Anda di halaman 1dari 11

TEKS CERAMAH

Terima kasih saudari pengacara majlis. Yang berusaha tuan Guru Besar Sekolah
Kebangsaan Kampong Betong, Barisan Penolong Kanan, Guru guru, ibu bapa, para
waris dan seterus murid murid yang dikasihi sekalian.
Tuan tuan dan puan puan serta adik adik, pernahkah mendengar lagu Hijau
nyanyian Zainal Abidin. Sebelum saya meneruskan ceramah ini, marilah sama sama kita
mendengar dan menghayati lagu ini. Apa yang kita fahami daripada senikata lagu ini? Ya,
lagu ini menceritakan tentang kemusnahan alam akibat daripada sikap manusia dalam
mengejar pembangunan dan hanya memikirkan kesenangan hidup tanpa memikirkan kesan
dan akibat daripada perbuatan itu.
Sememangnya kita memerlukan pembangunan, tetapi pembangunan tersebut
hendaklah tidak mengabaikan persekitaran yang sihat. Sesungguhnya kita sangat
memerlukan persekitaran yang sihat untuk menjamin kesejahteraan hidup kita. Apakah itu
persekitaran yang sihat? Persekitaran yang sihat merujuk kepada persekitaran yang bersih
dan udara yang nyaman serta tidak dicemari oleh unsur unsur yang membahayakan
kesihatan kita.
Para hadirin sekalian,
Apakah itu pencemaran? Pencemaran ialah kesan yang boleh memudaratkan persekitaran
hasil daripada aktiviti manusia seperti proses pertanian ataupun industri. Pencemaran juga
boleh ditakrifkan sebagai pembuangan bahan bahan yang tidak diperlukan hasil daripada
aktiviti manusia ke persekitaran yang akan menyebabkan terganggunya keselesaan atau
kemandirian kehidupan. Menurut Akta Kualiti Alam Sekitar, pencemaran bermaksud
sebarang perubahan sama ada secara langsung atau tidak langsung kepada sifat sifat
fizik, kimia, biologi atau aras aras radiasi mana mana bahagian alam sekeliling dengan
melepaskan, mengeluarkan atau meletakkan buanagn sehingga menjejaskan kegunaan
berfaedah, yang menimbulkan sesuatu keadaan bahaya atau mungkin bahaya kepada
kesihatan, keselamatan atau kebajikan awam atau organism lain, tumbuhan dan haiwan.

Pelbagai jenis pencemaran yang terjadi di atas bumi kita, namun pada hari ini saya
akan menerangkan mengenai jerebu iaitu sejenis pencemaran udara. Jerebu adalah satu
fenomena yang berlaku apabila debu, asap dan lain lain zarah mencemar kejelasan langit.
Menurut kamus dewan edisi ke-4 jerebu adalah kabut yang bercampur debu yang terapung
di udara sehingga mengakibatkan pemandangan alam sekitar menjadi kabur dan kotor.
Jerebu terjadi apabila zarah, debu dan asap berkumpul tinggi pada hari yang kering dan ia
berkumpul pada aras rendah atmosfera dan akan mengaburi pandangan. Jerebu juga boleh
terjadi hasil daripada tindakbalas kimia yang kompleks seperti gas sulfur dioksida yang
dikeluarkan semasa pembakaran ditukar kepada titisan seni asid sulfurik. Reaksi ini
dipertingkatkan dengan kehadiran cahaya matahari, kelembapan yang tinggi dan
keheningan udara. Sejak

tahun 1991, jerebu telah menjadi masalah yang meruncing

di Asia Tenggara. Sebagai tindak balas keadaan jerebu yang melanda Asia Tenggara pada
tahun 1997, negara negara ASEAN bersetuju dengan pelan Tindakan Jerebu Serantau
(1997). Pada tahun 2002 pula, semua negara ASEAN telah menandatangani perjanjian
pencemaran Jerebu Rentas Sempadan (ASEAN Agreement on Transboundry Haze
Pollution). Namun masalah jerebu masih tidak dapat diselesaikan hingga kini. Perjanjian
itu dibuat pada 2002 membabitkan negara-negara ASEAN bagi mengurangkan pencemaran
jerebu di mana ia mengakui bahawa pencemaran jerebu merentas sempadan akibat
daripada kebakaran tanah atau hutan perlu dikurangkan melalui usaha bersepadu nasional
dan kerjasama antarabangsa.
Para hadirin sekalian,
Bagaimana kita dapat mengetahui bahawa masalah jerebu ini telah melanda kawasan kita?
Fenomena jerebu dapat diketahui apabila jabatan meteorology telah membuat penilaian
kualiti udara di kawasan terlibat. Indeks Pencemar Udara (IPU) adalah salah satu cara
untuk mengetahui tahap jerebu atau status kualiti udara di kawasan kawasan tertentu. Ia
dikira berdasarkan kepada kepekatan purata 5 pencemar udara iaitu sulfur dioksida (SO 2),
Nitrogen Dioksida (NO2), Karbon Monoksida CO, habuk halus berdiameter

10

mikrometer (PM10) dan ozon di permukaan bumi (O3). Kepekatan bagi setiap pencemar
udara dicerap melalui 52 stesen pengawasan kualiti udara automatik di seluruh Malaysia.

Mari kita lihat jadual yang menerangkan tahap indeks pencemaran udara ( IPU) dan status
kualiti udara .

Tuan puan para hadirin,


Bagaimana jerebu ini terjadi? Terdapat dua punca utama kejadian jerebu iaitu aktiviti
manusia dan kesan semulajadi. Kesan daripada aktiviti manusia adalah disebabkan oleh
pembakaran bahan api, asap kenderaan, asap kilang dan pembakaran terbuka melalui
pembakaran hutan ( aktiviti pertanian) dan pembakaran sampah. Sementara kejadian
semulajadi adalah melalui letusan gunung berapi dan pembakaran hutan melalui kejadian
petir dan cuaca panas melampau.
Pembakaran terbuka terutama pembakaran hutan adalah penyumbang utama masalah
jerebu yang melanda negara. Pembakaran terbuka yang berlaku adalah disebabkan oleh
aktiviti pertanian dimana sesetengah petani mengambil jalan mudah dengan membakar sisa
pertanian secara terbuka.

Disamping itu, dengan membakar hutan, ladang dan sisa

pertanian, secara tidak langsung dapat menyuburkan tanah. Antara aktiviti pertanian yang
sering menyumbang

kepada masalah jerebu adalah penanaman kelapa sawit dan

pembakaran jerami padi. Pensyarah Jabatan Sains Kejuruteraan, Fakulti Sains dan
Teknologi, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Profesor Madya Dr Marzuki Ismail
berkata, kebakaran akan mewujudkan beberapa jenis gas iaitu karbon dioksida, monoksida,
sulfur dioksida dan nitrogen dioksida yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Kejadian
jerebu yang melanda negara khususnya di negeri Johor pada tahun 2013 lalu adalah
disebabkan oleh pembakaran hutan di Wilayah Riau di Pulau Sumatera, Indonesia yang
melibatkan kawasan seluas lebih daripada 20 000 hektar sehingga menyebabkan jerebu
mencapai tahap berbahaya.Kebanyakan pembakaran hutan yang dilakukan adalah untuk
tujuan pembersihan ladang bagi penanaman kelapa sawit.Terdapat pihak yang tidak
bertanggungjawab yang hanya mementingkan keuntungan sendiri tanpa memikirkan
kepentingan sosial.Memang benar kos dengan menggunakan kaedah ini sangat murah bagi
syarikat ladang namun, bagi masyarakat umum ia terlalu mahal kerana melibatkan pelbagai
aspek kehidupan. Menurut Badan Tindakan Bencana Nasional Indonesia, republik itu
3

mencatatkan sekitar 3.9 juta hektar kawasan gambut di Riau telah bertukar fungsi menjadi
tanah pertanian. Lebih 100 kilang pemprosesan kelapa sawit yang beroperasi di Riau dan
menghasilkan purata minyak 3.4 tan minyak sawit setahun. Oleh itu kitaran aktiviti
perladangan menghasilkan bahan buangan daripada pelepah dan tandan reput yang
membentuk lapisan demi lapisan selepas beberapa tahun. Seterusnya lapisan ini menjadi
sangat mudah terbakar apabila musim kemarau yang suhunya mencecah sehingga 36
darjah celsius dengan hanya satu percikan api saja. Berkemungkinan juga sebahagian besar
punca kebakaran adalah tindakan peladang membuang puntung rokok sesuka hati selain
sebahagiannya
pembakaran yang disengajakan.Ini diburukkan lagi dengan arah tiupan angin Monsun
Barat Daya yang menjejaskan kualiti udara di kawasan pantai barat Semenanjung.
Selain itu, faktor cuaca turut menyumbang kepada pembakaran hutan. Pemanasan
global , cuaca yang kering dan faktor angin memburukkan lagi tahap pembakaran hutan.
Hasil pembakaran ini akan menghasilkan gas karbon monoksida yang sangat bahaya jika
dihidu dalam tempoh yang lama. Selain itu cuaca panas yang melampau juga akan
mengakibatkan tanah menjadi kering kontang, tandus dan berdebu. Oleh itu debu debu
yang terhasil ini akan berterbangan di udara apabila ditiup angin.
Punca lain masalah jerebu ialah pembakaran bahan api fosil daripada sumber
seperti petroleum, gas asli dan arang batu. Bahan api ini adalah bahan organik yang
mempunyai unsur karbon. Oleh itu pembakarannya kurang lengkap dan menghasilkan gas
karbon monoksida. Arang pula akan menghasilkan sulfur monoksida. Asap kilang dan
asap kenderaan juga antara penyumbang kepada masalah jerebu. Terdapat lebih daripada
9.3 juta buah kenderaan di jalan raya Malaysia dan kenderaan yang tidak dilengkapi
pengubah mangkin telah menyebabkan 16.2 tan karbon monoksida dan dua tan sodium
dioksida dihasilkan setiap hari. Oleh itu peningkatan jumlah kenderaan di jalan raya akan
menyebabkan jumlah asap yang dikeluarkan meningkat dan berlegar legar di atmosfera
dan terperangkap di lapisan ozon serta tidak dapat keluar ke angkasa lepas. Ini
menyebabkan udara menjadi tebal dan berlakulah jerebu.Asap yang dikeluarkan dari
kilang pula tanpa ditapis mengandungi sulfur dioksida dan nitrogen yang akan mengakibat
udara berjerebu. Pelepasan asap kilang yang tidak terkawal ini akan memburukkan
masalah jerebu.
4

Sampah yang dihasilkan setiap hari oleh penduduk di negara ini sangat banyak. Di
Malaysia, purata setiap penduduk bandar menyumbang sekurang-kurangnya 1.5 kilogram
pembuangan sampah setiap hari, berbanding 0.8 kilogram bagi penduduk luar bandar.
Berdasarkan kepada statistik yang dikeluarkan, ini bermakna, di bandar-bandar besar di
negara kita kadar pembuangan sampah mencecah 18,000 tan metrik sehari. Dan kadar ini
terus meningkat dari tahun ke tahun. Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Kementerian
Perumahan dan Kerajaan Tempatan pada tahun 2001, 16 247 tan sampah dihasilkan di
Malaysia setiap hari. Statistik yang dikeluarkan oleh Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal
dan Pembersihan Awam pula menunjukkan bagi 2008 sahaja, jumlah sampah domestik
bagi Kuala Lumpur dan Selangor adalah sebanyak 1,841,372 tan. Oleh itu salah satu cara
untuk melupuskannya ialah dengan membakar sampah tersebut. Pembakaran sampah
secara terbuka ini turut menyumbang kepada peningkatan masalah jerebu. Kebanyakan
pembakaran sampah secara terbuka ini dilakukan oleh masyarakat yang tidak mempunyai
kesedaran alam sekitar.
Letusan gunung berapi juga turut memberi kesan kepada masalah jerebu.Debu yang
dimuntahkan oleh gunung berapi mengandungi bahan beracun yang sangat berbahaya
untuk manusia mampu menutupi permukaan bumi. Walau bagaimanapun Malaysia sangat
bertuah kerana tidak mempunyai jajaran gunung berapi tidak seperti jirannya Indonesia.
Para hadirin sekalian,
Sememangnya jerebu banyak meninggalkan kesan negatif bukan sahaja kepada
ekonomi negara malahan kepada kesihatan manusia. Golongan yang berisiko tinggi untuk
mengalami masalah kesihatan pada musim jerebu ini adalah seperti kanak kanak, orang
tua, perokok dan yang telah sedia mempunyai penyakit seperti asma, bronchitis, radang
peparu, jantung atau alahan.
Bagi bayi atau kanak kanak, jerebu mudah menyebabkan iritasi kepada hidung,
tekak, saluran pernafasan, kulit, mata dan ruam kulit. Mereka akan mula bersin, berair
hidung dan batuk. Pada tahap jerebu yang kritikal, partikel halus pada jerebu boleh
memasuki bahagian dalam peparu. Menurut Dr. Jasmine, seorang pakar O&G di
Thompson Medical Centre, Singapura, terdapat kajian yang menunjukkan kaitan antara

pendedahan kepada pencemaran udara dengan kematian akibat kegagalan sistem


pernafasan.
Asma adalah sejenis penyakit kronik yang diakibatkan oleh radang saluran
pernafasan iaitu keadaan di mana saluran pernafasan menjadi sempit secara tiba-tiba yang
menyebabkan kesukaran bernafas.Ini adalah kerana saluran pernafasan tersebut amat
sensitif kepada bahan-bahan alahan tertentu.Keadaan in bertambah buruk apabila dalam
keadaan persekitaran yang berjerebu. Sepanjang negara dilanda jerebu, jumlah pesakit
asma yang mendapatkan rawatan telah meningkat di hospital serta klinik terutama di
sekitar Johor dan Melaka. Ketua pengarah Kesihatan Malaysia, Datuk Dr Noor Hisham
Abdullah berkata penyakit asma telah meningkat melebihi seratus peratus semenjak krisis
jerebu melanda. Pesakit asma tidak mengenal usia dimana pesakitnya boleh terdiri
daripada bayi, kanak kanak, orang dewasa dan warga emas. Perokok merupakan
golongan berisiko lebih tinggi terkena jangkitan pelbagai jenis penyakit berikutan keadaan
jerebu. Timbalan Pengarah Kawalan Penyakit, Dr. Zainal Ariffin Omar berkata, golongan
tersebut berisiko menghadapi jangkitan di bahagian paru-paru akibat asap rokok dan
jerebu. Kedua-dua asap tersebut akan menyerang ruang paling kecil di saluran paru-paru
hingga boleh merebak dan memberi kesan yang serius. Golongan ini berisiko menyedut
asap rokok dan partikel jerebu di mana kedua-dua jenis asap itu akan terus masuk ke dalam
saluran alveoli dan terus memberi jangkitan seperti sesak nafas, kerengsaan dan alergi.
Keadaan jerebu yang berterusan juga akan mengakibatkan orang ramai terutama
golongan yang berisiko tinggi akan terdedah kepada bahaya penyakit kanser ataupun
radang peparu selain penyakit lain seperti gatal kerongkong, batuk dan sukar
bernafas.Pakar perunding perubatan Pusat Perubatan Kajang Plaza di Kajang, Datuk Seri
Dr. Zulkornain Ahmad berkata, udara ketika jerebu amat berbahaya kerana ketika bernafas,
manusia bukan sahaja menyedut gas oksigen tetapi termasuk juga bahan-bahan asing yang
terkandung dalam udara terus memasuki paru-paru. Bahan-bahan asing yang berupa sisa
toksik yang terkandung dalam jerebu itu kemudianakan merangsang perkembangan sel-sel
kanser di dalam tubuh manusia.Tidak semua udara dapat ditapis.Udara tercemar yang tidak
dapat ditapis itu akan terus masuk ke paru-paru dan seterusnya mengakibatkan badan
manusia mungkin dijangkiti bakteria, virus dan paling menakutkan penyakit seperti kanser
paru-paru dan radang paru-paru.
6

Para hadirin sekalian,


Jika jerebu melanda juga kawasan kita, maka kita kita seharusnya mengambil
langkah langkah keselamatan untuk mengelakkan diri daripada terdedah kepada penyakit
akibat jerebu. Antara langkah langkah yang perlu diambil ialah sebolehnya elakkan
berada di kawasan yang dilanda jerebu. Ini kerana partikelyang berada di dalam udara akan
membawa kean buruk kepada sistempernafasan kita. Jika terpaksa juga untuk berada di
dalam kawasan yang dilanda jerebu, pakailah penutup hidung atau topeng muka yang
sesuai. Sentiasa berada di dalam kediaman masing masing. Kurangkan masa dan aktiviti
di luar rumah. Tutup pintu dan tingkap ketika berada di dalam rumah.
Selain itu, bagi individu yang mempunyai masalah kesihatan seperti batuk,
selsema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit peparu hendaklah datang ke klinik
dengan segera jika masalah semakin teruk. Dapatkan nasihat pegawai perubatan untuk
mengurangkan kesan jerebu kepada kesihatan diri. Ambillah ubat seperti yang disarankan
oleh doctor bagi mereka yang berisiko tinggi.
Kita juga dinasihatkan agar sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit ayang
terdedah kepada jerebu dengan air bersih. Ini untuk membuang kesan kesan jerebu yang
hinggap di kulit kita kerana habuk habuk ini akan memberi kesan buruk kepada kulit kita
seperti terjadinya penyakit kulit. Selain itu, kita juga dinasihatkan agar minum air bersih
yang banyak setiap hari iaitu sekuran- kurangnya 8 gelas sehari. Kementerian Kesihatan
melalui portal Myhealth menyarankan kita seharusnya minum dua liter air sehari.
Tuan tuan dan adik adik yang dihormati,
Justeru itu masalah jerebu perlu diatasi supaya kita dapat menghirup udara yang
segar dan menjamin kesihatan kita. Antara langkah langkah yang perlu diambil untuk
mengatasi dan mengurangkan masalah jerebu ialah dengan menguatkuasakan larangan
pembakaran secara terbuka.

Ini adalah kerana asap pembakaran tersebut merupakan

penyumbang utama kepada masalah jerebu. Tambahan pula pembakaran terbuka boleh
menyebabkan kebakaran yang tidak terkawal seperti yang berlaku di Indonesia. Akta
larangan pembakaran terbuka ini telah termaktub dalam akta kualiti alam sekeliling, 1974
melalui seksyen 29A, seksyen 29B dan seksyen 29AA(2)Akta kualiti alam sekeliling
7

( pindaan ) 2001 hendaklah dipatuhi. Justeru itu Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah
mengisytiharkan seluruh negeri Selangor, Melaka dan Johor sebagai kawasan larangan
pembakaran terbuka berkuat kuasa serta-merta semasa kejadian jerebu yang melanda
negara pada Jun 2013. Ketua Pengarahnya, Datuk Halimah Hassan berkata, larangan
mengikut Seksyen 29AA(2) Akta Kualiti Alam Sekeliling (Pindaan) 2001 itu, berkuat
kuasa sehingga ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak
Langkah seterusnya yang boleh diambil untuk mengatasi masalah jerebu yang
melanda ialah dengan melakukan pembenihan awan. Pembenihan awan dilakukan untuk
mendapatkan hujan.Apabila cuaca kering, titisan air menjadi sangat ringan dan titisan yang
sangat ringan tidak dapat jatuh ke bumi sebagai hujan. Oleh yang demikian, iodik perak
atau ais kering akan ditabur untuk menurunkan suhu awan. Ais Kristal akan terbentuk dan
semakin membesar lalu ditarik oleh gravity, maka ia akan jatuh ke bumi dan bertukar
menjadi hujan. Hujan boleh membantu mengurangkan masalah ini apabila ia membawa
jerebu jatuh ke bumi. Walau bagaimanapun untuk melakukan pembenihan awan, keadaan
awan perlu diambil kira.

Selain itu, kita juga perlu menguruskan alam sekitar melalui program pendidikan
sama ada secara formal atau tidak formal. Program pendidikan ini boleh dijalankan oleh
jabatan alam sekitar serta lain lain agensi kerajaan dan badan

bukan kerajaan. Ia

ditujukan kepada semua lapisan masyarakat iaitu pentadbir, orang awam serta pelajar
sekolah.Aktiviti ini perlu dijalankan untuk meningkatkan tahap kesedaran orang ramai
terhadap alam sekitar serta tanggungjawab bagi membaiki dan menjaganya.Program
pendidikan ini merupakan strategi pencegahan dan pengurusan alam sekitar. Selain itu,
melalui pendidikan ini juga, tahap kesedaran orang ramai dapat dipertingkatkan kerana
pengetahuan terhadap alam sekitar dari segi pemuliharaan alam sekitar

serta

implikasisosial dan ekonomi penduduk negara ini masih rendah jika dibandingkan dengan
Negara maju lain. Oleh itu bahagian pendidikan alam sekitar perlu memainkan peranan
aktif dalam memberi pendidikan sama ada melalui media massa mahupun penganjuran
aktiviti tertentu.
Seterusnya orang ramai perlu melaksanakan tanggungjawab masing
masing bersama sama menjaga alam sekitar selain daripada tindakan yang
8

dilakukan oleh kerajaan dan pihak berkuasa. Antara tindakan yang boleh dibuat
ialah elak daripada mengunakan kenderan persendirian tetapi sebaliknya
gunakan kenderaan awam atau berkongsi kereta dan pada masa yang sama juga
pemilik kenderaan tersebut hendaklah memastikan kenderaan mereka tidak
melepaskan asap hitam. Ini boleh dilakukan dengan m e n g a m b i l l a n g k a h langkah yang ideal contohnya menghantar kereta ke bengkel
untuk

pemeriksaan dan penyelenggaraan terutama bagi karburetor

d a n p a m m i n y a k s u p a y a berada dalam keadaan baik. Orang awam juga boleh


membuat aduan kepada Polis DiRaja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat
serta Pihak Berkuasa Tempatan yang terdekat jika terdapat pembakaran sisa pepejal
dan laporan juga boleh dibuat kepada JAS mengenai sebarang pembakaran terbuka yang
dilakukan oleh industri, tred dan ladang-ladang.
Para hadirin sekalian,
Melaksanakan Sistem Pemantauan Jerebu ( HMS ) merupakan salah satu cara
untuk mengatasi masalah jerebu. Sistem Pemantauan Jerebu boleh membantu mengenal
pasti tompok-tompok kebakaran di rantau ini dan kawasan kebakaran yang dimiliki
syarikat yang terlibat. Sistem ini telah diterima secara rasmi oleh para pemimpin Asean di
Sidang Puncak Asean ke-23. Penerimaan secara rasmi sistem ini oleh para pemimpin
Asean memberi mesej jelas kepada syarikat-syarikat yang menjalankan pembakaran hutan
bahawa kegiatan mereka kini dipantau dan mereka kini dipertanggungjawabkan di atas
kegiatan yang mereka lakukan. Sistem ini berfungsi apabila semua data seperti peta-peta
konsesi dan penggunaan tanah, dapat diterima. Sistem Pemantauan Jerebu ini adalah
sebagai sistem pemantauan bersama akan digunakan oleh lima negara yang menganggotai
Jawatankuasa Kecil Pemandu Serantau (MSC) bagi Pencemaran Jerebu Rentas Sempadan
iaitu Malaysia, Brunei, Indonesia, Singapura dan Thailand.
Tuan puan para hadirin yang dihormati,
Kesimpulan daripada uacapan dan penerangan saya ini menjelaskan bahawa a
masalah alam sekitar khususnya jerebu ini bukan lagi menjadi isu di peringkat
sesebuah negara tetapi sudah menjadi isu di peringkat global. Masalah alam
sekitar yang terbit daripada proses urbanisasi perlu di pandang serius oleh
pihak- pihak tertentu dalam cuba mengawal dan merancang supaya aktiviti-aktiviti yang
9

dilakukan t i d a k

merosakkan

alam

s e k i t a r.

Dalam

mengejar

arus

p e m b a n g u n a n , m a n u s i a t i d a k seharusnya mengorbankan alam sekitar untuk


meningkatkan kualiti hidup.Tanpa disedari, di sebalik arus pembangunan
tersebut tersirat kesan yang sangat menakutkan iaitu impak negatif terhadap
kualiti hidup mereka berdasarkan pencemaran-pencemaran dan bencana yang
telah di nyatakan. Kita perlu menyedari terdapat cara yang lebih baik
untuk berinteraksi dengan alam sekitar dalam membentuk satu ikatan yang
harmoni di antara manusia dan alam sekitar. Kita juga perlu bertanggungjawab terhadap
kesalahan yang telah dilakukan oleh kita sendiri. Hal ini demikian kerana tidak akan wujud
lagi satu alam sekitar

yang baru sekiranya alam sekitar yang ada terus

dimusnahkan. Oleh renunglah dan hayatilah setiap kata-kata Mahatma Gandhi


dengan seadanya iaitu kita bukan mewarisi alam ini daripada datuk nenek kita
tetapi kita meminjamnya daripada anak cucu kita. Semoga pencerahan ini sedikit
sebanyak akan memberi kesedaran kepada kita untuk menghargai alam sekitar.
Sekian, terima kasih.

RUJUKAN
10

Abu Bakar Bin Yang , Sampah Di Mana Kesedaran Masyarakat? Dicapai pada 20
Oktober 2013 dari http://www.ikim.gov.my/index.php/en/utusanmalaysia/7933-sampah-di-mana-kesedaran-masyarakat.
Dalam masa 5 hari sampah Malaysia sebesar Perlis, dicapai pada 20 Oktober
2013, http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?
y=2011&dt=0123&pub=Utusan_Malaysia&sec=Laporan_Khas&pg=lk_02.
htm#ixzz2hStP6ITy Utusan Melayu (M) Bhd
Darurat Bencana Jerebu jamin keselamatan awam, dicapai pada 20 Oktober 2013,
dari
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130625/dn_16/Darurat
-Bencana-Jerebu-jamin-keselamatan-awam#ixzz2hUrOvvTr
Utusan Melayu (M) Bhd Enam langkah susulan darurat jerebu dicapai
pada 20 Oktober 2013 dari
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130624/dn_18/Enamlangkah-susulan-darurat-jerebu#ixzz2hUpRtiIJ Utusan Melayu (M) Bhd
Kamus Dewan Bahasa Dan Pustaka, Edisi Ke - 4
Lindungi anak-anak daripada kesan jerebu dicapai pada 20 Oktober 2013, dari
http://my.theasianparent.com/lindungi-anak-anak-daripada-kesanjerebu/#ixzz2hPxfFp3T
Pemimpin ASEAN setuju terima pakai sistem pantau jerebu, dicapai pada 20
Oktober 2013,dari
http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20131010/dn_40/
Pemimpin-ASEAN-setuju-terima-pakai-sistem-pantaujerebu#ixzz2hUuvmgXS Utusan Melayu (M) Bhd .

11

Anda mungkin juga menyukai