Anda di halaman 1dari 1

Berdasarkan temubual dengan guru prasekolah, tuliskan esei tentang konsep dan

definisi tekanan, pengurusan tekanan, jelaskan punca tekanan guru tersebut dan
huraikan cadangan cara mengatasi tekanan pada guru prasekolah berkenaan.

Pengenalan

Kehidupan manusia pada alaf ini amat mencabar dan kompleks. Kepelbagaian dan
kekompleksian kehidupan ini menyebabkan munculnya Sindrom Baru yang
menyerang manusia iaitu tekanan. Menurut Hatta Sidi dan Mohamed Hatta
Shaharom (2002) tekanan merupakan sebahagian daripada kehidupan manusia
sejak dahulu lagi tanpa disedari. Ia berubah wajah mengikut peredaran masa.
Tekanan bukanlah suatu perkara yang asing bagi masyarakat negara ini. Tekanan
biasa dialami oleh semua manusia apabila berada dalam keadaan yang tidak
menyeronokkan. Secara umumnya, perkataan stres telah digunakan secara
meluasnya dalam beberapa konteks yang berbeza. Tekanan dan kehidupan amat
berkait rapat dengan gaya hidup, perwatakan seseorang, faktor keluarga, proses
urbanisasi dan kejutan budaya terhadap perkembangan pemodenan yang
mendadak.
Tekanan merupakan satu penyakit yang sering dikaitkan dengan kesihatan mental
dan kerap menyerang masyarakat pada hari ini. Kesihatan mental seperti yang
didefinisikan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Kebolehan mengekalkan hubungan yang harmonis dengan orang lain, kebolehan


dalam mengambil bahagian di dalam aktiviti kemasyarakatan dan kebolehan untuk
menyumbang khidmat kepada masyarakat

(Sumber: Kempen Cara Hidup Sihat, Kementerian Kesihatan Malaysia, 2000)

Anda mungkin juga menyukai