Anda di halaman 1dari 15

SEMESTER 1

PEMARKAHAN

SESI

2013/2014

QGK3023
PROGRAM
KESIHATAN
SEKOLAH
TAJUK

TUGASAN 2:
LAPORAN PELAKSANAAN PROGRAM / AKTIVITI KESIHATAN

DISEDIAKAN OLEH
NAMA
MUHAMAD FAKRUDIN B ABD KADIR

NO. MATRIK

NO. TELEFON

D20102041287

017-5701472

KUMPULAN KULIAH: UPSI01(A131PJJ)

NAMA TUTOR E-LEARNING:

DR. ABDUL RAHIM B. MOHD SHARIFF

TARIKH SERAH:

24 NOVEMBER 2013

PENGENALAN
Terdapat pelbagai program kesihatan telah dilaksanakan di Malaysia samada di
peringkat daerah, negeri dan negara.Program kesihatan yang telah dilakukan ini juga
selalunya dibahagikan kepada beberapa kategori yang tersendiri pada golongan
individu, keluarga, sekolah, masyarakat dan Negara.Kepentingan program kesihatan
adalah memberi kefahaman kepada masyarakat tentang keselamatan diri dan orang
lain, alatan dan tempat aktiviti. Memberi peluang kepada masyarakat untuk
mengenali diri sendiri dan mengamalkan penjagaan kebersihan diri yang otimum.
Menyemai sikap gaya hidup sihat seumur hidup dalam kalangan masyarakat.
Memberi pendedahan dan pengetahuan kepada masyarakat untuk membolehkan
mereka mengamalkan gaya hidup cergas dan gaya hidup sihat. Selain itu ia memberi
pengetahuan yang mendalam tentang sesuatu pekara contohnya, penyakit yang
dihidapi oleh manusia berpunca dari pemakanan yang kurang sihat dan
mengamalkan hidup yang tidak sihat.

Rasional program kesihatan sekolah adalah seperti berikut:


1.

Mewujudkan program-program kesihatan yang mampu melahirkan rasa


tanggungjawab bersama dan komitmen di kalangan warga sekolah.

2.

Menyeragamkan beberapa program kesihatan sekolah di bawah satu


program bersepadu.

3.

Mewujudkan satu sistem yang fleksibel, inovatif dan kreatif berlandaskan


kepada keperluan semasa.

4.

Meningkatkan kesefahaman dan kerjasama antara sekolah dan masyarakat


dalam menangani isu-isu kesihatan.

5.

Suatu usaha yang teratur dan fokus ke arah amalan kesihatan yang perlu
dipraktikkan.

6.

Keperluan untuk mewujudkan satu program bersepadu yang menghasilkan


impak serta dapat dinilai keberkesanannya.

Matlamatnya adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap
kesihatan serta melahirkan warga sekolah dan persekitaran yang selamat, sihat dan
berkualiti ke arah mencapai wawasan negara. Manakala objektifnya adalah seperti
berikut:

1.

Memelihara dan meningkatkan persekitaran sekolah yang bersih, ceria,


selamat dan sihat.

2.

Membina satu persekitaran sosial sekolah yang menggalakkan amalan gaya


hidup sihat.

3.

Menetapkan polisi atau dasar kesihatan sekolah

4.

Memupuk pengetahuan, sikap dan amalan yang berkaitan dengan kesihatan


supaya setiap wara sekolah lebih bertanggungjawab terhadap penjagaan
kesihatan diri, keluarga dan masyarakat.

5.

Meningkatkan kerjasama dan penglibatan komuniti di dalam program


kesihatan sekolah.

6.

Menyediakan perkhidmatan kesihatan sekolah bagi:


-

Menilai taraf kesihatan murid

Memberi khidmat rawatan dan rujukan

Menggalakkan bimbingan dan kaunseling berdasarkan keperluan dan


masalah kesihatan murid.

Memberi penjagaan rawatan kecemasan terhadap penyakit-penyakit di


sekolah.

Mencegah dan mengawal penyakit di sekolah.

Mengenalpasti, merujuk dan membantu penempatan kanak-kanak kurang


upaya.

LAPORAN PROGRAM KESIHATAN SEKOLAH


Antara program atau aktiviti kesihatan sekolah yang telah dan sedang dijalankan di
sekolah adalah:
1.

Program Rancangan Makanan Tambahan

2.

Program Susu 1Malaysia (PS1M)

3.

Program 3K (Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan)

PROGRAM RANCANGAN MAKANAN TAMBAHAN


Rancangan

Makanan

Tambahan

(RMT)

yang

sedang

dilaksanakan

di

sekolahsekolah rendah di seluruh Malaysia pada hari ini merupakan salah satu
usaha murni pihak Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam membantu

meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan pelajar-pelajar sekolah rendah.


Rancangan ini bertujuan untuk memberi makanan percuma kepada pelajar-pelajar
sekolah rendah terutamanya dari luar bandar dan dari golongan berpendapatan
rendah secara imbuhan. Rancangan ini buat sementara waktu adalah untuk
memperbaiki taraf pemakanan dan kesihatan mereka sebagai satu usaha yang
selaras dengan Dasar Pembangunan Negara.
Menurut Aziz Ibrahim (1997) dalam Buletin Institut Penyelidikan Perubatan (IMR),
rancangan ini sebenarnya tidak bermaksud untuk mengambil alih tugas ibu bapa
dalam member makanan kepada anak-anak mereka tetapi ianya adalah sekadar
membekalkan 25% hingga 33% daripada keperluan kalori harian kanak-kanak
tersebut.

Penasihat
En khairudin B
Omar

AJK
Encik Samsul b.
Kamal

(a)

Carta organisasi program adalah seperti berikut:


AJK
Encik Rosdi b.
Fauzi

AJK
Puan Anisah bt.
Hurairah
Pengerusi
Puan Mariam bt
muhamad

AJK
Puan Kamisah bt.
Shahidan

soh
Setiausaha
Puan Sohara BT
Muhamad

AJK
Encik Ikram B
Malek

(b)

AJK

AJK
Encik Asri B
Tahiruddin

Puan Ramlah BT
Roslan

AJK

AJK

AJK

Encik Azuan B
Nazri

Encik Abu Kamal


B Rosli

Encik Mazran B
Naradin

Visi dan misi:


Visi

Membantu meningkatkan taraf pemakanan murid

Misi

Supaya murid-murid dapat memberi tumpuan sepenuhnya


dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah.

(c)

Objektif dan matlamat program:


Objektif dan matlamat program adalah untuk memberi makanan tambahan
yang berzat dan seimbang kepada murid-murid dari golongan miskin untuk
membantu mereka mengatasi masalah dari segi pertumbuhan badan dan
kekurangan tenaga. Ia seterusnya dapat menyelenggara amalan kesihatan

dan pemakanan secara langsung dan tidak langsung di samping dapat


memupuk budaya sopan santun, disiplin, timbang rasa serta amalan-amalan
murni yang lain yakni yang berkaitan dengan kebersihan diri, kebersihan
makanan dan kebersihan alam sekitar.
(d)

Pelaksanaan program:
Jawatankuasa

program

akan

memilih

pembekal

makanan

yang

bertanggungjawab mengurus bekalan bahan, menyedia dan menghidang


makanan, membersih peralatan serta tempat hidangan.

Manakala pihak

sekolah akan memilih 5 atau 10 menu daripada senarai 20 menu yang


disediakan oleh kementerian Pelajaran Malaysia dan menu ini diulang seetiap
minggu atau dua minggu mengikut cita rasa setempat, kemampuan bekalan
bahan makanan dan kesesuaian dengan peruntukan kewangan iaitu
mengikut kadar yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia adalah
sebanyak RM1.80 bagi setiap murid di Semenanjung dan RM2.05 sehari bagi
Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan mulai 1 Mac 2007. Kadar
ini dikira berdasarkan kos bahan mentah di pasaran dan tidak mengambil kira
keperluan perkhidmatan, bahan api dan minuman.
Program ini dilaksanakan di sepanjang 190 hari hari persekolahan dalam
setahun. Murid yang dipilih untuk mengikuti program ini adalah terdiri dari
murid dari keluarga yang berpendapatan bulanan RM400 dan kurang iaitu
RM800 per kapita. Manakala dari segi proses penyediaan makanan, ia
dikendalikan oleh pihak kantin sekolah dan murid yang terpilih akan
menikmati makanan tersebut beberapa minit sebelum waktu rehat.
(e)

Pemantauan dan penilaian:


Untuk menentukan kejayaan dan keberkesanan program, kaedah yang
digunakan adalah melalui:
-

Rekod Kesihatan Murid

Laporan Bulanan

Laporan Tahunan

Kesimpulannya, program ini memberikan murid-murid peluang untuk


mendapatkan

sumber

pemakanan

yang

sihat

dan

mendapatkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.

seimbang

serta

Dengan adanya

program ini, pertumbuhan fizikal murid-,murid akan mencapai tahap normal.


Kemudian, melalui pemakanan juga dapat memberikan tubuh badan yang
cergas dan minda yang cerdas. Sehubungan dengan itu, tahap kognitif,
emosi dan sosial pelajar juga akan meningkat dan sekolah dapat melahirkan
murid-murid yang seimbang dari aspek jasmani, emosi, rohani, sosial dan
inteleknya.

PROGRAM SUSU 1MALAYSIA


Program Susu Sekolah (PSS) dilaksanakan serentak dengan Rancangan Makanan
Tambahan (RMT). Program ini dilaksanakan untuk murid daripada keluarga miskin
yang berpendapatan isikeluarga di paras status sosio ekonomi yang rendah agar
mendapat makanan seimbang semasa berada di sekolah.
Program ini juga bertujuan untuk meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan
murid sekolah rendah bagi memastikan pertumbuhan fizikal, kesihatan mental dan
kesihatan umum murid sekolah bertambah baik. PSS juga bertujuan menggalakkan
murid meminum susu di peringkat awal. Kriteria pemilihan murid adalah terdiri
daripada murid sekolah rendah terutama dari luar Bandar dan keluarga yang
berpendapatan bulanan RM 400 dan kurang, iaitu RM 800 per kapita. PSS juga
merupakan satu program yang dilaksanakan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia
bersama syarikat pengeluar susu selaras dengan konsep Pensyarikatan Malaysia.
Program ini yang dilancarkan pada tahun 1983 telah diperluaskan ke seluruh negara
mulai tahun 1995 kecuali Sabah yang mempunyai program susu yang tersendiri.
Program ini mengandungi dua skim iaitu:
a) Skim Susu Bayaran melibatkan penyertaan murid sekolah secara sukarela,
sama ada secara subsidi atau tanpa subsidi kerajaan.
b) Skim Susu Percuma melibatkan bekalan susu percuma kepada murid sekolah
yang dipilih di bawah anjuran syarikat susu yang menyertai Kementerian Pelajaran
Malaysia dan atau pertubuhan masyarakat yang lain sama ada berbentuk
persendirian atau sukarela.

Program Susu Sekolah (PSS) yang dilancarkan dalam usaha memastikan pelajar
mendapat sumber kalsium yang diperlukan setiap hari. Murid sekolah memerlukan
khasiat pemakanan sempurna demi kesihatan dan tumbesaran mereka. Program itu
seharusnya berjalan dengan kerana susu adalah sumber kalsium utama selain
memastikan kanak-kanak mendapat nutrisi sempurna. Apatah lagi senario hari ini
pasangan suami isteri berkerja dan ada kalanya menyebabkan anak mereka tidak
sempat bersarapan sebelum ke sekolah.
Kementerian Kesihatan dan Kementerian Pelajaran supaya menyambung kembali
program ini kerana tumbesaran kanak-kanak memerlukan diet seimbang dan susu
adalah antara sumber kalsium yang utama, katanya sempena pelancaran kempen
Bulan Nutrisi Malaysia 2010 di sini semalam.

(a)

Carta organisasi program adalah seperti berikut:


Penasihat
En Khairudin B
Omar

Penasihat
Puan Faridah bt.
Yusoh
Pengerusi
Puan Mariam bt
muhamad

Puan Siti Romiza


bt. Roslan

Setiausaha
Encik Muhamad
Fakrudin B Abd
Kadir

AJK

AJK

AJK

AJK

AJK

AJK

Encik Mazran B
Naradin

Encik Abu
Kamal B Rosli

Encik Azuan B
Nazri

Puan Ramlah
BT Roslan

Encik Asri B
Tahiruddin

Encik Ikram B
Malek

AJK
En Ikmal B
Zulkifli

(b)

Visi dan misi:


Visi

Meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan murid-murid


sekolah rendah melalui pemupukan tabiat selalu minum susu.

Misi

Supaya murid-murid dapat memberi tumpuan sepenuhnya


dalam usaha pengajaran dan pembelajaran di sekolah kesan
dari kesihatan yang baik.

(c)

Objektif dan matlamat program:


Objektif dan matlamat program adalah untuk memastikan pertumbuhan
fizikal, kesihatan mental dan kesihatan umum murid sekolah bertambah baik
selain membantu murid untuk mendapat makanan yang seimbang yang
sesuai dengan perkembangan umur mereka. Ia juga bertujuan untuk
menggalakkan murid meminum susu dari peringkat awal lagi.

(d)

Pelaksanaan program:
Pemberian susu secara percuma kepada murid yang layak di mana setiap
murid akan menerima 2 kotak susu (200ml) berperisa coklat, sebanyak 2 kali
seminggu. Ini merupakan salah satu usaha untuk menghasilkan generasi
baru yang lebih kuat, tegap dan lebih cerdas.

Melalui bekalan susu ke

sekolah juga, taraf ekonomi pengusaha dan penternak tempatan akan dapat
ditingkatkan.

(e)

Pemantauan dan penilaian:


Untuk menentukan kejayaan dan keberkesanan program, kaedah yang
digunakan adalah melalui:
-

Rekod Kesihatan Murid

Laporan Bulanan

Laporan Tahunan

Kesimpulannya, program ini dapat meningkatkan tabiat meminum susu di


kalangan murid seterusnya meningkatkan taraf kesihatan dan pemakanan
mereka bagi memastikan pertubuhan fizikal, kesihatan mental dan kesihatan
umum mereka bertambah baik.

Di samping itu, program ini juga dapat

mengembangkan pengetahuan, sikap dan amalan yang diingini khususnya


berhubung dengan makanan, pemakanan dan kesihatan serta aspek
pelajaran. Akhir sekali, program ini juga telah dapat meningkatkan usaha
pembangunan masyarakat dan perindustrian yang melibatkan pengeluaran,
pemprosesan dan bekalan susu kepada pihak sekolah.
PROGRAM 3K (KESELAMATAN, KESIHATAN DAN KECERIAAN)

Program Peningkatan Keselamatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah (3K) yang


akan memasuki tahun ke-13 pelaksanaannya, akan tampil dengan konsep baru yang
akan menggabungkan tiga program berasingan.

10

Kesihatan, Kesihatan dan Keceriaan Sekolah atau Inisiatif 3K. Inisiatif 3K

akan

meliputi tiga program berasingan itu ialah Program Sekolah Selamat, Program
Kesihatan dan Kebersihan serta Program Keceriaan dan Keindahan Sekolah.
Sebanyak 90 buah sekolah sekolah rendah dan menengah di seluruh negara akan
menyertai program ini tahun hadapan, berbanding 30 sekolah tahun ini. Setiap
program akan disertai oleh 30 buah sekolah meliputi 15 buah sekolah rendah dan 15
buah sekolah menengah. Setiap negeri pula akan diwakili oleh dua buah sekolah
iaitu sekolah menengah dan rendah.

Program 3K ini telah dilakukan pembaharuan untuk mengelakkan pertindihan objektif


bagi dua program yang dilaksanakan sebelum ini iaitu Program 3K dan Program
Peningkatan Keselamatan Sekolah.
"Memandangkan terdapat beberapa pertindihan objektif bagi kedua-dua program
tersebut, maka Kementerian Pendidikan telah memutuskan kedua-dua program
disusun semula supaya lebih efektif dari sudut pelaksanaan." "Mulai tahun 2004,
hanya terdapat satu program sahaja," katanya. Program 3K dimulakan bertujuan
memastikan semula sekolah mempunyai sistem yang mantap bagi menangani
sebarang isu berkaitan dengan keselamatan, kesihatan serta keceriaan sekolah.
Dengan

program itu, setiap program akan dipantau oleh tiga pasukan yang

berasingan, terdiri daripada pegawai-pegawai dari Kementerian Pendidikan dan juga


agensi-agensi kerajaan lain yang relevan dengan program tersebut. Program Inisiatif
3K ini diletakkan di bawah tanggungjawab Bahagian Sekolah Kementerian
Pendidikan.

11

(a)

Carta organisasi program adalah seperti berikut:


Penasihat
Encik Khairudin B
Omar

Penasihat
Puan Faridah bt.
Yusoh

Pengerusi
Puan Mariam bt
muhamad

AJK

Encik Abu
Kamal B Rosli

AJK

Encik Azuan
B Nazri

Setiausaha
AJK Cik

AJK
Encik Roslan b.
Kassim
AJK

Encik Mazran
B Naradin

Setiausaha

(b)

Puan Lalita Kumari


Visi dan misi:
a/p Gunasegaran

PEMARK
AHAN

Huda BT
Abd Rahman AJK
Puan Ramlah
En Ikmal B
BT Roslan
Zulkifli
AJK

AJK

Puan Siti Romiza bt.


Roslan

Encik Othman b.
Jailani

garan

Pengerusi
Puan Siti Romiza bt.
Roslan

AJK

Encik Asri B
Tahiruddin

AJK

Encik Ikram
B Malek

PEMARK
AHAN

Puan Anisah bt.


Hurairah

idan

b. Abd. Rahman
K

Visi

Misi

i
Memastikan sekolah
mempunyai sistem yang mantap

Encik Roslan b.
Kassim

Untuk menangani sebarang isu berkaitan dengan keselamatan,


kesihatan serta keceriaan sekolah.

(c)

Objektif dan matlamat program:


Objektif dan matlamat program adalah untuk meningkatkan keprihatinan dan
komitmen warga sekolah terhadap betapa pentingnya menjaga kebersihan,
kesihatan dan keselamatan serta menghargai kemudahan yang disediakan
melalui kerjasama dengan semua jabatan dan agensi serta badan swasta
dalam mempertingkatkan mutu kesihatan kepada pelajar-pelajar sekolah.
Program ini juga diharap dapat menyemai sifat cintakan kebersihan sekolah,
melatih murid-murid menyayangi dan menghargai alam sekitar dan
memastikan murid-murid sentiasa peka terhadap isu-isu kesihatan dan
menjaga kesihatan masing-masing dengan cara yang betul.

12

Encik Muhamad
Fakrudin B Abd
Kadir

Puan Siti Romiza


bt. Roslan

cik Faizal b. Ismail

(d)

Pelaksanaan program:
Pelaksanaan program adalah melalui aktiviti seperti:
-

Ceramah kesedaran kesihatan dan bahaya penyakit.

Gotong-royong membersihkan dan menceriakan kawasan sekolah.

Pertandingan Kelas Terbersih.

Menyediakan ruang pameran khas yang mempamerkan maklumatmaklumat kesihatan untuk rujukan murid-murid.

(e)

Pemantauan dan penilaian:


Untuk menentukan kejayaan dan keberkesanan program, kaedah yang
digunakan adalah melalui:
-

Rekod Kesihatan Murid

Laporan Bulanan

Laporan Tahunan

Pengiktirafan kepada Kelas Terbersih

Kesimpulannya, program ini merupakan satu kaedah untuk menyebarkan


informasi terkini mengenai kesihatan yang diusahakan oleh pihak sekolah.
Program ini juga membawa kepada amalan gaya hidup sihat yang sering
diabaikan oleh masyarakat yang sememangnya kurang prihatin dan
mengambil berat akan kesihatan. Oleh itu, melalui program ini, murid-murid
yang menjadi golongan sasaran didedahkan dengan kepentingan belajar
dalam persekitaran sekolah yang bersih dan ceria dan seterusnya mereka
dapat menjadikan amalan ini sebagai satu amalan yang boleh diteruskan
apabila berada di luar kawasan sekolah kelak.

13

KESIMPULAN
Program-program kesihatan yang dilaksanakan dengan terancang dan baik sudah
tentu akan memberikan kesan yang efektif kepada murid-murid khasnya dan sekolah
secara amnya. Kesihatan yang baik hasil dari pemakanan yang seimbang dan
berkhasiat serta kawasan sekolah yang bersih dan ceria sudah pasti akan
mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh itu, penekanan
pendidikan kesihatan kepada murid-murid dengan sokongan guru-guru, staf
sokongan, penguasaha kantin, ibubapa dan komuniti sekitar sudah pasti dapat
mewujudkan budaya sekolah yang sihat, bersih, ceria dan selamat.
Program kesihatan yang diadakan di sekolah juga menekankan gaya hidup sihat
yang sesuai dengan keperluan murid dan pembelajarannya adalah menerusi aktivitiaktiviti fizikal yang dijalankan bagi membolehkan mereka memahami unsur-unsur
pendidikan

kesihatan

dengan

mudah

dan

seterusnya

dapat

membentuk

perhubungan yang sihat dalam suasana yang membina antara pelajar, guru-guru
dan staf sokongan yang terlibat.
Melalui program kesihatan juga, keseimbangan antara pendidikan dan kesihatan
juga dapat dibentuk. Maka wujudlah persekitaran kerja yang positif dalam kalangan
warga sekolah serta memberi kesempatan kepada sekolah dan masyarakat
setempat untuk bekerjasama bagi memberi penekanan kepada pentingnya aspek
persekitaran fizikal kepada kesihatan kepada murid-murid. Secara keseluruhannya
program pendidikan kesihatan penting kerana memberi kefahaman kepada
masyarakat tentang keselamatan diri dan orang lain alatan dan tempat aktiviti. Ini
adalah penting kerana setiap aktiviti yang dijalankan adalah bersesuain dengan
tempat dan alatan. Selain itu, ia adalah perlu kerana dari segi keselamatan diri dan
orang lain adakah aktiviti itu berbahaya atau tidak untuk keselamatan diri dan orang
lain. Ia juga memberi peluang kepada masyarakat untuk mengenali diri sendiri dan
mengamalkan penjagaan keselamatan diri yang optimum. Ini kerana dapat memberi
pengetahuan kepada pelajar dalam penjagaan keselamat diri semasa menjalankan
aktiviti. Selain itu ia bertujuan menjaga,menggalak,
memberi motivasi dan semangat untuk menjalani kehidupan yang sihat disamping
memberi pengetahuan kepada murid,guru dan masyarakat untuk meningkatkan lagi
kualiti kehidupan supaya lebih berharga dan bermakna. Apabila segala ilmu yang
berguna dan manfaat diaplikasikan dalam kehidupan ia dapat mengelak seseorang

14

daripada terjerumus atau terlibat dengan gejala yang tak sihat contohnya seperti,
menagih dadah dan gejala samseng. Dengan terdedahnya kesan daripada tabiat
atas perbuatan yang buruk dapat menghindarkan diri daripada terjebak dalam
kancah tersebut. Oleh yang demikian akan wujud suasana dan cara hidup yang
harmoni serta lebih bermakna dalam kehidupan seharian. Selain itu juga masyarakat
akan menjadi lebih peka terhadap suasana dan persekitaran dan keperluan
kesihatan pada masa kini. Dengan adanya ilmu,pendedahan,punca,kesan dan akibat
atas perbuatan yang tidak sihat dapat member kesedaran kepada semua betapa
pentingnya kehidupan yang sihat.

RUJUKAN

ariffin, w. m. (2011, August 13). interprestasi pendidikan kesihatan dan program


yang boleh dilaksanakan di sekolah. Retrieved November 12, 2013, from Blog Wan
Mohd Ariffin: http://www.wanmohdariffin.blogspot.com
Program Susu Sekolah. (n.d.). Retrieved November 11, 2013, from Portal Rasmi
Kementerian Pendidikan Malaysia: http://www.moe.gov.my
Buang, D. S. (2012, April 26). Perkhidmatan Kesihatan Sekolah. Retrieved November
11, 2013, from Portal Rasmi Kementerian Kesihatan Malaysia:
http://www.myhealth.gov.my
Eina, Z. (n.d.). Program Kesihatan Sekolah. Retrieved November 11, 2013, from
Scribd: http://www.scribd.com
Ismail, A. N. (n.d.). Program Susu 1Malaysia (PS1M). Retrieved November 11, 2013,
from Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia:
http://www.nutrition.moh.gov.my

15