Dalam kajian ini, saya menengahkan masalah yang dihadapi oleh beberapa orang murid dari
kelas Tahun 1. Masalah yang dihadapi oleh kelas tersebut ialah tulisan cakar ayam. Tulisan mereka
buruk, bengkang bengkok, tidak menulis mengikut garisan yang terdapat pada buku latihan dan saiz
antara perkataan tidak sama. Tulisan mereka juga sukar untuk dibaca. Antara kesilapan gaya penulisan
yang sering didapati dalam kalangan murid ini ialah cara memegang pensel yang tidak betul, kedudukan
tangan dan buku yang tidak betul, saiz antara perkataan yang tidak konsisten, ruang antara perkataan
yang tidak tepat dan tidak dapat menulis perkataan dengan betul.
Kajian tindakan yang telah dijalankan adalah bertujuan untuk membantu murid dalam kelas
Tahun 1, menulis dengan teratur dan kemas. Kaedah ansur maju merupakan kaedah murid mempelajari
kemahiran menulis secara beransur-ansur yang bermula dengan langkah paling asas dan kemudian
beralih kepada langkah yang lebih sukar sehingga mereka menguasai kemahiran menulis. Beberapa
instrumen seperti soalan temu bual, borang soal selidik, borang taburan keputusan murid dan borang
pemerhatian telah digunakan untuk mengumpul data kajian. Data kemudian dianalisis menggunakan
peratus dan bilangan. Secara keseluruhannya, kajian mencadangkan kaedah ansur maju mempunyai
kesan dalam membaiki tulisan murid. Kebanyakan murid berpandangan kaedah ansur maju yang dipilih
sesuai dalam membaiki tulisan tulisan mereka agar menjadi kemas dan teratur.
Tinjauan awal saya mendapati cara Tumresh memegang pensel adalah salah. Menurut Levin
(1987), cara memegang alat tulis akan mempengaruhi bentuk tulisan yang dihasilkan oleh murid.
Kelemahan dalam motor halus menyebabkan kanak-kanak menghadapi kesukaran memegang pensel,
memasang butang baju dan memasang manik. Kanak-kanak yang menghadapi dyspraxia motor halus
menunjukkan kelemahan dalam koordinasi motor. Masalah dyspraxia motor halus menyebabkan
ketidaktentuan cengkaman pada alat tulis (Levine, 1987). Kanak-kanak ini tidak berupaya mengawal
saraf ketika memegang dan menggerakkan pensel secara stabil. Kanakkanak yang tidak menggunakan
motor halus ketika menulis menyebabkan
cengkaman pensel yang tidak kuat. Mereka sebenarnya menggunakan lengan dan pergelangan tangan,
dan bukan jari untuk menulis. Cengkaman yang terlalu kuat pada alat tulis dan jari yang terlalu dekat
dengan mata pensel menimbulkan kesakitan kepada kanak-kanak. Mengikut Levine (1987), semua ini
adalah faktor yang menyumbang kepada pembentukan huruf yang kurang cantik.
Pemerhatian saya mendapati Tumresh sering menggenggam keseluruhan penselnya. Teknik
memegang pensel secara menggenggam ini menyebabkan Nur merasa sakit pada jarinya. Selain itu,
Tumresh juga mengalami kesukaran untuk mengerakkan jarinya untuk membentuk huruf yang dia
kehendaki. Levine (1987) menegaskan cara kanak-kanak memegang pensel dengan cengkaman yang
kurang kemas menyebabkan pergerakan pensel menjadi tidak licin. Kanak-kanak yang mempunyai
masalah kinestetik biasanya mencengkam pensel secara kuat dengan meletakkan ibu jari di atas jari
telunjuk dan jari hantu ketika memegang alat tulis. Kanak-kanak begini tidak gemar menulis kerana
aktiviti ini menjadi pengalaman yang menyakitkan bagi mereka.
Di samping itu, saya mendapati Tumresh suka menggunakan pensel yang amat pendek
menyebabkan dia selalu tunduk ketika menulis. Menurut Norhadi Sarponen (2009), penggunaan pensel
yang kurang sesuai juga merupakan salah satu punca murid melakukan banyak kesilapan semasa
menulis. Postur badan begini menyebabkan dia merasa tidak selesa semasa menulis.
Sassoon (1993) pula mendapati guru kurang memberi penekanan kepada pengajaran menulis di
kelas khususnya cara memegang alat tulis dengan betul, menulis huruf mengikut pergerakan yang betul,
menentukan saiz huruf dan menentukan ruang antara huruf dan perkataan. Kanak-kanak sepatutnya
didedahkan kepada kaedah menulis yang betul pada peringkat awal lagi supaya kanak-kanak minat
untuk melahirkan idea melalui tulisan yang cantik dan penuh dengan kesenian. Tulisan yang cantik dan
mudah dibaca adalah aset yang sangat berharga dalam kehidupan seseorang. Murid-murid sekolah
didapati boleh menulis tetapi tidak menulis dengan cara yang betul. Dalam mengejar celik huruf, guruguru kadang-kadang kurang memberi perhatian kepada pengajaran membentuk huruf mengikut
pergerakan yang betul.
5.0 Objektif Kajian
Kajian ini dilakukan untuk memastikan Tumresh memegang pensel dengan betul semasa menulis; dan
memperbaiki tulisan Tumresh agar menjadi lebih kemas dan boleh dibaca melalui latihan menulis yang
kerap.
6.0 Persoalan kajian
saya hanya perlu menerangkan cara-cara memegang pensel ini sekali sahaja dan dia dapat
melakukannya dengan baik. Beberapa langkah-langkah yang telah dijalnkan:
8.0 LANGKAH YANG DIJALANKAN
Tindakan dijalankan berdasarkan analisis yang dibuat. Oleh itu, langkah pertama yang dijalankan
ialah memberi motivasi kepada murid terbabit bahawa mereka juga boleh berjaya sekiranya ada
kesungguhan. Murid lemah selalunya tidak pernah mendapat pujian. Maka adalah penting untuk guru
memuji murid berkenaan walaupun hanya betul penulisan bentuk huruf pada permulaan ayat sahaja.
AJK Kajian Tindakan merancangkan beberapa aktiviti untuk mengatasi masalah ini seperti:
i.
ii.
iii.
iv.
v.
vi.
vii.
viii.
ix.
x.
xi.
Langkah 2:
Semasa langkah ini, saya melatih murid menulis dengan kedudukan tangan dan buku latihan yang sesuai
dan selesa. Saya menunjukkan kedudukan tangan dan buku latihan semasa menulis. Kemudian, saya
meminta murid mencontohi tindakan yang telah ditunjukkan. Mereka dikehendaki mempraktik sehingga
menguasai kemahiran tersebut.
Langkah 4
Latihan melukis dan mewarna. Fotostatkan gambar-gambar yang menarik. Murid digalakkan
melukis mengikut bentuk gambar tersebut. Bandingkan gambar-gambar tersebut dari segi warna dan
coraknya. Cara ini menambahkan imaginasi murid dan memberikan banyak latihan pada saraf tangan.
Langkah 5
Cara duduk. Cara duduk adalah sangat penting semasa aktiviti penulisan. Guru harus
menitiberatkan kedudukan badan semasa mereka menulis. Jangan sandar tepi, tunduk dan meniarap
atas meja. Tambahan pula, pastikan cara pegangan pensil ltu betul. Perkara-perkara diatas adalah
sangat kecil tetapi lama-kelamaan ia boleh menimbulkan masalah kepada murid semasa aktiviti
pembelajaran. Kalau tidak dibetulkan pada permulaan, ia akan dibawa selama-lamanya.
Langkah 6
Menghasilkan bentuk tulisan dengan menggunakan batu, biji dan kayu. Pastikan bentuk
tulisan hendak dihasilkan gunakan batu kecil, biji-biji manik dan lidi supaya menghasilkan bentuk yang
betul.
Langkah 7
Menulis di atas permukaan pasir. Ini adalah satu aktiviti tradisional amat berkesan.
Murid menggunakan jari telunjuk semasa menulis bentuk. Jari ditekan dengan kuat semasa menulis
supaya murid-murid dapat mendalami bentuknya.
Langkah 8
Memberikan latihan kordinasi tangan, jari dan mata. Ini menambahkan tumpuan murid.
Langkah 9
Menconteng secara bebas. Memberikan kebenaran untuk menconteng papan hitam mengikut
citarasa murid. Cara ini memberikan kebebasan untuk minda murid murid menghasilkan banyak bentuk.
Guru menerangkan dengan sedikit pengubahsuaian bentuk tersebut boleh dijadikan huruf.
Langkah 10
Membentuk corak / Menconteng bentuk. Melukis bentuk bulatan, garisan lurus, garisan melintang.
Guru mencantumkan bentuk tersebut supaya menjadi bentuk huruf yang betul.
Langkah 11
Sistem tiga garisan. Guru menerangkan fungsi sistem tiga garisan. Menerangkan cara penulisan di atas
garisan itu. Latih tubi dijalankan.
Langkah 12
Menulis perkataan dari bawah ke atas. Cara ini menambahkan tumpuan murid pada hasil kerja
mereka. Aktiviti ini juga memperlahankan pergerakan tangan dan menambahkan pemerhatian.
10.0 Metodologi
10.1 Teknik Mengumpul Data
Terdapat beberapa teknik pengumpulan data yang digunakan untuk menghasilkan data deskriptif agar
gambaran yang lebih menyeluruh tentang proses yang berlaku dalam kajian ini diperoleh. Untuk tujuan
tersebut, tiga teknik utama yang biasa digunakan dalam penyelidikan tindakan saya gunakan iaitu:
10.1.1 Pemerhatian
Untuk mengkaji dan memahami proses yang berlaku dalam bilik darjah, pemerhatian merupakan teknik
berkesan dalam pengumpulan data. Lazimnya, dalam pemerhatian, saya melihat-lihat, mendengar,
memerhati dan bertanya untuk mendapatkan maklumat serta untuk memahami apa yang berlaku dalam
bilik darjah. Melalui pemerhatian, saya dapat merapatkan diri dengan murid di samping memerhati cara
Nur menulis.
10.1.2 Temu Bual
Saya juga menggunakan teknik temu bual dalam bilik darjah. Temu bual melibatkan perbualan antara
saya dengan guru pemulihan serta Tumresh untuk mendapatkan maklumat yang relevan dengan kajian.
Dalam kajian ini, saya adalah guru (guru pelatih) dan juga penyelidik. Saya menemu bual Tumresh
tentang pendapat atau pemahamannya tentang pengajaran penulisan yang dilaluinya.
10. 1.3 Bukti Dokumen
Di samping teknik pemerhatian dan temu bual, saya juga memperolehi data daripada dokumen.
Pengutipan maklumat daripada dokumen ini membolehkan saya menambah, membandingkan dan
memperkukuh lagi data-data yang diperoleh daripada teknik pemerhatian dan teknik temu bual. Dokumen
ini kemudiannya saya analisis untuk melihat bentuk, pola dan trend yang berlaku selain menyediakan
bukti kukuh untuk menguatkan kredibiliti teknik temu bual dan pemerhatian. Untuk kajian ini, dokumen
yang saya kutip adalah hasil kerja murid iaitu tulisan.
11.0 Teknik Menganalisis Data
Data yang saya perolehi terutamanya data dokumen iaitu hasil kerja murid dalam bentuk tulisan, saya
analisis berdasarkan carta yang dinamakan The Pressey Chart for Diagnosis of Illegibilities in
Handwritng. Carta ini boleh disediakan berdasarkan penyelidikan tulisan murid yang menunjukkan
berbagai-bagai jenis tulisan dan bentuk tulisan yang tidak dapat dibaca.
Antara bentuk-bentuk yang tidak dapat dibaca berdasarkan carta tersebut adalah seperti yang
ditunjukkan pada Jadual 1.
Daripada penyelidikan Pressey (1926), saya telah menyediakan carta untuk menganalisis tulisan
Tumresh . Beberapa huruf didapati sering menimbulkan kerumitan, sebagai contohnya, huruf kecil r, n,
e, a, o, s dan t menyebabkan kesilapan menulis lebih daripada 50 peratus (%). Huruf yang paling
menimbulkan kerumitan ialah r, diikuti dengan huruf n. Kesilapan yang sering berlaku ialah menulis r
seperti I; n seperti u; menutup e; membuat d seperti cl; o seperti a; dan a seperti u. Huruf besar
biasanya mudah dibaca, kecuali huruf L. Oleh kerana tujuh huruf kecil dan satu huruf besar ini
menyebabkan tulisan yang susah dibaca, adalah munasabah jika pengajaran pemulihan dalam penulisan
diarahkan kepada menulis bentuk-bentuk huruf ini dengan betul. Teknik seperti ini telah
menyebabkanTumresh menghasilkan tulisan yang memuaskan.
12.0 DAPATAN KAJIAN
Setelah semua aktiviti mengikut langkah yang ditetapkan telah dijalankan. Pencapaian dapat
dilihat. Murid memahami konsep sebenar kepentingan bentuk sesuatu huruf. Guru dinasihatkan supaya
sebelum memberikan sesuatu aktiviti penulisan, harus memberikan peringatan tentang kepentingan
huruf. Disamping itu, AJK telah menjalankan satu aktiviti tulisan untuk mengesan keberkesanan aktiviti
yang dijalankan.
KEPUTUSAN:
PERINGKAT
JUMLAH
Baik
20%
Memuaskan
60%
Kurang memuaskan
20%
Ada murid yang masih tidak mencapai objektif yang ditetapkan. Murid lain pun dapat menguasai
kemahiran penulisan huruf dengan baik.
13.0 RUMUSAN PEMERHATIAN
Selepas menjalani kajian tindakan ini, saya telah dapat membaiki mutu pengajaran dan
pembelajaran saya. Saya berjaya membimbing pelajar saya menguasai kemahiran menulis dengan betul,
teratur, dan kemas. Dari segi pelajar-pelajar itu pula, mereka berasa gembira. Semasa saya berbual-bual
dengan mereka, mereka melahirkan perasaan cukup gembira kerana mereka tidak lagi dimarahi oleh
guru-guru lain kerana tulisan mereka cakar ayam. Malah, ada yang dipuji kerana berjaya menulis dengan
baik.
Dari segi minat terhadap pengajaran dan pembelajaran , mereka lebih berminat untuk belajar
berbanding dengan dahulu. Namun, pencapaian akademik mereka masih belum ada
menunjukkan kemajuan yang ketara. Ini kerana mereka agak lemah dalam akademik sejak sekolah
rendah. Saya sarankan kajian tindakan ini perlu lagi didedahkan kepada mereka untuk membantu
mereka menguasai kemahiran membaca, mengira, dan sebagainya.
Dari segi pelajar pula, mereka melahirkan perasaan cukup gembira kerana berjaya menulis dengan
kemas, teratur dan mudah dibaca berbanding dengan tulisan mereka dahulu. Dari segi, minat terhadap
pengajaran dan pembelajaran, mereka lebih berminat untuk menulis berbanding dengan sikap mereka
dahulu.
BIbliografi
Levine, M. D. (1987). Developmental variation and learning disorders.
Cambridge, Massachusetts: Educators Publishing Service, Inc.
Mohd Nor Izwan Bin Sulaiman. (2009). Aktiviti pemulihan penulisan. Dimuat
turun daripada http://mohdnorizwansulaiman.blogspot.com/2009/05/50pemulihan-tulisan.html pada 19 Oktober 2009.