Anda di halaman 1dari 2

ETIKA ISLAM DALAM SAINS DAN TEKNOLOGI ISLAM

Etika merupakan satu bidang falsafah yang membicarakan tentang tingkah laku
manusia dari aspek-aspek lahiriah dan batiniahnya .dalam hubungan dengan sains,
etika adalah satu bidang ilmu yang mengkaji soal kebaikan dan keburukan dalam sains;
berhubung dengan tatacara untuk mempraktiskan kebaikan dan menolak keburukan
dalam amalan dan penggunaan sanis dan teknologi.Islam telah menyediakan panduan
yang sempurna untuk mengatur segala perlakuan manusia dalam apa jua bidang
kerjaya sepanjang zaman. Terdapat konsep-konsep asas yang mampu membimbing
ahli sains dalam urusan peribadi dan profesyennya. Konsep asas tersebut terdiri
daripada tiga unsur utama:
i. Keimanan kepada Allah s.w.t.
Iman adalah teras kepada semua jenis amalan dalam Islam. Seorang ahli sains perlu
mempunyai keimanan serta keyakinan yang kukuh kepada Allah dan sentiasa
memohon bantuan daripadaNya. Mereka perlu sedar Allah sentiasa melihat segala
pemikiran dan perlakuan manusia. Allah merupakan Pencipta dan Pemilik alam yang
menjadi bahan kajian dan penggunaan sains dan teknologi. Sesungguhnya keimana
kepada Allah akan menyediakan asas yang kukuh kepada kelahiran generasi muslim
yang bermoral.
ii. Kepatuhan kepada Syariah dan etika kerka
Seseorang ahli sains perlu mempunyai ketaantan yang tinggi terhadap peraturanperaturan dan ketentuan Allah dengan mengambil kira persoalan halal dan haram
dalam kerjayanya. Matlamat yang murni dalam pembangunan dan penggunaan
teknologi seharusnya seiring dengan kaedah yang tidak melanggar batas-batas ajaran
Islam. Kepatuhan kepada peraturan Allah dijadikan asas penting kepada etika kerjanya
sekalipun berlawanan dengan tuntutan keinginan kerana sains tidak boleh bersifat
neutral dan bebas.

iii. Mementingkan aspek kemanusiaan dan ihsan


Dalam penggunaan sains dan teknologi aspek kemanusiaan dan ihsan merupakan
suatu yang tidak boleh diabaikan. Para saintis adalah khalifah Allah di bumi. Mereka
bertanggungjawab untuk membawa kemakmuran dan menjaga keharmonian. Mereka
perlu menghindari diri dari mengekskploitasi sewenang-wenangnya segala isi
kandungan alam semata-mata untuk kepentingan sanis, material dan kekayaan.
Mereka perlu melindungi alam sekitar, bersifat belas ihsan dan menghormati hak-hak
manusia dan lain-lain kehidupan untuk hidup dengan selesa.
Sebagai rumusannya, seseorang ahli sains atau teknokrat muslim yang ingin
melaksanakan sesuatu perbuatan atau amalan sainsnya, seharusnya bermula dengan
kepercayaan dan keimanan kepada Allah serta berpegang teguh kepada ajaran agama
dalam profesyennya. Beliau juga perlu bertindak untuk memastikan adanya persiapan
yang cukup sama ada dari segi kuasa intelek atau pun kuasa emperik yang bercorak
teknik. Tindak tanduknya pula dibaluti dengan nilai-nilai etika dan moral yang suci murni
berdasarkan prinsip melakukan sesuatu yang baik dan menjauhi yang mungkar.
Dengan itu persoalan krisis etika dalam pelbagai amalan sains dapat dihindarkan dan
sains menjadi ilmu yang mampu memberi manfaat yang menyeluruh.