Anda di halaman 1dari 171

HIKMAH TIDAK AKAN BERPENGARUH TERHADAP

KALBU YANG MEROSAK

DUNIA INI ADALAH NEGERI YANG BENAR BAGI


MEREKA YANG BERSIKAP BENAR TERHADAPNYA,
NEGERI YANG SIHAT BAGI MEREKA YANG
MEMAHAMINYA, NEGERI YANG KAYA BAGI MEREKA
YANG BERBEKAL DIRI DARINYA, NEGERI NASIHAT
BAGI MEREKA YANG MAHU MENGAMBIL NASIHAT
DARINYA, MASJID PARA KEKASIH ALLAH DAN TEMPAT
S H A L AT P AR A M A L A I K AT-N YA, T E M P AT T U R U N N YA
WAHYU, TEMPAT BERLABUH PARA WALI ALLAH, DI
MANA MEREKA MENCARI RAHMAT ALLAH DI
DALAMNYA DAN BERUNTUNG MEMPEROLEH SYURGA DI
DAL AMNYA.

SETIAP ORANG YANG TELAH DEWASA (AKIL BALIGH) PASTI ADA


KAITANNYA DENGAN AL-QURAN YANG DITURUNKAN ALLAH Azza
Wa Jalla.
:: MUKADDIMAH ::
Bukanlah termasuk perbuatan yang aib atau hina jika perkara yang baik di
pandang remeh oleh orang lain, kerana kesempurnaan hanya bagi ALLAH
semata.TetapiAib itu, justeru bagi orang yang melihat suatu kesalahan,
tapi tidak mahu menunjukkan ke arah yang benar. Begitu juga aib tersebut
akan menimpa orang yang menunjukkan ke arah yang benar, tetapi tidak
mengetahui (mengakui) kesalahannya sendiri.
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Maha Mencipta; yang
menciptakan manusia dari segumpal darah; Bacalah! Tuhan Yang Maha
Pemurah; Yang mengajarkan dengan pena; Yang mengajarkan kepada
manusia apa-apa yang tiada diketahuinya; Sekali-kali janganlah!
Sesungguhnya manusia amat derhaka kerana ia melihat dirinya telah kayaraya; Sesungguhnya kepada Tuhanmu, kembalinya kamu, Adakah engkau
(kamu) lihat orang melarang? Hamba... Ketika ia sembahyang? Adakah
engkau (kamu) lihat, jika yang melarang itu di atas petunjuk? Atau
menyuruh dengan takwa? Adakah engkau (kamu) lihat jika ia mendustakan
dan berpaling? Tidakkah ia tahu bahawa sesungguhnya ALLAH Maha
Melihat? Sekali-kali janganlah begitu! Demi, jika ia tidak berhenti (dari
kemunafikan). Nescaya akan ALLAH Azza Wa Jalla tarik ubun-ubunnya;
Iaitu ubun-ubun yang dusta lagi bersalah; Maka hendaklah ia memanggil
golongannya; Nanti akan ALLAH Azza Wa Jalla panggil Zabaniah; Sekali-kali
janganlah begitu! Janganlah engkau (kamu) ikut orang yang bersalah itu
dan sujudlah (kepada ALLAH Azza Wa Jalla) serta berhampir dirilah
(taubat).
Kamu (manusia) telah dilalaikan oleh perlumbaan (memperbanyakkan
harta-benda dan anak-anak) sehingga kamu (manusia) masuk kubur.
Sekali-kali jangan begitu! Nanti kamu (manusia) akan mengetahui.
Kemudian... Sekali-kali jangan begitu! Kalau kamu (manusia) mengetahui
dengan ilmu yang yakin. Sesungguhnya, kamu akan melihat neraka.

Kemudian... Sesungguhnya, kamu (manusia) akan melihatnya dengan mata


keyakinan. Kemudian... Kamu (manusia) akan diperiksa pada hari itu
tentang segala nikmat.
Bukankah, ALLAH Azza Wa Jalla telah melapangkan dada kamu (manusia);
Dan telah ALLAH Azza Wa Jalla ringankan beban kamu (manusia) yang
berat; Yang memberati belakang kamu (manusia); Dan ALLAH Azza Wa
Jalla tinggikan (muliakan) namamu? Sesungguhnya, disamping kesukaran
ada kemudahan; Sesungguhnya, disamping kesukaran ada kemudahan;
Apabila engkau (kamu) telah selesai, maka bersusah-payahlah; Dan kepada
Tuhanmu. Berharaplah!
PUNCAK & KEFASIHAN
Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Maha Mencipta; Dia telah
menciptakan manusia dari segumpal darah; Bacalah! Tuhanmu Maha
Pemurah; Yang mengajarkan dengan pena; Mengajarkan kepada manusia
apa yang belum diketahuinya; Jangan! Sesungguhnya manusia itu bertindak
melanggar batas; Dan Kami masyhurkan namamu; Kerana itu,
sesungguhnya bersama kesulitan (datang) kelapangan; Sesungguhnya
bersama kesulitan (datang) kelapangan; Sebab itu, apabila engkau
mempunyai tempoh. Bekerja keraslah! Dan kepada Tuhanmu, tunjukkanlah
pengharapan.
Beramal kerana manusia adalah syirik dan meninggalkan amalnya kerana
manusia adalah riak. Sedangkan ikhlas itu, bahawa ALLAH Azza Wa Jalla
selamatkan kamu dari kedua hal tersebut.
IQRA Sajak oleh: Mokhtar Jamil
Ayat pertama diturunkan,
Melalui Jibril untuk disampaikan,
Kepada Muhammad manusia pilihan,
Di Gua Hira tempat pertemuan,
Amalan tahannut akal diperjalankan,
Mengupayakan fikiran mencari kebenaran.
Bacalah.. buku-buku membangunkan kemanusiaan,
Bacalah.. kitab-kitab mencerminkan keimanan,
Bersumber dari al-Quran,
Uraian ulama sasterawan,
Mutiara kata pemikir berjiwa seniman,
Sastera sufi zaman-berzaman.
Bahan dibaca berciri nafsu,
Bila permahaman tidak bersandarkan ilmu,
Akal fikiran dijamah keliru,
Gersang minda bersemangat layu,
Menjadikan ummah terpaksa membisu,
Kini dianiaya serta diburu,
Laluan diberi kerana tidak bersatu.
Perubahan sikap mesti dimulakan,
Minat membaca perlu diamalkan,
Pembelian buku satu pelaburan,

Bahan dibaca mengikut kemampuan,


Perlunya berguru untuk pembetulan,
Supaya tidak dipandu syaitan.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Bacalah.. dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Mencipta
Surah Al-Alaq, ayat 1
AKAL Sajak oleh: Mokhtar Jamil
Kuasanya mengatur hidup manusia,
Ghaib tetapi ada,
Jika tiada ertinya gila,
Lebih mulia dari yang menggila-gila,
Yang rosak bukan hanya dia,
Agama, bangsa dan negara.
Bermula akal kepada Adam,
Diperingatkan malaikat perosak alam,
Tetap juga tuhan ciptakan,
Sebelum dan berakhir sudah ditentukan,
Berbagai sifat Maha-Nya memberi keberkatan.
Perjalanan akal menjadi berakal,
Membatu kaku menjadi bebal,
Menterjemahkan hidup yang tidak kekal,
Berperanan khalifah berkeimanan kental,
Menabur jasa sebelum menemui ajal,
Kehidupan diakhirat tidak menyesal.
Kegunaan akal sebagai penimbang,
Antara seruan dengan hasutan,
Berat mana ditentukan kemudian,
Neraka dan syurga disediakan balasan.
Pertanyaan ALLAH kepada manusia,
Sebelum umat Nabi Lut diturunkan bala,
Umat Nabi Muhammad mestilah terasa,
Mengenal bencana yang ada,
Maruah ummah semakin dicela,
Fungsi ke Islaman dijadikan sengketa.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
..dan ALLAH menimpakan kemungkaran kepada orang-orang yang tidak
menggunakan akalnya
Surah Yunus, ayat 100
HATI Sajak oleh: Mokhtar Jamil
Diumpamakan raja kepada anggota,
Demikian sabda baginda,
Mengibaratkan hati mempunyai kuasa,
Baik dan buruk sukar dibeza,
Terlindung dengan sifat berpura-pura.

Sebagaimana iblis telah bersumpah,


Hati sasaran menerima padah,
Memberangsangkan menentang perintah ALLAH,
Nafsu ditenagakan kuat dan gagah,
Akal dan fikiran mudah diperintah,
Berbagai kemungkaran semakin menyerlah.
Hati disuci dengan zikir,
Supaya iblis dapat diusir,
Mensejahterakan akal untuk berfikir,
Meneruskan ketaqwaan hingga nyawa berakhir,
Iman berperanan menjinakkan hati,
Arus nafsu mesti diawasi,
Mengawal perasaan menakluki diri,
Dibatas keimanan hidup berfungsi,
Pencapaian mutlak mukmin sejati.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
..dan janganlah menghina Aku pada hari kebangkitan iaitu hari yang tidak
berguna harta benda dan anak-anak melainkan orang-orang yang
mendatangi ALLAH dengan hati yang bersih
Surah As-Syuara, ayat 87-89
Sajak Bushiri
Tidak sampai kita dicuba;
Yang akan meletihkan akal kerananya;
Sebab sayangnya kepada kita;
Kita pun tak ragu, kita pun tak sangsi.
Dan bahawa prasangka itu tidak berguna sedikit pun terhadap kebenaran
Pesanan dari seorang sahabat sejati:
Aku mengasihi semua sahabatku dengan seluruh jiwa ragaku, sama seperti
aku mencintai sanak saudaraku. Seorang sahabat yang baik adalah manusia
yang menjaga nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Ketahuilah mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang
jahat. Jika tidak ketemui sahabat yang beriman dan bertakwa, aku lebih rela
hidup menyendiri.
Duduk sendirian untuk beribadah dengan tenang lebih menyenangkanku
daripada bersahabat dengan seseorang yang mesti ku waspadai kejahatan
mereka.
Ingatlah wahai saudara Islamku sekelian, tenanglah kamu dalam
menghadapi perjalanan hidup ini. Sepanjang usiaku yang semakin tua,
semakin sukar aku temukan di dunia ini sahabat sejati. Ku tinggalkan orang
jahat kerana banyak kejelekannya dan kujauhi orang (sesetengah)
berkedudukan kerana kebaikannya sedikit.
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai dengki, hatiku lega dan
jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku lalu di depanku,
aku menghormatinya. Semua itu kulakukan supaya aku dapat menjaga
diriku daripada kejahatan dan kemungkaran.

Aku tunjukkan kemarahan, kesopanan dan persahabatanku kepada orang


yang kubenci sama seperti kuperlihatkan hal itu kepada orang yang kucintai.
Manusia adalah penyakit, dan penyakit itu akan berjangkit apabila kita
mendekati mereka. Namun, menjauhi manusia bererti memutuskan
persahabatan dan silaturahim.
Kadangkala aku terfikir mudah-mudahan aku dapat bersahabat dengan
anjing kerana walaupun hina, ia masih menunjukkan jalan kepada
majikannya yang tersesat. Bukan seperti manusia jahat yang selama tidak
akan memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu! Jagalah! Lidahmu baik-baik kerana kamu akan
bahagia, walaupun kamu terpaksa hidup sendiri di muka bumi ini. Lebih baik
kamu bersendiri daripada mendekati manusia yang menipu dan
memperdayakanmu.
Jika seseorang tidak dapat menjaga maruah dan nama baiknya kecuali
dalam keadaan dipaksa oleh orang lain, tinggalkanlah dia dan jangan
bersikap belas kasihan kepadanya. Ramai orang lain dapat menjadi
penggantinya.
Berpisah dengannya bererti beristirehat. Dalam hati masih ada kesabaran,
meskipun memerlukan daya usaha yang keras untuk mempertahankannya.
Tidak semua orang yang kamu sukai, menyukaimu dan sikap ramahmu,
kadangkala dibalas dengan sikap biadap.
Jangan bersahabat dengan pengkhianat kerana dia tidak memperdulikan
kesetiaan. Dia akan memungkiri jalinan kasih yang dibina dan
menampakkan hal yang kelmarin menjadi rahsia sulit.
Selamat tinggal dunia jika di atasnya tidak lagi ada sahabat jujur dan
menepati janji. Biarlah hidup bersendirian daripada mengkhianati manusia.
Bersegeralah mendekati orang-orang mulia supaya kamu beroleh kemuliaan
hidup di dunia ini. (Imam al-Ghazali)
PERSAHABATAN tulen memang sukar dicari. Hanya mereka yang benarbenar bersahabat dengan hati tulus dan ikhlas dapat mencari erti
persahabatan tulen.
Aku mencintai sahabatku dengan segenap jiwa ragaku, seakan-akan aku
mencintai sanak saudaraku.
Sahabat yang baik adalah yang sering sejalan denganku dan yang menjaga
nama baikku ketika aku hidup atau selepas aku mati.
Aku selalu berharap mendapatkan sahabat sejati yang tidak luntur baik
dalam keadaan suka atau duka. Jika itu aku dapatkan, aku berjanji akan
selalu setia padanya.
Kuhulurkan tangan kepada sahabatku untuk be! rkenalan kerana aku akan
berasa senang. Semakin ramai aku peroleh sahabat, aku semakin percaya
diri.
Mencari sahabat pada waktu susah
Belum pernah kutemukan di dunia ini seorang sahabat yang setia dalam

duka. Pada hal hidupku sentiasa berputar-putar antara suka dan duka. Jika
suka melanda, aku sering bertanya: "Siapakah yang sudi menjadi
sahabatku?"
Pada waktu aku senang, sudah biasa ramai yang akan iri hati, namun bila
giliran aku susah mereka pun bertepuk tangan.
Pasang surut persahabatan
Aku dapat bergaul secara bebas dengan orang lain ketika nasibku sedang
baik.
Namun, ketika musibah menimpaku, kudapatkan mereka tidak ubahnya
roda zaman yang tidak mahu bersahabat dengan keadaan. Jika aku
menjauhkan diri daripada mereka, mereka mencemuh dan jika aku sakit,
tidak seorang pun yang menjengukku.
Jika hidupku berlumur kebahagiaan, banyak orang iri hati, jika hidupku
berselimut derita mereka bersorak sorai.
Mengasingkan diri lebih baik daripada bergaul dengan orang jahat.
Apabila tidak ke temu sahabat yang takwa, lebih baik aku hidup menyendiri
daripada aku harus bergaul dengan orang jahat.
Sukarnya mencari sahabat sejati
Tenanglah engkau dalam menghadapi perjalanan zaman ini. Bersikap seperti
seorang paderi dalam menghadapi manusia.
Cucilah kedua-dua tanganmu dari zaman itu dan daripada manusianya.
Peliharalah cintamu terhadap mereka. Maka, kelak kamu akan memperoleh
kebaikannya.
Sepanjang usiaku yang semakin tua, belum pernah aku temukan di dunia ini
sahabat yang sejati.
Kutinggalkan orang bodoh kerana banyak kejelekannya dan kujanji orang
mulia kerana kebaikannya sedikit.
Sahabat sejati pada waktu susah
Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh
daripada sebagai kawan.
Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang
menolong ketika susah. Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh
mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku. Kukunjungi seribu
negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.
Rosaknya keperibadian seseorang
Dalam diri manusia itu ada dua macam potensi penipuan dan rayuan.
Dua hal itu seperti duri jika dipegang dan ibarat bunga jika dipandang.
Apabila engkau memerlukan pertolongan mereka, bersikaplah bagai api
yang dapat membakar duri itu.
Menghormati orang lain
Barang siapa menghormati orang lain, tentulah dia akan dihormati. Begitu
juga barang siapa menghina orang lain, tentulah dia akan dihinakan.
Barang siapa berbuat baik kepada orang lain, baginya satu pahala. Begitu
juga barang siapa berbuat jahat kepada orang lain, baginya seksa yang
dahsyat.
Menghadapi musuh
Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega,

jiwaku bebas daripada bara permusuhan. Ketika musuhku berada di


hadapanku, aku sentiasa menghormatinya.
Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.
Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada
orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang
kucintai.
Tipu daya manusia
Mudah-mudahan anjing itu dapat bersahabat denganku kerana bagiku dunia
ini sudah hampa daripada manusia.
Sehina-hinanya anjing, ia masih dapat menunjukkan jalan untuk tuannya
yang tersesat, tidak seperti manusia jahat yang selamanya tidak akan
memberi petunjuk.
Selamatkanlah dirimu, jaga lidahmu baik-baik, tentu kamu akan bahagia
walaupun kamu terpaksa hidup sendiri.
Tempat menggantungkan harapan
Apabila engkau menginginkan kemuliaan orang yang mulia, maka dekatilah
orang yang sedang membangun rumah untuk ALLAH.
Hanya orang yang berjiwa mulia yang dapat menjaga nama baik dirinya dan
selalu menghormati tamunya, baik ketika hidup mahu pun setelah mati.
Menjaga nama baik
Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan
terpaksa, maka tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan
kepadanya.
Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya
bererti istirahat.
Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya
usaha yang keras.
Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu
kadang kala dibalas dengan sikap tidak sopan.
Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, maka tidak ada gunanya
cinta yang dibuat-buat.
Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan
cinta setelah dicintai.
Dia akan memungkiri jalinan cinta yang telah terbentuk dan akan
menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia. (Imam as-Syafiee)
Sesungguhnya jika ALLAH berkehendak kebaikan terhadap hambaNya maka
dijadikaan dosa2 terbayang di ruang mata..
Tiga nasihat dan Muslihat?!
Pada suatu hari, seorang manusia telah menangkap seekor
burung.Kemudian, si burung berkata, Aku tidak berguna apa-apa walaupun
dijadikan tawanan olehmu.Lepaskan sahaja aku.Nanti aku beri kamu 3
nasihat.Si burung berjanji akan memberikan nasihat pertama ketika berada
dalam genggaman manusia itu.Yang kedua akan diberikannya kalau ia
sudah berada di dahan pohon dan yang ketiga ketika ia sudah mencapai
puncak bukit.Manusia itu bersetuju, lalu dia pun meminta si burung
memberikan nasihat pertama.Kata si burung, Kalau kamu kehilangan
sesuatu, meskipun kamu menghargainya seperti hidupmu sendiri, jangan
menyesal.Manusia itu pun melepaskannya dan si burung segera melompat

ke atas dahan berhampiran .Disampaikannya pula nasihat yang kedua,


Jangan percaya kepada segala yang bertentangan dengan akal, apabila
tiada bukti.Kemudian si burung terbang ke puncak gunung. Dari sana ia
berkata, Wahai manusia malang! Dalam diriku terdapat 2 permata besar,
kalau tadi kamu membunuhku, kamu akan memperolehnya.Manusia itu
sangat menyesal memikirkan kehilangan yang dialaminya.Namun katanya,
Setidak-tidaknya, katakan padaku nasihat yang ketiga itu!Siburung
menjawab, Alangkah tololnya kamu meminta nasihat ketiga sedangkan
yang kedua pun belum kamu renungkan sama sekali.Sudah kukatakan
padamu agar jangan kecewa kalau kehilangan dan jangan mempercayai hal
yang bertentangan dengan akal.Kini kamu malah melakukan keduaduanya.Kamu percaya pada sesuatu yang tidak masuk akal dan menyesali
akan kehilanganmu.Aku pun tidak cukup besar untuk menyimpan 2 permata
besar! Kamu tolol! Oleh kerana itu, kamu harus tetap berada dalam
keterbatasan yang disediakan bagi manusia.
Mengapa Manusia Kadang-Kadang Tidak Melihat Kebenaran?
Kebenaran ini nampak sangat jelas bahkan dimata seorang berfikiran paling
sederhana sekalipun. Hanya saja, kadang-kadang orang begitu terlibat
dengan perjuangan untuk memenuhi keperluan hidup sehari-hari hingga dia
tidak punya waktu untuk memikirkan matlamat-matlamat seperti ini, lalu
sehingga melalaikannya. Orang mudah terpesona oleh daya tarikan alam
semulajadi yang indah dan terlalu mencintai kesenangan dunia hingga tidak
bersedia berfikir, lalu hidup sesuai dengan kebenaran ini disamping beberapa
kebenaran yang lain.Oleh itu, Al-Quran memberikan perhatian yang sangat
besar dalam menerangkan dengan pelbagai cara mengenai bagaimana
makhluk-makhluk diciptakan dan sistem yang mengaturkannya. Ia
menunjukkan bahawa kebanyakan manusia tidak mengembangkan
kemampuan mentalnya (akal) untuk memikirkan masalah-masalah
intelektual. Khususnya berlaku bagi orang-orang yang hanya terpesona oleh
daya tarikan alam semulajadi dan kesenangan-kesenangan hidup yang
menyeronokkan.Namun manusia adalah bahagian dari ciptaan dan tidak
pernah terpisah dari alam dan sistem khusus mahupun umum yang
mengaturkannya. Setiap saat, dia boleh untuk merenungkan ciptaan dan
sistemnya lalu memahami adanya Maha Pencipta dan Maha Pemelihara.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Sesungguhnya pada langit dan bumi benar-benar terdapat tanda-tanda
untuk orang-orang yang beriman. Dan pada penciptaan kamu semua dan
pada binatang-binatang yang melata, yang bertebaran (di muka bumi)
terdapat tanda-tanda untuk kaum yang meyakini. Dan pada penggantian
siang dan malam dan hujan yang diturunkan ALLAH dari langit lalu
dihidupkannya bumi dengan air hujan itu sesudah matinya; dan pada
perkisaran angin terdapat pula tanda-tanda bagi kaum yang berakal.
Surah Al-Jatsiyah, ayat 3-5
Cerita untuk kita:
Pada suatu ketika, seorang Arab Badwi keluar rumah pada malam hari. Tibatiba dia melihat seorang budak perempuan yang cantik. Maka budak itupun
dirayunya. Tapi budak menjawab,Apakah kamu tidak punya kendali akal,
atau agamamu tidak punya pemberi nasihat untukmu? Si Badwi
berkata,Demi ALLAH, tidak ada yang melihat kita selain bintang-bintang di
langit. Maka si budak pun berkata kepadanya,Celaka kamu! Lantas di

mana Pencipta bintang-bintang itu? Perkataan budak perempuan itu


membuat si Badwi terbungkam. Maka dia pun lalu berkata,Aku hanya mainmain saja.
Erti Ilmu yang sebenar:
Ilmu merupakan jalan keselamatan dari bahaya dan ketidakbetulan
(kecelaan). Ilmu yang benar sebagai faktor utama penjamin
keselamatannya dari kecelaan. Setiap orang yang mendapat anugerah ilmu,
maka ia berada di bawah naungan cahaya terang yang berfungsi sebagai
alat untuk mengetahui cara selamat dari kebinasaan.Ilmu yang
dimaksudkan di sini adalah marifatullah (mengenal ALLAH Azza Wa Jalla
dengan dalil-dalil), memahami syariat-Nya, hukum-hukum-Nya, janji-janji
serta ancaman seksaan-Nya. Pertama kali renungkanlah bahawa engkau
adalah hamba ALLAH.Engkau tidak diciptakan-Nya secara sia-sia.
Ketahuilah bahawa Dialah Rabb yang telah menciptakan engkau dan Dialah
yang mengatur engkau. Renungilah hal itu dengan melihat tanda-tanda
kebesaran-Nya, sama ada yang tersirat mahupun yang tersurat. Tidakkah
engkau memahami?! ALLAH Azza Wa Jalla yang mengatur dan memiliki
engkau, yang telah mencurahkan tiap-tiap nikmat-Nya yang tiada terhingga
kepada engkau.
Dalam hadis dijelaskan:
Sesungguhnya malaikat Jibril turun menemui Adam a.s, lalu berkata
kepadanya: ALLAH Azza Wa Jalla menyuruhku untuk menawarkan 1 pilihan
dari 3 pilihan yang ditawarkan-Nya, iaitu: Akal, Agama dan Rasa malu.Adam
a.s menjawab: Aku memilih Akal. Maka Rasa malu dan Agama pun berkata:
Jika begitu, kami bersamamu wahai Adam, sebab ALLAH telah menyuruh
kami agar selalu bersama akal di manapun ia berada.
Huraian:
1. Segala sesuatu yang ditolak oleh akal, maka ia tidak termasuk agama.
Orang yang tidak berakal, bererti tidak beragama dan tidak mempunyai rasa
malu, sekalipun ia melakukan shalat (sembahyang) di malam hari dan
berpuasa di siang hari.2. Selama agama tidak berpisah dari akal dalam
bentuk apapun, maka menutup pintu Ijtihad bererti menutup pintu agama.
Ertikata Ijtihad adalah melepaskan belenggu-belenggu yang mengikat akal
serta memperluas wawasan(peluang) untuk menarik beberapa masalah dari
akar-akarnya(usulnya). Oleh sebab itu, jika kita meninggalkan akal bererti
meninggalkan agama, berdasarkan adanya keharusan atas yang berkaitan
antara keduanya.Dengan perkataan lain, jika kita katakan bahawa pintu
Ijtihad telah tertutup, maka kita harus menutup 1 diantara 2 bukan ketiga
dari keduanya. Maka bila kita menutup pintu agama, sebenarnya kita sudah
cukup menutup pintu Ijtihad. Ataupun berdetik dalam hati berbisik:
Sesungguhnya akal tidak dapat mendukung(menegakkan) agama dan tidak
dapat menentukan satu hukum dari beberapa hukumnya.Dan dua masalah
tersebut sangat jauh dari logik Syara dan kebenaran.
Tolok ukur yang paling benar bagi membezakan antara panduan yang
benar dan bukan,adalah terletak pada kenyataan yang sebenarnya(panduan
yang benar menggambarkan keadaan yang objektif) dan panduan yang
benar tersebut berada di bawah naungan sinar yang terang(sahih). Jadi
apabila pernyataan yang tidak berdiri di atas keaadaan yang objektif dan

tidak disinari cahaya yang terang, maka pernyataan tersebut adalah


perkataan (godaan) iblis dan syaitan (Laknatullah).
Mencintai adalah belajar
Cinta adalah melihat apa yang baik dan indah dalam segala sesuatu;
Mencintai adalah belajar dari segala sesuatu;
Mencintai adalah melihat anugerah yang wajar dipelihara;
Mencintai adalah kemurahan hati dan mensyukuri segala rahmat ALLAH;
Penting bagimu untuk memiliki perasaan cinta dalam hatimu;
Dalam bentuk dan wujud apapun,penting pula bagimu untuk dicintai.
Lebih mudah mencintai daripada dicintai,
Jika kau mencinta..
Kau pasti akan menemui.
Suatu hari nanti.
Mengapa kita mesti cinta kepada ALLAH Azza Wa Jalla?
Banyak alasannya.. Diantaranya adalah kerana ALLAH Azza Wa Jalla yang
memberi segala nikmat kepada kita, bahkan segala nikmat. Sedangkan hati
seorang hamba tercipta untuk mencinta orang yang memberikan kebaikan
kepadanya. Kalau demikian, sungguh sangat pantas apabila seorang hamba
cinta kepada ALLAH Azza Wa Jalla, kerana-Nya yang memberikan semua
kebaikan kepada hamba.
Cinta memang menuntut bukti. Tidak hanya sekadar ucapan, seperti
pepatah orang Arab; Semua orang mengaku hubungan cinta dengan Laila.
Namun Si Laila tidak pernah mengakuinya. Dan wujud cinta Ilahi dibuktikan
dengan ..
Katakanlah apabila kalian cinta kepada ALLAH maka ikutilah aku
(Rasulullah) maka ALLAH akan mencintai kalian dan mengampuni dosadosa kalian.
Surah Ali Imran, ayat 31
Sabda Rasulullah SAW:
Aku tidak melarang orang berdukacita, tapi yang kularang menangis
dengan suara keras. Apa yang kamu lihat padaku sekarang ialah pengaruh
cinta dan kasih di dalam hati. Orang yang tiada menunjukkan kasihsayangnya, orang lain pun tiada akan menunjukkan kasih-sayang
kepadanya.
Pesan Rasulullah SAW: Suatu yang paling Baginda khuatirkan diantara
umatnya ialah syirik kecil (riak). *Ujub juga ada kaitan dengan syirik kecil.
Ianya timbul dalam hati dan merupakan satu permulaan bagi sifat riak
dalam diri manusia.
Pertanyaan Abu Zar r.a kepada Rasulullah SAW:
Aku pernah bertanya kepada Rasulullah SAW tentang ikhlas. Apa dia itu?
Jawab Baginda: Aku tanya dahulu kepada Jibril; Maka Baginda menanyakan
tentang ini kepada Jibril. Jawapan Jibril: Aku Tanya dahulu kepada Mikail;
Ditanyai hal itu oleh Jibril kepada Mikail; Maka jawab Mikail: Aku Tanya
dahulu kepada RobbulIzzah; Maka ditanyalah apa itu ikhlas kepada ALLAH
Azza Wa Jalla. Firman-Nya bermaksud: Ikhlas itu adalah suatu rahsia
daripada rahsia-rahsiaKu. Aku letakkan dia dihatinya orang yang Aku
kehendaki daripada hamba-hambaKu.

Fitnah Syaitan Berbentuk Jin dan Manusia


Syaitan telah menyakini bahawa dirinya telah binasa kerana sudah pasti
sebagai penghuni neraka. Sudah pasti juga masuk ke dalamnya tanpa dapat
menghindar sama sekali. Justeru, ia berusaha menyesatkan Bani Adam agar
turut sama masuk Neraka. Bahkan syaitan bersumpah untuk melakukan
tekadnya itu.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Iblis menjawab: Demi kekuasaan Engkau, aku akan menyesatkan mereka
semuanya, kecuali hamba-hamba-Mu yang mukhlis di antara mereka.
Surah Shad, ayat 82-83
Sesungguhnya syaitan mengajak manusia kepada enam perkara. Ia baru
melangkah kepada perkara kedua bila perkara pertama tidak berhasil
dilakukannya;
#Syaitan mengajak berbuat syirik dan kekufuran. Jika hal ini berhasil
dilakukannya bererti ia telah menang dan tidak sibuk lagi dengan manusia.
#Jika tidak berhasil, syaitan akan mengajak berbuat bidah. Jika sudah
terjerumus kedalamnya, maka syaitan akan membuat bidah itu indah
dimata manusia hingga dia rela. Lalu syaitan membuatnya puas dengan
bidah itu.
#Jika tidak berhasil juga, syaitan akan menjerumuskan manusia ke dalam
dosa besar-dosa besar.
#Jika tidak berhasil, syaitan akan menjerumuskan manusia ke dalam dosadosa kecil pula.
#Jika nyata tidak berhasil juga, syaitan akan menyibukkan manusia dengan
perkara-perkara mubah hingga ia lupa beribadah.
#Jika tidak dapat juga, syaitan akan membuaikan manusia dengan hal-hal
kurang penting hingga mengabaikan perkara-perkara penting.
Maka seorang insan semestinya tetap waspada dan menjauhkan diri dari
syaitan-syaitan, sama ada dari jenis jin mahupun dari jenis manusia.ALLAH
Azza Wa Jalla telah mengkhabarkan bahawa di kalangan manusia juga ada
yang berperanan sebagai syaitan.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh, iaitu syaitansyaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin.
Surah Al-Anam, ayat 112
Perhatikan:
ALLAH Azza Wa Jalla mendahulukan penyebutan syaitan dari jenis manusia
sebelum penyebutan syaitan dari jenis jin. Sebab syaitan jenis manusia
itulah yang mengajak kepada hal yang diserukan oleh syaitan jenis jin.
Mereka mengajak kepada kekufuran, bidah dan maksiat, yang mana hal itu
merupakan seruan seruan syaitan. Alim ulama menjelaskan bahawa syaitan
sentiasa mengajak manusia kepada perbuatan dosa, mulai dari dosa yang
paling besar hinggalah dosa yang kecil.
Sabda Rasulullah SAW:
Apabila datang cubaan atau fitnah menimpamu, maka korbankan hartamu.

Jika tidak di atasi dengan harta, maka korbankanlah dirimu. Jangan sekalikali kamu korbankan agamamu!Ini adalah tipu-daya syaitan yang terakhir
jika ia gagal dalam 6 perkara:Iaitu mengerahkan bala tenteranya dari jenis
manusia untuk menyerang orang-orang yang berpegang teguh dengan
agamanya. Jarang orang yang selamat darinya hingga para Nabi dan rasul
sekalipun (mengganggu dengan lisan dengan tangan atau dengan gangguan
apa saja!). Buktinya sudah ada dalam Sejarah Islam dan sehinggalah kini.
Sabda Rasulullah SAW:
Setiap bayi lahir dalam keadaan fitrah (muslim sejati), namun kedua ibu
bapanyalah yang menjadikan dia Yahudi, Nasrani atau Majusi. Sebagaimana
seekor haiwan melahirkan anaknya dalam keadaan sempurna, adakah kamu
dapati cacat padanya.
Dalam hadis ini Rasulullah SAW menjelaskan bahawa seorang insan lahir
kedunia dalam keadaan yang sempurna, bersedia menerima kebaikan.
Sekiranya ia dibiarkan begitu sahaja, nescaya ia dapat mengenali Rabbnya.
Ia akan mengetahui apa yang diperintahkan kepadanya, serta menyedari
bahawa ia tidak dibiarkan begitu sahaja. Ia dibebani tanggungjawab dan
kewajipan.Akan tetapi disekitarnya ada faktor-faktor yang pengaruhinya.
Ada yang baik, yang akan menghidupkan fitrah dan nalurinya. Dan ada yang
buruk, yang membeloknya dari aqidah yang benar, hingga terjerumus dalam
kesesatan-kesesatan. Faktor berpengaruh tersebut boleh jadi secara
langsung dari ibu bapanya sendiri dan boleh jadi dari guru ataupun orang
lain.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
(Tetaplah atas) fitrah ALLAH yang telah menciptakan manusia menurut
fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah ALLAH. (itulah) agama yang
lurus; tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui.
Surah Ar-Rum, ayat 30
Sabda Rasulullah SAW:
Fikiran demi keredhaan ALLAH Azza Wa Jalla dan demi keberuntungan di
akhirat, bukan untuk urusan keduniaan dan bukan untuk diri sendiri. Nota:
Adalah bukan satu kesalahan jika fikiran ini wujud sewaktu menunaikan
sembah sujud(sembahyang).
Pendapatku adalah benar tetapi terkandung kesilapan; Sedangkan selain
dari itu adalah salah tetapi terdapat kebetulan
Hati orang tua sentiasa muda dalam 2 perkara; Pertama CINTAKAN DUNIA
dan kedua PANJANG ANGAN-ANGAN
Kayakanlah dirimu dengan pencarian (rezeki) yang halal dari kepapaan
kerana tidaklah ada seseorang yang berhajat kepada orang lain kecuali
mereka yang ada padanya 3 perkara, Pertama: lemah akalnya, Kedua: nipis
agamanya, Ketiga: hilang maruahnya dan terlebih besar dari yang tiga
perkara ini ialah ringan pandangan manusia terhadap dirinya (kurang
kehormatannya).
Tidak baik berdiam diri dalam kebijaksanaan, sama sebagaimana tidak baik

berbicara dalam kejahilan.


Dosa yang meresahkan anda lebik baik dalam pandangan ALLAH Azza Wa
Jalla daripada kebajikan yang membanggakan anda.
Kekayaan yang terbaik ialah meninggalkan hawa nafsu.
Banyak orang terjerumus ke dalam kejahatan kerana dipuji-puji.
Orang yang mencapai kemenangan ialah orang yang mendapat
mengalahkan hawa nafsunya. Adapun orang yang dikuasai oleh hawa
nafsunya, ia sesungguhnya orang yang pengecut dan merugi, bahkan
pengecut (yang tulin) adalah lebih baik. Sebab, seorang yang pemberani
yang tidak bertakwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla, keberaniannya hanya
digunakan sebagai sarana untuk berbuat kemungkaran yang lain. Malahan
berlanjutan bagi kemungkaran yang sudah menjadi kepuasannya.
Barangsiapa yang terdapat pada dirinya satu kebiasaan yang baik, maka
aku akan mendorongnya kepada kebiasaannya itu dan memaafkan
kekurangannya yang lain. Tapi aku tidak akan memaafkan tidak adanya akal
ataupun agama, sebab terpisahnya agama berarti terpisahnya rasa aman.
Hidup tidak akan pernah tenang jika disertai rasa keliru dan gelisah. Tidak
adanya akal bererti tidak adanya kehidupan. Maka keadaan seperti itu tidak
boleh dibandingkan selain dengan kematian.
Dunia ini adalah negeri yang benar bagi mereka yang bersikap benar
terhadapnya, negeri yang sihat bagi mereka yang memahaminya, negeri
yang kaya bagi mereka yang berbekal diri darinya, negeri nasihat bagi
mereka yang mahu mengambil nasihat darinya, masjid para kekasih ALLAH
dan tempat shalat para malaikat-Nya, tempat turunnya wahyu, tempat
berlabuh para wali ALLAH, di mana mereka mencari rahmat ALLAH di
dalamnya dan beruntung memperoleh syurga di dalamnya.
Sesungguhnya kaum menyembah ALLAH kerana mengharap pahala, maka
itu adalah ibadahnya pedagang. Mereka yang menyembah ALLAH kerana
takut, maka itu adalah ibadahnya para budak. Dan mereka yang
menyembah ALLAH kerana ingin menyatakan syukur, itu adalah ibadahnya
orang merdeka dan itu adalah sebaik-baik ibadah.
Sungguh aku tidak suka, jika aku menyembah ALLAH dengan tujuan
sekadar memperoleh pahala-Nya. Jika begitu, aku adalah seperti seorang
budak yang taat kerana ganjaran. Jika dia ingin memperoleh upah, maka dia
bekerja; tapi jika tidak ingin, dia tidak bekerja. Aku juga tidak suka jika
aku menyembah ALLAH kerana takut akan siksa-Nya. Kalau begitu, aku
adalah seperti seorang budak yang jelek. Manakala dia tidak merasa takut,
dia tidak bekerja. Sesungguhnya aku menyembah ALLAH kerana Dia berhak
disembah kerana segala pertolongan-Nya(petunjuk dan hidayat) dan segala
nikmat-Nya kepadaku.
Empat macam yang tidak dimengertikan nilainya kecuali oleh empat; Nilai
muda tidak diketahui kecuali oleh orang yang telah tua.Nilai kesihatan tidak
diketahui kecuali oleh orang yang sakit. Nilai sejahtera (keselamatan) tidak
diketahui kecuali oleh orang yang terkena bala. Nilai hidup tidak diketahui
kecuali oleh orang yang sudah mati.

Tanda keimanan ialah engkau harus mengutamakan kejujuran daripada


kebohongan, sekalipun kejujuran itu merugikan dan kebohongan
menguntungkan dirimu.
Teman yang paling buruk ialah yang suka membebanimu dengan sesuatu
yang berada di luar kesanggupanmu.
Orang beriman yang malu bersahaja(sederhana) terhadap saudaranya
bererti ia meninggalkannya.
Jangan sekali-kali membanggakan diri dan takbur!... Ketahuilah bahawa
sikap membanggakan diri bertentangan dengan kebenaran dan merupakan
cacat fikiran dan hati.
Kebinasaan akan menimpa pada dua keadaan; Jika mencintai secara
berlebih-lebihan dan membenci secara keterlaluan.
Ada sementara orang yang dalam bersembah sujud kepada ALLAH Azza
Wa Jalla disertai suatu keinginan. Ibadah demikian adalah ibadahnya
pedagang. Ada pula sementara orang yang bersembah sujud kepada ALLAH
Azza Wa Jalla kerana takut, ibadah demikian itu adalah ibadahnya budak
belian. Ada lagi, sementara orang yang bersembah sujud kepada ALLAH
Azza Wa Jalla kerana bersyukur. Ibadah itu adalah ibadahnya manusia
merdeka.
Bertakwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan berlaku adil terhadap kawan
mahupun lawan.
Janganlah perut kalian dijadikan kuburan haiwan.
Orang yang rendah dipandang mulia jika ia berada di atas kebenaran, dan
orang yang kuat akan dipandang lemah jika ia tidak berada di atas
kebenaran.
Jika kita menempuh jalan kebenaran tentu akan terbuka jalan yang
menyelesakan kita dan tidak akan ada orang yang menggantungkan
penghidupannya kepada orang lain (tidak akan ada orang yang menderita
kemelaratan di antara kita).
Cambuk yang dipukulkan ALLAH Azza Wa Jalla kepada hamba-hambaNya
tidak ada yang lebih menyakitkan daripada kemelaratan.
Kemelaratan menumpulkan kecerdasan.
Orang melarat merasa asing hidup di negerinya sendiri.
Sekiranya kemelaratan itu berupa manusia tentu ia sudah kubunuh.
Kalau bukan kerana kebodohan tentu kerana kedunguan. Baik kebodohan
mahupun kedunguan, dua-duanya mengandung benih-benih kezaliman,
kesombongan dan perosakan.
Jangan sekali-kali kita menjadi serigala yang membahayakan penduduk lalu
merampas makanan mereka. Mereka adalah saudara seagama, kalau bukan

saudara seagama maka setidak-tidaknya mereka adalah manusia yang sama


dengan kita. Kerana itu hendaklah kita mahu menghulurkan tangan
memaafkan kekeliruan-kekeliruan mereka, sebagaimana kita sendiri selalu
ingin menerima huluran tangan Ilahi dan kasih sayang-Nya. Jangan rasa
menyesal kerana telah memaafkan kekeliruan orang lain malahan jangan
pula merasa puas dan senang kerana telah menjatuhkan hukuman.
Orang yang mendalam pengetahuan agamanya (faqih) lebih kuat melawan
syaitan daripada seribu orang yang beribadah semata-mata (abid):
Maksudnya ialah orang yang mendalam pengetahuan agamanya dengan
akal dan fikirannya, ia lebih sanggup mengabdikan dirinya kepada
kemaslahatan ummat. Sebab nilai seorang faqih lebih tinggi daripada seribu
orang yang hanya beribadah semata-mata.
Anda pasti akan memetik kebencian dari dada orang lain jika ia memetik
kebencian yang sama dari dada anda sendiri. Berbuatlah sesuatu yang
menyelesakannya, jangan lah berbuat sesuatu yang tidak disukai orang lain
sebagaimana anda sendiri tidak menyukainya. Berbuatlah bagi orang lain
sesuatu yang anda sendiri ingin memperolehnya dari mereka.
Kesejahteraan dunia ini dapat ditegakkan dengan 3 perkara:
i)Orang berilmu yang berbicara dan mengamalkan ilmunya.
ii)Orang kaya yang tidak kikir menginfakkan(membelanjakan) hartanya bagi
orang-orang yang mengabdikan hidupnya kepada agama ALLAH.
iii)Orang miskin yang sabar. Apabila orang yang berilmu menyembunyikan
ilmunya, orang kaya kikir menginfakkan hartanya dan orang miskin tidak
bersabar, maka celakalah dan terkutuklah dunia ini.
Setiap orang yang telah dewasa (akil baligh) pasti ada kaitannya dengan
Al-Quran yang diturunkan ALLAH Azza Wa Jalla.
Kalau kefanatikan itu diperlukan, maka kefanatikan itu hanya boleh
diterapkan untuk menjunjung tinggi keutamaan untuk mempertahankan
akhlak yang mulia, untuk mewujudkan cita-cita agung, untuk melakukan
perbuatan terpuji, untuk menentukan sikap memilih yang baik dan
meninggalkan yang buruk, untuk menegakkan keadilan dalam kehidupan
manusia dan untuk melenyapkan semua kejahatan dari muka bumi.
Nilai seseorang terletak pada kebaikan yang diperbuatnya demi keselesaan
semua manusia.
Ketahuilah, di sana ada tiga macam manusia iaitu; Manusia yang hidup
zuhud, manusia yang dikuasai keinginannya (raghib) dan manusia yang
sabar. Manusia yang hidup zuhud tidak gembira memperoleh keduniaan dan
tidak sedih kerana tidak sempat memperolehnya. Orang yang sabar ialah
yang mengharapkan keduniaan dengan hatinya. Jika ia mendapati sesuatu
yang tidak baik ia tidak mahu mengambilnya kerana ia menyedari akibat
buruknya. Adapun manusia yang dikuasai keinginannya, ia tidak peduli
apakah yang didapatnya itu halal ataupun haram.
ALLAH Azza Wa Jalla tidak merubah ilmu yang kita miliki menjadi
kebodohan dan tidak pula merubah keyakinan kita menjadi kebimbangan.
Sesuatu itu adalah keduniaan yang diserahkan kepada kita kerananya kita

dapat memutuskan sekehendak kita. Kalau kita hendak membahagikannya,


bagilah secara adil. Kalau kita hendak menggunakannya sendiri, sesuatu itu
akan lenyap. Jika kita biarkan sesuatu itu seperti keadaannya sekarang ini,
maka kemudian hari sesuatu itu akan dimiliki oleh orang yang tidak berhak.
Barangsiapa yang takut kepada ALLAH Azza Wa Jalla, ia akan ditakuti oleh
segala sesuatu..
Di dalam zaman yang penuh kejahatan, keutamaan dipandang tidak
bernilai dan merugikan, sedangkan keburukan akan dipandang berharga dan
bermanfaat..
Jika nikmat yang datang kepada kita hanya sekelumit, janganlah kita
menjauhkannya dengan sedikit bersyukur..
Ketakutan orang yang berharta jauh lebih berat daripada ketakutan orang
tidak berharta..
Bila kita ingin memperolehi kemuliaan, jauhilah perbuatan terlarang..
Bila kita berada di dalam kecukupan maka setiap orang mahu menemani
kita. Tetapi bila kita berada di dalam kesusahan, keluarga kita sendiri tidak
menghargai kita..
Apabila bayangan buruk tampak bergerak tetapi belum muncul, ia
menimbulkan ketakutan. Jika bayangan buruk itu telah menjadi kenyataan,
ia melahirkan kepedihan. Apabila bayangan baik tampak bergerak tetapi
belum muncul, ia melahirkan kegembiraan dan bila bayangan itu telah
menjadi kenyataan, ia melahirkan kenikmatan.
Apabila musuh mengajak kita bermusyawarah, berilah nasihat kepadanya
kerana dengan mengajak kita bermusyawarah bererti ia meninggalkan sikap
permusuhan terhadap dirimu dan ingin bersahabat denganmu..
Jika kita merasa kagum kerana banyak orang menyebut-nyebut nama
kebaikan kita, hendaklah kita melihat keburukan kita yang tersembunyi di
dalam batin kerana pengenalan kita terhadap diri sendiri lebih berguna bagi
kita daripada pujian orang.
Jika kita ingin dipuji, janganlah sekali-kali kita memperlihatkan keinginan
dipuji orang.
Siapa yang memaksa diri untuk memperoleh sesuatu yang tidak berguna,
ia tidak akan dapat meraih sesuatu yang berguna.
Jangan kita melihat siapa yang berkata, tetapi melihat apa yang
dikatakannya.
Janganlah kita bergembira melihat orang lain jatuh, kerana kita tidak tahu
apa yang bakal dialami oleh kita di hari-hari mendatang.
Kekikiran adalah sumber segala cacat dan kekurangan dan ia mengantar
orang kepada segala hal yang buruk.
Kedermawanan lebih menarik daripada ikatan silartur-rahim.

Barang siapa ingat akan hari kemudian ia tentu bermurah-hati dengan


berbagai pemberian.
Kekikiran dan keimanan selamanya tidak akan dapat bersatu di dalam hati
seseorang.
Ada 3 hal yang dapat membinasakan orang; Menuruti kebakhilan,
mengikuti kebodohan dan membanggakan diri sendiri.
Kebakhilan adalah memalukan, sikap pengecut adalah cacat kekurangan,
kemelaratan menumpulkan kecerdasan dan kekikiran membuat orang
menjadi asing di tengah masyarakatnya.
Orang yang bakhil ibarat celeng, tiada gunanya sebelum mati dan menjadi
mangsa serigala dan binatang buas lainnya.
WASALAM
ALLAH Azza Wa Jalla BERFIRMAN: '[Keagungan] itu kain-Ku; [Membesar
diri] itu selendang-Ku. Barangsiapa yang cuba merebut salah satu daripada
kedua-duanya daripada-Ku; Sesungguhnya, Aku menyeksanya.'
::(Hadis Qudsi: Riwayat Muslim)::
"Hati ini adalah wadah. Yang terbaik di antaranya adalah yang memelihara
[isinya]. Maka, peliharalah apa yang disampaikan ini kepada anda."
"Demi ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihi. Saya tidak tahu apa
yang akan dikatakan kepada anda. Saya tidak mengetahui apa-apa [dalam
hal-hal ini] yang tidak anda ketahui. Saya tidak tahu apa yang harus
dikatakan kepada anda dan tidak dapat saya mengantarkan anda ke suatu
hal yang tidak anda ketahui. Anda tentu mengetahui apa yang [kami]
ketahui, [kami] tidak mengetahui sesuatu sebelum anda yang dapat [kami]
katakan kepada anda. Tidak pula [kami] mempelajari sesuatu dalam rahsia
yang harus [kami] sampaikan kepada anda. Anda telah melihat
sebagaimana [kami] telah melihat dan anda telah mendengar sebagaimana
[kami] telah mendengar. Maka, bertakwalah kepada ALLAH Azza Wa Jalla
dalam diri anda sendiri kerana demi ALLAH Maha Kuasa kepada anda tidak
akan diperlihatkan apa pun, seolah-olah anda buta ataupun menilai seakanakan anda tidak tahu]."
"Sesungguhnya, [saya membenci kalau-kalau terjadi pada fikiran anda
bahawa saya mencintai pujian tinggi ataupun mendengar lagu pujian.
Dengan rahmat ALLAH Azza Wa Jalla, saya tidak seperti itu. Sekalipun
misalnya saya menyukai disebut seperti itu, saya akan menyerahkannya
dalam ketundukan ke hadapan ALLAH Maha Esa lagi Maha Agung
berbanding menerima kebesaran dan kemuliaan yang atasnya, ALLAH Maha
Suci lebih berhak]."
[Ya ALLAH; Tuhanku. Hamba memohon perlindungan-Mu dari kesukaran
perjalanan dan kesusahan perjalanan pulang dari pemandangan harta dan
manusia yang merosak. Ya ALLAH, Engkau adalah Sahabat dalam
perjalanan dan Engkau adalah yang ditinggal untuk melindungi keluarga.
Tiada selain Engkau yang dapat menggabungkan keduanya kerana yang
ditinggal pergi tidak dapat menjadi teman dalam perjalanan dan yang

menjadi teman perjalanan tidak dapat ditinggal pergi pada saat yang
sama]..
"Jangan Kita Melihat siapa yang berkata, tetapi melihat apa yang
dikatakannya."
Apakah kita merdeka atau hamba? Jika merdeka. Itu benar. Andai hamba,
tentu ia akan memenuhi syarat-syarat kehambaan dan ketaatan kepada
tuannya.
"Bacalah! Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu Yang Maha Mencipta."
(Ini adalah) satu surat yang Kami turunkan dan Kami wajibkan
(menjalankan hukum-hukum yang ada di dalam)nya, dan Kami turunkan di
dalamnya ayat ayat yang jelas, agar kamu selalu mengingatinya. An-Nur ::
1
::SAYA DI BAWAH APA YANG ANDA UCAPKAN DAN DI
ATAS APA YAN G AN D A RASAK AN D AL AM H ATI AN D A::
"ORANG YANG TELAH DEWASA (AKIL BALIGH) PASTI ADA
KAITANNYA DENGAN AL-QURAN YANG DITURUNKAN ALLAH Azza
Wa Jalla."
"Sesungguhnya urusan kita sulit dan rumit. Tiada orang yang dapat
memikulnya kecuali orang beriman yang hatinya telah diuji ALLAH Azza Wa
Jalla dengan keimanan. Tradisi kita tidak akan terpelihara kecuali oleh hati
yang terpercaya dan [manusia] yang berpengertian yang kukuh. Wahai
manusia! [Bertanyalah kepadaku sebelum kalian kehilanganku kerana
sesungguhnyalah aku mengenal jalan-jalan di langit lebih dari jalan-jalan di
bumi dan sebelum bencana itu meloncat ke atas kakinya yang akan
memijak-mijak bahkan lubang hidung serta menghancurkan akal manusia]."
.:AMIR AL-MU`MINIM `ALI
:: perhatikanlah ::
NABI MUHAMMAD saw berkata: "Puji-pujian hanya milik ALLAH Azza Wa
Jalla. Kami memohon pertolongan dan keyakinan serta kepada-Nyalah kami
beriman. Kami memohon perlindungan kepada-Nya dari kejahatan jiwa-jiwa
kita dan dosa-dosa perbuatan kita. Sesungguhnya tiada petunjuk bagi
seseorang yang telah ALLAH Azza Wa Jalla yang sesatkan dan tiada seorang
pun yang sesat setelah ALLAH Azza Wa Jalla beri petunjuk baginya."
"Wahai kaum Muslimin! Ketahuilah bahawa Jibril sering datang padaku
membawa perintah dari ALLAH Azza Wa Jalla yang Maha Pemurah; Bahawa
aku harus berhenti di tempat ini (Ghadir Khum) dan memberitahukan
kepada kalian suatu hal. Lihatlah! Seakan-akan waktu semakin dekat saat
aku akan dipanggil (oleh ALLAH Azza Wa Jalla) dan aku akan menyambut
panggilannya."
"Wahai kaum Muslimin! Apakah kalian bersaksi bahawa tiada Tuhan selain
ALLAH Azza Wa Jalla dan Muhammad adalah hamba dan utusan-Nya;
Syurga adalah benar; Neraka adalah benar; Kematian adalah benar;
Kebangkitan pun benar; Dan Hari itu pasti akan tiba dan ALLAH Azza Wa
Jalla akan membangkitkan manusia dari kuburnya?" Mereka menjawab: "Ya,

kami meyakininya." Ia melanjutkan: "Wahai kaum Muslimin! Apakah kalian


mendengar jelas suaraku?" Mereka menjawab: "Ya."
Rasulullah berkata: "Dengarlah! Aku tinggalkan bagi kalian 2 hal paling
berharga dan simbol penting yang jika kalian setia pada keduanya; Kalian
tidak akan pernah tersesat sepeninggalanku; Salah satunya memiliki nilai
yang lebih tinggi dari yang lain." <BR>Orang-orang bertanya: "Ya, Rasul
ALLAH; Apakah dua hal yang amat berharga itu?" Rasulullah menjawab:
"Salah satunya adalah kitab ALLAH dan lainnya adalah 'Itrah; Ahl al-Baytku
(keluargaku). Berhati-hatilah kalian dalam memperlakukan mereka, ketika
aku sudah tidak berada di antara kalian; Kerana, ALLAH Maha Pengasih
telah memberitahukanku bahawa dua hal ini(al-Quran dan Ahl al-Baytku)
tidak akan berpisah satu sama lain hingga mereka bertemu denganku di
telaga (al-Kautsar). Aku peringatkan kalian atas nama ALLAH mengenai Ahl
al-Baytku; Aku peringatkan kalian atas nama ALLAH mengenai Ahl alBaytku; Sekali lagi! Aku peringatkan kalian atas nama ALLAH tentang Ahl
al-Baytku."
"Dengarlah! Aku adalah penghulu Syurga dan aku akan menjadi saksi atas
kalian; Maka, berhati-hatilah kalian memperlakukan dua hal yang sangat
berharga itu sepeninggalanku. Janganlah kalian mendahului mereka kerana
kalian akan binasa dan jangan pula engkau jauh dari mereka kerana kalian
akan binasa."
"Wahai kaum Muslimin! Tahukah kalian bahawa aku memiliki hak atas kalian
lebih daripada diri kalian sendiri?" Orang-orang berseru: "Ya, Rasul ALLAH."
Lalu, Rasulullah mengulangi:"Wahai kaum Muslimin! Bukankah aku memiliki
hak atas kaum beriman lebih daripada diri mereka sendiri?" Mereka berkata
lagi: "Ya, Rasul ALLAH." Kemudian, Rasulullah berkata:"Wahai kaum
Muslimin! Sesungguhnya, ALLAH Azza Wa Jalla adalah Tuhanku dan aku
adalah Maula semua orang-orang beriman." Lalu ia (Rasulullah) merengkuh
tangan 'Ali dan mengangkatnya ke atas. Ia berseru: "Barangsiapa
mengangkatku sebagai Maula; 'Ali adalah Maulanya pula (Rasulullah
mengulang hingga 3 kali). Ya ALLAH! Cintailah orang yang mencintainya
dan musuhilah orang-orang yang memusuhinya. Bantulah orang-orang yang
membantunya; Selamatkanlah orang-orang yang menyelamatkannya dan
jagalah kebenaran dalam dirinya ke mana pun ia ('Ali) berpaling. (Ertinya:
Jadikan 'Ali pusat kebenaran).
"'Ali adalah putra Abu Thalib; Saudaraku; Wasyiku serta penggantiku
(Khalifah) dan pemimpin sesudahku. Kedudukannya bagiku; Bagaikan
kedudukan Harun bagi Musa hanya tidak ada Nabi setelahku. Ia adalah
pemimpin kalian setelah ALLAH Azza Wa Jalla dan utusan-Nya."
"Wahai kaum Muslimin! Sesungguhnya, ALLAH Azza Wa Jalla telah
menunjuk ia ('Ali) menjadi pemimpin kalian. Ketaatan padanya wajib bagi
seluruh kaum Muhajirin dan kaum Anshar dan orang-orang yang mengikuti
mereka dalam kebaikan serta penduduk kota dan kaum pengembara, orangorang Arab dan orang-orang bukan Arab, para majikan dan budak, orangorang tua dan muda, besar dan kecil, putih dan hitam."

"Perintahnya harus kalian taati dan kata-katanya mengikat serta


perintahnya menjadi kewajiban bagi setiap orang yang meyakini Tuhan yang
satu. Terkutuklah orang-orang yang tidak mematuhinya dan terpujilah
orang-orang yang mengikutinya serta orang-orang yang percaya kepadanya
adalah sebenar-benarnya orang-orang yang beriman. Wilayahnya
(keyakinan kepada kepemimpinannya) telah ALLAH Maha Kuasa lagi Maha
tinggi, wajibkan."
"Wahai kaum Muslimin! Pelajarilah al-Quran; Terapkanlah ayat-ayat yang
jelas maknanya bagi kalian dan janganlah kalian mengira-ngira ayat-ayat
yang bermakna ganda; Kerana, demi ALLAH Azza Wa Jalla. Tiada seorang
pun yang dapat menjelaskan ayat-ayat secara benar akan makna serta
peringatannya kecuali aku dan lelaki ini ('Ali) yang telah aku angkat
tangannya ini dihadapan diriku sendiri."
"Wahai kaum Muslimin! Inilah terakhir kalinya aku berdiri di mimbar ini.
Oleh sebabnya; Dengarkan aku dan taatilah serta serahkan diri kalian
kepada kehendak ALLAH Azza Wa Jalla. Sesungguhnya ALLAH adalah
Tuhan kalian. Setelah ALLAH Azza Wa Jalla, rasul-Nya (Muhammad) yang
sedang berbicara kepada kalian adalah pemimpin kalian. Selanjutnya
sepeninggalanku; 'Ali adalah pemimpin kalian serta Imam kalian atas
perintah ALLAH Azza Wa Jalla. Kemudian setelahnya, kepemimpinan akan
dilanjutkan oleh orang-orang yang terpilih di dalam keluargaku hingga kalian
bertemu ALLAH Azza Wa Jalla dan rasul-Nya."
Lihatlah! Sesungguhnya kalian akan menemui Tuhannya; Dan Dia akan
bertanya tentang perbuatan kalian. Hati-hatilah! Janganlah kalian
berpaling sepeninggalanku, saling menikam dari belakang."
"Perhatikanlah! Adalah wajib bagi orang-orang yang hadir saat ini untuk
menyampaikan apa yang aku katakan kepada mereka yang tidak hadir
kerana orang-orang terpelajar akan lebih memahami hal ini daripada
beberapa orang yang hadir dari saat ini. Dengarlah! Sudahkah aku
sampaikan ayat ALLAH kepada kalian? Sudahkah aku sampaikan pesan
ALLAH kepada kalian?" Semua orang menjawab:"Ya." Kemudian, Nabi
muhammad saw berkata: "Ya ALLAH; Saksikanlah." (KHUTBAH DI GHADIR
KHUM)
::LAHAWLAWALAQUWWATAILLABILLAH ::
Jangan diperdaya dan jangan terperdaya. Hidup ini banyak
karenahnya. Banyak gila dari warasnya. Jadi berhati-hati dalam
setiap pergerakan yang kita lakukan terutamanya lidah kita. ALLAH
Azza Wa Jalla sentiasa melindungi mereka yang melindungi
imannya...
?INGINKAH KALIAN BERKONGSI! :: Hari Raya Yang Sebenarnya ::
Seorang sholeh ditanya:"Bilakah Hari Raya anda?" Ia menjawab: "Bagi kami,
Hari Raya ialah hari...
i) Ketika kami tidak bermaksiat kepada ALLAH Azza Wa Jalla;
ii) Ketika datang kemenangan bagi orang-orang beriman;
iii) Ketika kami kembali kepada hidayah dan bimbingan ALLAH Azza Wa
Jalla dan memperbaiki urusan kami.

Bagi kami, Hari Raya bukanlah untuk orang yang berpakaian baru dan
mewah, tetapi untuk orang yang mampu mengamankan diri daripada seksa
neraka."
Dari Syaqiq al-Balkhi berkata: "Suatu hari Ibrahim Bin Adham (Abu
Ishaq) berjalan di pasar Basrhah, lalu ia dikelilingi orang ramai dan mereka
bertanya kepadanya;" "Ya.. Abu Ishaq! ALLAH berfirman dengan maksud:
'Mintalah olehmu sekelian kepada-Ku, nescaya Aku kabulkan.' Dan kami
telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan!"
Mendengar pertanyaan itu... Ibrahim bin Adham pun menjawab:
"Bagaimana ALLAH Azza Wa Jalla hendak mengkabulkan doa kamu
sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara:
i- Kamu telah mengetahui ALLAH Azza Wa Jalla tetapi belum tunaikan haqhaq-Nya; ii- Kamu telah membaca al-Quran tetapi tidak melaksanakan
tuntutannya;
iii- Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya
dan menyetujui seruannya;
iv- Kamu menyatakan kamu umat Muhammad (saw) tetapi tidak
mengerjakan sunnahnya;
v- Kamu mengatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan
apa-apa amalan yang akan membawamu ke syurga;
vi- Kamu menyatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu
memasukkan dirimu kepadanya;
vii- Kamu mengatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap
menghadapi mati;
viii- Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah
melihat aibmu sendiri;
ix- Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu
bersyukur kepada-Nya;
x- Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil
pengajaran dari mereka.
:: INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJI`UN ::
ALLAH Azza Wa Jalla mewasiatkan 5 perkara kepada umat Islam melalui
Rasulullah saw. Rasulullah saw bersabda:"Pada waktu malam saya
di[israk]kan sampai ke langit. ALLAH Azza Wa Jalla memberikan 5 wasiat,
iaitu:
! Janganlah engkau gantungkan hatimu kepada dunia kerana sesungguhnya
Aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau;
! Jadikan cintamu kepada-Ku sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku;
! Bersungguh-sungguhlah engkau mencari (mencapai) syurga;
! Putuskan harapan dari makhluk kerana sesungguhnya mereka sedikit pun
tiada kuasa ditangan mereka;
! Rajinlah mengerjakan sembahyang (sholat) tahajjud kerana sesungguhnya
pertolongan itu beserta qiamullail."
Ibrahim bin Adham pula berkata: "Telah datang kepadaku beberapa tetamu;
Dan saya tahu mereka adalah wakil guru tarekat. Saya berkata kepada
mereka: "Berikanlah nasihat berguna kepada saya yang akan membuat saya
takut kepada ALLAH Azza Wa Jalla." Lalu, mereka berkata: "Kami wasiatkan
kepadamu 7 perkara, iaitu:

! Orang yang banyak bicaranya, janganlah kamu harapkan sangat kesedaran


hatinya;
! Orang yang banyak makan, janganlah kamu harapkan sangat kata-kata
hikmah daripadanya;
! Orang yang banyak bergaul dengan manusia, janganlah kamu harapkan
sangat kemanisan ibadahnya;
! Orang yang cinta kepada dunia, janganlah kamu harapkan sangat khusnul
khatimahnya;
! Orang yang bodoh, janganlah kamu harapkan sangat akan hidup hatinya; !
Orang yang memilih berkawan dengan orang yang zalim, janganlah kamu
harapkan sangat kelurusan agamanya;
! Orang yang mencari keredhaan manusia, janganlah harapkan sangat akan
keredhaan ALLAH Azza Wa Jalla daripadanya."

[YA ALLAH, TUHANKU; HAMBA MEMOHON


PERLINDUNGAN-MU DARI KESUKARAN PERJALANAN
DAN KESUSAHAN PERJALANAN PULANG DARI
PEMANDANGAN HARTA DAN MANUSIA YANG MEROSAK.
YA ALLAH, ENGKAU ADALAH SAHABAT DALAM
PERJALANAN DAN ENGKAU ADALAH YANG DITINGGAL
UNTUK MELINDUNGI KELUARGA. TIADA SELAIN
ENGKAU YANG DAPAT MENGGABUNGKAN KEDUANYA
KERANA YANG DITINGGAL PERGI TIDAK DAPAT
MENJADI TEMAN DALAM PERJALANAN DAN YANG
MENJADI TEMAN PERJALANAN TIDAK DAPAT
DITINGGAL PERGI PADA SAAT YANG SAMA].

[Segala puji bagi ALLAH Azza Wa Jalla ketika malam membentang dan
menjadi gelap; Demi segala puji bagi ALLAH Azza Wa Jalla bilamana
bintang bersinar dan terbenam; Demi segala puji bagi ALLAH Azza Wa Jalla
yang nikmat-Nya tidak terbayar].
Dunia dimata anda haruslah lebih kecil daripada kulit ranting akasia dan
percaan kain dari bulu domba. Carilah pelajaran dari orang-orang yang
mendahului anda sebelum orang-orang yang menyusuli anda mengambil
pelajaran dari anda dan menjauhlah darinya dengan menyedarinya
keburukannya kerana ia bahkan meninggalkan orang yang lebih tertaut
padanya berbanding anda.
Segala puji ALLAH Azza Wa Jalla yang bagi-Nya satu keadaan tidak
mendahului yang lainnya sehingga Dia menjadi Yang Awal sebelum menjadi
Yang Akhir; Dia Zahir sebelum menjadi Batin; Segala yang disebut satu,
kecuali-Nya adalah sebenarnya kecil (dalam jumlah) dan setiap yang mulia
selain-Nya adalah rendah; Setiap yang kuat selain-Nya adalah lemah; Setiap
majikan selain-Nya adalah hamba; Setiap yang tahu selain-Nya adalah
pencari pengetahuan; Setiap yang kuasa selain-Nya adalah kadang-kadang
berkusasa dan kadang-kadang tidak mampu; Setiap pendengar selain-Nya
adalah tuli terhadap suara ringan, sedangkan suara nyaring menulikannya
dan suara-suara jauh menjauh dari ia; Setiap penglihat selain-Nya adalah
buta terhadap warna-warna tersembunyi dan benda-benda halus; Setiap

yang zahir selain-Nya tidak tersembunyikan, sedangkan setiap yang batin


selain-Nya tidak dapat menjadi zahir.
ALLAH Azza Wa Jalla tidak menciptakan apa yang diciptakan-Nya untuk
memperkuat kekuasaan-Nya, tidak pula [rasa] takut akan akibat waktu,
bukan untuk mencari pertolongan terhadap serangan dari lawan yang setara
ataupun mitra sombong ataupun lawan yang membenci. Sebaliknya, semua
makhluk dipelihara oleh-Nya dan merupakan hamba-hamba-Nya yang
rendah. ALLAH Azza Wa Jalla tidak tinggal terbatas dalam sesuatu sehingga
dapat dikatakan bahawa Dia berada di dalamnya, tidak pula Dia terpisah
dari sesuatu apa pun sehingga dapat dikatakan bahawa Dia jauh darinya.
Penciptaan atas apa yang dimulai-Nya ataupun pengurusan atas apa yang
dikuasai-Nya tidak melelahkan-Nya. Tiada ketidakmampuan bagi-Nya
terhadap apa yang diciptakan-Nya. Tidak mungkin terjadi kekeliruan padaNya dalam apa yang ditetapkan-Nya dan diputuskan-Nya. Tetapi keputusanNya pasti, pengetahuan-Nya tegas, kekuasaan-Nya melimpah. ALLAH Azza
Wa Jalla diharapkan pada waktu susah, malahan ALLAH Azza Wa Jalla
ditakuti bahkan pada waktu senang.
Berhati-hatilah, dunia sedang menggulung dan telah memaklumkan
perpisahannya. Ehwalnya yang dikenal telah menjadi asing dan ia sedang
bergerak mundur dengan cepat. Ia sedang memajukan penghuninya kepada
kehancuran dan menggiring para tetangganya kepada kematian. Hal-halnya
(kenikmatannya) yang manis telah menjadi asam dan hal-halnya yang jernih
telah tercemar. Akibatnya, yang tertinggal darinya hanyalah seperti air sisa
dalam bejana atau seteguk air dalam ukuran. Apabila seseorang kehausan
meminumnya, dahaganya tidak terpuaskan.
Wahai hamba-hamba ALLAH! Bersiaplah untuk keluar dari dunia ini yang
bagi penghuninya kebusukan telah ditetapkan dan [berhati-hatilah] agar
hasrat hati tidak menaklukkan anda, jangan pula anda menganggap
tinggalnya anda di dunia ini akan lama. Demi ALLAH Azza Wa Jalla, apabila
anda berteriak seakan unta betina yang telah kehilangan anaknya,
mendekut seperti bunyi merpati, bergumam seperti pertapa yang khusyuk
dan berpaling kepada ALLAH Azza Wa Jalla dengan meninggalkan kekayaan
anda dan anak-anak sebagai sarana untuk mendapatkan kedekatan kepadaNya dan kedudukan tinggi disisi-Nya ataupun keampunan dosa yang telah
diliput Kitab-Nya dan dicatat oleh malaikat-malaikat-Nya, maka semua itu
masih kurang dari ganjaran yang diharapkan bagi anda ataupun hukumanNya yang ditakuti menimpa anda.
[Demi ALLAH Azza Wa Jalla, apabila hati anda larut sepenuhnya dan mata
anda menumpahkan air mata darah untuk hidup di dunia ini selama dunia
ini ada dalam keadaan demikian pun amal anda tidak dapat membayar
nikmat-Nya yang besar atas anda dan atas pemberian petunjuk-Nya pada
anda kepada keimanan].
Wahai para hamba ALLAH! Ambillah pelajaran dari bahan-bahan pelajaran
yang berguna dan petunjuk yang bersinar. Cermatlah mengikuti tanda-tanda
peringatan yang jelas. Ambillah manfaat dari khutbah dan nasihat. [Seakanakan cakar kematian telah tertekan kepada anda, hubungan harapan dan
hasrat telah terputus, urusan sulit telah menimpa anda dan perjalanan anda
adalah menuju tempat ke mana setiap orang mesti pergi- Yakni maut]; 'Dan

datanglah tiap-tiap diri bersama dengan ia seorang [malaikat] pengiring dan


seorang [malaikat] penyaksi.' [Pengiring menggiringnya ke arah kebangkitan
sementara saksi menyediakan bukti tentang perbuatannya].
Suatu hak adalah sangat luas dalam huraian tetapi sangat sempit dalam
kesesuaian tindakan. Ia tidak menambahkan bagi seseorang kecuali apabila
ia menambahkan terhadapnya pula dan hak tidak menambah terhadap
seseorang kecuali apabila ia menambah bagi [keuntungan]nya. Apabila ada
suatu hak yang hanya menguntungkan bagi seseorang tanpa hak
[sehubungan dengan itu] terhadap dirinya adalah itu semata-mata bagi
ALLAH Maha suci dan bukan bagi makhluk-makhluk-Nya kerana
[berdasarkan] kekuasaan-Nya atas makhluk-makhluk-Nya dan keadilan
yang menembusi seluruh ketetapan-Nya. Sesungguhnya, ALLAH Maha suci
telah menciptakan hak-Nya atas makhluk bahawa mereka harus
menyembah-Nya dan telah menetapkan bagi-Nya [kewajiban] atas ganjaran
bagi mereka yang sama dengan beberapa kali imbalan sebagai tanda
rahmat-Nya dan kemurahan yang disanggupi-Nya.
Kemudian, dari hak-hak ALLAH Maha Suci diciptakan hak-hak tertentu bagi
orang-orang tertentu atas yang lain-lainnya. ALLAH Azza Wa Jalla
membuatnya sedemikian rupa sehingga sebanding antara satu sama
lainnya. Beberapa hak adalah sedemikian rupa sehingga mereka tidak
menambah kecuali dengan yang lain-lainnya. Yang paling besar dari semua
hak-hak yang telah diwajibkan ALLAH Maha Suci ialah hak pemimpin atas
yang dikuasai dan hak yang dikuasai atas pemimpin. Ini kewajiban yang
telah ditetapkan ALLAH Maha Suci atas satu sama lainnya. ALLAH Azza Wa
Jalla telah menjadikannya asas bagi saling [kasih sayang] mereka dan suatu
kemuliaan bagi agama mereka. Sebagai akibatnya, yang dikuasai tidak
mungkin makmur apabila pemimpinnya tidak sihat, sedangkan para
pemimpin tidak akan sihat kecuali rakyatnya tabah.
Apabila rakyat memenuhi hak-hak pemimpin, lalu pemimpin memenuhi hakhak rakyat. Maka hak beroleh kedudukan terhormat di antara mereka, jalan
agama jadi mampan, tanda-tanda keadilan menjadi tetap dan sunnah
beroleh jalan.
Dengan jalan ini, waktu akan membaik , kelanjutan pemenrintahan akan
diharapkan dan tujuan-tujuan musuh akan digagalkan. Tetapi, apabila
rakyat menguasai Si pemimpin ataupun pemimpin menindas rakyat. Maka,
perselisihan muncul pada setiap kata, tanda-tanda penindasan muncul,
bencana memasuki agama dan jalan sunnah ditinggalkan.
Kemudian, orang bertindak berdasarkan hawa nafsu, perintah [agama]
disingkirkan, penyakit rohani menjadi banyak dan tiada ragu-ragu dalam
mengabaikan hak-hak besar sekalipun, tidak pula dalam melakukan
kesalahan-kesalahan besar. Dalam keadaan semacam itu, orang bajik
dihinakan sementara orang jahat dihormati dan ada azab yang pedih dari
ALLAH Maha Suci kepada manusia.
Oleh sebab itu , anda harus saling menasihati [untuk memenuhi kewajiban
anda] dan bekerjasama -Yakni [Silaturrahim]. Bagaimanapun luarbiasa
hasrat seseorang untuk mendapatkan keredhaan ALLAH Azza Wa Jalla dan
betapa pun ia sepenuhnya berusaha untuk itu, ia tidak dapat melaksanakan
[kewajiban bagi] ketaatannya kepada ALLAH Maha Suci sebagaimana yang

sesungguhnya hak bagi-Nya dan adalah suatu hak-Nya yang wajib atas
manusia bahawa mereka harus saling menasihati sekuat kemampuan
mereka dan bekerjasama untuk menegakkan kebenaran di antara mereka.
Tiada orang, betapa besar pun kedudukannya dalam urusan kebenaran dan
betapa maju pun keutamaannya dalam agama, yang berada di luar batas
kerjasama sehubungan dengan kewajiban-kewajiban yang diletakkan
padanya oleh ALLAH Azza Wa Jalla. Lagi... tiada orang, betapa pun kecilnya
ia dipandang oleh orang lain dan betapa rendah pun ia mungkin tampil
dimata, yang terlalu rendah untuk bekerjasama ataupun ditawari kerjasama
dalam urusan ini.
Beramallah... Beramallah! Kemudian, [ingatlah] akan tujuan akhir... Tujuan
akhir! [Tetaplah] berpegang teguh... Berpegang teguh! Sesudah itu
[amalkan] kesabaran... Kesabaran! Dan bersihkanlah jiwa... Bersihkanlah
jiwa! Anda mempunyai tujuan. Majulah ke tujuan akhir anda. [Pada anda
ada janji]. Berpedomanlah pada janji anda. Islam mempunyai tujuan.
[Majulah ke tujuannya]. Majulah kepada ALLAH Azza Wa Jalla dengan
memenuhi hak-hak-Nya yang telah diwajibkan atas anda sekelian. ALLAH
Azza Wa Jalla telah menyatakan dengan terang tuntutan-Nya kepada anda.
[Hati-hatilah]! Apa yang telah ditentukan, telah terwujud. 'Sesungguhnya
orang-orang yang mengatakan: "Tuhan kami ialah ALLAH"; Kemudian
mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada
mereka [dengan mengatakan]: "Janganlah kamu merasa takut dan
janganlah kamu merasa sedih dan bergembiralah kamu dengan
[memperoleh] syurga yang telah dijanjikan ALLAH kepadamu.'
Anda telah mengatakan: "Tuhan kami ialah ALLAH." Maka berpeganglahteguhlah pada kitab-Nya, pada jalan perintah-Nya dan pada jalan bajik
peribadatan kepada-Nya. Sesudah itu, janganlah keluar darinya, jangan
memperkenalkan bid`ah di dalamnya dan jangan berpaling darinya kerana
orang-orang yang meninggalkan jalan ini akan diputuskan dari [rahmat]
ALLAH Azza Wa Jalla pada Hari Pengadilan.
Berhati-hatilah dari menghancurkan akhlak anda dan mengubahnya.
[Peliharalah lidah]. Orang harus mengendali lidahnya, kerana lidah [bandel]
terhadap majikannya. Demi ALLAH Azza Wa Jalla! Saya tidak menemukan
bahawa takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla berguna bagi seseorang yang
mempraktikkannya kecuali apabila ia mengendalikan lidahnya.
[Sesungguhnya lidah seorang mukmin berada di belakang hatinya;
Sedangkan hati seorang munafik berada di belakang lidahnya. Ini kerana...
Apabila seorang mukmin berniat mengatakan sesuatu, ia memikirkannya
dalam fikirannya. Apabila baik, ia membukakannya. Tetapi apabila buruk, ia
membiarkannya tetap tersimpan; Sedangkan orang munafik mengatakan
apa sahaja yang datang ke lidahnya tanpa mengetahui apa untungnya dan
apa yang merugikannya].
Rasulullah (saw) berkata: ["Iman seseorang tidak akan kukuh kecuali
hatinya kukuh; Dan hatinya tidak akan kukuh kecuali lidahnya kukuh."]
Maka, barangsiapa di antara anda sekelian yang dapat menemui ALLAH
Azza Wa Jalla dalam keadaan tangannya tidak tercemar dengan darah
Muslim dan harta mereka dan lidahnya selamat dari membebelkan mereka,
maka ia harus berbuat demikian.ALLAH Maha Suci tidak menasihati
seseorang melainkan atas garis al-Quran kerana ia merupakan tali kuat

ALLAH dan sarana-Nya yang berharga. Ia mengandungi perkembangan hati


dan sumber-sumber ilmu. Bagi hati tiada keterangan lain daripada al-Quran,
walaupun orang-orang yang mengingatnya telah berlalu sedang orang yang
melupakannya atau pura-pura melupakannya telah tertinggal Apabila anda
melihat suatu kebaikan, berikanlah dukungan anda kepadanya; Tetapi
apabila anda melihat keburukan, hindarilah ia kerana Rasulullah (saw)
mengatakan: "Wahai putra Adam... Berbuat baiklah dan jauhilah keburukan;
Dengan berbuat demikian anda akan menapak dengan benar."
? Ketahuilah wahai para hamba ALLAH! Bahawa [seorang mukmin harus
memandang halal di tahun ini, apa yang dianggapnya halal di tahun
sebelumnya dan harus memandang haram tahun ini apa yang dipandangnya
haram tahun sebelumnya]. Sesungguhnya bid`ah manusia tidak dapat
menghalalkan apa yang telah ditetapkan sebagai haram; Sebaliknya, halal
ialah yang telah dihalalkan ALLAH Azza Wa Jalla dan haram ialah apa yang
telah diharamkan ALLAH Azza Wa Jalla. Anda telah telah menguji hal-hal itu
dan mencubanya; Anda telah dikhutbahi oleh orang-orang sebelumnya.
[Perumpamaan telah dibuatkan bagi anda dan telah diseru-Nya kepada
kenyataan yang terang. Hanya orang tuli yang dapat tetap tuli terhadap
semua ini dan hanya orang buta dapat tetap buta terhadap semua
ini].Orang yang tidak diberi ALLAH Azza Wa Jalla kemanfaatan dari cubaan
dan pengalaman, tidak dapat beroleh manfaat dari dakwah. Ia akan
dihadapi oleh kerugian dari hadapan sehingga ia akan membenarkan apa
yang buruk dan menyalahkan apa yang baik. [Manusia ada dua macam:
Pengikut syariat dan pengikut bid`ah yang kepadanya ALLAH Azza Wa Jalla
tidak memberikan suatu kesaksian dengan jalan sunnah ataupun cahaya
dari hujah].
Ketahuilah bahawa kezaliman itu [ada tiga jenis]: Pertama... Kezaliman
yang tidak akan diampuni; Kedua... Kezaliman yang tidak akan dibiarkan
tanpa ditanyai; Dan ketiga... Kezaliman yang akan diampuni tanpa ditanyai.
[Kezaliman yang tidak akan diampuni ialah syirik kepada ALLAH Azza Wa
Jalla]. Firman-Nya: 'Sesungguhnya ALLAH tidak akan mengampuni dosa
syirik..."[Kezaliman yang akan diampuni ialah kezaliman seseorang terhadap
dirinya sendiri dengan melakukan dosa kecil]; Dan [kezaliman yang tidak
akan dibiarkan tanpa ditanyai ialah kezaliman orang terhadap orang lain].
Pembalasan dalam hal semacam itu adalah keras; Pembalasan itu bukan
dengan pisau, bukan pula memukul dengan cambuk melainkan demikian
kerasnya sehingga semuanya kecil dibanding dengannya. Oleh sebab itu,
maka anda harus menjauhi perubahan dalam urusan dengan agama ALLAH
kerana persatuan anda sehubungan dengan hak yang tidak anda sukai lebih
baik daripada perpecahan anda sehubungan dengan suatu kebatilan yang
anda sukai. Sesungguhnya, ALLAH Maha Suci tidak memberikan kepada
seseorang, baik di antara yang sudah mati mahupun yang masih hidup
[suatu kebaikan dari perpecahan].
[Wahai manusia... Diberkatilah orang yang kekurangan-kekurangannya
sendiri menjauhkan ia dari melihat kekurangan orang lain dan diberkatilah
pula orang yang terkurung dalam rumahnya, memakan makanannya,
menguburkan dirinya sendiri dalam menaati ALLAH Azza Wa Jalla dan
menangisi dosa-dosanya sendiri sehingga ia sibuk dalam dirinya sendiri
malahan manusia selamat dari ia].

? Sesungguhnya saya menakutkan anda dari dunia ini kerana ia manis dan
hijau, dikelilingi oleh hawa nafsu dan disukai kerana kenikmatannya yang
segera. Ia menggugah rasa takjub dengan hal-hal kecil dan berhiaskan
harapan-harapan [palsu] serta dihiasi dengan tipuan. [Kenikmatannya tidak
bertahan dan nestapanya tidak dapat dapat dielakkan. Ia menipu,
memudaratkan, berubah-ubah, akan musnah, akan haus, akan hancur, akan
habis dan akan rosak]. Bilamana ia mencapai hujung hawa nafsu dari orangorang yang cenderung kepadanya dan merasa bahagia dengannya,
kedudukan itu hanyalah apa yang dikatakan ALLAH Maha Suci lagi Maha
Tinggi di dalam al-Quran, "... seperti air yang Kami turunkan dari langit dan
tumbuhan di bumi bercampur dengannya; Kemudian ia menjadi tunggul
yang kering; Yang diserakkan angin; Kerana ALLAH Maha Kuasa atas segala
sesuatu."
[Tiada orang beroleh kenikmatan dari dunia ini melainkan air mata
kemudian datang kepadanya dan tiada orang yang mendapatkan
kesenangannya di depan melainkan menghadapi kesulitan di belakang].
Tiada yang menerima hujan gerimis kemudian di dalamnya melainkan ia
mendapat curahan hujan lebat kepedihan di atasnya. Hanyalah pantas dari
dunia ini bahawa di pagi hari ia mendukung seseorang tetapi di petang hari
ia tidak mengenalnya. Apabila satu sisi darinya manis dan menyenangkan,
sisi lainnya pahit dan menyedihkan.
Tiada orang yang mendapatkan kenikmatan dari kesegarannya melainkan ia
harus menghadapi kesulitan dari bencananya; Tiada orang yang akan
melewati petang hari di bawah sayap keselamatannya melainkan pagi
harinya akan berada di bawah hujung sayap ketakutan. Ia menipu dan
semua yang ada di dalamnya adalah tipuan. Ia akan musnah dan semua
yang ada di atasnya akan musnah. Tiada kebaikan dalam rezekinya
melainkan takwa. Barangsiapa mengambil sedikit darinya, ia mengumpulkan
banyak dari apa yang akan memberikan keselamatan baginya sedang yang
mengambil banyak darinya, mengambil banyak dari apa yang
menghancurkannya. Ia akan segera berpisah dari apa yang
dikumpulkannya. [Berapa banyak orang yang bersandar kepadanya tetapi ia
menyedihkan mereka; Berapa banyak orang merasa damai dengannya
tetapi ia menjungkirkan mereka; Berapa banyak orang yang bergaya
(bermegah) tetapi ia menjadikan mereka rendah; Dan berapa banyak orang
yang bangga tetapi ia menjadikannya hina].
[Wewenangnya berubah-ubah; Kehidupannya kotor; Air sejuknya pahit;
Manisnya adalah jadam; Makanannya adalah racun; Sarananya lemah, hidup
di dalamnya terbuka kepada maut; Yang sihat di dalamnya terbuka kepada
sakit; Kerajaannya "mungkin" akan direnggut; Yang kuat di dalamnya
"mungkin" akan dikalahkan; Dan yang kaya di dalamnya "mungkin" akan
tertimpa malapetaka; Tetangga di dalamnya "mungkin" akan dirompak].
Tidakkah anda [tinggal] di rumah orang-orang yang sebelum anda yang
berusia lebih panjang, berjejak lebih baik, berhawa nafsu yang lebih besar,
yang berjumlah lebih banyak dan mempunyai tentera yang lebih besar?
Betapa mereka mengabdikan diri kepada dunia dan bagaimana mereka
menunjukkan rasa lebih senang kepadanya! Kemudian mereka
meninggalkannya tanpa bekal yang dapat menyampaikan mereka ke tujuan
ataupun punggung [haiwan tunggangan] untuk membawa mereka.

[Apakah anda mendapat khabar bahawa dunia pernah cukup bermurah hati
untuk memberikan tebusan bagi mereka atau memberikan kepada mereka
suatu dukungan atau memberikan kepada mereka kawan yang baik? Ia
malah menimpakan kepada mereka kesulitan-kesulitan, membuat mereka
lesu dengan malapetaka, menganiaya mereka dengan bencana,
menelungkupkan mereka pada hidung, memijak mereka di bawah tapak
kakinya, dan menolong pasang surutnya waktu terhadap mereka].
Kami telah melihat keanehan pada orang-orang yang pergi mendekatinya,
mendapatkannya dan menggunakannya hingga mereka berpisah darinya
untuk selamanya. [Apakah ia memberikan kepada mereka suatu bekal
selain kelaparan atau membuat mereka tinggal selain pada tempat-tempat
sempit atau memberikan kepada mereka cahaya selain kegelapan atau
memberikan kepada mereka sesuatu selain penyesalan pada akhirnya]?
Apakah ini yang banyak anda minta atau anda puas dengannya atau ke arah
mana anda merasa tamak? Betapa buruknya kediaman ini baginya , ia tidak
mencurigai [seperti itu] dan tidak merasa takut padanya!
Seharusnya anda tahu, sebagaimana anda tahu. Bahawa anda akan
meninggalkannya dan berpisah darinya. Sementara di dalamnya, [ambillah
pelajaran dari orang-orang yang menyombongkan diri]: ("Siapakah yang
lebih besar kekuatannya dari kami..."). Tetapi mereka di bawa ke kuburnya,
namun bukan sebagai [penunggang]. Mereka kemudian di tinggalkan di
kubur, tetapi bukan sebagai [tamu]. [Kubur dibuatkan bagi mereka dari
permukaan tanah; Kafan mereka terbuat dari tanah; Tulang-tulang tua
dijadikan tetangga mereka; Mereka adalah tetangga yang yang tidak
menyambut pemanggil dan tidak pula menjauhkan kesukaran, tidak juga
mempedulikan orang yang berkabung].
Apabila mereka mendapatkan hujan, mereka tidak bahagia. Mereka
bersama-sama, tetapi masing-masing terpisah; Mereka berdekatan tetapi
tidak saling melihat; Mereka dekat tetapi tidak bertemu; Mereka sabar dan
tidak mempunyai kebencian; Mereka jahil dan kedengkian mereka telah
padam. [Tiada ketakutan terhadap kesusahan dari mereka dan tiada
harapan bahawa mereka akan menjauhkan kesusahan; Mereka telah
menukarkan punggung permukaan bumi dengan perutnya bahagian dalam,
kelapangan dengan kesempitan, keluarga dengan kesepian, cahaya dengan
kegelapan; Mereka telah datang kepadanya dunia ini, sebagaimana mereka
meninggalkannya dengan kaki telanjang dan badan telanjang]; Mereka
berpisah darinya dengan amal perbuatan mereka kepada kehidupan yang
melanjut dan rumah abadi, sebagaimana telah dikatakan ALLAH Azza Wa
Jalla, ["Sebagaimana Kami memulai penciptaan pertama, begitulah Kami
akan mengulanginya; Itulah suatu janji yang pasti, sesungguhnya Kamilah
yang akan melaksanakannya"].
[Segala puji bagi ALLAH Azza Wa Jalla; Yang telah menjadikan pujian kunci
untuk mengingat-Nya, sarana untuk meningkatkan anugerah-Nya dan
petunjuk bagi Sifat-sifat-Nya].
? Wahai para hamba ALLAH! Waktu akan memperlakukan orang-orang yang
masih hidup sebagaimana ia memperlakukan orang-orang yang telah pergi.
Waktu yang telah lalu tidak akan kembali dan apa sahaja yang ada di

dalamnya tidak akan tinggal untuk selamanya. Perbuatannya yang lebih


kemudian sama dengan perbuatan-perbuatannya di waktu lalu.
Gangguannya berusaha untuk saling melebihi. Panji-panji-Nya saling
mengikuti. Seakan-akan anda terpaut pada hari terakhir yang sedang
menggiring anda secepat dibawa unta betina yang kekeringan selama tujuh
bulan. Orang yang menyibukkan diri dengan hal-hal selain perbaikan dirinya
sendiri menjadi bingung dalam kegelapan dan terlibat dalam keruntuhan.
Semangat jahatnya mencelupkannya dalam-dalam pada kejahatan dan
menjadikan perbuatan buruknya nampak bagus. Syurga adalah kesudahan
dari orang-orangyang maju [dalam amal baik] dan neraka adalah kesudahan
dari orang-orang yang melanggar batas.
Wahai para hamba ALLAH! Ketahuilah bahawa takwa itu adalah rumah
perlindungan yang kuat, sementara kemaksiatan adalah rumah yang lemah
yang tidak melindungi orangnya dan tidak memberikan keamanan kepada
yang mencari perlindungan di dalamnya. Ketahuilah bahawa [sengat dosa
dipotong oleh takwa dan tujuan akhir tercapai dengan keyakinan iman].
Wahai para hamba ALLAH! [Bertakwalah kepada ALLAH Azza Wa Jalla]!
Bertakwalah kepada ALLAH Azza Wa Jalla dalam urusan-urusan diri anda
sendiri yang paling anda cintai dan anda sayangi kerana ALLAH Azza Wa
Jalla telah menjelaskan kepada anda jalan kebenaran serta menerangi
jalannya. Maka, [anda boleh memilih] malapetaka yang terus hadir atau
kebahagiaan abadi. Oleh sebab itu, anda harus menyediakan bekal hari-hari
fana ini untuk hari-hari yang kekal. Anda telah diberitahu tentang
perbekalan, diperintahkan untuk maju dan dikatakan untuk bergegas dalam
keberangkatan. Anda adalah [ibarat para penunggang yang sedang berhenti
menginap yang tidak mengetahui bila akan diperintahkan terus maju].
Berhati-hatilah! Apa yang dilakukan di dunia ini oleh orang yang telah
diciptakan untuk dunia yang akan datang? Apakah yang dilakukan
seseorang dengan harta yang dalam waktu singkat akan diambil darinya,
sementara hanya akibat-akibat buruk dan perhitungannya akan tertinggal
baginya.
Wahai para hamba ALLAH! Yang baik, yang dijanjikan ALLAH Azza Wa Jalla
hendaklah jangan ditinggalkan dan yang buruk, yang ditegah ALLAH Azza
Wa Jalla hendaklah jangan anda dambakan. Wahai hamba-hamba ALLAH!
[Takutlah akan hari ketika amal perbuatan akan dihitung, akan terjadi
banyak goncangan dan bahkan anak-anak akan menjadi tua].
Ketahuilah wahai hamba-hamba ALLAH! Bahawa diri anda sendiri adalah
pengawal atas anda; Anggota-anggota badan anda adalah penjaga dan
pengawas yang benar, yang memelihara [catatan] amal perbuatan anda dan
jumlah nafas anda. Kekelaman malam gelap tidak dapat menyembunyikan
anda dari mereka, tidak dapat pula pintu-pintu tertutup menyembunyikan
anda dari mereka. [Sesungguhnya hari esok dekat pada hari ini].
Hari ini akan berangkat dengan segala yang ada padanya dan hari esok
akan datang menyusul. Adalah seakan-akan setiap orang dari anda telah
mencapai tempat itu di bumi, di mana ia akan sendirian yakni kuburannya.
Maka, apa yang anda katakan tentang rumah sunyi,tempat menginap yang
terpisah dan pengasingan yang terpencil? Seakan-akan teriakan
[sangkakala] telah sampai kepada anda, saat itu telah menyusul anda dan

anda telah keluar dari [kubur] untuk penetapan keputusan anda. [Tirai
kepalsuan] telah disingkirkan dari anda dan dalih-dalih anda telah menjadi
lemah. Kebenaran tentang anda telah terbukti. Semua urusan anda telah
mendapatkan akibat-akibatnya. Oleh sebab itu, maka [sekarang] anda harus
mengambil nasihat dan mengambil [manfaat dari para pengingat].
? [ALLAH Maha Mengetahui haiwan-haiwan di hutan, dosa orang yang
terpencil, gerakan ikan-ikan di laut yang dalam dan meluapnya air oleh
angin badai. Saya bersaksi bahawa Muhammad adalah pilihan ALLAH Azza
Wa Jalla, pembawa wahyu-Nya dan rasul dari rahmat-Nya].
Kemudian daripada itu, saya nasihati anda untuk bertakwa kepada ALLAH
Azza Wa Jalla; [Yang menciptakan anda untuk pertama kalinya, kepada-Nya
tempat kembali anda, pada-Nya terletak keberhasilan tujuan anda dan
pada-Nya berakhir semua hasrat anda, kepada-Nya mengarah jalan anda
yang benar dan ALLAH Azza Wa Jalla adalah tujuan takwa anda untuk
mencari perlindungan]. Sesungguhnya [takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla]
adalah ubat bagi hati anda, penglihatan bagi kebutaan jiwa anda,
penyembuhan bagi sakit tubuh anda, pelurus keburukan anda, penyuci
kecemasan fikiran anda, cahaya dari kegelapan mata anda, hiburan bagi
ketakutan hati anda dan kecerahan bagi suramnya kejahilan anda.
Oleh sebab itu, [jadikanlah ketaatan kepada ALLAH Azza Wa Jalla jalan
hidup anda dan bukan sekadar busana luar anda]. Jadikan itu kebiasaan
batin anda berbanding hanya kebiasaan lahiriah, cukup halus untuk masuk
melalui rusuk-rusuk anda [sampai ke hati], pemandu bagi semua urusan
anda, tempat pengairan bagi turunnya anda pada [Hari Pengadilan],
perantara untuk mencapai tujuan-tujuan anda, tempat perlindungan pada
hari ketakutan anda, lampu pada bahagian dalam kubur anda, sahabat bagi
kesepian anda yang panjang dan keselamatan dari kesulitan tempat
kediaman anda. [Ketaatan kepada ALLAH Azza Wa Jalla adalah suatu
perlindungan terhadap petaka yang mengelilingi, bahaya-bahaya yang
diperkirakan dan nyala api yang bernyala-nyala].
Barangsiapa memelihara takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla; Kekacauan
menjauh dari ia setelah mendekat, urusan menjadi manis setelah pahitnya,
gelombang [kesusahan] mundur dari ia setelah mengerubutinya, kesukaran
menjadi mudah baginya setelah terjadi, kemurahan menghujan leabt
atasnya setelah kekeringan, [rahmat] membongkok kepadanya setelah
enggan, [nikmat-nikmat ALLAH Azza Wa Jalla] meloncat kepadanya setelah
dikeringkannya dan [berkat] turun kepadanya dalam curahan setelah
jarang. Maka, bertakwalah kepada ALLAH Azza Wa Jalla yang memberi
manfaat kepada anda dengan nasihat-Nya yang baik, berdakwah kepada
anda melalui rasul-Nya dan memberi anda dengan nikmat-nikmat-Nya.
[Berbaktilah anda dalam ibadah dan bebaskan diri anda dari hutang
kewajiban menaati ALLAH Azza Wa Jalla].
? Wahai hamba-hamba ALLAH... Bahawa anda harus bertakwa kepada
ALLAH Azza Wa Jalla kerana takwa adalah hak-Nya atas anda dan [takwa]
itu menciptakan hak anda atas ALLAH Azza Wa Jalla; Dan bahawa anda
harus mencari pertolongan ALLAH Azza Wa Jalla di dalamnya dan
pertolongannya dalam [menemui-Nya]. Sungguh bagi hari ini, takwa kepada
ALLAH Azza Wa Jalla adalah suatu perlindungan dan suatu perisai; Dan bagi

hari esok (Hari Pengadilan), takwa itu adalah jalan ke syurga. Jalannya
terang dan orang menempuhnya adalah orang yang beruntung. Barangsiapa
memegangnya, menjaganya; [Takwa] itu telah memperkenalkan dirinya
kepada manusia yang telah lalu dan kepada mereka yang datang kemudian
kerana mereka akan memerlukannya esok (di Hari Pengadilan), ketika
ALLAH Azza Wa Jalla akan menghidupkan lagi ciptaan-Nya, mengambil
kembali apa yang telah diberikan-Nya dan mengambil tanggungjawab atas
apa yang telah dianugerahkan-Nya. Betapa sedikit [nantinya], orang yang
menerimanya dan melaksanakannya sebagaimana hal itu harus
dilaksanakan. Jumlah mereka akan sangat sedikit dan mereka adalah orangorang yang sesuai dengan gambaran yang diberikan [ALLAH Maha Suci
ketika berfirman:'.... sedikit sekali dari hamba-hamba-Ku yang berterima
kasih].'
Sebab itu, bergegaslah dengan telinga anda ke rahnya dan kerahkanlah
usaha anda untuk itu. Jadikan itu pengganti atas segala [kekurangan] anda
di masa lalu untuk mengambil tempat sebagai pelanjutnya dan jadikanlah
itu dukungan anda terhadap setiap lawan. Jadikan itu perlengkapan hati
anda; Cucilah dosa-dosa anda dengan itu; Rawatlah sakit anda dengan itu;
Dan bergegaslah ke arah kematian anda dengan itu. [Ambillah pelajaran
dari orang yang mengabaikannya agar orang mengikutinya tidak harus
mengambil pelajaran dari anda (kelalaian anda atasnya). Maka itu, Berhatihatilah! Anda harus memeliharanya dan menjaga diri anda melaluinya].
Menjauhlah dari dunia ini dan majulah ke dunia berikut dengan penuh
ghairah; Jangan menganggap rendah orang yang telah diberi kedudukan
tinggi oleh takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla; Dan jangan memberikan
kedudukan tinggi kepada orang yang telah diberi kedudukan tinggi oleh
dunia ini; [Janganlah membiarkan mata anda menatap awan bersinar dari
dunia ini]; Jangan dengarkan orang berbicara tentangnya; Jangan
menjawab orang yang memanggil ke arahnya; [Jangan mencari cahaya dari
sinar silaunya]; Dan [janganlah mati dalam hal-halnya yang mahal kerana
cerahnya mengecoh, kata-katanya palsu, kekayaanya mungkin dirompak
dan barang-barangnya mahal mudah dibawa lari].
Hati-hatilah.... Dunia ini memikat lalu berpaling. [Ia pembangkang, menolak
untuk maju terus. Ia berbicara dusta dan menyelewengkan. Ia mungkar dan
tidak bersyukur. Ia dengki dan meninggalkan pecintanya. Ia menarik tetapi
menimbulkan kesusahan]. Keadaannya berubah-ubah, langkahnya goyah,
kehormatannya hina, kesungguhannya adalah canda dan ketinggiannya
rendah. Ia tempat perompakan serta penjarahan dan keruntuhan serta
kehancuran. [Manusianya siap dengan kaki untuk mendorong, menyusul dan
berpisah]. Jalan-jalannya membingungkan, jalan keluarnya merisaukan dan
rancangannya berakhir dalam kekecewaan. [Akibatnya, kubu pertahanan
mengkhianatinya, rumah-rumah melemparkannya keluar dan kecerdikan
menggagalkannya].
Sebahagian dari mereka adalah seperti unta yang tergadai, sebahagian
seperti daging yang disembelih, sebahagian seperti anggota badan yang
terputus, sebahagian seperti darah yang tertumpah, sebahagian seperti
menggigit tangannya dalam kesakitan, sebahagian menggosok-gosokkan
tapak tangannya dalam penyesalan, sebahagian memegang pipinya dengan
tangannya dalam kecemasan, sebahagian mengutuk pendapatnya sendiri

dan sebahagian sedang mundur dari tekadnya. Tetapi waktu untuk beramal
telah hilang dan saat bencana telah mendekat, 'padahal [waktu] itu
bukanlah saat untuk lari melepaskan diri.' [Sayang!... Sayang!... Yang
hilang, telah hilang!... Yang pergi, telah pergi!... Dunia telah lewat dalam
caranya yang biasa]. 'Maka langit dan bumi tidak menangisi mereka dan
mereka pun tidak diberi tangguh.'
? Wahai manusia... Untuk bertakwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan
memuji-Nya sebanyak-banyaknya kerana nikmat-nikmat-Nya pada anda dan
ganjaran-Nya bagi anda serta hak-hak-Nya atas anda. Lihatlah, betapa
ALLAH Azza Wa Jalla memilih anda untuk nikmat-Nya dan memperlakukan
anda dengan belas kasihan. Anda berbuat dosa secara terbuka, ALLAH Azza
Wa Jalla terus menutupi anda. [Anda berlaku secara mengundang hukumanNya, tetapi ALLAH Azza Wa Jalla memberikan lebih banyak waktu kepada
anda].
Semoga ALLAH Azza Wa Jalla menaruh belas kasihan kepada anda. Oleh
sebab itu, anda harus bergegas ke arah [mempersiapkan] rumah anda yang
telah diperintahkan kepada anda untuk diisi dan kemana anda telah
dipanggil dan diundang. Carilah penyempurnaan nikmat ALLAH Azza Wa
Jalla atas anda dengan sabar dalam ketaatan kepada-Nya dan menahan diri
dari pelanggaran kerana hari esok dekat pada hari ini. [Betapa cepatnya
saat-saatnya hari; Betapa cepatnya hari-harinya bulan; Betapa cepatnya
bulan-bulannya tahun; Dan betapa cepatnya tahun-tahunnya kehidupan].
Berhati-hatilah... anda berusaha dengan susah payah dalam melawan
ALLAH Azza Wa Jalla secara terang-terangan dan menentang kaum mukmin
tentang [pertempuran]. [Hendaklah anda takut kepada] ALLAH! ALLAH! ...
dalam merasa bangga akan kesombongan anda dan menyombongkan
kejahilan kerana inilah [akar permusuhan dan rancangan iblis yang dengan
itu, ia telah menipu manusia-manusia zaman dahulu dan masa-masa yang
telah berlalu]... Dengan hasil bahawa mereka jatuh ke dalam kegelapan
jahilnya dan lubang kesesatannya, menyerah kepada dorongannya dan
menerima kepimpinannya. [Dalam hal ini, hati semua orang serupa dan
zaman-zaman berlalu satu demi satu, dalam cara yang sama dan ada
kesombongan yang dengan itu dada terbebat].
Janganlah memandang kekayaan dan keturunan sebagi tolok ukur
keredhaan dan kebencian ALLAH Azza Wa Jalla kerana anda tidak
mengetahui kemungkinan dari kejahatan dan ujian dalam masa kaya dan
berkuasa sebagaimana ALLAH Maha Suci lagi Maha Tinggi telah berkata
(peringatkan/khabarkan), '[Apakah mereka mengira bahawa harta dan
anak-anak yang Kami berikan kepada mereka itu bererti bahawa Kami
bersegera memberikan kebaikan-kebaikan kepada mereka? Tidak,
sebenarnya mereka tidak sedar].'
Amirul Mukminin Berkata: ALLAH Maha Suci menurunkan ayat:
"Alif lam mim. Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan
[sahaja] mengatakan: 'Kami telah beriman,' Sedangkan mereka tidak diuji
lagi?" QS 29: 1-2
Ketahuilah bahawa [fitnah] tidak akan menimpa kita selagi Rasul (saw)
berada di antara kita... Maka, saya berkata, "Wahai nabi ALLAH, apakah

[fitnah] yang diberitahukan ALLAH Maha Tinggi kepada anda?" Lalu, beliau
menjawab, "Hai Ali... Umatku akan menciptakan kekacauan sesudahku."
Saya katakan, "Wahai Rasulullah... Pada hari Uhud, ketika orang-orang telah
jatuh syahid dan saya tidak di antara mereka dan ini sangat merisaukan
saya... Bukankah anda berkata kepada saya. [Bergembiralah kerana
kematian syahid adalah bagi sesudah ini]?" Beliau menjawab, "Ya
demikianlah, tetapi bagaimana tentang kesabaran anda sekarang?" Saya
katakan, "Wahai Rasulullah, [ini bukanlah suatu kesempatan untuk bersabar
melainkan suatu peluang untuk bergembira dan bersyukur]."
Kemudian beliau berkata:
"Wahai Ali... [Orang akan jatuh ke dalam bencana melalui kekayaan, akan
menunjukkan hak kepada ALLAH Azza Wa Jalla sekaitan dengan iman
mereka; Akan mengharapkan rahmat-Nya; Akan merasa aman dari murkaNya; Dan memandang hal-hal yang haram sebagai halal dengan
menimbulkan keragu-raguan palsu dan dengan hawa nafsu mereka yang
menyesatkan. Maka, mereka akan menganggap halal penggunaan anggur
dengan menamakannya air gandum, suapan dengan menamakannya
pemberian dan mengambil keuntungan riba dengan menamakannya
perdagangan." Saya katakan, "Wahai Rasulullah... Bagaimana saya akan
memperlakukan mereka pada waktu itu? Apakah menganggap mereka telah
kembali kepada kekafiran atau hanya dalam penderhakaan?" Beliau
mengatakan, "Dalam penderhakaan]."
Mereka (manusia) tidak mengambil cahaya dari cahaya kebijaksanaannya
dan tidak pula menghasilkan nyala dari [latu percikan ilmu]. Maka dalam hal
ini, [mereka adalah seperti ternak merumput dan batu keras]. Namun, [halhal yang tersembunyi telah muncul bagi mereka yang melihat, wajah
kebenaran telah menjadi jelas bagi pengelana, saat yang mendekat telah
mengangkat tabir dari wajahnya dan tanda-tanda telah muncul bagi mereka
yang mencarinya].
Ada apa dengan saya!? Saya melihat [anda hanyalah jasad-jasad tanpa jiwa
dan jiwa tanpa jasad; Pengabdi tanpa kebaikan; Pedagang tanpa
keuntungan; Bangun tetapi tidur; Hadir tetapi tidak nampak; Melihat tetapi
buta; Mendengar tetapi tuli; Dan berbicara tetapi bisu].
Bahawa kesesatan telah berdiri pada pusatnya dan menyebar [ke manamana] melalui benih-benihnya. Ia menimbang anda dengan isinya dan
membingungkan anda dengan ukurannya. Pemimpinnya adalah orang
buangan dari masyarakat. Ia bersikap teguh dalam kesesatan. Maka, pada
hari itu tiada di antara anda yang akan tertinggal kecuali sebagai kerak
dalam belanga ataupun debu yang tertinggal setelah menyapu buntilan. Ia
akan mengikis anda sebagaimana terkikisnya kulit [haiwan] dan memijak
anda sebagaimana dipijaknya tuaian dan mematuk si mukmin seperti
burung mematuk [gabah besar di antara gabah kecil].
[Ke mana jalan-jalan ini akan membawa anda; Ke mana kegelapan
menyesatkan anda; Dan ke mana kepalsuan menipu anda? Dari mana anda
dibawa dan ke mana anda digiring]? Bagi setiap masa ada suatu catatan dan
setiap orang yang tidak hadir, harus kembali. Maka, dengarkanlah
[pemimpin suci] anda dan hadirkanlah hati anda. Apabila ia berbicara
kepada anda, hendaklah anda bangun. [Perintis harus berkata benar kepada

rakyatnya, harus memadukan akalnya dan memelihara kehadiaran fikiran].


Ia telah menjelaskan kepada anda urusan itu sebagaimana jelasnya lubang
jahitan dan mengikisnya sebagaimana dikikisnya getah [dari ranting].
Bagaimana juga, yang salah telah menempatkan dirinya pada tempattempatnya dan kejahilan telah menunggang haiwan tunggangannya.
Kekacauan telah meningkat, sedang seruan kebajikan tertekan. Waktu telah
memukul seperti haiwan buas yang menelan dan kebatilan sedang berteriakteriak seperti unta setelah berdiam diri. manusia telah menjadi bersaudara
dalam berbuat buruk, telah melupakan agama, bersatu dalam berbicara
bohong tetapi saling membenci dalam urusan kebenaran. Apabila demikian
halnya, anak lelaki akan menjadi sumber kemarahan [berbanding kesejukan
mata bagi orang tua] dan hujan menjadi penyebab kepanasan, yang jahat
akan melimpah dan yang baik akan berkurang. [Manusia di zaman ini akan
menjadi serigala, para pemimpin akan menjadi binatang buas, golongan
menengah rakus, sedang yang miskin hampir mati. Kebenaran akan
menurun, kebatilan membubung, kasih sayang akan di akui dengan lidah
tetapi manusia saling bertengkar dalam hati. Penzinaan akan menjadi kunci
kepada salasilah, sementara kesucian akan langka dan Islam akan
digunakan terbalik sebagai kulit].
WASALAM SALAM KASIH SAYANG DARI KAMI

..... AKU TIADA BERMAKSUD KECUALI


[MEN D ATAN G KAN ] PERB AI KAN SEPAN JAN G AKU MASI H
BERSANGGUPAN; DAN TIDAK ADA TAUFIK BAGIKU
MELAINKAN DENGAN [PERTOLONGAN]DARI ALLAH
AZZA WA JALLA. HANYA KEPADA-NYA AKU
B ERTAWAKKAL DAN HANYA KEPADA-NYA AKU
KEMB AL I. (AKU MEMO HO N B IMB ING AN DAN
PEMELIHARAAN DARIPADA ALLAH AZZA WA JALLA)

WARKAH-WARKAH [KASIH SAYANG]


Ya ALLAH, Ya Tuhanku;
Engkaulah Yang Paling Tertaut pada pencinta-Mu serta Yang Paling Sedia
menolong orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya; Engkau Melihat
mereka dalam ketersembunyian mereka; Engkau Mengetahui apa sahaja
yang ada dalam kesedaran mereka; Engakau Tahu sampai di mana fikiran
mereka kerana rahsia mereka terbuka bagi-Mu dan hati mereka berghairah
pada-Mu; Apabila kesepian membosankan mereka, ingatan kepada-Mu
memberikan lipuran (hiburan); Apabila kesusahan menimpa mereka. Mereka
memohon perlindungan-Mu kerana mereka tahu bahawa kendali urusan
berada di tangan-Mu dan bahawa gerakan mereka tergantung pada
perintah-Mu.
Ya ALLAH, Ya Tuhanku;
Apabila aku tidak mampu mengungkapkan permohonanku atau tidak dapat
melihat keperluan-keperluanku; Maka, bimbinglah aku ke arah perbaikanku
dan bawalah hatiku kepada tujuan yang benar, yang tidak bertentangan

dengan petunjuk-Mu serta bukan pula sesuatu yang baru lalu menetang
jalan-jalan dukungan-Mu.
Ya ALLAH, Ya Tuhanku;
Perlakukanlah aku dengan keampunan-Mu serta janganlah perlakukan aku
menurut keadilan-Mu. Segala puji bagi ALLAH Azza Wa Jalla yang nilai-Nya
tidak dapat dihuraikan oleh para pembicara, yang nikmat-nikmat-Nya tidak
terhitung oleh para penghitung, yang hak-hak-Nya [atas ketaatan] tidak
dapat dipenuhi oleh orang-orang yang berusaha menaati-Nya; Orang yang
tinggi kemampuan akalnya tidak dapat menilai dan penyelaman pengertian
tidak dapat mencapai-Nya; ALLAH Azza Wa Jalla yang untuk
menggambarkan-Nya tiada batas telah diletakkan, tiada pujian yang
maujud, tiada waktu ditetapkan dan tiada jangka waktu ditentukan; ALLAH
Azza Wa Jalla mengadakan ciptaan dengan kudrat-Nya, menebarkan angin
dengan rahmat-Nya dan mengukuhkan bumi yang goyah dengan batu.
Pangkal agama ialah makrifat tentang-Nya; Kesempurnaan makrifat
(pengetahuan) tentang-Nya ialah membenarkan-Nya; Kesempurnaan
pembenaran-Nya ialah mempercayai keesaan-Nya; Kesempurnaan keesaanNya ialah memandang-Nya Suci; Dan Kesempurnaan kesucian-Nya ialah
menolak sifat-sifat-Nya kerana setiap sifat merupakan bukti [sifat] itu
berbeza dengan apa yang kepada-Nya hal itu disifatkan dan setiap sesuatu
yang kepada-Nya sesuatu disifatkan berbeza dengan sifat itu; Maka,
barangsiapa melekatkan suatu sifat kepada ALLAH Azza Wa Jalla [bererti] ia
mengakui keserupaan-Nya; Dan barangsiapa mengakui keserupaan-Nya,
maka ia memandang-Nya dua; Dan barangsiapa memandang-Nya dua,
mengakui bahagian-bahagian bagi-Nya; Dan barangsiapa mengakui
bahagian-bahagian bagi-Nya [bererti] tidak mengenal-Nya; Dan barangsiapa
tidak mengenal-Nya maka ia menunjuk-Nya; Dan barangsiapa menunjukNya [bererti] ia mengakui batas-batas bagi-Nya; Dan barangsiapa mengakui
batas-batas bagi-Nya [bererti] ia mengatakan jumlah-Nya.
ALLAH Azza Wa Jalla maujud tetapi tidak melalui fenomena muncul menjadi
ada; ALLAH Azza Wa Jalla ada tetapi bukan dari sesuatu yang tiada; ALLAH
Azza Wa Jalla bersama segala sesuatu tetapi bukan dalam kedekatan fizikal;
ALLAH Azza Wa Jalla berbeza dari segala sesuatu tetapi bukan dalam
keterpisahan fizikal; ALLAH Azza Wa Jalla berbuat tetapi tanpa [konotasi]
gerakan dan alat; ALLAH Maha Esa [Tunggal], sedemikian rupa sehingga
tiada sesuatu yang dengan-Nya mungkin bersekutu atau yang mungkin
ALLAH Azza Wa Jalla akan kehilangan kerana ketiadaan-Nya.
"Apakah ada keragu-raguan terhadap ALLAH Azza Wa Jalla (Pencipta langit
dan bumi)? Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain-Nya;
Tentulah keduanya rosak binasa; Katakanlah: ALLAH Maha Esa; ALLAH
adalah Tuhan, yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu; ALLAH Azza
Wa Jalla tiada beranak dan tiada pula diperanakkan; Dan tiada seorang pun
yang setara dengan-Nya; ALLAH Azza Wa Jalla tiadak dapat dicapai oleh
penglihatan mata, sedangkan ALLAH Maha Melihat segala yang kelihatan;
ALLAH Maha Halus lagi Maha Tahu; Maka, janganlah kamu (manusia)
mengadakan sekutu-sekutu bagi Yang Maha Esa; Sesungguhnya ALLAH
Maha Mengetahui, sedangkan kamu (manusia) tidak mengetahui; Tiada
sesuatu pun yang serupa dengan-Nya; ALLAH Maha Mendengar lagi Maha
Melihat; Sesungguhnya kita milik ALLAH Azza Wa Jalla, kepada-Nya jua kita

kembali; Sesungguhnya Raja manusia, Tuhan manusia adalah Yang Maha


Esa; Barangsiapa mengharap perjumpaan dengan Tuhannya; Maka,
hendaklah ia mengerjakan amal sholeh kepada Tuhannya dan janganlah ia
mempersekutukan (membanggakan) barang sesuatu pun dalam beribadah
kepada Tuhannya."
"SEDEKAH ADALAH UBAT MUJARAB DAN AMAL PERBUATAN MANUSIA
DALAM KEHIDUPAN INI AKAN BERADA DI HADAPAN MATANYA DI WAKTU
AJALNYA."
KAMU TIDAK AKAN MASUK SYURGA SEBELUM KAMU BENAR-BENAR
BERIMAN; DAN KAMU TIDAK BENAR-BENAR BERIMAN; SEBELUM KAMU
SALING BERKASIH SAYANG; SUKAKAH KAMU, SAYA TUNJUKI SESUATU.
JIKA KAMU MENGAMALKANNYA, NESCAYA AKAN TIMBUL KASIH-SAYANG DI
ANTARA SESAMAMU? SEBARKANLAH SALAM DI ANTARA KAMU. AGAMA
ADALAH KETULUSAN. DEMI ALLAH, YANG JIWAKU BERADA DITANGANNYA; TIDAKLAH SEORANG BENAR-BENAR BERIMAN, SAMPAI IA MENYUKAI
BAGI SAUDARANYA YANG MUSLIM. SEGALA YANG IA SUKAI BAGI DIRINYA
SENDIRI. SESUNGGUHNYA ORANG-ORANG YANG PALING DICINTAI OLEH
ALLAH AZZA WA JALLA DI ANTARA KAMU IALAH MEREKA YANG SALING
SAYANG-MENYAYANGI; DAN YANG PALING DIBENCI OLEH ALLAH AZZA WA
JALLA ADALAH MEREKA YANG GEMAR MENYEBARKAN FITNAH YANG
MEMECAH-BELAH DI ANTARA SESAMA SAUDARA.
WAHAI HAMBA-HAMBA ALLAH! DI MANA ORANG-ORANG YANG DIBERI
USIA [LANJUT] DAN MENIKMATI KEMEWAHAN? MEREKA DIAJARI DAN
MEREKA MENGERTI; MEREKA DIBERI WAKTU DAN MEREKA
MELEWATKANNYA (MENANGGUHKAN) DENGAN SIA-SIA; MEREKA DIBERI
KESIHATAN DAN MEREKA LUPA [AKAN KEWAJIBANNYA]; KEPADA MEREKA
DIBERI WAKTU PANJANG [UNTUK HIDUP], DIBERI REZEKI YANG BANYAK,
DIBERI PERINGATAN AKAN HUKUMAN YANG MENYEDIHKAN DAN DIBERI
JANJI GANJARAN YANG BESAR; ANDA HARUS MENJAUHI DOSA YANG
MENGANTARKAN KEPADA KEROSAKAN DAN KEJELEKAN YANG MENARIK
KEMURKAAN ALLAH Azza Wa Jalla.
WAHAI MANUSIA YANG MEMPUNYAI MATA SERTA TELINGA DAN KESIHATAN
SERTA KEKAYAAN! ADAKAH SUATU TEMPAT PERLINDUNGAN, SUATU
PERHENTIAN KEAMANAN ATAU PERSEMBUNYIAN ATAU KESEMPATAN UNTUK
MELARIKAN DIRI ATAU JALAN KEMBALI [KE DUNIA INI]? BILA TIDAK?!
"MAKA MENGAPA KAMU (MANUSIA) MASIH BERPALING?" DAN KE MANA
ANDA AKAN MERABA-RABA DAN KE MANA ANDA AKAN BERGERAK? DENGAN
APA ANDA TELAH DITIPU? SESUNGGUHNYA BAHAGIAN SETIAP ORANG DARI
ANDA SEKELIAN DARIPADA BUMI INI HANYALAH SEPOTONG TANAH YANG
SAMA DENGAN SUSUK DAN UKURAN TUBUH ANDA, DI MANA IA AKAN
TERBARING PADA PIPINYA DENGAN DITUTUPI DEBU; SEKARANG ADALAH
PELUANG UNTUK BERBUAT.
WAHAI HAMBA-HAMBA ALLAH! SEJAK LEHER MASIH BEBAS DARI JERAT
DAN JIWA PUN TIDAK TERBELENGGU; SEKARANG ANDA MEMPUNYAI
WAKTU UNTUK MENCARI PETUNJUK; ANDA DALAM KEADAAN BERTUBUH
SENANG; ANDA DAPAT BERKUMPUL DALAM PERTEMUAN, SISA HIDUP
BERADA DI HADAPAN ANDA; ANDA MEMPUNYAI PELUANG BESAR UNTUK
BERBUAT MENURUT KEMAHUAN; ANDA MEMPUNYAI PELUANG UNTUK

BERTAUBAT (HIJRAH); DAN [ANDA BERADA DALAM] SUASANA DAMAI;


[TETAPI ANDA HARUS BERTINDAK] SEBELUM ANDA TERBURU OLEH
KEADAAN SEMPIT DAN SEDIH ATAUPUN KETAKUTAN DAN KELEMAHAN,
SEBELUM MENDEKATNYA MAUT YANG DITUNGGU DAN SEBELUM DIAMBIL
OLEH YANG MAHA KUAT LAGI MAHA KUASA.
PERINGATAN UNTUK ANDA DAN SAYA TENTANG DUNIA, KERANA IA ADALAH
KEDIAMAN YANG TIDAK TETAP. IA BUKAN RUMAH UNTUK TEMPAT
MERUMPUT. IA TELAH MENGHIAS DIRI DENGAN TIPUAN DAN MENIPU
DENGAN HIASANNYA. IA ADALAH RUMAH YANG RENDAH DI HADAPAN
ALLAH Azza Wa Jalla. MAKA, DIA (YANG MAHA ADIL LAGI MAHA
BIJAKSANA) MENCAMPUR YANG HALALNYA DENGAN HARAMNYA,
KEBAIKANNYA DENGAN KEBURUKANNYA, KEHIDUPANNYA DENGAN
MATINYA DAN MANISNYA DENGAN PAHITNYA. ALLAH Azza Wa Jalla TIDAK
MENJAUHKANNYA BAGI PECINTA-NYA, TIDAK PULA DIA (YANG MAHA
PEMURAH) KIKIR DENGAN ITU KEPADA MUSUH-MUSUH-NYA. KEBAIKANNYA
JARANG. KEBURUKANNYA SELALU SIAP. PENGUMPULANNYA AKAN
MENGECIL. WEWENANGNYA AKAN DIREBUT. KEDIAMANNYA AKAN
MENGHADAPI KESEPIAN.
APAKAH YANG BAIK DALAM RUMAH YANG RUNTUH SEPERTI BANGUNAN
YANG JATUH ATAU DALAM USIA YANG BERAKHIR KETIKA PERBEKALAN
HABIS ATAU DALAM WAKTU YANG BERLALU SEPERTI BERJALAN?
MASUKKANLAH SEGALA APA YANG TELAH DIWAJIBKAN ALLAH Azza Wa
Jalla PADA ANDA DALAM PERMINTAAN ANDA. MINTALAH KEPADA-NYA
PEMENUHAN ATAS APA YANG DIA (YANG MAHA PENYAYANG) MINTA ANDA
MELAKUKANNYA. BUATLAH TELINGA ANDA MENDENGAR SERUAN KEMATIAN
SEBELUM ANDA DIPANGGIL MAUT. SESUNGGUHNYA HATI ORANG-ORANG
YANG SEDERHANA MENANGIS DI DUNIA INI SEKALIPUN MEREKA MUNGKIN
TERTAWA [PADA LAHIRNYA] DAN KESEDIHAN MEREKA BERTAMBAH
WALAUPUN NAMPAKNYA MEREKA BAHAGIA. KEBENCIAN MEREKA BAGI DIRI
MEREKA SENDIRI BANYAK, WALAUPUN MEREKA MUNGKIN DIIRI KERANA
REZEKI YANG DIBERIKAN KEPADA MEREKA.INGATAN AKAN MAUT TELAH
LENYAP DARI HATI ANDA, SEMENTARA HARAPAN-HARAPAN PALSU HADIR
PADA DIRI ANDA. MAKA DUNIA INI TELAH MENGUASAI ANDA LEBIH DARI
DUNIA YANG AKAN DATANG DAN AKHIR YANG JAUH [DARI KEHIDUPAN
YANG AKAN DATANG]. ANDA BERSAUDARA DALAM AGAMA ALLAH AZZA
WA JALLA. WATAK YANG KOTOR DAN KESEDARAN YANG BURUK TELAH
MEMISAHKAN ANDA. AKIBATNYA, ANDA TIDAK SALING [MEMBANTU]
MEMIKUL BEBAN, TIDAK PULA SALING MENASIHATI, TIDAK PULA SALING
MEMBERI, TIDAK JUGA SALING MENCINTA.
ADA APA DENGAN ANDA..... SEHINGGA ANDA MERASA PUAS DENGAN
SEDIKIT YANG ANDA PEROLEH DARI DUNIA INI, SEMENTARA BANYAK DARI
DUNIA YANG AKAN DATANG, YANG TERHAPUS DARI ANDA TIDAK
MENYEDIHKAN ANDA? YANG SEDIKIT DARI DUNIA INI YANG [UNTUK ITU]
ANDA MENDERITA SAKIT DEMIKIAN BANYAKNYA SEHINGGA IA MENJADI
NAMPAK PADA WAJAH ANDA DAN DALAM KETIADAAN SABAR ANDA ATAS
APA SAJA YANG DIAMBIL DARI ANDA, SEAKAN DUNIA INI ADALAH
KEDIAMAN ANDA YANG KEKAL DAN SEAKAN KEKAYAANNYA MENETAP PADA
ANDA SELAMA-LAMANYA. TIDAK ADA YANG MENCEGAH SESEORANG DI
ANTARA ANDA UNTUK MENGUNGKAPKAN KEPADA TEMANNYA
KEKURANGAN-KEKURANGAN YANG IA TAKUTI, KECUALI KETAKUTAN

BAHAWA TEMAN ITU JUGA AKAN MENGUNGKAPKAN KEPADANYA KECELAAN


YANG SAMA. ANDA TELAH MEMUTUSKAN BERSAMA-SAMA DALAM
MENINGGALKAN DUNIA YANG AKAN DATANG DAN MENCINTAI DUNIA INI.
AGAMA ANDA TELAH MENJADI SEKADAR MENJILAT DENGAN LIDAH SEPERTI
PEKERJAAN ORANG YANG TELAH MENYELESAIKAN PEKERJAANNYA DAN
MENDAPATKAN KEPUASAN DARI MAJIKANNYA.
"SESUNGGUHNYA, DUNIA INI TELAH MEMALINGKAN PUNGGUNGNYA (KE
BELAKANG) DAN MEMAKLUMKAN PERPISAHANNYA, SEMENTARA DUNIA
YANG AKAN DATANG TELAH MUNCUL KE DEPAN DAN MEMAKLUMKAN
MENDEKATNYA;SEKARANG ADALAH HARI PERSIAPAN, SEDANGKAN ESOK
ADALAH HARI PERLUMBAAN; TEMPAT YANG DITUJU IALAH SYURGA,
SEDANGKAN TEMPAT KEMBALI ADALAH NERAKA; TIADAKAH SESEORANG
YANG AKAN BERTAUBAT ATAS KESALAHANNYA SEBELUM KEMATIANNYA?
ATAU, TIADAKAH SESEORANG YANG HENDAK BERBUAT KEBAJIKAN
SEBELUM HARI UJIAN?"
INGATLAH..... ANDA BERADA DIHARI-HARI HARAPAN DAN DIBALIKNYA
BERDIRI KEMATIAN; BARANGSIAPA BERAMAL DALAM HARI-HARI
HARAPANNYA SEBELUM DATANG KEMATIANNYA, AMALNYA AKAN
BERMANFAAT BAGINYA DAN KEMATIANNYA TIDAK MERUGIKANNYA; TETAPI
ORANG-ORANG YANG TIDAK BERAMAL DALAM MASA HARAPANNYA
SEBELUM DATANG AJALNYA, AMALNYA SIA-SIA DAN KEMATIANNYA ADALAH
SUATU KEMUDARATAN BAGINYA; BERHATI-HATILAH DAN BERAMALLAH
DALAM MASA KETERTARIKAN SEBAGAIMANA ANDA BERBUAT DALAM MASA
KENGERIAN; BERHATI-HATILAH..... SAYA BELUM MELIHAT SEORANG YANG
MENGHASRATKAN SYURGA TERTIDUR DAN TIDAK PULA SEORANG YANG
MERASA NGERI AKAN NERAKA TERLELAP.
INGATLAH..... ORANG-ORANG BAGINYA HAK TIDAK BERMANFAAT AKAN
MENDERITA SENGSARA DARI KEBATILAN DAN ORANG YANG TIDAK
DIKUKUHKAN OLEH PETUNJUK AKAN TERBAWA OLEH KESESATAN KE ARAH
KEHANCURAN; BERHATI-HATILAH..... ANDA TELAH DIPERINTAHKAN UNTUK
MAJU DAN TELAH DIBIMBING BAGAIMANA MEMBEKALI PERJALANAN ITU;
SUNGGUH HAL YANG PALING MEMBIMBANGKAN LAGI SAYA KHUATIRKAN
TENTANG ANDA SEKELIAN IALAH MENGIKUTI HAWA NAFSU DAN
MEMPERPANJANGKAN HARAPAN; BERBEKALLAH UNTUK DIRI ANDA DARI
DUNIA INI YANG AKAN MENYELAMATKAN ANDA ESOK [PADA HARI
PENGADILAN].
"BARANGSIAPA MENGAMBIL SERAKAH SABAGAI KEBIASAAN, IA
MENURUNKAN HARGA DIRINYA SENDIRI; BARANGSIAPA MEMBEBELKAN
KESUKARAN-KESUKARANNYA, IA MENYETUJUI PENGHINAAN; DAN
BARANGSIAPA MEMPERKENANKAN LIDAHNYA MENGUASAI JIWANYA, IA
MENGAIBKAN JIWANYA."
"[KEKIKIRAN] ADALAH MALU; SIFAT PENGECUT ADALAH CACAT;
KEMISKINAN MENGGAGALKAN LELAKI CERDAS MEMBELA KESNYA
(BEBANNYA); ORANG MELARAT ADALAH ORANG ASING DI KOTANYA
SENDIRI."
"KETIDAKMAMPUAN ADALAH PETAKA; KESABARAN ADALAH KEBERANIAN;
[ZUHUD] ADALAH KEKAYAAN; PENGENDALIAN DIRI ADALAH PERISAI

[TERHADAP DOSA]; DAN SAHABAT TERBAIK ADALAH PENYERAHAN


[KEPADA ALLAH Azza Wa Jalla]."
"PENGETAHUAN ADALAH HARTA YANG PATUT DIMULIAKAN; PERILAKU BAIK
ADALAH [BUSANA] BARU; DAN FIKIRAN ADALAH CERMIN YANG JERNIH."
"DADA SI ARIF ADALAH PETI BESI RAHSIANYA; KECERIAAN ADALAH
IKATAN PERSAHABATAN; KESABARAN YANG EFEKTIF ADALAH KUBURANNYA
KEKURANGAN."
"PERDAMAIAN ADALAH PENUTUP KEKURANGAN; ORANG YANG PENGAGUM
DIRI MENARIK BANYAK LAWAN TERHADAPNYA."
API KEBESARAN ORANG YANG MENGAKUI KEBESARAN-NYA IALAH BAHAWA
MEREKA MENGAGUNGKAN ALLAH AZZA WA JALLA; DAN KESELAMATAN
ORANG YANG MENGETAHUI KEKUASAAN-NYA TERLETAK PADA PENYERAHAN
DIRI KEPADA-NYA; JANGANLAH MELARIKAN DIRI DALAM KETAKUTAN DARI
KEBENARAN SEPERTI KETAKUTAN ORANG SIHAT TERHADAP ORANG
BERKUDIS ATAUPUN ORANG SIHAT DARI ORANG SAKIT.
HENDAKLAH ANDA KETAHUI BAHAWA ANDA TIDAK AKAN PERNAH
MENGENAL PETUNJUK, JIKALAU ANDA TIDAK MENGENALI SIAPA YANG
MENINGGALKANNYA; ANDA TIDAK AKAN BERPEGANG PADA JANJI-JANJI ALQURAN, APABILA ANDA TIDAK MENGENALI SIAPA YANG TELAH
MELANGGARNYA; DAN [ANDA] TIDAK AKAN PERNAH BERPEGANG ERAT
PADANYA KECUALI ANDA KETAHUI SIAPA YANG TELAH MENINGGALKANNYA;
CARILAH HAL-HAL INI DARI ORANG-ORANG YANG MEMILIKINYA KERANA
MEREKA ADALAH SUMBER HIDUPNYA PENGETAHUAN DAN MATINYA
KEJAHILAN; MEREKA ADALAH ORANG-ORANG YANG PERINTAHPERINTAHNYA AKAN MENGUNGKAPKAN KEPADA ANDA [BESARNYA]
PENGETAHUAN MEREKA, DIAMNYA MEREKA MENGUNGKAPKAN
[KEMAMPUAN]NYA BERBICARA DAN WAJAH LAHIR MEREKA AKAN
MENGUNGKAP BATIN MEREKA; MEREKA TIDAK MENENTANG AGAMA DAN
TIDAK SALING BERBEDA TENTANG ITU, SEMENTARA ADA DI ANTARA
MEREKA SUATU SAKSI YANG BENAR DAN PEMBICARA YANG DIAM.
DOSA YANG MERESAHKAN ANDA LEBIH BAIK DALAM PANDANGAN ALLAH
AZZA WA JALLA DARIPADA KEBAIKAN YANG MEMBANGGAKAN ANDA.
NILAI SESEORANG LELAKI SESUAI DENGAN KEBERANIANNYA;
KEJUJURANNYA SESUAI DENGAN KESEIMBANGAN PERANGAINYA;
KEPERKASAANNYA SESUAI DENGAN [RESPEK] DIRINYA; DAN KESUCIANNYA
SESUAI DENGAN RASA MALUNYA.
KEMENANGAN DICAPAI DENGAN TEKAD; TEKAD TERCAPAI DENGAN
PEMIKIRAN; DAN PEMIKIRAN DIBENTUK DENGAN MENJAGA RAHSIA.
KHUATIRILAH AKAN SERANGAN ORANG TERHORMAT KETIKA IA LAPAR DAN
[SERANGAN] ORANG HINA KETIKA IA KENYANG.
HATI MANUSIA ADALAH SEPERTI BINATANG BUAS; BARANGSIAPA
[HENDAK] MENJINAKKANNYA, AKAN DITERKAMNYA.

SELAMA KEDUDUKAN ANDA BAIK; KEKURANGAN ANDA TERTUTUP.


TIADA KEKAYAAN SEPERTI KEBIJAKSANAAN; TIADA KEMISKINAN SEPERTI
KEJAHILAN; TIADA WARISAN SEPERTI KEHALUSAN; TIADA DUKUNGAN
SEPERTI NASIHAT.
SEGALA SESUATU YANG MEREKA ABAIKAN TELAH MENIMPA MEREKA,
PERPISAHAN DENGAN DUNIA YANG DIANGGAPNYA AMAN TELAH DATANG
KEPADA MEREKA; DAN MEREKA TELAH MENDAPATI DI DUNIA AKHIRAT APA
YANG TELAH DIJANJIKAN KEPADA MEREKA; SEGALA YANG TELAH MENIMPA
MEREKA TIDAK DAPAT DIGAMBARKAN; KEPEDIHAN MAUT DAN KESEDIHAN
KERANA KEHILANGAN [DUNIA INI] TELAH MENGEPUNG MEREKA;
AKIBATNYA, ANGGOTA MEREKA MENJADI LESU DAN ROMA WAJAH MEREKA
BERUBAH; KEMUDIAN MAUT MENINGKATKAN PERJUANGANNYA ATAS
MEREKA.
P ADA SESEORANG, MAUT BERDIRI ANTARA IA DAN KEMAMPUANNYA
BERBICARA WALAUPUN IA BERBARING DIKALANGAN RAKYATNYA, MELIHAT
DENGAN MATA, MENDENGAR DENGAN TELINGA, DENGAN PENUH AKAL DAN
KECERDASAN, IA KEMUDIAN MEMIKIRKAN TENTANG BAGAIMANA IA
MENYIA-NYIAKAN HIDUPNYA DAN DALAM [KEGIATAN] APA IA MELEWATKAN
WAKTUNYA? IA TERINGAT AKAN KEKAYAAN YANG TELAH DIKUMPULKAN
KETIKA IA TELAH MEMBUTAKAN DIRI DALAM MENCARINYA DAN
MENDAPATKANNYA DARI SUMBER-SUMBER YANG JUJUR DAN YANG KOTOR;
SEKARANG AKIBAT DARI MENGUMPULKANNYA TELAH MENYUSUL; IA SIAP
UNTUK MENINGGALKANNYA; [HARTA] ITU AKAN TERTINGGAL BAGI
MEREKA YANG DI BELAKANGNYA; MEREKA AKAN MENIKMATINYA DAN
MENGAMBIL MANFAAT DARINYA.
ITU AKAN MENJADI PENDAPATAN MUDAH BAGI ORANG-ORANG LAIN;
TETAPI SUATU BEBAN DIBAHUNYA DAN ORANG ITU TIDAK DAPAT
MELUPUTKAN DIRI DARINYA; ATASNYA IA AKAN MENGGIGIT TANGANNYA
DENGAN GIGI KERANA AIB ATAS APA YANG TERUNGKAP KEPADANYA
TENTANG HALNYA DI SAAT MATINYA; IA TIDAK AKAN MENGAKUI APA YANG
DIRAKUSINYA DI HARI-HARI MASA HIDUPNYA DAN AKAN MENGINGINKAN
AGAR ORANG YANG IRI KEPADANYA MERASA CEMBURU KEPADA IA KERANA
SEMUA ITU TELAH MENUMPUK TERHADAPNYA.
MAUT AKAN TERUS MEMPENGARUHI BADANNYA HINGGA KUPINGNYA PUN
AKAN BERLAKU SEPERTI LIDAHNYA [DAN TIDAK BERFUNGSI LAGI]; MAKA,
IA AKAN TERBARING DI ANTARA KAUMNYA, TIDAK BERBICARA DENGA
LIDAH DAN TIDAK MENDENGAR DENGAN TELINGA; IA MEMUTAR-MUTAR
PANDANGANNYA PADA WAJAH-WAJAH MEREKA, MEMPERHATIKAN
GERAKAN-GERAKAN LIDAH MEREKA; TETAPI TIDAK MENDENGAR MEREKA
BERBICARA, KEMUDIAN MAUT MENINGKATKAN KEKUASAAN ATASNYA
SERTA PANDANGANNYA AKAN DIAMBIL OLEH MAUT SEBAGAIMANA
TELINGANYA TELAH DIAMBIL DAN ROH AKAN BERPISAHKAN DARI
BADANNYA; MAKA, IA AKAN MENJADI BANGKAI DI ANTARA KAUMNYA
SENDIRI; MEREKA AKAN MERASA SUNYI DARI IA DAN MENJAUH DARI IA;
IA TIDAK AKAN MENYERTAI ORANG BERKABUNG SERTA MENYAMBUT
ORANG YANG MEMANGGIL; MAKA MEREKA AKAN MEMBAWA IA KE SUATU
TEMPAT KECIL DI TANAH DAN MENYERAHKAN IA KE DALAMNYA UNTUK

[MENGHADAPI] AMAL PERBUATANNYA; MEREKA BERHENTI MENGUNJUNGI


IA.
KESABARAN ADA DUA JENIS: SABAR ATAS APA YANG MENYAKITI ANDA
DAN SABAR TERHADAP APA YANG ANDA SERAKAH.
KEPUASAN ADALAH HARTA YANG TIDAK BERKURANG.
"BARANGSIAPA MEMPERINGATKAN ANDA, IA SEPERTI MEMBERI KHABAR
GEMBIRA KEPADA ANDA.
"LIDAH ADALAH HAIWAN BUAS, BILA DIBEBASKAN IA MENERKAM.
"PEREMPUAN IBARAT KALAJENGKING, DI MANA SENGATANNYA MANIS.
"KETIADAAN SAHABAT BERERTI KETERASINGAN.
MENAHAN DIRI ADALAH PERHIASAN KEMISKINAN, SEDANGKAN SYUKUR
ADALAH PERHIASAN KEKAYAAN.
MENGENAI PEMENUHAN AMANAT (AMANAH); BARANGSIAPA TIDAK
MEMBERI PERHATIAN PADANYA AKAN KECEWA; [AMANAT] ITU DI
TEMPATKAN DI HADAPAN LANGIT-LANGIT YANG KUAT, BUMI-BUMI YANG
LUAS DAN GUNUNG-GUNUNG YANG TINGGI; TETAPI TIADA DARINYA YANG
TERNYATA LEBIH KUAT, LEBIH LUAS DAN LEBIH TINGGI DARIPADA-NYA;
APABILA ADA SESUATU YANG TIDAK DAPAT DIDEKATI KERANA
KETINGGIAN, KELUASAN, KEKUASAAN ATAUPUN KEKUATAN; MEREKA TIDAK
DAPAT DIDEKATI, TETAPI MEREKA MERASA TAKUT AKAN AKIBAT BURUK
[DARI KEGAGALAN MENYAMPAIKAN AMANAT]; DAN MELIHAT BAHAWA
WUJUD YANG LEBIH LEMAH TIDAK MENYEDARINYA DAN ITULAH MANUSIA;
SESUNGGUHNYA, MANUSIA ITU AMAT ZALIM DAN AMAT BODOH.
ALLAH MAHA SUCI LAGI MAHA TINGGI; TIADA SESUATU YANG
TERSEMBUNYI DARI-NYA TENTANG APA SAJA YANG DILAKUKAN MANUSIA
(MUKMIN; MUNAFIK; KAFIR) DI MALAM ATAU SIANG HARINYA; ALLAH
MAHA MENGETAHUI SEMUA DETAIL-DETAIL DAN PENGETAHUAN-NYA
MELIPUTI SEGALA SESUATU; ANGGOTA BADAN ANDA ADALAH SAKSI,
ORGAN-ORGAN TUBUH ANDA MERUPAKAN TENTERA [MELAWAN] DIRI ANDA
SENDIRI, BATIN ANDA MELAYANINYA SEBAGAI MATA [UNTUK MENGAWASI
DOSA-DOSA ANDA] DAN KESENDIRIAN ANDA TERBUKA KEPADA-NYA.
MATA PARA LELAKI ADA SERAKAH DAN LIRIKAN ADALAH PENYEBAB
MEREKA MENJADI RAKUS; APABILA SESEORANG DI ANTARA ANDA MELIHAT
SEORANG WANITA YANG MENARIK HATINYA; HENDAKLAH IA MENEMUI
ISTERINYA KERANA SETIAP WANITA ADALAH WANITA.
"BARANGSIAPA MEMASUKI AGAMA HANYA SEJAUH MENDAPATKAN
KEUNTUNGAN DARI DUNIA DAN IA SENGAJA MELIBATKAN DIRI DALAM
KERAGUAN MAKA IA MENGAMBILNYA SEBAGAI PENUTUP
KEKURANGANNYA.
"BIARLAH MATI, ASAL JANGAN HINA; BIARLAH KECIL, ASAL TIDAK MELALUI
ORANG LAIN; ORANG YANG TIDAK MENDAPATKAN SEMENTARA DUDUK,

TIDAK PULA AKAN MENDAPATKAN DENGAN BERDIRI; DUNIA MEMPUNYAI


DUA HARI. SATU BAGI ANDA DAN SATU TERHADAP ANDA; APABILA HARI
ITU UNTUK ANDA. JANGANLAH MERASA BANGGA TETAPI APABILA IA
TERHADAP ANDA, BERSABARLAH ATASNYA.
ALLAH Azza Wa Jalla telah menempatkan pada anda beberapa kewajiban
yang tidak boleh anda abaikan; ALLAH Azza Wa Jalla meletakkan batasbatas yang tidak boleh anda langgar; ALLAH Azza Wa Jalla melarang anda
terhadap hal-hal tertentu yang tidak boleh anda langgar; ALLAH Azza Wa
Jalla telah mendiamkan tentang hal-hal tertentu tetapi [Yang Maha
Pembimbing] tidak membiarkannya disebabkan kekeliruan supaya anda
tidak mendapatkannya.
"Janganlah merasa aman dari hukuman ALLAH Azza Wa Jalla, sekalipun
orang terbaik di seluruh umat kerana [Tiada yang merasa aman dari azab
ALLAH Azza Wa Jalla kecuali orang-orang yang merugi]; Dan janganlah
berputus-asa bahkan bagi manusia terburuk dari umat kerana
[Sesungguhnya tiada berputus-asa rahmat ALLAH Azza Wa Jalla, melainkan
kaum yang kafir]."
Pada manusia ada segumpal daging yang terpaut padanya dengan
suatu nadi, [itulah hati]; ia mengandung simpanan kebijaksanaan dan
hal-hal yang bertentangan dengan kebijaksanaan; Apabila ia melihat
sepercik harapan, ghairah merendahkannya; Apabila ghairah
meningkat, keserakahan meruntuhkannya; Apabila kekecewaan
mengalahkannya, kesedihan membunuhnya; Apabila marah bangkit
kepadanya, keberangan yang parah berkembang; Apabila ia
diberkati dengan kesenangan, ia lupa berlaku waspada; Apabila ia
khuatir, ia menjadi tidak peduli; Apabila kedamaian meluas di manamana, ia menjadi lalai; Apabila ia mendapat kekayaan,
ketidakpedulian meletakkannya pada yang salah; Apabila kesusahan
menimpanya, ketidaksabaran menjadikannya rendah; Apabila ia
menghadapi kelaparan, derita mengalahkannya; Apabila lapar
meyerangnya, kelemahan membuatnya duduk; Apabila makannya
meningkat, beratnya perut menyakitinya; Al-Hasil. [Setiap
kekurangan merugikannya]; Dan [setiap kelebihan menyakitinya].
Berilmulah orang yang mengetahui nilainya; Cukuplah bagi seseorang untuk
tetap jahil apabila tidak mengenal nilainya; Sesungguhnya orang yang
paling dibenci di hadapan ALLAH Azza Wa Jalla ialah orang yang
ditinggalkan ALLAH Azza Wa Jalla bersendirian; Ia tersesat dari jalan yang
benar dan bergerak tanpa petunjuk; Apabila ia dipanggil kepada perkebunan
dunia ini, ia giat; Tetapi apabila ia dipanggil ke perkebunan akhirat, ia
enggan serta bertangguh; Seakan-akan untuk apa yang ia giat adalah wajib
baginya, sedangkan segala yang untuk itu ia enggan tidak dituntut darinya.
"Ada banyak orang yang diberi waktu [oleh ALLAH Azza Wa Jalla] dengan
perlakuan baik terhadap mereka; Dan banyak orang tertipu kerana kegiatan
dosanya ditirai [oleh ALLAH Azza Wa Jalla]; Dan banyak yang terpesona
oleh pembicaraan baik tentang diri mereka sendiri; ALLAH Azza Wa Jalla
tidak mencubai orang yang diberi-Nya waktu [untuk tetap berdosa]."
"Tiada kekayaan yang lebih menguntungkan berbanding kebijaksanaan;

Tiada kesepian yang lebih mengasingkan berbanding puji diri; Tiada fikiran
sebaik kebijaksanaan; Tiada kemuliaan seperti [takwa kepada ALLAH Azza
Wa Jalla]; Tiada sahabat seperti keramahan; Tiada warisan seperti
kesopanan; Tiada pandu seperti anjuran; Tiada perniagaan seperti amal
sholeh; Tiada keuntungan seperti ganjaran Ilahi; Tiada mawas diri seperti
diam pada saat ragu; Tiada pantangan seperti menghindari larangan; Tiada
pengetahuan seperti pemikiran; Tiada ibadat seperti pelaksanaan
kewajiban; Tiada iman seperti kesederhaan serta kesabaran; Tiada capaian
seperti kerendahan hati; Tiada kehormatan seperti pengetahuan; Dan tiada
dukungan yang lebih dapat diandalkan daripada nasihat."
Suatu saat akan datang dan telah datang kepada anda; Ketika tiada yang
lebih tersembunyi dari kebenaran, tiada yang lebih nampak daripada
kebatilan dan tiada yang lebih lumrah dari dusta terhadap ALLAH Azza Wa
Jalla dan rasul-Nya bagi manusia di masa itu (mungkin kini); Tiada sesuatu
yang lebih tidak berharga selain Al-Quran yang dibaca sebagaimana
seharusnya ia dibaca dan tiada sesuatu yang lebih berharga dari Al-Quran
yang disalahtempatkan dari kedudukannya; Di kota-kota tiada yang lebih
dibenci dari kebajikan dan tiada yang lebih disukai berbanding kejahatan
(kemaksiatan).
Para pemegang kitab itu akan membuangnya dan para penghafalnya akan
melupakannya; Di hari-hari itu al-Quran dan umatnya akan terasing dan
tercampak; Mereka akan menjadi sahabat-sahabat yang berkumpul di satu
jalan, tetapi tidak seorang pun akan memberikan perlindungan kepada
mereka; Akibatnya, di masa itu al-Quran dan umatnya akan berada di
antara manusia tetapi tidak termasuk kalangan mereka; Dan akan berada
pada mereka tetapi tidak bersama mereka kerana kesesatan tidak akan
bersesuaian dengan petunjuk sekalipun mereka mungkin berada bersamasama; Manusia akan bersatu pada perpecahan dan oleh kerana itu akan
memutuskan diri dari umat, seolah-olah mereka adalah para pemimpin alQuran dan bukan al-Quran pemimpin mereka; Tiada darinya yang akan
tertinggal pada mereka kecuali namanya dan mereka tidak akan mengethaui
apa-apa kecuali tulisan dan kata-katanya (sebutan); Sebelum itu mereka
akan menimpakan kesukaran pada orang kebajikan, menamakan pandangan
orang sabar mengenai ALLAH Azza Wa Jalla hujah palsu dan menerapkan
kepada orang sabar hukuman orang zalim. Orang-orang sebelum anda
berlalu kerana [berpanjangan hawa nafsu] mereka dan kelupaan akan
kematian mereka hingga peristiwa yang dijanjikan itu menimpa mereka; Di
mana yang dalih-dalihnya ditampik (dibungkam), taubat ditolak serta
hukuman dan pembalasan ditimpakan.
"Dosa yang terburuk ialah dosa yang dipandang remeh oleh pelakunya."
"Banyak orang terjerumus ke dalam kejahatan (keburukan) kerana dipujipuji."
"Kekayaan dan kemiskinan akan ada setelah menghadap kepada ALLAH
Azza Wa Jalla."
"Apabila seseorang mempunyai sifat terbuka; Tunggu dan lihatlah sifatsifatnya yang lain."

"Tiada kota yang mempunyai hak lebih besar pada anda berbanding yang
lainnya; Kota yang terbaik bagi anda ialah kota yang melahirkan anda."
"Manusia adalah musuh dari apa yang tidak diketahuinya."
"Sabar adalah tirai untuk menutupi dan akal adalah pedang yang tajam;
Kerana itu, simpanlah kelemahan dalam perilaku anda dengan kesabaran
dan bunuhlah hawa nafsu anda dengan akal."
Janganlah menjadi seperti orang yang mengharapkan [rahmat] bagi
kehidupan di akhirat tanpa beramal dan menunda taubat dengan
[memperpanjang] hawa nafsu, lalu mengucapkan kata-kata sebagai [zahid]
di dunia ini. Tetapi bertindak sebagai orang yang berghairah untuk itu;
Apabila ia diberi sesuatu darinya, ia tidak merasa puas; Apabila ia ditolaki, ia
tidak puas; Ia tidak bersyukur atas apa yang ia perolehi dan menghasratkan
penambahan dalam apa saja yang tertinggal padanya; Ia mencegah orang
lain tetapi [tidak mencegah dirinya]; Ia menyuruhkan kepada orang lain apa
yang ia sendiri tidak melakukannya; Ia cinta kepada orang [bajik] tetapi
tidak berlaku seperti mereka; Ia membenci [orang keji] tetapi ia sendiri satu
dari mereka; Ia tidak menyukai maut kerana kelebih-lebihan dosanya tetapi
[menganut] apa yang kerana itu ia takut mati.
Apabila ia sakit, ia merasa malu; Apabila ia sihat, ia merasa aman lalu
berkecimpung dalam kesenangan; Apabila ia sembuh dari sakit, ia merasa
sombong akan dirinya; Apabila ia tertimpa musibah , ia merasa putus-asa;
Apabila kesusahan menimpanya, ia berdoa seperti orang yang kerasukan;
Apabila ia mendapatkan kelapangan hidup, ia jatuh ke dalam tipuan dan
memalingkan mukanya menjauh; Hatinya menaklukkan dengan hal-hal
khayalan sementara ia tidak dapat mengendalikan hatinya dengan
keyakinan; Bagi orang lain ia takutkan dosa-dosa kecil tetapi bagi dirinya ia
mengharapkan ganjaran yang lebih besar dari amalnya; bila ia menjadi
kaya, ia menjadi angkuh dan jatuh dalam kejahatan (kemungkaran):
Apabila ia menjadi miskin, ia berputus-asa dan menjadi lemah; Ia berlaku
singkat dalam beramal tetapi terlalu jauh ketika meminta; Apabila hawa
nafsu menguasainya, ia cepat berbuat maksiat tetapi lambat bertaubat;
Apabila kesukaran menimpanya, ia meninggalkan ketentuan agama; Ia
menggambarkan peristiwa-peristiwa yang mengandung pelajaran tetapi ia
sendiri tidak mengambil pelajaran; Ia berkhutbah panjang lebar tetapi tidak
menerima khutbah apa pun bagi dirinya sendiri; Ia tinggi dalam bicara tetapi
pendek dalam amal; Ia mendambakan hal-hal yang akan musnah dan
mengabaikan hal-hal yang bertahan abadi; Ia memandang keuntungan
sebagai kerugian dan kerugian sebagi keuntungan; Ia takut kematian tetapi
tidak berbuat sesuatu untuk menghadapinya; Ia memandang dosa-dosa
orang lain besar tetapi memandang dosanya sendiri kecil; Apabila ia berbuat
sesuatu dalam menaati ALLAH Azza Wa Jalla, ia memandangnya banyak
tetapi apabila orang lain melakukan hal yang sama, ia menganggapkan
sedikit; Kerana itu, maka ia mencela orang lain tetapi memuji dirinya;
Hiburan dalam pergaulan dengan orang berharta (mewah) lebih dicintainya
daripada mengingat [ALLAH Azza Wa Jalla] bersama orang miskin; Ia
menjatuhkan keputusan terhadap orang lain bagi kepentingannya sendiri
dan tidak berbuat demikian terhadap dirinya sendiri untuk kepentingan
orang lain; Ia menuntun orang lain tetapi menyesatkan dirinya sendiri; Ia

ditaati oleh orang lain tetapi ia sendiri tidak menaati [ALLAH Azza Wa Jalla];
Ia mencari kepuasan [kewajiban kepada dirinya sendiri] tetapi tidak
memenuhi kewajiban [terhadap orang lain]; Ia takut kepada manusia [dan
bertindak] bagi yang selain ALLAH Azza Wa Jalla dan tidak takut kepadaNya dalam urusannya dengan manusia.
"LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH"
Penjelasan:
Kita sama sekali bukan majikan bersama ALLAH Azza Wa Jalla atas apa pun
dan kita bukanlah majikan selain dijadikan-Nya kita majikan; Maka, ketika
ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan kita majikan atas sesuatu yang tentang
itu, ALLAH Azza Wa Jalla adalah [Majikan Yang Tertinggi] berbanding kita;
ALLAH Azza Wa Jalla menetapkan beberapa kewajiban kepada kita dan
apabila ALLAH Azza Wa Jalla mengambilnya; Maka, ALLAH Azza Wa Jalla
akan mengambil kewajibab-kewajiban itu juga.

"Sesungguhnya kita milik ALLAH dan kepada-Nya kita akan kembali"


Penjelasan:
'INNA LILLAHI', (Sesungguhnya kita milik ALLAH) adalah suatu pengakuan
akan kewalian-Nya atas diri kita dan 'WA INNA LILLAHI RAJIUN', (dan
sesungguhnya kepada-Nya kita akan kembali) adalah pengakuan bahawa
kita fana.
Segala puji bagi ALLAH Azza Wa Jalla yang telah menunjukkan kesan-kesan
sedemikian rupa tentang wewenangan-Nya dan kesucian dari kemuliaanNya melalui keajaiban-keajaiban dari kekuasaan-Nya sehingga mereka
menyilaukan bola mata dan mencegah fikiran menilai hakikat dari sifat-sifatNya; Saya bersaksi bahawa tiada tuhan selain ALLAH Azza Wa Jalla dengan
keimanan, kepastian, ketulusan dan keyakinan; Saya bersaksi bahawa
Muhammad adalah hamba-Nya dan rasul-Nyayang diutuskan ketika tandatanda petunjuk telah dihapus dan jalan agama telah sepi; Maka, beliau
membentangkan kebenaran, memberi nasihat kepada manusia, memberi
petunjuk kepada kebaikan dan memerintahkan mereka (manusia) untuk
menjadi sederhana; Semoga ALLAH Azza Wa Jalla memberi [selawat dan
salam] kepada beliau dan keturunannya.
Ketahuilah.... Wahai para hamba ALLAH bahawa Yang Maha Mencipta tidak
ciptakan anda dengan sia-sia dan tidak membiarkan anda; Yang Maha
Mengetahui luasnya nikmat-Nya dan besarnya kurnia-Nya kepada anda;
Kerana itu, mintalah kepada-Nya keberhasilan dan tercapainya tujuan;
Memohonlah ke hadapan-Nya dan carilah kemurahan-Nya; Tiada tirai yang
menyembunyikan anda dari-Nya; Tiada pintu yang tertutup di hadapan anda
terhadap-Nya; ALLAH Maha Mengetahui kita pada setiap tempat, pada
setiap saat juga pada setiap keadaan; Kerana ALLAH Azza Wa Jalla
bersama setiap manusia dan jin; ALLAH Maha Pemurah memberi tidak
menimbulkan suatu kekurangan pada-Nya; ALLAH Maha Pemurah memberi
hadiah tidak menyebabkan pengurangan pada-Nya; Seorang pengemis tidak
dapat menghabiskan-Nya dan membayar [kepada orang lain] tidak dapat
menyebabkan-Nya kehabisan.
Satu orang tidak dapat memalingkan perhatian-Nya dari orang lain, satu

suara tidak menghalangi-Nya dari suara lain dan satu pemberian nikmat
tidak mencegah-Nya dari menolak nikmat yang lain; Marah tidak mencegahNya dari belas kasihan; Belas kasihan tidak mencegah-Nya dari
menghukum; Ketersembunyian-Nya tidak menyembunyikan maujud-Nya
dan maujud-Nya tidak mencegah-Nya dari ketersembunyian-Nya; ALLAH
Azza Wa Jalla dekat dan sekaligus jauh; ALLAH Maha Tinggi dan pada saat
yang sama juga rendah; ALLAH Azza Wa Jalla maujud dan juga
tersembunyi; ALLAH Azza Wa Jalla tersembunyi namun termasyhur;
ALLAH Azza Wa Jalla meminjamkan tetapi tidak dipinjami apa pun; ALLAH
Azza Wa Jalla tidak menciptakan ciptaan setelah merancang, tidak pula
mengambil bantuan mereka kerana lelah.
Wahai para hamba ALLAH.... Untuk bertakwa kepada ALLAH Maha Agung
kerana [nasihat] itu adalah kendali dan tiang [agama]; Berpegang-teguhlah
pada pokok-pokoknya yang menonjol, peganglah terus hakikat-hakikatnya;
Itu akan membawa anda ke tempat kediaman yang lapang, tempat-tempat
kesenangan, benteng-benteng keamanan dan rumah-rumah kemuliaan pada
hari [Pengadilan] iaitu hari yang pada waktu itu mata [mereka] terbelalak;
Ketika akan ada kegelapan di mana-mana, ketika kelompok-kelompok kecil
unta hamil sepuluh bulan akan diberi izin untuk merumput dengan bebas
dan ketika sangkakala ditiup; Kemudian setiap yang hidup akan mati, setiap
suara akan menjadi bisu, gunung-gunung yang tinggi serta batu-batu yang
keras akan runtuh [berkeping-keping] sehingga batu-batunya yang keras
akan berubah menjadi pasir yang bergerak dan dasar-dasarnya akan
menjadi rata; [Pada hari itu] tidak akan ada perantara untuk mengantarai
dan tidak ada keluarga untuk menjauhkan [kesusahan] serta tiada dalih
yang dapat diperoleh.
ALLAH Azza Wa Jalla membuat telinga bagi anda untuk memelihara apa
yang penting, mata untuk melihat sebagai ganti kebutaan dan anggota
badan yang terdiri dari berbagai bahagian [yang lebih kecil], yang
lengkungannya sebanding dengan pembentukkan bangunnya serta panjang
usianya dan juga tubuh yang [menopang] dirinya; Malahan hati yang sibuk
mencari makanannya disamping nikmat-nikmat besar lain; Anugerahanugerah bagi yang memerlukan dan kubu-kubu keamanan; ALLAH Azza
Wa Jalla telah menetapkan bagi anda peninggalan dari manusia-manusia
yang telah berlalu untuk pendidikan anda; Orang-orang itu bersenangsenang sepenuhnya dan sama sekali tidak dihalangi; Maut menjangkaunya
sebelum [pemuasan] hawa nafsunya yang darinya maut memisahkan;
Mereka tidak mempersiapkan diri selagi tubuh mereka sihat dan tidak
mengambil pelajaran selagi masa muda.
Apakah orang-orang yang masih muda ini menunggu hingga saat bongkok
di hari tua dan orang-orang yang menikmati tubuh yang sihat menunggu
saat sakit-sakitan lalu orang-orang yang hidup ini menunggu saat kematian?
Ketika saat perpisahan mendekat dan saat perjalanan tiba dengan perihnya
kesedihan serta kebingungan, penderitaan dari kesusahan lalu tercekiknya
oleh liur; Waktu tiba untuk memanggil kaum kerabat dan sahabat untuk
menolong mengubah letak tubuhnya di tempat tidur; Maka, dapatkah saat
itu karib kerabat menghentikan kematian atau dapatkah para wanita yang
berkabung membawa perbaikan? Ia malah akan ditinggalkan sendiri di liang
yang terbatas pada sudut sempit uburnya.

Kulitnya dirobek-robek seluruhnya oleh serangga dan tubuhnya yang bugar,


hancur dan membusuk; Badai menyingkirkan jejak-jejak dan bencana
bahkan menghapus tanda-tandanya; Badan-badan yang bugar berubah
menjadi kurus dan layu serta tulang-tulang menjadi lapuk; Roh dibebani
dengan beratnya dosa dan baru menjadi sedar akan hal-hal yang ghaib;
Tetapi sekarang, amal baik tidak dapat ditambah lagi, tidak dapat pula
kejahatan (kemaksiatan) ditebus dengan bertaubat; Bukankah anda putra,
ayah, saudara dan kerabat dari orang-orang yang telah mati itu dan
tidakkah anda akan menyusul langkah mereka serta melewati jejak mereka?
Tetapi hati masih tidak tergugat, tidak peduli akan petunjuk, lalu bergerak
pada jalur yang salah; seakan-akan jalan yang benar ialah mengumpulkan
perolehan duniawi.
"Janganlah menganggap ungkapan (kata-kata) yang diucapkan seseorang
sebagai buruk bilamana anda dapat menemukan kemungkinannya
mengandung suatu kebaikan."
"Dosa yang paling parah adalah yang dianggap ringan oleh pelakunya."
"Seorang mukmin berwajah ceria, hati yang sedih, dada yang sangat lebar
(kedermawan) dan hati yang paling rendah; Ia membenci kedudukan tinggi,
tidak menyukai kemasyhuran; Kesedihannya panjang, keberaniannya
menjangkau jauh, diamnya banyak dan waktunya diisi; Ia merasa syukur,
kesabaran tertanam dalam fikirannya, kikir dalam meminta-minta [kepada
orang lain], berwajah cerah dan berketerampilan lembut; Ia lebih kuat dari
batu tetapi lebih merendah dari budak."
"Berhati-hatilah melanggar ALLAH Azza Wa Jalla dalam kesendirian kerana
Saksinya adalah juga Hakim."
"Bertanyalah untuk pengertian tetapi jangan menanyai untuk menjadi
bingung kerana orang jahil (tidak tahu) yang berusaha untuk belajar adalah
seperti orang terpelajar; Tetapi orang yang terpelajar yang berusaha untuk
menciptakan kebingungan adalah seperti orang jahil."
"Orang yang menghormati dirinya sendiri tidak akan melakukan penzinaan."
"Berapa banyak objek pelajaran tetapi betapa sedikit yang mengambil
pelajaran."
ALLAH Azza Wa Jalla telah perturunkan Kitab kepada Nabi Muhammad saw;
Kitab (al-Quran) sebagai cahaya yang nyalanya tidak dapat dipadamkan;
Suatu lampu yang sinarnya tidak mati; Suatu laut yang dalamnya tidak
dapat diduga; Suatu jalan yang arahnya tidak menyesatkan; Sinar yang
cahayanya tidak menjadi gelap; Pemisah [baik dan buruk] yang hujahnya
tidak melemah; Penjelas yang [fondasi-fondasinya] tidak dapat dibongkar;
Suatu ubat yang tidak meninggalkan kekhuatiran terhadap penyakit; Suatu
kehormatan yang para pendukungnya tidak dikalahkan; Dan suatu
kebenaran yang para penolongnya tidak ditinggalkan; Oleh kerana itu, ia
merupakan [tambang] iman dan pusatnya; Sumber pengetahuan dan
samuderanya; Kebun keadilan dan kolam-kolam airnya; Batu [fondasi] Islam
dan bangunannya; Lembah kebenaran dan lapangan-lapangannya;
Samudera yang tidak dapat dikeringkan oleh orang-orang yang menimba

air; Suatu tempat pengairan yang tidak dapat dihabiskan oleh orang-orang
yang datang untuk mengambil air; suatu perhentian kenderaan yang dalam
bergerak kepadanya para musafir tidak akan kehilangan jalan; Panji-panji
yang tiada pelangkah gagal melihatnya; Dan tanah tinggi di mana orangorang yang mendekatinya tidak dapat mengatasinya.
ALLAH Azza Wa Jalla telah menjadikan[nya] pemuas haus orang yang
berilmu; [Kembang] bagi hati ulama; [Jalanraya] bagi jalan-jalan orang
sholeh; [Ubat] yang setelah itu tiada lagi sakit; [Sinar cahaya] di mana tiada
kegelapan; [Tali] yang pegangannya kuat; [Kubu] yang puncaknya tidak
teratasi; [Kehormatan] bagi orang yang mencintai-Nya; Suatu [kedamaian]
bagi orang yang memasukinya; [Petunjuk] bagi orang yang mengikutinya;
[Dalih] bagi orang yang merempuh-Nya; [Hujah] bagi mereka yang
berhujah dengannya; [Pembawa beban] bagi orang yang memikulnya;
[Kenderaan] bagi orang yang mengamalkannya; [Panji] bagi orang
mempersenjatai diri [terhadap kesesatan]; [Pengetahuan] bagi orang yang
mendengarkan dengan cermat; [Riwayat] yang pantas bagi orang
meriwayatkannya; Dan [keputusan terakhir] bagi orang yang menetapkan
keputusan.
"Bertakwalah! Bertakwalah! Demi ALLAH Maha Bijaksana yang
menyembunyikan dosa-dosa anda sedemikian rupa seakan-akan telah
mengampuninya."
"Pelaku kebaikan lebih baik dari kebaikan itu sendiri dan pelaku
kemungkaran lebih buruk dari kemungkaran itu sendiri."
"Kekayaan yang terbaik ialah meninggalkan hawa nafsu."
ALLAH Maha Mengetahui hal-hal yang tersembunyi serta memahami
perasaan batin, meliputi segala sesuatu, menaklukkan segala sesuatu dan
menguasai segala sesuatu; Hendaklah setiap orang di antara anda sekelian
mengerjakan apa yang harus dilakukannya selama hari-hari kehidupannya
sebelum datangnya maut, selagi hari luangnya sebelum hari sibuk, selagi
bernafas sebelum terburu oleh kelemasan; Hendaklah ia meyediakan bagi
dirinya untuk perjalanannya dan mengumpul bekal dari tempat
[persinggahannya] untuk tempat [kediamannya]; Maka, ingatlah akan
ALLAH Maha Esa.... Wahai manusia tentang apa yang telah [Yang Maha
Agung] minta kepada anda dalam kitab-Nya untuk diperhatikan dan tentang
hak-hak-Nya yang telah diamanatkan kepada anda; Sesungguhnya ALLAH
Maha Suci tidak menciptakan anda dengan sia-sia dan tidak meninggalkan
anda tanpa kendali serta tidak pula membiarkan anda dalam kejahilan
mahupun kegelapan; ALLAH Maha Bijaksana telah membataskan apa yang
harus anda tinggalkan, mengajarkan kepada anda tentang amal perbuatan
anda, menetapkan ajal anda, menurunkan kepada anda Al-Quran yang
menerangkan segala sesuatu dan membuat nabi-Nya hidup dikalangan anda
selama waktu panjang sampai ALLAH Azza Wa Jalla menyelesaikan baginya
serta bagi anda pesan yang dikirimkan melalui Al-Quran- Yakni: Agama yang
diredhai-Nya dan menjelaskan melalui beliau (Rasulullah saw) tentang
perbuatan baik dan buruknya, larangan-larangan dan perintah-perintah-Nya.
ALLAH Azza Wa Jalla telah menyampaikan [argumen-argumen] dan alasanalasan-Nya pada anda ALLAH Maha Mengetahui mengajukan kepada anda

janji-janji-Nya dan memperingatkan anda akan hukuman yang keras;


Kerana itu, anda harus memperbaiki diri selama sisa hari-hari anda dan
berlaku sabarlah di hari-hari ini; Hari-hari ini lebih sedikit dibandingkan
dengan banyak hari di mana anda telah menunjukkan kelalaian dan
ketidakpedulian terhadap peringatan; Janganlah biarkan waktu menguasai
diri anda kerana itu akan menempatkan anda di jalan orang-orang yang
zalim serta janganlah [hidup] seenaknya kerana itu akan mendorong anda
kepada dosa.
Wahai hamba ALLAH! Penasihat yang terbaik bagi dirinya sendiri ialah
orang yang paling taat kepada ALLAH Azza Wa Jalla; Tertipulah orang yang
menipu dirinya sendiri, diirilah orang yang keimanannya selamat,
beruntunglah orang yang mengambil pelajaran dari orang lain dan celakalah
orang yang menjadi mangsa hawa nafsunya; Hendaklah anda ketahui
bahawa kemunafikan yang paling kecil pun adalah seperti syirik dan
berkawan dengan orang yang mengikuti hawa nafsunya adalah kunci kepada
kelalaian Agama serta adalah tempat kedudukan iblis.
Berjaga-jagalah terhadap kepalsuan (dusta) kerana ia bertentangan dengan
keimanan; Orang yang jujur berada di ketinggian penyelamatan dan
kehormatan, sedangkan si pembohong berada di tepi kehinaan dan
kenistaan; Janganlah menaruh irihati kerana ia memakan [iman],
sebagaimana api menelan kayu kering; Janganlah mendengki kerana ia
adalah [pengikis] kebajikan dan ketahuilah bahawa hawa nafsu melalaikan
akal serta mengubah ingatan menjadi lalai; Anda harus membatilkan hawa
nafsu kerana ia merupakan tipuan dan orang yang dikuasai hawa nafsu
berada dalam tipuan.
Segala puji bagi ALLAH Azza Wa Jalla; Yang dikenal tanpa dilihat; Yang
Menciptakan tanpa merenungkan; Yang Ada sejak [ketika] tiada langit
dengan kubah-kubah, tanpa ada tirai dengan pintu-pintu agung, tanpa
malam gelap, tanpa lautan damai, tanpa gunung-gunung dengan jalan-jalan
yang lebar, tanpa jalan-jalan [mengkelok], tanpa bumi dari lantai-lantai
yang terbentang, tanpa makhluk-makhluk yang mengandalkan diri sendiri;
ALLAH Azza Wa Jalla; Pengasal penciptaan dan Rajanya; ALLAH Azza Wa
Jalla tuhan dari penciptaan dan pemberi rezekinya; [Matahari dan bulan]
bergerak tetap dalam mengikuti kehendak-Nya. [Mereka] membuat setiap
barang segar menjadi tua dan setiap yang jauh menjadi dekat.
ALLAH Azza Wa Jalla membahagikan rezeki [mereka] serta menghitung
amal [mereka], jumlah nafas [mereka], pandangan [mereka] yang
tersembunyi dan segala yang tersimpan dalam dada [mereka]; ALLAH
Maha Mengetahui tempat-tempat tinggal [mereka] dan tempat terakhir
[mereka] dalam sulbi dan kandungan hingga [mereka] sampai ajalnya.
Hukuman-Nya pada musuh adalah keras walaupun ALLAH Maha Pengasih
dan cinta-Nya kepada para sahabat-Nya luas walaupun hukuman-Nya keras;
ALLAH Azza Wa Jalla menaklukkan orang yang hendak mengatasi-Nya,
mengaibkan orang yang hendak menentang-Nya dari menguasai orang yang
memusuhi-Nya; ALLAH Maha Memberi kepada yang meminta kepada-Nya;
ALLAH Azza Wa Jalla cukup bagi orang yang bersandar kepada-Nya dan
memberi pahala kepada yang bersyukur kepada-Nya.
Wahai hamba-hamba ALLAH! Timbanglah diri anda, sebelum anda

ditimbang dan perhitungkanlah diri anda, sebelum anda diperhitungkan;


Bernafaslah sebelum lemasnya tenggorokan, taatlah sebelum anda digiring
dengan kasar; Ketahuilah bahawa apabila orang tidak menolong dirinya
dalam bertindak sebagai penasihat dan pemberi peringatan bagi dirinya;
Maka, tiada orang lain yang dapat [dengan efektif] menjadi penasihat dan
pemberi peringatan baginya.
Sekiranya anda merenungkan kekuasaan-Nya dan betapa luas nikmat-Nya,
tentu anda sudah kembali ke jalan yang benar dan takut akan hukuman
neraka; Tetapi hati berpenyakit dan mata tidak murni; Tidakkah anda
melihat hal-hal kecil yang telah diciptakan-Nya? Bagaimana ALLAH Azza Wa
Jalla memperkuatkan jaringannya dan membuka bagi anda pendengaran
serta penglihatan dan membuat bagi anda tulang dan kulit? Lihatlah semut
dengan tubuhnya yang kecil dan bentuknya yang halus. Ia hampir tidak
terlihat disudut mata, tidak dapat pula ditangkap oleh imaginasi. Betapa ia
berjalan di bumi dan menggunakan rezekinya. Ia membawa gabah
(bekalan) ke lubangnya dan menyimpan di tempat kediamannya. Ia
mengumpul selama musim panas untuk musim dinginnya dan selama kuat
untuk masa lemahnya. Rezekinya terjamin dan di beri makan menurut
[pantasnya]. ALLAH [Yang Baik] tidak melupakannya; ALLAH [Yang
Memberi] tidak merenggut haknya walaupun ia berada di batu kering
ataupun karang yang kukuh.
Apabila anda memikirkan tentang jalan pencernaannya di bahagian tinggi
dan rendah. Selaput belulang pada perutnya dan matanya serta telinga di
kepalanya. Anda akan takjub tentang penciptaannya dan anda akan
merasakan kesulitan dalam [menggambarkannya]. ALLAH Maha Tinggi
telah membuatnya berdiri pada kaki-kakinya dan menegakkannya pada
tiang-tiangnya (anggota). Tiada sekutu yang turut beserta-Nya dalam
memulainya dan tiada sesuatu yang berkuasa membantu-Nya dalam
penciptaan. Apabila anda melangkah pada jalan imaginasi anda dan
mencapainya, hal itu tidak akan membawa anda ke mana-mana kecuali
bahawa [Pencipta] semut adalah sama dengan [Pencipta] kurma kerana
segala sesuatu mempunyai [kehalusan] dan detail yang sama dan setiap
makhluk hidup mempunyai sedikit perbezaan.
Segala puji bagi ALLAH Azza Wa Jalla; Yang dari belas kasih-Nya, tiada
orang kehilangan harapan; Yang dari nikmat-nikmat-Nya, tiada orang tidak
mendapatkan; Yang dari keampunan-Nya, tiada orang kecewa; Dan yang
ibadah kepada-Nya, tiada yang terlalu tinggi.
Dunia ini adalah tempat yang fana dan penghuninya akan meninggalkannya.
Ia manis dan hijau. Ia bergegas kepada pencarinya dan bertaut pada hati si
pemandang. Maka, tinggalkanlah ia dengan perbekalan terbaik yang dapat
anda peroleh dan janganlah meminta di sini lebih banyak dari yang cukup
serta jangan menuntut darinya lebih dari keperluan hidup.
Teruskanlah zikir kepada ALLAH Azza Wa Jalla (tawakkal) kerana hal itu
adalah ingatan yang tebaik dan berhasratlah kepada apa yang telah ALLAH
Maha Benar janjikan kepada orang-orang takwa; Janji-Nya adalah janji yang
paling benar; Melangkahlah pada jalan Nabi anda kerana itulah jalan yang
paling utama; Ikutilah sunnah Nabi kerana itulah yang paling benar dari
semua perilaku.

Pelajarilah (ketahuilah isi kandungannya) al-Quran kerana ia adalah


kembang hati yang terbaik; Carilah kesembuhan dengan cahayanya kerana
ia adalah ubat bagi hati; Bacalah ia dengan indah kerana ia adalah riwayat
paling indah; sesungguhnya orang berilmu yang tidak beramal bertindak
sesuai dengan pengetahuannya adalah ibarat oarang jahil yang tidak
berakal, malahan tidak terlepas dari kejahilan; Tetapi pada yang berilmu,
tuntutan ALLAH Azza Wa Jalla lebih besar dan kesedihan lebih melekat
serta ia lebih patut disalahkan di hadapan [Yang Maha Adil].
"Sahabat anda ada tiga dan musuh anda ada tiga; [Sahabat anda] adalah
sahabat anda, sahabat dari sahabat anda dan musuh dari musuh anda;
Sedangkan [musuh anda] adalah musuh anda, musuh dari sahabat anda
dan sahabat dari musuh anda."
"Janganlah bercampur gaul dengan orang dungu kerana ia akan menghiasi
perbuatannya di hadapan anda lalu menghasratkan agar anda pun menjadi
sepertinya."
"Kesihatan badan datang dari ketiadaan irihati."
"Asamnya dunia ini adalah manisnya dunia akan datang; Sedangkan dunia
ini adalah asamnya dunia yang akan datang."
"Perempuan adalah jelek dan yang terjelek dari kejelekannya itu ialah orang
tidak dapat hidup tanpa mereka."
"Perilaku yang terbaik dari wanita adalah yang merupakan perilaku terburuk
bagi lelaki, yakni: Angkuh, penakut dan kikir; Perempuan itu sombong
kerana ia tidak mahu izinkan siapa pun mendapat [akses] kepadanya; Ia
kikir kerana memelihara hartanya sendiri dan harta suaminya; Dan ia
penakut kerana bimbang akan segala yang menimpanya."
Orang-orang yang tidak berbuat dosa telah dianugerahkan keselamatan
[dari dosa] harus menaruh belas kasihan pada pendosa dan orang yang
tidak taat lainnya; Rasa syukur harus selalu menjadi kegemaran mereka
yang paling besar dan [hal] itu harus mencegah mereka dari [mencari-cari]
kesalahan orang lain; Bagaimana si penggunjing yang menyalahkan
saudaranya serta mencari-cari kesalahan? Apakah ia tidak mengingat
bahawa ALLAH Azza Wa Jalla telah menyembunyikan dosa-dosa yang
dilakukannya, padahal dosa-dosa itu lebih besar dari dosa-dosa saudaranya
(orang lain) yang ditunjukkannya; Bagaimana ia dapat memburukburukkannya tentang dosa-dosa, padahal ia sendiri telah berbuat dosa yang
seperti itu? Sekalipun ia tidak berbuat dosa yang serupa itu, tentulah ia
telah berbuat dosa-dosa yang lebih besar; Demi ALLAH Maha Menyaksikan,
sekalipun ia tidak melakukan dosa-dosa besar tetapi melakukan dosa-dosa
kecil, pembualannya (menghebahkan) atas dosa-dosa orang itu sendiri
merupakan dosa besar.
"Abaikanlah kepedihan, jika tidak? Maka, anda tidak akan pernah
berbahagia ataupun abaikanlah rasa sakit dan sedih, maka anda akan selalu
berbahagia."

"Barangsiapa menuntut pertanggungan jawab dirinya sendiri, akan


beruntung; Barangsiapa mengabaikannya, akan menderita; Barangsiapa
merasa bimbang, maka ia akan aman; Barangsiapa mengambil pelajaran
[dari keadaan sekitarnya] akan beroleh cahaya; Barangsiapa beroleh
cahaya, maka ia beroleh pengertian; Dan barangsiapa beroleh pengertian,
maka ia beroleh pengetahuan."
"Hati menjadi lelah sebagaimana tubuh menjadi lelah; Sebab itu anda harus
mencari (dapatkan) ucapan-ucapan indah baginya mereka [untuk dinikmati
sebagai penyegaran]."
"Hasil kelalaian adalah aib; Sedangkan hasil pandangan jauh adalah
keselamatan."
Wahai hamba-hamba ALLAH! Saya nasihati anda untuk menjauhi dari dunia
yang [segera] akan meninggalkan anda sekalipun anda tidak menghendaki
perpisahannya serta yang akan membuat jasad anda tua sekalipun anda
menghendakinya tetap segar; Ibarat anda dan ibaratnya adalah seperti para
musafir yang berjalan menempuh suatu jarak dan kemudian seakan-akan
mereka menempuhnya dengan cepat atau mereka menuju kepada suatu
tanda dan segera mencapainya; Betapa pendek jarak ke tujuan itu apabila
orang [langsung] menuju ke sana dan mencapainya serta betapa pendek
tahapan orang yang hanya mempunyai satu hari yang tidak dapat
dilampauinya sementara seorang penunggang yang cepat sedang
mengusirnya di dunia ini sehingga berpisah darinya.
Maka, janganlah anda mendambakan kemuliaan dunia serta kebanggaannya
dan janganlah merasa senang atas kecantikan serta kenikmatannya; Jangan
pula meratapi kerugian serta kemalangannya kerana kemuliaan dan
kebanggaan akan berakhir, sedangkan kecantikan serta kenikmatannya akan
lenyap; Malahan kerosakan serta kemalangannya akan berlalu; Setiap masa
di dalamnya mempunyai akhir dan setiap makhluk hidup di dalamnya akan
mati; Tidakkah ada peringatan bagi anda dalam peninggalan para pendahulu
dan pembuka mata serta pelajaran dalam [pengalaman] para datuk-moyang
anda; Apabila anda berfikir?
Tidakkah anda melihat bahawa para pendahulu anda tidak kembali dan para
penyusul yang masih hidup tidak tinggal? Tidakkah anda melihat bahawa
manusia dunia berlalu pagi dan petang dalam berbagai keadaan? Maka, [di
suatu tempat] mayat ditangisi, seseorang dihiburi, seseorang [terjungkal]
dalam kesedihan, seseorang bertanya tentang sakit, seseorang melewatkan
nafasnya yang terakhir, seseorang merindukan dunia sementara maut
sedang mencarinya, seseorang lupa tetapi ia tidak dilupakan [oleh maut]
dan pada jejak langkah para pendahulu itu berjalan orang-orang yang masih
hidup.
Berjaga-jagalah pada saat melakukan perbuatan-perbuatan mungkar;
Ingatlah akan perosak kegembiraan, perosak kesenangan, pembunuh hasrat
-[Yakni maut]; Carilah pertolongan ALLAH Azza Wa Jalla untuk memenuhi
hak-hak yang wajib kepada-Nya dan untuk [bersyukur kepada-Nya] atas
nikmat-nikmat serta kebaikan-Nya yang tidak terhitung banyaknya.

"Apabila seseorang cepat dalam mengatakan hal-hal yang tidak mereka


sukai tentang [orang lain], maka orang berbicara tentang apa yang mereka
tidak tahu tentang dia."
"Barangsiapa [memperpanjangkan] hawa nafsunya, ia menghancurkan amal
perbuatannya."
"Diberkatilah orang yang terus mengingat kehidupan yang berikut bertindak
sedemikian rupa sehingga memungkinkan dia [mempertanggungjawabkannya] tetap puas dengan apa yang mencukupinya dan tetap redha
kepada ALLAH Azza Wa Jalla."
Berhati-hatilah! Dunia ini adalah tempat dari mana perlindungan tidak dapat
kecuali sementara berada di dalamnya. Tindakan yang dilakukan sematamata untuk dunia ini tidak dapat menjamin keselamatan. Manusia dicuba di
dalamnya melalui cubaan. Apa yang telah diambilnya di sini bagi
kesenangan duniawi akan diambil darinya [dengan kematian] malahan ia
akan ditanyai tentangnya. Segala [perbuatan baik] yang telah [mereka]
capai untuk akhirat akan didapatkannya di sana serta tinggal dengannya.
Bagi orang cerdas, dunia ini laksana bayangan. Sesaat ia terbentang dan
meluas tetapi segera ia mengerut dan menciut.
Saya nasihati anda sekelian wahai para hamba ALLAH untuk bertakwa
kepada ALLAH Azza Wa Jalla; Saya peringatkan anda terhadap [para
munafik] kerana mereka sendiri [tersesat dan menyesatkan] orang lain dan
[mereka] telah tergelincir serta membuat [orang lain] tergelincir; [Mereka]
berubah menjadi banyak warna dan menempuh berbagai jalan; [Mereka]
mendukung anda dengan segala macam dukungan serta menghadang anda
pada setiap pengintipan; Hati [mereka] berpenyakit sementara wajah
[mereka] bersih; [Mereka] berjalan mencuri-curi dan melangkah seperti
mendekatinya penyakit [pada badan]; Kata-kata [mereka] berbicara tentang
pengubatan tetapi tindakan [mereka] seperti penyakit yang tidak
tersembuhkan; [Mereka] cemburu akan kelapangan, memperkuatkan
kesusahan dan menghancurkan harapan; Korban [mereka] kedapatan
terbaring pada setiap jalan, sementara [mereka] mempunyai [sarana] untuk
mendekati setiap hati serta [mereka] mempunyai air mata [palsu] untuk
setiap kesedihan.
[Mereka] saling memuji dan mengharapkan ganjaran dari sesamanya;
Apabila [mereka] meminta sesuatu, [mereka] mendesak untuk itu; Apabila
[mereka] menegur [seseorang], [mereka] menghina[nya]; Malahan, apabila
[mereka] menetapkan keputusan, [mereka melampaui batas]; [Mereka]
telah mengambil untuk setiap kebenaran suatu jalan kebatilan; Untuk setiap
yang hidup seorang pembunuh, untuk setiap pintu [yang tertutup] sebuah
kunci dan untuk setiap malam sebuah lamp; [Mereka] menaruh serakah
tetap dalam putus-asa untuk memelihara dengannya [pasar mereka] serta
untuk mempopularkan [dagangan mereka] yang bagus; Bila berbicara
[mereka] menimbulkan keraguan; Bila [mereka] menggambarkan, [mereka]
berlebih-lebihan; Mula-mula [mereka] menawarkan jalan-jalan yang mudah
tetapi [kemudian mereka] membuatnya menjadi sempit; Singkatnya,
[mereka] adalah partai iblis dan sengatan api; [Syaitan] telah menguasai
[mereka], lalu menjadikan [mereka] lupa mengingat ALLAH Azza Wa Jalla
(perkhabaran dan peringatan serta tawakkal); [Mereka] itulah golongan

syaitan; Ketahuilah bahawa sesungguhnya golongan syaitan itulah golongan


merugi.
ALLAH Azza Wa Jalla mengawali penciptaan tanpa sesuatu contoh yang
mungkin diikuti-Nya dan tanpa suatu contoh yang disediakan oleh sesuatu
pencipta yang diketahui, yang ada sebelum-Nya; ALLAH Azza Wa Jalla
menunjukkan kepada [kita] kerajaan dari kekuasaan-Nya dan hal-hal
menakjubkan yang berbicara tentang kebijaksanaan-Nya; Pengakuan dari
hal-hal yang diciptakan bahawa wujud [mereka] adalah kerana-Nya
menyedarkan [kita] bahawa [argumen] telah disediakan tentang mengenalNya [sehingga] tiada alasan untuk menentang-Nya; Tanda-tanda kekuasaan
penciptaan-Nyadan panji kebijaksanaan-Nya tersedia pada hal-hal
menakjubkan yang telah diciptakan-Nya; Segala sesuatu yang telah
diciptakan-Nya adalah [hujah] yang membenarkan-Nya serta [petunjuk]
menuju kepada-Nya; Bahkan benda yang membungkam seakan-akan
berkata dan petunjuknya kepada [Pencipta] adalah jelas.
Saya bersaksi bahawa orang yang menyerupakan ALLAH Azza Wa Jalla
dengan keterpisahan anggota-anggota badan atau dengan memadukan
hujung-hujung jasadnya tidaklah mengenalkan batinnya dengan
pengetahuan tentang-Nya dan hatinya tidak mendapat keyakinan bahawa
tiada [serikat] bagi-Nya; Seakan-akan ia (mereka) belum mendengar [para
pengikut yang salah] turut menyangkali dewa-dewa [mereka] dengan
mengatakan: "Demi ALLAH, sungguh kita dahulu dalam kesesatan yang
nyata kerana kita mempersamakan kamu dengan Tuhan semesta alam."
Salahnya [mereka] yang menyerupakan-Nya dengan berhala-berhala
[mereka] serta membusanai-Nya dengan busana para makhluk dengan
khayalan [mereka], menyifatkan kepada-Nya bahagian-bahagian badan
dengan fikiran [mereka] sendiri dan memandang-Nya seperti makhlukmakhluk berbagai jenis melalui pekerjaan akalnya.
Saya bersaksi bahawa barangsiapa menyamakan ALLAH Azza Wa Jalla
dengan apa pun dari antara ciptaan-Nya, maka ia [mereka] mengambil
saingan bagi-Nya adalah kafir sesuai dengan apa yang dinyatakan dalam
ayat-ayat-Nya (al-Quran) yang tidak meragukan serta yang ditunjukkan oleh
tanda dari hujah-hujah-Nya (al-Quran) yang jelas.
Saya bersaksi bahawa ALLAH Azza Wa Jalla adalah Tuhan yang tidak dapat
dibataskan dalam [belenggu] fikiran sehingga mengakui perubahan keadaan
dengan memasuki khayalannya, tidak pula dalam belenggu akal sehingga
menjadi berbatas serta menjadi objek perubahan.
Saya akan mendefinasikan Islam sebagai yang belum pernah ada orang
mendefinasikannya: Islam adalah penyerahan; Penyerahan adalah
keyakinan; Keyakinan adalah pengukuhan; Pengukuhan adalah pengakuan;
Pengakuan adalah pelaksanaan [kewajiban]; Dan pelaksanaan kewajiban
adalah amal.
"Apabila anda mendengar suatu hadis; Ujilah itu menurut akal; Janganlah
sekadar mendengar kerana periwayat pengetahuan ada banyak tetapi yang
menjaganya hanya sedikit."
"Nasihati teman anda dengan perilaku baik terhadapnya dan jauhkanlah

kejahatannya dengan berbuat baik kepadanya."


"Setiap manusia akan menemui kesudahannya, manis atau asam."
"Orang yang dianugerahkan empat hal bukannya dilarangi empat hal: Orang
yang mengajukan taubat bukan tidak beroleh sambutan; Orang yang
mencari keampunan bukan tidak diberi ampun; Dan orang yang bersyukur
bukan tidak diberi kelanjutan nikmat."
"Orang yang mendapatkan beberapa pendapat, mengerti akan lubang
jebakan."
"Barangsiapa bertindak semata-mata dengan pendapatnya sendiri, akan
runtuh; Dan barangsiapa bermusyawarah dengan orang lain, ia ikut
mempunyai fikiran mereka."
"Sesungguhnya anda sudah melihat sekiranya saja anda peduli untuk
melihat; Sesungguhnya anda akan sudah terbimbing sekiranya anda peduli
untuk mengambil petunjuk; Dan sesungguhnya anda sudah mendengar
apabila anda peduli untuk meminjamkan telinga anda."
"Apabila ucapan orang bijaksana tepat mengenai sasaran, hal itu merupakan
ubat; Tetapi apabila salah maka ia menjadi penyakit."
"Banyak orang yang dibawa secara beransur-ansur kepada hukuman dengan
perlakuan baik kepadanya; Banyak orang tetap tertipu kerana kejahatankejahatannya ditutupi; Dan banyak orang yang berada dalam ilusi kerana
pembicaraan baik tentang dia, padahal tiada cubaan ALLAH Azza Wa Jalla
yang lebih besar daripada pemberian waktu kepadanya."
Wahai manusia! Pandanglah dunia seperti orang yang berpantang darinya
serta menjauh darinya; Demi ALLAH Azza Wa Jalla, ia akan menjadi tidak
berpenghuni dan menyebabkan kesedihan kepada yang senang serta aman;
Yang berpaling dan pergi darinya tidak permah kembali, sedangkan yang
mungkin akan datang tidak diketahui atau diduga; Kesenangannya
bercampur dengan kesedihan; Di dalamnya keteguhan manusia cenderung
kepada kelemahan dan kelesuan; Kebanyakan dari yang menyenangkan
anda di sini hendaklah tidak menyesatkan anda kerana yang menolong anda
hanya sedikit.
Semoga ALLAH Azza Wa Jalla mencurahkan rahmat-Nya kepada orang
merenungkan serta mengambil pelajaran dan ketika ia megambil pelajaran,
ia mencapai pencernaan; Segala yang ada di dunia ini segera akan tiada
lagi, sedangkan segala yang akan ada di dunia berikut sudah ada; Setiap
yang dapat dihitung akan berlalu, setiap yang akan datang harus dianggap
akan muncul dan setiap yang akan muncul harus dianggap sudah dekat.
"Semua hal tunduk kepada takdir sehingga kadang-kadang, bahkan
kematian merupakan akibat dari usaha."
"Mereka meninggalkan kebenaran tetapi tidak mendukung kebatilan."
"Membantu orang yang terlanda kesukaran serta menghiburkan orang-orang

yang dalam kesusahan bererti menebus dosa-dosa besar."


"Wahai bani Adam! Apabila anda melihat bahawa Tuhan Yang Maha Suci
menganugerahkan nikmat-Nya kepada anda, sementera anda tidak
menaati-Nya; Hendaklah anda takut kepada-Nya."
"Apabila seseorang menyembunyikan barang sesuatu dihatinya; Hal itu akan
terungkap melalui kata-kata yang tidak disengajakan dari lidahnya dan pada
[rona] wajahnya."
"Teruskanlah berjalan dalam sakit anda sementara anda masih sanggup."
"Apabila anda melarikan diri dari dunia dan kematian sedang mendekat;
Tiada masalah penangguhan dalam pertemuan."
Dengan Nama ALLAH Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Segala puji bagi
ALLAH Azza Wa Jalla; Tuhan Semesta Alam. Andaikan anda dapat melihat
apa yang telah dilihat oleh orang-orang dikalangan anda yang telah mati,
anda akan bingung dan susah. Pada waktu itu anda akan mendengarkan
dan menaati. Tetapi apa yang telah mereka lihat masih ditabiri dari anda.
Tidak lama lagi tabir akan dirobek-robek. Kepada anda telah diperlihatkan,
asal anda melihat dan kepada anda telah diperdengarkan, asalkan anda
mendengarkan serta anda telah diberi petunjuk, asalkan anda menerima
petunjuk. Saya berkata kepada anda dengan benar, anda telah dipanggil
dengan nyaring oleh contoh-contoh [yang mengandung pelajaran] dan
diperingatkan melalui pokok yang penuh peringatan. Setelah para rasul
Ilahi, hanya manusia yang dapat menyampaikan risalah dari ALLAH Azza
Wa Jalla. [Maka, apa yang saya sampaikan adalah dari ALLAH Maha Esa lagi
Maha Agung].
Ketahuilah bahawa al-Quran adalah penasihat yang tidak pernah menipu,
pemimpin yang tidak pernah menyesatkan dan periwayat yang tidak pernah
berkata dusta; Tiada orang yang duduk disisi al-Quran melainkan apabila ia
bangkit; Ia akan mencapai suatu tambahan atau suatu [penguranganpenambahan] dalam petunjuk baginya atau penghapusan dalam kebutaan
rohani[nya]; Hendaklah anda ketahui pula bahawa tidak seorang pun akan
memerlukan sesuatu setelah [bimbingan] al-Quran dan tidak seorang pun
akan bebas dari keperluan sebelum [beroleh petunjuk] dari al-Quran; Oleh
kerana itu, carilah pengubatan darinya bagi sakit anda, bagi penyakit yang
paling besar- Yakni: Kekafiran, kemunafikan, kederhakaan dan kesesatan;
Berdoalah (tawakkal serta zikir) kepada ALLAH Azza Wa Jalla melaluinya
dan berpalinglah kepada-Nya dengan kecintaanya; Jangan bertanya kepada
manusia melaluinya; Tiada sesuatu sepertinya yang melaluinya manusia
harus berpaling kepada ALLAH Maha Tinggi.
Ketahuilah bahawa ia pemberi syafaat, malahan syafaatnya akan diterima;
Ia pembicara yang telah teruji untuk siapa pun al-Quran memberi syafaat
pada hari Pengadilan, syafaat baginya akan diterima; Orang yang
tentangnya al-Quran berbicara buruk di hari Pengadilan akan
membenarkannya; Di Hari Pengadilan seorang penyeru akan memaklumkan:
["Hati-hatilah, setiap penyebar benih berada dalam kesusahan kecuali
penyebar al-Quran]. Kerana itu, hendaklah anda sekelian termasuk
dikalangan penyebar al-Quran dan pengikutnya; Jadikanlah ia penuntun

kepada ALLAH Azza Wa Jalla; Carilah nasihatnya untuk diri anda sendiri;
Janganlah anda percayai pendapat anda yang menentangnya serta
pandanglah hawa nafsu anda sebagai menipu dalam urusan al-Quran.
[ALLAH Maha Suci tidak menasihati seseorang melainkan atas garis alQuran] kerana ia merupakan tali kuat ALLAH Azza Wa Jalla serta sarananya
yang berharga; Ia mengandung perkembangan hati dan sumber-sumber
ilmu; Bagi hati tida keterangan lain daripada al-Quran, walaupun orangorang yang mengingatkannya telah berlalu sedang orang yang
melupakannya atau pura-pura melupakannya tertinggal; Apabila anda
melihat suatu kebaikan, berikanlah dukungan anda kepadanya tetapi apabila
anda melihat keburukan, hindarilah ia kerana [Rasulullah saw mengatakan:
"Wahai putra Adam! Berbuat baiklah serta jauhilah keburukan; Dengan
demikian anda akan menapak dengan benar].
WASALAM

PESAN AN ATAU PER I NG ATAN !?


"ADA BANYAK ORANG YANG DIBERI WAKTU [OLEH
ALLAH AZZA WA JALLA] DENGAN PERLAKUAN BAIK
TERHADAP MEREKA; DAN BANYAK ORANG TERTIPU
KER AN A KEG I ATAN D O SAN YA D IT I R AI [O L EH A LL A H
AZZA WA JALLA]; DAN BANYAK YANG TERPESONA
OLEH PEMBICARAAN BAIK TENTANG DIRI MEREKA
SENDIRI; ALLAH AZZA WA JALLA TIDAK MENCUBAI
ORANG YANG DIBERI-NYA WAKTU [UNTUK TETAP
BERDOSA]."
SETIAP ORANG YANG TELAH DEWASA (AKIL BALIGH) PASTI ADA
KAITANNYA DENGAN AL-QURAN YANG DITURUNKAN ALLAH Azza
Wa Jalla.
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Segala puji
bagi ALLAH, Tuhan semesta alam, Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
Yang menguasai hari pembalasan. Hanya kepada Engkaulah kami
menyembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan.
Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah
Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang
dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Bacalah.. dengan (menyebut) nama Tuhanmu Yang Maha Mencipta
Surah Al-Alaq, ayat 1
PESANAN ATAU PERINGATAN!?
Dari ayah/ibu yang [tak lama lagi] akan mati dan juga pasti mati, yang
mengakui kesukaran-kesukaran masa, yang telah berpaling dari kehidupan,
yang telah menyerah kepada [petaka] waktu, yang menyedari kejahatankejahatan dunia, yang sedang hidup dalam kediaman orang mati dan
berpisah dari mereka pada suatu hari: Kepada putra dan putri yang

merindukan apa yang tidak akan tercapai, yang sedang melangkah pada
jalan orang-orang yang telah mati, yang merupakan korban keluhan, terlibat
dalam [kecemasan] sehari-hari, yang merupakan sasaran kesukaran, hamba
dari dunia, pedagang dari tipuannya, penghutang hasrat-hasrat, tawanan
kefanaan, sekutu kecemasan, tetangga kesedihan, korban kepedihan yang
telah dikalahkan oleh hawa nafsu, penerus dari yang mati.
Sekarang [hendaklah Anda ketahui bahawa] apa yang telah saya pelajari
dari berpalingnya dunia ini dari saya, serangan waktu dan majunya dunia
akhirat yang akan datang, cukuplah untuk mencegah dari mengingat
seseorang kecuali diri sendiri dan dari memikirkan yang di luar diri sendiri.
Tetapi, ketika membataskan diri pada kecemasan diri sendiri dengan
meninggalkan kecemasan-kecemasan orang lain, akal menyelamatkan dan
melindungi dari hawa nafsu. [Akal] itu menjelaskan kepada urusan dan
membimbing kepada kesungguhan di mana tiada kecerdikan dan kebenaran
yang tidak dinodai oleh kebatilan. Di sini saya mendapatkan Anda
sebahagian dari diri saya. Bahkan saya mendapatkan Anda keseluruhan
saya, sehingga apabila sesuatu menimpa Anda, seakan-akan hal itu
menimpa saya. Akibatnya, urusan Anda bererti bagi saya sebagai urusan
saya sendiri bererti bagi saya. Maka saya menulis nasihat (pesanan) ini
kepada Anda sebagai suatu alat untuk mencari pertolongan melaluinya, baik
saya tinggal hidup bagi Anda atau berhenti hidup.
Saya menasihati Anda supaya bertakwa kepada ALLAH, wahai putra putriku
sekalian, untuk mematuhi perintah-perintah-Nya, untuk memenuhi hati
Anda dengan ingatan kepada-Nya dan untuk berpaut pada harapan dari Dia.
Tiada hubungan yang lebih dapat diandalkan melainkan hubungan antara
Anda dan ALLAH Azza Wa Jalla, asal Anda berpegang pada-Nya. Hidupkan
hati Anda dengan dakwah, bunuh dia dengan zuhud, kuatkan tenaganya
dengan keimanan yang kukuh, cahayai dia dengan kebijaksanaan, hinakan
dia dengan mengingati mati, buatlah ia mempercayai kefanaan, buatkan dia
melihat malapetaka dunia ini, buatlah dia takut akan wewenang waktu dan
kekerasan dari beberapa perubahan selama malam dan siang, tempatkan di
hadapannya peristiwa-peristiwa manusia masa lalu, ingatkan kepadanya apa
yang menimpa orang-orang yang berada di hadapan Anda dan berjalan di
antara kota-kota mereka dan reruntuhan, lalu lihatlah apa yang [telah]
mereka lakukan, dari apa mereka telah melarikan diri dan kemana mereka
telah pergi dan tinggal. Akan Anda dapati bahawa mereka berpisah dari para
sahabat dan tinggal dalam kesunyian. Oleh kerana itu, buatlah rencana
untuk tempat tinggal Anda dan janganlah menjual kehidupan akhirat Anda
dengan dunia ini.
Jauhkan berbicara tentang apa yang tidak Anda ketahui dan berbicara
tentang yang bukan urusan Anda. Menjauhlah dari jalur di mana Anda
khuatir tersesat kerana menahan diri bilamana ada kekhuatiran akan
tersesat lebih baik daripada memasuki bahaya. Anjurkan orang-orang lain
berbuat baik maka Anda akan termasuk di antara orang-orang yang berbuat
baik. Cegahlah orang lain dari keburukan dengan tindakan Anda maupun
berbicara Anda dan menjauhlah sekuat kuasa Anda dari orang yang
melakukannya. Berjihadlah demi ALLAH Azza Wa Jalla sebagaimana yang
patut bagi-Nya dan janganlah cercaan seorang pencerca menciutkan Anda
dari urusan ALLAH Azza Wa Jalla. Meloncatlah ke dalam bahaya demi
kebenaran di mana [kebenaran] itu berada. Dapatkan wawasan dalam

hukum agama. Biasakanlah diri Anda bersabar menghadapi kesukaran


kerana ciri akhlak yang terbaik ialah kesabaran dalam urusan kebenaran.
Dalam segala urusan Anda, bersandarlah Anda kepada ALLAH Azza Wa Jalla
Tuhan Anda, kerana dengan demikian Anda akan menyandarkan diri pada
suatu pelindungan yang aman dan Pelindung yang kuat. Anda hanya harus
meminta pada Tuhan Anda kerana di dalam tangan-Nya terletak segala
pemberian dan pengambilan. Carilah kebaikan [dari ALLAH Azza Wa Jalla]
sedapat-dapat Anda. Fahami nasihat saya dan jangan berpaling darinya
kerana kata-kata yang terbaik ialah kata-kata yang bermanfaat. Ketahuilah
bahawa tidak ada kebaikan dalam pengetahuan yang tidak bermanfaat dan
apabila pengetahuan tidak digunakan maka mendapatkannya tidak
dibenarkan.
Wahai putra putriku sekalian, bilamana saya melihat bahawa berusia matang
dan melihat bahawa saya semakin bertambah dalam kelemahan, saya
bergegas dengan wasiat ini untuk Anda dan menuliskan pokok-pokoknya
yang mendasar agar maut tidak menyusul saya sebelum membukakan
kepada Anda apa yang ada dalam hati saya, atau jangan akal terpengaruh
sebagaimana badan saya telah terpengaruh, atau kekuatan-kekuatan hawa
nafsu atau bencana dunia menyusul Anda [dan] membuat Anda menjadi
seperti unta pembangkang. Sesungguhnya, hati orang muda adalah seperti
tanah yang belum ditanami. Ia menerima apa saja yang ditaburkan atasnya.
Maka saya bergegas membentuk Anda secara patut sebelum hati Anda
mengeras dan fikiran Anda terisi, agar Anda siap menerima melalui akal
Anda hasil dari pengalaman orang lain dan selamat dari mengalami sendiri
pengalaman-pengalaman ini. Secara ini, Anda akan mengelakkan kesukaran
mencarinya dan kesulitan mengalaminya. Dengan demikian, Anda akan
dapat mengetahui apa yang telah kami alami dan bahkan akan menjadi
jelas bagi Anda apa yang mungkin tidak kami dapati.
Wahai putra putriku sekalian, sekalipun saya tidak mencapai usia yang
dicapai orang-orang sebelum saya, namun saya melihat ke dalam perilaku
mereka dan memikirkan peristiwa-peristiwa dari kehidupan mereka. Saya
berjalan di antara reruntuhan mereka sampai seakan saya menjadi salah
satu dari mereka. Sesungguhnya, kerana urusan-urusan mereka telah saya
ketahui, seakan-akan saya telah hidup dengan mereka dari awal hingga
akhirnya. Oleh kerana itu, saya telah mampu membedakan yang najis dari
yang jernih dan manfaat dari mudarat.
Saya telah memilihkan untuk Anda yang terbaik dari hal-hal itu dan
mengumpulkan bagi Anda pokok-pokok yang baik dan menjauhkan dari
Anda pokok-pokoknya yang tidak bermanfaat. Kerana saya merasakan bagi
urusan Anda sebagai ayah yang hidup harus merasakannya dan bertujuan
untuk memberikan latihan kepada Anda. Saya fikir hal itu haruslah pada
suatu waktu bilamana anda sedang maju dalam usia dan baru di gelanggang
dunia, memiliki niat lurus dan hati yang bersih dan bahawa saya harus
membawakan ajaran Al-Quran (Kitab ALLAH Yang Memiliki Kekuasaan dan
Kerajaan) dan tafsirannya, hukum-hukum Islam dan perintah-perintah-Nya,
hal-halnya yang halal dan yang haram dan bahawa saya tak boleh
melewatkan ini bagi Anda. Saya bimbang kalau-kalau Anda sampai bingung
sebagaimana orang-orang lain telah bingung disebabkan hawa nafsu dan
pendapat-pendapat mereka [yang beraneka ragam] tanpa bersandarkan
Kitabullah(Al-Quran). Lebih-lebih lagi pendapat-pendapat datangnya dari

orang kafir yang nampak indah(baik) tapi tersirat tipudaya(kebingungan)


kerana pendapat-pendapat berikut tidak mendasarkan kepada keimanan
yang sebenar.Oleh kerana itu, walaupun saya tak suka Anda diperingatkan
seperti ini, lebih baik bagi saya untuk memperkuatkan Anda dengan nasihat
ini berbanding meninggalkan Anda dalam suatu kedudukan di mana saya
tidak menganggap Anda luput dari jatuh dalam kehancuran. Saya berharap
kiranya ALLAH Azza Wa Jalla akan menolong Anda dalam sikap Anda yang
terus terang dan membimbing Anda dalam ketegasan Anda. Sesuai dengan
itu, saya menulis penggalan wasiat saya ini bagi Anda.
Ketahuilah Wahai putra putriku sekalian bahawa yang paling saya sukai
untuk Anda ambil dari wasiat ini ialah Takwa kepada ALLAH, membataskan
diri Anda kepada apa yang telah diwajibkan ALLAH atas Anda dan
mengikuti perbuatan-perbuatan [nasihat] orang-orang tua Anda dan orangorang berkebajikan dari keluarga Anda kerana mereka tidak kekurangan
dalam melihat bagi diri mereka sendiri apa yang Anda lihat bagi diri Anda
sendiri. Mereka juga perbuat tentang urusan mereka sebagaimana Anda
suka memikirkan [urusan Anda]. Setelah itu, pemikiran mereka
mengantarkan untuk melaksanakan kewajiban-kewajiban yang mereka
ketahui dan berhenti dari apa yang mereka tidak dituntut melakukannya.
Apabila hati Anda tidak menerima ini tanpa mendapatkan pengetahuan
seperti mereka mendapatkannya, maka pencarian Anda haruslah pertamatama melalui pengertian dan pelajaran dan tidak jatuh ke dalam keraguan
atau terlibat dalam pertengkaran.
Dan sebelum Anda meraba ke dalam hal ini, Anda harus mulai dengan
mencari pertolongan Tuhan Anda (ALLAH Yang Maha Pembimbing lagi Maha
Mengetahui) dan berpaling kepada-Nya untuk memohon keberhasilan dan
menjauh dari segala sesuatu yang melemparkan Anda ke dalam keraguankeraguan dan mencampakkan Anda ke dalam kesesatan (tatkala
kebingungan). Bilamana Anda telah yakin bahwa hati Anda bersih dan
merendah (kerana ALLAH Azza Wa Jalla) dan fikiran-fikiran anda telah
berpadu, dan Anda hanya mempunyai satu fikiran yakni tentang hal ini
maka Anda akan melihat apa yang telah saya terangkan kepada Anda.
Tetapi apabila Anda belum mampu mencapai kedamaian pengamatan dan
pemikiran yang Anda suka mempunyainya, maka ketahuilah bahawa Anda
hanya menjejak bumi seperti seekor unta betina yang buta dan jatuh ke
dalam kegelapan, padahal seorang pencari agama dan ilmu tidak
seharusnya meraba-raba dalam gelap atau menciptakan kebingungan.Lebih
baik mengelakkan akan hal ini.
Camkanlah nasihat saya, wahai putra putriku sekalian dan ketahuilah
bahawa Ia (ALLAH Maha Agung) yang Raja kematian adalah juga Raja
kehidupan, bahawa Maha Pencipta menyebabkan kematian pula. Bahawa
ALLAH Azza Wa Jalla yang menghancurkan adalah Pemulih kehidupan
(ALLAH Maha Kuasa) dan bahawa Dia yang menimpa penyakit adalah juga
Penyembuh (ALLAH Maha Penyembuh). Dunia ini berlanjut secara yang
dibuat oleh ALLAH Azza Wa Jalla, sehubungan dengan kesenangan, cubaan,
ganjaran pada Hari Pengadilan dan segala yang Dia kehendaki dan tidak
Anda ketahui. Apabila barang sesuatu dari nasihat ini tidak Anda mengerti
maka kaitkan itu kepada ketidaktahuan Anda tentang itu, kerana ketika
Anda mula-mula dilahirkan, Anda dilahirkan dengan tak tahu. Setelah itu,
Anda mendapatkan pengetahuan [tentang ilmu yang hakiki]. Ada banyak

urusan yang tentangnya Anda tidak tahu dan di mana penglihatan Anda
yang pertama bertanya-tanya dan mata Anda berkelana, lalu sesudah ini
Anda melihatnya. Oleh kerana itu, berpeganglah erat-erat kepada ALLAH
Azza Wa Jalla yang menciptakan Anda, memberi Anda rezeki, dan
menertibkan Anda, Ibadah Anda adalah kerana-Nya, ghairah Anda adalah
untuk-Nya dan takut Anda sememang Kepada-Nya.
Ketahuilah Wahai putra putriku sekalian, tiada seorang pun menerima
risalah dari ALLAH Yang Maha Suci seperti Nabi [saw] menerimanya. Oleh
kerana itu, pandanglah beliau sebagai pelopor dan pemimpin Anda kepada
keselamatan. Sesungguhnya, saya tidak akan meninggalkan suatu usaha
dalam memberikan nasihat kepada Anda, dan sungguh.. Sekalipun anda
berusaha. Anda tidak akan dapat beroleh wawasan bagi kesejahteraan Anda
sebagaimana saya berikan kepada Anda kini.
Ketahuilah Wahai putra putriku sekalian, sekiranya ada suatu mitra dengan
Tuhan Anda maka para utusan [mitra] itupun akan datang kepada Anda.
Dan Anda akan sudah melihat tanda-tanda wewenang dan kekuasaanya dan
Anda akan sudah melihat perbuatan dan sifat-sifatnya. Tetapi Tuhan Yang
Esa (ALLAH Azza Wa Jalla) telah menggambarkan Diri-Nya. Tiada satu pun
yang dapat membantah-Nya dalam wewenang-Nya. Dia ada sebelum segala
sesuatu tanpa suatu permulaan. Dia akan tetap setelah segala sesuatu dan
akan berada tanpa akhir. Dia terlalu amat besar untuk membiarkan
keilahian-Nya dibuktikan dengan hati atau mata yang meliput. Bilamana
Anda telah memahami ini maka Anda harus melakukan apa yang dilakukan
orang yang seperti Anda dengan kedudukannya yang rendah, ketiadaan
wewenangnya ketidakmampuannya yang makin meningkat dan keperluan
besarnya akan Tuhannya untuk mencari ketaatan kepada-Nya, takut akan
hukuman-Nya dan takut akan marah-Nya kerana Dia tidak memerintahkan
Anda selain untuk kebajikan dan tidak mencegah Anda kecuali dari
keburukan (kesalahan).
Wahai putra putriku sekalian, saya telah memberitahukan kepada Anda
tentang dunia, kondisinya, kelapukan dan kefanaannya, dan saya telah
memberitahukan kepada Anda tentang Akhirat dan tentang apa yang telah
tersedia di dalamnya bagi orang-orangnya. Saya menceritakan kepada Anda
perumpamaan tentangnya, agar Anda dapat menarik pelajaran darinya dan
bertindak menurutnya. Misal orang-orang yang telah memahami dunia
adalah seperti para musafir yang setelah muak dengan tempat-tempat yang
dilanda kekeringan [lalu] pergi kepada kehijauan dan tempat yang berbuahbuahan. Lalu mereka bersabar atas kesulitan dalam perjalanan, perpisahan
dengan para sahabat, kesukaran perjalanan dan makanan yang tidak sihat
untuk mencapai tanah mereka yang berkelimpahan dan tempat tinggal.
Akibatnya mereka tidak merasakan suatu keperihan dalam semua ini dan
tidak menganggap suatu perbelanjaan sebagai sia-sia. Tiada yang lebih
patut dicintai bagi mereka berbanding apa yang membawa mereka pada
tujuan mereka dan membawa mereka lebih dekat ke tempat tinggal mereka.
[Berlawanan ini] misal orang-orang yang tertipu oleh dunia ini adalah orang
yang berada di tempat yang hijau tetapi mereka muak dengannya lalu pergi
ke tempat yang dilanda kekeringan. Oleh kerana itu, bagi mereka tiada yang
lebih dibenci atau disukai berbanding meninggalkan tempat di mana mereka
berada untuk pergi ke suatu tempat yang akan mereka capai tanpa diharapharapkan dan ke mana mereka sedang menuju.

Wahai putra putriku sekalian, jadikanlah diri Anda sendiri ukuran [untuk
berurusan] antara Anda dan orang lain. Maka anda harus menghasratkan
bagi orang lain apa yang Anda hasratkan bagi diri Anda sendiri dan
bencikanlah untuk orang lain apa yang Anda bencikan untuk diri Anda
sendiri. Janganlah menindas sebagaimana Anda tak suka ditindas. Berbuat
baiklah kepada orang lain sebagaimana Anda menghendaki perlakuan baik
kepada Anda sendiri. Pandanglah yang buruk bagi diri Anda buruk bagi
orang lain. Terimalah [perlakuan] dari orang lain yang Anda suka orang lain
menerima dari Anda. Jangan berbicara tentang apa yang Anda tidak ketahui,
sekalipun apa yang Anda ketahui sangat sedikit. Jangan katakan kepada
orang lain apa yang Anda tak mahu dikatakan kepada Anda.
Ketahuilah bahawa mengagumi diri bertentangan dengan kepatutan dan
merupakan petaka bagi jiwa. Oleh kerana itu, perbesarlah usaha Anda dan
jangan menjadi bendahara bagi [kekayaan untuk diwariskan kepada] orang
lain. Bilamana Anda telah terbimbing pada jalan yang benar, rendahkanlah
diri Anda di hadapan ALLAH Azza Wa Jalla sedapat-dapat Anda.
Ketahuilah bahawa di hadapan Anda terletak jalan jaraknya panjang dan
kesukaran keras dan Anda tak dapat mengelak dari mencarinya. Ambillah
keperluan perbekalan Anda dengan menjaga agar beban itu ringan
(kesederhanaan). Janganlah Anda memuati belakang Anda melampaui
kemampuan sendiri agar dapat beratnya tidak menjadi bencana bagi Anda.
Bilamana Anda bersua dengan yang lebih memerlukan yang dapat
membawa perbekalan bagi Anda untuk diserahkan kembali kepada Anda
pada Hari Pengadilan ketika Anda lebih memerlukannya, maka terimalah dia
sebagai suatu peluang dan dapatkan ia untuk membawanya. Masukkan
dalam perbekalan itu sebanyak mungkin Anda sanggupi kerana boleh jadi
apabila Anda memerlukan dia [kemudian], Anda tidak akan mendapatkan
dia. Apabila seseorang mau meminjam dari Anda di hari-hari kelimpahan
Anda untuk dibayarkan kembali kepada Anda pada suatu saat keperluan
Anda maka pergunakanlah peluang ini.
Ketahuilah bahawa di depan Anda terletak suatu lembah yang tak
tertanggungkan di mana orang yang berbeban ringan berada dalam kondisi
yang lebih baik daripada orang yang berbeban berat dan yang melangkah
lambat akan berada dalam keadaan yang lebih buruk dari yang melangkah
cepat. Titik akhir Anda di hujung lain jalan ini pastilah syurga atau neraka.
Oleh kerana itu, intailah sendiri sebelum memunggah dan persiapkanlah
tempat sebelum turun kerana setelah mati tak mungkin ada persiapan dan
tidak pula mungkin kembali ke dunia ini.
Ketahuilah bahawa ALLAH Azza Wa Jalla yang memiliki perbendaharaan
langit dan bumi telah memperkenankan Anda untuk berdoa kepada-Nya dan
telah menjanjikan kepada Anda penerimaan doa. ALLAH Azza Wa Jalla telah
memerintahkan kepada Anda untuk memohon kepada-Nya agar Dia
memberi kepada Anda, dan mencari belas kasih-Nya agar Dia menaruh
belas kasih kepada Anda. ALLAH Azza Wa Jalla tidak menempatkan barang
sesuatu antara Anda dan Dia yang mungkin menabiri-Nya dari Anda. ALLAH
Azza Wa Jalla tidak menuntut Anda untuk mendapatkan perantara bagi Anda
kepada-Nya dan apabila Anda keliru Dia tidak mencegah Anda untuk
bertaubat. ALLAH Azza Wa Jalla tidak bergegas dengan hukuman. Dia tidak
mengejek Anda kerana bertaubat, tidak pula Dia menghina Anda ketika

penghinaan lebih layak bagi Anda. ALLAH Azza Wa Jalla tidak kasar dalam
menerima taubat. Dia tidak menanyai Anda tentang dosa-dosa Anda dengan
keras. ALLAH Azza Wa Jalla tidak mengecewakan Anda dari rahmat-Nya.
Malah Dia memandang pemantangan dari dosa sebagai suatu kebajikan.
ALLAH Azza Wa Jalla menghitung satu dosa Anda sebagai satu, sementara
Dia menghitung kebajikan Anda sebagai sepuluh.
ALLAH Azza Wa Jalla telah membukakan pintu taubat bagi Anda. Oleh
kerana itu, bilamana Anda menyeru-Nya, Dia mengetahui bisikan Anda.
Anda ajukanlah kepada-Nya keinginan Anda, bukakanlah tabir diri Anda di
hadapan-Nya, keluhkanlah kepada-Nya kecemasan-kecemasan Anda,
memohonlah kepada-Nya untuk menyingkirkan kesusahan Anda, carilah
pertolongan dalam urusan Anda, capailah pemeliharaan-Nya dari dikuasai
hawa nafsu [riak yang bakal mengundang kelupaan dan kesalahan],
mintalah dari perbendaharaan rahmat-Nya apa yang tiada satu pun selainNya yang berkuasa memberikannya, yakni panjang usia, kesihatan badan
dan peningkatan rezeki. Maka Dia telah menempatkan kunci-kunci di tangan
Anda dengan menunjukkan kepada Anda jalan untuk meminta kepada-Nya
(ALLAH Maha Pembimbing)..
Oleh kerana itu, ke mana saja Anda kehendaki bukakanlah pintu-pintu
nikmat-Nya dan biarlah hujan rahmat-Nya yang melimpah jatuh kepada
Anda. Keterlambatan dalam penerimaan doa itu janganlah hendaknya
mengecewakan Anda kerana anugerah doa sesuai dengan ukuran niat
[Anda]. Kadang-kadang penerimaan [doa] tertunda dengan maksud agar
menjadi suatu sumber ganjaran lebih besar kepada si peminta dan [sumber]
dari pemberian-pemberian yang lebih baik kepada si pengharap. Kadangkadang Anda meminta sesuatu tetapi tidak diberikan kepada Anda dan
sesuatu lebih baik diberikan kepada Anda kemudian atau sesuatu diambil
dari Anda demi suatu kebaikan yang lebih besar bagi Anda, kerana kadangkadang Anda meminta sesuatu yang mengandungi keruntuhan bagi akal,
agama dan maruah diri Anda apabila diberikan kepada Anda (ALLAH Maha
Mengetahui). Memang benar ALLAH Azza Wa Jalla telah berfirman tentang
nasib bagi setiap kaum malahan setiap orang dari Anda bagi mengubah
nasib sendiri tetapi kesilapannya Anda terlupa untuk mendasarkan kepadaNya bagi mendapatkan pemeliharaan dari-Nya dalam mengubah nasib Anda.
Oleh kerana itu, permohonan Anda hendaklah untuk hal-hal yang
keindahannya patutlah tepat dan bebannya harus tetap jauh dari Anda.
Mengenai kekayaan, itu tak akan benar-benar sesuai bagi Anda kerana ada
tanggungjawabnya yang perlu dipikul. Sebahagiannya adalah untuk
diserahkan kepada yang berhak andai Anda mengetahuinya, Anda hanya
pemegang amanah apabila kekayaan itu melimpah kepada Anda. Dan Anda
pun tak akan hidup untuk itu pada hakikat-Nya.
Dunia ini adalah negeri yang benar bagi mereka yang bersikap benar
terhadapnya, negeri yang sihat bagi mereka yang memahaminya, negeri
yang kaya bagi mereka yang berbekal diri darinya, negeri nasihat bagi
mereka yang mahu mengambil nasihat darinya, masjid para kekasih ALLAH
dan tempat sholat para malaikat-Nya, tempat turunnya wahyu, tempat
berlabuh para wali ALLAH, di mana mereka mencari rahmat ALLAH di
dalamnya dan beruntung memperoleh syurga di dalamnya.
Wahai putra putriku sekalian, ketahuilah bahawa Anda telah diciptakan

untuk Akhirat bukan untuk dunia ini. Kefanaan di dunia ini bukan untuk
kekal, dan untuk mati bukan untuk hidup. Anda berada di suatu tempat
yang bukan milik Anda, sebuah rumah untuk membuat persiapan dan
sesuatu lorong ke arah dunia berikut. Anda sedang dikejar-kejar oleh
kematian dari mana orang melarikan diri tak dapat luput kerana [maut] itu
pasti akan menyusul. Andai Anda terlupa, ketahuilah Wahai Putra Putriku
ajal (maut) tak pernah melupakan kita. Yang pasti janganlah Anda dilupai
oleh ALLAH Azza Wa Jalla akibat dari kesenangan yang Anda dapat lalu
asyik dengan dengannya hingga berlaku kesilapan yang bakal menjadi
kesalahan. Dan daripada itu, Anda melupakan dosa-dosa itu, ketahuilah
sememangnya Anda rasa bahawa Anda perolehi keselamatan akibat dari
kekeliruan Anda sendiri. Maka, berjaga-jagalah atasnya agar ia tidak
menyusul Anda pada suatu saat ketika Anda dalam keadaan berdosa dan
Anda sedang berfikir tentang bertaubat tetapi ia menciptakan halangan
antara Anda dan taubat. Dalam hal demikian Anda akan menghancurkan diri
Anda sendiri.
Seseorang mengucapkan, Astaghfirullah [Saya memohon keampunan
ALLAH]. Ibu Anda boleh menangisi Anda; Anda tak tahu apa erti
Astaghfirullah. Astaghfirullah dimaksudkan bagi orang-orang yang
berkedudukan tinggi. Kata itu berdiri di atas enam syarat [topangan]. Yang
pertama ialah bertaubat atas yang lalu-lalu; yang kedua, bertekad sungguhsungguh untuk tidak kembali kepadanya; yang ketiga ialah memenuhi hakhak manusia supaya Anda menemui ALLAH Azza Wa Jalla dengan bersih
tanpa ada sesuatu untuk dipertanggungjawabkan; yang keempat memenuhi
setiap kewajiban yang Anda abaikan [diwaktu lalu] sehingga sekarang Anda
boleh berlaku adil ke atasnya; yang kelima mengenai daging yang tumbuh
sebagai hasil rezeki yang haram agar Anda dapat meleburkannya dengan
kesedihan [kerana bertaubat] sampai kulit menyentuh tulang, dan tumbuh
daging baru di antara [kulit dan tulang] itu; dan yang keenam ialah
membuat tubuh merasakan keperihannya ketaatan sebagaimana
[dahulunya] Anda membuatnya merasakan manisnya pelanggaran
[melakukan dosa]. Pada keadaan semacam itu Anda boleh mengatakan,
Astaghfirullah.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Biarkanlah mereka dan bersenang-lenang dengan kemewahan dunia dan
dilalaikan oleh angan-angan(daripada bertaubat dan insaf); Kemudian
mereka akan mengetahui kelak(bencana perbuatan mereka)
Surah Al-Hijr, ayat 3
Wahai putra putriku sekalian, banyak-banyaklah mengingat kematian dan
tempat ke mana Anda pergi secara tiba-tiba dan [mesti Anda] capai setelah
mati, sehingga bilamana hal itu datang Anda sudah sedia berjaga-jaga
terhadapnya dan telah mempersiapkan diri untuk itu dan ia tidak datang
kepada Anda dengan amat sangat mendadak lalu mengejutkan Anda.
Berhati-hatilah, agar jangan Anda tertipu oleh sandaran orang kepada
godaan dunia dan kesibukan mereka atasnya. ALLAH Azza Wa Jalla telah
memperingatkan Anda tentang itu, dan dunia telah memberitahukan kepada
Anda tentang sifatnya yang fana, dan telah membukakan tabirnya kepada
Anda tentang kejahatan-kejahatannya.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:

..dan ALLAH menimpakan kemungkaran kepada orang-orang yang tidak


menggunakan akalnya
Surah Yunus, ayat 100
Sesungguhnya, orang-orang yang memburunya adalah seperti anjing-anjing
menyalak atau haiwan-haiwan buas pemakan daging yang saling membenci.
Yang lebih kuat di antara mereka memakan yang lemah dan yang besar di
antara memijak yang kecil. Bagi mereka yang rela menggadai akal, agama
yang lurus dan maruah [rasa malu] demi kesenangan [keseronokan hawa
nafsu] pasti tidak gentar dengan amaran-amaran ALLAH Azza Wa Jalla.
Kebenarannya, haiwan (binatang) sememangnya tidak punya akal, agama
yang lurus dan maruah [rasa malu]. Haiwan hanya memiliki hawa nafsu
(habitat). Hawa nafsu sememangnya menuntut kesenangan (kekuasaan).
Beberapa [di antaranya] adalah seperti ternak yang tertambat dan yang lain
seperti ternak yang tak tertambat yang telah kehilangan akalnya dan
sedang berlarian ke arah-arah yang tak diketahui. Mereka adalah kawanan
petaka yang mengembara di lembah-lembah kasar. Tiada gembala yang
menahan mereka dan tiada pula gembala yang akan membawanya
merumput. Dunia telah menempatkan mereka pada jalur kebutaan dan
mengambil mata mereka dari mercu petunjuk. Apa yang terjadi sekarang
ada di antara golongan kononnya mereka sedar akan kesalahan-kesalahan
yang mereka lakukan namun di atas satu alasan yang membingungkan
mereka menantikan seru [petunjuk dan hidayah dari ALLAH Azza Wa Jalla].
Padahal seruan telah lama wujud dan tanda-tanda petunjuk itu telah
diberikan melalui orang-orang terdahulu dari mereka. Adakah mereka tak
mempergunakan akal mereka? Oleh kerana itu, mereka telah dibingungkan
dalam kebingungannya dan tenggelam dalam kesenangan-kesenangannya.
Mereka menganggapnya sebagai tuhan sehingga ia mempermainkan
mereka. Mereka pun bermain dengannya dan melupakan apa yang
disebaliknya. Sungguh dan cukuplah .. Wahai mereka yang masih lagi
hidup sebagai kawanan haiwan terdidik, Kembalilah Anda kepada asal
kejadian manusia. Kembalilah kepada-Nya yang telah menjadikan manusia
iaitu sebaik-baik [Insan]. ALLAH Maha Pengampun lagi Maha Adil.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Perumpamaan orang-orang yang tidak beriman ialah seperti gembala yang
meneriakkan ternaknya yang tidak mendengar selain suara panggilan dan
seruan sahaja. Mereka tuli, bisu dan buta sebab mereka tidak menggunakan
akal fikiran.
Surah Al-Baqarah, ayat 171
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Barangsiapa diberi petunjuk oleh ALLAH, maka dialah yang mendapat
petunjuk; Dan barangsiapa disesatkan-Nya, maka kamu tidak akan
mendapatkan seorang pemimpin pun yang mampu memberi petunjuk
kepadanya.
Surah Al-Kahfi, ayat 17
Kegelapan sedang sirna beransur-ansur. Sekarang seakan-akan para musafir
telah turun dan yang bergegas akan segera bertemu. Ketahuilah Wahai
putra putriku sekelian, bahawa setiap penunggang kenderaan malam dan
siang dibawa oleh [kenderaan siang dan malam] itu, sekalipun ia dalam

keadaan berhenti dan ia meliputi jarak sekalipun ia sedang menginap dan


beristirehat.
Ketahuilah dengan pasti bahawa Anda tak dapat mencapai hasrat anda dan
tak dapat melampaui kehidupan Anda yang telah ditakdirkan. Takdir-Nya
kepada kita hanyalah hidup kita di dunia dan mati kita untuk Akhirat. Jodoh
itu hanyalah nasib kehidupan Anda yang perlu diubah andai Anda mengerti
dan mengetahui bahawa rezeki-rezeki (keinginan) yang Anda minta
sebenarnya merupakan amanah yang perlu Anda salurkan dengan sebaikbaiknya. Anda berada pada jalur orang-orang sebelum Anda. Oleh kerana
itu, berlaku sederhanalah dalam mencari dan berlaku sederhanalah dalam
menerima, kerana sering dalam mencari itu mengantarkan kepada
kehilangan [akal, agama yang lurus dan maruah (rasa malu)].Tidak setiap
pencari rezeki mendapatkannya. Jauhkanlah diri Anda dari setiap hal yang
rendah, sekalipun itu mungkin membawa Anda kepada tujuan yang Anda
hasratkan, kerana Anda tidak akan mendapatkan suatu kembalian atas
kehormatan Anda sendiri yang Anda belanjakan. Janganlah menjadi budak
orang lain kerana ALLAH Azza Wa Jalla telah membuat Anda bebas. Tiada
kebaikan dalam kebajikan yang dicapai melalui keburukan dan tiada
kebaikan dalam kesenangan yang dicapai melalui kesukaran [yang
mengaibkan].
Berhati-hatilah, jangan sampai pembawa keserakahan membawa Anda dan
menurunkan Anda pada sumber-sumber kehancuran. Apabila Anda dapat
mengatur agar tiada orang kaya di antara Anda dan ALLAH Azza Wa Jalla,
lakukanlah itu kerana dalam hal bagaimanapun Anda akan mendapatkan
apa yang untuk Anda dan mendapatkan bahagian Anda. Kecil yang diterima
langsung dari ALLAH Yang Maha Suci lebih terhormat daripada yang lebih
banyak tetapi diterima melalui [hutang budi kepada] makhluk-Nya,
walaupun [sesungguhnya semuanya dari ALLAH Azza Wa Jalla.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
..dan apa-apa nikmat yang ada pada kalian, maka itu semua dari
ALLAH.
Surah Al-Baqarah, ayat 165
Lebih mudah memulihkan apa yang Anda hilang dalam diam-diam
berbanding mendapatkan apa yang Anda hilangkan dengan berbicara.
Segala sesuatu yang berada dalam satu wadah dapat ditahan dengan
menutupkan katupnya. Saya seharusnya lebih menyukai Anda menahan apa
yang ada di dalam tangan Anda berbanding mencari apa yang ada di tangan
orang lain. Kepahitan dari kekecewaan lebih baik daripada mencari dari
orang. Pekerjaan tangan dengan kesucian lebih baik daripada kekayaan dari
kehidupan yang keji. Seorang lelaki adalah pengawal terbaik atas rahsiarahsianya sendiri. Sering orang berjuang untuk apa yang membawa mudarat
baginya. Orang banyak berbicara banyak, berbicara kosong. Barangsiapa
merenung, ia kan melihat. Bergaullah dengan orang-orang berkebajikan
[Orang berilmu], Anda akan menjadi salah satu dari mereka. Menjauhlah
dari orang jahat [orang bodoh dan dungu], Anda akan tetap selamat dari
mereka. Makanan yang terburuk ialah yang haram. Kezaliman kepada yang
lemah adalah kezaliman yang paling buruk. ALLAH Azza Wa Jalla akan
menimpa azab bagi orang yang zalim pada diri sendiri dan pada orang lain.

Di mana kelunakan tidak sesuai, kekasaran adalah kelunakan. Seringkali


ubat adalah penyakit dan penyakit itu ubat jua. Sering lawan memberikan
nasihat yang tepat sementara teman menipu. Jangan bergantung pada
harapan, kerana harapan adalah jalur utama orang-orang tolol. Adalah
bijaksana memelihara pengalaman sendiri. Pengalaman yang tidak dialami
oleh orang-orang terdahulu [Pengalaman yang terbaik] ialah pengalaman
yang mengajarkan suatu pelajaran kepada Anda. Manfaatkan waktu
terluang sebelum ia berubah menjadi [saat] kesedihan dan hampa. Tidak
setiap orang pencari mencapai [apa yang dicarinya], dan tidak setiap orang
yang berangkat tidak kembali. Kehilangan bekal dan mendapatkan
keburukan bagi Hari Pengadilan bererti keruntuhan. Setiap urusan ada
akibatnya. Apa yang ditakdirkan bagi Anda akan segera datang kepada
Anda. Seorang pedagang menanggung risiko. Sering jumlah yang kecil lebih
bermanfaat dari jumlah yang besar. Tiada kebaikan pada penolong aib, tidak
pula pada teman yang curiga. Bersesuailah dengan dunia selama ia dalam
pegangan Anda. Jangan jadikan diri Anda menanggung risiko mengenai
sesuatu dalam mengharapkan lebih banyak dari itu. Berhati-hatilah, jangan
sampai rasa permusuhan mengalahkan Anda.
Bawalah diri Anda pada saudara Anda sedemikian rupa sehingga apabila ia
mengabaikan kekerabatan, Anda berpegang pada [kekerabatan] itu;
bilamana ia berpaling, berbaiklah kepadanya dan beransurlah
mendekatinya; bilamana ia tak mahu memberi, berilah kepadanya;
bilamana ia menjauh, dekati dia; bilamana ia kasar, berlakulah lunak tapi
tegas; bilamana ia melakukan kesalahan, fikirkanlah dalih[nya] untuk itu.
Sedemikian, seakan-akan Anda adalah seorang dari budaknya dan ia
majikan yang baik bagi Anda. Tetapi ingatlah bahawa hal ini tak boleh
dilakukan secara tak pantas, dan bahawa Anda tak boleh berlaku demikian
terhadap orang yang tak patut. Janganlah mengambil musuh sahabat Anda
sebagai sahabat, kerana [dengan demikian] Anda menentang sahabat Anda.
Berikanlah nasihat yang benar kepada saudara Anda, baik atau pahit.
Telanlah kemarahan Anda kerana saya tak mendapatkan sesuatu yang lebih
manis dari itu pada kesudahannya dan tiada akibat yang lebih
menyenangkan dari itu. Berlaku lunaklah kepada orang yang kasar kepada
Anda. Perlakukanlah musuh Anda dengan kebaikan kerana ini lebih manis
dari antara kedua keberhasilan [keberhasilan dendam dan keberhasilan
berbuat baik].
Apabila Anda berniat untuk memutuskan hubungan dari seorang sahabat,
tinggalkan suatu bidang baginya dari sisi Anda, yang dengan itu ia mungkin
melanjutkan persahabatan, apabila demikian yang terjadi padanya suatu
hari. Apabila seorang mempunyai suatu gagasan yang baik tentang Anda,
buktikanlah bahawa hal itu benar. Jangan mengabaikan kepentingan
saudara Anda yang bergantung pada hubungan Anda dengan dia kerana
bukanlah ia saudara Anda apabila mengabaikan kepentingannya. Keluarga
Anda janganlah menjadi orang yang paling sengsara melalui Anda. Jangan
bersandarkan kepada orang yang berpaling dari Anda. Saudara Anda tidak
harus lebih kukuh dalam pengabaiannya akan kekerabatan berbanding Anda
[dalam kekukuhan Anda] menghormati [kekerabatan] itu, dan Anda harus
melebihi dalam berbuat baik kepadanya berbanding [perbuatan] buruknya
kepada Anda. Jangan terlalu merasakan penindasan dari seseorang yang
menindas Anda kerana ia hanya sibuk dalam merugikan dirinya sendiri dan

menguntungkan Anda. Ganjaran orang yang menyenangkan Anda bukanlah


dengan menyusahkannya.
Ketahuilah Wahai putra putriku sekelian, bahawa ada dua jenis rezeki
secara halal dan haram, rezeki yang Anda cari dan rezeki yang mencari
Anda yang apabila Anda tidak mencapainya maka dia akan datang kepada
Anda. Betapa buruknya membongkok pada saat perlu dan kasar pada saat
kaya. Anda hanya harus mendapatkan dari dunia ini apa yang dengan itu
Anda dapat menghiasi kediaman Anda yang kekal. Apabila Anda menangisi
apa yang telah hilang dari tangan Anda maka tangisilah pula apa yang sama
sekali tidak datang kepada Anda. Simpulkan apa yang belum terjadi dari apa
yang telah terjadi, kerana kejadian-kejadian selalu serupa. Janganlah
menjadi seperti orang-orang yang dakwah tidak bermanfaat baginya kecuali
apabila Anda menimpakan keperihan padanya, kerana orang bijaksana
mengambil pelajaran dari ajaran, sementara haiwan hanya belajar dari
pukulan.
Jauhkanlah dari diri Anda serangan kecemasan dengan keteguhan sabar dan
kemurnian iman. Orang yang meninggalkan kesederhanaan [bererti]
melakukan berlebih-lebihan [ketamakan]. Seorang sahabat adalah kerabat.
Sahabat adalah orang yang ketidakhadirannya juga membuktikan
persahabatan itu. Hawa nafsu adalah mitra kesedihan. Sering orang dekat
lebih jauh dari orang yang jauh dan sering orang jauh lebih dekat dari orang
yang dekat. Seorang asing ialah orang yang tak mempunyai sahabat. Orang
yang melanggar hak mempersempit jalannya sendiri. Orang yang tinggal
pada kedudukannya tetap stabil atasnya. Penengah yang paling terpercaya
ialah penengah yang Anda angkat antara Anda dan ALLAH Yang Maha Suci.
Orang yang tidak mempedulikan kepentingan Anda adalah musuh Anda.
Ketika serakah memimpin kepada kehancuran, deprivasi adalah prestasi.
Tidak setiap cacat dapat ditinjau kembali dan tidak setiap petaka [azab yang
dicari sendiri] berulang lagi.
Sering orang bermata tidak melihat jalur, sementara orang buta
mendapatkan jalan yang tepat. Hindarilah! Tinggalkanlah! kemungkaran
kerana Anda akan dapat menggegaskannya bilamana saja Anda
menghendakinya. Pengabaian kekerabatan dari orang jahil (bodoh dan
dungu) sama penghargaan Bagi kekerabatan orang bijaksana. Barangsiapa
mengganggap dunia sebagai yang aman, dunia akan mengkhianatinya.
Barangsiapa memandang dunia sebagai besar, dunia akan menghinanya.
Tidak setiap orang yang menembak mengena jika tanpa dari keizinan
ALLAH Azza Wa Jalla. Bilamana wewenang berubah, waktu pun berubah.
Bermusyawarahlah dengan sahabat sebelum menempuh suatu jalan, dan
[dengan] tetangga sebelum mengambil sebuah rumah. Waspadalah jangan
sampai Anda menyebutkan dalam perbicaraan Anda apa yang mungkin
menimbulkan ketawa, sekalipun mungkin Anda mengkhabarkan dari orang
lain.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur-adukkan iman mereka
dengan kezaliman (kemungkaran); mereka itulah orang-orang yang
mendapat keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat
petunjuk.
Surah Al-Anam, ayat 6

Nasihat untuk putraku sekelian dan untuk pengetahuan kamu putriku


sekelian. Ketahuilah putraku sekelian. Jangan bermusyawarah dengan
wanita (perempuan) kerana pandangan mereka lemah dan tekad mereka
goyah. Tutuplah mata mereka dengan menjaga mereka di bawah tirai
kerana ketegasan hijab (aurat) menahan mereka lama. Keluarnya mereka
tidak lebih buruk berbanding Anda membiarkan orang yang tak terpercaya
mengunjungi mereka. Apabila Anda dapat mengatur agar mereka tidak
mengetahui seseorang selain Anda, lakukanlah itu. Jangan biarkan seorang
wanita mengurusi selain urusan mereka sendiri, kerana wanita adalah bunga
bukan pemerintah. Janganlah memberikan perhatian kepadanya melampaui
dirinya sendiri. Jangan mendorong dia menjadi perantara bagi orang lain.
Jangan menunjukkan kecurigaan yang bukan pada tempatnya kerana hal ini
mengantarkan wanita yang baik kepada kejahatan dan wanita suci kepada
kebengkokan yang merupakan asal kejadian mereka sendiri.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Bagi laki-laki dan perempuan yang beriman, bilamana ALLAH dan RasulNya telah menetapkan suatu ketentuan, mereka tidak boleh mengambil
kemahuan sendiri dalam urusan mereka itu. Dan barangsiapa tidak
mematuhi ALLAH dan Rasul-Nya, mereka telah melakukan kesesatan yang
nyata sekali.
Surah Al-Ahzab, ayat 36
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Katakanlah kepada laki-laki beriman supaya mereka menahan penglihatan
dan menjaga kehormatan mereka. Yang demikian akan lebih bersih buat
mereka. Sungguh Tuhan mengetahui benar apa yang kamu perbuat. Juga
katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya mereka menahan
penglihatan, memelihara kehormatan dan tiada menonjolkan
perhiasannya(dandanan) selain yang memang nyata kelihatan. Hendaklah
mereka menyampaikan tutup itu ke bahagian dada. Dan jangan
menonjolkan dandanan itu selain kepada suami, bapa, bapa suami, anakanak saudara, anak-anak suaminya, saudara-saudara atau anak-anak
saudara, anak-anak saudara perempuan atau sesama wanita yang menjadi
miliknya atau pelayan-pelayan laki-laki yang sudah tidak punya keinginan
atau anak-anak yang belum mengerti aurat wanita. Dan jangan pula
menggerak-gerakkan kaki supaya perhiasannya yang tersembunyi diketahui
orang. Orang-orang beriman, hendaklah kamu sekelian bertaubat kepada
ALLAH kalau-kalau kamu berhasil.
Surah Al-Ahzab, ayat 58-62
FITRAH PEREMPUAN
Wahai manusia! Perempuan berkurangan dalam Iman., kekurangan dalam
pembahagian dan kekurangan dalam akal. Kekurangan dalam iman kerana
pantangan mereka dari sholat dan puasa dalam masa haidnya. Kekurangan
dalam akal adalah kerana kesaksian dua perempuan sama dengan satu lakilaki. Berhati-hatilah Anda, bahkan dari antara mereka yang (dikhabarkan
sebagai yang) baik. Jangan Anda, mengikuti mereka (secara membuta-tuli)
sekalipun dalam hal-hal yang baik supaya mereka tidak menyeret Anda
kepada kemungkaran.
Keterangan: Demikianlah, kelemahan mereka yang pertama ialah selama
beberapa hari dalam sebulan mereka tidak boleh sholat dan berpuasa dan

larangan beribadah ini sendiri merupakan tanda kekurangan mereka dalam


agama. Walaupun makna iman yang sesungguhnya ialah pembenaran hati
dan keyakinan batin, namun secara kias hal itu pun mengandung makna
tindakan dan watak. Kerana perbuatan adalah pantulan keimanan maka
tindakan dan watak itu juga merupakan bahagian dari iman.
Iman adalah pembenaran oleh hati, ikrar dengan lidah dan tindakan
dengan anggota badan.
Kelemahan yang kedua ialah kecenderungan alaminya tidak mengizinkan
penggunaan fikiran mereka sepenuhnya. Alam telah memberikan kepada
mereka kecenderungan berfikir yang sesuai dengan bidang kegiatan mereka
yang menuntun mereka dalam kehamilan, melahirkan, mengasuh anak dan
urusan rumahtangga. Atas dasar kelemahan ini, status kesaksian mereka
tidak disamakan dengan kesaksian lelaki.
Kelemahan yang ketiga ialah bahagian mereka dalam warisan setengah
bahagian warisan lelaki. Ini menunjukkan kelemahan wanita kerana
penyebab bahagiannya dalam warisan hanya setengah ialah tanggungjawab
nafkah untuk wanita terletak pada lelaki. Kerana kedudukan lelaki ialah
pemberian nafkah dan pengurusan wanita, maka jelaslah posisi lelaki yang
memberi nafkah dan mengurusi keperluan wanita itu.
Orang harus menyadari perbuatan yang baik itu kerana baiknya dan bahawa
kesenangan atau keinginan mereka tiada hubungannya dengan itu. Apabila
mereka (wanita) merasa kesenangan mereka telah menjadi tujuan
didalamnya, beransur-ansur mereka akan semakin menuntut dan
menginginkan agar mereka ditaati dalam hal-hal yang bagaimanapun
buruknya. Akibatnya ialah kehancuran dan keruntuhan.
Wahai putraku sekelian, pengetahuan untuk Anda ini bukannya sebagai batu
loncatan bagi mendapatkan kesempatan (keburukan) tetapi kebenaran ini
adalah untuk Anda mengurusi amanah yang Anda sendiri ingin ubahkan
[pertanggungjawabkan], jadi rebutlah peluang (kebaikan) yang telah
dianugerahkan-Nya kepada Anda. Lelaki dijadikan untuk membimbing
wanita. Suami [lelaki] pemimpin kepada isteri [wanita]. Dan isteri
merupakan penolong bagi suami kerana Anda [isteri] turut memegang
amanah [harta dan anak-anak]. Dan bagi wanita [bujang] amanah Anda
adalah terhadap orangtua anda sendiri. Dan lelaki sesungguhnya Anda
sekelian mempunyai perilaku terburuk tetapi ia merupakan perilaku terbaik
bagi wanita. Carilah ia dan ketahuilah ia. Semoga apa yang Anda semua
telah ketahui ini, Anda [lelaki dan wanita] haruslah saling ingat mengingati
dan kebahagian yang sejati dapat Anda perolehi oleh kerana-Nya.
Kembalilah kepada Kitabullah dan sunnah. Setiap orang yang telah
dewasa(akil baligh) pasti ada kaitannya dengan Al-Quran yang diturunkan
ALLAH Azza Wa Jalla. Andai sunnah itu menghalangi yang wajib,
tinggalkanlah yang sunnah itu.
sunnah rasulullah: "Ma'rifat adalah Modalku, Akal fikiran adalah Sumber
agamaku, Cinta adalah Dasar hidupku, Rindu.. Kenderaanku, Berzikir
kepada ALLAH adalah Kawan dekatku, Keteguhan.. Perbendaharaanku,
Duka adalah Kawanku, Ilmu adalah Senjataku, Ketabahan adalah Pakaianku,
Kerelaan.. Sasaranku, Faqr adalah Kebanggaanku, Menahan diri adalah
Pekerjaanku, Keyakinan.. Makananku, Kejujuran.. Perantaraanku, Ketaatan

adalah Ukuranku, Berjihad.. Perangaiku dan Hiburanku adalah dalam


Sembah sujud (sholat)."
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Yang paling mulia di antara kamu dalam pandangan ALLAH ialah yang
paling menjaga diri (yang paling takwa).
Surah Al-Hujurat, ayat 13
Bagi setiap orang di antara karyawan anda, tentukan suatu pekerjaan yang
atasnya dapat Anda tuntut ia bertanggungjawab. Secara ini mereka tidak
akan saling melemparkan pekerjaan. Hormatilah kerabat Anda kerana
mereka adalah sayap-sayap Anda yang dengan itu Anda terbang, asal ke
mana anda akan kembali dan tangan Anda yang dengannya Anda
menyerang. Tempatkanlah Islam [agama Anda] dan dunia Anda pada
penyelesaian ALLAH Yang Maha Agung dan mohonlah kepada-Nya untuk
mengatur yang terbaik bagi Anda sekaitan dengan yang dekat dan yang
jauh, dunia ini dan dunia Akhirat.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla bermaksud:
Maka hadapkanlah dirimu ke arah agama yang jauh dari kesesatan,
(turutlah terus) agama ALLAH iaitu agama yang ALLAH menciptakan
manusia (dengan keadaan bersedia dari semulajadinya lagi), untuk
menerimanya tidaklah patut ada sebarang perubahan (janganlah kamu
mengubah agama ALLAH yang berdasarkan Tauhid kepada sebarang
perbuatan syirik). Itulah agama yang betul lurus, tetapi kebanyakan
manusia tidak mengetahui.
Surah Ar-Ruum, ayat 30
Segala puji bagi ALLAH yang mengetahui semua hal yang tersembunyi dan
kepada-Nya semua hal yang terbuka memandu, ALLAH tak dapat dilihat
oleh mata, tetapi mata yang tidak melihat-Nya tak dapat menyangkali-Nya,
sedangkan fikiran yang mengukuhkan maujud-Nya tak dapat melihat-Nya.
ALLAH demikian tinggi dalam kemuliaan sehingga tiada yang lebih tinggi
dari-Nya. Tetapi kemuliaan-Nya tidak menjauhkan ALLAH dari segala
ciptaan-Nya, tidak pula kedekatan-Nya menjadikan mereka setara denganNya. ALLAH tidak memberitahukan kepada fikiran (manusia) tentang batas
sifat-sifat-Nya, ALLAH tidak mencegahnya untuk mendapatkan Ilmu
(pengetahuan yang hakiki tentang-Nya). Maka, ALLAH adalah sedemikian
sehingga semua tanda keberadaan menyaksikan bagi-Nya sampai fikiran
yang menolak pun mempercayai-Nya. Maha Tinggi ALLAH di atas segala
yang digambarkan oleh orang-orang yang menyerupakan-Nya dengan
sesuatu atau yang menyangkali-Nya.
Sesungguhnya apa yang saya tegaskan pada Anda sekelian adalah kerana
keesaan-Nya dan keagungan-Nya. Bertakwalah kepada ALLAH! Bertakwalah
kepada ALLAH! Bertakwalah kepada ALLAH! Jika ada di antara kalangan
Anda pernah berkata dan akan berkata malahan berdetik di dalam hati
berkata jua bahawa: Amalan adalah masing-masing punya hal.
Sesungguhnya tidak bagi saya dalam mengucapkan sedemikian. Tapi untuk
saya, cukuplah bagi keredhaan-Nya dan keagungan-Nya: Amalan kami
untuk kami; Amalan kamu untuk kamu; Selamat untukmu; Kami tiada
menuntut orang tidak mempergunakan akalnya (tiada berilmu).

NIKMAT ALLAH Azza Wa Jalla YANG MANAKAH KITA DUSTAKAN?!


ALLAH Maha Mengasihi telah mengajarkan Al-Quran dan menjadikan insan
(manusia) serta mengajarkan kepadanya perkataan; Matahari dan bulan
dengan perhitungan; Rerumput dan pepohon tunduk (sujud kepada ALLAH
Azza Wa Jalla); Langit ditinggikan-Nya dan diadakan-Nya neraca keadilan
supaya kamu (manusia) jangan aniaya dalam timbangan (mizan); Dirikanlah
timbangan dengan keadilan dan jangan kamu (manusia) mengurangkan
timbangan; Bumi ditetapkan-Nya untuk makhluk sekelian; Di atasnya ada
buah-buahan dan pohon kurma yang mempunyai kelopak; Dan biji-bijian
yang mempunyai daun ditangkainya dan harum-haruman; Maka, Nikmat
Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!
ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan manusia dari tanah yang kering seperti
tembikar dan menjadikan jin dari lidah api; ALLAH Azza Wa Jalla adalah
Tuhan kepada dua timur dan Tuhan kepada dua barat; ALLAH Azza Wa Jalla
kirimkan dua macam laut (masin dan tawar) yang bertemu keduanya; Di
antara keduanya ada dinding, maka tiada bercampur keduanya; Malahan
keluar dari keduanya (laut), mutiara dan marjan; Maka, Nikmat Tuhanmu
Yang Manakah Kamu Dustakan?!
Bagi ALLAH Azza Wa Jalla, ada beberapa kapal yang diadakan di laut
seperti bukit-bukit; Tiap-tiap apa yang di atas bumi akan fana (binasa);
Maka, tinggallah Zat Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemurahan;
Meminta (memohon) kepada ALLAH Azza Wa Jalla sesiapa yang di langit
dan di bumi; Tiap-tiap hari ALLAH Azza Wa Jalla dalam urusan; Nanti,
ALLAH Azza Wa Jalla akan menyelesaikan. Wahai! Dua jenis yang
diberatkan. Wahai! Sekelian jin dan manusia, jika kamu berkuasa
menembus dari jurusan-jurusan langit dan bumi; Hendaklah kamu
memboloskan diri; Kamu tiada dapat memboloskan diri, melainkan dengan
kekuatan; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!
Dikirim kepada kamu lidah api dan asap, lalu kamu tidak mendapat
pertolongan; Apabila dibelah langit, lalu ia menjadi bak bunga ros seperti
minyak gosokan; Pada hari itu, tiadalah diperiksa manusia dan jin daripada
dosanya. Diketahui orang-orang yang berdosa dengan tanda-tandanya, lalu
dipegang ubun-ubunnya dan telapak kakinya; Inilah neraka yang didustakan
oleh orang-orang yang berdosa; Mereka beredar antara neraka dan antara
air panas yang sangat panas; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu
Dustakan?!
Untuk orang yang takut (takwa) akan berdiri (di hadapan) ALLAH Azza Wa
Jalla, ada dua kebun (syurga) yang mempunyai dahan-dahan; Dalam
keduanya (syurga) ada dua mata air yang mengalir serta ada bermacammacam buah-buahan yang berpasang-pasangan; Mereka (orang-orang yang
takwa) bersandar di atas hamparan sutera disamping buah-buahan yang
mudah dipetik dikedua-dua kebun yang rendang; Dalam syurga itu didapati
perempuan-perempuan yang pendek pemandangan (yang menjaga mata);
Mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka; Seolaholah, perempuan-perempuan itu permata yakut dan mutiara; Maka, Nikmat
Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?!
Tiadalah balasan kebaikan melainkan kebaikan juga; Selain daripada kedua
kebun (syurga) yang disediakan terdapat lagi dua kebun lain yang sangat

hijau daunnya; Malahan, ada lagi dua buah mata air yang terpancar serta
buah-buahan, pohon kurma dan delima; Di dalam semua kebun-kebun
(syurga) ada perempuan-perempuan yang baik akhlak dan cantik parasnya
iaitu bidadari (perempuan yang putih) yang berada dalam khemah tertutup;
Mereka belum pernah disentuh manusia dan jin sebelum mereka; Mereka
bersandar di atas bantal yang hijau warnanya dan permaidani yang cantik
rupanya; Maka, Nikmat Tuhanmu Yang Manakah Kamu Dustakan?! Maha
Suci ALLAH, nama Tuhanmu yang mempunyai kebesaran dan kemurahan.
Demi masa.... Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian kecuali orangorang yang beriman serta beramal sholeh dan berwasiat (ingatmengingatkan) dengan kebenaran juga berwasiat dengan kesabaran.
(Takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla).
SAHABAT SEJATI
Sesungguhnya engkau punya teman duduk yang harus selalu engkau ikuti.
Ia selamanya tidak akan meninggalkanmu dan akan dikuburkan
bersamamu. Walaupun engkau mati, ia tetap hidup. Apabila teman
dudukmu itu mulia, maka engkau pun mulia. Apabila ia hina, maka nescaya
ia akan menyerahkanmu kepada hal-hal yang mengerikan. Setelah teman
dudukmu itu dikumpulkan dan dibangkitkan bersamamu pada hari kiamat,
maka engkaulah yang akan bertanggungjawab kepadanya. Oleh sebab itu,
engkau harus memilih teman dengan teliti sehingga ia menjadi sahabat
yang sholeh. Kerana, apabila ia sholeh, ia akan menjadi sebab
kebahagiaanmu dan apabila ia menyeleweng, maka ia akan
menjerumuskanmu ke lautan yang bengis. Kawanmu itu adalah amalmu.
Pilihlah teman bergaul untuk dirimu;
Kerana sesungguhnya teman bergaul seorang pemuda di alam kubur adalah
apa yang diperbuatnya;
Mestilah engkau mempersiapkannya untuk hari setelah mati;
Ketika seseorang dipanggil dan diterima;
Sekiranya engkau disibukkan oleh sesuatu;
Maka hendaknya kesibukanmu itu bukan kesibukan yang tidak diredhai
ALLAH;
Seseorang tidak akan mendapatkan, setelah dan sebelum matinya;
Kecuali apa yang diperbuatnya;
Ketahuilah, manusia hanyalah tamu bagi keluarganya;
Tinggal sebentar bersama mereka untuk kemudian pergi.
INNA LILLAHI WA INNA LILLAHI RAJIUN
YA ALLAH, YA TUHANKU;
CUKUPLAH BAGIKU KEBANGGAAN BAHAWASANYA ENGKAULAH TUHANKU,
RAJAKU;
DAN CUKUPLAH KEMULIAAN BAGIKU BAHAWASANYA AKU MENJADI HAMBAMU;
YA ALLAH, YA TUHANKU;
SESUNGGUHNYA, ENGKAULAH SEPERTI YANG KU INGINKAN (MEMOHON
KEAMPUNAN);
MAKA JADIKANLAH AKU SEPERTI YANG ENGKAU INGINKAN;
YA ALLAH, YA TUHANKU;
YANG AWAL, YANG TIADA SESUATU PUN SEBELUM-MU;
YANG AKHIR, YANG TIADA SESUATU PUN SETELAH-MU;

YANG ZAHIR, YANG TIADA SESUATU PUN DI ATAS-MU;


DAN YANG BATIN, YANG TIADA SESUATU PUN DI BAWAH-MU;
YA ALLAH, YA TUHANKU;
ILMU-MU MENEMBUS SEGALA TIRAI BATIN KEGHAIBAN DAN MELIPUTI
SEGALA KESAMARAN RAHSIA;
LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
MAHA SUCI ALLAH;
SEGALA PUJI BAGI-MU, YA ALLAH;
TIADA TUHAN LAIN YANG DISEMBAH SELAIN-MU, YA ALLAH;
ALLAH MAHA BESAR;
TIADA DAYA DAN UPAYA KECUALI MILIK-MU, YA ALLAH
SUBHANALLAH;
WA ALHAMDULILLAH;
WA LA ILAHA ILALLAH;
WA ALLAHU AKBAR;
LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
TAULADAN YANG SEDIA ADA:
Thawus Al-Yamani mengatakan: Aku melihat Imam Ali bin Husayn di
Baytullah, dan sibuk beribadah sejak Isya` hingga waktu sahur. Ketika
tempat itu mulai sepi dan tidak ada seorang pun di situ, beliau mulai
menghadap ALLAH Azza Wa Jalla dengan mengatakan: Duhai Tuhanku,
bintang-gemintang telah tiada, begitu juga seluruh mata telah lelap, tetapi
pintu-pintu-Mu tetap terbuka bagi mereka yang meminta Thawus
mengutip munajat panjang pertanda ketundukan ini, dan beliau berkata
bahawa Imam Ali bin Husayn berkali-kali air matanya berderai, menangis
tersedu-sedu dan terus sujud di atas tanah. Thawus mengatakan: Aku pun
mendekatinya, aku angkat kepalanya dan aku letakkan di pangkuanku. Aku
turut menangis dan air mataku membasahi wajah beliau, sehingga
menyedarkan beliau. Lalu beliau berkata: Siapakah gerangan yang
menggangguku berzikir kepada Tuhanku? Aku menjawab: Aku Thawus,
wahai cucu Rasulullah. Mengapa engkau meronta dan menangis? Bukankah
semestinya yang berbuat demikian itu kami yang pendosa dan keras hati?
Belum cukupkah ayah engkau Husayn bin Ali, ibu engkau Fathimah AlZahra, dan kakek engkau Rasulullah saw [sebagai jaminan]? Mengapa
engkau begitu takut dan berduka seperti ini, padahal kemuliaanmu tak akan
tertandingi oleh kemuliaan orang lain? Imam Ali Zainal Abidin menoleh
kepadaku dan berkata: Sungguh jauh Sungguh jauh Wahai Thawus.
Jangan kau katakan kepadaku tentang ayahku, ibuku, dan kakekku. ALLAH
Azza Wa Jalla menciptakan syurga bagi yang taat dan berbuat baik kepadaNya, sekalipun ia seorang budak hitam dan ALLAH Azza Wa Jalla ciptakan
neraka bagi siapa yang memaksiati-Nya, sekalipun ia seorang penghulu
Quraisy. Tidakkah engkau dengar Firman ALLAH Azza Wa Jalla: Apabila
sangkakala telah ditiup, putuslah hubungan keturunan di antara mereka
pada hari itu dan mereka tidak akan saling bertanya Demi ALLAH!
Tidaklah akan bermanfaat bagimu untuk esok harimu, selain amal sholeh
yang engkau persembahkan.
RENUNGAN:
Kau maksiati ALLAH Azza Wa Jalla, tetapi kau tampakkan cinta kepada-Nya.
Sungguh ini merupakan perilaku yang unik. Kalaulah cintamu jujur, sungguh

Dia akan kau taati kerana pecinta akan selalu taat kepada yang dicintainya.
KHUTBAH RASULULLAH saw PADA AKHIR HAYATNYA:
Wahai manusia, sesungguhnya antara ALLAH Azza Wa Jalla dan seseorang
itu tidak ada nasab. Tidak ada sesuatu yang dapat mendatangkan kebaikan
dan kejahatan kepada-Nya selain amal. Ingatlah! Jangan sekali-kali
seseorang mengaku-aku dan mengharap-harap. Demi Yang mengutusku
dengan benar, tidak akan ada yang dapat menyelamatkan selain amal yang
disertai dengan rahmat [pakaian takwa]; Dan sekiranya aku berbuat
maksiat, nescaya aku akan binasa. Ya ALLAH, bukankah aku telah
menyampaikan?
FIRMAN ALLAH Azza Wa Jalla BERMAKSUD:
Katakanlah: Semua syafaat itu milik ALLAH [QS 39: 44] mahukah anda
mendapatkannya?
SABDA RASULULLAH saw:
Sungguh rahmat itu telah dihembuskan ke dalam hatiku, namun aku tetap
memohon ampun tujuh puluh kali setiap hari.
Sesungguhnya aku adalah Rasulullah yang diutus kepada kalian. Sungguh
aku mencemaskan kalian. Janganlah kalian mengatakan bahawa Muhammad
dari kami. Demi ALLAH, bukanlah wali-waliku itu, baik yang dari kalian
mahupun selain kalian, kecuali orang-orang yang bertakwa?! Dan aku tidak
ingin kalian kelak, pada Hari Kiamat mendatangi aku dengan membawa
dunia di atas pundak-pundak kalian, sementara orang lain membawa
akhirat. Ketahuilah bahawa aku telah memaafkan hal-hal yang terjadi di
antaraku dengan kalian, dan yang terjadi di antara ALLAH Azza Wa Jalla
dengan kalian. Dan sesungguhnya bagiku, amalku dan bagi kalian, amal
kalian. [KHUTBAH RASULULLAH saw]
FIRMAN ALLAH Azza Wa Jalla BERMAKSUD:
Tidaklah mereka (manusia) diperintah, kecuali untuk menyembah ALLAH
dengan memurnikan keikhlasan kepada-Nya [QS 98: 5]
RASULULLAH saw BERSABDA:
Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung kepada niatnya.
Setiap orang akan menerima apa yang diniatkannya.
Tidak ada perbuatan, kecuali disertai niat.
Keterangan:
Sesungguhnya segala perbuatan itu bergantung kepada niatnya; Dan
sesungguhnya setiap orang itu akan menerima sesuai dengan yang
diniatkannya; Barangsiapa yang hijrahnya kerana ALLAH Azza Wa Jalla dan
rasul-Nya; Maka, hijrahnya adalah kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan rasulNya; Dan barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia [kesenangan dan
kebanggaan] yang ingin didapatkannya, atau kerana perempuan yang mahu
dinikahinya; Maka, hijrahnya adalah kepada yang dihijrahinya.
RENUNGAN:
Persembahkanlah amal-amal itu untuk ALLAH Azza Wa Jalla, bukan untuk
manusia (ataupun segala sesuatu yang lain). Kerana setiap yang
diperuntukkan bagi ALLAH Azza Wa Jalla nescaya menuju kepada-Nya, dan

setiap yang diperuntukkan bagi manusia tidak akan naik kepada-Nya.


FIRMAN ALLAH Azza Wa Jalla BERMAKSUD:
kepada-Nyalah perkataan yang baik dan keyakinan yang bersih naik, dan
oleh-Nyalah diangkat amal sholeh [QS 35: 10]
[WASPADALAH PADA APA YANG BAIK; JANGANLAH PRASANGKA PADA APA
YANG BURUK] Disebalik segala sesuatu itu ada yang mutlak bagi-Nya, yang
tidak berhak bagi makhluk-makhluk-Nya perolehi. Walaupun sebesar zarah
sekalipun.
.WASALAM SAUDARAKU SEKELIAN.

PERKHABARAN
" M A ' R I FAT A D A L A H M O D A L K U , A K A L F I K I R A N A D A L A H
SUMBER AGAMAKU, CINTA ADALAH DASAR HIDUPKU,
RINDU.. KENDERAANKU, BERZIKIR KEPADA ALLAH
ADALAH KAWAN DEKATKU, KETEGUHAN..
PERBENDAHARAANKU, DUKA ADALAH KAWANKU, ILMU
AD AL AH SEN JATAKU , KETAB AH AN AD AL AH PAKAI AN KU ,
KERELAAN.. SASARANKU, FAQR ADALAH
KEBANGGAANKU, MENAHAN DIRI ADALAH
PEKERJAANKU, KEYAKINAN.. MAKANANKU,
KEJU JU R AN . . PER AN TAR AAN KU , KETAATAN AD AL AH
UKURANKU, BERJIHAD.. PERANGAIKU DAN HIBURANKU
ADALAH DALAM SEMBAHYANG."
SETIAP ORANG YANG TELAH DEWASA (AKIL BALIGH) PASTI ADA
KAITANNYA DENGAN AL-QURAN YANG DITURUNKAN ALLAH Azza
Wa Jalla.
PERKHABARAN
Dengan nama ALLAH Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang; Segala
puji bagi ALLAH, Tuhan semesta alam; Maha Pemurah lagi Maha
Penyayang; Yang menguasai hari pembalasan; Hanya Engkaulah yang kami
sembah dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan; Tunjukilah
kami jalan yang lurus; Jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan
nikmat kepada mereka; Bukan jalan mereka yang dimurkai dan bukan jalan
mereka yang sesat.
Sesungguhnya orang-orang kafir (ingkar/derhaka), sama sahaja bagi
mereka; Kamu beri peringatan atau tidak kamu beri peringatan; Mereka
tidak juga akan beriman; ALLAH Azza Wa Jalla telah mengunci mata hati
dan pendengaran mereka dan penglihatan mereka ditutup; Dan bagi mereka
seksa yang amat berat; Di antara manusia ada yang mengatakan: Kami
beriman kepada ALLAH dan Hari kemudian. Padahal mereka hanya menipu
dirinya sendiri sedang mereka tidak sedar; Dalam hati mereka ada penyakit;
Dan bagi mereka seksa yang pedih disebabkan mereka berdusta; Dan bila
dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat kerosakan di

mukabumi. Mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang


mengadakan perbaikan. Ingatlah! Sesungguhnya itulah orang-orang yang
membuat kerosakan, tetapi mereka tidak sedar; Mereka itulah orang yang
membeli kesesatan dengan petunjuk, maka tidaklah beruntung
perniagaannya dan tidaklah mereka mendapat petunjuk. Perumpamaan
mereka adalah seperti orang yang menyalakan api, maka setelah api itu
menerangi sekelilingnya ALLAH Azza Wa Jalla hilangkan cahaya (yang
menyinari) mereka dan membiarkan mereka dalam kegelapan (tidak dapat
melihat); Mereka tuli, bisu dan buta, maka tidaklah mereka akan kembali
(ke jalan yang benar); Hampir-hampir kilat menyambar penglihatan
mereka; setiap kali kilat itu menyinari mereka; Mereka berjalan di bawah
sinar itu dan bila gelap menimpa mereka; Mereka berhenti. Jika ALLAH
Azza Wa Jalla menghendaki, nescaya Dia melenyapkan pendengaran dan
penglihatan mereka; Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla berkuasa atas
segala sesuatu.
Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla tiada segan membuat perumpamaan
berupa nyamuk atau lebih rendah dari itu; Adapun orang-orang yang
beriman, maka mereka yakin bahawa perumpamaan itu benar-benar dari
Tuhan (Yang Maha Agung) mereka; Tetapi mereka yang kafir mengatakan:
Apakah maksud ALLAH menjadikan ini untuk perumpamaan? Dengan
perumpamaan itu banyak orang disesatkan (mengikuti hawa nafsu) dan
dengan perumpamaan itu banyak orang yang diberi-Nya petunjuk; Dan
tiada yang disesatkan ALLAH Azza Wa Jalla kecuali orang-orang yang fasik.
Jadikanlah sabar dan sholat sebagai penolongmu; Dan sesungguhnya yang
demikian itu sungguh berat kecuali bagi orang-orang yang Khusyu; (yakni)
Orang-orang yang meyakini bahawa mereka akan menemui Tuhannya (Yang
Maha Agung) dan bahawa mereka akan kembali kepada-Nya. Syaitan
menjanjikan (menakut-nakuti) kamu dengan kemiskinan dan menyuruh
kamu berbuat kejahatan (mungkar/kikir); Sedang ALLAH Azza Wa Jalla
menjanjikan untukmu ampunan daripada-Nya dan kurnia; Dan ALLAH Maha
Luas (kurnia-Nya) lagi Maha Mengetahui; ALLAH Azza Wa Jalla memberikan
hikmah kepada siapa yang dikehendaki-Nya; dan barangsiapa yang diberi
hikmah, sungguh telah diberi kebajikan yang banyak; Dan tiada yang dapat
mengambil pelajaran kecuali orang-orang yang berakal.
Sesungguhnya orang-orang kafir (ingkar/derhaka), harta benda dan anakanak mereka sedikit pun tidak dapat menolak (seksa) ALLAH Azza Wa Jalla
dari mereka; Dan mereka itu adalah bahan bakar api neraka; Dijadikan
indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini
iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak,
kuda pilihan, binatang-binatang ternakan dan sawah ladang; Itulah
kesenangan hidup di dunia; Dan di sisi ALLAH Azza Wa Jalla adalah tempat
kembali yang baik (syurga); Dan janganlah sekali-kali orang-orang kafir
(ingkar/derhaka) menyangka bahawa pemberian tangguh (umur panjang
dan tiada azab pada diri) daripada ALLAH Azza Wa Jalla kepada mereka
adalah lebih baik bagi mereka; Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla
memberi tangguh kepada mereka hanyalah supaya bertambah-tambah dosa
mereka; Dan bagi mereka azab yang menghinakan. Tiap-tiap yang berjiwa
akan merasakan mati; Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah
disempurnakan pahalamu; Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan
dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung; Kehidupan
dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan; Janganlah

sekali-kali kamu menyangka bahawa orang-orang yang gembira dengan apa


yang telah mereka kerjakan; Dan mereka suka supaya dipuji terhadap
perbuatan yang belum mereka kerjakan. Janganlah kamu menyangka
bahawa mereka terlepas dari seksa; Dan bagi mereka seksa yang pedih.
Wahai sekelian manusia! Bertakwalah kamu kepada Tuhan kamu (Yang
Maha Agung) yang telah menjadikan kamu (bermula) daripada diri yang
satu (Adam); Dan yang menjadikan daripada (Adam) itu pasangannya
(isterinya: Hawa); Dan yang membiakkan diri keduanya (zuriat keturunan)
lelaki dan perempuan yang ramai; Dan bertakwalah kepada ALLAH Azza Wa
Jalla yang kamu selalu meminta dengan menyebut-nyebut nama-Nya; Dan
peliharalah hubungannya (silaturrahim) kaum kerabat kerana sesungguhnya
ALLAH Azza Wa Jalla sentiasa memerhati (mengawasi) kamu; Segala
hukum yang tersebut (dalam Al-Quran) adalah batas-batas (syariat) ALLAH
Azza Wa Jalla; Dan sesiapa yang taat kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan
rasul-Nya akan dimasukkannya ke dalam syurga yang mengalir dari
bawahnya beberapa sungai. Mereka kekal di dalamnya dan itulah kejayaan
yang amat besar; Dan sesiapa yang derhaka kepada ALLAH Azza Wa Jalla
dan rasul-Nya; Dan melampaui batas-batas syariat-Nya akan
dimasukkannya ke dalam api neraka. Berkekalanlah ia di dalamnya dan
baginya azab seksa yang amat menghinakan. Sesungguhnya penerimaan
taubat itu disanggup oleh ALLAH Azza Wa Jalla hanya bagi orang-orang
yang melakukan kejahatan disebabkan (sifat) kejahilan; Kemudian mereka
segera bertaubat. Maka (dengan adanya dua sebab itu) mereka diterima
ALLAH Azza Wa Jalla taubatnya; Dan (ingatlah) ALLAH Azza Wa Jalla Maha
Mengetahui lagi Maha Bijaksana; Dan tiada gunanya taubat itu kepada
orang-orang yang selalu melakukan kejahatan (dosa) hingga apabila salah
seorang (daripada) mereka hampir mati; Berkatalah ia: Sesungguhnya aku
bertaubat sekarang ini. (sedang taubatnya itu sudah terlambat); Dan
(demikian juga halnya) orang-orang yang mati sedang mereka tetap kafir
(ingkar/derhaka). Orang-orang yang demikian, ALLAH Azza Wa Jalla telah
sediakan bagi mereka azab seksa yang tidak terperi sakitnya; ALLAH Azza
Wa Jalla menghendaki (dengan apa yang telah diharamkan dan dihalalkan
dari kaum perempuan itu) ialah untuk menerangkan (syariatnya) kepada
kamu; Dan untuk menunjukkan kepada kamu jalan-jalan aturan orangorang yang dahulu daripada kamu (nabi-nabi dan orang-orang yang sholeh
supaya kamu mengikutinya); Dan juga untuk menerima taubat kamu; Dan
(ingatlah) ALLAH Azza Wa Jalla Maha Mengetahui lagi maha Bijaksana; Dan
ALLAH Azza Wa Jalla hendak (membersihkan kamu dari dosa dengan)
menerima taubat kamu; Sedang orang-orang (yang fasik); Yang menurut
keinginan hawa nafsu (yang diharamkan oleh ALLAH Azza Wa Jalla) hendak
(mendorong kamu) supaya kamu menyeleweng (dari kebenaran) dengan
penyelewengan yang besar bahayanya.
ALLAH Azza Wa Jalla (sentiasa) hendak meringankan (bebanan hukumNya) daripada kamu kerana manusia itu dijadikan berkeadaan lemah; Jika
kamu menjauhkan dosa-dosa besar yang dilarang kamu melakukannya;
ALLAH Azza Wa Jalla akan mengampunkan kesalahan-kesalahan (dosa-dosa
kecil) kamu; Dan ALLAH Azza Wa Jalla akan masukkan kamu ke tempat
yang mulia (syurga); Dan janganlah kamu terharap-harap (ingin mendapat)
akan (limpah kurnia) yang ALLAH Azza Wa Jalla berikan kepada sebahagian
daripada kamu (untuk menjadikan mereka) melebihi sebahagian yang lain
(tentang harta benda, ilmu pengetahuan atau pangkat kebesaran). (Kerana

telah tetap) Orang-orang lelaki ada bahagian dari apa yang mereka
usahakan dan orang-orang perempuan pula ada bahagian dari apa yang
mereka usahakan; ( Maka berusahalah kamu) dan pohonkanlah kepada
ALLAH Azza Wa Jalla akan limpah kurnianya. Sesungguhnya ALLAH Azza
Wa Jalla sentiasa mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.
Kaum lelaki adalah pemimpin dan pengawal yang bertanggungjawab
terhadap kaum perempuan oleh kerana ALLAH Azza Wa Jalla telah
melebihkan orang-orang lelaki (dengan beberapa keistimewaan) atas orangorang perempuan; Dan juga kerana orang-orang lelaki telah membelanjakan
(memberi nafkah) sebahagian dari dari harta mereka. Maka perempuanperempuan yang sholeh itu ialah yang taat (kepada ALLAH Azza Wa Jalla
dan suaminya); Dan yang memelihara (kehormatan dirinya dan apa jua
yang yang wajib dipelihara) ketika suami tidak hadir bersama dengan
pemeliharaan ALLAH Azza Wa Jalla dan pertolongan-Nya; Dan perempuanperempuan yang kamu bimbang melakukan derhaka (nusyuk) hendaklah
kamu menasihati mereka; Dan (jika mereka berdegil) tinggalkanlah
(pulaukanlah) mereka di tempat tidur; Dan (kalau juga mereka masih degil)
pukullah mereka (dengan pukulan ringan yang bertujuan mengajarkannya).
Kemudian jika mereka taat kepada kamu, maka janganlah kamu mencaricari jalan untuk menyusahkan mereka. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla
Maha Tinggi lagi Maha Besar; Dan hendaklah kamu beribadat kepada
ALLAH Azza Wa Jalla; Dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan
sesuatu apa jua; Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibubapa
dan kaum kerabat; Dan anak-anak yatim; Dan orang-orang miskin; Dan
jiran tetangga yang dekat; Dan jiran tetangga yang jauh; Dan rakan
sejawat; Dan orang-orang musafir yang terlantar; Dan juga hamba sahaya
yang kamu miliki. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla tidak suka kepada
orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri; Dan
juga orang-orang yang membelanjakan hartanya dengan menunjuk-nunjuk
kepada manusia (riak); Dan mereka tidak pula (beriman) kepada hari
akhirat; Dan sesiapa yang (mengambil) syaitan itu menjadi kawannya, maka
seburuk-buruk kawan ialah syaitan; Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla
tidak sekali-kali menganiaya (seorang) sekalipun seberat zarah (debu); Dan
kalau pula (amal yang seberat zarah) itu amal kebajikan. Nescaya akan
menggandakannya dan akan memberi dari sisi-Nya pahala (balasan) yang
amat besar.
Pada hari itu orang-orang yang kafir (ingkar/derhaka) dan menderhaka
kepada rasul ALLAH. Suka jika sekiranya mereka disamaratakan dengan
bumi (ditelan bumi); Dan (pada ketika itu) mereka tidak dapat
menyembunyikan sepatah kata pun dari pengetahuan ALLAH Azza Wa Jalla;
Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu menghampiri
sembahyang (mengerjakannya) sedang kamu dalam keadaan mabuk hingga
kamu sedar dan mengetahui akan apa yang kamu katakan; Dan janganlah
pula (masuki masjid) sedang kamu dalam keadaan junub (berhadas besar)
kecuali kamu hendak melintas sahaja hingga kamu mandi bersuci; Dan jika
kamu sakit; Atau sedang dalam musafir; Atau salah seorang di antara kamu
datang dari tempat buang air (tandas); Atau kamu bersentuh perempuan
kemudian kamu tidak mendapat air (untuk mandi ataupun berwuduk). Maka
hendaklah kamu bertayammum dengan tanah (debu yang suci) iaitu
sapukanlah kemuka kamu dan kedua tangan kamu. Sesungguhnya ALLAH
Maha Pemaaf lagi Maha Pengampun. Tidakkah engkau memerhatikan orangorang yang telah diberikan sebahagian dari kitab (pesanan/peringatan).

Mereka memilih kesesatan (dengan meninggalkan petunjuk Tuhan Yang


Maha Mengetahui) dan mereka (pula) berkehendak supaya kamu (juga)
sesat jalan; Dan ALLAH Azza Wa Jalla lebih mengetahui berkenaan dengan
musuh-musuh kamu, (oleh itu awasilah akan angkara musuh kamu itu);
Dan cukuplah ALLAH Azza Wa Jalla sebagai Pengawal yang melindungi; Dan
cukuplah ALLAH Azza Wa Jalla sebagai Penolong (yang menyelamatkan
kamu dari angkara mereka); Sesungguhnya orang-orang yang kufur
(ingkar) kepada ayat-ayat (keterangan) ALLAH Azza Wa Jalla. ALLAH Azza
Wa Jalla akan membakar mereka dalam api neraka. Tiap-tiap kali kulit
mereka masak hangus, ALLAH Azza Wa Jalla gantikan untuk mereka kulit
yang lain supaya mereka dapat rasakan azab sengsara itu; Dan (ingatlah)
sesungguhnya ALLAH Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana; Sesungguhnya
ALLAH Azza Wa Jalla menyuruh kamu menyerahkan segala jenis amanah
kepada ahlinya (yang berhak menerimanya) dan apabila kamu menjalankan
hukum di antara manusia; (ALLAH Azza Wa Jalla menyuruh) kamu
menghukum dengan adil. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla dengan
(suruhan-Nya) itu memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepada kamu.
Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Tidakkah engkau (hairan) melihat orang-orang (munafik) yang mendakwa
bahawa mereka telah beriman kepada Al-Quran yang telah diturunkan
kepadamu dan kepada (kitab-kitab) yang telah diturunkan dahulu
daripadamu? Mereka suka hendak berhakim kepada taghut (hawa nafsu);
Padahal mereka telah diperintahkan supaya kufur ingkar kepada (taghut)
itu; Dan syaitan pula sentiasa hendak menyesatkan mereka dengan
kesesatan yang sejauh-jauhnya; Dan apabila dikatakan kepada mereka:
Marilah berhakim kepada Hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh
ALLAH Azza Wa Jalla dan kepada hukum rasul ALLAH. Nescaya engkau
melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia)
dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirmu; Mereka itulah
orang-orang yang ALLAH Azza Wa Jalla mengetahui akan apa yang ada di
dalam hati mereka. Oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka; Dan
nasihatilah mereka serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh
memberi kesan pada hati mereka. Sesungguhnya, kalau ALLAH Azza Wa
Jalla wajibkan kepada mereka (dengan perintah): Bunuhlah diri kamu
sendiri atau keluarlah dari tempat kediaman kamu. Nescaya mereka tidak
akan melakukannya kecuali sedikit di antara mereka; Dan sesungguhnya,
kalau mereka mengamalkan nasihat pengajaran (meliputi suruh dan tegah)
yang telah diberikan kepada mereka. Tentulah yang demikian itu lebih baik
kepada mereka dan lebih meneguhkan (iman mereka); Dan tentulah ALLAH
Azza Wa Jalla pimpin mereka ke jalan yang betul (lurus).
Yang demikian itu adalah limpah kurnia dari ALLAH Azza Wa Jalla dan
cukuplah ALLAH Maha Memberi (akan balasan pahalanya); Oleh itu, orangorang (yang beriman) yang mengutamakan kebahagiaan akhirat daripada
(kesenangan) kehidupan dunia hendaklah mereka berperang (jihad) pada
jalan ALLAH Azza Wa Jalla (untuk membela Islam); Dan sesiapa yang
berjuang pada jalan-Nya lalu ia mati (gugur syahid) atau beroleh
kemenangan. Maka ALLAH Azza Wa Jalla akan memberikan kepadanya
pahala yang besar; Orang-orang yang beriman (dan takwa) berjuang (jihad)
pada jalan ALLAH Azza Wa Jalla dan orang-orang kafir (ingkar/derhaka)
pula berperang pada jalan taghut (syaitan). Oleh sebab itu, perangilah kamu
akan pengikut-pengikut syaitan itu kerana sesungguhnya tipudaya syaitan

itu adalah lemah (walaupun indah). Di mana jua kamu berada, maut akan
mendapatkan kamu (bila sudah sampai ajal). Sekalipun kamu berada dalam
benteng-benteng yang tinggi lagi kukuh; Dan kalau mereka beroleh
kebaikan (kemewahan hidup). Mereka berkata: Ini adalah dari sisi ALLAH.
Dan kalau pula mereka ditimpa bencana. Mereka berkata: Ini adalah dari
(sesuatu nahas) yang ada padamu. Katakanlah: Semuanya itu (kebaikan
dan bencana) adalah (berpunca) dari sisi ALLAH Azza Wa Jalla. Maka
apakah yang menyebabkan kaum itu hampir-hampir tidak memahami
perkataan (nasihat dan pengajaran)? Apa jua kebaikan (nikmat kesenangan)
yang engkau dapati maka ia adalah dari ALLAH Azza Wa Jalla; Dan apa jua
bencana yang menimpamu maka ia adalah dari (kesalahan) dirimu sendiri;
Dan ALLAH Azza Wa Jalla telah mengutuskan engkau sebagai seorang rasul
(pengingat yang membawa rahmat); Dan cukuplah ALLAH Azza Wa Jalla
menjadi saksi (yang membuktikan kebenaran hakikat ini); Patutkah mereka
(bersikap demikian), tidak mahu memberikan isi Al-Quran? Kalaulah AlQuran itu (datangnya) bukan dari sisi ALLAH Azza Wa Jalla. Nescaya
mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya; Oleh itu,
berjihadlah pada jalan ALLAH Azza Wa Jalla (untuk membela Islam dari
pencerobohan musuh). Tidaklah engkau diberati selain daripada
(kewajipanmu) sendiri; dan berikanlah perangsang kepada orang-orang
yang beriman (sampai turut berjuang dengan gagah berani). Mudahmudahan ALLAH Azza Wa Jalla menahan bahaya serangan orang-orang
yang kafir (ingkar/derhaka) itu; Dan (ingatlah) ALLAH Azza Wa Jalla Maha
Besar kekuatan-Nya dan amat berat pula balasan azab seksa-Nya.
ALLAH Azza Wa Jalla, tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia.
Sesungguhnya Dia akan menghimpunkan kamu pada hari kiamat yang tiada
syak pada-Nya; Dan siapakah pula yang lebih benar perkataannya daripada
ALLAH Azza Wa Jalla? Maka apakah yang menyebabkan kamu (berpecah)
menjadi dua golongan terhadap kaum munafik itu; Padahal ALLAH Azza Wa
Jalla telah menjerumuskan mereka (ke dalam kekufuran) disebabkan apa
yang telah mereka usahakan? Adakah kamu pula hendak memberi petunjuk
kepada orang-orang yang telah disesatkan oleh ALLAH Azza Wa Jalla. Maka
engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk (menyelamatkan) dia.
Mereka suka kalau kamu pula menjadi kafir (ingkar/derhaka) sebagaimana
mereka telah menjadi kafir. Maka (dengan yang demikian) menjadilah kamu
sama seperti mereka. Oleh itu janganlah kamu mengambil (seorang pun) di
antara mereka menjadi teman rapat (kamu) hingga mereka berhijrah pada
jalan ALLAH Azza Wa Jalla. Kemudian kalau mereka sengaja berpaling
ingkar, maka tawanlah mereka dan bunuhlah mereka di mana sahaja kamu
menemui mereka; Dan janganlah sekali-kali kamu mengambil (seorang pun)
di antara mereka menjadi teman rapat atau penolong. Kamu akan dapati
pula golongan-golongan yang lain (yang pura-pura Islam) supaya mereka
beroleh aman dari pihak kamu; Dan (sebaliknya mereka melahirkan
kekufurannya) supaya mereka beroleh aman dari pihak kaum mereka
sendiri (yang masih kafir). Tiap-tiap kali mereka diajak kepada fitnah,
mereka segera terjerumus ke dalamnya. Oleh itu, jika mereka tidak
membiarkan kamu (dan terus mengganggu atau berpihak kepada musuh);
Dan (tidak pula) menawarkan perdamaian kepada kamu; Dan juga (tidak)
menahan tangan mereka (daripada memerangi kamu). Maka hendaklah
kamu bertindak menawan mereka dan membunuh mereka di mana sahaja
kamu menemuinya kerana merekalah orang-orang yang ALLAH Azza Wa

Jalla jadikan bagi kamu alasan yang terang nyata untuk bertindak
terhadapnya.
Sesungguhnya orang-orang yang diambil nyawanya oleh malaikat semasa
mereka sedang menganiaya diri sendiri (kerana enggan berhijrah pada jalan
ALLAH Azza Wa Jalla dan rela ditindas oleh kaum kafir musyrik). Mereka
ditanya oleh malaikat dengan berkata: Apakah yang kamu telah lakukan
mengenai agama (Islam) kamu? Mereka menjawab: Kami dahulu ialah
orang-orang yang tertindas di bumi. Malaikat bertanya lagi: Tidakkah bumi
ALLAH Azza Wa Jalla itu luas, yang membolehkan kamu berhijrah dengan
bebas padanya? Maka orang-orang yang demikian itu keadaannya, tempat
akhir mereka ialah Jahannam; Dan Jahannam itu ialah seburuk-buruk
tempat kembali; Kecuali orang-orang yang lemah (lagi uzur) dari kaum
lelaki dan perempuan serta kanak-kanak; Yang tidak berdaya upaya mencari
helah (untuk melepaskan diri) dan tidak pula mengetahui sesuatu jalan
(untuk berhijrah); Maka mereka (yang demikian sifatnya) mudah-mudahan
ALLAH Azza Wa Jalla memaafkan mereka dan (ingatlah) ALLAH Azza Wa
Jalla Maha Memaafi lagi Maha Mengampuni. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa
Jalla menurunkan kepada kamu, kitab (Al-Quran) dengan membawa
kebenaran; Supaya engkau menghukumkan di antara manusia menurut apa
yang ALLAH Azza Wa Jalla tunjukkan kepada kamu dan janganlah engkau
menjadi pembela bagi orang-orang yang melakukan khianat; Dan hendaklah
engkau (kamu) memohon ampun kepada ALLAH Azza Wa Jalla kerana
sesungguhnya ALLAH Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihani. Janganlah
engkau (kamu) berbahas untuk membela orang-orang yang mengkhianati
diri mereka sendiri. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla tidak suka kepada
orang-orang yang selalu melakukan khianat lagi sentiasa berdosa; Mereka
menyembunyikan (kemungkaran mereka) daripada manusia; Dalam pada
itu mereka tidak menyembunyikan (kemungkaran mereka) daripada ALLAH
Azza Wa Jalla. Padahal ALLAH Azza Wa Jalla ada bersama mereka; Ketika
mereka merancangkan pada malam hari, kata-kata yang tidak diredhai oleh
ALLAH Azza Wa Jalla. Dan (ingatlah) ALLAH Azza Wa Jalla senantiasa
meliputi pengetahuan-Nya akan apa yang mereka lakukan.
Sedarlah! Kamu ini ialah orang-orang (yang telah menyimpang dari
kebenaran). Kamu telah berhujah membela mereka (yang bersalah/berdosa)
dalam kehidupan dunia ini. Maka siapakah yang akan berhujah dengan
ALLAH Azza Wa Jalla untuk membela mereka itu pada hari kiamat kelak?
Atau siapakah yang akan menjadi pelindung mereka (dari azab seksa yang
disediakan oleh ALLAH Azza Wa Jalla)? Dan sesiapa yang melakukan
kejahatan (kemungkaran/kezaliman) atau menganiaya dirinya sendiri
(dengan melakukan maksiat) kemudian ia memohon ampun kepada ALLAH
Azza Wa Jalla. Nescaya ia akan dapati ALLAH Maha Mengampuni lagi Maha
Mengasihani; Dan sesiapa yang mengerjakan sesuatu dosa maka
sesungguhnya ia hanya mengerjakannya untuk (menjadi bala bencana)
yang menimpa dirinya sendiri; Dan (ingatlah) ALLAH Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana; Dan sesiapa yang melakukan sesuatu kesalahan atau
sesuatu dosa, kemudian ia menuduhkannya kepada orang yang tidak
bersalah. Maka sesungguhnya ia telah memikul kesalahan berbuat dusta
dan melakukan dosa yang amat nyata (Dua kesalahan serentak); Dan
sesiapa yang menentang (ajaran) rasul ALLAH sesudah terang dan nyata
kepadanya kebenaran petunjuk (Al-Quran); Dan ia pula mengikut jalan yang
lain dari jalan orang-orang yang beriman. ALLAH Azza Wa Jalla akan

memberikannya kuasa untuk melakukan (kesesatan) yang dipilihnya; Dan


(pada hari akhirat kelak) ALLAH Azza Wa Jalla akan memasukkannya ke
dalam Jahannam; Dan Jahannam itu adalah seburuk-buruk tempat kembali.
(Iblis berkata): Dan demi sesungguhnya aku akan menyesatkan mereka
(manusia dari kebenaran); Dan demi sesungguhnya aku akan
memperdayakan mereka dengan angan-angan (kekosongan); Dan demi
sesungguhnya aku akan menyuruh mereka (mencacatkan binatang-binatang
ternak) lalu mereka membelah telinga binatang-binatang itu; Dan aku akan
menyuruh mereka mengubah ciptaan ALLAH. Dan (ingatlah) sesiapa yang
mengambil syaitan (iblis) menjadi pemimpin yang ditaati selain dari ALLAH
Azza Wa Jalla. Maka sesungguhnya rugilah ia dengan kerugian yang terang
nyata; Ia (syaitan) sentiasa menjanjikan mereka (manusia dengan janjijanji indah) serta memperdayakan mereka dengan angan-angan
(kekosongan); Dan apa yang dijanjikan oleh syaitan itu tidak lain melainkan
tipudaya semata-mata; Mereka itu, tempat akhirnya ialah Jahannam dan
mereka pula tidak akan dapat melarikan diri daripadanya; Tidak akan
didapati dengan angan-angan (kekosongan) kamu semata-mata dan tidak
pula dengan angan-angan ahli kitab (orang yang berpengetahuan). Sesiapa
yang melakukan kejahatan (dosa) ia akan dibalas dengan kejahatan itu dan
ia pula tidak akan mendapat seorang pun yang akan melindunginya; Dan
tiada juga yang akan dapat menolongnya (selain daripada ALLAH Azza Wa
Jalla). Tiada yang lebih baik agamanya (selain Islam) daripada orang yang
menyerah dirinya kepada ALLAH Azza Wa Jalla (dengan ikhlas). Sedang ia
berusaha mengerjakan kebaikan dan ia pula mengikut agama Nabi Ibrahim
yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); Dan (kerana itulah) ALLAH
Azza Wa Jalla menjadikan Nabi Ibrahim kesayangan-Nya; Dan bagi ALLAH
Azza Wa Jalla jualah apa yang ada di langit dan apa yang ada di bumi; Dan
cukuplah ALLAH Azza Wa Jalla sebagai Pengawal (yang mentadbirkan dan
mengawasi segala-galanya); Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia
sahaja (maka rugilah ia) kerana di sisi ALLAH Azza Wa Jalla (ada
disediakan) pahala (balasan) dunia dan akhirat; Dan (ingatlah) ALLAH
Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
Wahai orang-orang yang beriman! Tetaplah iman kamu kepada ALLAH Azza
Wa Jalla dan rasul-Nya; Dan kepada kitab Al-Quran yang telah diturunkan
kepada rasul-Nya; Dan juga kepada kitab-kitab suci yang telah diturunkan
dahulu daripada itu; Dan sesiapa yang kufur ingkar kepada ALLAH Azza Wa
Jalla: Dan malaikat-malaikat-Nya; Dan kitab-kitab-Nya; Dan rasul-rasulNya; Dan juga hari akhirat. Maka sesungguhnya ia telah sesat dengan
kesesatan yang sejauh-jauhnya; Sesungguhnya orang-orang yang beriman
kemudian mereka kafir (berdosa); Kemudian mereka beriman (bertaubat)
semula; Kemudian mereka kafir (ingkar/derhaka) sekali lagi; Kemudian
mereka bertambah-tambah lagi dengan kekufuran. (Maka) ALLAH Azza Wa
Jalla tidak sekali-kali akan memberi ampun kepada mereka dan tidak akan
memberi petunjuk hidayah kepada mereka ke jalan yang benar.
Sampaikanlah khabar berita kepada orang-orang munafik. Bahawa
sesungguhnya disediakan untuk mereka azab seksa yang tidak terperi
sakitnya; (iaitu) Orang-orang yang mengambil orang-orang kafir menjadi
teman rapat dengan meninggalkan orang-orang yang beriman. Tidaklah
patut mereka (orang-orang munafik) mencari kekuatan dan kemuliaan pada
sisi orang-orang kafir itu; Kerana sesungguhnya kekuatan dan kemuliaan itu
semuanya ialah milik ALLAH Azza Wa Jalla (diberikan kepada sesiapa yang

dikehendaki-Nya). Sesungguhnya orang-orang munafik (kafir) itu


melakukan tipudaya (terhadap agama) ALLAH Azza Wa Jalla(dengan
perbuatan pura-pura beriman sedang mereka kafir pada batinnya); Dan
ALLAH Azza Wa Jalla pula tetap membalas tipudaya mereka (dengan
membiarkan mereka dalam keadaan munafik). Mereka pula apabila berdiri
hendak sembahyang , mereka berdiri dengan malas. Mereka (hanya
bertujuan) riak (memperlihatkan sembahyangnya) kepada manusia (supaya
disangka bahawa mereka orang yang beriman) dan mereka pula tidak
mengingati ALLAH Azza Wa Jalla (dengan mengerjakan sembahyang)
melainkan sedikit sekali (jarang-jarang); Mereka berkeadaan tidak
mempunyai pendirian yang tetap antara (iman dan kufur) itu. Mereka tidak
berpihak terus kepada golongan (kafir) dan tidak pula berpihak kepada
golongan (yang beriman); Dan sesiapa yang disesatkan oleh ALLAH Azza
Wa Jalla maka engkau tidak sekali-kali akan mendapat jalan untuk
(menyelamatkan) dia; Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu
mengambil orang-orang kafir menjadi teman rapat dengan meninggalkan
orang-orang yang beriman. Adakah kamu hendak mengadakan alasan yang
terang nyata bagi ALLAH Azza Wa Jalla untuk (menyeksa) kamu?
Sesungguhnya orang-orang munafik (ingkar/derhaka) itu ditempatkan pada
tingkatan yang terkebawah sekali dari (lapisan-lapisan dalam) neraka dan
engkau (kamu) tidak sekali-kali akan mendapat sesiapa pun yang boleh
menolong mereka; Kecuali orang-orang yang bertaubat (dari perbuatan
munafik itu) dan memperbaiki amalan mereka (yang salah); Dan mereka
pula berpegang teguh kepada agama ALLAH Azza Wa Jalla serta
mengerjakan agama mereka dengan ikhlas kerana ALLAH Azza Wa Jalla.
Maka mereka yang demikian itu adalah ditempatkan bersama-sama orangorang yang beriman (di dalam syurga) dan ALLAH Azza Wa Jalla akan
memberikan orang-orang yang beriman itu pahala yang amat besar; ALLAH
Azza Wa Jalla tidak suka kepada perkataan-perkataan buruk yang dikatakan
dengan berterus terang (untuk mendedahkan keburukan orang) kecuali oleh
orang yang dianiayakan dan (ingatlah) ALLAH Maha Mendengar lagi Maha
Mengetahui; Jika kamu melahirkan sesuatu kebaikan atau
menyembunyikannya; Atau kamu memaafkan kesalahan (yang dilakukan
terhadap kamu). Maka sesungguhnya ALLAH Maha Memaafi lagi Maha
Berkuasa; Sesungguhnya orang-orang yang kufur ingkar kepada ALLAH
Azza Wa Jalla dan rasul-Nya; Dan orang-orang yang hendak membezabezakan (iman mereka) di antara ALLAH Azza Wa Jalla dan rasul-rasul-Nya;
Dan orang-orang yang berkata: Kami beriman kepada setengah rasul-rasul
itu dan kami kufur ingkar kepada setengahnya yang lain. Serta bertujuan
hendak mengambil jalan lain di antara (iman dan kufur) itu; Mereka itulah
orang-orang yang kafir (berdosa) dengan sebenar-benarnya dan ALLAH
Azza Wa Jalla pula telah meyediakan bagi orang-orang kafir
(ingkar/derhaka) itu azab seksa yang amat menghinakan.
Tetapi orang-orang yang teguh serta mendalam ilmu pengetahuannya di
antara mereka dan orang-orang yang beriman. Sekeliannya beriman dengan
apa yang telah diturunkan kepada kamu (al-Quran) dan kepada apa yang
telah diturunkan dahulu daripada kamu. Khasnya orang-orang yang
mendirikan sembahyang; Dan orang-orang yang menunaikan zakat serta
yang beriman (dan takwanya) kepada ALLAH Azza Wa Jalla; Dan hari
akhirat. Mereka itulah yang ALLAH Azza Wa Jalla akan berikan kepadanya
pahala (balasan) yang amat besar; Tetapi ALLAH Azza Wa Jalla senantiasa

menjadi saksi akan kebenaran Al-Quran yang telah diturunkan kepada


kamu. ALLAH Azza Wa Jalla menurunkannya dengan ilmu-Nya dan malaikat
juga turut menjadi saksi; Dan cukuplah ALLAH Azza Wa Jalla menjadi saksi
(kebenaran Al-Quran). Sesungguhnya orang-orang yang kafir (berdosa)
serta menghalang orang-orang lain dari jalan ALLAH Azza Wa Jalla (agama:
Islam). Sebenarnya mereka telah sesat dengan kesesatan yang sejauhjauhnya; Sesungguhnya orang-orang yang (ingkar/derhaka) serta berlaku
zalim. ALLAH Azza Wa Jalla tidak sekali-kali akan mengampunkan mereka
dan tidak akan menunjukkan jalan kepada mereka; Selain dari jalan (yang
membawa) ke Jahannam yang mereka akan kekal di dalam selama-lamanya
dan balasan yang demikian itu adalah mudah bagi ALLAH Azza Wa Jalla.
Sesudah itu, orang-orang yang beriman dan beramal sholeh, ALLAH Azza
Wa Jalla akan menyempurnakan bagi mereka pahala (balasan) mereka dan
Dia akan menambahkan lagi limpah kurnia-Nya kepada mereka. Sebaliknya
orang-orang yang enggan (kepada ALLAH Azza Wa Jalla) dan berlaku
sombong takbur. Maka ALLAH Azza Wa Jalla akan menyeksa mereka
dengan azab seksa yang tidak terperi sakitnya dan mereka pula tidak akan
memperoleh selain daripada ALLAH Azza Wa Jalla sesiapa pun yang akan
menjadi pelindung atau penolong bagi mereka. Wahai sekelian umat
manusia! Sesungguhnya telah datang kepada kamu bukti dari Tuhanmu
(Yang Maha Agung) dan ALLAH Azza Wa Jalla telah menurunkan kepada
kamu (Al-Quran sebagai) cahaya yang menerangi (segala apa jua yang
membawa kejayaan di dunia ini dan kebahagiaan yang kekal di akhirat
kelak); Oleh itu, orang-orang yang beriman (serta takwanya) kepada
ALLAH Azza Wa Jalla dan berpegang teguh kepada (Al-Quran). Maka
ALLAH Azza Wa Jalla akan memasukkan mereka ke dalam rahmat-Nya
(yang khas iaitu syurga) dan limpah kurnia-Nya (yang tidak terkira); Dan
ALLAH Azza Wa Jalla akan menunjukkan mereka ke jalan yang lurus yang
membawa kepada-Nya.
Hai orang-orang yang beriman, apabila kamu hendak mengerjakan sholat
maka basuhlah mukamu dan tanganmu sampai dengan siku serta sapulah
kepalamu dan (basuh) kakimu sampai dengan kedua mata kaki; Dan jika
kamu junub maka mandilah; Dan jika kamu sakit atau dalam perjalanan
atau kembali dari tempat buang air (kakus) atau menyentuh perempuan lalu
kamu tidak memperolehi air, maka bertayammumlah dengan tanah yang
baik (bersih); Sapulah mukamu dan tanganmu dengan tanah itu. ALLAH
Azza Wa Jalla tidak hendak menyulitkan kamu tetapi Dia hendak
membersihkan kamu dan menyempurnakan nikmat-Nya bagimu supaya
kamu bersyukur; Dan ingatlah kurnia ALLAH Azza Wa Jalla kepadamu dan
perjanjian-Nya yang telah diikat-Nya dengan kamu ketika kamu
mengatakan; Kami dengar dan kami taati (Aku bersaksi bahawa tiada
Tuhan yang disembah selain ALLAH). Dan bertakwalah kepada ALLAH Azza
Wa Jalla, sesungguhnya ALLAH Maha mengetahui isihati (mu). Hai orangorang yang beriman, hendaklah kamu jadi orang-orang yang selalu
menegakkan (kebenaran) kerana ALLAH Azza Wa Jalla; Menjadi saksi
dengan adil. Dan janganlah sekali-kali kebencianmu terhadap sesuatu kaum,
mendorong kamu untuk berlaku tidak adil. Berlaku adillah kerana adil itu
lebih dekat kepada takwa; Dan bertakwalah kepada ALLAH Azza Wa Jalla.
Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan; Hai
orang-orang yang beriman, ingatlah kamu akan nikmat ALLAH Azza Wa
Jalla (yang diberikan-Nya) kepadamu, di waktu suatu kaum bermaksud

hendak memanjangkan tangannya kepadamu (untuk berbuat jahat), maka


ALLAH Azza Wa Jalla menahan tangan mereka dari kamu; Dan bertakwalah
kepada ALLAH Azza Wa Jalla; Dan hanya kepada ALLAH Azza Wa Jalla
sajalah orang-orang mumin itu harus bertawakkal. Dengan Kitab itulah
ALLAH menunjuki orang-orang yang mengikuti keredhaan-Nya ke jalan
keselamatan; Dan (dengan Kitab itu pula) ALLAH Azza Wa Jalla
mengeluarkan orang-orang itu dari gelap gelita kepada cahaya yang terang
benderang dengan seizin-Nya; dan menunjuki mereka ke jalan yang lurus;
Sesungguhnya orang-orang yang kafir sekiranya mereka mempunyai apa
yang di bumi ini seluruhnya dan mempunyai yang sebanyak itu (pula)untuk
menebusi diri mereka dengan itu dari azab hari kiamat, nescaya (tebusan
itu) tidak akan diterima dari mereka; Dan mereka beroleh azab yang pedih;
Mereka ingin keluar dari neraka. Padahal mereka sekali-kali tidak dapat
keluar daripadanya; Dan mereka beroleh azab yang kekal.
Maka barangsiapa bertaubat sesudah melakukan kejahatan (kezaliman atas
diri sendiri) itu dan memperbaiki diri; Maka sesungguhnya ALLAH Azza Wa
Jalla menerima taubatnya. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang; Dan ALLAH Azza Wa Jalla telah turunkan kepadamu AlQuran dengan membawa kebenaran, membenarkan apa yang sebelumnya
iaitu kitab-kitab dan batu ujian terhadap kitab-kitab yang lain itu; Maka
putuskanlah perkara mereka menurut apa yang ALLAH Azza Wa Jalla
turunkan dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu mereka dengan
meninggalkan kebenaran yang telah datang kepadamu. Untuk tiap-tiap
umat di antara kamu, ALLAH Azza Wa Jalla berikan aturan dan jalan terang.
Sekiranya ALLAH Azza Wa Jalla menghendaki, nescaya kamu dijadikan-Nya
satu umat (saja) tetapi ALLAH Azza Wa Jalla hendak menguji kamu
terhadap pemberian-Nya kepadamu. Maka berlumba-lumbalah berbuat
kebajikan; Hanya kepada ALLAH Azza Wa Jalla kembali kamu semuanya
lalu diberitahukan-Nya kepadamu apa yang telah kamu perselisihkan itu;
Dan hendaklah kamu memutuskan perkara di antara mereka menurut apa
yang di turunkan ALLAH Azza Wa Jalla dan janganlah kamu mengikuti hawa
nafsu mereka; Dan berhati-hatilah kamu terhadap mereka, supaya mereka
tidak memalingkan kamu dari sebahagian apa yang telah diturunkan ALLAH
Azza Wa Jalla kepadamu. Jika mereka berpaling (dari hukum ALLAH Azza
Wa Jalla), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla
menghendaki akan menimpa musibah kepada mereka disebabkan
sebahagian dosa-dosa mereka. Dan sesungguhnya kebanyakan manusia
adalah orang-orang yang fasik. Apakah hukum jahiliyah yang mereka
kehendaki; Dan (hukum) siapakah yang lebih baik daripada (hukum) ALLAH
Azza Wa Jalla bagi orang-orang yang yakin? Hai orang-orang yang beriman,
barangsiapa di antara kamu yang murtad dari agamanya maka kelak ALLAH
Azza Wa Jalla akan mendatangkan suatu kaum yang ALLAH Azza Wa Jalla
mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya; Yang bersikap lemah
lembut terhadap orang yang mumin; Yang bersikap keras terhadap orangorang kafir (ingkar/derhaka); Yang berjihad di jalan ALLAH Azza Wa Jalla
dan yang tidak takut kepada celaan orang yang suka mencela. Itulah kurnia
ALLAH Azza Wa Jalla, diberikan-Nya kepada siapa yang dikehendaki-Nya;
Dan ALLAH Maha Pemberi lagi Maha Mengetahui.
Apabila kamu menyeru (mereka) untuk sembahyang; Mereka
menjadikannya buah ejekan dan permainan. Yang demikian itu adalah
kerana mereka benar-benar kaum yang tidak mahu mempergunakan akal;

Dan kamu akan melihat kebanyakan dari mereka bersegera membuat dosa,
permusuhan dan memakan yang haram. Sesungguhnya amat buruk apa
yang mereka telah kerjakan itu; Dan mereka mengira bahawa tidak akan
terjadi suatu bencana pun. Maka mereka menjadi buta dan pekak, kemudian
ALLAH menerima taubat mereka; Kemudian kebanyakan dari mereka buta
dan tuli (lagi). Dan ALLAH Maha Melihat apa yang mereka kerjakan; Maka
mengapa mereka tidak bertaubat kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan
memohon ampun kepada-Nya? Dan ALLAH Maha Pengampun lagi Maha
Penyayang. Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu haramkan apaapa yang baik; Yang telah ALLAH Azza Wa Jalla telah halalkan bagimu dan
janganlah kamu melampaui batas. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla
tidak menyukai orang-orang yang melampaui batas; Katakanlah: Tidak
sama yang buruk dengan yang baik. Meskipun banyaknya yang buruk itu
menarik hatimu. Maka bertakwalah kepada ALLAH Azza Wa Jalla, hai orangorang yang berakal agar kamu mendapat keberuntungan; Kepunyaan
ALLAH Azza Wa Jalla bagi kerajaan langit dan bumi dan apa yang ada di
dalamnya; Dan Dia Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau
belaka; Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang
bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya? Maka tatkala mereka
melupakan peringatan yang telah diberikan kepada mereka, ALLAH Azza
Wa Jalla membukakan semua pintu-pintu kesenangan untuk mereka;
Sehingga apabila mereka bergembira dengan apa yang telah diberikan
kepada mereka; ALLAH Azza Wa Jalla seksa mereka dengan sekonyongkonyong, maka ketika itu mereka terdiam berputus asa; Dan tinggalkanlah
orang-orang yang menjadikan Agama (Islam) mereka sebagai main-main
dan senda gurau: Dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia.
Peringatkanlah dengan Al-Quran itu agar diri masing-masing tidak
dijerumuskan ke dalam neraka kerana perbuatannya sendiri. Tidak akan ada
baginya pelindung dan tiada pemberi syafaat selain dari ALLAH Azza Wa
Jalla. Dan jika ia menebus dengan segala macam tebusan pun, nescaya
tidak akan diterima daripadanya. Mereka itulah orang-orang yang
dijerumuskan ke dalam neraka, disebabkan perbuatan mereka sendiri. Bagi
mereka (disediakan) minuman dari air yang sedang mendidih dan azab yang
pedih kerana kekafiran mereka dahulu.
Orang-orang yang beriman dan tidak mencampur adukkan iman mereka
dengan kezaliman (syirik); Mereka itulah orang-orang yang mendapat
keamanan dan mereka itu adalah orang-orang yang mendapat petunjuk;
Dan demikianlah ALLAH Azza Wa Jalla jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh,
iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dari jenis) jin; Sebahagian
mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain-lain perkataanperkataan yang indah-indah untuk menipu manusia. Jikalau Tuhanmu (Yang
Maha Kuasa) menghendaki, Nescaya mereka tidak mengerjakannya. Maka
tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan; Dan jika kamu
menuruti kebanyakan orang-orang yang di mukabumi ini, nescaya mereka
akan menyesatkanmu dari jalan ALLAH Azza Wa Jalla. Mereka tiada lain
hanyalah mengikuti persangkaan belaka dan mereka tidak lain hanyalah
berdusta ( terhadap ALLAH Azza Wa Jalla); Sesungguhnya Tuhanmu (Yang
Maha Pencipta); Dialah yang lebih mengetahui tentang orang yang tersesat
dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui tentang orang-orang yang
mendapat petunjuk; Dan demikianlah, ALLAH Azza Wa Jalla adakan pada

tiap-tiap negeri penjahat-penjahat yang terbesar agar mereka melakukan


tipudaya dalam negeri itu; Dan mereka tidak memperdayakan melainkan
dirinya sendiri, sedang mereka tidak menyedarinya. Barangsiapa membawa
amal yang baik maka baginya (pahala) sepuluh kali lipat amalnya; Dan
barangsiapa yang membawa perbuatan yang jahat maka dia tidak diberi
pembalasan melainkan seimbang dengan kejahatannya, sedang mereka
sedikitpun tidak dianiaya (dirugikan); Dan Dialah (Yang Maha Kuasa) yang
menjadikan kamu penguasa-penguasa di bumi; Dan Dia meninggikan
sebahagian kamu atas sebahagian (yang lain) beberapa darjat untuk
menguji kamu tentang apa yang diberikan-Nya kepadamu. Sesungguhnya
Tuhanmu amat cepat seksaan-Nya; Dan sesungguhnya Dia Maha
Pengampun lagi Maha Penyayang.
Hai anak Adam, sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla telah menurunkan
kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk
perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik; Yang demikian itu
sebahagian dan tanda-tanda kekuasaan ALLAH Azza Wa Jalla, mudahmudahan mereka selalu ingat; Sebahagian diberi-Nya petunjuk dan
sebahagian lagi telah pasti kesesatan bagi mereka. Sesungguhnya mereka
menjadikan syaitan-syaitan pelindung selain ALLAH Azza Wa Jalla; Dan
mereka mengira bahawa mereka mendapat petunjuk; (yakni) Orang-orang
yang menjadikan Agama (Islam) mereka sebagai main-main dan senda
gurau; Dan kehidupan dunia telah menipu mereka. Maka pada hari ini
ALLAH Azza Wa Jalla melupakan mereka; Sebagaimana mereka melupakan
pertemuan mereka dengan hari ini; Dan mereka selalu mengingkari ayatayat ALLAH Azza Wa Jalla. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla telah
mendatangkan sebuah Kitab (Al-Quran) kepada mereka, yang ALLAH Azza
Wa Jalla telah menjelaskan atas dasar pengetahuan ALLAH Azza Wa Jalla;
Menjadi petunjuk dan rahmat bagi orang-orang yang beriman; Berdoalah
kepada Tuhanmu (Yang Maha Mendengar) dengan berendah diri dan suara
yang lembut. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla tidak menyukai orangorang yang melampaui batas; Dan janganlah kamu membuat kerosakan di
mukabumi, sesudah memperbaikinya dan berdoalah kepada-Nya (Yang
Maha Mengetahui) dengan rasa takut dan harapan. Sesungguhnya rahmat
ALLAH Azza Wa Jalla amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik;
Dan ALLAH Azza Wa Jalla tidak mendapati kebanyakan mereka memenuhi
janji (Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH). Sesungguhnya
ALLAH Azza Wa Jalla mendapati kebanyakan mereka orang-orang yang
fasik.
Firman ALLAH Azza Wa Jalla: Aku (ALLAH Azza Wa Jalla) akan
memalingkan orang-orang yang menyombongkan dirinya di mukabumi
tanpa alasan yang benar dari tanda-tanda kekuasaan-Ku (Yang Maha
Kuasa). Mereka jika melihat tiap-tiap ayat-ayat-Ku (Yang Maha Bijaksana),
mereka tidak beriman kepadanya. Dan jika mereka melihat jalan yang
membawa petunjuk, mereka tidak mahu menempuhnya. Tetapi jika mereka
melihat jalan kesesatan, mereka terus menempuhnya. Yang demikian itu
adalah kerana mereka mendustakan ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla dan
mereka selalu lalai daripadanya. Dan orang-orang yang mendustakan ayatayat ALLAH Azza Wa Jalla dan mendustakan akan menemui akhirat, siasialah perbuatan mereka. Mereka tidak diberi balasan selain dari apa yang
telah mereka kerjakan.Orang-orang yang mengerjakan kejahatan (dosa),
kemudian bertaubat sesudah itu dan beriman; Sesungguhnya Tuhan kamu,

sesudah taubat yang disertai dengan iman itu adalah Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang; Barangsiapa yang diberi petunjuk oleh ALLAH Azza Wa
Jalla, maka dialah yang mendapat petunjuk; Dan barangsiapa yang
disesatkan ALLAH Azza Wa Jalla, maka merekalah orang-orang yang
merugi; Dan ALLAH Azza Wa Jalla jadikan isi jahannam dari jin dan
manusia; Mereka punyai hati tetapi tidak digunakan untuk memahami (ayatayat ALLAH Azza Wa Jalla); Dan mereka punyai mata tetapi tidak
digunakan untuk melihat (tanda-tanda petunjuk ALLAH Azza Wa Jalla); dan
mereka punyai telinga tetapi tidak digunakan untuk mendengar (ayat-ayat
ALLAH Azza Wa Jalla). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka
lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang sesat; Dan ALLAH Azza Wa
Jalla memberi tangguh kepada mereka. Firman ALLAH Azza Wa Jalla:
Sesungguhnya rencana-Ku (Yang Maha Bijaksana) amat teguh.
Barangsiapa yang ALLAH Azza Wa Jalla sesatkan, maka baginya tiada orang
yang akan memberi petunjuk. Dan ALLAH Azza Wa Jalla membiarkan
mereka terumbang-ambing dalam kesesatan.
Jadilah engkau pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan yang maaruf serta
berpalinglah dari pada orang-orang yang bodoh; Dan jika kamu ditimpa
sesuatu godaan syaitan, maka berlindunglah kepada ALLAH Azza Wa Jalla.
Sesungguhnya ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui;
Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa bila mereka ditimpa was-was
dari syaitan; Mereka ingat kepada ALLAH Azza Wa Jalla, maka ketika itu
juga mereka melihat kesalahan-kesalahannya; Dan teman-teman mereka
(orang-orang kafir dan fasik) membantu syaitan-syaitan dalam menyesatkan
dan mereka tidak henti-hentinya (menyesatkan); Dan sebutlah nama
Tuhanmu (Yang Maha Agung lagi Maha Pemelihara) dalam hatimu dengan
merendahkan diri dan rasa takut; Dan dengan tidak mengeraskan suara
diwaktu pagi dan petang; Dan janganlah kamu termasuk orang-orang yang
lalai.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila
disebut ALLAH Azza Wa Jalla, gementarlah hati mereka dan apabila
dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka; Dan
kepada Tuhan (Yang Maha Melihat) mereka bertawakkal; (yakni) Orangorang yang mendirikan shalat dan yang menafkahkan sebahagian dari rezeki
yang ALLAH Azza Wa Jalla berikan kepada mereka; Sesungguhnya
Tuhanmu (Yang Maha Agung) menyuruhmu pergi dari rumahmu dengan
kebenaran padahal sesungguhnya sebahagian dari orang-orang yang
beriman itu tidak menyukainya; Mereka membantahmu tentang kebenaran
sudah nyata; Seolah-olah mereka dihalau kepada kematian sedangkan
mereka melihat; Agar ALLAH Azza Wa Jalla menetapkan yang hak (Islam)
dan membatalkan yang batil (syirik) walaupun orang-orang yang berdosa itu
tidak menyukainya; Ketentuan yang demikian itu adalah kerana
sesungguhnya mereka menentang ALLAH Azza Wa Jalla dan rasul-Nya; Dan
barangsiapa menentang ALLAH Azza Wa Jalla dan rasul-Nya; Maka seksaan
dari ALLAH Azza Wa Jalla amat keras. Hai orang-orang yang beriman,
taatlah kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan Rasul- Nya dan janganlah kamu
berpaling daripada-Nya sedang kamu mendengar (perintah-perintahnya);
Dan janganlah kamu menjadi sebagai orang-orang (munafik) yang berkata:
Kami mendengarkan. Padahal mereka tidak mendengarkan; Sesungguhnya
binatang (makhluk) yang seburuk-buruknya pada sisi ALLAH Azza Wa Jalla
ialah orang-orang pekak dan tuli yang tidak mengerti apa-apa pun (tidak

mempergunakan akal); Kalau kiranya ALLAH Azza Wa Jalla mengetahui


kebaikan ada pada mereka, tentulah ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan
mereka dapat mendengar; dan jikalau ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan
mereka dapat mendengar; Nescaya mereka pasti berpaling juga sedang
mereka memalingkan diri (dari apa yang mereka dengar itu).
Hai orang-orang yang beriman, penuhilah seruan ALLAH Azza Wa Jalla dan
seruan rasul-Nya; Apabila Rasul menyeru kepada kamu dan ketahuilah
bahawa sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla mendinding kamu antara
manusia dan hatinya; Dan sesungguhnya kepada-Nya kamu akan
dikumpulkan; Dan peliharalah dirimu dari seksaan yang tidak khusus
menimpa orang-orang yang zalim (sombong diri) saja di antara kamu. Dan
ketahuilah bahawa seksaan ALLAH Azza Wa Jalla amat keras; Hai orangorang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati ALLAH Azza Wa Jalla
dan rasul-Nya; Dan janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang
dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui; Dan ketahuilah bahawa
hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya
di sisi ALLAH Azza Wa Jalla pahala yang besar. Hai orang-orang yang
beriman, jika kamu bertakwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla; Nescaya Dia
akan memberikan kepadamu furqaan (pembeda antara qada dan qadar)
dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan; Dan mengampuni (dosadosa) kamu. Dan ALLAH Azza Wa Jalla mempunyai kurnia yang besar; Dan
ALLAH Azza Wa Jalla sekali-kali tidak akan mengazab mereka (orang-orang
yang berdosa), sedang kamu berada di antara mereka; Dan tidaklah ALLAH
Azza Wa Jalla akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun;
Sesungguhnya orang-orang yang kafir (ingkar/derhaka) itu, menafkahkan
harta mereka untuk menghalangi dari jalan ALLAH Azza Wa Jalla. Mereka
akan menafkahkan harta itu, kemudian menjadi sesalan bagi mereka; Dan
mereka akan dikalahkan; Dan ke dalam Jahannamlah orang-orang yang
kafir (ingkar/derhaka) itu dikumpulkan; Supaya ALLAH Azza Wa Jalla
memisahkan (golongan) yang buruk dari yang baik dan menjadikan
(golongan) yang buruk itu sebahagian yang lain lalu kesemuanya
ditumpukkan-Nya; Dan dimasukkan-Nya ke dalam Jahannam. Mereka itulah
orang-orang yang merugi.
Katakanlah kepada orang-orang yang kafir (ingkar/derhaka) itu: Jika
mereka berhenti (dari kekafirannya), nescaya ALLAH Azza Wa Jalla akan
mengampuni dosa-dosa mereka yang sudah lalu; Dan jika mereka kembali
lagi (kepada dosa); Sesungguhnya akan berlaku (kepada mereka) sunnah
(ALLAH Azza Wa Jalla) seperti orang-orang terdahulu; Dan janganlah
kamu menjadi seperti orang-orang yang keluar dari kampungnya dengan
rasa angkuh dan dengan maksud riak kepada manusia serta menghalangi
dari jalan ALLAH Azza Wa Jalla; Dan ALLAH Azza Wa Jalla meliputi apa
yang mereka kerjakan; Demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu
sendiri. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla sekali-kali tidak menganiaya
hamba-Nya. Sesungguhnya binatang (makhluk) yang paling buruk di sisi
ALLAH Azza Wa Jalla ialah orang-orang kafir (ingkar/derhaka) kerana
mereka tidak beriman; (yakni) Orang-orang yang kamu telah mengambil
perjanjian dari mereka; Sesudah itu mereka mengkhianati janjinya pada
setiap kalinya; Dan mereka tidak takut (akibat-akibatnya); Dan janganlah
orang-orang yang kafir (ingkar/derhaka) itu mengira bahawa mereka akan
lolos (dari kekuasaan ALLAH Azza Wa Jalla). Sesungguhnya mereka tidak
dapat melemahkan ALLAH Azza Wa Jalla.

Apakah kamu mengira bahawa kamu akan dibiarkan (begitu saja), kononya
ALLAH Azza Wa Jalla belum mengetahui (dalam kenyataan) orang-orang
yang berjihad di antara kamu; Dan tidak mengambil menjadi teman yang
setia selain ALLAH Azza Wa Jalla, rasul-Nya dan orang-orang yang beriman;
Dan ALLAH Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan; Katakanlah: Jika
bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri kaum keluargamu,
harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri
kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai adalah lebih
kamu cintai daripada ALLAH Azza Wa Jalla dan rasul-Nya; Dan (dari)
berjihad di jalan-Nya. Maka tunggulah sampai ALLAH Azza Wa Jalla
mendatangkan keputusan-Nya. Dan ALLAH Azza Wa Jalla tidak memberi
petunjuk kepada orang-orang yang fasik; Maka janganlah harta benda dan
anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla
menghendaki dengan (memberi) harta benda dan anak-anak itu untuk
menyeksa mereka dalam kehidupan di dunia: Dan kelak akan melayang
nyawa mereka: Sedang mereka dalam keadaan yang kafir (ingkar/derhaka).
Mereka (orang-orang munafik) bersumpah dengan (nama) ALLAH Azza Wa
Jalla bahawa sesungguhnya mereka termasuk golonganmu; Padahal mereka
bukanlah dari golonganmu, akan tetapi mereka adalah orang-orang yang
sangat takut (kepadamu); Jikalau mereka mereka memperolehi tempat
perlindungan yang lain nescaya mereka pergi kepadanya dengan secepatcepatnya; Mereka bersumpah kepada kamu dengan (nama) ALLAH Azza Wa
Jalla untuk mencari keredhaanmu ; Padahal ALLAH Azza Wa Jalla dan rasulNya itulah yang lebih patut mereka cari keredhaannya jika mereka adalah
orang-orang yang mumin; Tidakkah mereka (orang-orang munafik)
mengetahui bahawasanya barangsiapa menentang ALLAH Azza Wa Jalla
dan rasul-Nya; Maka sesungguhnya Jahannamlah baginya, dia kekal di
dalamnya. Itu adalah kehinaan yang besar; Dan jika kamu tanyakan kepada
mereka (tentang apa yang mereka telah lakukan); Tentulah mereka akan
menjawab: Sesungguhnya kami hanyalah bersenda gurau dan bermain
saja. Katakanlah (kepada mereka): Apakah dengan ALLAH Azza Wa Jalla,
ayat-ayat-Nya dan rasul-Nya kamu selalu berolok-olok? Tidak usah kamu
(orang-orang munafik) minta maaf kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika
ALLAH Azza Wa Jalla memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran
mereka bertaubat); Nescaya ALLAH Azza Wa Jalla akan mengazab golongan
(yang lain) disebabkan mereka adalah orang-orang yang selalu berbuat
dosa.
Orang-orang munafik laki-laki dan perempuan, sebahagian dengan
sebahagian yang lain adalah sama; Mereka menyuruh membuat mungkar
dan melarang berbuat yang maaruf dan mereka menggenggamkan
tangannya. Mereka telah lupa kepada ALLAH Azza Wa Jalla, maka ALLAH
Azza Wa Jalla melupakan mereka; Sesungguhnya orang-orang munafik
itulah orang-orang yang fasik; ALLAH Azza Wa Jalla mengancam orangorang munafik laki-laki dan perempuan dan orang-orang kafir dengan
Jahannam; Mereka kekal di dalamnya. Cukuplah neraka itu bagi mereka;
Dan ALLAH Azza Wa Jalla melaknati mereka; Dan bagi mereka azab yang
kekal; (Keadaan kamu hai orang-orang munafik dan musyrikin adalah)
seperti keadaan orang-orang sebelum kamu; Mereka lebih kuat daripada
kamu dan lebih banyak harta benda dan anak-anaknya daripada kamu.
Maka mereka telah menikmati bahagian mereka dan kamu telah menikmati
bahagianmu sebagaimana orang-orang sebelummu menikmati bahagiannya;

Dan kamu mempercakapkannya. Mereka itu, amalannya menjadi sia-sia di


dunia dan di akhirat; Dan mereka itulah orang-orang yang merugi; ALLAH
Azza Wa Jalla menjanjikan kepada orang-orang yang mumin lelaki dan
perempuan syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai; Kekal mereka
di dalamnya dan mendapat tempat-tempat yang bagus di Syurga Adn; Dan
keredhaan ALLAH Azza Wa Jalla adalah lebih besar. Itu adalah
keberuntungan yang besar. Mereka (orang-orang munafik itu) bersumpah
dengan (nama) ALLAH Azza Wa Jalla bahawa mereka tidak mengatakan
sesuatu yang menyakitimu). Sesunguhnya mereka telah mengucapkan
perkataan kekafiran; Dan telah menjadi kafir sesudah Islam dan mengingini
apa yang mereka tidak mencapainya; Dan mereka tidak mencela kecuali
kerana ALLAH Azza Wa Jalla dan rasul-Nya telah melimpahkan kurnia-Nya
kepada mereka. Maka jika mereka bertaubat, itu adalah lebih baik bagi
mereka dan jika mereka berpaling. Nescaya ALLAH Azza Wa Jalla akan
mengazab mereka dengan azab yang pedih di dunia dan di akhirat; Dan
mereka sekali-kali tidak mempunyai pelindung dan tidak (pula) penolong di
mukabumi; Dan di antara mereka ada orang telah berikrar kepada ALLAH
Azza Wa Jalla: Sesungguhnya jika ALLAH Azza Wa Jalla memberikan
sebahagian kurnia-Nya kepada kami, pastilah kami akan bersedekah dan
pastilah kami termasuk orang-orang yang sholeh. Maka setelah ALLAH
Azza Wa Jalla memberikan kepada mereka sebahagian dari kurnia-Nya;
Mereka kikir dengan kurnia itu dan berpaling; Dan mereka memanglah
orang-orang yang selalu membelakangi (kebenaran); Maka ALLAH Azza Wa
Jalla menimbulkan kemunafikan pada hati mereka sampai kepada waktu
mereka menemui ALLAH Azza Wa Jalla; Kerana mereka telah memungkiri
terhadap ALLAH Azza Wa Jalla apa yang telah mereka ikrarkan kepada-Nya
dan mereka juga selalu berdusta; Tidakkah mereka tahu bahawasanya
ALLAH Azza Wa Jalla mengetahui segala yang ghaib (bisikan hati)?
Kamu (orang-orang beriman dan bertakwa) memohon ampun bagi mereka
(ingkar/derhaka) atau tidak kamu mohonkan ampun bagi mereka (adalah
sama sahaja). Walaupun kamu memohonkan ampun bagi mereka tujuh
puluh kali. Namun ALLAH Azza Wa Jalla sekali-kali tidak akan memberi
ampun kepada mereka. Yang demikian itu adalah kerana mereka kafir
(ingkar/derhaka) kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan rasul-Nya; Dan ALLAH
Azza Wa Jalla tidak memberi petunjuk kepada orang yang fasik; Maka
hendaklah mereka tertawa sedikit dan menangis banyak, sebagai
pembalasan dari apa yang selalu mereka kerjakan; Dan janganlah harta
benda dan anak-anak mereka menarik hatimu. Sesungguhnya ALLAH Azza
Wa Jalla menghendaki akan mengazab mereka di dunia dengan harta dan
anak-anak itu dan agar melayang nyawa mereka dalam keadaan kafir
(ingkar/derhaka). Kelak mereka akan bersumpah kepadamu dengan nama
ALLAH Azza Wa Jalla. Apabila kamu kembali kepada mereka supaya kamu
berpaling dari mereka; Maka berpalinglah dari mereka kerana sesungguhnya
mereka itu najis dan tempat mereka Jahannam sebagai balasan atas apa
yang telah mereka kerjakan; Mereka akan bersumpah kepadamu agar kamu
redha kepada mereka. Tetapi jika sekiranya kamu redha kepada mereka
maka sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla tidak redha kepada orang-orang
yang fasik (ingkar/derhaka) itu; Dan (ada pula) orang-orang lain yang
mengakui dosa-dosa mereka; Mereka mencampur baurkan pekerjaan yang
baik dengan pekerjaan lain yang buruk. Mudah-mudahan ALLAH Azza Wa
Jalla menerima taubat mereka. Sesungguhnya ALLAH Maha Pengampun lagi
Maha Penyayang.

Ada (pula) orang-orang lain yang ditangguhkan sampai ada keputusan


ALLAH Azza Wa Jalla; Adakalanya ALLAH Azza Wa Jalla mengazab mereka
dan adakalanya ALLAH Azza Wa Jalla menerima taubat mereka; Dan
ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana; Bangunan-bangunan yang
mereka dirikan itu senantiasa menjadi pangkal keraguan dalam hati mereka,
kecuali bila hati mereka itu telah hancur; Dan ALLAH Maha Mengetahui lagi
Maha Bijaksana; Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla telah membeli dari
orang-orang mumin iaitu diri dan harta mereka dengan memberikan syurga
untuk mereka berperang (jihad) jalan ALLAH Azza Wa Jalla lalu mereka
membunuh atau terbunuh. Itulah janji yang benar dari ALLAH Azza Wa Jalla
di dalam Taurat, Injil dan Al-Quran; Dan siapakah yang lebih menepati
janjinya selain daripada ALLAH Azza Wa Jalla? Maka bergembiralah dengan
jual beli yang telah kamu lakukan itu; Dan itulah kemenangan yang besar;
Mereka itu orang-orang yang bertaubat; Yang beribadat; Yang memuji
ALLAH Azza Wa Jalla; Yang melawat (jihad dengan akalnya); Yang ruku;
Yang sujud; Yang menyuruh berbuat maruf dan mencegah mungkar; Dan
yang memelihara hukum-hukum ALLAH Azza Wa Jalla; Dan bergembiralah
orang-orang mumin itu. Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah
kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan hendaklah kamu bersama orang-orang
yang benar; Tidak sepatutnya bagi orang-orang yang mumin itu pergi
semuanya. Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka
beberapa orang untuk memperdalamkan pengetahuan mereka tentang
agama (Islam); Dan untuk memberi peringatan kepada kaumnya apabila
mereka telah kembali kepadanya; Supaya mereka itu dapat menjaga dirinya
(takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla); Dan adapun orang-orang yang di
dalam hati mereka ada penyakit; Maka dengan surat itu (Firman ALLAH
Azza Wa Jalla) bertambah kekafiran mereka; Disamping kekafirannya yang
telah ada dan mereka mati dalam keadaan kafir (ingkar/derhaka); Dan
tidakkah mereka (orang-orang munafik) memperhatikan bahawa mereka
diuji sekali atau dua kali setiap tahun kemudian mereka tidak juga bertaubat
dan tidak pula mengambil pengajaran; Jika mereka (ingkar/derhaka)
berpaling (dari keimanan), maka katakanlah: Cukuplah ALLAH Azza Wa
Jalla bagiku, Tiada Tuhan selain Dia. Hanya kepada-Nya aku bertawakkal
dan Dia adalah Tuhan yang memiliki arasy yang agung.
Patutkah menjadi kehairanan bagi manusia bahawa ALLAH Azza Wa Jalla
mewahyukan kepada seorang lelaki di antara mereka: Berilah peringatan
kepada manusia dan gembirakanlah orang-orang beriman bahawa mereka
mempunyai kedudukan yang tinggi di sisi Tuhan (Yang Maha Esa) mereka.
Orang-orang kafir (ingkar/derhaka) berkata: Sesungguh orang ini benarbenar adalah tukang sihir (pendusta) yang nyata. Hanya kepada-Nya kamu
semuanya akan kembali sebagai janji yang benar daripada ALLAH Azza Wa
Jalla; Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla menciptakan makhluk pada
permulaannya kemudian mengulanginya kembali, agar Dia memberi
pembalasan kepada orang-orang yang beriman; Dan yang mengerjakan
amal sholeh dengan adil; Dan untuk orang-orang kafir (ingkar/derhaka)
disediakan minuman air yang panas dan azab yang pedih disebabkan
kekafiran mereka. Dia (Yang Maha Kuasa) menjadikan matahari bersinar
dan bulan bercahaya dan ditetapkan-Nya manzilah-manzilah (tempattempat) bagi perjalanan bulan itu; Supaya kamu mengetahui bilangan tahun
dan perhitungan (waktu). ALLAH Azza Wa Jalla tidak menciptakan yang
demikian itu melainkan dengan hak (kehikmahan). Dia (Yang Maha

Bijaksana) menjelaskan tanda-tanda (keagungan-Nya) kepada orang-orang


yang mengetahui; Sesungguhnya orang-orang yang tidak mengharapkan
(ragu-ragu) pertemuan dengan ALLAH Azza Wa Jalla; Dan merasa puas
dengan kehidupan dunia serta merasa tenteram dengan kehidupan itu; Dan
orang-orang yang melalaikan ayat-ayat ALLAH (Al-Quran); Mereka
(ingkar/derhaka) itu tempatnya ialah neraka; Disebabkan apa yang selalu
mereka kerjakan; Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan
mengerjakan amal-amal sholeh; Mereka diberi petunjuk oleh Tuhan (Yang
Maha Melihat) mereka kerana keimanannya (yang bertakwa kepada ALLAH
Azza Wa Jalla). Di bawah mereka mengalir sungai-sungai di dalam syurga
yang penuh kenikmatan.
Kalau sekiranya ALLAH Azza Wa Jalla menyegerakan kejahatan bagi
manusia seperti permintaan mereka; Untuk menyegerakan kebaikan,
pastilah diakhiri umur mereka. Maka ALLAH Azza Wa Jalla biarkan orangorang yang tidak mengharapkan pertemuan dengan ALLAH Azza Wa Jalla
bergelimang di dalam kesesatan mereka; Dan apabila manusia ditimpa
bahaya dia berdoa kepada ALLAH Azza Wa Jalla dalam keadaan berbaring,
duduk atau berdiri; Tetapi setelah ALLAH Azza Wa Jalla hilangkan bahaya
itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat); Seolah-olah
dia tidak pernah berdoa kepada ALLAH Azza Wa Jalla untuk
(menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang
yang melampaui batas (ingkar/derhaka) itu memandang baik apa yang
selalu mereka kerjakan; Kemudian ALLAH Azza Wa Jalla jadikan kamu
pengganti-pengganti (mereka) di mukabumi sesudah mereka; Supaya
ALLAH Azza Wa Jalla memperhatikan bagaimana kamu berbuat; Maka
siapakah yang lebih zalim daripada orang yang mengada-adakan kedustaan
terhadap ALLAH Azza Wa Jalla atau mendustakan ayat-ayat-Nya (AlQuran)? Sesungguhnya tiadalah beruntung orang-orang yang berbuat dosa.
Manusia dahulunya hanyalah satu umat kemudian mereka berselisih. Kalau
tidaklah kerana suatu ketetapan (Hari Kiamat) yang telah ada dari Tuhanmu
(Yang Maha Adil) dahulu; Pastilah telah diberi keputusan di antara mereka
(yang diberi kepuasan dunia) tentang apa yang mereka perselisihkan itu;
Dan apabila ALLAH Azza Wa Jalla merasakan kepada manusia suatu
rahmat; Sesudah (datangnya) bahaya menimpa mereka. Tiba-tiba mereka
mempunyai tipudaya dalam (menentang) tanda-tanda kekuasaan ALLAH
Azza Wa Jalla; Katakanlah: ALLAH Azza Wa Jalla lebih cepat pembalasanNya (atas tipudaya itu). Sesungguhnya malaikat-malaikat ALLAH Azza Wa
Jalla menuliskan tipudayamu; Maka setelah ALLAH Azza Wa Jalla
menyelamatkan mereka. Tiba-tiba mereka membuat kezaliman di
mukabumi tanpa (alasan) yang benar; Hai manusia, sesungguhnya
(bencana) kezalimanmu akan menimpa dirimu sendiri; (hasil kezalimanmu)
itu hanyalah kenikmatan duniawi. Kemudian kepada ALLAH Azza Wa Jalla
kamu kembali, lalu ALLAH Azza Wa Jalla khabarkan kepadamu apa yang
telah kamu kerjakan.
Sesungguhnya perumpamaan kehidupan duniawi itu adalah sperti air
(hujan) yang ALLAH Azza Wa Jalla turunkan dari langit lalu tumbuhlah
dengan suburnya tanam-tanaman di bumi; Di antaranya ada yang dimakan
manusia dan binatang ternak; Hingga apabila bumi itu telah sempurna
keindahannya dan memakai perhiasannya; Dan pemilik-pemiliknya mengira
bahawa mereka pasti menguasainya. Tiba-tiba datanglah kepadanya azab
ALLAH Azza Wa Jalladi waktu malam ataupun siang; Lalu ALLAH Azza Wa

Jalla jadikan (tanaman) laksana tanam-tanaman yang sudah disabit,


seakan-akan belum pernah tumbuh kelmarin. Demikianlah ALLAH Azza Wa
Jalla menjelaskan tanda-tanda kekuasaan (Yang Maha Bijaksana) kepada
orang-orang yang berfikir; Bagi orang-orang yang berbuat baik, ada pahala
yang terbaik (syurga) dan tambahannya; Dan muka mereka tidak ditutupi
debu hitam; Dan tidak (pula) kehinaan. Mereka itulah penghuni syurga;
Mereka kekal di dalamnya; Dan orang-orang yang mengerjakan kejahatan
(mendapat) balasan yang setimpal; Dan mereka ditutupi kehinaan. Tidak
ada bagi mereka seorang perlindungan pun dari (azab) ALLAH Azza Wa
Jalla, seakan-akan muka mereka ditutupi dengan kepingan-kepingan malam
yang gelap gelita. Mereka itulah penghuni neraka; Mereka kekal di
dalamnya; Dan cukuplah ALLAH Azza Wa Jalla menjadi saksi antara kami
dengan kamu bahawa kami tidak tahu menahu tentang penyembahan
kamu. Demikianlah telah tetap hukuman Tuhanmu (Yang Maha Mengetahui)
terhadap orang-orang yang fasik kerana sesungguhnya mereka tidak
beriman (tanpa takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla); Dan kebanyakan
mereka tidak megikuti kecuali persangkaan (prasangka) sahaja.
Sesungguhnya prasangka itu tidak sedikit pun berguna untuk mencapai
kebenaran. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka
kerjakan; Tidaklah mungkin Al-Quran dibuat oleh selain ALLAH Azza Wa
Jalla; Akan tetapi (Al-Quran) membenarkan kitab-kitab yang sebelumnya
dan menjelaskan hukum-hukum yang telah ditetapkan-Nya. Tidak ada
keraguan di dalamnya dari (ALLAH Azza Wa Jalla) Tuhan semesta alam;
Yang sebenarnya, mereka (ingkar/derhaka) mendustakan apa yang mereka
belum mengetahuinya dengan sempurna; Padahal belum datang kepada
mereka penjelasannya. Demikianlah orang-orang yang sebelum mereka
telah mendustakan (hakikat); Maka perhatikanlah bagaimana akibat orangorang yang zalim (ingkar/derhaka) itu; Di antara mereka ada orang-orang
yang beriman kepada Al-Quran; Dan di antaranya ada (pula) orang-orang
yang tidak beriman kepadanya. Tuhanmu (Yang Maha Melihat) lebih
mengetahui tentang orang-orang yang berbuat kerosakan (menzalimi dirisendiri); Dan di antara mereka ada orang mendengarkanmu. Apakah kamu
dapat menjadikan orang-orang tuli itu mendengar walaupun mereka tidak
mengerti? Dan di antara mereka ada orang yang melihat kepadamu. Apakah
dapat kamu memberi petunjuk kepada orang-orang yang buta walaupun
mereka tidak dapat memperhatikan?
Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla tidak berbuat zalim kepada manusia
sedikitpun; Akan tetapi manusia itulah yang berbuat zalim kepada diri
mereka sendiri; Kemudian, apakah setelah terjadinya (azab itu)? Kemudian
itu kamu mempercayainya? Apakah sekarang (baru kamu mempercayai),
padahal sebelumnya kamu selalu meminta supaya disegerakan? Dan kalau
setiap diri yang zalim (ingkar/derhaka) itu mempunyai segala apa yang ada
di bumi ini; Tentu dia menebus dirinya dengan itu; Dan mereka
menyembunyikan penyesalannya ketika mereka telah menyaksikan azab itu;
Dan telah diberi keputusan di antara mereka dengan adil sedang mereka
tidak dianiaya; Ingatlah! Sesungguhnya kepunyaan ALLAH Azza Wa Jalla
apa yang ada di langit dan di bumi. Ingatlah! Sesungguhnya janji ALLAH
Azza Wa Jalla itu benar; Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui. Hai
manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran dari Tuhanmu
(Yang Maha Membimbing); dan (Yang Maha Menyembuh) penyembuh bagi
penyakit-penyakit (yang berada) dalam dada; Dan petunjuk serta rahmat
bagi orang-orang yang beriman; Apakah dugaan orang-orang yang

mengada-adakan kebohongan terhadap ALLAH Azza Wa Jalla pada hari


kiamat?
Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla benar-benar mempunyai kurnia (yang
dilimpahkan) atas manusia; tetapi kebanyakan mereka tidak mensyukuri;
Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu ayat dari
Al-Quran; Dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan melainkan ALLAH
Azza Wa Jalla menjadi saksi atasmu di waktu kamu melakukannya. Tidak
luput dari pengetahuan Tuhanmu (Yang Maha Mengetahui) biarpun sebesar
zarah (atom) di bumi ataupun di langit. Tiada yang lebih kecil dan tidak
(pula) yang lebih besar dari itu, melainkan (semua tercatat) dalam kitab
yang nyata (Lauh Mahfuzh).
Ingatlah! Sesungguhnya kepunyaan ALLAH Azza Wa Jalla semua yang ada
di langit dan semua yang ada di bumi; Dan orang-orang yang menyeru
sekutu-sekutu selain ALLAH Azza Wa Jalla tidaklah mengikuti (suatu
keyakinan); Mereka tidak mengikuti kecuali prasangka belaka; Dan mereka
hanyalah menduga-duga; (Bagi mereka) kesenangan (sementara) di dunia;
Kemudian kepada ALLAH Azza Wa Jalla mereka kembali; Kemudian ALLAH
Azza Wa Jalla rasakan kepada mereka seksa yang berat disebabkan
kekafiran mereka (ingkar/derhaka); Apakah sekarang (baru kamu
percaya?); Padahal sesungguhnya kamu telah derhaka sejak dahulu; Dan
kamu termasuk orang-orang yang berbuat kerosakan; Maka pada hari ini,
ALLAH Azza Wa Jalla selamatkan badanmu supaya kamu dapat menjadi
pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudahmu; Dan sesungguhnya
kebanyakan dari manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan ALLAH Azza
Wa Jalla; Maka jika kamu berada dalam keragu-raguan tentang apa yang
ALLAH Azza Wa Jalla turunkan kepadamu. Maka tanyakanlah kepada orangorang yang membaca kitab sebelum kamu. Sesungguhnya telah datang
kebenaran kepadamu dari Tuhanmu (Yang Maha Memelihara); Sebab itu
janganlah kamu termasuk orang-orang yang ragu-ragu; Dan janganlah
sekali-kali kamu termasuk orang-orang yang mendustakan (lalai dari) ayatayat ALLAH Azza Wa Jalla (Al-Quran) yang menyebabkan kamu termasuk
orang-orang yang rugi. Sesungguhnya orang-orang yang telah pasti
terhadap mereka kalimat Tuhanmu (Yang Maha Mengetahui) , tidaklah akan
beriman (mati dalam kekafiran); Meskipun datang kepada mereka segala
macam keterangan hingga mereka menyaksikan azab yang pedih; Dan tiada
seorangpun akan beriman kecuali dengan izin ALLAH Azza Wa Jalla; Dan
ALLAH Azza Wa Jalla menimpakan kemurkaan kepada orang-orang yang
tidak mempergunakan akalnya; Jika ALLAH Azza Wa Jalla menimpakan
sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada yang dapat menghilangkannya
kecuali Dia; Dan jika ALLAH Azza Wa Jalla menghendaki kebaikan bagi
kamu, maka tiada yang dapat menolak kurnia-Nya. Dia memberikan
kebaikan itu kepada siapa yang dikehendaki-Nya di antara hamba-hambaNya dan Dia Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Katakanlah: Hai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu kebenaran
(Al-Quran) dari Tuhanmu (Yang Maha Mencipta); Sebab itu barangsiapa
yang mendapat petunjuk maka sesungguhnya (petunjuk itu) untuk kebaikan
dirinya sendiri; Dan barangsiapa yang sesat (ingkar/derhaka) maka
sesungguhnya kesesatannya itu untuk kecelakaan dirinya sendiri. Dan aku
bukanlah seorang penjaga terhadap dirimu. Dan ikutilah apa yang
diwahyukan kepadamu; Dan bersabarlah hingga ALLAH Azza Wa Jalla

memberi keputusan; Dan Dia adalah Yang Maha Menghakimi sebaikbaiknya.


INNA LILLAHI WA INNA LILLAHI RAJIUN
YA ALLAH, YA TUHANKU;
CUKUPLAH BAGIKU KEBANGGAAN BAHAWASANYA ENGKAU TUHANKU,
RAJAKU;
DAN CUKUPLAH KEMULIAAN BAGIKU BAHAWASANYA AKU MENJADI HAMBAMU;
YA ALLAH, YA TUHANKU;
SESUNGGUHNYA, ENGKAU SEPERTI YANG KU INGINKAN (MEMOHON
KEAMPUNAN);
MAKA, JADIKANLAH AKU SEPERTI YANG ENGKAU INGINKAN;
SEGALA PUJI BAGI-MU, YA ALLAH;
YANG AWAL, YANG TIADA SESUATU PUN SEBELUM-MU;
YANG AKHIR, YANG TIADA SESUATU PUN SETELAH-MU;
YANG ZAHIR, YANG TIADA SESUATU PUN DI ATAS-MU;
YANG BATIN, YANG TIADA SESUATU PUN DI BAWAH-MU;
YA ALLAH, YA TUHANKU;
ILMU-MU MENEMBUS SEGALA TIRAI BATIN KEGHAIBAN;
DAN MELIPUTI SEGALA KESAMARAN RAHSIA.
LA HAWLA WALA QUWWATA ILLA BILLAH
WASALAM

PER I N G ATAN
ALLAH AZZA WA JALLA TIDAK MERUBAH ILMU YANG
KITA MILIKI MENJADI KEBODOHAN DAN TIDAK PULA
MERUBAH KEYAKINAN KITA MENJADI KEBIMBANGAN.
SESUATU ITU ADALAH KEDUNIAAN YANG DISERAHKAN
KEPADA KITA KERANANYA KITA DAPAT MEMUTUSKAN
SEKEHENDAK KITA. KALAU KITA HENDAK
MEMBAHAGIKANNYA, BAGILAH SECARA ADIL. KALAU
KITA HENDAK MENGGUNAKANNYA SENDIRI, SESUATU
I T U A K A N L E N Y A P. J I K A K I T A B I A R K A N S E S U A T U I T U
SEPERTI KEADAANNYA SEKARANG INI, MAKA
KEMUDIAN HARI SESUATU ITU AKAN DIMILIKI OLEH
ORANG YANG TIDAK BERHAK.
SETIAP ORANG YANG TELAH DEWASA (AKIL BALIGH) PASTI ADA
KAITANNYA DENGAN AL-QURAN YANG DITURUNKAN ALLAH Azza
Wa Jalla.
PERINGATAN
Al-Quran adalah kitab yang amat rapi ayat-ayatnya kemudian diterangkan
(dihuraikan) dari sisi ALLAH Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui.
Istighfarlah (mintalah ampun) kepada ALLAH Maha Mengampuni lagi Maha
Mengetahui. Kemudian taubatlah kepada-Nya, nescaya ALLAH Azza Wa Jalla

memberi kamu kesenangan yang baik sehingga sampai ajalmu yang


ditentukan. Malahan ALLAH Azza Wa Jalla berikan kurnia-Nya kepada tiaptiap orang yang mempunyai kurnia. Jika kamu berpaling, sesungguhnya
kebimbangan terhadap kamu akan seksaan hari yang besar (kiamat).
Ingatlah! Sesungguhnya mereka (manusia) memalingkan dadanya (hati)
dari kebenaran supaya mereka tersembunyi daripada ALLAH Azza Wa Jalla.
Ketahuilah! Ketika mereka berselimut dengan kainnya. ALLAH Maha
Mengetahui apa-apa yang mereka rahsiakan dan apa-apa yang mereka
lahirkan (perbuatkan). ALLAH Maha Mengetahui apa-apa yang ada dalam
dada (hati). Tidak ada sesuatu yang melata di bumi melainkan kehendak
ALLAH Azza Wa Jalla atas rezeki kita (manusia). ALLAH Maha Mengetahui
kediaman kita dan tempat menyimpannya. Segalanya telah tersebut itu, ada
dalam kitab (Al-Quran) yang nyata. Demikian itu, jika ALLAH Azza Wa Jalla
rasakan nikmat-Nya kepada manusia kemudian ALLAH Azza Wa Jalla
cabutkan (ambil) kembali daripadanya nikmat. Nescaya mereka (manusia)
putus asa dan menjadi kafir (ingkar/derhaka). Setelah ALLAH Azza Wa Jalla
rasakan nikmat kesenangan kepada manusia sesudah kesusahan menimpa
dirinya, nescaya ia berkata: Telah hilang sengsara itu dari aku.
Sesungguhnya ia (manusia) sangat gembira lagi sombong kecuali orangorang yang sabar dan beramal sholeh (amal maruf, nahi mungkar). Untuk
mereka ini, ampunan dan pahala yang besar. Jika mereka (manusia) itu
tiada memperkenankan peringatan kamu, maka ketahuilah bahawa
sesungguhnya Al-Quran itu diturunkan dengan pengetahuan ALLAH Azza
Wa Jalla dan tiada tuhan lain selain ALLAH Maha Esa. Adakah kamu orang
muslimin (patuh mengikuti-Nya)? Barangsiapa menghendaki hidup di dunia
dan perhiasannya (kesenangan hidup di dunia), ALLAH Azza Wa Jalla
sempurnakan pekerjaannya (hasratnya) di dunia sedang mereka (manusia)
tiada dirugikan. Tetapi tidak ada bagi mereka (manusia) itu di akhirat
melainkan neraka. Maka hapuslah apa-apa yang mereka perbuat di dunia
dan binasalah apa-apa yang mereka amalkan (usahakan). Mereka itulah
orang-orang yang merugikan dirinya dan lenyaplah dari mereka apa-apa
yang mereka ada-adakan. Tidak dapat tidak, mereka amat merugi di
akhirat.
Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan beramal sholeh (amal maruf,
nahi mungkar). Maka tenteram hati mereka terhadap ALLAH Azza Wa Jalla.
Mereka itu penghuni syurga serta kekal di dalamnya. Umpama dua golongan
(antara kafir dan mukmin) adalah seperti orang buta lagi tuli dengan orang
melihat lagi mendengar. Adakah kedua perumpamaan itu serupa? Tiadakah
kamu mendapat peringatan? Tiada berguna nasihat ini kepada kamu jika ia
diberikan. Andai ALLAH Azza Wa Jalla hendak menyesatkan kamu (atas
pilihan kamu sendiri). Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla adalah Tuhanmu
dan Tuhanku dan kepada-Nya kita dikembalikan. ALLAH Maha Kuasa
menyeksa mereka (manusia) yang aniaya (menzalimi diri-sendiri).
Sesungguhnya seksaan-Nya amat pedih. Pada demikian itu, menjadi ibrah
(pengajaran) bagi orang yang takut akan seksaan akhirat. Itulah hari yang
dihimpunkan manusia semuanya (kafir dan mukmin). Pada hari itulah, hari
yang dihadiri-Nya. ALLAH Azza Wa Jalla tiada mengundurkan seksaan itu
melainkan hingga masa yang ditentukan. Pada hari yang akan datang, tiada
dapat seseorang berbicara melainkan dengan izin-Nya. Di antara manusia
ada yang celaka dan ada pula yang berbahagia.
Adapun orang-orang yang celaka (dimasukkan) dalam neraka, sedang
mereka mengeluarkan dan menarik nafasnya serta mereka kekal di

dalamnya, selama kekal langit dan bumi kecuali apa yang dikehendaki
ALLAH Maha Bijaksana. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla memperbuat
apa-apa yang dikehendaki-Nya. Adapun orang-orang yang berbahagia
ditempatkan dalam syurga serta kekal di dalamnya, selama kekal langit dan
bumi kecuali apa yang dikehendaki ALLAH Azza Wa Jalla sebagai pemberian
yang tiada putus. Sesungguhnya, masing-masing (manusia) akan
disempurnakan ALLAH Azza Wa Jalla (balasan) bagi amalan mereka.
ALLAH Maha Mengetahui apa-apa yang mereka (manusia) kerjakan. Sebab
itu, berlakulah luruslah engkau (kamu) sebagaimana yang diperintahkanNya bersama orang yang taubat dan janganlah melampaui batas.
Sesungguhnya, ALLAH Maha Melihat apa-apa yang kamu kerjakan
(lakukan).
Janganlah kamu cenderung kepada orang-orang aniaya (yang menzalimi diri
sendiri). Nanti kamu turut ditimpa api neraka dan tidak ada bagimu wali
selain daripada ALLAH Azza Wa Jalla. Sungguh tiada untuk kamu
pertolongan. Hendaklah engkau (kamu) sabar kerana sesungguhnya ALLAH
Azza Wa Jalla tiada mensia-siakan pahala orang-orang yang berbuat
kebaikan. Mengapakah tidak ada di antara umat-umat sebelum kamu (kita)
iaitu orang-orang baik yang melarang berbuat bencana di mukabumi kecuali
sedikit dari orang yang ALLAH Azza Wa Jalla selamatkan di antara mereka
itu. Sesungguhnya, orang-orang aniaya (menzalimi diri sendiri) mengikut
nafsu (kesenangan dunia) yang ada padanya. Maka mereka itu adalah orang
berdosa (ingkar/derhaka). Jika ALLAH Azza Wa Jalla menghendaki, nescaya
dijadikan-Nya manusia satu umat (agama) tetapi mereka sentiasa berselisih
(sombong) kecuali orang-orang yang dikasihi ALLAH Azza Wa Jalla. Dari
itulah, ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan mereka manusia tamat perkataan
(peringatan). Demi, akan ALLAH Azza Wa Jalla penuhkan neraka dengan jin
dan manusia sekeliannya. Kepunyaan ALLAH Azza Wa Jalla segala yang
ghaib di langit serta di bumi dan kepada-Nya dikembalikan segala urusan.
Sebab itu, sembahlah ALLAH Azza Wa Jalla dan bertawakkallah kepadaNya. Sesungguhnya, ALLAH Azza Wa Jalla tiada lalai dari apa-apa yang
kamu (manusia) kerjakan (dari niat, lisan dan perbuatan).
ALLAH Azza Wa Jalla telah kisahkan kepada kamu (manusia) sebaik-baik
kisah (pengalaman) dengan apa yang ALLAH Azza Wa Jalla khabarkan
kepadamu dalam Al-Quran. Sesungguhnya kamu (manusia) sebelumnya
termasuk orang yang lalai pada-Nya (peringatan). Sesungguhnya pahala
akhirat lebih baik bagi orang-orang yang beriman sedang mereka bertakwa.
Ketahuilah! Kebanyakan manusia bukan orang-orang beriman meskipun
engkau (kamu) harapkan. Kamu tiada minta ganjaran dari mereka
(manusia) atas Al-Quran yang hanya peringatan bagi seluruh alam
(makhluk-makhluk-Nya). Betapa banyaknya ayat-ayat (tanda-tanda
kekuasaan ALLAH Azza Wa Jalla) di langit dan di bumi sedang mereka
(manusia) melewatinya namun mereka berpaling daripadanya. Kebanyakan
mereka (manusia) tiada beriman kepada ALLAH Azza Wa Jalla. Malahan
mereka ingkar/derhaka kepada ALLAH Maha Mengetahui. Adakah mereka
(manusia) aman, andai datang bahaya kepada mereka iaitu seksaan ALLAH
Azza Wa Jalla ataupun datang hari kiamat dengan tiba-tiba sedang mereka
tiada sedar? Sesungguhnya itu, ada ibrah (pengajaran) bagi orang-orang
yang berakal. Bukanlah Al-Quran suatu perkhabaran yang diada-adakan,
bahkan ayat-ayatnya membenarkan (kitab-kitab) yang dihadapan
(terdahulu) dan menerangkan tiap-tiap sesuatu juga merupakan petunjuk

dan rahmat bagi kaum yang benar-benar beriman.


ALLAH Azza Wa Jalla yang meninggikan langit dengan tiada tiang
sepertimana yang kamu (manusia) lihat. Kemudian ALLAH Azza Wa Jalla
bersemayam di atas arasy serta ditundukkan-Nya matahari dan bulan.
Masing-masing beredar sampai waktu yang ditentukan. ALLAH Azza Wa
Jalla mengatur semua urusan dan menerangkan beberapa pengajaran.
Mudah-mudahan kamu (manusia) yakin akan menemui ALLAH Maha
Agung. ALLAH Azza Wa Jalla membentangkan bumi dan menjadikan di
atasnya gunung-gunung dan sungai-sungai. Dari tiap-tiap buahan, ALLAH
Azza Wa Jalla jadkan sepasang (jantan dan betina). Lalu ditutupkan malam
kepada siang. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda-tanda bagi
kaum yang memikirkan-Nya. ALLAH Maha Mengetahui apa yang dikandung
oleh tiap-tiap perempuan dan ketika kandungan itu berkurang (belum
sempurna sifatnya) ataupun bertambah. Tiap-tiap sesuatu di sisi-Nya
mempunyai kadar (ketentuan). ALLAH Maha Mengetahui yang ghaib dan
yang hadir. ALLAH Maha Besar lagi Maha Tinggi. Sama saja di antara kamu
(manusia) samada orang yang membisikkan perkataan dan orang yang
mengeraskannya. Malahan orang yang bersembunyi pada malam hari dan
orang yang kelihatan pada siang hari. Bagi manusia ada (malaikat) yang
berganti-ganti mengintipnya dari hadapan dan belakang. Malaikat menjaga
setiap manusia dengan perintah ALLAH Azza Wa Jalla. Sesungguhnya
ALLAH Azza Wa Jalla tiada mengubah suatu kaum (samada ia kafir atau
mukmin) kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.
Apabila ALLAH Azza Wa Jalla menghendaki kejahatan pada suatu kaum (di
atas kemahuan kaum itu sendiri). Maka tiada yang dapat menolakkannya
(menahan) dan tiada bagi mereka wali selain daripada-Nya.
ALLAH Azza Wa Jalla memperlihatkan kilat kepada kamu (manusia) yang
ketakutan dan punya harapan lalu ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan awan
yang berat (dengan nikmat). Bertasbihlah guruh lalu memuji-Nya dan
malaikat-malaikat takut kepada-Nya. ALLAH Azza Wa Jalla kirimkan petir
lalu mengenai siapa yang dikehendaki-Nya, sedang mereka (manusia) itu
berbantah-bantah (meragui) tentang ALLAH Maha Melihat lagi Maha
Membalas. ALLAH Azza Wa Jalla menurunkan air (hujan) dari langit lalu
mengalir dilembah-lembah ala kadarnya. Pada air (bah) terdapat buih yang
timbul (dipermukaannya). Di atas benda yang mereka (manusia) bakar
dengan api bagi mendapatkan perhiasan ataupun manfaat terdapat juga
buih seumpama buih bah itu. Demikianlah ALLAH Azza Wa Jalla
mengumpamakan yang hak dan yang batil. Adapun buih itu lenyaplah
sebagai sampah dan ada yang bermanfaat untuk manusia. Maka tinggallah
di tanah. Demikiannya ALLAH Azza Wa Jalla melukiskan beberapa
perumpamaan. Untuk orang-orang yang memperkenankan seruan ALLAH
Azza Wa Jalla ialah kebajikan. Bagi orang-orang yang tiada
memperkenankan seruan pula. Sekiranya apa yang di bumi semuanya
kepunyaan mereka lalu ditambah dengan seumpamanya, nescaya mereka
(manusia) tebusi seksaan itu dengannya.Untuk mereka perhitungan (hisab)
yang keras dan tempat mereka dalam Jahannam (sejahat-jahat tempat
hamparan).
Adakah orang-orang yang mengetahui bahawa Al-Quran yang diturunkan
dari ALLAH Azza Wa Jalla adalah suatu kebenaran serupa dengan orang
yang buta (tiada mengetahui)? Hanya orang-orang yang berakal menerima

pengajaran. Iaitu orang-orang yang menepati janji dengan ALLAH Azza Wa


Jalla dan tiada memungkiri janji (Aku bersaksi bahawa tiada tuhan yang
disembah selain ALLAH Maha Esa). Mereka yang memperhubungkan apa
yang diperhubungkan (ingat-mengingat dalam silaturahim) serta mereka
takut kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan perhitungan-Nya yang keras.
Mereka sabar kerana mengharapkan keredhaan ALLAH Azza Wa Jalla lalu
mendirikan sembahyang dan menafkahkan sebahagian rezeki yang ALLAH
Azza Wa Jalla berikan dengan bersembunyi ataupun berterang-terangan.
Mereka juga menolak kemungkaran dengan kebajikan. Demi ALLAH Maha
Membalas, untuk mereka akibat (balasan) yang baik (di kampung akhirat).
Orang-orang yang memungkiri janji dengan ALLAH Azza Wa Jalla sesudah
eratnya dan memutuskan apa yang diperintahkan-Nya supaya
diperhubungkan lalu mereka berbuat bencana (kemungkaran) di muka
bumi. Sesungguhnya mereka meragui ALLAH Maha Melihat lagi Maha
Mengetahui. Untuk mereka (ingkar/derhaka) adalah kutukan serta kampung
yang jahat (neraka). ALLAH Azza Wa Jalla melapangkan rezeki bagi siapa
yang dikehendaki-Nya dan ada pula yang disempitkan-Nya rezeki samada
bagi yang kafir ataupun mukmin. Mereka bersukaria dengan kehidupan di
dunia. Padahal kehidupan di dunia itu dibandingkan dengan akhirat, tidak
lain hanya suatu kesukaan (sementara saja). Orang-orang yang beriman
serta tenteram hatinya dengan mengingat ALLAH Azza Wa Jalla (zikrullah).
Ketahuilah! Dengan mengingat ALLAH Azza Wa Jalla, tenteramlah segala
hati. Mereka juga mengerjakan amal sholeh (amal maruf, nahi mungkar).
Untuk mereka adalah kebaikan dan sebaik-baik tempat kembali (Syurga).
Sekiranya dengan Al-Quran dapat diperjalankan gunung-gunung atau
dipotong-potong bumi ataupun dipercakapkan orang-orang mati, itu adalah
urusan ALLAH Azza Wa Jalla semuanya. Tiadakah diketahui orang-orang
yang beriman bahawa jika ALLAH Azza Wa Jalla menghendaki, nescaya
ditunjukkan-Nya kepada semua manusia. Maka orang-orang kafir
(ingkar/derhaka) itu ditimpa bahaya sebab perbuatan mereka sendiri atau
tiba bahaya dekat rumahnya sehingga datang janji ALLAH Maha Menepati.
Umpama syurga yang dijanjikan untuk orang-orang yang takwa,
mengalirnya air sungai di bawahnya. Makanannya abadi (tiada berhabisan)
begitu juga naungannya. Itulah ganjaran bagi orang yang takwa dan akibat
bagi orang kafir (ingkar/derhaka) ialah neraka. Demikianlah, ALLAH Azza
Wa Jalla turunkan Al-Quran yang berisi hukum-hukum dan penjelasan.
Andai kamu (manusia) mengikut hawa nafsu setelah datangnya ilmu
pengetahuan (tanda-tanda dan petunjuk) kepadamu. Maka tiada bagi kamu
wali dan tiada pula yang memeliharamu dari seksaan ALLAH Azza Wa Jalla.
ALLAH Azza Wa Jalla menghapuskan di antara hukum-hukum apa
dikehendaki-Nya dan menetapkan (apa yang dikehendaki-Nya) sedangkan di
sisi-Nya Ibu Kitab (Lauh Mahfuz). Semoga kamu (manusia) jangan keliru
terhadap ALLAH Maha Bijaksana. Sesungguhnya telah menipu orang-orang
yang sebelum mereka (kita), maka balasan dari ALLAH Azza Wa Jalla
terhadap semua tipuan. ALLAH Maha Mengetahui apa yang diusahakan oleh
tiap-tiap manusia. Nanti akan tahu orang-orang kafir (ingkar/derhaka), bagi
siapakah kampung akhirat. Maka, Cukuplah ALLAH Azza Wa Jalla menjadi
saksi antara saya dan antara anda dan orang yang mengetahui kitab suci
(Al-Quran).
ALLAH Azza Wa Jalla mempunyai apa-apa yang di langit dan apa-apa yang
di bumi. Celakalah orang-orang kafir (ingkar/derhaka) disebabkan seksaan

yang keras. Seksaan bagi orang-orang yang memilih hidup di dunia dari
akhirat dan menghalangi jalan ALLAH Azza Wa Jalla serta mencari (jalan)
yang bengkok. Mereka itu dalam kesesatan yang jauh. ALLAH Azza Wa Jalla
telah memberitahukan bahawa jika manusia (kamu) berterima kasih
kepada-Nya. Nescaya akan ditambah-Nya nikmat yang ada pada manusia
tetapi jika manusia kafir (ingkar/derhaka) tiada berterima kasih.
Sesungguhnya seksaan-Nya amat pedih bagi mereka. Umpama orang-orang
yang ingkar/derhaka (kafir) kepada ALLAH Azza Wa Jalla, amalan mereka
seperti abu yang ditiup angin waktu hari badai kencang. Mereka tiada
sanggup mengambil usahanya sedikit pun. Itulah kesesatan yang jauh.
Setelah diputuskan hukuman yang telah ditentukan. Syaitan berkata:
Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla telah menjanjikan kepada kamu
(manusia) dengan janji yang benar dan aku pula turut menjanjikan
kepadamu (manusia) tetapi aku memungkiri janjiku. Tidak ada kekuasaan
bagiku atas kamu (manusia) kecuali bahawa aku menyeru, lalu kamu
menerima. Maka sebab itu, janganlah kamu (manusia) mencercaku dan
cercalah dirimu sendiri. Aku tiada dapat menolong kamu. Kamu pun tiada
dapat menolongku. Sesungguhnya aku ingkar (derhaka) akan apa yang
kamu persekutukan (turutkan) dengan aku masa dahulu. Sungguh, untuk
orang aniaya (menzalimi diri sendiri) adalah seksaan yang pedih. Tiadakah
kamu (manusia) perhatikan? ALLAH Azza Wa Jalla mengumpamakan
kalimat yang baik (asma al-husna) seperti sebatang pohon yang baik,
pokoknya tetap (di bumi) sedangkan cabangnya (menjulang) ke langit serta
menghasilkan buahnya tiap-tiap waktu dengan izin-Nya. ALLAH Azza Wa
Jalla memberikan beberapa contoh yang banyak kepada manusia (kita).
Mudah-mudahan manusia mendapat peringatan. Umpama kalimat yang
buruk seperti sebatang pohon yang buruk (rapuh) uratnya dan terbongkar
dari atas bumi. Maka tiada baginya tempat tetap (di mukabumi).
ALLAH Azza Wa Jalla menetapkan orang-orang yang beriman dengan
perkataan yang tetap (tauhid) waktu hidup di dunia dan di akhirat. ALLAH
Azza Wa Jalla menyesatkan orang-orang yang menzalimi diri sendiri dan
perbuat apa-apa yang dikehendaki-Nya. Tiadakah engkau (kamu)
perhatikan orang-orang yang menukar nikmat dari ALLAH Azza Wa Jalla
dengan kekafiran (ingkar/derhaka) lalu menempatkan kaumnya dalam
kampung kebinasaan?.. Iaitu neraka Jahannam sedang mereka
memasukinya (tanpa sedar). Maka itulah tempat tetap yang sejahatjahatnya. Diberikan dari ALLAH Azza Wa Jalla kepada kamu (manusia) tiaptiap apa yang kamu minta (mohon). Jika kamu hitung nikmat-Nya, tiadalah
sanggup kamu menghitungnya. Sesungguhnya manusia itu amat lupa dan
zalim (tiada bersyukur). Janganlah engkau (kamu) fikir bahawa ALLAH Azza
Wa Jalla lalai dari apa-apa yang diperbuat oleh orang-orang yang zalim
(ingkar/derhaka). Hanya ALLAH Azza Wa Jalla memberi tangguh kepada
mereka sampai hari terbuka segala pemandangan (kesalahan) pada hari itu.
Sedangkan mereka (manusia) bersegera lagi mengadahkan kepalanya (arah
langit) tanpa mengedip matanya serta hati mereka kosong (tiada mengerti).
Kamu (manusia) tinggal di tempat orang-orang yang zalim (aniaya) kepada
diri sendiri dan ia nyata bagimu. Bagaimana ALLAH Azza Wa Jalla perbuat
terhadap mereka serta diterangkan-Nya (diberikan) beberapa contoh
(perumpamaan) yang banyak. Sesungguhnya mereka (orang munafik) telah
memperdayakan dengan tipudaya dan di sisi ALLAH Azza Wa Jalla (balasan)
bagi tipudaya mereka sedangkan tipudaya mereka itu tiada menggoyangkan
gunung-gunung (kebenaran). Janganlah engkau (kamu) menganggap

bahawa ALLAH Azza Wa Jalla memungkiri janji-Nya kepada para rasul-Nya.


Sesungguhnya ALLAH Maha Perkasa dan mempunyai balasan. Kamu
(manusia) lihat orang-orang berdosa (ingkar/derhaka) pada hari itu terikat
bersama dengan belenggu. ALLAH Maha Membalasi tiap-tiap orang menurut
apa yang diusahakan mereka. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla cepat
perhitungan-Nya. Al-Quran adalah suatu (tanda-tanda petunjuk) yang
disampaikan kepada manusia supaya mendapat peringatan melaluinya dan
mereka (manusia) akan mengetahui bahawa ALLAH Maha Esa. Malahan
memberi peringatan bagi orang-orang yang berakal.
Ada di antara orang-orang kafir (ingkar/derhaka) bercita-cita supaya mereka
menjadi orang-orang Islam (muslim). Namun, biarkanlah mereka (manusia)
itu makan dan bersukaria serta lalai kerana angan-angan. Nanti mereka
akan tahu (merasai). ALLAH Azza Wa Jalla tiada membinasakan suatu
(tempat) negeri melainkan ada masa yang ditentukan-Nya. Suatu umat
tiada dapat mendahului ajalnya dan tiada pula terkemudian. ALLAH Azza
Wa Jalla tidak menurunkan malaikat melainkan dengan kebenaran-Nya dan
ketika itu mereka (manusia) tiada diberi tempoh. Sesungguhnya telah
ALLAH Azza Wa Jalla turunkan peringatan (Al-Quran serta Furqaan) dan
ALLAH Azza Wa Jalla memeliharanya (Al-Quran). Tiada datang seorang
rasul (penyampai) kepada mereka (manusia) melainkan mereka perolokolokan (ragu-ragu) tanpa disedarinya. Maka seperti itulah ALLAH Azza Wa
Jalla masukkan olok-olokkan (keraguan) hati orang-orang yang berdosa
(munafik). Mereka itu tiada beriman kepada para rasul (serta nabi-nabi).
Padahal telah berlaku sunnah (ketentuan ALLAH Azza Wa Jalla) terhadap
orang-orang (manusia) dahulukala.
Sesungguhnya telah ALLAH Azza Wa Jalla jadikan buruj (bintang-bintang)
di langit dan dihiasi untuk orang-orang yang melihat keagungan-Nya.
ALLAH Azza Wa Jalla memelihara buruj dari syaitan (iblis) yang direjam
(terkutuk). Buruj itu hanya untuk kaum yang mencuba menangkap
pendengaran lalu diikuti oleh tahi bintang yang terang bagi merejam kaum
iblis yang mahu mendapat perkhabaran dari langit. ALLAH Azza Wa Jalla
adakan untuk kamu (manusia) tempat mencari penghidupan (asal-usul)
serta dijadikan pula orang yang bukan kamu memberi rezekinya. Tiada
sesuatu melainkan dari ALLAH Azza Wa Jalla perbendaharaan-Nya dan tiada
diturunkan hanya sekadar ditentukan-Nya. Sesungguhnya ALLAH Maha
Mengetahui orang-orang yang terdahulu di antara kamu serta orang-orang
yang terkemudian. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla telah menciptakan
manusia dari tanah kering dan hitam yang telah berubah dan menciptakan
jin dari api yang sangat panas sebelum kejadian manusia (kamu).
Sesungguhnya Iblis (jin) telah berkata: Ya Tuhanku! Demi sebab Engkau
menyesatkanku, akan kuhiaskan kepada mereka (dengan keindahan yang
ada) di dunia sehingga manusia memandang baik (segala yang diusahakan).
Sesungguhnya akan kusesatkan mereka semuanya kecuali hamba-hambaMu
yang ikhlas (mukhlis). Lalu ALLAH Azza Wa Jalla berfirman:
Sesungguhnya hamba-hamba-Ku tidak ada bagi engkau (iblis) kekuasaan
atas mereka kecuali orang (kaum) yang mengikuti engkau di antara orangorang yang sesat (atas pilihan sendiri).
Sesungguhnya orang-orang yang takwa akan berada dalam kebun-kebun
yang punya mata air. Masuklah kamu (orang-orang takwa) ke dalam syurga
dengan selamat dan sentosa. ALLAH Azza Wa Jalla cabut apa yang ada

dalam dada mereka iaitu kedengkian sedangkan mereka bersaudara dan


berhadapan di atas dipan (tempat istirehat). Sesungguhnya pada demikian
itu menjadi dalil bagi orang-orang yang memperhatikan petunjuk.
Sesungguhnya pada demikian itu menjadi ibrah (pengajaran) bagi orangorang yang beriman. Janganlah engkau (kamu) layangkan pemandangan
kamu kepada barang yang telah ALLAH Azza Wa Jalla beri kesukaan
(keseronokan) bermacam-macam kepada orang kafir (ingkar/derhaka) serta
janganlah kamu berdukacita (irihati) terhadap mereka itu. Maka
rendahkanlah sayap kamu bersama orang-orang yang beriman. Berhina
dirilah dan jangan sombong. Sembahlah ALLAH Azza Wa Jalla sehingga
sampai keyakinan (kebenaran/kematian).
Hampir datang perintah ALLAH Azza Wa Jalla (hari kiamat) sebab itu
janganlah kamu (manusia) minta (mohon) disegerakan. ALLAH Maha Suci
lagi Maha Agung dari apa-apa yang mereka (manusia) persekutukan dan
bangga-banggakan itu. ALLAH Azza Wa Jalla menciptakan langit dan bumi
dengan sebenarnya. ALLAH Maha Agung dari apa-apa yang
mempersekutukan-Nya. ALLAH Azza Wa Jalla ciptakan binatang-binatang
ternak untuk kamu (manusia), dengan itu juga kamu mendapat manfaat
(pakaian) serta kepanasan dan di antaranya kamu (manusia) makan
dagingnya. ALLAH Azza Wa Jalla ciptakan kuda, baghal dan keldai supaya
kamu dapat mengenderainya dan menjadi perhiasan. Malahan ALLAH Azza
Wa Jalla telah menciptakan apa yang tidak manusia ketahui. Hanya ALLAH
Azza Wa Jalla menerangkan jalan yang lurus di mana di antaranya ada jalan
yang bengkok (sesat). Jika ALLAH Azza Wa Jalla menghendaki, nescaya
ditunjukkan-Nya kamu (manusia) semua. ALLAH Azza Wa Jalla tundukkan
untuk manusia malam dan siang juga matahari dan bulan. Semua bintangbintang tunduk di bawah perintah-Nya. Sesungguhnya pada keadaan itu
menjadi tanda bagi kaum yang memikirkannya. Apa-apa yang ALLAH Azza
Wa Jalla jadikan untuk manusia di atas bumi mempunyai bermacam-macam
warnanya. Sesungguhnya pada hal itu menjadi tanda bagi kaum yang
mengambil peringatan. ALLAH Azza Wa Jalla mengadakan gunung-gunung
di atas bumi supaya jangan ia bergerak-gerak bersama manusia serta
dijadikan sungai-sungai dan jalan-jalan oleh-Nya. Mudah-mudahan kamu
(manusia) dapat petunjuk. ALLAH Maha Mengetahui apa-apa yang manusia
(kamu) rahsiakan dan apa-apa yang kamu lahirkan (daripada niat, lisan dan
perbuatan).
ALLAH Maha Esa, Tuhan kamu. Orang-orang yang tiada beriman kepada
akhirat, hati mereka ingkar dan merupakan orang-orang sombong (pengikut
hawa nafsu). ALLAH Maha Mengetahui apa-apa yang manusia sembunyikan
dan apa-apa yang manusia lahirkan (ungkapkan). Sesungguhnya ALLAH
Azza Wa Jalla tiada mengasihi orang-orang yang sombong (angkuh).
Sesungguhnya manusia yang sombong (pengikut syaitan) memikul dosa
secukupnya pada hari kiamat dan sebahagian dosa-dosa orang yang mereka
sesatkan (orang yang dianiayanya) tanpa ilmu pengetahuan (dalil ALLAH
Azza Wa Jalla). Ingatlah! Amat jahat dosa yang mereka pikul. Maka sebab
itu masuklah kamu (manusia sombong) ke pintu neraka serta kekal di
dalamnya. Itulah sejahat-jahat tempat orang-orang yang sombong
(ingkar/derhaka). Kepada orang-orang yang takwa. Apakah yang diturunkan
ALLAH Azza Wa Jalla kepada mereka? Maka jawapan dari orang yang takwa
ialah kebajikan. Dengan itu untuk orang-orang yang memperbuat kebajikan
(amal sholeh) ini (mendapat) kebajikan juga. Namun kampung akhirat

(syurga) adalah lebih baik. Sungguh amat baik kampung orang-orang yang
takwa.
Bagi mereka (ingkar/derhaka) tiada menunggu kedatangan malaikat
(mencabut rohnya) ataupun perintah ALLAH Azza Wa Jalla (seksaan-Nya),
seperti apa yang telah berlaku kepada orang-orang yang sebelum mereka.
ALLAH Azza Wa Jalla tiada menganiaya mereka. Tetapi mereka yang telah
menzalimi diri mereka sendiri. Lalu kaum ini (ingkar/derhaka) ditimpakan
kejahatan (balasan) perbuatan mereka dan turunlah kepada mereka
(seksaan/bencana) yang mereka perolok-olokan (meragui bahawa tiada
apa-apa yang berlaku). Jika engkau (kamu) sangat ingin menunjuki mereka
(ingkar/derhaka), sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla tiada menunjuki
orang yang sesat (melengahkan petunjuk) dan juga atas pilihan diri sendiri.
Maka tiada bagi mereka orang-orang yang menolong. Orang-orang yang
berhijrah (taubat/insaf) kerana (keredhaan) dan takwa kepada ALLAH Azza
Wa Jalla, sesudah mereka teraniaya (diatas pilihan diri sendiri).
Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla tempatkan mereka di dunia (di negeri)
yang baik (dalam pemeliharaan ALLAH Azza Wa Jalla). Namun pahala
akhirat lebih besar, jika mereka tahu. Untuk itu, hanya bagi orang-orang
yang sabar dan kepada ALLAH Azza Wa Jalla mereka bertawakkal.
Adakah aman orang-orang memperdayakan dengan kejahatan
(kemungkaran)? Sememangnya ALLAH Azza Wa Jalla membenamkan
mereka (orang munafik) ke dalam bumi serta mendatangkan seksaan
kepadanya sedang mereka tiada sedar (nampak). ALLAH Azza Wa Jalla
menimpakan seksaan (bencana) kepada mereka (orang ingkar/derhaka)
dalam perjalanan sedang mereka tiada dapat menolakkannya (mengelak
diri). ALLAH Azza Wa Jalla menimpakan seksaan (bencana) dengan
ketakutan (hati yang gusar). Sesungguhnya ALLAH Maha Mengasihi lagi
Maha Menyayangi. Tiadakah manusia (kamu) memperhatikan apa-apa yang
dijadikan ALLAH Azza Wa Jalla iaitu barang sesuatu seperti bayangbayangnya cenderung ke kanan dan ke kiri kerana sujud (patuh) kepada
ALLAH Azza Wa Jalla, sedangkan mereka (manusia) yang hina? Apa-apa
nikmat yang ada kamu (manusia) maka ia daripada ALLAH Azza Wa Jalla,
kemudian apabila kamu di timpa kemelaratan (ujian) dan kepada-Nya kamu
(kita) meminta pertolongan (kesenangan). Kemudian apabila dihilangkan
oleh-Nya kemalaratan (kepayahan) itu daripada kamu (manusia). Tiba-tiba
ada dari golongan antara kamu mempersekutukan (ingkar/derhaka)
terhadap ALLAH Azza Wa Jalla supaya yang lain turut ingkar akan (nikmat)
yang telah dianugerahkan ALLAH Azza Wa Jalla kepada manusia. Jika
begitu, bersukarialah kamu (yang ingkar/derhaka), sungguh nanti kamu
akan tahu (merasai).
Kalau sekiranya ALLAH Azza Wa Jalla menyeksa manusia disebabkan
kezaliman (atas pilihan sendiri), nescaya tiada ditinggalkan-Nya sesuatu
yang melata di mukabumi. Tetapi mereka itu diberi tempoh (tangguh bagi
menginsafi diri) sampai masa yang ditentukan. Apabila datang ajal mereka
(kamu) sungguh tiada terlambat sesaat pun dan tiada pula yang terdahulu.
Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla telah mengutuskan (peringatan)
kepada umat sebelum engkau (kamu). Lalu syaitan pun turut menghiaskan
(memandang baik/indah) kepada mereka (manusia) perbuatan (yang
jahat/mungkar). Maka sebab itu, syaitan (iblis) akan menjadi wali pada hari
ini (di dunia) dan untuk mereka yang menurut (hawa nafsu) itu seksaan

yang pedih. ALLAH Azza Wa Jalla menurunkan air (hujan) dari langit, lalu
dihidupkan-Nya bumi dengan air sesudah mati. Sungguh pada demikian itu
menjadi ayat (keterangan) bagi kaum yang mahu mendengarkan (yang
tidak tuli). Dari buah-buah kurma dan anggur dapat kamu ambil arak dan
rezeki yang baik. Sesungguhnya pada demikian itu menjadi tanda bagi
kaum yang memikirkannya. ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan kamu
(manusia), kemudian mematikan kita dan di antara manusia ada yang
sampai berusia seburuk-buruk umur (sangat tua) sehingga ia tiada
mengetahui sesuatu yang sudah diketahuinya dahulu (nyanyuk).
Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Menguasai.
ALLAH Azza Wa Jalla melebihkan setengah dari kamu (manusia) yang lain
tentang rezeki. Maka orang-orang yang dilebihkan itu bukanlah memberikan
rezekinya kepada hamba sahayanya tetapi ALLAH Azza Wa Jalla yang
memberi. Apakah mereka (manusia) itu ingkar akan nikmat ALLAH Azza Wa
Jalla? Maka sebab itu, janganlah kamu (manusia) adakan bagi ALLAH Azza
Wa Jalla beberapa contoh. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui dan
manusia tiada mengetahui. ALLAH Azza Wa Jalla telah mengeluarkan kamu
(manusia) dari perut ibu, sedangkan kamu tiada mengetahui suatu apa pun.
Lalu, diberikan kamu akal (pendengaran dan penglihatan) dan hati. Mudahmudahan kamu berterima kasih kepada-Nya. Tiadakah manusia
memperhatikan burung yang mudah terbang di udara? Tiada yang
menahannya melainkan ALLAH Azza Wa Jalla. Sesungguhnya pada
demikian itu, menjadi tanda (kekuasaan ALLAH Azza Wa Jalla) bagi kaum
yang beriman. Namun mereka (manusia) mengetahui nikmat ALLAH Azza
Wa Jalla, kemudian mengingkarinya dan sungguh kebanyakan mereka
munafik. Mereka (orang munafik) melakukan kepatuhan kepada ALLAH
Azza Wa Jalla hanya pada hari-hari itu maka lenyaplah dari mereka apa-apa
yang telah diada-adakan.Orang-orang kafir (ingkar/derhaka) menghalangi
(melengahkan) kebenaran jalan ALLAH Azza Wa Jalla, ditambah bagi
mereka seksaan kerana berbuat bencana (kebathilan). Sesungguhnya
ALLAH Azza Wa Jalla menyuruh melakukan keadilan dan berbuat kebajikan
dengan memberi kepada kaum kerabat serta melarang berbuat keji (dosa)
dan yang mungkar mahupun kezaliman. ALLAH Azza Wa Jalla mengajarkan
kepada kamu (manusia). Mudah-mudahan manusia mendapat peringatan
(mahu mencapai hakikat).
Sempurnakanlah janji (ikrar yang telah dilafazkan) kepada ALLAH Azza Wa
Jalla iaitu kalimah syahadah. Janganlah kamu rosakkan sumpah sesudah
kukuh. Padahal kamu telah mewakilkan ALLAH Azza Wa Jalla sebagai
jaminan (saksi) bagi kamu. ALLAH Maha Megetahui apa-apa yang kamu
perbuat (dari niat, lafaz dan perbuatan). Janganlah kamu (orang-orang
beriman) seperti perempuan yang merosakkan benang yang dipintalnya
sesudah kukuh menjadi rosak kembali. Kamu (orang-orang munafik) jadikan
sumpah kamu untuk menipu di antara manusia kerana ada segolongan lebih
banyak (kesenangan) dari golongan yang lain. Hanya ALLAH Azza Wa Jalla
mencubai (mendugai) kamu dengan mereka itu. Nanti ALLAH Azza Wa Jalla
akan menerangkan kepada kamu (manusia) pada hari kiamat tentang apaapa yang telah kamu perselisihkan. Sekiranya ALLAH Azza Wa Jalla
menghendaki, nescaya dijadikan manusia satu umat. Tetapi ALLAH Azza Wa
Jalla menyesatkan siapa yang dikehendaki-Nya (iaitu orang menzalimi diri
sendiri) dan menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya (iaitu orang yang insaf

serta bertaubat). Nanti kamu akan diperiksa semuanya tentang apa-apa


yang telah kamu perbuat (usahakan).
Janganlah kamu (orang-orang beriman) jadikan sumpah kamu (kalimah
syahadah dan istighfar) untuk menipu di antara kamu. Nanti tergelincir
kakimu sesudah tetapnya, lalu kamu rasai seksaan kerana menghalangi
(melalaikan) jalan (kebenaran) ALLAH Azza Wa Jalla. Maka sesungguhnya
untuk itu adalah seksaan yang besar. Janganlah kamu jual janji ALLAH Azza
Wa Jalla (kalimah syahadah dan istighfar) dengan wang yang sedikit
(mahupun banyak). Hanya yang di sisi ALLAH Azza Wa Jalla lebih baik
bagimu, jika kamu mengetahui. Apa-apa yang ada di sisi kamu (manusia)
akan habis dan apa-apa yang ada di sisi ALLAH Azza Wa Jalla akan kekal.
Nanti ALLAH Azza Wa Jalla akan balasi orang-orang yang sabar dengan
pahala yang terlebih baik dari apa yang telah mereka amalkan
(kerjakan).Apabila engkau (kamu) membaca Al-Quran, mintalah (mohon)
perlindungan ALLAH Azza Wa Jalla dari syaitan yang direjam (terkutuk).
Sesungguhnya syaitan tidak mempunyai kekuasaan atas orang yang benarbenar beriman serta bertawakkal kepada ALLAH Azza Wa Jalla. Kekuasaan
syaitan hanya bagi orang yang mengikutnya serta orang yang
mempersekutukan ALLAH Azza Wa Jalla. Orang-orang yang tidak beriman
kepada ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla (Al-Quran). Maka tiadalah petunjuk
(bimbingan-Nya) kepada mereka kecuali seksaan yang pedih.
Mereka yang mengada-adakan dusta itulah orang yang tidak beriman
kepada ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla (Al-Quran). Sesungguhnya mereka
itulah orang dusta (munafik). Barangsiapa yang kafir (ingkar/derhaka)
kepada ALLAH Azza Wa Jalla sesudah beriman dan orang yang terbuka
dadanya (hatinya) kepada kekafiran (munafik dan musyrik). Sungguh
mereka itu dimurkai ALLAH Azza Wa Jalla. Maka untuk mereka seksaan
yang besar kecuali orang yang dipaksa sedangkan hatinya masih tetap
takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla. Demikiannya kerana mereka (orang
yang kafir) lebih mencintai hidup di dunia dari kehidupan akhirat. Maka itu,
ALLAH Azza Wa Jalla tiada menunjuki (membimbing) kaum yang kafir.
Orang yang kafir telah dicapkan (ditutupi) hati, pendengaran dan
pemandangan mereka oleh-Nya. Sesungguhnya mereka itulah orang lalai
(mencintai hidup di dunia) dan di akhirat mereka merupakan orang yang
merugi.
ALLAH Azza Wa Jalla memberikan contoh iaitu suatu negeri yang aman
tenteram lalu datang rezeki kepadanya bertimbun-timbun dari tiap-tiap
tempat. Kemudian, penduduk negeri itu ingkar (derhaka) akan nikmat
ALLAH Azza Wa Jalla. Lantas dirasakan kelaparan dan ketakutan kepada
penduduk-penduduk negeri itu disebabkan perbuatan (keingkaran) mereka.
Janganlah kamu (manusia) berkata dusta menurut yang diterangkan
lidahmu, bahawa ini halal dan ini haram serta kamu mengadakan dusta
terhadap ALLAH Azza Wa Jalla. Sesungguhnya orang yang mengadakan
kedustaan terhadap-Nya, tiadalah beroleh kemenangan. Hanya kesukaan
yang sedikit (di dunia buat mereka) serta seksaan yang pedih.Serulah
(manusia) ke jalan ALLAH Azza Wa Jalla (Islam) dengan kebijaksanaan dan
pengajaran yang baik dari-Nya serta berbantahlah (berdebat) dengan
mereka melalui jalan yang terbaik. ALLAH Maha Mengetahui orang-orang
yang sesat dari jalan-Nya serta ALLAH Maha Mengetahui orang-orang yang
mendapat petunjuk (bertaubat demi kebenaran). ALLAH Azza Wa Jalla

selalu bersama (mereka) iaitu orang yang takwa serta berbuat kebaikan
(amal maaruf, nahi mungkar).
Mudah-mudahan ALLAH Azza Wa Jalla mengasihi kamu (manusia). Jika
manusia kembali (berbuat dosa), nescaya ALLAH Azza Wa Jalla kembali
(menyeksamu) juga. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla adakan Jahannam
itu sebagai penjara untuk orang-orang yang kafir (munafik dan musyrik)
ataupun berbuat dosa bersamaan itu mengabaikan petunjuk (Al-Quran) dari
ALLAH Azza Wa Jalla. Al-Quran menunjuki (jalan) yang lebih lurus dan
memberi khabar gembira kepada orang-orang beriman yang mengerjakan
(amal) yang sholeh serta takwa. Maka, untuk mereka adalah pahala yang
besar. Kepada orang-orang yang tiada percaya kepada akhirat. ALLAH Azza
Wa Jalla sediakan untuk mereka, seksaan yang pedih. Manusia sebenarnya
suka meminta (kebohongan yang menguntungkan), sebagaimana ia suka
meminta kebaikan (kejujuran tapi merugikan). Sememangnya manusia
mahu cepat (terburu-buru nafsu) tanpa bersandarkan keterangan dari
ALLAH Azza Wa Jalla. Barangsiapa mendapat (lihat dan dengar kepada)
petunjuk, maka hanya mendapat petunjuk untuk dirinya. Barangsiapa yang
sesat (mengabaikan petunjuk), maka bahaya kesesatannya hanya atas
dirinya pula. Orang yang memikul dosa tiada akan memikul dosa orang lain.
Namun, ALLAH Azza Wa Jalla hanya menyeksa suatu kaum sehingga
diutuskan-Nya seorang rasul.Barangsiapa menghendaki dunia (perhiasan
dan keindahannya). ALLAH Azza Wa Jalla segerakan baginya di dunia apaapa yang dihendaki dan juga untuk siapa yang dikehendaki-Nya. Kemudian
ALLAH Azza Wa Jalla adakan untuknya Jahannam, lalu masuklah ke
dalamnya sedang tercela lagi terusir. Barangsiapa menghendaki akhirat lalu
mengusahakan amal sholeh tanpa dicampur-adukkan dengan kemungkaran
sedang dia orang beriman. Maka usahanya itu diterima ALLAH Azza Wa
Jalla.
Perhatikanlah bagaimana ALLAH Azza Wa Jalla melebihkan setengah dari
manusia di antara yang lain. Namun sesungguhnya, akhirat terlebih besar
darjatnya dan besar juga kelebihannya. Rendahkanlah sayap kehinaan
(berhina dirilah) kepada ibubapa kerana kasih sayang. Maka ucapkanlah
(berdoalah): Ya ALLAH, Ya Tuhanku! Kasihanilah ibubapaku sebagaimana
keduanya telah mengasuhku ketika aku masih kecil. ALLAH Maha
Mengetahui apa-apa yang ada dalam hati kamu (manusia). Jika kamu orang
baik, maka ALLAH Maha Mengampuni terhadap orang yang taubat
(meminta keampunan) kepada-Nya. Sesungguhnya, orang-orang membazir
(melengahkan petunjuk) adalah saudara syaitan yang amat ingkar
(derhaka) kepada ALLAH Azza Wa Jalla. Janganlah kamu (lelaki dan
perempuan) hampiri zina, sememangnya zina itu sangat keji dan jalan yang
amat jahat. Janganlah engkau (kamu) turuti apa-apa yang tidak kamu
ketahui tentang sesuatu keadaannya. Sesungguhnya pendengaran,
penglihatan dan hati masing-masingnya akan diselidiki
(dipertanggungjawabkan). Janganlah kamu berjalan di mukabumi dengan
kesombongan. Sememangnya kamu tiada dapat menembusi bumi dan tidak
akan sampai kamu setinggi gunung. Segala yang tersebut adalah kejahatan
yang amat dibenci di sisi ALLAH Azza Wa Jalla. Apabila engkau (kamu)
membaca Al-Quran, ALLAH Azza Wa Jalla adakan dinding yang menutup di
antara kamu dengan orang-orang tiada beriman kepada akhirat. ALLAH
Azza Wa Jalla adakan tutup di atas hati mereka (yang tiada beriman)
sehingga tiada mengerti dan ditelinga mereka ada sumbat (penutup).

Apabila kamu menyebut ALLAH Azza Wa Jalla dan Al-Quran, mereka (orang
tiada beriman) berpaling ke belakang (atau sambil lewa sikapnya).
Barangsiapa yang buta (hatinya) di dunia ini, nescaya ia buta di akhirat dan
lebih sesat jalan (kehidupan). Pada malam hari, bertahajudlah (berjaga
untuk sholat malam hari) kamu. Mudah-mudahan ALLAH Azza Wa Jalla
mengangkat (memimpin) ke tempat yang terpuji. ALLAH Azza Wa Jalla
turunkan Al-Quran bersama sesuatu yang menyembuhkan (penyakit hati)
serta rahmat untuk orang yang beriman. Tetapi yang demikian tiada
menambah (kebaikan) orang yang zalim (pada diri sendiri), melainkan
kerugian. Nescaya apabila ALLAH Azza Wa Jalla memberi nikmat kepada
manusia. Mereka berpaling (ingkar/derhaka), lantas menjauhkan diri dan
apabila manusia ditimpa kesusahan, ia putus asa.
Jika manusia dan jin berhimpun (berkumpul) hendak memperbuat
seumpama Al-Quran. Nescaya tiada dapat membuat seumpamanya,
meskipun setengah mereka tolong menolong. Sesungguhnya ALLAH Azza
Wa Jalla terangkan dalam Al-Quran untuk manusia dengan bermacammacam contoh (perumpamaan dan tanda). Tetapi kebanyakan manusia
enggan malahan kafir (ingkar/derhaka). Tiada yang menghalangi manusia
yang mahu beriman, setelah datang petunjuk kepada mereka melainkan
perkataan mereka berbunyi: Adakah ALLAH mengutus manusia menjadi
rasul? Maka cukuplah ALLAH Azza Wa Jalla menjadi saksi antara kita
(manusia). Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Melihat akan
hamba-Nya. Tidakkah manusia memperhatikan bahawa ALLAH Azza Wa
Jalla menjadikan langit dan bumi, berkuasa juga menjadikan seumpama
manusia serta mengadakan bagi manusia ajal (masa) yang tiada
keraguannya. Namun, orang yang zalim (pada diri sendiri) enggan dan
ingkar/derhaka. Berimanlah kamu (manusia) kepada Al-Quran atau tiada
beriman padanya. Sesungguhnya orang-orang yang berilmu sebelum
turunnya Al-Quran. Setelah dibacakan ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla
kepada mereka, lalu terus meniarap dan sujud atas dahinya sambil
menyebut: Maha Suci ALLAH! Sungguh janji-Nya kami perbuat (berpegang
teguh). Lantas, mereka meniarap serta dahinya dan menangis kerana ayatayat ALLAH menambah khusyuk di hati mereka.
Puji-pujian bagi ALLAH Azza Wa Jalla yang telah menurunkan Al-Quran
kepada hamba-Nya dan tiada di dalamnya perselisihan (keraguan). Bahkan
Al-Quran memberikan petunjuk yang lurus (benar). ALLAH Azza Wa Jalla
mempertakuti (peringatkan) dengan azab yang keras dan memberikan
khabar gembira kepada orang yang beriman (supaya bertakwa kepada-Nya)
dalam mengerjakan yang baik-baik melalui Al-Quran. Sesungguhnya untuk
mereka itu pahala yang baik. Al-Quran (janji ALLAH Azza Wa Jalla)
memberi khabar takut kepada manusia yang kufur (ingkar/derhaka).
Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla jadikan di mukabumi itu sebagai
perhiasannya (kesenangan dunia) untuk menguji (menilaikan) di antara
mereka. Siapakah orang yang lebih baik amalannya (menepati ikrarnya
dengan ALLAH Azza Wa Jalla) iaitu Kalimah Syahadah dan Istighfar.
Sabarkanlah hati kamu bersama orang-orang yang menyembah ALLAH
Azza Wa Jalla pada pagi dan petang sedang mereka menghendaki
keredhaan ALLAH Azza Wa Jalla. Janganlah kamu palingkan pemandangan
dari mereka (yang beriman) kerana menghendaki perhiasan hidup
(kesenangan di dunia). Janganlah kamu turuti orang-orang yang telah
ALLAH Azza Wa Jalla lalaikan hatinya dari mengingat-Nya serta mengikut

hawa nafsu. Maka itu adalah perbuatan melampaui batas. Kebenaran (AlQuran) itu daripada ALLAH Azza Wa Jalla. Barangsiapa yang mahu maka
berimanlah dan barangsiapa mahu berlaku ingkar, turutilah. Setelah itu,
ALLAH Azza Wa Jalla sediakan untuk orang yang zalim (ingkar/derhaka) itu
neraka, sedang mereka dilingkari oleh dindingnya. Andai mereka minta air,
maka hanya dituangi air seperti kotoran minyak yang membakar muka.
Itulah sejahat-jahat minuman dan sekeji-keji tempat.
Bagi orang yang beriman dan mengerjakan yang baik serta takwa, ALLAH
Azza Wa Jalla tidak mensia-siakan pahala mereka (kaum) yang
memperbanyakan amal sholehnya. Perhatikanlah kamu (manusia),
perumpamaan hidup di dunia adalah seperti air yang ALLAH Azza Wa Jalla
turunkan dari langit lalu ia bercampur dengan tumbuh-tumbuhan di bumi
(sehingga subur hidup). Kemudian, tumbuhan itu menjadi kering (mersik),
lalu diterbangkan angin. ALLAH Maha Menguasai atas tiap-tiap sesuatu.
Harta benda dan anak-anak adalah perhiasan (kesenangan) hidup di dunia
tetapi amal-amal yang kekal lagi baik (sholeh) serta lebih baik pahalanya di
sisi ALLAH Azza Wa Jalla. Maka, itulah sebaik-baik cita-cita (iaitu syurga
tempat asalnya manusia).
Orang-orang berdosa (ingkar/derhaka) melihat api neraka lalu mereka
yakini sememangnya mereka akan jatuh ke dalamnya sedangkan tiada
tempat lain lagi baginya. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla telah
nyatakan (peringatkan) dalam Al-Quran dengan bermacam-macam contoh
untuk manusia. Tetapi manusia amat banyak bantahannya (alasan-alasan
tersendiri). Siapakah yang terlebih zalim dari orang yang di beri peringatan
dengan ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla (Al-Quran), lalu ia berpaling
daripadanya dan melupakan apa yang telah diperbuat tangannya?
Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla adakan tutupan atas hati mereka
sehingga mereka tidak memahaminya dan ditelinga mereka ada sumbat.
Jika kamu seru mereka kepada petunjuk, maka tiadalah mereka pergi
mendapatkan petunjuk ketika itu selama-lamanya. ALLAH Maha
Mengampuni dan mempunyai rahmat. Kalau sekiranya ALLAH Azza Wa Jalla
hendak menyiksa mereka kerana usahanya, nescaya disegerakan-Nya
seksaan itu. Tetapi bagi mereka (ingkar/derhaka) telah ada perjanjian (iaitu
Hari Kebangkitan). Maka tiada tempat berlindung untuk mereka selain dari
ALLAH Azza Wa Jalla. Sememangnya, orang-orang yang telah sesat (atas
pilihan diri sendiri) merasakan perbuatannya waktu hidup di dunia adalah
pekerjaan yang sebaik-baiknya (walaupun ia berlaku mungkar). Tetapi
mereka adalah orang yang ingkar (lalai) akan tanda-tanda dari ALLAH Azza
Wa Jalla serta menemui-Nya. Sebab itu, hapuslah (pahala) perbuatan
mereka dan tiadalah diadakan timbangan (hisab) untuk mereka pada hari
kiamat kecuali Jahannam sebab mereka kafir (ingkar/derhaka) dan
menganggap (melemahkan) ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla (Al-Quran) dan
rasul-Nya sebagai olok-olokan (senda gurauan). Sesungguhnya orang yang
beriman dan mengerjakan yang baik-baik (serta takwa), untuk mereka
syurga Firdaus sebagai tempat tinggalnya yang kekal.
Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla, Tuhan kamu dan Tuhanku. Sembahlah
ALLAH Azza Wa Jalla. Inilah jalan (agama) yang lurus. Beberapa golongan
di antara manusia telah berbantah-bantah (banyak alasan tersendiri). Maka,
celakalah untuk orang-orang kafir setelah melihat (seksaan) hari yang besar.
Alangkah nyaring pendengaran manusia dan alangkah terang
penglihatannya pada hari mereka datang kepada ALLAH Azza Wa Jalla.

Namun orang-orang yang zalim (pada diri sendiri) waktu itu di dalam
kesesatan yang nyata. Tidak takutkah manusia pada hari penyesalan, ketika
dihukum perkara (tentang) mereka yang sedang dalam kelalaian dan tiada
beriman serta tanpa takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla. Sepeninggalan
mereka (orang yang terdahulu telah digantikan pengganti-pengganti yang
beransur-ansur mensiakan sembahyang dan mengikut syahwat (hawa
nafsu). Maka, mereka inilah akan menemui kejahatan (seksaan/bencana).
Bagi orang-orang yang taubat (benar-benar insaf) serta yang beriman dan
mengerjakan yang baik. Mereka itu dimasukkan ke syurga dan memanglah
mereka ini tiada teraniaya sedikitpun. Mereka (orang yang beriman) tiada
mendengar omong kosong di syurga kecuali ucapan selamat dan untuk
mereka rezeki di dalamnya pagi dan petang. Itulah syurga yang akan
ALLAH Azza Wa Jalla wariskan kepada orang yang takwa di antara hambahamba-Nya.
Tiadakah manusia ingat bahawa ALLAH Azza Wa Jalla telah menjadikannya
dahulu sedangkan belum ada sesuatu pun? Sesungguhnya ALLAH Azza Wa
Jalla akan menghimpun manusia bersama syaitan kemudian dihadirkan-Nya
disekeliling neraka dengan berlutut (berbongkok). Setelah itu, ALLAH Azza
Wa Jalla tarik (pilih) dari tiap-tiap golongan siapakah di antara mereka yang
amat derhaka (ingkar) kepada ALLAH Maha Mengasihi lagi Maha
Mengetahui orang-orang yang lebih berhak masuk neraka. Sesungguhnya
tiada seorang pun di antara kamu (manusia) melainkan mendatangi neraka.
Demikian itu suatu kewajipan yang diputuskan oleh ALLAH Azza Wa Jalla.
Kemudian, ALLAH Azza Wa Jalla selamatkan orang-orang yang takwa dan
membiarkan orang yang zalim (menganiaya diri sendiri) dalam neraka
berkeadaan berlutut. Barangsiapa yang dalam kesesatan (berbolak-balik
dalam taubat). Maka, ALLAH Maha Mengasihi akan memberi tangguh
(tempoh) kepadanya dengan satu pertangguhan (panjang umur) sehingga
mereka lihat apa yang dijanjikan. Adakalanya seksaan ataupun adakalanya
kiamat. Nescaya, mereka akan tahu juga bahawa siapa yang lebih jahat
(buruk) tempatnya dan lebih lemah penolongnya. ALLAH Azza Wa Jalla
akan menambah petunjuk kepada orang-orang yang mahu menerima
petunjuk. Segala (amal kebajikan) yang kekal sebaik-baiknya adalah yang
terbaik pahala (balasan) di sisi ALLAH Azza Wa Jalla, maka tempat
kembalinya pun lebih baik (syurga).
Apakah kamu (manusia) pernah melihat (serta mendengar) orang yang
ingkar akan ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla (Al-Quran) berkata:
Sesungguhnya aku telah diberi harta dan anak-anak (kesenangan hidup).
Jika kamu perhatikan? Adakah mereka (ingkar/derhaka) itu melihat
(sesuatu) yang ghaib ataupun telah membuat perjanjian dengan ALLAH
Maha Mengasihi? Sebenarnya sekali-kali tidak. Nanti ALLAH Azza Wa Jalla
akan tuliskan apa-apa yang dikatakannya (walaupun dalam hati) serta
ditambahkan seksaan-Nya dengan satu tambahan. ALLAH Azza Wa Jalla
akan warisi apa yang telah dikatakannya dan manusia akan datang kepada
ALLAH Azza Wa Jalla dengan seorang diri. Manusia (dalam tanpa sedar)
telah mengangkat (membangga-banggakan) tuhan-tuhan (keinginan hawa
nafsu) selain daripada ALLAH Azza Wa Jalla supaya mereka mendapat
kekuasaan (kepercayaan) bagi mencapai kesenangan. Sekali-kali tidak!
Sesungguhnya manusia akan mengingkari peribadatan kepada ALLAH Azza
Wa Jalla. Maka, tuhan-tuhan (perhiasan dunia) itu akan menjadi lawannya
nanti. Tidak kamu (manusia) perhatikan bahawa ALLAH Azza Wa Jalla

mengirimkan syaitan-syaitan kepada orang-orang yang kafir


(ingkar/derhaka) untuk menggerakkan mereka (kepada kemungkaran)
dengan satu pergerakan (di antara niat, lisan dan kelakuan). Sebab itu,
janganlah kamu (manusia) ingin disegerakan seksaan untuk mereka (orang
kafir) itu. ALLAH Azza Wa Jalla hanya menghitung (hari) mereka dengan
bilangan (panjang umur).
Pada hari ALLAH Azza Wa Jalla himpunkan orang-orang yang takwa kepada
ALLAH Maha Mengasihi sebagai perutusan (pengingat). Lantas dihalaukanNya orang-orang yang berdosa (ingkar/derhaka) ke dalam neraka bersama
kehausan. Mereka (orang berdosa) tidak berhak (sama sekali) mendapat
syafaat (pertolongan) kecuali orang-orang yang telah mengambil
(berpegang) janji-janji (Kalimah syahadah dan Istighfar) di sisi ALLAH
Maha Mengasihi. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla telah menghitung
manusia dan membilang dengan jumlah yang tepat (benar). Semuanya akan
datang kepada ALLAH Azza Wa Jalla pada hari kiamat dengan seorang diri.
Orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal kebajikan, ALLAH
Maha Mengasihi akan mengadakan baginya (perasaan) kasih sayang
(sesama mereka). Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla telah memudahkan
Al-Quran untuk manusia dengan bahasa (akal) supaya dapat beri
(sampaikan) khabar gembira kepada orang yang takwa dan juga peringatan
(amaran) kepada kaum (orang-orang) yang membantah (munafik).
ALLAH Azza Wa Jalla turunkan Al-Quran kepada manusia bukannya supaya
kamu menjadi payah (susah). Al-Quran menjadi peringatan bagi orang
(kaum) takut (menyedari-Nya). Sesungguhnya Al-Quran diturunkan dari
ALLAH Maha Mencipta bumi dan langit yang tertinggi. Kepunyaan-Nya apaapa yang dilangit, apa-apa yang di bumi, apa-apa yang di antara keduanya
dan apa-apa yang ada di bawah bumi. Jika manusia keraskan perkataan,
ALLAH Maha Mengetahui rahsia dan juga yang lebih tersembunyi.
Sebenarnya, kiamat akan datang ataupun hampir. Cuma ALLAH Azza Wa
Jalla sembunyikan (selindungkan) kiamat supaya dibalasi tiap-tiap orang
(kaum) menurut apa yang diusahakan. Maka janganlah kamu (manusia)
terhalang (meragui) kerana orang yang tidak percaya kepada hari kiamat
lalu mengikut hawa nafsu (kesenangan hidup) pasti nantinya binasa.
Barangsiapa yang datang kepada ALLAH Azza Wa Jalla sedang ia berdosa
(kafir). Maka untuknya Jahannam. Sungguh ia tiada mati dan tiada hidup
(hanya kesenangan yang akan dirasai). Barangsiapa menghadap ALLAH
Azza Wa Jalla sedangkan ia beriman dan mengerjakan amal kebaikan
(takwa). Maka untuknya adalah pangkat yang tinggi iaitu syurga aden yang
mengalir air sungai di bawahnya sedang mereka kekal di dalamnya.
Demikianlah balasan (untuk) orang yang suci (mulia). Makanlah rezeki yang
baik. ALLAH Azza Wa Jalla telah berikan kepada manusia dan janganlah
melampaui batas (ingkar/derhaka). Nanti kamu ditimpa kemurkaan-Nya.
Barangsiapa yang ditimpa kemurkaan ALLAH Azza Wa Jalla, nescaya
jatuhlah ia ke dalam neraka. Namun, ALLAH Maha Mengampuni bagi orang
yang taubat lalu mengerjakan yang amal sholeh serta takwa kepada-Nya.
Kemudian, ia dapat petunjuk (pemeliharaan-Nya).
Banyaknya kisah (peringatan) dari ALLAH Azza Wa Jalla untuk manusia
tentang beberapa perkhabaran (manusia) yang terdahulu dari kamu.
Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla telah berikan kepada manusia petunjuk
(Al-Quran) dari sisi-Nya. Barangsiapa berpaling daripada Al-Quran

(meninggalkannya), nescaya ia akan memikul beban yang berat (dosa) pada


hari kiamat. Mereka itu kekal di dalam neraka. Amat jahat pikulan
(bebanan) untuk mereka pada hari itu. Pada hari kebangkitan tiada
bermanfaat sebarang pertolongan kecuali orang yang telah diizinkan oleh
ALLAH Maha Mengasihi dan yang disukai-Nya. Barangsiapa mengerjakan
(beramal) yang baik-lagi sedang ia beriman, maka tiada ketakutan akan
teraniaya (diazab) dan tiada berkurangan haknya. ALLAH Azza Wa Jalla
telah berfirman: Keluarlah kamu berdua (Adam dan Hawa) bersama-sama
dari syurga. Setengah (zuriat) kamu dengan yang lain akan bermusuhmusuhan. Jika datang (turun) kepadamu petunjuk daripada-Ku. Maka
barangsiapa mengikut petunjuk-Ku, nescaya ia tiada sesat dan tiada celaka.
Ketahuilah! Kebohongan itu menguntungkan, kejujuran itu merugikan.
Petunjuk ALLAH Azza Wa Jalla adalah Firman (sunnatullah) lalu turun
sebagai wahyu dan disampaikan kepada para nabi menjadi hadis. Maka
hadis dihimpun menjadi sebuah kitab yang suci (Al-Quran). Sesungguhnya
Al-Quran ialah petunjuk dari ALLAH Azza Wa Jalla. Barangsiapa berpaling
dari peringatan ALLAH Azza Wa Jalla (Al-Quran), maka untuknya adalah
penghidupan yang sempit (akalnya), kemudian ALLAH Azza Wa Jalla
himpunkan ia pada hari kiamat dalam keadaan buta. Demikianlah ALLAH
Azza Wa Jalla balasi orang yang melampaui batas (ingkar pada janji) dan
permainkan keimanannya kepada ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla. Sungguh,
seksa akhirat lebih keras malahan kekal selama-lamanya. Tidakkah terang
bagi manusia, sudah berapa umat (kaum) yang telah dibinasakan-Nya
sebelum mereka. Padahal manusia berjalan-jalan di tempat diamnya (di
negerinya)? Sesungguhnya pada demikian itu menjadi pengajaran bagi
orang-orang yang berakal. Sekiranya tiada terdahulu kalimat (janji) ALLAH
Azza Wa Jalla dan ajal yang ditentukan-Nya, nescaya manusia mesti ditimpa
seksaan (azab) di dunia. Sebab itu sabarlah kamu atas apa mereka katakan
(menduga-duga) dan tasbihlah serta memuji ALLAH Azza Wa Jalla, sebelum
terbit matahari dan sebelum terbenamnya dan di waktu malam, hendaklah
kamu tasbih di waktu tepi siang (pagi dan petang). Mudah-mudahan kamu
suka dan mahu menerima kebajikan yang terlebih baik dari-Nya.
Janganlah kamu layangkan kedua matamu arah (perhiasan dunia) yang
ALLAH Azza Wa Jalla berikan kepada bermacam-macam kaum di antara
manusia sebagai bunga (keindahan) hidup di dunia. Sebenarnya itu semua,
ALLAH Maha Bijaksana cubai (menguji) dengan sedemikian. Sesungguhnya
rahmat-Nya adalah syurga yang lebih baik dan lebih kekal. Suruhlah!
(Peringatkan!) keluarga kamu mendirikan sembahyang dan sabarkanlah hati
mereka (dan kamu) untuk mengerjakannya. ALLAH Azza Wa Jalla tiada
meminta rezeki daripada manusia. ALLAH Azza Wa Jalla yang memberi
rezeki kepada manusia. Akibat yang baik (syurga) adalah untuk orang yang
takwa. Sesungguhnya orang yang takwa akan berada dalam kebun-kebun
yang punyai mata air. Masuklah kamu (orang-orang bertakwa) kedalam
syurga dengan selamat dan sentosa. ALLAH Azza Wa Jalla cabut apa yang
ada dalam dada mereka (orang takwa) iaitu kedengkian sedangkan mereka
bersaudara dan berhadapan di atas dipan (tempat istirehat). Sesungguhnya
yang demikian menjadi dalil dan ibrah (pengajaran) bagi orang-orang yang
memperhatikan (tanda-tanda petunjuk) serta bagi orang-orang yang
beriman. Janganlah kamu layangkan pemandanganmu kepada barang yang
telah ALLAH Azza Wa Jalla beri kesukaan (keseronokan) bermacam-macam
kepada orang-orang kafir (ingkar/derhaka) dan janganlah berdukacita lagi
irihati terhadap mereka itu. Maka, rendahkanlah sayapmu (berhina dirilah,

jangan sombong) bersama orang-orang yang beriman. Masing-masing


manusia, menunggu maka sebab itu tunggulah. Nanti manusia ketahui.
Siapa di antaranya yang mempunyai jalan yang lurus dan siapa di antaranya
yang menurut petunjuk-Nya.
Telah hampir kepada manusia (masa) perhitungannya, sedang mereka
masih berpaling (melihat) dalam kelalaian. Sungguh, tiada akan datang lagi
kepada manusia peringatan yang baru kecuali Al-Quran melainkan mereka
hanya mendengar serta mempermain-mainkannya (melengah-lengahkan).
ALLAH Azza Wa Jalla telah turunkan sebuah Kitab (Al-Quran) yang di
dalamnya terkandung peringatan untukmu. Tiadakah kamu memikirkannya?
Senantiasa demikian itu, seruan bagi manusia sehingga ALLAH Azza Wa
Jalla jadikan mereka (seperti tanaman) yang telah dipotong-potong dan
mati (akalnya). ALLAH Azza Wa Jalla jadikan langit dan bumi dan apa-apa
yang di antara keduanya bukanlah sebagai main-main (senda gurau).
Sekiranya ALLAH Azza Wa Jalla hendak mengadakan permainan, nescaya
diadakan dari sisi-Nya andai ingin memperbuat sebegitu. Bahkan ALLAH
Azza Wa Jalla lemparkan kebenaran di atas yang batil (palsu), lalu
dipecahkan-Nya lantas yang batil itu lenyap. Pastinya untuk manusia adalah
kecelakaan sebab kamu mensifatkan (mengandaikan) ALLAH Azza Wa Jalla
tidak akan menyeksa umat Nabi Muhammad dengan berkat syafaat yang
telah dijanjikan-Nya. Ketahuilah! ALLAH Azza Wa Jalla tidak akan ditanyai
tentang apa-apa yang diperbuat-Nya, sedangkan manusia yang ditanyaiNya. Sesungguhnya ALLAH Maha Mengetahui apa-apa yang di hadapan dan
apa-apa di belakang manusia walaupun ia tersembunyi sekalipun. Manusia
tiada dapat memberi pertolongan, selain untuk orang yang disukai-Nya.
Sedangkan ada makhluk-makhluk yang gementar kerana takut kepada
ALLAH Azza Wa Jalla.
Tidakkah orang-orang kafir (ingkar/derhaka) mengetahui bahawa beberapa
langit dan bumi adalah keduanya itu bertaut (bersatu) kemudian ALLAH
Azza Wa Jalla belahkan keduanya? ALLAH Azza Wa Jalla jadikan tiap-tiap
yang hidup dari air. Tidakkah mereka (manusia) percaya? Dijadikan
mukabumi itu dengan gunung-gunung yang tegak kukuh supaya jangan
bergerak-gerak bersama manusia. Lalu diadakan pula jalan-jalan yang luas
di atasnya. Mudah-mudahan manusia mendapat tanda-tanda kepada
petunjuk (hidayah). ALLAH Azza Wa Jalla jadikan langit sebagai atap yang
terpelihara (tidak jatuh) tetapi di antara manusia berpaling daripada ayatayat-Nya (dalil-dalil). Tiap-tiap diri (yang berjiwa) mesti merasai mati.
ALLAH Azza Wa Jalla menguji manusia dengan kemungkaran dan kebajikan
sebagai suatu ujian. Maka kepada ALLAH Azza Wa Jalla jua manusia akan
dikembalikan. Manusia dijadikan bersama sikap terburu nafsu. Andai
manusia mengikut nafsu, nanti ALLAH Azza Wa Jalla perlihatkan ayat-ayatNya (tentang seksaan) kepada kamu. Maka, janganlah kamu (manusia)
minta segerakan azab dari-Nya. Kiamat pasti datang kepada manusia
dengan sekonyong-konyong lalu mereka tercengang serta tidak berkuasa
menolakkannya dan tiada diberi tempoh (tangguh) lagi. ALLAH Azza Wa
Jalla letakkan neraca yang adil pada hari kiamat. Maka tiadalah teraniaya
seseorang sedikitpun kerana pahala dan dosa adalah hak (pilihan) setiap
diri. Jika usahanya seberat biji sawi, nescaya ALLAH Azza Wa Jalla hadirkan
(tunjukkan) juga. Cukuplah ALLAH Azza Wa Jalla memperhitungkan
(mengadili).

Inilah peringatan (Al-Quran) yang diberi berkat lalu diperturunkan oleh


ALLAH Azza Wa Jalla. Adakah (patut) manusia memungkirinya sedangkan
kamu mengakui telah beriman kepadanya? Barangsiapa mengerjakan yang
baik (bertakwa) sedang ia beriman. Maka tiadalah diingkari usahanya
(janjinya). Ketahuilah! ALLAH Azza Wa Jalla menuliskan usaha mereka.
Orang-orang telah memperoleh kebaikan dari ALLAH Azza Wa Jalla, mereka
terhindar daripada neraka kecuali mereka yang kekal dalam neraka
sebagaimana yang diingini oleh nafsunya. Sesungguhnya dalam Al-Quran
mencukupi untuk kaum yang beribadat kepada-Nya. ALLAH Maha
Mengetahui perkataan yang keras dan apa yang manusia sembunyikan
dalam hati. Mudah-mudahan menjadi cubaan untuk manusia ataupun
menjadi kesenangan hingga seketika itu (kematian).
Wahai sekelian manusia! Takutlah kepada ALLAH Azza Wa Jalla.
Sesungguhnya gempa bumi pada hari kiamat adalah suatu yang amat besar.
Pada hari yang kamu lihat, tiap-tiap (ibu) yang menyusukan lupa akan anak
yang disusukannya. Tiap-tiap perempuan yang mengandung menggugurkan
kandungannya. Kamu lihat manusia dalam keadaan mabuk tetapi bukan
mabuk. Itu adalah kerana seksaan ALLAH Azza Wa Jalla yang keras. Di
antara manusia ada yang membantah (beralasan tersendiri) terhadap
ALLAH Azza Wa Jalla tanpa ilmu pengetahuan dari petunjuk-Nya.
Kebanyakan mereka mengikut syaitan yang derhaka (hawa nafsu). Sudah
diputuskan ALLAH Azza Wa Jalla terhadap syaitan bahawa siapa yang
mengikut (menurut). Maka, syaitan akan menyesatkannya dan menunjuki
kepada azab neraka. Wahai sekelian manusia, jika kamu dalam keraguan
tentang hari berbangkit. Maka sesungguhnya, ALLAH Azza Wa Jalla telah
menjadikan kamu dari tanah. Setelah itu dari air mani kemudian dari
segumpal darah lalu menjadi sepotong daging yang sempurna kejadiannya
dan tidak sempurna supaya ALLAH Azza Wa Jalla terangkan (buktikan)
kepada kamu kekuasaan-Nya. ALLAH Azza Wa Jalla tetapkan dalam rahim
(kandungan ibu) sekehendak-Nya hingga waktu yang ditentukan. Kemudian
dikeluarkan kamu menjadi anak (bayi) lalu kamu mencapai dewasa. Di
antara kamu ada yang diwafatkan dan setengah di antara kamu di
kembalikan kepada umur yang sekeji-kejinya sehingga ia tiada mengetahui
lagi sesuatu sesudah mengetahuinya (nyanyuk). Kamu lihat bumi kering
tetapi apabila ALLAH Azza Wa Jalla turunkan air (hujan) di atasnya lalu
bergerak (mengalir) dan menumbuhkan bermacam-macam tumbuhan yang
bertambah tinggi serta indah.
Di antara manusia (samada tidak beriman dan beriman) ada yang
membantah (berpura-pura) terhadap ALLAH Azza Wa Jalla tanpa ilmu,
tanpa dalil dan tanpa kitab yang menerangkan (Al-Quran). Sedangkan
mereka memalingkan leher dengan sombong tanpa ia sedari telah
menyesatkan orang dari jalan ALLAH Azza Wa Jalla. Sesungguh untuknya di
dunia merupakan kehinaan dan di hari kiamat ALLAH Azza Wa Jalla rasakan
kepadanya (neraka) azab yang membakar. Di antara manusia ada orang
yang menyembah ALLAH Azza Wa Jalla di pinggir-pinggir (oleh kerana
amalan masing-masing). Mereka ini, jika ia ditimpa kebajikan maka
senanglah (hatinya). Tetapi bila ia ditimpa cubaan (malapetaka)? Ia berbalik
ingkar/derhaka. Maka telah merugi mereka ini di dunia dan di akhirat. Itulah
kerugian yang nyata tanpa disedarinya. Ada juga di antara manusia (kamu)
menyembah (mengikut) orang yang melaratnya lebih dekat daripada

manfaatnya. Sesungguh ikutannya itu sejahat-jahat wali dan sejahat-jahat


teman. Demikianlah, ALLAH Azza Wa Jalla turunkan beberapa ayat yang
terang (nyata) dan sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla telah memberi
petunjuk (Al-Quran) kepada orang yang dikehendaki-Nya serta kepada
orang yang ingin mencapai kebenaran. Ketahuilah! orang-orang beriman,
orang-orang yahudi, orang-orang shabiin, orang-orang nasrani dan orangorang musyrik bahawa ALLAH Azza Wa Jalla akan menghukum antara
mereka pada hari kiamat. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla menjadi
saksi atas tiap-tiap sesuatu.
Tiadakah manusia tahu bahawa segalanya sujud (tunduk) samada yang di
langit dan yang dibumi iaitu matahari, bulan, bebintang, gegunung, pepohon
dan binatang-binatang yang melata dan di antara manusia kepada ALLAH
Azza Wa Jalla. Namun, kebanyakan di antara manusia berhak juga
mendapat azab. Barangsiapa yang dihinakan (dilupakan) oleh ALLAH Azza
Wa Jalla. Maka, tiada baginya orang yang akan memuliakan mereka.
Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla memperbuat apa-apa yang
dikehendaki-Nya. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla memasukkan orang
yang beriman dan mengerjakan yang baik (bertakwa) kedalam syurga di
mana mengalir air sungai di bawahnya. Mereka diberi perhiasan dengan
gelang dari emas dan mutiara serta pakaian dari sutera. Mereka itu, orang
yang takwa ditunjukki kepada perkataan yang baik (Kalimah syahadah dan
Istighfar teguh janjinya) juga ditunjuki pula ke jalan terpuji. Orang yang
taat (bertakwa), apabila disebut nama ALLAH Azza Wa Jalla kepada
mereka. Maka gementar hatinya ketakutan. Itulah orang yang sabar atas
cubaan (ujian) yang menimpanya sedangkan turut mendirikan sembahyang
dan menafkahkan sebahagian rezeki yang ALLAH Azza Wa Jalla berikan
kepadanya. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla mempertahankan orang
yang beriman serta takwa. ALLAH Azza Wa Jalla tiada mengasihi tiap-tiap
orang khianat lagi kafir (munafik).
Sudah beberapa banyak (penduduk) negeri yang telah ALLAH Azza Wa Jalla
binasakan kerana mereka zalim (menganiaya diri sendiri). Lalu roboh atap
rumahnya (negerinya) dan beberapa telaga ditinggalkan serta istana tinggi
(mewah) yang telah kosong. Tiadakah kamu (manusia) berjalan di
mukabumi supaya mempergunakan akal (untuk) memikirkan atau gunakan
telinga (untuk) mendengar. Namun manusia bukanlah buta mata tetapi buta
hatinya di dalam dada. Sesungguhnya manusia selalu minta segera seksa
(tanpa disedarinya). Padahal ALLAH Azza Wa Jalla tiada akan memungkiri
janji-Nya. Ingatlah! Sehari di dunia di sisi ALLAH Azza Wa Jalla sama
seperti seribu tahun dari apa yang manusia (kamu) hitungkan. Sudah
berapa banyak negeri (tempat) yang telah ALLAH Azza Wa Jalla beri
tempoh, sedangkan manusia di antara mereka masih ada menzalimi diri
mereka sendiri. Kemudian, pasti ALLAH Azza Wa Jalla timpakan seksa
(bala) dan kepada-Nya jua manusia dikembalikan. Maka, orang yang
beriman dan mengerjakan yang baik-baik (bertakwa) untuk mereka itu
ampunan dan rezeki yang mulia (ketenangan hati). Orang yang berusaha
membinasakan ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla serta melemahkannya
(melalaikan). Maka, mereka itu adalah penghuni neraka. ALLAH Azza Wa
Jalla menjadikan halangan (nafsu) syaitan sebagai cubaan (ujian) bagi
orang yang dalam hatinya ada penyakit dan orang yang kasar hatinya.
Sesungguhnya, orang-orang aniaya (lalai) itu dalam perselisihan (kesesatan)
yang jauh. ALLAH Maha Mengetahui orang-orang yang di beri pengetahuan

tentang Al-Quran yang nyata dari-Nya. Daripada itulah, mereka beriman lagi
takwa maka tenteramlah hatinya. Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla
menunjuki orang-orang yang benar beriman ke jalan yang lurus
(kebenaran).
Orang-orang yang kafir (ingkar/derhaka) senantiasa dalam keraguan
(kesombongan) terhadap Al-Quran hingga datang hari kiamat sekonyongkonyong atau sampai kepada mereka seksaan hari yang mandul
(penghabisan). Pada hari itu adalah kerajaan (kekuasaan) ALLAH Azza Wa
Jalla untuk menghukum di antara manusia. Maka orang yang beriman dan
mengerjakan yang baik (bertakwa) adalah syurga yang penuh kesenangan.
Bagi orang yang kafir dan mendustakan (melalaikan) ayat-ayat ALLAH Azza
Wa Jalla (Al-Quran), balasannya adalah seksa kehinaan. Orang yang hijrah
(bertaubat) kembali ke jalan ALLAH Azza Wa Jalla, kemudian mereka
terbunuh atau mati. Nescaya ALLAH Azza Wa Jalla memberikan rezeki
kepada mereka dengan rezeki yang baik (syurga). Sesungguhnya ALLAH
Maha Mengampuni lagi Maha Memberi. ALLAH Azza Wa Jalla yang
menghidupkan kamu kemudian mematikan manusia. Lalu menghidupkan
manusia kembali. Sesungguhnya manusia itu kafir (ingkar/derhaka) akan
nikmat-Nya. ALLAH Azza Wa Jalla akan menghukum di antara manusia
pada hari kiamat tentang apa-apa yang telah diperselisihkan (diraguragukan). Apabila dibacakan kepada manusia akan ayat-ayat ALLAH Azza
Wa Jalla yang terang (Al-Quran). Kamu akan lihat keingkaran di muka orang
kafir (berdosa). Mereka hampir menendang (menentang) orang yang
mengucapkan ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla (dalil-Nya) kepada mereka.
ALLAH Azza Wa Jalla telah khabarkan kepada manusia, sesuatu yang lebih
jahat daripada yang mereka terbitkan iaitu api neraka. Sesungguhnya,
ALLAH Azza Wa Jalla menjanjikannya (neraka) untuk orang-orang yang
kafir sebagai tempat yang amat jahat (pedih). ALLAH Maha Mengetahui
apa-apa yang di hadapan dan apa-apa yang di belakang manusia kemudian
kepada-Nya dikembalikan segala urusan.
Wahai orang-orang beriman! rukulah, sujudlah dan sembahlah ALLAH Azza
Wa Jalla dan perbuatlah kebaikan dan bertakwalah pada-Nya. Mudahmudahan kamu mendapat kemenangan (kejayaan). Berjuanglah kamu
wahai manusia pada (agama) ALLAH Azza Wa Jalla dengan sebenar-benar
perjuangan. ALLAH Azza Wa Jalla telah memilih manusia dan tiada
mengadakan kesempitan bagi kamu dalam Islam seperti agama yang bapa
kamu Ibrahim berpegang teguh. ALLAH Azza Wa Jalla menamakan kamu
orang Islam dari dahulu dan dalam Al-Quran supaya rasul menjadi saksi
kamu. Kamu pula menjadi saksi terhadap manusia. Maka dirikanlah
sembahyang, tunaikan zakat serta berpegang teguhlah kepada ALLAH Azza
Wa Jalla yang akan menjadi Wali kamu. ALLAH Maha Mewalikan lagi Maha
Menolong.
Sesungguhnya telah menang orang-orang yang beriman iaitu mereka yang
Khusyu dalam dalam sembah sujudnya (sembahyang), mengeluarkan
zakat, menjaga kehormatannya, mereka juga berpaling dari perkataan yang
tidak berguna, memelihara amanah dan menepati janji serta memelihara
sembahyangnya. Maka itulah orang yang mempusakai iaitu orang yang
takwa mempusakai syurga firdaus dan kekal di dalamnya. Barangsiapa
mencari (perbuat) diluar daripada yang telah dinyatakan ALLAH Azza Wa
Jalla. Sesungguhnya manusia itu telah melampaui batas. Sesungguhnya

tentang binatang-binatang ternak menjadi ibrah (pengajaran) untuk


manusia. ALLAH Azza Wa Jalla beri minum kepada manusia dengan air susu
yang ada dalam perutnya dan ia mempunyai banyak manfaatnya (binatang
ternak) untuk manusia. Sementara di antaranya manusia makan dagingnya.
Sesungguhnya, jika kamu ikut manusia seumpama kamu, nescaya kamu
orang yang akan merugi.
Manusia berpecah belah sesamanya tentang urusan (usahanya) lalu menjadi
beberapa golongan. Kelihatan tiap-tiap golongan gembira dengan apa yang
diperolehi dan apa yang disamping mereka. Maka dibiarkanlah manusia
dalam kesesatannya dalam (kesombongan) hingga seketika (matinya).
Adakah mereka itu menduga bahawa ALLAH Azza Wa Jalla memberikan
kepada manusia harta benda dan anak-anak (perhiasan kehidupan) sebagai
kebajikan (rezeki) melimpah untuk mereka? Sebenarnya tidak sama sekali
tetapi manusia tidak menyedarinya hakikat itu. Sesungguhnya orang-orang
yang takut kepada azab ALLAH Azza Wa Jalla dan percaya kepada ayatayat-Nya serta tiada mempersekutukan (meragukan) ALLAH Azza Wa Jalla
juga memberikan apa-apa yang telah diberikan (sedekah, zakat) sedangkan
hati mereka takut kerana akan kembali kepada-Nya. Mereka itulah orang
yang takwa dalam bersegera memperbuat kebaikan dan merupakan orang
yang terdahulu mencapai kemenangan (kejayaan). ALLAH Azza Wa Jalla
tiada memberati (bebankan) diri seseorang melainkan sekadar tenaganya
(kemampuan) dan di sisi-Nya ada kitab (Al-Quran) yang menerangkan
kebenaran sedang manusia tiada teraniaya kecuali dari tangan mereka
sendiri. Tetapi hati manusia dalam kelalaian (ingkar/derhaka) tentang AlQuran. Bagi mereka ada beberapa pekerjaan selain daripada itu sedangkan
manusia memperbuatnya (lalai/lupa) tanpa sedar. Sesungguhnya ayat-ayat
ALLAH Azza Wa Jalla (petunjuk-Nya) telah dibacakan (disampaikan) kepada
kamu tetapi manusia mundur ke belakang dengan sombong sambil
berbicara di malam hari untuk meninggalkan Al-Quran tanpa disedari
olehnya.
Tiadakah manusia (kamu) memperhatikan perkataan (contoh-contoh) dari
Al-Quran? Atau adakah datang kepada mereka (manusia) sesuatu
(pengalaman) yang tidak pernah datang kepada bapak-bapak (orang-orang
yang terdahulu)? Sekiranya kebenaran mengikut hawa nafsu manusia,
nescaya binasalah langit dan bumi termasuk sesiapa di dalamnya. Tetapi
ALLAH Azza Wa Jalla datangkan (turunkan) kepada manusia suatu
peringatan (Al-Quran) untuk mereka, namun manusia di antaranya
berpaling dari peringatan-Nya. Sesungguhnya orang-orang munafik (berani
menanggung dosa) tiada beriman kepada akhirat, mereka berpaling
daripada jalan kebenaran (Islam). Sekiranya, ALLAH Azza Wa Jalla sayangi
mereka (orang munafik) lalu dihilangkan kemelaratan (kesusahan)
daripadanya. Nescaya, mereka berkekalanlah dalam kesesatannya
sedangkan masih lagi mereka ragu-ragu (kebingungan). Walaupun ALLAH
Azza Wa Jalla telah timpakan mereka (orang munafik) dengan azab
(kesusahan). Namun tidak mereka tunduk kepada-Nya dan tidak pula
berhina diri malahan semakin ia menurut hawa nafsunya.
ALLAH Azza Wa Jalla mengadakan pendengaran, penglihatan dan hati untuk
manusia, tetapi sedikit dari kamu yang berterima kasih kepada-Nya. ALLAH
Azza Wa Jalla menjadikan manusia di bumi dan kepada-Nya manusia
dihimpunkan. ALLAH Azza Wa Jalla yang menghidupkan dan mematikan

kerana-Nya juga ada pertikaian malam dan siang. Tidakkah kamu (manusia)
memikirkan? Barangsiapa yang berat timbangan kebajikan (pahala), mereka
itulah orang yang menang. Barangsiapa yang ringan timbangan kebajikan
(pahala), mereka itulah orang yang merugi dirinya, Maka dalam neraka
kekal selama-lamanya. Mereka di dalam neraka bermuka masam kerana api
neraka membakar wajahnya. Ingatlah! Tiadakah ayat-ayat ALLAH Azza Wa
Jalla (Al-Quran) dibacakan kepada manusia, lalu kamu mendustakannya
(melalaikan)? Adakah manusia kira (rasa) bahawa ALLAH Azza Wa Jalla
menjadikan mereka dengan percuma (main-main saja) dan tidak akan
kembali menemui-Nya? Barangsiapa menyembah tuhan yang lain bersama
ALLAH Azza Wa Jalla tanpa dalil baginya. Maka balasan untuk itu di sisi
ALLAH Azza Wa Jalla ialah tiada kemenangan orang-orang kafir (munafik,
musyrik, kufur).
Petunjuk dari ALLAH Azza Wa Jalla telah diturunkan iaitu surah (ayat-ayatNya) yang terkandung dalam Al-Quran. Cukup sempurna ketetapan hukumhukum-Nya (Sunnatullah) serta di dalam Al-Quran juga banyak beberapa
ayat yang terang. Mudah-mudahan kamu (manusia) telah menuju kepada
peringatan (petunjuk, hidayah, seruan). Ketahuilah! Ketika (andai) tiap-tiap
manusia menceritakan dengan lidahmu padahal apa yang kamu katakan
dengan mulutmu adalah sesuatu yang tidak diketahui tentang
kebenarannya. Lalu kamu (manusia) mengira hal itu tidak berdosa.
Sesungguhnya, tentang hal itu adalah dosa di sisi ALLAH Azza Wa Jalla
Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu turutkan langkah-langkah
syaitan. Barangsiapa yang menurut langkah syaitan itu, maka ia menyuruh
hampiri (menggalakkan) yang keji dan kemungkaran. Jikalau tiada kurnia
(taubat) untuk manusia serta rahmat-Nya. Nescaya, tiada suci seorang pun
di antara kamu (manusia) selama-lamanya. Namun, ALLAH Azza Wa Jalla
hanya mensucikan (mengampuni) siapa yang dihendaki-Nya. ALLAH Maha
Mendengar lagi Maha Mengetahui. Janganlah di antara manusia (kamu)
mencerca (irihati) kepada orang-orang yang mempunyai kelebihan dan
kelapangan (kekayaan). Walaupun mereka tiada akan memberikan
(mengagih-agihkan) kekayaan itu kepada kaum kerabatnya, orang-orang
melarat dan orang yang berjuang di jalan ALLAH Azza Wa Jalla. Adalah
lebih baik memaafkan dan merelakan semua itu. Tiadakah kamu (manusia)
suka supaya ALLAH Azza Wa Jalla mengampuni dosamu (menerima
taubatmu)? Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengampuni lagi Maha Mengasihi.
Sememangnya sudah ada janji ALLAH Azza Wa Jalla tentang hari yang
menjadi saksi atas setiap manusia dimana lidah, tangan dan kaki akan
berbicara tentang apa yang telah diperbuat.
Wahai orang-orang lelaki yang beriman! Rendahkanlah pemandangan dan
hindarkan melihat sesuatu yang terlarang serta menjagalah kehormatan
(Jangan berzina!) Itu adalah lebih suci bagi kamu. Sesungguhnya, ALLAH
Maha Mengetahui apa-apa yang kamu usahakan. Wahai orang-orang
perempuan yang beriman! Rendahkanlah pemandangan kamu dari melihat
yang telah terlarang dan jagalah kehormatan (Jangan berzina!) serta
janganlah perlihatkan perhiasan (bentuk tubuh kamu yang menonjol)
kecuali muka, tapak tangan dan tapak kaki. Maka tutupilah (selindungkan)
ia hingga kebawah lehermu (rambut, dada, punggung). Janganlah kamu
(orang perempuan) beriman memperlihatkan perhiasan itu kecuali kepada
suami, bapak, bapa mentua, anak, anak kepada suami, saudara-saudara,
anak saudara lelaki, anak saudara perempuan, perempuan muslimat, hamba

sahaya, kawan perempuan, lelaki yang tiada berhajat (tiada syahwat)


kepada perempuan ataupun kanak-kanak yang belum akil baligh (tiada
mengetahui tentang aurat). Namun, adalah terlebih baik bagimu (orang
perempuan) yang beriman hanya memperlihatkan perhiasan (susuk badan
dan bahagian yang menonjol) kepada lelaki yang halal bagimu iaitu suami.
Janganlah kamu berjalan sambil menggoyangkan kaki (bergelek-gelek
berlebihan) supaya diketahui orang perhiasannya yang tersembunyi
(pinggul). Bertaubatlah kamu sekelian kepada ALLAH Azza Wa Jalla, wahai
orang-orang yang beriman. Mudah-mudahan kamu mempergunakan akal
demi mencapai kemenangan. Sesungguhnya, ALLAH Azza Wa Jalla telah
turunkan kepada kamu (lelaki dan perempuan) beberapa ayat yang terang
serta contoh tauladan dari orang-orang terdahulu sebelum kamu dan
menjadi pengajaran bagi orang yang bertakwa.
ALLAH Azza Wa Jalla memberi nur (cahaya) di langit dan di bumi. Umpama
cahaya-Nya adalah seperti yang didapati pada lubang di dinding rumah di
mana dalamnya pelita. Manakala pelita itu terletak di dalam gelas. Kelihatan
gelas itu bak bintang yang berkilau-kilauan. Pelita yang tersebut itu
dinyalakan bersampingan dengan minyak yang diberkati iaitu minyak zaitun
yang bukan berada di di timur dan bukan di barat. Minyak itu hampir
bercahaya dengan sendirinya meskipun tiada disentuh api. Cahaya
berdampingan dengan cahaya. Sesungguhnya, ALLAH Azza Wa Jalla
menunjuki siapa yang dikehendaki-Nya kepada cahaya-Nya. ALLAH Azza
Wa Jalla hanya menunjukkan beberapa contoh untuk manusia yang ingin
menuju kebenaran (jalan yang lurus). ALLAH Maha Mengetahui tiap-tiap
sesuatu. Orang-orang yang ingkar/derhaka setiap amalan mereka itu seperti
bayangan panas di padang pasir (fatamorgana). Orang yang haus (di
padang pasir) mengira bahawa itu adalah air sehingga ia sampai ke tempat
itu lalu tiada ia mendapati suatu apa pun. Maka, begitulah ia mendapati
ALLAH Azza Wa Jalla di sisi amalannya. Lantas, ALLAH Azza Wa Jalla
menyempurnakan perhitungan. Sesungguhnya, ALLAH Azza Wa Jalla amat
cepat perhitungan-Nya. Amalan orang yang ingkar/derhaka umpama gelapgelita di tengah-tengah lautan dalam yang dilamun ombak. Di mana di atas
ombak itu ada ombak lagi dan di atas terdapat awan. Keadaan gelap-gelita
bersama gelap-gelita. Apabila seseorang mengeluarkan tangannya waktu
itu, hampir ia tidak melihatnya. Barangsiapa yang tiada diberi cahaya oleh
ALLAH Azza Wa Jalla. Maka, tidak adalah untuk orang yang melalaikan
petunjuk (yang hak).
Tidakkah kamu (manusia) ketahui bahawa ALLAH Azza Wa Jalla menghalau
awan kemudian menyusun sesamanya serta menjadikannya bertompoktompok lalu manusia lihat hujan (air) turun dari celah-celahnya. ALLAH
Azza Wa Jalla menurunkan hujan beku (hujan manik) dari langit pada
gunung salju dan menumpahkan air itu kepada orang yang dikehendakiNya. Cahaya kilat yang terpancar hampir menyambar pemandangan
manusia. ALLAH Azza Wa Jalla mempergantikan malam dengan siang.
Sesungguhnya, pada demikian itu, menjadi ibrah (pengajaran) bagi orang
yang mempunyai pemandangan. ALLAH Azza Wa Jalla telah turunkan ayatayat (Al-Quran) yang terang serta menunjuki orang yang dikehendaki-Nya
kepada jalan yang lurus iaitu orang yang takwa. Sesungguhnya manusia
telah beriman kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan rasul serta menurut
perintah-Nya. Tetapi ada di antara manusia berpaling (ingkar/derhaka)
sesudah itu. Mereka itu bukan orang beriman tetapi orang munafik (berani

berbuat dosa). Apakah ada penyakit dalam hati mereka atau masih raguragu ataupun takut bahawa ALLAH Azza Wa Jalla dan rasul-Nya menganiaya
mereka? Padahal, mereka itu sendiri yang telah menzalimi diri. Barangsiapa
mengikut ALLAH Azza Wa Jalla dan rasul-Nya serta bertakwa. Maka,
mereka itulah orang yang menang (menuju kejayaan). Ingatlah! Kepunyaan
ALLAH Azza Wa Jalla apa-apa yang di langit dan di bumi. ALLAH Maha
Mengetahui hal keadaan kamu (manusia). Pada hari (kiamat), manusia akan
dikembalikan kepada-Nya. ALLAH Azza Wa Jalla telah mengkhabarkan
kepada manusia apa-apa telah diamalkan dan diragu-ragukan. ALLAH Maha
Mengetahui tiap-tiap sesuatu.
ALLAH Maha Suci yang menurunkan Furqaan (terkandung dalam Al-Quran)
kepada hamba-Nya supaya memberi peringatan kepada seluruh alam
(makhluk-makhluk-Nya). Manusia yang mengangkat tuhan-tuhan
(kebanggaan) selain daripada ALLAH Azza Wa Jalla. Ketahuilah!
Sesunguhnya tuhan-tuhan itu tiada dapat menjadikan sesuatu sedangkan
kebanggaan itu dijadikan orang juga. Kebanggaan manusia tiada kuasa
menolak kemelaratan dari dirinya dan tiada kuasa pula mengambil manfaat
untuk dirinya. Malahan tuhan-tuhan mereka tiada kuasa mematikan juga
tiada pula menghidupkan dan tiada membangkitkan (manusia dari kubur).
Orang-orang ingkar/derhaka mengatakan bahawa Al-Quran tidak lain hanya
bohong semata-mata yang diada-adakan dan dibantu oleh kaum yang lain.
Sesungguhnya, merekalah yang mendatangkan kezaliman dan kebohongan.
Mereka orang-orang munafik (kaum yang berani berbuat dosa) mengatakan
Al-Quran adalah khabar-khabar dongeng orang dahulu kala yang dituliskan
dan dibacakan orang pada pagi dan petang. Sesungguhnya, Al-Quran ialah
Firman (wahyu) dari ALLAH Maha Mengetahui rahsia di langit dan di bumi.
ALLAH Maha Mengampuni lagi Maha Menyayangi.
Tetapi manusia yang ingkar/derhaka mendustakan hari kiamat kerana
menurut nafsu. Maka telah ALLAH Azza Wa Jalla sediakan api bernyalanyala untuk mereka. Andai kamu (manusia) melihat mereka dari tempat
yang jauh, akan kedengaran suara mereka seperti suara orang marah dan
bunyi seakan-akan nafas. Ketahuilah! Apakah seksaan (azab) itu yang lebih
baik ataupun syurga abadi yang dijanjikan untuk orang yang takwa?
Sesungguhnya, syurga itu balasan untuk mereka (yang takwa) dan itulah
tempat kembalinya (asal kehidupan). Untuk orang yang takwa dalam syurga
ada apa-apa yang mereka kehendaki serta kekal selama-lamanya. Demikian
itu perjanjian ALLAH Azza Wa Jalla yang dipertanggungjawabkan. Bagi
manusia yang telah mendustakan (melalaikan) tentang apa yang telah
diperkatakan (diingatkan). Sesungguhnya, ia ingkar (derhaka) tiada
sanggup melarikan diri dan tiada pula mendapat pertolongan. Barangsiapa
yang zalim kepada diri sendiri (berbuat dosa) di antara kamu (manusia),
nescaya ALLAH Azza Wa Jalla rasakan seksaan yang besar. Pada hari
mereka (ingkar/derhaka) melihat malaikat tiadalah kegembiraan bagi orang
yang berdosa. Lalu mereka berkata: Larangan yang terlarang (perlindungan
yang dilindungi). Sesungguhnya, ALLAH Maha Melihat apa-apa manusia
usahakan di antara amalan, lalu ALLAH Azza Wa Jalla jadikan amalanamalan seperti debu yang bertebaran (berterbangan).
Penghuni syurga pada hari itu mendapati tempat tinggalnya adalah lebih
baik dan lebih indah tempat istirehatnya. Sesungguhnya, kekuasaan yang
sebenarnya itu adalah bagi ALLAH Maha Mengasihi. Dari itulah merupakan

hari kesusahan bagi orang-orang yang ingkar dan derhaka (kaum berdosa).
Di antara manusia tiada memberikan suatu contoh kepada kamu melainkan
ALLAH Azza Wa Jalla memberikan kebenaran kepada mereka serta
keterangan yang terbaik. Orang-orang yang dikumpulkan (diseret) atas
mukanya ke dalam neraka adalah kaum yang ditempatkan yang terlebih
jahat dan jalan yang terlebih sesat. ALLAH Azza Wa Jalla telah jadikan
beberapa contoh bagi manusia. Sesungguhnya, orang-orang terdahulu
masing-masingnya telah ALLAH Azza Wa Jalla binasakan dengan sebenarbenarnya binasa. Manusia telah datang ke dalam sebuah negeri (tempat)
yang telah dihujani dengan hujan kejahatan. Tiadakah kamu manusia
(kamu) melihatnya? Bahkan di antara manusia tiada mengharapkan akan
hari berbangkit. Adakah kamu melihat orang yang mengambil hawa
nafsunya menjadi tuhan (ikutan)? Adakah kamu menjadi wakil (penjaga)
untuknya? Bahkan adakah kamu merasakan bahawa kebanyakan manusia
mendengar ataupun memikirkan? Orang yang menurut hawa nafsu tidak lain
hanya seperti binatang malahan lebih sesat jalannya (hatinya).
ALLAH Azza Wa Jalla yang menjadikan malam untuk manusia sebagai
pakaian serta tidur untuk kesenangan badan dan menjadikan siang untuk
mencari penghidupan (akal dan hati). ALLAH Azza Wa Jalla mengirimkan
angin sebagai khabar gembira yang di hadapan adalah rahmat-Nya (hujan)
dan turunkan air yang suci dari langit supaya makhluk-makhluk-Nya dapat
kesuburan (makan dan minum). Sesungguhnya, ALLAH Azza Wa Jalla
terangkan demikian itu kepada manusia supaya mendapat peringatan.
Tetapi kebanyakan manusia enggan (lalai) malahan ingkar (derhaka). Sebab
itu, janganlah kamu mengikut orang-orang yang ingkar/derhaka
(kafir,munafik,musyrik). Berjuanglah terhadap mereka dengan perjuangan
yang besar. ALLAH Maha Kuasa menjadikan manusia dari air lalu diadakanNya pertalian darah dan semenda antara manusia. Manusia yang
menyembah (mengikut) selain dari ALLAH Azza Wa Jalla iaitu sesuatu yang
tiada bermanfaat untuk mereka dan tiada pula melarat bagi mereka.
Sesungguhnya, orang ingkar/derhaka (musyrik.munafik) itu melawan
ALLAH Maha Esa lagi Maha Agung. Tawakkallah (berserah dan menghina
diri) kepada ALLAH Azza Wa Jalla yang tiada awal dan tiada akhir. Maka,
tasbihlah serta memuji-Nya. Cukuplah ALLAH Maha Mengetahui segala dosa
hamba-Nya.
Pada kejadian malam dan siang berganti-ganti adalah untuk keterangan
bagi orang-orang yang hendak mendapatkan peringatan (petunjuk) dan
juga bagi orang-orang mahu berterima kasih kepada ALLAH Azza Wa Jalla.
Para hamba ALLAH Maha Mengasihi ialah orang-orang (kaum) yang
berjalan di mukabumi dengan tenang (hatinya) dan tidak menyombong
diri.Tatkala mereka dicela oleh manusia lain. Mereka hanya membalas
dengan ucapan (kata-kata): Selamat.Orang-orang yang tiada menyembah
(mengikut) tuhan yang lain bersama ALLAH Azza Wa Jalla dan tiada
membunuh manusia yang diharamkan-Nya kecuali dengan kebenaran dalilNya serta tidak pula mereka berzina. Tetapi barangsiapa yang ingkar
(derhaka), nescaya akan menemui dosa. Maka, dilipat-gandakan seksa
untuknya pada hari kiamat dan kekal di dalamnya serta terhina kecuali
orang yang taubat (hijrah) dan beriman kembali mengerjakan amal sholeh
(bertakwa). Maka, ALLAH Azza Wa Jalla akan menggantikan keburukan
mereka dengan kebaikan. ALLAH Maha Mengampuni lagi Maha
Menyayangi.Barangsiapa yang taubat dan beramal sholeh (takwa). Maka

sesungguhnya ia bertaubat kepada ALLAH Azza Wa Jalla dengan sebenarbenarnya keinsafan. Kepada orang yang seandainya diberi peringatan
dengan ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla (Al-Quran) lalu mereka tiada
menerima dengan telinga pekak dan mata buta malahan diturutinya.
Ketahuilah! Orang yang berkata (berdoa) kepada ALLAH Azza Wa Jalla
supaya diberikan isteri-isteri dan anak-anak yang menggirangkan hatinya
dan ingin menjadi imam (ikutan) bagi orang-orang yang takwa. Maka,
mereka yang tersebut akan diberi balasan dengan darjat yang tinggi
(syurga) kerana ia berhati sabar dan disambut dengan kehormatan dan
keselamatan di dalam syurga. Mereka kekal di dalamnya. Itulah sebagusbagus tempat tetap dan tempat kediaman. Sesungguhnya, ALLAH Azza Wa
Jalla tiada peduli terhadap orang-orang yang ingkar/derhaka, andai tiada
ibadat mereka yang sebenarnya. Sesungguhnya, manusia yang
mendustakan agama-Nya (Sunnah-sunnah-Nya) semestinya seksaan
menimpa mereka.
Al-Quran mengandungi ayat-ayat Kitab yang terang maksudnya. Boleh jadi
kamu (manusia) membinasakan diri sendiri kerana manusia melalaikan
keimanan kepada ALLAH Maha Esa. Tiap-tiap kali datang kepada manusia
peringatan baru dari ALLAH Maha Mengasihi, mereka berpaling daripadanya
(melalaikan-Nya). Sesungguhnya manusia kian mendustakan Al-Quran.
Tunggulah! Nanti akan datang bukti (perkhabaran) yang mereka
memperolok-olokan itu (ragu-ragukan).Tidakkah manusia melihat ke bumi?
Telah berapa banyaknya, ALLAH Azza Wa Jalla menumbuhkan bermacammacam tumbuhan yang baik di atasnya? Sesungguh yang demikian itu,
menjadi ayat (tanda) kekuasaan ALLAH Azza Wa Jalla. Tetapi kebanyakan
manusia kian jauh dari keimanan. ALLAH Maha Perkasa lagi Maha
Menyayangi. Manusia tetap jua mendustakan (melalaikan) Al-Quran, lalu
ALLAH Azza Wa Jalla binasakan mereka yang ingkar/derhaka. Tentang
demikian itu suatu keterangan (nyata). Namun, kebanyakan di antara
manusia masih ada tiada beriman dan menjauhkannya. Adakah kamu
(manusia) lihat, setelah ALLAH Azza Wa Jalla senangkan di antara manusia
kerana mempunyai anak-anak dan harta benda yang banyak beberapa
tahun lamanya, kemudian mereka itu ditimpa seksa yang dijanjikan
kepadanya? Maka, tiadalah manfaatnya apa yang telah menyenangkan
mereka itu. Al-Quran, bukan diturunkan oleh syaitan-syaitan dan tiada patut
untuknya dan mereka tiada berkuasa pula. Sesungguhnya syaitan-syaitan
itu terpisah dari mendengar Al-Quran (ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla).
Maka berilah peringatan kepada kaum kerabat kamu yang terdekat supaya
rendahkanlah sayap (berhina dirilah) kamu terhadap ALLAH Azza Wa Jalla.
Andai di antara kamu (manusia) itu ada yang ingkar/derhaka terhadap ayatayat-Nya (Al-Quran). Maka, berlepas dirilah dari apa yang telah kamu
kerjakan (peringatkan) serta bertawakkallah (berserah diri) kamu kepada
ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Mengasihi yang melihatmu ketika berdiri,
ruku dan sujud (sembahyang). Sesungguhnya, ALLAH Maha Mendengar
lagi Maha Mengetahui. Adakah tidak dikhabarkan kepada siapa syaitansyaitan itu diturunkan? Syaitan-syaitan turun kepada pembohong lagi
berdosa (atas pilihan sendiri) malahan orang-orang ini sombong serta
angkuh. Syaitan-syaitan menyampaikan pendengarannya (bisikannya)
sedang kebanyakan di antara manusia dusta bersamanya pula ahli-ahli syair
yang di turut oleh orang-orang bodoh. Tidakkah kamu (manusia) lihat
mereka berlebih-lebihan pada tiap-tiap lembah perkataan?Padahal mereka
itu mengatakan apa yang tiada mereka perbuat. Tetapi berkecuali, pada

orang-orang yang beriman dan beramal sholeh (amal maruf, nahi mungkar)
serta banyak mengingat ALLAH Azza Wa Jalla dan takwa. Maka, mereka
beroleh Kemenangan sesudah teraniaya (bertaubat). Nanti akan tahu orang
yang zalim, ke tempat mana mereka akan kembali.
Ayat Al-Quran ialah kitab yang terang untuk tanda petunjuk dan khabar
gembira bagi mereka yang beriman iaitu orang-orang yang mendirikan
sembahyang dan membayar zakat sedang mereka yakin adanya akhirat
serta bertakwa. Sesungguhnya orang yang tidak beriman kepada akhirat.
ALLAH Azza Wa Jalla hiaskan kepada mereka pekerjaan (perbuatan) yang
pandangannya baik meskipun sangat buruknya sedang mereka dalam
keraguan (lengah). Maka, untuk mereka adalah sejahat-jahat seksa dan
amat merugi di akhirat. Sesungguhnya kamu (manusia) menerima Al-Quran
dari sisi ALLAH Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui. Kepada orang yang
zalim (berdosa atas pilihan sendiri) diperbuatnya kebaikan (taubat) dan
bertakwa sesudah kemungkaran. ALLAH Maha Mengampuni lagi Maha
Mengasihi mereka. Di antara ada mengingkari ayat-ayat ALLAH Azza Wa
Jalla, padahal hati mereka meyakini-Nya namun manusia zalim dan
sombong. Maka, perhatikanlah bagaimana akibatnya orang yang berbuat
bencana (kemungkaran). Bahkan siapakah yang mengadakan bumi untuk
tempat tinggal, menjadikan sungai-sungai di selanya, menjadikan gununggunung di atasnya serta mengadakan batas (dinding) antara dua macam
laut (air masin dan air tawar)? Adakah tuhan lain bersama ALLAH Azza Wa
Jalla? Namun, kebanyakan manusia tiada mengetahui? Bahkan siapakah
yang memperkenankan orang yang melarat (menderita) lalu bila ia
meminta, maka dihilangkan kemelaratannya dan diangkatkan pula menjadi
khalifah (pemimpin)? Adakah tuhan lain bersama ALLAH Azza Wa Jalla?
Sedikit di antara kamu (manusia) yang mahu menerima peringatan. Tetapi
di akhirat, manusia akan mengetahui kebenaran (hakikat). Bahkan manusia
dalam keraguan tentang kebenarannya dan di antaranya buta (hati) tidak
melihatnya.
Sesungguhnya, ALLAH Azza Wa Jalla mempunyai kurnia untuk manusia
tetapi kebanyakan mereka tiada berterima kasih kepada-Nya. ALLAH Maha
Mengetahui apa-apa yang disembunyikan oleh dada (hati) manusia dan apaapa yang mereka lakukan (usahakan).Al-Quran menjadi petunjuk dan
rahmat untuk orang-orang yang mukmin lagi takwa. Sesungguhnya, ALLAH
Azza Wa Jalla menghukum antara manusia dengan hukuman-Nya (yang
adil). ALLAH Maha Perkasa lagi Maha Mengetahui. Maka, bertawakkallah
kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan kamu berada di atas kebenaran yang
nyata. Kamu tidak dapat memperdengarkan (memberi pengajaran) kepada
orang-orang yang mati dan tidak dapat pula memperdengarkan seruan
kepada orang-orang pekak, bila mereka berpaling ke belakang
(ingkar/derhaka). Kamu juga tidak akan sanggup menunjuki orang-orang
buta (hati) dari kesesatannya. Kamu tidak dapat memperdengarkan
(memberi pengajaran) melainkan kepada orang yang beriman kepada ayatayat ALLAH Azza Wa Jalla sedang mereka patuh (membaca Al-Quran)
kerana-Nya.Pada hari ALLAH Azza Wa Jalla kumpulkan segolongan dari
tiap-tiap umat, di antara orang-orang yang mendustakan (melalaikan) ayatayat-Nya. Sesungguhnya, manusia dikumpulkan-Nya. Maka, telah tiba
perkataan (janji) seksa kepada manusia kerana mereka zalim
(ingkar/derhaka) sedangkan manusia tiada dapat bercakap-cakap. Tidakkah
manusia melihat bahawa ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan malam untuk

mereka untuk bersenang-senang dan siang untuk melihat (berusaha)?


Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi tanda-tanda bagi kaum yang
beriman lagi takwa. Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan maka
untuknya lebih baik daripadanya, sedang mereka aman dari ketakutan pada
hari itu. Barangsiapa yang memperbuat kejahatan (kemungkaran). Maka,
disungkurkan mukanya ke dalam neraka. Kamu tiada dibalasi melainkan
(menurut) apa yang telah dikerjakan. Sesungguhnya, Al-Quran sudah
dibacakan kepada kamu (manusia). Barangsiapa mendapatkan petunjuk itu,
maka ia mendapat petunjuk untuk (kebaikan) dirinya. Barangsiapa yang
sesat (tidak mahu menerima petunjuk). Maka manusia sudah pun diberikan
peringatan (Al-Quran). Puji-pujian bagi ALLAH Azza Wa Jalla kerana akan
memperlihatkan kepada kamu ayat-ayat-Nya (tanda kekuasaan-Nya), lalu
kamu mengetahui bahawa ALLAH Azza Wa Jalla tidak lalai tentang apa-apa
yang manusia di antara kamu kerjakan.
Adakah manusia mengira (merasakan), bahawa mereka dibiarkan saja
beriman tanpa mendapat cubaan (ujian)? Sesungguhnya telah ALLAH Azza
Wa Jalla cubai orang-orang yang terdahulu supaya akan dapat dilihat
(dibezakan) antara orang-orang yang beriman (takwa) dengan orang-orang
dusta (menzalimi diri sendiri). Adakah orang yang memperbuat
kemungkaran (bencana) merasakan bahawa mereka mendahului ALLAH
Azza Wa Jalla supaya terlepas dari seksaan-Nya? Amat jahat (sesat) apa
yang menjadi keputusan mereka itu. Barangsiapa yang mengharap akan
menemui ALLAH Azza Wa Jalla. Sesungguhnya perjanjian akan datang
padanya. ALLAH Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. Orang yang
beriman serta beramal sholeh (takwa). ALLAH Azza Wa Jalla hapuskan
(ampuni) dosa dari kezalimannya dan dibalasi dengan yang lebih baik dari
apa yang telah diamalkannya (diusahakan).ALLAH Maha Mengetahui orangorang yang beriman dan orang-orang yang munafik (berbolak-balik tentang
keimanan). Mereka (orang munafik) akan memikul dosa mereka sendiri dan
dosa-dosa bersama dosa orang yang dianiayanya. Akan mereka diperiksa
pada hari kiamat tentang apa-apa yang telah diada-adakan (ragu-ragukan).
Tiadakah manusia memperhatikan, bagaimana ALLAH Azza Wa Jalla
memulai kehidupan, kemudian mengulangkannya. Sesungguhnya demikian
itu, mudah bagi-Nya. ALLAH Azza Wa Jalla menyeksa ataupun mengasihi
siapa sahaja dikehendaki-Nya dan kepada-Nya kamu (manusia)
dikembalikan. Orang yang kafir telah melalaikan ayat-ayat ALLAH Azza Wa
Jalla dan meragui akan menemui-Nya serta meragui ALLAH Maha Melihat.
Mereka itu berputus asa (sombong) dari rahmat-Nya, maka seksaan yang
pedih untuk mereka. Umpama orang-orang yang mengambil wali-wali selain
daripada ALLAH Azza Wa Jalla adalah seperti labah-labah yang memperbuat
rumah (sarangnya). Maka, selemah-lemah rumah ialah sarang labah-labah.
Andai manusia mengetahuinya.
Sesungguhnya, ALLAH Maha Mengetahui apa yang mereka sembah
(banggakan) di antara sesuatu selain daripada-Nya. ALLAH Maha Perkasa
lagi Maha Bijaksana. Perumpamaan-perumpamaan itu, ALLAH Azza Wa Jalla
lukiskan untuk manusia tetapi tiadalah yang memahaminya melainkan orang
orang yang berilmu (mempergunakan akal melalui pemeliharaan serta
bimbingan-Nya). ALLAH Azza Wa Jalla telah menciptakan langit dan bumi
dengan sebenarnya (bukan untuk bermain-main). Sesungguhnya tentang
demikian itu menjadi ayat (tanda) bagi orang-orang yang beriman.
Bacakanlah (lihatlah, dengarlah dan pergunalah akal) tentang apa-apa yang

diperingatkan (diturunkan) kepada kamu (manusia) diantara kitab (AlQuran) dan dirikanlah sembahyang.Sesungguhnya sembahyang itu
mencegah (melarang) memperbuat yang keji dan yang mungkar.
Sesungguhnya mengingat ALLAH Azza Wa Jalla terlebih baik besar
(faedahnya). ALLAH Maha Mengetahui apa-apa yang kamu usahakan.
Demikianlah, ALLAH Azza Wa Jalla turunkan kitab (Al-Quran) kepada kamu
(manusia) di antara orang-orang yang ALLAH Azza Wa Jalla berikan kitab,
mereka beriman kepada-Nya. Ada juga di antara mereka (ahli kitab)
beriman kepada Al-Quran (ALLAH Azza Wa Jalla) dan mereka tiadalah
menyangkal ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla kecuali orang-orang yang kafir
(munafik, musyrik, kufur). Bahkan, Al-Quran di isi beberapa ayat-ayat yang
terang dalam dada orang yang berilmu dan tiada menyangkal ayat-ayat-Nya
kecuali orang yang zalim. Tiadakah cukup bagi manusia bahawa ALLAH
Azza Wa Jalla telah menurunkan kitab (Al-Quran) kepada kamu yang
dibacakan kepada mereka? Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi
rahmat dan peringatan bagi kaum yang beriman.
Cukuplah ALLAH Azza Wa Jalla menjadi saksi antara saya dan antara anda.
ALLAH Maha Mengetahui apa-apa yang di langit dan yang di bumi. Orang
yang percaya kepada yang batil dan kafir (munafik, musyrik, kufur) akan
ALLAH Azza Wa Jalla. Mereka itulah orang yang merugi. Manusia tanpa
disedarinya meminta supaya disegerakan seksa. Sesungguhnya neraka
meliputi orang-orang yang kafir. Tiap-tiap diri mesti merasai mati kemudian
kepada ALLAH Azza Wa Jalla kamu dikembalikan. Sekiranya ditanyakan
kepada manusia. Siapakah yang menciptakan langit dan bumi serta
menundukkan matahari dan bulan? Nescaya mereka menjawab: ALLAH.
Maka, kemanakah mereka berpaling? (semasa mereka melakukan
kemungkaran). ALLAH Azza Wa Jalla melapangkan rezeki bagi siapa yang
dikehendaki-Nya di antara hamba-hamba-Nya dan menyempitkannya bagi
mereka. ALLAH Maha Mengetahui tiap-tiap sesuatu. Sekiranya ditanyakan
kepada manusia. Siapakah yang menurunkan air hujan dari langit, lalu
dihidupkan-Nya bumi yang telah mati? Nescaya mereka menjawab:
ALLAH. Tetapi sebutlah: Puji-pujian bagi ALLAH Azza Wa Jalla. Namun
kebanyakan mereka tiada memikirkan. Hidup di dunia ini, tidak lain hanya
suatu kesenangan dan permainan. Sesungguhnya, kampung akhirat itulah
kehidupan yang sebenarnya. Andai manusia telah ketahui. Siapakah yang
terlebih zalim dari orang yang mengada-adakan dusta terhadap ALLAH Azza
Wa Jalla ataupun mendustakan (melengahkan) kebenaran setelah datang
kepadanya. Tiadakah dalam neraka tempat tinggal orang-orang yang kafir
(ingkar/derhaka)? Orang-orang yang berjuang kerana hak ALLAH Azza Wa
Jalla. Nescaya ditunjuki mereka kejalan-Nya. Sesungguhnya, ALLAH Azza
Wa Jalla bersama orang-orang yang memperbuat kebaikan.
Janji ALLAH Azza Wa Jalla! ALLAH Azza Wa Jalla tidak memungkiri janjiNya tetapi kebanyakan manusia tiada mahu mengetahui. Manusia hanya
mengetahui yang lahir dari kehidupan duniawi, sedangkan mereka lalai
tentang akhirat. Tiadakah manusia memikirkan apa yang dalam diri mereka
sendiri? ALLAH Azza Wa Jalla tiada menjadikan langit, bumi dan apa-apa
yang di antara keduanya melainkan dengan kebenaran serta janji yang
ditentukan-Nya. Namun kebanyakan mereka ingkar (menidakkan) akan
menemui ALLAH Azza Wa Jalla. Kemudian akibatnya orang-orang yang
memperbuat kejahatan dibalas kejahatan pula kerana mereka mendustakan
(meragui) ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla dan memperolok-olokkannya

(mempersendakan).ALLAH Azza Wa Jalla memulai kejadian, kemudian


mengulanginya, sesudah itu kamu (manusia) dikembalikan kepada-Nya.
Pada hari kiamat, berputus-asalah orang-orang berdosa serta manusia
bergolong-golongan pada hari itu. Adapun orang yang beriman dan beramal
sholeh, maka mereka itu dalam syurga dengan bersukaria. Adapun orang
kafir serta mendustakan ayat-ayat (peringatan) ALLAH Azza Wa Jalla dan
menemui akhirat. Maka, mereka itu dilemparkan ke dalam neraka. Antara
tanda-tanda kekuasaan ALLAH Azza Wa Jalla, ialah bahawa ALLAH Azza
Wa Jalla menciptakan kamu (manusia) dari tanah kemudian tiba-tiba kamu
menjadi manusia yang bertebaran (berketurunan) di mukabumi. ALLAH
Azza Wa Jalla menciptakan jodoh untukmu dari dirimu supaya kamu
bersenang-senang (mencapai kehidupan yang sebenarnya) bersamanya.
ALLAH Azza Wa Jalla mengadakan sesama kamu kasih sayang serta
rahmat.
Sesungguhnya tentang demikian itu, menjadi ayat (petunjuk) bagi kaum
yang memikirkannya.Tanda-tanda-Nya lagi, ialah kejadian langit dan bumi
serta bermacam-macam bahasa kamu dan warna kulitmu. Sesungguhnya
tentang demikian itu, menjadi tanda bagi orang-orang yang mahu tahu.
Malahan tanda-tanda-Nya juga ialah tidurmu pada malam dan siang serta
menuntutmu akan kurnia-Nya (rezeki-Nya). Sesungguhnya tentang
demikian itu, menjadi tanda bagi kaum yang mahu mendengarkan.Tandatanda-Nya lagi, bahawa ALLAH Azza Wa Jalla memperlihatkan kilat
kepadamu (manusia), lalu ketakutanmu (akan petir-Nya) dan harapanmu
(akan turun rahmat-Nya). Kemudian, ALLAH Azza Wa Jalla turunkan air
(hujan) dari langit, lalu dihidupkan-Nya dengan air itu, sesudah matinya.
Sesungguhnya tentang demikian itu menjadi ayat (petunjuk) bagi kaum
yang memikirkan. Kepunyaan ALLAH Azza Wa Jalla, siapa yang di langit dan
di bumi. Semuanya tunduk (patuh) kepada-Nya. ALLAH Azza Wa Jalla
memberikan contoh untukmu dari diri kamu sendiri. Adakah bagimu sekutu
dengan hamba sahayamu pada harta (pemberian) yang ALLAH Azza Wa
Jalla berikan kepadamu sehingga kamu sama-sama berkuasa (merasai)
pada harta itu? Adakah kamu takut kepada mereka (yang lain) seperti
takutmu terhadap dirimu? Demikianlah, ALLAH Azza Wa Jalla huraikan
beberapa keterangan bagi kaum yang memikirkan. Tetapi orang-orang yang
zalim menurut hawa nafsunya tanpa ilmu pengetahuan-Nya (Al-Quran).
Maka, siapakah yang akan menunjuki orang yang telah disesatkan ALLAH
Azza Wa Jalla? Tidak ada untuk mereka (yang sesat atas pilihan sendiri) itu
orang yang menolong. Maka, luruskanlah (hadapkanlah) mukamu (melihat)
serta condong (mendengar) dan pergunakanlah akal kepadanya (ayat-ayat
ALLAH Azza Wa Jalla). Itulah agama kepunyaan ALLAH Azza Wa Jalla
(Islam) yang dijadikan-Nya untuk manusia sesuai dengannya. Tiadalah
bertukar perbuatan ALLAH Azza Wa Jalla. Itulah agama yang lurus, tetapi
kebanyakan manusia tiada mengetahuinya malahan lalai. Hendaklah kamu
(manusia) kembali (taubat) kepada-Nya dan takutlah kepada ALLAH Azza
Wa Jalla dengan mendirikan sembahyang serta janganlah kamu termasuk
orang yang musyrik dan yang munafik. Mereka (inilah) ialah orang-orang
yang berpecah-belah dalam agamanya serta bergolong-golongan. Tiap-tiap
golongan gembira dengan apa-apa yang ada di sisinya. Apabila manusia
ditimpa kemelaratan, mereka berdoa (memohon) kepada ALLAH Azza Wa
Jalla serta taubat kepada-Nya. Kemudian, apabila ALLAH Azza Wa Jalla
merasakan rahmat kepada mereka, tiba-tiba satu golongan di antara kamu
(manusia) mempersekutukan-Nya kerana hendak mengingkari nikmat-Nya

yang telah diberikan kepada mereka. Maka bersukarialah kamu, nanti akan
diketahui jua balasan-Nya. Apabila ALLAH Azza Wa Jalla rasakan rahmat
kepada manusia, mereka bergembira kerana kesenangan itu. Tetapi jika
mereka ditimpa kesusahan (bencana) dengan sebab usaha tangan mereka
sendiri, tiba-tiba mereka berputus-asa. Tiadakah manusia lihat bahawa
ALLAH Azza Wa Jalla melapangkan rezeki bagi siapa yang dikehendaki-Nya
dan menyempitkan (bagi siapa yang dikehendaki-Nya).
Sesungguhnya tentang demikian itu, menjadi tanda-tanda (wujudnya
ALLAH Azza Wa Jalla) bagi kaum yang beriman serta takwa. Maka,
berikanlah kepada kaum kerabatmu akan haknya dan kepada para fakir
serta orang-orang musafir (berhijrah). Demikian itu terlebih baik bagi orangorang yang menghendaki keredhaan ALLAH Azza Wa Jalla. Maka,
merekalah orang-orang yang menang. Jelmanya sudah akan bencana di
darat dan di laut kerana usaha tangan manusia (permintaan sendiri) supaya
ALLAH Azza Wa Jalla merasakan kepada mereka sebahagian dari (balasan)
perbuatan yang mereka perbuat. Mudah-mudahan manusia kembali
bertaubat. Maka, luruskanlah (hadapkanlah) mukamu ke arah agama yang
lurus, sebelum datang dari ALLAH Azza Wa Jalla iaitu hari yang tidak
ditolakkan lagi. Pada hari itu, manusia bergolong-golongan. Barangsiapa
yang kafir (ingkar/derhaka) maka atas pundaknya bahaya disebabkan
kekafirannya. Barangsiapa yang beramal sholeh maka mereka menyediakan
(kesejahteraan) untuk dirinya dan ALLAH Azza Wa Jalla membalasi orangorang yang beriman dan beramal sholeh dengan kurnia-Nya. Sesungguhnya
jua, ALLAH Azza Wa Jalla tiada mengasihi orang yang kufur. ALLAH Azza
Wa Jalla yang mengirim angin, lalu angin itu menghalau awan sehingga
terbentang di atas langit sebagaimana dikehendaki-Nya. Lalu, dijadikan-Nya
awan itu berkelompok-kelompok kemudian kamu (manusia) lihat air hujan
keluar dari sela-selanya. Maka, apabila air hujan itu menimpa siapa yang
dikehendaki-Nya di antara hamba-Nya, tiba-tiba manusia gembira.
Sesungguhnya, mereka itu berputus asa sebelum diturunkan air hujan
kepada mereka. Maka, lihatlah bekas rahmat ALLAH Azza Wa Jalla,
bagaimana dihidupkan-Nya bumi sesudah mati.
Sesungguhnya, ALLAH Azza Wa Jalla menghidup kan orang-orang yang
mati dan ALLAH Maha Menguasai atas tiap-tiap sesuatu. Sesungguhnya
kamu (manusia) tidak dapat memperdengarkan (Al-Quran) kepada orangorang mati (tidak pergunakan akal) dan tidak dapat juga memperdengarkan
seruan kepada orang-orang yang pekak terutama apabila mereka ini
berpaling kebelakang. Engkau (kamu) tidak dapat menunjuki orang-orang
buta (hati) dari kesesatannya. Kamu tidak dapat memperdengarkan kecuali
kepada orang yang beriman kepada ayat-ayat ALLAH Azza Wa Jalla (AlQuran), sedangkan mereka patuh (bertakwa). ALLAH Azza Wa Jalla yang
menciptakan kamu (mulai) dari lemah, kemudian menjadi kuat sesudah
lemah lalu menjadi lemah kembali dan beruban sesudah kuat. ALLAH Azza
Wa Jalla menciptakan apa yang dikehendaki-Nya. ALLAH Maha Mengetahui
lagi Maha Menguasai. Pada hari itu tiada bermanfaat meminta uzur (tangguh
lagi) bagi orang-orang zalim dan tiada pula dimintakan keredhaan untuk
mereka. Sesungguhnya, ALLAH Azza Wa Jalla telah adakan beberapa
contoh bagi manusia dalam Al-Quran. Demi, jika ditunjukkan satu ayat
(mukjizat) kepada mereka. Nescaya orang-orang kafir (musyrik, munafik,
kufur) mengatakan ia batil. Demikianlah, ALLAH Azza Wa Jalla mencapkan
(menutupi) mata hati orang-orang yang tiada berilmu (tidak mahu meminta

ilmu dari-Nya). Maka, sabarlah, sesungguhnya janji ALLAH Azza Wa Jalla


adalah sebenar-benarnya. Janganlah bergoncang (berdukacita) kerana
orang-orang yang tiada yakin (yang sombong).
WASALAM

"SAYA AKAN MENDEFINASIKAN ISLAM SEBAGAI YANG


BELUM PERNAH ADA ORANG MENDEFINASIKANNYA:
ISLAM ADALAH PENYERAHAN; PENYERAHAN ADALAH
KEYAKINAN; KEYAKINAN ADALAH PENGUKUHAN;
PENGUKUHAN ADALAH PENGAKUAN; PENGAKUAN
ADALAH PELAKSANAAN [KEWAJIBAN]; DAN
PELAKSANAAN KEWAJIBAN ADALAH AMAL."

:: KASIH SAYANG BAGI KALIAN ::


? Orang yang memandang syurga dan neraka, tidak mempunyai tujuan lain;
Orang yang berusaha dan bertindak dengan cepat, berhasil; Sedangkan
pencari yang lamban dapat pula [menaruh harapan]; Dan orang yang
kekurangan amal menghadapi kehancuran di neraka. [Di kanan dan kiri ada
jalan-jalan yang menyesatkan. Hanya jalan tengah yang merupakan jalan
yang benar]. Pada jalan ini ada [Kitab Abadi]; Yakni al-Quran dan sunnah
Nabi (saw). [Darinya, sunnah tersebar dan kepadanyalah tempat kembali].
Orang yang mengaku [sebaliknya] runtuh dan orang yang mengadakanadakan kebatilan akan kecewa. Orang yang melawan kebenaran dengan
wajahnya akan beroleh kehancuran. Cukuplah kejahilan bagi orang yang
tidak mengenal dirinya. Orang yang berakar kuat dalam takwa, tidak binasa
dan perkebunan suatu kaum yang berdasar, tidak akan kehabisan air.
[Sembunyikanlah diri anda dalam rumah anda dan perbaikilah diri anda.
Taubat ada dibelakang anda. Orang hanya harus memuji ALLAH Azza Wa
Jalla dan menyalahkan dirinya sendiri].
? [Apakah anda berfikir], bahawa anda dapat mengatakan saat ketika
seseorang pergi dan tiada bencana yang akan menimpanya ataupun dapat
memberitahukan tentang waktu bila seseorang pergi akan tertimpa
bencana? [Barangsiapa membenarkan ini bererti ia membatilkan al-Quran
dan tidak mempedulikan ALLAH Azza Wa Jalla dalam mencapai tujuan yang
dihasratkannya serta dalam menjauhkan yang tidak disukai. Anda
mengatakan ini supaya orang yang bertindak berdasarkan apa yang anda
katakan, akan memuji anda berbanding ALLAH Azza Wa Jalla. Sebab
menurut faham keliru anda bahawa anda telah membimbingnya tentang
saat di mana ia akan mendapatkan manfaat dan menjauhi kerugian].
"Demi ALLAH Maha Mengetahui lagi Maha Mengasihi. Saya tidak tahu apa
yang akan dikatakan kepada anda. Saya tidak mengetahui apa-apa [dalam
hal-hal ini] yang tidak anda ketahui. Saya tidak tahu apa yang harus
dikatakan kepada anda dan tidak dapat saya mengantarkan anda ke suatu
hal yang tidak anda ketahui. Anda tentu mengetahui apa yang [kami]
ketahui, [kami] tidak mengetahui sesuatu sebelum anda yang dapat [kami]

katakan kepada anda. Tidak pula [kami] mempelajari sesuatu dalam rahsia
yang harus [kami] sampaikan kepada anda. Anda telah melihat
sebagaimana [kami] telah melihat dan anda telah mendengar sebagaimana
[kami] telah mendengar. Maka, bertakwalah kepada ALLAH Azza Wa Jalla
dalam diri anda sendiri kerana demi ALLAH Maha Kuasa kepada anda tidak
akan diperlihatkan apa pun , seolah-olah anda buta ataupun menilai seakanakan anda tidak tahu]."
? [Andaikan anda dapat melihat apa yang telah dilihat oleh orang-orang di
kalangan anda yang telah mati, anda akan bingung dan susah. Pada waktu
itu anda akan mendengarkan dan menaati; Tetapi apa yang telah mereka
lihat masih ditabiri dari anda. Tidak lama lagi, tabir akan dirobek-robek.
Kepada anda telah diperlihatkan, asal anda melihat; Dan kepada anda telah
diperdengarkan, asalkan anda mendengarkan; Dan anda telah diberi
petunjuk, asalkan anda menerima petunjuk. Saya berkata kepada anda
dengan benar. Anda telah dipanggil dengan nyaring oleh contoh-contoh yang
mengandungi pelajaran dan diperingatkan melalui pokok yang penuh
peringatan. Setelah para rasul Ilahi (malaikat), hanya manusia yang dapat
menyampaikan risalah dari ALLAH Azza Wa Jalla].
"Tujuan anda berada di depan anda. Di belakang anda adalah saat
[kematian anda] yang mendorong anda terus maju. Ringankan diri anda dan
susullah [yang di depan]. Akhir anda sedang ditunggu oleh awal anda."
Ragu dinamakan ragu kerana ia menyerupai kebenaran. Bagi pecinta
ALLAH, keyakinan mereka melayani mereka sebagai cahaya dan arah jalan
yang benar [itu sendiri melayani sebagai pemandu]; Sementara musuhmusuh ALLAH disaat ragu, berseru kepada kesesatan dalam kegelapan ragu
dan pemandu mereka adalah [kebutaan akal]. Orang yang takut akan
kematian tidak dapat melepaskan diri darinya; Tidak dapat pula orang yang
yang takut kepada kehidupan yang kekal akan mendapatkannya.
Sungguh, pemenuhan janji adalah kembaran kebenaran. Saya tidak
mengetahui perisai yang lebih baik [terhadap serangan dosa] daripada itu.
Orang yang menyedari [realiti] bahawa ia akan [kembali ke akhirat], tidak
pernah [berkhianat]. Kita berada di suatu masa ketika orang [memandang
pengkhianatan sebagai kebijaksanaan]. [Di hari-hari ini], orang jahil
menamakan hebatnya kecerdikan. [Ada apa dengan mereka]? Semoga
ALLAH Azza Wa Jalla menghancurkan mereka. Orang yang telah mengalami
tebal tipisnya kehidupan, mendapatkan dalih-dalih untuk mencegahnya dari
perintah dan larangan ALLAH Azza Wa Jalla, tetapi mengabaikannya
walaupun mampu [untuk menaati dan melaksanakan perintah-perintahNya]; Sedangkan orang yang tidak mempunyai kendali agama menangkap
kesempatan [dan menerima dalih-dalih untuk tidak mengikuti perintah
ALLAH Azza Wa Jalla].
"Mengenai pemerintahan yang baik, orang sholeh beramal baik di dalamnya;
Sementara dalam pemerintahan buruk orang jahat menikmati sampai
waktunya habis dan kematian menjemputnya."
[Ya ALLAH, Tuhanku; Hamba memohon perlindungan-Mu dari kesukaran
perjalanan dan kesusahan perjalanan pulang dari pemandangan harta dan
manusia yang merosak.

Ya ALLAH, Engkau adalah Sahabat dalam perjalanan dan Engkau adalah


yang ditinggal untuk melindungi keluarga. Tiada selain Engkau yang dapat
menggabungkan keduanya kerana yang ditinggal pergi tidak dapat menjadi
teman dalam perjalanan dan yang menjadi teman perjalanan tidak dapat
ditinggal pergi pada saat yang sama].
Berhati-hatilah! Dunia ini adalah tempat dari mana perlindungan tidak dapat
dicari kecuali sementara berada di dalamnya. Tindakan yang dilakukan
semata-mata untuk dunia ini tidak dapat menjamin keselamatan. Manusia
dicuba di dalamnya melalui cubaan (ujian). Apa yang telah diambilnya di sini
bagi kesenangan duniawi, akan diambil darinya. Segala [perbuatan baik]
yang telah mereka capai untuk akhirat akan didapatkannya di sana dan
tinggal dengannya. Bagi orang cerdas, dunia ini laksana bayangan; Sesaat ia
terbentang dan meluas tetapi segera ia mengerut dan menciut.
? Apabila suatu masalah diajukan kepada seseorang di antara mereka, ia
menyampaikan penilaian atasnya dari khayalannya. Apabila masalah yang
tepat seperti itu diajukan kepada orang lain, ia menyampaikan keputusan
yang berlawanan. Kemudian, [hakim-hakim ini pergi kepada kepala yang
telah mengangkat mereka dan ia mengukuhkan semua keputusan itu
walaupun Tuhan mereka Satu dan sama, Nabi mereka Satu dan sama, Kitab
mereka Satu dan sama]. Apakah kerana ALLAH Azza Wa Jalla
memerintahkan mereka untuk berbeza dan mereka menaati-Nya, ataukah
ALLAH Azza Wa Jalla melarang mereka tetapi mereka melanggar-Nya?
Ataupun [apakah] ALLAH Azza Wa Jalla mengirimkan [agama] yang tidak
sempurna dan meminta mereka menolong menyempurnakannya? Atau
mereka mitra-Nya dalam urusan itu sehingga merupakan bahagian
kewajiban mereka untuk menetapkannya dan ALLAH Azza Wa Jalla harus
menyetujuinya? Atau, apakah ALLAH Maha Suci mengirimkan [agama]
yang sempurna tetapi Nabi tidak mampu menyampaikannya dan
menyerahkannya [kepada manusia]? Nyatanya, ALLAH Azza Wa Jalla telah
berkata bahawa [tiadalah dialpa-Nya sesuatu pun dalam al-Kitab] dan
mengatakan bahawa [satu bahagian al-Quran membenarkan bahagian yang
lainnya dan bahawa tiada pertentangan di dalamnya, sebagaimana
dikatakan-Nya; [Kalau sekiranya al-Quran itu bukan dari sisi-Nya, tentulah
mereka mendapat pertentangan yang banyak di dalamnya].
Sesungguhnya bahagian luar al-Quran menakjubkan dan bahagian dalamnya
mendalam [makna-maknanya]. Keajaiban-keajaibannya tidak akan pernah
lenyap, halnya yang menakjubkan tidak akan pernah habis dan kerumitankerumitannya tidak dapat diterangkan kecuali melaluinya (al-Quran) sendiri.
[Di antara semua manusia, yang paling nista di hadapan ALLAH Azza Wa
Jalla ada dua orang]. Yang satu ialah yang mengabdi pada hawa nafsunya.
Ia menyimpang dari jalan ALLAH Azza Wa Jalla dan senang berbicara
tentang [bid`ah] dan mengundang ke jalan salah. Sebab itu, ia merupakan
gangguan bagi orang-orang yang terpikat padanya. Ia sendiri tersesat dari
petunjuk orang-orang yang mendahuluinya, menyesatkan orang-orang yang
mengikutinya dalam hidupnya atau setelah matinya membawa beratnya
dosa-dosa orang lain dan terjaring dalam amal buruknya sendiri.
Yang lainnya adalah orang yang memungut kejahilan. Ia bergerak
dikalangan orang jahil, tidak merasakan tebalnya bencana dan buta akan

maslahat kedamaian. Orang-orang yang menyerupai manusia


menamakannya orang berilmu, tetapi tidaklah ia berilmu. Ia keluar di pagi
dini untuk mengumpul hal-hal yang tidak adanya lebih baik berbanding
kelimpahannya sampai saat ia telah memuaskan hausnya dari air tercemar
dan mendapatkan hal-hal yang tidak bermakna. Ia duduk di antara manusia
sebagai hakim yang bertanggung jawab atas segala yang membingungkan
orang lain. Apabila suatu masalah yang bermakna ganda diajukan
kepadanya, ia memberikan [argumen-argumen gombal] tentang itu menurut
kehendaknya sendiri dan membuat keputusan berdasarkannya. Dengan
demikian ia terjaring dalam bingungnya keraguan seperti [sarang labahlabah] dengan tidak mengetahui apakah ia benar atau salah. Jikalau ia
benar, ia takut kalau-kalau ia keliru. Sedangkan jikalau ia salah, ia berharap
ia benar. Ia jahil mengembara dalam keadaan tersesat dalam kejahilan dan
menunggang kenderaan tanpa tujuan sambil bergerak dalam kegelapan. [Ia
tidak berusaha untuk mendapatkan hakikat pengetahuan. Ia menyebarkan
hadis-hadis seperti angin menebarkan daunan kering].
Demi ALLAH Azza Wa Jalla. Ia (manusia) tidak mampu menyelesaikan
masalah yang datang kepadanya dan tidak patut untuk jabatan yang
ditugaskan kepadanya. Apa sahaja yang tidak diketahuinya, dipandangnya
tidak patut diketahui. Ia tidak menyedari bahawa apa yang di luar
jangkauannya berada dalam jangkauan orang lain. Apabila sesuatu tidak
jelas padanya, ia berdiam diri atasnya kerana ia tahu akan ketidaktahuannya
sendiri. Nyawa-nyawa yang melayang menangisi keputusan-keputusannya
yang tidak adil dan harta [yang telah dibahagikan] menggerutu
terhadapnya.
[Saya mengeluh kepada ALLAH Azza Wa Jalla tentang orang-orang
yang hidup jahil dan mati tersesat. Bagi mereka tiada yang lebih
baik, tidak berharga daripada al-Quran apabila ia dibaca
sebagaimana mestinya dan tiada yang lebih berharga daripada alQuran apabila ayat-ayatnya dipindahkan dari tempatnya. Tiada yang
lebih keji daripada kebajikan dan tiada yang lebih bajik daripada
kemungkaran].
ALLAH Azza Wa Jalla telah menetapkan batas-batas atas segala sesuatu
yang diciptakan-Nya dan telah mengukuhkan batas-batas itu dan telah
menetapkan bekerjanya serta membuat bekerjanya halus. ALLAH Azza Wa
Jalla telah menetapkan arahnya dan [arah] itu tidak melanggar batas-batas
kedudukannya, tidak pula kekurangan untuk mencapai akhir tujuannya. Ia
tidak membangkang bilamana diperintahkan untuk bergerak atas kehendakNya. Betapa mungkin, ia membangkang padahal segala sesuatu diperintah
oleh kehendak-Nya. ALLAH Azza Wa Jalla; Pembuat aneka-ragam hal tanpa
menggunakan khayalan, tanpa dorongan gerak hati yang tersembunyi padaNya, tanpa [penggunaan] suatu eksperimen yang diambil dari pasang
surutnya waktu dan tanpa suatu mitra yang dapat membantu-Nya dalam
menciptakan hal-hal yang menakjubkan.
Demikianlah, penciptaan disempurnakan dengan perintah-Nya dan ciptaan
itu tunduk dengan taat kepada-Nya dan menjawab seruan-Nya. [Kemalasan
seorang pemalas ataupun keengganan seorang pencari dalih tidak
menghalanginya dari berbuat demikian]. Demikianlah, ALLAH Azza Wa Jalla
meluruskan lekukan-lekukan dan menetapkan batas-batasnya. Yang Maha

Kuasa menciptakan hubungan dalam bahagian-bahagiannya yang saling


bertentangan dan memadukan faktor-faktor kesamaan. Kemudian,
memisahkan mereka dalam aneka ragam yang berbeda dalam batas-batas,
jumlah, sifat dan bentuk. Semua ini adalah ciptaan baru serta
mengukuhkannya dan membentuknya menurut kehendak-Nya dan
mengadakan-Nya.
"[Pengaruh buruk penglihatan adalah hak, kepesonaan adalah hak, sihir
adalah hak dan mengambil pertanda baik adalah hak dan penyebaran suatu
penyakit adalah hak; Sedangkan mengambil pertanda buruk tidak hak dan
penyebaran penyakit dari yang satu kepada yang lainnya adalah tidak hak.
Bau memberikan kesenangan, madu memberikan kesenangan dan melihat
yang hijau-hijau memberikan kesenangan]."
"Berpantanglah dari dunia sehingga ALLAH Azza Wa Jalla menunjukkan
kepada anda kejahatannya yang sesungguhnya dan janganlah lalai kerana
[dalam keadaan bagaimanapun] anda tidak akan dilalaikan."
"Ambillah kenikmatan dunia yang datang kepada anda dan menjauhlah dari
yang menjauh dari anda. Apabila anda tidak dapat berlaku demikian;
Berlaku sederhanalah dalam pencarian anda."
"[Anak mempunyai hak atas ayahnya, sedangkan si ayah pun mempunyai
hak atas si anak. Hak ayah atas si anak ialah bahawa si anak harus menaati
si ayah dalam segala hal kecuali dalam berbuat dosa kepada ALLAH Maha
Suci lagi Maha Esa, sedangkan hak si anak atas si ayah adalah bahawa ia
harus memberikan kepadanya nama yang bagus, memberikan kepadanya
pendidikan yang baik dan mengajarinya al-Quran]."
Wahai anda yang mencela dunia! Wahai anda yang telah ditipu oleh
tipuannya dan terkecoh oleh kesalahan-kesalahannya. Anda menaruh
serakah dunia, kemudian mencelanya? Anda menuduhnya atau iakah yang
seharusnya menuduh anda? Apakah dengan jatuh dan membusuknya nenek
moyang anda ataupun oleh tempat-tempat tidur ibu-ibu anda di bawah
bumi? [Berapa banyak anda mengurusi mereka dalam sakit mereka dan
merawat mereka dalam kepedihan mereka, menghasratkan agar mereka
sembuh dan meminta bantuan doktor (tabib) untuk mereka di pagi hari
ketika ubat anda tidak mampan bagi mereka dan ratapan anda tidak
bermanfaat bagi mereka. Kecemasan anda tentang mereka ternyata tidak
berguna dan anda tidak akan dapat mencapai tujuan anda. Anda tidak dapat
mengelakkan maut dari mereka dengan segala kekuasaan anda].
Sebenarnya, melalui orang yang akan mati itu [dunia menyajikan suatu
gambaran buat anda dan menunjukkan anda kepada anda melalui contoh
kejatuhannya, betapa anda juga akan jatuh].
Sesungguhnya dunia ini adalah rumah kebenaran bagi orang yang
menilainya. suatu tempat keamanan bagi orang yang memahaminya, suatu
rumah kekayaan bagi orang yang mengumpul bekal darinya [untuk dunia
yang berikut] dan rumah pelajaran bagi orang yang menarik pelajaran
darinya. [Ia tempat ibadat bagi para pecinta ALLAH Azza Wa Jalla, tempat
berdoa bagi malaikat-malaikat-Nya, tempat di mana wahyu-Nya turun dan
tempat berdagang bagi para pengabdi ALLAH Azza Wa Jalla]. Di sini mereka

menerima [rahmat] dan di sini mereka mendapatkan syurga sebagai


[keuntungan].
Oleh sebab itu, [maka siapa yang dapat mencelanya padahal ia telah
memaklumkan keberangkatannya untuk perpisahan dan menyerukan
bahawa ia akan berangkat]! Ia telah memberikan khabar akan
kehancurannya sendiri dan kematian manusia penghuninya. Dengan
kesulitannya, ia memberikan contoh kesukaran [mereka]. Dengan
kesenangannya, ia menciptakan keghairahan bagi kesenangan-kesenangan
[dunia akhirat]. Ia membawa kelapangan di petang hari dan kesedihan di
pagi hari melalui pujukan, penengahan, ancaman bahaya dan peringatan.
[Orang mencelanya di pagi hari pertaubatannya tetapi ada orang lain yang
akan memujinya pada hari Pengadilan]. Dunia mengingatkan mereka akan
kehidupan yang akan datang dan mereka mencamkannya dalam fikiran. Ia
menceritakan kepada mereka [hal-hal kehidupan akhirat] dan mereka
mengakuinya. Ia berkhutbah kepada mereka dan mereka mengambil
pelajaran darinya.
"Dunia ini adalah tempat persinggahan bukan tempat tinggal. [Manusia di
dalamnya ada dua jenis]; Yang satu adalah orang yang menjual dirinya
[kepada hawa nafsu] dan dengan demikian menghancurkannya dan yang
lain adalah manusia yang membeli dirinya [dengan mawas diri terhadap
hawa nafsu] dan membebaskannya."
[Ada seorang malaikat ALLAH Azza Wa Jalla Yang berseru setiap
hari: "Melahirkan anak-anak untuk kematian, mengumpulkan harta
untuk kehancuran dan mendirikan bangunan untuk runtuh].
"Seorang sahabat bukanlah [sesungguhnya] sahabat kecuali apabila ia
memberikan perlindungan kepada temannya dalam tiga hal: [Dalam
kesukarannya, dalam ketidakhadirannya dan dalam kematiannya]."
Berilmulah orang yang mengetahui nilainya; Cukuplah bagi seseorang untuk
tetap jahil apabila tidak mengenal nilainya; Sesungguhnya orang yang
paling dibenci di hadapan ALLAH Azza Wa Jalla ialah orang yang
ditinggalkan ALLAH Azza Wa Jalla bersendirian; Ia tersesat dari jalan yang
benar dan bergerak tanpa petunjuk; Apabila ia dipanggil kepada perkebunan
dunia ini, ia giat; Tetapi apabila ia dipanggil ke perkebunan akhirat, ia
enggan serta bertangguh; Seakan-akan untuk apa yang ia giat adalah wajib
baginya, sedangkan segala yang untuk itu ia enggan tidak dituntut darinya.
MENGENAI TAKWA KEPADA ALLAH AZZA WA JALLA DAN ORANG-ORANG
YANG TETAP PRIHATIN AKAN KEMATIAN SERTA MENEMPUH JALAN SABAR
Sesungguhnya [takwa kepada ALLAH Azza Wa Jalla] adalah [kunci
petunjuk], bekal bagi dunia akhirat, kemerdekaan dari [perbudakan] dan
pembebasan dari segala keruntuhan. Dengan pertolongannya si pencari
berhasil dan orang yang berusaha mencari keselamatan diri akan terlepas
dan mencapai tujuannya.
Berbuatlah amal [baik] sementara amal-amal semacam itu sedang diangkat
[dalam harga], sementara taubat dapat bermanfaat, doa dapat didengar,
keadaan damai dan pena-pena [dari kedua malaikat] sedang bergerak
[untuk mencatat amal-amal] itu. Bergegaslah ke arah amal [kebajikan]

sebelum perubahan usia (ketuaan), sakit yang berlarutan ataupun maut


yang menyentak [menyusul anda]. Sesungguhnya, kematian akan
mengakhiri kenikmatan anda, merosak kesenangan anda dan menyingkirkan
tujuan-tujuan anda. [Ia] adalah seorang pengunjung yang tidak
dikehendaki, lawan yang tidak kelihatan dan pembunuh yang tidak
bertanggung jawab. [Tali-talinya] telah menjerat anda, kejahatankejahatannya telah mengelilingi anda, mata panahnya telah membidik
kepada anda, kekuasaannya atas anda besar, penindasannya kepada anda
berlanjutan dan kemungkinan menyasarnya dari anda jauh.
[Sangat segera anda] akan digulung oleh kegelapan bayang-bayangnya,
kekerasan sakitnya, kegelapan kesusahannya, ucapan-ucapan kosong dari
kepedihan-kepedihannya, kesedihan dari kehancurannya, kegelapan dari
liputannya dan tidak sihat rasanya. Nampak seakan-akan ia telah datang
kepada anda secara amat mendadak, mendiamkan orang-orang yang
berbisik kepada anda, memisahkan kelompok anda, menghancurkan
perbuatan-perbuatan anda, meruntuhkan rumah-rumah anda dan
mengubah para ahli waris anda untuk membagi-bagikan harta anda di
antara para kerabat utama yang tidak memberikan manfaat apa pun kepada
anda ataupun orang-orang dekat yang bersedih tidak tidak dapat
[melindungi anda] ataupun orang-orang yang bersukaria yang tidak
[menangisi anda].
Oleh sebab itu, terserah kepada anda (pilihan anda) untuk berjuang,
berusaha, melengkapi diri anda , bersedia dan berbekal diri dari tempat
perbekalan. Janganlah kehidupan dunia ini menipu anda sebagaimana ia
menipu orang-orang di waktu dulu dan masa-masa yang telah lewat. Orangorang yang [memerah susunya] mengambil manfaat dari kelalaiannya,
melewati suatu waktuu panjang dan mengubah hal-halnya yang baru
menjadi tua [dengan hidup lama]. Kediaman mereka merubah menjadi
kuburan dan kekayaan mereka menjadi harta yang dapat diwariskan.
Meraka tidak tahu siapa yang datang kepada mereka [di kubur], tidak
mempedulikan orang-orang yang menangisi mereka dan tidak menjawab
orang-orang yang memanggil mereka. Dari itu, berhati-hatilah terhadap
dunia ini kerana ia [pengkhianat], [penipu], dan [pengecoh], ia memberi
dan mengambil kembali, ia menutupi dengan busana dan membuka.
[Kesenangannya] tidak lama, [kesukarannya] tidak berakhir dan
[petakanya] tidak berhenti.
NABI SERTA PARA ZAHID
Nabi mewujudkan apa sahaja yang diperintahkan-Nya dan menyampaikan
risalah Tuhannya. Akibatnya, ALLAH Azza Wa Jalla memperbaiki melalui
beliau yang retak-retak, menggabungkan melalui beliau celah-celahnya dan
menciptakan [melalui beliau kasih sayang] di antara kerabat walaupun
mereka [dahulunya] membawa permusuhan parah dalam dada [mereka]
dan kedengkian yang mendalam pada hati [mereka].
Mereka dari kalangan orang dari dunia ini tetapi bukan orangnya kerana
mereka tinggal di dalamnya seakan-akan mereka tidak termasuk padanya.
Mereka berbuat di sini atas apa yang mereka lihat dan bergegas di sini
[untuk menghindari] apa yang mereka takuti (khuatirkan). Badan mereka
bergerak di antara manusia dari dunia ini yang akan datang. Mereka melihat
bahawa manusia dunia ini melekatkan kepentingan kepada kematian hati

orang-orang yang hidup.


PERANGAI DUNIA DENGAN PARA PENGANUTNYA
Ketahuilah bahawa dunia yang mulai anda serakahi dan ke mana anda
tertarik serta yang kadang-kadang [memberangkan anda] dan kadangkadang menyenangkan anda bukanlah kediaman anda [yang kekal] dan
bukan pula tempat penginapan anda untuk apa anda diciptakan serta tidak
pula tempat ke mana anda telah diundang. Ketahuilah bahawa dunia ini
tidak akan senang bagi anda. Malah tidak pula anda akan hidup
bersamanya. Apabila sesuatu dari dunia ini menipu anda [ke dalam pikatan],
keburukannya memperingatkan anda pula. Anda harus meninggalkan
[objek-objek tipuannya] demi [objek peringatannya] dan [objek pikatannya]
demi [objek-objek kengeriannya]. Sementera di sini di dalamnya, majulah
menuju ke mana anda diseru dan palingkan hati anda dari dunia. Tiada di
antara anda yang harus menangis seperti [budak perempuan atas sesuatu
yang tidak diberikan kepadanya]. Carilah [kesempurnaan nikmat ALLAH
azza Wa Jalla] atas anda dengan sabar serta taatlah kepada-Nya dan dalam
menjaga apa yang telah diminta-Nya, anda menjaganya- Yakni Kitab-Nya
(al-Quran).
Ketahuilah bahawa kehilangan sesuatu dari dunia ini tidak akan merugikan
anda, apabila anda telah menjaga prinsip-prinsip [agama] anda. Ketahuilah
pula bahawa setelah hilangnya [agama] anda, tidak akan ada sesuatu yang
anda senangi dari dunia ini yang akan bermanfaat bagi anda. Semoga
ALLAH Azza wa Jalla membawa hati kita kepada yang hak dan semoga
ALLAH Azza Wa Jalla menganugerahkan kesabaran kepada [kami dan
anda].
DAKWAH
Carilah manfaat dari kata-kata ALLAH Azza Wa Jalla, terimalah peringatanNya serta terimalah nasihat-Nya kerana [Yang Maha Bijaksana] tidak
meninggalkan dalih bagi anda dengan memberikan petunjuk yang terang,
menaruh di hadapan anda hujah, malah menjelaskan bagi anda perbuatan
apa yang disukai-Nya dan perbuatan apa yang dibenci-Nya supaya anda
boleh mengikuti yang disukai-Nya serta menghindari yang dibenci-Nya.
[Rasulullah saw bersabda: "Syurga dikelilingi oleh hal-hal yang tidak
menyenangkan, sedangkan Neraka dikelilingi oleh hawa nafsu]."
Hendaklah anda ketahui bahawa setiap ketaatan kepada ALLAH Azza Wa
Jalla tidak enak pada lahirnya, sedangkan setiap maksiat terhadap-Nya
mengandung kenikmatan pada lahirnya. Semoga ALLAH Azza Wa Jalla
menaruh belas kasihan pada orang yang menjauh dari hawa nafsunya serta
mencabut hasrat hatinya kerana [hati] ini mempunyai tujuan yang
menjangkau jauh dan ia terus mengejar [kederhakaan] melalui hawa nafsu.
Hendaklah anda ketahui! Wahai para hamba ALLAH bahawa seseorang
[mukmin] haruslah tidak mempercayai hatinya setiap pagi dan petang. Ia
harus menyalahkannya [kerana kekurangan dan memintanya untuk
menambah pada amal baiknya]. Anda harus berperilaku seperti orang-orang
yang pergi sebelum anda dan setelah di depan anda. Mereka meninggalkan
dunia ini sebagai musafir dan menempuhnya sebagaimana jarak ditempuh.
KEAGUNGAN DAN PENTINGNYA AL-QURAN

[al-Quran] menyuruh mahupun melarang, berdiam diri dan juga berkatakata. Ia bukti ALLAH Azza Wa Jalla di hadapan ciptaan-Nya. ALLAH Azza
Wa Jalla telah mengambil dari mereka suatu bai'at [untuk berbuat] atas
dasar-Nya. ALLAH Azza Wa Jalla telah menyempurnakan cahaya (nur) serta
menyempurnakan agama-Nya melalui[nya]. ALLAH Azza Wa Jalla
membiarkan nabi-Nya meninggalkan dunia ini ketika beliau telah
menyampaikan kepada manusia semua perintah bimbingan-Nya melalui [alQuran]. Oleh sebab itu, anda harus memandang ALLAH Maha Besar
sebagaimana memandang-Nya besar kerana ALLAH Azza Wa Jalla tidak
menyembunyikan sesuatu dari agama-Nya kepada anda, tidak pula
meninggalkan sesuatu yang disukai-Nya ataupun yang tidak disukai-Nya
melainkan telah membuatnya suatu lambang [petunjuk] yang terang dan
suatu tanda yang pasti, yang entah mencegahnya ataupun menyerukan
kepadanya. Keredhaan-Nya sama bagi seluruh masa yang akan datang.
Hendaklah anda ketahui bahawa ALLAH Azza Wa Jalla tidak akan redha
dengan anda atas apa yang tidak diredhai-Nya atas orang-orang sebelum
anda serta tidak akan [murka] atas sesuatu yang diredhai-Nya pada orangorang sebelum anda. Anda sedang melangkah di jalan yang terang serta
berbicara sama sebagaimana orang-orang sebelum anda telah berbicara.
ALLAH Azza Wa Jalla telah meyakinkan anda untuk tetap bersyukur serta
telah mewajibkan anda untuk menyebut-Nya dengan lidah anda.
Pelajarilah empat hal dan empat hal [selanjutnya], tiada yang akan
memudaratkan anda apabila melaksanakannya. Bahawa: Kekayaan yang
termahal adalah [kecerdasan]; Kehancuran terbesar adalah [ketololan];
Keliaran yang paling liar adalah [kesombongan]; Dan prestasi yang terbaik
adalah [akhlak].
"Anda harus mengelak dari bersahabat dengan [orang tolol] kerana ia
berniat untuk memberi manfaat kepada anda tetapi ia akan [merugikan
anda]; Anda harus mengelak dari bersahabat dengan [orang kikir] kerana ia
[melarikan diri] dari anda ketika anda paling memerlukannya; Anda harus
mengelak bersahabat dengan [orang pendosa] kerana ia akan menjual anda
dengan [cuma-cuma]; Dan anda harus mengelak diri bersahabat dengan
[pembohong] kerana ia adalah seperti [bayangan khayali], membuat anda
merasakan barang yang jauh seperti dekat dan barang yang dekat seperti
jauh."
IMAN berdiri di atas EMPAT kaki: [Kesabaran; Keyakinan; Keadilan;
Jihad].
Kesabaran pun mempunyai empat aspek, yakni [ghairah, takut, zuhud dan
antisipasi akan kematian]: "Maka barangsiapa berghairah untuk syurga, ia
kan mengabaikan hawa nafsunya; Barangsiapa takut akan api neraka, ia
kan menahan diri dari perbuatan terlarang; Dan barangsiapa mengantisipasi
kematian, ia akan bergegas kepada amal baik."
Keyakinan juga mempunyai empat aspek, yakni [penglihatan yang
bijaksana, kecerdasan serta pengertian, menarik pelajaran dari hal-hal yang
mengandung pelajaran dan mengikuti contoh orang-orang sebelumnya]:
"Oleh sebab itu, barangsiapa melihat dengan bijaksana, pengetahuan
bijaksana akan terwujud padanya; Barangsiapa yang terwujud kepadanya
pengetahuan bijaksana, maka ia akan menilai objek-objek yang

mengandungi pelajaran; Dan barangsiapa menilai objek-objek yang


mengandungi pelajaran, samalah ia dengan orang-orang yang terdahulu."
Keadilan mempunyai empat aspek, yakni [pemahaman yang tajam,
pengetahuan yang mendalam, kemampuan baik untuk memutuskan dan
ketabahan yang kukuh]: "Oleh sebab itu, barangsiapa yang memahami akan
mendapatkan kedalaman pengetahuan; Barangsiapa mendapat kedalaman
pengetahuan, ia meminum dari sumber keadilan; Dan barangsiapa berlaku
sabar, maka ia tidak akan melakukan perbuatan jahat dalam urusannya
serta akan menjalani kehidupan yang terpuji di antara manusia."
Jihad pun mempunyai empat aspek, yakni [menyuruh orang berbuat baik,
mencegah orang berbuat kemungkaran, berjuang di jalan ALLAH Azza Wa
Jalla dengan tulus serta keteguhan pada setiap peluang dan membenci yang
mungkar]: "Maka barangsiapa menyuruh orang lain berbuat baik, ia
memberikan kekuatan kepada kaum mukmin; Barangsiapa menghentikan
orang lain dari kemungkaran, ia menghinakan orang kafir; Barangsiapa
berjuang dengan ikhlas pada segala peluang, ia melaksanakan seluruh
kewajibannya; Dan barangsiapa membenci yang mungkar dan menjadi
marah demi ALLAH Azza Wa Jalla. Maka ALLAH Azza Wa Jalla akan marah
untuk kepentingannya dan akan tetap meredhainya pada hari Pengadilan."
Kekafiran berdiri pada empat topangan, yakni [mengumbar hawa nafsu,
saling bertengkar, menyeleweng dari kebenaran dan perpecahan]: "Maka,
barangsiapa mengumbar hawa nafsu, ia tidak cenderung kepada yang
benar; Barangsiapa banyak bertengkar dalam kejahilan akan selalu buta
terhadap yang benar; Barangsiapa menyeleweng dari kebenaran, baginya
baik menjadi buruk dan buruk menjadi baik serta ia tetap mabuk dengan
kesesatan; Dan barangsiapa membuat perpecahan dengan [ALLAH Azza Wa
Jalla dan rasul-Nya], jalannya menjadi sulit. Malahan, urusannya menjadi
rumit dan jalan lepasnya menjadi sempit."
Keraguan mempunyai empat aspek, yakni [ketidaknalaran, ketakutan,
kegoyahan dan penyerahan yang tidak semestinya kepada segala sesuatu]:
"Maka, barangsiapa menempuh ketidaknalaran sebagai jalannya , baginya
tiada fajar setelah malam; Orang yang takut akan apa yang menimpanya
harus lari tunggang-langgang; Orang yang goyahdalam keraguan, iblis akan
memijak-mijaknya; Dan orang yang menyerah kepada kebinasaan dunia dan
akhirat akan binasa du dunia hingga akhirat."
[SAYA DI BAWAH APA YANG ANDA UCAPKAN DAN DI ATAS APA YANG ANDA
RASAKAN DALAM HATI ANDA].
"....[bertasbih kepada ALLAH Azza Wa Jalla di masjid-masjid yang
diperintahkan] untuk dimuliakan dan disebut nama-Nya pada waktu pagi
serta petang; Lelaki yang tidak dilalaikan oleh perniagaan dan [tidak oleh
jual beli] dari mengingati ALLAH Maha Pemurah dan darimendirikan sholat
serta membayar zakat; [Mereka] takut kepada suatu hari yang [di hari itu];
Hati dan penglihatan menjadi goncang."
ALLAH Maha Suci lagi Maha Tinggi telah membuat ingatan, kepada-Nya
[cahaya] bagi hati yang mendengar dengan pertolongan[nya] walaupun tuli,

melihat dengan pertolongan[nya] walaupun buta serta menjadi patuh


dengan pertolongan[nya] walaupun ada kerusuhan. Dalam semua masa dan
waktu ketika tiada [nabi], ada orang-orang dengan siapa ALLAH Azza Wa
Jalla yang nikmat-nikmat-Nya tidak ternilai berbisik melalui kecerdasan
mereka dan berbicara melalui akal fikiran mereka. Dengan bantuan
kesedaran telinga, mata dan hati mereka yang cerah, [mereka] terus
mengingatkan orang-orang lain tentang mengingat hari-hari ALLAH Azza
Wa Jalla serta membuat [orang lain] takut kepada-Nya seperti titik-titik
petunjuk jalan di hutan belantara. Barangsiapa menempuh jalan tengah itu,
mereka memuji jalan-jalannya serta memberikan kepadanya khabar
keselamatan. Tetapi barangsiapa pergi ke kanan ataupun ke kiri, mereka
akan mengotori jalan-jalannya serta menakut-nakuti ia dengan keruntuhan.
Secara ini, mereka merupakan lampu-lampu dalam kegelapan ini dan
pemandu-pemandu melalui keragu-raguan ini.
Ada beberapa orang yang berbakti mengingat [ALLAH Azza Wa Jalla] yang
telah mengambilnya sebagai ganti hal-hal duniawi sehingga perniagaan atau
perdagangan tidak memalingkan mereka dari[nya]. Mereka berbicara ke
telinga orang-orang yang lalai, memperingatkan terhadap hal-hal yang
diharamkan ALLAH Azza Wa Jalla. Mereka memerintahkan manusia untuk
menjalankan keadilan serta mereka sendiri melaksanakannya. Malahan,
mereka mencegah manusia dari yang haram dan mereka sendiri menahan
darinya. Seakan-akan mereka telah menyelesaikan perjalanan dunia ini ke
arah dunia akhirat dan telah melihat apa yang ada dibaliknya. Akibatnya,
mereka telah mengenali segala yang menimpa mereka dalam [sela waktu]
di masa tinggalnya dalam waktu lama di sana dan hari Pengadilan
memenuhi janjinya kepada mereka. Oleh sebab itu, mereka menyingkirkan
tabir dan hal-hal ini bagi manusia dunia hingga seolah-olah mereka melihat
apa yang tidak dilihat manusia serta mendengar apa yang tidak didengar
manusia.
Apabila anda menggambarkan mereka dalam fikiran anda tentang
kedudukan mereka yang [mengagumkan] serta kunjungan-kunjungan
mereka yang termasyhur, ketika mereka telah membuka catatan-catatan
amal mereka dan siap untuk menyampaikan tanggungjawab tentang diri
mereka sendiri sehubungan dengan hal-hal kecil mahupun besar yang
diperintahkan kepada mereka, tetapi tidak mereka lakukan. Ataupun, apa
yang diperintahkan kepada mereka untuk menahan diri darinya tetapi
mereka memperturutkan nafsu di dalamnya serta menyedari beratnya
beban [amal buruk mereka di belakang]. Malah, mereka merasa terlalu
lemah untuk menanggungnya. Maka, mereka menangis dengan getir dan
berkata antara satu sama lainnya sementara masih menangis serta meratap
kepada ALLAH Azza Wa Jalla dalam penyesalan dan pengakuan [akan
kekurangan mereka]. Akan anda dapati, mereka sebagi lambang-lambang
petunjuk dan lampu dalam kegelapan. [Malaikat-malaikat] akan mengelilingi
mereka, kedamaian akan turun kepada mereka, pintu-pintu langit akan
dibukakan bagi mereka dan kedudukan yang mulia akan diberikan kepada
mereka di tempat yang telah diberitahukan ALLAH Azza Wa Jalla kepada
mereka. Oleh sebab itu, ALLAH Azza Wa Jalla telah menghargai amal-amal
mereka dan memuji sikap mereka. [Mereka] menyeru ALLAH Azza Wa Jalla
serta bernafas dalam udara keampunan dan selalu memerlukan rahmatNya, malahan tetap merendah di hadapan kebesaran-Nya. Panjangnya
kesedihan mereka telah memedihkan hati mereka dan panjangnya waktu

mereka menangis telah memerihkan mata mereka. [Mereka] mengetuk di


setiap [pintu kecenderungan] kepada ALLAH Azza Wa Jalla dan meminta
kepada-Nya yang kemurahan-Nya tidak menjadikan kemiskinan dan dariNya yang orang-orang mendekati-Nya tidak dikecewakan. Maka, buatlah
perhitungan atas diri anda, demi kepentingan anda sendiri kerana
perhitungan orang lain akan diambil oleh seseorang yang lain dari anda.
["Hati ini adalah wadah. Yang terbaik di antaranya adalah yang
memelihara [isinya]. Maka, peliharalah apa yang disampaikan ini
kepada anda."]
[Manusia ada tiga jenis]. Yang satu, adalah orang yang berilmu dan
[rohaniawan]. Berikutnya, adalah si pencari ilmu yang juga di jalan
pembebasan. Kemudian [yang terakhir], si busuk yang memburu setiap
penyeru dan tunduk kepada setiap arah angin. [Mereka] tidak mencari
cahaya dari sinar pengetahuan dan tidak mengambil perlindungan dari
dukungan yang dapat diandalkan.
Pengetahuan lebih baik dari kekayaan. Pengetahuan menjaga anda,
sementara anda harus menjaga harta. Harta berkurang dengan
pembelanjaan, sedangkan pengetahuan berlipat ganda dengan
pengeluarannya dan akibat dari kekayaan, mati bila kekayaan membusuk.
Pengetahuan adalah iman yang diamalkan. Bersamanya manusia mendapat
ketaatan dalam hidupnya dan nama baik, setelah matinya. Pengetahuan
adalah penguasa sedangkan harta dikuasai. Orang yang mengumpul harta
adalah orang mati sekalipun mereka masih hidup, sementara orang yang
dikurnai pengetahuan akan tetap ada sepanjang dunia masih ada. Tubuh
mereka tiada, tetapi gambar mereka ada [di hati manusia]. Ketahuilah,
pada [dukungan yang dapat diandalkan], ada setompok pengetahuan di
dadanya. [Ia] ingin mendapatkan seseorang untuk memilikinya. Ya... [Ia]
mendapatkan [orang semacam itu] tetapi entah ia dapat diandalkan. Ia
akan memanfaatkan agama untuk keuntungan duniawi dan dengan berkat
nikmat ALLAH Azza Wa Jalla padanya, ia akan menjadi majikan dari para
pengabdi-Nya. Ataupun, orang yang taat kepada para pembawa kebenaran
tetapi tiada kecerdasan dalam dadanya. Pada penampilan pertama
keraguan, ia akan merasa was-was dalam hatinya.
Maka, [yang itu mahupun yang ini] tidak cukup baik. Entah orang itu
berghairah untuk kesenangan, mudah dihantar oleh hawa nafsu ataupun
serakah untuk mengumpulkan dan menimbun kekayaan. Tiada dari mereka
yang mempunyai penghargaan atas agama dalam urusan apa pun. Contoh
yang paling dekat tentang hal ini ialah ternak yang lepas. Beginilah caranya
pengetahuan mati bersama kematian orang-orang yang mempunyainya.
Ya ALLAH, Ya Tuhanku;
Tetapi bumi tidak pernah kosong dari orang-orang yang memelihara hujah
ALLAH Azza Wa Jalla, baik secara terbuka dan terkenal ataupun disebabkan
takut, tersembunyi agar hujah dan bukti-bukti ALLAH Azza Wa Jalla tidak
disangkal. Berapa banyak mereka dan di manakah mereka? Demi ALLAH
Maha Esa lagi Maha Agung! Jumlah mereka sedikit tetapi besar dalam
kehormatan di hadapan ALLAH Azza Wa Jalla. Melalui mereka, ALLAH Azza
Wa Jalla menjaga hujah-hujah-Nya dan bukti-bukti-Nya sampai mereka

[mengamanatkannya] kepada orang lain seperti mereka sendiri serta


menebarkan benihnya di hati orang-orang yang sama dengan mereka.
Pengetahuan telah mengantarkan mereka kepada pemahaman yang
sesungguhnya dan dengan demikian mereka mengaitkan dirinya dengan
semangat keyakinan. Mereka [memudahkan] apa yang dianggap sukar oleh
orang-orang meremehkan. Mereka sangat mencintai apa yang dianggap
aneh oleh orang jahil. Mereka hidup di dunia ini dengan tubuh mereka di sini
tetapi roh mereka tinggal [di tinggi di atas]. Mereka adalah para [khalifah
ALLAH] di bumi dan penyeru kepada agama-Nya. Betapa rindu saya akan
melihat mereka. Pergilah sekarang, ke mana saja anda sekelian mahu.
["BAGI ORANG BERMATA, FAJAR TELAH TERBIT."]
[Dunia ini dan dunia akhirat] telah menyerahkan kendalinya kepada [Yang
Maha Mencipta] serta langit dan bumi telah melemparkan kuncinya kepadaNya. [Pohon-pohon yang rimbun merunduk] kepada-Nya pagi dan petang.
Malahan menghasilkan bagi-Nya api yang menyala dari cabang-cabangnya
dan atas perintah-Nya, mengubah makanannya sendiri menjadi buah-buah
yang masak. [Kitab ALLAH] ada di antara anda. Ia berbicara dan lidahnya
tidak gagap. Ia adalah rumah yang tiang-tiangnya tidak roboh dan kekuatan
para pendukungnya.
ALLAH Azza Wa Jalla mengutus [nabi] setelah suatu [senjang] dari nabinabi sebelumnya ketika [ada] banyak pembicaraan [di antara manusia].
Dengan beliau, ALLAH Azza Wa Jalla menyudahi rangkaian para nabi dan
[mengakhiri wahyu]. Beliau kemudian berjuang bagi-Nya melawan orangorang yang berpaling dari-Nya serta yang menyekutukan yang lain-lain
dengan-Nya. Sesungguhnya dunia ini adalah akhir pemandangan orang buta
[mental] yang tidak melihat apa-apa di baliknya. Pandangan seorang
penglihat [yang memandang dengan mata fikirannya], menembusi dan
menyedari bahawa rumah yang sesungguhnya adalah di balik dunia ini.
Sebab itu, [si celek] hendak keluar darinya, sedangkan [si buta] hendak
memasukinya. Si penglihat [mengumpul perbekalan darinya untuk dunia
akhirat], sementara si buta [mengumpulkan perbekalan untuk dunia ini
sendiri].
Hendaklah anda ketahui bahawa seorang lelaki menjadi jenuh dan lesu
dengan segalanya kecuali kehidupan kerana ia tidak mendapatkan bagi
dirinya suatu kesenangan dalam kematian. Seperti itulah kehidupan bagi
hati yang mati, pemandangan bagi mata yang buta, pendengaran bagi
telinga yang tuli, pemuasan dahaga bagi si haus dan hal itu [mengandung
kecukupan dan keamanan yang lengkap]. [Kitab ALLAH] ialah yang
melaluinya anda melihat, anda berbicara dan anda mendengar. Bahagiannya
yang satu berbicara bagi bahagiannya yang lain dan satu bahagian
membenarkan yang lainnya. [Kitab] itu tidak menciptakan perselisihan
tentang ALLAH Azza Wa Jalla dan tidak pula ia menyesatkan pengikutnya
sendiri dari [jalan-Nya]. Anda tergabung dalam saling membenci serta
dalam menanam rerumputan pada kotoran anda, yakni [untuk menutupi
debu batin dengan penampilan zahir yang baik]. Anda tulus antara sesama
anda dalam kecintaan anda pada hawa nafsu dan mengandung saling
permusuhan dalam memperoleh harta. Roh jahat (iblis) telah
membingungkan anda serta menipu dan menyesatkan anda. Saya memohon
perlindungan ALLAH Azza Wa Jalla bagi diri saya dan bagi anda.

Orang yang merasa sedih atas dunia ini, sesungguhnya [merasa tidak
senang atas ketetapan ALLAH Azza Wa Jalla (sunnatullah)]. Orang yang
mengeluh atas petaka yang menimpanya bererti [ia mengeluh tentang
ALLAH Azza Wa jalla]. Orang yang mendekati dan membongkok kepada
orang kaya kerana kekayaannya, [maka sepertiga dari agamanya telah
hilang]. Apabila seseorang membaca al-Quran dan ketika mati masuk
neraka, maka itu bererti [bahawa ia termasuk di antara orang-orang yang
memperlakukan ayat-ayat Ilahi dengan olok-olok (tahu tapi
meninggalkannya)]. Apabila hati seseorang tertaut kepada dunia, maka ia
mendapatkan tiga hal- Yakni [kecemasan yang tidak pernah
meninggalkannya], [keserakahan yang tidak pernah membebaskannya] dan
[hawa nafsu yang tidak pernah dipenuhinya]. "Anda telah melihat ke bawah
diri anda sendiri tetapi tidak ke atas anda dan kerana itu anda menjadi
bingung. Sesungguhnya anda tidak mengenal kebenaran, maka bagaimana
anda akan mengetahui orang yang berada dalam kebenaran? Dan anda
tidak mengenal kebatilan, maka bagaimana anda akan mengetahui orang
yang berada dalam kebatilan?"
Untuk segala sesuatu di atasnya manusia berkata: ["Alangkah
bagusnya!"] Ada tersembunyi di dalamnya suatu keburukan di dunia
ini.
"[Saudara seiman yang bermartabat] dalam pandangan saya kerana dunia
rendah dimatanya; Keperluan perut tidak menguasainya; Ia tidak
merindukan apa yang tidak diperolehinya; Apabila ia mendapatkan sesuatu,
ia tidak meminta lebih; Dalam kebanyakan waktunya ia diam; Apabila ia
bicara, ia mendiamkan pembicara lain; Ia memuaskan dahaga orang yang
bertanya; Ia lemah lembut tetapi disaat [berjuang], ia seperti singa rimba
ataupun ular lembah; [Ia tidak akan mengajukan argumen selain argumen
yang menentukan].
Ia tidak mencerca sesiapa pun dalam hal yang dapat dimaafkan; Ia tidak
akan berbicara tentang suatu kesusahan kecuali setelah hilangnya
kesusahan itu; Ia mengatakan apa yang dilakukannya dan tidak
mengatakan apa yang tidak dilakukannya; Sekalipun ia dapat di atasi dalam
berbicara, ia tidak di atasi dalam diamnya; Ia lebih berghairah untuk
berdiam diri daripada berbicara; Apabila dua hal menghadapinya, ia akan
melihat apa yang lebih akrab pada hawa nafsu hati, lalu ia kan
melepaskannya. Sifat-sifat ini [mesti ada] pada anda sekelian. Maka anda
harus mendapatkannya dan berlumba-lumba di dalamnya. Sekalipun anda
tidak dapat memperolehnya, hendaklah anda tahu bahawa mendapatkan
[separuh] darinya lebih baik daripada tidak sama sekali.
"Ucapan terpelihara dan perbuatan akan diuji. [Tiap-tiap diri
bertanggungjawab atas apa yang telah diperbuatnya]. Orang akan dikurangi
[mengenai tubuh] dan dicampuri [sehubungan dengan akal fikiran] kecuali
orang-orang dilindungi ALLAH Azza Wa Jalla. [Penanya] di antara mereka
bertujuan untuk membingungkan dan [penjawab] menciptakan kesulitan.
Orang yang mempunyai pandangan terbaik di antara mereka [mungkin akan
terseleweng dari pemikiran sihatnya oleh kesenangan ataupun
ketidaksenangan] dan [mungkin kerlingan sekilas dapat mempengaruhi

orang] yang bahkan, mempunyai kebijaksanaan terbaik di antara mereka


atau [satu ucapan mungkin mengubahnya]."
[Hati-hatilah!] Kemiskinan adalah bencana tetapi [lebih buruk] dari
kemiskinan adalah sakitnya badan, sementara [lebih buruk] dari sakitnya
badan adalah [penyakit hati]. [Hati-hatilah!] Kelimpahan harta adalah
kesihatan badan, sedangkan yang [lebih baik] lagi dari kesihatan badan
ialah [kesucian hati]."
[DUA ORANG RAKUS TIDAK PERNAH KENYANG: PENCARI ILMU DAN
PENCARI DUNIA].
ALLAH Yang Maha Mulia tentulah akan menanyai anda wahai para hambaNya [tentang tindakan-tindakan anda, kecil atau besar, terbuka atau
tersembunyi]. Apabila ALLAH Azza Wa Jalla [menghukumi], maka hal itu
anda telah berlaku zalim. Apabila ALLAH Azza Wa Jalla [mengampuni],
maka hal itu adalah kerana ALLAH Maha Pemurah.
Ketahuilah! Wahai para hamba ALLAH bahawa [orang-orang yang takwa
kepada ALLAH Azza Wa Jalla] telah ikut serta dalam kegembiraan dunia
yang fana ini mahupun dunia akhirat kerana [mereka] ikut serta dengan
manusia dunia dalam urusan duniawi [mereka], sementara manusia dunia
tidak menyertai [mereka] dalam urusan akhirat. [Mereka] hidup di dunia ini
dalam cara hidup yang terbaik dan memakan makanan yang paling terpilih
dan kerana itu [mereka] menikmati di sini segala yang dinikmati orang yang
hidup enak dan mengambil dari itu apa yang didapat oleh orang sombong
dan sia-sia. Kemudian, [mereka] berpisah darinya setelah mengambil cukup
bekal untuk membawa [mereka] ke hujung perjalanannya dan setelah
[melakukan transaksi] yang menguntungkan. [Mereka merasakan
nikmatnya [menolak dunia] di dunia ini dan [mereka percaya dengan kukuh]
bahawa pada hari yang akan datang dalam kehidupannya yang berikut
[mereka akan menjadi tetangga ALLAH Azza Wa Jalla], di mana [urusan
mereka] tidak akan ditolak serta [bahagian kesenangan mereka tidak kecil].
Oleh sebab itu, wahai para hamba ALLAH! [Takutlah akan kematian yang
akrab dengan setiap orang] dan siapkanlah segala yang diperlukan untuk
itu. [Maut] itu akan datang sebagai [suatu peristiwa besar dari urusan
Agung]. Entah sebagai kebaikan, di mana tidak akan ada suatu kejahatan
ataupun kejahatan suatu kejahatan, di mana tidak akan ada suatu kebaikan.
[Siapakah yang lebih dekat ke syurga daripada orang yang beramal ke
arahnya dan siapakah yang lebih dekat ke neraka daripada orang yang
berbuat untuk itu?] Anda sedang dikejar oleh kematian. Apabila anda
berhenti, ia akan menangkap anda dan apabila anda melarikan diri darinya,
ia akan [mencengkeram] anda. [Ia lebih melekat pada nada dari bayangbayang anda]. Kematian terikat kepada [gombak] anda, sementara dunia
sedang digulung dari belakang anda. Oleh sebab itu, takutlah kepada api
yang rongganya dalam, yang nyalanya keras dan yang [hukumannya asing].
Itu tempat yang di dalamnya tiada belas kasihan. Tiada panggilan yang
didengar di dalamnya. Tiada sakit yang disembuhkan di dalamnya. Apabila
mungkin bagi anda untuk menaruh rasa takut yang keras kepada ALLAH
Azza Wa Jalla dan meletakkan harapan kepada-Nya. [Maka lakukanlah
keduanya], kerana setiap orang dapat menaruh harapan pada [Tuhannya]
hingga sejauh takwanya kepada ALLAH Azza Wa Jalla. Sesungguhnya orang

yang paling berpengharapan pada-Nya ialah [orang yang paling takwa


(menjaga diri) kepada ALLAH Azza Wa Jalla].
Maka, [anda berkewajiban] untuk melawan nafsu anda dan berlaku sebagai
[perisai terhadap agama anda], sekalipun anda hanya hidup sesaat di dunia.
[Janganlah memberangkan ALLAH Azza Wa Jalla] untuk menyenangkan
orang lain kerana ALLAH Maha Kuasa mungkin mengambil tempat orangorang tetapi yang lain-lain [tidak dapat mengambil tempat-Nya]. [Dirikanlah
sholat pada waktu-waktu tertentu. Janganlah mendirikannya lebih awal demi
kelapangan, janganlah pula menangguhkannya kerana kesibukan]. Ingatlah
bahawa setiap amal anda tergantung pada sholat anda.
Pemimpin petunjuk dan pemimpin kehancuran tidak mungkin sama, tidak
sama pula sahabat nabi dan musuh nabi. Rasulullah saw telah mengatakan
bahawa: "[Sehubungan dengan umatku, aku tidak mengkhuatirkan dari
orang mukmin dan tidak pula dari orang musyrik. Mengenai orang-orang
mukmin, ALLAH Azza Wa Jalla akan memberikan perlindungan kerana
keimanannya dan bagi orang musyrik, ALLAH Azza Wa Jalla menghinanya
kerana syiriknya. Tetapi, aku khuatirkan setiap orang dari anda yang
munafik dalam hatinya dan terpelajar dalam bicara. Ia berbicara apa yang
anda anggap baik tetapi melakukan apa yang tidak anda sukai]."
[Hai manusia... Apakah yang telah memperdayakan kamu berbuat derhaka
terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah?]
Wahai manusia! Apa yang telah melancangkan anda [berbuat dosa]; Apa
yang telah menipu anda tentang Tuhan anda dan apa yang telah membuat
anda puas dengan kehancuran diri anda sendiri? [Tidak adakah ubat bagi
penyakit anda ataupun tidak adakah kebangunan dari tidur anda?] Tidakkah
anda menaruh kasihan pada diri anda sendiri sperti anda menaruh belas
kasihan pada orang lain? Pada umumnya, apabila anda melihat seseorang
terlanda teriknya matahari, anda menutupinya dengan naungan; Ataupun
apabila anda melihat seseorang tertimpa kesedihan yang menyakiti
tubuhnya, anda menangis kerana kasihan kepadanya. Lalu apa yang telah
membuat anda [sabar atas penyakit anda sendiri], apa yang telah membuat
anda [kukuh dalam petaka anda sendiri] dan apa telah melipur anda [dari
menangisi diri anda sendiri] padahal hidup anda paling berharga bagi anda
di atas kehidupan dan [mengapa, maka takut akan suatu penyakit yang
mungkin menimpa anda di malam hari membuat anda terjaga, padahal anda
terbaring di jalan kemurkaan ALLAH Azza Wa Jalla?]
Anda harus mengubati [penyakit kelesuan dalam hati] anda dengan tekad
dan [tidur kelalaian di mata] dengan kejagaan. Taatlah kepada ALLAH Azza
Wa Jalla dan cintailah ingatan kepada-Nya dan gambarkanlah diri anda
sendiri bahawa anda sedang melarikan diri sementara ALLAH Maha
Mengetahui mendekati anda. ALLAH Maha Menyayangi sedang memanggil
anda kepada keampunan-Nya dan menyembunyikan kesalahan-kesalahan
anda dengan kebaikan-Nya, sementara [anda melarikan diri dari ALLAH
Maha Membimbing kepada orang lain.] Sungguh, Yang Maha Besar juga
Yang Maha Kuat lagi Maha Kuasa, Maha Pemurah dan betapa sederhana dan
lemahnya anda. Namun, masih saja [anda begitu lancang] untuk tidak taat
kepada-Nya walaupun anda hidup dalam perlindungan-Nya dan mengalami
perubahan hidup anda dalam keluasan kebaikan-Nya. ALLAH Azza Wa Jalla
tidak menolak kebaikan-Nya kepada anda dan tidak melepaskan

perlindungan-Nya dari anda. Sesungguhnya anda tidak berada tanpa


kebaikan-Nya walaupun sejenak. [Apakah itu suatu nikmat yang ALLAH
Azza Wa Jalla berikan kepada anda ataupun dosa anda yang disembunyikanNya atau petaka yang ALLAH Azza Wa Jallajauhkan dari anda.] Apa
gagasan anda tentang Pencipta Yang Maha Agung apabila anda telah
menaati-Nya? [Demi ALLAH Maha Bijaksana juga Maha Adil, apabila ini
halnya dua orang yang sama dalam kekuasaan dan sebanding dalam
kekuatan (yang satu tidak peduli, sedangkan yang satu lagi mencurahkan
nikmat kepada anda). Maka, anda akan menjadi yang pertama untuk
menyesuaikan diri menjadi berperangai buruk dan beramal buruk].
Saya katakan dengan jujur bahawa [dunia tidak menipu anda melainkan
anda membiarkan diri anda untuk ditipunya. Dunia telah membukakan anda
tirai-tirai dan membukakan rahsia kepada anda segala sesuatu secara sama.
Dan dalam semua yang diramalkannya kepada anda tentang kesusahan
yang menimpa tubuh anda dan memburuknya kekuatan anda, ia telah
terlalu benar dan jujur dalam janji dan tidak berkata bohong kepada anda
atau menipu anda]. Banyak yang menasihati anda tentang itu tetapi mereka
disalahkan dan berbicara benar tentang itu tetapi mereka dilawan. Apabila
anda mengerti akan dunia dengan sarana rumah-rumah yang [bobrok] dan
kediaman-kediaman yang sedih, maka dengan pengertian baik anda dan
kemampuan anda yang menjangkau jauh dalam hal mengambil pelajaran.
Anda akan mendapatinya sebagai baik atas anda dan mengingatkan anda
supaya berhati-hati. Ia merupakan tempat tinggal yang baik bagi orang
yang tidak memandangnya sebagai kediaman kekal. [Hanya orang-orang
sekarang] melarikan diri dari dunia ini yang esok akan dipandang sebagai
berkebajikan. Apabila gempa bumi terjadi, Hari Kebangkitan mendekat
dengan segala kekerasannya manusia dari setiap tempat beribadat
berpegang teguh padanya, semua pengabdi berpegang pada objek
pengabdian mereka dan semua pengikut berpegang pada pemimpin mereka.
Kemudian, pada hari itu bahkan membukanya mata di udara dan bunyi
suatu langkah di tanah pun akan diberi yang patut atasnya melalui [Keadilan
dan Kesamaan-Nya.] Pada hari itu banyak [argumen] akan ternyata kosong
dan perlumbaan dalih akan ditolak.
Oleh sebab itu, anda harus mengambil bagi anda sendiri jalan yang dengan
itu alasan anda [mungkin] ternyata dan pembelaan anda [mungkin]
terbukti. Ambillah dari hal-hal yang fana dari dunia ini yang akan tinggal
bagi anda [di dunia yang akan datang], sediakanlah bekal bagi perjalanan
anda, terus tatapkan [penglihatan anda] pada [cerahnya keselamatan dan
sediakanlah pelana-pelana untuk berangkat].
Orang yang melihat kekurangan-kekurangannya sendiri akan menjauh dari
melihat kekurangan orang lain. Orang yang merasa bahagia dengan rezeki
yang diberikan ALLAH Azza Wa Jalla kepadanya, tidak akan bersusah hati
atas apa yang tidak diperolehnya. [Orang yang menghunus pedang
penderhakaan akan terbunuh olehnya. Orang yang berjuang tanpa sarana
akan musnah. Orang yang memasuki gelombang bergejolak akan
tenggelam. Orang yang mengunjungi tempat-tempat maksiat akan
disalahkan].
Orang yang berbicara lebih banyak, membuat kekeliruan lebih banyak.
Orang yang berbuat lebih banyak kesalahan menjadi tidak bermalu. Orang

yang tidak bermalu menjadi kurang takut kepada ALLAH Azza Wa Jalla.
Orang yang kurang takut kepada ALLAH Maha Kuasa, hatinya mati. Orang
yang hatinya mati akan memasuki neraka. Orang yang mengamati
kekurangan orang lain dan mencelanya, lalu menerimanya bagi dirinya
sendiri adalah sesungguhnya tolol. [Kepuasan adalah modal yang tidak
berkurang. Orang yang banyak mengingat kematian, puas dengan nikmat
kecil dunia ini. Orang yang mengetahui bahawa kata-katanya adalah
bahagian dari tindakannya, berbicara lebih sedikit kecuali di mana ia
mempunyai satu tujuan].
"Sesungguhnya kebenaran itu berat dan sihat; Sedangkan kebatilan
itu ringan dan menular."
Segala puji bagi ALLAH Maha Agung yang di atas segala keserupaan
dengan makhluk-makhluk-Nya, di atas kata-kata dari para penggambar,
yang menunjukkan keajaiban pengelolaan-Nya bagi para pelihat, yang
tersembunyi dari khayalan para pemikir kerana kebesaran dari keagunganNya, yang mempunyai pengetahuan tanpa memperolehnya,
menambahkannya ataupun menarik darinya [dari seseorang] dan Yang
Pengatur segala urusan tanpa merenung mahupun berfikir. ALLAH Azza Wa
Jalla, sedemikian sehingga gelap tidak mengenai-Nya, tidak pula mencari
cahaya dari kecerahan. Malam tidak menyusul-Nya, tidak pula siang
melewati-Nya [sehingga mempengaruhi-Nya dengan suatu cara].
Pengertian-Nya [tentang segala sesuatu] tidak melalui mata dan
pengetahuan-Nya tidak tergantung pada pemberitahuan.
"Ada dua jenis rezeki: [Rezeki yang anda cari dan rezeki yang mencari
anda]. Apabila anda tidak mencapainya, ia akan datang kepada anda.
Kerana itu, [janganlah anda palingkan kecemasan anda sehari ke dalam
kecemasan anda setahun.] Apa sahaja yang anda dapat setiap hari akan
cukup bagi anda untuk hari itu. Apabila anda hidup sepanjang tahun
sekalipun, ALLAH Maha Agung akan memberikan kepada anda setiap hari
berikut apa yang telah ditentukan-Nya sebagai bahagian anda. [Apabila
anda tidak akan hidup setahun, mengapa maka anda mencemaskan apa
yang bukan untuk anda]? Tiada pencari yang akan mencapai rezeki anda
sebelum anda dan tidak seorang pun mengalahkan anda dalam urusan
rezeki. Begitu pula, apa yang telah ditentukan sebagai bahagian anda tidak
akan tertunda bagi anda."
"Takutlah jangan sampai ALLAH Maha Melihat lagi Maha Mengetahui anda
sementara anda berbuat dosa kepada-Nya ataupun tidak melihat anda
menaati-Nya bila telah waktunya untuk menaati-Nya dan sebagai hasilnya
anda menjadi orang yang merugi. Sebab itu, [apabila anda kuat, jadilah
kuat dalam menaati ALLAH Azza Wa Jalla dan apabila anda lemah, jadilah
lemah dalam berbuat dosa kepada-Nya]."
[Kebaikan bukanlah kebaikan bila setelah itu ada neraka; Dan kesulitan
bukanlah kesulitan bila sesudah itu ada syurga. Setiap kebahagiaan selain
syurga adalah kecil dan setiap bencana selain neraka adalah kesenangan].
WASALAM

AZ-ZAHRA & KEFASIHAN


::WANITA TERBAIK:: "YANG BAIK BAGI WANITA,
HENDAKNYA IA TIDAK MELIHAT LAKI-LAKI DAN LAKILAKI TIDAK MELIHATNYA". ~UNTUK KALIAN PARA
WANITA NAMUN INGATKANLAH KEPADA PARA LELAKI~

KHOTBAH Fathimah az-Zahra


Segala puji dan syukur bagi ALLAH Azza Wa Jalla atas segala limpahannya;
Atas segala yang Dia ilhamkan dan dengan asma-Nya atas segala yang Dia
berkahi; Atas segala kebaikan tidak terhingga yang Dia ciptakan atas segala
limpahan kasih sayang yang Dia berikan serta anugerahkan tidak terkira
yang Dia kurniakan. Begitu besar kasih dan anugerah yang Dia limpahkan
sehingga tidak terhitung jumlahnya dan tidak terukur jangkauannya.
Jangkauan-Nya terlalu jauh untuk difahami. Dia menganjurkan ciptaan-Nya
untuk memperolehi lebih banyak (kasih sayang-Nya) dengan sentiasa
bersyukur demi keberlangsungan mereka; Dia menetapkan bagi diri-Nya
segala pujian dengan melimpahkan kurnia kepada makhluk-makhluk-Nya.
Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain ALLAH yang Maha Esa tanpa
sekutu. Pernyataan [Kalimat syahadat] adalah maknanya; Hati-hati yang
memupuknya adalah keberlangsungannya dan jiwa-jiwa adalah tempat
bersemayamnya. Mata tidak mampu menjangkau keberadaan-Nya, katakata tidak sanggup mengurai sifat-sifat-Nya dan angan-angan tidak berdaya
membayangkan hakikat-Nya.
Dia menciptakan segala sesuatu tetapi bukan dari sesuatu yang ada
sebelum mereka dan mengadakan mereka tanpa contoh-contoh. Dia
menciptakan mereka dengan kekuasaan-Nya, menyebarkan mereka dengan
kehendak-Nya bukan didorong sebagai keperluan ataupun untuk
memperoleh manfaat bagi-Nya, membentuk mereka tetapi untuk
menetapkan /menegakkan kebijaksanaan-Nya, membawa mereka kepada
ketaatan pada-Nya, mewujudkan keagungan-Nya menjuluki makhlukmakhluk-Nya agar mereka memuliakan-Nya dan mengagungkan asma-Nya.
Kemudian, memberi balasan pahala bagi ketundukan kepada-Nya dan seksa
bagi ketidaktaatan kepada-Nya juga melindungi makhluk-makhluk-Nya dari
murka-Nya dan menghimpun mereka ke dalam syurga-Nya.
Aku pun bersaksi bahawa [ayahku] Nabi Muhammad adalah hamba serta
utusan-Nya yang telah Dia pilih sebelum mengutusnya, menyebutnya
sebelum mengirimnya saat makhluk-makhluk masih tersembunyi pada
sesuatu yang sangat sukar difahami. [Ia] terjaga dari segala sesuatu yang
mengerikan, berfitrahkan kemusnahan dan ketiadaan kerana ALLAH yang
Maha Tinggi mengetahui mana yang harus diikuti, memahami apa yang
bakal berlalu dan melihat tempat segala peristiwa.
ALLAH Azza Wa Jalla mengutusnya (Muhammad) sebagai kesempurnaan
perintah-Nya, ketetapan untuk menyelesaikan perjalanan-Nya serta
[manifestasi] dari kasih sayang-Nya. Kemudian, [ia] menemukan bangsabangsa terpecah-pecah dalam agamanya, [terobsesi] oleh keinginan
mereka, menyembah berhala dan menyangkal keberadaan ALLAH Azza Wa

Jalla meskipun mereka tahu bahawa Dia ada. Oleh kerananya, ALLAH Azza
Wa Jalla menyinari kegelapan dengan keberadaan [ayahku], Muhammad;
Menyingkap tirai kekelaman dari hari-hari mereka menghilangkan [awanawan] yang menutupi pandangan mereka. [Ia] memberi petunjuk kepada
manusia. [Ia] menyelamatkan mereka dari jalan yang sesat, membimbing
mereka ke jalan petunjuk, membawa mereka kepada agama yang benar dan
menyeru mereka kepada jalan yang lurus.
Kemudian, ALLAH Azza Wa Jalla mengutus untuk memanggil [ia] kembali
dengan kasih sayang, cinta serta sukacita. Maka, [Muhammad] terlepas dari
beban dunia ini. [Ia] dikelilingi oleh malaikat-malaikat yang setia, dilingkupi
limpahan kasih sayang Tuhan dan kedekatannya dengan Raja yang Maha
Kuasa. Semoga puji-pujian ALLAH Azza Wa Jalla sentiasa terlimpah kepada
[ayahku], utusan-Nya; Orang terpercaya dan pilihan di antara makhlukmakhluk-Nya, kekasih setia-Nya dan semoga shalawat serta salam tercurah
pada [ayahku].
Sesungguhnya kalian adalah hamba-hamba ALLAH yang berada dalam
kendali-Nya. Kalian adalah pengikut-pengikut agama dan wahyu-Nya; Kalian
adalah orang-orang yang telah dipercaya ALLAH Azza Wa Jalla atas diri
kalian sendiri, sedangkan Rasul ALLAH dipercaya bagi seluruh bangsa.
ALLAH Azza Wa Jalla berkuasa atas diri-diri kalian. [Dia membuat
perjanjian dengan kalian dan meninggalkan pusaka untuk menjaga kalian].
Itulah kitab ALLAH yang Maha Agung; Kitab yang cahayanya menyinar
terang, yang isinya tidak diragukan, yang mengandung rahsia, yang
menganugerahi semua orang yang mengikutinya; Inilah kitab ALLAH yang
menyeru pengikutnya untuk berbuat kebajikan, mendatangkan keselamatan
bagi orang yang bersedia menghayatinya. Dengannya cahaya-cahaya Ilahiah
dapat diraih, kehendak-Nya difahami, larangan-larangan-Nya dihindari,
tanda-tanda nyata-Nya dikenali, bukti-bukti-Nya ditampakkan,
permohonannya dikabulkan dan ketetapan-ketetapan-Nya dituliskan. Maka,
ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan [iman sebagai pensucian diri kalian dari
kekafiran].
ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan: [Shalat] sebagai cara menjauhkan dirimu
dari kesombongan; [Zakat] sebagai pembersih jiwa dan penumbuh roh;
[Puasa] sebagai cara melaksanakan ketaatan; [Ibadah haji] sebagai
penegakan syiar agama; [Keadilan] sebagai pemersatu hati; [Ketaatan
kepada kami ( Ahl al-Bayt)] sebagai cara mengatur bangsa; [Kepimpinan
kami (Ahl al-Bayt)] sebagai pelindung dari perpecahan.
ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan: [Jihad] sebagai cara memperkuatkan
Islam; [Sabar] sevabagi wahana memperoleh pahala; [Amar ma`ruf, nahi
munkar] sebagai cara menjamin kesejahteraan masyarakat; [Kepatuhan
kepada orangtua] sebagai cara untuk menjaga diri dari murka-Nya;
[Hubungan silaturahim] sebagai cara memperpanjang umur dan meluaskan
keturunan.
ALLAH Azza Wa Jalla menjadikan: [Qishash] sebagai cara untuk
meniadakan pertumpahan darah; [Kesetiaan menepati janji] untuk
menggapai anugerah-Nya; [Adil dalam timbangan] untuk melenyapkan
kecurangan; [Larangan meminum arak] untuk pemusnahkan kekejian;
[Larangan memfitnah] sebagai cara untuk melindungi diri dari kutukan;

[Larangan perbuatan mencuri] untuk mendapatkan kesucian. ALLAH Azza


Wa Jalla mengharamkan [syirik] agar manusia beriman kepada Tuhan. Oleh
kerana itu, hendaknya kalian hanya takut kepada-Nya kerana hanya Dia
yang patut ditakuti dan janganlah kalian mati dalam keadaan kafir. Taatilah
ALLAH Azza Wa Jalla dengan melaksanakan semua yang telah Dia
perintahkan kepadamu dan menghindari semua yang telah Dia larang,
kerana sesungguhnya orang-orang yang sungguh bertakwa di antara
hamba-hamba-Nya adalah orang-orang yang berilmu.
Wahai kaum Muslimin, hendaknya kalian mengetahui bahawa aku adalah
Fathimah dan [ayahku] adalah Muhammad. Aku katakan hal ini berulangulang; Aku tidak mengatakan hal yang salah ataupun melakukan sesuatu
tanpa tujuan. Telah datang kepada kalian seorang utusan di antara kalian.
[Ia] sangat berduka sekiranya kalian binasa dan sangat mencemaskan
kalian. [Ia] sangat lemah-lembut dan penyayang kepada orang-orang
beriman. Maka, jika kalian mengenal beliau dan memuliakannya; Kalian
akan mengethaui bahawa [ia] adalah [ayahku], bukan ayah perempuan di
antara kalian; Saudara sepupuku (`Ali), dan bukan saudara lelaki di antara
kalian. Betapa agung peribadinya, semoga kesejahteraan dan anugerah
senantiasa terlimpah padanya dan keturunannya.
Kemudian, [ia] menyiarkan pesan-pesan Ilahi; Memberi peringatan secara
terang-terangan, sedang [ia] tetap menjauhkan diri dari jalan-jalan orang
kafir yang [ia] lumpuhkan kekuatannya dan [ia] tebas leher-leher mereka.
[Ia] menyerukan (kepada semua orang) untuk berjalan di jalan Tuhannya
dengan cara bijaksana dan melalui penyampaian yang indah. [Ia]
memporak-perandakan sembahan mereka, mengalahkan pahlawanpahlawan mereka sehingga tercerai-berai, lari tunggang-langgang.
Kemudian, malam menampakkan cahaya fajar kebenaran, memperlihatkan
kemurniannya, suara agama terdengar lantang, suara-suara sumbang
kejahatan dibungkam. Mahkota kemunafikan dihancurkan, tali kekafiran dan
pengkhianatan dilenyapkan. Kemudian, kalian beriman di antara orangorang yang lapar, padahal dahulunya kalian sudah berada di tepi jurang
neraka; Dahulu kalian adalah perampas minuman orang-orang yang
kehausan, orang-orang yang tertindas yang minum dari air yang tergenang
di jalan dan makan dari daging rampasan.
Dahulu, kalian adalah orang-orang terbuang yang hina, yang takut dianiaya
oleh orang-orang di sekitar kalian. Namun, ALLAH Azza Wa Jalla
menyelamatkan kalian dengan kehadiran [ayahku], Muhammad. Setelah
begitu banyak pertempuran dan setelah [ia] berhadapan dengan penjahat
bangsa Arab serta iblis ahli kitab; Ketika mereka menyalakan api perang,
ALLAH Azza Wa Jalla memadamkannya dan tatkala mahkota setan muncul
atau mulut orang-orang kafir menentang, [ia] melenyapkan perpecahan ini
bersama saudaranya (`Ali) yang tidak akan mundur sampai ia menginjak
sayapnya dengan satu kakinya dan memadamkan apinya dengan
pedangnya.
Ia (`Ali) sangat mengetahui urusan ALLAH Azza Wa Jalla; Begitu dekat
dengan Rasul ALLAH; Pemimpin hamba-hamba ALLAH siap berjuang; Tulus
dalam ucapannya; Bersungguh-sungguh dan sentiasa siap berjuang untuk
Islam sedang kalian bertenang-tenang , bergembira serta aman pada
kehidupan kalian yang menyenangkan; Kalian menunggu kami menghadapi

bahaya, menanti berita, mundur disetiap kesusahan dan melarikan diri pada
setiap pertempuran.
Namun, ketika ALLAH Azza Wa Jalla mengambil Rasul-Nya dari tempat
tinggal para Rasul dan hamba-hamba-Nya yang sungguh-sungguh;
Kemunafikan muncul dalam dirimu; Kalian menanggalkan pakaian
keimanan. Pemimpin yang sesat berteriak lantang dan seorang pengecut
maju ke depan dan berteriak. Lalu, [unta orang sombong] mengibaskan
ekornya di halaman rumahmu dan syaitan menjulurkan kepalanya dari
tempat persembunyian memanggilmu; Ia mendengar seruan jawapan
darimu dan menjalankan muslihatnya; Ia membangunkanmu dan begitu
gembira mendengar jawapan langsung darimu, mengundangmu pada
kutukan sehingga [engkau] menandai selain unta dan berjalan ke tempat
minummu. Baru sahaja Rasul ALLAH pergi; Luka masih menganga lebar
dan juga belum sembuh, sedang ia belum dimakamkan. Perampasan begitu
cepat kalian lakukan; Kalian mengira bahawa hal itu adalah pelindung dari
perselisihan. Sesungguhnya mereka telah berselisih! Dan neraka
melingkungi orang-orang kafir. Sungguh aneh! Sungguh suatu dusta! Kitab
ALLAH telah berada ditangan kalian semua. Perkaranya sangat nyata,
hukum-hukumnya begitu jelas, tandanya begitu menyilaukan mata,
larangan-larangannya sangat terang dan perintah-perintahnya sangat jelas.
Akan tetapi semua itu kamu belakangi! Apakah kalian membencinya?
Ataukah ada sesuatu yang ingin kalian kuasai? Azab ALLAH adalah balasan
bagi orang-orang yang berdosa! [Barangsiapa yang menghendaki agama
lain selain Islam, amalnya tidak akan diterima]. Di akhirat nanti, ia akan
digolongkan ke dalam golongan orang-orang yang merugi! Sesungguhnya
kalian tidak menunda sampai perampasan kalian peroleh dan menjadi taat;
Kalian kemudian mengobarkan api, menyulut bahan bakarnya,
menghimpunnya dengan seruan iblis-iblis sesat; Memadamkan cahaya
agama yang bersinar dan mematikan rasul-rasul; Penerang orang-orang
yang beriman. Kalian sembunyikan dusta dan melemparkan putra-putrinya
(bersekongkol memperdayakan mereka).
Tetapi, kami bersabar sekiranya kalian menikam dengan pisau dan menusuk
ulu hati kami dengan tombak. Kini, kalian semua menganggap bahawa [ia]
tidak mewariskan apa pun! Apakah kalian semua menghendaki berlaku
kembali hukum jahiliah? Bagi orang-orang yang berkeyakinan, tiada hukum
yang lebih baik selain hukum ALLAH. Tidakkah kalian ketahui,
sesungguhnya telah jelas bagi kalian bahawa akau adalah [putrinya]. Wahai
kaum Muslimin, terampaskah hakku?
Wahai putra Abu Quhafah; Adakah ketentuan dalam kitab-Nya bahawa
engkau boleh mewarisi pusaka dari ayahmu sedangkan aku tidak boleh
mewarisi pusaka [ayahku]? Apakah engkau berniat meninggalkan kitab
ALLAH dan berpaling darinya? Tidakkah engkau temukan dalam kitab-Nya,
"Sulaiman mewarisi Daud;" Demikian juga ketika dikisahkan, "Berikanlah
kepadaku seorang putra yang akan menjadi pewarisku dan mewarisi
Ya`qub;" Kemudian, "Orang-orang yang mempunyai hubungan kerabat lebih
berhak atas orang-orang yang bukan sekerabat;" "ALLAH menetapkan
hitungan waris satu bahagian bagi anak laki-laki sama dengan dua bahagian
bagi anak perempuan;" "Jika ia meninggalkan harta pusaka, lalu ia wariskan
kepada orangtua dan kerabat terdekat secara baik dan adil, itu adalah
kewajiban orang-orang bertakwa melaksanakannya."

Tetapi kalian menganggap aku tidak mempunyai hak pusaka dari [ayahku]!
Apakah ALLAH Azza Wa Jalla menurunkan ayat-Nya hanya kepada kalian
sedangkan Dia tidak menurunkannya kepada [ayahku]?
Kalian juga berkata, "Fathimah dan ayahnya berbeda agama dan mereka
tidak mendapatkan warisan dari satu sama lainnya." Bukankah aku dan
[ayahku] berasal dari agama yang sama? Ataukah engkau lebih mengethaui
kekhususan-kekhususan dan perkara yang umum dari al-Quran daripada
[ayahku] dan sepupuku, `Ali? Ambillah semuanya! Ayat-ayat yang kalian
tinggalkan akan menemuimu di Padang Mahsyar. Hukum sebaik-baiknya
adalah hukum ALLAH; Pemimpin yang paling baik adalah Muhammad dan
hari yang paling baik adalah Hari kebangkitan.
Pada hari itu, orang-orang yang berdosa akan merugi! Penyesalan atas
perbuatan yang telah kalian lakukan tidak akan berguna! Kerana [setiap
ujian ada batas waktunya]; Kalian akan mengetahui siapa yang akan
mendapat seksa yang menghinakan dan dihadapkan pada azab yang tidak
berkesudahan.
Wahai orang-orang yang berakal! Pendukung-pendukung Islam yang sangat
kuat! Dan orang-orang yang memeluk Islam! Kesalahan apa yang aku
lakukan, bila aku menuntut hakku? Mengapa kalian diam, padahal engkau
menyaksikan ketidakadilan menimpaku? Ingatkah kalian ucapan [ayahku],
"Seorang manusia akan diingat oleh anaknya." Betapa cepatnya kalian
berpaling dari perintahnya! Dan begitu kilatnya kalian berkomplot
terhadapku. Sebenarnya kalian masih mempunyai kemampuan dan usaha
untuk membantu apa yang aku minta.
Atau apakah kalian berfikir, "Muhammad sudah wafat." Sesungguhnya itu
adalah bencana yang sangat besar. Kerosakannya begitu berat, luka yang
ditimbulkannya begitu lebar, rasa sakitnya sukar disembuhkan. Bumi
menjadi gelita kerana kepergiannya, matahari tidak bersinar kerana bencana
yang ditimbulkannya, harapan-harapan hancur, gunung-gunung runtuh,
kesucian dinodai dan kemurnian bahkan dikotori setelah [ia] tiada. Demi
ALLAH Azza Wa Jalla, ini adalah penderitaan yang besar, bencana yang
hebat; Tiada bencana dan kerugian yang lebih besar dari bencana yang tibatiba ini.
[Kitab ALLAH yang berisi pengagungan asma-Nya paling indah], ayatayatnya dibaca di rumah-rumah di tempat kalian menghabiskan waktu pagi
dan malam. "Telah datang sebelumnya para Nabi dan para Utusan,
ketetapan terakhir dan janji dipenuhi; Muhammad tidak lain hanyalah
seorang Rasul; Telah berlalu rasul-rasul sebelumnya; Jika [ia] wafat atau
terbunuh, apakah kalian akan berpaling darinya? Jika kalian berpaling, hal
itu tidak akan merugikannya ataupun merugikan ALLAH. ALLAH akan
membalas orang-orang yang sungguh berjuang di jalan-Nya."
Wahai orang-orang yang beriman! Apakah aku akan merampas pusaka
[ayahku] sedang kalian mendengar dan menyaksikan? Kalian duduk dan
berada dekatku; Kalian mendengar seruanku dan termasuk di dalam
ajakannya; Jumlah kalian begitu banyak dan harta yang dimiliki melimpah;
Kalian memiliki kuasa dan alat, senjata dan perlindungan. Tetapi, seruanku

tidak kalian tanggapi; Seruan itu datang kepada kalian; Tetapi kalian diam.
Kalian terkenal dengan kegigihan, kebaikan dan kekayaan; Kalian adalah
orang-orang terpilih dan pilihan Nabi Muhammad bagi kami, Ahl al-Bayt.
Kalian memerangi orang kafir Arab, menanggung derita, kelelahan,
berperang melawan negara-negara besar dan mengalahkan pahlawanpahlawan mereka. Saat itu kami masih hidup sehingga kalian patuh menaati
kami. Islam pun berjaya, kemenangan semakin dekat, benteng-benteng
musuh ditaklukkan, kepalsuan dimusnahkan, api kekafiran dipadamkan dan
agama ditegakkan. Tetapi mengapa kalian menjadi bingung, padahal semua
telah jelas? Menyembunyikan kebenaran setelah kalian menyerukannya?
Merasa takut setelah kalian berani? Kafir setelah beriman? Tidakkah kalian
akan memerangi orang-orang yang melanggar sumpahnya? Bersekongkol
untuk mengusir Rasul dan bertindak kasar dengan menyerang? Takutkah
kalian kepada mereka? Tidak! ALLAH Azza Wa Jalla yang harus lebih kalian
takuti jika kalian memang beriman!
Aku menyaksikan kalian lebih suka hidup bersenang-senang, melupakan
[wali] kalian yang lebih berhak (`Ali). Kalian berselubungkan kain
kepengecutan dan meninggalkan sesuatu yang telah kalian sebelumnya
terima. Sekiranya kalian semua di mukabumi ini tidak bersyukur, ALLAH
Maha Pengasih. Sesungguhnya aku berkata semua yang aku katakan
dengan penuh pengetahuan bahawa kalian berniat meninggalkan aku dan
kalian merasakan pengkhianatan di dalam hati kalian. Inilah luapan
kemarahan yang merata memenihi dada. Kalian melemparkannya
(kepemimpinan) ke punggung unta betina yang berpunuk lemah,
kesenangan yang abadi, bertanda murka ALLAH dan kesalahan yang akan
menggiring kepada api (kemurkaan ALLAH yang langsung menancap di
lubuk hati. Kerana, ALLAH Azza Wa Jalla menyaksikan semua kalian
perbuat dan orang-orang zalim itu akan mengetahui seperti urusan-urusan
mereka akan terjadi! Aku adalah putri [sang pembawa peringatan] kepada
kalian akan azab yang pedih. Lakukanlah apa yang ingin kalian lakukan dan
kami hanya akan menunggu.
Maha Besar ALLAH! Sesungguhnya, Rasul-Nya tidak meninggalkan kitab
ALLAH ataupun melanggar perintah-Nya. Tetapi, [ia] melaksanakan
ketetapan-Nya dan menaati setiap ayat-Nya. Apakah engkau (Abu Quhafah)
membuat-buat dusta untuk membenarkan kepalsuanmu? Sesungguhnya
bencana ini, setelah Nabi wafat sama dengan persekongkolan yang kalian
buat terhadapnya ketika [ia] masih ada. Tetapi camkanlah, kitab ALLAH
adalah kitab yang benar, hakim yang adil, yang menyatakan bahawa
seseorang akan mewariskan kepadaku; Mewariskan kepada keluarga Ya`qub
dan Sulaiman mewariskan Daud.
Maha Besar ALLAH yang telah menjelaskan bahawa Dia telah menetapkan
ketentuan warisan, menentukan besarnya bagi perempuan dan laki-laki
serta menghilangkan semua keraguan dan makna yang ganda.
Tetapi kamu telah mengada-adakan suatu dusta yang akan menguntungkan
dirimu, cukuplah sabar bagiku atas apa yang kalian ada-adakan dan ALLAH
Azza Wa Jalla adalah sebaik-baiknya [Penolong].
Wahai manusia! Siapakah yang telah membuat-buat dusta dan yang
berdiam diri terhadap aib dan perbuatan tercela ini? Tidakkah kalian

bercermin kepada al-Quran; Ataukah hati-hati kalian telah tertutup? Hati


kalian kotor kerana dosa yang kalian lakukan, dosa yang telah menutup
pandangan dan pendengaran kalian. Tercelalah semua yang kalian adaadakan dan terkutuklah apa yang akan dibangkitkan untukmu dan
mengerikan balasan yang akan kalian terima. Demi ALLAH Azza Wa Jalla,
kalian akan memikul beban yang sangat berat dan akibatnya sangat
mengerikan. Pada [Hari] itu, tirai akan disingkapkan dan azab akan
diperlihatkan. Ketika kalian dihadapkan ALLAH Azza Wa Jalla kepadanya
yang tidak kalian kira, semua yang mengada-adakan dusta akan musnah.
KHOTBAH Ali Amirul Mukminin
ALLAH Azza Wa Jalla mengetahui hal-hal yang tersembunyi dan memahami
perasaan-perasaan batin. Dia meliputi segala sesuatu. Dia [menaklukkan
segala sesuatu dan menguasai segala sesuatu]. Hendaklah setiap orang di
antara anda sekelian mengerjakan apa yang harus dilakukannya selama
hari-hari kehidupannya sebelum datangnya maut, selagi hari luangnya
sebelum hari sibuk, selagi bernafas sebelum terburu oleh kelemasan;
Hendaklah ia menyediakan bagi dirinya serta untuk perjalanannya dan
mengumpul bekal dari tempat persinggahannya untuk tempat kediamannya.
Maka ingatlah akan ALLAH Azza Wa Jalla, wahai manusia tentang apa yang
telah Dia minta kepada anda dalam kitab-Nya untuk untuk diperhatikan dan
tentang hak-hak-Nya yang telah Dia amanatkan kepada anda.
Sesungguhnya [ALLAH Maha Suci tidak menciptakan anda dengan sia-sia
dan tidak meninggalkan anda tanpa kendali serta tidak pula membiarkan
anda dalam kejahilan dan kegelapan]. Dia telah membataskan apa yang
harus anda tinggalkan, mengajarkan kepada anda tentang amal perbuatan
anda, menetapkan ajal anda, menurunkkan kepada anda al-Quran yang
menerangkan segala sesuatu dan membuat nabi-Nya hidup dikalangan anda
selama waktu panjang sampai Dia menyelesaikan baginya dan bagi anda
pesan yang dikirimkan melalui al-Quran; Yakni agama yang diredhai-Nya
dan menjelaskan melalui beliau perbuatan baik dan perbuatan buruknya,
larangan-larangan dan perintah-perintah-Nya.
ALLAH Azza Wa Jalla telah menyampaikan argumen-argumen dan alasanalasannya pada anda; Mengajukan janji-janji-Nya dan memperingatkan
anda akan hukuman yang keras. Kerana itu, maka anda harus memperbaiki
diri selama hari-hari sisa anda dan berlaku sabarlah di hari-hari ini. [Harihari ini lebih sedikit dibandingkan dengan banyak hari di mana anda telah
menunjukkan kelalaian dan ketidakpedulian terhadap peringatan]. [Jangan
biarkan waktu menguasai diri anda kerana ia akan menempatkan anda di
jalan orang-orang zalim] dan janganlah [hidup] seenaknya kerana ini akan
mendorong anda kepada dosa.
Wahai para hamba ALLAH! Penasihat yang terbaik bagi dirinya sendiri ialah
orang yang paling taat kepada ALLAH Azza Wa Jalla. [Tertipulah orang yang
menipu dirinya sendiri; Diirilah orang yang keimanannya selamat].
Beruntunglah orang yang mengambil pelajaran dari orang lain dan celakalah
orang yang menjadi mangsa hawa nafsunya. [Hendaklah anda ketahui
bahawa kemunafikan yang paling kecil pun adalah seperti syirik dan
berkawan dengan orang yang mengikuti hawa nafsunya adalah kunci kepada
kelalaian agama dan adalah tempat kedudukan iblis].

Berjaga-jagalah terhadap kepalsuan (dusta); Kerana kepalsuan


bertentangan dengan keimanan. [Orang yang jujur berada diketinggian
penyelamatan dan kehormatan, sedangkan si pembohong berada di tepi
kehinaan dan kenistaan]. Janganlah menaruh irihati; Kerana irihati
memakan iman sebagaimana api menelan kayu kering. Janganlah
mendengki; Kerana dengki adalah pengikis [kebajikan]; Dan [ketahuilah
bahawa hawa nafsu melalaikan akal, mengubah ingatan menjadi lalai]. Anda
harus membatilkan hawa kerana ia merupakan tipuan dan orang yang
dikuasai hawa nafsu berada dalam tipuan.
Wahai hamba-hamba ALLAH! Yang paling dicintai ALLAH Azza Wa Jalla
ialah orang yang diberi ALLAH Azza Wa Jalla kemampuan (untuk bertindak)
melawan hawa nafsunya sehingga batinnya (larut) dalam kesedihan dan
zahirnya terliput dalam takut. Lampu petunjuk bernyala dalam hatinya. la
telah menyediakan pelipur untuk hari yang akan menimpanya. la
memandang yang jauh sebagai dekat kepada dirinya dan memandang yang
sukar sebagai yang ringan. la menengok dan melihat; Ia mengingat (ALLAH
Azza Wa Jalla) dan memperbesar (tempo) amalannya. la meminum air segar
yang jalan ke sumbernya telah dimudahkan. Maka ia minum sepuasnya dan
mengambil jalan yang rata.
la telah menanggalkan busana nafsu dan melepaskan kecemasan kecuali
satu kecemasan yang khas baginya. la selamat dari kesesatan dan
perkawanan dengan orang yang mengikuti hawa nafsunya. la telah menjadi
kunci bagi pintu-pintu petunjuk, dan gembok bagi pintu-pintu kehancuran.
la telahmelihat jalannya dan berjalan di atasnya. la mengetahui tiang
(petunjuk)nya dan telah menyeberangi airnya yang dalam. la telah
berpegang pada topangan yang paling terpercaya dan tali yang paling kuat.
la berada di tingkat keyakinan yang seperti cerahnya matahari. la telah
menetapkan dirinya bagi ALLAH Maha Suci kerana melaksanakan
perbuatan-perbuatan yang paling luhur dengan menghadapi segala yang
menimpanya dan dengan mengambil setiap langkah yang diperlukan untuk
itu. la lampu dalam kegelapan. la penghalau semua kebutaan, kunci kepada
yang gelap, penyingkir semua keruwetan, dan pandu di gurun-gurun yang
luas. Bila ia bicara ia memahamkan, sedangkan bila ia diam maka amanlah
berlaku demikian. la melakukan segala sesuatu semata-mata bagi ALLAH
Azza Wa Jalla. Maka, ALLAH Azza Wa Jalla pun menjadikannya milik-Nya
sendiri. Maka, ia seperti tambang keimanan (kepada)-Nya, dan sebagai
batang di bumi-Nya. la telah mewajibkan dirinya (mengikuti) keadilan.
Langkah pertama dari keadilannya ialah penolakan hawa nafsu hatinya. la
menggambarkan hak dan berbuat sesuai dengan itu. Tak ada kebaikan yang
tidak ditujunya, tak ada pula kemungkinan tempat (kebajikan) dari alQur'an yang tidak dicarinya. Kerana itu, al-Qur'an adalah pandu dan
pemimpinnya. la turun bila al-Qur'an menurunkan beratnya, dan ia diam di
mana al-Qur'an mendiamkannya.
Sementara orang (jenis) lain adalah orang yang menamakan dirinya berilmu
tetapi tidak berilmu. la mengumpul-ngumpulkan kejahilan dari orang jahil,
dan kesesatan dari orang tersesat. la memasang bagi manusia jerat dari
tali-tali penipuan dan ucapan-ucapan tak benar. la mengambil (pengertian)
al-Qur'an menurut pandangannya sendiri dan hak menurut hawa nafsunya.
la membuat orang merasa selamat dari dosa-dosa besar dan meremehkan
kejahatan -kejahatan yang parah. Katanya, ia menunggu (kejelasan) atas

keraguan, tetapi ia tetap tercelup di dalamnya; Katanya, ia menjauh dari


bidah padahal sesungguhnya ia terbenam di dalamnya. Bentuknya adalah
manusia, tetapi hatinya binatang. la tak mengenal pintu petunjuk untuk
diikuti maupun pintu kesesatan untuk dijauhi. Mereka adalah mayat-mayat
hidup.
"Maka ke manakah kamu akan pergi" dan "Mengapa kamu masih
berpaling?" Tanda-tanda (petunjuk) adalah jelas, petunjuk (kebajikan)
adalah jelas dan menara (cahaya) telah ditetapkan. Ke mana anda
disesatkan dan betapa anda meraba-raba, padahal pada anda ada `itrah
Nabi? Mereka adalah kendali kebenaran, pertanda keimanan dan lidah
kebenaran. Maka tempatkanlah mereka pada sebaik-baik kedudukan
sebagaimana yang anda berikan pada al-Qur'an, dan datanglah kepada
mereka (untuk memuaskan dahaga petunjuk) sebagai unta haus mendekati
sumber air.
Wahai manusia..... Ambillah ucapan Nabi terakhir... Bahawa barangsiapa
yang mati di antara kami; Tidaklah ia mati dan yang membusuk (setelah
mati) di antara kami sesungguhnya tidaklah ia membusuk. Janganlah anda
katakan apa yang tidak anda mengerti kerana kebanyakan dari hak ialah
dalam apa yang anda tolak. Terimalah argumen orang terhadap anda yang
kepadanya anda tidak mempunyai argumen. Itulah saya. Tidakkah saya
berbuat di hadapan anda berdasarkan tsaqal yang lebih besar (yakni alQur'an) dan tidakkah saya memelihara di kalangan anda tsaqal yang lebih
kecil (yakni 'itrah Nabi). Saya menetapkan di antara anda panji keimanan
dan saya mengajarkan kepada anda batas-batas yang halal dan yang
haram. Saya membusanai anda dengan busana keselamatan dengan
keadilan saya dan membentangkan bagi anda (permaidani) kebajikan
dengan kata dan perbuatan saya. Saya menunjukkan kepada anda akhlak
yang tinggi melalui diri saya sendiri. Janganlah anda menggunakan khayalan
anda tentang apa yang tak terlihat oleh mata anda atau yang tidak
terpikirkan oleh akal anda.
[Tetapi ada beberapa titis dari kenikmatan hidup yang akan mereka hisap
untuk sementara, kemudian mereka muntahkan seluruhnya].
Sesungguhnya ALLAH Azza Wa Jalla tidak mematahkan leher seseorang
tirani yang zalim di dunia ini sebelum memberikan kepadanya waktu dan
kesempatan serta tidak memulihkan tulang patah dari suatu umat sebelum
Dia menimpakan cobaan dan kesusahan kepada mereka. Bahkan
penderitaan dan kesengsaraan lebih kecil yang masih akan menimpa anda
atau telah menimpa anda cukuplah untuk memberikan pelajaran. Tidak
setiap yang mempunyai hati itu cerdas dan tidak setiap yang
berpendengaran, mendengar dan tidak setiap yang berpenglihatan, melihat.
Saya hairan dan tidak ada alasan mengapa saya tak akan hairan... Tentang
kesalahan kelompok-kelompok yang telah memperkenalkan perubahan pada
hujah-hujah keagamaan, yang tidak berjalan pada jejak langkah nabi
mereka, tidak pula mengikuti perbuatan washi (pemegang wasiat). Mereka
tidak percaya akan yang ghaib dan tidak menjauhkan kenistaan. Mereka
berbuat atas keragu-raguan dan melangkah di (jalan) hawa nafsu. Bagi
mereka kebaikan ialah apa saja yang mereka pandang baik dan
kemungkaran ialah apa saja yang mereka anggap mungkar. Andaian mereka

untuk menyelesaikan kesusahan adalah pada diri mereka sendiri.


Kepercayaan mereka berkenaan dengan hal-hal yang meragukan adalah
pada pendapat mereka sendiri, seakan-akan setiap orang dari mereka
adalah imam dirinya sendiri. Apa saja yang ditetapkannya sendiri
dianggapnya telah diambil melalui sumber-sumber yang patut diandaikan
dan faktor-faktor yang kuat.
INNALILLAHIWAINNALILLAHIRAJI`UN
Note: Ada kesinambungannya dari khotbah ini... andai kalian mahu...
Tunggulah. Pastinya perkongsian ini tetap menjadi perkongsian bersama.
Jika kalian berpendapat untuk menyimpannya, itu hak dari pilihan kalian.
Jika tiada lagi hal ini... Ketahuilah rahsia itu akan tetap menjadi rahsia.
Tetapi tersimpan. Bila ada yang mahu akan terbuka semula..... dan
begitulah keadaannya....SALAM KASIH SAYANG

"SESUNGGUHNYA ANDA SUDAH MELIHAT SEKIRANYA


S A J A A N D A P E D U L I U N T U K M E L I H AT; S E S U N G G U H N Y A
ANDA AKAN SUDAH TERBIMBING SEKIRANYA ANDA
PEDULI UNTUK MENGAMBIL PETUNJUK; DAN
SESUNGGUHNYA ANDA SUDAH MENDENGAR APABILA
ANDA PEDULI UNTUK MEMINJAMKAN TELINGA ANDA."

Wahai para hamba ALLAH! Yang paling dicintai ALLAH Azza Wa Jalla ialah
orang yang diberi-Nya kemampuan [untuk bertindak] melawan hawa
nafsunya sehingga batinnya [larut] dalam kesedihan dan zahirnya terlibat
dalam takut. Lampu petunjuk bernyala dalam hatinya. Ia telah menyediakan
pelipur untuk hari yang akan menimpanya. Ia memandang yang jauh
sebagai dekat kepada dirinya dan memandang yang sukar sebagai yang
ringan. Ia menengok dan melihat. Ia mengingat [ALLAH Azza Wa Jalla] dan
memperbesar [tempo] amalannya. Ia meminum air yang segar di mana
jalan ke sumbernya telah dimudahkan. Maka, ia minum sepuasnya dan
mengambil jalan yang rata. Ia telah menanggalkan busana nafsu dan
melepaskan kecemasan kecuali satu kecemasan yang khas baginya. Ia
selamat dari kesesatan dan perkawanan dengan orang yang mengikuti hawa
nafsunya. Ia telah menjadi kunci bagi pintu-pintu petunjuk dan tembok bagi
pintu-pintu kehancuran.
Ia telah melihat jalannya dan berjalan atasnya. Ia mengetahui tiang
[petunjuk]nya dan telah menyeberangi airnya yang dalam. Ia telah
berpegang pada topangan yang paling terpercaya dan tali yang paling kuat.
Ia berada di tingkat keyakinan yang seperti cerahnya matahari. Ia telah
menetapkan dirinya bagi ALLAH Maha Suci kerana melaksanakan
perbuatan-perbuatan yang paling luhur dengan menghadapi segala yang
menimpanya dan dengan mengambil setiap langkah yang diperlukan untuk
itu. Ia lampu dalam kegelapan. Ia penghalau semua kebutaan, kunci kepada
yang gelap, penyingkir semua kerumitan dan pandu di gurun-gurun yang
luas. Bila ia bicara, ia memahamkan; Sedang bila ia diam, maka amanlah
berlaku demikian. Ia melakukan segala sesuatu kebajikan semata-mata bagi
ALLAH Azza Wa Jalla; Maka, ALLAH Azza Wa Jalla pun menjadikannya

milik-Nya sendiri. Ia seperti tambang keimanan [kepada-Nya] dan sebagai


batang di bumi-Nya. Ia telah mewajibkan dirinya [mengikuti] keadilan.
Langkah pertama dari keadilannya ialah penolakan hawa nafsu hatinya. Ia
menggambarkan hak dan berbuat sesuai dengan itu. Tiada kebaikan yang
tidak ditujunya, tiada pula kemungkinan tempat (kebajikan) dari al-Quran
yang tidak dicarinya; Kerana itu, al-Quran adalah pandu dan pemimpinnya.
Ia turun bila al-Quran menurunkan beratnya dan ia diam di mana al-Quran
mendiamkannya.
Segala puji bagi ALLAH Azza Wa Jalla yang sedemikian sehingga indera
tidak dapat melihat-Nya, tempat tidak dapat menampungi-Nya, mata tidak
melihat-Nya dan tirai tidak dapat menutup-Nya.
ALLAH Azza Wa Jalla membuktikan kekekalan-Nya dengan terjadi ciptaanNya dan memulai ciptaan-Nya;
ALLAH Azza Wa Jalla [membuktikan] maujud-Nya dan dengan [saling]
keserupaan mereka namun, ALLAH Azza Wa Jalla membuktikan bahawa
tiada sesuatu yang menyerupai-Nya;
ALLAH Azza Wa Jalla benar dalam janji-Nya;
ALLAH Azza Wa Jalla terlalu tinggi untuk berlaku zalim kepada makhlukmakhluk-Nya;
ALLAH Azza Wa Jalla berdiri dengan keadilan di antara ciptaan-Nya dan
melaksanakan keadilan atas mereka dalam hukum-hukum-Nya;
ALLAH Azza Wa Jalla memberikan bukti-bukti melalui penciptaan atas
keberadaan-Nya yang azali, melalui tanda-tanda ketidak-mampuan mereka
atas kekuasaan-Nya dan melalui ketidak-berdayaan mereka terhadap maut
atas kekekalan-Nya.
Semoga ayah dan ibu saya dikorbankan untuk sedikit orang yang namanya
termashyur di langit dan tidak dikenal di bumi. Hati-hatilah, anda harus
menduga apa yang akan menimpa anda, seperti kesulitan dalam urusan
anda, putusnya hubungan dan bangkitnya orang-orang yang lebih kecil.
Ini akan terjadi, apabila pukulan pedang akan lebih mudah bagi seorang
mukmin daripada mendapatkan satu dirham secara halal; Ini akan terjadi,
apabila ganjaran orang pengemis lebih besar dari ganjaran si pemberi; Ini
akan terjadi, apabila anda mabuk, bukan disebabkan minum tetapi kerana
kekayaan dan kelimpahan; Anda bersumpah tanpa terpaksa dan berkata
dusta tanpa terpaksa; Ini akan terjadi, apabila kekacauan menyakiti anda
sebagaimana pelana menyakiti punuk unta. [Berapa lama cubaan ini dan
berapa jaraknya harapan keselamatan dari mereka]?
ALLAH Maha Esa, tetapi bukan dengan hitungan;
ALLAH Azza Wa Jalla kekal tanpa batas;
ALLAH Azza Wa Jalla maujud tanpa topangan.
Fikiran mengakui-Nya tanpa [kegiatan] indera. Hal-hal yang dapat dilihat
menyaksikan-Nya tanpa berhadap-hadapan dengan-Nya. Imaginasi tidak
dapat meliput-Nya.
ALLAH Azza Wa Jalla menyatakan diri-Nya kepada imaginasi dengan
pertolongan-Nya bagi imaginasi dan menolak untuk diimaginasikan oleh
imaginasi;
ALLAH Azza Wa Jalla telah menjadikan imaginasi perantara [dalam hal ini];
ALLAH Azza Wa Jalla tidak besar dalam pengertian berkembang besar dan

dengan demikian badan-Nya juga besar;


Tidak pula, ALLAH Azza Wa Jalla besar dalam pengertian bahawa batasbatas-Nya harus membentang sampai ke hujung terjauh dan kerana itu
kerangka-Nya luas;
Tetapi, [ALLAH Azza Wa Jalla besar dalam kedudukan dan besar dalam
wewenang].
Saya bersaksi bahawa Muhammad (saw) adalah hamba-Nya, nabi-Nya yang
terpilih dan pengemban amanat-Nya yang bertanggungjawab. ALLAH Azza
Wa Jalla mengutusnya dengan bukti-bukti yang tidak tersangkal,
keberhasilan yang terang dan jalan yang terbuka. Demikianlah beliau
menyampaikan risalah yang menyatakan kebenaran dengannya. Beliau
memimpin manusia di jalan besar [yang benar], menegakkan tanda-tanda
petunjuk dan menara-menara cahaya dan membuat tali Islam menjadi kuat
dan simpul-simpulnya kukuh.
Dalam penciptaan-Nya: yang besar, yang halus, yang berat, yang ringan,
yang kuat, yang lemah semuanya sama. Demikian pula, langit, udara,
angin, dan air. Oleh sebab itu, anda lihatlah matahari, bulan, tumbuhan,
tanaman, air, batu, perbedaan malam ini dan siang, mengalirnya sungaisungai, banyaknya gunung-gunung, tingginya puncak-puncaknya,
perbedaan bahasa-bahasa dan aneka ragamnya lidah. Maka, celakalah
orang yang tidak mempercayai Pengatur dan menolak Penguasa. Mereka
percaya bahawa mereka adalah seperti rumput yang untuk itu, tiada
Pemelihara dan tiada Yang Membuat bentuknya yang aneka ragam. Mereka
tidak bersandar pada sesuatu argumen atas apa yang mereka tegaskan dan
tiada pula penelitian atas apa yang mereka dengar. Mungkinkah ada
bangunan tanpa pembangun ataupun pelanggaran tanpa ada yang
melanggar?
[Apakah anda merasa apabila malaikat maut memasuki sebuah rumah
ataupun; Apakah anda melihat bilamana ia mengambil nyawa seseorang?
Bagaimana ia mencabut nyawa dari janin di dalam kandungan ibunya?
Apakah ia mencapainya melalui suatu bahagian dari badannya ataupun roh
menjawab panggilannya dengan izin ALLAH Azza Wa Jalla? Ataupun,
apakah ia tinggal bersamanya di dalam rahim ibu? Betapa orang tidak
sanggup menggambarkan suatu makhluk seperti ini akan menggambarkan
ALLAH Azza Wa Jalla].
Peringatan untuk saya dan anda tentang dunia kerana ia adalah kediaman
yang tidak tetap. Ia bukan rumah untuk tempat merumput. Ia telah
menghias diri dengan tipuan dan menipu dengan hiasannya. Ia adalah
rumah yang rendah di hadapan ALLAH Azza Wa Jalla. Maka Dia
mencampurkan yang halalnya dengan haramnya, kebaikannya dengan
keburukannya, kehidupannya dengan matinya dan manisnya dengan
pahitnya. ALLAH Azza Wa Jalla tidak menjauhkannya bagi pecinta-Nya,
tidak pula Dia kikir dengan itu kepada musuh-musuh-Nya. Kebaikannya
jarang. Keburukannya selalu siap. Koleksinya akan mengecil. Wewenangnya
akan direbut. Kediamannya akan menghadapi kesepian. [Apakah yang baik
dalam rumah yang runtuh seperti bangunan yang jatuh ataupun dalam usia
yang berakhir ketika perbekalan habis atau dalam waktu yang berlalu
seperti berjalan]?

Masukkanlah segala apa yang telah diwajibkan ALLAH Azza Wa Jalla pada
anda dalam permintaan anda. Mintalah kepada-Nya pemenuhan atas apa
yang Dia minta anda melakukannya. Buatlah telinga anda mendengar
seruan kematian sebelum anda dipanggil oleh maut. Sesungguhnya hati
orang-orang yang sederhana menangis di dunia ini, sekalipun mereka
mungkin tertawa [pada zahirnya] dan kesedihan mereka bertambah,
walaupun nampaknya mereka bahagia. Kebencian mereka bagi diri mereka
sendiri banyak, walaupun mereka mungkin diiri kerana rezeki yang diberikan
kepada mereka. Ingatan akan maut telah lenyap dari hati anda, sementara
harapan-harapan palsu hadir pada diri anda. Maka, dunia ini telah
menguasai anda lebih dari dunia yang akan datang dan akhir yang segera
[dari dunia ini] telah menjauhkan anda dari akhir yang jauh [dari kehidupan
yang akan datang]. Anda bersaudara dalam agama ALLAH. Watak yang
kotor dan kesedaran yang buruk telah memisahkan anda. Akibatnya, anda
tidak saling [membantu] memikul beban, tidak pula saling menasihati, tidak
pula saling memberi, tidak juga saling mencinta.
[Ada apa dengan anda sehingga merasa puas dengan sedikit yang anda
perolehi dari dunia ini, sementara banyak dari dunia yang akan datang kian
terhapus dari anda tidak menyedihkan anda]? Yang sedikit dari dunia ini
yang [untuk itu] anda menderita sakit demikian banyaknya sehingga ia
menjadi nampak pada wajah anda dan dalam ketiadaan sabar anda atas apa
sahaja yang diambil dari anda seakan dunia ini adalah kediaman anda yang
kekal dan seakan kekayaannya menetap pada anda untuk selama-lamanya.
[Tiada yang mencegah seseorang di antara anda untuk mengungkapkan
kepada temannya kekurangan-kekurangan yang ia takuti kecuali, ketakutan
bahawa teman itu juga akan mengungkapkan kepadanya kecelaan yang
sama]. Anda telah memutuskan bersama-sama dalam meninggalkan dunia
yang akan datang dan mencintai dunia ini. Agama anda telah menjadi
sekadar menjilat dengan lidah, seperti pekerjaan orang yang telah
menyelesaikan pekerjaannya dan mendapatkan kepuasan dari majikannya.
Wahai para hamba ALLAH! [Bertakwalah kepada ALLAH Azza Wa Jalla yang
merupakan bekal bagi dunia akhirat dan bersama itu kembalinya anda].
Bekal itu akan membawa anda ke tujuan dan kembalinya akan beruntung.
Orang terbaik yang mampu membuat manusia mendengarkan telah
memanggil ke arahnya dan pendengar yang terbaik telah
mendengarkannya. Maka, si penyeru telah memaklumkan dan si pendengar
telah mendengarkan dan mencamkan.
Satu keputusan-keputusan ALLAH Azza Wa Jalla yang kukuh dalam pemberi
peringatan yang bijaksana (al-Quran) yang atasnya Dia menganugerahkan
pahala ataupun memberi hukuman dan melaluinya Dia menyukai atau tidak
menyukai ialah bahawa tidak bermanfaat bagi manusia; Sekalipun ia
berusaha keras dan berbuat dengan tulus, apabila ia meninggalkan dunia ini
untuk menemui ALLAH Azza Wa Jalla dengan satu perbuatan-perbuatan ini
tanpa bertaubat; Yakni bahawa ia mempercayai akan suatu mitra bersama
ALLAH Azza Wa Jalla dalam sholat wajibnya ataupun meredakan
kemarahannya sendiri dengan membunuh seseorang atau; Membicarakan
perbuatan yang dilakukan orang lain ataupun mencari pemenuhan
keinginannya dari manusia dengan memperkenalkan suatu bid`ah dalam
agamanya ataupun; Menemui orang dengan bermuka dua atau bergerak
dikalangan mereka dengan lidah ganda. Fahamilah ini kerana suatu

gambaran adalah petunjuk kepada yang serupa dengannya.


[Haiwan prihatin akan perutnya. Haiwan buas prihatin akan menyerang yang
lainnya. Perempuan prihatin atas perhiasan dari kehidupan rendah ini dan
penciptaan bencana di dalamnya. Di sisi lain kaum mukmin adalah
sederhana, orang mukmin adalah pemberi nasihat dan orang mukmin
bertakwa [kepada ALLAH Azza Wa Jalla].
Wahai para hamba ALLAH! Anda dan segala yang anda inginkan dari dunia
ini adalah seperti tamu-tamu dengan waktu menginap yang tertentu dan
seperti orang berhutang yang akan dituntut untuk membayar. Hidup menjadi
semakin singkat sementara catatan amal perbuatan terpelihara. Banyak
pengikhtiar sedang menyia-nyiakan [usahanya] dan banyak di antara orangorang yang berusaha keras sedang menuju kepada kerugian. Anda berada
dalam masa di mana langkah-langkah kebajikan sedang bergerak mundur,
langkah-langkah keburukan sedang bergerak maju dan iblis sedang
meningkat dalam ghairahnya untuk menghancurkan manusia. Inilah waktu
yang perlengkapannya kuat, perangkap-perangkapnya telah disebarkan dan
mangsanya telah menjadi mudah [ditangkap].
Lemparkan pandangan anda kepada orang-orang di mana sahaja anda
kehendaki. Anda akan melihat, entah orang miskin yang menderita
kemiskinan ataupun; Orang kaya yang mengabaikan ALLAH Azza Wa Jall,
walaupun nikmat-Nya [diberikan] atasnya ataupun; Orang tamak yang
memperbanyak hartanya dengan menginjak-injak kewajiban kepada ALLAH
Azza Wa Jalla ataupun; Orang bingung yang menutup telinganya terhadap
segala nasihat. Di manakah orang-orang baik anda; Di manakah orangorang bajik anda? Di manakah orang anda yang berjiwa luhur dan
dermawan? Di manakah orang-orang anda yang menjauhi penipuan dalam
perdagangannya dan tetap suci dalam perilakunya? Tidakkah mereka semua
telah berangkat dari dunia hina, fana dan menyusahkan ini? Tidakkah anda
telah ditinggalkan di antara orang-orang yang hanya seperti sampah dan
demikian rendah sehingga bibir mengelak menyebut mereka dan tidak
bergerak bahkan untuk mengutuk mereka kedudukan mereka yang rendah?
[Sesungguhnya kami adalah milik ALLAH Azza Wa Jalla dan kepada-Nyalah
kami kembali].
Bencana telah muncul dan tiada seorang yang melawan dan mengubahnya,
tiada pula yang mencegah atau berhenti darinya. Apakah anda dengan sifatsifat ini mengharapkan untuk mendapatkan kediaman suci di sisi ALLAH
Azza Wa Jalla dan untuk dipandang sebagai pecinta-Nya yang setia? Sayang!
ALLAH Azza Wa Jalla tidak dapat ditipu tentang syurga-Nya dan keredhaanNya tidak dapat diperoleh selain dengan ketaatan kepada-Nya. Semoga
ALLAH Yang Maha Adil melaknat orang-orang yang menasihatkan kebaikan
tetapi mereka sendiri menjauh darinya serta orang-orang yang mencegah
orang lain dari kemungkaran tetapi mereka sendiri melakukannya.
Di manakah fikiran-fikiran yang mencari cahaya dari lampu petunjuk dan
mata yang melihat menara takwa? Di manakah hati yang diabdikan kepada
ALLAH Azza Wa Jalla dan dipersembahkan untuk menaati-Nya? Mereka
semua berkerumun ke arah kesia-siaan duniawi dan bertengkar tentang halhal yang haram. Panji-panji syurga dan neraka telah diangkat bagi mereka.
Tetapi, mereka memalingkan wajah mereka dari syurga lalu maju ke neraka

akibat perilaku mereka. ALLAH Azza Wa Jalla memanggil mereka [ke


syurga] tetapi mereka menunjukkan [rasa] tidak suka dan lari [darinya].
Ketika iblis memanggil mereka. Mereka menyambut dan maju [kepadanya].
Wahai manusia... Setiap orang mesti menemui apa yang hendak
dielakkannya dengan melarikan diri. Kematian adalah tempat kemana hidup
menggiring. Melarikan diri darinya bererti menangkapnya. Berapa banyak
hari telah saya lewatkan dalam mencari rahsia perkara ini, tetapi ALLAH
Azza Wa Jalla tidak mengizinkan kecuali penyembunyiannya. Sayang! Itu
merupakan pengetahuan yang tersimpan. Apabila kaki tetap kukuh di
tempat yang licin ini, syukurlah. Tetapi, apabila kaki tergelincir adalah itu
kerana kita berada di bawah bayangan cabang-cabang, berlalunya angin dan
tudung awan yang lapisan-lapisannya terserak di langit dan jejak-jejaknya
lenyap di bumi.
Ia telah diberi waktu oleh ALLAH Azza Wa Jalla. Ia sedang jatuh ke dalam
kesalahan dengan orang-orang lalai dan pergi di pagi dini dengan para
pendosa tanpa suatu jalan untuk ditempuh atau seorang imam untuk
memandu. Kesudahannya, ketika ALLAH Azza Wa Jalla hendak menjelaskan
kepada mereka ganjaran dosa-dosa mereka dan mengambil mereka dari
tirai kelalaian mereka. Mereka akan maju terus kepada apa yang
[sebelumnya] mereka melarikan diri darinya dan melarikan diri dari apa
yang [sebelumnya] mereka tuju. Mereka tidak akan mendapat maslahat dari
kekurangan-kekurangan yang hendak mereka puaskan atau hawa nafsu
yang hendak mereka penuhi.
Peringatan untuk anda dan saya sendiri terhadap sikap ini. Seseorang harus
mendapatkan kemaslahatan dari dirinya sendiri. Sesungguhnya,
bijaksanalah orang yang mendengarkan dan merenungkannya, yang melihat
dan mengamati dan mengambil manfaat dari bahan yang mengandungi
pelajaran, lalu melangkah pada jalan yang jelas dimana ia menjauhkan diri
dari kejatuhan ke dalam lubang-lubang dan ketersesatan ke dalam jebakanjebakan dan tidak membantu orang-orang yang menyesatkannya dengan
berpaling dari kebenaran, mengubah kata-katanya atau takut akan
kebenaran.

Kitab-kitab Rujukan
BIBLIOGRAFI
Al-Aghn,Abul Faraj al-Ishfahani, Mesir, 24 jilid.
Ahkm al-Qur'an, al-Jashshash al-Hanafi, Mesir, 3 jilid.
Akhbr al-Qudht, Wki', Mesir.
Al-A'lm,Khairuddin az-Zirikli, Mesir, 10 jilid.
A'lam Nahj al-Balghah, 'Ali ibn Nashir.
A'lm an-Nis', 'Umar Ridha Kahhalah, Damaskus, 5 jilid.

Al-A'laq an-Nafsah, Ibn Rustah.


Al-ml,Abu 'Ali al-Qali, Mesir, 2 jilid.
Al-ml, Syaikh ath-Th'ifah, Muhammad ibn al-Hasan ath-Thusi, Iran, 2
jilid.
Ansb al-Asyrf, Ahmad ibn Yahya al-Baladzuri.
Al-Anwr an-Nu'mniyyah, as-Sayyid Ni'matullah al-Jaza'iri, Iran.
Arjah al-Mathlib fi Manqib 'Ali ibn Abi Thlib, Syaikh 'Ubaidullah al-Hanafi,
India.
Al-Aw'il,Abu Hilal al-'Askari, Madinah.
Al-Bbul Hdi 'Asyar, al-'Allamah al-Hilli, dengan komentar al-Miqdad asSayuri (terjamahan Inggris), edisi London 1958.
Balght an-Nis', Ibn Thaifur al-Baghdadi.
Al-Bayn wat-Tabyn, 'Amr ibn Bahr al-Jahizh, Mesir.
Bibel.
Al-Bidyah wan-Nihyah (at-Trkh), Ibn Katsir, Mesir, 14 jilid.
Bihr al-Anwr, al-'Allamah Muhammad Baqir al-Majlisi, Iran, edisi pertama,
25 jilid tebal; edisi kedua, 110 jilid.
Dzakh'ir al-'Uqb fi Manqib Dzawil-Qurb, Muhibuddin ath-Thabari asySyafii, Mesir.
Ad-Durr al-Mantsr fit Tafsir bil-Ma'tsr, asy-Suyuthi asy-Syafi'i, Mesir, 6
jilid.
Ad-Durrah an-Najafiyyah fi Syarh Nahjul Balghah al-Haidariyyah, al-Mirza
Ibrahim ad-Dunbuli al-Khu'i, Iran.
Encyclopaedia Americana, the.
Encyclopaedia Britannica, the New.
Fathul Br fi Shahih al-Bukhri, Ibn Hajar al-'Asqallani, Mesir.
Fawtih, Husain al-Ghaibudzi.
Faidh al-Qadr fi Syarh al-Jmi' ash-Shaghr, al-Munawi asy-Syafi'i, Mesir,
6jilid.
Al-Fur',Ibn Muflih al-Hanbali, Syria, 3 jilid.
Al-Fushl al-Muhimmah fi Ma'rifatil A'immah, Ibn ash-Shabbagh al-Maliki,

an-Najaf al-Asyraf.
Futh al-Buldn, Ahmad ibn Yahya al-Baladzuri, Mesir, 3 jilid.
Al-Ghadr,asy-Syaikh 'Abdul-Husain al-Amini, Lebanon, 11 jilid.
Al-Ghrt,Ibrahim ibn Muhammad ats-Tsaqafi, Tehran, 2 jilid.
Gharb al-Hadts, Abu 'Ubaid, al-Qasim ibn Sallam, Hyderabad (India), 4
jilid.
Hilyah al-Auliy', Abu Nu'aim al-Ishfaham, Mesir, 10 jilid.
Ihqq al-Haqq, al-Qadhi Nurullah al-Mar'asyt, Iran, 15 jilid.
Al-Ihtijj, Abu Manshur ath-Thabarsi, Iran.
Ikhtilful Hadts, Muhammad ibn Idris asy-Syafi'i, Mesir (pada pinggiran alUmm).
'Ilal al-Hadts, Abu Hatim, Mesir, 2 jilid.
'Ilal asy-Syar'i', asy-Syaikh ash-Shaduq, Ibn Babawaih, Iran, 2 jilid.
Al-lmmah was Siysah, Ibn Qutaibah, Mesir, 2 jilid.
al-Inshf,Abu Ja'far, Ibn Qibah.
al-'Iqd al-Fard, Ibn 'Abd Rabbih, Mesir, 7 jilid.
al-Irsyd,asy-Syaikh al-Mufid.
Irsyd as-Sr fi Syarh Shahih al-Bukhri, al-Qasthalani, Mesir, 10 jilid.
al-Ishbah fi Ma'rifatish Shahbah, Mesir.
Ishlh al-Manthiq, Ibn as-Sikkit.
al-Ist'b fi Ma'rifatil Ashhb, Ibn 'Abdil-Barr, Mesir, 4 jilid.
al-Istightsah, Abul-Qasim al-Kufi, Iraq.
Jamharah Khuthab al-'Arab, Ahmad Zaki Shafwat, Mesir, 3 jilid.
Jamharah Ras'il al-'Arab, Ahmad Zaki Shafwat, Mesir, 4 jilid.
Jmi' Bayn al-'Ilm wa Fadhlihi, Ibn 'Abdil-Barr, Mesir.
Jmi' Karmt al-Auliy', an-Nabham asy-Syafi'i, Mesir, 2 jilid.
Jmi' ash-Shahih, at-Tirmidzi, Mesir, 5 jilid.
Jmi' al-Ushl, Ibn al-Atsir, Mesir, 11 jilid.

Al-Jawhir al-Mudh`ah fi Thabaqt al-Hanafiyyah, al-Khathib al-Hanau,


Hyderabad, 2 jilid.
Al-Kafi,al-Kulaini, Tehran, 8 jilid.
Kmil al-Bah'i, 'Imaduddin al-Hasan ibn 'Ali ath-Thaban.
al-Kmil fil Adab, al-Mubarrad, Mesir.
al-Kmil fit Trkh, Ibn Atsir, Lebanon, 7 jilid.
Kanz, al-'Umml fi Sunanil-Aqwl wal-Afl, al-Muttaqi al-Hindl, Hyderabad,
edisi pertama, 8 jilid; edisi kedua 22 jilid.
Kasyf al-Ghummah fi Ma'rifatil A'immah, al-Irbili, Iran.
Kasyf al-Mahajjah, Ibn Thawus, an-Najaf al-Asyraf.
Al-Kasykl,al-Baha'i al'Amili, Iran.
Khamsn wa Mi'ah Shahbi Mukhtalaq, as-Sayyid al-Murtadha al-'Askari,
Lebanon, 2 jilid.
Al-Khash'ish al-Kubr, as-Suyuthi, Hyderabad, 2 jilid.
Al-Khash'ish,as-Sayyid ar-Radhi.
Kifyah ath-Thlib fi Manqib 'Ali ibn Abi Thalib, al-Ganji asy-Syafi'i, an-Najaf
al-Asyraf.
Kitab al-Ahdts, Abul-Hasan al-Mada'ini.
Kitb al-Jamal, al-Waqidi.
Kitab al-Maghz, Sa'ld ibn Yahya al-Umawi.
Kitb al-Maqmat, Abu Ja'far al-Iskafi.
Lath'if al-Ma'rif, ats-Tsa'alibi, Mesir.
Lisn al-Mzn, Ibn Hajar Asqalanli, Hyderabad, 7 jilid.
Ma'ni al-Akhbr, asy-Syaikh ash-Shaduq, Ibn Babawaih, Iran.
al-Ma'rif,Ibn Quraibah, Mesir.
Majzt al-Atsar an-Nabawiyyah, as-Sayyid ar-Radhi.
Majma' al-Amtsal, Abul-Fadhl Ahmad ibn Muhammad al-Maidani, Mesir, 2
jilid.
Majma' Bihr al-Anwr, asy-Syaikh Muhammad Thahir Patni, India, 4 jilid.

Majma' az-Zaw'id, al-Haitsami asy-Syafi'i, Mesir, 10 jilid.


Al-Manqib (Manqib Al Abi Thalib), Ibn Syahrasyub, Iran, 4 jilid.
Manqib 'Ali ibn Abi Thalib, Ibn al-Maghazili asy-Syafi'i, Iran.
Al-Manqib (Manaqib 'Ali ibn Abi Thalib), al-Khathib al-Kharazmi al-Hanafi,
Iran.
Al-Maqshid al-Hasanah, al-Sakhawi, Mesir.
Maqtil ath-Thalibiyn, Abul-Faraj Ishfahani, Mesir.
Mashbih as-Sunnah, al-Baghawi asy-Syafi'i, Mesir, 2jilid.
Al-Mathlib al-'liyah, Ibn Hajar al-'Asqalani, Lebanon, 4 jilid.
Mathlib as-Sa'l fi Manqib li ar-Rasul, Ibn Thalhah asy-Syafi'i, an-Najaf
al-Asyraf.
Muwadhdhih Auhm al-Jam' wat-Tafriq, al-Khathib al-Baghdadi.
Al-Milal wan-Nihal, asy-Syahrastani, Mesir, 2 jilid.
Minhj al-Bar'ah fi Syarh Nahjul Balghah, al-Hajj Mirza HabTbullah alKhu'i, Iran, 22 jilid.
Misykt al-Mashbih, al-Khathib al-'Uman at-Tabrizi, Damascus, 3 jilid.
Mzn al-I'tidl, adz-Dzahabi, Mesir, 4jilid.
al-Mughni,al-Qadhi 'Abdul-Jabbar al-Asad'abadi.
Muhadhart al-Udab', ar-Raghib al-Ishfahani, 4 jilid.
Al-Muhall, Ibn Hazm, Mesir, 11 jilid.
Mu'jam al-Buldn, Yaqut al-Hamawi, Lebanon, 5 jilid.
Muntah al-Adab, (?), Iran.
Muntakhab al-Kanz (Kanz al-'Umml), al-Muttaqi ai-Hindi (pada pinggiran alMusnad, Ahmad ibn Hanbal, Mesir, 6 jilid.
Al-Muntazham,Ibn al-Jauzi al-Hanbali, Hyderabad, 6 jilid.
Al-Muqaddimah,Ibn Khaldun, Mesir.
Muqaddamah Mir'atul 'Uql, as-Sayyid Murtadha al-'Askari, Tehran, 2 jilid.
Al-Muqtadhab,al-Mubarrad, Mesir.

Murj adz-Dzahab, al-Mas'udi, Mesir, edisi pertama 2 jilid; edisi kedua 4 jilid.
Al-Mushannaf,'Abdur-Razaq ash-Shan'ani, Lebanon, 11 jilid.
Al-Musnad,Ahmad ibn Hanbal, Mesir, 6 jilid.
Al-Musnad,Abu Dawud ath-Thayalisi, India.
Al-Mustadrak 'al ash-Shahihain, al-Hakim ibn al-Bayyi' an-Naisaburi,
Hyderabad, 4 jilid, Hyderabad, 2 jilid.
Al-Muwaththa', Malik ibn Anas, Mesir, 2 jilid.
An-Nash wal-Ijtihad, as-Sayyid 'Abdul-Husain Syarafuddin, Lebanon.
An-Nihayah fi Gharbil-Hadts, Ibn Atsir, Mesir, 4 jilid.
Nihyah al-lrab, an-Nuwairi asy-Syafi'i, Mesir, 22 jilid.
Al-Qamus,al-Firuz'abadi, Mesir, 4 jilid.
Qudht al-Undulus, al-Maliqi, Mesir.
Al-Qur'an.
Rabi'ul-Abrr,az-Zamakhsyari.
Raudh al-Unf,as-Suhaili, Mesir, 7 jilid.
Ar-Riydh an-Ndhirah, Muhibuddin ath-Thabari asy-Syafi'i, Mesir, 2 jilid.
Ruh al-Ma'n,Mahmud al-Alusi asy-Syafi'i, Mesir, 30 jilid.
Safnah al-Bihr, Qummi, Iran, 2 jilid.
Ash-Shahh, Muhammad ibn Isma'il al-Bukhari, Mesir, 9 jilid.
Ash-Shahih,Muslim ibn al-Hajjaj an-Naisyaburi, Mesir, 8 jilid.
As-Shaw'iq al-Muhriqah, Ibn Hajar al-Haitsami, Mesir.
Shifatush-Shafwah, Ibn al-Jauzi al-Hanbali, Hyderabad, 4 jilid.
Shifin,Nasyr ibn Muzahim al-Minqari, Mesir.
Shubh al-A'sy, al-Qalqasyandi, Mesir, 14 jilid.
As-Sirah al-Halabiyyah (Insnul-'Ulm fi Siratil-Amini wal-Ma'mun),
Nuruddin al-Halabi asy-Syafi'i, Mesir, 3 jilid.
As-Srah an-Nabawiyyah, Ibn Hisyam, Mesir, 4 jilid.
Sirah 'Umar ibn 'Abdul-'Aziz, Ibn al-Jauzi al-Hanbali, Mesir.

Asy-Syf,'Alam al-Huda, as-Sayyid al-Murtadha, Iran.


Syarh Durrat al-Ghawwash, asy-Syihab al-Khafaji.
Syarh al-Maqshid, Sa'duddin at-Taftazani, Istanbul, 2 jilid.
Syarh al-Mawhib al-Laduniyyah, az-Zurqani, Mesir, 8 jilid.
Syarh al-Mawqif, al-Qadhi 'Adhuddin al-Iji dkk, Istanbul.
Syarh Nahj al-Balghah, Ibn Abil Hadid, Mesir, 20 jilid.
Syarh Nahj al-Balghah, Ibn Maitsam al-Bahram, Iran, 5 jilid.
Syarh Nahj al-Balghah, al-Khu'i, lihat Minhj al-Bar'ah.
Syarh Nahj al-Balghah, Muhammad 'Abduh.
Syarh Shahih Muslim, an-Nawawi, Mesir.
As-Sunan,Abu Dawud Sulaiman ibn Asy'ats, Mesir, 4 jilid.
As-Sunan,'Ali ibn 'Umar ad-Dar'quthni, Mesir, 4 jilid.
As-Sunan,Ibn Majah, Mesir, 2 jilid.
As-Sunan, (al-Mujtan), an-Nasa'i, Mesir, 8 jilid.
As-Sunan al-Kubr, al-Baihaqi asy-Syafi'i, Hyderabad, 10 jilid.
Tadzkirah Khawsh al-Ummah, Sibth ibn al-Jauzi, Iran.
At-Tafsir (Mafthul-Ghaib), Fakhruddin ar-Razi, Mesir, 32 jilid.
At-Tafsir,Ibn Katsir, Mesir, 4 jilid.
At-Tafsir (Jmi'ul-Bayn), ath-Thabari, Mesir, 30 jilid.
Tahdzb al-Lughah, al-Azhari, Mesir, 16 jilid.
Tahdzb at-Tahdzb, Ibn Hajar al-'Asqalani, Hyderabad, 12 jilid.
Tj al-'Ars,az-Zubaidi, Mesir, 10 jilid.
At-Tamhd,al-Bqilani.
Tanbhul-Khawthir wa Nuzhatun-Nawzhir, al-Warram ibn Abi Firas, Iran, 2
jilid.
Tanqh al-Maql, al-Mamaqani, an-Najaf al-Asyraf, 3 jilid.
At-Trkh, (al-Mukhtashar fi Akhbr al-Basyar), Abul-Fida', Mesir, 4 jilid.

At-Trkh,Ibn al-Atsir, lihat al-Kmil.


At-Trkh,Ibn Katsir, lihat al-Bidyah wan-Nihyah.
at-Trikh,Ibn Khaldun, Mesir, 7 jilid.
At-Trikh (Tatimmatul-Mukhtashar fi Akhbr al-Basyar), Ibn al-Wardi,
Lebanon, 2 jilid.
At-Trkh,Khalifah ibn Khayyath, Damascus, 2 jilid.
At-Trkh,ath-Thabari, Leiden, 3 jilid.
At-Trkh,al-Ya'qubi, Lebanon, 2 jilid.
Trkh Baghdd, al-Khathib al-Baghdadi, Mesir, 12 jilid.
Trkh al-Islm, adz-Dzahabi, Mesir, 6 jilid.
Trkh al-Khamis, Diyar'bakri, Mesir, 2 jilid.
Trkh al-Khulaf', as-Suyuthi, Mesir.
At-Trkhatau Trkh asy-Sym, Ibn 'Asakir.
Tauhid,asy-Syaikh ash-Shaduq, Iran.
Ta'wil Mukhtalafal-Hadits, Ibn Qutaibah, Mesir.
Ath-Thabaqt (al-Kabir), Ibn Sa'd, Leiden, 9 jilid.
Thabaqt al-Hanbilah, Ibn Farra' al-Hanbali, Mesir, 2 jilid.
Thabaqt al-Huffzh, yang dikenal sebagai Tadzkirah al-Huffzh, adzDzahabi, Hyderabad, 4 jilid.
Ath-Thar'if,Ibn Thawus.
Tsamart al-Aurq, Ibn Hijjah al-Hamawi, Mesir.
'Umdah al-Qr fi Syarh Shahih al-Bukhri, al-'Aini al-Hanafi, Mesir.
Al-'Urwah li Ahl al-Khalwah wal-Jalwah, 'Ala ad-Daulah as-Simnani.
Usd al-Ghbah fi Ma'rifatish Shahbah, Ibn al-Atsir, Mesir, 5 jilid.
Waf' al-Waf', as-Samhudi, Mesir, 4 jilid.
Wafayt al-A'yn, Ibn Khallikan, Lebanon, 8 jilid.
Was'il asy-Syi'ah, al-Hurr al-'Amili, Iran, 20 jilid.

Yanbi' al-Mawaddah, al-Qunduzi, Istambul.


Zuhar al-Adab,al-Hushri, Mesir, 2 jilid.
Rujukan kitab-kitab Ahlu Sunnah Wal Jamaah
Kitab Tafsir
1. Al-Quranul Karim
2. Tafsir Ath-Thobari
3. Tafsir Ibnu Katsir
4. Tafsir Al-Qurthubi
5. Tafsir Al-Jalalain
6. Tafsir Al-Kabir. Fakhrur Razi
7. Tafsir Al-Manar. Muhammad Abduh
8. Tafsir Al-Nasafi
9. Tafsir Al-Khazin
10. Tafsir Al-Kasysyaf. Az-Zamakhyari
11. Tafsir Al-Hakim Al-Huskani
12. Tafsir Al-Naisabury
13. A-Durrul Mantsur Fi Tafsir Bil Ma`tsur. As-Suyuthi
14. Zaadul Masir Fii `Ilmit. Tafsir Ibnu Jauzi
15. Syawahidut Tanziil- Al-Hakim Al-Huskanity
16. Tafsir Fathul Qadir. Asy-Syaukaniy
17. At-Tashiil Li `Ulumit-Tanziil. Al-Kalbiy
18. Asbabun- Nuzul Lil Imam Wahidi
19. Ahkaamul Quran. Al-Jashshaash
20. Tafsir Al-Kabir. Ats-Tsa`labiy
21. Nuzulul Quran. Al-Hafidh Abu Naim
22. Maa Nazala Minal Quran. Ali Abu Naim al-Ishbahani
23. Muqaddimah Ushulut-tafsir. Ibnu Taimiyah
24. Tafsirul-Mizaan. Al-`Allamatu-Thaba`I
Kitab Hadis
1. Shahih Bukhari
2. Shahih Muslim
3. Shahih Turmudhi
4. Sahih Ibnu Majah
5. sunan Abu Daud
6. Sunan An-Nasaiy
7. Musnad Imam Ahmad
8. Muwaththa Imam Malik
9. Mustadrak Al-Hakim
10. Kanzul `Ummal
11. Sunan Ad-Darimi
12. Sunan Al-Baihaqi
13. Al-Jama`u Baina Ash-Shihah As-Sittah
14. Sunan Ad-Dar Quthini
15. Jam`ul Jawani. As-Suyuthi
16. Minhajus-Sunnah. Ibnu Taymiyah
17. Majma`ul Zawaaid. Al-Haitsami
18. Kunuzul-Haqoiq. Al-Manawi
19. Jami`ul Ushul. Ibnul-Atsir
20. Fathul Bari Fi Syrhil Bukhari
Kitab Sirah

1. Sirah Ibnu Hisyam


2. Sirah Al-Halabiyah
3. Sirah Dahlaniyah
4. Usudul-Ghabah Fii Ma`rifatish- Shahabah
5.Al-Ishabah Fii Tamyyizish- Shahabah
6. Ar-Riyaadhun- Nadhrah. At-Thabariy
7. Al-Isti`ab
8. Hayaatu Muhammad- Muhammad Hussein Haikal
9. Al-Ma`arif. Ibnu Qutalbah
10. Ansaabui- Asyraaf. Al-baladzariy
11. Hilyatul Auliya Liabi Naim
12. Al-Fitnah Al-Kubroo. Thaha Husein
Kitab Tarikh
1. Tarikh Al-Uman Wal Muluk. At Thabri
2. Tarikh Khulafa. As-Suyuthi
3. Tarikh Al-Kamil. Ibnu Atsir
4. Tarikh Dimisyq. Ibnu Asakir
5. Tarikh Mas`udi (Murujudz-Dzahab)
6. Tarikh Al-Ya`qubi
7. Tarikh Ibnu Katsir
8. Tarikh Baghdad. Al-Khotib Al-Baghdadi
9. Tarikh Abil Fidak
10. Tarikh Ibnu Asy-Syuhnah
11. Tarikh Al-Kabir. Muhammad Al-Bukhari
12. Al-Imamah Was-Siyasah. Ibnu Qutaibah
13. Al-Thobaqot Al-Kubroo. Ibnu Said
14. al-`Iqdul-Farid. Ibnu Abdi Rabbih
15. Tarikh Ibnu Khaldun
16. Syarh Nahjul Balaghah. Ibnu Abil Hadid
Kitab-kitab
1. Ash-Shawa`iqul- Muhriqah. Ibnu Hajar
2. Al-Futuuhaat Al-Makkiyah. Ibnu Arabiy
3. Ash-Shilatu Bainan- Nushuushi Wat-Tasyayyu`i. Asy-Syaibiy
4. `Aqiqdul-Akabir. Asy-Sya`roniy
5. Khashaa Ishu Amiril Mukminim. An-Nasaaiy
6. Tawarikh Mawalidul Aimmah. Ibnu-Khaysyab
7. Al-Milal Wan-Nihal. Asy-Syahristaany
8. fashlul-khithaab. Muhammad Al-Bukhariy
9. dalail al-Imamah. Ath-Thabari
10. Al-Haditsul- Multasalsal. Al-Baladziri
11. Bulaghatun-Nisaa`i. Ibnu Thoiqur
12. Miraatul-Asraar. Al-`Arir Abdurrahman
13. A`lamun-Nisaa`i. Umar Ridho Kuhalah
14. Ihqaqul-haq. At-Tustary
15. Kifayatuth-tholib. Al-Kanzi Asy-Syafi`iy
16. Syarhul-Mawahib. Az-Zarqaniy
17. Al-Izdiharu Fii Maa aqadahusy- Syu`araa u Minal Asy`aari
18. siyar a`lamun Nubala. Adz-zahabiy
19. al-wilayah. Ibnul-Jarir at-Thabari
20. sirrul-`Alamin. Abu Hamid Al-Ghazali
21. Ihya` `Ulumid-Din. Al-Ghazali

22.
23.
24.
25.
26.
27.
28.
29.
30.
31.
32.
33.
34.
35.
36.
37.

Tazkiratul-Sibth. Ibnul Jauzy


Mathalibus-Su aal. Ibnu Thalhah Asy-Syafi`iy
Tadzkiratul Khawash. Ibnu Jauzy
Irsyadus-Sary. Al-Qashthalany
Yanabi`ul Mawaddah. Al-Qanduziy Al-Hanafi
Nurul-Abrar. Asy-Syablanjiy
Fadhailul-Khamsah Minash- Shihaah As-Sittah
Rabiul-Abrar. Az-Zamakhsariy
Al-Fushulul-Muhimmah. Ibnu Shabbagh
syarh Nahjul Balaghah. Syeikh Muhammad Abduh
At-Talkhis. Adz-Dzahabiy
Al-Mu`jamul-Shaghir. Ath-Thabaraniy
Al-Mu`lamul-Kabir. Ath-Thabaraniy
Al-Bidayah Wan-Nihayah. Ibnu Katsir
Is`aful Gharibin
Manaqib Ali bin Abi Thalib. Al-Maghazili
"Ya ALLAH, Ya Tuhanku;
Redha-Mu yang selalu kami rindukan;
Dan marah-Mu yang sangat kami takuti;
Tuhan....
Lebih baik kami hidup miskin, asal tidak dalam redha-Mu;
Kami tidak ingin kepada kekayaan di dalam marah-Mu."

See you at :: http://puncak-kefasihan.blogspot.com :: salimna

Anda mungkin juga menyukai