin dan seterusnya mengadakan perjanjian damai
dengan golongan
Yahudi. Bagi mengukuhkan lagi kedudukan ini, Sahifah Madinah telah digubal, Nabi juga membina masjid sebagai
tempat untuk
menyatukan umat Islam. Dengan usaha-usaha yang dilakukan ini maka terbentuklah satu ummah di Madinah.
Kaitan Ummah dengan Politik Islam di Madinah
1. Pembentukan ummah mempunyai kaitan yang rapat dengan politik Islam di Madinah. Dengan terbentuknya
ummah, Madinah
telah muncul sebagai sebuah negara Islam yang pertama. Ia kemudiannya menjadi sebuah kuasa yang besar dan
disegani. Di
bawah konsep ummah, penduduk Madinah telah bekerjasama untuk membangunkan Madinah sama ada dari segi
politik,
ekonomi ataupun sosial. Kejayaan Nabi menyatukan penduduk Madinah di bawah konsep ummah telah
membuktikan bahasa
Islam adalah agama yang lengkap dan ia tidak memisahkan di antara politik dan agama.
2. Pembentukan ummah Madinah juga telah menjamin keselamatan Madinah dari ancaman luar dan dalam. Sebagai
satu ummah
semua penduduk Madinah perlu bekerjasama untuk mempertahankan Madinah dan sebarang ancaman. Di samping
itu, mereka
juga tidak boleh bermusuhan di antara satu sama lain. Nabi dengan jelas menyebutkan bahawa sesiapa atau mana-
mana
golongan yang mengingkari perjanjian yang telah dibuat akan dikenakan hukuman yang setimpal. Hal ini terbukti
apabila orangorang
Yahudi telah dihalau dari Madinah apabila mereka sering mempersendakan kemenangan tentara Islam. Malah telah
bekerjasama dengan pihak musuh iaitu orang-orang Quraisy.
3. Pembentukan ummah juga telah berjaya menyelesaikan krisis pemimpin yang wujud di Madinah sebelum ini.
Semua penduduk
Madinah termasuklah orang-orang Yahudi bersetuju untuk menerima Nabi sebagai pemimpin Madinah. Sifat-sifat
kepimpinan
yang ada pada Nabi telah menyebabkan mereka berpuas hati dan bersetuju untuk bernaung di bawah pemerintahan
Islam.
Sebelum ini, penduduk Madinah sering bertelagah bagi menentukan kepimpinan di Madinah. Puak Aus dan Khazraj
misalnya
telah berperang sejak sekian lama dan peperangan yang paling hebat ialah peperangan Buath. Orang-orang Yahudi
juga sering
mengintai peluang untuk mengambilalih pentadbiran Madinah, oleh itu, mereka sering melagak-lagakan di antara
kedua-dua
puak tersebut.
4. Pembentukan ummah juga berjaya mengukuhkan kedudukan politik Islam. Ia telah membuka peluang kepada
penyebaran
agama Islam. Orang Islam bebas beribadat dan menyebarkan agama Islam. Hal ini menyebabkan bilangan penganut
Islam
bertambah dengan banyaknya. Dalam tempoh 10 tahun Nabi di Madinah, penganut Islam telah meningkat lebih
daripada
100,000 orang. Hal ini terbukti semasa Nabi mengerjakan ibadat haji yang terakhir, seramai 100,000 orang telah
mendengar
khutbah baginda yang terakhir. Bilangan ini sangat besar berbanding dengan bilangan yang berjaya diislamkan
dalam tempoh
13 tahun Nabi di Mekah.
72
Kesimpulan
Sesungguhnya pembentukan ummah di Madinah telah memberi kesan yang besar terhadap usaha-usaha penyebaran
Islam. Ia juga
sekaligus menunjukkan bahawa Nabi Muhammad adalah seorang pemimpin yang unggul. Oleh itu, tidaklah
menghairankan jika
baginda juga digelar sebagai seorang negarawan.
PENYATUAN UMMAH
Pengenalan
Nabi Muhammad tiba di Madinah pada bulan September 622 M. Dengan penghijrahan ini, pusat gerakan umat Islam
telah bertukar
dari kota Mekah ke kota Madinah. Nabi Muhammad telah diterima sebagai pemimpin Madinah kerana Madinah
pada waktu tersebut
belum mempunyai seorang pemimpin tunggal. Madinah adalah sebuah kota di Utara Mekah yang diduduki oleh
pelarian Yahudi dari
Palestine dan bangsa Arab dari Yaman. Oleh sebab ia lebih merupakan kota tumpuan pelbagai bangsa yang belum
pernah dipimpin
oleh mana-mana pemerintah, maka Nabi Muhammad terpaksa menghadapi pelbagai masalah yang timbul oleh
pelbagai golongan.
Golongan yang Dihadapi
Golongan Muhajirin
Muhajirin ialah orang Islam yang berhijrah bersama-sama Nabi dari Mekah ke Madinah berjumlah 150 orang.
Mereka datang sehelai
sepinggang meninggalkan kampung halaman semata-mata kerana Allah. Sewaktu di Madinah, mereka diberi
pertolongan oleh
golongan Ansar. Muhajirin kesemuanya adalah dari keturunan Quraisy tetapi dari pelbagai suku termasuklah Bani
Hasyim, Bani
Taym, Bani Adi dan Bani Umayyah. Tokoh-tokoh Muhajirin termasuklah Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali.
Muhajirin adalah
golongan orang Islam yang pertama memeluk Islam dan diletakkan sebagai orang yang paling mulia di sisi Allah
dan diberikan
keutamaan untuk memimpin.
Golongan Ansar
Mereka adalah penduduk Madinah yang terdiri daripada suku Aus dan Khazraj. Mereka adalah kumpulan pertama
yang mendiami
Madinah. Mereka berasal dari Arab Selatan berpindah ke Madinah selepas pecahnya Empangan Maarib. Antara Aus
dan Khazraj
sering berlaku pertelegahan. Dalam pertelegahan ini, suku Aus disokong oleh Yahudi. Daripada golongan inilah,
lahirnya golongan
munafik. Mereka memeluk Islam Ba'at Aqabah. Jumlah mereka lebih kurang 500 orang berdasarkan jumlah yang
menyambut Nabi
apabila Nabi sampai ke Madinah. Mereka digelar Ansar kerana membantu menyebarkan Islam serta memberikan
pertolongan kepada
Muhajirin. Mereka juga banyak berkorban sama ada harta atau nyawa bagi menegakkan Syi'ar Islam. Mereka
diletakkan setaraf
dengan Muhajirin dan disebutkan juga sebagai as-Sabiquna al-Awwalun.
Golongan Yahudi
Kaum Yahudi berasal dari Palestine. Mereka datang ke Madinah apabila Nabi Isa menyebarkan agama Nasrani.
Kerajaan Rom yang
memerintah Palestine menganut agama Nasrani. Hal ini menyebabkan golongan Yahudi lari ke Semenanjung Tanah
Arab
termasuklah ke Khaibar, Wadi al-Qura dan Madinah. Jumlah suku Yahudi yang tinggal di Madinah ialah sebanyak
20. Yang terkenal
hanyalah 3 iaitu Quraizah, Nadhir dan Qainuqak. Walaupun terdapat percampuran darah antara Yahudi dan Arab
tetapi Yahudi tetap
dengan Yahudinya sama ada dari segi kepercayaan atau kebudayaan. Kaum Yahudi mempunyai angkatan tentera
yang kuat serta
ekonomi yang kukuh.
Bani Qainuqak adalah Yahudi yang paling berpengaruh. Mereka juga dikatakan Yhudi yang mula-mula sampai ke
Madinah. Mereka
tinggal di Barat Daya Madinah berhampiran Wadi Buhtan. Mereka bekerja sebagai pedagang di samping petukang
dan mempunyai
pasukan tentera yang ramai. Mereka pernah membekalkan sejumlah 700 tentera termasuk 200 tentera berperisai bagi
membantu kaum
Khazraj menentang Aus dalam Perang Bua'th.
Bani Nadhir merupakan golongan kedua berpengaruh. Mereka tinggal di kawasan bukit yang namanya al-Nadhir di
Selatan Kota
Madinah. Mereka berniaga dan bertani. Mereka memihak kepada suku Aus dalam Perang Bua'th. Sokongan yang
diberi kerana tujuan
tertentu, iaitu untuk memecahbelahkan orang Arab dan ini membolehkan mereka berkuasa di Madinah.
Bani Qainuzah pula dikenali sebagai Darih. Mereka tiba di Madinah agak lewat. Mereka tinggal di Wadi Mahzur,
Selatan kota
Madinah. Pekerjaan mereka adalah bertani. Kebanyakan mereka kaya, mempunyai bekalan makanan dan senjata
yang banyak. Jumlah
tentera mereka dianggarkan 750 orang. Mereka memihak kepada suku Aus dalam Perang Bua'th sehingga
menyebabkan suku Khazraj
tertewas. Mereka sedar suku Khazraj adalah kuat. Dengan kekalahan Khazraj, pentadbiran kota Madinah akan
terlepas ke tangan
Yahudi. Yahudi Madinah mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi di luar Madinah.
Golongan Munafik
Munafik adalah orang yang perpura-pura masuk Islam tetapi pada hakikatnya mereka memusuhi Islam. Sejarah
kaum munafik
bermula apabila Nabi sampai ke Madinah. Mereka telah menimbulkan pelbagai masalah, misalnya dalam Perang
Uhud, mereka telah
menarik diri sebelum berlakunya peperangan sehingga menyebabkan barisan tentera Islam kucar-kacir dan
seterusnya menyebabkan
tentera Islam kalah. Pemimpin mereka yang terkenal ialah Abdullah Bin Ubay dari suku Khazraj. Allah menyifatkan
munafik sebagai
orang yang bercakap bohong seperti yang disebutkan dalam surah al-Imran ayat 167, surah al-Taubat ayat 64-69, al-
Ahzab ayat 1, 12,
24, 60 dan 73. Mereka menyokong Nabi kerana kepentingan sendiri; jika didapati musuh lebih kuat, mereka akan
menyokong musuh.
Mereka mempunyai hubungan yang baik dengan Yahudi. Secara umumnya, mereka tidak mempunyai pendirian
yang tetap. Oleh itu,
mereka tertewas dalam perjuangan mereka.
73
Usaha yang Dijalankan dalam Penyatuan Ummah
Membina Masjid
Sebaik sahaja Nabi tiba di Madinah, Nabi telah berusaha membina masjid yang akan dijadikan sebagai tempat
ibadat. Selain itu,
masjid juga berfungsi sebagai tempat untuk orang Islam bertemu serta berbincang / bermesyuarat bagi
menyelesaikan sebarang
masalah. Pada peringkat awal, masjid juga dijadikan sebagai tempat berniaga. Masjid pertama yang dibina di
Madinah ialah Masjid
Nabi / Nabawi. Ia dibina atas tanah milik 2 orang yatim, Sahl dan Suhail. Ia dibeli hanya dengan 10 dinar.
Menyatukan Aus dan Khazraj
Aus dan Khazraj merupakan penduduk asal Madinah. Sebelum kedatangan Nabi, mereka sentiasa bermusuhan
antara satu sama lain
sehingga mengorbankan banyak nyawa. Peperangan Bua'th merupakan perang yang berlarutan di antara kedua-dua
puak tersebut. Ia
berpunca dari masalah kepimpinan kerana kedua-duanya ingin menerajui pentadbiran kota Madinah. Nabi sedar jika
masalah ini tidak
diselesaikan, keadaan ini tidak akan aman. Oleh itu, Nabi berusaha menyatukan kedua-dua pihak tersebut dan
menamakan mereka
sebagai orang Ansar. Nabi menanamkan sifat-sifat Iman kepada mereka sehingga mereka sanggup melupakan
permusuhan yang
berlaku antara mereka.
Mewujudkan Persaudaraan Islam
Setelah Nabi berjaya menyatukan Aus dan Khazraj, Nabi berusaha pula mempersaudarakan orang Ansar dan
Muhajirin. Tujuan Nabi
adalah untuk membantu orang Muhajirin dari sudut ekonomi dan juga kepentingan umum, termasuklah sosial dan
politik Islam di
Madinah. Sekiranya masalah ekonomi tidak diselesaikan terlebih dahulu adalah sukar bagi Nabi membangunkan
sebuah negara yang
benar-benar kukuh. Contohnya, Nabi telah mempersaudarakan Hamzah Bin Abdul Muttalib dengan 'Ithban Bin
Malik, Abdul Rahman
Bin Auf dengan Said Bin Rabi' dan lain-lain. Dengan adanya ikatan ini, golongan Ansar tanpa ragu-ragu sanggup
memberikan harta
benda mereka untuk dijadikan modal sehingga akhirnya ekonomi orang Muhajirin berjaya dipulihkan.
Menggubal Perlembagaan
Sebuah perlembagaan untuk negara Islam Madinah telah diwujudkan oleh Nabi demi untuk menjamin perpaduan di
kalangan
penduduk Madinah sebagai sebuah komuniti / ummah. Ia diwujudkan hasil dari persetujuan bersama antara orang
Islam dan juga
orang Islam dan Yahudi. Dalam perlembagaan ini, beberapa aspek penting telah diberikan penekanan oleh Nabi
seperti
tanggungjawab bersama untuk mempertahankan Madinah, Kebebasan beragama, al-Quran sebagai asas peraturan
perlembagaan dan
kedudukan Nabi sebagai ketua negara. Pada dasarnya kesemua penduduk Madinah menerima perlembagaan ini
secara terbuka.
Memperkenalkan Dasar-dasar Ekonomi
Nabi menggalakkan orang-orang Islam supaya bekerja keras terutamanya dalam bidang pertanian dan perniagaan.
Nabi
menggalakkan orang Islam menebus semula tanah mereka yang tergadai di tangan orang Yahudi. Mereka juga
diminta berusaha
mengatasi masalah monopoli perdagangan yang dilakukan oleh peniaga Quraisy antara Yaman, Mekah dan Syam.
Setalah semua
langkah yang perlu dilaksanakan, maka kedudukan ekonomi orang Islam telah dipulihkan sehingga
membimbangkan orang Yahudi
dan Quraisy Mekah sendiri.
Melaksanakan Syura
Sistem Syura atau mesyuarat telah dilaksanakan oleh Nabi di semua peringkat. Ia bertujuan untuk menjamin
keadilan dan
mengelakkan kezaliman. Sebarang masalah yang timbul sama ada dalam bidang ekonomi, politik dan sosial akan
dibincang dan
diselesaikan bersama. Setiap anggota masyarkat diberi peluang untuk memberi / mengemukakan pendapat selagi ia
tidak bercanggah
dengan dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh al-Quran.
Membangunkan Masyarakat Islam yang Bermoral
Pembentukan masyarakat Islam yang bermoral adalah penting kerana ia akan memberi contoh kepada masyarakat
lain. Nabi berusaha
membangunkan mereka dari segi fizikal dan spiritual. Dengan panduan wahyu, Nabi telah memperluaskan lagi
kehidupan beragama
di Madinah dengan menekankan kepada konsep beribadat, bermuamalat, bermunakahat, jenayah dan kenegaraan.
Hasilnya Nabi
berjaya melahirkan ramai tokoh yang mempunyai ciri-ciri keperibadian yang tinggi.
Menubuhkan Pasukan Tentera
Pasukan tentera adalah penting bagi sesebuah negara. Bagi Islam, ia adalah untuk mempertahankan kesucian serta
kedaulatan agama
dan negara. Nabi telah berjaya menubuhkan pasukan tentera yang kuat dan mempunyai semangat jihad yang tinggi.
Tentera Islam
telah memperoleh beberapa kejayaan termasuklah dalam Perang Badar, Khandak, Mu'tah dan sebagainya.
Dakwah dan Diplomatik
Usaha-usaha dakwah juga dipergiatkan. Ia tidak lagi tertumpu di Madinah. Beberapa utusan telah dihantar untuk
menjalin hubungan
diplomatik di samping berdakwah. Antaranya termasuklah menghantar utusan ke Habsyah, Yamamah, Mesir dan
lain-lain. Ada di
antara utusan tersebut diterima baik dan ada juga yang ditolak.
Rumusan
Nabi Muhammad terpaksa menyelesaikan pelbagai masalah setelah baginda berhijrah ke Madinah, sama ada
masalah yang dihadapi
oleh umat Islam sendiri mahupun masalah yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Islam. Baginda telah membuktikan
ketokohannya
sebagai seorang negarawan ulung yang belum pernah disaksikan dalam sejarah Tanah Arab. Bangsa-bangsa Arab
telah berjaya
disatukan dan sebuah negara Islam yang tidak berlandaskan perkauman telah berjaya ditegakkan.
74
GERAKAN AL-RIDDAH
Pengenalan
Gerakan al-Riddah ialah gerakan ahli kerajaan Islam atau gerakan mengingkari Islam. Selepas kewafatan Nabi
Muhammad,
perjalanan sejarah Semenanjung Arab seolah-olah kembali surut ke belakang. Masyarakat Islam menghadapi krisis
yang hebat yang
hampir-hampir mengalami kehancuran. Terdapat golongan yang mengaku menjadi Nabi, keluar terus daripada Islam
(murtad) dan
tidak mahu membayar zakat yang merupakan satu daripada rukun asas Islam. Gejala ini muncul di Mekah, Madinah
dan Taif.
Menurut Profesor Philip K. Hitti, hanya 1/2 daripada penduduk Tanah Arab yang benar-benar beriman dengan
agama Islam dan
mengakui kekuasaan Nabi Muhammad.
Golongan al-Riddah
Nabi Palsu
a. Tulaihah al-Khuwailid daripada Bani Asad di Najed atau Tengah Arab. Di antara ajarannya ialah menghapuskan
amalan sujud
dalam sembahyang. Beliau juga menghapuskan amalan zakat. Beliau pernah bersemuka dengan Khalifah Abu Bakar
untuk
menuntut supaya diakui kenabiannya tetapi gagal.
b. Al-Aswad al-Ansi dari Yaman yang gemar memakai purdah. Nama sebenarnya ialah Ailat Bin Ka'ab Bin Auff al-
Ansi.
Ajarannya ialah membebaskan setiap pengikutnya dari amalan sembahyang dan zakat dan menghalalkan perzinaan.
c. Sajjah Binti al-Harith Bin Suwaid Bin Aqfan daripada Bani Tamim di Yamamah.
d. Musailamah al-Khazzab dari Bani Hanifah di Yamamah. Beliau telah bergabung dengan Sajjah al-Harith.
Golongan Murtad
Golongan yang terus keluar dari Islam banyak terdapat di Bahrain seperti Bani Bakar dan Bani Abdul Qais, di Oman
dipeloroti oleh
Laqit Bin MAlik Azadi, di Mahrah terdapat dua golongan iaitu yang menyokong syakrit dan yang mengyokong al-
Musabbah, di
Yaman Selatan oleh Bani Kindah dan sebagainya.
Enggan Membayar Zakat
Golongan ini timbul di Yaman, Yamamah dan Oman. Ia dipelopori oleh Malek Bin Nuwairah. Beliau menyatakan
sokongannya
terhadap Sajjah Harith.
Sebab Berlakunya Gerakan al-Riddah
1. Islam hanya mula tersebar luas selepas peristiwa Sulhul Hudaibiyah (6 H) dan penaklukan Kota Mekah (8 H).
Selepas Nabi
Muhammad wafat, kefahaman agama Islam belumlah begitu meresap dengan mendalam di kalangan orang Arab
yang jauh dari
Hijaz. Keadaan kefahaman tersebut semakin cetek di kalangan kabilah Badwi yang tinggal di pedalaman dan hidup
dalam
keadaan berpindah-randah.
2. Ramai juga di antara mereka yang memeluk Islam tanpa keimanan yang kukuh. Mereka mengaku memeluk Islam
tetapi tidak
mempelajari segala tuntutan dan larangannya. Kebanyakan mereka memeluk Islam kerana ingin menghindari dan
mendapat
hak istimewa daripada tentera dan pemerintahan Islam. Mereka juga memeluk agama Islam kerana inginkan harta
rampasan
perang, sanjungan dan kedudukan apabila mencapai kejayaan bersama-sama tentera Islam.
3. Golongan yang lemah imannya itu sentiasa memperlihatkan ketidakpuasan mereka terhadap peraturan-peraturan
Islam. Mereka
menganggap Islam satu agama yang mengongkong mereka dari keseronokan kehidupan jahiliah yang menjadi
amalan mereka
sebelum ini. Kewafatan Nabi Muhammad merupakan peluang yang paling baik bagi mereka untuk keluar dari Islam.
4. Penentangan ini juga timbul kerana mereka masih kekal dengan sifat kesukuan dan berkabilahan yang tebal.
Semangat
assabiyah terhadap suku masing-masing belum terkikis. Terdapat golongan yang mahu mempunyai Nabi dari
kaumnya sendiri
dan tidak mahu mengikut Nabi dari golongan Quraisy. Hal inilah kesan daripada sifat assabiyah membutatuli
mereka.
5. Gerakan golongan Nasrani dan Yahudi yang memainkan peranan yang penting dalam menimbulkan gerakan al-
Riddah.
Mereka sentiasa menjalankan propaganda dan dakyah untuk menyesat dan menyelewengkan umat Islam dari
landasan yang
sebenarnya.
6. Golongan Nabi palsu pula muncul kerana mengkagumi kejayaan yang dicapai oleh Nabi Muhammad. Di
antaranya yang
dikagumi ialah menguasai masyarakat Arab, mempunyai pengikut yang ramai dan sanggup berjuang bermati-matian
untuknya
dan sebagainya. Mereka juga mengkagumi kejayaan Nabi Muhammad yang telah menyatupadukan penduduk Arab
di bawah
satu kesatuan ummah Islamiyah. Oleh hal yang demikian, mereka inginkan kedudukan seperti yang dicapai oleh
Nabi
Muhammad. Untuk mencapai tujuan tersebut, mereka mengakui diri mereka sebagai "Nabi" dan mengumpulkan
pengikutnya.
Langkah untuk Mengatasi Gerakan al-Riddah
Menghantar Utusan
Khalifah Abu Bakar telah menghantar utusan kepada kabilah-kabilah berkenaan untuk menyeru mereka supaya
kembali ke pangkuan
ajaran Islam. Walau bagaimanapun, hanya Bani Abdul Qais di Bahrain sahaja yang berjaya dipujuk.
Memerangi Mereka
Bagi golongan yang degil, Khalifah Abu Bakar telah memerangi mereka. Sebanyak 11 buah pasukan tentera baru
dibentuk. Ketuaketua
pasukan ini terdiri daripada Khalid al-Walid, Akramah Bin Abu Jahal, Amru Bin al-Ass dan sebagainya. Pasukan ini
telah
dikerah untuk menentang golongan Nabi palsu, murtad dan enggan membayar zakat. Antaranya Kahlid al-Walid
memerangi Tulaihah
al-Khuwailid dan Malek Bin Nuwairah, Amru Bin al-Ass ke negeri Qudhaah, Akramah Bin Abu Jahal memerangi
Musailamah al75
Khazzab dan sebagainya. Setiap pasukan ini dipesan untuk memberi utusan dahulu kepada golongan al-Riddah.
Sekiranya mereka
masih enggan kembali ke pangkal, barulah diperangi secara habis-habisan.
Kesimpulan
Pembanterasan gerakan al-Riddah merupakan titik tolak dalam usaha meneruskan syiar Islam supaya satu
kesinambungan sejarah
yang dibentuk oleh Nabi Muhammad akan berkekalan. Dengan pasukan tentera Islam yang dipimpin oleh panglima
Islam yang gagah
itu, gerakan al-Riddah dapat disekat. Islam telah menjadi agama yang unggul di Semenanjung Tanah Arab.
MASYARAKAT ISLAM DI IRAQ
Pengenalan
Pada zaman Khulafa al-Rasyidin, berlakunya beberapa peristiwa pembukaan wilayah di Utara Semenanjung Arab
secara meluas
seperti di Iraq, Syam dan Mesir. Mereka yang terlibat dalam pembukaan wilayah tersebut digelar ahl-al-ayyam.
Kebanyakan mereka
terdiri daripada suku kecil dan suku Syaiban adalah yang majoriti. Semasa Khalifah Umar al-Khattab, bilangan ahl
al-ayyam
dikatakan sebanyak 12,000 orang.
Golongan di Iraq
Terdapat 3 golongan utama.
1. Mereka yang pernah murtad dan menentang Kerajaan Madinah
2. Muhajirin dan Ansar
3. Golongan ahl al-ayyam (peneroka)
Golongan Pertama
Dikecualikan daripada menjawat jawatan penting oleh Khalifah Umar al-Khattab.
Golongan Kedua
Bilangannya tidak ramai.
Kebanyakannya balik ke Hijaz, Mekah, Madinah dan Taif selepas selesainya pembukaan Iraq.
Golongan Ketiga
Menjadi penting setelah golongan di atas keluar.
Digelar sebagai trustee.
Mengelolakan tanah yang dikuasai oleh orang Islam di Iraq dan menganggap sebagai hak milik mereka yang
tidak boleh
ditukar milik.
Menikmati kekuasaan yang penuh terhadap tanah-tanah yang ditakluki di Iraq.
Ada di antara mereka berkongsi tugas menerima cukai yang dikutip oleh pegawai dan ketua tempatan, dahaqin
dan
menukar mata wang kepada perbendaharaan negara.
Boleh juga menjadi penyelia kerja-kerja dan pemungut cukai kepada (jizyah).
Pentadbiran Ketenteraan Islam di Kufah
Projek Perumahan dan Pentadbiran Sosial
Tentera Islam telah disusun secara Sistem 'ashar (10 kelompok) kemudian ditukar menjadi asba' (7 kelompok)
dan 'arafah
(unit).
Perubahan ini diperlukan kerana ramai ahl al-ayyam tidak beada di Kufah kerana sibuk dengan peperangan di
perbatasan
dan menjalankan tugas di bahagian lain di Iraq.
Selain itu, sistem 'ashar yang dibentuk itu juga bertujuan ketenteraan tetapi kini kempen ketenteraan berkurang,
maka
sistem ini perlu diubah.
Pentadbiran Kewangan
Semua pembayaran elaun atau gaji dibuat oleh pemegang amanah (ahl al-ayyam), kelompok 7 dan pemimpin
kumpulan,
kemudian dipindah kepada ketua-ketua unit ('urafa), naqib-naqib dan umana'.
Setiap 'arafah mengagihkan 100,000 dirham kepada anggotanya: -
a. Unit ahl al-ayyam
20 lelaki - 3,000 seorang
20 perempuan - 340 seorang
340 kanak-kanak - 100 seorang
b. Unit ahl al-Qadisiyah
43 lelaki - 2,000 seorang
45 perempuan - 200 seorang
500 kanak-kanak - 100 seorang
c. Unit ahl al-rawadif (pendatang baru)
60 lelaki - 1,500 seorang
60 perempuan - 100 seorang
40 kanak-kanak - 100 seorang
76
Bagi pewira yang layak menerima elaun, jumlahnya adalah seperti berikut: -
a. Muhajirin / Ansar - 3,000-5,000 dirham setahun
b. Ahl al-ayyam - 3,000 setahun
c. Orang yang menyertai perang Yarmuk dan Qadisiyah, pernah murtad dan bukan murtad - 2,000 setahun
d. Rawadif - 1,500-2,000 setahun
Pembukaan Kota Basrah
Penubuhan Kota Basrah yang sebenar bermula pada 17 H / 638 M.
Tujuan: untuk mengurangkan tekanan penghijrahan yang tidak berhenti-henti di Iraq.
Komposisi anggota tentera Islam di Basrah pada mulanya terdiri daripada suku-suku yang berasal dari kawasan
Timur
Semenanjung Tanah Arab seperti Tamim, Bakar dan sebagainya.
Mereka merupakan pendatang baru, tidak memainkan peranan utama dalam perang al-Riddah dan penaklukan
awal negeri
Iraq.
Dikatakan pendatang di kawasan ini lebih kurang 300 orang (pada perawalan).
Pentadbiran Ketenteraan Islam di Basrah
Pentadbiran Sosial
Pada awalnya masyarakat di susun secara sistem genealogi (salasilah).
Kemudian digantikan dengan sistem 'arafah (unit) disebabkan ketibaan pendatang baru yang tidak berhenti-henti
menyebabkan kelompok suku Basrah berbeza-beza dari segi saiz.
Pentadbiran Kewangan
Dalam pengagihan elaun di bawah sistem 'arafah, hanya pemimpin yang diiktiraf sahaja layak menerima elaun.
Jumlah yang diterima ialah 2,500 dirham, sementara yang lain ialah 250-300 dirham.
Bagi pendatang baru, elaunnya rendah.
Pendatang baru tidak puas hati - menimbulkan kekacauan.
Khalifah Umar menaikkan alaun kepada 2,000 dirham untuk menyelesaikan kekacauan dengan alasan mereka
berani
dalam Perang Nihavan.
Kemunculan Golongan Baru di Iraq
Golongan al-Qurra
Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, sebilangan ahl al-ayyam memberontak kerana pengambilan kuasa
pentadbiran
wilayah Iraq oleh kaum Quraisy dan penyokong Uthman.
Mereka disingkir dari Kufah dan digelar al-Qurra.
Istilah ini merujuk kepada kata dasar qaf ra ya yang bermaksud orang kampung.
Golongan Khawarij
Kaum al-Qurra di Iraq memberi sokongan kepada Khalifah Ali ketika menentang Aisyah, Talhah dan al-Zubayr
dalam
Perang Jamal dan menentang Muawiyah dalam Perang Siffin.
Selepasnya kaum al-Qurra berpaling tadah dengan Khalifah Ali dan keluar dari barisan tentera Khalifah Ali dan
digelar
Khawarij.
Khawarij berasal dari kata dasar kharaja bererti keluar.
Mawali atau Orang Ajam
Orang bukan Arab.
Terdiri dari kaum Parsi.
Bilangannya tidak ramai kalau dibandingkan dengan zaman Bani Umayyah.
MASYARAKAT ISLAM DI SYAM
Pengenalan
Syam merupakan sebuah wilayah di Utara Semenanjung Tanah Arab yang penting merangkumi Palestine, Jordan
dan Syria. Ia
diduduki oleh bangsa Arab dan bukan Arab. Pengaruh Kristian juga kuat. Sebelum Islam, ia terletak di bawah
Kerajaan Rom
(Byzantine). Sejak dahulu lagi, orang Arab Badwi telah membuka beberapa petempatan dan kerajaan seperti Hims,
Petra dan Palmyra
di kawasan Syam. Kaum Arab di Syam terdiri daripada suku Kalb, suku Lakham dan suku Jurham. Selain itu,
terdapat juga bangsa
asing seperti Syrian, Yahudi dan Rom.
Masyarakat Selepas Kedatangan Islam
Kebanyakan mereka mula memeluk Islam
Merupakan peyokong Khalifah Uthman dan Muawiyah yang selepasnya menjadi Gabenor Syam.
Di Jazirah (Mesopotamia) terdapat masalah - perbalahan antara kaum Qays dan Rabi'ah sejak zaman Khalifah
Uthman.
Kaum Qais - pendatang lama
Kaum Rabi'ah - pendatang baru
Muawiyah menyelesaikan masalah ini secara muafakat
Tetapi selepas Muawiyah meninggal dunia - masalah perbalahan berlaku lagi
77
MASYARAKAT ISLAM DI MESIR
Pengenalan
Mesir adalah sebuah negeri tua yang diperintah oleh 30 buah Dinasti Firaun. Setelah itu diperintah oleh Iskandar
Zulkarnain, setelah
itu Ptolemys, Rom dan Islam.
Zaman Sebelum Islam
Majoriti terdiri daripada kaum Qibti beragama Kristian
Agama Kristian menjadi agama rasmi di Mesir pada 381 M
Sebelum itu, penduduk Mesir menganut agama Buddha
Agama Kristian terbahagi 2: Katolik dan Protestant
Dua mazhab ini saling bergaduh sehingga akhirnya Rom mengambilalih Mesir (30 SM)
Cukai tinggi - penduduk marah - membuka jalan kepada penguasaan Islam
Zaman Selepas Islam
Bermula pada zaman Khalifah Umar al-Khattab
Sejak itu, ramai bangsa Arab berhijrah ke situ
Akhirnya, bangsa Arab menjadi majoriti dan bahasa Arab menjadi bahasa rasmi
MASYARAKAT ISLAM ZAMAN BANI UMAYYAH
Pengenalan
Kerajaan Bani Umayyah diasaskan oleh Muawiyah Bin Abu Sufian pada tahun 661 M. Beliau daripada keturunan
Bani Umayyah,
bekas Gabenor Syam dan seorang pemimpin yang pintar dan mempunyai fikiran yang tajam. Penubuhan Kerajaan
Bani Umayyah
menyebabkan sistem pemerintahan demokrasi dan pemilihan Khalifah Islam berdasarkan Sistem Syura lenyap dan
mewujudkan
sistem pemerintahan monarki dan pemilihan Khalifah Umayyah berdasarkan sistem warisan. Kerajaan Bani
Umayyah dibahagikan
kepada 3 tahap iaitu tahap kelahiran (661-705 M), zaman kemajuan dan pembangunan (705-724 M) dan zaman
kehancuran (724-750
M). Pada zaman ini, masyarakat Islam terbahagi kepada golongan pemerintah, kaum Mawali, golongan Zimmi dan
golongan hamba.
Golongan Pemerintah
Golongan pemerintah diterajui oleh keluarga dari Bani Umayyah. Nama ini diambil sempena nama ketua keluarga
Umayyah Bin Abd
Syams Bin Abdul Manaf Bin Qusay Bin Kilab dari keturunan Quraisy.
Kerajaan ini diperintah oleh dua keluarga besar iaitu keluarga Abu Sufian (23 tahun) dan keluarga Marwan (68
tahun). Terdapat 3
orang Khalifah dari keluarga Abu Sufian iaitu Muawiyah Bin Abu Sufian (661-680), Yazid Bin Muawiyah (680-
683) dan Muawiyah
Bin Yazid (683). Bagi keluarga Marwan, terdapat 11 orang Khalifah dimana kumpulan pertama dimulakan oleh
Marwan I Bin al-
Hakam (684-685) dan diakhiri oleh Hisham Bin Abdul Malik (724-743). Khalifah bagi kumpulan kedua ialah al-
Walid II bin Yazid,
Yazid III Bin al-Walid, Ibrahim Bin al-Walid dan Marwan Bin Muhammad.
Semasa keluarga Abu Sufian, masyarakat Islam aman dan stabil. Ketika keluarga Marwan mengambilalih
pemerintahan, negara Islam
tidak stabil dan kucar-kacir. Keadaan ini diselamatkan oleh Abdul Malik Bin Marwan. Dengan itu, Kerajaan Bani
Umayyah mulai
mengalami zaman kegemilangan. Khalifah Umar Bin Abdul Aziz telah menegakkan semula sebuah komuniti Islam
yang teguh tetapi
penggantinya tidak berhati-hati, cuai dengan tanggungjawab menyebabkan usaha Umar disia-siakan.
Sebahagian besar corak kehidupan Khalifah Kerajaan Bani Umayyah terikut dengan corak pemerintahan Kerajaan
Byzantine dengan
dikelilingi kemewahan dan hiburan. Perpecahan masyarakat ketara. Antara gerakan penentangan yang terkenal ialah
gerakan
Azariqah dan Najdiyah.
Golongan Mawali
Terdapat dua pandangan.
Pandangan pertama - negatif. Ia disokong oleh J. Wellhausen, Goldziher dan Belyaev. Mereka berpendapat bahawa
Mawali tidak
mempunyai tempat dalam pemerintahan dan pentadbiran. Ia disebabkan pemerintahan Bani Umayyah berlandaskan
semngat
Asabiyah keturunan Arab. Oleh itu, orang Arab diberi keutamaan dalam semua perkara manakala kaum Mawali
tidak dapat
memegang jawatan penting dan tidka bebas bergerak. Dari segi ekonomi, mereka merupakan golongan
berpendapatan rendah dan
tidak menerima ganjaran atau sara hidup yang tetap dalam perkhidmatan ketenteraan. Dari segi sosial, golongan
Mawali tidak boleh
berkahwin dengan perempuan Arab. Pernah dikatakan bahawa golongan Mawali ini diperintah untuk balik ke Kufah
bagi
mengusahakan pertanian. Tangan dan kaki mereka dicop dengan nama kampung supaya dapat dikesan. Dari segi
Agama, kaum
Mawali tidka boleh solat bersama-sama kaum Arab sehinggalah beberapa buah masjid dibina khusus untuk Mawali.
Mereka
dikehendaki membayar jizyah (cukai perlindungan) walaupun beragama Islam.
Pandangan kedua menghala ke positif. Dari segi pemerintahan dan pentadbiran, mereka dikatakan memainkan
peranan penting.
Mereka telah menjadi pegawai Jabatan Kewangan (Diwan al-Kharaj). Sebagai contoh, Maymun Bin Mihran menjadi
Pengarah
Jabatan Cukai di Jazirah oleh Umar dan Ubaidullah Bin Barray menjadi Pengarah Jabatan Cukai di Iraq oleh
Muawiyah. Selain itu,
mereka juga menjadi pegawai Jabatan Urusetia (Diwan al-Khattam) yang bertanggungjawab mengecap surat rasmi
kerajaan. Kerja ini
merupakan kerja yang sulit dan rahsia dan memerlukan orang ikhlas dan jujur serta amanah. Sebagai contoh, Junah
(oleh Khalifah
Abdul Malik), Syu'aib al-Sabi (oleh Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik), Amir Binal-Harith dan Qatan (oleh
Khalifah Yazid Bin al-
Walid). Mereka juga pernah menjadi pegawai Jabatan Perhubungan Awam (Diwan al-Rasa'il) seperti al-Laith Abi
Ruqayyah,
Rusydayn dan Salim. Mereka juga berkhidmat sebagai pengawal dan penjaga istana. Tuganya ialah menjaga
keselamatan istana dan
78
dibayar gaji setimpal dengan kerja yang dilakukan. Contohnya Abu Mukhriq dan Khalid Bin Dayyan. Rabah,
Khalid, Safwan dan
Jubayr pula menjadi Hajib yang bertugas menyoal siasat pengunjung istana sebelum masuk bertemu dengan
Khalifah. Di Afrika Utara
dan Maghribi, Abu al-Muhajir Dinar dan Yazid Bin Abu Muslim menjadi Gabenor wilayah. Dari segi ekonomi,
mereka hidup kaya
raya seperti Fairuz Husayn. Hal ini membuktikan bahawa bukan semua kaum Mawali hidup dalam kemiskinan. Dari
segi ketenteraan,
ia dimonopoli oleh orang Arab dan tiada jawatan yang diberi kepada kaum Mawali. Angkatan tenteranya diketuai
oleh orang Arab
Syria sama ada keturunan Yaman atau Qais. Bani tentera pembantu, ia terdiri daripada kaum Arab dan Mawali.
Tentera Arab didaftar
dan dibayar gaji manakala tentera Mawali berkhidmat sebagai tentera infanteri, tidak didaftar dan dibayar gaji.
Gerakan Penentangan Bani Umayyah
Gerakan Azariqah
Gerakan ini dipimpin oleh Azraq Bin Nafi. Is muncul di Basrah pada 683 M berikutan dengan penyingkiran
Ubaidullah Bin Ziyad dan
kematian Khalifah Yazid I. Kemudiannya, gerakan ini berpindah ke Ahwaz dan Kirman dan berjaya memberi
tentangan hebat kepada
Ibn al-Zubayr. Jumlah tenteranya ialah 20,000 orang. Mereka berjaya menguasai Ahwaz, Fars, Kirman, Isfahan dan
Tabaristan.
Pemimpin yang lain bagi gerakan ini ialah Qatari Bin Fuja'ah. Doktrin kaum Azariqah ialah (1) orang yang berzina,
derhaka kepada
ibu bapa, membunuh dianggap kafir dan kekal dalam neraka; (2) menghukum kafir ke atas orang yang tidak
menyertai Azariqah; dan
(3) mengharuskan rampasan harta benda orang yang mengingkari mereka.
Najaiyah
Gerakan ini diasaskan oleh Najdah Bin Amir al-Hanafi. Ia muncul serentak dengan Gerakan Azariqah. Dari segi
matlamatnya, ia
sama dengan Azariqah iaitu menjatuhkan Bani Umayyah dan kuasa Ibn al-Zubayr. Pada permulaannya, gerakan ini
bekerjasama
dengan Azariqah tetapi disebabkan perbezaan ideologi, akhirnya berpecah. Perbezaan ini berlaku dimana Azariqah
mengamalkan
konsep isti'rad (menghalalkan darah sesiapa sahaja yang tidak menyokong mereka) dan Najdiyah menganggap ia
terlampau.
Golongan Najdiyah berpendapat bahawa mereka yang tidak sokong hanya boleh dikenakan kafir apabila mereka
menentang. Najdiyah
menubuhkan komuniti sendiri, mengamalkan al-Quran mengikut tafsiran mereka. Mereka tidak mewajibkan adanya
Khalifah tetapi
perlu mematuhi al-Quran. Mereka terdiri daripada kaum Badwi dan lebih bergiat dalam politik dan ketenteraan
berbanding dengan
teologi.
Penentangan Kaum Syi'ah
Penentangan bermula sejak zaman Muawiyah Bin Abu Sufian. Pembunuhan Husayn di Karbala menaikkan
semangat mereka untuk
menentang Muawiyah. Berikutan peristiwa karbala, wujud golongan al-Tawwabun pimpinan Sulayman Bin Surad
al-Khuza'i
(pengikut Khalifah Ali yang setia). Golongan ini berasa berdosa dan bertaubat kerana tidak mempertahankan
Husayn dan bagi
menebus dosa, mereka mesti berjuang dan berkorban bagi menentang Bani Umayyah. Perjuangan Syi'ah disambung
baik oleh
Mukhtar. Perjuangan al-Mukhtar berbeza dengan kaum Syi'ah kerana (a) orang pertama memperjuangkan hak dan
kedudukan
Muhamamd al-Hanafiyah. Sebelum itu, kaum Syi'ah memperjuangkan hak dan kedudukan Husayn; (b) orang
pertama menonjolkan
jawatan Wazir yang tidak pernah dilakukan oleh Syi'ah; (c) tindakannya tidak direstui oleh Muhammad al-
Hanafiyah; dan (d) cuba
memihak kaum Mawali menyebabkan kaum Syi'ah kecewa. Kaum Mawali menyokong al-Mukhtar kerana perasaan
tidak puas hati
terhadap pemerintahan Bani Umayyah yang bersifat perkauman Arab. Al-Mukhtar telah mengambil kesempatan ini
untuk
memperkukuhkan kedudukannya.
MASYARAKAT ISLAM ZAMAN ABBASIYAH
Pengenalan
Kerajaan Abbasiyah diasaskan pada tahun 750 M. Pusat pemerintahannya di Kota Baghdad. Khalifah pertama
Kerajaan Abbasiyah
ialah al-Abbas al-Saffah. Kerajaan ini mengamalkan sistem berdasarkan sistem warisan. Kerajaan ini diperintah oleh
37 orang
Khalifah dari tahun 750-1258 M. Kerajaan mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Khalifah Harun al-
Rasyid dan anaknya
al-Makmum.
Ciri-ciri Masyarakat Abbasiyah
Semangat Fanatik Orang Arab Makin Luntur
Sebab: tampuk pemerintahan dipengaruhi oleh bangsa asing.
Ramai Khalifah beristeri berketurunan Parsi dan Turki.
Begitu juga bagi orang Arab yang lain - beristeri bangsa asing melalui sistem poligami, gundik atau hamba abdi.
Kedudukan Kaum Wanita
Dikawal ketat pada awalnya.
Zaman berikutnya - mulai terlibat dalam urusan pentadbiran, contoh isteri Khalifah al-Mahdi, al-Khayzurum dan
isteri
Harun al-Rasyid, Zubaidah.
Adanya yang menyertai peperangan, mengetuai golongan penyair, terlibat dalam bidang intelektual dan
kesenian.
Zaman akhir - kedudukan jatuh ke paras yang rendah - sebab: merebaknya sistem gundik yang berlebihan serta
kealpaan
yang mengikut hawa nafsu dan hidup yang lebih materialistik.
Sistem Perhambaan
Semakin meluas.
Kebanyakan digunakan oleh Khalifah, Wazir dan pembesar bukan Islam.
Diperolehi melalui paksaan atau tawaran perang atau dibeli.
Kebanyakan keturunan Negro, Turki, Yunani, Slav, Armania dan Barbar.
79
Hamba perempuan yang masih perawan dijadikan penyanyi, penari atau gundik.
Golongan Masyarakat
2 golongan utama: (a) golongan atasan - bangsawan, pembesar, panglima, sasterawan, sarjana, pelukis, saudagar,
pemahat
dan golongan pemahat yang lain; (b) golongan bawahan - petani, pengembala, penduduk Zimmi.
Orang Kristin diberi layanan baik - ada yang dilantik menjadi Wazir dan pegawai tinggi - dibenarkan
menghantar
pengembang agama ke China dan India.
Sukan
Berkembang pesat.
Permainan catur diperkenalkan semasa Khalifah Harun al-Rasyid.
Permainan lain: memanah, memburu, berlumba kuda, polo, melontar lembing.
MASYARAKAT ISLAM DI CHINA
Pengenalan
Agama Islam disebarkan ke negeri China sejak abad ke-7 M. Islam masuk ke China dari negeri Arab melalui jalan
darat dan jalan
laut. Sambutan masyarakat China terhadap agama Islam tidak menggalakkan kerana perasaan curiga penduduk
tempatan terhadap
agama bangsa lain.
Cara Kemasukan Islam ke China
Versi Pertama
Dibawa oleh Hamzah Bin Hamzah (anak Hamzah Bin Abi Talib).
Beliau bersama 3,000 orang Muhajirin pergi ke China dan menetap di San Gan Foo.
Versi Kedua
Semasa Maharaja Yung Wei (Dinasti Tang), utusan dari Tanah Arab pimpinan Saad Bin Abi Waqas bersama 15
orang
Muhajirin menghadap Maharaja Yung Wei.
Mereka dibenarkan berdakwah di China dan satu masjid didirikan di Cheng-san.
Versi Ketiga
Pimpinan dakwah Islamiyah yang pertama dipimpin oleh Saad Bin Lubayd.
630 M, beliau tiba di Canton.
Menjalankan aktiviti dakwah di Chuan Chow, Chong Chow dan Canton.
Sebuah masjid dibina di Canton iaitu Masjid Kwang Tah Se.
Hubungan Awal Arab-China
Pada zaman Khalifah Uthman Bin Affan, Maharaja Kao Tsung membantu Firuz Bin Yezdegird III (Raja Parsi)
melancarkan serangan balas terhadap tentera Islam di Khurasan - tetapi gagal.
Khalifah Uthman mengirim perwakilan - menyebutkan bantahan - Lalu, hubungan diplomatik diadakan.
Semasa Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik, tentera Islam mara ke sebelah Barat negeri China, memasuki
Sinkiang dan
Kansu.
Utusan dihantar kepada Maharaja Hsuan Tsung - diterima - aktiviti dakwah disebarkan secara meluas di China.
Perkembangan Islam di China
Peringkat Awal
Terdiri daripada pendatang Arab dan Parsi.
Berkahwin dengan wanita tempatan dan seterusnya berasimilasi dengan masyarakat tempatan.
Petempatan orang Arab: Chang Chow, Chuan Chow dan Kwang Chow (Canton).
Dinasti Tang (618 - 905 M)
Mengikut catatan, sebanyak 37 utusan diterima dari kerajaan Islam.
878 M, terdapat 120,000 orang asing - kebanyakan orang asing (Arab) beragama Islam.
Dicatatkan, orang Arab dikenali sebagai Hui Hui atau Ta-Shih oleh orang China.
Dinasti Sung (960 - 1279 M)
Aktiviti perdagangan Arab dengan China semakin meluas.
Pedagang asing ini dibenarkan membuat perkampungan sendiri dan menjalankan perdagangan secara bebas -
manarik
ramai pedagang Islam.
Keadaan ini memesatkan lagi penyebaran agama Islam di China.
Dinasti Yuan (1127 - 1368 M)
Para ilmuan dari Asia Barat dibawa masuk ke China untuk berkhidmat sebagai pentadbir, pakar kewangan,
arkitek, ahli
sains dan sebagainya.
Semasa Kublai Khan - 12 orang panglima beragama Islam.
80
Abdul Rahman - pentadbir Dinasti Yuan yang beragama Islam menjadi Ketua Pemungut Cukai dan
mengendalikan
urusan kewangan negara.
Syeid Ajall berasal dari Bukham menjadi Menteri Kewangan (1259), Gabenor Yunnan (digantikan oleh anaknya
Nasruddin kemudiannya).
Alauddin al-Mufari dan Ismail as-Syam mahir mambuat senjata meriam. Alauddin menjadi Wakil Panglima dan
Ismail
menjadi Ketua Penyelia Kilang Meriam.
Jamaludin - tokoh sains dan astronomi Islam. Telah mencipta Wan-nien-li.
Mengikut Ibn Battutah - setiap perkampungan Islam di China ada masjid. Di Canton, jumlah orang Islam besar,
terdiri
daripada Arab, India, Parsi - disini terdapat Kadi dan Mufti. Terdapat institusi pengajian agama, contoh Zawiyah di
pinggir
Canton dan Chang-an. Ulama besar: Fuqaha-al-Mu'azzam Maulana Qawamuddin al-Sibti.
Dinasti Ming (1368 - 1644 M)
Merupakan dinasti Islam yang paling terkenal di China dan ia ditadbir oleh orang China beragama Islam.
Terdapat pandangan juga bahawa Dinasti Ming mengamalkan agama Buddha dan Taoism.
Maharaja pertama - Chu Yuan Chang - Maharaja Huang Chu.
Baginda dikatakan membentuk jawatankuasa tentera yang dianggotai oleh orang Islam dan mendirikan sebuah
masjid
jamik di Nanking.
Baginda pernah menghasilkan sebuah puisi memuji Nabi Muhammad dan keagungan Islam dan sajak itu dipahat
pada
dinding masjid yang dibinanya.
Orang China Islam dikenali sebagai Hui Hui Kaomen atau Hui Hui Kiao.
Perkembangan Islam di China sampai ke kemuncak pada masa ini - Bukti: Nanking sahaja terdapat 36 buah
masjid.
Tokoh China Islam adalah seperti Ma Cha-Yehe (ahli astronomi), Laksamana Cheng Ho dan sebagainya.
Tembikar China yang masyhur, Ming-Ts'ing dan Kang-Ts'ing merupakan hasil ciptaan orang Islam Yunnan -
mereka
dipanggil Han Hui.
Beberapa buah madrasah dan universiti juga ditubuhkan.
Dinasti Ching (1644 - 1911 M)
Kerajaan ini memusuhi orang Islam, khususnya yang berketurunan bukan China.
Justeru itu, banyak pemberontakan berlaku seperti di Sin Kiang, Kan Su, Yunnan dan Shensi menyebabkan 11
juta orang
Islam terkorban.
MASYARAKAT ISLAM DI INDIA
Pengenalan
Di kalangan masyarakat Arab, India dikenali sebagai Sind atau Hind. Sebelum kedatangan Islam, India telah pun
mempunyai
hubungan perdagangan dengan masyarakat Arab. Apabila Islam hadir, hubungan perdagangan antara India dan Arab
masih
diteruskan. Kawasan-kawasan pantai termasuk Lautan Hindi telah menjadi sasaran para pendakwah untuk
menyebarkan agama Islam.
Perkembangan Awal Agama Islam di India
Islam mula tiba di India pada kurun ke-7 M.
636-637 M, tentera Islam cuba menawan Thana - gagal.
634 M, tentera Islam menyerang India - dipimpin oleh Abdullah Bin Amir - berjaya menawan sebahagian besar
Lembah
Hind.
Zaman Muawiyah Bin Abu Sufian - menawan Kabul dan Lahore.
Zaman Khalifah al-Walid Bin Abdul Malik - menembusi benteng pertahanan India.
712 M, Muhammad Bin al-Qasim menawan Daibul dan meruntuhkan beberapa buah kuil Hindu dan Buddha dan
mendirikan sebuah masjid.
Kemudian, beliau dilantik menjadi Gabenor wilayah Multan.
Ramai orang menyambut ketibaan tentera Islam seperti puak Jat dan Med.
Beliau (a) membebaskan orang yang tidak menentang atau tidak terlibat dalam perang; (b) menjamin
keselamatan harta
benda dan nyawa penduduk; (c) mengenakan jizyah terhadap bukan Islam; dan (d) menjamin tidak meruntuhkan
kuil dan gereja
kalau mematuhi pemerintahan Islam.
Ramai rakyat dari golongan Brahmin telah dilantik untuk menjawat jawatan tinggi.
Perkembangan Islam terbantut apabila Muhammad Bin al-Qasim diperintah pulang oleh Khalifah Bani
Umayyah.
Kerajaan Ghaznawi
Zaman Mahmud Ghaznawi, Punjab menjadi daerah Islam.
Penaklukan Punjab menamatkan ancaman lanun terhadap pedagang Islam, menamatkan ancaman raja Hindu
terhadap
Kerajaan Bani Umayyah.
Kalinjar, Lahoer, Gwalior, Kanauj, Delhi dan Ajmer diserah semula kepada penduduk tempatan untuk
meneruskan
pemerintahan mereka.
Masyarakat Hindu tidak tertindas, malah ada yang dilantik menjawat jawatan penting. Misalnya, Tilak seorang
jeneral
beragama Hindu dilantik sebagai pemerintah wilayah Punjab.
Kerajaan Ghori
Muhammad al-Ghori menakluk semula wilayah yang membebaskan diri semasa Kerajaan Ghaznawi.
81
Setiap wilayah ditinggalkan seorang wakil untuk memerintah mangikut lunas Islam.
Pembesar Hindu tidak dibenarkan mengendalikan pentadbiran daerah.
Setelah kemangkatan Muhammad al-Ghori - Kerajaan Ghori mulai berpecah-belah.
Kesultanan Delhi
Terdiri daripada Kerajaan Mamluk, Dinasti Tughluq, Dinasti Khalji, Dinasti Lodi, Dinasti Suri, Dinasti Syeid -
Delhi
menjadi pusat pemerintahan.
Dinasti Mamluk diasaskan oleh Qutbuddin Aibek (bekas hamba Muhammad al-Ghori) - seorang yang tegas dan
adil -
seorang pemurah (sehingga digelar Laksh-Baksh).
Dinasti Mamluk berakhir pada zaman Ghiyasuddin Balban - beliau berjaya membentuk dan membangunkan
masyarakat
bertamadun.
Alauddin Khilji - pemerintah terkenal Dinasti Khilji.
Baginda bercita-cita menakluki dunia seperti Iskandar Zulkarnain.
Mengenai projek ini - baginda memerintah agar perkataan Iskandar kedua ditulis pada mata wang negara.
Atas nasihat Allu Muluk, niatnya dihentikan - baginda dinasihati supaya memberi perhatian dalam pentadbiran
negara,
meneruskan usaha menewaskan raja Hindu yang belum tunduk kepada Delhi.
Atas nasihat ini, baginda mula (a) mengharamkan penjualan minuman keras; (b) mengawal perkahwinan antara
pembesar;
(c) mengharamkan perhimpunan pembesar tanpa kebenaran Wazir; dan (d) memaksa memulangkan cukai yang
dikutip kepada
penduduk terhadap Zamindar.
Pada zaman ini, kegiatan perdagangan dijalankan di kawasan Teluk Benggala sehingga Pergunungan Kabul dan
dari
Tulingana ke Kashmir.
Kerajaan Moghul
Akbar
Pemerintah ke-3 Kerajaan Moghul.
Seorang yang mengamalkan dasar liberal.
Beliau (a) mengasingkan hal ehwal pentadbiran dengan agama; (b) menghapuskan perbezaan yang berasaskan
agama dan
bangsa; (c) semua rakyat diberi hak sama rata sama ada menganut Islam atau tidak; dan (d) amalan perhambaan
dihapuskan -
mendapat sokongan politik daripada semua rakyat.
Beliau menggalakkan perkahwinan politik di antara kerabatnya dengan kerabat diraja Hindu, misalnya baginda
sendiri
mengahwini puteri Raja Rajputna - mereka masing-masing boleh mengamalkan agama asal setelah berkahwin.
Semua rakyat dibenarkan untuk memegang jawatan kerajaan, misalnya Todal Mal menjadi panglima dan
bendahari; Man
Singh menjadi panglima juga dan gabenor.
Baginda berusaha segera menghapuskan pemerontakan yang boleh mengapikan isu perkauman dan keagamaan.
Bahasa Arab - bahasa agama.
Bahasa Turki - untuk bangsawan
Bahasa Parsi - bahasa istana dan kesusasteraan
Bahasa lain seperti Urdu (gabungan Arab, Parsi dan Hindi) dipopularkan.
Kolej dan sekolah ditubuhkan - kurikulum pendidikan digubal.
Rakyat miskin diberi pendidikan percuma.
Undang-undang digubal bagi membolehkan orang bukan Islam memasuki sekolah khas untuk orang Islam.
Pendidikan wanita juga diberi perhatian.
Undang-undang perkahwinan diperkenalkan (a) umur berkahwin - lelaki 16 keatas dan perempuan 14 keatas; (b)
perkahwinan mesti dilangsungkan atas persetujuan kedua-dua mempelai; (c) mahar yang tinggi dilarang; dan (d)
perkahwinan
poligami dilarang (berkahwin campur digalakkan dalam masyarakat majmuk).
Baginda melarang adat sati, tidak menggalakkan para janda berkahwin lagi dan melarang berkhatan bagi kanak-
kanak di
bawah umur 12 tahun.
Dari segi agama, semua rakyat bebas beragama, agama bukan ukuran kedudukan.
Baginda juga memperkenalkan agama baru - Din Illahi (1581 M).
Din Illahi - gabungan Islam, Hindu, Kristian dan Zoroster. Melakukan pemujaan Tuhan dari semua agama utama
di India.
Ciri-ciri: (a) sebutkan Allahu-akbar dan jalla jalaluh ketika bertemu dengan rakan; (b) jamuan mengingati arwah
yang mati
sekali seumur hidup; (c) menahan diri memakan daging; (d) tidak menaiki kenderaan sesama tukang sembelih,
nelayan atau
penangkap burung; (e) tidak boleh mengadakan hubungan jenis dengan wanita hamil, tua, mandul, gadis bawah
umur; (f) tidak
boleh berkelakuan mengikut hawa nafsu; dan (g) dilarang menyalahguna kuasa, tipu, mengumpat, berlaku zalim,
memeras
ugut, bermegah diri.
Usaha Akbar mempopularkan agama Din Illahi telah menjejaskan perkembangan Islam. Contoh: hari beribadat
ditetapkan
pada hari Ahab sahaja, jizyah terhadap orang bulan Islam turut dihapuskan.
Akbar turut menghapuskan kira-kira 80 jenis cukai bagi meringankan golongan miskin, antaranya cukai pasar,
cukai
tanah dan sebagainya.
Baginda telah memberi bantuan kepada mangsa kemarau.
Bagi mengatasi pengemis, pusat orang miskin didirikan di Khaipura (Islam) dan Pharmapura (Hindu).
Kalendar Islam turut dihapuskan.
82
Aurangzeb
Baginda cuba mengembalikan kedaulatan umat Islam.
Dari segi sosial, banyak surau dan masjid dibina bagi menggalakkan solat berjemaah, orang Islam dibenarkan
berkahwin
secara poligami, orang Islam dibenar menyembelih lembu dan orang bukan Islam dikenakan jizyah.
Dari segi politik, orang bukan Islam dihadkan memegang jawatan penting.
Dari segi ekonomi, aktiviti pertanian digalakkan.
MASYARAKAT ISAM DI EROPAH
Pengenalan
Masyarakat Islam Sepanyol (Andalus) mewakili masyarakat Islam Eropah kerana di situlah terdapatnya Masyarakat
Islam di benua
Eropah. Terdapat pelbagai kaum di sini seperti Barbar, Arab, Muwalladun dan Mozarab. Selain masyarakat Islam
Sepanyol,
masyarakat Islam Sicily juga penting peranannya di benua Eropah.
Kaum di Masyarakat Islam Sepanyol
Barbar
Kebanyakan beragama Islam dan bukan kaum berpindah-randah
Majoritinya tinggal di desa bekerja sebagai buruh dan petani
Hanya sedikit yang tinggal di bandar bekerja sebagai tukang tangan
Nenek moyang mereka merupakan pejuang Islam yang membuka negeri Sepanyol
Mereka datang ke Sepanyol kerana mencari penghidupan baru
Mereka bergabung dengan orang Arab bagi menghadapi penentangan orang Kristian
Arab
Bilangannya kecil tetapi berpengaruh kerana merupakan golongan pemerintah
Pengaruhnya tersebar dalam bidang politik, kebudayaan dan peradaban
Memiliki ladang-ladang besar dengan hasil yang lumayan
Pada mulanya, kaum Mawali bertuankan Arab
Selepas itu, puak Mawali telah berasimilasi dengan orang Arab dan bersemangat Arab
Muwalladun
Kaum Muslimin dari keturunan bangsa Sepanyol
Lebih ramai daripada kaum Arab
Dengan perkahwinan dengan kaum Arab, permisahan antara mereka lama makin lenyap sehingga ada yang
mengaku
keturunan Arab
Faktor mendorong bangsa Sepanyol memeluk Islam ialah perasaan bangga terhadap agama baru yang dianuti
Mozarab
Orang Kristian yang tinggal di Sepanyol dan bernaung di bawah pemerintahan Islam
Tinggal di luar bandar dan bandar
Bertutur mengikut loghat Rom
Bagi yang terpelajar: boleh menulis dan bertutur Bahasa Arab dengan baik
Ada di antara mereka sangat terpesona dengan kebudayaan Islam manakala ada yang begitu fanatik terhadap
bangsa dan
agama mereka
Bagi golongan yang bergitu fanatik terhadap bangsanya, mereka menyokong gerakan yang dilancarkan oleh Ibn
Hafsun
yang dikatakan beragama Islam dan cuba memperjuangkan kepentingan bangsa Sepanyol. Ada juga yang berhijrah
ke negeri
Kristian di Utara Sepanyol.
Yahudi dan Hamba
Puak Yahudi tidak ramai - mempunyai sumbangan dalam bidang intelektual
Hamba terdiri daripada dua iaitu puak Negro dan puak Saqalibah (Slav) termasuk puak Frank dan Utara
Sepanyol
Puak Saqalibah sangat berpengaruh dan bilangannya ramai - berkhidmat di istana dan menjadi tentera upahan -
menjad
berpengaruh dalam politik selepas memeluk Islam
Perkembangan Masyarakat Islam di Sepanyol
Pemerintahan Muluk al-Tawa'if (raja-raja puak) terbahagi kepada 3 puak besar - Barbar, Saqalibah dan lain-lain
(bangsa
Arab dan Sepanyol)
Setiap puak mementingkan kepentingan sendiri sahaja
Mereka mengamalkan dasar agresif yang mengorbankan jiran tetangga
Matlamat mereka: mencapai kemenangan walaupun dibantu oleh puak Kristian
Perpecahan ini memberi peluang kepada orang Kristian di Utara untuk mengukuhkan kedudukan mereka
Kini, Kerajaan Muluk al-Tawa'if yang membayar ufti kepada orang Kristian
Semasa Alfonso IV, baginda menerima ufti dari pemimpin Muluk al-Tawa'if seperti Seville.
1085 M, Toledo jatuh ke tangan Alfonso IV - kemudian menjadi tapak kuat tentera Kristian bagi melancarkan
gerakan
Reconquista, penawanan semula Sepanyol oleh orang Kristian
83
Kaum di Masyarakat Islam Sicily
Arab
Golongan elit - mereka menganggap golongan lain sebagai masyarakat kelas kedua
Barbar
Kaum majoriti - berasal dari keturunan Barbar yang tinggal di Afrika Utara
Sering diperalatkan oleh Kaum Arab
Kebanyakan menganut Mazhab Maliki
Penduduk Tempatan
Menyamai golongan Muwalladun di Sepanyol
Perkembangan Masyarakat Islam di Sicily
Semasa zaman Fatimiyah, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val di Mazara manakala orang Kristian
tertumpu ke
kawasan Val Demone
Semasa zaman pemerintahan Bani Kalb, penduduk Islam tertumpu ke kawasan Val Demone yang majoriti
penduduknya
beragama Kristian
Pihak pemerintah Bani Kalb cuba menyebarkan agama Islam di Val Demone tetapi kurang berjaya
Penduduk Islam pada zaman Bani Kalb semakin bertambah dengan penghijrahan penduduk Islam dari Afrika
Utara
Sebab penghijrhan: kedudukan ekonomi, wabak penyakit pada tahun 1004-1005 M yang merebak di Tunisia
(Ifriqiya)
Pada zaman Bani Kalb, pengaruh Mazhab Sunni lebih menonjol - banyak kitab teologi mazhab Sunni dihasilkan
Bagi pemerintah Bani Kalb, mereka dikatakan menganut Mazhab Syi'ah
MASYARAKAT ISLAM DI NUSANTARA
Pengenalan
Sebelum kedatangan Islam di Nusantara, masyarakat di sini dipengaruhi oleh agama Hindu-Buddha. Kepercayaan
mereka diselaputi
oleh unsur-unsur Hindu-Buddha. Selepas kedatangan agama Islam, masyarakat di sini masih tidak dapat
meninggalkan amalan awal
mereka. Walaupun mereka telah menganuti agama Islam, tetapi masih terdapat amalan seharian mereka yang
membawa unsur Hindu-
Buddha.
Masyarakat Islam di Melaka
Terdiri daripada penduduk pribumi, Cina, India, Parsi dan sebagainya.
Orang Melayu menjadi teras pembentukan Kerajaan Melaka - memainkan peranan penting dalam politik,
ekonomi dan
sosial.
Sebanyak 84 bahasa dipertuturkan tetapi Bahasa Melayu sahaja menjadi bahasa lingua franca.
Pengelasan Masyarakat
Akibat kemunculan beberapa institusi pentadbiran dan kebudayaan.
Tujuan: mengawal dan menjaga nilai, norma dan sistem masyarakat yang sedia ada.
Kelas pemerintah: (1) Raja - Khalifatullah fi al-ard (Khalifah Allah di dunia), memakai gelaran Sultan atau Yang
Dipertuan, Menduduki hierarki pentadbiran yang tertinggi, baginda mempunyai daulat - bergantung kepada
kekuatan rohaniyah
dan jasmaniyah; (2) Pembesar - terdiri daripada bangsawan, bergelar menteri, orang kaya dan Dato'.
Kelas diperintah: Rakyat dan hamba.
Di antara kedua-dua kelas ini ada alim ulama dan saudagar/pedagang.
Hukuman
Setiap golongn itu adalah berbeza.
Jelas dilihat dalam Hukum Kanun Melaka atau Undang-undang Melaka.
Undang-undang untuk hamba berbeza dengan undang-undang untuk golongan merdeka.
Demografi Penduduk
Raja dan kerabatnya - di atas bukit - kawasan yang strategik dari segi keselamatan dan pertahanan.
Pembesar - lereng bukit mengikut kumpulan.
Rakyat - kaki bukit.
Orang laut - tepi pantai atau sungai.
Sistem Masyarakat
Berasaskan konsep kesedaran kelas - terbentuk undang-undang Temenggung.
Mengikut undang-undang ini, semakin tinggi taraf dan status sosial, semakin luas bidang kuasa dan boleh juga
terlepas
dari hukuman.
Perbezaan status dapat dilihat pada protokol istana. Sebagai contoh, dalam istana menjunjung duli, menteri dan
pembesar
didahulukan, kemudian bentara, sida-sida dan seterusnya. Penggunaan bahasa seperti beta, santap oleh raja; patik,
tuanku oleh
pembesar dan rakyat.
Berasaskan sistem ini, wujud lagi konsep daulat dan derhaka.
84
Konsep daulta (sovereignty) - kuasa halus yang hanya dimiliki oleh raja dan kata-kata raja menjadi undang-
undang tanpa
banyak budi bicara.
Konsep derhaka - sebarang tentangan terhadap raja dianggap derhaka dan akan menerima padah seperti
hukuman bunuh.
Kedudukan sosial juga mempengaruhi bentuk hukuman yang diterimanya - semakin tinggi kedudukannya,
semakin besar
peluangnya terlepas daripada hukuman; semakin rendah kedudukannya, hukumannya lebih berat.
Adat-istiadat dan Peraturan
Bercanggah dengan ajaran Islam.
Dalam Islam, perbezaan darjat disebabkan oleh ketakwaan dan amal salihnya dan bukannya keturunan.
Walau bagaimanapun, masih terdapat adat yang selaras dengan ajaran Islam. Sebagai contoh, hukuman rejam
kerana
berzina, potong tangan kerana mencuri.
Adat-istiadat yang berunsur Islam juga dipraktiskan, contohnya menyambut bulan Ramadan, Hari Raya Puasa
dan
sebagainya.
Masyarakat Islam di Filipina
Masyarakat Islam di Filipina biasanya dikenali sebagai masyarakat Moro.
Kedatangan Islam ke Filipina bermula dari Sulu. (abad ke-13, Tuan Mashaika dan Tuan Maqbalu; 1380 - Karim
al
Makhdum; abad ke-15, Raja Baguinda; Kesultanan Sulu didirikan - raja pertama: Sayyid Abu Bakar; Apabila Raja
Baguinda
mangkat, Abu Bakar mengangkat dirinya menjadi Sultan Sulu; dari sini, Islam tersebar ke Maguindanao (Mindanao)
pada 1460
M hasil dakwahan Sharif Awliya dan Sharif Maraja.
1515 M, Sharif Muhammad Kabungsuan (Arab dari Johor) berkahwin dengan Tonina, Puteri Cotabato -
bermulanya
sejarah kesultanan Islam di Filipina.
Islam tersebar ke Manila - kerajaan Islam Manila ditubuhkan.
Kerajaan ini tidak bertahan lama disebabkan oleh serangan Sepanyol - kerajaan ini runtuh.
Dengan itu, pendudukan Islam di Pulau Luzon tamat.
Kemudian, Sepanyol sampai ke Manila pada 1566 M dan serangan dibuat ke atas Mindanao. Sejak itu,
peperangan sering
berlaku antara orang Islam dan Sepanyol.
Masyarakat Islam di Pattani
Islam sampai ke Pattani pada abad ke-10 atau 11 M.
Selapas 300 tahun, barulah golongan bangsawan memeluk Islam.
1457 M, Raja Pattani memeluk Islam - gelaran Sultan Ismail Syah - sejak itu, agama Islam tersebar luas.
Pattani yang dimaksudkan termasuk Naratiwath, Yala dan sebahagian Songkhla - namanya diambil daripada
nama Pak
Tani.
Masyarkat Islam Pattani bertutur dalam Bahasa Melayu.
Masyarakat Islam di Jawa
Tarikh kedatangan Islam ke Jawa tidak dapat ditentukan.
Pihak sejarahwan Indonesia percaya bahawa Islam datang ke Jawa melalui pedagang-pedagang - mereka
berasimilasi
dengan penduduk tempatan dan mengembangkan agama ini melalui perkahwinan.
Dipercayai juga agama Islam sampai ke Indonesia di bawa oleh Maulana Malik Ibrahim.
Beliau datang ke Jawa pada 1416 M.
Beliau merupakan salah seorang Wali Songo atau Wali Sembilan.
Wali Songo ini mempunyai kebolehan luar biasa dan kesaktian yang tiada tandingan.
Wali Songo ini telah diangkat sebagai ketua dalam segala hal yang berkaitan dengan Islam.
Pada zaman Wali Songo, unsur Islam hanya diserap masuk dalam wayang kulit, gamelan dan sebagainya.