Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU KAMPUS RAJA MELEWAR

TUGASAN PROJEK
TAJUK PROGRAM :

NAMA PELAJAR :

PROGRAM PENDIDIKAN GURU


TAJUK KURSUS : SAINS, TEKNOLOGI
DAN MASYARAKAT

SEMESTER : 8
AMBILAN: 2011

KOD KURSUS: SCE3143

TARIKH MULA

TARIKH HANTAR

14 FEBRUARI 2015

28 MAC 2015

Hasil Pembelajaran:
1. Membincangkan secara kritis isu-isu dan pembelajaran berasaskan projek yang
berkaitan dengan sains, teknologi dan masyarakat.
2. Menguasai kemahiran berkomunikasi untuk membentangkan isu-isu sains,
teknologi dan masyarakat
3. Melaksanakan tanggungjawab, etika dan moral profesional untuk kelestarian
4. Mempamerkan kemahiran kerja berpasukan dan kemahiran kepimpinan dalam
pembelajaran berterusan dan pengurusan maklumat yang berkaitan dengan
projek-projek sains, teknologi dan masyarakat.
Kerja kursus ini bagi menilai hasil pembelajaran 1, 2, 3 dan 4

Objektif Tugasan:
Pelajar akan melaksanakan pembelajaran berasaskan projek untuk memahami,
menjelaskan dan menghayati enam isu berikut:
1. Reka bentuk, inovasi dan reka cipta struktur bangunan
2. Pemuliharaan alam sekitar
3. Tenaga dalam biosfera
4. Kemampanan sumber tenaga
5. Bahan tambah dalam makanan
6. Pencemaran dan kesannya terhadap bumi
1

Tugasan (100%)
Tugasan ini menekankan konsep Sains yang diaplikasikan dalam teknologi untuk
pembangunan masyarakat. Adalah diharapkan pelajar dapat memahami konsep
teknologi dengan menjelaskan aplikasi Sains dalam teknologi untuk kesesuaian dan
keselesaan kehidupan manusia.
Ia juga akan meningkatkan kompetensi pelajar dalam amalan penyiasatan dan
penyelesaian masalah dalam kehidupan harian.
Tugasan ini melibatkan tiga komponen sahaja, iaitu:
1.

Penghasilan produk (50%)


Merujuk kepada senarai isu di objektif projek, setiap pelajar dikehendaki memilih
satu isu sahaja mengikut Unit/Kelas masing-masing seperti berikut:
(a)

(b)

(c)

Unit Sains 1:
(i)

Reka bentuk, inovasi dan reka cipta struktur bangunan

(ii)

Pemuliharaan alam sekitar

Unit Sains 2:
(i)

Tenaga dalam biosfera

(ii)

Kemampanan sumber tenaga

Unit Sains 3:
(i)

Bahan tambah dalam makanan

(ii)

Pencemaran dan kesannya terhadap bumi

Bagi tajuk isu yang dipilih itu, hasilkan satu persoalan atau masalah untuk dibuat
kajian projek. Kajian ini boleh berdasarkan pembinaan satu model, eksperimen
atau kajian perpustakaan untuk menyelesaikan isu soalan secara inovatif dan
kreatif tetapi mestilah berasaskan konsep Sains.
Format kajian seharusnya seperti berikut:
(a) Pengenalan kajian
- Penyataan isu atau masalah
(b) Pelaksanaan kajian (atau pembinaan model)
- Nyatakan prosedur atau langkah-langkah kajian
- Jika perlu tunjukkan rajah atau gambar foto
(c) Pemerhatian dan perbincangan
- Paparkan sebarang data atau maklumat yang dikumpul
- Perbincangan analisis ke atas maklumat/data yang dikumpul
- Perbincangan perkaitan Sains, Teknologi dan Masyarakat
(d) Cadangan penyelesaian isu
2

Bincangkan sebarang cadangan yang inovatif, kreatif dan logik.

Pembentangan (20%):

2.

Hasil kajian dalam tugasan 1 dibentangkan secara individu mengikut format


kajian seperti di atas. Pembentangan hendaklah menggunakan paparan slaid.
3.

Ulasan jurnal (20%):


Pelajar dikehendaki memilih beberapa penulisan jurnal (minimum tiga) yang
telah dibincangkan dalam objektif tugasan . Ulasan tidak lebih daripada 2000
perkataan. Jurnal yang telah dipilih hendaklah ditulis Rujukan/Bibliografi.

4.

Ujian bertulis (10%):


Satu kuiz akan dikemukakan yang meliputi mana-mana enam isu Sains,
Teknologi dan Masyarakat.

Panduan Pelaksanaan Projek


1.

Tugasan ini adalah tugasan secara individu dan kumpulan..

2.

Muka surat hadapan ditaip dengan butiran berikut:


(a) Logo IPGKRM
(b) Nama program
(c) Tajuk tugasan
(d) Nama pelajar
(e) Kumpulan/Unit
(f) Angka giliran
(g) Nombor kad pengenalan
(h) Nama kursus dan kod
(i) Nama pensyarah kursus
(j) Tarikh serahan

3. Laporan bertaip menggunakan format berikut:


(a) Font Arial
(b) Saiz huruf - 11
(c) Langkau baris 1.5
4. Rujukan mengikut format APA ( American Psychological Association)
5. Amalan plagiat tidak dibenarkan
6. Tugasan ini membawa markah 100% dan wajaran 50%
7. Tarikh muktamad mesti dipatuhi. Penalti pengurangan markah akan dikenakan
jika laporan lambat dihantar.

Format Laporan Projek


Tugasan yang baik harus menunjukkan kriteria berikut:
1. Dalam pembentangan, setiap pelajar dalam kumpulan harus menunjukkan
kefahaman yang betul dan tepat tentang konsep Sains dan aplikasi konsep
Sains dalam Teknologi.
2. Dalam penulisan laporan harus menunjukkan kajian yang bertepatan dan sesuai
yang berkaitan dengan isu. Setiap pelajar dalam kumpulan dapat menjelaskan
konsep Sains dan teknologi serta dapat menghuraikan kegunaan dan kesan
kepada masyarakat.
3. Penulisan laporan yang menunjukkan perbincangan dan cadangan ke atas isu

yang dipilih yang melibatkan kefahaman konsep Sains, aplikasi Sains dalam
teknologi dan kesan kepada masyarakat.