Anda di halaman 1dari 28

GPS (Global Positioning System) 1.

0 Pengenalan

GPS (Global Positioning System) merupakan satu sistem dan peralatan navigasi
yang berpaksikan satelit untuk mengenal pasti kedudukan di permukaan bumi.
Penentuan kedudukan di permukaan bumi adalah berdasarkan bacaan

garis lintang dan garis bujur. Ini bermakna penentuan kedudukan ini berasaskan
garisan Khatulistiwa (Equator) dan Greenwich. Disebabkan kedudukan Malaysia
berada ke utara garisan Khatulistiwa dan ke timur garisan Greenwich maka bacaan
kedudukan adalah berdasarkan darjah utara dan darjah timur. Pada

peringkat permulaan, koordinat yang digunakan ialah dalam bentuk darjah, minit
dan saat (latitude dan longitude). Walau bagaimanapun sistem yang sedia ada ini
ditukar kepada sistem yang lain mengikut kesesuaian sesuatu negara. GPS
berfungsi dalam semua keadaan cuaca, di mana jua di dunia ini, 24 jam sehari.
Tiada sebarang yuran atau bayaran pemasangan dikenakan kepada pengguna
peralatan GPS.

2.0

Fakta mengenai GPS

GPS merupakan sistem navigasi berasaskan satelit yang diletakkan di orbit oleh
Jabatan Pertahanan Amerika Syarikat yang menyediakan ketepatan nanosaat.
Sistem ini dikenali dengan nama lengkapnya NAVSTAR GPS. Terdapat
24 buah satelit di angkasa mengelilingi bumi melalui 6 laluan yang berlainan dan
mengorbit dalam jangkamasa 12 jam pada ketinggian 20200 km. Ia juga

dilengkapi dengan jam rubidium dan ceasium. Satelit GPS beratnya dianggarkan
2000 paun dan ukurannya lebih kurang 17 kaki melintang dengan kedudukan panel
solarnya di luar manakala kuasa penghantaran isyarat hanya sebanyak 50 watt
atau kurang daripada itu. Satelit GPS pertama dilancarkan pada tahun 1978 dan
konstelasi penuh 24 satelit dicapai pada tahun 1995. Setiap satelit dibina untuk
bertahan selama 10 tahun dan diganti apabila sampai masanya. Sistem GPS ini
mengandungi tiga segmen iaitu segmen angkasa terdiri dari satelit-satelit GPS,
segmen kawalan kepada satelit-satelit oleh Jabatan

Pertahanan Amerika Syarikat dan segmen pengguna.

3.0

Bagaimana GPS Berfungsi

GPS tidak menghantar isyarat kepada satelit tetapi ia hanya menerima isyarat dan
memprosesnya. Pada asasnya, penerima GPS membandingkan masa isyarat yang
dikeluarkan oleh satelit dan masa semasa ia diterima. Penerima GPS mesti dapat
menerima isyarat sekurang-kurangnya dari 3 satelit untuk mengira posisi 2 dimensi
(garis lintang dan garis bujur). Dengan penerimaan isyarat dari 4 atau lebih satelit,
penerima boleh menentukan posisi 3 dimensi (garis lintang, garis bujur dan
ketinggian). Apabila posisi pengguna telah dapat ditentukan, unit GPS
ini boleh mengira maklumat lain, seperti kelajuan, bearing, susur, jarak perjalanan,
jarak ke destinasi dan lain-lain lagi. Terdapat sistem navigasi yang serupa dengan
GPS iaitu GLONASS, Galileo. GLONASS merupakan satu sistem yang ditadbir urus
oleh Rusia. Secara amnya sistem GLONASS sama seperti GPS yang mana ia
mempunyai 24 satelit. Walau bagaimanapun sistem ini kurang popular. Galileo pula
merupakan satu sistem yang ditadbir oleh Kesatuan Eropah. Sistem navigasi yang
sedang dibangunkan ini akan mengandungi konstelasi 30 satelit apabila siap kelak.

4.0

Jenis-Jenis GPS

GPS dibahagikan kepada 2 kumpulan iaitu GPS yang digunakan untuk pemetaan
dan GPS yang digunakan untuk navigasi. Pada kebiasaannya, bagi seorang juru
ukur berlesen akan menggunakan GPS pemetaan disebabkan kejituan yang lebih
tepat. Sementara itu, di dalam bidang pertanian, GPS jenis navigasi digunakan
dalam membuat perancangan pembangunan dan kerja-kerja yang tidak
memerlukan kejituan yang tinggi. Di Malaysia banyak jenama GPS di pasaran,
antaranya ialah Garmin, Lowrance, Magellan, Trimble dan Topcon. Sesetengah GPS
boleh menerima cerapan satelit lebih daripada satu sistem navigasi dan ia di
namakan Global Navigation Satellite System (GNSS).
5.0

Teknologi GPS di Malaysia

Teknologi GPS di Malaysia semakin berkembang dan penggunaan teknologi ini


dalam kerja-kerja mengukur dan pemetaan telah bermula sejak

tahun 1989. Sehingga kini, pelbagai kaedah dan teknik pengukuran GPS telah
digunakan sesuai dengan kehendak dan tujuan sesuatu pengukuran itu dijalankan.
Perkembangan dan kemajuan teknologi GPS seterusnya pula telah membolehkan
pengukuran dilaksana dengan lebih tepat, cepat dan efisien. Jabatan Ukur dan
Pemetaan Malaysia (JUPEM) merupakan jabatan yang dipertanggungjawab dalam
pembangunan teknologi GPS di Malaysia. Sejak

tahun 1997 sehingga tahun 2000, JUPEM telah mendirikan sebanyak 18 buah stesen
Malaysia Active GPS System (MASS). Stesen ini diwujudkan bagi membekal
maklumat pembetulan data dan menambah ketepatan bacaan GPS. Seterusnya,
pihak JUPEM telah mewujudkan MyRTKnet. MyRTKnet merupakan satu sistem
prasarana yang dibentuk oleh jaringan stesen-stesen rujukan GPS dengan Pusat
Kawalan yang diselenggara oleh JUPEM dan sistem telekomunikasi bagi membekal
data-data GPS yang diperlukan terutama untuk menghasilkan maklumat kedudukan
di lapangan dalam masa hakiki. Jaringan ini terdiri daripada 27 stesen kekal GPS
yang berjarak di antara 30 hingga 150 km (kecuali bagi Sabah dan Sarawak yang
berjarak lebih kurang 150 km). Stesen-stesen ini dibina khusus untuk mengutip
data GPS secara berterusan yang kemudiannya disalurkan kepada Pusat Kawalan di
Seksyen Geodesi JUPEM melalui talian telekomunikasi jalur lebar. Pusat Kawalan
MyRTKnet pula bertanggungjawab menerbit dan menyebar data pembetulan GPS
kepada pengguna bergerak dalam
masa hakiki. Dalam hubungan ini, maklumat kasar kedudukan pengguna yang
dihantar ke Pusat Kawalan melalui penggunaan telefon selular akan terlebih dahulu
dirujuk kepada beberapa stesen rujukan kekal GPS di dalam jaringan di mana
pengguna itu berada. Segala pembetulan efemeris satelit dan kesan atmosfera bagi
kawasan jaringan akan dimodelkan dan maklumat pembetulan data GPS disalur
kepada pengguna berkenaan bagi membolehkan penentuan kedudukan tempat
cerapan.

Dengan adanya MyRTKnet, pengguna akan perolehi ketepatan GPS bagi pemetaan
kurang dari 3 cm mendatar dan kurang dari 6 cm menegak masa hakiki. Manakala
GPS bagi navigasi (Differential Global Positioning System (DGPS)) ketepatannya
adalah di antara 20-50 cm setelah pembetulan dilakukan.

6.0

Sistem Unjuran GPS

Penentuan unjuran GPS mestilah selaras dengan unjuran peta rujukan yang
digunakan. Penggunaan GPS di dalam pembangunan projek-projek pertanian di
Semenanjung Malaysia adalah berdasarkan sistem unjuran Rectified Skew
Orthomorphic (RSO) dan Malaysian Revised Triangulation (MRT) 1994. Datum (titik
rujukan) yang digunakan ialah Kertau manakala unit yang digunakan ialah unit
meter sebagaimana yang digunakan oleh pihak JUPEM dalam peta rujukan yang
dibekal kepada DOA.
Oleh yang demikian, koordinat peta lot kadestra tidak boleh ditentukan dengan
mengguna GPS disebabkan koordinat yang berbeza dan datum yang berlainan.
Data dari lot kadesrtra boleh dirujuk menggunakan GPS dengan syarat data
tersebut perlu diproses terlebih dahulu menggunakan perisian sistem maklumat
geografi (GIS) dengan membuat unjuran yang sama dengan GPS. Di masa hadapan
kesemua unjuran peta topo dan lot kadestra akan menggunakan satu unjuran iaitu
Geodetic Datum Malaysia (GDM 2000). Unjuran ini

membolehkan maklumat koordinat daripada peta lot kadestra dirujuk terus


menggunakan GPS. 7.0 Kegunaan GPS Dalam Jabatan Pertanian

Di Malaysia, perkembangan teknologi GPS dan kemajuan perisian sistem maklumat


geografi (GIS) telah mencetus suatu arus revolusi baru dalam bidang pertanian.
Penggunaan GPS terbukti dapat membantu dari segi membuat perancangan dan
pembangunan projek-projek pertanian. Penggunaan GPS oleh Jabatan Pertanian
telah dimulakan pada awal tahun 90an. Ketika itu, penggunaan GPS hanya sebagai
alat untuk menentukan lokasi sesuatu tempat berpandukan peta yang dibekalkan.
Ini kerana teknologi penerimaan isyarat oleh peralatan GPS sangat lemah dan
memerlukan masa yang lama untuk menentukan lokasi sesuatu tempat. Keadaan
ini menyebabkan ia tidak begitu popular dan praktikal di kalangan pengguna.
Seiring dengan perkembangan teknologi telekomunikasi dan sistem maklumat
geografi yang begitu pesat, fungsi GPS telah ditambah baik di mana
penggunaannya dapat diperluas dalam aktiviti-aktiviti pertanian lain. Tidak terhad
kepada penentuan lokasi, kini GPS berupaya mengukur jarak dan keluasan sesuatu
kawasan.

7.1

Menandakan lokasi atau kawasan Keupayaan GPS menandakan satu titik lokasi
dengan mudah dan

tepat adalah dengan adanya tiga perkara iaitu satelit yang mengorbit bumi (Satelit
GPS mengelilingi bumi 2x sehari), stesen pengendali dan pemantau di bumi dan
alat penerima GPS (GPS receiver). Namun tahap ketepatan sesuatu koordinat lokasi
bergantung kepada jenis alat penerima GPS. Dalam DOA, Bahagian Pengurusan dan
Pemuliharaan Sumber Tanah merupakan perintis kepada penggunaan GPS. Justeru
faedah-faedah yang diperolehi banyak melibatkan aktiviti-aktiviti berkaitan tanah.
Pembangunan sesuatu kawasan baru untuk projek pertanian perlu dijalankan
siasatan tanah terlebih dahulu. Tujuan siasatan tanah adalah untuk mengetahui
kesesuaian tanah untuk tanaman. Pada tahun sebelum 90an aktiviti siasatan tanah
hanya dilakukan berdasarkan rujukan peta topo sahaja. Segala siasatan dan aktiviti
siasatan tanah di lapangan pula adalah berdasarkan kompas dan petunjuk sedia
ada seperti sungai-sungai, jalan dan sebagainya. Penandaan maklumat lokasi
adalah berdasarkan kepada peta topo. Dengan adanya teknologi GPS, kerja-kerja
siasatan tanah

dalam menentukan lokasi di lapangan dapat dilaksana dengan lebih tepat. GPS juga
banyak membantu dalam menandakan titik koordinat siasatan
tanah separa lengkap, siasatan tanah lengkap, siasatan tanah Ad-hoc dan koordinat
kajian tanah (pedon). Selain itu, GPS turut membantu penyiasatan guna tanah
dalam penjejakan lokasi ketika verifikasi di lapangan. Hasilnya, tugasan verifikasi
dapat dilaksana dengan cepat dan data yang diperolehi daripada lapangan untuk
dikemaskini dalam peta guna tanah juga adalah tepat. Ini membuktikan tahap
integriti segala data berkaitan tanah yang dikeluarkan oleh DOA sebagai custodian
kepada maklumat tanah dan guna tanah negara adalah tinggi. GPS juga digunakan
untuk menanda titik koordinat sampel tanah, baja dan daun, petak pemerhatian
untuk kajian larian hakisan dan analisis sampel air bagi pensijilan SALM /SOM.
Kesemua data akan disimpan dalam bentuk data spatial untuk rujukan pada masa
hadapan. Melihat kepada senario kemajuan teknologi GPS dewasa ini,
penggunaannya dalam DOA tidak harus terhad kepada aktiviti berkaitan tanah
sahaja sebaliknya ia juga boleh digunakan untuk menanda kawasan wabak
penyakit. Data-data serangan penyakit yang diperolehi akan disimpan di dalam satu
pangkalan data. Daripada pangkalan data ini, trend atau corak sesuatu wabak
penyakit boleh dilihat menggunakan perisian GIS untuk program pemantauan.
Selain itu ia juga dapat menanda lokasi kawasan projek-projek kelompok di bawah
DOA termasuk salah satu projek berimpak tinggi iaitu Taman Kekal pengeluaran
Makanan (TKPM). Di dalam projek seumpama
ini, GPS digunakan dalam pembahagian kawasan, menanda kedudukan tempat atau
bangunan, melakar jalan-jalan ladang, mengukur jarak kawasan, menentukan
keluasan kawasan dan seterusnya pemetaan peta kawasan yang lengkap, Bagi
melancarkan kerja-kerja pengurusan dan pemetaan ladang, GPS dapat membantu
dalam menentukan koordinat infrastruktur di dalam kawasan ladang seperti
bangunan, tangki air, sistem saliran dan pengairan dan sebagainya.

7.2

Mengukur Jarak

Dengan adanya kemudahan tracking di GPS ia berkemampuan melakar jalan-jalan


ladang bagi tujuan pemetaan. Kemudahan ini boleh digunakan sebagai alat
menganggar kemajuan sesuatu projek sebagai contoh projek pembinaan jalan
ladang atau projek membuat parit. Kita boleh mengganggarkan jarak untuk
membuat pembayaran berdasarkan kemajuan sesuatu projek.
7.3

Mengukur keluasan

Peralatan GPS juga boleh digunakan dalam pengukuran keluasan sesuatu kawasan
secara terus di lapangan. Data-data yang diambil disimpan dan diproses untuk kerja
pemetaan kawasan tersebut. Sebagai contoh, GPS boleh dimanipulasi bagi
mendapatkan keluasan kawasan bertanam, kawasan diserang penyakit atau
keluasan tanaman yang musnah akibat banjir. Data–data ini sangat penting bagi
tujuan

perancangan dan penilaian. Himpunan data yang disimpan oleh GPS seterusnya
diproses di pejabat menggunakan perisian GIS. Tujuan pemprosesan data tersebut
adalah untuk visualisasi dalam bentuk peta bagi memudahkan strategi
perancangan selanjutnya. Sila lihat rajah 1

7.4

Perancangan Pembangunan Tanah untuk Pertanian

Di dalam pembangunan kawasan untuk pertanian, contohnya Taman Kekal


Pengeluaran Makanan (TKPM), GPS telah digunakan sebagai alat untuk
memudahkan kerja pemecahan lot kawasan kepada lot yang lebih kecil. Bagi tujuan
perancangan, kawasan TKPM yang telah dikenalpasti akan dipecahkan kepada lot-
lot yang lebih kecil mengikut keluasan yang ditentukan. Sebelum menjalankan
aktiviti pemecahan lot kepada kawasan lot yang lebih kecil, sempadan lot kadestra
TKPM perlulah dikenalpasti terlebih dahulu oleh juru ukur yang bertauliah.
Penggunaan GPS hanyalah
sebagai alat untuk menganggar kawasan dan untuk memudahkan kerja. Setelah
kerja–kerja lot sempadan dikenal pasti, GPS diguna untuk menanda atau memplot
segala infrastruktur yang sedia di kawasan tersebut seperti jalan ladang, bangunan,
kolam tadahan dan sebagainya. Kemudian data yang diperolehi akan diproses
menggunakan perisian sistem maklumat geografi (GIS) seperti ArcView.
Perancangan yang teliti perlu dibuat di pejabat sebelum verifikasi di lapangan
dilakukan sekali lagi. Di lapangan GPS membantu mencari lokasi berdasarkan
pecahan lot mengikut perancangan. Kegunaan GPS hanyalah sebagai alat untuk
memudahkan perancangan dan ia tidak boleh digunakan sebagai lot kadestra. Sila
Lihat rajah 2

8.0

Kesimpulan

GPS merupakan peralatan yang sedikit-sebanyak mempermudahkan kerja justeru


itu ianya dapat membantu didalam membuat perancangan, penilaian dan
pembangunan projek-projek pertanian. Perkembangan teknologi GPS yang pesat
pada masa hadapan, dijangka akan memberi ketepatan yang lebih jitu. Gabungan
diantara GPS dan perisian GIS merupakan satu langkah yang terbaik didalam
menyimpan data-data spatial untuk pembangunan pertanian di negara ini.
Rujukan

Ahmed El-Rabbany (2006) Introduction to GPS. The Global Positioning System.


second edition. Mc Namara (2008) GPS for dummies . Wiley Publising Teunissen,
P.J.G and Klensberg .A (1996). GPS for Geodesy Workshop. Surveying With a Single
GPS receiver in My RTK net Environment 2008. Holiday Villa Hotel, Subang,
Selangor
Rajah 1: Peta Kawasan Stesen Pertanian Lojing Gua Musang, Kelantan
Rajah 2: Pelan Kawasan Taman Kekal Pengeluaran Makanan (TKPM) Telong Daerah
Bachok, Kelantan
GPSMAP 60CSX

Pengenalan GPSMAP 60CSX merupakan salah satu model gps GARMIN yang
mempunyai keupayaan menyimpan data titik (waypoint) sebanyak 1000 data, 20
data garisan (line). Selain dari itu ianya mengandungi aplikasi magnetik kompas
yang dapat membantu pengguna menetukan bearing dan dilengkapi antena yang
sensitif tersedia didalam serta slot kad untuk muat turun peta. Mempunyai cerapan
satelit sebanyak 24 buah serta berupaya memberi ketepatan sehingga kurang
daripada 3 meter sekiranya aplikasi waas(Wide Area Augmentation System)
diaktifkan. GPS ini juga dilengkapi dengan jam,berbagai posisi format dan DATUM.
GPS ini merupakan anatara GPS yang mudah dikendalikan serta harganya yang
berpatutan. Rajah 1 menunjukkan fungsi setiap butang GPS.

Rajah 1 : Fungsi-fungsi butang GPSMAP 60CSX


Kaedah Penggunaannya Untuk menggunakan GPSMAP 60CSX serta mendapatkan
bacaan satelit yang lebih tepat beberapa aspek perlulah di tentukan terlebih dahulu
iaitu:1. Paparan utama 2. Sistem 3. Konfugurasi unit 4. Konfugurasi heading 5.
Konfugurasi masa 6. Kalibrasi kompas 7. Kalibrasi ketinggian 8. Paparan utama
Paparan utama merupakan paparan yang disediakan untuk kemudahan pengguna.
Paparan utama ini boleh diubah-ubah sama ada ditambah atau dikurangkan
berdasarkan kerja yang dilakukan. Untuk melihat paparan utama kita haruslah
mengaktifkan GPS terlebih dahulu. Untuk mengaktifkan dengan menekan butang
yang terdapat diatas GPS seperti rajah 2. Rajah 2: Kaedah menghidupkan GPS GPS
adalah

Tekan butang selama bebeberapa saat


Paparan yang akan muncul apabila GPS dihidupkan atau diaktifkan adalah seperti
rajah 3.Terdapat enam paparan utama dan boleh ditukarkan dengan menggunakan
butang “page” dan butang “quit”.

Pertukan paparan berdasakan butang “PAGE”

Rajah 3:Paparan utama GPSMAP 60CSX

Paparan satelit merupakan paparan yang menunjukkan bacaan lokasi, ketepatan,


kekuatan bacaan satelit serta kedudukan satelit . Rajah 4 menunjukkan kedudukkan
satelit sebaris dan ini mengurangkan ketepatan. Biasanya ketepatan lokasi adalah
kurang dari 5 meter.

Rajah 4: Paparan satelit


Sistem Perkara asas didalam konfugurasi gps ialah sistem dan ianya menentukan
ketepatan bacaan GPS . kaedahnya seperti rajah 5:1. Tekan butang menu 2x dan
enter

2. Pilih ikon sistem dan enter

Rajah 5:Konfigurasi sistem

3. Konfigurasi seperti rajah dibawah. Letakkan “Normal” pada ruangan GPS

untuk mendapatkan bacaan yang lebih baik dan “battery saver” apabila kekuatan
bateri berkurangan. Walaubagaimanapun mode “battery saver” akan
mengurangkan ketepatan cerapan lokasi.
Konfugurasi unit Unit adalah membawa maksud formasi sesuatu sistem dan Datum
yang akan digunakan. Kedua-dua ini adalah berdasarkan rujukan peta yang
dibekalkan ataupun berdasarkan lokasi kerja. Di Semenanjung Malaysia formasi
sistem yang biasa digunakan ialah Malaysia RSO dan datumnya adalah kertau.
Kedua-dua ini adalah sangat penting didalam menentukan lokasi di muka bumi ini.
Rajah dibawah menunjukkan kaedah menentukan unit yang betul di Semenanjung
Malaysia.
Konfugurasi heading Heading ada hubung kait dengan kompas dan biasanya
konfigurasi heading adalah berdasarkan rajah dibawah.
Konfugurasi masa Masa adalah sangat penting untuk menentukan waktu data
dicerap. Ia ditentukan berdasarkan dinegara mana kita berada. Biasanyan di
Semenanjung Malaysia penentuan masa adalah dicampur 8.00 jam. Rajah dibawah
menunjukkan kaedah menentukan masa di Semenanjung malaysia
Kalibrasi kompas Kompas digunakan untuk menentukan “bearing”. Kompas
hendaklah selalu dikaliberasi untuk mendapatkan keputusan yang tepat. Semasa
kalibrasi kompas jauhkan dari peralatan yang berasaskan besi. Biasanya kalibrasi
kompas dibuat setiap kali hendak memulakan kerja-kerja lapangan. Rajah dibawah
menunjukkkan kaedah kalibrasi kompas
Kalibrasi ketinggian Ketinggian menggambarkan kedudukan lokasi berdasarkan
permukaan bumi. Oleh yang demikian ketinggian yang diberikan oleh bacaan GPS
adalah sebagai panduan sahaja. Untuk mendapatkan ketinggian yang lebih tepat
adalah dengan

mengkalibrasi altimeter. Titik rujukan hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum


memulakan kalibrasi. Rajah dibawah menunjukkan kaedah kalibrasi altimeter
Kegunaan Asas GPS Terdapat 3 kegunaan asas GPS iaitu 1. Menanda lokasi
(Waypoint) 2. Mengukur luas atau jarak 3. Mencari lokasi

Menanda lokasi (Waypoint) Untuk menandakan lokasi adalah dengan menekan


butang “mark”. Pastikan bacaan satelit dan konfigurasi aplikasi lain dalam keadaan
yang betul. Rajah dibawah menunjukkkan kaedah menandakan lokasi
Mengukur luas atau jarak Untuk mengukur luas atau jarak konfigurasi “tracks”
adalah sangat mustahak. Biasanya cerapan vertis adalah berdasarkan masa. Masa
yang terbaik adalah 2 saat. Rajah diwah menunjukkan kaedah konfigurasitracks
Setelah konfigurasi “tracks” dibuat untukmengukur keluasan atau jarak pastikan
langkah-langkah dibawah di ikuti seperti rajah dibawah:1 . Pastikan clear memory 2.
On kan trak log 3. Apabila selesai off trak dan save 4. Save entire trak 5. Penuhkan
data (Data “name” dan “colour”) dan ok
Mencari lokasi Mencari sesuatu lokasi adalah berdasarkan butang kekunci “find”.
Setelah itu pilih waypoint yang dikehendaki dan tekan “GO TO” seperti rajah
dibawah