Anda di halaman 1dari 23

1.

0 PENGHARGAAN

1
PENGHARGAAN

‫السالم عليكم ورحمة هللا تعالى وبركاته‬

Alhamdulillah hirrabbil’alamin, kami merafakkan sepenuh kesyukuran


kehadrat ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat kami menyelesaikan tugasan
kerja khusus ini dengan penuh jayanya. Kami menjulang sepenuh penghargaan
kepada Puan Salmawati Mohd Diah Pensyarah Matapelajaran Pengantar
Pendidikan, di atas kesudian beliau memberi tugasan ini kepada kami. Beliau juga
banyak membantu kami sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Kami
juga mengucapkan ribuan teima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu
kami secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan
tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat kami rungkai sepanjang kami
menyiapkan tugasan ini. Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi
ini, begitulah dominannya peranan mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara
ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini,
pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga
pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini
tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang begitu
hebat. Sebelum kami mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari kami
sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

"Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan
semuanya racun. Tetapi adakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang
terus-menerus"

2
2.0 PENGENALAN

3
PENGENALAN

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah merangka Pelan Induk


Pembangunan Pendidikan (PIPP) KPM 2006-2010 yang akan menjadi garis
panduan pembangunan pendidikan negara secara menyeluruh sepanjang tempoh 5
tahun dalam Rancangan Malaysia Ke-9. PIPP merupakan satu dokumen
perancangan pembangunan pendidikan yang bersepadu, komprehensif dan
menyeluruh tidak tertumpu pada satu jenis sekolah, lokasi dan kaum. Agenda utama
KPM adalah untuk membangunkan SK sebagai aliran perdana kerana majoriti
pelajar berada di SK. Walau bagaimanapun, KPM tidak akan meminggirkan SJKC,
SJKT dan SABK dalam meningkatkan kualiti pendidikan di sekolah-sekolah
tersebut. PIPP merupakan satu dokumen perancangan pembangunan meliputi tiga
aspek utama iaitu infrastruktur, pengisian dan tenaga manusia.

Enam teras strategik telah dikenal pasti untuk memperkukuh sistem pendidikan
negara. Antaranya ialah :
 Teras 1 Membina Negara Bangsa
 Teras 2 Membangunkan Modal Insan
 Teras 3 Memperkasakan SekolahKebangsaan
 Teras 4 Merapatkan Jurang Pendidikan
 Teras 5 Memartabatkan Profesion Keguruan
 Teras 6 Melonjakkan Kecemerlangan Institusi Pendidikan KPM

Dalam kerja kurusus pendek kali ini, analisis dibuat berdasarkan PIPP dan
hubungkaitnya dengan guru sebagai sebagai satu profesion bagi mencapai Misi
Nasional..

4
3.0 E S E I

5
6
DEFINISI
memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan
amanah yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa
depan

MEMARTABAT
PROFESION
PERGURUAN

LANGKAH-LANGKAH
MARTABAT PROFESION
PERGURUAN

KENAIKAN
JAWATAN / KEMUDAHAN
PANGKAT KEDIAMAN
DAN BILIK
GURU /
KELAS

SYARAT MELAHIR GURU


PENGAMBILAN PENDIDIKAN
GURU DI ISLAM
PERKETAT BERKUALITI

MENAIK
TARAF
MAKTAB
KEPADA IPG

7
Dalam teras ke-5 terkandung penyataan ’Memartabatkan Profesion
Keguruan’. Mengikut Kamus Dewan, ’profesion’ ialah pekerjaan terutamanya yang
memerlukan pelajaran yang tinggi dan latihan yang khas misalnya dalam bidang
undang-undang, senibina, perubatan, perakaunan dan lain-lain. ‘Martabat’ pula
ialah kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat,tingkat.

Secara khususnya, maksud memartabatkan profesion keguruan adalah


memastikan profesion ini dihormati dan dipandang tinggi sesuai dengan amanah
yang dipertanggungjawabkan dalam pembinaan generasi masa depan. Ia juga
dilihat dan dinilai oleh masyarakat dari sudut peribadi para guru dan hasilnya
kepada generasi pelajar.

Oleh yang demikian, pelbagai inisiatif telah diambil oleh beberapa pihak
tertentu yang berperanan dalam usaha memartabatkan profesion keguruan.
Kerajaan khususnya Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) serta institusi-institusi
yang berkaitan, guru, pelajar, anggota masyarakat , pertubuhan-pertubuhan bukan
kerajaan (NGO), kesatuan-kesatuan guru dan pihak swasta perlu bersama-sama
mengambil peranan masing-masing dalam meningkatkan martabat profesion
keguruan ini.

Antara peranan yang jelas digerakkan adalah dari pihak kerajaan yang
melaksanakan dasar kerajaan iaitu Misi Nasional. Dalam teras kedua Misi Nasional
berkait rapat dengan tindakan kerajaan untuk meningkatkan martabat profesion
keguruan. Sehubungan dengan itu, usaha dipergiatkan bagi membangunkan modal
insan demi memacu transformasi negara ke arah keupayaan ilmu pengetahuan .

Teras dalam Misi Nasional ini diperincikan melalui PIPP untuk mengangkat
martabat profesion keguruan. Pelbagai langkah diambil seperti membuka peluang
peningkatan kerjaya. Melalui langkah ini, kerajaan mewujudkan beberapa garis
panduan bagi menambah perjawatan dan peluasan naik pangkat guru-guru seperti
meningkatkan quota Guru Cemerlang PPP, Lepasan Diploma (PPPLD) Gred DG32

8
serta menambah gred kenaikan pangkat Guru Cemerlang PPPLD sehingga ke Gred
DGA34. Kesannya, pemantapan kerjaya guru terhasil melalui kenaikan ini.

Selain itu, syarat pengambilan guru diperketatkan untuk melahirkan tenaga


pengajar yang berwibawa. Terdapat tiga program kursus yang ditawarkan dan calon
yang memohon mestilah menduduki menduduki Ujian Pemilihan Calon Guru
Malaysia (MteST), aktif dalam kokurikulum, melepasi tapisan keselamatan, bebas
dari penyalahgunaan bahan dadah dan lulus temuduga.

Tambahan lagi, KPM menaik taraf maktab perguruan kepada institut


pendidikan guru untuk meningkatkan kelayakan guru ke peringkat ijazah. Langkah
ini diambil bagi memantapkan pemilihan bakal guru dan memberi latihan serta
menambah baik karier keguruan dan persekitaran kerjanya. Ia juga melahirkan guru
siswazah yang memahami keperluan dan cabaran sekolah ke arah mencapai
sasaran kementerian untuk mengisi 100 peratus guru siswazah di sekolah
menengah dan 50 peratus di sekolah rendah menjelang 2010.

KPM juga mengambil langkah bagi melahirkan guru Pendidikan Islam yang
berkualiti dan berkesan dengan menubuhkan Institut Pembangunan Pendidikan
Islam (IPPI). Ia merupakan usaha untuk memberi ilmu dan pendidikan berteraskan
wahyu kepada penganutnya supaya dapat memahami dan dapat menghayatinya
dalam kehidupan demi untuk kebahagiaan diri, keluarga, masyarakat dan negara.
Pelaksanaan j-QAF juga inisiatif untuk memartabatkan profesion keguruan.

Kemudahan kediaman guru juga dinaik taraf supaya guru boleh


melaksanakan tugas dengan selesa terutamanya di kawasan luar bandar dan
kawasan pendalaman. Kemudahan bilik guru dan bilik darjah juga turut dinaik taraf
bagi melahirkan suasana yang kondusif.

9
Perlu melewati ruang
pendidikan tempat, masa
tinggi dan khas dan ketika

guru GURU SEBAGAI pekhidmatan


mementingkan PROFESION guru penting
perkhidmatan pada masa kini
untuk untuk mendidik
muridnya golongan anak
berbanding muda
kepentingan
dirinya MARTABAT
PROFESION
PERGURUAN

KOD ETIKA PERGURUAN


MALAYSIA

Tanggungjawab Tanggungjawab
terhadap pelajar terhadap ibu
bapa

tanggungjawab
tanggungjawab
terhadap masyarakat
dan negara terhadap rakan sejawat
dan profesion
keguruan

10
Guru merupakan satu profesion kerana ia memerlukan pendidikan tinggi dan
latihan khas. Kementerian Pendidikan Malaysia melihat profesion perguruan
sebagai ‘berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah’ dengan profesion yang lain
kerana khidmat golongan pendidik adalah melewati ruang tempat, masa dan ketika
(Menteri Pendidikan, 2000).

Sebab kukuh guru adalah satu profesion adalah kerana pekhidmatan guru
penting pada masa kini untuk mendidik golongan anak muda. Ia merupakan salah
satu ciri-ciri profesion. Selain itu, guru sentiasa mementingkan perkhidmatan untuk
muridnya berbanding kepentingan dirinya. Contohnya, pada cuti sekolah guru-guru
akan mengorbankan masanya untuk menghadiri kursus KBSR serta menyediakan
alat bantu mengajar. Dengan alasan di atas, maka jelaslah bahawa perguruan
adalah satu profesion.

Bagi menjaga nama baik profesion perguruan serta menaikkan lagi martabat
mutu profesion, satu kod etika telah disediakan. Kod ini dinamakan Kod Etika
Perguruan Malaysia. Kod etika ini telah tercetak di halaman depan buku persediaan
mengajar guru. Kod etika ini juga di sediakan dalam bentuk ikrar.

Setiap guru harus mematuhi kod etika yang terdapat dalam Tatasusila
Profesion Keguruan seperti yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan
Malaysia, seperti berikut:
1. tanggungjawab terhadap pelajar;
2. tanggungjawab terhadap ibu bapa;
3. tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara; dan
4. tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion keguruan

Kod etika memperjelaskan tindakan-tindakan betul yang perlu diikuti dan tindakan-
tindakan salah yang perlu dihindari oleh individu-individu dalam sesuatu profesion.
Ini bertujuan untuk mengekalkan integriti moral dan meningkatkan martabat sesuatu
profesion.

11
Dalam Kod Etika Perguruan Malaysia menyarankan guru bertanggungjawab
terhadap pelajar. Dengan kata lain, guru harus mengutamakan kebajikan dan
keselamatan pelajar ,bersikap adil terhadap setiap pelajar, merahsiakan maklumat
ikhtisas atau sulit tentang pelajar, menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan
tingkah laku yang baik, dan membimbing atau mengajar seseorang pelajar.

Kod etika itu juga menerangkan tentang tanggungjawab terhadap ibu bapa.
Guru perlu menghormati tanggungjawab utama ibu bapa, mewujudkan hubungan
mesra dan kerjasama yang erat antara institusi pendidikan dengan rumah tangga,
memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka,
mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial
dan ekonomi ibu bapa pelajar, dan mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-
kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar
terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Guru juga mempunyai tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara.


Dalam kod etika menjelaskan bahawa seorang guru harus menghormati perbezaan
kebudayaan, keturunan dan agama , menggalakkan kerjasama dan persefahaman
antara guru dengan ibu bapa, institusi pendidikan dengan masyarakat, menghormati
masyarakat tempat kami berkhidmat, dan mengelakkan diri daripada menyebarkan
sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat atau
negara.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion perguruan juga turut


membantu dalam meningkatkan martabat guru. Dalam tatasusila ini, guru perlu
mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh
mencemarkan nama baik seorang guru, sentiasa bersedia membantu rakan
sejawat, mengawal diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion
perguruan, dan tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan
kecekapan kami sebagai guru.

12
TINGKAT TAHAP
PROFESION
GURU

Mempunyai Latihan dan


ciri-ciri pendidikan guru
profesionalisme

Pengiktirafan dan
Gaji yang tinggi penghargaan

MARTABAT
PROFESION
PERGURUAN

Pengesahan Persekitaran
pelantikan guru kerja yang selesa
dan kondusif

Naik taraf Mengamalkan


maktab kepada kod etika guru
Institut
Pendidikan Guru

13
Sebagai seorang guru pada masa kini, bukan sahaja perlu bertanggungjawab
di bilik darjah tetapi di mana-mana sahaja. Oleh yang demikian, profesion perguruan
perlu mempunyai ciri-ciri profesionalisme untuk meninkatkan tahap profesion
tersebut seperti mana dalam profesion lain. Profesional bermaksud seseorang yang
pakar dalam bidang tertentu, sentiasa mengembangkan pengetahuan dan
kemahirannya, serta memberi perkhidmatan yang berkualiti.

Merujuk kepada teras Memartabatkan Profesion Keguruan, seseorang yang


ingin menjadi guru mestilah menjalani latihan dan pendidikan guru yang diadakan
oleh Kementerian Pendidikan Malaysia. Mereka juga perlu mengambil ujian semasa
temuduga. Langkah ini bagi memastikan bakal guru yang akan dihasilkan bermutu
tinggi dan berkualiti.

Guru seharusnya tidak mementingkan soal gaji sebaliknya mengutamakan


tanggungjawab terhadap pelajar dan masyarakat. Tetapi ini tidak bermakna gaji
tidak penting kepada guru. Dari rujukan yang yang dilakukan, gaji yang tinggi dapat
membantu guru meningkatkan lagi tahap profesion mereka dan memberi motivasi
kepada mereka. Walaupun begitu, tugas dan amanah kepada pelajar dan
masyarakat perlu diberi keutamaan dan perkhidmatan yang cemerlang tanpa
memikirkan keuntungan semata-mata.

Pengiktirafan dan penghargaan yang diterima mendatangkan kepuasan


kepada guru. Seseorang guru yang menjalankan tugasnya sebagai seorang guru
seharunya diberi anugerah, hadiah dan pengiktirafan. Guru yang berasa puas
dengan kerjayanya akan mendorong guru tersebut untuk memajukan dirinya dalam
profesion serta dapat menghasilkan murid yang cemerlang.

14
Di samping itu, usaha yang dapat meningkatkan lagi tahap profesion
perguruan ialah pelantikan guru yang dibuat oleh Suruhanjaya Perkhidmatan
Pelajaran yang mengesahkan pelantikan tersebut. Secara tidak langsung, usaha
tersebut menyatakan tahap profesion perguruan berkualiti dan kenaikan itu adalah
kerana mutu dan kualiti.

Persekitaran kerja yang selesa dan kondusif juga mendorong kepada


peningkatan profesion perguruan. Keadaan sekeliling seperti bilik guru, kelas dan
sekitar sekolah memberi keselesaan kepada guru untuk menjalankan tugasnya.
Guru yang selesa mengajar akan dapat melaksanakan tugas dengan lancar dan
sentiasa berusaha untuk meningkatkan diri dan pengetahuannya untuk menjadi guru
yang berkualiti.

Seperti profesion lain, profesion perguruan juga mempunyai kod etikanya


yang perlu dihayati oleh setiap guru dan diamalkan dalam kehidupan. Oleh yang
demikian, setiap guru harus mengamalkan tingkah laku selaras dengan kod etika
guru. Guru juga hendaklah menghormati dan tidak melanggar segala kandungan
yang terkandung di dalam kod etika. Dengan ini, etika perguruan bukan setakat
menghiasi kulit buku persedian mengajar sebaliknya dihayati dan diamalkan oleh
guru.

Peningkatan taraf maktab perguruan kepada Institut Pendidikan Guru (IPG)


adalah usaha melahir dan melestarikan guru yang berkualiti. Dengan pengiktirafan
ini, IPG dapat memantapkan pemilihan bakal guru dan memberi latihan serta
menambah baik karier keguruan dan persekitaran kerjanya. Proses seperti ini dapat
meyakinkan bahawa guru yang diambil merupakan guru yang mampu
menyempurnakan misi pendidikan negara dan meningkatkan tahap profesion
perguruan.

15
4.0 KESIMPULAN

16
KESIMPULAN

Peningkatan martabat profesion keguruan sebagaimana yang dihasratkan


oleh kerajaan dapat dilakukan dengan gandingan mantap berbagai pihak khususnya
Kementerian Pelajaran Malaysia, institusi-institusi yang berkaitan serta individu
terlibat dalam proses pendidikan. Usaha-usaha yang berterusan dan kemaskini
InsyaAllah akan dapat menyempurnakan wawasan negara Malaysia bukan saja
setakat 2020 bahkan melangkaui masa-masa selepasnya.

Profesion perguruan atau bekerja sebagai guru adalah antara beberapa jenis
pekerjaan yang penting dalam proses pembangunan manusia, masyarakat dan
negara. Profesion perguruan merupakan profesion paling utama di dalam proses
penyerapan ilmu pengetahuan kepada individu dan masyarakat. Dalam era
globalisasi sekarang, peranan guru menjadi semakin kompleks dan mencabar.
Golongan guru hendaklah memastikan martabat perguruan sentiasa dipertingkatkan
dari masa ke semasa ke tahap yang lebih tinggi dan dihormati seterusnya dapat
merealisasikan Misi Nasional seperti yang digariskan oleh Y.A.B. Perdana Menteri
Malaysia dalam Rancangan Malaysia Ke-9.

Pendekatan yang mewujudkan laluan kerjaya profesion keguruan yang lebih


menarik akan meningkatkan persepsi masyarakat terhadap profesion keguruan,
menarik minat individu lain untuk menyertai profesion ini serta akan dapat melahir
dan mengekalkan guru-guru berkualiti dan sekali gus memartabatkan profesion
keguruan yang mulia ini.

17
5.0 REFLEKSI

18
REFLEKSI

Sebagai seorang bakal guru, saya tidak terlepas daripada mempelajari


segala ilmu untuk menjadi seorang guru. Guru mempunyai tanggungjawab yang
berat untuk dipikul bukan sahaja kepada pelajar malah juga kepada rakan sejawat
satu profesion, ibu bapa, masyarakat, dan negara. Memahami dan menjalankan
tugas guru bukanlah perkara yang mudah sebenarnya, semudah kita hanya melihat
tetapi apabila melakukannya adalah sukar.

Walaupun hanya sekadar seorang bakal guru, saya terpanggil untuk


menerapkan segala ilmu mengenai konsep perguruan serta memartabatkan
profesion perguruan. Kini saya sedar bahawa tugas sebagai seorang guru adalah
sangat penting kepada masyarakat khususnya dalam mendidik anak bangsa.

Profesion keguruan tidak mungkin dapat dimartabatkan sekiranya guru tidak


mempunyai minat dan kecenderungan untuk meningkatkan pengetahuan dan
menjadikan budaya belajar serta membaca sebagai satu amalan yang penting bagi
mengukuhkan imej dan memartabatkan profesion perguruan. Jadi, saya perlu
berusaha sedaya upaya untuk menerapkan segala ilmu perguruan dalam diri
supaya dapat memenuhi hasrat untuk memartabatkan profesion perguruan.

Timbul kesedihan pada diri saya apabila saya dapati masih ada dalam
kalangan segelintir pelatih guru masih mengendahkan tentang martabat profesion
perguruan ini. Mereka hanya mempelajari dan mendalami tentang perkara ini tetapi
tidak mengamalkannya. Saya juga tertanya-tanya mengapa perkara demikian
berlaku walaupun pelbagai cara sudah dijalankan oleh kerajaan dalam pengambilan
calon pelatih guru.

19
Di sini ingin saya cadangkan supaya latar belakang calon sejak dari sekolah
rendah yang ingin menjadi pelatih guru diselidiki dengan terperinci. Perkara ini untuk
memastikan bahawa calon tersebut benar-benar calon yang sesuai untuk menjadi
pelatih guru. Supaya calon yang lain tidak kehilangan peluang, cadangan ini harus
diambil kira sebagai penting dalam pemilihan calon pelatih guru yang berkualiti.

Dengan niat yang ikhlas, saya pastikan cita-cita sebagai seorang guru akan
saya penuhi dengan ilmu yang telah pelajari. Saya juga tidak nafikan bahawa
profesion perguruan kini semakin melonjak naik atas usaha semua pihak. Saya
sebagai seorang bakal guru juga tidak akan mengenepikan usaha ini dan akan turut
membantu dalam membawa naik imej profesion perguruan.

20
6.0 RUJUKAN

21
RUJUKAN

 Ee Ah Meng, 1998. Pendidikan di Malaysia : Guru Sebagai Satu Profesion.


Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.
 Esah Sulaiman, 2003. Amalan Profesionalisme Perguruan : Profesionalisme
Perguruan. Universiti Teknologi Malaysia, Skudai, Johor Darul Takzim.
 Choong Leon Keow, 2008. Falsafah dan Pendidikan di Malaysia : Pelan
Induk Pembangunan Pendidikan 2006-2010. Kumpilan Budiman Sdn Bhd,
Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan.
 Kementerian Pelajaran Malaysia. 2006. Pelan Induk Pembangunan
Pendidikan 2006-2010. Putrajaya: Kementerian Pelajaran Malaysia.
 http://www.scibd.com/doc/296829/Pn. Salma

 http://74.125.153.132/search?
q=cache:_dJ5S6bCd98J:eprints.utm.my/2342/1/Profesion_Kerguruan_Pilihan
_Terakhir.doc+profession+perguruan&cd=9&hl=en&ct=clnk&gl=my

 http://skdarau.tripod.com/tatasusila.html

 http://www.scribd.com/doc/14587250/Guru-sebagai-satu-profesion

 http://www.slideshare.net/fatiafasha/guru-sebagai-1-profesion

22
7.0 LAMPIRAN

23

Anda mungkin juga menyukai