Anda di halaman 1dari 3

Kita tidak menafikan kepentingan teknologi maklumat seperti internet membawa

kemajuan dan kebaikan dalam hidup manusia, namun kewujudannya menghadirkan


juga pelbagai ancaman. Bincangkan.

Kebaikan Internet
1. Maklumat
Pelbagai maklumat dapat diperolehi dengan hanya melayari internet tanpa dikenakan sebarang bayaran
dan tanpa had masa. Maklumat yang di perolehi bukan sahaja dalam bentuk teks tetapi juga dalam
bentuk bergambar. Enjin carian seperti google.com, search.com, yahoo.com dan sebagainya digunakan
sebagai platform untuk mendapatkan maklumat. Pelayar internet hanya perlu menggunakan enjin
carian untuk mendapatkan maklumat yang mereka ingin sama ada ianya digunakan untuk
pembelajaran, kajian, ilmu pengetahuan dan sebagainya.
2. Alat komunikasi
Internet telah dijadikan sebagai platform untuk berkomunikasi.Ianya amat mudah dan tanpa
memerlukan kos yang tinggi. Penggunaan messenger seperti Yahoo, Skype, Gtalk dan Hotmail telah
memudahkan lagi komunikasi antara pelbagai pihak dan penggunaanya amat meluas. Selain
berkomunikasi dengan menggunakan teks, penggunaaannya telah dipertingkatkan lagi dengan
penggunaan suara dan video di mana kita boleh berkomunikasi dengan menggunakan suara sambil
melihat wajah masing-masing.hanya dengan internet. Di samping itu ianya amat berguna kepada
syarikat-syarikat yang mempunyai cawangan di merata dunia. Komunikasi dapat digunakan di antara
setiap cawangan dengan hanya menggunakan Video Conferencing ataupun Tele-conference.
3. Jimatkan Kos dan Masa
Penggunaan internet ini secara tidak langsung telah menjimatkan kos seperti kos panggilan telefon dan
juga kos-kos lain seperti kos pengangkutan. Bagi penjimatan kos panggilan misalnya, kebiasaannya kos
panggilan ke antarabangsa dengan menggunakan telefon analog amat mahal jika dibandingkan dengan
penggunaan skype yang ternyata tiada caj dikenakan. Disamping itu penggunaan voice over internet
protocol (VOIP) ternyata caj yang dikenakan jauh lebih murah berbanding kos panggilan biasa.
Penjimatan kos pengangkutan ketara dapat dilihat di syarikat-syarikat besar yang mempunyai
cawangan di seluruh dunia. Mesyuarat ataupun perbincangan dapat dilakukan hanya dengan
menggunakan video conference ataupun tele-conference. Mereka tidak perlu lagi travel ke merata
tempat untuk bermesyuarat. Ianya malah menjimatkan masa.
4. Berita Terkini
Penggunaan internet telah memudahkan berita terkini disampaikan dengan cepat. Kebanyakan
suratkhabar mempunyai laman web mereka sendiri seperti The Star dan CNN. Laman web ini akan
dikemaskini dan ianya memapar berita terkini yang berlaku di seluruh dunia.

5. Pengiklanan
Internet dijadikan alat untuk mengiklan produk untuk sesebuah syarikat itu. Ianya bukan sahaja murah
malah ianya lebih berkesan kerana ianya boleh di lihat di seluruh pelusuk dunia. Terdapat syarikat yang
menawarkan program Affiliate dimana ianya cara yang amat berkesan untuk mengiklankan produk
sesebuah syarikat atau orang perseorangan.
6. Hiburan
Terdapat pelbagai bentuk hiburan boleh didapati hanya dengan melayari internet. Kita boleh menonton
drama/movie secara atas talian dengan hanya melayari laman-laman web yang menyediakan
perkhidmatan tersebut seperti http://www.youtube.com dan http://www.mysoju.com. Selain daripada
itu terdapat juga permainan games yang boleh di main secara atas talian bersama-sama dengan gamers
dari pelbagai pelusuk dunia. Hiburan-hiburan lain adalah seperti mendengar muzik dan juga berkenalan
dengan kawan-kawan baru di alam maya.
7. Pendidikan Secara Atas Talian
Pada masa kini terdapat banyak Universiti yang telah menawarkan pendidikan secara jarak jauh dimana
penggunaan internet amat diperlukan. Ini kerana pembelajaran di lakukan secara atas talian di mana
video conference digunakan. Pelajar tidak perlu menghadiri kuliah secara fizikal kerana kuliah
dilakuakan secara atas talian dan pelajar hanya mengaktifkan video conference untuk menghadiri
kuliah. Nota pembelajaran boleh dimuat turun secara atas talian dan kuliah boleh direkodkan dan
pelajar boleh mendengar kuliah tersebut secara berulangkali. Di samping itu keputusan peperiksaan
juga boleh di perolehi secara atas talian.
8. Servis Perkhidmatan
Pada masa kini syarikat-syarikat seperti syarikat perbankan, penerbangan, bas, hotel dan agensi
pelancongan menawarkan perkhidmatan secara atas talian bagi memudahkan pengguna. Maybank2u
menawarkan perkhidmatan perbankan secara atas talian dan para pemegang akaun Maybank boleh
menggunakan servis yang ditawarkan tanpa memerlukan caj yang berlebihan. Begitu juga dengan
syarikat penerbangan seperti AirAsia, yang mana para pengguna boleh menempah tiket penerbangan
secara atas talian pada bila-bila masa.

Kebaikan Internet
1. Ketidaktepatan maklumat
Terdapat banyak maklumat yang boleh kita perolehi dari internet namun demikian adakah semua
maklumat tersebut tepat? Bagaimana kita nak pastikan sama ada maklumat yang kita terima itu tepat
ataupun tidak? Ini memang boleh mengelirukan malah memberi impak yang besar kepada sesetengah
pihak. Terdapat pelbagai golongan yang menggunakan internet dan menyebarkan maklumat mengikut
kepentingan diri masing-masing. Ada yang menggunakan internet untuk membuat fitnah ke atas orang
lain bagi tujuan menjatuhkan orang/golongan tertentu. Oleh yang demikian kita mesti lah pandai untuk
menilai kesahihan sesuatu maklumat tersebut.

2. Virus/Malware/Worm/Trojan
Internet merupakan salah satu sumber yang digunakan untuk menyebarkan segala virus/malware dan
sebagainya.Pengguna internet semestinya mempunyai sedikit ilmu pengetahuan tentang serangan virus,
malware dan sewaktu dengannya. Ini untuk memastikan komputer kita selamat dari serangan tersebut
dan data selamat dari dicerobohi. Kekurangan ilmu pengetahuan tentang cara-cara menghindari
komputer kita dari serangan tersebut akan memudahkan komputer tersebut diceroboh. Ianya bukan
sahaja menyerang sebuah komputer malah boleh menyerang komputer yang terdapat dalam rangkaian
yang sama. Serangan ini bukan sahaja menyebabkan kerosakan kepada sistem komputer malah akan
menganggu performance komputer dan juga network.
3. Bahan-bahan yang tidak bermoral
Pada masa kini terdapat banyak bahan-bahan yang bermoral seperti gambar-gambar dan video-video
yang tidak sesuai ditonton oleh golongan kanak-kanak dan remaja. Ianya memberi impak yang tidak
baik kepada masyarakat secara umumnya. Bahan-bahan begitu mudah di dapati di internet. Ibu bapa
hendaklah memantau lama-laman web yang di access oleh anak-anak mereka dan sekiranya perlu,
Internet filtering Software perlulah di install di komputer yang digunakan oleh anak-anak mereka. Ini
bagi memudahkan ibu bapa untuk memantau laman-laman web yang di access oleh anak-anak mereka.
4. Isu Keselamatan
Pernahkah kita terfikir maklumat peribadi kita yang terdapat di bank, sekolah, university, jabatanjabatan kerajaan selamat dari di akses oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab? Bagaimanakah
tahap keselamatan yang terdapat di dalam server2 yang menyimpan data-data kita? Server-server yang
mudah di hack oleh para hacker boleh menyebabkan segala maklumat peribadi dan data-data sulit jatuh
ke tangan pihak yang tidak bertanggungjawab. Tahap keselamatan di dalam mengakses ke server,
network harus lah dipertingkatkan dari semasa ke semasa.
5. Pembaziran masa
Pembaziran masa berlaku sekiranya terlampau lama bermain games, berchatting dan melayari lamanlaman yang tidak berfaedah. Aktiviti-aktiviti ini boleh dilakukan tetapi masa yang diperuntukkan mesti
lah terhad. Paling terkini laman sosial facebook, terdapat pelbagai applikasi dalam laman tersebut yang
boleh diguna dan juga terdapat fungsi untuk berchatting. Sesetengah syarikat menyekat access ke
laman tersebut kerana ianya boleh mengurangkan produktiviti pekerja terhadap kerja mereka.