Anda di halaman 1dari 5

SINOPSIS NOVEL DI SEBALIK DINARA

Bab 1
Farisha berjalan susup-sasap untuk melepasi
selautan manusia yang memenuhi balai
berlepas Lapangan Terbang Senai. Farisha
memerhatikan seorang wanita yang sedang
berbicara dengan seseorang melalui telefon
bimbitnya. Suaranya kedengaran agak tinggi
beberapa kali. Suara wanita itu sedikit sebanyak
menimbulkan kejengkelannya.
Di dalam pesawat, Farisha dikejutkan dengan
sapaan seorang pemuda yang meminta untuk
duduk di sebelahnya. Farisha teringin untuk
berbual lanjut tetapi kelopak matanya terlalu
berat. Lelaki itu kelihatan segak dan
mengenakan seutas jam tangan yang kelihatan
begitu aneh. Lelaki itu perasan Farisha sedang
memerhatikannya lalu menjelaskan yang jam
tangan
itu
sebenarnya
pusat
kawalan
elektroniknya.
Farisha sampai ke apartmennya lalu cuba
membuka pintu dengan mengimbas kad
pintarnya namun gagal. Farisha merenung kaca
segi empat di sebelah jeriji pintu, rupanya sudah
agak berlainan. Dia berasa hairan. Dia menekan
interkom
untuk
menghubungi
teman
serumahnya, Shida. Rupa-rupanya, sistem
keselamatan rumahnya baru sahaja ditukar oleh
abang Farisha , Azraai. Azraai telah memasang
retinal scanner dan menyambungkan interkom
rumahnya dengan rumah Azraai. Farisha
mengeluh kecil.
Bab 2
Farisha mulai gelisah menanti Rosman. Rosman
berjanji untuk mengambilnya untuk ke Hotel
Renaissance menghadiri Simposium Persatuan
Penggodan Antarabangsa. Rupa-rupanya kereta
Rosman rosak dan dia meminta Farisha menaiki
monorel. Sampai ke tempat simposium itu,
Farisha disambut oleh sebuah robot penyambut
tetamu. Robot penyambut tetamu membawa
Farisha ke tempat duduk. Ratusan peserta
simposium
sudah
bersedia
mendengar
ucaptama.
Farisha bertemu semula dengan pemuda yang
duduk di sebelahnya dalam pesawat. Dia
memperkenalkan dirinya sebagai Aqram. Aqram
bekerja di Sot Lab, Cyberjaya. Farisha agak
terkejut apabila Aqram menawarkan satu projek
mini di Soft Lab untuk Farisha dan Rosman.
Farisha berjanji akan memikirkannya dan akan
menyatakan keputusannya melalui e-mel. Dia
perlu bertanya abangnya, Azraai dahulu.
Sebenarnya Aqram mempunyai tujuan lain. Pen
yang dihulurkan kepada Farisha untuk menulis
alamat e-mel tadi merupakan penetrator alat

yang boleh menerobos ruang minda Farisha.


Selepas Farisha memegang pen tersebut,
Farisha berasa kepalanya berdenyut-denyut.
Bab 3
Farisha menghantar satu e-mel kepada Aqranm
pada malam itu juga, selepas
selesai sesi
bengkel yang ketiga. Aqram membalas e-mel
tersebut 10 minit kemudian dan menetapkan
masa dan tarikh untuk pertemuan seterusnya.
Farisha membaca e-mel tersebut berulang kali
kerana tidak percaya akan bekerjasama dengan
syarikat gergasi IT di Malaysia.
Esoknya Farisha dan Rosman ke Soft Lab untuk
membincangkan projek mini yang ditawarkan.
Farisha berkenalan dengan Dr Maxi, salah
seorang yang penting di situ. Farisha diberikan
projek bernilai RM1.5 juta dan perlu disiapkan
dalam masa empat minggu. Farisha dikehendaki
untuk menggodam tiga kelompok komputer Soft
Lab. Farisha berasa agak musykil dengan
tawaran tersebut dan meminta masa untuk
mempertimbangkan tawaran tersebut.
Farisha turut diperkenalkan dengan saintis yang
menjadi pelopor Soft Lab iaitu Karl. Karl
terbaring di katil dan dirawat oleh jururawat
dalam sebuah bilik khas yang dilengkapkan
dengan peralatan seperti sebuah wad hospital.
Dr Maxi memberitahu Karl telah 3 tahun
menderita kerana sakit kanser usus. Walaupun
sakit, Karl masih aktif dengan projek
penyelidikan. Projek terbaharunya ialah Dinara
iaitu sistem yang akan digodam oleh Farisha.
Bab 4
Farisha berjumpa abangnya untuk meminta
pendapat tentang projek mini di Soft Lab.
Abangnya memberi galakan supaya dia
menyahut cabaran tawaran tersebut. Esoknya
Farisha ke Soft lab bersama teman serumahnya
Shida yang kebetulan ada temu janji di tempat
yang sama.
Farisha
disambut
oleh
Aqram
yang
kemudiannya menunjukkan pejabat Farisha di
Soft Lab. Farisha berasa terharu kerana
kelengkapan yang disediakan sungguh di luar
jangkaannya. Aqram meneruskan perbualan
dengan sesi penerangan tentang projek yang
akan dijalankan oleh Farisha. Farisha mulai
jelas
dengan
tanggungjawabnya
untuk
menggodam dan mengukuhkan sistem Dinara.
Sewaktu minum tengah hari, Shida berjumpa
Farisha dan memberitahu dia mendapat tugas

untuk menulis rencana dan biografi Dinara


dengan bayaran RM40 ribu.
Pada masa itu juga, Aqram, Dr Maxi dan Khairul
Anwar bertemu daan berbincang di bilik
perbincangan Soft Lab. Khairul memberi laporan
tentang Shida dan Aqram memberi laporan
tentang Farisha. Dr Maxi terenyum dan berpuas
hati. Dr Maxi menyatakan Shida perlu berada
bersama-sama Farisha dan mungkin akan
menjadi back up jika sesuatu terjadi kepada
Farisha.
Bab 5
Hari pertama Farisha bertugas di Soft Lab
disambut oleh Alia. Alia membawa Farisha ke
pejabat dan menerangkan penggunaan alatan di
pejabat tersebut. Farisha terlopong mendengar
pembentangan Alia yang sangat lancar, tenang
dan fasih tentang IT. Farisha berasa kagum dan
hairan kerana dia tidak nampak Alia
mengerdipkan mata sejak tadi.
Sewaktu makan tengah hari bersama Shida,
mereka
bertukar-tukar
cerita
tentang
pengalaman hari pertama di Soft Lab. Shida ada
menimbulkan
cerita
tentang Alia
yang
dirasakannya agak pelik terutamanya kulit muka
dan bulu keningnya. Mungkin Alia ada membuat
pembedahan plastik. Farisha menegur mulut
celupar Shida.
Selepas
makan
tengah
hari,
Farisha
menyambung sesi perbincangan dengan Aqram.
Sepatutnya Aqram menerangkan 25 slaid
kepada Farisha, tetapi hanya satu sahaja yang
sempat diterangkan. Farisha menimbulkan
terlalu banyak persoalan dan berjaya mengesan
kelemahan Dinara.
Bab 6
Farisha terlewat sampai ke pejabat kerana
mengalami mimpi ngeri malam tadi. Alia
menyambut di muka pintu pejabatnya. Farisha
teringat mimpinya tentang gagak, burung hering
dan harimau bintang. Bulu romanya merinding
tiba-tiba. Dia berasa pening. Alia menawarkan
diri untuk mengurut kepalanya. Farisha
bersandar di kerusi dan Alia mengurut kepala
dan tengkuknya. Rasa mengantuk menguasai
Farisha dan akhirnya dia terlelap.
Ketika itu dua jarum mudah lentur keluar dari
kepala kerusi dan mula mencucuk kiri dan
kanan tengkuknya. Tiba-tiba Farisha terdengar
namanya dipanggil. Di bilik yang lain Dr Maxi,

Aqram dan Khairul Anwar sedangmemerhatikan


sebuah layar besar yang memancarkan imej
Farisha
dan
Alia.
Farisha
sedang
berkomunikasi secara bawah sedar dengan Karl
yang koma. Ketika itu Alia mendengus dan
terjerit pekik tidak puas hati. Dr Maxi cuba
mententeramkan Alia tetapi tidak berjaya.
Akhirnya Aqram mematikan suis di belakang
tengkuk Alia. Serta merta Alia berdiri tegak dan
kaku.
Bab 7
Rosman, Shida dan Farisha berbincang di
pejabat lama mereka, Secured Shell. Mereka
bertiga membincangkan kontrak yang telah
disediakan oleh bahagian perundangan Soft
Lab. Shida sangat diperlukan kerana dia
mempunyai asas undang-undang. Perbincangan
terpaksa ditamatkan kerana Farisha sakit
kepala.
Esok malamnya, Farisha ke rumah abang Azraai
kerana dijemput untuk makan malam. Farisha
menegur abangnya yang kelihatan sedikit kurus.
Selepas makan malam, Azraai memberitahu ada
dua berita penting yang ingin disampaikan
kepasa adiknya. Farisha marah dan akhirnya
menangis apabila mengetahui abangnya
merahsiakan sakit yang dialaminya iaitu sakit
jantung.
Berita kedua yang lebih menyakitkan Farisha
apabila dia mendapat tahu yang dia hanyalah
anak angkat. Abang Azraai memberikan satu fail
plastik mengandungi dokumen penting tentang
latar belakang Farisha. Sepanjang malam
Farisha menangis daan tidak dapat melelapkan
mata.
Bab 8
Farisha pengsan di pejabat. Alia terpinga-pinga
dan cemas. Dia takut jika dia dituduh
menyebabkan Farisha pengsan. 10 minit
kemudian ambulans tiba dan membawa Farisha
ke hospital. Aqram dan Khairul Anwar
mendapatkan Shida untuk bertanya jika Farisha
sakit. Shida terkejut dan menyatakan Farisha
tiada sebarang sakit.
Pesanan ringkas dari Dr Maxi. Doktor yang
merawat Farisha meminta dia rehat di hospital
beberapa hari. Aqram menyimpan telefon bimbil
di dalam saku. Aqram dan Khairul Anwar duduk
diam dan berpandangan sesama sendiri sambil
menanti kepulangan Dr Maxi.

Pukul 4.30 petang Shida dipanggil ke pejabat Dr


Maxi. Dia ditanya jika tahu apa-apa tentang
penyakit Farisha. Dr Maxi juga bertanya jika
Farisha mengandung. Shida tergelak kerana
Farisha belum berkahwin dan tiada teman lelaki.
Tiba-tiba Shida teringat projek mini Farisha
yang mungkin terlepas ke tangan orang lain.
Bab 9
Dr Maxi berbincang dengan Aqram dan Khairul
Anwar. Dr Maxi berpendapat mungkin Farisha
keletihan selepas melalui 3 sesi berkomunikasi
dengan Karl. Mereka mula memikirkan Plan B.
Shida akan menggantikan tempat Farisha.
Tidaka mudah untuk Dr Maxi membuat
keputusan kerana Shida tidak sebagus Farisha.
Ada banyak prosedur perlu dilakukan untuk
menggantikan tempat Farisha. Masalah utama
ialah cara mereka hendak meyakinkan Karl
untuk berkomunikasi dengan Shida. Karl telah
menulis amanah, jika berlaku apa-apa
kepadanya, hanya Farisha sahaja yang boleh
menyiapkan
tugasannya.
Mikrocip
yang
tertanam di tubuh Farisha telah direka khas oleh
Karl untuk menyalurkan pemikirannya kepada
wanita itu. Karl menggunakan kaedah itu
sebagai satu kaedah telepati supaya dia boleh
berhubung dengan Farisha.
Di rumah, Shida mula menyelongkar peti ais.
Dia mencari jika ada sebarang ubat-ubatan yang
dimakan oleh Farisha. Hanya dua botol ubat
gastrik. Shida tergerak untuk masuk ke bilik
Farisha dan mencari jika Farisha ada
menyembunyikan ubat di dalam bilik. Tiba-tiba
Shida terpandang almari baju. Gerak hatinya
kuat untuk membukanya. Perasaan bersalah
menerpa. Dia tidak sepatutnya menceroboh bilik
Farisha tetapi Shida terpaksa. Dia ternampak
fail plastik yang diikat dengan tali berwarna
coklat. Isi fail itu sangat mengejutkan Shida.
Bab 10
Pagi itu di arkib Soft Lab, Shida semakin teruja
untuk mengetahui kisah Medina. Dia semakin
leka membaca buku laporan nipis bertajuk
Medina. Shida tertarik untuk mengkaji tentang
nama ini kerana dia mendapati nama Medina
telah dipadamkan daripada kebanyakan laporan
kerja penyelidikan. Acap kali Medina menjadi
pembantu penyelidik kepada Karl. Ternyata
seluruh Soft Lab dibayangi oleh Karl. Shida
mengeluh.

Shida tidak perasan Alia datang ke belakangnya


kerana asyik membaca. Alia memberitahu Shida
yang Dr Maxi memanggilnya ke bilik Makmal B.
Shida terkejut tetapi tidak bertanya soalan lagi.
Apabila sampai di makmal, Aqram dan Dr Maxi
sudah menunggu. Belum sempat Shida
bertanya apa-apa, Alia menekupkan kedua-dua
belah tangannya ke muka Shida. Selepas itu
Shida tidak ingat apa-apa lagi.
Shida tersedar apabila Aqram mengejutkannya
daripada tidur dan menyatakan sudah jam 2
petang. Aqram menyuruh Shida makan tengah
hari dan akan berjumpa semula pukul 2.30
petang di pejabat Farisha. Shida tidak pasti
adakah benar Alia ada memanggilnya tadi
ataupun dia bermimpi.
Petang itu, di bilik Farisha. Shida mendapati
Aqram, Dr Maxi dan Khairul Anwar sudah
menunggunya. Dr Maxi memulakan penerangan
dan meminta Shida menggantikan tempat
Farisha. Shida terkejut kerana dia bukanlah
seorang yang pakar dalam bidang teknikal. Dr
Maxi menenangkan Shida dan memintanya
hanya mengikut arahan. Shida akan dibawa ke
alam bawah sedar untuk berkomunikasi dengan
Karl. Situasi yang mereka saksikan adalah agak
aneh. Pergerakan tubuh Shida menunjukkan
seolah-olah dia mengalami mimpi ngeri. Suis
dimatikan dan sesi ditamatkan apabila Shida
mula membantingkan tubuhnya ke kiri dan ke
kanan.
Bab 11
Azraai melawat Farisha di hospital. Farisha ingin
tahu nama ibu kandungnya. Ibu kandungnya
bernama Marilyn, wanita Portugal. Tiada rekod
tentang nama bapa kandungnya. Farisha
bersyukur kerana dia diserahkan dan membesar
dalam keluarga Islam.
Perbualan dua beradik terganggu apabila
Farisha mengatakan dia bertemu ibunya dalam
tidurnya. Azraai terkejut lantas menyatakan
Farisha dalam bahaya dan perlu dibawa keluar
segera. Farisha ingin bertanya lanjut tetapi dia
tahu abangnya tidak suka dibangkang atau
dipersoalkan. Azraai membawa adiknya jauh
dari Kuala Lumpur. Mungkin ke Kulai.
Dalam perjalanan, Azraai menerangkan sebabsebab dia tidak membenarkan Farisha bertemu
dengan ibunya. Ibu bapa Farisha merupakan
orang yang sangat taksub dengan sains dan

sanggup mengorbankan anak sendiri demi


sains.
Pada masa yang sama di pejabat Farisha, Shida
sedang meronta-ronta dan berguling-guling di
lantai. Nafasnya kencang dan matanya
terbelalak
beberapa
ketika.
Karl
telah
menguasai jasad Shida. Perdebatan berlaku
antara Karl dengan Dr Maxi, Aqram dan Khairul
Anwar. Karl tidak mahu Shida menggantikan
tempat Farisha. Farisha perlu dibawa segera ke
Soft Lab.
Sementara itu, dalam perjalanan Farisha
mengaduh kesakitan. Dia minta abangnya
mencara ubat di dalam begnya. Ketika itu juga
cermin kereta mereka diketuk oleh dua lelaki
berkaca mata hitam. Azraai terpaksa membuka
cermin tingkap apabila mereka mengacukan
muncung pistol ke muka Azraai. Dua lelaki itu
membawa lari Farisha.
Bab 12
Azraai mulai cemas apabila Farisha dilarikan.
Dia menghubungi Rosman untuk membantunya.
Azraai tidak sempat untuk menjelaskan situasi
sebenar kepada Rosman yang kebingungan.
Mereka terus memecut kereta menuju ke
Seremban.
Dua lelaki yang menculik Farisha ialah Farid dan
Amin. Mereka berdua merupakan orang suruhan
Marilyn, ibu kandung Farisha. Dalam kereta,
Farisha
masih
pengsan.
Marilyn
cuba
berhubung dengan anaknya secara bawah
sedar. Perbualan itu dirakamkan. Dalam
perbualan itu, Farisha meronta-ronta dan tidak
mahu berjumpa dengan ibunya.
Sementara itu, di pejabat Farisha keadaan
Shida agak terkawal. Namun ingatannya
terganggu dan bercampur aduk dengan ingatan
Karl. Karl telah memindahkan ingatannya
selama 2o tahun ke dalam otak Shida. Alia
berbual-bual dengan Shida. Alia dahulunya ialah
isteri Karl bernama Rusmina. Dia menjadi isteri
derhaka kerana tidak mahu mengikut Karl
meninggalkan agama. Karl menyeksanya
sehingga cacat. Walau bagaimanapun, Rusmina
tidak dibiarkan mati. Sebaliknya Rusmina
diberikan nyawa baharu, wajah baharu dan
personaliti baharu yang dikenali sebagai Alia.
Bab 13
Dr Haris, doktor yang merawat Karl
memaklumkan keadaan Karl kurang stabil.

Aqram meminta beberapa minit lagi untuk


menamatkan sesi komunikasi bawah sedar
antara Shida dan Karl. Alia menyedari Karl telah
menguasai tubuh Shida. Karl ( dalam tubuh
Shida ) minta agar ikatan tangannya dibuka
kerana dia telah mendapat ilham untuk
menghapuskan virus yang menyerang Dinara.
Jari jemari Shida pantai menari-nari menaipkan
beberapa baris program di terminal kawalan
Dinara. Belum selesai tugasnya, tiba-tiba datang
seorang wanita dan dua lelaki berdiri di muka
pintu. Medina?! Dr Maxi dan Alia terkejut.
Shida menghentikan tugasnya menyahaktif virus
dan terpaksa berdepan dengan Medina. Farisha
yang tidak tahu apa telah berlaku, terkejut
dengan suara Shida yang berubah. Farisha turut
tertanya-tanya kenapa orang di pejabat itu
memanggil ibunya Medina. Medina @ Marilyn
membuka rahsia 26 tahun lalu. Karl ialah bapa
kandung Farisha. Sejak Farisha kecil, bapanya
telah menanam implan beberapa kali di dalam
tubuh Farisha tanpa ubat bius. Farisha juga
telah diberikan berjenis-jenis ubat untuk
menjadikannya kanak-kanak genius. Kaki
Farisha longlai apabila mengetahui kebenaran
asal usul dirinya.
Dalam keadaan tegang itu, Dr Maxi menerima
panggilan daripada Dr Haris yang mengatakan
Karl sedang nazak. Aqram dan Khairul Anwar
menamatkan sesi Shida dan Karl. Medina
membentak agar diberikan peluang bercakap
dengan Karl. Dia tidak tahu Karl sedang nazak.
Semua orang bergegas ke rumah agam Karl, di
Puchong. Keadaan semakin genting, Farisha
minta penjelasan daripada Aqram.
Bab 14
Farisha berdepan dengan saat-saat yang paling
hiba. Dia akan bertemu dengan ayah
kandungnya dalam keadaan yang tidak
dijangka. Karl terbaring dan aktiviti otaknya
semakin menurun. Setiap orang diberikan
peluang untuk bertemu secara berseorangan
dengan Karl. Tepat jam 7 malam, Karl
menghembuskan nafasnya. Alia meraung,
Medina hanya teresak-esak. Farisha hanya
terkedu.
Wasiat terakhir Karl, agar mayatnya dibakar dan
abunya ditabur di Selat Melaka. Selepas Subuh
hari Ahad, upacara itu disempurnakan oleh
berpuluh-puluh orang pekerja Soft Lab. Farisha
berasakan cinta Medina dan Karl sungguh aneh,

walaupun bersaing dan salin mencabar tetapi


Medina masih sayang akan Karl.
Dalam perjalanan pulang dari upacara itu,
Aqram beriringan dengan Shida dan Farisha.
Tetapi Aqram dan Farisha berasa pelik dengan
sikap Shida. Dia mula berfalsafah seperti Karl.

Aqram berasa sesuatu yang tidak kena kerana


tiba-tiba Shida ketawa panjang dan garau.
Aqram merenung tepat ke mata Shida dan
mendapati Karl berada di dalam tubuh Shida.
Farisha berlari ketakutan dan mendapatkan
Medina.

Anda mungkin juga menyukai