Anda di halaman 1dari 17

KONKRIT

3.1 Pengenalan
Konkrit merupakan sejenis bahan yang dihasilkan daripada hasil gabungan
simen ( cement ), batu baur halus ( fine aggregate ), batu baur kasar ( coarse
aggregate ) dan air mengikut nisbah tertentu.
3.1.1 Komponen Konkrit
a. Simen

Simen bertindak balas dengan air dan menjadi bahan pengikat komponenkomponen konkrit.

Terdapat pelbagai jenis simen seperti:

Simen portland (biasa digunakan dalam pembinaan dan kejuruteraan;

Simen putih (biasa digunakan untuk kemasan)

Simen bewarna;

Simen cepat mengeras.

Simen Portland merupakan simen paling biasa digunakan. Ia merupakan bahan


asas bagi konkrit, mortar pembinaan dan plaster. Jurutera British, Joseph Aspdin
mepaten simen Portland pada tahun 1824, dan ia dinamakan sempena tebing batu
kapur di Kepulauan Portland Isle of Portland di England disebabkan warnanya,
menyerupai batu yang dikuari di situ. Ia terdiri daripada campuran kalsium oksida,
silikon dioksida dan aluminum okside. Simen Portlanddan bahan seumpamanya
dihasilkan dengan memanaskan batukapur (sumber kalsium) dengan selut dan
mengiling bahan ini (dikenali sebagai klinker), dengan sumber sulfate (biasanya
gypsum). Apabila bercampur air serbuk yang terhasil akan membentuk hidrate
pepejal selepas tempoh tertentu.
Applikasi suhu tinggi, seperti oven batu-bata dan seumpamanya, pada kebiasaannya
memerlukan penggunaan konkrit pantulan, disebabkan konkrit berasaskan simen Portland mampu
musnah atau dirosakkan oleh suhu tinggi, tetapi konkrit refraktori (refractory concretes) mampu tahan
keadaan seperti itu.

b. Air
Air memainkan 3 peranan dalam kerja-kerja konkrit:
1.

Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan rapat.

2.

Air memberikan kesenangan kerja pada bancuhan konkrit.

3.

Air merupakan agen tindakbalas kimia dalam sime untuk mengikat semua
batu dalam bancuhan konkrit
Nisbah air berbanding simen (w/c ratio - water to cement) merupakan faktor utama

menentukan kekuatan konkrit. Nisbah w/c akan menghasilkan konkrit yang lebih kuat, sementara
nisbah w/c lebih tinggi menghasilkan konkrit dengan kekuatan yang kurang. Paste simen merupakan
bahan yang terbentuk hasil campuran air dan bahan bersimen; iaitu bahagian konkrit tanpa agregat

atau sokongan. Kelenturan atau kelikatannya ditentukan oleh kandungan air, jumlah kandungan pes
simen dalam campuran keseluruhan dan ciri-ciri fizikal (saiz maksima, bentuk dan gred) agregats.
c. Batu-Baur
Campuran air dan simen mengeras dan semakin kukuh dalam tempoh tertentu. Untuk
mendapatkan penyelesaian yang ekonomik dan pratikal, kedua-dua agregats halus dan kasar
digunakan bagi membentuk sebahagian besar campuran konkrit. Pasir, anak batu dan batu kelikir
merupakan bahan utama yang digunakan bagi tujuan ini. Bagaimanapun, ia semakin menjadi
kebiasaan bagi agregat dikitar semula (dari sisa pembinaan, perobohan dan pembongkaran) untuk
digunakan sebagai sebahagian penggantian agregat semulajadi, sementara sebahagian agregat
bahan sampingan industri, termasuk sanga (sisa) relau bagas dingin udara (air-cooled blast furnace)
dan abu dasar adalah juga dibenarkan.

Pasir dan serpihan batu adalah batu baur yang lazimnya digunakan dalam
bancuhan konkrit. Ia biasanya dibahagikan kepada dua kumpulan:
1. Batu baur halus atau pasir: Batu baur yang saiznya tidak melebihi
5mm. Ia boleh didapati dari pasir lombong, kuari atau sungai.
2. Batu baur kasar: Saiznya antara 5 50 mm. Ia biasanya diperolehi dari
kuari.

Kandungan batu-baur adalah 60-80% daripada isipadu konkrit

3.1.2 Campuran Tambahan


Campuran tambahan adalah bahan dalam bentuk serbuk atau cecair yang ditambah kepada
konkrit bagi memberikannya ciri-ciri tertentu yang tidak terdapat pada konkrit biasa. Jenis campuran
tambahan biasa adalah:

Pemecut (Accelerators) bagi mempercepatkan proses hidration (pengerasan)


konkrit.

Perencat (Retarder) memperlahankan penghidratan campuran simen bagi


menambah masa kerja.

Bahan Tambah Perangkap Udara (Air entraining agent) bagi menambah dan
mengedarkan buih udara kecil dalam campuran simen, yang akan
mengurangkan kerosakan semasa kitaran cuaca beku dan cair.

Superpemplastik (Superplastictizer) boleh digunakan bagi meningkatkan


kebolehkerjaan konkrit, ia mengurang kandungan air dalam simen supaya
boleh diletakkan lebih dengan mudah, dengan usaha yang sedikit.

Pigmen boleh digunakan untuk mengubah warna konkrit, bagi kecantikan.

3.2 Sifat Konkrit

Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini penting dalam
pembinaan, terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.

Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau
serangga lain.

Konkrit boleh dibancuh untuk dibentukkan menjadi sebarang bentuk mengikut


acuan.

Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.

Kualiti campuran konkrit bergantung kepada:

Kualiti bahan-bahan bancuhannya.

Nisbah campuran bancuhannya. Nisbah yang biasanya digunakan


(simen:pasir: batu baur) ialah: 1:2:4, 1:3:6, 1:5:10, mengikut tempat dan
tujuan.

Cara mencampur dan mengangkut.

Kualiti acuan yang digunakannya.

Pemampatan setelah ditempatkan dalam acuan.

Pengawetan yang digunakan.

3.3 Jenis-Jenis Gred Konkrit


Jenis- jenis bancuhan konkrit lebih dispesifikasikan sebagai gred- gred konkrit yang tertentu.
Bancuhan konkrit tidak lagi dikenali dengan campuran nisbah bancuhan. Campuran konkrit akan
digredkan dengan gred- gred berikut a) G15 (1:3:6)
b) G20 (1:2:4)

c) G25 (1:11/2:3)
d) G30 (1:1:2)
Gred ini didefinasikan sebagai satu nombor yang membayangkan Characteristic Compressive
Strenght, konkrit berkenaan dalam unit N/mm.
3.4 Ujian Keatas Bancuhan Konkrit
Tujuan utama ujian ini dilakukan adalah untuk mengetahui kekuatan sesuatu konkrit.
Dengan adanya ujian ini ia akan dapat menentukan samada bancuhan itu sesuai untuk kegunaan
berkenaan atau pun untuk mencapai kehendak kekuatan mampatan yang dikehendaki dalam kerjakerja pembinaan. Jenis- jenis ujian konkrit adalah :a) Ujian Ricih (slump Test)
b) Ujian Kiub (Cube Test)
3.4.1 Ujian Kericihan (Slump Test)
Ujian pemendapan tidak mengukur betapa bagusnya konkrit yag dibuat tetapi ia adalah
mustahak untuk menganalisa segala perubahan sekata dalam sesuatu campuran yang diberikan. Ia
dilakukan sebelum kerja penuangan konkrit pada struktur bangunan dijalankan. Ujian ini perlu
dijalankan ke atas semua truck mixer yang masuk ke tapak.
I. Alat- Alat Yang Digunakan ialah
kon kejatuhan konkrit diameter muncung atas 100mm, diameter muncung bawah 200mm dan tinggi
300mm.
Acuan kon yang diletakkan di atas kepingan aluminium.
Rod, diameter 16mm dan panjang 600mm (standard tamping).
Pita ukur untuk mengukur kejatuhan konkrit
II. Cara Ujian Runtuh Dijalankan
a. pertama sekali, konkrit dimasukkan kedalam slump cone.
b. Ia dimasukkan secara berperingkat- peringkat mengikut 3 lapisan
c. Setiap lapisan perlu dipadatkan sebanyak 25 kali dengan rod.
d. Selepas 4 lapisan dibuat, slump cone dikeluarkan secara perlahan- lahan dari lapisan konkrit yang
dipadatkan.
e. Jika tinggi konkrit yang tidak runtuh itu tidak melebihi 3 inci, maka ujian tersebut lulus dan konkrit akan
dibenarkan untuk dibawa masuk kedalam tapak bina.
f. Jika tingginya kurang daripada 3 inci, maka ujian tersebut gagal dan konkrit tersebut perlu ditukar.
Designed Slump = 75mm(+/-) 25mm
3.4.2 Ujian Kiub (Cube Test)

Ujian kiub merupakan satu lagi ujian penting dalam kerja konkrit. Tujuan ujian
konkrit ini adalah untuk menentukan kekuatan konkrit. Keputusan daripada ujianujian ini akan memberikan gambaran bahawa campuran itu adalah betul dan kekal.
Ia juga akan memberikan gambaran yang jelas kepada konkrit yang dibuat. Di
dalam semua projek, ujian kiub akan dibuat pada setiap kali campuran konkrit
ditukarkan. Ini adalah untuk ujian kekuatan pecahan pada hari ke 7 dan ke 28
I.

Alat- Alat Yang Digunakan


a. kiub bersaiz 6 150mmx150mm
b. Rod besi diameter 16mm dan panjang 600mm
II..

Cara Ujian Kuib Dijalankan


1.

Kiub hendaklah disapu dengan minyak pelicin (geris) untuk mengelakkan


daripada konkrit melekat pada kiub.

2.

Acuan yang berukuran 6 inci kiub itu dipenuhkan konkrit dalam 3 lapisan
yang hampir sama tebal.

3.

Tiap- tiap lapisan konkrit yang diisi perlu dipadatkan dengan rod sebanyak 35
kali hentakan.

4.
5.

Selepas kiub konkrit menjadi keras, ia direndam didalam air.


Pada peringkat pertama, ia akan direndam selama 7 hari dan peringkat kedua
adalah selama 28 hari.

6.

Ujian pada peringkat pertama selepas 7 hari, kiub konkrit yang diuji perlu
mencapai kekuatan 75%. Jika kurang dari 75% ujian peringkat kedua perlu
dijalankan selepas 28 hari.

III. Contoh Kiraan Ujian Kiub:Kiub Gred yang digunakan (G25)


beban yang dikenakan 500KN
500KN = 500000N Kiraan :
Luas kiub yang dikenakan beban 150mm x 150mm

= 22500 mm persegi
= F/A = 500000 / 22500
= 22.22 N/mm
Jenis gred (G25) Maka peratus kekuatan konkrit ialah :
22.22 / 25 Gred konkrit
= 0.88 = 88%
Ujian lulus kerana ia melebihi 75%
3.3.1 Jenis-Jenis Konkrit
Konkrit terbahagi kepada beberapa jenis iaitu konkrit biasa, konkrit bertetulang, konkrit tuang
dulu, konkrit tegas dulu, konkrit ringan, konkrit selular, konkrit in-situ, konkrit pre-cast dan konkrit
mampat giling.

i.

Konkrit Biasa

Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi.

Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat tegasan tekanan


(compressive stress) dan tiada tegasan tegangan (tensile stress).

Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak
tembok, lantai atas tanah.

ii.

Konkrit Bertetulang

Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai tetulang
keluli didalamnya untuk menambah kekuatan daya tegangan.

Ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4.

iii.

Konkrit Tuang Dahulu

Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan dibina di dalam bengkel atau tapak
pembinaan dengan kuantiti yang banyak.

Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini boleh di bina terlebih
dahulu dan kualitinya dapat dikawal dengan baik.

iv.

Konkrit Tegas Dahulu

Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli bertegangan


tinggi.

Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat


menanggung beban yang lebih tinggi.

Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: 3,

Ia boleh dihasilkan dengan dua cara:

Tegas dahulu (pretensioning): Satu hujung keluli dipasak manakala satu hujung lagi
ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang.
Tegas kemudian (post-tensioning): Hos plastik ditempatkan didalam acuan sebelum
bancuhan konkrit dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos dikeluarkan,
meninggalkan saluran untuk dimasukan kabel tetulang kemudiannya.

Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak


rentangannya panjang, struktur kalis air, cerucuk dsb.

v.

Konkrit Ringan

Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan agen
perangkap udara (seperti CO2) supaya hasilnya lebih ringan.

Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition) atau sebagai


struktur yang tidak memegang beban.

vi.

Konkrit Selular

Ia berbentuk seperti blok konkrit yang mempunyai ruang kosong diantaranya


bagi membolehkan rumput atau tumbuhan hidup.

Kegunaanya utamanya adalah untuk menyokong cerun bukit. Juga


digunakan bagi kawasan letak kereta (occasional use), driveway;

Tidak begitu selesa untuk berjalan di atasnya.

vii.

Konkrit In-Situ

Merupakan permukaan kejur yang paling murah;

Mempunyai bentuk permukaan yang tidak begitu menarik dan mudah retak;

Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, kawasan letak

viii.

Konkrit Pre-Cast Kenderaan

Bahan konkrit dimasukan di dalam acuan dan dibentuk di kilang.

Saiznya boleh ditentukan mengikut keperluan.

Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, dan tempat meletak kenderaan.

ix.

Konkrit Mampat Giling

Konkrit mampat giling, kadangkala dikenali sebagai rollcrete, adalah satu konkrit kaku
kandungan simen rendah yang diletakkan dengan menggunakan teknik yang dipinjam daripada kerja
tanah dan penurapan. Konkrit diletakkan pada permukaan yang hendak dilitupi, dan ia dipadatkan
pada tempatnya dengan menggunakan jengiling (jentera pengiling), penggolek berat besar yang
lazimnya digunakan dalam kerja tanah. Campuran konkrit ini mencapai kepadatan tinggi dan akan
mengeras bagi membentuk satu kepingan blok yang teguh. Konkrit mampat giling lazimnya
digunakan untuk turapan konkrit, tetapi juga digunakan untuk membina empangan konkrit, kerana
kandungan rendah simen menghasilkan kurang haba semasa pengerasan berbanding kebiasaanya
bagi penuangan konkrit biasa yang banyak.

Posted by antz at 6:35 AM 0 comments


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

konkrit

KOMPONEN KONKRIT

Komponen konkrit ditentukan pada awalnya semsas campuran dan akhirnya semasa menuang
konkrit. Jenis struktur yang dibina dan kaedah pembinaan menentukan bagaimana konkrit diletakkan
dan dengan itu menentukan komposisi campuran.

[Simen
Simen Portland merupakan simen paling biasa digunakan. Ia merupakan bahan asas bagi konkrit,
mortar pembinaan dan plaster. Jurutera British, Joseph Aspdin mepaten simen Portland pada tahun
1824, dan ia dinamakan sempena tebing batu kapur di Kepulauan Portland Isle of Portland di England
disebabkan warnanya, menyerupai batu yang dikuari di situ. Ia terdiri daripada campuran kalsium
oksida, silikon dioksida dan aluminum okside. Simen Portlanddan bahan seumpamanya dihasilkan
dengan memanaskan batukapur (sumber kalsium) dengan selut dan mengiling bahan ini (dikenali
sebagai klinker), dengan sumber sulfate (biasanya gypsum). Apabila bercampur air serbuk yang
terhasil akan membentuk hidrate pepejal selepas tempoh tertentu.
Applikasi suhu tinggi, seperti oven batu-bata dan seumpamanya, pada kebiasaannya memerlukan
penggunaan konkrit pantulan, disebabkan konkrit berasaskan simen Portland mampu musnah atau
dirosakkan oleh suhu tinggi, tetapi konkrit refraktori (refractory concretes) mampu tahan keadaan
seperti itu.

Air
Air boleh digunakan bagi menghasilkan konkrit. Nisbah air berbanding simen (w/c ratio - water to
cement) merupakan faktor utama menentukan kekuatan konkrit. Nisbah w/c akan menghasilkan
konkrit yang lebih kuat, sementara nisbah w/c lebih tinggi menghasilkan konkrit dengan kekuatan
yang kurang. [2] Paste simen merupakan bahan yang terbentuk hasil campuran air dan bahan
bersimen; iaitu bahagian konkrit tanpa agregat atau sokongan. Kelenturan atau kelikatannya
ditentukan oleh kandungan air, jumlah kandungan pes simen dalam campuran keseluruhan dan ciriciri fizikal (saiz maksima, bentuk dan gred) agregats.

Agregats
Campuran air dan simen mengeras dan semakin kukuh dalam tempoh tertentu. Untuk mendapatkan
penyelesaian yang ekonomik dan pratikal, kedua-dua agregats halus dan kasar digunakan bagi
membentuk sebahagian besar campuran konkrit. Pasir, anak batu dan batu kelikir merupakan bahan
utama yang digunakan bagi tujuan ini. Bagaimanapun, ia semakin menjadi kebiasaan bagi agregat

dikitar semula (dari sisa pembinaan, perobohan dan pembongkaran) untuk digunakan sebagai
sebahagian penggantian agregat semulajadi, sementara sebahagian agregat bahan sampingan
industri, termasuk sanga (sisa) relau bagas dingin udara (air-cooled blast furnace) dan abu dasar
adalah juga dibenarkan.
Batu perhiasan seperti quartzite, anak batu sungai atau serpihan kaca kadang kala ditambah kepada
permukaan konkrit sebagai perapian "agregat terdedah" akhir, popular dikalangan pereka penghias
laman.

Campuran tambahan (Admixtures)


Campuran tambahan adalah bahan dalam bentuk serbuk atau cecair yang ditambah kepada konkrit
bagi memberikannya ciri-ciri tertentu yang tidak terdapat pada konkrit biasa. Dalam kegunaan biasa,
dos campuran tambahan adalah kurang dari 5% jisim simin, dan ditambah kepada konkrit pada maca
campuran / batch. Jenis campuran tambahan biasa adalah:
Pemecut bagi mempercepatkan proses hidration (pengerasan) konkrit.
Perencat (Retarder) memperlahankan penghidratan campuran simen bagi menambah masa
kerja.

Memasukkan Udara bagi menambah dan mengedarkan buih udara kecil dalam campuran
simen, yang akan mengurangkan kerosakan semasa kitaran cuaca beku dan cair.

Pemplastik boleh digunakan bagi meningkatkan kebolehkerjaan plastik atau konkrit "baru",
membenarkan ia diletakkan lebih dengan mudah, dengan usaha yang sedikit.
Superpemplastikan membenarkan konkrit yang direka khusus mengalir setiap sudut
walaupun disekeliling alang besi yang sesak, Pilihan lain, mereka boleh memilih untuk
mengurangkan kandungan air dalam konkrit (pengurang air) sementara masih memelihara
kebolehkerjaan. Ini meningkat ciri-ciri kekuatan dan ketahanannya.

pigmen boleh digunakan untuk mengubah warna konkrit, bagi kecantikan.

Tambahan
Tambahan merupakan bahan bukan organik yang sangat halus kebiasaannya mempunyai ciri-ciri
pozolan atau ciri-ciri hidraulik pendam. Ia ditambah semasa penggaulan konkrit untuk meningkatkan
kepunyaan campuran simen. Istilah ini tidak digunakan apabila bahan tersebut ditambah di kilang
sebagai salah satu unsur simen campuran.
Abu terbang: Satu hasil sampingan logi janakuasa arang batu, ia digunakan sebahagiannya
bagi menggantikan simen Portland (sehingga 60% jisimnya). Ciri-ciri debu terbang
bergantung kepada jenis batu arang yang dibakar. Secara umum, debu terbang bersilika
adalah pozzolanic, sementara debu terbang berkapur debu mempunyai ciri-ciri hidraulik
pendam.
Sanga relau bagas yang digiling (Ground granulated blast furnace slag - ggbs): Satu hasil
sampingan pengeluaran keluli, digunakan sebahagiannya bagi menggantikan simen Portland
(sehingga 80% jisim). Ia mempunyai ciri-ciri hidraulik pendam.

Wasap silika: Satu keluaran sampingan pengeluaran aloi silikon dan ferosilikon. Wasap silika
adalah menyerupai abu terbang abu, kecuali ia mempunyai zarah bersaiz 100 ganda lebih
kecil. Ini menghasilkan suatu permukaan yang lebih tinggi berbanding nisbah isipadu dan
reaksi pozzolanic yang tindak balas lebih pantas. Wasap silika digunakan bagi meningkatkan
kekuatan dan ketahanan campuran simen, tetapi pada umumnya memerlukan penggunaan
superpemplastisan agar mudah digunakan.

CIRI-CIRI

Semasa hidration dan pengerasan, konkrit perlu membentuk ciri-ciri fizikal dan kimia tertentu. Antara
lain adalah kekuatan mekanikal, ketelusan kelembapan yang rendah, dan kestabilan kimia dan
volumetrik adalah perlu.

Kerana sifatnya separa cecair, konkrit boleh dipam ketempat ia diperlukan. Di sini lori pengangkut
simen memuatkan konkrit kedalam pam konkrit, yang mengepamnya ketempat di mana ia sedang
dituang.

Kebolehkerjaan (Workability)
Kebolehkerjaan (atau kelikatannya) adalah kebolehan campuran konkrit baru untuk mengisi bentuk /
membentuk dengan sempurna dengan bentuk yang diingini (getaran) dan tanpa mengurangkan kualiti
konkrit. Kebolehkerjaan bergantung kepada kandungan air, campuran tambahan (admixtures) kimia,
agregat (taburan bentuk dan saiz), kandungan simen dan tempoh (tahap penghidratan). Meningkatkan
kandungan air atau menambah campuran tambahan kimia akan meningkatkan kebolehkerjaan
konkrit. Air berlebihan akan mendorong peningkatan penyingkiran air (air permukaan) dan / atau
pemisahan agregat (apabila simen dan agregat mula berpisah), mengakibatkan konkrit yang bermutu
rendah. Pengunaan agregat dengan gred yang tidak diingini boleh menhasilkan campuran kasar
dengan kadar mendak rendah, yang tidak boleh dijadikan mudahkerja dengan tambahan air yang
bersesuaian.
Kebolehkerjaan boleh diukur dengan "ujian turun", satu ukuran mudah bagi menguji kelikatan
campuran simen baru menurut ujian piawai ASTM C 143 atau EN 12350-2. Kemendakan biasanya
diukur dengan mengisi satu "kon Abrams" dengan suatu sampel dari satu kumpulan baru campuran
simen. Kon diletakkan dengan bahagian lebar pada satu permukaan tidak menyerap. Apabila kon
diangkat naik, konkrit yang tinggal akan tumbang pada jumlah tertentu akibat tarikan graviti. Suatu
sampel yang kering akan mendak sedikit sahaja, sekitar satu atau dua inci (25 atau 50 mm). Satu
campuran simen agak basah mungkin mendak sehingga enam atau tujuh inci (150 to 175 mm).
Kemendakan boleh ditingkatkan dengan mencampur bahan kimia seperti agen pengurang air (super
pemplastikan) tahap-tengah atau tahap-tinggi tanpa mengurangkan nisbah air/simen. Ia adalah tabiat
tidak selok bagi menambah air tambahan pada pengaul konkrit. Konkrit cair seperti konkrit mengemas
diri (self-consolidating), diuji dengan kaedah mengukur aliran lain. Salah satu kaedah termasuk
meletakkan kon pada bahagian kecil dan memantau aliran melalui kon sementara ia diangkat
perlahan-lahan.

Simen

Simen bertindak balas dengan air dan menjadi bahan pengikat komponen-komponen konkrit.
Terdapat pelbagai jenis simen seperti:
o

Simen portland (biasa digunakan dalam pembinaan dan kejuruteraan;

Simen putih (biasa digunakan untuk kemasan)

Simen bewarna;

Simen cepat mengeras.

Batu-baur

Pasir dan serpihan batu adalah batu baur yang lazimnya digunakan dalam bancuhan konkrit.
Ia biasanya dibahagikan kepada dua kumpulan:
1. Batu baur halus atau pasir: Batu baur yang saiznya tidak melebihi 5mm. Ia boleh
didapati dari pasir lombong, kuari atau sungai.
2. Batu baur kasar: Saiznya antara 5 50 mm. Ia biasanya diperolehi dari kuari.

Kandungan batu-baur adalah 60-80% daripada isipadu konkrit

Air
Air memainkan 3 peranan dalam kerja-kerja konkrit:
1. Air menyebarkan simen supaya tiap-tiap butir batu diliputi dengan rapat.
2. Air memberikan kesenangan kerja pada bancuhan konkrit.
3. Air merupakan agen tindakbalas kimia dalam sime untuk mengikat semua batu dalam
bancuhan konkrit.
SIFAT KONKRIT

Konkrit mengeras dan membeku dengan kehadiran air. Sifat ini penting dalam pembinaan,
terutama pembinaan asas pada tempat yang basah.
Konkrit tidak berkarat atau reput. Ia tidak juga diserang oleh anai-anai atau serangga lain.

Konkrit boleh dibancuh untuk dibentukkan menjadi sebarang bentuk mengikut acuan.

Konkrit tahan panas dan tidak terbakar.

Kualiti campuran konkrit bergantung kepada:


Kualiti bahan-bahan bancuhannya.
Nisbah campuran bancuhannya. Nisbah yang biasanya digunakan (simen:pasir: batu baur)
ialah: 1:2:4, 1:3:6, 1:5:10, mengikut tempat dan tujuan.

Cara mencampur dan mengangkut.

Kualiti acuan yang digunakannya.

Pemampatan setelah ditempatkan dalam acuan.

Pengawetan yang digunakan.

JENIS KONKRIT

Konkrit biasa

Konkrit jenis ini tidak mempunyai tetulang besi.


Ia digunakan dalam binaan yang hanya terdapat tegasan tekanan (compressive stress) dan
tiada tegasan tegangan (tensile stress).

Contoh tempat yang sesuai untuk menggunakan konkrit jenis ini adalah tapak tembok, lantai
atas tanah.

Konkrit bertetulang

Konkrit jenis ini sama seperti konkrit biasa kecuali ia mempunyai tetulang keluli didalamnya
untuk menambah kekuatan daya tegangan.
Ia biasanya menggunakan nisbah 1:2:4.

Konkrit tuang dahulu

Konkrit jenis ini dibuat di dalam acuan dan dibina di dalam bengkel atau tapak pembinaan
dengan kuantiti yang banyak.
Teknik ini menjimatkan masa kerana bahagian binaan ini boleh di bina terlebih dahulu dan
kualitinya dapat dikawal dengan baik.

Konkrit tegas-dahulu

Ia seperti konkrit tuang dahulu tetapi mempunyai tetulang keluli bertegangan tinggi.
Tetulang ini di tegang bagi mewujudkan tegasan supaya ia dapat menanggung beban yang
lebih tinggi.

Ia biasanya mempunyai nisbah bancuhan: 1:11/2: 3,

Ia boleh dihasilkan dengan dua cara:


1. Tegas dahulu (pretensioning): Satu hujung keluli dipasak manakala satu hujung lagi
ditegangkan menggunakan jek hidraulik sebelum konkrit dituang.
2. Tegas kemudian (post-tensioning): Hos plastik ditempatkan didalam acuan sebelum
bancuhan konkrit dituang. Sebelum konkrit menjadi keras, hos dikeluarkan,
meninggalkan saluran untuk dimasukan kabel tetulang kemudiannya.

Konkrit ini sesuai digunakan dalam pembinaan rasuk yang jarak rentangannya panjang,
struktur kalis air, cerucuk dsb.

Konkrit ringan

Konkrit jenis ini dibuat dengan bahan ringan dan dicampurkan dengan agen perangkap udara
(seperti CO2) supaya hasilnya lebih ringan.
Ia biasanya digunakan sebagai tembok sekatan (partition) atau sebagai struktur yang tidak
memegang beban

Konkrit selular

Ia berbentuk seperti blok konkrit yang mempunyai ruang kosong diantaranya bagi
membolehkan rumput atau tumbuhan hidup.
Kegunaanya utamanya adalah untuk menyokong cerun bukit. Juga digunakan bagi kawasan
letak kereta (occasional use), driveway;
Tidak begitu selesa untuk berjalan di atasnya.

Konkrit in-situ

Merupakan permukaan kejur yang paling murah;


Mempunyai bentuk permukaan yang tidak begitu menarik dan mudah retak;

Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, kawasan letak kenderaan;

Konkrit pre-cast

Bahan konkrit dimasukan di dalam acuan dan dibentuk di kilang;


Saiznya boleh ditentukan mengikut keperluan;

Digunakan sebagai laluan siar kaki, driveway, dan tempat meletak kenderaan.

Konkrit mampat giling


Konkrit mampat giling, kadangkala dikenali sebagai rollcrete, adalah satu konkrit kaku kandungan
simen rendah yang diletakkan dengan menggunakan teknik yang dipinjam daripada kerja tanah dan
penurapan. Konkrit diletakkan pada permukaan yang hendak dilitupi, dan ia dipadatkan pada
tempatnya dengan menggunakan jengiling (jentera pengiling), penggolek berat besar yang lazimnya
digunakan dalam kerja tanah. Campuran konkrit ini mencapai kepadatan tinggi dan akan mengeras
bagi membentuk satu kepingan blok yang teguh. [3] Konkrit mampat giling lazimnya digunakan untuk
turapan konkrit, tetapi juga digunakan untuk membina empangan konkrit, kerana kandungan rendah
simen menghasilkan kurang haba semasa pengerasan berbanding kebiasaanya bagi penuangan
konkrit biasa yang banyak.
PENGUKUHAN KONKRIT

Bagi mengukuhkan lantai konkrit, pengeras lantai (floor hardening) boleh digunakan dalam perapian
terakhir lantai konkrit. Pengeras lantai menawarkan pengukuhan tambahan pada kos yang jauh lebih
rendah. Ia juga boleh digunakan bagi mengukuhkan lantai konkrit sedia ada, dengan itu mengelak
keperluan bagi menggantikan lantai konkrit yang baru.

Selain itu kesemua bahan berasaskan simen mengeras apabila air ditambah kepadanya dan proses
pengeringan bermula. Pengeringan optima simen berlaku dalam tempoh 28 hari. Pada awalnya
kekuatan terbentuk agak pantas; simen mencapai 50% kekuatannya dalam tempoh 3-5 hari.
Bagaimanapun, kekuatan jangka panjang simen didapati dalam tempoh 28 hari dan memerlukan
kelembapan bagi mencapai kekuatan optimanya. Oleh itu ia amat penting bagi pembina bagi
memahami kaedah perapian (curing) bahan berasaskan simen.

Anda mungkin juga menyukai