Anda di halaman 1dari 23

LAPORAN AMALI

LOKASI : KAMPUNG SRI LUKUT, KAHANG, KLUANG, JOHOR

PENGENALAN
Bulan yang beredar mengelilingi Bumi ialah sebuah satelit semula jadi dan kelima terbesar dalam
Sistem Suria. Bulan mempunyai garis-pusat 3480 km, iaitu satu perempat saiz Bumi. Ia berputar
mengelilingi Bumi dalam masa 27 hari dari jarak kejauhan 384 000 km atas paksi yang condong sedikit.
Sambil mengelilingi Bumi, Bulan berputar atas paksinya sendiri dengan kelajuan yang sama. Ini
menyebabkan permukaan Bulan yang sama menghadap Bumi.
Persamaan masa putaran Bulan atas paksinya dan masa yang diambilnya mengelilingi Bumi
adalah disebabkan oleh bentuk Bulan yang tidak begitu bulat dan juga agak memanjang. Tarikan graviti
Bumi mempengaruhi putaran Bulan atas paksinya dan memaksa paksi Bulan menyusun selari mengikut
arahan Bumi-Bulan.
Disebabkan putarannya mengelilingi Bumi, Bulan sentiasa bertukar kedudukan berbanding arah
Bumi-Matahari. Oleh yang demikian, bahagian cerahnya bertukar berbanding arah Bumi-Bulan. Ini
menyebabkan dalam bulan Lunar, bentuk Bulan bertukar dalam siri fasa-fasanya. Sebagai contoh, bila
Bulan betul-betul berada diantara Matahari dan Bumi, bulan tersebut tidak akan kelihatan, fasa ini
dipanggil bulan baru. Sebaliknya pula, bila Bulan berada diarah bertentangan, iaitu Bumi berada diantara
Matahari dan Bulan, fasa bulan purnama akan terjadi.

FASA BULAN
Fasa bulan merujuk kepada keadaan bentuk bulan yang terang yang dapat dilihat dari Bumi.
Fasa Bulan berubah mengikut kitarannya apabila Bulan mengelilingi Bumi, mengikut perubahan
kedudukan Bumi, Bulan dan Matahari. Separuh dari permukaan Bulan sentiasa diterangi oleh cahaya
Matahari kecuali ketika berlaku gerhana Bulan. Ini kerana Bulan tidak mengeluarkan cahayanya sendiri
seperti Matahari. Cahaya yang kelihatan pada Bulan adalah cahaya Matahari yang dipantulkan oleh
Bulan ke Bumi. Bahagian yang terkena cahaya Matahari inilah yang dapat dilihat pada waktu malam..
Fenomena ini boleh di fahami melalui gambarajah 1 di bawah.

Gambarajah 1 : Bulan memantulkan cahaya dari Matahari ke Bumi

Untuk melengakapkan satu siri fasa Bulan akan mengambil masa lebih kurang 29.5 hari yang mana
setiap malam bentuk Bulan yang dapat dilihat dari Bumi akan sentiasa berubah-ubah.

Terdapat empat fasa utama Bulan yang bermula dengan anak Bulan, Bulan separa, Bulan
Purnama dan Bulan Separa Lama seperti yang di tunjukkan dalam gambarajah 2 di bawah.

Bulan Separa

Bulan Purnama

Cahaya Matahari

Anak Bulan

Bulan Separa Lama

Gambarajah 2 : 4 Fasa Bulan Utama


Fasa Bulan penuh adalah bermula dari Anak bulan, Bulan Sabit, Bulan Separa, Purnama Baru,
Bulan Purnama, Purnama Lama, Bulan Separa Lama dan Bulan Sabit Lama. Gamarajah di bawah
adalah bentuk Bulan mengikut fasa penuh.
Bulan Separa
Bulan Sabit

Purnama Baru

Bulan Purnama

Bulan Sabit
Lama
Purnama Lama
Bulan Separa Lama
Gambarajah 3 : Fasa Bulan Penuh

Cahaya Matahari

Anak Bulan

PENGARUH BULAN DALAM KEHIDUPAN MANUSIA


Dengan wujudnya Bulan di langit serta kitaran fasanya telah menjadikan Bulan sebagai pengaruh
penting dalam kehidupan manusia dan fenomena semula jadi Bumi seperti pasang surut air laut.
BULAN SEBAGAI TAKWIM
KALENDAR ISLAM
Kalendar Islam atau dikenali sebagai takwim Hijrah atau Takwim Islam pula adalah Kalendar
Lunar digunakan di kebanyakan negara Islam untuk menentukan hari kebesaran Islam. Kalendar ini
berdasarkan bulan dan mempunyai kira-kira 354 hari setahun. Dalam takwim Hijrah, ada 12 bulan iaitu
Muharam, Safar, Rabiulawal, Rabiulakhir, Jamadilawal, Jamadilakhir, Rejab, Syaaban, Ramadan,
Syawal, Zulkaedah dan Zulhijah. Setiap bulan mengandungi 29 atau 30 hari, tetapi lazimnya tidak dalam
turutan yang tetap.
Secara tradisinya, hari pertama setiap bulan akan bermula selepas anak bulan (hilal) kelihatan
ketika matahari terbenam. Jika hilal tidak kelihatan selepas 29 hari pada bulan itu, sama ada dilindungi
awan atau langit di ufuk barat terlalu terang apabila bulan terbenam, maka, hari itu dikira sebagai hari
yang ke-30. Pencerapan atau rukyah itu haruslah dilakukan oleh orang yang dipercayai dan dan
mengakuinya di hadapan pemimpin negara.
Dikatakan bahawa orang yang mula-mula menamakan bulan-bulan ini ialah Kab ibn Murrah,
datuk kelima Rasullullah SAW. Peristiwa ketika pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab adalah titik tolak
perubahan takwim hijrah yang mana Khalifah Umar mengumpulkan beberapa orang sahabat pada hari
Rabu 20 Jamadilakhir tahun 17 Hijrah bagi menentukan tarikh yang patut diambil sebagai permulaan
tahun Islam.
Dalam perbincangan itu, pendapat 'Ali ibn Abi Talib diterima dengan mengemukakan cadangan
supaya menjadikan Hijrah Nabi Muhammad SAW dari Makkah ke Madinah sebagai permulaan tahun
Islam. Mereka juga bersetuju dengan pandangan Uthman menjadikan Muharam sebagai bulan pertama
dalam sejarah Islam.
Orang Arab menganggap permulaan hari ialah selepas jatuh matahari dan berterusan sehingga
jatuh matahari berikutnya, oleh itu malam mendahului siang. Tetapi hari menurut syarak yang diberi
definisi oleh fuqaha' dimulai dengan terbit fajar sadiq sehingga jatuh matahari. Pada zaman sekarang,

menurut orang Eropah, hari dimulai pada tengah malam dan berterusan sehingga tengah malam
berikutnya.
KALENDAR CINA

Kalendar Cina pula mengikut kalendar lunisolar, iaitu sama jenis dengan takwim Ibrani dan
kalendar Hindu, yang menggabungkan unsur takwim qamari dengan kalendar solar.
Di negara China sekarang, kalendar Gregorian digunakan untuk kebanyakan kegiatan harian,
namun kalendar Cina masih digunakan untuk menanda perayaan orang Cina tradisi seperti Tahun Baru
Cina, perayaan Duan Wu dan Perayaan Kuih Bulan.
Sesetengah masyarakat Cina di seluruh dunia percaya dalam bidang astrologi. Mereka
menggunakan kalendar ini untuk memilih tarikh sesuai melangsungkan perkahwinan atau merasmikan
pembukaan bangunan baru.
Oleh kerana setiap bulan mengikuti satu kitaran bulan, kalendar ini juga digunakan untuk
menentukan fasa kitaran bulan. Di China, kalendar tradisional ini dikenali sebagai kalendar pertanian
manakala kalendar Gregorian dikenali sebagai kalendar umum atau kalendar Barat.

PENGARUH BULAN DALAM FENOMENA AIR PASANG


Air pasang surut terjadi akibat dari graviti bulan, matahari dan putaran bumi. Ketiga tiga faktor ini
menyebabkan laut mengalami pasang dan surut setiap hari. Ada sesetengah tempat mengalami dua kali
air pasang dan dua kali air surut. Manakala tempat tempat lain mengalami sekali air pasang dan surut
sahaja. Pantai yang menghadap sumatera mengalami dua kali pasang dan surut dan pantai timur dan
Borneo mengalami sekali sahaja.
Bahagian-bahagian bumi yang berhadapan dengan bulan akan mengalami air pasang. Ini
menyebabkan gravity yang menarik air laut ke atas. Graviti matahari turut mempengaruhi air pasang,
tetapi disebabkan jarak bumi dan matahari lebih jauh, kesannya lebih kecil. Walaubagaimanapun jika
kedudukan bulan dan matahari selari, iaitu ketika bulan penuh dan anak bulan, air pasang akan lebih
tinggi. Fenomena yang berlaku setiap 2 minggu ini dikenali sebagai spring tide.

Bumi
Bulan
Tarikan
Graviti

Air Pasang Kecil

Air Pasang Besar

Paras Air Laut

Air Surut

Gambarajah 4 : Fenomena Air Pasang Surut

Gambarajah 5:
Jadual air pasang surut yang
digunakan oleh nelayan dan
pemancing.

LAPORAN AMALI PRAKTIKAL 2 ( FASA BULAN)


BERDASARKAN PEMERHATIAN SELAMA 2 MINGGU
LOKASI l KAMPUNG SRI LUKUT, KAHANG, KLUANG, JOHOR.

TARIKH /
HARI

GAMBAR / BENTUK BULAN

PENERANGAN

(1)
02 MAC 2014
AHAD
01 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Anak Bulan


Masa : 07.45 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi
rumah

(2)
03 MAC 2014
ISNIN
02 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru


Masa : 08.00 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi
rumah

(3)
04 MAC 2014
SELASA
03 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru


Masa : 09.30 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

TARIKH /
HARI

GAMBAR / BENTUK BULAN

PENERANGAN

(4)
05 MAC 2014
RABU
04 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru


Masa : 10.06 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

(5)
06 MAC 2014
KHAMIS
05 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru


Masa : 10.45 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

(6)
07 MAC 2014
JUMAAT
06 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Bulan Sabit Baru


Masa : 10.22 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

(7)
08 MAC 2014
SABTU
07 Jamadil Awal
1435H

Fasa Bulan : Bulan Separa


Masa : 10.26 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

TARIKH /
HARI

GAMBAR / BENTUK BULAN

PENERANGAN

(8)
09 MAC 2014
AHAD
08 Jamadil Awal
1435H

(9)
10 MAC 2014
ISNIN

Fasa Bulan : Bulan Separa


Masa : 10.51 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Arah barat dari lokasi rumah

Fasa Bulan : Bulan Separa


Masa : 11.07 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi

09 Jamadil Awal
1435H

(10)
11 MAC 2014
SELASA

rumah

Fasa Bulan : Bulan Separa


Masa : 11.07 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi

10 Jamadil Awal
1435H

(11)
12 MAC 2014
RABU

rumah

Fasa Bulan : Bulan Purnama Baru


Masa : 09.51 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi

11 Jamadil Awal
1435H

rumah

TARIKH /
HARI

(12)
13 MAC 2014
KHAMIS

GAMBAR / BENTUK BULAN

PENERANGAN

Fasa Bulan : Bulan Purnama Baru


Masa : 10.33 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi

12 Jamadil Awal
1435H

(13)
14 MAC 2014
JUMAAT

rumah

Fasa Bulan : Bulan Purnama Baru


Masa : 11.59 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi

13 Jamadil Awal
1435H

(14)
15 MAC 2014
SABTU
14 Jamadil Awal
1435H

(15)
16 MAC 2014
AHAD

rumah

Fasa Bulan : Bulan Purnama Baru


Masa : 12.00 tengah malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi
rumah

Fasa Bulan : Bulan Purnama


Masa : 10.24 malam
Cuaca : Cerah
Lokasi : Tengah langit dari lokasi

15 Jamadil Awal
1435H

rumah

UNJURAN AZIMUTH

(1) FASA ANAK BULAN

Barat

Timur

(2) FASA BULAN SABIT BARU

Barat

Timur

(3) FASA BULAN SABIT BARU

Barat

Timur

(4) FASA BULAN SABIT BARU

Barat

Timur

(5) FASA BULAN SABIT BARU

Barat

Timur

(6) FASA BULAN SABIT BARU

Barat

Timur

(7) FASA BULAN SEPARA

Barat

Timur

(8) FASA BULAN SEPARA

Barat

Timur

(9) FASA BULAN SEPARA

Barat

Timur

(10) FASA BULAN SEPARA

Barat

Timur

(11) FASA BULAN SEPARA

Barat

Timur

(12) FASA PURNAMA BARU

Barat

Timur

(13) FASA PURNAMA BARU

Barat

Timur

(14) FASA PURNAMA BARU

Barat

Timur

(15) FASA PURNAMA BARU

Barat

Timur

(16) FASA BULAN PURNAMA

Barat

Timur

KRONOLOGI DAN REFLEKSI AMALI PRAKTIKAL 2


Sebelum memulakan amali praktikal mengenai fasa-fasa Bulan ini, saya terlebih dahulu membuat
sedikit kajian dari pelbagai sumber bahan bacaan samada dari buku atau laman web untuk mengetahui
dan memahami mengenai pergerakkan Bulan dan Bumi yang seterusnya boleh mempengaruhi bentuk
Bulan pada setiap malam yang di namakan sebagai fasa-fasa Bulan. Saya juga mencari maklumat
mengenai teknik dan cara yang yang sesuai untuk mengambil gambar Bulan agar bentuk Bulan akan
jelas kelihatan. Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kualiti gambar bulan yang mana antaranya
ialah jenis kamera yang digunakan, waktu yang sesuai, cuaca dan juga keadaan langit.
FAKTOR KAMERA
Saya telah cuba menggunakan kamera telefon pintar yang yang bersaiz 8 mega pixel, namun
begitu, kualiti gambarnya agak mengecewakan seperti di bawah.

Ketika gambar ini diambil, Bulan sedang melalui fasa Bulan sabit. Kualiti gambar langsung tidak
menunjukkan bentuk Bulan sabit yang sebenar. Oleh itu, saya telah menggunakan kamera DSLR Nikon
D5100 dengan lensa bersain 18mm-200mm. Dengan menggunakan fokus dan kualiti imej yang sesuai,
saya telah dapat mengambil gambar bulan yang sesuai dengan kehendak amali ini.

Gambar di atas adalah gambar yang diambil dengan menggunakan DSLR Nikon D5100. Begitu ketara
perbezaan gambar dengan menggunakan kamera telefon pintar dan kamera DSLR.
FAKTOR WAKTU
Oleh kerana fasa Bulan yang ingin saya cerap adalah fasa Bulan di awal Bulan yang mana jika
mengikut kalendar Islam, awal bulan Jamadil Awal bersamaan dengan 2 Mac 2014. Jika mengikut
bacaan yang telah saya buat, anak Bulan akan terbit di bahagian barat Bumi. Oleh itu, dengan
menggunakan kompas, saya telah menentukan arah mata angin.
Mengikut maklumat yang saya baca, anak bulan akan terbit apabila masuk waktu Maghrib dan
akan hilang sebelum masuk waktu Isyak. Jangkamasa yang pendek ini perlu saya gunakan sebaik
mungkin agar gambar anak Bulan dapat saya ambil. Namun begitu, ternyata, untuk mengambil gambar
anak Bulan, kamera DSLR yang saya gunakan tidak sesuai, begitu juga dengan lokasi saya mengambil
gambar tersebut.

Tiada penampakkan bentuk Bulan dalam gambar di atas yang mana jika mengikut bahan bacaan, anak
bulan hanya dapat di lihat dengan menggunakan teleskop di lokasi-lokasi yang tertentu sahaja sama
seperti lokasi melihat anak Bulan semasa menentukan tarikh bulan Ramadhan dan tarikh hari raya oleh
JAKIM dan juga ahli ahli falak nya.

Seterusnya, pada hari kedua, barulah bentuk Bulan sabit akan kelihatan. Namun begitu,
jangkamasanya juga tidak lama.
FAKTOR CUACA DAN LANGIT
Kebetulan, Malaysia mengalami musim kemarau sejak dari bulan Januari lagi, jadi cuaca begini
amat sesuai untuk saya mengambil gambar Bulan yang mana pada waktu malamnya langit kurang
berawan. Faktor cuaca dan keadaan langit ini juga antara faktor yang boleh menjejaskan kualiti gambar
bulan.
Sepanjang 2 minggu atau lebih tepat selama 15 hari saya berusaha untuk mencerap gambargambar Bulan ini yang masa antara masa yang sesuai bagi Bulan sabit adalah antara dari waktu Maghrib
sehingga sebelum Isyak atau pun antara jam 7.00 malam sehingga 8.00 malam. Selepas itu bulan akan
hilang. Sehingga hari ke-7 hingga hari ke-16, waktu yang sesuai adalah antara jam 9.00 malam sehingga
jam 12.00 tengah malam bergantung pada keadaan langit dan cuaca.

Akhirnya, setelah cukup 16 hari, barulah saya dapat melihat perubahan-perubahan bentuk Bulan
yang di namakan sebagai fasa-fasa Bulan. Perubahan kedudukan ketika melihat Bulan juga
mempengaruhi bentuk dan saiz Bulan yang di lihat. Hal ini disebabkan oleh fenomena Bumi berputar dan
juga pergerakkan Bulan mengelilingi Bumi.

HARI

10

11

12

13

14

15

BENTUK BULAN

HARI

BENTUK BULAN

HARI

BENTUK BULAN

HARI

BENTUK BULAN

Gambar di atas adalah gambar fasa Bulan peringkat pertama yang telah saya ambil yang bermula dari 2
Mac 2014 sehingga 16 Mac 2014 atau bersamaa dengan 1 Jamadil Awal 1435H sehingga 15 Jamadil
Awal 1435H.

BIBLIOGRAFI

(n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from falak-online: http://www.falakonline.net/portalfalak/content/10/2/2009/keadaan-fasa-fasa-bulan


(n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from Moon phases for Johor Bahru, Malaysia:
http://www.timeanddate.com/calendar/moonphases.html
Lisa Miles, A. S. (2007). Buku Lengkap Astronomi dan Angkasa . Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
Pasang Laut. (n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from Table Pasang Surut:
http://www.pasanglaut.com/as/malaysia/klang
Stannard, R. (2003). Alam Semesta Panduan Mengenalinya. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.
wikipedia. (n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from http://en.wikipedia.org/wiki/Azimuth
wikipedia. (n.d.). Retrieved Mac Friday, 2014, from http://ms.wikipedia.org/wiki/Bulan_%28satelit
%29
Zainal, B. (2004). Ilmu Falak Edisi Kedua . Kuala Lumpur: Dewan Bahada dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai