Anda di halaman 1dari 3

ETIKA DALAM PENGURUSAN

Menurut bahasa Greek kuno, etika merupakan salah satu cabang utama falsafah yang merangkumi
kelakuan betul dan kehidupan baik. Liputan etika adalah lebih luas daripada manganalisis apa yang
betul dan salah seperti yang sering dianggap. Antara aspek utama etika ialah "kehidupan baik", iaitu
kehidupan yang bernilai atau memuaskan, yang dianggap lebih penting daripada tingkah laku moral
oleh banyak ahli falsafah. Antara isu utama dalam etika ialah pencarian summum bonum, iaitu
"kebaikan yang terbaik". Tindakan yang betul dikatakan mengakibatkan kebaikan terbaik, manakala
tindakan tak bermoral dikatakan menghalangnya (Wikipedia, ensiklopedia bebas). Nilai yang
terkandung dalam etika kerja akan menjadi pegangan setiap warga organisasi dalam melaksanakan
tugas profesional mereka.
Memetik kata-kata Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah (pada tarikh
keratan dipetik), Datuk Azizah Mohd. Dun dalam keratan Utusan Online bertarikh September 17,
2008, beliau berkata, tindakan sewajarnya diambil kepada kakitangan yang mencemar imej kerajaan
khususnya kakitangan yang berurusan dengan orang ramai. ''Misalnya, budaya keluar pejabat bukan
pada waktunya, tiada budi bahasa dan layanan tidak baik kepada pengguna sehingga menimbulkan
perasaan kurang senang di kalangan orang ramai. Gejala seperti ini perlu dibendung dan kelakuan
ini jelas bertentangan dengan prinsip moral dan etika". Sekaligus ini memperlihatkan kepentingan
pengurusan etika dalam organisasi atau jabatan. Pengurusan etika di sektor perkhidmatan awam
dilihat sangat lemah dan ini memberikan imej yang buruk kepada negara secara tidak langsung.
Melihat kepada pengertian nilai secara ringkas memberi maksud tanggapan dan penerimaan
individu dari sudut pemikiran masing-masing. Setiap manusia mempunyai pandangan tersendiri
mengenai sesuatu perkara kerana setiap individu meletakkan satu nilai berdasarkan pengetahuan,
pengalaman, kepercayaan atau bagaimana mereka mentafsir keadaan yang berlaku.
Kod etika kerja secara umumnya adalah sebagai pemakaian etika bagi hal ehwal pengurusan, yang
dirumus untuk meningkatkan standard pentadbiran serta menanamkan profesionalisme dan
keberkesanan tugas di kalangan pekerja. Kod etika ini menjadi suatu kod kesusilaan yang
memperkatakan dengan apa yang benar atau salah dan apa yang baik atau buruk dari segi moral
dalam melaksanakan tugas sebagai seorang pekerja. Etika kerja yang diamalkan perlu berdasarkan
displin atau peraturan yang telah ditetapkan. Melihat kepada kebiasaan, etika kerja yang sebenar
amat jarang dipraktik secara telus. Sebagai contoh, seorang pekerja mula bekerja pada jam 9.00
pagi iaitu selepas minum, baca surat khabar atau berbual dengan rakan (waktu bekerja sebenar
adalah pada jam 8.00 pagi) tidak akan menjadi satu perkara luar biasa kerana ia berlaku sejak sekian

lama dan tiada siapa mengambil peduli. Maka senario pekerja lewat memulakan kerja merupakan
satu norma kerana di terima umum. Usaha untuk mengubah keadaan ini adalah sukar dan
mengambil masa untuk dipulihkan. Pengurusan yang efektif amat diperlukan bagi menggelak dari
senario ini berlaku.
Dalam pengurusan etika, sikap adalah merupakan perkara yang sangat perlu diambil perhatian.
Sikap adalah kesediaan seseorang dari segi mental dan fizikal untuk bertindak terhadap sesuatu.
Sesuatu perkara yang dilakukan mungkin secara teragak-agak, tidak sepenuh hati atau dilaksanakan
secara terpaksa dan oleh sebab itu persediaan mental juga amat penting bagi memperlihatkan sikap
sebenar seseorang. Sikap mempunyai peranan penting sebagai faktor pendorong dalam tindakan
manusia samada untuk menerima atau menolak sesuatu.
Dalam usaha untuk membentuk budaya kerja beretika dalam organisasi, orientasi pekerja haruslah
berada di atas landasan yang betul bagi menjayakan budaya kerja cemerlang. Pekerja perlu komited,
mempunyai kesedaran kualiti, bersedia menerima perubahan dan tiada batasan masa untuk
cemerlang. Apabila pekerja sesebuah organisasi rnerniliki satu rnatlarnat yang sama, akan wujud
keharmonian dalam organisasi tersebut untuk mengamalkan etika kerja yang sama. Nilai, norma
dan sikap yang dikongsi bersarna secara positif akan menerbitkan prinsip-prinsip kerja yang baik
sekaligus mewujudkan satu budaya organisasi yang baik secara keseluruhan. Begitu juga kalau
semua orang berkongsi nilai, noma dan sikap yang kurang baik akan menyebabkan etika kerja yang
kurang baik.
Pekerja juga perlu sentiasa mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap dasar etika organisasi. Ini
dilaksanakan supaya setiap lapisan pekerja faham dengan jelas tentang arah dan matlamat
pengurusan etika organisasi dan seterusnya memudahkan pekerja memahami dasar tersebut sebagai
panduan dalam menjalankan kerja-kerja mereka. Kesedaran yang tinggi terhadap etika juga akan
dapat mengelakkan kekeliruan dikalangan pekerja apabila mereka melaksanakan tindakan-tindakan
dan keputusan yang dibuat. Tindakan untuk meningkatkan etika boleh dilakukan oleh pihak
pengurusan melalui kaedah memberi latihan, penganjuran hari beretika dan sebagainya.
Dalam membentuk etika kerja cemerlang dalam organisasi, penglibatan dari semua individu dalam
organisasi adalah sangat penting. Kejayaan yang dicapai oleh organisasi belum boleh menunjukkan
tahap etika yang unggul. Usaha organisasi untuk mencapai kecemerlangan secara keseluruhan
adalah suatu usaha yang berterusan tanpa ada had masa yang ditetapkan dan untuk mencapainya,
pengurusan etika yang paling efisien diperlukan. Organisasi sentiasa perlu memastikan pengurusan

etika yang berterusan perlu dilakukan kerana manusia (pekerja) sentiasa berubah dan perlu sentiasa
diurus. Dalam menuju kecemerlangan, pihak pengurusan perlu ingat bahawa akan ada ruang-ruang
yang boleh diperbaiki dari semasa ke semasa bagi menampung kelemahan-kelemahan yang masih
ada.

KEPIMPINAN DAN PRESTASI ORGANISASI


Kecemerlangan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh banyak faktor. Walaubagaimanapun
ramai pengurus dan penyelidik dalam bidang kepimpinan dan pengurusan cenderung untuk melihat
kepimpinan sebagai penyumbang utama atau penyebab langsung kepada pencapaian organisasi.
Antaranya adalah Andersen (2002) yang mengatakan bahawa literatur mengenai kepimpinan secara
umumnya banyak berasaskan andaian bahawa kepimpinan adalah penyebab kepada keberkesanan
organisasi. Selain Andersen, Fiedler (1967) juga
berpendapat, kepimpinan berkesan sering dilihat sebagai sesuatu yang amat penting dalam
menerangkan atau membuat ramalan tentang kejayaan organisasi. Bennis dan Nanus (1985),
menyatakan kejayaan sesebuah organisasi adalah disebabkan oleh kepimpinan. Begitu juga Yukl
(1998) yang turut berpendapat, kepimpinan memberi impak yang positif terhadap kejayaan
organisasi. Bertolak dari kepercayaan sedemikian, isu kepimpinan merupakan agenda penting bagi
sektor swasta dan sektor awam baik di negara maju atau negara membangun. Isu ini menjadi
bertambah runcing kerana persekitaran yang sentiasa berubah dan perubahan merupakan cabaran
berterusan yang perlu dihadapi dan ditangani oleh pemimpin-pemimpin dalam semua sektor.
Kepimpinan berkesan juga sering dikaitkan dengan sifat, nilai dan tingkah laku yang
beretika. Kepimpinan beretika adalah mustahak kerana pemimpin adalah agen perubahan dan
arkitek bagi elemen-elemen penting budaya organisasi. Sikap dan tingkah laku pemimpin memberi
impak kepada perlakuan anggota organisasi dan seterusnya ini akan mempengaruhi prestasi
organisasi (Aronson 2001; Kanungo 2001; Trevino, Brown & Hartman 2003). Wilhelm (1996)
menganggap nilai yang jelas dan kukuh sebagai characteristic teras bagi seorang pemimpin
berkesan. Seterusnya beliau menambah, kepimpinan tanpa nilai boleh mengakibatkan kehancuran
dan kemusnahan seperti yang dapat dilihat melalui Adolph Hitler. Kebelakangan ini minat untuk
mewujud dan membangunkan kepimpinan beretika dalam organisasi semakin meningkat. Selain
daripada kesan positif terhadap organisasi, keruntuhan etika di peringkat pengurusan boleh
menyebabkan organisasi atau negara menanggung kos yang besar. Contohnya penangkapan
beberapa orang pegawai kanan di Jabatan Imigresen kerana salah guna kuasa, secara langsung
memberi kesan yang negatif terhadap negara kerana beberapa kerajaan asing mungkin mengenakan
polisi baru terhadap pemegang pasport antarabangsa Malaysia yang akan pergi ke negara tersebut.