Anda di halaman 1dari 2

PERLANJUTAN PERJANJIAN PENYEWAAN DAN PENGURUSAN

KANTIN SEKOLAH

PERJANJIAN ini dibuat pada ................................ (tarikh semasa) ………………..;.


Antara Kerajaan Malaysia, yang bagi maksud Perjanjian ini diwakili oleh
Sekolah .................................................................. (kemudian dari ini disebut
''Kerajaan"),bagi pihak yang pertama; dengan .................................................................(No.
Syarikat: ..................................) sebuah syarikat yang diperbadankan di bawah undang-
undang Malaysia dan mempunyai alamat
berdaftardi ..................................................................................(kemudian dari ini disebut
"Pengusaha Kantin") sebagat pihak yang satu lagi.

BAHAWASANYA-

A. Kerajaan dan Pengusaha Kantin telah menandatangani Perjanjian


bertarikh ...........(tarikh Perjanjian Ibu) .............. bagi Pengusaha Kantin
berniaga bahan-bahan makanan dan minuman di premis yang disediakan oleh
Sekolah ……………………………………………………………(kemudian
dari ini disebut "Perjanjian Ibu"); dan

B. Kerajaan dan Pengusaha Kantin bersetuju untuk melanjutkan tempoh


Perjanjian Ibu atas terma dan syarat Perjanjian ini.

ADALAH DENGAN INI kedua-dua pihak bersetuju seperti berikut :

1. Tempoh Perjanjian dilanjutkan selama dua belas (12) bulan bermula pada hari selepas
Tarikh Tamat Perjanjian yang diperuntukkan dalam Fasal 3.1 Perjanjian ibu iaitu
dari .............................. hingga ...................... (kemudian dari ini disebut "Tarikh Tamat
Tempoh Lanjutan").

2. Semua tema dan syarat Perjanjian Ibu adalah terpakai melainkan Fasal 3.2 Perjanjian Ibu,
iaitu peruntukan mengenai pelanjutan tempoh Perjanjian.

3. Perjanjian ini hendaklah dibaca bersama dengan, dan menjadi sebahagian daripada
Perjanjian Ibu.
4. Jika kesemua atau nama-nama bahagian daripada deposit sewa di Fasal 6.1 dan deposit
bayaran elektrik dan air di Fasal 8.2. Perjanjian Ibu telah digunakan dalam tempoh kuat
kuasa Perjanjian Ibu, maka Pengusaha Kantin hendaklah mengemukakan : bagi deposit
supaya amaun deposit adalah seperti yang ditetapkan di Fasal 6.1. dan Fasal 8.2.
Perjanjian Ibu dalam tempoh tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas tarikh Perjanjian ini
berkuat kuasa. Kegagalan berbuat demikian adalah dianggap sebagai suatu pecan kontrak
dan Kerajaan berhak menamatkan Perjanjian ini di bawah Fasal 19 Perjanjian Ibu.

5. Perjanjian ini hendaklah ditafsir menurut, dan dikawal oleh, undang-undang Malaysia
dan kedua-dua pihak bersetuju untuk tertakluk sepenuhnya kepada bidang kuasa
mahkamah Malaysia.

PADA menyaksikan persetujuan dan peruntukan tersebut di atas, kedua-dua pihak yang
diberi kuasa untuk tujuan ini menurunkan tandatangan masing-masing pada tarikh yang
mula-mula disebut di atas.

Ditandatangani oleh :I......................................................................................


Nama :I......................................................................................
Jawatan :I........................................................................................
bagi pihak Kerajaan Malaysia
di hadapan :I......................................................................................
Ditandatangani oleh :I......................................................................................
Nama :I......................................................................................
Jawatan :I......................................................................................
bagi pihak :I......................................................................................
(nama Syarikat)
di hadapan :I......................................................................................