Anda di halaman 1dari 7

Tel

: 063841366 / Fax : 063844009

emel: mbb0044@1bestarinet.net

SUKAN TAHUNAN KALI KE-27


UNIT KOKURIKULUM
SK SRI LAKSAMANA

A .PENDAHULUAN
Kejohanan Sukan Tahunan Sekolah adalah merupakan salah satu program
tahunansekolah. Kejohanan ini dirancang bagi mengisi program kokurikulum
Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana bagi Tahun 2015. Kejohanan pada tahun ini
adalah merupakan kali-27 pernah diadakan.
B. MATLAMAT
Pelaksanaan program seumpama ini adalah untuk mengembangkan potensi
dan minat pelajar ke arah melahirkan insan yang seimbang dan harmonis. Melalui
penglibatan pelajar dalam aktiviti-aktiviti permainan dan olahraga di peringkat
sekolah dan melalui pertandingan-pertandingan yang diadakan, membolehkan
murid-murid mengimbangkan antara emosi, jasmani, intelek dan rohani selaras
dengan hasrat Falsafah Pendidikan Negara.
C. OBJEKTIF
Adalah diharapkan program ini akan dapat :
i.
ii.

Memberi peluang kepada pelajar untuk mengembangkan bakat mereka ke


tahap yang lebih optimum.
Mengukuhkan perhubungan dan pergaulan di kalangan murid-murid dalam
gerakerja yang diceburi.

iii.

Melahirkan pelajar yang aktif dan berpotensi di dalam bidang kokurikulum.

iv.

Melahirkan pelajar yang berkeyakinan dan memantapkan diri untuk lebih


berjaya dengan lebih cemerlang.

v.

Pelajar yang aktif dan berpotensi akan dipilih dan dihantar mewakili sekolah
ke kejohanan olahraga peringkat kawasan.

D. SASARAN
i.
Semua murid SK Sri Laksamana bermula dengan murid Prasekolah, Tahun 16 dan murid-murid kelas Pendidikan Khas.
Ii
Semua peserta mestilah cukup sihat. Setiap Ketua guru rumah mestilah
memastikan kesihatan peserta rumah masing-masing semasa sesi latihan dan
semasa kejohanan diadakan serta telah mengembalikan surat kebenaran daripada
ibubapa/penjaga masing-masing.
E. ANJURAN

Unit Kokurikulum Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana.


F. PELAKSANAAN
Kejohanan kali ini akan dilaksanakan bagi mempertandingkan kategori antara
rumah-rumah sukan. Sekolah akan mengadakan Kejohanan Sukan Tahunan Kali
Ke - 27 Tahun 2015 pada tarikh, masa dan lokasi seperti di bawah ;
Tarikh

5 MAC 2015

Hari

Khamis

Masa

2.00 petang

Tempat

Padang Sekolah Kebangsaan Sri Laksamana,Masjid Tanah

G. ACARA YANG DIPERTANDINGKAN


1. Kategori rumah sukan yang dipertandingkan :
Kejohanan Sukan Tahunan ini disertai oleh 4 pasukan yang terdiri daripada
semua murid-murid SK Sri Laksamana

Rumah Tun Dr Ismail ( Merah )


Rumah Dato Onn (Biru)

Rumah Tun Abdul Razak (Kuning )

Rumah Tun Hussien Onn ( Hijau )

2. Senarai acara.
Rujuk Lampiran A

H. ANGGARAN PERBELANJAAN
BIL. PERKARA

KUANTITI

HARGA/UNIT

1. Kanopi

RM150 X 8

2. Medal

438

RM 7.50 X 438

RM 25 x 4

100.00

RM 50 x 3

150.00

RM 50 x 1

50.00

Piala Peserta Terbaik


Lelaki / Perempuan
4. HAMPER Pasukan
3.

5. Cenderamata VIP

JUMLAH(RM)
1200.00
3285.00

6. Pelbagai
7.

Makan dan minuman


pelajar

100.00
627

RM3 X 627

Jumlah Keseluruhan

1881.00

6766.00

I .SUMBER KEWANGAN

1. Kanopi

PERBELANJAAN
RM
1200.00

2. Medal

3285.00

Wang SUWA

100.00

Wang SUWA

150.00

Sumbangan PIBG

5. Cenderamata VIP

50.00

Sumbangan PIBG

6. Pelbagai

100.00

Sumbangan PIBG

1881.00

Sumbangan PIBG (RM1000)


Wang SUWA (RM881.00)

BIL. PERKARA

Piala Peserta Terbaik


Lelaki / Perempuan
4. HAMPER Pasukan
3.

7.

Makan dan minuman


pelajar

SUMBER KEWANGAN
Sumbangan PIBG

J .PERATURAN-PERATURAN PERTANDINGAN

Pertandingan ini dianjurkan berdasarkan Undang-undang K.O.A.M dan


Peraturan Am Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Perak. Walau bagaimanapun
Jawatankuasa penganjur telah menyesuaikannya mengikut keadaan,
suasana dan persekitaran sekolah.
Setiap pelajar hanya dibenarkan menyertai maksimum 3 ( tiga ) acara iaitu 2 (
dua ) acara individu dan 1 ( satu ) acara berkumpulan.

Semua peserta mestilah cukup sihat. Jawatankuasa Penganjur tidak akan


bertanggungjawab atas kemalangan atau kecederaan yang disebabkan oleh
kesihatan yang kurang baik.

Jawatankuasa Penganjur tidak akan bertanggungjawab jika berlaku


kemalangan, kecederaan atau kehilangan harta benda semasa pertandingan
dijalankan.

Pembatalan

Pelajar yang melanggar peraturan penyertaan akan dibatalkan.


Peserta tidak harus mendapat sebarang pertolongan di sepanjang penyertaan
di dalam acara-acara yang dipertandingkan.

Peserta yang didapati mengganggu atau memintas dengan maksud


melengahkan kederasan lawan, akan dibatalkan haknya dari pertandingan ini,
walaupun ia mendapat tempat kedudukan.

Hadiah-hadiah

Peserta yang mendapat kedudukan Johan, Naib Johan dan Tempat Ketiga
akan mendapat hadiah yang berbentuk Hanging medal di dalam setiap acara
yang dipertandingkan.
Peserta yang menyertai acara sukaneka dan mendapat kedudukan Johan,
Naib Johan dan Tempat Ketiga akan mendapat hadiah di dalam setiap acara
yang dipertandingkan.

Olahragawan dan Olahragawati akan dipilih berdasarkan pencapaian


keseluruhan individu dan berpasukan. Olahragawan dan Olahragawati akan
menerima hadiah berbentuk stand medal.

Johan keseluruhan bagi pertandingan kategori rumah-rumah sukan ialah


berbentuk piala pusingan.

Bantahan

Semua bantahan hendaklah dikemukakan kepada Jemaah Juri Rayuan


secara bertulis dan hendaklah disertakan selepas 15 minit keputusan
diumumkan.
Keputusan Jemaah Juri Rayuan adalah muktamad.

K. JAWATANKUASA PROGRAM
Rujuk Lampiran B
M. PENUTUP
i
Diharapkan aktiviti ini akan menepati matlamat dan objektif yang digariskan.
Ii
Keselamatan peserta adalah diutamakan.
Iii
Kerjasama daripada semua pihak diucapkan terima kasih.
MAJULAH SUKAN UNTUK SEMUA
KOMITMEN, KONSISTEN, KUALITI

CATATAN/ULASAN GURU BESAR:


___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________
___________________________________________________________________

Disediakan oleh,

Diluluskan oleh,

...................................
(EMY BT OMAR)
Naib Setiausaha Sukan
SK. Sri Laksamana
78300 Masjid Tanah,
Melaka.

.......................................
(SAFIAN B. AB. RAHMAN)
Guru Besar
SK. Sri Laksamana,
78300 Masjid Tanah,
Melaka.