Anda di halaman 1dari 22

Pengenalan

Menurut pengertian bahasa, moral berasal daripada bahasa latin moralis


ataumores iaitu yang bererti kebiasaan iaitu perbuatan, budi pekerti dan perangai
ataupun

tingkahlaku

yang

sejajar

dengan

tatasusila

atau

peraturan

hidup

bermasyarakat. Dictionary of Education menyatakan bahawa moral ialah suatu istilah


yang digunakan untuk menentukan batas-batas dari sifat, perangai, kehendak,
pendapatatau perbuatan secara layak dapat dikatakan benar, salah, baik, atau buruk.
Moral merangkumi segala nilai murni seperti merendah diri, benar, belas kasihan,
keadilan, persefahaman, kasih sayang, berdikari dan lain-lain. Moral merupakan
persoalan yang praktikal namun tidak semua persoalan praktikal adalah moral. Moral
membicarakan persoalan betul atau salah, apa yangperlu dilakukan dan ditinggalkan
atas sebab-sebab tertentu dan dalam keadaan tertentu. Pertimbangan moral
bergantung kepada suasana atau keadaan yang membentuk individu. Misalnya sistem
sosial, kelas sosial dan kepercayaan yang dianuti.
Rakyat Malaysia memang terkenal dengan amalan budaya ketimuran seperti
berbudi bahasa dan bersopan santun. Melalui subjek Pendidikan Moral, nilai-nilai
ketimuran dapat dipupuk kepada setiap pelajar awal-awal lagi. Ini juga amat berkait
rapat dengan hasrat kerajaan untuk menjadikan Budi Bahasa Budaya Kita yang boleh
direalisasikan melalui amalan nilai murni yang terkandung di dalam Pendidikan Moral.
Insan bermoral merupakan individu yang melakukan kebaikan. Insan bermoral
merujuk kepada individu yang mempunyai tingkah laku baik yang diterima oleh
sesebuah masyarakat. Perlakuan seseorang individu itu biasanya menggambarkan
bentuk atau sifat pemikirannya terhadap perlakuan tersebut. Insan yang bermoral
adalah individu yang mempunyai niat yang baik dan dijelmakan dengan perbuatan yang
baik. Secara keseluruhannya insan yang bermoral tidak akan melakukan perbuatan
yang tidak bermoral walaupun niatnya baik. Ini kerana perbuatan yang tidak bermoral
itu bertentangan dengan nilai norma dan peraturan dalam sesebuah masyarakat.

Insan bermoral juga adalah lahir daripada amalan nilai murni berasaskan kepada
dimensi

dan

pegangan

prinsip

moralnya.

Kekuatan

untuk

mengamal

dan

mempertahankan prinsip moral yang selari dengan peraturan masyarakat menjadi


faktor utama dalam melahirkan insan bermoral. Ketekalan moral menguatkan pegangan
aku tetap aku walau dalam apa keadaan dan di mana seseorang itu berada. Insan
yang bermoral meliputi tiga dimensi iaitu penaakulan, emosi dan tingkah laku moral.
Insan yang bermoral merupakan insan-insan yang mempunyai sifat-sifat moral.
Konsep insan bermoral ini berkait rapat dengan pendidikan agama. Insan Bermoral
merupakan seseorang yang berkelakuan yang boleh diterima oleh masyarakatnya
dengan cara mematuhi segala set peraturan yang telah ditetapkan oleh autoriti.
Seharusnya orang yang bermoral mempunyai hemah tinggi. Walaupun begitu
pemikiran, kefahaman dan autoriti moral pelajar haruslah dikembangkan untuk
melahirkan Insan Bermoral yang berkesan dengan mengembangkan penaakulan
mereka dalam menangani sesuatu masalah. Ini penting supaya tidak terjadi kekeliruan
atau konflik di antara nilai tradisi dengan nilai Barat disebabkan pengaruh daripada
media massa. Oleh sebab itu seseorang insan bermoral seharusnya mampu bersabar,
menerima, menghormati orang lain, kesetiaan kepada negara, berbudaya cemerlang,
memahami personality dan sebagainya.
Menurut John Wilson (1973), komponen yang perlu ada dalam diri seseorang
insan yang bermoraldikategorikan sebagai konsep peraturan dan prinsip yang difikirkan
perlu perludigunakan dalam tindakan dan perasaan atau emosi yang akan menyokong
kepercayaan bahawa sesuatu konsep atau tindakan itu perlu dilakukan. Dalam halini,
seseorang itu perlu mempunyai pengetahuan tentang keadaan persekitarannya,
berupaya untuk berinteraksi dengan orang di sekelilingnya, dan bertindak mengikut
keputusan yang telah dibuat.

Kesabaran
Sabar merupakan salah satu sifat manusia yang harus dimiliki oleh semua insan
yang bermoral. Sifat sabar akan membawa kebaikan dan banyak sekali manfaat dalam
kehidupan kita. Kesabaran akan menjadikan kita tidak mudah marah, awet muda, tidak
mudah terserang penyakit hati, banyak teman dan berbagai manfaat lain yang sangat
berguna bagi kehidupan kita sebagai makhluk sosial. Menjadi orang yang sabar
memang tidak mudah. Untuk membentuk insan yang mempunyai kesabaran, maka kita
haruslah memahami pengertian sabar menurut para ahli dahulu supaya kita lebih
memahami apakah itu kesabaran.
Sabar merupakan sebuah istilah yang berasal dari bahasa Arab, dan sudah
menjadi istilah dalam bahasa Indonesia. Asal katanya adalah "Shobaro", yang
membentuk infinitif (masdar) menjadi "shabran". Dari segi bahasa, sabar bermakna
menahan dan mencegah. Sabar dalam bahasa Indonesia bererti : Pertama, tahan
menghadapi cobaan seperti tidak lekas marah, tidak lekas putus asa dan tidak lekas
patah hati, sabar dengan pengertian sepeti ini juga disebut tabah, kedua sabar bererti
tenang; tidak tergesa-gesa dan tidak terburu-buru. Dalam kamus besar Ilmu
Pengetahuan, sabar merupakan istilah agama yang berarti sikap tahan menderita, hatihati dalam bertindak, tahan uji dalam mengabdi mengemban perintah-peintah Allah
serta tahan dari godaan dan cobaan duniawi Aktualisasi pengertian ini sering ditunjukan
oleh para sufi. Dalam pendekatan ilmu Fikih, sabar didefinisikan sebagai tabah, yakni
dapat menahan diri dari melakukan hal-hal yang bertentangan dengan huum Islam, baik
dalam keadaan lapang maupun sulit, mampu mengendalikan nafsu yang dapat
menggoncangkan iman. Menurut Ibnu Qayyim sabar berarti menahan diri dari kelih
kesah dan rasa benci, menahan lisan dari mengadu, dan menahan anggota badan dari
tindakan yang mengganggu dan mengacaukan.
Cendekiawan telah membahagikan sifat sabar kepada empat jenis. Jenis yang
pertama ialah sabar terhadap kesusahan dan bala bencana yang menimpa kepada kita.
Antara yang dirumuskan Al-Quran ialah sabar dalam bentuk ini termasuklah bersabar
dengan kefakiran atau kelaparan, bersabar terhadap kesakitan, ketika peperangan atau
ketakutan, kerana kehilangan wang, kehilangan jiwa dan harta benda.

Seterusnya ialah sabar terhadap keinginan nafsu yang menjadi urusan syaitan.
Antaranya sabar atas tarikan dan runtunan nafsu yang rendah dan hina termasuk
bersabar menahan marah. Hal ini dapat mengelakkan pergaduhan antara satu sama
lain. Dengan ini, maka insan yang bersahsiah tinggi dapat dibentukkan.
Salah satu jenis ialah sabar terhadap kemewahan. Ini termasuk bersabar
terhadap kenikmatan orang lain seperti tidak merebutkan benda yang kita mahu
ataupun mahal dari orang lain. Kita haruslah bergantung kepada diri sendiri untuk
mendapatkan sesuatu.
Jenis yang terakhir ialah sabar terhadap kesusahan yang dihadapi. Kesusahan
adalah suatu usaha mulia dan murni. Walaupun ia mempunyai banyak halangan,
namun dia akan memberikan kebaikan dan pengalaman yang akan menjadi berguna
kepada kita pada masa depan. Seseorang yang mempunyai nilai yang tinggi tdak
patutlah berputus asa dengan mudah.
Kesabaran adalah antara sikap paling penting bagi manusia sekiranya mereka
ingin menjadi orang yang disegani oleh kawan dan lawan. Kesabaran adalah asas yang
penting ke arah membentuk seorang insan yang bermoral. Sekiranya manusia tidak
dapat menahan sabar, yakni menyerahkan dirinya pada nafsu kemarahan, mereka akan
menjadi golongan yang mudah ditundukkan oleh hasutan syaitan. Kemarahan adalah
api yang tidak sahaja membakar orang lain tetapi sekiranya salah perhitungan, api akan
membakar diri sendiri.
Kesabaran sewajarnya dilihat dalam perspektif yang jelas. Selain fungsinya
sebagai alat pemantap keterampilan diri, kesabaran juga memainkan peranan ke arah
menghasilkan satu kelegaan emosi kepada manusia. Apabila berhadapan dengan
tekanan dan dugaan. Tanpa kesabaran, manusia akan mudah dibendung oleh
perasaan dendam, tersinggung, dengki dan egoistik.
Paling penting, kesabaran adalah cermin peribadi yang menjadi tali pengukur
sejauh mana ketinggian moral seseorang itu. Kesabaran juga menjadi sebahagian
daripada gambaran keimanan. Bagaimana penilaian masyarakat terhadap manusia
yang mudah panas baran? Tentunya perlakuan kurang sopan itu dilihat sebagai

sebahagian daripada gambaran rendahnya harga diri seseorang itu. Dalam sehuah
hadis. Rasulullah pernah menyebut yang "Sabar itu sebahagian daripada Iman "
Lebih dijelaskan secara terbuka mengenai kepentingan sabar sebagai benteng
ke arah memperkuatkan nilai diri seseorang manusia. Kesabaran bersikap pendorong
dan bagi mereka yang lebih cenderung memilih untuk bersabar, perihadi dalam konteks
kejiwaan dan intelektual akan lebih mudah berkembang. Kemarahan merupakan racun
yang bukan sahaja membunuh emosi manusia tetapi ia mempengaruhi perkembangan
dan kemajuan manusia dalam soal keagamaan, kerjaya, pergaulan dan juga nilai diri.
Pelbagai fenomena yang merombak arus kehidupan manusia dalam zaman
sains dan teknologi serta perlumbaan terbuka dalam pelbagai bidang memerlukan
manusia sentiasa merujuk nilai kesabaran dalam dirinya. Kesabaran dalam kehidupan
sekarang bukan setakat perwatakan tetapi merupakan satu nilai hidup yang memberi
pengaruh secara langsung ke arah pembentukan tamadun sesuatu masyarakat.
Kita renungkan saja watak manusia di jalan raya hari ini. Semua pengguna mahu
sampai cepat ke destinasi kerana urusan peribadi. Keghairahan ini membuatkan
mereka membelakangkan kepentingan orang lain. Apabila ukuran diri diutamakan dan
berlaku halangan dalam usaha untuk merealisasikannya maka berlakulah kemarahan.
Apabila marah, nilai kemuliaan yang menjadi asas dalam perhubungan sesama
manusia mulai luntur dan akhirnya musnah. Di tempat kerja, fenomena depresi berlaku
bukan semata-mata kerana faktor kerja tetapi ada kalanya terjadi kerana kelemahan
manusia menguasai emosi diri dan fikirannya sendiri. Apabila wujud pertentangan
antara

kepentingan

atau

keinginan

diri

dengan

persekitaran,

manusia

akan

memberontak sama ada secara terbuka atau dalaman.


Apabila kemarahan dalaman tidak dapat dikuasai, maka berlakulah tekanan.
Institusi kekeluargaan juga turut teruji. Kesabaran menjadi tembok ke arah pengukuhan
hubungan kekeluargaan manakala kemarahan menjadi pemusnah yang bakal
meruntuhkan segala kebahagiaan yang terbina. Suami isteri harus mengerti persoalan
ini kerana banyak kes perceraian berlaku kerana pasanganpasangan terbabit
membiarkan diri mereka dikuasai oleh rasa marah. Keadaan hubungan rumah tangga

menjadi lebih kritikal dalam konteks masa kini di mana suami dan isteri bekerja. Depresi
yang wujud di kedua-dua belah pihak akibat tekanan pekerjaan akan membuatkan
suasana di rumah terdedah kepada bahaya. Sabar adalah sifat yang wajar diasuh sejak
individu berada dalam institusi yang kecil lagi iaitu di rumah.
Kesimpulannya, sifat kesabaran harus diamalkan oleh semua individu bagi
membentuk insan yang bermoral. Hal ini dapat mengelakkan huru-hara, pergaduhan
dan perselisihan faham dalam kalangan lapisan masyarakat.
Penerimaan
Penerimaan akan memperlihatkan perlakuan yang positif menerima sepenuhnya
sesuatu perkara dengan hati yang ikhlas tanpa ada unsur paksaan. Malaysia
memerlukan insan yang mengamalkan sifat penerimaan yang dapat menerima apa jua
perkara baik dan mendapat persetujuan secara bersama. Penerimaan semua kaum
untuk mendapatkan yang terbaik amat diperlukan bagi membina sebuah negara
bangsa. Perkara-perkara yang terbaik daripada kaum Melayu, Cina, India dan lain-lain
perlu diterima pakai serta mendapat penerimaan daripada masyarakat negara ini.
Penerimaan tidak bermakna bahawa kita berasa gembira bahawa apa yang
berlaku kepada kita. Ia hanya bermakna kita berdamai dengan keadaan tertentu dan
tidak menggunakan tenaga kita untuk menegakkan sesuatu yang diingini. Mengapa
berjuang dengan realiti? Insan yang bermoral haruslah sentiasa bersedia untuk
menguruskan fikiran kita dan menyesuaikan diri dengan keadaan di tangan. Dengan ini,
maka pergaduhan dan konflik akan dikurangkan.
Penerimaan juga tidak bermakna menafikan atau mengabaikan perasaan kita
tentang keadaan. Sebagai manusia, kita mempunyai pelbagai emosi yang menyakitkan.
Menyesakkan mereka hanya akan memanjangkan kewujudan mereka. Sakit adalah
satu bahagian yang tidak dapat dielakkan daripada menjadi manusia. Penderitaan, di
sisi lain, tidak. Semasa kita menambah emosi negatif yang tidak perlu untuk
menyakitkan kita, maka kita telah mencipta penderitaan. Oleh itu, insan yang bermoral
haruslah dapat mengawal emosi mereka dengan baik. Emosi yang negatif akan

menjejaskan orang di sekeliling kita. Maka, sikap penerimaan memang amat penting
untuk seseorang untuk mengawal emosi mereka.
Penerimaan bukan untuk menerima semua perlakuan orang lain yang tidak
betul. Kelakuan buruk orang lain adalah tentang. Kita haruslah menyedari bahawa
dunia ini tidak mempunyai insan yang sempurna. Kita haruslah memaafkan sebarang
tindakan salah orang lain dan memberikan mereka peluang untuk insaf. Kita hendaklah
sentiasa menerima keperibadian mereka dan mendapat pengajaran dari kelakuan
orang lain supaya dapat meningkatkan nilai keperibadian diri.
Perdana Menteri kita Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak telah
menggariskan satu konsep yang baru untuk sebagai panduan setelah beliau dilantik
sebagai Perdana Menteri yang baru iaitu konsep 1Malaysia. Prinsip penerimaan
merupakan salah satu dari tiga prinsip teras gagasan 1Malaysia selain dari prinsip
kenegaraan dan prinsip keadilan sosial. Prinsip penerimaan bererti walaupun rakyat
Malaysia terdiri daripada pelbagai kaum yang mempunyai cara hidup, amalan dan
kebudayaan yang berbeza, tetapi kita menerima antara satu sama lain sebagai rakan
setia yang akrab dan bersatu.
Jika kita rujuk kembali kepada sejarah Malaysia, nilai penerimaan sebenarnya
sudah lama kita praktikkan antara rakyat Malaysia sendiri. Kita mengambil contoh
tentang Kontrak Sosial, di mana kaum Melayu, Cina dan India sudah pun bersetuju dan
berjanji dengan menerima beberapa perkara untuk bersatu. Bagi kaum Melayu, mereka
sudah bersetuju untuk menerima kaum Cina dan India untuk menjadi warganegara
Malaysia. Manakala bagi kaum Cina dan India mereka telah bersetuju untuk menerima
dan mengakui tentang perkara hak keistimewaan melayu, kedudukan raja-raja dan
Sultan, Islam sebagai agama persekutuan dan Bahasa Melayu sebagai bahasa
kebangsaan. Jika kita lihat nilai penerimaan ini sudah lama dilakukan di Malaysia ini.
Kita boleh kaitkan Kontrak Sosial dengan nilai penerimaan yang telah
dicadangkan oleh Perdana Menteri kita dari segi sosial. Pendidikan yang utamanya, di
mana semua rakyat perlu menerima dengan kuota yang diberikan kepada orang
Melayu, contohnya kuota untuk memasuki Sekolah Berasrama Penuh (SBP), Maktab

Rendah Sains Mara (MRSM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Matrikulasi dan
universiti-universiti awam. Begitu juga dengan kuota untuk biasiswa-biasiswa kerajaan,
seperti biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dengan menetapkan kuota melayu
nisbah kaum lain ialah 55%:45%, dan Majlis Amanah Rakyat (MARA) khas untuk
Melayu dan bumiputera. Seterusnya dengan penerimaan agama Islam sebagai agama
persekutuan Malaysia, semua kaum perlu menerima ini memandangkan ia sudah
termaktub dalam Perlembagaan Malaysia, malahan agama-agama lain juga boleh
mengamalkan agama masing-masing di negara ini. Amat penting bagi semua rakyat
Malaysia untuk memahami nilai penerimaan dalam perkara sosial ini.
Dengan contoh ini, maka kita lebih memahami kepentingan sikap penerimaan
untuk mengelakkan sebarang pertikaian antara satu sama lain.
Nilai penerimaan yang harus seorang insan bermoral hayati dan fahami ialah
mengenai perbuatan, sikap, anggapan dan pandangan terhadap hakikat sesuatu
kebenaran fakta, misalnya hakikat sejarah Malaysia dan sifat kepelbagaian yang ada.
Nilai penerimaan itu ditandai oleh suatu perlakuan yang positif, menerima sesuatu
kebenaran dengan hati yang tulus, ikhlas dan terbuka. Jangan ada sebarang rasa tidak
puas hati terhadap apa juga yang telah termaktub dalam Perlembagaan dan tercatat
dalam Rukun Negara. Persetujuan bersama antara para pemimpin silam harus diakuri
tanpa sebarang kompromi demi perpaduan dan kesejahteraan bersama.
Lantaran itu, impian untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang benarbenar bersatu padu hanya boleh dicapai sekiranya rakyat mengamalkan nilai yang
terkandung dalam gagasan 1Malaysia. Nilai itu jika dikaitkan dengan pemikiran rakyat
untuk berubah dari satu paradigma dengan paradigma asas ialah sikap bertolak ansur,
saling hormat menghormati antara satu sama lain, akur dengan apa yang telah
dipersetujui bersama. Dalam gagasan 1Malaysia, bertoleransi hanya permulaan,
paradigma selepas itu telah berubah dari sikap toleransi kepada penerimaan
sepenuhnya. Hakikat ini harus difahami oleh semua rakyat Malaysia yang cintakan
perpaduan.

Dengan kata lain, apabila kita ikhlas menerima perbezaan dalam masyarakat
kita, tulus menerima kepelbagaian sebagai sesuatu yang unik, sesungguhnya ini adalah
sesuatu yang memberi kekuatan kepada kita dan bukan sebaliknya. YAB Perdana
Menteri Dato Seri Najib Tun Razak berkata bahawa,
Jika kepelbagaian diterima sepenuhnya di kalangan masyarakat sebagai satu sumber
kekuatan dan sesuatu yang unik, barulah kita bergerak dari satu peringkat ke satu peringkat
yang lain. Dan apabila kita bergerak dari paradigma bertoleransi kepada penerimaan
sepenuhnya, terdapat satu kemuncak muktamad iaitu meraikan kepelbagaian kita. Apabila kita
meraikan kepelbagaian kita barulah ia bermakna kita telah mencapai destinasi akhir Bangsa
Malaysia 1Malaysia, dan barulah kita akan berfikir dan kita akan bertindak sebagai 1Rakyat,
1Negara dan 1 Impian.

Penerapan nilai penerimaan ini mewujudkan sifat keikhlasan dan bukan paksaan
untuk menerima kaum lain. Insan akan mendapat apa yang terbaik bagi mereka jika
mereka sanggup menerima apa yang terbaik bagi kaum lain. Sebagai contoh,
penerimaan semua pelajar yang berbeza kaum terhadap penggunaan bahasa Melayu
dalam sistem pembelajaran kokurikulum adalah perkara terbaik bagi semua pihak. Hal
ini kerana, dengan penerimaan atau perkongsian bahasa ini akan melahirkan pelajar
yang saling memahami dan bermoral.
Integriti
Integriti sebenarnya berasal dari istilah bahasa Inggeris integration yang
membawa erti keutuhan dari semua segi yang baik. Dalam bahasa Melayu, ia biasanya
menjurus ke arah perwatakan seseorang. Maksud integriti mengikut Kamus Dwibahasa
DBP (1985), ialah kejujuran dan ketulusan; kesempurnaan; keutuhan.
Dari maksud yang didapati dari Kamus di atas, integriti adalah sifat jati diri yang
merangkumi juga keikhlasan, keterbukaan, ketelusan, amanah, benar, berpegang
kepada prinsip, tidak mudah dipengaruhi, boleh dipercayai, boleh pegang cakapnya dan
sebagainya.
Integriti secara umumnya ialah kualiti unggul yang wujud secara keseluruhan
dan padu pada individu dan organisasi. Integriti berkaitan erat dengan etika. Ia adalah

berlandaskan etika dan pencerminan etika dalam tindakan sehari-hari. integriti boleh
dibincangkan kepada dua bahagian iaitu, pertama bersabit dengan individu dan kedua
integriti di peringkat organisasi. Namun begitu, pada umumnya integriti merujuk kepada
himpunan kualiti unggul yang wujud di kalangan individu dan kualiti ini berteraskan
kepada prinsip berpegang teguh kepada kejujuran dan amalan bermoral tinggi.
Integriti individu ialah keselarasan di antara apa yang dikatakan oleh individu
dengan apa yang dikotakannya, keselarasan di antara tindakannya dengan prinsip
moral, etika dan undang-undang serta keselarasan di antara kepentingan diri dengan
kepentingan umum. Apa yang dilakukan individu itu pula cepat, tepat dan bermutu.
Apabila seseorang bertindak atau bertingkah lalu demikian secara konsisten dalam
pelbagai segi, dia dikatakan mempunyai integriti. Apabila bertindak sebaliknya, dia
dikatakan tidak berintegriti atau lemah integritinya. Dengan ini, maka bolehlah kita lihat
dengan jelas bahawa integriti memang merupakan salah satu ciri insan yang bermoral
yang amat penting.
Selain individu, organisasi juga mesti mempunyai integriti. Integriti organisasi
bolah dicerminkan dalam perumusan dan pelaksanaan kod etika, piagam pelanggan
atau sistem dan proses kerja serta pematuhan kepada amalan terbaik. Kod etika
organisasi ditegaskan, diulangi dan dihayati oleh anggota organisasi berkenaan
sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya menjadi budaya organisasi. Seseorang
individu yang bermoral haruslah sentiasa memberi perkhidmatan yang baik kepada
pelanggannya tanpa mengira kaum, bangsa, jantina ataupun umurnya.
Bagi individu yang memegang amanah seperti mereka yang menjawat jawatan
awam,

integriti

bermaksud

melaksanakan

amanah

dan

kuasa

yang

dipertanggungjawabkan menurut kepentingan umum. Penjawat jawatan itu tidak boleh


menyalahgunakan kuasanya untuk kepentingan diri, keluarga, saudara mara atau kaum
kerabat sendiri. Apabila berlaku konflik kepentingan, ia mesti diselesaikan dengan
memberi keutamaan kepada kepentingan awam. Hal ini akan mencerminkan sama ada
penjawat awam itu ialah seorang yang bersahsiah mulia. Dengan demikian penjawat itu
perlu telus dan tulus, harus memikul pertanggungjawaban terhadap ketuanya, orang di
bawahnya dan kepada pihak lain.

Selain itu, integriti juga amat penting bagi sesebuah kerajaan untuk mendapat
kepercayaan dan keyakinan rakyat. Kepercayaan dan keyakinan diperoleh melalui nilainilai integriti. Nilai ini perlu diamalkan oleh semua pihak daripada pemimpin sehingga
semua peringkat tanpa mengira kedudukan. Pemimpin haruslah sentiasa bersikap jujur
terhadap sesuatu tindakan dan percakapan. Contohnya, bercakap benar walaupun
perkara yang disampaikan itu pahit dan sukar diterima. Mereka juha haruslah berusaha
memperbaiki kesilapan. Setiap perkara atau tindakan yang gagal atau salah perlu
diperbaiki bagi mendapatkan hasil yang sempurna.
Secara idealnya integriti sama ada di peringkat individu ataupun organisasi
bermaksud 'code of behavior. Jika semua orang melaksanakan kod ini dengan baik
mengikut lunas-lunas yang ditetapkan oleh agama dan masyarakat bertamadun,
nescaya sebuah masyarakat atau negara itu akan maju dan bertamadun.
Walaubagaimanapun, terdapat banyak kes yang menjadi bukti mengapa integriti
sukar dicapai malah masalah tiada integriti masih menjadi masalah utama kepada
negara. Kita sering mendengar bagaimana seorang penjawat awam mahupun swasta
menerima rasuah untuk memudahkan sesuatu proses yang melibatkan kepentingan
umum. Rasuah untuk mendapatkan tender, rasuah untuk memotong barisan, rasuah
untuk mengelak dari dikenakan hukuman dan macam-macam lagi.
Pada satu tahap amalan tidak berintegriti seperti memberi dan menerima rasuah
ini, seakan-akan sudah menjadi sebahagian dari budaya yang diamalkan oleh
sebilangan

ahli

masyarakat.

Dengan

budaya

ini,

maka

seseorang

yang

berkeperibadian tinggi tidak dapat dibentuk dalam kalangan lapisan masyarakat.


Pegawai yang terlibat dalam amalan rasuah kebanyakannya ialah golongan yang
sepatutnya bertanggungjawab bagi penguatkuasaan undang-undang. Untuk membasmi
amalan ini, semua agensi penguatkuasaan undang-undang perlu mempunyai sistem
audit dan kawalan dalaman yang boleh mengesan penyelewengan. Usaha berterusan
perlu dilakukan untuk memupuk integriti dan nilai-nilai etika yang tinggi kerana orang
yang berintegriti tidak mungkin melakukan amalan rasuah dalam apa jua keadaan.
Penerapan nilai-nilai murni dan etika dengan disertai kepatuhan kepada sumpah tadbir

urus yang baik adalah cara yang paling berkesan untuk memerangi amalan rasuah
dalam perkhidmatan awam.
Bagi mempertingkatkan intergriti, tumpuan harus diberi kepada peningkatan
secara menyeluruh iaitu bermula daripada peringkat akar umbi hingga ke peringkat
atas. Semua pihak serta sektor perlu mengambil bahagian iaitu institusi keluarga,
komuniti,

masyarakat,

sektor

agama,

sosiobudaya,

ekonomi,

politik

dan

pentadbiran.Dengan penglibatan yang menyeluruh semua pihak dari semua lapisan


dan sektor masyarakat dalam usaha meningkatkan integriti maka ia mempunyai
kekuatan dan keampuhannya yang tersendiri. Tugas untuk mempertingkatkan intergriti
merupakan tanggungjawab semua rakyat Malaysia. Setiap individu dalam pelbagai
peranan yang berbeza perlu memastikan supaya nilai murni diterapkan dan diamalkan
pada diri sendiri, anggota keluarga serta masyarakat di sekeliling.
Keluarga adalah unit paling asas bagi pembentukan sikap dan nilai murni dalam
diri. Keluarga membimbing tingkah laku dan membentuk serta memantapkan integriti.
Tumpuan pembentukan nilai-nilai murni harus bermula daripada kanak-kanak manakala
ibu bapa dan penjaga harus membimbing dan menjadi teladan yang baik. Dengan
demikian, dalam gerakan pemantapan intergriti, institusi keluarga memainkan peranan
utama.
Komuniti terdiri daripada keluarga dan kelompok-kelompok kejiranan yang
menjalin rangkaian sehingga menjadi komuniti yang lebih luas. Dalam komuniti terdapat
pelbagai institusi tradisional seperti ketua kampung, imam, penghulu, pemanca dan
ketua kaum yang sepatutnya menyemai nilai-nilai murni masyarakat kepada generasi
baru. Kewujudan institusi seperti ini membantu pembentukan identiti berlandaskan nilai
tradisi. Pertubuhan dan institusi ini perlu diperkukuhkan dan peranan mereka
ditingkatkan untuk bersama-sama dengan institusi keluarga dan lain-lain dalam gerakan
pemantapan intergriti ini akan menyumbang kepada usaha pembudayaan intergriti di
kalangan anggota masyarakat.
Cabaran terbesar parti dan ahli politik terutamanya bagi parti yang memegang
kuasa ialah memantapkan intergriti dan menangani harapan rakyat yang kian

meningkat. Hasil kemajuan pendidikan dan pendedahan kepada dunia luar, rakyat
semakin sedar tantang hak mereka. Dengan itu mereka semakin tidak teragak-agak
untuk mengemukakan tuntutan bagi mendapatkan hak mereka itu. Rakyat juga mahu
gelanggang politik menjadi medan yang bersih dan landasan memajukan masyarakat
dan negara. Justeru rakyat menuntut mereka yang menceburi politik atau yang
berkuasa supaya bersifat amanah, telus, bertanggugjawab, serta benar-benar
berkhidmat demi kepentingan rakyat dan negara. Wakil-wakil rakyat juga dikehendaki
berpegang pada etika dan prinsip bekerja bersama-sama ketua, bukan untuk ketua,
tetapi untuk rakyat dan Negara
Institusi agama sangat penting dalam membina intergriti individu, masyarakat
dan negara. Pembinaan ini dilakukan dengan menyemai nilai-nilai moral dan etika di
dalam diri individu dan keluarga berlandaskan ajaran agama masing-masing. Ia juga
dilakukan dengan menerapkan nilai-nilai murni dalam pengurusan pelbagai institusi lain
termasuk pendidikan, media, ekonomi, politik dan pentadbiran. Oleh yang demikian,
institusi agama perlu memainkan peranan sebaik mungkin. Sikap saling menghormati
antara penganut pelbagai agama perlu ditingkatkan. Niali-nilai murni yang sejagat
sifatnya daripada pelbagai agama perlu diketengahkan serta dimanfaatkan untuk
meningkatkan perpaduan dan saling kefahaman antara penganut mereka.
Pemacu utama dalam bidang ekonomi ialah sektor swasta yang menjadi penjana
pertumbuhan ekonomi Negara. Kejayaan sektor swasta bergantung kepada keupayaan
menangani persaingan dan persekitaran yang mencabar. Dalam kontek ini sungguhpun
sektor swasta memainkan peranan penting sebagai pemacu pertumbuhan ekonomi dan
menyediakan pekerjaan untuk rakyat, ia juga terlibat dalam gejala rasuah dan amalan
tidak beretika yang lain. Pelbagai skandal melibatkan syarikat besar di negara maju
menunjukkan pentingnya isu integriti menjadi agenda utama untuk dilaksanakan tanpa
mengira negara maju ataupun negara membangun seperti Malaysia. Keuntungan
menjadi titik tolak dan juga matlamat syarikat dan perniagaan. Apabila berdepan
dengan cabaran yang menjejaskan keuntungan, pihak majikan sering memindahkan
beban cabaran itu kepada pekerja. Justeru soal etika dan intergriti dalam perniagaan
dan keseluruhan ruang ekonomi sangat penting. Perkara di atas menegaskan satu

hakikat pokok bahawa peningkatan etika dan intergriti amat perlu diterapkan dalam
bidang ekonomi.
Institusi sosiobudaya yang merangkumi pendidikan, kesihatan, rekreasi dan
sukan, media massa serta seni sastera dan warisan turut memainkan peranan
membina dan mengukuhkan integriti masyarakat dan negara. Institusi ini menyumbang
kepada pembinaan modal sosial, meningkatkan kesihatan dan keceriaan, memupuk
perasaan kekitaan, menangani gejala sosial dan lain-lain. Institusi pendidikan
memainkan peranan yang amat penting dalam pembinaan insan yang beretika dan
bertanggungjawab,

selain

berperanan

menyediakan

sumber

manusia

yang

berpengetahuan, berkemahiran, komited dan cekap. Dengan demikian institusi ini


mempunyai pengaruh yang amat besar terhadap pengukuhan intergriti keluarga,
komuniti dan seterusnya masyarakat dan negara. Komponen lain seperti media massa,
seni, sastera dan warisan membentuk sikap serta pandangan mengenai dunia dan
kehidupan masyarakat dan negara. Kesemua komponen tersebut turut menyemai nilainilai bagi pembinaan insan dan pembentukan identiti. Justeru itu komponen-komponen
ini perlu digembeleng dalam usaha pemantapan intergriti.
Menyedari tentang pentingnya integriti di kalangan masyarakat, kerajaan juga
telah menyediakan dan melaksanakan Pelan Integriti Nasional (PIN). Pelan ini
dibangunkan dengan fokus utamanya untuk menanam dan memupuk budaya etika dan
integriti di kalangan semua lapisan masyarakat Malaysia. Pelan seumpama ini
membolehkan kerajaan merancang pelbagai program secara teratur dalam usaha
membudayakan etika dan integriti masyarakat. Sebelum ini telah terdapat pelbagai
usaha yang dilakukan, tetapi didapati usaha-usaha ini tidak konsisten dan tidak
menyeluruh, dan hasilnya sebilangan besar usaha-usaha ini menemui kegagalan
terutamanya dalam usaha mewujudkan kerjasama semua sektor. Skop dan konsep
yang dibawa oleh PIN kelihatannya lebih menyeluruh dalam memberi panduan kepada
setiap komponen masyarakat untuk membudayakan integriti.
PIN yang dilancarkan pada 23 April 2004, oleh bekas Perdana Menteri Malaysia
yang kelima, Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi, adalah selaras untuk membentuk
sebuah masyarakat yang kukuh ciri-ciri moral dan etikanya, dengan para warganya

mempunyai nilai keagamaan dan kerohanian yang utuh, dan ditunjangi oleh budi pekerti
yang luhur. PIN menetapkan lima sasaran keutamaan yang perlu dicapai. Pertama
sekali ialah mengurangkan gejala rasuah, penyelewangan dan salah guna kuasa
secara berkesan Selain itu, PIN juga berharap dapat meningkatkan kecekapan dalam
sistem

penyampaian

perkhidmatan

awam

dan

mengatasi

karenah

birokrasi.

Meningkatkan tadbir urus korporat dan etika perniagaan juga merupakan salah satu
sasaran PIN. Seterusnya ialah memantapkan institusi keluarga. Sasaran PIN yang
terakhir ialah meningkatkan kualiti hidup dan kesejahteraan masyarakat.
Pemantapan integriti memerlukan perancangan, pelaksanaan, penyelarasan dan
pemantauan berkesan. Gerakan oleh semua sektor masyarakat diyakini dapat
mengkoordinasi segala tindakan ini secara lebih holistik dan menjurus ke arah
pencapaian matlamatnya. Sinergi bersama secara kolektif ini menjadikan pemantapan
integriti satu gagasan dan wadah yang sangat penting dan perlu dilakukan dengan
sistematik, komitmen yang tinggi dan sepenuh keikhlasan. Hanya dengan kerjasama
semua pihak sahaja cabaran melahirkan pegawai perkhidmatan awam yang berintegriti
tinggi dapat diatasi, dan seterusnya melahirkan pegawai yang mempunyai integriti kelas
pertama.
Kita perlu menangani masalah ini secara menyeluruh dan menyuburkan semula
nilai-nilai murni dalam segala tingkah laku dan tindakan kita. tidak ada gunanya jika
masyarakat malaysia kaya dari segi kebendaan, tetapi muflis dari segi nilai moral,etika
dan integriti.
Pembudayaan etika dan integriti individu harus melalui satu proses seumur
hidup. Ia melibatkan peranan pelbagai institusi masyarakat seperti keluarga, pendidikan
dan media massa. Pembudayaan etika dan integriti dalam organisasi pula, menuntut
kepimpinan bertindak sebagai teladan (role model) manakala anggota lain menzahirkan
kod itu dalam tindakan mereka. Organisasi juga perlu mempunyai matlamat yang jelas
dan realistik yang dikongsi bersama oleh anggota organisasi. Ia perlu mempunyai
sistem dan prosedur yang baik bagi melicinkan pelaksanaan tugasnya secara cekap,
teratur, dan tepat, di samping mempunyai sistem kawalan kualiti, pemantauan, ganjaran

dan penghukuman. Etika dan integriti yang digariskan itu perlu dipatuhi supaya insan
yang bermoral dapat dibentuk.
Meritokrasi
Menurut Amir Hasan Dawi (2002) dalam bukunya yang berjudul Penteorian
Sosiologi dan Pendidikan meritokrasi adalah satu pandangan atau memberi peluang
kepada orang untuk maju berdasarkan meritnya, yakni berdasarkan kelayakkan dan
kecekapannya atau kecemerlangannya. Manakala, menurut Kamus Dewan (Edisi
ketiga) meritokrasi ialah satu sistem sosial yang menyanjung tinggi kedudukan
seseorang kerana kebolehannya dan bukan kerana keturunan atau kekayaan.
Pendek kata, meritokrasi adalah satu sistem sosial yang menyanjung tinggi
kebolehan dan keupayaan seseorang tanpa mengira pangkat, keturunan, kaum dan
agama. Sistem ini telah lama diaplikasikan dalam sistem pendidikan di negara kita,
Malaysia. Pengambilan para pelajar ke sekolah berasrama penuh adalah berdasarkan
pencapaian mereka di dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR), Penilaian
Menengah Rendah (PMR), Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Pelajaran
Malaysia (STPM). Kaedah ini dianggap sesuai oleh semua pihak memandangkan
kekosongan yang ada di sekolah berasrama penuh dan universiti-universiti tempatan
adalah terhad. Kebolehan seseorang dikaitkan dengan kepandaiannya yang diukur
melalui sistem penilaian yang objektif dan diterima oleh masyarakat. Singapura adalah
sebuah negara yang mengamalkan sistem meritokrasi dalam setiap aspek kehidupan
bermasyarakat.
Secara asas, semua faham maksud prinsip meritokrasi. Akan tetapi, ianya tidak
boleh digunakan sepenuhnya kerana ada kalanya anda perlu mengambil kira faktorfaktor lain. Contohnya, ada golongan yang tidak berkemampuan atau masyarakat yang
tinggal di luar bandar, di estet-estet atau juga di kampung-kampung baru. Mereka
berada di luar kawasan atau di luar lingkungan masyarakat yang lebih dinamik, dan
sememangnya mereka perlukan perhatian dan pertimbangan. Sungguhpun demikian,
meritokrasi kekal menjadi satu prinsip yang mulia dan diperlukan untuk memacu
Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.

Nilai meritokrasi mempunyai kaitan rapat dengan nilai budaya kecemerlangan


dan nilai ketabahan. Pengamalan budaya cemerlang dan berprestasi tinggi akan
membawa Malaysia ke tahap kejayaan serta pencapaian yang lebih tinggi. Penerapan
nilai meritokrasi dalam nilai budaya kecemerlangan membolehkan rakyat Malaysia
memberikan yang terbaik. Oleh yang demikian, nilai meritokrasi memainkan peranan
yang penting sebagai asas kepada budaya kecemerlangan. Nilai meritokrasi dan nilai
budaya kecemerlangan adalah adunan yang diperlukan untuk memaksimumkan potensi
Malaysia.
Kehidupan bukan semuanya mudah. Sebarang tanggapan bahawa kehidupan
adalah lakaran lurus yang sentiasa mendaki tanpa penghujungnya merupakan satu
salah anggapan. Seseorang itu hendaklah menerima kehidupan sebagai satu siri naik
dan turun. Perjuangan untuk mencapai kemajuan dan kecemerlangan negara amat
memerlukan pemimpin dan rakyatnya tabah menghadapi segala rintangan dan dugaan.
Rakyat Malaysia yang mengamalkan nilai ketabahan akan mempunyai semangat juang
yang tiggi yang seterusnya menjurus kepada masyarakat yang bermoral.
Dasar meritokrasi juga penting kerana penghijrahan manusia berlaku hampir di
seluruh dunia. Hari ini, sukar untuk kita dapati sebuah negara yang memiliki anak watan
daripada satu bangsa sahaja. Kalau kita mampu untuk mengenal pasti sesebuah
negara seperti itu, pastinya di kalangan rakyatnya ada yang berasal daripada
perkahwinan campur di mana ibunya adalah warga asing. Biasanya di kebanyakan
negara, warga yang berasal daripada perkahwinan campur seperti ini menikmati
kedudukan sosial yang berlainan daripada warga yang lain. Oleh itu, wujudnya
perbezaan sosial di kalangan masyarakat menjejas keharmonian hidup bermasyarakat
di antara golongan yang berbeza. Keharmonian masyarakat akan lebih tergugat jika
kedudukan dan kekuasaan seseorang dalam masyarakat tidak dilandaskan kepada
prinsip meritokrasi tetapi atas dasar bangsa dan keturunannya. Singapura sering
dijadikan contoh negara yang berbilang bangsa di mana kehidupan bermasyarakatnya
aman. Kejayaan Singapura selalunya dikaitkan dengan dasar meritokrasi yang
diamalkan oleh pemerintah di negara itu.

Sesebuah negara akan maju jika para pemimpinnya dipilih atas dasar
meritokrasi. Melalui sistem meritokrasi para pemimpin yang dipilih untuk menerajui
pelbagai bidang dalam sesebuah negara pastinya yang benar-benar berkebolehan. Hari
ini, kita dapat saksikan negara yang mengamalkan sistem feudal di mana para
pemimpinnya dipilih mengikut dasar keturunan tidak terserlah walaupun negara itu
mempunyai sumber asli negara yang berharga. Sebagai contoh, negara Brunei
Darussalam yang kaya dengan sumber minyak tetapi pencapaiannya tidak terkenal di
persada dunia. Sistem meritokrasi lebih objektif dalam menilai kebolehan seseorang.
Melalui sistem ini hanya mereka yang dikenal pasti berkelayakan walaupun daripada
lapisan kehidupan bermasyarakat yang berbeza diberikan peluang untuk memimpin.
Sebagai sebuah negara maju, Singapura beruntung kerana sejak kemerdekaan, hanya
para pemimpin yang berkelayakan dipilih untuktampil menerajui pucuk kepimpinan
negara dalam pelbagai bidang.
Pelaksanaan meritokrasi secara berperingkat-peringkat dilihat sebagai ubat
mujarab untuk memulihkan jati diri pelajar yang dikatakan semakin lesu. Sesungguhnya
dalam melaksanakan agenda pendidikan kebangsaan para pemimpin, pelajar dan
masyarakat perlu mengkaji pro dan kontranya sesuatu isu tersebut sebelum menerima
dan melaksanakannya dalam pendidikan. Berikut adalah kebaikkan meritokrasi.
Pertama sekali, dengan adanya sistem ini para pelajar dapat bersaing secara sihat
untuk mendapat atau merebut peluang yang ada di hadapan mereka. Tiada kaum yang
akan mempertikaikan kemasukkan kaum-kaum lain ke institut pengajian tinggi awam.
Kedua, institut pengajian tinggi awam dapat melahirkan graduan yang benar-benar
mahir dalam bidang yang diambil oleh para pelajar.Ini kerana pelajar sentiasa berusaha
dengan sedaya upaya untuk membuktikan kebolehan mereka. Ketiga, para pelajar di
luar bandar akan mendapat faedah yang banyak kerana jika sistem ini dilaksanakan
sudah pasti pihak kerajaan akan mewujudkan frasarana yang lebih baik seperti
wujudnya kelas atau bilik komputer yang lengkap dengan peralatan terkini,
perpustakaan yang mempunyai buku-buku rujukan yang berkualiti dan terkini serta lainlain kemudahan yang difikirkan sama dengan sekolah bandar.

Oleh yang demikian setiap individu itu hendaklah bersaing antara satu sama lain
untuk mengecapi kejayaan. Mereka perlu berlumba-lumba untuk mendapatkan sesuatu
kerana peluang antara satu sama lain adalah sama rata.
Menghormati hak orang lain
Sikap menghormati hak orang lain boleh ditakrifkan sebagai memberi
penghargaan yang baik kepada seseorang dengan penuh kesopanan. Setiap individu
diberikan hak dan kebebasan untuk menjalani kehidupan mereka mengikut peraturan
dan undang-undang yang diperuntukkan.
Manusia dilahirkan sebagai makhluk sosial yang mengakibatkan mereka harus
bersilang dan berinteraksi dengan orang-orang sekitarnya walaupun tidak diingini
kerana pada hakikatnya manusia tidak boleh hidup sendiri dan memerlukan bantuan
orang lain. Dalam kehidupan nyata kita tidak boleh melakukan dan memenuhi
keperluan kita sendiri tanpa bantuan orang lain, contohnya ketika kita pergi ke bengkel
motor ataupun membina rumah kita memerlukan bantuan orang lain, sehingga untuk
memenuhi keperluan kita tersebut kita harus menjaga sikap dan perilaku kita semasa
berinteraksi dengan orang lain dan yang paling penting adalah sikap menghargai hak
orang lain.
Selain itu, sebagai sebuah negara yang mempunyai pelbagai kaum, sikap saling
menghormati dan toleransi perlu dijadikan amalan. Terdapat tiga perkara utama yang
perlu diamalkan oleh anggota masyarakat iaitu menghormati perbezaan individu,
menghormati kebolehan dan bakat orang lain serta menghormati pendapat orang lain.
Setiap anggota masyarakat perlu menyedari bahawa setiap individu adalah berbeza
dari segi kebolehan, pemikiran, agama dan kepercayaan. Perbezaan ini berpunca
daripada faktor keturunan, latar belakang ekonomi keluarga, baka, persekitaran tempat
tinggal, agama dan didikan yang diperoleh daripada keluarga. Justeru, untuk hidup
dalam kelompok masyarakat yang harmoni, perbezaan ini perlu difahami dengan
sepenuhnya.

Jika kita bercakap tentang sebab kita perlu menghormati orang lain maka ada
beberapa alasan kuat sebab kita harus menghormati hak orang lain iaitu kerana kita
saling memerlukan, saling menguntungkan, saling mengisi, dan saling menguatkan.
Mungkin sebahagian orang selalu menuntut kerana orang lain tidak menghargai
haknya, namun jika kita lihat balik mengapa seseorang tidak dihargai haknya, hal itu
kerana mereka juga tidak menghargai hak orang lain. Bagaimana orang lain boleh
menghargai kita kalau kita sendiri tidak menghargai hak orang lain.
Bakat dan kebolehan individu lain juga perlu dihormati ke arah pengekalan
keharmonian masyarakat. Setiap individu dilahirkan dengan bakat dan potensi yang
berbeza dan memberi sumbangan berasaskan potensi dan bakat yang mereka miliki
dengan cara mereka tersendiri. Justeru, seseorang individu tidak boleh menganggap
dirinya sahaja yang mampu memberi sumbangan dan mengenepikan peranan orang
lain. Setiap anggota masyarakat dapat hidup dalam keadaan yang harmoni jika mereka
mengamalkan sikap saling menghormati. Sikap menghormati hak orang lain
membolehkan kita menerima hakikat bahawa Tuhan mencipta manusia berpuak-puak
dan berbeza-beza. Kita mungkin tidak memahami cara hidup orang lain yang berbeza
dengan cara hidup yang kita amalkan, namun melalui amalan sikap toleransi dan
menghormati hak orang lain kita akan menerima perbezaan tersebut dan memahami
cara hidup orang lain. Sikap ini membuatkan kita lebih empati terhadap kesukaran yang
ditempuh oleh orang lain dan menjadikan kita lebih fleksibel untuk hidup bersama
dalam pelbagai situasi.
Setiap orang menginginkan keberadaannya diakui dan hak-haknya dihormati.
Rasa harga diri sebagai manusia akan terusik jika hak-haknya diabaikan oleh orang
lain, kerana harga diri merupakan identiti manusia yang pada dasarnya memang butuh
pengakuan dari pihak lain, sehingga kadang orang akan berbuat nekad jika harga
dirinya dilanggar dan diusik oleh orang lain. Namun tidak dibenarkan jika kita terlalu
memaksakan kehendak kita kepada orang lain, kerana setiap orang memilki hak
inividual namun jangan sampai hak individu menjadi alasan untuk tidak menghargai hak
orang lain. Jika berlaku dua kepentingan yang berbeza di antara kedua-dua belah

pihak, kita harus mencarikan jalan keluarnya dengan cara musyawarah untuk mencapai
titik temu.
Selain itu, setiap individu juga berhak menyuarakan pendapat masing-masing
secara berhemah. Namun kebebasan tersebut perlu berdasarkan norma mesyarakat
dan tidak menimbulkan prasangka dan perselisihan faham dalam kalangan masyarakat.
Sikap menghormati pendapat orang lain akan mewujudkan keharmonian dalam
masyarakat. Pengamalan sikap menghormati hak orang lain akan mewujudkan
perpaduan, menonjolkan keperibadian mulia dan melahirkan sebuah negara yang aman
dan harmoni.
Sikap saling menghargai sangat diperlukan dalam pertemuan atau dalam
pergaulan sehingga hubungan tersebut dapat berjalan secara harmonis, kerana
masing-masing berasa hak-haknya dihormati. Kita tentu tidak mahu dipaksa oleh orang
lain, dan orang lain pun tidak suka jika kita memaksa mereka. Jika semua orang
mengembangkan sifat-sifat menghargai hak orang lain maka sikap perpaduan akan
terjalin kuat dan negara ini akan semakin maju. Kerana jika kita masih tidak boleh
menghargai hak orang lain maka perselisihan dan kehidupan harmonis tidak boleh
dicapai dan hanya menjadi angan-angan belaka.
Banyak contoh kes dalam kehidupan sehari-hari yang kita tidak menyedari
bahawa kita tidak menghormati hak-hak orang lain. Contohnya, seorang perokok yang
sedang merokok di kawasan bandar yang penumpangnya mendesak, dengan tanpa
rasa bersalah dia mengepulkan asap yang membuat orang di sekitarnya berasa rimas
dan resah. Walaupun telah ada peraturan yang melarang merokok di kawasan umum,
namun perokok tetap merokok dan merampas hak-hak orang lain untuk mendapatkan
kemudahan dalam pengangkutan awam. Peraturan tersebut tidak harus diendahkan
dan hanya menjadi formaliti sahaja. Para perokok sepatutnya memikirkan tentang
kebiasaan mereka yang memberi kesan buruk kepada orang lain, sekurang-kurangnya
para perokok haruslah menghargai hak orang-orang yang tidak merokok kerana pada
saat ini perokok pasif yang harus menghargai para perokok aktif, tanpa ada timbal balik
sikap menghargai dari para perokok. Sebagai seorang insan yang bermoral, kita
haruslah saling menghormati hak-hak masing-masing. Selain contoh di atas masih

banyak contoh lain yang menunjukkan sikap acuh tak acuh kita terhadap hak orang lain
yang biasa kita lakukan tanpa kita sedari.
Dari contoh tersebut menunjukkan bahawa moral bangsa masih sangat rendah.
Dalam usaha untuk membolehkan negara Malaysia menjadi negara yang maju dan
lebih baik, maka prinsip asas kehidupan menghormati hak orang lain harus ditanamkan
sejak awal, supaya tidak menyebabkan seseorang lebih mengutamakan kepentingan
peribadi dan mula berkembang sikap individualisme. Jika kita sedar terhadap
persekitaran kita, sebenarnya dengan sikap menghargai hak orang lain maka
manfaatnya akan kembali pada masing-masing individu seperti pepatah barang siapa
menabur benih, dia yang memetik buahnya yang ertinya secara garis besar seperti
berikut barang siapa melakukan kebaikan maka dia akan memperoleh kebaikan itu
suatu masa nanti.
Namun sikap menghargai orang lain mula menurun hal ini kerana setiap orang
berasa boleh memenuhi keperluan mereka sendiri tanpa orang lain dan dengan
kemajuan teknologi membuat semua orang lebih mudah untuk melakukan aktiviti
mereka. ( )