Anda di halaman 1dari 25

ISI KANDUNGAN

SURAT

MUKA

BORANG kOLABORASI
BIODATA DIRI
PENGHARGAAN
PENGENALAN
Sejarah ringakas

..

DEFINISI

..

OBJEKTIF
Konsep boneka

..
..

Tujuan penggunaan boneka

Teknik Pengajaran boneka

Jenis boneka

Kebaikan menggunakan boneka

Jenis pentas

..
...

5
7

.
.

Contoh membuat boneka 13


Cara membuat Pentas boneka ..
Contoh Cerita

16

Rumusan

20

Refleksi

21

Bibliografi

.....

Literasi Bahasa
WAJ 3104
1

14

22

PENGENALAN
Sejarah ringkas
Perkataan puppet atau boneka berasal daripada perkataan latin
iaitu pupa. Ahli sejarah berpendapat bahawa boneka telah dijumpai kirakira 3000 tahun sebelum Masihi oleh orang-orang Mesir dan Cina. Bahan
yang digunakan adalah kayu, tanah liat atau tulang binatang . Boneka
yang lebih indah diperbuat daripada lilin dan gading gajah. Boneka terus
berkembang mengikut perkembangan zaman.

Secara amnya boneka

dicipta untuk tujuan keagamaan dan hiburan. .

Bentuknya sangat

berbeza dengan pasaran yang terdapat pada masa kini.

Dulu bentuknya

tidak menarik dan dikatakan sangat menyeramkan sehingga kanak-kanak


enggan memilikinya.

Boneka tersebut sangat kaku dan tidak boleh

digerakkan. Boneka yang digunakan di Mesir, Itali, Jepun , China dan India
berkait rapat dengan agama dan kepercayaan.

Di Jepun boneka yang

dikenali sebagai banraku digunakan untuk tujuan berhibur.


DEFINASI
Boneka

merupakan salah satu darpada peralatan penting yang

terkandung dalam beberapa watak animasi. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz
(1996) mendefinasikan bahawa boneka sebagai

objek yang digerak

lakonkan oleh pemain dengan skrip bebas yang dissuaikan dengan bahan
yang diceritakan.

Menurut Azman Wan Chik (1993)

bahawa boneka

sebagai objek yang terdiri daripada alat sebenar atau bahan ciptaan yang
bebentuk orang, haiwan , tumbuh-tumbuhan dan sebagainya yang
digerakmainkan oleh pemain dengan menggunakan dialog atau mitos
mengikut watak atau cerirta sama ada secara sentuhan atau arahan yang
bertujuan menyampaikan mesej.
Boneka digunakan sebagai alat bantu mengajar dalam pengajaran
dan pembelajaran untuk menyampaikan pengajaran menggunakan teknik
bercerita dengan lebih berkesan.

Pendengar dan penonton dapat

menghayati sesebuah cerita dengan memberikan tumpuan sepenuhnya


Literasi Bahasa
WAJ 3104
2

kepada lakonan boneka tersebut. Melalui penceritaan kanak-kanak dapat


belajar dalam suasana yang gembira dan ceria. Kanak-kanak akan lebih
mudah faham apabila mereka belajar dalam keadaan
mereka bersedia dan ceria kerana mereka akan lebih mudah faham dan
ingat perkara yang telah mereka pelajari.

Hal ini kerana secara

lumrahnya manusia sentiasa mengingati perkara yang menyeronokkan


berbanding perkara yang tidak memberi kesan dalam diri mereka.
Kesan daripada pemainan boneka cukup baik kearah pendedahan
kanak-kanak

untuk

berkomunikasi,

penciptaan cerita dan meransang


penggunaan

boneka

juga

dapat

melahirkan

idea

imaginasi.

Selain daripada itu,

memberi

kreatif

pengalaman

dalam
belajar

bekerjasama secara berkumpulan. Pencerita membawa pengalaman luar


untuk direalisasikan menerusi daya imaginasi pencerita dan kanak-kanak
menjadi andaiannya.
OBJEKTIF
Kertas tugasan ini bertujuan untuk membincangkan
pengajaran dan pembelajaran

kelas pemulihan dan linus

dipraktikkan oleh guru-guru bagi melahirkan

teknik

yang boleh

satu situasi pembelajaran

yang menyeronokkan dan berkesan.


Objektif khusus kertas tugasan ini adalah seperti berikut:
1. Dapat mengetahui implikasi yang akan diperolehi oleh murid dan
guru sewaktu menggunakan teknik bercerita menggunakan Boneka
2. Menyedari kebaikan penggunaan boneka dan hubungannya dengan
kurikulum
3. Mengenalpasti

prinsip-prinsip , ciri-ciri

sesuai digunakan

dan teknik boneka yang

dalam pengajaran dalam kelas pemulihan dan

linus.

Literasi Bahasa
WAJ 3104
3

Konsep Boneka
Boneka adalah objek atau bahan yang digerakkan serentak dengan
skrip
yang disesuaikan dengan bahan yang diceritakan.
Boneka juga adalah objek yang terdiri daripada alat yang sebenar
atau ciptaan sendiri yang boleh dipelbagaikan bentuknya seperti bentuk
haiwan, tumbuh-tumbuhan , watak-watak kartun dan sebagainya yang
digeraklakonkan oleh pemainnya dengan menggunakan dialog mengikut
sesuatu watak atau cerita.
Tujuan Penggunaan Boneka dalam Pengajaran

Mempelajari bahasa dalam suasana yang menarik dan berkesan


Tujuan
pembelajaran
menggunakan
boneka
adalah
untukmemberikan

peluang kepada murid murid mempelajari

bahasa dalam suasana yang menarik.

Pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan.


Penggunaan
boneka
dapat
memperkukuhkan
kemahiran
mendengar, bertutur, membaca dan menulis murid-murid melalui
pengalaman sebenar serta aktiviti yang menggembirakan.

Mempercepat dan mempermudahkan pemahaman


Kaedah ini akan mempercepatkan serta memudahkan pembelajaran
murid terhadap sesuatu cerita, peristiwa atau isi pelajaran yang
disampaikan.

Memupuk daya kreativiti


Murid-murid akan diajar untuk menghasilkan ciptaan dan karya seni
yang menarik dan kraetif.

Literasi Bahasa
WAJ 3104
4

Penglibatkan secara aktif dalam bilik darjah.


Boneka membantu murid-murid untuk melibatkan diri secara aktif
dalam pengajaran dan pembelajaran.
Membina keyakinan diri
Penggunaan dialog secara spontan atau dengan skrip membantu
menambah keyakinan semasa berhadapan dengan rakan-rakan lain
ketika di dalam bilik darjah.

Secara tidak langsung proses

komunikasi mereka akan lebih berkesan.

Memupuk semangat bekerjasama dan berkongsi pengalaman


Semasa aktiviti membuat boneka murid-murid secara tidak
langsung akan berbincang sesame rakan lain dan cara ini dapat
memupuk semangat bekerjasama dan setia kawan yang tinggi serta
bersedia berkongsi pengalaman dan idea untuk menghasilkan
boneka yang terbaik.

Terangsang dan berminat untuk belajar


Penggunaan boneka yang pelbagai bentuk, warna boleh menarik
minat murid secara tekal dan kekal.

Tambahan pula, watak yang

dimainkan mempunyai pengalaman manis dalam hidup mereka.


Kebaikan Menggunakan Boneka

Belajar sambil berhibur


Penggunaan boneka memberikan peluang kepada murid-murid
belajar sambil berhibur tanpa disedari oleh mereka.

Cara ini

memberikan kesan yang amat berkesan dalam proses pembelajaran


murid-murid yang terlibat.

Menggunakan pelbagai deria


Pembelajaran

menggunakan

boneka

melibatkan

penggunaan

pelbagai deria secara serentak iaitu deria penglihatan, pendengaran


dan deria sentuhan
Literasi Bahasa
WAJ 3104
5

Menggunakan kemahiran bahasa


Murid-murid

akan

mengadakan

pelbagai

dimulakan.

diberi

peluang

aktiviti

untuk

sebelum

merancang

sesuatu

dan

persembahan

Semasa persembahan pula, murid-murid berpeluang

membaca, menghafal dan menggunakan dialog . Manakala selepas


persembahan pula, mereka digalakkan berbincang dan bersoal
jawab tentang cerita tersebut bersama rakan-rakan di dalam bilik
darjah.

Aktiviti ini secara tidak langsung menggalakkan murid-

murid mrnggunakan pelbagai kemahiran bahasa secara serentak


tanpa disedari mereka.

Memperkukuhkan kemahiran mata pelajaran lain.


Persembahan boneka melibatkan penggabungjalinan mata pelajaran
seni visual terutama semasa membina boneka. Jika lagu digunakan
semasa

simulasi,

maka

mata

pelajaran

muzik

juga

Berjaya

diterapkan.

Mempercepatkan pemahaman
Ini terjadi apabila murid-murid berpeluang menggunakan kemahiran
mendengar, bertutur, berlakon, manipulatif dan sebagainya melalui
persembahan boneka.

Penglibatan diri secara aktif


Oleh sebab boneka itu

boleh

dimainkan

secara

individu,

berpasangan dan berkumpulan, peranan murid adalah pelbagai dan


bergantung kepada kemampuan dan kebolehan masing-masing.

Memupuk daya kreativiti


Aspek ini boleh diaplikasikan menerusi aktiviti menghasilkan skrip,
menulis, mereka cipta boneka, mengadakan kesan bunyi, teknik
pergerakan boneka dan sebagainya.

Penggunaan boneka Berjaya meningkatkan minat dan motivasi


murid-murid terhadap pengajaran dan pembelajaran di dalam bilik
Literasi Bahasa
WAJ 3104
6

darjah.

Guru boleh menggunakan boneka pada peringkat set induksi,

perkembangan pelajaran ataupun untu tujuan pengukuhan. Penggunaan


boneka dalam pelajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu di dalam bilik
darjah banyak memberikan pelbagai pengalaman baharu kepada guruguru dan murid-murid.

Teknik Pengajaran Boneka.


Terdapat pelbagai jenis cerita yang boleh dipersembahkan kepada
kanak-kanak seperti cerita haiwan, kehidupan seharian,keadaan semasa
dan lain-lain lagi.
Teknik

bercerita

menggunakan

boneka

ini

sesuai

digunakan

bagi

pengajaran bertema yang dihubungkaitkan dengan tajuk pengajaran lain


seperti pelajaran sains, Pendidikan Moral dan pengajaran bahasa.
Guru mempunya dua pilihan untuk menggunakan boneka dalam
pengajaran mereka. Pertama, memilih cerita terlebih dahulu dan diubah
dalam bentuk skrip.

Kemudian membina boneka berdasarkan watak-

watak dalam cerita tersebut. Kedua, guru boleh menggunakan sebarang


boneka yang boleh memainkan watak dalam cerita.

Cara ini lebih

memberi kebebasan kepada guru dan memberi lebih menggalakkan daya


kreativiti pendengar.
Guru atau pencerita perlu menukar bahan cerita kepada bentuk
skrip

berdasarkan

cerita

yang

dipilih.

Dialog

skrip

tidak

perlu

menggunakan ayat yang panjang dan haruslah disesuaikan dengan


pemahaman kanak-kanak.

Skrip hanyalah sebagai panduan dan ianya

boleh diubah sewaktu penyampaian cerita dijalankan. Variasi suara perlu


disesuaikan dengan watak

dan dialog yang dituturkan

dengan geraklaku boneka yang dimainkan.

Literasi Bahasa
WAJ 3104
7

perlu selaras

Jenis pentas
Penggunaan

pentas

pula

penyampaian sesebuah cerita.

boleh

membantu

keberkesanan

Walaubagaimanapun pencerita boleh

menggunakan boneka tanpa pentas. Persekitaran tempat pertunjukkan


boneka

perlu

lapang.

Kalau

perlu

permaidani

atau

tikar

boleh

dihamparkan bagi membolehkan kanak-kanak duduk dengan selesa


sambil mengadap pentas boneka.

Pentas boneka boleh dicadangkan

menggunakan pentas kerusi, pentas tingkap, pentas meja, pentas pintu,


pentas papan lipat dan OHP tanpa menggunakan pentas.
Antara jenis-jenis pentas yang boleh diaplikasikan dalam permainan
boneka :
Pentas kerusi
Pentas rentang
Pentas tingkap
Pentas pintu
Pentas meja

Pentas

berlipat

Pentas

terbuka

Literasi Bahasa
WAJ 3104
8

Rajah 1 : Beberapa jenis pentas boneka


Terdapat beberapa teknik penyampaian dengan menggunakan
boneka.

Satu daripada teknik yang boleh digunakan ialah pencerita

menggerakkan dan berdialog menggunakan boneka secara berhadapan


dengan pendengar tanpa menggunakan pentas. Pencerita juga boleh
mendapatkan khidmat pembantu dalam menggerakkan boneka. Cara ini
perlu

disesuaikan

dengan

kedudukan

berkomunikasi dengan pendengar.

pentas

seolah-olah

boneka

Kedudukan boneka di pentas perlu

diambil kira iaitu keluar masuk pentas, jarak serta pertukaran masa dan
waktu. Kesan muzik latar boleh digunakan untuk menjadikan cerita lebih
menarik.
Jenis-jenis Boneka.
a) Boneka Jari
Boneka jari atau lebih dikenali denga fingger puppet merupkan
boneka yang sangat gemar dimainkan oleh kanak-kanak secara
sendiri.

Ia dilakukan dengan memasukkan jari ke dalam boneka

yang bersaiz jari dan memainkan watak tersebut dengan cara


tersendiri oleh pemain.
yang dilukis

Boneka boleh diperbuat daripada kertas

wataknya, diwarnakan dan kemuadian digam kelilin

bentuk watak tersebut kecuali bahagian untuk dimasukkan jari.

Literasi Bahasa
WAJ 3104
9

Rajah 2: Boneka jari, menyeronokkan, pelbagai watak boleh


dimainkan serentak.

(b) Boneka Tangan


Boneka tangan atau hand puppets, lebih mudah disediakan dan lebih
praktikal di gunakan oleh kanak-kanak.

Ini kerana kanak-kanak dapat

memasukkan keseluruhan pergelangan tangan mereka kedalam boneka


yang telah dilukis watak atau yang telah dibentuk . Bagi menyediakan
boneka

tangan

ini,

pelbagai

bahan boleh

digunakan.

Antara

bahan mudah

yang

digunakan

adalah

seperti

stoking,

sarung

tangan , beg

biasa

kertas pembungkus sandwich , sarung tangan ketuhar dan sampul surat.


Manakala untuk bahagian

watak haiwan seperti kucing, tikus ,monyet

dan sebagainya, bahan terbuang seperti bekas telor, bekas dadih bileh
digunakan supaya menarik. Boneka tangan ini lebih memberi kebebasan

Literasi Bahasa
WAJ 3104
10

kepada kanak-kanak menggunakan tangan mereka dan pergerakan yang


lebih bebas.

Rajah 3: Beberapa contoh boneka tangan yang diperbuat daripada


stoking,
sarung tangan dan

kotak.

(c ) Boneka berbatang
Boneka berbatang atau stick puppets adalah sejenis boneka yang
mudah digunakan oleh kanak-kanak. Kepala watak-watak seperti tikus,
gajah dan lain-lain akan dilekatkan pada hujung batang aiskrim atau pada
lidi sate dan kemudian bahagian badan watak turut dilekatkan pada
bahagian

bawah

kepala

tersebut.

Kanak

-kanak

lebih

gemar

menggunakan boneka jenis ini kerana tangan mereka bebas dan mereka
hanya perlu menghayun kayu pemegang mengikut sesuatu pergerakkan
dan lebih fleksibel.
Literasi Bahasa
WAJ 3104
11

Rajah 4: Boneka berbatang yang mewakili perbagai watak

(d) Boneka tali


Boneka ini dimainkan dengan menggunakan tali., berbeza dari segi
bentuk, rupa dan saiz. Boneka ini lebih kompleks pembuatannya kerana
kepala

watak

akan

dibentuk dan akan diikat


dengan tali bagi menggerakkannya.

Bahagian kaki dan tangan watak

juga akan dibentuk supaya boleh digerakkan menggunakan tali. Boneka


jenis ini sebuai digunakan bagi cerita yang memerlukan watak itu terbang,
lari. lompat dan mengelongsor.

Tali yang digunakan boleh tali biasa atau tali tangsi, yang lebih elastik
yang menyebabkan pergerakkan lebih menarik. Boneka bertali, turut
digunakan walaupun perlu kemahiran yang tinggi dalam mengawal keluar
masuk

sesuatu

watak.

Literasi Bahasa
WAJ 3104
12

Rajah 5: Boneka tali


yang

dibentuk bersekali

tangan

dan kaki.

(e) Wayang Kulit


Rupa bentuk boneka dilukis di atas kertas tebal, diwarnakan dan
bentuknya dipotong atau digunting.

Lidi-lidi halus diletakkan pada

tempat-tempat tertentu pada badan boneka itu.


boneka ia ditempatkan dibelakang skrin putih.

Semasa memainkan

Lampu dinyalakan dan

baying-bayang boneka tersebut akan kelihatan di atas skrin.

Lidi akan

dogoyangkan untuk menggerakkan anggota boneka. Boneka wayang kulit


boleh dikatakan gabungan boneka berbatang dan boneka bayang.

Rajah 6: Wayang Kulit atau boneka bayang


CONTOH MEMBUAT BONEKA
Literasi Bahasa
WAJ 3104
13

Watak Kambing biri-biri


Bahan yangn diperlukan:
Polisterin
Pisau pemotong(cutter)
Warna air atau crayon.
Lidi satey
Langkah-langkah:
1.
2.
3.
4.

Lakarkan bentuk kambing biri-biri pada polisterina


Potong polisterina dengan pisau pemotong mengikut lakaran
Warnakan polisterina mengikut watak yang diperlukan
Cucuk polisterina dengan lidi sate.

Potong polisteriana mengikut lakaran

Potong lidi sate

sebagai kaki

Boneka berbatang yang telah siap


Literasi Bahasa
WAJ 3104
14

LANGKAH-LANGKAH MEMBUAT PENTAS BONEKA


Bahan-bahan
Kepingan Foam lembut
Gam
Kad Keras
Warna
Cara Membuat :

a) Bahan- bahan yang di perlukan

b) Potong kad keras mengikut

ukuran
yang diperlukan

c) Buat lakaran pada kad keras

Literasi Bahasa
WAJ 3104
15

d) Buat lakaran pada foam

e) Gunting foam ikut lakaran

f) Gam foam dan tampal

pada kad keras

g)

Potong
kad keras
yang telah
h)
Warnakan
pentas
yang telah
dilukis ikut kreativiti

siap dipasang.

Literasi Bahasa
WAJ 3104
16

i) Pentas boneka yang telah siap dibina

CONTOH CERITA
Judul

: Anak kambing biri-biri dan Sang Harimau

Nilai

: i) Berfikir terlebih dahulu terhadap sesuatu tindakan yang

hendak
diambil supaya tidak mendatangkan perkara yang

tidak

diingini
ii) Kita hendahlah menerima nasihat daripada masyarakat
sekeliling
demi keselmatan diri
iii) Kita hendaklah membuat keputusan yang cepat dan betul
agar
dapat menyelamatkan diri daripada bahaya.

Teks : Anak kambing biri-biri dan arnab

Pada

suatu

petang

seorang

pengembala

sedang

menghalau

sekumpulan kambing biri-birinya kembali ke kandang.


Pengembala kambing

: Bahbah masuk masuk cepat masuk ke


kandang!

Literasi Bahasa
WAJ 3104
17

Tanpa disedarinya seekor anak kambing telah melarikan diri dari


kumpulannya. Anak kambing biri-biri itu dipakaikan loceng kerana
kenakalannya.

Anak kambing biri-biri itu bermain sendirian di

padang rumput. Ia menari dan menyanyi dengan gembiranya.


Anak kambing biri-biri : (menari sambil menari)
Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey,
Hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey,
Rasa sayang hey rasa sayang sayang hey,
Hey lihat nona jauh rasa sayang sayang hey
Ketika anak kambing biri-biri itu sedang seronok menari dan
menyanyi ,datang seekor arnab menegurnya.
Arnab

: Ambooii.. seronoknya kamu hari ini si anak


kambing biribiri. Apa yang buat kamu rasa seronok sangat
tu?

Anak kambing biri-biri : Tak ada apalah kenapa kamu nak tahu?

Tak

boleh
ke sekali-sekala aku nak menari dan
menyanyi?
Kata anak kambing biri-biri yang nakal tadi dengan suara yang
marah.
Arnab

: Bukan tak boleh . Boleh.. tapi kamu tak takut


ke main
dekat padang rumput sendirian? Mana tau
kalau-kalau
ada yang.

Anak kambing biri-biri : Sudah! Kamu jangan nak menakut-nakutkan aku.


Kalau
Literasi Bahasa
WAJ 3104
18

kamu tak berani, janganlah dating ke sini dan


ganggu
aku nakmenari dan menyanyi.
Setelah mendengar kata kata anak kambing biri-biri yang
sombong itu, si arnab pun berlalu meninggalkan anak kambing biribiri sendirian semula.
Semasa anak kambing biri-biri sedang bercakap dengan arnab,
seekor harimau sedang memerhatikannya disebalik sebatang pokok.
Harimau

: Emm.. tentu sedap daging anak kambing biri-biri

ini!
Serigala pun menghampiri anak kambing biri-biri itu dan terus
menangkapnya sambil membuka mulut dengan luas.
Anak kambing biri-biri : Tunggu,tunggu dulu wahai harimau.

Jangan

kamu
makan aku sekarang!
Harimau

: Kenapa pula? Aku punya pasal la bila aku mau

makan!
Kenapa kau pula yang mengarahkan aku?
Anak kambing biri-biri : Sebaaab perut aku dipenuhi rumput . Jika
kamu
makan aku sekarang, nanti kamu akan rasa
daging aku
pahit dan masam. Kan tak sedap
Harimau

: Habis tu, bila aku boleh makan kamu?


cuba
hendak menipu aku ..

Literasi Bahasa
WAJ 3104
19

Jangan

Anak kambing biri-biri : Haaa.. kamu tunggulah sehingga hadam semua


rumput
yang aku makan. Macamnilah biar aku
menari dan
menyanyi dulu, nanti rumput-rumput yang
ada dalam
perut aku boleh hadam dengan lebih cepat!
Anak kambing biri-biri pun menari sambil menyanyi dengan
gembiranya sambil mencari idea untuk melarikan diri.
Anak kambing biri-biri : ( menari sambil menyanyi)
Can mali can o hoi (2x)
Can mali can ketipong payung..
Di mana dia anak kambing saya?
Anak kambing saya sedang menari nari.
Can mali can o hoi (2x)
Can mali can ketipong payung..
Di mana dia anak kambing saya?
Anak kambing saya sedang menyanyi-nyanyi

Dalam pada itu, anak kambing biri-biri pun telah mendapat idea.

Anak kambing biri-biri : Ooooh ya untuk menggembirakan, baik tuan


pegangkan loceng aku ni dan
goncangkannya kuat-kuat
tentu aku boleh menari dengan lebih baik
dan tuan
boleh makan aku dengan cepat. Betul tak..?
Harimau

: Betul, betul, betul.. Tidak sabar aku hendak

makan d

daging kamu yang sedap itu.


Emmmm.yumm..yumm

Literasi Bahasa
WAJ 3104
20

Harimau pun membunyikan loceng itu, manakala anak kambing biribiri pula menyambung menyanyi dan menari.

Anak kambing biri-biri : (menari dan menyanyi)


Can mali can o hoi (2x)
Can mali can ketipong payung..
Di mana dia anak kambing saya?
Anak kambing saya bersama harimau.
Anak kambing biri-biri : Goncang lebih kuat lagi wahai harimau!

Serigala pun menggoncang loceng itu dengan lebih kuat.

Anak kambing biri-biri : (menari dan menyanyi lagi)


Can mali can o hoi (2x)
Can mali can ketipong payung..
Di mana dia anak kambing saya?
Anak kambing saya bersama harimau.

Maka si pengembala kambing pun terdengar bunti loceng anak


kambing biri-birinya itu. Dia segera pergi ke tempat anak kambing
itu.

Pemburu itu terperanjat melihat anak biri-birinya bersama

seekor harimau.
Pengembala

Pergi kamu dari sini !! Pergi!!.. (sambil

memukul
serigala dengan sebatang kayu yang besar)

Alangkah terkejutnya harimau apabila dipukul dengan kuat. Kerana


kesakitan, harimau pun berlari sekuat hatinya dengan perasaan
sedih dan marah

.Anak kambing biri-biri sangat gembira kerana

Literasi Bahasa
WAJ 3104
21

telah berjaya memperdayakan seekor harimau yang jahat dan


nyawanya telah terselamat.

Sambil berjalan pulang ke kandang

bersama tuannya, anak kambing biri-biri berasa sangat menyesal


kerana nakal dan tidak mendengar nasihat si arnab. Anak kambing
berjanji tidak akan mengulangi lagi kesilapannya.
TAMAT
RUMUSAN
Aktiviti

pengajaran

dan

pembelajaran

menggunakan

boneka

dijangka dapat meransang minda murid dalam usaha memahami sesuatu


pelajaran

yang

diajar

dengan

lebih

berkesan

terutamanya

dalam

kemahiran lisan, kefahaman dan membantu dalam membina sebuah


karangan.

Guru hendaklah lebih kreatif terutamanya sewaktu dalam

penyediaan bahan bantu mengajar. Dengan menggunakan boneka untuk


aktiviti

pengajaran

meningkatkan
berbahasa,

dan

daya

sosio

pembelajaran,

kreativiti,

emosi,

kanak-kanak

perkembangan

menambah

ilmu

akan

dapat

komunikasi

pengetahuan

dalam

dan

juga

pengalaman.
Kepentingan

boneka dan hubungannya dengan kurikulum dan

bidang pengalaman adalah sebagai kaedah mempengaruhi kanak-kanak


dengan menghubungkaitkan aktiviti dengan keseronokan, meningkatkan
tumpuan kanak-kanak dan meredakan tekanan.
dapat

meluaskan

perbendaharaan

kata

Selain itu aktiviti ini

kanak-kanak

disamping

memperkenalkan kanak-kanak kepada penggunaan kata simbolik.


Membentuk dan membuat boneka merupakan satu bidang yang
mengutamakan
wataknya.

penguasaan

Perancangan rapi

kemahiran

serta

penyesuaian

watak-

perlu dilakukan untuk mendapatkan satu

watak yang benar-benar relevan dengan tujuan yang dihasratkan.


Pengetahuan mengenai alat dan bahan diperlukan untuk mengimbangi
ciri-ciri reka bentuk di samping kesesuaian terhadap mesej dan watak
Literasi Bahasa
WAJ 3104
22

yang akan dipersembahkan.


menarik

apabila

pereka

Persembahan boneka akan menjadi lebih


dapat

menampilkan

watak-watak

yang

bersesuaian dengan jalan cerita yang dipersembahkan

REFLEKSI
Kerja kursus ini iaitu Literasi Bahasa (WAJ 3104) ini memerlukan
pembacaan dan pengumpulan maklumat yang lengkap.

Sebaik sahaja

saya mendapat tugasan ini, saya berusaha untuk mengumpulkan


maklumat yang diperlukan dan berkolaborasi dengan pensyarah dan
rakan-rakan.
Antara masalah yang saya hadapi ialah berkenaan penghasilan
bahan bantu mengajar kaedah boneka.

Saya telah memilih kaedah

boneka untuk dijadikan kaedah dalam pengajaran .

Apa yang menjadi

masalah pada mulanya ialah menyediakan pentas boneka dan skrip cerita
yang ingin disampaikan.
Pada mulanya saya

berjumpa guru pra sekolah di sekolah saya

untuk bertanyakan boneka-boneka yang terdapat di dalam simpanan


beliau.

Boneka yang ada di situ dari jenis boneka tangan manakala

kebanyakan watak terdiri dari watak haiwan. Tapi malangnya tiada pentas
untuk membuat persembahan boneka. Saya
mengambil inisiatif untuk membina sendiri pentas tersebut dengan
khidmat nasihat rakan yang mengajar Pendidikan Seni Visual. Sebelum
membuat pentas saya memadankan dahulu skrip cerita dengan boneka
yang ada.
Literasi Bahasa
WAJ 3104
23

Selain itu, saya mengalami masalah untuk merakam persembahan


boneka di dalam kelas kerana saya tidak mempunyai alat rakaman yang
sesuai.

Alhamdulillah setiap masalah dapat diselesaikan sekiranya kita

berusaha.

Allah

sentiasa

menunjukkan

jalan.

Akhirnya

rakaman

persembahan boneka ini dapat disiapkan atas bantuan rakan yang samasama mengajar Bahasa Melayu.
Setelah saya menyiapkan tugasan ini saya memperoleh banyak ilmu
berkaitan kaedah mengajar dalam bilik darjah terutamanya kaedah
boneka.

Saya menyedari untuk mengajar dengan berkesan para guru

perlu kreatif dalam menyediakan alat bantuan mengajar supaya murid


murid mudah faham semua ilmu yang disampaikan dan yang penting
mereka teransang dan berminat untuk belajar.
BIBLIOGRAFI
1. Azman Wan Chik. (1993). Mengajar Bahasa Melayu. Kuala Lumpur.
Dewan Bahasa dan Pustaka.
2. Siti hajar Abd. Aziz. (1996). Permainan bahasa untuk sekolah rendah
dan menengah. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.Bhd.
3. Mat nor Hussin,& Ab. Rahman Ab.Rashid. (1988). Alat Bantu
Mengajar dalam pengajaran bahasa. Petaling Jaya: Longman Sdn.
Bhd.
Rujukan Laman web
http://www,slideshare.net/nurulanwar/seni-boneka-prasekolah
http://id.wikipedia.org/wiki/Boneka
http://ms.wikipedia.org/wiki/Boneka
http://scribd.com/doc/86494264/boneka
http://www,zamanrasa.blogspot.com/2009/09/boneka.html

Literasi Bahasa
WAJ 3104
24

LAMPIRA

Literasi Bahasa
WAJ 3104
25

Anda mungkin juga menyukai