Anda di halaman 1dari 8

SJK(T) JALAN CHERAS, KUALA LUMPUR

MINIT MESYUARAT
MESYUARAT TAKLIMAT ePRESTASI

Tarikh

: 12 September 2014

Masa

: 1.00 Tengahari

Tempat

: Kelas 6 Anbu

Pengerusi : Puan N.Kaveriammah


Kehadiran :
1. Puan N.Kaveriammah (Guru Besar)
2. Puan V.Goviree

(GPK Pentadbiran)

3. Puan P.Jayamalar

(GPK Kokurikulum)

4. Puan M.Thanavalle
5.Encik K. Poovaneswaran
6.Puan C.Joisy
7.Puan P.Kamalaveni

8.Encik.P.Marimuthu
9.Puan.S.Geetha
10.Puan.K.Kogilam
11.Puan N.Yamuna
12.Puan A.Eswary
13.Puan K.Sumadi
14.Puan T.Sarojini
15.Puan V.Shalini
16.Puan T.Sutha
17.Puan K.Kanagavalli
18.Puan P.Rathimathi
19.Cik T.Sangaree
20.Puan Norasmahayu

Tidak Hadir :
1. Encik Khairul Maklum
2. Puan Tamil Selvi Cuti Sakit
3. Puan Yuganeswary- Cuti Bersalin

1.0

Ucapan Pengerusi

1.1.

Ucapan salam dan mengalu-alukan kehadiran semua guru ke mesyuarat taklimat


ePrestasi.

2.0

Prapelaksanaan
Penilaian
Pendidikan(PBPPP)

Bersepadu

Pegawai

Perkhidmatan

2.1

PTK digantikan dengan penilaian baharu yang lebih memfokus kepada elemen
pembangunan kompetensi berasaskan gred dan jawatan serta mengambil kira
keunikan pelbagai skim perkhidmatan.

2.2

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) adalah satu


kaedah penilaian berasaskan Tugas dan Tempat Bertugas (Job-Based and Work
Place) dan Standard prestasi selaras dengan Government Transformation
Programme 2.0 (GTP 2.0) dan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) 2013 2025.

2.3

Penilaian Bersepadu Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PBPPP) mengandungi


empat objektif bawahnya iaitu menilai kompetensi dan potensi PPP , Menilai
keberhasilan (aspek peningkatan) yang merupakan hasil kerja PPP
(Kumpulan PdP dan PTA), Mengenal pasti kompetensi dan potensi PPP untuk
membolehkan Program Pembangunan Profesional Berterusan dilaksanakan
serta mengenal pasti keperluan untuk pembangunan laluan kerjaya PPP .

2.4

Komponen Instrumen PBPPP terbahagi kepada tiga iaitu Generik, Fungsional


dan Keberhasilan. Komponen Generik membawa maksud semua PPP dinilai
berdasarkan dimensi, elemen dan aspek yang sama. Komponen fungsional iaitu
PPP dinilai berdasarkan pengetahuan dan kemahiran dalam bidang tugas
masing- masing. Komponen Keberhasilan dinilai berdasarkan peningkatan
berasaskan bidang tugas (bagi Kategori Kumpulan PdP dan PTA).

2.5

Konsep Asas PBPPP PPP akan dinilai oleh dua Pegawai Penilai berasaskan
Instrumen Generik dan Fungsional serta Keberhasilan seterusnya dibahagikan
kepada tiga kategori Prestasi iaitu Prestasi Tinggi, Prestasi Sederhana dan
Prestasi Rendah.

2.6

Tempoh Penilaian PBPPP berdasarkan Fleksibiliti diberikan kepada organisasi


untuk melaksanakan penilaian secara berterusan dalam tempoh satu tahun
penilaian. BPPK akan menetapkan tarikh akhir untuk Pegawai Penilai
melengkapkan penilaian dan penghantaran skor akhir penilaian bagi semua

PYD dalam organisasi masing-masing. Walau bagaimanapun Prapelaksanaan


PBPPP bagi tahun 2014 penilaian perlu dilaksanakan sekali sahaja.
2.7

3.0

Proses pelaksanaan PBPPP hendaklah dijalankan secara atas talian (online)


melalui Sistem Maklumat Guru (SMG) Modul e-Prestasi melalui url:
http://apps.moe.gov.my/smg/10/.

Jawatankuasa PBPPP (JK PBPPP)

3.1

Jawatankuasa PBPPP adalah terdiri daripada lima orang AJK iaitu Guru Besar,
GPK Pentadbiran, GPK Hal Ehwal Murid, GPK Ko-Kurikulum dan AJK Kelima.
Puan Thanavalle dilantik sebagai AJK Kelima bagi Program PBPPP oleh
Guru Besar.

3.2

Tanggungjawab Jawatankuasa PBPPP ialah Merancang, menyelaras dan


memantau aktiviti penilaian peringkat organisasi;Mengemukakan cadangan
senarai PP; Merancang dan melaksanakan latihan dalaman kepada PP di
peringkat organisasi; Menyediakan laporan pelaksanaan penilaian di peringkat
organisasi; Membuat penyelarasan skor apabila SMG modul e-Prestasi
memberikan peringatan tentang ketidaktekalan skor (perbezaan skor melebihi 10
antara PP);Menentukan proses tindakan pelaksanaan PBPPP mengikut jadual

yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa PBPPP Organisasi dan pihak KPM;
Memastikan semua bahan/ dokumen yang bercetak/ bertulis melibatkan
penilaian ini diklasifikasikan sebagai Dokumen Terperingkat pada tahap
TERHAD; Mengarahkan PP yang akan bertukar ke jabatan lain, bersara atau
meletak jawatan untuk menyediakan penilaian dengan serta-merta;
Mengarahkan PP melaksanakan penilaian secara manual sekiranya PYD yang
bertukar masuk dan datanya belum dikemaskinikan; Jawatankuasa
bertanggungjawab untuk memastikan semua PYD termasuklah PYD yang akan
bersara atau yang diberikan pelepasan untuk dilantik kepada perkhidmatan lain;
Memastikan penilaian untuk pegawai baharu yang dilantik selepas 1 Julai
disediakan apabila tempoh perkhidmatan mereka genap 6 bulan; Menjaga
kerahsiaan skor PYD dan dokumen terperingkat sepanjang masa (sulit kepada
yang tidak berkenaan).
3.3

Jawatankuasa PBPPP terdiri dari Pengerusi, Setiausaha, Tiga Ahli


Jawatankuasa dan seorang Urus setia. Urus setia hanya berperanan dalam
aspek pengkeranian dan tiada kuasa mengundi .

3.4

Setiap Cadangan JK PBPPP yang dikemukakan perlu diperakukan/ disahkan


oleh organisasi tertentu. Bagi PPD/ PPW akan disahkan oleh JPN negeri
terbabit. Sekolah-sekolah yang dikawal selia oleh Bahagian di KPM seperti
SBP/SMKA/SABK/KV/Sek Sukan/Sek Seni/SKPK/SMPK/Teknik/Vokasional akan
disahkan oleh Bahagian yang kawal selia sekolah tersebut. Sekolah Harian akan
disahkan oleh PPD atau JPN bagi negeri yang tiada PPD/ PPW.

4.0

Pegawai Penilai (PP) dan Pegawai Yang Dinilai (PYD)

4.1

Sistem Penilaian Prestasi Perkhidmatan Awam digubal berdasarkan kepada dua


prinsip asas penilaian iaitu Penilaian yang adil dan telus berasaskan kepada
prestasi/hasil kerja/ output/ outcome/ impak yang bersesuaian serta perlakuan
yang berkaitan dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab dan
Menggalakkan persaingan positif dalam meningkatkan kualiti dan produktiviti ke
arah pencapaian objektif organisasi.

4.2

Penilaian yang fleksibel bermaksud sistem penilaian yang tidak terikat kepada
sesuatu kaedah penilaian semata-mata. Penilaian ini dijalankan berdasarkan
Kesesuaian Masa; - pagi/ petang/ malam bergantung kepada majlis/ program;
Kesesuaian
Tempat;
cth:
bilik
darjah/
makmal/
padang;
Kepelbagaian Kaedah semakan bahan/ temu bual/ pencerapan/ pemerhatian.

4.3

PBPPP ini melibatkan dua PP, iaitu Pegawai Penilai Satu (PP1) dan Pegawai
Penilai Dua (PP2). Penilaian mesti dijalankan oleh PP yang mempunyai
hubungan kerja dengan PYD. Pemberian markah antara kedua-dua PP kepada
PYD adalah SULIT. PP1 dan PP2 TIDAK BOLEH BERBINCANG dalam proses
pemberian markah PYD. Pelantikan atau penetapan PP dilaksanakan oleh
Jawatankuasa PBPPP di organisasi masing-masing. Pelantikan PP perlu
berdasarkan kriteria Mempunyai pengetahuan dan kemahiran dalam bidang PYD
dan mempunyai kemahiran menilai secara objektif dan Sekurang-kurangnya satu
gred lebih tinggi daripada pegawai yang dinilai atau Ketua Organisasi/ Penyelia.

4.4

Kriteria Pegawai Penilai terdiri daripada Tiada hubungan kekeluargaan terdekat


melalui pertalian darah atau perkahwinan;1 Gred lebih tinggi daripada PYD;
Berdasarkan kekanan atau pengalaman serta PYD yang diselia oleh lebih
daripada seorang PP dalam tempoh masa yang berbeza-beza dan tidak ada
pegawai kanan lain yang layak membuat penilaian.

4.5

Proses penilaian bagi setiap PPP akan melalui tiga tahap iaitu Sebelum
Penilaian,Semasa Penilaian dan Selepas Penilaian.

4.6

Pegawai Yang Dinilai (PYD) merupakan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan yang


telah dilantik oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP). PYD yang
bekerja lebih daripada 3 bulan layak untuk dinilai dalam tahun semasa (untuk
PYD yang baru dilantik).

5.0

Instrumen, Rubrik dan Skor

5.1

Konsep Instrumen PBPPP terbahagi kepada tiga iaitu Dimensi, Elemen dan
Aspek.Dimensi merupakan perkara pokok atau bidang utama pekerjaan yang
hendak dinilai dan boleh diukur. Dimensi menggambarkan konstruk yang hendak
dinilai. Elemen ialah bahagian-bahagian bidang utama pekerjaan yang hendak
dinilai dan boleh diukur. Elemen adalah pembolehubah bagi sesuatu Dimensi
(Konstruk). Aspek adalah bidang tugas dan tanggungjawab yang dinilai dalam
satu tempoh yang ditetapkan. Aspek merupakan perincian tentang perkara yang
dinilai dalam sesuatu elemen.

5.2

Aras penilaian diklasifikasikan mengikut skor cemerlang (4), - melepasi sasaran,


baik (3), - mencapai sasaran, sederhana (2), - kurang capai sasaran dan
emah (1) - .tidak tercapai. Jumlah skor muktamad adalah berdasarkan
wajaran ditetapkan bagi setiap aspek dan berdasarkan gred jawatan. Rubrik
ialah alat penilaian mengandungi penyataan kualiti seperti mengetahui,
memahami,mengamalkan, menghayati, dan memerlukan bimbingan. Pegawai

Penilai (PP) perlu meneliti deskripsi yang mentafsir aspek dan kaedah penilaian
untuk menentukan skor bagi Pegawai Yang Dinilai (PYD).
5.3

Komponen generik mempunyai 3 dimensi iaitu Dimensi Profesionalisme (20%),


Dimensi Tugasan Tambahan (10%) dan Dimensi Penglibatan (10%),
Komponen fungsional mempunyai 1 dimensi iaitu Dimensi Kemahiran (60%),
Komponen keberhasilan (100%). Jumlah keseluruhan wajaran adalah 100%
di mana komponen generik dan fungsional sebanyak 90% sementara komponen
keberhasilan adalah sebanyak 10%.

5.4

Kandungan Instrumen PBPPP adalah Dimensi, Elemen, Aspek, Deskripsi bagi


aspek yang dinilai, Kaedah-kaedah penilaian dan contoh-contoh evidens serta
Aras Penilaian (Skor dan rubrik untuk pemberian markah atau aras penilaian
bagi aspek yang dinilai).

5.5

Deskripsi adalah penyataan mengenai aspek yang hendak dinilai. Contoh yang
diberi dalam mencari evidens pada aspek tadi ialah melalui kaedah pemerhatian.
Aras penilaian diklasifikasikan mengikut skor berdasarkan rubrik yang diberi.
cemerlang (4),baik(3), sederhana (2) dan lemah(1).

5.6

Komponen Generik membawa maksud SEMUA PPP dinilai berdasarkan


Dimensi,Elemen dan aspek yang sama. Terdapat tiga Dimensi pada Komponen
Generik iaitu Dimensi 1 Profesinalisme, Dimensi 2 Tugas Tambahan dan
Dimensi 3 Penglibatan. Elemen bawah Dimensi 1- adalah Nilai
Profesional(6%), Sahsiah(4%),Potensi(4%) dan Keilmuan dan Pengetahuan
(4%) Elemen bawah Dimensi 2 adalah Hubungan Luar (4%) dan Tugasan
Sampingan(6%). Elemen bawah Dimensi 3 adalah Sumbangan iaitu (10%).

5.7

Fungsional ialah bidang khusus yang dinilai berdasarkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran bagi kumpulan bidang tugas PPP.iaitu Dimensi 4.
Kategori Instrumen(1) adalah PdP iaitu Guru dan Kategori Instrumen(2) adalah
PT (A) (PdP + Pengurusan) Kepimpinan Sekolah jawatan hakiki
Pengetua/Guru Besar. Dimensi 4 (Guru Akademik) (PdP) adalah
Perancangan PdP(20%),Pelaksanaan PdP(30%) dan Pentaksiran PdP(10%).
PT (A) pula adalah Kepimpinan Instruksional(25%),Pengurusan(25%) dan .
Kepimpinan Organisasi (10%).

5.8

Keberhasilan bagi PdP adalah berdasarkan Peningkatan ilmu pengetahuan/


Kemahiran manakala keberhasilan bagi PT(A) adalah Peningkatan Pencapaian
Sasaran. Instrumen Keberhasilan adalah berdasarkan Peningkatan bukan
pencapaian iaitu peningkatan keberhasilan menggunakan maklumat sedia ada.

5.9

Kaedah Penilaian terdiri daripada 4 komponen iaitu Semakan Bahan, Temu Bual
Pencerapan dan pemerhatian. PP boleh menggunakan satu atau lebih daripada
satu kaedah penilaian berdasarkan kesesuaian untuk meningkatkan kesahan
dan kebolehpercayaan penilaian.

5.10

Temu bual dibuat secara formal atau tidak formal tentang bidang tugas PYD.
Boleh juga dibuat secara bersemuka atau elektronik (FB, Whatsapp, telefon,
emel). Dicadangkan bahan temu bual dicatat untuk dijadikan bahan bukti.
Pencerapan yang dibuat semasa PdP dalam jangka waktu yang ditetapkan.
Senarai semak pencerapan yang digunakan perlu disimpan sebagai bukti.
Pemerhatian yang dibuat secara berterusan akan memperoleh maklumat dari
pihak lain (murid, rakan sekerja, PPD dan JPN ).

6.0

Contoh Borang Markah PBPPP telah ditunjukkan oleh Pengerusi bagi perhatian
guru.

Mesyuarat ditangguhkan pada jam 3.00 petang

Disediakan oleh: Minit ini dicatat oleh:


Suraya Binti Zainal
Urusetia
Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Jalan Cheras 56100 Kuala Lumpur.

Anda mungkin juga menyukai