Anda di halaman 1dari 11

PENGENALAN

Kaunseling merupakan suatu proses perhubungan menolong yang sistematik


berasaskan prinsip psikologi yang dilakukan oleh kaunselor profesional bagi
menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien, yang baik
dan menyeluruh secara sukarela sepanjang hayat berlandaskan etika kaunseling.
Terdapat beberapa tafsiran dan pandangan yang diutarakan oleh tokoh-tokoh
mengenai definisi kaunseling secara keseluruhannya atau secara umum.
Menurut Blocher (Shertzer dan Stone,1974), kaunseling merupakan proses
interaksi yang menggerakkan pemahaman yang bermakna terhadap diri dan
persekitaran serta menghasilkan pembentukan diri dan persekitaran atau penjelasan
matlamat dan nilai untuk tingkah laku pada masa depan.
Krumboltz (George dan Cristiani,1990) ada mengatakan bahawa kaunseling
merangkumi aktiviti-aktiviti beretika yang dilakukan oleh kaunselor dalam usaha
membantu klien melibatkan diri dengan jenis-jenis tingkah laku yang akan
menghasilkan mnyelesaian.
Conmier dan Hackeney (1987) mendifinisikan kaunseling sebagai suatu
perhubungan menolong di antara seorang terlatih dan mahir dalam teknik menolong
secara pertuturan dan mempunyai pengetahuan berkenaan perlakuan manusia,
dengan seseorang yang meminta bantuan sama ada secara sukarela ataupun
paksa.
Oleh itu, dapat saya rumuskan bahawa kaunseling adalah proses pertolongan
yang professional yang bertujuan membantu individu memahami dirinya dan alam
sekelilingnya.
Kaunseling kelompok pula merupakan satu pendekatan yang berkesan dan
dinamik bagi kaunselor yang terlatih untuk membantu klien dalam menyelesaikan
masalah. Ianya khusus digunakan untuk satu kelompok atau golongan individu biasa
yang memounyai permasalahan yang sama pada satu-satu masa serta jenis
permasalahan yang normal yang mana tidak melibatkan permasalahan yang kritikal.

Menurut Trotzer, J.P. (1977) menyatakan bahawa kaunseling kelompok


sebagai perkembangan suatu perhubungan antara individu. Perhubungan ini
mempunyai ciri seperti kepercayaan, penerimaan, hormat-menghormati, kemesraan,
komunikasi dan fahaman. Kumpulan ini terdiri daripada seorang kaunselor dan
beberapa orang klien yang bertemu bertujuan menolong antara satu sama lain untuk
menghadapi masalah-masalah dalam hidup serta mencari, memahami dan
melaksanakan cara-cara untuk menyelesaikan masalah-masalah tersebut.
Ohlsen, M.M. (1977) mentaksifkan kaunseling kelompok ialah suatu
perhubungan

unik;

klien

berasa

selamat

membincangkan

perkara

yang

membimbangkan mereka serta mengenal pasti tingkah laku baharu yang diingini,
mengamalkan kemahiran-kemahiran antara individu yang asas dan melakukan
tingkah laku yang baharu.
Kaunseling kelompok ini dibentuk daripada tujuh hingga dua belas orang
mengikut kesesuaian yang terdiri daripada seorang ketua dan ahli-ahlinya. Ahli-ahli
bagi kaunseling kelompok ini dipilih secara sukarela. Proses temu duga akan
dijalankan pada peringkat awal pemilihan ahli. Hal ini bertujuan memilih ahli yang
sesuai dengan topik atau isu yang bakal dibincangkan. Selain itu, sedikit
pendedahan tentang proses kaunseling kelompok dapat digambarkan kepada ahliahli kelompok sebelum perbincangan dimulakan iaitu melalui temu duga yang
dilaksanakan.

Permasalahan semasa sesi kaunseling kelompok


Dalam pelaksanaan sesi kaunseling kelompok di sekolah rendah, pelbagai
permasalahan yang

timbul. Hal ini

dapat membantutkan

kelancaran dan

keberkesanan sesi kaunseling kelompok yang diadakan. Seterusnya, ianya akan


merencatkan hasil yang bakal diperoleh oleh setiap klien yang terlibat dalam sesi
kaunseling kelompok tersebut.
Antara permasalahan yang timbul dalam pelaksanaan sesi kaunseling
kelompok adalah kesediaan murid untuk berkongsi masalah dan menerima
kaunseling. Hal ini kerana terdapat sekumpulan murid yang mengikuti sesi
kaunseling kelompok ini daripada kes yang dirujuk oleh guru disiplin, pihak pentadbir
serta guru-guru akademik yang lain kepada kaunselor iaitu berkaitan dengan salah
laku atau masalah disiplin. Oleh itu, mereka merasakan bahawa penglibatan mereka
dalam sesi kaunseling yang dijalankan bukan lah daripada kerelaan hati mereka
tetapi paksaan serta memenuhi syarat yang ditetapkan.
Kesediaan murid untuk berkongsi masalah yang dihadapi serta sedia
menerima bimbingan untuk memperbaiki diri amat penting dalam memastikan
kelancaran sesi kaunseling yang dijalankan dan seterusnya menjadikan sesi
kaunseling kelompok yang dijalankan berkesan dan bermakna.
Seperti sedia maklum, sesi kaunseling kelompok dijalankan secara
berkumpulan yang mana melibatkan lebih daripada seorang klien dan dikendalikan
oleh seorang ketua yang dilantik berfungsi atau memainkan peranan sebagai
seorang fasilitator. Manakala, kaunselor pula bertindak sebagai pemerhati dan
pemudah cara bagi sesi tersebut. Oleh itu, timbul pula masalah yang mana terdapat
ahli dalam kaunseling kelompok atau klien yang terlibat yang merasakan kaunselor
yang terlibat dalam sesi tersebut tidak memberi perhatian yang secukupnya
kepadanya.
Individu yang sebegini akan menimbulkan masalah semasa sesi kaunseling
kelompok dijalankan bagi mendapatkan perhatian daripada kaunselor. Selain itu,
terdapat juga individu yang mula menunjukkan rasa bosan dan tidak berminat
terhadap sesi kaunseling kelompok yang dijalankan. Masalah yang sebegini bukan
sahaja mengganggu individu terbabit tetapi ianya juga akan mengganggu individu3

individu lain yang terlibat dalam kaunseling kelompok yang dijalankan. Oleh yang
demikian, masalah yang sebegini perlu ditangani dengan sebaiknya oleh kaunselor
yang mengendalikan sesi kaunseling kelompok di sekolah rendah supaya sesi yang
dijalankan dapat memberi manfaat dan faedah kepada ahli-ahli atau klien yang
terlibat.
Permasalahan seterusnya yang akan dihadapi semasa sesi kaunseling
kelompok adalah kurang keyakinan diri untuk meluahkan, berkongsi atau bercakap
tentang permasalahan yang dihadapi. Hal ini akan menjadikan individu-individu
seperti menjadi pasif dan mendiamkan diri semasa sesi kaunseling kelompok
diadakan. Individu-individu yang sebegini tidak mengganggu individu lain untuk
mengikuti secara menyeluruh sesi kaunseling kelompok yang dijalankan tetapi ianya
akan menjadikan sesi kaunseling kelompok yang dijalankan tidak mendatangkan
kesan yang mendalam dan bermakna kepada individu yang kurang keyakinan diri
tersebut.
Hal ini kerana mereka tidak dapat meluahkan atau berkongsi dengan lebih
berkesan tentang permasalahan yang dihadapi disebabkan oleh batasan yang telah
ditetapkan atau ditentukan oleh dirinya sendiri. Selain itu, mereka juga merasakan
diri mereka dipencilkan semasa sesi kaunseling kelompok diadakan. Oleh itu,
peranan kaunselor amat penting dalam memastikan penglibatan sepenuhnya ahliahli atau klien

yang

terlibat. Seterusnya, menyemai kemahiran-kemahiran

komunikasi yang sesuai dalam diri individu yang sebegini.

Kejayaan melaksanakan kaunseling kelompok


Kejayaan sesuatu sesi kaunseling kelompok yang dijalankan bukan sahaja
bergantung semata-mata kepada peranan kaunselor sebagai pemudah cara dan
pemerhati dalam sesi yang dijalankan tetapi ianya juga banyak bergantung kepada
ahli-ahli atau klien yang terlibat dalam sesi kaunseling kelompok sama ada dari segi
dalaman ataupun perhubungan dan komunikasi semasa sesi dijalankan.
Pada pandangan saya, kejayaan dalam melaksanakan kaunseling kelompok
dapat dinilai atau diperoleh apabila ahli-ahli atau klien yang terlibat dalam sesi
kaunseling kelompok dapat membuat keputusan yang terbaik dan rasional
berkenaan dengan permasalahan yang dihadapi melalui bimbingan dan jalan
penyelesaian yang dimudahcarakan oleh kaunselor yang mengendalikannya.
Keputusan baik atau positif yang dibuat oleh ahli atau klien bagi sesi
kaunseling kelompok dijalankan secara tidak langsung menunjukkan bahawa
bimbingan dan kaunseling yang diberikan oleh kaunselor menjadi sesuatu
bermanfaat dan bermakna. Selain daripada keputusan baik yang dibuat, kesedaran
tentang apa yang dilakukan juga merupakan sesuatu kejayaan yang bermakna
dalam sesi kaunseling kelompok yang mana klien dapat menilai tingkah laku atau
perbuatan yang ditunjukkan atau dilakukan bersesuaian atau tidak bersesuaian
dengan apa yang dikehendaki.
Selain itu, ahli atau klien dalam sesi kaunseling kelompok dapat belajar cara
berkomunikasi dalam kelompok serta berbagai-bagai komunikasi yang sesuai
dengan situasi yang dihadapi oleh klien semasa sesi dijalankan melalui bimbingan
dan tunjuk ajar yang diberikan oleh kaunselor. Antara komunikasi yang dapat
dipelajari semasa sesi kaunseling kelompok diadakan adalah postur badan,
kemahiran mendengar, kemahiran mencelah dan sebagainya.
Kemahiran komunikasi yang sebegini amat berguna kepada kepada ahli-ahli
atau klien kaunseling kelompok yang mana terdiri daripada murid rendah kerana
mereka dapat menggunakan kemahiran komunikasi tersebut untuk memantapkan
lagi perhubungan sosial mereka dengan orang yang berada disekeliling mereka
sama ada secara formal mahu pun tidak formal. Selain itu, kemahiran komunikasi
yang dipelajari semasa sesi kaunseling kelompok ini juga sedikit sebanyak
5

membantu klien untuk menjadikan komunikasi mereka dengan persekitaraan


menjadi bermakna. Contohnya, kedudukan postur badan amat penting dalam
berkomunikasi kerana ianya akan menunjukkan bahawa seseorang itu bersedia atau
sebaliknya untuk berkomunikasi atau berhubung dengan seseorang yang lain. Oleh
itu, klien yang mana merupakan murid-murid sekolah rendah dapat menentukan
postur badan yang sesuai semasa berhubung atau berkomunikasi dengan manamana individu yang lain sama ada rakan sebaya mahu pun orang yang lebih tua
daripada mereka.
Kejayaan lain yang diperoleh daripada sesi kaunseling kelompok adalah
individu yang menjadi ketua atau berperanan sebagai fasilitator dapat belajar cara
untuk mengendalikan sesi perbincangan dan perkongsian seperti yang dianjurkan
dalam sesi kaunseling kelompok yang diadakan. Hal ini akan memberi peluang dan
peluang kepada individu terbabit untuk menguruskan atau mengendalikan sesi yang
dijalankan supaya sesi kaunseling kelompok dapat dijalankan dengan lebih kemas
dan teratur.
Seterusnya, ianya dapat melatih individu terbabit iaitu ketua kelompok untuk
menjadi ketua atau pemimpin yang berdedikasi dan adil kepada semua yang terlibat.
Hal ini kerana peranan ketua kelompok amat penting dalam memastikan perjalanan
sesuatu sesi kaunseling kelompok yang dijalankan dapat berlangsung dengan
kemas, teratur dan tersusun seterusnya dapat mencapai apa yang dikehendaki
daripada sesi kaunseling kelompok yang diadakan.

Cabaran melaksanakan kaunseling kelompok


Dalam perlaksanaan kaunseling kelompok di sekolah rendah, banyak
cabaran dan dugaan yang dihadapi bagi memastikan sesi kaunseling kelompok
yang diadakan dapat dijalankan dengan kemas, teratur dan bermakna kepada klien
dan kaunselor yang terlibat. Cabaran-cabaran yang dihadapi ini perlu ditangani
dengan bijak oleh kaunselor yang terlibat supaya sesi kaunseling kelompok yang
dijalankan dapat mencapai sasaran dan objektif yang dikehendakkan.
Cabaran yang bakal dihadapi bagi melaksanakan adalah dari segi kesediaan
klien yang terlibat dalam sesi kaunseling kelompok untuk mengikuti sesi yang
diadakan dengan hati yang terbuka. Hal ini amat penting supaya kehadiran klien
yang dimaksudkan semasa sesi kaunseling kelompok diadakan tidak mengganggu
klien-klien lain dan juga tidak mengganggu perjalanan sesi kaunseling yang
dijalankan.
Kehadiran individu yang tidak menyediakan diri untuk berkongsi dan
menerima bimbingan yang diberikan bukan sahaja akan mendatangkan masalah
kepada kaunselor tetapi bakal menjadi gangguan kepada klien-klien yang bersedia
dan menerima sesi kaunseling kelompok yang diadakan. Seterusnya, ianya juga
akan menjejaskan hasil yang bakal diperoleh oleh individu terbabit tetapi klien-klien
lain yang terlibat.
Selain itu, terdapat juga antara klien yang terlibat dalam sesi kaunseling
kelompok ini yang tidak mendengar atau tidak patuh kepada arahan yang diberikan
oleh kaunselor dan tidak mengikuti peraturan serta garis panduan yang ditetapkan
semasa sesi kaunseling kelompok dijalankan. Hal ini akan memberi cabaran yang
besar buat kaunselor untuk mengawal individu-individu yang seperti ini dalam
memastikan sesi kaunseling kelompok dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Jika perkara ini tidak ditangani dengan sebaiknya, ianya bukan sahaja
merosakkan atau mengganggu suasana sesi kaunseling kelompok yang sedang
berjalan malah akan menyebabkan sesi kaunseling yang berjalan menjadi tidak
teratur dan tidak bermakna kepada semua ahli yang terlibat.
Seterusnya, cabaran lain yang mungkin akan dihadapi untuk menjalankan
sesi kaunseling kelompok adalah perhatian kaunselor terhadap individu-individu atau
7

klien-klien yang terlibat dalam sesuatu sesi yang dijalankan. Dalam sesuatu sesi
kaunseling kelompok, kemungkinan terdapat lebih daripada seorang klien yang
terlibat memerlukan dan mengkehendakkan perhatian yang lebih daripada klien.
Oleh itu, ianya menjadi sesuatu yang sukar buat kaunselor untuk memberikan
tumpuan yang lebih kepada ramai orang pada sesuatu masa.
Dalam situasi sebegini, kaunselor perlu bertindak dan berperanan dengan
seadil mungkin supaya tiada mana-mana individu atau klien merasakan bahawa
mereka dipinggirkan sepanjang proses atau sesi kaunseling kelompok diadakan.
Jika salah seorang klien yang terlibat merasakan diri mereka dipinggirkan, mereka
mula akan bertindak sama ada mendiamkan diri dan bertindak mengganggu klienklien lain yang mengikuti sesi kaunseling kelompok itu. Hal ini akan lebih
memburukkan keadaan kerana ianya akan mengganggu tumpuan dan focus klienklien yang lain.
Cabaran yang seterusnya dalam melaksanakan sesi kaunseling kelompok di
sekolah rendah adalah berkaitan dengan masa perjalanan sesuatu sesi diadakan.
Terdapat kemungkinan bahawa sesetengah klien memerlukan masa yang lama
untuk berkongsi dan terdapat juga sesetengah klien yang memerlukan perhatian
yang lebih daripada kaunseling. Oleh itu, masa yang agak lama juga perlu
diperuntukkan untuk berbuat demikian.
Apabila masa yang diperuntukkan tidak mencukupi, ianya akan mengganggu
kelancaran dan tertib sesuatu sesi kaunseling kelompok yang dijalankan. Sekiranya
ianya berlaku, sesi kaunseling yang diadakan tersebut tidak dapat mencapai apa
yang diharapkan iaitu suatu hasil atau keputusan yang positif dan berkesan kepada
semua klien yang mengambil bahagian. Oleh itu, kaunselor perlu mengambil berat
tentang masa yang diperuntukkan supaya ianya dapat memberi kesan yang
mendalam kepada klien atau individu yang mengambil bahagian dalam sesi
kaunseling kelompok yang

diadakan

serta

memberangsangkan dan positif.

membawa

kepada hasil yang

Kekangan guru bimbingan dan kaunseling menjalankan tugas di sekolah


Guru bimbingan dan kaunseling merupakan individu yang dianggap penting di
sekolah yang mana berperanan sebagai pemudah cara dan membantu individu lain
yang menghadapi masalah. Walaubagaimanapun, terdapat banyak kekangan yang
dihadapi oleh guru bimbingan dan kaunseling dalam menjalankan tugas di sekolah
seperti sokongan daripada pihak luar seperti ibu bapa murid yang menghadapi
masalah.
Terdapat segelintir tidak dapat menerima bahawa anak-anak mereka
menghadapi masalah di sekolah dan dirujuk kepada pihak bimbingan dan
kaunseling. Mereka beranggapan bahawa anak-anak yang dirujuk kepada pihak
bimbingan dan kaunseling seolah-olah mencabar kredibiliti mereka sebagai ibu bapa
yang mana merupakan pendidik utama kepada murid-murid di rumah. Selain itu,
mereka juga menganggap apabila dirujuk kepada bimbingan dan kaunseling
merupakan sesuatu yang memalukan bagi mereka kerana mereka merasakan
didikan yang diberikan kepada anak-anak adalah tidak mencukupi.
Tanggapan yang sebegini sememangnya tidak benar dan jauh daripada apa
sebenarnya berlaku. Pada hakikatnya, pihak bimbingan dan kaunseling merupakan
pihak yang bertanggungjawab untuk membantu murid-murid yang menghadapi
masalah dengan memberi bimbingan dan membantu murid yang bermasalah
tersebut untuk lebih memahami masalah yang dihadapi. Walaubagaimanapun,
keputusan atau jalan penyelesaian untuk masalah yang dihadapi adalah ditentukan
sendiri oleh murid yang bermasalah tersebut. Hal ini akan menjadikan murid tersebut
bukan sahaja dapat menyelesaikan sendiri masalah yang dihadapi tetapi mereka
juga akan lebih memahami berkaitan masalah yang dihadapi dengan bimbingan
daripada guru bimbingan dan kaunseling.
Menurut apa yang digariskan bahawa guru bimbingan dan kaunseling tidak
perlu untuk masuk mengajar di dalam kelas. Walaubagaimanapun, terdapat juga
sekolah yang memasukkan guru bimbingan dan kaunseling dalam jadual waktu
mengajar di dalam kelas. Hal ini jelas menunjukkan bahawa ianya bertentangan
dengan apa yang sepatutnya. Oleh yang demikian, ianya menghadkan masa untuk
guru bimbingan dan kaunseling untuk meneliti dan menganalisis profil murid-murid di
sekolah. Hal ini merupakan sesuatu yang penting supaya beliau dapat lebih
9

mengenali dan mendalami latar belakang secara ringkas murid-murid di sekolah


tersebut.
Seterusnya, kedudukan kewangan juga merupakan salah satu daripada
halangan atau kekangan yang dihadapi oleh guru bimbingan dan kaunseling yang
mana memainkan peranan yang sangat penting. Hal ini kerana tanpa kewangan
yang baik atau tiada peruntukan kewangan yang secukupnya, guru bimbingan dan
kaunseling sukar untuk melaksanakan aktiviti-aktiviti atau program-program
berkaitan dengan unit bimbingan dan kaunseling.
Tanpa kewangan yang mencukupi, perancangan perjalanan aktiviti-aktiviti
bimbingan dan kaunseling seperti program pembangunan sahsiah tidak dapat
dilaksanakan dengan sebaiknya. Secara tidak langsung, ianya bukan sahaja
membantutnya

tugas

guru

bimbingan

dan

kaunseling

di

sekolah

untuk

mempertingkatkan mutu tugasan mereka dalam membantu murid-murid sama ada


yang bermasalah atau pun tidak. Selain itu, ianya juga merencatkan perjalanan unit
bimbingan dan kaunseling yang mana merupakan suatu badan yang boleh
dikatakan sebagai badan yang penting.
Seterusnya, kerjasama daripada murid juga merupakan suatu kekangan yang
utama juga kepada guru bimbingan dan kaunseling dalam melaksanakan tugas di
sekolah. Hal ini berlaku daripada murid-murid yang dirujuk daripada pihak lain
seperti pentadbiran atau disiplin kepada pihak unit bimbingan dan kaunseling.
Kebanyakan murid yang seperti ini sukar untuk memberi kerjasama kepada guru
disiplin bagi menjalankan sesi kaunseling. Oleh itu, amat sukar untuk guru
bimbingan dan kaunseling tersebut untuk meneruskan usaha bagi membantu muridmurid yang terbabit.
Kerjasama daripada murid yang terlibat dalam sesi kaunseling amat penting
bagi melancarkan perjalanan sesi kaunseling yang diadakan. Selain itu, ianya juga
membantutkan usaha untuk mencapai matlamat atau kehendak sesi kaunseling
yang diadakan. Hal ini kerana guru bimbingan dan kaunseling kurang mendapat
maklumat dan info yang perlukan berkaitan masalah yang dihadapi oleh murid
tersebut.

10

RUJUKAN
BUKU
Shertzer, B. dan Stone, S.C. (1974). Fundamental of Couseling. Boston: Houghton
Mifflin.
George, R.L., Cristiani,T.S. (1990). Counseling: Theory and Practice. New Jersey:
Englewood Cliffs.
Cormier, W.H. & Cormier, L.S. (1991). Interviewing Strategies for Helpers:
Fundamental skills and cognitive behavioral interventions. California: Brooks/Cole
Pub.
Ida Hartina Ahmed Tharbe. (2006). Memimpin Kaunseling Kelompok. Kuala Lumpur:
PTS PROFESSIONAL Publishing Sdn. Bhd.
L. K. Cheong, E. A. Meng, S. Nachiappan, Taquddin Abd Mukti. (2012). Bimbingan
dan Kaunseling Kanak-kanak. Shah Alam: Oxford Fajar Sdn. Bhd.

11

Anda mungkin juga menyukai