Anda di halaman 1dari 2

http://ppdhs.gov.my/index.php?

option=content&task=blogsection&id=6&sub_id=71

GARIS PANDUAN KERTAS KERJA PENUBUHAN DAN PENDAFTARAN TADIKA


Kertas kerja yang disediakan haruslah lengkap, kemas dan tertib yang membolehkan
jabatan ini dapat dengan mudah membuat penilaian sesuatu permohonan benar-benar
mempunyai merit dan keupayaan.
1. Tujuan/Objektif dan Justifikasi terhadap penubuhan institusi tersebut.
2. Butiran lengkap pemohon:-
2.1. Nama Penuh.
2.2. No. Kad Pengenalan.
2.3. Taraf Warganegara.
2.4. Alamat Rumah.
2.5. Alamat Surat Menyurat.
2.6. Pekerjaan dan Alamat Majikan.
2.7. Kelulusan Akademik.
2.8. Kelulusan Ikhtisas.
Sertakan salinan Kad Pengenalan, sijil-sijil persekolahan, diploma, ijazah
dan lain-lain yang telah disahkan.
3. Nama Tadika. Cadangkan 3 nama dan berikan sebab nama tersebut dipilih.
4. Hakmilik Tadika. Persendirian/Perkongsian/Syarikat/Persatuan.
4.1. Jika persendirian, nyatakan namanya.
4.2. Jika perkongsian, nyatakan nama-nama ahli kongsi dan ekuiti masing-
masing.
4.3. Jika syarikat, nyatakan nama pemiliknya dan ekuiti masing-masing.
Sertakan salinan pendaftaran syarikat. M & A, Borang 24 dan Borang 49.
4.4. Jika persatuan, nyatakan ahli jawatankuasa persatuan. Sertakan salinan
pendaftaran pertubuhan.
5. Pengurusan. Senaraikan mereka yang terlibat.
5.1. Pengerusi
5.2. Guru Besar/Pengetua
5.3. Guru-Guru
5.4. Kakitangan
Sertakan salinan Kad Pengenalan, sijil-sijil persekolahan, diploma, ijazah yang
telah disahkan.
6. Kursus/Program.
6.1. Senarai mata pelajaran diajar. (mengikut Kurikulum Kebangsaan
Prasekolah)
6.2. Sukatan pelajaran ringkas tiap mata pelajaran.
7. Bilangan pelajar maksima yang dirancangkan bagi satu-satu pengambilan.
8. Bahasa Pengantar Utama/Kedua.
9. Sesi dan cadangan jadual waktu lengkap satu minggu.
B.Melayu : 2 jam seminggu
B.Inggeris : 2 jam seminggu
Kerohanian moral : 2 jam seminggu
10. Yuran: Nyatakan struktur. Nyatakan asas/kriteria yang digunakan untuk
menentukan yuran-yuran berkenaan.
i. Yuran Pendaftaran - sekali sahaja.
ii. Yuran Pendidikan (Yuran semua pengajaran dan pembelajaran yang
dimasukkan di dalam jadual waktu) - sesemester ( 6 bulan).
iii. Yuran Khas (Yuran makan minum, alatulis, sukan tahunan, konsert dan lain-
lain) - setahun sekali
 Bayaran uniform, pengangkutan, buku teks, insuran tidak dimasuk kira
di dalam yuran.
 Yuran-yuran hendaklah selaras dengan kemudahan-kemudahan yang
disediakan serta mengambilkira yuran-yuran tadika lain di
sekelilingnya.
11. Butiran modal/kewangan yang terlibat untuk penubuhan tadika ini.
12. Satu cadangan akaun untung rugi bagi satu bulan.
13. Butir-butir kemudahan yang akan diadakan – perpustakaan, makmal, peralatan
permainan dan lain-lain.
14. Maklumat bangunan /premis
14.1. Jenis bangunan
14.2. Lokasi
14.3. Alamat bangunan.
14.4. Butir-butir tuan punya/pemilik bangunan.
14.5. Bayaran sewa/tempoh sewa/lease
14.6. Bilangan bilik darjah/makmal/perpustakaan/bengkel/pejabat dan lain-lain