Anda di halaman 1dari 13

1.

0 Pendahuluan

Revolusi Perancis 1789 adalah satu peristiwa penting dalam sejarah


perkembangan masyarakat Barat malahan sejarah manusia itu sendiri. Ia mempengaruhi
dengan dalamnya idea dan tingkahlaku manusia bagi beberapa generasi. Ia dianggap
sebagai garis pemisah antara peraturan lama dengan peraturan baru kerana dengan
berlakunya Revolusi Perancis, feudalisme dikatakan telah digantikan telah digantikan
dengan sistem masyarakat terbuka. Dalam system feudal, kedudukan seseorang itu adalah
berlandaskan hak, kuasa dan keistimewaan yang diwarisi secara turun-temurun tetapi
setelah sistem masyarakat terbuka diamalkan, segala kejayaan yang bakal diperoleh oleh
seseorang itu adalah berlandaskan bakat dan kemampuannya sendiri. Sesungguhnya,
Revolusi Perancis itu adalah permulaan peringkat kemerosotan pengaruh dan kedudukan
agama dalam sistem pemerintahan dan pemikiran. Sebaliknya pengaruh pemikiran dan
falsafah yang menegaskan dan menyanjungi sepenuhnya keupayaan akal manusia mula
bertapak dan berkembang pesat. Menyedari peri penting Revolusi Perancis ini dalam
membawa perubahan dan peralihan peradaban dunia, maka menjadi suatu keperluan
untuk kita membincangkan tentang faktor-faktor yang membawa kepada tercetusnya
Revolusi Perancis 1789 dan apakah kesan revolusi itu ke atas masyarakat Perancis
khasnya dan Eropah keseluruhannya.

2.0

Faktor-Faktor Berlakunya Revolusi Perancis

Faktor-faktor yang membawa kepada tercetusnya Revolusi Perancis 1789 dapat


dibahagikan kepada dua bahagian iaitu Faktor Dalaman dan Faktor Luaran. Malahan,
dapat kita katakan bahawa faktor dalaman itu lebih dominan daripada faktor luaran.
Faktor dalaman yang terpenting pula membabitkan faktor sosial iaitu struktur dan
keadaan masyarakat Perancis itu sendiri. Struktur masyarakat Perancis ketika itu
terbahagi kepada tiga kelas atau estet. Estet-estet itu dikenali sebagai Estet Pertama,
Estet Kedua dan Estet Ketiga (Tier Etat). Masyarakat kebanyakan adalah tergolong dalam
Estet Ketiga dan mereka itulah yang dikatakan memainkan peranan penting sehingga
tercetusnya Revolusi Perancis. Estet ini terdiri daripada golongan Bourjuis iaitu pemodal,
pengusaha, petukang yang mahir, golongan professional seperti doktor dan peguam.
Golongan petani yang merangkumi 96% daripada keseluruhan penduduk Perancis dan
semasa meletusnya revolusi, jumlah petani sahaja adalah kira-kira 23,000,000 orang
daripada jumlah penduduk seramai 25,000,000.

Golongan petani ini hidup dalam keadaan yang tertindas, miskin dan menderita.
Ada di antara mereka yang masih menjadi hamba yang dijual atau dibeli apabila berlaku
jual-beli ke atas tanah yang mereka diami. Mereka ini tidak mempunyai tanah secara
individu tetapi kebanyakan mereka lebih berminat untuk menyewa dan bekerja di tanah
kepunyaan bangsawan. Mereka dikenakan pelbagai cukai, misalnya mereka terpaksa
menyerahkan hampir 50% daripada hasil pertanian yang diusahakan untuk menjelaskan
sewa dan cukai tanah, di samping beberapa lagi bayaran lain. Antara cukai-cukai itu ialah

cukai langsung dan cukai tidak langsung. Cukai langsung ialah seperti cukai tanah yang
terkenal iaitu taille. Cukai ini dikenakan ke atas tanah di beberapa daerah dan
kebanyakannya mengikut taksiran jumlah pendapatan dan harta-harta individu itu sendiri.
Tetapi kebanyakan daripada golongan yang kaya terkecuali pula daripada cukai ini,
sebaliknya golongan petani yang daif tidak terkecuali walau seorangpun. Cukai ini juga
menghalang pembangunan dalam bidang pertanian di Perancis kerana apabila sahaja
seseorang petani itu baru mendapat lebihan hasil, taille juga akan dinaikkan dengan
serta-merta. Tindakan ini sudah pastinya membantutkan semangat petani untuk
memajukan pertaniannya. Seterusnya cukai keluarga atau politax yang dikenakan
kepada ketua setiap keluarga dan cukai harta atau vingtieme iaitu cukai sebanyak 1/6
daripada hasil pendapatan, ternyata sungguh tidak adil dan membebankan golongan
petani tetapi golongan bangsawan dan paderi yang sememangnya kaya telah diberikan
pengecualian. Lebih menyedihkan lagi, apabila di kebanyakan tempat di Perancis, cukai
langsung ini dipungut oleh petani khas di sesebuah parisy yang mana tugas ini
dipertanggungjawabkan secara paksaan dan sekiranya mereka gagal menjalankan tugas
ini, mereka perlu menjelaskannya dengan wang mereka sendiri ataupun dipenjarakan.
Lantaran itu tidak hairanlah, sebelum tahun 1789, terdapat beratus-ratus petani pemungut
cukai dipenjarakan.

Di antara cukai tidak langsung yang dikenakan ialah cukai garam atau gabelle
yang terlalu menindas. SEtiap individu berumur 8 tahun ke atas mengikut undang-undang
Perancis, terpaksa membeli sekurang-kurangnya tujuh pound garam setahun. Jika
membantah, akan didenda. Lebih kejam lagi apabila individu yang membeli garam itu

dikenakan cukai mengikut taksiran jumlah sebenar yang telah dibelinya. Seterusnya air
laut dilarang daripada digunakan dalam masakan dan petani juga tidak dibenarkan
membiarkan lembu-lembu mereka makan rumput di paya atau minim di telaga-telaga air
garam. Undang-undang seperti ini ternyata menyeksa hidup petani dan ada di antara
mereka yang cuba mengelak daripada cukai ini telah dihukum dengan seberat-beratnya.
Contohnya dalam tahun 1783, daripada 11,000 penangkapan yang telah dibuat, 6,600
adalah kanak-kanak dan menurut hitung panjang penangkapan setahun ialah 30,000
orang dan yang menerima hukuman gantung pula ialah 500 orang setahun. Lebih malang
lagi apabila kerajaan memberi jawatan kepada beberapa orang individu untuk
menjalankan tugas memungut cukai ini yang mana individu pula telah mengamalkan
rasuah, penyewelengan dan kekejaman sewaktu menjalankan tugas. Antara kekejaman
yang dilakukan ialah masuk dan menggeledah rumah-rumah petani, tidak kira siang atau
malam dan tindakan seorang pegawai pemungut cukai yang telah memotong tangan
seorang perempuan kerana keengganan perempuan itu untuk menyerahkan periuk
belanganya. Petani juga dikehendaki membayar cukai feudal kepada seigneur kerana
menggunakan kilang gandum, dapur dan alat-alat pemerah anggur, di samping perlu
melaksanakan kerja-kerja paksaan atau corvee seperti membaiki jalan. Tidak cukup
dengan penindasan itu, tuan-tuan tanah juga mendesak supaya petani membayar cukai
feudal yang lain seperti cukai penggunaan jalan dan jambatan tempatan bagi membawa
lembu melalui tanah mereka dan cukai apabila petani mewarisi harta. Pada masa yang
sama golongan petani juga terpaksa membayar cukai kepada pihak gereja iaitu cukai
tithe dan terpaksa menjalankan perkhidmatan tentera wajib selama 6 tahun.
Sesungguhnya, tidak ada pembelaan terhadap golongan petani ini yang semakin terhimpit

dan menderita. Untuk bangkit menentang kerajaan, mereka terlalu miskin dan tidak
berupaya. Apatah lagi, tiada kesepaduan di antara mereka dan ketiadaan pendidikan
untuk melancarkan revolusi mereka sendiri. Namun, kerana penderitaan, penindasan dan
kekejaman yang menyebulungi kehidupan mereka telah menimbulkan satu keadaan di
mana mereka bersedia untuk menjadi sekutu kepada kelas-kelas lain urut berasa tidak
puashati dengan pemerintahan ketika itu.

Golongan Bourjuis boleh diandaikan sebagai pemimpin revolusi. Sungguhpun


mereka memiliki kedudukan ekonomi yang cukup baik malah lebih kaya daripada
golongan bangsawan, tetapi mereka tetap tidak berpuashati kerana dikategorikan dalam
Estet Ketiga. Kekayaan yang mereka miliki itu menjadi tidak bermakna kerana
kedudukan dan status sosial mereka dalam masyarakat masih rendah. Mereka dilarang
daripada menceburi diri dalam bidang pentadbiran kerajaan Perancis. Ini bermakna
mereka mempunyai sangat sedikit kuasa politik walaupun mereka mempunyai kekayaan
dan terpelajar. Kuasa politik yang sebenar terletak dalam tangan Raja, Majlis Diraja,
segolongan kecil daripada Bangsawan Atasan di Versailles dan Pegawai Diraja (Intendan)
di wilayah-wilayah. Malahan, golongan Bourjuis yang berkhidmat dalam Ketenteraan
Perancis juga tidak berpekunag untuk naik ke pangkat yang lebih tinggi dan bertauliah
kerana tempat ini telah dikhaskan kepada golongan bangsawan. Oleh itu, mereka
menuntut lebih banyak ruang daripada masyarakat Perancis untuk penglibatan dalam
organisasi ketenteraan dan gereja.

Selain tidak berpuashati dalam politik, saudagar dan pengusaha juga menghadapi
kerumitan dalam ekonomi. PAda masa pemerintahan Raja Louis XVI, kewangan kerajaan
Perancis merosot disebabkan bantuan Perancis kepada Amerika dalam Perang
Kemerdekaan Amerika(1775-1783). Perbelanjaan yang membazir di Istana Versailles dan
kelemahan dalam pentadbiran kewangan Perancis telah mengakibatkan perbelanjaan
melebihi pendapatan. Oleh itu, untuk menampung perbelanjaan besar ini, kerajaan telah
meminjam dengan banyaknya daripada golongan bangsawan, bourjuis dan pihak gereja.
Ini telah menyebabkan Hutang Negara bertambah dan apabila keadaan semakin kritikal,
kebimbingan mula melanda golongan bourjuis ini tentang sama ada mereka akan
memperolehi kembali wang mereka itu. Apatah lagi, sebelum tahun 1789, keajaan
Perancis telahpun bankrap dan ini telah menyebabkan golongan bourjuis semakin
mendesak kerajaan Perancis dan sekaligus mahukan kerajaan yang mempunyai
kedudukan kewangan yang kukuh. Keadaan kemerosotan ini telah menjadi semakin
parah apabila golongan bangsawan masih berdegil untuk melucutkan hak keistimewaan
pengecualian cukai yang mereka nikmati selama ini.

Golongan Tentera tidak kurang juga memainkan peranan ke arah tercetusnya


Revolusi Perancis. Sebelum ini, pemerintahan beraja bercorak kuku besi akan disokong
oleh angkatan tentera. Tetapi keadaan ini tidak berlaku di Perancis kerana Tentera
Perancis dalam tahun 1789 bukanlah lagi satu alat yang boleh dipergunakan oleh raja
seperti mana yang berlaku sewaktu Perancis memperoleh kemenangan pada zaman
pemerintahan Louis XVI dahulu. Ada beberapa sebab yang membangkitkan perasaan
tidak puas hati ini di kalangan tentera yang seterusnya membawa kepada perluasan idea-

idea demokrasi dan revolusioner dalam tentera. Pertamanya mengenai undang-undang


diluluskan pada tahun 1781 di mana semua pangkat yang bertauliah telah dikhaskan
kepada mereka daripada kalangan bangsawan. Akibatnya, pangkat yang tertinggi yang
boleh dicapai oleh anak lelaki yang terpelajar daripada golongan bourjuis hanyalah
pangkat yang tidak bertauliah. Sebab yang kedua ialah mengenai bilangan pegawai
tinggi tentera yang terlalu ramai di Perancis. Keadaan ini berlaku kerana untuk memberi
peluang kepada golongan bangsawan menjawat jawatan yang dikatakan secocok dengan
taraf mereka. Contohnya pada tahun 1789, terdapat seorang Jeneral bagi sekumpulan 175
askar biasa dan seorang pegawai turus bagi setiap kumpulan seramai 79 orang pegawai.
Keadaan seperti ini telah menyebabkan ramai daripada mereka yang telah berkhidmat
dalam tentera sejak muda lagi hanya menjawat jawatan yang rendah sahaja manakala
anak orang bangsawan telahpun menjadi Kolonel ketika berumur 16 tahun sahaja. Oleh
itu, apabila revolusi bermula, sebilangan regimen yang terkemuka tidak lagi setia kepada
kerajaan tetapi membantu golongan yang memberontak menentang kerajaan seperti
regimen Gardes Francaises.

Estet Kedua terdiri daripada kira-kira 400 ribu orang yang dianggotai oleh kelas
bangsawan yang menjawat jawatan kanan dalam pemerintahan pusat, orang penting,
dalam ketenteraan dan institusi gereja. Estet ini mempunyai 30% tanah yang dikecualikan
daripada cukai dan mereka tidak mengerjakan tanah-tanah ini, sebaliknya mengupah
orang lain untuk bekerja di tanah mereka. Pendapatan mereka banyak bergantung kepada
cukai dan sewaan yang dikenakan kepada para petani yang menggunakan tanah mereka.
Selain itu, mereka juga memperoleh pendapatan daripada pelbagai bentuk cukai yang lain

seperti cukai barangan keperluan harian, garam, roti, pakaian, arak dan bayaran
menggunakan kilang atau ruang tertentu untuk menyimpan hasil pertanian. Mereka
memiliki pelbagai hak keistimewaan dan status yang tinggi di kalangan masyarakat dan
keadaan ini telah menimbulkan perasan cemburu dan benci di kalangan bourjuis. Lebih
buruk lagi sebelum revolusi, golongan yang kaya dengan golongan yang memiliki hak
keistimewaan sentiasa bertelingkah sesama mereka. Apatah lagi, golongan bangsawan itu
sendiri dapat dipecahkan kepada tiga kumpulan. Tiga kumpulan itu ialah Bangsawan
Atasan, Bangsawan Rendah dan Bangsawan Bergelar.

Bangsawan Atasan memiliki tanah yang luas dan paling kaya di Perancis. Mereka
dianugerahkan pelbagai keistimewaan dan status yang tertinggi dalam masyarakat.
Pangkat dan jawatan tinggi dikhaskan untuk mereka, malahan di luar negara mereka
boleh bertindak sebagai duta Perancis. Sebaliknya bagi Bangsawan Rendah, mereka
hanya mendapat hasil yang cukup daipada tanah yang mereka miliki di luar bandar untuk
perbelanjaan. Kehidupan mereka tidak semewah seperti tuan-tuan tanah yang tinggal di
Bandar dan di Istana Versailles. Mereka tidak setaraf dengan Bangsawan Atasan,
walaupun mereka diterima masuk ke dalam kelas atasan itu. Seperti juga golongan
bourjuis, mereka memiliki sangat sedikit kuasa politik di wilayah mereka kerana Pegawai
Diraja adalah yang lebih berkuasa. Oleh itu, sebilangan kecil daripada mereka ini
bertindak menjadi penyokong revolusi kerana mereka berasa irihati terhadap Bangsawan
Atasan yang mendapat hak keistimewaan di samping kekecewaan mereka kerana tidak
dibenarkan memasuki bidang tertinggi dalam sosial dan politik. Situasi ini turut dirasai
oleh golongan Bangsawan Bergelar. Mereka tidak berhak menikmati hak keistimewaan

yang dimiliki oleh Bangsawan Atasan. Lantaran itulah, ada di antara mereka bertindak
menyokong dan bekerjasama dengan para revolusi yang lain.

Estet Pertama berkait rapat dengan institusi gereja seperti pendeta, mubaligh,
paderi, biskop dan ketua gereja. Keanggotaan dalam estet pertama ini adalah istimewa
kerana diberi pengecualian cukai, khidmat tentera wajib dan juga mendapat tempat yang
tinggi dalam institusi sosial. Sebelum Revolusi Perancis, bilangan mereka ialah 100,000
orang daripada keseluruhan rakyat Perancis seramai 24 juta orang. Dari sudut ekonomi,
institusi gereka memiliki kira-kira 10% daripada keseluruhan tanah yang produktif lagi
subur dan tanah-tanah ini dikecualikan daripada cukai. Tanah ini disewakan kepada
masyarakat petani dan para petani dikehendaki menyerahkan 1/10 daripada hasil
pertanian mereka kepada pihak gereja. Pendapatan mereka yang terpenting berpunca
daripada sewaan dan hasil pertanian yang merupakan sumber ekonomi yang kukuh dan
melalui hasil ini jugalah mereka membiayai penubuhan hospital dan institusi pendidikan,
terutamanya yang memberi penekanan dalam ajaran Kristian Katolik. Mereka yang
menganggotai institusi gereja sebenarnya terbahagi kepada dua kumpulan iaitu kumpulan
atasan dan kumpulan bawahan. Jurang perbezan yang sangat dalam wujud antara dua
kumpulan ini sama ada dari segi gaji yang tidak seimbang dan kenaikan pangkat. Kelas
atasan ini terdiri daripada ketua paderi, pop, rahib dan biskop yang dihormati dan
menduduki status sosial yang tinggi. Mereka inilah yang bertindak menyelaras segala
agenda gereja di peringkat pusat dan tempatan. Gaji mereka dianggarkan berjumlah
E2,500 setahun manakala gaji kelas bawahan sekitar E30 dan E70 setahun. Biskop
misalnya tinggal di istana sendiri, mewah dan banyak masa dihabiskan dengan berburu,

malahan mereka juga melakukan pelbagai tindakan dan penganiayaan yang menyalahi
doktrin-doktrin keagamaan serta berkelakuan buruk. Bagi kelas bawahan, mereka hidup
miskin malah ada yang lebih miskin daripada petani dan hidup mereka terasing daripada
kelas atasan. Mereka juga tidak dibenarkan mendapat bahagian daripada cukai tithe
untuk perbelanjaan sara hidup. Kebanyakan kelas bawahan ini terdiri daripada para rahib
dan paderi yang sentiasa berada rendah diri kerana berasal dari luar bandar. Mereka
dibayar saguhati yang rendah dan bidang tugas mereka ialah seperti mencatat kadar
kelahiran, kematian dan perkahwinan. Oleh itu, tidak hairanlah mengapa kelas bawahan
ini lebih dikenali di kalangan masyarakat Perancis berbanding kelas atasan institusi
gereja dan mereka lebih banyak mendampingi dan berhubungan mesra dengan para
petani. Keadaan seperti ini telah menyebabkan kelas bawahan mengambil tindakan
menyokong dan membantu para petani dalam revolusi. Pada masa yang sama juga,
golongan bourjuis dan petani bertambah cemburu kepada pihak atasan gereja dan mereka
mula melancarkan revolusi.

Kepincangan yang berlaku dalam pemerintahan Perancis juga telah mendorong


kepada berlakunya revolusi. Kuasa raja mengatasi segala undang-undang telah
menyebabkan berlakunya penindasan dan kekejaman terhadap rakyat. Korupsi,
ketidakadilan, kekacauan dan ketidakcekapan dalam urusan pentadbiran berlaku secara
berleluasa. Malahan pada masa itu, terdapat dua sistem cukai yang berbeza. Satu,
digunakan di 13 buah wilayah pusat dan satu lagi di daerah-daerah yang jauh dari pusat.
Sistem undang-undangnya terbahagi kepada dua, bahagian selatan menggunakan Kanun
Roman dan di utara pula, Comman Laws. Perdagangan bebas terdapat di wilayah pusat

10

tetapi di daerah yang jauh dari pusat, cukai ke atas barangan makanan dikutip di
sempadan. Akibatnya, kegelisahan mulai menyerang golongan bourjuis kerana mereka
menghadapi kesukaran untuk menjalankan perdagangan dengan licin sekiranya tiada
undang-undang yang selaras dan mudah untuk diikuti Dewan Rakyat Perancis yang
diwakili oleh golongan bangsawan , paderi dan rakyat jelata juga sudah lama tidak
bersidang sejak tahun 1614 lagi. Sebagai kesannya, yang memerintah ialah Negara dan
bukannya rakyat negara itu. Kebajikan dan hak-hak rakyat menjadi terabai. Oleh itu,
segala keburukan di Perancis sebenarnya berpunca daripada kelemahan Negara iaitu raja
dan pegawai-pegawainya.

Faktor Luaran melibatkan faktor Perang Kemerdekaan Amerika (1775-1783),


telahpun diperbincangkan dalam faktor dalaman yang membabitkan permasalahan
kewangan Perancis kerana adanya pertautan yang rapat di antara faktor-faktor itu. Faktor
luaran yang kedua membabitkan peranan yang dimainkan oleh golongan Enlightenment
ataupun Pergerakan Kesedaran. Pergerakan kesedaran inilah yang mempelopori idea-idea
baru yang memberi semangat kepada rakyat untuk melancarkan revolusi. Zaman
kesedaran ini pula boleh dibahagikan kepada tiga tahap. Tahap pertama bermula apabila
berlakunya pergeseran antara para pendukung pergerakan dengan pemerintah. Tahap
kedua ialah antara tahun 1746 hingga tahun 1770 apabila karya-karya utama pergerakan
ini dihasilkan. Pada tahap ini juga, konflik antara golongan kesedaran dengan pemerintah
tiba di kemuncaknya. Pada tahap akhir, antara tahun 1770 hingga 1790, berlakulah
penyebaran idea ini sehinggalah ia dikatakan telah membantu mengakibatnya perubahan
politik dan sosial yang hebat iaitu Revolusi Perancis. Antara pendukung pergerakan ini

11

yang terkenal ialah Voltaire, Montesquieu dan Jaen Jacques Rousseau yang sangat-sangat
dipengaruhi oleh keadaan di England. Votraire misalnya telah menggunakan kebolehan
menulis yang ada padanya untuk mengkritik aspek-aspek masyarakat Perancis yang
dibencinya dan mengambil berat untuk memperjuangkan nasib individu-individu yang
menderita disebabkan kekerasan undang-undang di Perancis. Montesquieu pula berusaha
menghadkan kuasa raja dan keistimewaan kaum bangsawan yang menghalang kuasa
mutlak raja. Rousseau pula dengan Hasrat Umum Rakyat yang patut memerintah dalam
sesuatu masyarakat. Idea ini terkandung dalam Du Contract Social yang secara
ringkasnya menerangkan apabila rakyat telah memberi mandat kepada kewujudan raja
dan kerajaan, seharusnyalah diadakan satu perjanjian yang tetap antara raja dan rakyat di
mana raja hanya memerintah dengan persetujuan rakyat. Rakyat berhak membatalkan
kontrak itu jikalau raja dan kerajaan tidak mengikut syarat-syarat yang dikhaskan untuk
mereka iaitu memberi perlindungan dan menjaga kepentingan rakyat. Idea-idea ini
tenyata mendapat sambutan daripada rakyat dan secara tidak langsung menguatkan
keazaman mereka untuk melancarkan revolusi.

Seterusnya, kita akan membincangkan tentang kesan revolusi ini ke atas


masyarakat Perancis khasnya dan Eropah secara keseluruhannya. Kesan yang paling
ketara ialah berkembangnya idea nasionalisme dan liberalisme dalam masyarakat
Perancis dan Eropah sehingga meruntuhkan sistem feudal yang diamalkan sebelumnya
Penghujung kurun ke-18, ekoran tercetusnya Revolusi Perancis, konsep hak rakyat dan
kerajaan berpelembagaan yang merupakan ciri-ciri moden yang penting dalam konsep
negara-negara mulai muncul. Revolusi tersebut adalah revolusi nasional yang

12

menyebabkan kejatuhan monarki mutlak dan kemunculan kebebasan yang kini dijamin
oleh kerajaan berpelembagaan. Negara-negara adalah bentuk organisasi politik yang
unggul dan sah dan sesungguhnya kenegaraan itu adalah sumber kepada semua tenaga
budaya kreatif dan kesejahteraan ekonomi. Sebelum Revolusi Perancis tidak kesempatan
pergerakan yang menekankan prinsip yang sedemikian rupa. Lantaran itu, Revolusi
Perancis merupakan garis pemisahan antara peraturan lama dan peraturan baru yang
menbawa makna sekiranya warga sesuatu negara tidak lagi menerima peraturan politik
masyarakat mereka, mereka mempunyai hak dan kuasa untuk menggantikannya dengan
yang lain yang dapat memberi kepuasan kepada masyarakat.

Revolusi Perancis juga dianggap sebagai titik tolak kepada permulaan dan
perkembangan nasionalisme di Eropah di mana penekanan kepentingan prinsip
kedaulatan rakyat sentiasa diutamakan. Bersepadu dengan prinsip kedaulatan rakyat ialah
pemikiran Enlightenment yang mendewakan keupayaan akal manusia. Sekiranya
kedaulatan raja, oleh kerana sesuatu sebab, tidak dapat bertahan menghadapi kemara
kedaulatan rakyat, maka kepercayaan masyarakat terhadap sistem keagamaan pula telah
dicabar dan akhirnya telah ditenggelami oleh pemikiran rasional. Amalan institusi
pemerintahan dan masyarakat pasca Revolusi Perancis seperti birokrasinya, sistem
persekolahannya, kegiatan ekonomi dan kanun perundangannya, tidak lagi berlandaskan
peraturan dan hukum agama. Unsur rasionalisme ini dan perkembangan ekonomi.

13

Anda mungkin juga menyukai