Anda di halaman 1dari 12

4.

3 LAPORAN INTERAKSI PROFESIONAL DENGAN GURU CEMERLANG


Guru Cemerlang
Guru Cemerlang ialah guru yang mempunyai pengetahuan, kemahiran, dan
kepakaran yang tinggi dalam mata pelajaran khususnya dalam bidang pengajaran
dan pembelajaran. Guru Cemerlang juga sentiasa berdedikasi dan bermotivasi dalam
melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang cemerlang secara berterusan.
Buku Terma Rujukan konsep Guru Cemerlang
Ciri-ciri seorang guru yang cemerlang
Menurut kajian Office for Standard in Education (OFSTED), badan penaziran
sekolah di United Kongdom, yang sama peranannya seperti Jemaah Nazir Sekolah
di negara kita, terdapat tujuh elemen yang perlu ada bagi seseorang guru cemerlang
iaitu;

Mengetahui dan menguasai mata pelajaran yang diajar secara mendalam


Mempunyai harapan yang tinggi terhadap kemampuan dan kebolehan

pelajarnya
Merancang pengajaran secara sistematik dan memenuhi keperluan pelajar
Mengurus pelajar dan mengawal bilik darjah dengan baik
Menggunakan masa dan sumber secara berkesan
Melaksanakan penilaian berterusan terhadap tugasan dan latihan pelajar
Memberikan kerja rumah sebagai pengukuhan kepada perkara yang dipelajari
pelajar di sekolah

Guru Berkesan
Bagaimana dan apakah ciri-ciri yang dimaksudkan dengan seorang guru yang
berkesan itu? Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Abdul Shukor Abdullah
menyenaraikan ciri-ciri guru berkesan sebagaimana berikut:

Bersikap profesional.
Mempamerkan ciri-ciri kekuatan teori.
Kaya ilmu.

Bertindak di atas landasan etika dan tatasusila kerja.


Bermoral teguh.
Sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran.
Prihatin dengan kehendak murid dan ibu bapa.
Berkebolehan menilai kekuatan dan kelemahan murid-murid.
Melengkapkan diri dengan kemahiran yang sejajar dengan tuntutan semasa.
Menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai

pendidik unggul pada setiap masa.


Mempastikan situasi 'Guru mengajar murid belajar' wujud di dalam kelas.
Berupaya melahirkan 'persekolahan berwatak' supaya pelajar mempunyai

kekuatan ilmu, berpersonaliti sihat dan serba boleh.


Berupaya membina minda pelajar yang cemerlamg akademik.
Berupaya membentuk perwatakan murid dengan pelbagai keteguhan nilai diri
(bermoral, berakhlak mulia, berketrampilanm, pandai menyesuaikan diri

dengan situasi tertentu).


Taat dan setia terhadap perkhidmatannya, mempertahankan martabat
profesionnya.
Menunjukkan kesetiaan kepada kerajaan, bebas pendirian, tidak berbelah

bahagi.
Profesional dan menumpukan perhatian kepada P&P di sekolah.

Ciri-Ciri Profesionalisme Dan Komitmen Guru Cemerlang


Profesion perguruan bukanlah satu profesion yang statik dan tidak
menjanjikan peluang kenaikan pangkat yang menarik. Kementerian Pelajaran
Malaysia

mengadakan

pelbagai

insentif

untuk

membantu

meningkatkan

profesionalisme perguruan melalui pelaksanaan Guru Cemerlang contohnya.


Sebagai seorang guru, kita seharusnya mempunyai kualiti yang khusus dan
konsisten supaya dipandang mulia oleh masyarakat. Profil guru cemerlang atau ciriciri guru yang cemerlang dibahagikan kepada dua aspek utama iaitu:
1. Ciri-ciri personaliti seperti: menepati masa, berupaya mewujudkan suasana kecindan
atau humorous (jenaka) dan tegas.
2. Aspek kemahiran pedagogi seperti: komunikasi berkesan (bahasa yang mudah dan
lancar, pergerakan badan dan mimic muka yang sesuai, intonasi yang menarik dan
lantang); kreativiti dan keupayaan menyelesaikan masalah secara spontan.

Terdapat lima aspek kecemerlangan yang dikehendaki oleh Kementerian


Pelajaran Malaysia (KPM) menurut seorang penyelidik iaitu Md. Nasir Masran (2000)
dalam kertas prosiding bertajuk Guru Cemerlang: Personaliti dan Kemahiran
(Prosiding seminar kebangsaan penyelidikan dan pembangunan dalam pendidikan
2000. 3 4 Oktober 2000, Bahagian Pendidikan Guru, KPM, ms. 173 178) :
1. Kecemerlangan Peribadi
Kecemerlangan peribadi yang dimaksudkan ialah meliputi perkara berikut:

Nilai kendiri yang positif

Berakhlak mulia

Adil

Bertimbang rasa

Amanah

Bertanggungjawab

Kreatif

Inovatif

Kemas

Sikap sedia berkongsi

Bersikap terbuka

Berfikiran positif

2. Kecemerlangan Pengetahuan dan Kemahiran


Berikut adalah perkara yang berkaitan dengan kecemerlangan pengetahuan dan
kemahiran:

Mengamalkan budaya ilmu

Berkebolehan menyelesaikan masalah

Membuat keputusan yang rasional serta objektif

Sebagai pakar rujuk bidang masing-masing

3. Kecemerlangan Komunikasi

Komunikasi adalah suatu bidang yang amat perlu dikuasai oleh warga guru
sebagai suatu senjata utama dalam melaksanakan tugas menyebarkan ilmu dan
kemahiran kepada murid-murid. Berikut adalah perkara yang perlu dikuasai oleh
seseorang guru cemerlang berkaitan dengan komunikasi:

Kecekapan berinteraksi dan menyampaikan idea dan mesej secara berkesan.

Memula dan merintis sesuatu usaha sehingga berjaya.

Berkeupayaan memelihara hubungan mesra.

Menghormati semua ahli masyarakat sekolah atau institusi pendidikan.

4. Kecemerlangan Potensi

Keberkesanan

sumbangan

terhadap

kejayaan

sekolah

atau

institusi

pendidikan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum.

Penglibatan yang bermakna dalam aktiviti-aktiviti ilmu seperti kursus-kursus


profesional, seminar, bengkel.

Sentiasa berusaha meningkatkan ilmu dan kemahiran melalui akademik dan


penyelidikan.

5. Personaliti Unggul
Personaliti ialah perwatakan dan tingkah laku. Personaliti ialah satu daripada
pembolehubah yang boleh memudahkan atau menyulitkan sesuatu proses
pengajaran dan pembelajaran. Guru cemerlang perlu mempunyai ciri-ciri personaliti
unggul seperti berikut:

Adil

Sabar

Tegas

Konsep kendiri positif

Kesungguhan

Mesra

Prihatin

Kerjasama

Menepatimasa

Bertanggungjawab

Berakhlak mulia

Kecindan (unsur jenaka)


Menurut penyelidik ini (Md. Nasir Masran, 2000), tegas, menepati masa dan
kecindan dimiliki oleh semua guru cemerlang yang ada di Negara kita masa kini.

D e fi n i s i

M
m
n
e
ig
lja
o
b
d
y
r
k
h
t
p
G
u
c
C
f
s
.
(
&
P
)
w
,
U
K

TUGAS GURU CEMERLANG

CIRI-CIRI GURU
CEMERLANG

KUALITI PERIBADI
GURU CEMERLANG

Refleksi Individu
Puan Lim Bee Chin merupakan guru temuramah saya.Beliau ialah seorang
guru cemerlang di SJK(C) Sin Kwang, Bakar Arang yang berumur 51 tahun.Beliau
merupakan guru yang pakar dalam mengajar subjek Bahasa Inggeris. Beliau
merupakan seorang guru yang ramah dan amat penyayang dan disenangi oleh
murid-murid dan juga para guru disekolah berkenaan.
Sebagai seorang guru cemerlang,beliau lebih berpusatkan kepada murid.
Beliau sangat mementingkan pemahaman murid-murid terutamanya murid-murid
pada tahap 1. Beliau berpendapat bahawa pendidikan bahasa inggeris perlu dikuasai
oleh murid-murid yang berada di tahap 1 lagi kerana ia amat penting bagi menguasai
bahasa ini pada masa depan.
Di samping itu beliau selalu menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar
yang sangat menarik dalam PnP. Kata beliau ,ABM yang pelbagai dapat menarik
minat murid untuk fokus kepada pelajaran. Walaubagaimanapun beliau merupakan
seorang guru yang berjimat cermat kerana beliau tidak menggunakan kos yang tinggi
untuk menyediakan ABM sebaliknya beliau mementingkan kesesuaian kegunaan
bahan bantu mengajar itu untuk membantu murid agar lebih memahami tentang isi
pengajaran guru.Beliau juga menggalakkan para guru supaya menggunakan bahan
yang boleh kitar semula untuk membuat ABM.
Selain itu, beliau turut menerapkan penggunaan ICT di dalam pengajaran
kelasnya. Beliau sering mencari makluman untuk membuat latihan dan bahan
bacaan

dalam

bahasa

inggeris.Beliau

juga

selalu

menggalakkan

murid

menggunakan kemudahan internet untuk mendapat informasi tentang pembelajaran


baru.Sebagai contoh, beliau akan menyuruh murid-murid mencari artikel yang
berkaitan dengan pembelajarannya dan menjawab pelbagai soalan secara online.
Beliau berpendapat bahawa murid-murid akan lebih cepat faham sekiranya muridmurid melalui sendiri apa yang mereka pelajari. Keputusan peperiksaan di sekolah ini
amat memberangsangkan dan menunjukkan peningkatan dari tahun ke tahun.
Beliau juga merupakan seorang guru penyayang yang melayan murid seperti
anak sendiri. Walaubagaimanapun, beliau juga berpendapat bahawa guru perlu
bersikap tegas supaya murid akan sentiasa menghormati dan menyanjungi guru

tersebut. Apabila murid berasa hormat dengan guru, maka ilmu yang disampaikan
oleh guru juga akan dapat disampaikan dengan baik.
Puan Lim Bee Chin juga menyatakan bahawa perancangan merupakan satu
perkara yang amat penting bagi memulakan pengajaran dalam sesebuah kelas.
Menurut beliau, setiap kelas atau setiap murid mempunyai kecerdasan yang
berbeza, sebelum memulakan pengajaran, guru perlu memahami tingkah laku dan
tahap murid di dalam kelas tersebut. Apabila seseorang guru tersebut mengetahui
dan memahami perihal murid di dalam sesebuah kelas itu, maka ia akan menjadikan
pertimbangan guru tersebut dalam perancangan PnP.
Pada pendapat beliau, ada di antara guru yang tidak mahu mengajar murid
yang lemah.Beliau berkata ini merupakan satu atitud yang tidak seharusnya ada
dalam setiap diri para pendidik. Beliau berkata, walaupun seseorang murid itu lemah
tetapi dia mungkin berpotensi untuk berjaya, akan tetapi cara pengajaran sepatutnya
berbeza dengan kelas cemerlang kerana mereka memerlukan bimbingan yang lebih
Oleh yang demikian, guru memainkan peranan penting dalam pembangunan IQ
murid-murid.
Saya juga turut bertanyakan kepada guru-guru lain mengenai Puan Lim Bee
Chin. Boleh dikatakan semua guru di sini memuji perihal beliau Menurut beberapa
orang guru di sini, beliau merupakan seorang guru yang bersopan santun dan selalu
mengambil berat terhadap rakan sekerjanya.. Beliau juga merupakan seorang guru
contoh di sekolah dan seringkali menjadi tempat rujukan kepada guru-guru lain
terutama guru-guru Bahasa inggeris.
Pusn Lim juga sellau member tunjuk ajar kepada guru-guru yang lebih muda
daripada beliau. Beliau tidak pernah menunjukkan sikap pentingkan diri malah selalu
berkongsi ilmu dengan orang lain Beliau memmang merupakan seorang guru yang
sangat berdedikasi dan harus dijadikan contoh oleh para guru-guru baru.
Sehubungan dengan itu, Puan Lim Bee Chin juga berkongsi pengalamannya
untuk menjadi seorang Guru Cemerlang (GC). Beliau menyatakan bahawa
seseorang guru yang mempunyai potensi ataupun kemahiran yang tertentu haruslah
menunjukkan kelebihan tersebut dalm kerjatanya.Lama-kelamaan,pihak pentadbir
sekolah akan dapat mengenalpasti kelebihan ataupun kepakaran seseorang guru
tersebut. Hal ini adalah untuk memberikan kesedaran kepada pihak pentadbir

sekolah mengenai kewujudan guru-guru yang berkebolehan dan dapat mengusul


ataupun mencalonkan nama guru tersebut kepada pihak atasan bagi mendapatkan
gelaran Guru Cemerlang (GC).
Untuk

mendapat

gelaran

guru

cemerlang,seseorang

guru

itu

harus

mempunyai pengalaman mengajar selama 5 tahun dalam kerjayanya.Selain itu,


seseorang guru haruslah membiasakan diri dengan menjadi penceramah dan
mengendalikan beberapa sesi ceramah. Beliau telah melalui proses tersebut
sepanjang proses bagi mendapatkan gelaran sebagai seorang Guru Cemerlang.
Di samping itu, beliau mengatakan bahawa seseorang guru yang mendapat
gelaran sebagai Guru Cemerlang harus mempertahankan gelaran tersebut dengan
cara bekerja yang konsisten sepanjang berada di sekolah tersebut. Beliau juga
mempericikan bahawa seseorang guru yang mendapat gelaran guru cemerlang tidak
seharusnya menyekat ataupun menghentikan usahanya kerana tugas bagi seorang
guru yang bergelaran Guru Cemerlang amat berat berbanding dengan guru biasa.
Hal ini disebabkan, Guru Cemerlang sering dijadikan sebagai pakar rujuk yang
selalunya sedia memberi tunjuk ajar kepada guru-guru lain.
Selain itu, tugasan ini juga memberikan peluang kepada saya untuk bertanya
pelbagai soalan-soalan yang berkaitan dengan dunia pendidikan dan juga berkaitan
dengan kerjaya guru. Ini menjadi panduan kepada saya untuk meningkatkan
kemahiran saya dalm keryaja saya. Saya juga menjadikan Puan Lim Bee Chin
sebagai role model kerana beliau talah berkongsi pelbagai kemahiran dan juga
pengetahuan yang utuh dalam bidangnya yang dapat membimbing dan memimpin
saya untuk menjadi seorang guru yang berwibawa.
Jesteru,

saya

berasa

amat

gembira

kerana

dapat

peluang

untuk

melaksanakan tugasan ini kerana memberi pelbagai pendedahan dan manfaat


kepada saya. Di samping itu, ia juga meningkatkan semangat saya untuk menjadi
seorang guru yang cemerlang. Tugasan ini mewujudkan satu inspirasi kepada saya
untuk menjadi sebagai guru cemerlang seperti mana yang Puan Lim Bee Chin
lakukan.
Kesimpulannya, tugasan ini memberikan banyak manfaat kepada guru PPG
dan dapat meningkatkan kesedaran diri mengenai kewajipannya sebagai seorang
guru yang berintegriti dalam melaksanakan tugasnya dalam mendidik anak bangsa.