Anda di halaman 1dari 3

Jurnal Reflektif Minggu : Kedua (09-14 Februari 2015)

Pengurusan Masa
Pengenalan
Saya menghadapi isu dalam menguruskan masa yang tepat sebagaimana
yang telah saya rancangkan

dalam rancangan pengajaran harian (RPH)

yang telah dibuat. Kerap kali aktiviti yang telah dirancang tidak dapat
dijalankan kerana masa yang tidak mencukupi dan bimbang jika terambil
masa guru untuk mata pelajaran seterusnya.
Saya mula mengesan isu ini selepas membuat refleksi selepas (reflection on
action) setelah masuk beberapa kelas untuk mengajar. Rata-rata saya tidak
sempat untuk menghabiskan langkah ketiga atau keempat dalam suatu sesi
Pengajaran dan Pembelajaran (PdP).
Menurut Good, 1973 pengurusan masa ialah perancangan masa yang
berkesan sama ada secara harian, mingguan atau jangka masa yang panjang
untuk memberikan masa bagi aktiviti kuliah, belajar, rehat, riadah, dan
tanggungjawab.
Benar kata-kata bidalan Arab ( alwaqtu ka
assaif; in lam taqtohu qotoaka) yang membawa maksud masa ibarat
pedang; jika kamu tidak memotongnya (menggunakannya), maka kamu akan
dipotong. Masalah yang timbul akibat pengurusan masa yang lemah ialah
aktiviti dan isi kandungan pelajaran terpaksa dilaksanakan secara kadar yang
pantas. Ini menyebabkan pelajar terpaksa belajar dalam keadaan yang tidak
kondusif dan memerlukan tahap fokus yang tinggi.

Punca/ Sebab
Punca-punca atau faktor yang mendorong isu ini berlaku boleh diringkaskan
seperti yang berikut:
1. Disiplin para pelajar lemah
Disiplin majoriti pelajar kelas 4 Ibnu Khaldun (IK) dukacitanya kurang
memuaskan. Ramai di antara mereka lewat masuk ke kelas,
terutamanya

waktu

selepas

rehat.

Mereka

juga

tidak

dapat

mengekalkan tahap fokus dalam jangka masa yang lama. Rata-rata


hanya dapat memberikan perhatian dalam masa kurang dari 30 minit.
Kesannya,

langkah-langkah

yang

dirancang

dalam

Rancangan

Pengajaran Harian tergendala dan terpaksa dtunda ke sesi seterusnya.


2. Perancangan yang tidak baik
Sebagai guru pelatih, saya akui masih mentah dalam membuat
perancangan mengajar. Saya mengabaikan faktor kapasiti pelajar
(tahap intelektual, fokus, motivasi, dan lain-lain) sewaktu merancang
pengajaran,

serta

lebih

fokus

kepada

ingin

mencapai

atau

menghabiskan silibus mengikut garis masa yang tersedia. Hasilnya,


saya seakan-akan memaksa pelajar mengikut tempo saya yang agak
cepat, dan pelajar yang kurang fokus tercicir.
3. Pelajar kurang bermotivasi
Dukacita dinyatakan majoriti pelajar kelas 4 Ibnu Khaldun (IK)
mempunyai masalah pembelajaran yang agak ketara. Mereka kurang
fokus dan kurang bermotivasi untuk belajar. Hasilnya, produktiviti bagi
sesuatu sesi PdP amat kurang dan gagal mencapai target. Mereka
juga bergantung sepenuhnya dengan pembelajaran langsung guru
(spoon feed) dan kurang berdikari.

Cadangan idea untuk menyelesaikan isu

Perkara utama yang perlu saya fokuskan ialah menguruskan masa dengan
cekap bagi meningkatkan produktiviti suatu sesi PdP tanpa meletakkan beban
yang berlebihan terhadap pelajar.
Antara idea yang saya fikirkan ialah:
1. One aim per day
Saya mengambil pengajaran daripada peribahasa Inggeris it is better
half than nothing. Saya mensasarkan satu hasil pembelajaran bagi
satu sesi PdP, dan meletakkan lebih perhatian kepada aktiviti membuat
latihan secara berkumpulan. Secara tidak langsung, saya dapat
mewujudkan

interaksi

pelajar-pelajar

yang

mungkin

dapat

memotivasikan mereka.
2. tegas terhadap penjagaan masa
Saya perlu menunjukkan sedikit ketegasan apabila berhadapan
dengan masalah pelajar lewat untuk masuk ke kelas. Peneguhan
positif dan negatif perlu dilaksanakan demi kebaikan semua pihak.
Namun, untuk mengubah budaya ini mengambil masa yang agak
lama. Kesedaran kendiri untuk menghargai masa masih kurang dalam
diri para pelajar.
Tempoh masa
Saya akan cuba mengatasi masalah ini secepat mungkin. Pengurusan masa
yang baik dan cekap adalah yang utama untuk mencapai objektif yang telah
dirancang.
Tindakan susulan
Saya akan menyediakan rancangan pengajaran harian mengikut kehendak
masa dan tahap penguasaan serta kefahaman pelajar, di samping menitik
beratkan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian mengikut ketetapan masa.
Saya juga akan memperbaiki kelemahan-kelemahan yang timbul dari semasa
ke semasa seperti mengkaji kembali kesilapan, berbincang dan meminta
pandangan guru-guru dan pensyarah pembimbing, serta merangka PdP yang
lebih efektif, produktif dan efisien.