Anda di halaman 1dari 43

FAKULTI SAINS SOSIAL GUNAAN

BBPP1103
PRINCIPLES OF MANAGEMENT

PERANAN-PERANAN PENGURUS
MUHAMMAD YUNUS BIN ABDULLAH
1161719001
T 1161719
0195709679
arsnel_1306@yahoo.com.my

Tutors
ROSLIZA @ NORHAYATI ABDUL RAHMAN
KEDAH LEARNING CENTRE

MEI 2014 Semester

ISI KANDUNGAN
Bil

Rangkaian

Muka Surat

1.0

PENGENALAN

34

2.0

PERANAN-PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH


PENGURUS
2.1 PERANAN SEBAGAI TUNGGAK
2.2 PERANAN SEBAGAI PEMIMPIN
2.3 PERANAN SEBAGAI PEGAWAI
PERHUBUNGAN
2.4 PERANAN SEBAGAI PENYAMPAI
MAKLUMAT
2.5 PERANAN SEBAGAI PERUNDING
2.6 PERANAN SEBAGAI PENCETUS IDEA

4 - 22

23 - 25

3.0

4.0

ANALISIS PENGENALAN PENGURUSAN


PERTAMA BERDASARKAN ARTIKAL: PERANAN
TUNGGAK

5.0

ANALISIS PERANAN PENGENALAN


PENGURUSAN KEDUA BERDASARKAN ARTIKAL
YANG KE 2 : PERANAN PEMIMPIN

6.0

ANALISIS PENGENALAN PENGURUSAN KETIGA


BERDASARKAN ARTIKAL YANG KE 3 :
PERANAN PERUNDING

25 - 32

33 - 34

35
36

7.0
KESIMPULAN
RUJUKAN

1.0 PENGENALAN
Sebuah organisasi dapat ditakrifkan sebagai sekumpulan manusia yang
berkerja untuk mencapai matlamat-matlamat yang tertentu dan dalam
suasana yang tertentu. Mereka perlu bekerjasama dan berhubung antara
satu dengan lain bagi menyiapkan sesuatu tugas itu. Zainal Ariffin Ahmad
2

dalam bukunya Perlakuan Organisasi telah mendefinisikan organisasi


sebagai satu kumpulan manusia yang kerja bersama untuk mencapai
matlamat umum. Sementara Campbell et al. pula mentakrifkan organisasi
sebagai sekumpulan manusia yang bekerja untuk mencapai matlamatmatlamat tertentu dalam sesuatu suasana yang tertentu
Dalam organisasi ini selalunya, pengurusan atasan sesebuah organisasi akan
menentukan hala tuju organisasi tersebut melalui penetapan tujuan,
matlamat, dan strategi untuk mencapai matlamat tersebut. Organisasi di sini
tidak sahaja tertakluk kepada syarikat perniagaan, bahkan ia merangkumi
syarikat bukan untuk badan kerajaan, badan berkanun, badan bukan
berkanun,

organisasi

bukan

untung,

persatuan,

kelab

dan

pelbagai

konfigurasi kumpulan manusia. Tujuan atau misi sesebuah organisasi


bolehlah dikatakan pewajaran kepada kewujudan organisasi tersebut. la
memaksa

organisasi

menyoal

Apakahsebenarnya

matlamat

kita?

Penetapan matlamat ini akan membantu sesebuah organisasi untuk


menterjemahkan misinya kepada sasaran prestasi yang spesifik dan supaya
boleh diukur.
Matlamat organisasi merujuk kepada objektif yang ingin dicapai oleh
pengurusan dalam menuju misi sesebuah organisasi. Untuk mencapai
matlamat organisasi, selalunya pengurus atasan sesebuah organisasi akan
menggubal dan melaksanakan strategi. Menurut Chandler, strategi ialah
suatu

penetapan

matlamat

jangka

panjang

sebuah

organisasi,

dan

pengambilan tindakan dan pengagihan sumber untuk mencapai matlamat


tersebut.Kita juga boleh melihat strategi sebagai satu rancangan tindakan
meluas untuk berinteraksi dengan persekitaran demi mencapai matlamat
jangka panjang organisasi.

Pengurus merupakan individu yang menjalankan fungsi tersebut atas sumber


manusia, aset terpenting organisasi, kewangan, fizikal dan maklumat
organisasi. Pengurus bertanggungjawab menyelia kerja-kerja subordinatnya.
Jika pengurus gagal melaksanakan fungsi berkaitan dengan cekap dan
berkesan, matlamat organisasi tidak akan tercapai. Pengurus menentukan,
merumus, mengarah, atau memberi nasihat tentang dasar kerajaan serta
organisasi berkepentingan khas, membuat undang-undang, kaedah dan
peraturan awam, mewakili kerajaan dan bertindak bagi pihaknya, memantau
pentafsiran dan pelaksanaan dasar kerajaan dan undang-undang, atau
merancang, mengarah, dan menyelaras dasar dan aktiviti perusahaan,
organisasi, jabatan atau seksyen dalamannya membuat sesuatu keputusan
itu sangat penting sebab melalui keputusan tersebutlah segala perancangan
yang diatur dan telah dirancang akan dapat dilaksanakan dengan lancar dan
jayanya.
Membuat keputusan merupakan salah satu tanggungjawab utama pentadbir.
Setiap pentadbir yang berjaya mestilah berkeupayaan rnembuat keputusan
yang dapat membantu organisasi mencapai matlamat dan pada masa yang
sama dapat mernuaskan keperluan-keperluan ahli-ahli dalam organisasi.
Membuat keputusan ini mempunyai kaitan rapat dengan kepimpinan dan
perhubungan antara pihak pentadbir dengan kakitangan bawahan.
2.0 PERANAN-PERANAN YANG DIMAINKAN OLEH PENGURUS
kejayaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi pentadbirnya
dalam erti kata lain pengurus. Seseorang pengurus yang baik harus
mempunyai ciri-ciri khusus tertentu dalam menjalankan peranannya sebaik
mungkin serta menguasai kemahiran-kemahiran yang diperlukan untuk
mengelola ahli-ahli di bawah untuk mencapai matlamat organisasi. (Zainal
Abidin Mohamad).
4

Kejayaan

sesebuah

organisasi

bergantung

ke

atas

prestasi

kolektif

pentadbirnya, iaitu orang yang mengarah kerja dan memimpin kakitangan


keseluruhannya. Pengurus (atau Ketua Jabatan) secara bersendirian mesti
mendapatkan kerjasama secara sukarela daripada rakan sejawatnya kerana
proses kepimpinan memang melibatkan dua orang atau lebih. (Fatimah Wati
Halim & Iran Herman.
Pengurus diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua
ahli. Pengurus dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya
yang dikira dapat membantu organisasi, antaranya memainkan perananperanan penting mewakili organisasi. Oleh itu jelas seseorang pengurus
memainkan beberapa peranan secara serentak. Peranan-peranan berikut
adalah seperti;
2.1 PERANAN SEBAGAI TUNGGAK
Setiap organisasi tidak akan wujud tanpa seorang ketua. Ketua atau
pemimpin merupakan tunggak penting bagi menentukan kejayaan dan
kecemerlangan sesebuah organisasi. Sesebuah organisasi tidak akan berjaya
mencapai objektif dan matlamatnya tanpa kepimpinan yang baik dan
berkesan. Tanggungjawab seorang ketua atau pemimpin itu adalah sangat
berat dan tidak semudah yang disangkakan. Justeru, seorang ketua yang
baik dan berkesan bukan sahaja mempunyai daya kepimpinan tetapi juga
pengurus yang berkelibar.
Oleh yang demikian, menurut Manning dan Curtis untuk mencapai kejayaan
dalam kepimpinan atau untuk menjadi seorang ketua yang cemerlang
seseorang ketua perlu mempunyai kebolehan bagaimana untuk memikat
hati semua orang, memotivasi dan menggalakkan mereka mencurahkan
5

segala keupayaan dan komitmen mereka dengan cara yang terbaik serta
menyelesaikan setiap masalah yang dihadapi.
Seorang pengurus perlu menjalankan tugas-tugas istiadat. Misalnya, naib
canselor sebuah universiti mesti terlibat dalam majlis pelancaran program di
universiti, manakala ketua sebuah jabatan bertanggungjawab untuk melayan
para pelanggannya.
Persoalan yang sering menjadi perbincangan dalam bidang kepimpinan
adalah adakah seorang pemimpin itu dilahirkan atau dibentuk. Banyak
pendapat mengatakan bahawa pemimpin itu dilahirkan dan sesetengah
pandangan mengatakan bahawa sifat-sifat kepimpinan itu perlu dibentuk
dan diperolehi melalui pendidikan rasmi atau pengalaman (Johannsen,
2010). Walaupun berbagai pandangan mengenai perkara ini, namun
seseorang ketua harus mempunyai trait atau sifat-sifat yang membolehkan
dia menjadi seorang pemimpin yang disegani baik disedari ataupun tidak
disedari oleh seseorang. Trait ini juga sebenarnya boleh dipelajari dan
sterusnya diamalkan dalam kehidupan seharian yang menjadikannya satu
amalan atau perangai yang akan menjadi amalan dan sikap kepada individu
tertentu. Hal ini seterusnya memberi gambaran dan membentuk identiti atau
personaliti kepada seseorang yang akhirnya akan menjadikannya satu daya
tarikan yang akan memertabatkan seseorang itu menjadi seorang ketua
ataupun pemimpin.
Selain dari gaya kepimpinan, faktor persekitaran dan keupayaan pengikut
atau orang bawahan, trait merupakan salah satu komponen yang amat
penting yang harus ada pada seseorang pemimpin. Manning dan Curtis
dalam buku mereka bertajuk The Art of Leadership menyenaraikan beberapa
trait

dan

kualiti

kepimpinan

antaranya;

Bersemangat,

berwawasan,

berkebolehan,

mantap,

prihatin,

berkeyakinan,

berterusan,

berkrisma,

berintegriti, daya tahan yang tinggi iaitu sabar dan tabah.


Pemimpin yang beritegrasi dan mempunyai sahsiah yang tinggi seperti
berkeyakinan, asertif, melaksanakan apa yang dicakap, rajin dan sabar
selalunya dihormati dan disegani bukan sahaja oleh

orang bawahannya

tetapi semua pihak yang berurusan dengannya.


Selain trait seseorang ketua atau pemimpin juga harus mengetahui apa itu
etika dalam kepimpinan. Etika ini amat penting bagi mengawal tingkah laku
dan hala tuju seseorang ketua dalam kepimpinannya. Menurut Manning dan
Curtis etika ini penting kerana ianya merupakan falsafah yang akan
menentukan sama ada sesuatu itu betul atau salah atau baik atau buruk
sesuatu perkara yang dilakukan oleh pemimpin.
Oleh itu, jika seseorang mempunyai trait yang baik dan layak menjadi
pemimpin maka secara tidak lansung ianya akan menjadi pedoman dan garis
panduan

kepada

pemimpin

tersebut

dalam

membuat

tindakan

atau

penyelesaian masalah. Selalunya pemimpin yang mempunyai trait yang baik


dan sempurna akan tidak menyalahi etika kepimpinan dan biasanya
mendapat sanjungan dari orang bawahan dan orang ramai. Secara tidak
lansung ini akan menaikkan statusnya sebagai pemimpin yangberwibawa
dan disegani.
Sebagai kesimpulan, trait dan etika memainkan peranan penting dalam
menentuikanm kecemerlangan seseorang pemimpin. Trait yang baik dan
diaplikasi dengan betul dan selalu berpegang teguh pada etika kepimpinan
dan pengurusan selalunya membawa kejayaan kepada pemimpin itu sendiri
dan organisasi yang dipimpinnya. Oleh itu dalam memilih pemimpin trait dan
etika merupakan tunggak penting yang harus diambil kira sebelum
7

seseorang itu dilantik atau diangkat sebagai pemimpin kerana itu yang akan
menentukan keupayaan mereka untuk menjalankan tanggungjawab sebagai
pemimpin.
2.2 PERANAN SEBAGAI PEMIMPIN
Pemimpin merupakan ketua atau peneraju dalam sesuatu institusi baik
institusi yang besar mahu pun kecil di mana tedapat golongan yang dipimpin
dibawahnya.

Lazimnya

pemimpin

adalah

seorang

yang

mempunyai

tanggungjawab dalam mengurus dan mentadbir sesuatu organisasi dalam


pelbagai hal. Pemimpin juga memainkan peranan yang penting dalam
membawa sesuatu organisasi atau institusi mengikut hala tuju yang
dikehendaki samada ianya sesuatu yang baik atau pun yang sebaliknya.
Pemimpin melihat organisasi dengan perspektif yang lebih luas, menilai
kesannya serta berusaha untuk menggembelingkan pengaruh melalui
kepelbagaian kemahiran, ilmu dan kepakaran supaya apa yang hendak
dilakukan memperoleh kerestuan ramai.
Pemimpin merupakan individu yang boleh memberi pengaruh kepada
individu yang lain di dalam suatu pertubuhan. Sesuatu yang menarik dalam
kepimpinan adalah kewujudan pemimpin yang berada dalam organisasi yang
mempunyai

struktur

yang

tersendiri

dengan

mewujudkan

hubungan

pemimpin dan pengikut bagi mencapai kecemerlangan. Pencapaian yang


cemerlang dalam sesuatu organisasi memerlukan langkah-langkah atau
aktiviti-aktiviti yang di rancang oleh pemimpin bagi mendorong pengikutnya
meningkat tekat dan keazaman ke arah kecemerlangan organisasi tersebut.
Oleh itu, usaha ke arah penyatuan aktiviti sesebuah organisasi bergantung
besar kepada kepintaran seseorang pemimpin. Sebagai contoh, seseorang
yang

membawa

beg

plastik

semasa
8

berkunjung

ke

pasar

terpaksa

membimbit dengan bijak agar tidak ada satu barang pun yang dibeli tercicir,
beg plastik seperti suatu organisasi ataupun pekerja-pekerja di bawah
pangawasan seorang pemimpin.
Kemahiran memimpin merupakan sesuatu yang boleh di pertingkatkan dari
masa ke masa.Kemahiran bekerjasama amat di tekankan di dalam sesebuah
organisasi

bagi

mencapai

kecemerlangan.Sebagai

seorang

pemimpin,

mungkin mereka mampu memberi arahan kepada orang lain tetapi adakah
pengarahan ini di patuhi oleh orang yang menerima arahan.Di dalam
masyarakan negara ini terutama masyarakat melayu, konsep malu alah
boleh

di

gunakan

untuk

mendapatkan

kerjasama

daripada

pekerjanya.Apabila di berikan perhatian yang sewajarnya kepada mereka ,


mereka akan berasa silu untuk tidak patuh kepada arahan begitu juga
dengan pemimpin,mereka akan berasa berat untuk tidak memberi kerjasama
apabila telah di perlakukan baik kepadanya.Oleh yang demikian, seseorang
pemimpin perlulah mewujudkan sikap bekerjasama dengan pekerja di dalam
suatu organisasi bagi mencapai kecemerlangan.
Selain itu, kemahiran melihat masa hadapan juga perlu kepada seseorang
pemimpin dalam memainkan peranan utama bagi mencapai kejayaan
sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan.Pemimpin biasanya akan lebih
selesa dengan suasana yang sedia ada tetapi sesuatu yang baru tidak akan
wujud

sekiranya

seseorang

pemimpin

itu

gagal

melihat

masa

hadapan.Kemahiran inilah yang membezakan antara pemimpin yang berjaya


atau tidak.Dengan melihat masa hadapan,pemimpin dapat meletakkan
harapan yang mungkin hanya akan berlaku selepas beliau tiada lagi tetapi
laluan

ke

arah

itu

dilakukan

semasa

beliau

memimpin

organisasi

tersebut.Keadaan ini dapat disaksikan bagaimana Allahyarham Mat Saman


telah membina tali air di Kedah. Pendek kata,pemimpin perlu mempunyai

keupayaan mendahului zamannya,caranya ialah dengan mempertajamkan


kemahiran melihat masa hadapan.
Dalam menjayakan sesebuah organisasi ke arah kecemerlangan, seseorang
pemimpin itu juga mestilah berpengetahuan. Daripada pengetahuanlah
himpunan

ilmu

akan

terikat

untuk

dipindahkan

kepada

pekerja-

pekerja.Sebagai contoh,seseorang perlulah mengetahui tentang teknologi


kerana ia merupakan sesuatu yang penting.Ramai yang beranggapan
apabila kita membicarakan tentang teknologi,kita akan merujuk kepada
teknologi

semata-mata

tetapi

seseorang

pemimpin

perlu

mempunyai

pengetahuan tentang teknologi dalam erti kata beliau memiliki teknologi


yang boleh membantu didalam mempercepatkan kerja dan memberi
keberkesanan terhadap kerja didalam organisasinya.Dari sinilah beliau akan
di tanggapi sebagai pemimpin yang berkebolehan dalam melakukan kerjakerja yang biasanya memakan masa yang lama berbanding dengan
pengurus-pengurus

yang

lain.Oleh

yang

demikian,apabila

seseorang

pemimpin mempunyai pengetahuan , beliau boleh menghayati sesuatu kerja


dengan penuh penjelasan tentang perilaku melakukannya bukan sematamata

mampu

melakukan

kerja-kerja

konpleks

untuk

pekerja-pekerja

melakukannya.
Selain

itu,untuk

merealisasikan

organisasi,seseorang

pemimpin

kecemerlangan
itu

perlu

di

memberi

dalam

sesuatu

dorongan

kepada

pekerjanya. Dalam konteks ini,dorongan merupakan usaha untuk memupuk


pekerja melakukan kerja dengan cara terbaik.Gelagat yang ada pada pekerja
boleh di kesan dan di kenalpasti oleh pemimpin dan dari situlah dorongan
perlu di serap ke dalam sanubari mereka.Sebagai contoh,beberapa model
yang di kemukakan oleh Abraham H Maslow iaitu seorang sarjana barat
boleh di sesuaikan dengan kerangka penerapan dorongan kepada pekerja
mengikut keadaan,masa dan suasana. Tingkat kehendak Maslow meletakkan
10

manusia sebagai makluk yang mempunyai peringkat tertentu dan ia di


mulakan dari peringkat fisiologi, jaminan, gangguan, penghormatan dan
peringkat tertinggi adalah pencapaian hasrat hati.Oleh demikian,model
tingkat kehendak Maslow boleh digunakan dengan baik untuk tujuan
memberi dorongan kepada pekerja.Dari struktur kehendak ini biasanya
pekerja akan cuba memenuhi kehendak terbawah dahulu dan naik setingkat
demi setingkat bagi merealisasikan kecemerlangan organisasi tersebut.
Pada kesimpulannya,untuk mencapai matlamat sesebuah organisasi seorang
pemimpin

perlu

mempunyai

merumus,memperjelas

dan

nilai

dan

menghayati

etika

di

budaya

mana
kerja

ia
di

perlu
dalam

organisasi.Pemimpin itu juga mesti peka bagi menjadi teladan kepada


ahlinya dan memperkukuhkan amalan dan budaya kerja cemerlang.Justeru
itu, panduan nilai dan etika perlu di rangka bagi pemimpin tersebut supaya
dapat membawa organisasinya ke arah mencapai matlamat kecemerlangan
yang di inginkan.Sesungguhnya,pemimpin memainkan peranan utama
dalam pengurusan organisasi untuk mencapai matlamat dalam erti kata
sebenarnya.Kepimpinan

merupakan

unsur

dalaman

dan

kerohanian

merupakan faktor utama yang menyenpurnakan faktor-faktor lain ke arah


mencapai matlamat kecemerlangan organisasi.Terdapat juga kajian yang
pernah

dilakukan

mengenai

aspek-aspek

kepimpinan

dan

pretasi

organisasi[1].Akhir kata,kejayaan kecemerlangan organisasi bergantung


kepada pemimpin yang menyelia dan memberi perkhidmatan yang berkualiti
dan menerapkan nilai-nilai murni di dalam organisasi.
2.2.1 Peranan Pemimpin
Pemimpin diamanahkan untuk menerajui organisasi bagi kepentingan semua
ahli. Pemimpin dipilih dan dilantik kerana kelebihan-kelebihan tertentunya
yang dikira dapat membantu organisasi, antaranya memainkan peranan11

peranan penting mewakili organisasi. Oleh itu jelas seseorang pemimpin


memainkan beberapa peranan secara serentak. Peranan-peranan berikut
adalah seperti;
a. Sumber rujukan.
Pemimpin berperanan sebagai pemberi maklumat dan idea kepada ahli-ahli
apabila diperlukan. Oleh itu pemimpin harus luas pembacaannya, sentiasa
mengikuti

perkembangan,

mempunyai

hubungan

yang

luas,

banyak

pengalaman dan rajin belajar


b. Model.
Sebagai model atau contoh, pemimpin memperlihatkan sifat-sifat, tingkah
laku dan kebolehan yang boleh diteladani.
c .Pendorong.
Pemimpin juga harus sentiasa meransang dan mendorong ahli-ahli dan
rakan-rakan sepimpinannya untuk membangun diri, meningkatkan komitmen
dan terus gigih memberikan khidmat serta subangan untuk kebaikan
bersama.
d. Pembimbing:
Selaku

pembimbing

pemimpin

turut

mendidik,

menyokong

dan

membolehkan ahli berperanan dengan aktif. Belajar memahami potensi dan


bakat, minat dan kecenderungan, serta kekuatan dan kelemahan ahli dan
membantu mereka untuk menjadi ahli yang aktif dan menyumbang.
e. Jurucakap/jurubicara.
Peranan ini menyerupai peranan pegawai perhubungan awam.

Iaitu

berperanan sebagai jurucakap atau wakil organisasi dalam perhubungan


dengan pihak-pihak luar.

12

f. Orang tengah.
Jika

berlaku

perbezaan

pendapat,

konflik

antara

ahli-ahli

pemimpin

berperanan sebagai orang tengah bagi mencari pendamaian. Bersikap adil


dan tidak condong(bias) kepada mana-mana pihak.
Disamping memainkan peranan-peranan seperti di atas, di dalam sesuatu
keadaan

tertentu

(berdasarkan

pemimpin

kemahiran

juga

dan

turut

berperanan

pengelaman

yang

sebagai

pakar

dimilikinya)

guru,

penyelaras, mentor, kaunselor, ideologi, penilai dan sebagainya.


2.2.2 Nilai Nilai Seorang Pemimpin Yang Baik
Seorang pemimpin merupakan seorang yang menjadi role model atau
ikutan setiap orang ynag dipimpin. Sebagai orang yang telah dilantik sebagai
pemimpin, secara automatiknya beliau akan berada pada hierarki yang
paling tinggi dalam organisasi dan dipertanggungjawabkan untuk mentadbir,
mengurus, melaksana, memantau dan memastikan setiap objektif bagi
organisasi

tersebut

tercapai

dengan

jayanya.

Namun,

keberkesanan

pentadbiran seseorang pemimpin adalah tertakluk kepada cara pelaksanaan


atau cara kerja orang yang dipimpinnya. Dengan itu, untuk memastikan
sesebuah organisasi bergerak dinamik, baik dari peringkat pentadbiran
hingga ke akar umbi, sesorang pentadbir atau pemimpin harus mempunyai
nilai-nilai

yang

tertentu

atau

pun

kualiti

kepimpinan

yang

hebat.

Kepimpinan Melalui Teladan, slogan yang sering dilaungkan ini merupakan


asas kepada suatu bentuk kepimpinan yang berkesan dan efektif.
Untuk menjadi seorang pemimpin yang baik, khususnya bagi seorang
pegawai

perkhidmatan

awam

yang

telah

dilantik

menjadi

seorang

pemimpin,beberapa nilai-nilai kepimpinan atau kualiti kepimpinan perlu


diimplementasikan

serta

diterap

dalam
13

melaksanakan

tanggungjawab

sebagai seorang pemimpin yang baik. Berikut merupakan beberapa nilai-nilai


yang perlu ada sebagai peimpin yang baik:
i) Amanah dan Jujur
Sebagai seorang pemimpin yang baik, sikap amanah serta jujur perlu
diterapkan agar pemimpin sentiasa dihormati oleh orang yang dipimpin.
Sikap amanah dapat mengelak seorang pemimpin daripada melakukan
penyelewengan dalam pentadbiran. Semua tugas pentadbiran dilaksanankan
dengan baik tanpa berlaku apa-apa masalah.
ii) Ikhlas
Ikhlas membawa maksud tidak mengharapkan apa-apa ganjaran sampingan
demi kepentingan sendiri. Sebagai pemimpin yang baik tujuan pentadbiran
atau kepimpinan hanyalah untuk kebaikan semua yang terdapat atau
tergolong dalam struktur pentadbiran atau organisasi yang dipimpin.
iii) Bertanggungjawab.
Nilai ini dapat menjamin seorang pemimpin itu menjalankan tanggungjawab
kepimpinannya

dengan

telus.

Sebagai

seorang

pemimpin

yang

bertanggunjawab juga, seorang pemimpin akan bertanggungjawab ke atas


setiap tindak tanduk serta arahan yang dikeluarkan terhadap yang dipimpin.
Baik buruk setiap akhiran daripada kepimpinan beliau harus diterima dengan
terbuka.
iv) Bersih
Bersih di sini membawa maksud nilai murni seperti tidak tamak, tiada hasad
dengki, khianat, dendam dan segala sifat negatif dalam melaksanakan
tanggungjawab sebagai pemimpin. Selain dari kebersihan rohani yang
disebut tadi, bersih dari aspek fizikal juga merupakan nilai yang perlu ada

14

pada setiap pemimpin. Bersih juga membawa kepada pakaian, persekitaran


mahu pun kepada pemilikan harta secara sah oleh seorang pemimpin itu.
v) Bekerjasama
Seperti yang kita sedia maklum, kerja yang bermutu adalah hasil daripada
kerjasama yang baik. Sebagai seorang pemimpin, nilai kerjasama yang baik
perlu ada dalam sanubari. Arahan tidak cuma dikeluarkan tetapi seorang
pemimpin perlu bekerjasama dengan orang bawahan tanpa mengira
peringkat.

Dengan

ini

pemimpin

akan

disegani

dan

mudah

untuk

melaksanakan tugas sebagai pemimpin.


vi) Dedikasi / Tekun
Dedikasi dengan tugas kepimpinan tanpa mengira penat atau lelah. Sifat
atau nilai ini akan menjamin seorang pemimpin akan terus istiqamah dan
tanpa

jemu

memimpin

sesuatu

organisasi

atau

institusi

ke

arah

kecemerlangan. Pepatah Genggam bara api, biar sampai jadi abu. Jika nilai
ini tersemat pada setiap pemimpin, maka institusi tidak akan mengalami
kegagalan.
vii) Sederhana
Kesederhanaan adalah satu nilai yang tak kurang penting dalam kepimpinan.
Kesederhanaan membawa maksud antara lainnya menolak keterlaluan
ataupun kekurangan dalam pucuk kepimpinan. Pemimpin yang ekstrem akan
hanya membawa kepada kepincangan organisasi. Pengikut samada akan
taksub atau pun menolak terus dasar kepimpinan yang diterajui sekiranya
pemimpin mengamalkan nilai ekstrem. Kesederhanaan adalah nilai yang
boleh diterapkan bukan shaja dalam bentuk melaksanakan tugas seharian
tetapi dalam percakapan, arahan, pergaulan mahu pun pakaian.
viii) Berdisiplin
15

Nilai disiplin adalah suatu nilai yang amat sinonim dengan kepimpinan.
Tunggak kejayaan sesebuah organisasi adalah terus menerus berlandaskan
kepada disiplin,baik di peringkat rendah malah juga di peringkat tertinggi.
Patuh dan mengamalkan secara berterusan segala arahan, peraturan dan
ketetapan yang dikenakan oleh sesuatu organisasi. Perkara ini yang
dinamakan disiplin dan pemimpin yang berdisiplin tidak akan lari dari
perkara ini.
ix) Adil
Adil membawa maksud memberikan hak kepada yang berhak serta
meletakkan sesuatu kena pada tempatnya. Pemimpin perlu ada nilai
keadilan ini. Pemimpin seharusnya tidak pilih kasih atau pilih bulu dalam
melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua. Setiap yang dipimpin harus di
beri hak sama rata tanpa mengira tahap atau perin kat. Nilai ini amat perlu
dalam melaksanakan kepimpinan.
x) Bersyukur
Pemimpin yang rendah diri dan baik harus mempunyai nilai bersyukur iaitu
menerima kesediaan dan rasa rendah diri untuk sebarang nikmat Allah dan
sentiasa berterima kasih kepada-Nya. Bersyukur dan berterima kasih kepada
yang dipimpin dan kepada orang lain yang memberi bantuan serta
sumbangan dalam organisasi. Nilai bersyukur juga dapat menjadikan
seorang pemimpin itu dapat melenyapkan rasa tidak puashati,keluh kesah
dan marah apabila menghadapi masalah. Pemimpin yang bersyukur adalah
pemimpin yang baik.
Sebagai kesimpulannya, itu di antara sifat-sifat atau nilai-nilai murni yang
perlu

ada

dalam

setiap

pemimpin.

Jika

setiap

pemimpin

dapat

mengimplementasikan setiap nilai yang di katakan tadi, maka akan lahirlah


pemimpin yang disegani dan menjadi ikutan setiap insan. Tiada lagi
16

berlakunya korupsi yang berleluasa di peringkat tinggi, sikap kroni atau pilih
kasih dan sebagainya. Sesungguhnya setiap pemimpin perlu komited dengan
tugas

kepimpinan

tanpa

meninggalkan

nilai-nilai

yang

baik

dalam

kepimpinan.

2.3 PERANAN SEBAGAI PEGAWAI PERHUBUNGAN


Perhubungan awam boleh didefinisikan sebagai suatu fungsi pengurusan
yang bersifat berterusan dan dirancang di mana sesebuah organisasi akan
mencari jalan untuk mendapat dan mengekalkan persefahaman, simpati dan
sokongan daripada mana-mana pihak yang berkenaan. Ini dijalankan dengan
cara menilai pendapat awam terhadap organisasi mereka supaya dapat
berhubung dan menyampaikan dasar, polisi dan peraturan-peraturan mereka
serta mencapainya melalui perancangan dan penyelesaian yang lebih
lengkap untuk kepentingan bersama.
Menurut Hamdan Adnan, perhubungan awam adalah sebagai suatu fungsi
pengurusan yang berwatak berterusan dan terancang, melalui mana-mana
organisasi-organisasi awam atau swasta dan institusi-institusi mencari jalan
untuk menjalin dan mengekalkan persefahaman, simpati dan sokongan
daripada sesiapa saja yang ada kaitan dengan mereka secara menilai
pendapat awam mengenai diri mereka supaya dapat mengkorelasasikan
seberapa

boleh

dasar-dasar

dan

peraturan-peraturan

mereka

untuk

mencapai melalui sebaran meluas maklumat-maklumat yang dirancang bagi

17

mendapatkan kerjasama yang lebih berhasil serta penyelesaian yang lebih


cekap untuk kebaikan bersama.
Menurut Muhamad Rosli Selamat, berdasarkan Websters International
Dictionary edisi ketiga mentafsirkan perhubungan sebagai suatu promosi
bagi menjalin hubungan yang rapat dan baik di antara institusi dengan
individu-individu

lain,

public

khas

atau

masyarakat

umum

melalui

penyebaran maklumat. Adalah menjadi tanggungjawab asas sesebuah


organisasi untuk menjana maklumat kerana tanpa maklumat tidak mungkin
sesebuah organisasi boleh berfungsi.
Manakala menurut Bahtiar Mohamad, Hassan Abu Bakar dan Saidathul Nizah
Mat Tazin, perhubungan awam merupakan aktiviti promosi yang dirancang
untuk membina nama baik bagi individu atau pun institusi. Berdasarkan
pelbagai definisi yang dinyatakan maka jelaslah perhubungan awam
merupakan suatu yang penting dalam melaksanakan program sesesuatu
ogganisasi dalam menyampaikan maklumat kepada public. Publik kini
memerlukan maklumat tentang sesesuatu organisasi dengan terkini. Segala
tindakan dan perlakuan organisasi akan menggambarkan imej organisasi
keseluruhannya. Organisasi mesti bersedia menonjolkan imej yang baik dan
aktiviti perhubungan awam adalah penghubung antara public dan organisasi.
Selain itu, selaras dengan amalan perhubungan awam adalah dalam
pembuatan keputusan yang komplek terutamanya dalam masyarakat plural.
Fungsinya perhubungan awam menjadi lebih efektif melalui sumbangan
kepada persefahaman bersama antara kumpulan dan institusi. Perhubungan
awam berkhidmat dengan kepelbagaian yang meluas dalam masyarakat dan
memerlukan mempunyai hubungan yang baik dengan masyarakat bagi
menjayakan misi organisasi. Pengurusan organisasi perlu memahami sikap
dan nilai publik dalam usaha mencapai matlamat organisasi.
18

2.3.1 Peranan Pegawai Perhubungan


Dasar pegawai perhubungan adalah bertujuan untuk mempastikan imej baik
sesesuatu organasasi terpelihara dan dipertingkatkan melalui persefahaman,
penerimaan, kepercayaan dan kerjasama yang diperolehi berkaitan layanan
dan perkhidmatan yang berkualiti, cekap dan berkesan dalam hubungannya
dengan orang ramai. Dengan demikian menjadi tugas dan tanggungjawab
pihak yang terbabit menyampaikan sesesuatu aktiviti organisasi bagi
membolehkan masyarakat umum membulatkan pandangan dan sikap
mereka terhadap organisasi.
Menurut Muhamad Rosli Selamat, perhubungan awam merupakan komponon
penting dalam pengurusan sesebuah organisasi dan ia dianggap sebagai
salah satu fungsi pengurusan moden. PR berfungsi untuk memantau proses
komunikasi dua hala antara organisasi dengan public-publiknya. Di samping
itu PR juga digunakan sebagai alat untuk menilai dan mengukur tahap
kejayaan dan kegagalan sesuatu proses komunikasi berkenaan. Komunikasi
dua hala bermatlamat untuk mewujudkan persefahaman di antara organisasi
dengan public di mana melalui proses komunikasi tersebut pendapat public
dapat dikumpul untuk dijadikan sandaran perencanaan dan perancangan
proses PR.
Seterusnya, dalam mengalami proses PR yang berkesan memerlukan usaha
pemikiran, perencanaan dan organisasi yang dinamik dan rasional di
kalangan setiap individu ahli organisasi. Bagi tujuan tersebut, setiap individu
yang terlibat mestilah mempunyai pengetahuan, kejujuran, kewibawaan,
kesetiaan dan kesungguhan dalm menjalankan tugas bagi menjamin kesan
dan objektif organisasi tercapai.

19

Seorang pengurus berperanan untuk menyampaikan maklumat yang relevan


kepada pihak di luar unit dan juga di luar organisasi. Pengurus juga akan
memperuntukkan

masa

untuk

berinteraksi

dengan

pihak

di

luar

organisasinya. Oleh yang demikian, seseorang pengurus berperanan sebagai


saluran komunikasi di antara jabatannya dengan jabatan-jabatan lain di
dalam mahupun di luar organisasi.
Contohnya, seorang pengurus sumber manusia mungkin menghubungi
pengurus kewangan untuk menyemak dana yang diperuntukkan untuk
pengambilan pekerja baharu dalam organisasi sebelum pengambilan pekerja
dimulakan.
2.3.2 Tugas-Tugas Pengurus Perhubungan
Antara tugas-tugas yang telah dikenalpasti sebagai tugas utama bagi
seorang pengurus perhubungan ialah:
a. Mengenalpasti kumpulan sasaran utama pelanggan dan mengenalpsati
cara terbaik untuk berkomunikasi dengan mereka.
Tugasan ini adalah tugasan paling utama dan kritikal bagi seseorang
pengurus perhubungan . Ini kerana sebagai seorang yang berperanan untuk
menyebar segala maklumat organisasi yang penting kepada umum, ia
adalah menjadi tanggungjawab yang berat bagi seseorang yang memegang
jawatan

ini.

Proses

menyebarkan

maklumat

bukan

sahaja

dengan

menentukan cara yang terbaik dan paling efektif di dalam memastikan


mesej

yang

ingin

disampaikan

itu

dapat

difahami

dan

seterusnya

mempengaruhi seseorang itu malah ia juga meliputi dengan tugas paling


penting sekali iaitu mengenalpasti kumpulan sasaran utama pelanggan yang
ingin disampaikan mesej tersebut.
20

b. Membangun dan mengekalkan imej dan identity korporat syarikat yang


merangkumi penggunaan logo dan tanda niaga
Imej dan identity korporat sesebuah syarikat itu adalah sangat penting bagi
memastikan sesebuah syarikat itu dalam bersaing di dalam pasaran global
pada hari ini. Penggunaan logo yang unik seperti logo McDonalds yang
terkenal di serata dunia dapat menjamin syarikat untuk menjamin peneraju
tutama di dalam industri tersebut.
c. Menguruskan bajet yang diperuntukan bagi komunikasi dengan efektif
Sebagai seorang pengurus yang bertanggungjawab di dalam menguruskan
urusan berkenaan dengan komunikasi antara organisasi dan pelanggan,
seseorang pengurus itu hendaklah bijak di dalam menggunakan bajet yang
telah

diperuntukan

di

dalam

menjalankan

aktiviti-aktiviti

yang

telah

dirancang oleh syarikat.


2.3.3 Keperluan Ilmu Pengetahuan Pengurus Pegawai Perhubungan
Sebagai seorang pengurus perhubungan yang tugasnya berbeza dengan
pengurus-pengurus lain, terdapat beberapa pengetahuan serta ilmu yang
harus ada di dalam memegang jawatan ini. Antaranya ialah:
a. Penguasaan Bahasa Inggeris
Sebagai seorang yang berperanan sebagai jurucakap syarikat, pengurus
perhubungan awam perlu mempunyai kemahiran yang baik di dalam
pertuturan dan penulisan di dalam bahasa inggeris. Kemahiran dari segi
tatabahasa dan penggunaan bahasa inggeris yang sesuai amat kritikal
terutama sekiranya syarikat ingin bersaing di dalam pasaran global.
21

b. Pengetahuan Tentang Undang-Undang & Kerajaan


Pengurus perhubungan awam juga hendaklah mengetahui tatacara dari segi
perundangan sesebuah Negara dimana syarikat itu beroperasi. Kemampuan
membina perhubungan yang baik dengan agensi kerajaan dapat menjamin
kestabilan syarikat tersebut,
c. Perkhidmatan Berorietasikan Pelanggan dan Individu
Sebagai cabang utama syarikat di dalam menghubungkan pihak awam
dengan syarikat, pengurus perhubungan awam perlulah berkemahiran tinggi
di dalam perkhidmatan pelanggan. Ini menjamin kepuasan pelanggan
sewaktu berhubungan dengan syarikat terbabit.
2.4 PERANAN SEBAGAI PENYAMPAI MAKLUMAT
Pengurus perlu berinteraksi dengan pihak lain dan membentuk satu jaringan
kerja yang efektif. Pengurus hendaklah berkomunikasi dengan kenalan di
dalam organisasi dan juga pihak lain yang berada di luar organisasi dengan
baik supaya kesannya akan menguntungkan organisasi itu sendiri.
Rogers, Edwin , melihat komunikasi adalah satu proses pemindahan idea dan
berkongsi maklumat untuk mewujudkan kesefahaman di antara penyampai
dan penerima maklumat. Peranan komunikasi adalah sangat luas. Wright dan
Schramm menyatakan bahawa antara peranan komunikasi ialah pengawas
keadaan sekeliling, penggalak perbincangan dan pembawa idea kepada
perubahan.
Dalam konteks organisasi, komunikasi dapat dilihat dari sudut hubungan
yang terjadi di antara jabatan dengan bahagian, bahagian dengan unit dan
seterusnya. Dalam sesuatu organisasi, individu-individu yang bernaung di
22

bawah organisasi tersebut akan sentiasa berinteraksi semasa menjalankan


tugas atau untuk menyelesaikan masalah serta berusaha untuk mencapai
matlamat organisasi. Pada amalannya interaksi di antara individu terjadi
melalui jaringan komunikasi yang terdapat di tiap-tiap jabatan, bahagian dan
unit adalah menunjukkan bentuk perhubungan dan kegiatan kerja yang
membolehkan organisasi melaksana, menyelaras dan mengawal aktiviti
kerja.
Dalam sesuatu organisasi yang berbentuk formal perhubungan individu serta
pengaliran maklumat dalam organisasi khususnya semasa menjalankan
tugas terjadi dalam tiga bentuk (Goldhaber, 1983, F. Luthan, 1985)
Dalam konteks membentuk rangkaian kerja dengan pihak luar, pengurus
perlu berbincangan mengenai sesuatu projek dengan pengurus dari institusi
latihan kemahiran, jabatan atau organisasi lain. Pengurus juga perlu
mengadakan perhubungan dengan pemimpin - pemimpin masyarakat,
pegawai kerajaan dan pengubah pengubah polisi peringkat kebangsaan
atau tempatan.
Contoh

peranan

sebagai

jurucakap

ialah

apabila

beliau

menghadiri

mesyuarat pengarah pengarah di peringkat ibu pejabat MARA di Kuala


Lumpur, segala maklumat yang diterima akan disampaikan kepada semua
pekerja bawahan semasa beliau kembali ke institut. Beliau juga berperanan
untuk membentangkan laporan pencapaian pelajar pelajar institut di
sepanjang sesi
pengajian kepada Pengarah Bahagian Kemahiran di ibu pejabat MARA Kuala
Lumpur pada hujung semester.
Oleh kerana pengurus itu adalah penghubung individu, maka ia dianggap
sebagai nadi penting di dalam unitnya. Ia mungkin tidak mengetahui segala23

galanya tetapi ia tentu mengetahui lebih daripada kakitangan lain hasil


hubungannya dengan kakitangan di dalam dan pihak luar.
a. Sebagai pengawas.
Sebagai pengawas, pengurus menjelajahi persekitaran untuk mendapatkan
maklumat. Maklumat dapat diperolehi melalui perbualan, percakapan, dan
secara spekulasi. Memandangkan pengurus itu berhubung dengan pihak lain,
maka ia mempunyai kelebihan mengumpulkan maklumat untuk organisasi.
b. Sebagai penyampai.
Pengurus mestilah berkongsi dan membahagikan maklumat yang diterima
dari pihak luar. Sebagai penyampai, pengurus perlu memberikan sebahagian
daripada maklumat yang diperolehi itu terus kepada kakitangan bawahannya
yang tidak berpeluang mendapatkan maklumat tersebut. Apabila kakitangannya mempunyai kesukaran untuk berhubung dengan kakitangan yang
lain, maka pengurus kadang kala hendaklah menghantarkan maklumat
tersebut terus kepada kakitangan yang lain itu.
c. Sebagai jurucakap.
Sebagai jurucakap, pengurus menghantarkan sebahagian maklumatnya
kepada mereka yang di luar dari unitnya. Sebagai contoh, seorang penyelia
pengeluaran di sebuah gedung mencadangkan kepada pihak pembekal
supaya mengubah jadual bekalannya untuk memenuhi jadual pengeluaran
gedungnya.
2.5 PERANAN SEBAGAI PERUNDING
Setiap

organisasi

akan

berhadapan

dengan

pelbagai

tuntutan

dan

permintaan dari semasa ke semasa. Tuntutan dan permintaan ini mungkin


datang dari sebuah organisasi terhadap organisasi luar, seperti contoh;
24

tuntutan

pihak

pengurus

syarikat

dari

syarikat

pembekal

atau

pemasarannya dan juga tuntutan yang bersifat dalaman, seperti tuntutan


kesatuan

sekerja

terdahap

majikan

untuk

menaikkan

gaji

tahunan.

Penyelesaian segala masalah yang timbul adalah melalui perundingan, iaitu


para pengurus bertanggung jawab mewakili syarikatnya untuk merunding
mengenai sesuatu perkara dengan pihak luar untuk membela organisasinya
dan juga berusaha menyelesaikan sebarang pertikaian yang berlaku antar
pihak pengurusan dengan pihak pekerja.
Pengurus perlu mengambil tanggungjawab bagi mewakili organisasi untuk
mengadakan perbincangan dan tawar-menawar apabila wujudnya masalah
atau konflik yang berkaitan. Misalannya, timbul perselisahan berkenaan
pembayaran

pampasan,

keselamatan

dan

kesihatan

subordinat

dan

persoalan diskriminasi di tempat kerja.


Pengurus akan bertindak berunding dengan mana-mana wakil subordinat
atau wakil daripada kesatuan sekerja. Pada masa yang sama, perundingan
juga perlu dilakukan apabila terdapatnya perselisihan dengan pelanggan,
pembekal dan organisasi-organisasi yang lain. Oleh yang demikian anda
sebagai seorang pengurus perlu meningkatkan kemahiran sebagai seorang
perunding.
Sebagai contoh, pengurus besar mengadakan perundingan dengan kesatuan
sekerja atau pengurus jualan mengadakan perundingan kontrak dengan
pembeli atau pengurus akan berunding dengan penyelia tentang isu-isu
kerja dan lain-lain. Perundingan diibaratkan sebagai satu tugas penting
memandangkan pengurus mempunyai autoriti dan maklumat yang cukup
untuk mengadakan perundingan.
2.6 PERANAN SEBAGAI PENCETUS IDEA
25

Pengurus akan dapat menyumbang idea untuk melaksanakan sesuatu projek


dan membuat keputusan yang sesuai berkaitan dengan masalah yang di
hadapi. Pengurus juga terlibat dengan usaha usaha untuk merapatkan
jurang perbezaan yang terdapat di antara pekerja dalam organisasi atau
masalah yang berlaku semasa berhubung dengan pihak luar. Pengurus yang
berpengalaman dan berpengetahuan akan bertindak bersendirian mengatasi
masalah tersebut.
Pekerja perlu dilibatkan untuk mendapatkan jalan penyelesaian sesuatu
masalah jika sekiranya dirasakan sumbangan idea daripada pekerja sesuai
untuk menjayakan sesuatu keputusan. Jika berlaku konflik di antara
pengurusan dengan pengurus lain atau pekerja, pembekal atau pelanggang
terhadap sesuatu masalah, pengurus hendaklah bertindak menyelesaikan
masalah tersebut dengan mendapatkan keputusan secara bersama atau
bermuafakat.
Contoh pengurus bertindak sebagai penyelesai masalah ialah mengatasi
masalah kualiti persekitaran dan latihan yang tidak tersusun. Pengurus telah
membentuk satu jawatankuasa amalan persekitaran berkualiti (5S). Dengan
menetapkan sasaran untuk mendapatkan sijil.
3.0 ANALISIS PENGENALAN PENGURUSAN PERTAMA BERDASARKAN
ARTIKAL
PERANAN TUNGGAK
Perkara utama yang harus diketahui ialah pemimpin merupakan agen
perubahan dalam sesebuah organisasi. Selain menyatupadukan keseluruhan
organisasi untuk mencapai wawasan dalam sesebuah organisasi. Di samping
itu, pemimpin juga turut berperanan merangka serta menjalankan pelan
pembangunan.

Malahan

peranannya
26

meliputi

tugas

menyediakan

persekitaran yang mempunyai kolaborasi antara ahlinya bagi mencapai


matlamat wawasan ataupun pembaharuan dalam organisasi.
Fungsi dan kepentingan seorang pemimpin tidak boleh diperkecilkan kerana
mereka merupakan agen perubahan ketara dan aspek penting dalam
menentukan keberkesanan pengurusan sesebuah organisasi. Perkara utama
yang harus kita ketahui ialah pemimpin merupakan agen perubahan dalam
sesebuah organisasi. Selain menyatupadukan keseluruhan organisasi untuk
mencapai wawasan dalam sesebuah organisasi. Di samping itu, pemimpin
juga turut berperanan merangka serta menjalankan pelan pembangunan.
Malahan

peranannya

meliputi

tugas

menyediakan

persekitaran

yang

mempunyai kolaborasi antara ahlinya bagi mencapai matlamat wawasan


ataupun pembaharuan dalam organisasi.
pemimpin yang berkesan merupakan nadi dalam organisasi untuk mencapai
sesuatu

matlamat

merupakan

pihak

dan
yang

wawasan

organisasi.

dipertanggungjawab

Kepemimpinan
merealisasikan

sekolah
matlamat

pembangunan sekolah iaitu ke arah mewujudkan sekolah yang cemerlang


secara holistik. Pemimpin Unggul Penjana Utama Ke arah Kecemerlangan
sesebuah Organisasi,slogan ini amat sesuai kita gunakan.
Dalam hal ini, pengetua merupakan individu yang berperanan sebagai
pemain

utama

dalam

usaha

penambah

baikan

sekolah

serta

melestarikannya. Walau bagaimanapun, kepemimpinan sekolah bukanlah


hanya dipikul oleh pengetua sahaja, tetapi juga melibatkan guru yang
berkhidmat di sekolah tersebut. Kewujudan sekolah yang berkesan juga
adalah hasil daripada penyertaan yang berterusan daripada guru-guru yang
kompeten. Perkara yang menjadi gandingan mantap untuk memantapkan
pengetua ialah kepimpinan transformasi. Kepemimpinan transformasi sering
dikaitkan dengan gaya kepemimpinan yang berkesan dan berupaya untuk
27

mengubah persepsi dan motivasi orang bawahan serta membawa kepada


kecemerlangan organisasi. Malahan, gaya kepemimpinan ini dikaitkan
dengan gaya kepemimpinan karismatik yang menunjukkan ciri-ciri dan
tingkah laku unggul pemimpin yang berupaya untuk membangkitkan
inspirasi serta berkebolehan merangsang intelektual dan bertimbang rasa
secara individu terhadap orang bawahannya.
MAJALAH JAUHARI (2010)
seseorang pemimpin itu harus berpandangan jauh iaitu dapat melihat dan
merancang matlamat organisasi dengan jelas seperti mana mantan perdana
menteri Malaysia Tun Dr Mahathir yang menjadikan Wawasan 2020 sebagai
tunggak hala tuju kepimpinannya manakala Yang Amat berhormat Datuk Sri
Najib Abdul Razak dengan konsep Satu Malaysia. Selain itu pemimpin harus
mempunyai keupayaan dalam meneraju organisasi yang dipimpinnya
sebagai satu dasar kukuh untuk mendapat kepercayaan dalam menerajui
sesebuah organisasi. Selalunya pengikut akan taat dan patuh jika pemimpin
mereka menunjukkan keupayaan yang luar biasa dan mencapai standard
yang tinggi dalam prestasi kepimpinannya seperti mendapat pengiktirafan
dunia

seperti pengiktirafan oleh Arab Saudi ke atas Tun Abdullah Bedawi

dalam misinya memertabatkan Agama Islam di tahap antara bangsa dalam


kepimpinannya.
Menurut kajian Growing Global Executive Talent pada tahun 2008 oleh DDI
menyokong bahawa trait dan etika memainkan peranan penting dalam
menentukan kemahiran kepimpinan seseorang di mana dapat kajian
tersebut mendapati komponen dalam trait kepimpinan individu seperti
keupayan memmtivasi pasukan (34.7%), dapat menjalankan tugas dengan
pelbagai budaya (33.5%), membangunkan sifat semulajadi (25.7%) dapat
membuat keputusan (23.8%), keupayaan mengatur strategi (23.81%)
28

kreativiti dan inovasi (22.8%) manakala yang berhubung dengan etika


adalah 16% dan selebihnya adalah berkaitan dengan sahsiah diri, kemahiran
interpersonal dan personal dan lain-lain (Johannsen, 2010).
Sehubungan dengan itu, untuk mencapai kepimpinan yang cemerlang
seseorang ketua atau pemimpin seharusnya mempunyai trait yang baik dan
sesuai bagi menjadikannya seorang ketua di samping berpegang teguh
kepada peraturan dan kod etika sesuatu organisasi atau pertubuhan di mana
beliau selaku pemimpin. Menurut Walker (2005) menjelaskan bahawa
pemimpin

yang

berpegang

teguh

kepada

kod

etika

akan

dapat

memertabatkan dirinya dan jika seseorang pemimpin tidak mengamal atau


melanggar kod etika yang telah ditetapkan sama ada yang telah ditentukan
atau etika sebagai seorang individu dalam masyarakat maka sudah tentu
imej atau kreadibiliti beliau sebagai pemimpin akan terjejas. Contohnya
banyak

pemimpin

yang

mulanya

disanjung

dan

dihormati

seluruh

masyarakat dunia jatuh kerana masalah peribadi seperti pecah amanah,


skandal seks, rasuah dan hilang kepercayaan.
Menurut Adair (2009), untuk mendapat ketua atau kepimpinan yang disegani
maka para pengikut seharusnya melihat seseorang yang hendak dilantik
sebagai ketua atau pemimpin

hendaklah dilihat sama ada dia mampu

diangkat sebagai seorang ketua, berpengetahuan sesuai dengan matlamat


organisasi, bijak mengurus masa, bijak mengendali dan merancang serta
mengawal sesuatu serta boleh menilai sesuatu dengan berdasarkan
pencapaian. Oleh itu, ketua dan pengikut perlu memainkan peranan penting
dalam menentukan siapakah yang layak menjadi pemimpin dalam sesuatu
organisasi.

29

4.0ANALISIS PERANAN PENGENALAN PENGURUSAN KEDUA


BERDASARKAN ARTIKAL YANG KE 2
PERANAN PEMIMPIN
Peranan pengurusan ke 2 adalah Pemimpin Dalam Islam pemimpin disebut
dengan Khalifah. Khalifah (Ar.: Khaliifah adalah wakil, pengganti atau duta).
Sedangkan secara itilah Khaliifah adalah orang yang bertugas menegakkan
syariat Allah s.w.t , memimpin kaum muslimin untuk menyempurnakan
penyebaran syariat Islam dan memberlakukan kepada seluruh kaum
muslimin secara wajib, sebagai pengganti kepemimpinan Rasulullah s.a.w .
Dari pengertian diatas jelas bahwa pemimpin menurut pandangan Islam
tidak hanya menjalankan roda pemerintahan begitu saja namun seorang
pemimpin harus mewajibkan kepada rakyatnya untuk melaksanakan apa
saja yang terdapat dalam syariat Islam walaupun bukan beragama Islam.
Serta mempengaruhi rakyatnya untuk selalu mengikuti apa yang menjadi
arahan dari seorang pemempin.
Kebanyakan orang mengaitkan kepimpinan dengan kuasa. Dengan kuasa
yang ada, pemimpin mampu melakukan apa sahaja termasuk memaksa
orang bawahan tunduk kepada telunjuk mereka atau menekan dan
mengganggu kehidupan orang-orang yang tidak mereka sukai melalui
tekanan mental atau fizikal. Keadaan ini memang wujud tetapi ia bukanlah
cara kepimpinan yang harus dijadikan contoh. Pemimpin yang hebat perlu
bijak menaikkan semangat orang-orang yang mereka pimpin agar turut
bekerjasama untuk mencapai matlamat organisasi atau negara. Mereka
mampu

membuka

mata

pengikut-pengikut

organisasi secara meluas.

30

untuk

melihat

gambaran

Jadi, bagaimanakah cara anda ingin mempengaruhi orang yang anda pimpin
untuk mengikut anda? Orang zaman sekarang sudah banyak terdedah
kepada pelbagai informasi yang boleh didapati melalui buku-buku, majalahmajalah, televisyen, radio, internet dan macam-macam lagi. Jadi, mereka ini
tidak mudah untuk dipengaruhi dan tidak akan menerima segala cadangan
atau arahan tanpa menyuarakan soalan atau pendapat mereka sendiri.
Namun, mereka akan mendengar dan mengikut arahan pemimpin jika
mereka nampak arah yang ingin dituju dengan jelas. Tetapi mereka akan
merasa ragu untuk mengikut pemimpin yang tidak pasti ke mana ia ingin
membawa orang-orang yang dipimpin dan sentiasa berdolak-dalik dengan
kata-kata dan tindakan ke atas orang yang anda pimpin. Ia boleh dilihat
melalui perwatakan anda dan tindak tanduk mereka.
Menjadi seorang pemimpin tidak hanya berkisar pada kemahiran apa yang
anda miliki, kebijaksanaan anda, apa yang anda tahu dan apa yang anda
lakukan. Anda adalah ibarat cermin kepada pengikut anda. Apa yang anda
lakukan menjadi ikutan mereka.
Kajian ada menunjukkan salah satu kunci kejayaan pemimpin adalah
kepercayaan dan keyakinan penuh yang diberi oleh pengikut kepada
pemimpin mereka. Jika mereka percaya kepada seseorang pemimpin,
mereka sanggup 'meredah lautan' dan melakukan apa sahaja untuk
membantu pemimpin tersebut mencapai sesuatu matlamat. Kepercayaan ini
amat penting kerana apabila timbul keraguan terhadap kepimpinan anda,
keadaan akan menjadi tidak stabil dan kucar-kacir. Ini akan membantut
usaha anda untuk menyatupadukan pasukan yang anda pimpin.
Kepercayaan dan keyakinan terhadap pemimpin dibina melalui perhubungan
yang baik di antara pemimpin dan orang-orang yang mereka pimpin,
komunikasi yang jelas dan ketinggian etika seorang pemimpin. Jika kuat dan
31

utuh hubungan anda dengan orang yang dipimpin, maka akan bertambah
kuatlah kepercayaan dan keyakinan mereka terhadap kebolehan anda
sebagai seorang pemimpin yang boleh mereka harapkan.
Jadilah pemimpin yang adil dan bertanggungjawab. Seorang pemimpin yang
hebat tidak akan mengaku bahawa kejayaan yang diraih adalah sematamata kerana usaha mereka seorang tetapi ia adalah hasil titik peluh dari
setiap pekerja yang telah bersama-sama berusaha untuk menjayakan usaha
tersebut
Pemimpin akar umbi seperti ketua kampung dan imam memainkan peranan
penting

dalam

menentukan

corak

kepimpinan

negara,

kata

Menteri

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal.
Sehubungan itu, Shafie yang juga Naib Presiden UMNO berkata, pemimpin
akar umbi berkenaan perlu melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang
telah diamanahkan dengan berkesan kerana kegagalan berbuat demikian
boleh memberi tempias kepada kepimpinan negara.
"Saya memperingatkan mereka (pemimpin akar umbi) tentang betapa
pentingnya pilihan raya akan datang untuk kita mempunyai pemimpin yang
boleh menjadi tempat kita bergantung bukan hanya dalam memimpin
negara tetapi juga dalam konteks landasan agama Islam.
"Kita perlukan seorang pemimpin yang boleh membawa kita ke arah
kejayaan selaku umat Islam di negara ini dan bukan ke arah yang
terpesong,"

katanya

selepas

mengadakan

kampung dan imam di sini semalam.

32

perjumpaan

dengan

ketua

Turut hadir Menteri di Jabatan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Nasir Tun
Sakaran.
Menurutnya, umat Islam di negara ini tidak boleh silap memilih pemimpin
kerana sekali berlaku kesilapan ia akan memudaratkan umat dan negara.
Teknologi Dekatkan Pemimpin Dengan Rakyat
Laman interaktif sosial Twitter kini semakin hangat menjadi pilihan pengguna
apabila selain selebriti, para pemimpin dilihat menggunakannya sebagai
medan perdebatan pelbagai isu secara langsung dengan rakyat termasuk
mengumpul sebanyak mungkin pengikut.
Mendahului para pemimpin negara Asia, Perdana Menteri Malaysia, Datuk
Seri Mohd. Najib Tun Razak menjadi peneraju yang kini mengumpul hampir
70,000 pengikut, tidak termasuk pengikut beliau di laman interaktif
Facebook.
Laman #tanyanajib kini begitu meriah apabila dihujani ribuan soalan dan
pendapat yang serius dan kelakar daripada pelbagai lapisan masyarakat.
Daripada persoalan mengenai isu-isu dunia, negara, pendidikan dan sosial,
soalan berunsur peribadi turut diajukan.
Populariti yang diraih Najib juga dirasai beberapa ahli politik dalam negara
yang turut membuka akaun Twitter untuk menyampaikan ideologi mereka
antaranya Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Nik Aziz Nik Mat, Lim Kit Siang,
Tun Dr. Mahathir Mohamad dan Khairy Jamaluddin.
Pensyarah Jabatan Komunikasi dan Media, Kolej Antarabangsa INTI Subang,
Mohd. Khairul Irwan Mansor berpendapat, para mahasiswa universiti harus
33

memanfaatkan peluang berinteraksi secara langsung dengan perdana


menteri dan pemimpin lain bagi menyampaikan idea dan pandangan
mereka.
Para pelajar dapat menyuarakan pelbagai isu membabitkan remaja dan
belia serta membincangkan masalah-masalah dalam pendidikan, sosial dan
sebagainya.
Tidak semestinya perlu suarakan pandangan mereka berkaitan isu politik,
sebaliknya perkara-perkara yang dekat dengan diri mereka, katanya.
Pegawai Perhubungan Awam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
(SPRM), Maizatul Akmal Yahaya pula menggalakkan lebih ramai rakyat
melihat

perkembangan

laman

Twitter

pemimpin

bagi

mengetahui

perkembangan terkini dalam negara dengan lebih pantas berbanding media


tradisional.
Saya sering mengikuti perkembangan laman Twitter perdana menteri dan
saya lihat beliau sering menghantar maklumat mengenai inisiatif terbaru
yang diambil kerajaan termasuk perkembangan aktiviti hariannya.
Contohnya, baru-baru ini beliau mengumumkan pelancaran Dana Belia
bernilai RM20 juta di laman Twitter beliau, katanya.
Tambahnya, kewujudan laman Twitter pemimpin menunjukkan mereka serius
dengan komitmen mendekati rakyat secara langsung tanpa pihak ketiga.
Perdana Menteri juga menjawab soalan-soalan remeh mengenai kehidupan
peribadi beliau sama ada di Twitter, Facebook atau YouTube, katanya.

34

Jurutera Darco Industrial Water Sdn. Bhd., Md. Jazli Md. Johari bagaimanapun
meragui kesemua komen-komen, idea dan pandangan pengikut laman
Twitter para pemimpin negara sempat dibaca sepenuhnya oleh para
pemimpin berkenaan.
Saya yakin ribuan pandangan dikemukakan masyarakat setiap hari tetapi
tidak semuanya akan mendapat perhatian serius. Bayangkan berapa ribu
komen baru yang masuk setiap hari ke dalam laman Twitter berkenaan.
Adakah pemimpin mempunyai masa untuk meneliti kesemua pandangan
masyarakat yang diajukan, katanya.
Sementara itu, di laman Twitter Najib, beliau memberitahu seronok membaca
soalan kreatif rakyat dan menyediakan jawapan kepada beberapa soalan
menerusi video di laman YouTube.
Selain media massa, segala aktiviti Najib juga dapat diikuti melalui Twitter.
Beliau juga berkata akan cuba untuk menjawab soalan-soalan yang diajukan
serta meminta diberikan masa untuk meneliti soalan-soalan tersebut.
Salah satu soalan yang dijawab di laman YouTube ialah soalan oleh pemilik
akaun Twitter, Danial Fahmi mengenai perancangan perkembangan belia di
Malaysia bagi membanteras masalah sosial secara berterusan.
Dalam pada itu, pelajar Universiti Tun Abdul Razak (Unitar), Abdul Amir Abdul
Malik, 19, berkata dia pernah menyampaikan ucapan tahniah kepada
perdana menteri melalui laman Twitter #tanyanajib kerana menjadikan
Twitter sebagai medium untuk mendekati rakyat.

35

Bagi saya ia adalah perkara yang hebat apabila pemimpin negara


mempunyai akaun Twitter. Najib ialah perdana menteri pertama di Asia yang
mempunyai akaun Twitter.
Kini, pelajar juga dapat berhubung dengan pemimpin tanpa melalui
prosedur yang ketat, katanya.
Pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Mohamad Izwan Ismail, 24, pula
berasa hairan apabila perdana menteri mempunyai masa untuk melayani
soalan-soalan di Twitter.
Tetapi saya lihat ada banyak perkara yang sebelum ini tidak diketahui
masyarakat diperoleh di sini, contohnya aktiviti-aktiviti dan pelan-pelan yang
dijalankan perdana menteri.
Tetapi saya yakin beliau ada pembantu yang memantau perjalanan laman
Twitter itu, katanya.
Terdedah serangan penggodam
Pakar Teknologi Maklumat, Kavitha Muthy pula berkata, Twitter merupakan
trend terkini para ahli politik bagi menyebarkan ideologi mereka tetapi ia
adalah kaedah berkesan dan pantas untuk maklumat sampai dengan cepat
kepada rakyat.
Ciri-Ciri Yang Baik Mengikut Padangan Tokoh Terkemuka
Mengikut pandangan tokoh Islam daripada Al Mawardi menyatakan bahawa
seorang pemimpin perlu mempunyai sifat seorang yang adil dalam
memimpin pekerja di dalam organisasi tersebut. Seorang pemimpin juga
36

perlulah seorang yang berfikiran matang dan berani berijtihad dalam


melakukan tugasnya. Seorang pemimpin juga menurut Al Mawardi perlulah
berpancaindera yang sempurna. Ianya juga perlu mempunyai ilmu agama
yang tinggi. Hal ini kerana dengan adanya ilmu agama yang tinggi secara
tidak langsung dapat mengelakkan seorang pemimpin daripada melakukan
perkara yang mungkar dan seorang pemimpin juga perlu mempunyai
anggota badan yang sempurna supaya boleh menguruskan pekerjaannya
dengan sempurna. (Ahmad Ibrahim Abu Sin, ).
Manakala menurut Imam Al-Ghazali menyatakan seorang pemimpin perlulah
seorang yang hidupnya dengan cara sederna tidak terlalu membazir dengan
harta yang dimiliki olehnya. Seorang pemimpin juga perlulah melaksanakan
kerja dengan tenang tanpa merungut dengan pekerjaan yang dilakukanna.
Dia juga harus cuba memuaskan semua pihak jika hal itu tidak melanggar
undang-undang dan peraturan. Seorang pemimpin juga menurut Imam AlGhazali perlulah mempunyai sifat kesedaran akan tanggungjawab besar
jawatannya. Seorang pemimpin juga perlulah seorang yang suka bersahabat
dengan para ilmuan dan mendengar arahan para ilmuan tersebut. Hal ini
keran supaya seorang pemimpin tersebut tidak melanggar undang-undang
yang telah digariskan dalam Islam ataupun tidak terpesong daripada
landasan agama Islam yang telah ditetapkan oleh syarak. (Ahmad Ibrahim
Abu Sin, ).
Manakala menurut pandangan daripada tokoh barat iaitu Edwin Ghiselli
menyatakan

bahawa

seorang

pemimpin

perlulah

mempunyai

sifat

kesungguhan dan keyakinan kepada diri sendiri. Tanpa sifat kesungguhan


dan keyakinan dalam diri sendiri boleh menyebabkan sesebuah organisasi
tidak akan berjalan dengan baik. Begitu juga dengan kecerdasan yang terlalu
tinggi

atau

kecerdasan

yang

terlalu

rendah

keberkesanan memimpin. (Mustafa Hj. Daud).


37

akan

mengurangkan

Selain itu, menurut pandangan tokoh Barat lainnya iaitu Ralph M. Stogdill,
seorang pemimpin perlulah bersifat kecerdasan dan kemampuan juga bijak,
matang, mempunyai harta sebagai modal supaya seorang pemimpin
tersebut dapat menguruskan organisasinya dengan baik. Seorang pemimpin
juga perlu adanya sifat sosial iaitu dimana mempunyai daya kerjasama,
kemampuan

berkomunikasi

dan

berkebolehan

untuk

bermasyarakat.

(Mustafa Hj. Daud).


Selain itu, seorang pemimpin juga seharusnya mempunyai sifat keperibadian
iaitu

dimana

berkebolehan,

agresif

dan

berkeyakinan

tinggi

dalam

menjalankan tugas sebagai seorang pemimpin. (Mustafa Hj. Daud).

5.0 ANALISIS PENGENALAN PENGURUSAN KETIGA BERDASARKAN


ARTIKAL YANG KE 3
PERANAN PERUNDING
Accenture,

perunding

pengurusan,

teknologi

dan

penyumberan

luar

terkemuka dunia menyifatkan strategi kerajaan mendapatkan perkhidmatan


perunding luar untuk merumus dasar sebagai langkah terbaik untuk
mencapai penggunaan sumber dengan lancar dan teratur.
Pengarah Urusan Analisis ASEAN, Nils Michaelis, berkata langkah itu mampu
mengoptimumkan sumber dana kerajaan yang diperoleh daripada cukai

38

untuk digunakan secara tepat bagi mencapai objektif pentadbiran kerajaan


yang terbaik.
Katanya, perkhidmatan itu membolehkan kerajaan mencari kaedah amalan
pentadbiran terbaik pada peringkat global dan berkesan yang mana secara
tidak langsung ia menjadikan perbelanjaan negara lebih berbaloi.
Pentadbiran Lestari
Selain

manfaat

perkhidmatan

pentadbiran

analisis

lestari,

perunding

luar

perubahan
juga

arah

mungkin

aliran

dalam

menjadi

faktor

perkhidmatan itu semakin mendapat sambutan kini terutamanya dalam


ekonomi baru sedang membangun, berbanding sebelum ini hanya tertumpu
di negara maju.
Perubahan teknologi dan kandungan data yang besar juga memerlukan
analisis tepat dan berkesan menerusi perkhidmatan perunding luar kerana
industri analisis data menjadi semakin kompleks lebih-lebih lagi selepas
lonjakan penembusan internet mudah alih, katanya dalam satu taklimat di
Kuala Lumpur.
Beberapa pihak sebelum ini mempertikaikan kewajaran langkah kerajaan
yang didakwa membelanjakan RM7.2 bilion mendapatkan firma perunding
antara tempoh 2009-2013.
Kurang Tenaga Pakar
Accenture berkata, perkembangan teknologi dan pertambahan populasi
menjadikan data lebih kompleks untuk dianalisis dan industri itu menghadapi
kekurangan tenaga pakar terutama dengan kelebihan skil analisis.

39

Tindakan untuk mendapatkan perkhidmatan perunding luar adalah terbaik


kerana ia mengurangkan beban kewangan kerajaan menanggung kakitangan
dan cabang pentadbiran khas analisis kompleks disamping memperoleh hasil
dimahukan, katanya.
Mengikut kajian syarikat itu, purata syarikat besar yang menggunakan
perkhidmatannya meraih peningkatan perniagaan antara 20 peratus hingga
50 peratus hasil keberkesanan perkhidmatan analisis komersial Accenture.
Tinjauan 400 syarikat
Sementara itu, laporan perkhidmatan analisis Accenture hasil tinjauan 400
syarikat ASEAN membabitkan sektor awam, perbankan, sumber, komunikasi
dan pembuatan menunjukkan 76 peratus pengurus kanan responden
komited mengambil kira analisis dalam membuat keputusan.
Bagaimanapun, hanya 19 peratus responden terbabit berpuas hati dengan
keberkesanan menggunakan analisis dalam membuat keputusan ekoran
kekurangan tindakan yang betul bagi melaksanakan polisi atau perubahan.
Artikal Berita Harian

6.0 KESIMPULAN
Secara keseluruhannya, pengurus telah menunjukkan komitmen yang baik
selaku penyebar maklumat dalam memimpin organisasi mereka. Kesemua
40

mereka didapati jelas, memahami dan kerap memainkan peranan tersebut.


Hal ini seperti yang diakui oleh kakitangan organisasi subordinat yang
bersetuju bahawa pemimpin mereka telah menjalankan peranan tersebut.
Secara tidak langsung dapatan ini juga menunjukkan subordinat sedar akan
kepentingan mengurus maklumat oleh pemimpin mereka. Peranan ini boleh
mempengaruhi perjalanan dan iklim organisasi. Selain itu, peranan penyebar
maklumat penting bagi memastikan perjalanan pementasan lancar. Secara
tidak langsung maklumat yang disampaikan dengan betul dapat membantu
dalam mengadakan persembahan yang berjaya.
Justeru itu, bahawa individu yang bergelar pemimpin berwibawa itu
merupakan seorang insan yang memiliki sifat keistimewaan yang tidak
dimiliki oleh orang lain dalam sesuatu kelompok. Kewibawaan yang dimiliki
akan membantu seseorang pemimpin itu dalam memimpin keluarga,
masyarakat,

dan

negara

dengan

lebih

berkesan

dan

sempurna.

Sebagaimana yang telah ditegaskan, kewibawaan merupakan satu asas


penting yang membolehkan seseorang pemimpin mewujudkan suasana kerja
yang

kondusif

serta

memupuk

motivasi

ahli-ahli

organisasi

dalam

melaksanakan amanah yang diberikan. Sesuatu kemahiran dalam apa jua


bidang yang dimiliki oleh seseorang pemimpin akan memantapkan lagi
kewibawaanya. Jadi, kemahiran pengurusan yang dimiliki oleh seseorang
pemimpin akan memantapkan lagi kewibawaannya dalam mentadbir dan
menguruskan organisasi.
Untuk mendapatkan kepimpinan yang berkualiti perlulah ada perhubungan
antara pemimpin dengan pihak lain dalam menjalankan semua perubahan
dan tugas walaupun peranan ketua adalah sangat penting. Peranan ketua
adalah amat penting tetapi ia memerlukan sokongan dan bantuan daripada
rakan sekerja yangsama.

41

7758 Patah Perkataan

7.0 RUJUKAN
Ab Samad Kechot (1998) Bentuk-bentuk komunikasi dan kesan ke atas
organisasi: Satu kajian ke atas Akademi Seni Kebangsaan, Kuala Lumpur
(Tesis Sarjana Sastera). Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti
Kebangsaan Malaysia.
Ab Samad Kechot (2005) Istana Budaya: Kajian mengenai kepimpinan dan
pengurusannya (PhD
Dissertation). Institut Pengajian Siswazah, Universiti Malaya.
Abdullah Hassan, Ainon Mohd (1997) Komunikasi untuk pemimpin. Utusan
Publications & Distributors Sdn. Bhd, Kuala Lumpur. GEOGRAFIA OnlineTM
Malaysia Journal of Society and Spa
Abdullah Hassan dan Ainon Muhamad (1998). Komunikasi untuk pemimpin.
Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.
Ahmad Atory Hussain (1986), Tingkahlaku organisasi dalam pengurusan
moden. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka
Ciri-Ciri Pemimpin Yang Baik Dalam Sesebuah Organisasi Diperolehi Pada 4
Julai

2014

daripada

world

wide

web

http://mylittletask.blogspot.com/2010/11/ciri-ciri-pemimpin-yang-baikdalam.html

42

Pengurusan Sumber Manusia Diperolehi Pada 4 Julai 2014 daripada world


wide

web

http://myoum.wordpress.com/2008/05/02/bbsm-1103-

pengurusan-sumber-manusia/
Perhubungan Awam Diperolehi Pada 8 Julai 2014 daripada world wide web :
http://perjuanganosmaismail.blogspot.com/2011/09/sem6-perhubunganawam.html
Trait Dan Etika Pemimpin Diperolehi Pada 10 Julai 2014 daripada world
wide web : http://arenchek.blogspot.com/2012/03/trait-dan-etika.html
Artikel

Penuh:

http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?

y=2008&dt=1007&pub=kosmo&sec=Akademi&pg=ak_02.htm#ixzz37WV08
xAl
http://www.bharian.com.my/articles/Gunakhidmatperundingluarlangkahterbai
k/Article/
http://jpnjohor.moe.gov.my/jpnjohor/v6/pdf/emajalah2010.pdf

43