Anda di halaman 1dari 4

Tajuk: Peranan Media Massa di Negara Kita

Pada zaman pascakemerdekaan ini, sering meniti dari bibir ke bibir


umat manusia di segenap empat penjuru dunia tentang peranan media
massa. Acapkali, media massa seperti televisyen, radio serta internet yang
memainkan peranan penting dalam kehidupan masyarakat kerap
dipaparkan di dalam rubik-rubik akhbar. Oleh itu, golongan murba amat
menikmati media massa di negara kita kerana mempunyai rencaman
faedah. Namun, persoalannya ialah apakah peranan dan impak media
massa di negara kita?

Antaranya, media massa dapat menyampaikan berita kepada


rakyat. Berita sama ada dalam negara ataupun di luar negara dapat
disampaikan kepada masyarakat dengan cepat dan cekap. Sementelahan
pula, media massa juga dapat mengelakkan kelahiran masyarakat yang
bagai katak di bawah tempurung. Berita yang disampaikan dapat
membangkitkan integrasi dalam kalangan masyarakat di seantero dunia.
Sebagai analogi, berita tentang kehilangan pesawat MH370 telah
menyebabkan variasi negara untuk cakna lalu membuat persediaan dan
menghulurkan bantuan untuk mencari pesawat tersebut. Izharnya, media
massa tidak dapat dinafikan, dapat melahirkan masyarakat yang
penyayang serta bermuafakat.

Selain itu, media massa juga dapat melahirkan rakyat yang celik
ilmu. Media massa pada alaf baharu ini kerap menyiarkan pelbagai
program seperti dokumentari dan ruangan khas untuk penulis ataupun
personaliti yang terkenal. Program-program tersebut terdiri daripada
heterogen bidang seperti bidang sastera, petua, sains, sejarah dan politik

yang dapat menambah ilmu pengetahuan masyarakat. Tambahan pula,


masyarakat yang berkaliber dalam bidang-bidang tersebut juga dapat
dilahirkan. Ilmu yang diperolehi perlulah diinput dalam minda kita, bak
kata aforisme akal tak sekali datang, fikiran tak sekali tiba. Eksplisitnya,
media massa tidak dapat disangkal, dapat mewujudkan masyarakat yang
intelek serta rasional.

Dalam pada itu, media massa dapat menambahkan peluang


pekerjaan dalam negara kita. Hal ini demikian kerana tenaga kerja jenis
wartawan, grafik, penerbit dan penyunting dapat diwujudkan melalui
pengaruh media massa. Bukan itu sahaja, media massa juga dapat
menyiarkan iklan pekerjaan dan ini akan menarik tenaga kerja untuk
bekerja di negara kita, ibarat peribahasa Melayu ada gula ada semut.
Dengan peningkatan iklan pekerjaan melalui media massa, banyak
kebaikan akan diwujudkan seperti pengukuhan ekonomi negara,
pengurangan kadar pengangguran, pengurangan pengaliran tenaga pakar
dan penarikan pelabur serta pakar asing ke negara kita. Tegasnya, media
massa dapat meningkatkan ekonomi negara kita dengan menambahkan
peluang pekerjaan di negara kita.

Lanjutan daripada huraian yang telah dinyatakan di atas, media


massa juga dapat digunakan sebagai sumber hiburan dalam golongan
rakyat. Media elektronik serta media cetak yang terdiri daripada internet,
radio, televisyen, majalah dan akhbar dapat mengurangkan stress. Seluruh
media massa tersebut juga dapat menenangkan fikiran kita. Hal ini sama
dengan bidalan Melayu badan sihat, minda cerdas. Tambahan pula,
masyarakat sama ada golongan pelajar mahupun dewasa layak akan

peranan media massa sebagai sumber hiburan. Sesungguhnya, media


massa dapat digunakan oleh rakyat sebagai alat hiburan untuk menjamin
sakinat fikiran serta dapat melegakan stress.

Seterusnya, media massa turut berperanan sebagai alat yang


menghubungkan kerajaan dan rakyat. Simbiosis antara pemerintah
dengan

rakyatnya

perlu

diwujudkan

untuk

memudahkan

pembangunan. Umpamanya, media massa boleh menyiarkan notis


supaya rakyat dapat memahami dan menerima polisi kerajaan.
Sesebuah kerajaan memerlukan sokongan rakyatnya dalam segala
langkah dan program yang dijalankan. Rakyat pula memerlukan
kerajaan yang cekap dan telus dalam melaksanakan proses
pembangunan. Melalui media massa, rakyat boleh memberikan
reaksi dengan mengemukakan pandangan mereka. Natijahnya, pertukaran
maklumat dapat wujud antara kerajaan dengan rakyat melalui
media massa.

Sebagai

pengitlakan,

media

massa

sememangnya

memainkan peranan yang penting serta mustahak dalam negara


kita. Oleh itu, seseorang yang bijak menggunakan media massa
akan memperolehi faedah yang semaksimumnya. Sekiranya
semua

pihak

menggembleng

tenaga

untuk

membangkitkan

kesedaran rakyat terhadap kepentingan media massa dalam


hidup,

nescaya

negara

kita

akan

menjadi

maju

serta

merealisasikan Wawasan 2020 yang diimpikan oleh mantan


Perdana Menteri kita, Tun Doktor Mahathir Mohammad.
592 patah perkataan

Takrif

/10

Isi

/35

Bahasa

/35

Pengolahan :

/20

Jumlah

/100

Anda mungkin juga menyukai