Anda di halaman 1dari 2

Syarahan: Faedah Menabung

Yang dihormati Tuan Pengerusi Majlis.Guru Besar, guru-guru serta rakan-rakan


sekalian. Tajuk syarahan saya pada pagi ini ialah Faedah Menabung.

Hadirin sekalian,

Menabung bermaksud menyimpan sebahagian wang perbelanjaan untuk keperluan


pada masa hadapan. Sebagai contoh, kita boleh mengumpul lebihan wang
perbelanjaan seharian untuk disimpan di bank sebagai tabungan kita. Wang
tabungan yang kita simpan itu bolehlah kita gunakan untuk pelbagai perkara yang
penting pada masa hadapan.

Hadirin sekalian,

Antara faedah menabung ialah dapat membantu kita pada masa diperlukan.
Contohnya menggunakan wang tabungan tersebut untuk membeli barang
keperluan sekolah. Ini tentu dapat mengembirakan ibu bapa kita terutamanya jika
waktu itu mereka kekurangan wang dan sebagainya.

Selain itu, menabung juga akan memupuk amalan berjimat-cermat. Kita akan
merancang perbelanjaan agar sebahagian wang perbelanjaan dapat disimpan. Ini
akan menjadikan kita berjimat-cermat dan sentiasa berwaspada agar wang tidak
dibelanjakan sesuka hati.

Di samping itu, menabung boleh mengelakkan kita daripada terlepas sesuatu


peluang baik yang muncul tanpa diduga. Contohnya, kita dapat membeli buku
idaman yang jarang-jarang ditemui dengan menggunakan wang simpanan. Ini tentu
mengembirakan kita kerana memperoleh apa yang sudah lama diidamkan
sedangkan pada masa itu ibu bapa kita mungkin kurang mampu untuk membelinya.

Hadiri yang dihormati sekalian,

Amalan menabung juga dapat mengelakkan pembaziran. Orang yang menabung


akan lebih berhati-hati ketika berbelanja kerana mereka telah membuat
perancangan awal menguruskan wang perbelanjaan. Ini sudah pasti mengelakkan
pembaziran kerana mereka hanya berbelanja untuk perkara-perkara yang betulbetul perlu sahaja.

Seterusnya, menabung juga membolehkan kita membantu orang lain. Contohnya,


kita boleh meminjamkan sebahagian wang simpanan kita untuk bayaran yuran
sekolah adik jika pada masa itu ibu bapa kita memerlukannya. Ini akan
mengeratkan tali persaudaraan kerana membantu mereka ketika dalam kesusahan.

Setakat ini sahajalah syarahan saya pada pagi ini. Akhir kata, saya menyeru kepada
rakan-rakan supaya menjadikan amalan menabung sebagai amalan hidup kerana
banyak faedah yang boleh kita diperolehi daripada amalan ini.

Sekian, Terima kasih

Anda mungkin juga menyukai