Anda di halaman 1dari 73

SEBUTAN BAHASA MELAYU BAKU

DALAM KALANGAN PENUTUR


SATU KAJIAN KES

AHMAD BIN OMAR

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS


2006

SEBUTAN BAHASA MELAYU BAKU


DALAM KALANGAN PENUTUR
SATU KAJIAN KES

AHMAD BIN OMAR


M 2004 1000 171

TESIS YANG DIKEMUKAKAN UNTUK


MEMENUHI SEBAHAGIAN DARIPADA SYARAT MEMPEROLEH
IJAZAH SARJANA PENDIDIKAN
BAHASA MELAYU

FAKULTI BAHASA
UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS
APRIL 2006

ii

PENGAKUAN

Bahawa saya mengaku sesungguhnya tesis ini adalah hasil kerja saya sendiri
kecuali nukilan, petikan dan ringkasan yang setiap satunya saya jelaskan
catatan sumbernya

07 April 2006

..
AHMAD BIN OMAR
M 2004 1000 171

iii

PENGHARGAAN
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pengasih dan Penyayang
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnia-Nya dapat saya
menyempurnakan penulisan tesis ini.
Sekalung terima kasih dan penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang
membantu dalam usaha menyempurnakan penulisan tesis ini terutamanya:
Pensyarah dan penyelia projek ini Professor Abdullah Bin Hassan yang memberi
bimbingan dengan penuh tekun dan sabar. Kesudian beliau meluangkan masa dan tenaga
menyemak kajian ini amat dihargai. Segala tunjuk ajar dan pandangan yang membina
daripada beliau adalah ilmu yang berguna kepada saya yang akan dikenang sepanjang
hayat.
Kepada keluarga tercinta yang sentiasa memberikan dorongan,galakan dan
sokongan, Semoga segala bentuk pengorbanan mereka mendapat rahmat daripada
ALLAH Subhanahu Wataala.
Akhirnya,kepada rakan-rakan seperjuangan yang memahami hati budi dan
matlamat bersama.

Terima kasih kepada semua.

Ahmad Bin Omar


Program Sarjana Pendidikan
Bahasa Melayu
UPSI 2004/2005

iv

ABSTRAK

Kajian ini dilakukan melalui kaedah kajian kes berbentuk analisis dan kajian
kepustakaan. Kajian ini melibatkan sampel yang terdiri daripada 28 orang responden
Tingkatan 4 Pengajian Kejuruteraan Elektrik 2 di Sekolah Menengah Teknik Dungun,
KM 5, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu.
Kajian kes difokuskan terhadap aspek sebutan bahasa Melayu baku responden
melalui sesi pembentangan tugasan yang diberikan oleh pengkaji. Pembentangan
responden dirakam dan dianalisis mengikut bunyi sebutan berdasarkan Daftar Umum
Sebutan Baku Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991. Kajian
Kepustakaan pula dilakukan untuk mencari fakta-fakta yang releven untuk menyokong
dapatan dan kajian kes.
Hasil kajian membuktikan terdapat hubungan yang signifikin antara kelemahan
sebutan responden yang disebabkan oleh pengaruh dialek tempatan, kelemahan sebutan
yang disebabkan proses peleburan terhadap setengah-setengah perkataan dan kelemahan
sebutan kata-kata pinjaman terutamanya daripada bahasa Inggeris.
Dalam bab 1, pengkaji menyatakan pernyataan masalah, tujuan kajian, soalansoalan kajian, kepentingan kajian serta batasan kajian. Bab 2 pula merupakan kajian
kepustakaan yang merupakan tinjauan literatur yang berkaitan sama ada kajian tempatan
mahupun kajian luar negara yang berkaitan aspek kajian.
Dalam bab 3, pengkaji menyatakan reka bentuk kajian, populasi dan sampel, alat
kajian, prosedur pengumpulan data serta prosedur menganalisis data yang berkaitan.
Menerusi bab 4, pengkaji melakukan analisis kesilapan sebutan dalam kalangan
responden sewaktu pembentangan tugasan secara lisan. Penganalisisan data ini bertujuan
untuk menjawab soalan-soalan kajian yang dikemukakan dalam bab 1.
Akhirnya dalam bab 5, pengkaji membicarakan rumusan kajian yang dijalankan
disamping mengemukakan cadangan serta saranan untuk memperbaiki aspek sebutan
dalam kalangan responden demi memperbaiki keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran kemahiran lisan atau sebutan bahasa Melayu di sekolah menengah.

ABSTRACT

This study was done through analysis and library research. This research involving
samples of 28 respondents form 4 Electrical Engineering 5 at Sekolah Menengah Teknik
Dungun, Km 5, of Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu.
The case study focuses on Sekolah Menengah Teknik Dungun Malay language
pronunciation of respondents though presentation given pronunciation of respondents
through presentation given by researcher. Respondentss presentation is taped and
analysed according to pronunciation based on Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa
Melayu by Dewan Bahasa dan Pustaka,1991. Library research is done ti find out the
relevant facts to support the findings and case study.
The research atcome proves that there are significant relationship between
weakness of respondents pronunciation caused by local dialect, weakness of
pronunciation caused by regfentation of certain words, and weaknesses in lending words
especially from language.
In first chapter, the reseacher stater the problems, objevtive, questions, reseach
importance and also limitation of the reseach. Chapter 2 is about library research which is
literature observation concerning local research and foreign research.
In chapter 3, researcher states the research design, population and sample, means
of research, data collection procedures and also related data analyses procedure. Within
chapter 4, researcher analyses the mistakes in pronunciation among respondents analysis
is done to answer questions in chapter 1.
Lastly in chapter 5, researcher talked about research summary and
recommandations to improve pronunciation among respondents to enhance teaching and
learning effeciveness in oral skill or Malay language pronunciotion in secondary schools.

vi

KANDUNGAN
HALAMAN
Halaman Judul

Pengakuan

ii

Penghargaan

iii

Abstrak dalam bahasa Melayu

iv

Abstrak dalam bahasa Inggeris

Kandungan

vi

Senarai Jadual

iix

BAB 1 : PENDAHULUAN
1.1

Pengenalan

1.2

Pernyataan Masalah

1.3

Tujuan Kajian

1.4

Soalan Kajian

1.5

Kepentingan Kajian

1.6

Batasan Kajian

vii

BAB 2: TINJAUAN LITERATUR


2.1

Pendahuluan

2.2

Literatur Berkaitan

2.2.1

Kajian Tempatan

10

2.2.2

Kajian Luar Negara

11

BAB 3: METODOLOGI
3.1

Pendahuluan

12

3.2

Reka Bentuk Kajian

13

3.3

Populasi dan Sampel Kajian

13

3.4

Alat Kajian

14

3.5

Prosedur Pengumpulan Data

15

3.6

Prosedur Penganalisisan Data

15

BAB 4 : ANALISIS DATA


4.1

Pendahuluan

16

4.2

Keputusan Kajian

18

4.2.1

Soalan Kajian 1

18

4.2.2

Soalan Kajian 2

25

4.2.3

Soalan Kajian 3

26

viii

BAB 5 : PERBINCANGAN DAN CADANGAN


5.1

Pengenalan

29

5.2

Perbincangan Hasil Dapatan

30

5.2.1

Kelemahan Sebutan Hasil Pengaruh Dialek

30

5.2.2

Kelemahan Sebutan yang Berkaitan dengan


Proses Peleburan Terhadap Setengah-Setengah
Perkataan

35

Kelemahan Sebutan yang Berkaitan dengan


Perkataan Pinjaman Daripada Bahasa Asing

36

5.2.3

5.3

Kesimpulan

40

5.4

Cadangan

39

5.4.1

Kementerian Pelajaran Malaysia dan


Jabatan Pelajaran Negeri

39

5.4.2

Dewan Bahasa dan Pustaka

40

5.4.3

Pihak Sekolah

41

5.4.4

Rakan Guru

42

5.4.5 Pelajar

43

5.4.6

44

Ibu Bapa

5.5

Penutup

45

5.6

Pendekatan Pengajaran Sebutan Bahasa Melayu Baku

47

5.6.1

48

Contoh Persedian Pengajaran dan Pembelajaran

ix

RUJUKAN
LAMPIRAN

iix

SENARAI JADUAL
Jadual

Jadual 4.1

muka surat

Bunyi [ a ] di hujung kata yang dibunyikan dengan


huruf [ e ]

Jadual 4.2

17

Bunyi [ a ] di tengah kata yang dibunyikan dengan


huruf [ o ]

20

Jadual 4.3

Bunyi [ i ] di tengah kata dibunyikan dengan huruf [ e ]

21

Jadual 4.4

Bunyi [ u ] belakang dibunyikan dengan bunyi huruf [ o ]

21

Jadual 4.5

Bunyi-bunyi konsonan tunggal yang tidak tepat dalam


sebutan responden

Jadual 4.6

Bunyi-bunyi konsonan gabung yang tidak tepat dalam


Sebutan responden

Jadual 4.7

22

24

Kelemahan sebutan yang berkaitan dengan proses peleburan


terhadap sesetengah-sesetengah perkataan

25

iiix

Jadual 4.8

Senarai perkataan daripada bahasa asing ( bahasa Inggeris )


ke dalam bahasa Melayu

26

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1

Pengenalan

Bidang fonetik adalah bidang yang mengkaji fenomena bunyi bahasa (sebutan) manusia
sejagat. Secara teori dan pratiknya, bidang ini mengkaji bunyi dari segi sifat bunyi
tersebut, cara pengeluarannya dan aspek pendengarannya. Kajian ini memberi tumpuan
terhadap kepada sebutan baku dalam kalangan pelajar Tingkatan 4

Pengajian

Kejuruteraan Elektrik 2 ( 4 PKE 2 ) di Sekolah Menengah Teknik Dungun, Terengganu.


Kurikulum bahasa Melayu menyediakan para pelajar menguasai kecekapan
berbahasa dan berkomunikasi dengan menggunakan peraturan tatabahasa secara betul
dan tepat. Matlamat kurikulum bahasa Melayu sekolah menengah adalah untuk
melengkapkan para pelajar dengan keterampilan berbahasa untuk berkomunikasi.
Kemahiran lisan atau bertutur merujuk kepada keupayaan para pelajar
menyampaikan maklumat, pendapat, perasaan serta idea secara lisan dengan sebutan dan

2
intonasi yang betul secara santun dan sopan. Penekanan diberikan kepada penggunaan
sebutan dengan tatabahasa yang sesuai. Kemahiran lisan atau sebutan yang dipupuk
adalah kebolehan mengenal pasti dan membezakan pelbagai aspek sebutan dan intonasi
agar para pelajar berupaya menyampaikan sesuatu makna dengan tepat. Sebutan baku
digunakan

dalam situasi rasmi seperti ucapan, syarahan, perbahasan, mesyuarat,

temuduga, wawancara, pengajaran dan pembelajaran dan seumpamanya.


Antara objektif akhir pengajaran dan pembelajaran kurikulum bahasa Melayu
sekolah menengah yang berkaitan dengan lisan atau sebutan ialah:
i.

melibatkan diri dalam interaksi sosial melalui perbualan, perbincangan untuk


menjalin serta mengeratkan hubungan,dan berurusan untuk mendapatkan
barangan dan perkhidmatan;

ii.

menggunakan maklumat yang diperoleh untuk tujuan menyelesaikan masalah


dan membuat keputusan;

iii.

melahirkan idea dan pendapat dalam bentuk lisan secara kreatif dan berkesan.
Kini bahasa Melayu bukanlah menjadi bahasa orang-orang Melayu semata-mata,

tetapi telah menjadi bahasa perantaraan penduduk negara ini yang terdiri daripada
berbilang keturunan. Bahasa ini dituturkan oleh semua peringkat rakyat, baik secara
formal mahupun tidak formal. Keadaan ini sudah tentu membuka kemungkinan yang
seluas-luasnya terhadap pemakaian bahasa Melayu dengan pelbagai corak dan
ragam,termasuk penyalahgunaan sebutan.
Kebanyakkan orang menghubungkan fungsi bahasa dengan alat perhubungan
semata-mata, dengan tidak memperkirakan mutu alat tersebut itu. Memang ada orang
yang pemikirannya barangkali baik tetapi tidak teserlah kehebatannya itu disebabkan

3
gagal mengungkapkan fikirannya yang jitu itu dengan bahasa yang teratur dan gramatis.
Sebagai alat menyatakan sikap, fikiran, atau kemahuan, bahasa seseorang itu dianggap
cukup baik jika dapat menimbulkan pengertian, sekalipun struktur bahasa yang diujarkan
itu simpang-perenang.
Natijah daripada sikap lepas tangan terhadap kemunculan pelbagai bentuk bahasa
yang janggal dan berlawanan dengan fitrah bahasa kita itu ialah bahawa masyarakat
sendiri akhirnya menjadi binggung, sehingga tidak tahu yang mana betul dan yang mana
salah. Antara yang menjadi binggung ialah para guru. Di sekolah ditekankan pemupukan
bahasa yang terkawal,sesuai dengan sifat bahasa ilmu dan bahasa orang pendidikan.
Malangnya di luar sekolah (dan sekarang sedang menular di sekolah), penggunaan bahasa
dalam media am dan di tempat awam meruntuhkan kebiasaan bahasa yang santun, iaitu
bahasa yang beraturan.

1.2

Pernyataan Masalah

Kita hanya ada satu bahasa iaitu bahasa Melayu. Dari segi statistik, mungkin bahasa
Melayu mempunyai lebih 300 juta penutur dan sebagai bahasa keempat teramai
penuturnya di dunia selepas bahasa Mandarin, bahasa Sepanyol dan bahasa Inggeris.
Namun begitu, hakikat yang perlu kita fahami dan akui ialah kewujudan bahasa Melayu
ini sangat bergantung kepada kesetiaan 25 juta penutur asli di Malaysia.

4
Tanpa kesedaran, tanpa kerja keras, tanpa pendekatan yang betul, tanpa kesatuan
hati, tanpa kerjasama sesama kita dan tanpa fokus yang tepat, bahasa Melayu mungkin
hanya akan tinggal sebagai satu catatan dalam lipatan sejarah bangsa.
Kita perlu menyedari hakikat bahawa bahasa Melayu tidak mempunyai pembela
yang lain selain bangsa Malaysia. Disebabkan itu, usaha untuk memupuk perasaan
cintakan bahasa Malaysia perlu digerakkan secara berkesan. Hasrat untuk melahirkan
generasi bangsa Malaysia yang bangga dengan bahasa yang menjadi identiti mereka,
mempunyai kefasihan yang tinggi dalam sebutan bahasa ini, sedia memberikan
penghormatan

dan

kedudukan

yang

sewajarnya

kepadanya

serta

gembira

mempromosikan di mana sahaja mereka berada di dalam dunia.


Pengkaji merasakan perlu dilakukan kajian berkaitan pengajaran kemahiran lisan
atau sebutan bahasa Melayu yang dianjurkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Kajian mengesan hasil kemahiran

tersebut dalam kalangan pelajar adalah untuk

mengenal pasti masalah yang wujud agar dapat diperbaiki kelemahan yang ada. Ini
amat

penting demi

memperbaiki kelemahan yang ada selaras dengan visi dan misi

melahirkan bahasa Melayu yang mantap terutamanya dari segi fonologi dan fonetik.
.

1.3

Tujuan Kajian

Kajian ini bertujuan untuk menilai dan meneliti aspek sebutan bahasa Melayu baku
dalam kalangan responden Tingkatan 4 Pengajian Kejureteraan Elektrik 2 (4 PKE 2) di
Sekolah Menengah Teknik Dungun, Terengganu.

5
Hipotesis null pengkaji terhadap kelemahan sebutan bahasa Melayu dalam kalangan
responden ialah:
1. terdapat kelemahan lisan atau sebutan yang disebabkan oleh pengaruh dialek
daerah.
2. terdapat kelemahan lisan atau sebutan yang timbul disebabkan proses peleburan
yang berlaku dari masa ke semasa, terhadap setengah-setengah perkataan.
3. terdapat kelemahan lisan atau sebutan yang berkenaan sebutan dan ejaan kata-kata
pinjaman.

Data dan maklumat yang diperoleh akan dianalisis dan diharap dapat memberi
manfaat kepada rakan-rakan guru untuk meningkatkan keberkesanan pengajaran dan
pembelajaran sebutan bahasa Melayu dalam kalangan pelajar.

1.3 Soalan Kajian

Untuk mengesan kesalahan-kesalahan sebutan dalam kalangan responden di Sekolah


Menengah Teknik Dungun, Terengganu, beberapa rangkaian soalan kajian perlu dijawab
terlebih dahulu.
1. Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara pengaruh dialek daerah dengan
sebutan bahasa Melayu baku dalam kalangan responden?
2. Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara proses peleburan dengan
sebutan bahasa Melayu baku dalam kalangan responden?

6
3. Apakah terdapat hubungan yang signifikan antara sebutan dan ejaan kata-kata
pinjaman dalam kalangan responden?

1.4

Kepentingan Kajian

Kajian ini penting bagi mendapatkan gambaran dan keadaan yang sebenar sebutan bahasa
Melayu baku dalam kalangan responden dan keadaan secara umumnya sebutan bahasa
Melayu dalam kalangan pelajar di sekolah menengah. Diharapkan penyelidikan ini
dapat memberikan input kepada Kementerian Pelajaran Malaysia tentang situasi sebenar
sebutan bahasa Melayu baku dalam kalangan tenaga pengajar bahasa Melayu. Sejauh
manakah matlamat dan objektif pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu tercapai
khususnya dalam kemahiran lisan. Hasil dapatan kajian ini juga dapat membantu rakanrakan guru untuk memperbaiki kaedah pengajaran dan pembelajaran sebutan bahasa
Melayu baku.

1.6

Batasan Kajian

Kajian ini akan dijalankan terhadap pelajar Tingkatan 4 Pengajian Kejuruteraan


Elektrik 2 (4 PKE 2) yang terdiri daripada 28 orang responden di Sekolah Menengah

7
Teknik Dungun, Terengganu. Pelajar

tugaskan membentangkan tugasan dalam

kumpulan secara lisan, aspek sebutan bahasa Melayu baku diberi perhatian dan rakam
kemudiannya dianalisis.

BAB 2

TINJAUAN LITERATUR

2.1

Pendahuluan

Dalam bab ini pengkaji akan mengemukakan pendapat dan hasil dapatan kajian beberapa
pengkaji bahasa dalam dan luar negara berkaitan dengan sebutan dalam pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu di sekolah.

2.2

Literatur berkaitan

Sebutan atau lisan adalah aspek kemahiran yang penting dan utama serta merupakan
kemahiran asas bagi bahasa pertama yang dikuasai oleh seseorang kanak-kanak yang
normal sebelum mempelajari kemahiran membaca dan menulis.

9
Lisan adalah ujaran atau pertuturan, iaitu suatu kegiatan melahirkan bahasa
melalui suara atau sebutan menggunakan alat artikulasi sebagai pengantara apabila
membuat perhubungan atau interaksi dengan orang lain.
Tujuan menguasai kemahiran bertutur atau sebutan bukan sekadar untuk
mempelajari bahasa tetapi lebih penting lagi untuk mencapai tahap kompetensi dalam
berkomunikasi. Kegagalan seseorang pelajar menguasai aspek sebutan menimbulkan
banyak masalah kepadanya untuk memahami pertuturan orang lain. Taraf penguasaan
berbahasa yang rendah juga menimbulkan kesulitan untuk berkomunikasi secara
berkesan.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah menggarapkan kemahiran
lisan atau sebutan sebagai berikut, kerja-kerja dalam pelajaran bahasa hendaklah
dijalankan secara arus berurut mulai dari kerja lisan membawa kepada bertulis dan
berlakon (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1972: 1). Pada peringkat sekolah
menengah atas pula, peri mustahaknya aspek kemahiran lisan atau sebutan dinyatakan
dalam tujuan dan matlamat akhir pengajaran bahasa Melayu. Para pelajar diharapkan
bukan sahaja dapat memahami bahasa Melayu tetapi dapat menggunakannya sebagai alat
komunikasi yang berkesan dalam bentuk lisan dan tulisan (Kementerian Pendidikan
Malaysia, 1995: 5).
Di negeri-negeri pantai timur Semenanjung Malaysia, khususnya negeri
Terengganu, pengaruh dialek merupakan antara masalah utama yang mempengaruhi
prestasi kemahiran lisan atau

sebutan para pelajar. Walaupun

para pelajar telah

menerima pendedahan penggunaan bahasa Melayu standrard sejak peringkat awal


persekolahan, namun

masalah dialek menimbulkan pengaruh yang negatif terhadap

10
penguasaan sebutan bahasa Melayu standard di sekolah (Farid M.Onn dan Ajid Che Kob,
1981: 67). Masalah ini mempengaruhi keputusan peperiksaan para pelajar khususnya
dalam mata pelajaran bahasa Melayu misalnya pada peringkat PMR dan SPM. Setengahsetengah calon gagal memperoleh markah yang cemerlang semata-mata kerana terlalu
melakukan banyak kesalahan bahasa (Awang Sariyan,1989: 263).
Darwis Harahap (1989: 43) dalam Peristiwa Bahasa, mengatakan di sekolah,
bahasa daerah atau dialek masih berleluasa digunakan. Pengaruh bahasa yang digunakan
oleh masyarakat dan media am. Dialek dan penggunaan bahasa asing yang yang
berleluasa itu menyulitkan pembelajaran lisan yang seragam. Oleh itu, sebutan
berdasarkan bunyi perlu dilatih berulang-ulang. Pengguna bahasa perlu menyedari
kesilapannya dan cepat mengubahnya kepada sebutan yang betul.
Azman Wan Chik (1989: 208),dalam artikel Kesalahan Bahasa Dalam bahasa
Malaysia, merumuskan bahawa kebanyakkan kesilapan berpunca daripada gangguan
daripada bahasa ibunda atau dialek bahasa pertuturan harian, bahasa daerah, bahasa lisan
dan bahasa pasar. Gangguan ini timbul kerana tiadanya bentuk atau struktur yang serupa
dalam bahasa pertama dengan bahasa yang dipelajari. Ini mengakibatkan generalisasi
yang salah.

2.2.1 Kajian tempatan

Menurut Farid M. Onn dalam kertas kerja yang bertajuk Masalah Sebutan Bahasa
Malaysia: Yang ini, Yang itu, atau Yang Mana dalam Kesalahan Bahasa dalam Bahasa
Malaysia (1989: 79), menyatakan bahawa kesalahan-kesalahan sebutan dilakukan akibat

11
kejahilan atau tidak mahu memahami cara sebutan bahasa Malaysia yang sebenar.
Banyak kalangan penutur mengambil sikap dingin terhadap bahasa Malaysia, dan sama
sekali tidak berusaha untuk memperbaiki atau mempertingkatkan taraf penguasaan
bahasa Malaysia mereka.
Menurut Abdul Hamid Mahmood dalam kertas kerja yang bertajuk Masalah
Penguasaan Bahasa Malaysia Baku Di Kalangan Pelajar dalam Guru dan Bahasa
Melayu (1997: 104), menjelaskan bahawa ujian lisan yang dilakukan terhadap pelajarpelajar kelas persediaan (matrikulasi) yang terdiri daripada pelajar Cina, India, Melayu,
Benggali, Kadazan dan lain-lain memperlihat ketidakseragaman dari segi sebutan.
Terdapat juga pelbagai loghat daerah yang dituturkan oleh pelajar-pelajar dari
Terengganu, Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak, Negeri Sembilan dan Johor. Pelajarpelajar bukan bumiputra pula bertutur dalam pelat atau telor bahasa ibunda masingmasing.

2.2.2 Kajian luar negara

Han Soon Juan (1976), telah meninjau kesilapan-kesilapan sebutan dalam kalangan para
pelajar Hong Kong, Malaysia dan Singapura yang mengikuti kursus di Regional English
Learning Centre (RELC). Beliau mendapati 56% daripada kesilapan sebutan adalah
kerana para pelajar tersebut tidak dapat membezakan antara bunyi aspirasi dan bukan
aspirasi. Mereka juga tidak dapat mendiskriminasikan bunyi-bunyi bersuara dan tidak
bersuara.
Muhammad Haji Ibrahim (1978), mengkaji kesilapan-kesilapan yang ditulis oleh
para pelajar Arab dalam bahasa Inggeris dan ketara banyak kesilapan terdapat dalam
pertuturan. Ini diakibatkan wujudkan perbezaan yang jauh antara sistem bunyi bahasa
Arab dan bahasa Inggeris.

12

BAB 3

METODOLOGI

3.1

Pendahuluan

Dalam bab ini, pengkaji membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan reka
bentuk kajian, populasi dan sampel, alat kajian, prosedur pengumpulan data dan prosedur
menganalisis data.

13
3.2

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini disusun secara terarah yang berbentuk kajian kes dan kajian kepustakaan.
Pengkaji membuat kajian kes di Sekolah Menengah Teknik Dungun, Terengganu dan
mengkaji sebutan bahasa Melayu baku dalam kalangan pelajar Tingkatan 4 Pengajian
Kejuretaraan Elektrik 2 (4 PKE 2). Untuk mendapatkan data yang berkaitan dengan
dapatan kajian, pengkaji menggunakan kaedah tinjauan melalui rakaman tugasan yang
dibentangkan oleh pelajar (dalam kumpulan) di dalam waktu pengajaran dan
pembelajaran bahasa Melayu.
Dalam kajian kepustakaan, pengkaji merujuk buku Daftar Umum Sebutan Baku
Bahasa Melayu terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka ,1991 dan buku Kajian Bahasa
Untuk Pelatih Maktab oleh Raminah Haji Sabran dan Rahim Syam terbitan Fajar
Bakti Sdn. Bhd., 1986 khususnya bab 3 bidang Fonologi / Fonetik.

3.3

Populasi

Populasi dan Sampel Kajian

yang terlibat dalam kajian ini adalah pelajar Tingkatan 4 Pengajian

Kejuruteraan Elektrik 2 ( 4 PKE 2) di Sekolah Menengah Teknik Dungun, Terengganu.


Pengkaji mengajar bahasa Melayu kelas tersebut. Kelas ini terdiri daripada 28 orang
pelajar (24 orang pelajar perempuan dan 4 orang pelajar lelaki).

14
3.4

Alat Kajian

Dalam kajian ini pengkaji menggunakan satu alat kajian untuk mengumpul data-data
yang berkaitan. Alat yang digunakan ialah:

Alat Perakam

Peralatan ini digunakan semasa pengkaji menjalankan sesi rakaman terhadap responden
secara tidak formal. Pengkaji merakam sebutan sampel ketika membentangkan tugasan
tanpa disedari oleh sampel. Perakam digunakan oleh pengkaji untuk merakam sebutan
responden semasa sesi pembentangan tugasan secara berkumpulan dijalankan.
Penggunaan alat ini memudahkan pengkaji untuk merakam maklumat penting dengan
cepat dan tepat.

3.5

Prosedur Pengumpulan Data

Pengkaji memilih untuk melakukan kajian ini di sekolah tempat pengkaji mengajar iaitu
Sekolah Menengah Teknik Dungun, KM 5, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu.

15
Seramai 28 orang responden yang terdiri daripada 24 orang responden perempuan dan 4
orang responden lelaki terlibat dengan kajian kes ini.

3.6

Prosedur Penganalisisan Data

Segala maklumat yang diperoleh daripada rakaman pembentangan responden dianalisis


oleh pengkaji. Hasil daripada pembentangan lisan yang telah dilakukan oleh sampel
dipersembahkan dalam bentuk mengikut cara sebutan sampel terhadap sesuatu bunyi
perkataan berpandukan Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka, 1991.

16

BAB 4

ANALISIS DATA

4.1

Pendahuluan

Bab ini mengandungi huraian mengenai dapatan data yang dikumpulkan berdasarkan
analisis kesilapan sebutan sewaktu sesi pembentangan tugasan.Penganalisisan data ini
juga bertujuan untuk menjawab soalan-soalan kajian yang dikemukakan dalam bab satu.

17
4.2

Keputusan Kajian

4.2.1

Kelemahan sebutan yang berkaitan dengan sebutan yang disebabkan oleh


pengaruh dialek daerah.

Aspek yang sering menimbulkan masalah kepada penutur bahasa Melayu berkaitan
dengan sebutan bunyi ialah sebutan bunyi vokal. Bunyi a untuk bunyi vokal hadapan
luas di hujung kata [ a ] dipersoalkan oleh setengah-setengah orang kerana ada dialek
atau yang membunyikannya dengan bunyi e pepet iaitu untuk bunyi vokal tengah pendek
[ e ].
Berdasarkan rakaman pembentangan tugasan 1, 2, dan 3 (lihat lampiran), antara
perkataan yang terlibat adalah seperti dalam jadual di bawah:
Jadual 4.1
Bunyi [a] di hujung kata yang dibunyikan dengan huruf [e]
Kata

Sebutan yang betul

Sebutan yang salah

acara

[a + ca + ra]

[a + ca + re]

ada

[a + da]

[a + de]

antara

[an + ta + ra]

[an + ta + re]

apa-apa

[a + pa a + pa]

a+ pe a + pe]

bahaya

[ba + ha + ya]

[ba + ha + ye]

beberapa

[b + b + ra + pa]

[b + b + ra + pe]

18
Jadual 4.1 (Sambungan)
Kata

Sebutan yang betul

Sebutan yang salah

bersama

[b r + sa + ma ]

[b r+ sa + me]

budaya

[bu + da + ya]

[bu + da + ye]

cela

[c + la]

[c + le]

cuma

[cu + ma]

[cu + me]

daripada

[da + ri + pa + de]

[da + ri + pa +de]

di mana

[di + ma + na]

[di + ma + ne]

hanya

[ha +nya]

[ha + nye]

jalan raya

[ja + lan ra + ye]

[ja + lan ra + ye]

jentera-jentera

[ j n + t + ra j n + t +ra ]

[ j n + t + re j n + t + re]

juga

[ju + ga]

[ju + ga]

kata-kata

[ka + ta ka + ta]

[ka + te ka + te]

kaya

[ka + ya]

[ka + ye]

kepada

[k + pa + da]

[k + pa + de]

kita

[ki + ta ]

[ki + te]

kuala

[kua + la]

[kua + le]

lama

[la + ma]

[la + me]

maka

[ma + ka]

[ma + ke]

masa

[ma + sa]

[ma + se]

membawa

[m m + ba + wa

[m m + ba + we]

mesra

[m s + ra]

[mes + re]

19

Jadual 4.1 (Sambungan)


Kata

Sebutan yang betul

Sebutan yang salah

negara

[n + ga + ra]

[n + ga + re]

nyawa

[nya + wa]

[nya + we]

peserta

[pe + s r + ta]

[pe + s r + te]

rama-rama

[ra + ma ra + ma]

[ra + me ra + me]

rata-rata

[ra + ta ra + ta]

[ra+ te ra + te]

sara

[sa + ra]

[sa + re]

sebagaimana

[ s + ba + gai + ma + na]

[s + ba + gai + ma + na]

sedia

[s + dia]

[s + die]

sentosa

[s n + to + sa ]

[s n + to + se]

setiauasaha

[s + tia + u + sa + ha ]

[s + tia + u + sa + ha]

siapa

[sia + pa]

[sia + pe]

sisa-sisa

[si + sa si + sa]

[si + se si + se]

tenaga

[t + na + ga]

[t + na + ge]

terima

[t + ri + ma]

[t + ri + me]

tiba- tiba

[ti + ba ti + ba]

[ti + be ti + be]

upacara

[u + pa + ca + ra]

utama

[u + ta + ma]

[u + pa + ca + re]
[u + ta + me]

20

Untuk keselarasan, kelainan bunyi yang berbagai-bagai dalam dialek-dialek


Melayu perlu dielakkan dalam sebutan baku bahasa Melayu. Walaupun dalam perbualan
sehari-hari kita bebas menggunakan sebutan menurut dialek, tetapi dalam sebutan baku
bahasa Melayu untuk tujuan rasmi kita perlu menggunakan sebutan baku. Jadi, kata yang
dieja bi*la patut disebut bila bukan bile.
Begitu juga vokal a bunyi vokal depan luas di tengah kata [ a ] dibunyikan
sebagai o iaitu vokal belakang separuh sempit [ o ]. Berdasarkan rakaman tugasan
pembentangan 1, 2 dan 3 (lihat lampiran), antara perkataan yang terlibat adalah seperti
yang berikut:
Jadual 4.2
Bunyi [a] ditengah kata yang dibunyikan dengan huruf [o]
Kata

kata sebutan betul

bandar

[ban + dar]

besar besaran

[b + sar b + sar + an]

kata sebutan yang salah


[ban + dor]
[b + sor b + sor + an]

21
Bunyi vokal i sempit hadapan di tengah kata [ i ] dibunyikan sebagai e vokal
tengah pendek [ e ]. Berdasarkan rakaman tugasan pembentangan 1, 2 dan 3 (lihat
lampiran ),antara perkataan yang terlibat adalah seperti yang berikut:

Jadual 4.3
Bunyi [ i ] ditengah kata dibunyikan dengan bunyi huruf [ e ]
Kata

Kata sebutan betul

Kata yang salah

balik

[ba + li?]

[ba + le?]

batik

[ba + ti?]

[ba + le?]

bilik

[bi + li?]

[ba + le?]

Kedapatan juga penggunaan bunyi vokal u untuk bunyi vokal belakang [ u ]


dibunyikan sebagai vokal o untuk bunyi vokal belakang separuh sempit [ o ].Antara
seperti dalam jadual berikut:
Jadual 4.4
Bunyi [ u ] belakang dibunyikan dengan bunyi huruf [ o ]
Kata

Kata sebutan betul

Kata yang salah

dukung

[ du + kung]

[du + kong]

hulur

[hu + lur]

[hu + lor]

labur

[la + bur]

[la + bor]

maklum

[mak + lum]

[mak + lom]

22
Jadual 4.4 (Sambungan)
Kata

Kata sebutan betul

Kata sebutan salah

menyahut

[me + nya + hut]

[me + nya + hot]

penduduk

[ pen + du + du?]

[pen + du + do?]

pikul

[pi + kul]

[pi + kol]

seluruh

[s + lu + ruh]

[s + lu + roh]

untuk

[un + tu?]

[un + to?]

Selain

daripada

itu,

sebutan

bahasa

dalam

kalangan

respondan

juga

memperlihatkan pemakaian bunyi-bunyi konsonan yang tidak tepat sama ada huruf
konsonan tunggal mahupun huruf konsonan gabung. Berdasarkan bahan rakaman tugasan
pembentangan 1, 2 dan 3 (lihat lampiran),antara perkataan yang terlibat adalah seperti
yang berikut.

Jadual 4.5
Bunyi-bunyi konsonan tunggal yang tidak tepat dalam sebutan respondan

bunyi huruf
konsonan yang
betul
huruf [ b ] untuk
bunyi letupan dua
bibir bersuara
huruf [ s ] untuk
geseran gusi
bersuara
Jadual 4.5 (Sambungan)

ejaan
yang betul

bunyi huruf
konsonan yang
salah

ejaan
yang salah

[ se + bab ]

huruf [ k ] untuk lelangit


lembut tak bersuara

[ se + bak ]

[ker + tas ]
[pen + tas ]

huruf [ h ]untuk bunyi


geseran glotis tak
bersuara

[ker + tah ]
[pen + tah]

23
Bunyi huruf
konsonan yang
betul

huruf [ l ] untuk
bunyi sisipan

Ejaan
yang betul

[ke + cil]

Bunyi huruf
konsonan yang
salah

huruf [ k ] untuk bunyi


letupan lelangit
lembut tak bersuara
huruf [ k ] untuk
letupan lelangit lembut
tak bersuara

Ejaan
yang salah

[ke + cik]

huruf [ t ] untuk
letupan gusi
tak bersuara

[pu + sat]
[me + la + wat]
[ter + pa + uk]
[sa + at]

[pu + sak]
[me + la + wak]
[ter + pa + uk]
[ sa + ak]

huruf [ n ] untuk
bunyi sengauan
gusi

[a + kan]
huruf [ ng ] untuk
[a + kang]
[ba + han]
bunyi sengauan
[ba + hang]
[ban + tah + an]
lelangit
[ban + tah + ang]
[ber + ha + dap + an]
[ber + ha + dap + ang]
[ber + ja + lan]
[ber + ja + lang]
[bu + lan]
[bu + lang]
[ca + dang + an]
[ca + dang + ang]
[da + han]
[da + hang]
[Dun + gun]
[Dun + dung]
[ke + bu + da + ya + an]
[ke + bu + da + ya + ang]
[ke + le + mah + an]
[ke + le + mah + ang]
[ke + ma + ju + an]
[ke + ma + ju + ang]
[ke + mis + kin + an]
[ke + mis + kin + ang]
[ke + ra + ja + an ]
[ke + ra + ja + ang]
[ke + pa + dat + an]
[ke + pa + dat + ang]
[ke + ti + ba + an]
[ke + ti + ba + ang]
[ke + se + ni + an]
[ke + se + ni + ang]
[ma + kan + an]
[ma + kan + ang]
[mem + be + ri + kan]
[mem + be + ri + kang]
[me + nya + ta + kan]
[me + nya + ta + kang]
[pe + lan + cong + an]
[pe + lang + cong + ang]
[pem + bi + na + an]
[pem + bi + na + ang]
[pen + da + hu + lu + an]
[pen + da + hu + lu + ang]
[peng + a + lir + an]
[peng + a + lir + ang]
[peng + har + ga + an]
[peng + har + ga + ang]
[pe + ru + sa + ha + an]
[pe + ru + sa + ha + ang]
[pe + ru + mah + an]
[pe + ru + mah + ang]
[pe + sa + tu + an]
[pe + sa + tu + ang]

24
Jadual 4.5 (Sambungan)
Bunyi huruf
konsonan yang
betul

Ejaan yang
yang betul

Bunyi huruf
konsonan yang
salah

[san + dar + an]


[so + kong + an]
[ta + man]
[tem + pat + an]
[tu + an]
[u + cap + an]
[wa + ris + an]

Ejaan yang
salah

[san + dar + ang]


[so + kong + ang]
[ta + mang]
[tem + pat + ang]
[tu + ang]
[u + cap + ang]
[wa + ris + ang]

Daripada rakaman tugasan pembentangan


tersebut, terdapat bunyi-bunyi
konsonan gabung yang tidak tepat dalam sebutan responden. Antaranya seperti yang
berikut:

Jadual 4.6
Bunyi-bunyi konsonan gabung yang tidak tepat dalam sebutan responden
bunyi huruf
gabung konsonan
yang betul

huruf [kh] untuk


bunyi geseran
lelangit lembut
tak bersuara

huruf [ng] untuk


bunyi sengauan
lelangit lembut

ejaan yang
betul

[khas]
[kha + bar]

[ber + lang + sung]]


[ce + mer + lang]
[da + tang]
[ge + mi + lang]
[la + pang]
[kom + pang]
[sa + yang]
[yang]
[ter + bi + lang]

bunyi huruf
konsonan yang
salah

huruf [ k ] untuk
bunyi letupan
lelangit lembut
tak bersuara

huruf m untuk
bunyi sengauan
dua bibir

ejaan yang
salah

[kas]
[ka + bar]

[ber + lang + sum]


[ce + mer + lam]
[da + tam]
[ge + mi + lam]
[la + pam]
[kom + pam]
[sa + yam]
[yam]
[ter + bi + lam]

25

4.2.2

Kelemahan sebutan yang berkaitan dengan proses peleburan terhadap


setengah-setengah perkataan.

Jadual 4.7
Senarai perkataan yang mengalami pengguguran perkataan

Kata

sebutan kata yang betul

kata yang salah

baharu

[ ba + ha + ru]

[ba + ru]

dahulu

[da +hu +lu]

[du + lu]

hendak

[hen + dak]

ini

[i + ni]

[ni]

itu

[i + tu]

[tu]

sahaja

[sa + ha + ja]

[sa + ja]

selepas

[se + le + pas]

[le + pas]

tidak

[ti + dak]

[nak]

[tak]

Proses ini nampaknya tidak dapat dihalang. Sebab mengapa proses ini timbul besar
kemungkinan dipengaruhi oleh unsur sosial yang merupakan hasil daripada sikap ahli
masyarakat yang sentiasa mencari jalan dekat atau jalan pendek atau jalan ringkas untuk
sesuatu perkataan. Proses peleburan mungkin juga dipengaruhi oleh bahasa daerah seperti
bahasa Melayu yang terdapat di utara Semanjung Malaysia yang mempunyai ciri-ciri

26
kependekan pada setengah-setengah perkataan, misalnya pergi menjadi pi, mari
menjadi mai dan sebagainya.

4.4.3

Kelemahan sebutan yang berkaitan dengan perkataan pinjaman daripada


bahasa asing.

Daripada rakaman tugasan pembentangan tersebut juga terdapat perkataan-perkataan


bahasa Inggeris yang telah diterima (dimelayukan) sebagai bahasa Melayu. Antara
perkataan-perkataan tersebut seperti dalam jadual berikut:

Jadual 4.8
Senarai perkataan daripada bahasa asing ke dalam bahasa Melayu
(bahasa Inggeris)
Sumber

perkataan
daripada
bahasa Inggeris
yang diterima
sebagai
bahasa Melayu

perkataan/kata sebutan
yang betul
[a + gen + da]
[as + pek]
[dif-dif]
[de + fi + ni + si]
[fak + tor]
[fi + zi + kal]
[for + mat]
[ge + ne + ra + si]
[in + dus + ri]

kata sebutan
yang salah
[a + jen + da]
[es + pek]
[dih-dih]
[de + fi + na + si]
[fak + tur]
[pi + si + kal]
[for + met]
[je + ne + ra + si]
[in + das + ri]

27
Jadual 4.8 (Sambungan)
Sumber

Perkataan/kata sebutan
yang betul
[i + su]
[me + mo + ran + dum]
[ne + ga + tif}
[prog + ram prog + ram]
[pro + ses]
[re + vo + lu + si]
[sains]
[se + ri + us ]
[sis + te + ma + ti?]
[sta + te + gi?]
[so + si + al]
[u + nit]
[u + ni + ver + si + ti]

Kata sebutan
yang salah
[is + yu]
[me + mo + ren + dem]
[ne + ga + tiv]
[prog + rem prog + rem]
[pro + sess]
[re + vo + lo + si]
[sain]
[se + ri + ous]
sis + te + me + ti?]
[sta + te + ji?]
[so + si + el]
[yu + nit]
[yu + ni + ver + si + ti]

Pada suatu ketika dahulu, iaitu peringkat mulanya istilah-istilah Inggeris sedang
giat dimelayukan, istilah-istilah yang dipinjam tersebut dimelayukan atas kriteria bunyi
bahasa asalnya. Contohnya perkataan-perkataan Inggeris strategy menjadi stareteji,
phonology menjadi fonoloji dan sebagainya. Tetapi sekarang, kriteria bunyi dibuang
jauh lalu diambil kriteria ejaan. Prosesnya menjadi ; strategy menjadi strategi,
phonology menjadi fonologi dan seumpamanya. Perkataan critic, kekal menjadi kritik

28
masih berdasarkan bunyi. Penutur mungkin keliru mengenai sistem manakah yang
hendak digunapakai sama ada kriteria bunyi

atau ejaan. Sifat begini melahirkan

kekeliruan dan natijahnya menghasilkan kesalahan sebutan dalam kalangan penutur


bahasa Melayu.

29

BAB 5

PERBINCANGAN DAN CADANGAN

5.1

Pengenalan

Dalam bab ini pengkaji akan membincangkan rumusan kajian yang telah dijalankan
berdasarkan analisis dan dapatan kajian sebutan bahasa Melayu baku dalam kalangan
responden Tingkatan 4 Pengajian Kejuruteraan Elektrik 2

(4 PKE 2 ) di Sekolah

Menengah Teknik Dungun, KM 5, Jalan Paka, 23000 Dungun, Terengganu. Di samping


itu cadangan serta saranan akan dibuat untuk kepentingan masa hadapan sekaligus untuk
memastikan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan (sebutan)
bahasa Melayu di sekolah menengah.

30
5.2

Perbincangan Hasil Dapatan

Melalui kajian ini, pengkaji meneliti sebutan bahasa Melayu responden dari aspek
kelemahan sebutan hasil pengaruh dialek Terengganu, aspek kelemahan sebutan akibat
proses peleburan terhadap setengah-setengah perkataan dan aspek kelemahan sebutan
berkaitan perkataan pinjaman bahasa asing terutamanya bahasa Inggeris.

5.2.1

Kelemahan sebutan hasil daripada pengaruh dialek

Dari aspek kelemahan sebutan hasil daripada pengaruh dialek Terengganu didapati
responden tidak dapat mengujarkan sebutan yang betul apabila melibatkan bunyi
[ a ] untuk bunyi vokal hadapan luas dihujung kata

vokal

[ a ] tetapi sebaliknya

membunyikannnya dengan bunyi [ e ] pepet iaitu untuk bunyi vokal tengah pendek [ e ].
Antara perkataan yang tergolong dalam kelemahan sebutan hasil dialek Terengganu ialah
kepada disebut sebagai kepade, siapa menjadi siape, bersama menjadi
bersame, tenaga menjadi tenage, antara menjadi antare dan seumpamanya.
Menurut kelaziman sebutan dialek Terengganu, bunyi itu berubah menjadi [

], dan ciri

ini sudah sekian lama digunakan dalam situasi rasmi dengan anggapan bahawa itulah
bunyi yang baku.
Masalah pengucapan vokal [ a ] ini mungkin dapat diatasi dengan lebih cepat
apabila penutur atau pengguna bahasa bahawa dalam perbahasaan mereka sehari-hari

31
agak banyak juga kata yang diucapkan mereka yang termasuk dalam pola tersebut. Tidak
pernah timbul rasa janggal pada mereka apabila mengucapkan kata astaka, armada,
asrama, kota dan seumpamanya. Dengan masuknya kata-kata baharu daripada bahasa
Inggeris, telah lazim pula masyarakat mengucapkan kata seperti akta, balada, drama,
fakta, fasa dan beberapa banyak lagi.
Kedapatan juga bunyi vokal [ a ] untuk bunyi vokal depan luas di tengah kata [ a ]
dibunyikan sebagai [ o ] iaitu vokal belakang separuh sempit [ o ]. Antara perkataan yang
popular dalam kalangan penutur dialek Terengganu adalah besar-besaran disebut
sebagai besor-besoran, bandar disebut sebagai bandor, kandar disebut sebagai
kandor, sedar diujarkan sebagai sedor, kejar diujarkan sebagai kejor dan
seumpamanya.
Demikian juga halnya vokal [ i ] sempit hadapan di tengah kata [ i ] dibunyikan
sebagai [ e ], iaitu sebagai vokal tengah pendek [ e ]. Antara perkataan yang tergolong
dalam kategori ini ialah bati? diujarkan menjadi bate?, bali? diujarkan sebagai
bale?, bili? diujarkan sebagai bile?, canti? diujar sebagai cante?, cali? diujar
sebagai cale? dan sebagainya.
Masalah ini terjadi pada pengucapan bunyi vokal [ i ] pada suku kata akhir
tertutup. Bunyi vokal tersebut pada posisi lain tidak bermasalah. Penutur bahasa
cenderung mengucapkan vokal tersebut dalam suku kata akhir tertutup dengan bunyi [e ].
Hal ini ada kaitannya dengan sistem lama ejaan Rumi. Contohnya kata adik, alih, balik,
fikir dan sebagainya sering diucapkan dengan bunyi < e > taling pada suku kata akhir
tertutup. Oleh sebab kesukaran sebilangan penutur mengucapkan bunyi vokal [ i ] dalam

32
suku kata akhir tertutup itu, Kementerian Pelajaran Malaysia memberikan kelonggaran
sedikit tetapi matlamat akhirnya ialah ucapan yang persis.
Tidak ketinggalan juaga kedapatan penggunaan bunyi vokal [ u ] untuk bunyi
bunyi vokal belakang [ u ] dibunyikan sebagai vokal [ o ] untuk bunyi vokal belakang
separuh sempit [ o ]. Antara perkataan yang tergolong dalam kategori ini ialah dukung
diujarkan sebagai dukong, labur diujarkan sebagai labor, penduduk diujar
sebagai pendudok, untuk diujarkan sebagai untok, maklum diujar sebagai
maklom dan seumpamanya.

Sebagaimana pengucapan vokal [ i ], pengucapan vokal

[ u ] pada suku kata akhir tertutup ini pun diberi kelonggaran oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia.
Selain daripada bunyi-bunyi vokal tersebut, kedapatan juga pemakaian bunyibunyi konsonan yang tidak tepat sama ada huruf konsonan tunggal mahupun huruf
konsonan gabung dalam kalangan responden. Antara bunyi konsonan tunggal yang tidak
tepat dalam sebutan responden yang memperlihatkan ciri sebutan dialek Terengganu
ialah

penggunaan

bunyi

huruf [ b ] untuk

bunyi

letupan dua bibir bersuara

dibunyikan sebagai huruf [ k ] untuk bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara.
Contohnya, perkataan sebab diujarkan sebagai sebak.
Responden juga tidak dapat membunyikan huruf [ s ] untuk bunyi geseran gusi
tak bersuara dengan betul tetapi sebaliknya mengantikannya dengan huruf [ h ] untuk
bunyi geseran glotis tak bersuara. Antara perkataan yang tergolong dalam kategori ini
ialah pentas diujar sebagai pentah, kertas pula diujrakan sebagai kertah.

33
Begitu juga halnya dengan huruf [ l ] untuk bunyi sisipan di bunyikan dengan
huruf [ k ] untuk bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara [ k ]. Antara perkataan yang
tergolong dalam kategori ini ialah kecil diujarkan sebagai kecik.
Huruf [ f ] untuk bunyi letupan gusi tak bersuara sebagai huruf [ k ] untuk letupan
lelangit lembut tak bersuara. Fenomena ini dapat dikesan dalam ujaran responden. Antara
perkataan yang terlibat ialah pusat diujarkan sebagai pusak, tersumbat diujarkan
sebagai tersumbak, melawat diujarkan sebagai melawak dan seumpamanya.
Sebutan yang paling popular dalam kalangan responden adalah penggunaan huruf
[ ng ] untuk bunyi sengauan lelangit mengantikan huruf [ n ] untuk bunyi sengauan gusi.
Antara perkataan yang tergolong dalam kategori ini ialah taman diujarkan sebagai
tamang, bulan diujarkan sebagai bulang, warisan diujarkan sebagai warisang
dan seumpamanya. Kelemahan dalam membunyikan huruf [ n ] untuk bunyi sengauan
gusi

merupakan kelemahan yang paling ketara kepada penutur yang berasal dari negeri

Terengganu dan seakan-akan

menjadi indentiti ujaran bagi

penduduk negeri

Terengganu.
Antara bunyi-bunyi konsonan gabung yang tidak tepat penggunaannya dalam
ujaran responden ialah huruf [ kh ] untuk bunyi geseran lelangit lembut tak bersuara
dibunyikan sebagai huruf [ k ] untuk bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara. Antara
perkataan yang tergolong dalam kategori ini ialah khabar diujarkan sebagai kabar,
khas diujarkan sebagai kas.
Bunyi konsonan gabung [ ng ] untuk bunyi sengauan lelangit lembut dibunyikan
sebagai huruf [ m ] untuk bunyi sengauan dua bibir. Antara perkataan yang tergolong
dalam kategori ini adalah terbilang diujar sebagai terbilam, kompang diujarkan

34
sebagai kompam, datang diujarkan sebagai datam dan sebagainya. Dengan yang
demikian terdapat hubungan yang signifikan antara kelemahan sebutan hasil pengaruh
dialek terhadap sebutan para responden.
Rahsia utama yang menjadikan sebutan-sebutan ganjil dialek Terengganu
berbanding sebutan dan struktur ayat bahasa Melayu baku semuanya gara-gara
kedudukan lidah. Dialek di negeri pantai timur ini bermula pada kedudukan lidah yang
rata. Lidah orang Terengganu tidak bergerak dengan rancak untuk membolehkan mereka
menyebut sesuatu kata bahasa Melayu baku dengan betul.. Kedudukan lidah yang rata
di dalam mulut, sewaktu menyebut kata memunculkan bunyi-bunyi ikang, telang,
bukang dan seumpamanya. Begitu juga kata-kata yang berakhir dengan [m], akan
disebut menjadi [ng]. Misalnya malam menjadi malang, makan menjadi makang ,
Siam(Thailand) menjadi Siang.
Perhatikan juga kata-kata bahasa Melayu baku yang berakhir dengan [au] atau [ai].
Orang Terengganu menghilangkan bunyi [u] dan [i] di hujungnya menjadikan kata
pisau sebagai pisa, hijau sebagai hija, silau menjadi sila. Kata-kata pakai
menjadi paka, dan hilai menjadi hila dan seumpamnya.
Kata-kata bahasa Melayu baku yang berakhir dengan [ar] akan dibunyikan sebagai
[or]. Misalnya, pasar menjadi pasor dan bandar diujarkan sebagai bandor. Katakata sebab akan menjadi sebak, jilbab menjadi jilbak, kebab menjadi kebak,
dan nasib menjadi nasik. Format kata [ab] dalam bahasa Melayu baku ini memerlukan
pergerakkan bibir (atas dan bawah) yang tertutup (rapat) tetapi orang Terengganu
membukakan sedikit mulut, sementera lidahnya masih juga rata.

35
Semua kata bahasa Melayu baku yang berakhir dengan [s] akan berbunyi sebagai
[h]. Contohnya, kertas akan menjadi kertah, harus akan menjadi haruh, tebas
akan menjadi tebah, malas akan menjadi malah dan seumpamanya. Sebutan yang
berakhir dengan [s] seharusnya hujung lidah menekan bahagian gigi (dalam), tetapi bagi
penutur dialek Terengganu, mulut mereka dibiarkan terbuka dan lidah mereka pula
berkedudukan rata.

5.2.2

Kelemahan sebutan yang berkaitan dengan proses terhadap setengahSetengah perkataan.

Hasil daripada rakaman pembentangan tugasan responden, terdapat perkataan yang


mengalami pengguguran atau peleburan terhadap setengah-setengah perkataan. Antara
perkataan tersebut ialah hendak diujarkan sebagai nak, selepas diujarkan sebagai
lepas, itu dan ini diujarkan sebagai tu dan ni dan seumpamanya. Perkataanperkataan yang telah mengalami proses peleburan di dalam sebutan, tidak boleh di terima
sebagai betul di dalam sebutan bahasa Melayu baku atau secara formal. Dengan itu,
terdapat hubungan signifikan antara proses peleburan atau pengguguran terhadap
setengah-setengah perkataan terhadap sebutan responden.

36
5.2.3

Kelemahan sebutan yang berkaitan dengan perkataan pinjaman daripada


bahasa asing.

Bahasa Melayu seperti juga bahasa-bahasa lain di dunia yang hidup dan berkembang
memang tidak sepi daripada menerima perkataan-perkataan daripada bahasa asing.
Banyak perkataan-perkataan bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Jawa, bahasa
Arab dan lain-lain diterima dan diguna

sebagai bahasa Melayu setelah mengalami

proses-proses tertentu.
Daripada bahan rakaman hasil pembentangan tugasaan responden, pengkaji
mendapati banyak perkataan yang berasal daripada bahasa Inggeris yang telah diterima
(dimelayukan) diujar dengan sebutan yang tidak tepat. Antara perkataan tersebut ialah
dif-dif diujarkan sebagai dih-dih, agenda diujarkan sebagai ajenda,
memorandum diujarkan sebagai memorendem, format pula diujarkan sebagai
formet dan seumpamanya.
Responden mungkin terkeliru bagaimana cara menyebut perkataan-perkataan
tersebut sama ada mengikut :
i.

Bentuk ejaan atau bentuk visualnya. Perubahan fonem asing ke dalam bahasa

Melayu hanya dilakukan apabila diperlukan sahaja. Contohnya: carbon menjadi karbon
bukan dieja sebagai kaban, dialogue menjadi dialog bukan dieja sebagai dailog dan
seumpamanya.
ii.

Kata pinjaman daripada bahasa Inggeris dan bahasa-bahasa Eropah yang lain

adalah dikecualikan daripada peraturan sistem keselarasan huruf vokal menurut Sistem

37
Ejaan Baharu. Contohnya, atom tetap dieja sebagai atom bukan sebagai atum, bonus tetap
dieja sebagai bonus bukan sebagai bonos atau bunus dan seumpamanya.
iii.

Ejaan gugus konsonan yang terdapat dalam bahasa Inggeris tetap dikekalkan

bentuknya dalam bahasa Melayu dengan beberapa penyesuaian. Contohnya, block


menjadi blok bukan sebagai belok, drama dieja sebagai drama bukan dieja sebagai
derama dan seumpamanya.
iv.

Unsur asing (selain daripada gugus konsonan) yang sudah diserap ke dalam

bahasa Melayu dan lazim dieja secara Malaysia, tidak lagi diubah ejaannya. Contohnya,
perkataan bereau menjadi biro bukan sebagai bureau, perkataan custom menjadi kastam
bukan sebagai kustom dan seumpamanya.
v.

Semua huruf g yang diucapkan /j/ dalam kata istilah Inggeris tetap sebagai huruf

g juga dalam bahasa Melayu. Contohnya, agenda tetap dieja sebagai agenda bukannya
sebagai ejenda, technology tetap dieja sebagai teknologi bukannya sebagai teknoloji dan
seumpamanya.
Namum kedaparan kekecualian huruf g yang diucapkan /j/ dalam bahasa Melayu.
Contohnya, agent menjadi ejen, garage menjadi garaj,sergeant menjadi sarjan dan
seumpamanya.
Penyebutan atau lafaz bagi kata atau istilah pinjaman disesuaikan dengan sistem
bunyi bahasa Melayu iaitu memberikan nilai bunyi bagi setiap huruf, sesuai dengan
fonem yang dilambangkannnya. Contohnya, sebutan April diujarkan sebagai /ap-ril/
bukan sebagai /ep-ral/, perkataan nasional disebut sebagai /na-sio-yo-nal/ bukan sebagai
/ne-sye-nal/, perkataan radio diujarkan sebagai /ra-di-yo/ bukannya sebagai /re-di-yo/ dan
seumpamanya. Dengan begitu banyak peraturan atau sistem yang berkaitan dengan

38
perkataan pinjaman tersebut maka berlaku kelemahan sebutan dalam kalangan penutur
bahasa Melayu.Dengan

yang

demikian

terdapat hubungan yang signifikan antara

kelemahan sebutan responden berkaitan dengan perkataan pinjaman daripada bahasa


asing terutama daripada bahasa Inggeris.

5.3

Kesimpulan

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan pengaruh dialek tempatan (Terengganu)


begitu dominan dalam kalangan responden. Punca utama yang menyebabkan meluasnya
penggunaan dialek dalam kalangan responden disebabkan kecenderungan para responden
menggunakan dialek mereka dan sikap terlalu berbangga dengan dialek masing-masing.
Dialek tempatan sememangnya menjadi wahana komunikasi dengan komuniti termasuk
ibu bapa, ahli keluarga dan jiran tetangga mahupun rakan-rakan

dan para guru di

sekolah. Para responden lebih gemar menggunakan dialek tempatan untuk memudahkan
proses komunikasi di samping mewujudkan situasi perhubungan dua hala yang lebih
mesra. Lebih memburukkan keadaan apabila kedapatan para guru menggunakan dialek
tempatan ketika proses pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran bahasa Melayu.
Penggunaan dialek tempatan

jelas

mewujudkan gangguan terhadap

proses

pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu dan sewajarnya penggunaannya dihapuskan


ataupun dikurangkan seminimum yang boleh terutamanya pada ssi persekolahan.

39

5.4

5.4.1

Cadangan

Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan Pelajaran Negeri

Pihak Kementerian Pelajaran mempunyai peranan besar dalam mengatasi masalah


pengaruh dialek. Latihan-latihan perguruan yang menekankan tentang kepentingan
penggunaan sebutan bahasa Melayu baku di samping menanbah kemahiran kepada bakal
guru dari segi pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran sebutan bahasa Melayu
baku diadakan

secara berterusan. Dalam hal ini, pihak kementerian hendaklah

memastikan bahawa tenaga pengajar di institut pengajian tinggi dan di maktab-maktab


perguruan

adalah daripada kalangan pengajar yang mempunyai kemahiran tinggi

penggunaan sebutan bahasa Melayu baku agar pelaksanaannya di sekolah berjalan


dengan lancar dan berkesan.
Pihak Kemeneterian Pelajaran dan Jabatan Pelajaran Negeri perlu mengambil
langkah proaktif dengan mengambil cakna prestasi lisan bahasa Melayu dalam kalangan
pelajar. Pihak yang terlibat boleh mengarahkan pegawai-pegawai jabatan untuk menyelia
dan memastikan proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu terutamanya aspek
sebutan berjalan dengan lancar tanpa sebarang gangguan daripada pengaruh dialek
tempatan.

40

Pihak yang terlibat juga perlu mengemukakan cadangan dan tindakan susulan
yang perlu dilaksanakan untuk memastikan para guru mata pelajaran bahasa Melayu
adalah daripada pengkhususan bahasa Melayu sahaja.
Pihak jabatan pelajaran perlu mengarahkan semua pengetua menyelia guru-guru
semasa proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu. Arahan boleh dilaksanakan
melalui ketua bidang bahasa di sekolah masing-masing.

5.4.2

Dewan Bahasa dan Pustaka

Daftar Ejaan Baru Bahasa Malaysia hanya diterbitkan oleh DBP pada tahun 1990.
Membiarkan kamus sahaja menjalankan tugas sebagai panduan memang tidak
memuaskan kerana orang ramai memerlukan sesuatu yang praktis. Satu sistem sebutan
harus dihasilkan untuk pedoman umum dengan segera. Di samping itu unsur intonasi
juga harus diperjelas agar dapat membantu pengajarab dan pembelajaran bahasa Melayu.

41

5.4.3

Pihak sekolah ( Panitia Bahasa Melayu )

Pengetua

hendaklah memastikan guru tidak menggunakan langsung dialek sewaktu

pengajaran dan pembelajaran. Di samping itu pihak sekolah juga perlu melarang para
pelajar menggunakan dialek atau bahasa ibunda mereka ketika berada dalam waktu
persekolahan termasuklah sewaktu aktiviti kokurikulum.
Pihak pengurusan sekolah terutamanya melalui ketua jabatan bahasa perlu
berperanan dalam usaha menjayakan penggunaaan sebutan bahasa Melayu baku di
sekolah. Kursus-kursus dalaman yang berkaitan dengan sebutan bahasa Melayu baku
perlu diadakan lebih kerap agar para guru mendapat pendedahan yang terkini berhubung
aspek penggunaan sebutan bahasa Melayu baku.
Pihak pengurusan sekolah juga boleh menjemput para penceramah dan ahli bahasa
yang mahir dari sudut teori

dan pratikal penggunaan sebutan bahasa Melayu baku

menjayakan seminar di sekolah.


Pihak pengurusan juga perlu memastikan setiap majlis formal yang diadakan di
sekolah bebas daripada penggunaan dialek. Individu yang terlibat dalam sesuatu majlis
tersebut sama ada pihak pengurusan, para guru, para pelajar dan ibu bapa seharusnya
menggunakan sebutan bahasa Melayu yang baku.

42

5.4.4

Rakan Guru

Guru-guru bahasa Melayu masih berkurangan. Banyak sekolah yang merungut tidak
mempunyai guru bahasa Melayu. Kalaupun ada guru bahasa Melayu, selalunya mereka
tidak terlatih secara khusus, dan tidak mempunyai pengetahuan yang cukup untuk
mengajar bahasa Melayu. Pemegang Ijazah Pengajian Melayu pun belum tentu betulbetul mahir dan faham selok-belok tatanabahasa bahasa Melayu untuk mengajar bahasa
Melayu. Rakan guru perlu mempunyai pengetahuan yang luas dan mendalam tentang
bahasa Melayu, dari segi fonologi, morfologi, sintaksis, sematik, gaya dan keadah
pengajaran bahasa Melayu. Guru mata pelajaran lain kerapa kali diarahkan mengajarkan
bahasa Melayu.
Rakan guru perlu lebih prihatin dan bersikap proaktif dalam menangani masalah
ini. Penggunaan dialek tempatan yang begitu ketara dalam pertuturan bahasa Melayu
dalam kalangan guru menjadikan suasana pembelajaran kurang berkesan. Perkara ini
diburukkan lagi apabila tenaga pengajar merupakan penduduk tempatan dan lebih selesa
bertutur menggunakan dialek tempatan.
Pelaksanaan sebutan bahasa Melayu baku di sekolah tidak akan mencapai
matlamatnya tanpa kerjasama daripada semua guru terutamanya guru-guru mata
pelajaran yang lain. Sesuai dengan gagasan Bahasa Melayu Merentas Kurikulum, semua
guru seharusnya dapat menyampaikan pengajarannya dengan penggunaan

sebutan

bahasaa Melayu baku tanpa mencampuradukkan dialek dalam sesi pengajaran dan

43
pembelajaran. Mereka juga perlu memastikan para pelajar menggunakan sebutan bahasa
Melayu baku dalam komunikasi dengan guru sama ada di dalam mahupun di luar kelas.
Para guru juga perlu melakukan penilaian kendiri untuk menentukan tahap
kepatuhan mereka terhadap aspek penggunaan sebutan bahasa Melayu baku. Mereka
perlu menilai sama ada pendekatan, kaedah dan teknik yang digunakan membantu ke
arah pelaksanaan sebutan bahasa Melayu baku dalam kalangan guru, para pelajar dan
komuniti di sekolah.

5.4.5

Pelajar

Para pelajar perlu bersikap lebih positif untuk menggunakan sepenuhnya sebutan bahasa
Melayu baku dalam urusan seharian sama ada di sekolah, di rumah atau sewaktu
berkomunikasi bersama masyarakat setempat. Dengan cara yang demikian, dapat melatih
dan membiasakan mereka dengan gaya sebutan bahasa Melayu yang betul tanpa
pengaruh dialek tempatan sebagaimana lazimnya.
Para pelajar juga dicadangkan agar selalu mendengar ucapan, temuramah, berita
dan seumpamanya yang dapat dijadikan contoh dan pedoman penggunaan sebutan bahasa
Melayu baku yang betul. Para pelajar perlu membuang tanggapan bahawa bahasa Melayu
adalah mata pelajaran yang mudah. Anggapan ini perlu dikikis kerana kemahiran bertutur
menggunakan sebutan bahasa Melayu baku memerlukan jangka masa yang panjang dan
banyak latihan diperlu sehingga menjadi satu kelaziman.

44
Sebutan bahasa Melayu yang diajar di dalam kelas tidak dituturkan di luar kelas.
Ragam yang diajarkan ialah ragam tulisan (rasmi), dan bukan untuk dipakai ketika
bertutur di luar kelas. Sebutan bahasa Melayu yang mereka pelajari di kelas bukan untuk
berhubung secara lisan. Sepatutnya sebutan bahasa Melayu yang diajar di kelas boleh
mereka gunakan di luar kelas.

5.4.6

Ibu bapa

Para ibu bapa atau penjaga perlu mempunyai sikap yang positif dengan menggalakkan
penggunaan sebutan bahasa Melayu baku ketika berkomunikasi di rumah. Ibu bapa juga
perlu memastikan anak-anak mereka mengulangkaji mata pelajaran bahasa Melayu
khususnya aspek lisan walaupun aspek ini dianggap remeh oleh sesetengah pihak.
Latihan dan latih tubi sebutan bahasa Melayu yang baku perlu diadakan dari masa ke
semasa terutama sekali sewaktu menduduki Ujian Lisan Berasaskan Sekolah (ULBS)
yang mensyaratkan para pelajar lulus ujian tersebut.
Pengukuhan pembelajaran sebutan bahasa Melayu baku jarang wujud, iaitu
suasana keluarga dan sosial tidak menggalakkan. Di rumah sebutan bahasa Melayu baku
mungkin tidak digunakan

45

5.5

Penutup

Kedudukan bahasa Melayu hari jelas mencerminkan masyarakat penggunanya yang


mengalami pembangunan pesat. Dalam proses pembangunan tersebut, penutur berasa
perlu mengungkapkan segala yang baharu dalam bahasa Melayu. Hal ini banyak
membawa implikasi tertentu dalam usaha mengembangkan bahasa tersebut. Kita bukan
sahaja terpaksa mencari satu norma baku untuk bahasa Melayu bagi pengajarannya, tetapi
juga menyakinkan penutur bahasa Melayu keseluruhannya, bahawa perubahan yang
berlaku adalah sesautu yang normal dan akan terus berlaku. Hakikatnya satu norma baku
terus berkembang sehingga norma baku bagi bahasa Melayu kelmarin mungkin sudah
tidak lagi baku pada hari ini.
Sikap kebanyakan pengguna bahasa Melayu, sama ada orang Melayu atau bukan
Melayu memang banyak menyulitkan keadaan bahasa Melayu. Ramai penutur
menganggap bahasa Melayu itu satu bahasa yang mudah; mudah disebut, dieja atau
dipakai tanpa pertimbangan yang serius. Pandangan yang menganggap bahasa Melayu itu
mudah, memang sukar diatasi. Apabila bahasa Melayu itu dirasai sukar maka penutur
pula menganggap bahasa Melayu sebagai bahasa yang berubah-ubah, tidak baku dan
seumpamanya.
Penyempitan konsep bahasa baku pada aspek sebutan sahaja merupakan
kekeliruan orang tertentu. Bahasa yang baku ialah bahasa yang berlandaskan aturan atau

46
sistem tertentu dalam penggunaannya, baik daripada segi sebutan, ejaan, kosa kata,
tatabahasa, mahupun laras bahasa.
Secara kasar, dalam kehidupan sehari-hari kita menggunakan dua ragam utama.
Yang pertama ialah ragam bahasa yang kita gunakan dalam suasana tidak rasmi seperti
perbualan, permainan, catatan perbibadi dan sebagainya. Yang kediua ialah ragam bahasa
rasmi.
Untuk suasana rasmi kita perlu menggunakan bahasa baku. Sebagai contoh, kerja
bertulis di sekolah perlu ditulis dalam bahasa baku. Di luar sekolah, segala urusan di
jabatan kerajaan seperti surat-menyurat, mesyuarat, laporan, taklimat dan seumpamanya,
perlu dikendalikan dengan menggunakan bahasa baku. Siaran radio dan televisyen yang
bersifat rasmi, seperti siaran berita, perlu disampaikan dalam sebutan bahasa baku.
Sebutan baku dapat meningkatkan keindahan bahasa kita. Contohnya, nyanyian
Negaraku dinyanyikan dengan menggunakan sebutan dialek tentunya menimbulkan
kesan kurang semangat.

47

5.6

Pendekatan Pengajaran Sebutan Bahasa Melayu Baku

Terdapat dua pendekatan utama yang digunakan oleh para guru untuk mengajar
kemahiran bertutur. Pendekatan tersebut ialah;

a) Pendekatan Situasi.
Dalam pendekatan situasi, yang ditekankan ialah penguasaan sistem bunyi yang betul.
Oleh itu teknik pengajaran yang diutamakan ialah latih tubi. Prosedur yang lazim
dilakukan ialah guru menyebut dan pelajar meniru sebutan guru. Sebutan itu diulang
berkali-kali secara kelas, dalam kumpulan, dan selanjutnya secara individu.
Latih tubi sebutan meliputi latih tubi penyebutan ayat, frasa, kata, suku kata, dan
fonem yang dipetik daripada bahan rangsangan, terutama dialog. Kekuatan pendekatan
ini terletak pada penekanan terhadap sebutan dan intonasi yang tepat sehingga pelajar
cekap mengenal dan membezakan pelbagai bunyi yang berlainan.

b) Pendekatan Komunikatif.
Pendekatan ini menekankan keupayaan menggunakan unsur-unsur sistem bunyi dengan
tepat dalam interaksi masyarakat. Dalam pelaksanaannya di kelas, guru perlu sentiasa
mempertalikan kecekapan-kecekapan penyebutan.

48

Segala aktiviti pra-komunikatif bertujuan memberikan kecekapan penyebutan


perlu disusuli dengan aktiviti-aktiviti komunikatif yang meletakkan pelajar dalam
suasana penggunaan bahasa yang sebenarnya.

5.6.1

Perancangan Pengajaran dan Pembelajaran:

Contoh Persediaan Mengajar ( Pendekatan Situasi)


Tingkatan

: 4 Pengajian Kejuruteraan 2

Tajuk

: Adat Meminang dalam Masyarakat Melayu

Masa

: 80 minit

Bilangan Pelajar : 24 orang

Hasil Pembelajaran Utama:


3.0

Berunding secara santun untuk mendapatkan persetujuan dan kata sepakat.

Hasil Pembelajaran Khusus:


3.1

Berbincang dengan menggunakan ragam bahasa dan gaya pengucapan yang betul
ketika berunding

Huraian Hasil Pembelajaran:


Aras 1.i Memberikan komen peribadi dengan menggunakan ragam bahasa yang tepat
dalam situasi formal

49

Objektif

Pada akhir pelajaran ini, pelajar dapat:


(i)

menggunakan ragam bahasa yang betul semasa berunding

(ii)

menggunakan gaya pengucapan (sebutan) baku yang betul semasa berunding

Sistem bahasa

Tatabahasa : laras bahasa


Kosa Kata : berunding, meminang, hantaran, mas kahwin

Pengisian Kurikulum :
Ilmu

: Sosiolinguistik

Nilai

: Sopan-santun, hormat-menghormati, menghargai pandangan orang lain

Kemahiran bernilai tambah:


Kemahiran berfikir : mengkonsepsikan idea dan menyelesaikan masalah
Membuat keputusan ketika berunding.

Kecerdasan Pelbagai : Interpersonal,


Strategi
konteksual

intrapersonal,

dalam

verbal-linguistik, pembelajaran

Bahan Bantu Mengajar: VCD, CD, Pita rakaman, pemain kaset, petikan dialog

50

Langkah Pengajaran dan Pembelajaran:

1. Menonton video perundingan meminang. Catat laras bahasa yang digunakan. Pelajar
menonton dan mendengar dengan teliti.
2. Guru meminta pelajar menyenaraikan perkataan-perkataan yang baharu mereka temui.
Senaraikan ayat yang memainkan peranan penting dalam menentukan kejayaan atau
kegagalan dalam proses peminangan tersebut.
3. Guru meminta pelajar membuat simulasi meminang dengan rakan secara berpasangan.
Guru menerangkan peranan masing-masing.
4. Guru meminta pelajar menggunakan sebutan yang betul ( sebutan bahasa Melayu
baku). Guru meminta pelajar menggunakan bahasa yang santun semasa berunding. Guru
mengingatkan pelajar menggunakan gaya pengucapan dan teknik berunding dengan
betul.
5. Guru merakam dan memperdengarkan semual dialog yang diujarkan oleh pelajar.
Guru meminta pelajar mengujarkan sebutan yang betul secara kelas, dalam kumpulan dan
secara individu sebagai langkah memperbetulkan sebutan pelajar.
6. Latih tubi ditekankan kepada perkataan-perkataan yang pelajar tidak dapat
mengujarkan dengan betul mengikut bunyi sebutan bahasa Melayu baku.
7. Guru membuat rumusan pengajaran dan pembelajaran.

RUJUKAN

Abdullah Hassan (1989). Isu-Isu Perancangan Bahasa: Pengintektualan Bahasa


Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan (1996). Isu-isu Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa Melayu.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan et. al. (1989). Kesalahan Bahasa Dalam Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdullah Hassan et. al. (1983). Rencana Linguistik. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Abdul Aziz Abdul Talib (1993). Menguji Kemahiran Bahasa Prinsip, Teknik dan
Contoh. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Abdul Hamid Mahmmod (1997). Guru dan Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Media Printext (M) sdn. Bhd.
Ahmad Khair Mohd. Nor et. al. (2005). Bahasa Melayu Profesional Edisi Semakan.
Tanjung Malim: UPSI.
Awang Sariyan (1989). Pembakuan Bahasa Melayu: Falsafah, Sejarah dan
Aspek-Aspeknya. Dewan Bahasa Jilid 33.
Awang Sariyan (2002). Ceritera Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Awang Sariyan (2004). Teras Pendidikan Bahasa Melayu Asas Pegangan Guru.
Pahang: PTS Publications & Distributars Sdn. Bhd.
Awang Sariyan (2005). Tuntunan Bahasa Asas Pegangan Guru. Selangor: Pearson
Malaysia Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar (1985). Perancangan Bahasa Dengan Rujukan Khusus Kepada
Perancangan Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Asmah Haji Omar (1991). Kepelbagaian Fonologi Dialek-Dialek Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Azman Wan Chik et. al (1989). Mengajar Bahasa Malaysia Jilid 1: Perkaedahan.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Daftar Ejaan Rumi Bahasa Melayu (1994). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan
Pustaka.
Daftar Umum Sebutan Baku Bahasa Melayu (1991). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Dahlia Janan et. al. (2004). Mengajar dan Belajar Bahasa Melayu Tafsiran Sukatan
Pelajaran Baharu. Tanjung Malim: UPSI.
Darwis Harahap (1989). Peristiwa Bahasa. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Farid M.Onn dan Ajid Che Kob (1993). Simposium Dialek, penyelidikan dan
Pendidikan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
James T.Collins (1989). Antologi kajian Dialek Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Lado, R. (1957). Language Teaching. New York: Mc Graw Hill, Inc.
Lufti Abas (1971). Linguistik Deskritif dan Nahu Bahasa Melayu. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim (1981). Beberapa Persoalan Linguistik Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim (1988). PedomanUmum Sebutan Baku Bahasa Melayu. Kuala
Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Nik Safiah Karim (1992). Laporan kajian Sosiolinguistik Penggunaan, Penguasaan
dan Pelaksanaan Bahasa Melayu Baku Di Jabatan-Jabatan Kerajaan Negeri/
Persekutuan, Badan-Badan Berkanun/Swasta dan Kuasa-Kuasa Tempatan Di Sabah.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Raminah Sabran dan Rahim Sham (1987). Kajian Bahasa Untuk Pelatih Maktab
Perguruan. Petaling Jaya: Fajar Bakti.
Trudgill Peter (1984). Sosiolinguistik Satu Pengenalan (Nik Safiah Karim. Terjemah).
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lampiran 1

MEMORENDOM

KEPADE

: Menteri Perumahang dang Kerajaang Tempatang

DARIPADE

: Persatuang Pendudok Tamang Sentose, Bukit Bauk, Dungung

TAJUK

: BANTAHANG TERHADAK PEMBINAANG BLOK KONDOMINIUM

MEWAH BERHADAPANG TAMANG PERUMAHANG

1. PENDAHULUANG
- Kami mewakili pendudok Tamang Sentosa, Bukit Bauk, Dungung inging membuak
bantahang terhadak pembinaang blok kondominium mewah yam pihak tuang akang
dirikang berhadapang dengang tamang perumahang kami.

2. PENYATE BANTAHANG
2.1 Pembinaang blok kondominium mewah ini akang menyebakkang berlakunya
pencemarang seperti pencemarang bunyi yam disebakkan olih jentere-jentere yam
digunakang dalang pembinaang olih habuk-habuk dari kawasang pembinaang yam bolih
memudarakkan para pendudok. Pencemarang air juge akang turuk berlaku akibat
daripade pembinaang blok kondominium mewah tersebuk ni kerane wujudnya sistem
pengalirang sementare dimane sise-sise bahang pembinaang dibuam kedalang sisstem
pengalirang dang ni akang menyebakkang ia tersumbak.
2.2 Selaing tu, pembinaang blok kondominium mewah ni juge akang menyebakkan
berlakunya kerosakkang infrastuktur yam sedie ade seperti kerosokkang ke atas jalang
raye. Hal ni disebakkan olih kenderaang-kenderaang berat yam membawe muatang yam
berlebihang. Ia juge akang mendatangkang bahaye kepade para pendudok terutame
kepade kanak-kanak kecik.

2.3 Dengang pembinaang blok kondominium mewah ni akang meyebakkan perubahang


segi sosiel di mane pergaulang antare pendudok tamang dengam penghuni kondominium
tak wujud disebakkan penghuni kondominium yam tak memetimkang perhubungang

silaturrahing. Selaing tu, bilangam pendudok akam bertambah dang akang menyebakkan
kepadatang.

3. PENYATE CADANGANG
-Kami mencadamkang agar pembinaang blok kondominium mewah dijalangkang di
tempak yam lebih stratejik seperti di kawasang yam tak akang menimbulkang masalah
kepade para pendudok di sekitarnye dang seharusnye dibine di pusak-pusak bandor
seperti Kuale Terengganu.

Sekiang, terime kasih.

Yam menjalangkan tugas,

(Hamidah Binti Wahid)


Setiausehe,
Persatuang Pendudok Tamang Sentose,
Bukit Bauk, Dungung,
Terengganu.

Lampiran 2
MESYUARAK AGOM TAHUNANG
Adalah dengang ni diberitahu bahawe Mesyuarak Agom Tahunang ke 2 Koperasi
Sekolah Teknik Dungung akang diadakang di Bile? Mesyaurak Utame pade Isning, 2
Mac 2006, jang 9.00 pagi.
Saye berharap tuang/puang dapak menghadirkang diri ke mesyuarak ni.
Yam Menjalankang tugas,
..
( Hazid Danial Ismail)
Setiausahe,
Koperasi Sekolah Menengah Teknik,
Dungung, Terengganu.

AJENDE
1. Ucapang Pengerusi
2. Mengesahkang minik Mesyuarak yam lepas
3. Perkare-perkare berbangkik
4. Laporang Kewangang
5. Hal-hal laing
6.Penangguhang Mesyuarak

MINIK MESYUARAK
KOPERASI SM. TEKNIK DUNGUNG
Tempak Mesyuarak:
Mesyuarak AJK Koperasi SM. Teknik Dungung yam ke 2 diadakang pade hari
Isning, 20 Mac Jang 9.00 pagi di Bile? Mesyuarak Utame SM. Teknik Dungung,
Terengganu.
Kehadirang:
Seramai 56 oram ali yam hadir.( lihak lampirang)

Pengesahang Minik Mesyuarak yam lepah:


Minik mesyuarak yam lepah telah disahkang tanpe pindaang.

Perkare-perkare berbangkik:
Usul unto? menambah baram-baram keperluang bagi kedai koperasi yam beroperasi di
asrama telah mendapak persetujuang semue ali dang berkuakkuase serte-merte. Ni
adelah unto? Memastikang baram-baram keperluang tu mengcukupi sebelung
pebdaftrang pelajar-pelajar baru (tingkatag empak) sesi 2006 bagi mengelakkang
berlakunye sebaram kesulitang mendapak barangang keperluang.

Laporang Kewangang:
Saudara Amir Shah telah membentangkang laporang kewangang berakhir pade 28
haribulang Febrauri 2006. Keuntungang yam diperoleh pade tahung lepah telah
mencapai tahap yam luor biase. Segale perbelanjaang telah dicatatkang dang disimpang
di dalang fail kewangang Koperasi SM. Teknik Dungung, Terengganu.

Hal-hal laing:
Saudara Syahrul Fikri telah mencadangkang supaye bonos ali dibuak sebulang sebelung
tahung baru. Beliua juge mencadangkang supaye 50 % daripade bonos tu dilaborkang
semule ke dalang sahang Ali-ali Koperasi.

Penangguhang Mesyuarak:
Mesyuarak telah ditangguhkang pade jang 11.30 pagi dang mesyuarak yam ke 3 akam
diadakam pade tahun depang di tempak yam same. Tarikh dang waktu mesyuarak akam
ditetapkang kemudiang.

Disediakang olih,

.
(Amiruddin Bin Awang)
Setiauseha,
Koperasi SM. Teknik Dungung,
Terengganu.

Disahkang olih,

(Ismail Bin Kassim)


Pengerusi,
Koperasi SM. Teknik Dungung,
Terengganu.

Lampiran 3
PENGUCAPANG AWANG DI MAJLIS PERASMIANG
BULANG MELAWAK TERENGGANU

## Majlis dengam sukacitenye mengumumkang ketibaang Y.A.B Menteri Keseniang


dang Kebudayaang, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, diiringi olih Y.A.B Dato Seri Haji Idris
Jusoh, Menteri Besor Terengganu, serte Yam Berbahagie Dato Din Adam, selaku
Pengarah Projek Bulang Melawak Terengganu, dang Puang Suhaili Faqihah Mamat,
Pengerusi Kelab Kebudayaang dang warisang Negeri Terengganu.
Rombongang ini diiringi olih paluang kompam dang diarok olih bunge manggar daripade
pelajar-pelajar Maktab Rendah Sain Mara Kuale Terengganu.
Terime kaseh diucapkang. Para tetamu dijempuk mengambik tempak masim-masim.

Tatam puang tatam cerane


Tatam dudo? Si rame-rame
Datam tuang datamlah nyawe
Datang dudo? Bersama-same
** Bagi memberkati majlis yam permai ini, marilah kite same-same membacakang Surah
Al-Fatihah. Semoge majlis ini mendapak keredaangnye dang berjalang dengam lancar.
Al-Fatihah.
Ribuang terime kaseh diucapkang kepade dih-dih kehurmat yam sudi hadir pade malang
ini. Tak lupe juge kepade seluroh rakyak Negeri Terengganu yam memberikang
sokongang padu dengang menghadiri majlis merioh ini. Ucapang terime kaseh ini juge
ditujukang kas kepade para pelacum asim kerane sudi mengambik bahagiang.

Burum enggam silam bersilam


Nampak pipit same rate
Sudilah sirih sekapur seoram
Itulah asal pembuke kate

Harak bersemi cinte nang haluh


Bimbam nanti bertingkah alasang
Tujuang kami murni dang tuluh
Mengembam seni menjage warisang
## Unto? pengetahuam para hadiring, majlis ini diadakang sempene bulang melawak
Negeri Terengganu. Objektif utame diadakang majlis seperti ini adelah unto? menyahok
seruang kerajaang yam berhasrak unto? mengembamkang indastri pelancungang.
Sebagaimane yam kite sedie maklom, negare kite kaye dengam pelbagai budaye dang
warisang. Dang yam palim saye kagumi adalah keyunikkang negeri penyu ini yam saye
kire tak terdapak di negeri laing. Bak kate pepatah oram lame: tak kenal make tak
cinte. Begutulah bolih dinyatekang tentam negeri penyu ini, sekali datam, selamenye
hati terpauk.

** Unto? tak membuam mase, majlis dengam segale hurmatnye mempersilekang Yam
Berbahagie Dato Din Adam selaku pengarah projek Bulang melawak Terengganu unto?
menyampaikang sepatoh dua kate sebagai ucapang alu-aluang dang kenang-kenangang
di hati kite semua. Dipersilakang
Terime kasih diucapkang kepade Yam Berbahagie Dato. Semoge kate-kate beliau
menjadi azimak yam bergune kepade kite semue.
Seterusnye, majlis dengam segele hurmatnye menjempuk Yam Amak Berhormak Menteri
Besor Terengganu, Dato Seri haji Idris Jusoh unto? memberikang ucapang.
Dipersilakang

## Majlis mengucapkang ribuang terime kaseh kepade Yam Amak Berhormak Dato
kerane ucapang penghargaang tersebuk.
Saye inging memetik kate-kete Menteri Besor yam menyaramkang agar taraf ekonomi
pendudok Negeri Terengganu dinaiktarafkang selaras dengam kemajuang negare.
Sebenarnye para hadiring, seperti kite sedie maklom, Negeri Terengganu telah lame
keluor dari belenggu kemiskinang dang telah lame mengalami revolusi kemajuang.
Sebagai contoh, ekonomi sare diri yam diamalkang kini telah ditukarkang kepadae
ekonomi antarebangse seperti perusahaang bate? Dang perusahaang makanang. Jike
pade satu mase dulu akiviviti melukis bate? Sekador dijadikang aktiviti mengisi mase
lapam dang pemprosesang bahang makanang hanye dijadikang aktiviti di musing
tenkujuh, kini tak lagi. Para wanite Terengganu telah mengambik insiatif mereke sendiri
dengam lamkoh memeksport dang memperkenalkangnye di mate dunie.

** Sekaram , tibelah saak yam ditunggu-tunggu iaitu upacare perasmiang Bulang


Melawak Terengganu yam akang dilakukang olih Yam Amak Berhormak Datuk Seri Dr.
Rais Yatim, Menteri Keseniang dang Kebudayaang Malaysia.
Majlis dengang segale hormaknye mempersilekang Yam Amak Berhormak Datuk
memberikang ucapang serte merasmikang majlis pelancarang Bulang Melawak
Terengganu. Di persilekang

## Majlis merakamkang jutaang terime kaseh kepade Yam Amak berhormak Menteri
Keseniang dang Kebudayaang Malaysia kerane ucapang dang perasmiang beliau.
Semoge ape yang diperkatekang olih Yang Amak Berhormak menjadi sandarang kepade
kite semue.

Sirih adak sirih junjum


Gubahang olih andang bistari
Adak dijunjum, adak disanjum
Resang budaye sehingge mati

**Demikianglah berakirlah sudah majlis malang ni. Maafkang segale kelemahang yam
datam dari kami berdue sekirenye tedapak cacak celenye di sepanjam majlis berlangsum.
Sesungguhnye yam mole? itu datam dari Allah dang yam burok itu datam dari hambe.

## Dijempuk dih-dih kehormak dang para hadiring ke Dewang Baniom unto? menjamu
selere bersaskang makanang tradisional masyarakak Terengganu.
Sebelung bersurai, majlis diakiri dengam bacaang Surah Al-Asr.

** Sekian, Terime Kaseh. Majlis bersurai. Dijempuk para hadiring unto? menjamu
selere.
Hingge jumpe lagi. Selamak Malang.