Anda di halaman 1dari 13

NILAI SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA DAN KRITIKAN TERHADAP

PERUMAHAN DI MALAYSIA

Ditulis oleh: Nurfatehah binti Noor Rashid


SX065165BSD04

1.0 PENDAHULUAN

Kertas ini akan membincangkan nilai sosial dan kritikan terhadap trend perumahan di
Malaysia kini. Kertas ini dibahagikan kepada tiga bahagian. Bahagian pertama
membincangkan nilai sosial masyarakat Malaysia. Isu yang disentuh adalah perbandingan
nilai sosial diantara kejiranan tradisional dan kejiranan moden, kewujudan komuniti asing
serta lambakan perumahan moden kini dan kesannya kepada nilai sosial masyarakat moden.
Kejiranan moden kini memaparkan kebejatan perhubungan yang terjalin diantara individu
dengan masyarakat sekitarnya, selain itu sikap mementingkan diri dan ceteknya rasa empati
terhadap golongan yang kurang bernasib baik serta ia membawa kepada penjanaan satu
masyarakat yang kurang sikap perpaduan dan ini merupakan situasi yang tidak sihat, lebih-
lebih lagi dalam konsep „Satu Malaysia‟ yang dicadangkan Dato‟ Seri Najib Tun Razak.

Bahagian kedua kertas ini berkisar tentang kritikan terhadap perumahan moden di Malaysia.
Perkara yang akan dikupas merangkumi realiti perumahan moden kini dan kepincangan yang
berlaku dalam perancangan perumahan moden rakyat. Kepincangan-kepincangan yang
diungkit adalah berkaitan garispanduan dan undang-undang serta perlaksanaan sistem
perancangan perumahan moden, aspek keselamatan, masalah pencemaran dan keperluan
menyediakan ruang-ruang hijau dan sosial. Selain itu, terdapat kepincangan dari segi
rekabentuk yang menyentuh aspek keselesaan dan privasi dalam komuniti perumahan
moden.

Bahagian ketiga pula, mencadangkan satu penyelesaian yang sesuai bagi memperbaiki
keadaan dan kepincangan yang berlaku dalam senario perumahan moden kini. Penggarapan
semula konsep kejiranan tradisional yang diberi nafas baru dalam konteks perumahan moden.
Konsep kejiranan tradisional yang digunapakai adalah aspek keselamatan dalaman,
pembentukan ruang pertahanan serta sempadan visual berperingkat, dan penyediaan ruang-
ruang hijau dan ruang sosial. Kejiranan tradisional dalam suasana komuniti moden ini masih
di peringkat awal, terlalu awal, namun dari segi teorinya, ia merupakan satu langkah
permulaan yang baik bagi memperbaiki keadaan perumahan moden kini.

1
2.0 NILAI SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA

2.1 PERBANDINGAN NILAI SOSIAL KEJIRANAN TRADISIONAL DENGAN KEJIRANAN


MODEN

Nilai, menurut Kamus Dewan Edisi ke-4, memberi maksud sesuatu kadar, nisbah, kualiti,
sosial pula memberi maksud kemasyarakat, atau hubungan di antara indidvidu dengan
masyarakat sekitarnya. Nilai sosial pula lebih berkait dengan perkara yang melibatkan status
atau taraf sesuatu masyarakat. Perumahan pula merupakan kumpulan rumah-rumah
kediaman. Perkaitan nilai sosial dengan perumahan pula menggambarkan nilai-nilai
kehidupan masyarakat di kawasan kumpulan kediaman.

Di kawasan kejiranan tradisional, nilai


sosialnya hanya satu dan hampir setiap
keluarga mempunyai taraf hidup yang
sama. Menurut Mohamad Tajuddin
1
Mohamad Rasdi, 2009, perbezaan
ketara antara kejiranan tradisional
dengan kejiranan moden adalah
pertambahan bilangan kebudayaan di
dalam kejiranan moden. Sebelum ini

Gambar 1: Suasana damai kampung masyarakat hidup dalam satu


kebudayaan dalam lingkungan kejiranan
tradisional. Dari segi ekonomi, sistem kepercayaan dan dan cara hidup. Perbezaan yang
tidak jauh, menyebabkan perhubungan mudah dijalinkan. Lagipun masyarakat yang hidup di
dalam kejiranan ini, boleh dikatakan berasal dari keturunan dan rumpun yang sama. Semua
kekurangan ditanggung bersama, kelebihan dirasa bersama. Tidak terdapat satu keluarga
pun yang merasakan diri mereka tersisih daripada masyarakat sekitar. Satu sistem
kepercayaan dan tradisi disemai dan dilaksanakan secara adil terhadap setiap individu di
perkampungan tersebut. Kehidupan yang sangat mudah dan tidak kompleks. Sikap
pentingkan diri dapat diganti dengan sifat kasih sayang dan ihsan terhadap jiran sekampung.
Masing-masing mengambil berat antara satu sama lain. Nilai-nilai sosial yang sinonim
dengan masyarakat di perkampungan.

Jauh sekali dibandingkan dengan kejiranan moden kini, masyarakat kini tinggal dengan orang
asing. Orang asing yang jauh berbeza dari segi ekonomi, sistem kepercayaan dan cara hidup.
Agak sukar untuk menjalinkan hubungan apabila terdapat sikit persamaan yang boleh

1
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, 2009, Thoughts on Malaysian Architecture: Towards Good
Housing and Community Development; Creating New Cultural Catalyst, UTM

2
mendasari asas perhubungan tersebut. Masing-masing lebih suka membuat hal sendiri,
akibat desakan hidup yang memaksa perubahan cara hidup bertukar secara drastik. Ikatan
dan perhubungan komunikasi menjadi renggang. Lama kelamaan ia lenyap. Akhirnya
menular sikap pentingkan diri sendiri, dan malas mengambil tahu, tidak peduli dan pelbagai
sikap negatif yang tidak sepatutnya dalam sesuatu komuniti. Sikap acuh tak acuh terhadap
perubahan keadaan sekeliling, mengakibatkan kejadian masalah sosial semakin menjadi.
Lebih-lebih lagi, sekiranya kejadian berlaku depan mata. Mata ditutup, telinga dipekakkan.

2.2 KUMPULAN KOMUNITI ASING

Estet perumahan ini menghimpunkan seberapa banyak keluarga dalam satu kawasan
sehingga kedudukan di antara satu sama lain amat dekat. Menelusuri rentetan sejarah
Negara, belum pernah lagi keadaan yang sedemikian berlaku. Satu populasi yang besar
mendiami satu kawasan yang sama belum pernah terjadi dalam masa 46 tahun yang lalu.
Namun persoalan yang timbul, apakah bentuk komuniti yang wujud di dalam kawasan yang
sedemikian? Atau lebih jelas lagi, apakah ada komuniti yang dapat dibentuk dalam keadaan
sedemikian? Komuniti yang wujud hanyalah pada angka atau kuantiti, dan yang sebenarnya
mereka itu hanya orang asing yang hidup bersama.(Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi,
2009).2

Perbezaan yang sangat ketara jika


dibandingkan dengan komuniti tradisional dan
komuniti moden adalah dari segi jumlah etnik
yang terlibat. Jika dalam komuniti tradisional,
hanya satu etnik yang terlibat, dalam komuniti
moden, lebih dari satu etnik yang terlibat. Di
Malaysia, satu keputusan dicapai, dalam
usaha menjadikan Malaysia sebagai sebuah

negara yang berbilang budaya, oleh itu pemaju


Gambar 2: Jajaran perumahan moden
disaran agar membina kawasan perumahan
yang dapat memberikan peluang kepada segenap lapisan masyarakat daripada pelbagai
etnik. Hanya objek dan material sahaja yang disediakan, tanpa ada pengisian agar pembeli
yang terdiri daripada pelbagai etnik supaya mereka dapat saling mengenali.

Dalam masyarakat tradisi, entiti kebudayaannya hanya satu, kepercayaan juga satu dan
kebiasaannya bagi kehidupan seharian tidak jauh beza dari individu di dalam kawasan
tersebut. Masyarakat moden pula, yang tinggal di kawasan perumahan, menghadapi sedikit
kerumitan dalam menghadapi kehidupan sehari-hari. Apatah lagi apabila jiran mereka terdiri

2
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, 2009, Thoughts on Malaysian Architecture, UTM

3
daripada bangsa yang berlainan dan mengamalkan agama yang berlainan. Masing-masing
perlu mempunyai kesabaran dan toleransi yang cukup tinggi dalam menghadapi situasi-
situasi yang agak berlainan dari tempat asal mereka.

2.3 LAMBAKAN PERUMAHAN MODEN TERANCANG DAN KESANNYA TERHADAP


NILAI SOSIAL MASYARAKAT MALAYSIA

Masyarakat terdiri daripada 3 atau lebih individu yang membentuk satu komuniti. Hubungan
yang terjalin antara mereka, menjadi asas kepada perpaduan sesebuah negara. Dalam
konteks perumahan moden kini, kebanyakan individu terutamanya yang sudah berkeluarga
mendiami kawasan perumahan tersusun. Kawasan perumahan yang ada kini di Malaysia
merupakan satu kawasan terancang yang dibina meluas merentasi seluruh Malaysia. Ia
merupakan satu solusi dalam menyelesaikan pertambahan penduduk terutamanya di
kawasan bandar. Namun pembangunan perumahan yang meluas dan secara lambakan ini,
menjadi budaya baru dalam memperkenalkan sistem sosial moden yang baru.

Budaya ini merupakan satu permodenan yang baru diperkenalkan semenjak selepas
kemerdekaan. Revolusi industri memungkinkan pembangunan perumahan banyak
dibangunkan di kawasan bandar. Ini kerana bandar-bandar menawarkan banyak peluang
pekerjaan baru kepada penduduk Malaysia. Penghijrahan dari kawasan perkampungan ke
bandar berlaku dalam jumlah yang banyak. Saban tahun banyak pembangunan di kawasan
bandar dijalankan. Dan apabila kawasan bandar ini tidak mampu lagi menampung
pertambahan yang berlaku, kawasan perumahan di bangunkan di kawasan pinggir bandar.

Kawasan perumahan pinggir bandar menawarkan perumahan yang lebih murah, namun
kedudukannya yang agak jauh dari kawasan bandar, pekerja terpaksa memandu atau
menggunakan pengangkutan awam dalam usaha mereka untuk tiba di tempat kerja tepat
pada waktunya. Hal yang berbangkit ini ada dibincangkan oleh, Duany, A, 2001,3 kewujudan
perumahan di pinggir bandar tanpa mengambil kira prasarana yang sedia ada mencukupi
atau tidak, menyebabkan kesesakan berlaku. Di Malaysia, perkhidmatan awam yang kurang
cekap, menyebabkan ramai yang menggunakan pengangkutan sendiri. Kekurangan jaluran
jalan raya dan lebuh raya yang efisien, pertambahan kenderaan persendirian, menyebabkan
saban hari lebih masa terpaksa diambil kerana terperangkap dalam kesesakan lalu-lintas.

Menurut Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, 2009,4 terdapat tiga perkara utama yang boleh
menjadi penyebab perpecahan dalam sesuatu komuniti, iaitu yang pertama, perumahan teres,

3
Duany, A, Plater-Zyberk, E, and Speck, J, 2001, Suburban Nation: The Rise of Sprawl and the
Decline of the American Dreams, North Point Press, New York
4
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, 2009, Thoughts on Malaysian Architecture, UTM

4
kedua, susunatur bangunan awam, dan bahasa yang dipamerkan bagi menggambarkan
identiti nasional. Perumahan teres yang dibina kini tidak mengambil kira aspek kebudayaan
dan cara hidup masyarakat Malaysia. Gaya masakan bangsa Malaysia banyak menggunakan
bahan yang beraroma. Bukan semua individu boleh bertolak ansur dengan aroma yang
timbul daripada masakan yang sedang dimasak. Apatah lagi bahagian dapur biasanya
diletakkan di bahagian simpanan jalan belakang dan menghala ke bilik tidur jiran belakang.
Oleh sebab susunatur yang sangat rapat, aliran udara tidak lancar dan mengakibatkan aroma
masakan tersebut terkepung di sekitar jalan belakang. Bukan sahaja aroma masakan,
kadang kala upacara keagamaan bangsa lain seperti bunyi, visual dan bau menjadi punca
ketidakpuasan hati di kalangan segelintir penghuni di kawasan kejiranan tersebut.

Polisi kerajaan tempatan untuk mewajibkan bangunan kemudahan awam seperti Dewan
Orang-ramai, kedai runcit dan sebagainya, merupakan langkah bijak bagi merapatkan
komuniti di dalam kawasan kejiranan. Namun perletakan yang tidak strategik menyebabkan
ia sukar digunakan secara optimum. Perancangan perletakan kemudahan awam ini
seharusnya diletak di lokasi yang mudah dicapai dan berada di tengah-tengah kawasan
kejiranan. Mudah dicapai mengambil kira aspek pejalan kaki serta berbasikal, dan bukannya
kenderaan bermotor. Keperluan menyediakan kawasan pejalan kaki dan pembonceng basikal
merupakan salah satu aspek yang kurang diambil perhatian. Mengakibatkan kawasan
perumahan yang dirancang, direkabentuk untuk memudahkan kenderaan bermotor sahaja.
Jalan-jalan yang disediakan berturap dan merentasi seluruh ruang kawasan kejiranan.

Pengagungan terhadap budaya barat, mengakibatkan senibina yang diamalkan menyerupai


serta menciplak rekabentuk barat. Ketidaksesuaian penggunaan bahan dengan cuaca dan
iklim tempatan menghasilkan ruang-ruang yang tidak sihat dan tidak sesuai didiami. Senibina
tempatan seolah-olah tenggelam di tengah-tengah kepesatan arus permodenan. Sudah
sampai masanya, kita kembali mengkaji dan menggarap semula nilai-nilai senibina tempatan
yang bersesuaian dalam penjanaan nilai-nilai sosial masyarakat Malaysia. Sudah terbukti
bahawa senibina tempatan dan setempat sememangnya sesuai dengan jiwa dan masyarakat
tempatan.

3.0 KRITIKAN TERHADAP PERUMAHAN MODEN DI MALAYSIA

3.1 REALITI PERUMAHAN MODEN KINI

Di dalam perumahan moden, masyarakat dikategorikan mengikut pendapatan, secara tidak


langsung melibatkan etnik yang berlainan. Pertembungan budaya, sosial, agama dan
ekonomi berlaku serentak. Terlalu banyak yang berlaku pada satu-satu masa. Ia merupakan
satu peluang sebenarnya, dalam kita untuk mengenali secara dekat bangsa-bangsa lain.

5
Namun apakah nilai sosial atau bentuk nilai sosial yang boleh kita pupuk dan semai di dalam
masyarakat Malaysia?

“Seni bina yang baik seharusnya sebagai pelengkap dalam pembangunan masyarakat dan
5
bukan yang menghalangnya.” (Rosdan Abd. Manan, 2006) . Senibina seharusnya
menekankan rekabentuk bagi insan dan bukannya untuk memenuhi keperluan materialistik
semata-mata. Oleh itu perumahan yang direkabentuk perlu mengambilkira aspek pembinaan
sahsiah dan penjanaan nilai-nilai sosial seseorang insan. Perumahan merupakan salah satu
cabang senibina awam. Ia membabitkan pelbagai pihak dalam usaha membina satu kawasan
perumahan yang berjaya. Rekabentuk hanya sekadar menepati keperluan minima yang
ditetapkan pihak berkuasa serta mengikut kehendak pemaju. Penerapan kesedaran akan
sesuatu rekabentuk yang baik tidak ditekankan, mengakibatkan rumah-rumah yang dibina
memberikan satu gambaran kehidupan dan gaya hidup masyarakat yang akan mendiami
kawasan tersebut. Seolah-olah terdapat perbezaan yang nyata antara kelas atasan,
pertengahan dan bawahan. Malah sesuatu ciri rekabentuk telah pun ditetapkan mengikut
kategori masyarakat. Akibatnya wujud perbezaan nilai sosial di antara setiap kategori
masyarakat Malaysia. Apatah lagi sekiranya sesuatu pembangunan kawasan yang besar,
pengelasan kelas rumah dibahagikan mengikut harga, dan sudah tentulah rumah yang
bernilai jutaan ringgit mampu dimiliki oleh golongan berada, manakala rumah kos rendah
mampu dimiliki oleh segelintir masyarakat yang berpendapatan rendah dan sederhana.
6
(Duany, A, 2001) Pemecahan kawasan perumahan mengikut „segmen pasaran‟ adalah satu
fenomena yang dicipta oleh pemaju, yang secara tidak langsung memberikan tanggapan
bahawa sistem ini memberikan ungkapan kepada orang ramai bahawa kediaman yang
berpagar adalah untuk golongan yang berjaya. Terdapat satu stigma di dalam masyarakat,
dan ia direalisasikan oleh pemaju bahawa masyarakat kelas pertengahan dan bawahan
kawasan ruang lingkupnya diasingkan daripada kawasan masyarakat kelas atasan.

Kapasiti tampungan komuniti, menjadi isu yang penting bagi pemaju. Semakin banyak
kapasiti tampungan ini, semakin mudah untuk mereka mendapatkan pinjaman bank dan
sebagai. Isu yang berkaitan membina hubungan, membentuk budaya yang sihat di kalangan
komuniti yang akan hidup di kawasan yang dibangunkan tidak diendahkan. Sedangkan ini
merupakan salah satu aspek yang penting, kerana ia secara tidak langsung membentuk
budaya masyarakat Malaysia.

Perumahan yang disusun mengikut jajaran, dilengkapi dengan pautan jalan raya,
memberikan gambaran monoton dan kaku. Di mana-mana sahaja di Malaysia, pembangunan

5
Rosdan Abd. Manan, 2006, Tesis Sarjana Senibina, Wacana Moral Senibina dan Kritikan Terhadap
Senibina Tempatan, UTM
6
Duany, A, Plater-Zyberk, E, and Speck, J, 2001, Suburban Nation: The Rise of Sprawl and the
Decline of the American Dreams, North Point Press, New York

6
perumahan dibuat dalam barisan-barisan lurus menghiasi dataran yang luas. Jalan-jalan raya
berada di antara perumahan. Jalan-jalan ini menampung aliran kenderaan yang melalui
kawasan perumahan, tidak kelihatan pertimbangan dalam menyediakan laluan siar kaki dan
pembonceng basikal. Jauh sekali, lanskap disertakan sekali dengan perumahan yang
dicadangkan. Lanskap bukan hanya memecah monoton yang terhasil akibat susunan jajaran
perumahan, ia juga memberi teduhan kepada pejalan kaki dan pembonceng basikal dan
motosikal.

3.2 KEPINCANGAN PERUMAHAN MODEN

“Senibina boleh menjadi pemangkin kebudayaan atau pemusnah.”(Rosdan Abd. Manan,


2006).7

8
(Rosdan Abd. Manan, 2006) , kepincangan-kepincangan dalam seni bina umumnya memberi
kesan langsung kepada gaya hidup masyarakat. Ia dapat dilihat khususnya melalui kualiti
perumahan rakyat. Krisis dalam perumahan rakyat ini bukanlah suatu masalah yang baru. Ia
merangkumi pelbagai kepincangan dalam aspek perundangan, perancangan, rekaan
hinggalah penyelenggaraan. Punca-punca kegagalan ini berkait dengan sikap tidak perihatin
dan sambil lewa dari kalangan pihak yang dipertanggungjawabkan. Antara krisis-krisis yang
timbul dalam perumahan rakyat, kepincangan rekabentuk perumahan, aspek keselamatan,
pencemaran dan keselesaan.

Permasalahan-permasalahan ini meliputi kegagalan di pihak arkitek sebagai pereka, pihak


berkuasa dalam menggariskan undang-undang, mengurus dan meregulasi perundangan
serta para pemaju yang menawarkan kualiti perumahan yang rendah. (Duany,A, 2001) 9
melalui perbincangan Howard, P, terdapat kepincangan dalam perundangan dan peraturan
itu sendiri. Garispanduan yang membebankan sehinggakan sampai ke satu tahap ia nya tidak
lagi relevan. Walaupun ia nampak lengkap, sebenarnya ia tidak berisi. Ia tidak memaparkan
apa-apa bantuan visual, tiada imej dan gambaran hanya nombor dan perkataan. Ia
memberikan tanggapan bahawa pembuat garispanduan tersebut sebenarnya tidak
mempunyai gambaran yang jelas akan bentuk komuniti yang diingini.

7
Rosdan Abd. Manan, 2006, Tesis Sarjana Senibina, Wacana Moral Senibina dan Kritikan Terhadap
Senibina Tempatan, UTM
8
Ibid
9
Duany, A, Plater-Zyberk, E, and Speck, J, 2001, Suburban Nation: The Rise of Sprawl and the
Decline of the American Dreams, North Point Press, New York

7
Dalam perbincangan di sini, fokus
diberikan terhadap kepincangan seni
bina yang terhasil dan kegagalan
arkitek dalam memberi rekaan seni
bina yang lebih baik dan sebagai
profesional, mereka juga gagal untuk
diketengahkan. Ahmad Nizam Radzi
10
(1998) menerangkan mengenai
kepincangan dalam rekaan lot-lot
perumahan-perumahan rakyat
Gambar 3: Keadaan rumah panga yang hanya menyebabkan kurangnya
memenuhi keperluan minima
pencahayaan dan pengudaraan.
Manakala perundangan yang dikenakan tentang binaan tingkap dan siling tinggi tidak
membantu menyelesaikan masalah,

........ the deep designs of typical units often result in a lack of adequate daylight and
natural ventilation in the inner space. Various regulations were imposed under the
1984 Uniform building by-laws to ensure that calerestory windows and high volume
spaces were incorporated in the design to circumvent these inadequencies. Most,
however were implemented purely to satisfy the by-law requirements without any
serious thought to the practicality and workability of such elements.11

..... the planning of these houses (mass terrace housing) is usually predictable and
mundane;12

Aspek keselamatan juga menyumbang sebagai krisis, baik dalam rumah mahupun di sekitar
kawasan perumahan. Ini termasuklah masalah penyelesaian seni bina yang tidak efektif dan
membahayakan seperti binaan rel tangan yang tidak selamat, pemasangan gril yang
membahayakan atau pemilihan kemasan lantai yang salah hingga menyebabkan terjatuh.
Manakala disekitar kawasan perumahan pula melibatkan kes-kes seperti kemalangan akibat
pertembungan laluan pejalan kaki dengan kenderaan. Aspek keselamatan kanak-kanak dari
kemalangan kenderaan ini perlu diberikan perhatian wajar kerana kes-kes kemalangan ini
berlaku saban hari. Kes-kes jenayah yang berlaku di sekitar dan dalam rumah termasuk ragut,
penculikan, perkosaan hinggalah pecah rumah dan rompakan. Sebahagian kes-kes ini
adalah akibat penyelesaian seni bina yang buruk seperti binaan yang mudah dimasuki,
susunatur yang salah hingga mewujudkan ruang terlindung juga rekaan yang mengabaikan

10
Rosdan Abd. Manan, 2006, Tesis Sarjana Senibina, Wacana Moral Senibina dan Kritikan Terhadap
Senibina Tempatan, UTM
11
Ibid
12
Ibid

8
aspek interaksi sosial hinga kurangnya pengawasan antara penduduk13. Ruang-ruang yang
terlindung ini mewujudkan ruang negatif yang mengundang kegiatan jenayah berleluasa di
kawasn perumahan kini.

Antara kepincangan lain yang berlaku adalah, masalah pencemaran, kurangnya ruang hijau
dan ruang sosial di dalam kawasan perumahan. Masalah pencemaran dapat dikurangkan
sekiranya banyak ruang hijau diwujud. Mengambil kesempatan kewujudan ruang-ruang hijau
ini, ia dapat dijadikan sebagai ruang interaksi sosial. Pereka tidak seharusnya disalahkan
seratus peratus dalam hal ini, kerana kadanga-kala kita sebagai manusia biasa terlepas
pandang akan peri pentingnya mewujudkan ruang sedemikian. Pembelajaran dan penerapan
aspek-aspek kepentingan mewujudkan ruang sosial dalam komuniti seharusnya dipraktikkan
semenjak dari hari pertama ia memilih kerjayanya. Kesedaran harus wujud agar kepentingan
rekabentuk komuniti yang baik dapat diterapkan. Realiti yang seharusnya berlaku dalam
perumahan kini, kerana seni bina adalah seni awam yang menjamin keselamatan dan
seselesaan para pengguna.

Seterusnya ialah aspek keselesaan


yang merangkumi soal-soal
keselesaan termal, isu-isu privasi
dan juga aspek kesihatan. A.M.A
Rahman, Ir. M. Ramli dll (1994)
dalam kajian mereka menyatakan
bahawa kebanyakan rumah-rumah
kos rendah dibina hanya
mementingkan kos binaan, tempoh

Gambar 4: Perancangan perumahan yang tidak pembinaan dan aestetika tanpa


terancamg mengakibatkan kesesakan lalu lintas di mempedulikan aspek keselesaan
bandar
dan penyelenggaraan jangkamasa
panjang,

13
M. Tajuddin M. Rasdi, Ghofar Rozaq Nazila, “Housing Crisis in Malaysia”, (Skudai, Pusat Kajian
Alam Bina Dunia Melayu, 2003) m/s 8

9
More often than not the criteria in selecting the best (low cost design competition)
were base on aesthetics, quick easy construction and obviously within the budget but
were silent on the indoor thermal environment. ...of course without achieving comfort
without mechanical aids such as the electric ceiling or portable fans and air
14
conditioning.

Masalah ini bukan sahaja akan menyulitkan pengguna dari aspek keselesaan tetapi juga
meningkatkan kos di mana penggunaan kipas angin atau pendingin hawa yang berterusan
akan meningkatkan kos elektrik yang tinggi. Begitu juga aspek penyelenggaraan di mana
bahan-bahan binaan yang murah akan mudah rosak. Dalam jangkamasa yang panjang, kos
selenggaraan rumah-rumah murah ini lebih tinggi dari rumah-rumah sederhana.

Dalam konteks masyarakat Malaysia, isu kebudayaan berkait rapat dengan agama. Oleh itu,
isu privasi perlu diambilkira dalam rekabentuk perumahan. Ia merupakan isu yang seiring
dengan kehidupan masyarakat. Sekiranya aspek privasi ini tidak ditangani dengan sebaiknya,
ketegangan dan keselesaan tidak dapat dicapai. Walaupun ia nampak kecil, namun impaknya
terhadap gaya hidup sesuatu masyarakat agak besar.

4.0 KONSEP KEJIRANAN TRADISIONAL DALAM WAJAH PERUMAHAN MODEN

4.1 SUSUNATUR KLUSTER ‘HONEYCOMB’ SEBAGAI PENYELESAIAN KEPADA


PERUMAHAN MODEN KINI

Masalahan perumahan ini selepas lebih lima dekad masih belum mencapai tahap
memuaskan terutama bagi golongan berpendapatan sederhana dan rendah. Apakah
saranan-saranan profesional tidak akan dipandang jika disuarakan dengan betul dan
berulang kali.

Gambar 5: Susunan kluster ‘honeycomb’

14
A.M.A Rahman, Ir. M. Ramli et al, “In Search of an Ideal Design for a Low-Cost Dwelling in
Tropical Malaysia”, Majalah Arkitek, (Vol.6 No. 5/ 1994) m/s 23

10
Buat kali pertama, satu konsep perumahan susunan kluster „honeycomb‟ direalisasikan.
Nongchik Heights memperkenalkan konsep “honeycomb‟ bagi mewujudkan semula suasana
kampung di dalam kawasan bandar. Susunatur kluster yang terdiri daripada 16 buah rumah
disusun dalam satu lengkungan menghadap antara satu sama lain. Rekabentuk rumah juga
berbeza bagi disesuaikan dengan bentuk plot yang telah dirancang. Pada pendapat saya, ia
lebih kepada fungsi mengikut bentuk. Anjakan sempadan di hadapan dan kedua sisi plot,
membentuk tapak bangunan. Perletakan ruang disesuaikan dengan bentuk yang tinggal. Bagi
pembeli, bentuk yang berlainan dari normal, mereka agak skeptikal pada mulanya. Susunatur
piawai tetap dipraktikkan agar ia tidak banyak berbeza dengan kebiasaan. Hanya pada rupa
luaran sahaja yang berbeza, namun pengisian ruang masih dikekalkan.

Gambar 6: Kawasan pembangunan ‘honeycomb’ di Nongchik Heights

Namun yang menarik, jumlah luas binaan ruang bagi sesebuah rumah adalah lebih kurang
sama dengan perumahan domestik, masih lagi ada ruang halaman bagi setiap rumah.
Konsep kejiranan tradisional diimplementasi di dalam susunatur kluster. (Mazlin Ghazali,
15
2007) , susunatur kluster menawarkan lingkungan rumah-rumah dengan halaman di ruang
tengah. Ruang tengah bukan sahaja bertindak sebagai transit jalan, malah ia selamat
daripada kenderaan laju dan jenayah, lebih-lebih lagi untuk anak-anak kecil. Pohon-pohon
besar yang di tanam di ruang tengah ini, memberikan teduhan, secara tidak langsung
membentuk iklim mikro di dalam ruang lingkungan susunatur rumah. Susunatur rumah yang
tidak bersambung di kedua-dua belah membentuk ruang terbuka, dan memudahkan aliran
angin di sekeliling rumah. Aliran angin yang kerap, merendahkan lagi suhu di luar rumah,
secara tidak langsung merendahkan suhu di dalam rumah. Udara yang panas di luar sukar

15
Mazlin Ghazali, 2007, Honeycomb and Terrace Housing, www.tessellarhoneycomb.blogspot.com

11
untuk menyerap masuk ke dalam rumah akibat aliran angin yang kerap. Dengan cuaca panas
lembap di negara kita, susun atur seperti „honeycomb‟ merupakan salah satu penyelesaian
bagi menyediakan suhu optimum atau keselesaan terma di dalam rumah.

Ruang-ruang hijau atau kawasan lanskap lembut, dapat membantu mengurang pencemaran
terutama daripada asap kenderaan dan bau. Ruang-ruang ini dapat dijadikan sebagai ruang
sosial bagi komuniti dalam kawasan kediaman tersebut.

Gambar 7: Pembahagian sempadan secara berperingkat

(Mazlin Ghazali, 2007)16 menjelaskan bahawa, susunatur „honeycomb‟ dikategorikan kepada


persendirian(private) – rumah, separa persendirian(semi-private) – halaman, separa awam
(semipublic) – ruang tengah dan awam (public) – jaluran jalan dan sekitarnya. Ruang tengah
secara tidak langsung diperhatikan oleh penghuni sekeliling untuk mereka mengambil tahu
sekiranya terdapat org asing yang melalui kawasan berkenaan. Ia memberikan rasa selamat
bagi kanak-kanak terutamanya apabila mereka leka bermain. Pembahagian ruang seperti ini
membentuk satu ruang pertahanan dan sempadan visual secara berperingkat. Menurut
Mohamad Tajuddin Mohamad Rasdi, 2009, dalam istilah senibina, kita menyatakan bahawa
jalan raya, dan komuniti membentuk satu ruang pertahanan dan membentuk kawasan
sempadan masing-masing walaupun pada hakikatnya masing-masing tidak mengenali antara
satu dengan yang lain. Namun dari segi bentuk yang berlainan, bermula dari jalan utama,

16
Mazlin Ghazali, 2007, Lamanpuri, Kuantan, www.tessellarhoneycomb.blogspot.com

12
memasuki kawasan pusat komuniti dan seterusnya kawasan kediaman, setiap penghuni
dapat mengetahui perkara yang sedang berlaku. Setiap peringkat ini, membentuk suatu
sistem keselamatan yang teratur. Susunatur rumah yang mana ruang utama menghadap
antara satu sama lain, ruang bukaannya menghadap jalan, memberikan gambaran bahawa
setiap rumah masih dihuni oleh penduduk, walaupun penghuninya keluar bekerja.

Susunatur secara kluster, memendekkan lagi jarak perjalanan di dalam kawasan perumahan
17
ini, (Mazlin Ghazali,2007) . Kurang masa diambil dengan berjalan kaki, untuk tiba di
kawasan pusat komuniti atau kedai runcit dan sebagainya. Ruang pejalan kaki diteduhi
dengan pokok-pokok yang rendang di sepanjang jalan, penghuni kawasan kediaman ini boleh
berjalan dengan selesa. Suasana yang selesa dan semulajadi, menjadi pemangkin dalam
kehidupan yang sihat. Suasana lanskap menyerupai kawasan perkampungan, dapat
melahirkan kembali suasana muhibbah dan kejiranan yang kian hilang. Rasa untuk saling
mengenali, ambil berat dan tolong menolong dapat dipupuk kembali. Seterusnya satu
komuniti yang sihat dari segi mental dan fizikal dapat dibangunkan.

5.0 KESIMPULAN

Anjakan paradigma seharusnya dan perlu berlaku. Lebih-lebih lagi dalam kontek masyarakat
majmuk di Malaysia. Kita bukan lagi hidup seperti zaman datuk nenek moyang kita dahulu,
yang mana dimonopoli oleh satu bangsa sahaja. Banyak aspek yang perlu diambil perhatian.
Berlainan bangsa bererti berlainan budaya, cara hidup dan kepercayaan. Oleh itu,
perumahan yang ada di Malaysia perlu menitik beratkan pengisian sahsiah masyarakat
dalam mewujudkan persefahaman dan toleransi di antara satu sama lain. Melalui pengisian
ini, satu budaya baru dan nilai sosial dapat dibentuk sesuai dengan acuan budaya dan adat
masyarakat majmuk Malaysia. Satu Malaysia dapat dibentuk sekiranya setiap individu dalam
masyarakat terbabit sedar akan tanggungjawab yang harus dipikul dan dilaksanakan.

17
Ibid

13

Anda mungkin juga menyukai