Anda di halaman 1dari 4

MODUL ICE BREAKING

modul untuk sesi perkenalan dan pembentukan kumpulan peserta


mengajak peserta supaya sedia menerima situasi baru dan rasa dihargai
memberi ruang kepada peserta berinteraksi antara satu sama lain
mewujudkan ruang untuk memupuk ikatan setia kawan

PENGENALAN
Fasilitator mengalu-ngalukan kehadiran peserta. Mengucapkan tahniah atas
pemilihan untuk menyertai program. Patut rasa bersyukur kerana diberi ruang
dan peluang. Fasilitator memperkenalkan diri.
FASA 1 (Kenal Diri)
Aktiviti 1 (berkenalan-tanya nama)
- fasilitator suruh peserta bergerak secara rawak. Buat aksi seperti burung
terbang. Pastikan tidak
bergerak bersama rakan satu sekolah. Biarkan mereka bergerak sebebasnya.
- fasilitator tiup wisel sebagai tanda berhenti. Tidak dibenar bergerak sedikit pun.
- fasilitator mengarahkan peserta cari rakan yang berdekatan (pastikan sesama
jantina). Kalau ada
yang tiada pasangan biarkan mereka bertiga.
-suruh mereka berkenalan antara satu sama lain. Tanya nama, nama sekolah dan
tempat asal.
Pastikan berkomunikasi dalam Inggeris dan amalkan senyum
Rasianal : mewujudkan rasa diterima dan dihargai serta buang rasa
malu.
Aktiviti 2 (bangga dengan nama yang diberi)
- fasilitator mengarahkan peserta bergerak secara rawak lagi. Berlari-lari anak di
dalam dewan
sebebasnya. Biarkan beberapa ketika.
- fasilitator beri arahan untuk berkumpul ikut huruf awal pada nama masingmasing ikut jantina
(lelaki dengan lelaki, perempuan-perempuan dengan perempuan)
- galakkan mereka berinteraksi. Tekankan denda akan diberi kalau ada dua
kumpulan yang sama
(terpulang kepada fasi, denda yang hendak diberi).
- fasi akan mengulas kumpulan mengikut abjad dari A-Z. Kenal pasti huruf mana
yang banyak
digunakan. (biasanya orang Melayu lebih kepada huruf M/A untuk lelaki dan
huruf S/N untuk
perempuan.
- fasi memberi ulasan kenapa perlu ada nama, apa istimewanya nama pada diri
seseorang.
- fasi menyatakan perlunya berterima kasih kepada kedua ibu bapa kerana telah
memberi nama
yang baik kepada mereka. Perlu bersyukur dan terima seadanya itulah nama
yang diberi oleh orang
tua sebagai pengikat kasih saying mereka.

Rasional : menghargai nama sendiri sebagai identiti. Hormat kepada


orang lain dengan memanggil nama yang betul dan jangan hina kalau
ada rakan yang namanya agak pelik.
Nota: Boleh perbanyakkan aktiviti contohnya ikut kerjaya pilihan, ikut
hobi yang sama, ikut warna,
makanan, minuman, anak sulong atau anak bongusu dalam
keluarga dan lain-lain yang
difikirkan bersesuaian sebelum meneruskan aktiviti bulan
kelahiran. Lihat kesesuaian masa.
Aktiviti 3 (bulan kelahiran)
- fasilitator menyuruh peserta bergerak secara rawak lagi. Kalau boleh buat
pelbagai aksi sambil
berlari-lari anak. Biarkan beberapa ketika. Ambil masa, biar peserta betul-betul
seronok bergerak.
- fasi menyuruh mereka sekali lagi berkumpul dalam kumpulan ikut bulan
kelahiran (campur lelaki
dan perempuan). Pastikan pergerakan terkawal.
- fasi akan mengulas setiap bulan kelahiran dari Januari-Disember. Lihat bulan
mana paling subur
(ramai orang lahir) dan lihat juga bulan yang sedikit kelahiran atau bulan yang
tida kelahiran.
Gunakan kebijaksanaan fasi untuk mengulas bulan kelahiran ini.
- fasi menyruh kumpulan bulan Januari berdiri. Suruh yang lain duduk kecuali
seorang yang lahir
pada tarikh yang paling awal dalam bulan tersebut. Fasi Tanya kepada peserta
yang tinggal itu
tentang tarikh kelahirannya. Minta peserta beri tepukan gemuruh.
- fasi memaklumkan peserta itulah sebagai abang long atau kak long (orang
Sarawak panggil waa).
Maklumkan adik-adik kena hormat kepada orang yang tua. Secara tidak
lansung dapat kenal
peserta paling tua dalam program. Panggil dia sebagai Abang Long/Kak Long
(Pak Waa/Mak Waa).
- buat aktiviti yang sama untuk kumpulan bulan Disember.
- seterusnya suruh kumpulan yang lahir dalam bulan September berdiri. Tanya
siapa yang lahir pada
hari ini. Kalau ada, raikan hari lahir mereka/dia. Ramai-ramai nyanyikan lagu
birthday. Kalau boleh
fasi beri sesuatu yang boleh mereka/dia ingat sepanjang hidup. Kalau tidak ada
yang lahir pada hari
itu; Tanya hari semalam,esok atau lusa. Raikan juga.
Rasional : Menghormat sesama kawan dan mengamalkan budaya
memanggil orang yang lebih tua sebagai abang/kakak dan yang lebih
muda sebagai adik.
Aktiviti 4 (bergerak pantas/bertindak cepat)

- fasi akan mengarahkan peserta buat satu barisan panjang yang dimulai orang
yang paling tua
dihadapan dan paling muda dibelakang. Biarkan peserta melakukannya.
- ketika ini fasi boleh melihat siapa yang bertindak cuba mendominasi kumpulan
atau bertindak
sebagai ketua.
- setelah siap barisan tersebut, ambil masa untuk menyemak satu persatu mulai
dari Januari sampai
Disember.
- setelah itu bentukkan satu bulatan besar dengan menemukan orang yang
pertama dengan orang
terakhir. Pastikan orang yang pertama dan terakhir itu abang long dan adik
bongsu tadi (dalam
aktiviti 3)
- fasi akan berada di dalam bulatan/ditengah-tengah bulatan. Buat rumusan
tentang aktiviti fasa 1
kenal diri secara menyeluruh kepada peserta.
Rasional : Sentiasa mematuhi arahan dan faham arahan serta sentiasa
buat yang terbaik
FASA 2 ( MEMBENTUK KUMPULAN)
Aktiviti 5 (baris ikut sekolah)
- fasi mengarahkan kepada semua peserta untuk berada di dalam kumpulan
sekolah yang sama dan
duduk dalam barisan menghadap fasi. (boleh pecahkan mengikut lelaki dan
perempuan)
- fasi minta semua peserta dari setiap sekolah membilang nombor 1,2,3,4 dan 5
(kalau kumpulan
hendak dibentuk itu ada lima. Bergantung kepada berapa kumpulan yang
hendak dibentuk).
-setelah itu minta peserta mengingat nombor masing masing.
Aktiviti 6 (mari menari)
- fasi akan memainkan lima jenis muzik tarian yang berbeza. Bergantung kepada
bilangan kumpulan
yang hendak dibentuk tadi. Contoh muzik yang boleh digunakan; ngajat, joget,
tarian naga/singa,
hindustan, sumazau atau chiken dance dll.
- fasi minta supaya setiap peserta bergerak mengikut tarian yang dimainkan
berdasarkan nombor
peserta dalam aktiviti 5 tadi.
-buat pergerakan tarian sambil berkumpul ikut kumpulan yang sama. Ketika ini
fasi perlu bijak
menggalakkan peserta supaya bergerak mengikut arahan. Sebab mungkin ada
yang malu hendak
buat. Kawan pergerakan peserta sebab mereka bercampur.
Rasional : menghormati tarian setiap budaya masyarakat di
Malaysia/global

Aktiviti 7 (ahli kumpulan)


- setelah semua berada dalam kumpulan, pastikan mereka duduk dalam barisan
dan menghadap
fasi.
-fasi edarkan sekeping kerta A4 (sediakan pen kalau perlu) kepada setiap
kumpulan yang dah
dibentuk tadi. Suruh mereka menulis nama masing-masing dalam kumpulan
tersebut. Ambil kertas
tersebut untuk diserahkan kepada urus setia program.
Rasional : mendapat maklumat tentang senarai kumpulan dengan
mudah/cepat
Aktiviti 8 (penutup)
- sebagai penutup; setiap kumpulan dikehendakki mempersembahkan tarian
kumpulan masingmasing berdasarkan muzik tarian tadi (sama ada dihadapan atau di barisan
yang ada). Peserta perlu
sporting
- fasi boleh mainkan muzik tarian supaya boleh diikut oleh peserta dan sekaligus
menghangatkan lagi
suasana.
-setelah selesai aktiviti persembahan, fasilitator perlu binding atau rumuskan
aktiviti ice breaking
yang telah dijalankan.
Rasional : seronok dan sedia untuk meneruskan aktiviti program
selanjutnya.
BAHAN YANG PERLU DISEDIAKAN UNTUK MODUL INI;
- Kertas A4
- Pensel atau pen
- Muzik tarian (pen drive/cd)
- Radio/laptop untuk mainkan muzik

Modul ice breaking disediakan oleh cikgu sapri paee sk agama miri sekolah
cluster kecemerlangan fasa 4

Anda mungkin juga menyukai