Anda di halaman 1dari 3

Artikel

Lagi Artikel

Kejuruteraan Genetik : Di Mana Batasannya


Abu Bakar Bin Yang
Pegawai Penyelidik

00/00/0000 | Artikel Bahasa Malaysia

Di zaman moden ini, sains telah mencapai kemajuan yang cemerlang di dalam
banyak bidang. Di antara yang menarik perhatian umum ialah kejayaan sains di
bidang kejuruteraan genetik. Ramai sudah cendekiawan dan cerdik pandai yang
telah memberi pandangan mereka dalam hal ini, masing-masing dengan hujah dan
alasan, samada menyokong dan tidak kurang pula yang menentang.

Dengan berkembangnya pengetahuan sains di bidang ini, manusia telah mampu


untuk mengawal perkembangan genetik manusia dengan berbagai cara dan kaedah.
Kalau pada zaman dahulu pasangan yang tidak mempunyai anak dianggap rendah
oleh segolongan masyarakat, tetapi sekarang dengan kemajuan di bidang genetik,
pasangan tersebut akan mampu untuk mempunyai anak. Kaedah ini di namakan
InVitro Fertilization atau dalam bahasa malaysianya sebagai kaedah Bayi Tabung
Uji.

Dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini juga, manusia mampu
untuk menjalankan eksperimen-eksperimen yang mencampurkan benih dari spesis
binatang dengan binatang yang lain, dengan tujuan untuk menghasilkan spesis yang
lebih baik. Contohnya, seperti penghasilan jenis lembu, kambing dan anjing yang
lebih baik dari segi penghasilan susu, daging, kulit dan juga kecantikan.

Di samping itu, kejayaan di bidang genetik ini telah menggemparkan dunia, dengan
berbagai-bagai jenis makhluk baru yang beraneka bentuk dan rupa, hasil daripada
campuran benih yang telah dilakukan oleh manusia.

Persoalannya sekarang, apakah pandangan Islam terhadap perkara-perkara yang


sebegini. Firman Allah s.w.t di dalam surah An Nisa' ayat yang ke 119, yang
berbunyi;

yang bermaksud:
"Dan aku (syaitan) benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan
membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan akan menyuruh mereka
memotong telinga-telinga binatang ternak (iaitu untuk dipersembahkan kepada
berhala), lalu mereka benar-benar memotongnya, dan akan aku suruh mereka
merobah ciptaan Allah, lalu mereka benar-benar merobahnya."

Daripada ayat di atas jelas kepada kita bahawa secara umumnya, merobah ciptaan
Allah adalah merupakan sebahagian daripada amalan syaitan yang akan membawa
bala bencana kepada manusia. Setiap ciptaan Allah yang berada di alam ini adalah
berada di dalam keadaan yang cukup sempurna dan seimbang serta mendatangkan
kebaikan dan manfaat kepada manusia.

Oleh itu sebarang bentuk pengubahsuian yang dilakukan, yang boleh mendatangkan
mudharat kepada manusia dan alam sekitar adalah dilarang di dalam Islam.
Contohnya, seperti eksperimen yang dilakukan di Russia tidak berapa lama dahulu,
di mana benih manusia telah dikacukkan dengan benih binatang, dengan harapan,
kacukan ini akan dapat menghasilkan satu spesis yang separuh manusia dan separuh
binatang yang dapat digunakan sebagai tenaga buruh di bidang industri ataupun
pertanian. Tenaga-tenaga buruh ini diharapkan tidak akan mendatangkan sebarang
masalah kepada manusia kerana mereka senang diarah dan tidak banyak kerenah
seperti manusia biasa.

Begitulah juga dengan masalah bayi tabung uji. Oleh kerana kemajuan sains dan
teknologi yang canggih mampu untuk melakukan persenyawaan benih manusia di
luar daripada kebiasaan, maka manusia dengan sewenang-wenangnya
menggunakannya demi memuaskan kehendak diri sendiri. Maka timbulah isu
wanita-wanita yang menawarkan diri untuk mengandungkan anak untuk orang lain.
Ataupun pasangan-pasangan yang mempunyai anak yang cacat atau yang kurang
bernasib baik sanggup memohon daripada penderma-penderma benih yang
dianggap lebih intelektual, agar dengan yang demikian anak yang bakal dilahirkan
akan menjadi seorang yang pandai dan intelek.

Begitulah juga halnya, dengan usaha-usaha yang dijalankan untuk menghasilkan


spesis-spesis binatang baru dengan mencampur-adukan berbagai-bagai jenis benih
binatang hanya semata-mata untuk tujuan mengukir nama di bidang sains, tetapi
sebaliknya memudharatkan dan menganiaya binatang, juga dilarang di dalam Islam.

Sungguhpun begitu, larangan ini adalah tidak mutlak. Islam tetap lagi memberi
ruang kepada sains untuk menerokai bidang genetik ini, tetapi ianya hendaklah
sesuai dengan prinsip kemanusiaan dan tidak mendatangkan mudharat ataupun
bahaya kepada manusia dan juga alam sekitar.

Umpamanya, kemajuan sains dan teknologi dalam menghasilkan bayi tabung uji
boleh digunakan kepada pasangan yang tidak mempunyai anak. Di mana benih
daripada suami boleh disenyawakan dengan benih isteri dan kemudian dibesarkan di
dalam kandungan isteri itu sendiri. Oleh itu tidak timbul masalah mengambil benih
daripada orang lain atau mengambil upah mengandungkan anak orang lain, yang
mana akibatnya mendatangkan porak-peranda di dalam masyarakat.

Begitu juga dengan kaedah kacukan binatang ataupun tumbuh-tumbuhan yang boleh
menghasilkan baka yang lebih baik dan mendatangkan manfaat kepada manusia,
ianya adalah dibolehkan. Ini adalah sesuai dengan sebuah hadis yang menceritakan
ada seorang sahabat yang datang bertanya dengan Rasullullah s.a.w tentang kacukan
pohon tamar yang telah dilakukannya. Maka Rasullullah menjawab, "Engkau lebih
mengetahui tentang itu." Ini menjelaskan kepada kita bahawa kacukan yang
membawa faedah kepada manusia dan tidak memudharatkan kehidupan adalah
dibolehkan.

Sekiranya kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik ini tidak dibataskan,
maka bayangkanlah kerosakan yang akan dibawanya. Akan timbul masalah-masalah
masyarakat, seperti anak yang mempunyai dua ibubapa, wanita-wanita yang
kerjanya hanyalah mengambil upah untuk mengandungkan anak untuk orang lain,
ataupun akan wujud pula binatang yang mempunyai perasaan dan tabiat seperti
manusia ataupun sebaliknya, dan berbagai-bagai masalah lagi.

Oleh hal yang demikian, penekanan yang diberi oleh Islam dalam menangani isu
etika berkenaan dengan kemajuan sains dan teknologi di bidang genetik adalah
menjurus kepada menjaga keharmonian hidup masyarakat, dengan mengambil kira
faktor kemanusiaan, perasaan, fitrah semulajadi dan menjaga keseimbangan alam
sekita

http://www.ikim.gov.my/v5/index.php?
lg=1&opt=com_article&grp=2&sec=&key=665&cmd=resetall

Anda mungkin juga menyukai