Anda di halaman 1dari 5

Terdapat juga perbezaan antara kurikulum Pendidikan Moral Jepun dengan

Malaysia. Misalnya dalam nilai berkaitan diri, di Jepun tidak terdapat tentang nilai
kepercayaan kepada Tuhan. Nilai-nilai moral yang terkandung berkaitan diri hanya
tertumpu terhadap diri individu itu sahaja tanpa menyentuh mengenai kepercayaan
kepada Tuhan. Contohnya seperti kesederhanaan, keberanian, ketulusan dan
mencintai

dan

mencari

keberanian.

Manakala

di

Malaysia,

terdapat

nilai

kepercayaan kepada Tuhan yang terkandung dalam moral berkaitan dengan


perkembangan diri. Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan
mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing- masing
selars dengan Prinsip Rukun Negara pertama di Malaysia yang menekankan
kepercayaan kepada Tuhan.

Terdapat juga perbezaan dari segi kemahiran penilaian menerusi Pendidikan Moral
yang diajarkan. Pendidikan Moral Jepun menggunakan pendekatan formatif.
Pendidikan moral yang praktikkan di Jepun lebih kepada kegiatan harian secara
pratikal bagi memupuk nilai-nilai moral dikalangan relajarnya. Jepun mempunyai
pendidikan moral direka untuk mencapai matlamat melalui semua kegiatan
pendidikan sekolah.

Sebagai contoh, pertama adalah pembersihan bangunan sekolah. Setiap hari, setiap
sekolah, SD di seluruh sekolah-sekolah di Jepun menyuruh mahasiswa untuk
membersihkan ruangan kelas dan ruangan awam, seperti, ruangan istirehat, pintu
masuk, gimnasium, di luar bangunan dan sebagainya. Ini adalah bertujuan bukan
sahaja untuk mencipta persekitaran belajar yang baik dan suasana lebih baik, tetapi

juga bagi pelajar menghargai nilai kerja dan kerjasama dengan masyarakat. Ini jelas
dilihat bahawa Pendidikan Moral di Jepun bukan lebih kepada teori pengajaran
namun menjurus kepada praktikal yang dikatakan mampu memberikan kesan positif
pemupukan amalan moral dalam diri setiap masyarakatnya.

Manakala di Malaysia pula, pendidikan moral yang diajarkan dinilai secara


berorientasikan kepada peperiksaan. Pendidikan moral sering dipelajari dengan
menghafal dan secara teori sahaja. Guru di sekolah-sekolah cenderung untuk
menumpu pada teknik menjawab daripada pengajaran yang diberikan dalam buku
teks. Bukannya mentafsirkan nilai yang sesuai berdasarkan maklumat yang
diberikan, pelajar diajar untuk mencari kata kunci spesifik dalam keterangan dan
mengenalpasti nilai moral yang sesuai. Dengan demikian, penghafalan ketat
daripada nilai-nilai yang diperlukan tanpa ada penekanan tentang pemahaman atau
aplikasi. Penilaian yang dapat dilihat apabila seseorang murid mendapat markah
yang tinggi dalam peperiksaan walaupun nilai moral sebenarnya tidak dipraktikkan.

Berdasarkan kepada perbincangan diatas, dapatlah dinilai beberapa kekuatan dalam


pelaksanaan kurikulum pendidikan moral di Jepun ini. Pertama, kurikulum yang
komprehensif

secara

tidak

langsung

meletakkan

tujuan

pencapaian

yang

mempunyai keutamaan terhadap semua subjek di dalam pendidikan. Penekanan


terhadap unsure patriotisme dan ketatanegraan sememangnya termasuk dalam
pembentukan

Falsafah

Pendidikan

telah

dipraktikkan

sepenuhnya

dalam

pelaksanaan kurikulum ini. Menurut Abu Bakar Nordin dan Ikhsan Othman (2003),
kurikulum pada masa hadapan yang menekankan kepada kesinambungan
pembinaan beberapa perkara termasuk kebudayaan nasional, ideologi dan aspirasi
nasional yang akan dapat mengukuhkan lagi identiti kebangsaan dan membentuk
bangsa yang berwibawa dan bermoral tinggi. Ini dilihat berdasarkan prinsip moral
konfucius mengenai hubungan keluarga di satu pihak dan prinsip moral bangsa
moden di pihak yang lain, termasuk faedah awam, tanggungjawab awam dan
perlembagaan negara serta perundangan Negara. Prinsip moral keluarga dan
Negara diintegrasikan dlam pengorbanan individu demi Negara dan maharaja. Pada
peringkat sekolah inividu, Perisytiharan lebih menekankan pendidikan moral.
Disamping

3M,

pelajar

memepelajari

ciri

unik

tentang

Jepun.

Senaskah

Perisytiharan dan sekeping gambar maharaja dan maharani diedarkan kepada


semua sekolah untuk membentuk asas upacara nasionalis, untuk menyemai
dikalangan pelajar dan ibu bapa bahawa matlamat pendidikan adalah lebih utuk
Negara berbanding individu.(Kaori Okano & Motonori Tsuchiyo, 2004).

Keduanya, pendidikan di Jepun bertujuan untuk mengekalkan nilai-nilai sosial dan


mengekalkannya untuk generasi akan datang. Kekuatan ini didorong oleh
kemampuan organisasi pendidikan di Jepun menjadikan sekolah sebagai agen

pembudayaan. Perkara ini

diperkukuhkan

lagi dengan

penegasan objektif

pendidikan moral yang kedua iaitu untuk memelihara orang-orang yang berusaha
mewarisi dan mengembangkan budaya tradisional dan mencipta budaya yang kaya
secara individual. Sekolah merupakan satu sistem sosial tersendiri yang mempunyai
stuktur dan peraturan yang perlu dipatuhi. Konflik yang sering berlaku di antara
pelajar dalam kumpulan diselesaikan menggunakan mekanisme sistem sosial yang
sedia ada (Abu Bakar Nordin &Ikhsan Othman, 2003: 178). Perkara yang paling
penting ialah dalam hal ini ialah pelajar memelajari norma dan nilai hidup
bermasyarakat yang seterusnya membantu pelaksanaan dan pencapaian objektif
tersebut. Penerapan nilai-nilai murni ini akan membentuk masyarakat yang kukuh
dengan ciri-ciri moral dan etikanya sekaligus mencipta kebanggaan terhadap
warisannya.

Seterusnya, kekuatan kurikulum ini dilihat mampu dan berupaya secara penuh
membolehkan para pelajarnya juga warganya untuk memahami dengan jelas
sejarah dan senario dunia. Dalam waktu yang sama, ia mampu untuk
memperdalamkan pemahaman mereka tentang bangsa lain dan cara hidup mereka.
Modul persekolahan yang dilaksanakan di Jepun ini menerapkan perkara mengenai
kepentingan tiga perkara ini :

1. Menghormati hak asasi manusia

2. Menghormati dan saling bekerjasama antara Jepun dan negara-negara asing.

3. Pemahaman dan kerjasama dengan pertubuhan antarabangsa seperti UNESCO.

Antara program yang dilaksanakan ialah The Associated School Project for
International Understanding yang bertujuan mempelajari metode pendidikan yang
tepat untuk pemahaman antarabangsa melalui pengembangan dalam pendidikan
secara bersama-sama yang dilaksanakan di sekolah-sekolah yang telah dilantik
UNESCO. Melalui program ini, UNESCO bertindak sebagai orang tengah dalam
menghubungkan perkembangan pendidikan antara negara. Perasaan prejudis dan
stereotaip terhadap kebudayaan negara asing dielakkan melalui program ini yang
bertujuan

mewujudkan

persefahaman

yang

berterusan

sekaligus

melihat

kebudayaan laur juga mempunyai ketamadunan yang tinggi dan boleh dicontohi.
Selain itu, program yang dijalankan di Filipina Study on Japan bertujuan sama iaitu
mengelakkan rasa prejudis terhadap orang asing sebaliknya mencontohi budaya
yang baik dripada negara asing. Contohnya, budaya warga Jepun yang dikenali
sebagai bangsa yang rajin bekerja boleh dipraktikkan dalm kehidupan seharian,
tidak semata-mata dalam konteks pendidikan. UNESCO meletakkan institusi
pendidikan sebagai wadah yang penting dalam mengeratkan kerjasama antara
negara krana pendidikan merupakan kepentingan bagi semua negara. Pertukaran
budaya,

contohnya

mengenai

pelaksanaan

kurikulum

pendidikan

akan

mendatangkan impak yang besar dalam melahirkan nilai kemoralan yang tinggi
dikalangan pelajar bahkan keseluruhan masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai