Anda di halaman 1dari 4

Selamat pagi dan salam sejahtera.

Air mu mengalir, dari gunung jauh disana,


Jernih dan sejuknya, sungguh indah dipandang mata.

Lagu

Dari Kampung Jepak, hamba datang membawa cerita,


Kisah yang bermakna untuk kita hayati bersama.

Hai, apa khabar kawan-kawan? Nak dengar cerita tak? Pada hari ini, saya akan
menyampaikan sebuah cerita yang bertajuk Kerana Sepasang Kasut. Dengar dan
hayati cerita ini.
Kringggg!!! Loceng Sekolah Menengah Kebangsaan Kemena telah pun
berbunyi menandakan sesi persekolahan sesi petang baru sahaja bermula. Kelihatan
seorang budak lelaki berpakaian lusuh memikul sebuah beg berlari dengan pantas
menuju ke pintu pagar sekolah. Budak lelaki itu telah ditahan oleh guru disiplin. Guru
disiplin yang berbadan tegap dan bersuara kuat itu bernama Cikgu Ramli. Setiap murid
di sekolah itu berasa gerun apabila berhadapan dengan Cikgu Ramli.
Kenapa kamu datang lambat lagi hari ini Sahri?! tanya Cikgu Shamsul.
Mmmaaaaffkan saya cikgu. Belum sempat Sahri memberikan alasan, zzzaap satu
libasan rotan hinggap di kakinya. Aduh! Sahri mengerang kesakitan.
Termasuk hari ini, dah lebih sepuluh hari kamu datang lewat ke sekolah Sahri! Cikgu
tidak mahu mendengar alasan kamu lagi. Pastikan esok kamu datang lebih awal.
bentak Cikgu Shamsul dengan suara yang bagaikan halilintar itu.
Kasihan Si Sahri orangnya malang,
Dibenci guru bukan kepalang,
Tiada tempat ingin berkawan,
Lagu

Hidup sendiri dalam kesusahan.


Selalu lewat datang ke sekolah,
Lari laju sehingga lelah,
Tiada siapa ingin membantu,
Seorang diri menanggung malu

Sahri merupakan seorang murid yang datang dari sebuah keluarga miskin yang
tinggal di ceruk kampung. Dia mempunyai seorang adik perempuan bernama Farhana.
Ibunya bekerja sendiri seperti menjual sayur-sayuran yang ditanam untuk menyara
hidup mereka. Ayahnya pula sudah lama meninggal dunia. Kehidupan mereka
sekeluarga ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Wang yang
diperoleh hasil berjual cukup-cukup untuk makan dan menghantar Sahri dan Farhana
ke skolah.
Pada suatu hari kasut yang dipakai oleh Farhana koyak teruk dan tidak boleh
dipakai lagi. Sahri berasa kasihan kepada adiknya. Tetapi dia tidak mampu melakukan
apa-apa. Sahri mendapat idea. Dia memberi cadangan kepada adiknya.
Adik, adik gunalah kasut abang dulu. Biarlah abang tak pergi ke sekolah. Yang penting
kamu ke skolah, kata Sahri kepada Farhana.
Tidak mengapalah bang. Abang pergilah ke skolah, biar adik duduk di rumah, kata
Farhana pula kepada Sahri.
Baiklah, kalau begitu, kita bergilir-gilir pakai kasut ke skolah. Mula-mula, adik pakai
dulu. Lepas tu bila adik balik, abang pula yang pakai, cadang Sahri kepada adiknya
dan adiknya pun bersetuju.
Sejak dari itu, setelah Farhana pulang dari sekolah, Sahri akan terus
menyarungkan kasutnya dan berlari sekuat hati untuk pergi ke sekolah. Oleh sebab
itulah dia selalu lambat ke sekolah dan selalu dimarahi oleh gurunya.
Pada suatu hari, Sekolah Menengah Kebangsaan Kemena hendak mengadakan
pertandingan Marathon. Hadiah pertama pertandingan itu adalah basikal. Namun Sahri
tidak teruja dengan hadiah pertama. Dia teruja dengan hadiah tempat ketiga iaitu
sepasang kasut sekolah. Oleh sebab itu, Sahri mengambil keputusan untuk menyertai
acara tersebut dan dia merancang untuk mendapat tempat ketiga supaya dia menerima
sepasang kasut untuk dihadiahkan kepada adiknya Farhana.
Kawan-kawan,
Sungguh mulia hati Sahri,
Pantun

Ingin membantu adik sendiri,


Sahri masuk pertandingan berlari,

Tempat ketiga ingin dimenangi.


Hari pertandingan telah tiba,
Sahri berlari sekuat hatinya,
Semua peserta ditinggalkannya,
Sahri mendapat tempat pertama.
Sahri menangis teresak-esak kerana mendapat tempat pertama. Sahri menangis
bukan kerana gembira tetapi dia sedih kerana tidak dapat menunaikan hajatnya untuk
mendapatkan kasut untuk adiknya. Apa yang Sahri mahukan hanyalah sepasang kasut,
bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk adiknya. Mereka mahu bersekolah seperti biasa
namun apakan daya nasib tidak menyebelahi mereka.
Kisah Sahri ini sampai ke pengetahuan cikgu Ramli. Cikgu Ramli menitiskan
airmata. Dia menyesali perbuatannya yang terus menghukum tanpa mengetahui sebab
sebenar. Sejak dari itu, cikgu Ramli berusaha mengutip duit sumbangan untuk keluarga
Sahri. Duit sumbangan itu telah diberikan kepada keluarga Sahri untuk membeli
barang-barang dapur dan barang persekolahan. Sahri sangat berterima kasih kepada
cikgu Ramli dan pihak sekolah atas sumbangan yang diberikan. Dia sangat bersyukur
kerana dia dan adiknya kini memiliki sepasang kasut sekolah yang baru, cantik, putih
dan selesa dipakai. Kelihatan airmata berlinang membasahi pipi Sahri dan Farhana.
Kawan-kawan, begitulah kisah sepasang kasut itu tadi. Kerana sepasang kasut,
seorang abang sanggup berkorban demi adiknya. Kerana sepasang kasut, seorang
abang sanggup dimarahi dan dihukum oleh gurunya. Kerana sepasang kasut, seorang
abang sanggup menyertai pertandingan marathon untuk mendapat tempat ketiga, dan
kerana sepasang kasut juga, seorang guru telah sedar dari kesilapannya. Semoga
cerita ini akan menjadi teladan dan pengajaran kepada kita semua. Izinkan saya
tinggalkan hadirin dengan madah untuk dihayati bersama.
Hari ini, kita mendongak ke langit, kita mengharapkan matahari terus menyinari bumi.
Tetapi Tuhan turunkan hujan. Kita bersedih dan tertanya-tanya ke mana perginya
matahari? Rupa-rupanya Tuhan memberikan kita pelangi setelah hujan membasahi
bumi. Janganlah kita mudah putus asa. Kita usaha dan terus berusaha. Pasti kejayaan
menjadi milik kita. Di penghujung jalan pasti ada sinar harapan untuk kita.
Sekian, terima kasih.