Anda di halaman 1dari 6

2.

Refleksi Pengajaran dan pembelajaran


Pendahuluan
Dewey (1983) merupakan pemikir pertama yang memperluaskan konsep refleksi di
dalam pendidikan. Kini refleksi telah digunakan sebagai satu komponen utama di dalam
pendidikan guru.Refleksi adalah penting di dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(Kolb, 1984).
Refleksi saya berdasarkan pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Sejarah
Tahun 4. Masa yang ditetapkan ialah 60 minit. Tajuk pengajaran ialah Tokoh tokoh
terbilang dalam kesultanan Melayu Melaka. Walaupun saya telah menjadi seorang guru
sementara selama 3 tahun, saya berasa tertekan dengan tugasan ini juga. Setelah melihat
semula rakaman dan pendapat daripada rakan-rakan dapatlah saya simpulkan kelebihan
dan kelemahan pengajaran saya seperti berikut.
Kelebihan:
Kelebihan pertama yang dikenalpasti dalam penyampaian pelajaran saya adalah
perancangan pengajaran dan pembelajaran saya dapat menimbulkan minat murid untuk
belajar terutamanya set induksi. Semasa saya menayangan tayangan video empayer
Melaka trailer tentang Melaka murid-murid mula berfikir dan tertarik dengan sesi
pembelajaran hari itu sertaslaid power point tentang tokoh tokoh terbilang serta ciri-cirinya
juga

tertarik murid murid dengan gambar-gambar yang saya tayangkan kerana ada

unsur-unsur grafik dan menunjukkan minat untuk belajar. Mereka dapat membaca setiap
ayat dengan betul. Semasa aktiviti soal jawab, saya berasa gembira melihat penglibatan dan
kerjasama mereka yang baik semasa menjawab soalan. Apabila jawapan mereka betul,
saya memberi pujian dan dapat melihat kepuasan ditunjukkan di air muka mereka. Apabila
mereka dapat menjawab dengan betul, terbukti mereka memahami pengajaran yang saya
sampaikan. Saya berasa puas hati kerana murid-murid dapat menikmati pembelajaran
mereka dan objektif saya juga tercapai.
Kelebihan kedua adalah kejelasan saya dalam memberikan arahan dan pengajaran.
Kejelasan penyampaian memainkan peranan yang penting dalam pengajaran saya. Arahan
yang jelas dan ringkas memudahkan murid memahami kehendak saya dan bagaimana
sesuatu aktiviti itu harus dijalankan. Pengajaran dapat disampaikan dengan jelas barulah
murid dapat menjalankan pembelajaran dengan lancar. Seterusnya, mereka dapat
melakukan aktiviti bertulis dengan betul tanpa melakukan sebarang kesalahan dan dapat
mempelajari ilmu yang baru yang diajar pada hari itu.

Kelebihan ketiga pengajaran saya ialah kelantangan suara. Dengan suara yang
lantang,murid dapat mendengar apa yang disampaikan dengan jelas dan seterusnya
membantu pemahaman murid dalam pembelajaran. Kelantangan suara juga menunjukkan
ketegasan dalam menyampaikan sesuatu. Kelantangan suara dapat menarik tumpuan murid
supaya fokus kepada isi pelajaran saya tanpa menghiraukan gangguan-gangguan lain.
Apabila saya menanyakan soalan, murid dapat mendengar dengan jelas serta menjawab
dengan betul menunjukkan kefahaman mereka terhadap penyampaian saya. Ketegasan
adalah terkandung dalam kelantangan suara semasa menyampaikan pelajaran. Ini
membuatkan murid-murid lebih hormat kepada guru.
Kelebihan keempat ialah teknik pengajaran dan pembelajaran yang efektif di bilik
darjah untuk menggalakkan interaksi antara guru dan murid, serta antara murid dengan
murid. Penyoalan dapat merangsang murid berfikir secara kritis, analitis, dan mendapat
maklum balas yang logik dan tepat.Tambahan pula, penyoalan dapat mengeratkan
hubungan antara guru dengan murid dan menyatukan ahli-ahli kumpulan semasa membuat
perbincangan. Soalan yang saya kemukakan dapat dijawab oleh murid-murid secara
spontan. Ini membolehkan guru menilai maklum balas secara berterusan. Semua murid
telah melibatkan diri secara aktif semasa guru menyoal.
Kelemahan:
Kelemahan dan kekurangan pertama yang dikenalpasti dalam pelaksanaan
tugasan pengajaran saya ialah penggunaan bahasa baku yang salah. Ada ketikanya saya
menggunakan bahasa dialek. Semasa melihat semula rakaman , di dapati saya menyebut
beberapa perkataan dialek walaupun bertujuan jenaka. Walau bagaimanapun, saya
mengajar sebutan dan ayat betul agar mereka memahami bagaimana membentuk struktur
ayat yang betul. Guru adalah pengajar murid yang pertama. Jika guru sendiri menyebut
salah, anak murid kita akan keliru. Saya dapati tanpa sedar saya telah dipengaruhi oleh
bahasa pasar atau rojak.. Hal ini saya akan ambil secara berat dan akan lebih berhati-hati
dalam pengajaran.
Kelemahan yang kedua, ialah ketepatan mengikut masa. Ketepatan masa penting
bagi memastikan proses p&p berjalan dengan baik dan lancar. Berdasarkan perbandingan
rakaman dan rancangan pengajaran harian (RPH) yang telah dibuat, didapati masa yang
digunakan untuk menjalankan sesuatu langkah pengajaran tidak seiring. Hal ini disebabkan
terdapatnya gangguan-gangguan dan hal- hal lain yang menyebabkan masa yang lebih
diambil untuk melakukan sesuatu langkah tidak seiring. Walau bagaimanapun, masa
keseluruhan pengajaran tidak terlalu terjejas dan dapat dijalankan dengan baik. Namun

begitu, guru perlu memastikan murid faham akan isi pembelajaran daripada terikat dengan
masa. Guru perlu fleksibel tentang masa.
Kelemahan yang ketiga ialah tidak dapat mengawal murid ketika aktiviti
kumpulan.Semasa memberi aktiviti kumpulan murid murid diberi masa untuk membuat
persiapan.Walaupun aktiviti yang diberi adalah dalam kumpulan kecil namun saya tidak
dapat kawal keadaan kelas.Murid murid bercakap antara satu sama lain dan ingar arahan
saya sehinnga diberi arahan tegas barulah mereka mula diam dan duduk di tempat masingmasing.
Kelemahan yang keempat ialah penggunaan Bahasa.Saya telah memilih sekolah
jenis kebangsaan tamil untuk melakukan sesi pengajaran ini.Mereka belajar mata pelajaran
sejarah dalam Bahasa tamil dan ketika mengajar saya menggunakan Bahasa melayu.Ini
menyebabkan ada yang segelintir sukar memahami Bahasa melayu.

Penerapan nilai patriotisme dalam sesi pengajaran dan pembelajaran.


Nilai kewarganegaraan yang patut diterapkan dalam sesi Pengajaran dan
pembelajaran saya ialah k 5.1.6 iaitu menyatakan kepentingan menghargai tokohtokoh
terbilang kesultanan melayu Melaka dalam masyarakat.Dalam aktiviti 1 saya telah
menerangkan tentang maksud dan peranan tokoh terbilang di dalam zaman kesultanan
melayu Melaka sambil menerangkan slaid tadi saya juga menerangkan tentang kepentingan
tokoh tokoh tersebut pada zaman tersebut bagi mengemilangkan tanah melayu pada masa
itu dan menghargai pengorbanan mereka demi tanah air.Kebetulan rakaman yang saya buat
itu pada bulan ogos saya mengambil kesempatan untuk menerangkan lagi tentang
kemerdekaan dan peranan tokoh-tokoh untuk mencapai kemerdekaan.
Dalam aktiviti 2 pula murid mendeklamasi sajak dengan gaya tokoh-tokoh.Dalam
aktiviti kumpulan murid-murid menghiaskan rakan mereka dengan gaya tokoh yang
mendeklamasi sajak dengan bahan yang saya beri.Di samping itu,saya menerangkan
kepentingan menghargai tokoh dan tugas seorang pemimpin dan kelebihan menjadi
seorang tokoh dan menjaga tanah air.Sebagai seorang warga Malaysia semua orang harus
mempuyai sikap cintakan Negara.

Dalam sesi penutup saya menyatakan balik maksud tokoh terbilang dan peranannya
dalam membina kegemilangan kesultanan Melayu Melaka.Tambahan pula saya menyatakan
lagi semangat cintakan Negara dan menghargai hidup di Negara Malaysia yang aman dan
damai.

Kesimpulan:
Kaedah pengajaran adalah sesuatu yang boleh ditentukan oleh guru sendiri secara
fleksibel. Yang penting murid dapat belajar ilmu pengetahuan dan dapat mencapai objektif
pengajaran tajuk pada hari itu. Oleh itu, guru hendaklah bijak merancang Pengajaran dan
Pembelajaran supaya murid dapat menguasai kemahiran. Guru yang mengetahui
kelemahan dan kekuatan murid. Pandangan dan teguran rakan-rakan dan murid boleh
membantu memperbaiki kelemahan pengajaran guru.

3. Berasaskan kepada pendekatan-pendekatan dalam P&P sejarah yang anda laksanakan


di atas, apakah rasionalnya anda memilih pendekatan dan kaedah berkaitan.

Kaedah Puisidra
-

Kaedah Puisidra adalah salah satu kaedah yang bepusatkan murid.Melalui kaedah
ini semua murid berpeluang mengambil bahagian.Penglibatan murid secara aktif
dalam pembelajaran akan menjadikan murid lebih seronok untuk belajar.Murid
membina ilmu melalui proses penerokaan, seterusnya membolehkan mereka dapat
mengingati peranan tokoh-tokoh terbilang dalam kesultanan melayu Melaka.Melalui
kaedah ini saya didapati murid tidak berasa bosan untuk mempelajari sejarah
berbanding kaedah penerangan semata-mata.Melalui kaedah ini dapat melatih murid
menjadi kritis dan keatif semasa mendeklamasikan sajak.selain itu murid dapat
melahirkan

perasaan

mereka

melalui

penghayatan

terhadap

puisi

yang

disampaikan.Semangat patriotik dapat diterapkan dan secara tidak langsung dapat


membentuk sahsiah murid.Dengan menggunakan kaedah ini juga murid dapat
mengaplikasikan pelbagai kecerdasan seperti kecerdasan intrapersonal,kecerdasan
interpersonal,kecerdasan vrbal linguistic dan kecerdasan kinestetik.Seterusnya,
murid dapat membina keyakinan dan keberanian diri.

Pengajaran Koperatif
-

Murid dalam pengajaran koperatif bekerja dalam kumpulan untuk menyempurnakan


tugasan kumpulan, bertukar pendapat,membuat perancangan dan mencadangkan
penyelesaian kepada masalah. Pengajaran koperatif adalah satu strategi yang
melibatkan penyertaan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran kumpulan kecil dan
menggalakkan interaksi positif.Tambahan kepada hasil positif yang dikenal pasti
adalah pembelajaran koperatif dapat meningkatkan motivasi murid, menggalakkan
proses kumpulan, memupuk interaksi sosial dan akademik di kalangan murid dan
memberi ganjaran kepada penyertaan kumpulan yang berjaya. Apabila kanak-kanak
mula melaksanakan tugasan kesediaan, kerjasama boleh memberi peluang untuk
berkongsi idea, belajar bagaimana orang lain berfikir dan bertindak balas terhadap
masalah dan berlatih mengguna kemahiran bahasa lisan dalam kumpulan kecil.
Pembelajaran koperatif boleh menghasilkan perasaan positif terhadap sekolah, guru
dan rakan sebaya.Perasaan begini menjadi asas yang penting untuk kejayaan
seterusnya di sekolah. Murid juga digalakkan mempelajari bahan dengan lebih

mendalam untuk membuktikan kepada guru yang mereka telah menguasai bahan
yang diperlukan.Tugasan pembelajaran koperatif yang dibina dengan baik
menggalakkan sifat saling bergantung antara mereka di samping memerlukan
akauntabiliti individu. Walaubagaimanapun, untuk berjaya dalam pembelajaran
kumpulan koperatif, murid juga perlu menguasai kemahiran interpersonal yang
diperlukan oleh kumpulan untuk menyempurnakan tugasan mereka. Untuk bekerja
dengan jayanya dalam pasukan pembelajaran koperatif murid perlu juga menguasai
kemahiran interpersonal untuk melengkapkan tugasan yang diberikan.

Kaedah Kuliah
- Kuliah melibatkan pendedahan formal berterusan atau perbincangan mengenai beberapa
topik oleh guru. kuliah adalah proses pengajaran dengan memberi penjelasan subjek secara
lisan apa yang akan dibelajari. Kedah kuliah sering diiringi oleh alat bantuan visual untuk
membantu murid menggambarkan objek atau masalah. Kuliah adalah pembentangan lisan
bertujuan untuk menyampaikan maklumat atau mengajar murid-murid

mengenai stajuk

yang diajar iaitu tokoh-tokoh terbilang dalam kesultanan melayu Melaka. Kuliah digunakan
untuk menyampaikan maklumat kritikal, sejarah, latar belakang dan teori- Kuliah adalah
sebagai satu cara yang cepat, murah dan berkesan dalam bidang akademik untuk
menyampaikan pengetahuan tertentu kepada sejumlah besar murid.Kuliah mewakili
kesinambungan tradisi lisan berbeza dengan komunikasi teks dalam buku-buku dan media
lain.