Anda di halaman 1dari 14

1.

PENDAHULUAN
Penjajahan negeri-negeri di Tanah Melayu menjelang abad ke-19 oleh kuasa-kuasa

besar bukan sahaja meninggalkan impak yang maksimum kepada politik negara pada
zaman dahulu, malah ia juga turut melibatkan bidang lain, terutamanya bidang ekonomi.
Penjajahan ekonomi pada zaman itu telah meninggalkan beberapa kesan negatif
mahupun positif. British mula menjajah Tanah Melayu sejak kejatuhan Melaka lagi iaitu
pada tahun 1511.Pada awalnya Portugis menjajah Melaka kemudian diambil alih oleh
Belanda pada 1641 dan akhirnya Tanah Melayu dijajah oleh British. British mula-mula
datang ke Tanah Melayu dan telah mengambil Pulau Pinang daripada tangan Sultan
Kedah pada tahun 1786, menduduki Melaka untuk sementara waktu pada tahun 17951818. Melalui langkah-langkah ini British telah banyak perubahan berlaku terutama dari
segi pentadbiran, pendidikan dan cara hidup masyarakat Islam. Pada tahun 1946,
Inggeris bekuasa di Tanah Melayu setelah Jepun meyerah kalah dan mengundurkan
tenteranya pada 2 September 1945.
Pada mulanya, rakyat menolak penjajahan Inggeris kerana corak penjajahan Jepun
yang zalim dan kejam begitu menghantui rakyat di Tanah Melayu. Namun, pada tahun
1957, Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Oeh itu, masyarakat melayu mengalami
perubahan struktur dan organisasi setelah Tanah Melayu dijajah seluruhnya oleh Inggeris.
Penjajahan Inggeris bukan sahaja memeperkenalkan dasar- dasar baru dalam bidang
politik, pentadbiran, ekonomi, dan pendidikan malah nilai-nilai baru yang terselindung di
sebalik dasar-dasar tersebut. Dasar-dasar tersebut diterima secara paksaan atau terpaksa
oleh orang Melayu.Pertembungan elemen-elemen baru yang diperkenalkan oleh penjajah
dengan amalan- amalan tradisi orang melayu, banyak mewujudkan konflik sehingga
berlarutan ke hari ini.Hal ini kerana, pengaruh Barat dan nilai-nilai dari Barat terus
melanda, malah menjadi kian dominan. Dalam hal agama, perluasan pentadbiran British
telah memeisahkan agama daripada urusan sekular seperti politik, pentadbiran, undangundang, ekonomi dan pendidikan.

1.1

PENJAJAHAN DI TANAH MELAYU


Tanah Melayu telah

mendapat kemerdekaan

pada 31 Ogos 1957.

Sebelum Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, Tanah Melayu telah dijajah oleh
beberapa kuasa asing iaitu Portugis, Belanda, British dan Jepun. Penjajahan di
Tanah Melayu

telah memberi banyak impak positif dan negatif

terhadap

agama, politik, ekonomi dan sosial penduduk di Tanah Melayu. Penjajahan kuasa
asing

terhadap Tanah Melayu

terjadi disebabkan faktor-faktor seperti kuasa

pemerintahan yang lemah, sumber ekonomi yang banyak, kedudukan geograf


dan penyebaran agama kristian.
1.2

PENJAJAHAN PORTUGIS
Penjajahan di Tanah Melayu bermula dengan kedatangan dan serangan
oleh Portugis ke Melaka. Portugis telah datang ke Melaka pada 11 September
1509 dengan lima buah kapal yang diketuai oleh Diego Lopez De Sequeira
semasa pemerintahan Sultan Mahmud Shah. Kedatangan dan serangan Portugis
ke Melaka berpunca daripada sedikit perselisihan faham, Sultan telah menahan
beberapa pedagang Portugis yang datang berdagang ke Melaka. Alfonso De
Alburqaque datang

ke Melaka pada Julai 1511 dan menghantar utusan

meminta Sultan Melaka membebaskan orang Portugis dan membayar gantirugi.


Keengganan bagindasultan telah menyebabkan Melaka diserang dengan 800
orang Portugis dan 600 orang India. Tentera seramai 1400 orang ini telah
menambahkan lagi jumlah masyarakat berbilang kaum pada ketika itu. Pada 24
Ogos 1511, Portugis telah berjaya menawan Melaka.
1.3

PENJAJAHAN BELANDA

Tanah Melayu telah dijajah oleh Belanda dan berlaku rampasan tahkta
pada tahun 1597, Belanda menyerang Kota Portugis Melaka. Kemudian pada
tahun 1606, Johor berpakat dengan Belanda untuk menguasai Melaka.
Percubaan selama tiga bulan gagal apabila Portugis mendapat bantuan dari
Goa. Pada tahun 1636, kapal Belanda telah memusnahkan kapal Portugis dan
akhirnya Melaka jatuh ke tangan Belanda pada 14 Januari 1641. Gabenor
Portugis, Manuel de Souza Coutinho telah menyerahkan kuasa kepada Kapten
Minne Williemson Kaartokoe.

1.4

PENJAJAHAN BRITISH
Perubahan ketara berlaku semasa penjajahan British. Akibat pergolakan
politik dan perebutan takhta di Kedah dan Johor, British telah mengambil
kesempatan untuk menakluk Pulau Pinang dan Sigapura. Disinilah detik
permulaan Tanah Melayu dijajah oleh British. Manakala melalui perjanjian
Inggeris-Belanda pada tahun 1824, secara langsung Melaka telah diserahkan
oleh Belanda kepada pihak British. Ketiga-tiga wilayah ini telah disatukan di
bawah satu pentadbiran yang dikenali sebagai negeri-negeri Selat. Penjajahan
British di Tanah Melayu bertujuan untuk menakluk bahan mentah.

1.5

PENJAJAHAN JEPUN
Selepas itu, Tanah melayu telah dijajah pula oleh Jepun. Pendudukan
Jepun

di

Tanah

Melayu

turut

memberi

kesan

serba

sedikit

terhadap

pembentukan masyarakat Malaysia yang sedia wujud pada hari ini. Pentadbiran
Jepun Di Tanah Melayu dipanggil sebagai Malai Baru oleh Jepun dan ianya
diletakkan di bawah kuasa pentadbiran tentera Jepun yang berpusat di
Singapura. Sementara itu di Singapura yang dikenali sebagai Snoyan telah
diasingkan daripada pentadbiran di Tanah Melayu. Pada tahun 1945 Jepun telah
meletakkan senjata dan berundur dari Tanah Melayu.
3

Selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu pada tahun 1945, British
kembali memerintah. Kedatangan semula Inggeris membawa usaha-usaha
perpaduan melalui pembentukan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. Namun
begitu, sokongan rakyat terhadap mereka luput sama sekali kerana merasakan
mereka lemah dan tidak mampu menentang Jepun selama lima tahun
penaklukan Jepun di Tanah Melayu. Perkara ini membawa kepada tuntutan
kemerdekaan oleh penduduk Tanah Melayu berbilang kaum daripada pihak
British.
Kesan dari penjajahan kuasa kuasa luar telah memberikan pelbagai
impak kepada Tanah Melayu. Terutamanya ketika penjajahan British ke Tanah
Melayu telah memberi impak kepada pembangunan dan keamanan negara
yang dapat dinilai perkembangannya dari masa ke semasa hingga ke hari ini.

1.6

SEJARAH KEDATANGAN ISLAM KE TANAH MELAYU


Kedatangan Islam ke Tanah Melayu dipercayai bermula pada abad ke-7
masihi.Pandangan ini berdasarkan kemungkinan agama Islam disebarkan oleh
para pedagang dan pendakwah dari Asia Barat ke Negara China.Kemudian,
Islam terus berkembang pesat apabila munculnya beberapa buah kerajaan
Islam di Pasai dan Perlak di persekitaran Selat Melaka pada abad ke-15.Sebelum
kedatangan

Islam,

masyarakat

Tanah

Melayu

menganut

fahaman

animisme.Keadaan ini berubah selepas kedatangan Islam yang membawa


konsep tauhid dengan menafkan kewujudan Tuhan yang banyak.Bermula
dengan konsep keesaan Tuhan dan ibadat yang luas Islam telah berjaya
menarik minat masyarakat tempatan.
Pada tahun 1292, semasa Marco Polo dalam perjalanan pulang dari
China, beliau telah melawat Sumatera. Beliau menyatakan pada masa itu telah
4

wujud usaha-usaha untuk mengislamkan penduduk tempatan oleh para


pedagang arab di Nusantara. Ibn Battutah, pengembara Arab menyatakan
bahawa Raja Samudera ketika itu telah memeluk Islam dan mengamalkan
Mazhab Shafe. Sepanjang tempoh abad ke-13 dan ke-16 masihi, agama Islam
telah tersebar dengan meluas hamper ke seluruh Kepulauan Tanah Melayu dan
mengurankan pengaruh agama Hindu-Buddha yang bertapak berabad-abad
lamanya di Tanah Melayu. Sejak itu, Islam telah berkembang pesat sehingga
menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan
Tanah Melayu (Ruslan Zainuddin, 2004: 91).
Selepas kedatangan Islam dan pembetukan kerajaan Melaka yang
bercorak keislaman, proses Islamisasi di bidang undang-undang, sosio budaya
dan politik berterusan berlaku. Dalam bidang undang- undang dimulai dengan
undang-undang Kanun Melaka dan Kanun Laut Melaka, diikuti dengan Kanun
Pahang dan seterusnya Kanun Kota Setar dan lain-lain.Perubahan dalam bidang
sosio budaya juga berlaku di mana orang melayu telah menghayati nilai-nilai
akhlak Islam dalam kehidupan yang terangkum dalam adab-adab kehidupan
seperti adab berpakaian, berbahasa, ketika makan dan sebagainya.Manakala
dari aspek politik pula, pemerintah dianggap sebagai pemerintah di mana
kekuasaan politik itu merupakan satu amanah Allah dan para pemimpin diminta
bertindak mengikut lunas-lunas yang digariskan oleh Islam.

2.0

FAKTOR-FAKTOR PENJAJAHAN KUASA ASING DI TANAH MELAYU


Negara barat yang mula-mula sekali meluaskan kuasa mereka di Tanah Melayu
ialah Portugis yang memulakan proses penjajahan barat di Tanah Melayu pada tahun
1509 apabila mereka datang untuk berdagang. Ketamakan dan rasa iri hati yang
wujud secara berleluasa di kalangan orang-orang Melayu akhirnya mengakibatkan
penaklukan Empayar Melayu Melaka oleh kuasa Portugis pada tahun 1511.Sejarah
kemudiannya mencatatkan jatuhnya kuasa Portugis di Melaka ke tangan Belanda pada
5

tahun 1641.Penguasaan Belanda ini berterusan sebelum British mengambil alih


Melaka setelah perjanjian Straits Settlement ditandatangani pada tahun 1824.
Ini telah membuktikan bahawa Tanah Melayu sememangnya menarik perhatian
penjajah sama ada dari Timur atau Barat. Antara faktor-faktor yang menyebabkan
kuasa asing menjajah Tanah Melayu ialah:

2.1

Kedudukan Geografi Tanah Melayu


Kedudukan

Tanah

Melayu

sangat

strategik

sebagai

sebuah

pusat

perdagangan yang terletak di antara jalan perdagangan di antara benua


sebelah

timur

dan

benua

sebelah

barat.Kawasannya

meliputi

hampir

keseluruhan Selat Melaka dan dilindungi oleh Pulau Sumatera memberikan satu
ruang atau jalan laut yang selamat dan terlindung dari taufan, ribut dan gelora
lautan. Keadaan ini memudahkan para pelaut dan pedagang untuk berlabuh
dan berlindung apabila diserang angin monsun sama ada timur laut atau pun
barat daya. Ciri-ciri geograf ini menjadi faktor penarik kepada sebarang kuasa
besar

yang

memerlukan

keselamatan

untuk

jalan

perdagangan

dan

perlindungan bagi keselamatan dari ancaman semula jadi ataupun yang


dilakukan manusia.

2.2

Bahan Mentah
Tanah Melayu terkenal dengan gelaran Golden Chersoneves ataupun
Suvarnabhumi yang kaya dengan hasil buminya seperti emas dan timah. Selain
itu,

Tanah

Melayu

sering

digunakan

sebagai

pelabuhan

entrepot

yang

mengumpulkan hasil-hasil hutan sperti kayu manis, buah pala, rotan, sagu
selain bekalan air dan makanan untuk bekalan perjalanan mereka. Selepas
kedatangan kuasa barat dan penemuan bijih timah secara meluas, Tanah
Melayu menjadi bertambah penting bagi kuasa-kuasa penjajah ini.

2.2

Ancaman dan Persaingan Pengaruh Asing


Akibat revolusi industri dan keperluan kepada bijih timah, maka Tanah
Melayu menjadi harta paling berharga buat British. Walau bagaimanapun, pada
6

masa yang sama kuasa-kuasa lain turut berminat dan mengintai peluang untuk
melibatkan diri dalam pergolakan politik yang ada. Keadaan ini disedari British
lebih-lebih lagi apabila mereka

menyedari penguasaan penuh Belanda di

Indonesia dan Sepanyol di Filipina.

Selain itu, British turut menyedari

kepentingan Tanah Melayu sebagai jalan perdagangan dunia, di mana Selat


Melaka menjadi penghubung di antara kawasan timur dan barat. Tidak dapat
dinafkan

persaingan

imperialisme

di

kalangan

negara-negara

besar,

terutamanya dari Eropah untuk membuka tanah jajahan juga membuat British
memikirkan keperluan lebih awal campur tangan di Tanah Melayu sebelum
kuasa penjajah yang lain berbuat terlebih dahulu.
2.3

Pasaran Baru
Di Eropah pada abad ke-14 dan 15 sedang rancak dengan projek
penjelajahan

dan

penemuan

(Exploration

and

Discoveries).Revolusi

perindustrian telah menyebabkan kuasa-kuasa besar di Eropah keluar dari


benua Eropah dan mencari penempatan dan pasaran baru bagi perdagangan
mereka.Kedudukan Tanah Melayu di tengah jalan perdagangan menjadi tarikan
kepada kuasa-kuasa Eropah untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai salah
sebuah pusat pasaran dan perdagangan mereka.Pasaran di Eropah menjadi
sukar akibat semua kuasa besar mula mencipta dan mengeluarkan bahan
baru.Ini mewujudkan persaingan sengit untuk mendapatkan lokasi dan pasaran
baru pengeluaran masing-masing.Selain itu, keperluan terhadap bahan mentah
yang berkaitan dengan industri seperti bijih timah dan besi juga meningkat
dengan mendadak.
2.4

Keinginan Mencapai Kuasa Besar


Kemegahan dan kegilaan yang dihasilkan daripada semangat nasionalisme
yang tebal telah menggalakkan kepada wujudnya keinginan menjadi kuasa
besar yang menguasai semua manusia di muka bumi ini.Jerman merupakan
contoh terbaik bagaimana perasaan nasionalisme yang dipupuk oleh Bismarck
pada tahun-tahun 1800an telah mengakibatkan dunia terheret ke dalam kancah
Perang Dunia Pertama.Ini berlaku kerana ketamakan untuk menguasai seluruh
Eropah.

2.5

Pangkalan Tentera
Selain kedudukan Tanah Melayu yang strategik sebagai pusat perdagangan,
kedudukan ini juga sebenarnya amat penting kepada kesesuaiannya menjadi
pangkalan tentera.Sejarah awal kedatangan kuasa penjajah barat ke Tanah
Melayu bukan sahaja untuk mencari sebuah pelabuhan persinggahan tetapi
juga adalah kerana strategi ketenteraan untuk keselamatan angkatan atau
rombongan mereka. Sebagai contoh yang dilihat ialah kedatangan Kapten
Francis Light ke Pulau Pinang yang dipajak oleh British dari Kerajaan Kedah
sebagai pelabuhan persinggahan, dan juga sebagai pangkalan tentera untuk
mengawal ancaman pelanunan serta kuasa asing yang lain seperti Belanda,
Perancis, dan Jerman dari menggugat kapal-kapal perdagangan mereka yang
menggunakan laluan di Selat Melaka. Pulau Pinang kemudiannya kalau anda
lihat telah menjadi antara tempat terawal dalam senario perluasan kuasa British
di Tanah Melayu.

2.6

Agama
Agama turut memainkan peranan penting dalam mempengaruhi pemikiran
manusia di Eropah yang mengakibatkan berlakunya penjajahan di Tanah
Melayu. Misi agama Kristian yang membawa tugas suci menyelamatkan umat
manusia daripada penindasan dan ketidakadilan terutama di negara-negara
mundur seperti di Asia dan Afrika telah mewujudkan fahaman "the white men
burden" atau "tugas suci orang kulit putih".Fahaman ini memberi maksud
bangsa selain orang kulit putih atau Kristian adalah lebih merupakan beban
yang ditakdirkan Tuhan kepada mereka (orang kulit putih) untuk di uruskan. Ini
telah membawa mereka ke tanah-tanah baru yang diteroka oleh negara
mereka. Ditambah pula dengan perasaan megah dan bangga diri yang sedia
wujud hasil perkembangan nasionalisme moden, maka kuasa-kuasa Eropah ini
lebih

agresif

melaksanakan

aktiviti

imperialisme

di

atas

nama

untuk

menyelamatkan bangsa lain yang mundur.


2.7

Prester John
Pihak gereja telah menjanjikan kedatangan seorang Messiah atau The Great
Saviour atau penyelamat agung bernama Prester John yang akan muncul di
benua sebelah timur. Kepercayaan ini telah menyebabkan orang-orang Kristian
seperti Putera Henry dari Portugal telah melancarkan gerakan mencari Prester
John di sebelah timur dengan harapan gabungan kerajaan Kristian sebelah
8

timur dan kerajaan Kristian mereka dapat menjatuhkan empayar Islam secara
keseluruhannya.

3.0

KESAN NEGATIF TERHADAP KEDAULATAN AGAMA ISLAM DI TANAH MELAYU

Penjajahan

Barat

telah

membawa

berbagai

kesan

terhadap

umat

Islam.Terutamanya berkenaan kehilangan kuasa politik dan pemerintahan daripada


pimpinan orang-orang Islam sendiri kepada pimpinan kuasa Barat yang beragama
Kristian. Penguasaan penjajah ini adakalanya secara langsung ( direct rule ) ataupun
tidak langsung ( indirect rule ) apabila mereka memerintah melalui penguasapenguasa tradisional

yang

hanya dijadikan

sebagai boneka sahaja.

Sebelum

kedatangan British, agama Islam tidak dipisahkan dari sistem politik Melayu. Dalam
Undang-undang Melayu Lama atau Hukum Kanun masih terdapat hukum-hukum Islam
yang masih digunakan seperti hukum potong tangan untuk kesalahan mencuri dan
hukuman sebat atau rotan untuk mereka yang berzina. Hakikat ini diakui sendiri oleh
Hakim-hakim Lord Action dan Thomas dalam kes Ramah lawan Laton ( 1927 ) yang
mana dikatakan bahawa undang-undang Islam adalah undang-undang asal negeri ini
bukan undang-undang asing.
Bagaimanapun dengan kedatangan British, mulalah diperkenalkan dengan
sistem pentadbiran sekular, bahawa antara agama dengan politik terdapat jarak yang
tidak mungkin diketemukan. Pemisahan ini lebih bererti dalam Perjanjian Pangkor
1874 yang menegaskan semua urusan pentadbiran diserahkan kepada Residen British
kecuali soal-soal agama ( disempitkan maknanya ) dan adat istiadat Melayu.
Seterusnya kepada pembentukkan Negeri-negeri Melayu Bersekutu.British telah mula
menentukan corak pemerintahan, pentadbiran dan keputusan dasar yang penting
berhubung dengan sesebuah negeri Melayu bahkan dapat menentukan kedudukan
seseorang raja yang dilantik memerintah negeri.Ini telah menunjukkan bagaimana
British telah berjaya mengubah wajah Islam di Malaysia dalam pentadbiran dengan
perkenalkan pentadbiran serta undang-undang sekular. Dimana lebih pentingkan
keduniaan tidak berkaitan dengan agama dan ia juga telah mengenepikan sebahagian
besar undang-undang Islam. Kita dapat lihat dalam kes, dimana Residen-residen yang
memberi nasihat-nasihat di Majlis-majlis Negeri telah campurtangan kerja-kerja para
9

kadi.Kerana bagi mereka urusan nikah dan cerai libatkan hal keselamatan dalam
negeri.Sebab itu British telah tentukan perlantikan, pendapatan, pengantungan dan
pemecataan kadi-kadi.Tindak tanduk kadi juga telah diawasi dan kadang-kadang
penyelesaian masalah dipindahkan kepada Majistret-majistret.6 Ini menunjukkan
pentadbiran undang-undang Islam yang tadinya bebas tidak bererti lagi.Walaupun
begitu hakikatnya undang-undang British yang diperkenalkan tidaklah diambil
sepenuhnya kerana undang-undang Islam masih kukuh dijiwa rakyat Malaysia.

Selain penjajahan dalam pentadbiran, British juga telah mengubah wajah Islam
di Malaysia dalam bidang pendidikan.Dimana hasrat sebenar penjajah British ke
Malaysia adalah untuk mengubah corak pegangan hidup masyarakat Melayu dan juga
pemikiran mereka agar menyanjungi kehebatan Barat.Satu sistem pendidikan telah
diadakan, keseluruhan aspek dan sistem nilai serta kebudayaan penduduk tempatan
dibentuk dan diindoktrinasikan dengan pengaruh kebudayaan, sikap dan pandangan
Barat.Pada

peringkat

awal

sistem

pendidikan

British

yang

berbentuk

formal

diperkenalkan di negeri-negeri lain sebagai cawangannya.


Penubuhan
pengawasan

sekolah-sekolah

badan

ini

pengembangan

dibawah
agama

budi

bicara,

Kristian.Oleh

daya

itu

usaha

sambutan

dan

rakyat

tempatan sangat dingin. Ini kerana pada peringkat awal pendidikan bagi masyarakat
tempatan masih di institusi masjid, rumah dan surau yang terkenal sebagai Sekolah
Quran atau Sekolah Agama dan mereka sanggup lagi untuk melanjutkan pendidikan
tentang agama ke peringkat lebih tinggi di hantar ke Patani, Makkah dan Mesir. Selain
itu ibu bapa masyarakat tempatan juga takut untuk menghantar anak ke Sekolah
British sebab dikhuatiri anak-anak mereka nantti akan masuk Kristian. Dengan
kegagalan awal ini, British telah mencuba taktik yang baru iaitu dengan mencampuri
serta

mengambil

alih

pentadbiran

Sekolah

Quran

untuk

diletakkan

dibawah

pengawalan mereka.
Sejak 1854, Sekolah Quran pentadbirannya telah diambiil alih dengan dibiayai
pengajian dan diberi bantuan penuh.Kurikulumnya diubah, pentadbiran dan perjalanan
sekolah berubah corak.Masa persekolahan dibahagikan dua, pagi untuk pelajaran
akademik iaitu Sekolah Melayu dan petang untuk pelajaran agama iaitu Sekolah
10

Quran. Ini telah menunjukkan satu doktrin yang cuba memisahkan antara ilmu agama
dan akademik. Manakala pula Sekolah Quran sangat diabaikan berbanding Sekolah
Melayu yang banyak pembaharuan serta bantuan diberikan.Dengan memisahkan
kedua-dua jenis sekolah ini boleh melahirkan individu-individu atau masyarakat yang
tempang atau tidak seimbang.
Kemudian penjajah British makin kuat dan mereka menguasai pendidikan serta
pelajaran.Strategis melalui sektor pendidikan ini menjalarlah idea-idea, pandanganpandangan hidup Barat itu ke dalam jiwa dan pemikiran rakyat umum tanpa disedari
sehingga terjadilah revolusi kebudayaan.Akibatnya dongkollah aqidah agama dan
padamlah semangat keagamaan, bertukarlah semangat kelombaan yang merupakan
pendorong

terbesar

kemajuan,

dari

jiwa

agama

berkuranglah

kemahuan

memperdalamkan pengetahuan agama.Begitu juga dengan konsep kekeluargaan yang


mana penjajah British telah mengubah kedudukan suami di dalam keluarga iaitu isteri
lebh dipentingkan berbanding suami.Sedangkan di dalam Islam suami mempunyai
kedudukan tinggi sebagai ketua keluarga dan dia boleh membuat sebarang keputusan
tanpa menganiayai isteri dan ahli keluarganya. Tapi British telah mengubah dengan
isteri turut sama boleh

berkuasa dalam keluarga itu dan ada kalanya isteri-isteri yang telah meninggikan
suara apabila berkata dengan suaminya. Sedangkan ajaran Islam tidak membenarkan
ini.
Perubahan yang paling nyata telah dilakukan oleh British di Malaysia adalah
corak pergaulan. Yang mana ia telah mengamalkan corak pergaulan bebas diantara
masyarakat ataupun jantina, sedangkan dalam Islam hal pergaulan amat sensitif. Ini
kerana ada jurang atau tembok pemisah pergaulan antara lelaki atau perempuan yang
bukan muhrim.Tetapi ini telah diketepikan setelah Malaysia dijajaah oleh British.
Dengan teknologi moden yang dibawa masa penjajahan British menyebabkan
anggota masyarakat, termasuk Pak Lebai dan Pak Haji begitu mudah terseret untuk
jadi penonton pertunjukkan fesyen di Paris dan Pertandingan Ratu Cantik di New York
melalui televisyen. Pengaliran maklumat yang bersumberkan ideologi luar yang
didasari oleh kebudayaan asing dan ditentukan oleh kepentingan nasional negara
11

penyedia berita dan cerita juga boleh mengakibatkan penjajahan fkiran yang boleh
merosakkan aqidah dan kehidupan Islamiyah.
Apabila

penganut

Islam

sendiri

menolak

sistem

hidup

Islam

dan

menganggapnya sebagai satu cara hidup kurun ke 7, maka penolakkan itu


merangkumi

semua

aspek

samada

nilai-nilai

unik

ataupun

universalnya.

Ini

termasuklah keadilan sosial menerusi sistem zakat. Ertinya pembangunan ekonomi


yang tidak berteraskan tauhid telah membawa kepada devolusi kedudukan akhlak moral Islam sehingga ia hanya berkembang dalam lingkungan, pegangan dan
pembabitan perbadi sahaja. Dalam bidang ekonomi, penjajahan British juga telah
berjaya mengubah pegangan Islam yang pernah digunakan.Antaranya di dalam
sukatan dan juga aktiviti perniagaan serta jual beli yang diperkenalkan.Jikalau dahulu
Islam mengharamkan riba' atau bunga ataupun faedah semasa menjalankan aktiviti
perdagangan tapi setelah penjajahan aktiviti inni adalah penting untuk mendapatkan
keuntungan yang berlipat kali ganda.Aktiviti ini kekal hingga sekarang.
Sebagaimana yang pernah ditulis, Tanah Melayu pernah menjalankan Undangundang Islam suatu masa dahulu.Tetapi selepas kedatangan penjajah British, Undangundang Islam telah dirungkai dan diturunkan pangkat, kemudian diganti dengan
Undang-undang British.

Berikut adalah antara kesan-kesan negatif penjajahan barat terhadap Undang-undang


Islam:
i.
ii.

Wujud dualisme dalam sistem perundangan di Malaysia iaitu Sivil dan Syariah.
Mahkamah Syariah dikeluarkan daripada hirarki Mahkamah Persekutuan. Ia
diletakkan di bawah kuasa negeri.

iii.
iv.

Undang-undang Persekutuan telah membataskan kuasa Mahkamah Syariah.


Undang-undang British digunakan sepenuhnya dalam Mahkamah Sivil.
12

v.
vi.

5.0

Undang-undang

Islam

dihadkan

bidang

kuasanya

hanya

dalam

hal

kekeluargaan, pewarisan dan


kesalahan jenayah yang sangat terhad.
Raja Melayu sebagai ketua Agama Islam negeri mempunyai kuasa yang terhad.

PENUTUP
Penjajahan kuasa-kuasa asing yang bermula dengan kedatangan pihak Portugis
pada tahun 1509, seterusnya oleh pihak Belanda pada tahun 1597, Jepun dan yang
terakhir oleh pihak British pada tahun 1945 telah memberi pelbagai kesan terhadap
kedaulatan agama Islam di tanah Melayu,terutamanya kesan negatif yang turut boleh
dirasai sehingga ke hari ini. Kedatangan kuasa-kuasa asing ke Tanah Melayu juga
dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti kedudukan geograf Tanah Melayu yang
terletak di antara jalan perdagangan di antara benua sebelah timur dan benua
sebelah barat. Kekayaaan hasil bumi Tanah Melayu seperti bijih timah juga salah satu
faktor kedatangan kuasa asing ke Tanah Melayu. Seterusnya, semasa berlakunya
revolusi perindustrian kuasa-kuasa besar di Eropah keluar dari benua Eropah dan
mencari penempatan dan pasaran baru bagi perdagangan mereka dan kedudukan
Tanah Melayu di tengah jalan perdagangan menjadi tarikan kepada kuasa-kuasa
Eropah untuk menjadikan Tanah Melayu sebagai salah sebuah pusat pasaran dan
perdagangan mereka. Faktor keempat adalah kerana kedudukan Tanah Melayu yang
strategik dan sesuai untuk dijadikan sebagai tempat pangkalan tentera. Faktor agama
13

juga telah mempengaruhi kedatangan penjajah ke Tanah Melayu, agama Kristian


menggunakn misi membawa tugas suci menyelamatkan umat manusia daripada
penindasan

dan

ketidakadilan

terutama

di

negara-negara

mundur

dengan

melaksanakan aktiviti imperialisme di atas nama untuk menyelamatkan bangsa lain


yang mundur.
Penjajahan yang berlaku pada ketika itu telah memberi pelbagai kesan negatif
terutamanya kepada kuasa politik dan pemerintahan pemimpin-pemimpin yang
beragama Islam. Antaranya, sistem pentadbiran sekular yang dibawa oleh pihak
British yang lebih mementingkan keduniaan daripada aspek keagamaan dan juga
mengenepikan sebahagian undang-undang Islam dan digantikan kepada undangundang British. Selain itu, pihak British telah memperkenalkan pendidikan berbentuk
formal yang mana masa persekolahan dibahagikan dua, pagi untuk pelajaran
akademik iaitu Sekolah Melayu dan petang untuk pelajaran agama iaitu Sekolah
Quran. Ini telah menunjukkan satu doktrin yang cuba memisahkan antara ilmu agama
dan akademik. Corak pergaulan diantara masyarakat dan jantina juga turut dipengarui
semasa kedatangan kuasa asing yang mengamalkan konsep pergaulan bebas antara
berlainan jantina. Dalam bidang ekonomi pula, pihak British telah memperkenal kan
sistem riba atau faedah

yang telah diharamkan dalam agama Islam tetapi masih

kekal digunakan sehingga ke hari ini dalam menjalankan aktiviti perdagangan dan
urus niaga.
Kesimpulannya,

kedatangan

kuasa-kuasa

asing

terutamanya

semasa

penjajahan pihak British telah memberi pelbagai kesan negatif terhadap kedaulatan
dan pemerintahan Islam di Tanah Melayu pada ketika itu dan kesan daripada
penjajahan tersebut turut boleh dilihat sehingga kehari ini terutamanya dari aspek
pemerintahan, ekonomi, pendidikan dan juga pergaulan.

14