Anda di halaman 1dari 2

Bilangan Jurnal

Ke-__1_

Minggu Praktikum

__1____

Tarikh Peristiwa / Kejadian :

_27 Januari 2014__ hingga __29 Januari 2014_

Tajuk Jurnal

Minggu Pertama di SK. Lapasan, Kota Kinabalu.

Pada hari pertama tiba di sekolah, saya dan rakan-rakan praktikum saya sempat
berjumpa dengan beberapa orang guru di sekolah seperti guru Penolong Kanan
Kokurikulum, Penolong Kanan Pentadbiran dan juga guru-guru biasa. Kami
berkenalan secara tidak formal dan menyatakan tujuan kehadiran kami di sekolah
itu.
Tidak lama kemudian, kami turut menghadiri perhimpunan pagi pada hari
Isnin yang disertai oleh murid-murid Prasekolah, murid Tahun 1 hingga Tahun 6,
guru-guru dan guru-guru praktikum. Guru Besar tiba ke sekolah dan turut menghadiri
perhimpunan walaupun agak kelewatan. Saya melihat sistem perhimpunan yang
dijalankan di sekolah itu. Sama seperti pengalaman sebelum ini di sekolah lain tidak
banyak perbezaannya.
Selepas perhimpunan, kami berjumpa Guru Besar di dalam pejabat am dan
berkenalan dengan beliau. Kami memperkenalkan diri dan menyatakan hasrat dan
harapan kami sepanjang berada di sekolah selama tempoh 12 Minggu. Selepas itu,
kami pergi ke bilik guru untuk berjumpa dengan guru-guru atas tujuan
memperkenalkan diri dan mencari guru pembimbing yang diberikan kepada kami
sepanjang menjalani praktikum di sekolah ini.
Bagi saya dan rakan saya dari Unit PISMP Sains, kami diberikan
tanggungjawab dibawah seliaan Cikgu Suhaila iaitu guru Sains di sekolah itu. Kami
mendapat jadual mengajar daripada Cikgu Raidah yang memainkan peranan dalam
mengatur jadual mengajar setiap guru di sekolah itu. Setelah mendapat jadual
masing-masing, kami berjumpa dengan guru pembimbing untuk berbincang
mengenai serba sedikit latar belakang murid-murid, tahap kognitif mereka, gaya
pembelajaran mereka, sikap dan perangai di dalam kelas dan huraian sukatan
pelajaran.
1 | Page

Sepanjang minggu pertama ini, saya ada masuk ke dalam kelas sebagai
minggu suai kenal bersama dengan murid-murid. Selain itu juga, saya turut
menetapkan peraturan saya sendiri setiap kali saya masuk ke kelas untuk mengajar.
Saya meminta murid untuk menulis dan menghafal beberapa peraturan yang ringkas
dan mudah difahami ini untuk kebaikan dua belah pihak. Taktik ini merupakan salah
satu cara untuk mengawal kelas dengan baik sepanjang sesi pengajaran dan
pembelajaran berlangsung.
Pada hari Rabu pula dalam minggu pertama ini, saya dan rakan-rakan
praktikum

diberikan

tanggungjawab

untuk

mengatur

dan

mengendalikan

Kokurikulum pada waktu petang selepas waktu persekolahan tamat. Ini memberikan
pengalaman yang berguna kerana ianya amat berguna sebagai pengalaman yang
bermakna sewaktu di sekolah nanti. Saya dapat mengenali beberapa orang murid
dan serba sedikit memahami ragam mereka masing-masing.
Harapan saya berada di sekolah ini ialah semoga kedatangan saya dan
rakan-rakan yang lain ke sekolah ini disenangi oleh guru-guru dan staf sekolah serta
murid-murid sekolah. Selain itu, saya berharap agar tujuan dan niat saya ikhlas
untuk mengajar dan mendidik murid-murid agar dapat menjadi seorang yang berilmu
pengetahuan dan berakhlak sopan bukan sahaja semasa keberadaan kami malah
selepas pemergian kami nanti. Saya berharap segala ilmu yang dicurahkan kekal
bersama murid-murid dan dapat diaplikasikan di dalam rutin seharian.

Disemak oleh Guru Pembimbing

Disahkan oleh Pensyarah Penyelia

Tandatangan:___________________
:___________________

Tandatangan

Nama

:___________________
:___________________

Nama

Tarikh

:___________________
:___________________

Tarikh

2 | Page